Jumaat, 18 November 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


MB Selangor tidak wajar gentar bubar DUN

Posted:

MB Selangor tidak wajar gentar bubar DUN

MB Selangor tidak wajar gentar bubar DUN

SHAH ALAM 18 Nov. - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu menunggu sehingga 2013 untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri jika kerajaan pimpinan beliau benar-benar mantap.

Menurut Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Azhari Shaari, sebagai Menteri Besar yang menganggap dirinya menerima sokongan kuat semua ahli Exco, Abdul Khalid sepatutnya tidak gentar untuk memberi mandat kepada rakyat bagi memilih kerajaan negeri yang baharu.

"Walaupun Abdul Khalid enggan membubarkan DUN, jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) Shah Alam sentiasa bersedia untuk berkempen menghadapi pertandingan di kerusi Parlimen.

"Keengganan Menteri Besar membubarkan DUN membuktikan pakatan pembangkang masih belum sepakat untuk memilih calon bertanding dan ini membuktikan mereka memerlukan masa menyelesaikan masalah yang kritikal dalam pakatan itu," katanya.

Azhari berkata demikian selepas majlis penyerahan bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar Sekolah Menengah Bukit Kuda di sini, hari ini.

Abdul Khalid semalam memberitahu, DUN Selangor tidak akan dibubarkan sekali pun kerajaan Pusat bertindak membubarkan Parlimen pada Januari tahun depan untuk menjalankan Pilihan Raya Umum Ke-13.

Katanya, kerajaan negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan.

Azhari berkata, rakyat Selangor sudah muak dengan permainan politik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang hanya pandai menabur janji dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12, tetapi tidak berkemampuan untuk memenuhinya setelah diberi kuasa oleh rakyat.

Kata beliau, Abdul Khalid sepatutnya sedar bahawa rakyat negeri Selangor bukan sahaja memerlukan air percuma tetapi rumah mampu milik dan infrastruktur yang lebih baik.

"Dalam situasi sekarang sudah pasti kerajaan negeri tidak berani terlibat dengan pilihan raya kerana mereka tidak sanggup lagi mengeluarkan manifesto baharu kerana yang lama masih banyak tertunggak," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Bertindak terhadap Anwar

Posted:

Bertindak terhadap Anwar

Bertindak terhadap Anwar

KUALA LUMPUR 18 Nov. - Kerajaan didesak bertindak segera menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada terus menaburkan fitnah terhadap pemerintah dan pasukan keselamatan negara ini.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, sekiranya kerajaan terus berlengah pastinya fitnah tersebut akan berleluasa dan memusnahkan kesejahteraan Malaysia.

"Anwar sudah berkali-kali cuba memecah-belahkan rakyat terutama dalam kalangan orang Melayu, menjadikan beliau ancaman kepada negara dan rakyat.

"Justeru, pihak berkuasa terutama Kementerian Dalam Negeri perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar kerana sengaja cetuskan keresahan rakyat dan ketegangan dalam masyarakat," katanya pada Majlis Anugerah cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Anwar kelmarin mendakwa UMNO berniat jahat mengaibkan Ketua Pembangkang itu dan keluarga berhubung skandal video seks pada 22 Mac lalu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved