Rabu, 12 Mac 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lapan ditahan curi RM300,000 di BNM

Posted: 12 Mar 2014 12:13 PM PDT

PULAU PINANG 12 Mac - Polis menahan lapan petugas sebuah institusi kewangan yang disyaki mencuri wang berjumlah RM300,000 dari sebuah bilik pemprosesan mata wang di Bank Negara Malaysia (BNM) Pulau Pinang di Lebuh Light di sini semalam.

Institusi kewangan terbabit difahamkan dilantik sebagai ejen oleh BNM dan dipertanggungjawabkan untuk membuat pengiraan wang di bank tersebut.

Kesemua mereka yang terdiri daripada tujuh lelaki dan seorang wanita ditahan sebaik sahaja laporan dibuat kira-kira pukul 8 malam tadi.

Kesemua suspek yang berusia antara 20-an hingga 30-an itu dipercayai melakukan kegiatan terbabit sejak September 2013 hingga awal bulan ini.

Jurucakap polis berkata, hasil siasatan dalaman pihak BNM, suspek terbabit didakwa mengambil wang berjumlah RM300,000 dari bilik pemprosesan wang berkenaan dalam tempoh tersebut.

"Hasil siasatan dibuat, kesemua suspek ditangkap dan direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan laporan dan kejadian tersebut.

Jersi tiruan Piala Dunia 2014 dirampas

Posted: 12 Mar 2014 12:13 PM PDT

OTHMAN Nawang (dua dari kiri) menunjukkan jersi tiruan yang berjaya dirampas oleh Penguatkuasa PPDNKK Selangor di sebuah premis tertutup di Ampang, semalam. - UTUSAN/TERMIZI CHE ANUAR

KUALA LUMPUR 12 Mac - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Selangor merampas sebanyak 15,000 helai jersi tiruan termasuk Piala Dunia 2014 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Kesemua pakaian dianggarkan bernilai RM150,000 itu dirampas dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Ampang, dekat sini yang dijadikan stor penyimpanan pada pukul 9.30 pagi.

Yang turut ditahan seorang lelaki berusia 40-an yang dipercayai pemilik premis bersama tiga pekerja warga asing untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor, Othman Nawang berkata, serbuan tersebut dijalankan hasil maklumat dan risikan pihaknya selama sebulan.

"Kami mendapati premis itu telah dua tahun menjalankan perniagaan menjual pakaian jenama tiruan secara borong antaranya Nike, Adidas dan Puma di sekitar Lembah Klang. Dalam serbuan itu, kami turut merampas 150 helai jersi tiruan pasukan bola sepak yang menyertai Piala Dunia 2014," katanya ketika ditemui di lokasi serbuan.

Serbuan yang dilakukan oleh tujuh anggota itu diketuai oleh Ketua Unit Perihal Dagangan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, Mohd. Shahran Mohd. Arshad.

Othman seterusnya memberitahu, pihaknya akan menjejaki pihak yang menjual jersi tiruan apatah lagi ketika demam Piala Dunia 2014 di Brazil Jun nanti, semakin dirasai.

"Dijangkakan jersi tiruan akan dibawa masuk dengan kuantiti lebih banyak kerana permintaan terhadap produk itu pasti akan meningkat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


ADUN Chenor taja Tutor di 10 sekolah luar bandar

Posted: 12 Mar 2014 12:13 PM PDT

MOHD. Ariffin Awang Ismail (songkok) menyerahkan replika cek kepada Mohd. Saifuddin Sarmin dalam Majlis Penyerahan Sisipan Tutor Utusan Malaysia Peringkat DUN Chenor di Sekolah Kebangsaan Sekara, Chenor, Pahang, semalam.

MARAN 12 Mac - Kesemua 10 buah Sekolah Rendah di daerah Chenor di sini menerima akhbar pendidikan Tutor, Utusan Malaysia yang ditaja oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Mohd. Ariffin Awang Ismail selama setahun bermula bulan ini.

Sekolah terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Chenor, SK Bukit Sagumpal, SK Kertau, SK Pesagi, SK Bukit Kota, SK Sekara, SK Bukit Lada, SK Paya Pasir, SK Jengka Batu 13 dan SK Tanjung Perang.

Selain itu, Mohd. Ariffin yang menjadi wakil rakyat pertama membuat tajaan akhbar pendidikan berkenaan di negeri ini pada tahun ini turut menaja akhbar Utusan Malaysia di tiga buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan, Chenor; Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Kampung Awah, Maran dan Sekolah Menengah Agama Al Mahmudi juga di Kampung Awah.

Mohd. Ariffin berkata, penajaan kesemua sekolah rendah di kawasan perkampungan tradisional itu amat bertepatan dengan usaha dan komitmen kerajaan bagi meningkatkan kecemerlangan murid-murid khususnya di kawasan luar bandar.

"Walaupun peruntukan saya agak kecil tetapi dalam konteks pendidikan dan agama saya akan tetap memberi keutamaan. Usaha ini amat baik dan tajaan sisipan ini perlu dimanfaatkan oleh guru dan murid bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah.

"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Utusan Malaysia kerana walaupun ditaja oleh saya tetapi sekiranya tidak ada kerjasama dua hala dengan Utusan Malaysia tidak mungkin akan melahirkan usaha murni ini," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Sisipan Tutor Akhbar Utusan Malaysia di Dewan SK Sekara di sini hari ini.

Yang turut hadir, Eksekutif Pemasaran Utusan Melayu (M) Berhad di Temerloh, Mohd. Saifuddin Sarmin; Guru Besar SK Sekara, Jamal Noor Abd. Nasir Ismail; Guru Besar SK Bukit Bota, Asiah Mustafa; Guru Besar SK Chenor, Zakaria Abdul Razak dan Guru Besar SK Kertau, Mohamad Rofa'i Mokhtar.

Dalam majlis itu, Mohd. Ariffin menyerahkan tajaan yang bernilai RM3,552 kepada Saifuddin di Dewan SK Sekara, di sini.

Menurut Mohd. Ariffin, berdasarkan maklum balas dan sambutan positif daripada murid dan guru sekolah terbabit terhadap akhbar pendidikan berkenaan, beliau bersedia meneruskan langganan akhbar berkenaan pada tahun akan datang.

Malah katanya, penajaan akhbar pendidikan itu akan diperbanyakkan lagi dan diperluaskan ke lebih banyak sekolah dari semasa ke semasa.

Dalam pada itu, Jamal Noor Abd. Nasir yang juga Pengerusi Berkelompok Guru-Guru Besar daerah Chenor berkata, tajaan akhbar Tutor ke sekolah-sekolah di kawasan itu amat bertepatan dalam memberi pendedahan kepada pelajar berfikir pada aras yang tinggi.

Katanya, ia memberi persediaan kepada pelajar dan guru berhadapan dengan pelaksanaan pendekatan soalan aras tinggi menjelang 2016 seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang.

"Kebanyakan soalan dan artikel di dalam Tutor adalah berlandaskan kepada kemahiran berfikir aras tinggi. Jadi kita mahu Tutor dapat digunakan secara berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah," katanya.

Sementara itu, Guru Besar SK Bukit Bota, Asiah Mustafa berkata, sisipan Tutor dapat mempelbagaikan lagi bahan pembelajaran murid khususnya dalam menghadapi peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ujarnya, kandungan sisipan yang menarik dengan pelbagai kaedah dan grafik menarik minat murid untuk belajar dan mengulang kaji pelajaran.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Agensi satelit sertai misi cari MH370

Posted: 12 Mar 2014 10:54 AM PDT

PARIS 13 Mac - Beberapa agensi satelit pemantau Bumi menyertai misi mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, menurut laporan pengurusan satelit semalam.

Ini berikutan permintaan China semalam supaya Pertubuhan Piagam Antarabangsa Angkasa dan Bencana Utama diaktifkan.

Di bawah persetujuan tersebut, sebanyak 15 agensi angkasa dan institut angkasa kebangsaan memulakan usaha bantuan dengan menyebarkan imej dari satelit yang melalui kawasan berkenaan.

Imej satelit kini sedang digunakan bagi mencari sebarang bukti kejadian sebelum dan selepas pesawat itu hilang.

Sehingga hari ini, pencarian masih diteruskan," katanya dalam kenyataan.

Menurut ahli Agensi Angkasa Eropah (ESA), Pentadbiran Meteorologi China menyediakan data beresolusi tinggi bagi tujuan pencarian itu, bagaimana pun kawasan yang terlibat dalam pengimejan satelit itu tidak didedahkan.

Ini merupakan kali pertama Pertubuhan Piagam Antarabangsa Angkasa membantu dalam misi mencari pesawat yang hilang selepas ditubuhkan pada tahun 2000.

Selepas diaktifkan, juruteknik angkasa akan menimbangkan satelit yang paling sesuai digunakan untuk misi pencarian itu berdasarkan data radar darat atau gambar. - AFP

MH370: Ada kaitan sindiket jenayah

Posted: 12 Mar 2014 12:13 PM PDT

Pouri Nour Mohammadi (dua dari kiri) dan Delavar Seyed Mohammadreza (kanan) menggunakan pasport palsu ketika menaiki pesawat MH370. - AGENSI

BANGKOK 12 Mac - Pihak berkuasa Thailand mengenal pasti kemungkinan terdapat kaitan sindiket jenayah antarabangsa dengan seorang lelaki Iran yang menggunakan pasport curi untuk membeli dua tiket pesawat Malaysia Airlines MH370, yang hilang pada hujung minggu lalu.

Laporan akhbar Bangkok Post memetik Timbalan Ketua Biro Imigresen, Preecha Thimamontri sebagai berkata, para penyiasat percaya lelaki itu yang dikenal pasti sebagai Ali, mengetuai satu kumplan yang memberikan pasport palsu kepada kumpulan penyeludupan manusia.

Beliau berkata, kumpulan itu membeli pasport curi dan menjualnya kepada orang yang mempunyai rupa hampir sama dengan gambar profil dokumen perjalanan tersebut.

Pasukan saya masih melakukan siasatan lanjut ke atas jaringan jenayah Ali bersama Polis Persekutuan Australia dan Perkhidmatan Pertahanan Keselamatan Amerika Syarikat (AS), katanya.

Jurucakap polis Pattaya, Kolonel Supachai Puikaewkam berkata, Ali dipercayai dikenali sebagai Alireza Kolmoham, 39 tahun.

Dua penumpang yang menaiki pesawat MH370 itu yang hilang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing Sabtu lalu, menggunakan pasport yang dicuri daripada rakyat Itali, Luigi Maraldi dan warga Austria, Christian Kozel.

Kedua-dua pasport tersebut dicuri di Phuket.

Ali pada awalnya menempah tiket untuk dua penumpang tersebut dengan agensi pelancongan Grand Horizon di Pattaya Selatan, Chon Buri pada Khamis lalu, sebelum menghantar emel pembelian tiket itu kepada rakan niaga agensi pelancongan itu, Six Stars Travel.

Selepas Six Stars Travel menghubungi China Southern Airlines yang membuat perjanjian bersama penerbangan Malaysia Airlines, di Bangkok, tiket dicetak untuk kedua-dua penumpang itu pada hari sama.

Mereka dijadual menaiki pesawat Malaysia Airlines itu untuk penerbangan ke Beijing dan kemudian ke Amsterdam.

Dalam pada itu, Interpol semalam berkata, siasatan kehilangan pesawat itu akan dilakukan tanpa melibatkan serangan keganasan.

Berdasarkan lebih banyak maklumat yang kami terima, kami melihat kepada kesimpulan bahawa ia bukan kejadian keganasan, kata ketua Interpol, Ronald K. Noble.

Beliau merayu orang ramai membantu mengenal pasti dua penumpang Iran bernama Pouri Nour Mohammadi, 19, dan Delavar Seyed Moahmmadreza, 29 tahun yang menggunakan pasport palsu tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Menjengah Kg. Gusai, Mat Daling

Posted: 12 Mar 2014 12:13 PM PDT

Oleh AMIR SARIFUDIN
amir.mansor@utusan.com.my

BERAKIT antara aktivit menarik apabila berada di Kampung Gusai, Ulu Tembeling, Pahang.

JERANTUT 12 Mac - Banyak destinasi menarik di negara ini menampilkan pelbagai sajian hingga sering menjadi perhatian pengunjung dalam dan luar negara.

Di sebalik tempat-tempat tumpuan yang sekian lama sudah dikenali itu, mungkin ramai terlupa bahawa terdapat destinasi lain yang juga menarik tetapi kurang diberi perhatian.

Ini mungkin kerana tempat-tempat tersebut terletak di pedalaman serta agak sukar dikunjungi selain kurangnya pendedahan.

Kampung Gusai dan Mat Daling di Ulu Tembeling dekat sini, antara destinasi yang terletak di pedalaman serta agar sukar untuk sampai.

Ramai tidak mengetahui bahawa Kampung Gusai dan Mat Daling sebenarnya sebuah kawasan yang menarik dan cantik.

Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa sesiapa yang mengunjungi dua perkampungan ini akan merasa tenang dan damai, tambahan pula jauh dari hiruk-pikuk kota raya.

Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014, orang ramai sepatutnya mencari tempat-tempat baharu untuk dilawati termasuklah Kampung Gusai dan Mat Daling.

Untuk ke Gusai dan Mat Daling, ia mengambil masa antara tiga hingga empat jam menggunakan kenderaan pacuan empat roda atau menaiki bot.

Perjalanan melalui jalan darat lebih menarik jika dilakukan pada waktu malam kerana jika bernasib baik pengunjung berpeluang terserempak dengan haiwan liar seperti kucing hutan, tapir, gajah dan banyak lagi.

Manakala perjalanan menggunakan bot hanya dilakukan pada siang hari kerana tiada perkhidmatan bot pada waktu malam.

Kampung Gusai merupakan penempatan paling akhir di Ulu Tembeling dan ia berhampiran dengan sempadan negeri Terengganu.

Salah satu daya tarikan di Kampung Gusai ialah terdapat rakit yang sering digunakan oleh penduduk untuk menyeberang sungai dari Kampung Bantal.

Rakit buluh berkenaan merupakan laluan harian termasuk untuk mengangkut motosikal.

Dengan jumlah penduduk kurang 300 orang, penduduk di sini hanya menggunakan motosikal untuk aktiviti harian.

Mereka yang ingin bermalam dan mengunjungi Ulu Tembeling, boleh menginap di calet yang terdapat di Kampung Mat Daling.

Pengusaha Calet Pak Engku di Mat Daling, Wan Syahrul Haizan Wan Kamaruddin memberitahu, pengunjung boleh memilih pelbagai pakej yang disediakan.

Calet di sini menawarkan harga berpatutan. Kita menyediakan pelbagai daya tarikan termasuk , bersantai di beberapa buah air terjun seperti di Jeram Perahu dan sebagainya.

Daya tarikan lain, memancing ikan kelah, melihat haiwan liar pada waktu malam selain sajian makanan tradisional penduduk kampung di sini, katanya.

Malah katanya, pengunjung juga boleh meminta disediakan aktiviti lain seperti berakit dan mencari madu lebah.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, waktu awal pagi merupakan suasana paling menarik.

Keadaan berkabus dan sejuk menjadikan pengunjung tenang apabila berada di Mat Daling dan Kampung Gusai.

Suasana lebih menarik apabila mendengar suara anak-anak kecil dari jauh yang hendak menuju ke sekolah.

Kelibat kanak-kanak itu hanya dapat dilihat setelah berada pada jarak dekat kerana keadaan berkabus tersebut.

Banyak lagi daya tarikan lain di Kampung Gusai dan Mat Daling. Hanya mereka yang pernah mengunjungi dua tempat ini mengetahui kecantikan di Ulu Tembeling.

Mereka yang inginkan kelainan dan melancong ke Kampung Gusai dan Mat Daling di Ulu Tembeling boleh mendapatkan maklumat serta menggunakan khidmat agensi pelancongan termasuk dengan menghantar e-mel kepada aa.adventure7@gmail.com.

Petronas agih RM1.15 juta

Posted: 12 Mar 2014 12:13 PM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

Muhammad Safian Ismail (kanan) menerima sumbangan Petronas berjumlah RM1.15 juta untuk mangsa banjir Pahang yang diserahkan oleh Wan Mohd. Hasnan Abdullah (tengah) di Kuantan, Pahang, kelmarin. - BERNAMA

KUANTAN 12 Mac - Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menyalurkan bantuan berjumlah RM1.15 juta kepada mangsa banjir di negeri ini yang terjejas akibat musibah itu pada awal Disember tahun lalu.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengurus Besar Petronas Wilayah Pantai Timur, Wan Mohd. Hasnan Abdullah kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dalam satu majlis di sini semalam.

Yang turut hadir, Pegawai Daerah Kuantan, Datuk Norhayad Ahmad dan Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri, Mohd. Ghazali Che Nik.

Wan Mohd. Hasnan dalam ucapannya berkata, bantuan tersebut adalah dalam bentuk kad hadiah Petronas mengandungi RM250 bagi setiap kad.

Setiap penerima boleh menggunakan kad ini untuk berbelanja di mana-mana kedai Mesra Petronas termasuk membeli petrol di stesen minyak Petronas," katanya.

Beliau berkata, bantuan itu merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada mangsa banjir yang terdapat di negeri Petronas beroperasi khususnya di Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Sementara itu Muhammad Safian berkata, bantuan menerusi pemberian kad hadiah Petronas bernilai RM250 itu sedikit sebanyak dapat meringankan beban mangsa banjir di negeri ini biarpun musibah itu telah tiga bulan berlalu.

Biarpun banjir sudah lama pulih, kita amat berterima kasih dengan keprihatinan Petronas menyalurkan sumbangan ini dan kita akan segera mengagihkan bantuan ini kepada mangsa yang terlibat.

Soal lambat atau cepat bantuan yang diberikan itu tidak timbul, apa yang penting adalah kesudian mereka menyampaikan bantuan," katanya.

Tinjau kemudahan perkampungan Orang Asli

Posted: 12 Mar 2014 12:13 PM PDT

AHMAD Nazlan Idris (kiri) bertanyakan sesuatu kepada Orang Asli ketika meninjuau perkampungan penduduk terlibat di Jerantut, Pahang, kelmarin.

JERANTUT 12 Mac - Keperluan kemudahan penduduk Orang Asli di daerah ini tidak pernah dipinggirkan sebaliknya kerajaan sentiasa terus membantu terutama dari segi pendidikan.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris memberitahu, hanya melalui pendidikan sahaja dapat menjamin kehidupan yang lebih baik kepada penduduk Orang Asli.

Menurutnya, bantuan pendidikan kepada golongan berkenaan akan terus disalurkan bermula dari pendidikan awal hinggalah ke peringkat yang lebih tinggi.

Kerajaan akan sentiasa menekankan keperluan pendidikan kepada penduduk Orang Asli.

Ini dapat membantu golongan berkenaan selain kemudahan asas akan terus disalurkan kepada mereka, katanya demikian ketika meninjau sebuah perkampungan Orang Asli yang terletak jauh dari bandar Jerantut dekat sini.

Perkampungan itu terletak berhampiran Kampung Garuk di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan.

Dalam tinjauan itu, penduduk Orang Asli terbabit mendakwa penempatan tersebut diteroka sendiri selain untuk bertani di kawasan berkenaan.

Terdapat sembilan buah rumah di situ dengan jumlah penduduk tidak sampai 100 orang.

Ahmad Nazlan menambah, adalah penting pihak kerajaan mendapat maklumat tepat mengenai keperluan penduduk Orang Asli bagi membolehkan bantuan disalurkan kepada mereka.

Dalam hal ini, kita perlukan kerjasama semua pihak. Malah penduduk Orang Asli juga boleh berjumpa depan wakil penduduk atau pemimpin kerajaan bagi mengadu nasib.

Tanpa maklumat tepat, dikhuatirkan ada penduduk yang ketinggalan dari segi keperluan dan kemudahan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


5 warga Myanmar dituduh culik, kurung, peras

Posted: 12 Mar 2014 12:13 PM PDT

Lima warga Myanmar yang menghadapi tuduhan culik, kurung dan peras dibawa ke Mahkamah Sesyen, Kota Bharu, semalam. - UTUSAN/ZUHARMAN MOHAMAD NOR

KOTA BHARU 12 Mac - Lima lelaki warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga tuduhan menculik, mengurung dan melakukan pemerasan terhadap seorang lelaki dikenali mereka, bulan lalu.

Bagaimanapun, hanya tertuduh pertama, Muhamad Osman Muhamad, 23, dan tertuduh ketiga, Mohamad Rashid Abd. Basir, 28, memahami pertuduhan dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Pertuduhan bagaimanapun tidak dibacakan terhadap tiga lagi tertuduh iaitu, Nor Salam Mohd. Huson, 28, Nur Bashor Dudu Miya, 23, dan Abdul Nasar Dodo Miya, 37, kerana tidak memahami bahasa Melayu.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menculik Zahid Hussin Idris, 30, dengan tujuan hendak mengurung mangsa di Kampung Bendang Selinsing, Pasir Puteh pada pukul 12.30 tengah hari, 23 Februari lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tujuh tahun dan denda.

Mengikut pertuduhan kedua, mereka didakwa mengurung mangsa dan memeras hartanya antara pukul 9 malam hari yang sama dan 9.30 malam, 27 Februari di Kampung Sedar, Tumpat.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 347 kanun tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda.

Bagi pertuduhan ketiga pula, mereka didakwa melakukan pemerasan yang menyebabkan mangsa berada dalam ketakutan dan mendorongnya menyerahkan wang berjumlah RM9,800.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 386 kanun tersebut yang jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Asmah Azhari dan tiada jaminan dicadangkan dengan alasan kesemuanya bukan warganegara Malaysia.

Mahkamah menetapkan 30 Mac depan bagi sebutan semula kes terhadap kedua-dua tertuduh dengan khidmat jurubahasa Myanmar untuk membacakan pertuduhan kepada tiga lagi tertuduh.

Penganggur dijel 6 tahun, 3 sebatan

Posted: 12 Mar 2014 12:13 PM PDT

KUALA LUMPUR 12 Mac - Seorang penganggur dihukum penjara enam tahun dan sebatan tiga kali oleh Mahkamah Sesyen Kajang dekat sini hari ini selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan melakukan rompakan berkumpulan, tahun lalu.

Hakim Nor Hazani Hamzah menjatuhkan hukuman itu terhadap Fakhrullah Ma'mon, 36, dan memerintahkan hukuman tersebut berkuatkuasa dari tarikh tertuduh ditahan, 6 September tahun lalu.

Lelaki yang tidak diwakili peguam itu didakwa bersama seorang lagi yang masih bebas melakukan perbuatan itu dengan bersenjatakan satu objek yang menyerupai pistol terhadap Nik Nor Baizuri Datuk Sabiamad, 32.

Dalam kejadian itu tertuduh melarikan tiga unit telefon pintar jenama Samsung, rantai tangan emas dan wang tunai RM1,000 milik mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kedai Persona Cinta, No. 34, Jalan 4/12B, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi, dekat sini pada pukul 2.25 petang, 1 Julai 2013.

Timbalan Pendakwa Raya, Siaw Chooi Chin mengemukakan pertuduhan itu mengikut Seksyen 397 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 395 kanun sama yang boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Fakhrullah memohon mahkamah meringankan hukuman kerana dia sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang sama.

Mengikut fakta kes, tertuduh dan seorang lagi yang memakai topi keledar meluru masuk ke dalam kedai tersebut sebelum mengeluarkan pistol sambil mengarahkan mangsa untuk mengeluarkan wang dari mesin wang di kaunter dan barang kemas mangsa.

Kedua-dua lelaki itu kemudian melarikan diri menunggang sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan kedai tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kerjasama SAR MH370 menakjubkan

Posted: 12 Mar 2014 12:13 PM PDT

Azmi Hassan

Anggota Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) meninjau kawasan Laut China Selatan dengan menggunakan pesawat C130, kelmarin. - REUTERS

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) yang sedang dilaksanakan di Laut China Selatan dan juga Selat Melaka sudah menjangkau hari ke enam, namun setakat ini tiada petunjuk positif yang dapat merungkai persoalan apa sebenarnya yang telah berlaku terhadap pesawat MH370.

Operasi SAR yang membabitkan tiga negara utama iaitu Malaysia, Vietnam dan China turut melibatkan penyertaan beberapa negara lain iaitu Singapura, Indonesia, Filipina, Brunei, Thailand, Australia, New Zealand dan juga Amerika Syarikat (AS).

Paling terkini India telah menawarkan kepakaran dan aset tentera mereka dalam membantu misi mencari MH370.

Selain daripada aset ketenteraan negara terlibat digunakan secara meluas, beberapa agensi berkaitan penerbangan awam seperti Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) dari AS dan juga agensi perisikan seperti Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Organisasi Perisikan Antarabangsa (Interpol) juga menghulurkan bantuan.

Begitu juga AS dikatakan telah menggunakan kecanggihan satelit perisikan mereka yang dapat mengenali objek sebesar 5 sentimeter tidak kira di lautan atau daratan adalah manifestasi bahawa semua negara mahu membantu merungkaikan misteri MH370.

Kerjasama yang dihulurkan adalah amat dihargai oleh Malaysia sebagai negara induk yang terlibat dalam operasi SAR kerana hakikatnya adalah kawasan pencarian adalah begitu luas kerana perairan Malaysia dan Vietnam sahaja sudah merangkumi lebih dari 30,000 kilometer persegi. Jika kawasan pencarian Selat Melaka diambil kira, Malaysia berseorangan sukar melakukannya.

Satu perkara yang paling menarik dalam kerjasama misi operasi SAR MH370 adalah ia melibatkan sempadan maritim Laut China Selatan yang dianggap begitu sensitif sekali.

Malaysia, Vietnam, Brunei, Filipina dan China terlibat secara langsung dalam kemelut sempadan bertindih yang masih tiada jalan penyelesaian sehingga hari ini.

Isu sempadan Laut China Selatan adalah begitu sensitif kerana Vietnam dan Filipina pernah berperang dengan China. Beberapa bulan lepas Malaysia telah membuat bantahan diplomatik kepada Beijing kerana kapal Pengawal Pantai China telah menceroboh perairan negara di Beting Serupai berhampiran Bintulu.

Sebab itu kerjasama yang dipamerkan oleh semua negara terlibat dalam operasi SAR dianggap begitu menakjubkan jika bersandarkan senario Laut China Selatan yang amat begitu sensitif sekali.

Umpamanya tidak timbul isu kedaulatan sempadan maritim dicabul apabila kapal perang Malaysia memasuki perairan Vietnam. Menarik juga diberitakan bahawa pihak berkuasa Vietnam turut memberi kebenaran kepada dua kapal perang China iaitu Kunlinshan dan Haikou memasuki perairan mereka dalam usaha memperkemaskan operasi SAR.

Hakikatnya adalah operasi SAR yang melibatkan banyak negara memerlukan koordinasi supaya ia mudah ditadbir urus. Ini adalah kerana setiap organisasi tentera mempunyai kaedah dan tatacara yang agak berbeza bagaimana mereka beroperasi.

Latihan ketenteraan di antara negara sama ada secara bilateral atau multilateral adalah kaedah termudah untuk mencapai koordinasi yang serasi di antara negara yang terlibat dalam operasi SAR.

Begitu kritikalnya latihan ketenteraan secara bersama ini amat menyerlah kerana selain daripada meningkatkan kerjasama dalam kalangan organisasi tentera negara peserta, ia juga boleh dijadikan landasan untuk mendalami setiap taktik dan strategi ketenteraan yang menggunakan peralatan tercanggih dan terbaru dalam operasi SAR.

Sebab itu dinilai operasi SAR yang melibatkan tentera Malaysia, Vietnam, Brunei, Singapura, Thailand dan AS berjalan dengan lancar kerana kesemua organisasi tentera negara tersebut sudah serasi dalam bentuk tadbir urus yang di amalkan masing-masing. Ini kerana kesemua negara tersebut terlibat dalam latihan ketenteraan yang dinamakan Cobra Gold.

Jika pada asalnya Cobra Gold diwujudkan sebagai pengekang pengaruh komunis negara Indo China yang begitu kuat pada tahun 70an, tetapi Cobra Gold hari ini adalah jauh berbeza daripada matlamat asal jika diteliti komposisi negara yang mengambil bahagian.

Malaysia yang menjadi negara pemerhati sejak 2003 telah menyertai Cobra Gold 2010 dengan status yang serupa dengan negara pemerhati lain seperti China, Jerman, Brunei dan Vietnam. Tetapi bermula 2011 Malaysia menyertai latihan tersebut sebagai ahli penuh.

Begitu juga latihan Kerjasama Kesiagaan dan Latihan (CARAT) di antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Angkatan Tentera Amerika Syarikat (USF) menyerlahkan lagi betapa mudahnya untuk dua organisasi tentera membantu antara satu sama lain.

Perlu diungkitkan kerjasama ATM dan USF melalui CARAT adalah sudah buat sekian lama terjalin dan latihan terakhir diadakan pada Jun 2013 di sekitar kawasan Kemaman, Kuantan, Pekan dan Laut China Selatan adalah kali ke 19.

Jika pada era Perang Dingin, latihan ketenteraan di rantau ini lebih menjerumus kepada kekangan pengaruh komunis di Asia Tenggara. Tetapi setelah tamat era Perang Dingin latihan tersebut mula menumpukan kepada aspek kerjasama operasi tentera antara negara pada ketika kecemasan dan darurat.

Penyertaan negara yang terlibat dalam SAR MH370 dalam Cobra Gold dan juga CARAT secara sepenuhnya terbukti manfaatnya kerana ia telah memudahkan kerjasama operasi ketenteraan yang amat diperlukan seperti yang ditempuhi dalam operasi SAR MH370.

Semoga kerjasama di antara organisasi tentera yang terlibat dalam operasi SAR MH370 dapat mempercepatkan urusan merungkai misteri yang sehingga kini masih berdepan jalan buntu.

PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM.

Kajang saya mengkuang layu...

Posted: 12 Mar 2014 12:13 PM PDT

Budiman Mohd. Zohdi

Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali hadir menyokong calon PKR pada hari penamaan calon PRK Kajang di Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi Selangor, kelmarin.

SEBELUM ini, selepas rakyat Malaysia dikhabarkan tentang berita Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan memasuki Jepun, mereka dikejutkan pula dengan berita perletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh tanpa sebarang alasan.

Pengumuman perletakan jawatan itu diumumkan pada 27 Januari lalu yang seterusnya menimbulkan tanda tanya kerana pasukan Pakatan DAP-PKR-Pas telah menang besar, 44 kerusi pada Pilihan Raya Umum Ke -13-(PRU-13) di Selangor.

Ekoran peletakan jawatan secara tiba-tiba itu, gosip politik berlegar sekitar kemungkinan Ketua Umum PKR itu bercita-cita menjadi Menteri Besar Selangor. Ini sudah tentu di luar kelaziman dan jika berlaku tentunya menjadi sejarah apabila ahli parlimen di negeri lain menjadi menteri besar di sebuah negeri lain.

Anwar sekali lagi mempamerkan kemahiran bersilat lidah apabila pada mulanya beliau menafikan khabar angin akan bertanding di PRK Kajang, iaitu pada hari yang sama Chin Cheh mengosongkan kerusi.

Namun tidak sampai 24 jam selepas penafian tersebut dalam sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Penasihat DAP dan juga Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Anwar diumumkan akan bertanding bagi mempertahankan kerusi PKR diKajang. Serentak itu juga, road show Anwar terus bermula di Kajang.

Sedangkan ketika Anwar mengumumkan untuk bertanding itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum dimaklumkan mengenai kekosongan tersebut malah belum mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.

Ini adalah kali kedua pilihan raya kecil izin dalam paksa diadakan semata-mata untuk memberi laluan kepada Anwar tetapi kini segalanya musnah selepas kes beliau di Mahkamah Rayuan tidak memihak kepadanya.

Pada 2008 isterinya dan juga Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh beberapa bulan setelah PRU-13 untuk memberi laluan kepada Anwar.

PRK Kajang itu juga menyebabkan sidang DUN Selangor yang sepatutnya bermula pada 17 Mac 2014 ditangguh pada 7 April 2014. Ia dibuat semata-mata menunggu ADUN Kajang yang baharu berada di dalam Dewan Undangan Negeri.

PRK Kajang - Kajang Move berkemungkinan penting bagi PKR untuk menyelesaikan kemelut dalaman mereka. Pergeseran adik beradik untuk mendapatkan kasih bapanya di dalam PKR bukanlah satu rahsia lagi.

Pertembungan Abdul Khalid vs Azmin semakin terbuka. Bahkan dalam sidang DUN Selangor, label orang Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan orang Abdul Khalid juga berlaku. Banyak episod pelik dan pergolakan dalaman parti yang menimbulkan pelbagai spekulasi. Ini termasuk kes pemecatan Azmin dari Lembaga PKNS.

Kajang Move juga tentunya tidak boleh lari dengan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. Pada mulanya, Rafizi mengakui perletakan jawatan Chin Cheh itu memang satu strategi pakatan untuk kekal kukuh di Selangor.

Tetapi apabila melihat mood rakyat tidak gembira dengan perletakan jawatan Chin Cheh tanpa munasabah itu, Rafizi cuba membetulkan keadaan dengan memohon maaf kepada pengundi di Kajang yang terpaksa melalui satu pilihan raya kecil yang tentunya akan memakan masa dan wang.

Dalam kalangan ADUN Selangor mereka hanya senyum sinis apabila Rafizi berhujah, kehadiran Anwar ke Selangor kononnya dikatakan cukup penting bagi menghalang Barisan Nasional (BN) menjadikan situasi darurat sebagai alasan merampas negeri Selangor.

Kenyataan seperti itu seolah-olah meremehkan daya juang dan pemikiran strategik ADUN-ADUN Pakatan di negeri Selangor. Sedangkan mereka telah menang 44 kerusi di Selangor pada pilihan raya umum lalu.

Kajang Move semakin celaru apabila Abdul Khalid menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Pusat berkaitan isu air. Seperti ada yang tidak kena, Rafizi tampil mendakwa MoU semula industri air Selangor merupakan satu kerugian buat rakyat di negeri itu. Ini jelas menunjukkan pertikaian dalaman yang sepatutnya diselesaikan di peringkat dalaman PKR telah menjadi perbincangan awam.

DAP pula sebagai rakan dominan dalam Pakatan tidak akan untung mahupun rugi dalam percaturan ini. Biar siapa pun menggantikan Abdul Khalid sebagai MB Selangor, ia tidak akan membawa sebarang perubahan kepada imbangan kuasa DAP dalam pentadbiran Selangor.

Dengan tiga wakil rakyat dalam barisan exco Selangor, juga satu speaker dan dua sebagai exco kanan, DAP masih akan kekal menguasai pentadbiran negeri Selangor buat penggal ini.

Yang kekal rugi dalam percaturan PKR ini ialah Pas, sebagai sebuah parti di dalam Pakatan yang memiliki jumlah kerusi yang sama banyak dengan DAP mengatasi jumlah kerusi PKR di dalam DUN Selangor. Walaupun mempunyai 4 orang exco negeri, ternyata Pas adalah parti yang tidak bersedia memimpin. Atau setelah mengukur baju di badan sendiri, Pas mengakui yang sememangnya mereka belum berani mentadbir sebuah negeri maju. Atau mungkin mereka bagaikan khayal meragut rumput kering yang di hidangkan oleh rakan tahaluf siyasi mereka.

Timbul persoalan berkenaan Kajang Move. Apakah perancangan Kajang Move mengambil kira kes Anwar di Mahkamah Rayuan? Adakah pasukan strategik mereka terlepas pandang atau terlalu yakin Anwar akan menang?

Adakah pelan mahu menukar Abdul Khalid sebagai Menteri Besar masih berjalan? Atau mungkin Wan Azizah tidak berupaya menolak bisikan untuk bergelar menteri besar wanita pertama.

Jika itu perancangannya ternyata meletakkan Wan Azizah adalah strategi terbaik untuk memastikan legasi Anwar.

Chew Mei Fun merupakan calon BN untuk PRK Dun Kajang. Beliau pernah meletak jawatan Ketua Wanita MCA atas ikrar dan prinsip ketika pemilihan MCA 2010. Jika benar mengundi Cina celik politik, inilah masa untuk memberikan suara wakil MCA dalam sidang DUN Selangor. Kini 12 suara pembangkang di Selangor sekarang ini semuanya adalah dari UMNO.

Tetapi pada masa sama jangan lupa politik air mata yang dimainkan pakatan pembangkang. PRK Kajang akan menjadi alat propaganda mata, seperti PRU 1999 mata lebam Anwar dijaja di mana-mana. PRU-2008, air mata Nik Aziz ditampal di setiap tiang dan tidak mustahil PRK Kajang air mata Azizah menjadi bahan kempen untuk mengusik emosi para pengundi.

Yang pasti, Kajang menjadi tumpuan seluruh negara bukan sahaja kerana Sate Kajang. Di saat kita simpati dan berduka atas insiden kehilangan pesawat MH370, Kajang menjadi saksi kepada pendekatan taktikal separuh masak Pakatan.

PENULIS ialah ADUN Sungai Panjang dan Setiausaha ADUN BN Selangor.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Sebab Hanis bertudung di luar

Posted: 12 Mar 2014 12:00 AM PDT

Oleh Aida Rizmariza Kamaruddin
Gambar Mohd Azim Abd. Rahman

HANIS Zalikha mula bertudung sebagai langkah untuk berhijrah bila tiba waktu yang sesuai.

FESYEN pilihan gadis ini sentiasa menarik perhatian ramai, mula memikat peminat melalui penulisan di blog kini nama Hanis Zalikha cukup sinonim sebagai seorang selebriti. Mengakui agak menyukai dunia fesyen, Hanis bagaimanapun tidak menolak mahu memanjangkan kariernya di dalam bidang ini suatu hari nanti.

Percaya fesyen adalah sesuatu yang terbuka, dia tidak melihat ia menjadi isu jika ada mereka yang mahu meniru fesyen pilihannya. Jujurnya pengacara serta pelakon ini juga sering menjadikan selebriti lain sebagai rujukan dirinya ketika mahu mengenakan pakaian yang sesuai.

Kalau ada yang ingin mengikut saya berfesyen, saya melihat itu sebagai satu penghargaan.

Fesyen pada saya adalah mendapatkan input dari luar, jadi jangan terlalu bangga kerana kita sendiri yang harus pandai sesuaikan dengan keadaan kita. Bagi saya sendiri setiap kali berfesyen saya mahu gaya itu malar segar supaya ia sesuai dengan masa kini dan hadapan,"katanya ketika ditemui pada set penggambaran drama bersiri Jodoh 2.

Menolak untuk mengatakan dia sebagai seorang ikon fesyen, bagi Hanis pilihan fesyennya cukup mudah. Malah pelakon muda ini juga tidak menolak menirunya daripada beberapa artis terkenal.

Kalau ada yang mengatakan saya terlalu tertekan untuk nampak bergaya setiap masa, itu tidak pernah berlaku. Ada hari yang saya akan tampil biasa.

Antara artis yang saya suka lihat fesyen pilihan mereka adalah Scha Alyahya dan Blake Lively, input-input fesyen yang saya dapat dari mereka akan saya gayakan dengan cara saya sendiri," katanya.

Memang menyimpan impian untuk bergelar seorang pereka fesyen kelak, bagi Hanis semuanya terpulang kepada dirinya kini. Mahu menumpukan kepada bidang lakonan dahulu, Hanis percaya ada ruang untuk dirinya mengejar cita-cita itu kelak.

Memang saya impikan untuk mempunyai jenama fesyen sendiri. Di zaman persekolahan lagi saya sudah didedahkan dengan dunia jahitan, jujurnya memang itu yang saya mahu sejak dahulu.

Bila saya akan meneruskan impian ini, saya fikir biarlah dunia lakonan saya buktikan sesuatu dahulu sebelum melangkah ke bidang lain," katanya.

Tudung dan Hanis

Menyimpan impian untuk bertudung suatu hari nanti, menurut Hanis buat masa ini ada kalanya dia akan mengenakan tudung ketika berada di luar. Tidak terdetik untuk bercerita soal ini, bagi Hanis apa yang berlaku ini lebih kepada permulaan.

Memang saya ada bertudung kadang- kadang di luar, saya anggap ini sebagai permulaan.

Bercakap soal ini memang saya ada menyimpan impian untuk terus bertudung suatu hari nanti,"katanya jujur.

Ditanya apa yang menyebabkan dia bersedia untuk bertudung, bagi Hanis sukar untuk dia menyatakan keadaannya ketika ini. Bagaimanapun dia menolak untuk mengatakan ini akan memberi kesan terhadap kariernya jika dia bertudung suatu hari nanti.

Melihat penerimaan orang kita kini, saya tidak lihat apa-apa kekurangan untuk selebriti memilih bertudung kini. Bagi saya ia lebih kepada cara hidup kita.

Ada peminat yang perasan saya bertudung di luar kadang-kadang, tetapi mereka tidak ada masalah pun," katanya.

Cinta shhhh

Rasanya ramai yang sudah tahu Hanis kini dikaitkan rapat dengan pelakon Hairul Azreen. Tidak menolak Hairul sebagai lelaki yang paling selesa untuk didampingi dirinya, Hanis bagaimanapun mempunyai prinsip dalam soal ini.

Saya memang tidak gemar sangat bercerita soal hubungan saya.

Apa yang boleh saya cakap saya sudah lama kenal Hairul dan dia adalah orang yang paling rapat dengan diri saya," katanya.

Menguak sedikit keistimewaan teman lelakinya ini, bagi Hanis sikap Hairul yang jujur sentiasa menambat hatinya. Mengekalkan sikap berahsia tentang soal hubungan bagi Hanis, ini bukan perkara baharu untuk dirinya.

Saya sudah kenal Hairul sebelum kami menjadi artis lagi, jadi saya tahu dia memang seorang yang jujur dengan saya.

Kalau ikutkan saya memang seorang penulis blog yang berkongsi segala macam soal hidup saya dengan pembaca. Jujurnya sebelum ini juga saya pernah mempunyai teman lelaki, dan saya tidak pernah bercerita mengenai diri mereka dalam blog saya. Bukan apa, perkara seperti ini sangat dekat dengan saya dan kalau boleh saya tidak mahu mereka diadili orang di luar sana,"katanya.

Mengakui pernah menanam impian untuk berkahwin di usia 20 tahun, kini Hanis melihat itu sebagai sesuatu yang kelakar. Kata Hanis, jujurnya dia memang mahu mengikut jejak langkah ibunya, Nani Rostam yang berkahwin awal.

Saya memang mahu kahwin di usia 20 tahun, sebab melihat ibu saya kini. Saya mahu anak yang ramai serta jarak umur yang tidak terlalu jauh dengan mereka.

Namun bila sudah melangkah ke alam kerjaya kini saya mula melihat perkara ini dalam soal yang berbeza. Sehingga setakat ini saya tidak lagi merancang mahu berkahwin," katanya tersenyum.

Ian Somerhalder teruja di FB

Posted: 12 Mar 2014 12:00 AM PDT

Somerhalder (bertopi) bersama rakan-rakannya ketika mengadakan sesi dialog bersama peminatnya, baru-baru ini.

Aktor kacak drama bersiri Vampire Diaries, Ian Somerhalder dilihat begitu teruja melayan karenah peminat yang memberikan pelbagai kata-kata atau komen di laman sosial Facebook (FB) miliknya.

Bagi jejaka berusia 35 tahun itu, komen para peminatnya banyak yang menghiburkan hatinya tatkala dia mempunyai masa untuk membacanya dan dia hanya membalas beberapa komen tertentu sahaja yang dirasakan perlu kerana kekangan masa.

Menyedari betapa pentingnya hubungan seseorang artis dengan peminat, Somerhalder mengambil inisiatif sendiri dengan memperuntukkan sedikit masa untuk sesi soal jawab bersama peminatnya, baru-baru ini.

Saya begitu teruja kerana dapat meluangkan masa berbuat demikian dan ia suatu pengalaman yang takkan dilupakan. Saya begitu menghargai mereka (peminat) yang selama ini menyokong karier saya, maka ia perlu dibalas dengan mengadakan perbualan bersama mereka.

Ini adalah kali pertama saya melakukannya dan tidak mungkin akan jadi yang terakhir. Jika ada masa dan peluang, kemungkinan besar saya akan lakukannya lagi kerana bukan sahaja boleh mengeratkan hubungan dengan peminat, malah agak seronok dan menghilangkan tekanan.

Ini kerana, kebanyakan persoalan yang diajukan oleh peminat melucukan, sekali gus membuatkan saya ketawa sendirian. Mereka banyak bertanya mengenai tubuh badan saya yang dikatakan semakin berotot berbanding sebelum ini. Bagaimanapun, segala perincian soalan, biarlah saya sahaja yang tahu," katanya kepada media baru-baru ini.

Pada masa yang sama, pemegang watak Damon Salvatore menerusi siri televisyen popular itu amat berterima kasih kepada pengasas FB kerana mencipta satu laman sosial yang disifatkannya sangat relevan dan berguna kepada masyarakat terutama golongan artis sepertinya.

Terima kasih atas pengalaman ini dan tidak lupa kepada pengasas FB kerana merealisasikan hasrat saya. Peminat adalah sumber inspirasi saya dan sesi dialog yang diadakan adalah luar biasa. Tanpa FB, saya mungkin kekurangan peminat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


MCA yakin kaum Cina kembali sokong BN

Posted: 11 Mar 2014 12:19 PM PDT

HULU LANGAT 11 Mac - Semua faktor baik yang ada dalam barisan kepimpinan baharu MCA selepas pemilihan parti itu baru-baru ini akan menjadi faktor pendorong kepada masyarakat Cina untuk kembali memberi sokongan kepada mereka.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kepimpinan baharu parti kini serius untuk membuktikan bahawa perubahan besar sedang dijayakan dan yakin Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang adalah jawapan terbaik kepada maksud tersebut.

Katanya, MCA dengan kerjasama jentera Barisan Nasional (BN) akan berkerja bersungguh-sungguh untuk menerangkan kepada pengundi di Kajang terutama orang Cina bahawa parti itu adalah medium utama kepada suara politik masyarakat Tionghua.

Beliau yang yakin calon BN daripada MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun akan mendapat sokongan majoriti pengundi di Kajang menambah, pola perubahan sokongan masyarakat Cina kepada parti itu semakin positif setiap kali program turun padang bersama rakyat dibuat.

"MCA telah mengadakan pemilihan parti dan kini dengan kepimpinan baharu. Kita juga menampilkan calon berkaliber di Kajang dan semua faktor baik yang ditonjolkan parti sekarang ini, saya yakin akan meraih kembali sokongan masyarakat Cina kepada kami.

"Kita sudah nampak sokongan semakin baik dan positif. Kami akan bekerja bersungguh-sungguh dan capai keputusan jauh lebih baik berbanding sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon di Bandar Baru Bangi di sini, hari ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), MCA mencatat prestasi terburuk di bawah pimpinan bekas Presiden, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek tetapi kini, pelbagai pihak kembali menaruh keyakinan selepas Tiong Lai mengambil alih kepimpinan parti itu.

PRK DUN Kajang diadakan selepas penyandangnya, Lee Chin Cheh melepaskan jawatan bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Ketua Pembangkang itu tidak layak berbuat demikian selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun akibat kes liwat, Jumaat lalu.

Kegiatan curi pasir berhampiran pangsapuri berjaya dibongkar

Posted: 11 Mar 2014 12:19 PM PDT

BEGINILAH keadaan di lokasi mencuri pasir berhampiran Pangsapuri Berembang Indah, Ampang, Selangor semalam.

KUALA LUMPUR 11 Mac - Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDTG) menyerbu lokasi kegiatan mencuri pasir berdekatan Pangsapuri Berembang Indah, Ampang dekat sini hari ini.

Operasi tersebut diketuai oleh Pegawai Daerahnya, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan Nor Hisham bersama 10 anggota serta penguatkuasa Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Menurut Nor Hisham, pemaju terbabit diberi peluang untuk mengeluarkan segala peralatan untuk memproses pasir tersebut bermula hari ini hingga 18 Mac ini.

"Jika mereka masih berdegil dan tidak mengikut tempoh yang diberi, semua barangan di dalam kawasan itu akan disita oleh PDTG dengan bantuan MPAJ.

"Walau bagaimanapun, pasir yang sama ada telah dicuci ataupun belum tidak dibenarkan untuk dibawa keluar kerana tanah itu milik kerajaan negeri," katanya selepas operasi itu di sini, hari ini.

Nor Hisham berkata, pihak pemaju tersebut dikenakan tindakan di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara kerana mengambil dan mengalih bahan batuan daripada tanah kerajaan tanpa kebenaran.

Sementara itu, beliau membidas alasan yang diberi pihak pemaju bahawa mereka sudah mendapat kelulusan untuk membawa keluar pasir di kawasan itu.

"Jika benar pemaju telah mendapatkan kelulusan, mereka harus menunjukkan segala dokumen tersebut kepada PDTG kerana dalam hal ini, pihak Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. pasti akan merujuk kepada kami terlebih dahulu," jelasnya.

Tambahnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu merupakan salah satu taktik untuk mendapat keuntungan dengan cepat dan mudah.

"Saya difahamkan, sebuah lori membawa muatan yang penuh dengan pasir ini boleh mendapat keuntungan bersih sebanyak RM200.

"Jika dalam masa sehari lori berulang-alik membawa keluar pasir, pastinya mereka akan mengaut keuntungan berkali ganda," katanya.

Puteri UMNO sudah dekati 30 peratus pengundi muda

Posted: 11 Mar 2014 12:19 PM PDT

KAJANG 11 Mac - Pergerakan Puteri UMNO telah mendekati lebih 30 peratus daripada 7,786 orang pengundi muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang hasil penyelarasan dalam fasa pertama.

Ketuanya, Mas Ermieyati Samsudin, pihaknya kini sedang menjalankan gerak kerja dalam fasa kedua bagi menarik lebih ramai pengundi muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) tersebut.

"Saya yakin dan percaya melalui kaedah yang tepat dengan kekuatan 700 orang jentera Puteri, kerja-kerja di peringkat peti undi akan dapat dilaksanakan dengan sempurna," katanya.

Beliau ditemui pemberita dalam Majlis Bacaan Yasin untuk penumpang pesawat MH370 dan Taklimat Jentera Puteri UMNO Pilihan PRK DUN Kajang di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor merangkap Pengarah PRK DUN Kajang, Datuk Seri Noh Omar.

Dalam majlis tersebut, Noh turut menyerahkan 16 buah komputer di bilik gerakan sayap UMNO itu bagi melancarkan perjalanan kempen.

Sementara itu, Mas Ermieyati berkata, keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencalonkan Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sengaja dibuat untuk 'menagih simpati' pengundi.

"Kita sudah jangka mereka akan meletakkan Wan Azizah menggantikan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi kita optimis calon BN adalah yang terbaik dan saya amat berharap pengundi tidak tertipu dengan taktik lapuk ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Promosi bidang teknikal, vokasional

Posted: 11 Mar 2014 12:19 PM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
utusanjohor@utusan.com.my

BATU PAHAT 11 Mac - Bidang teknikal dan vokasional seharusnya dijadikan sebagai bidang pilihan utama oleh generasi muda kini dan bukannya sebagai pilihan kedua.

Dekan Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM), Dr. Razali Hassan berkata, usaha untuk mengubah persepsi masyarakat bahawa bidang teknikal dan vokasional berdiri sama tinggi dengan pelbagai bidang lain seharusnya diperluaskan.

"Terdapat pendapat umum masyarakat iaitu bidang teknikal dan vokasional hanyalah pilihan kedua selepas mereka gagal untuk mengikuti kursus sains dan teknologi lain.

"Tetapi sebenarnya perkara tersebut tidak benar kerana bidang ini banyak memainkan peranan dalam usaha menjadikan sesebuah negara bertaraf negara maju," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya, mengambil contoh negara maju di dunia Barat seperti Jerman dan Perancis, keupayaan yang tinggi warganegaranya dalam bidang teknikal dan vokasional membantu secara langsung dalam kemajuan sesebuah negara.

"Perkara seperti ini harus ditekankan dalam minda masyarakat bahawa bidang teknikal dan vokasional memainkan peranan amat penting bukan sahaja kepada pendidikan seseorang individu, namun kemajuan sesebuah negara.

"Malah kini individu yang mempunyai kemahiran tinggi dalam bidang teknikal dan vokasional juga mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka yang mempunyai pekerjaan berbentuk profesional lain," katanya.

Sehubungan itu pihaknya telah menubuhkan Briged FPTV yang berperanan menyebarkan maklumat kepada masyarakat umum khususnya penduduk setempat bahawa bidang teknikal dan vokasional adalah sama berkualiti berbanding bidang lain.

Razali berkata, briged tersebut aktif dengan program kemasyarakatan dan tugas promosi, sekali gus dapat membuka hati dan minda masyarakat bahawa bidang itu dapat membantu dalam kehidupan seharian mereka.

"Kini masyarakat sudah mula membuka mata untuk menjadikan bidang teknikal dan vokasional sebagai pilihan pendidikan mereka dan ini merupakan satu impak positif yang berjaya dilakukan Briged FPTV," katanya.

Dua kapal asing ditahan

Posted: 11 Mar 2014 12:19 PM PDT

Kapal MV Stadt Marburg ditahan Maritim Malaysia Wilayah Selatan selepas berlabuh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai, Pontian, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 11 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Wilayah Selatan menahan dua buah kapal asing kerana berlabuh tanpa kebenaran di perairan Tanjung Piai dan Pulau Kukup, Pontian, baru-baru ini.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Johor Bahru, Kapten Maritim Aminuddin Abd. Rashid berkata, dalam kejadian pertama pukul 10.30 pagi Khamis lalu, pihaknya menahan kapal MV Stadt Marburg kira-kira 2.7 kilometer barat daya Tanjung Piai.

Katanya, kapal yang didaftarkan di Antiga and Barbuda itu dikesan berada dalam keadaan mencurigakan oleh kapal peronda agensi berkenaan yang sedang menjalankan operasi di kawasan perairan Selat Melaka.

"Sebuah lagi kapal, MT Ocean Accord yang didaftarkan di Panama ditahan pukul 2.10 petang semalam, kira-kira 4.6 kilometer tenggara Pulau Kukup.

"Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua kapal berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen daripada Pengarah Laut untuk berlabuh di kawasan perairan negara ini selain gagal membayar dius api.

"Ketua jurutera dan dua krew kedua-dua kapal telah dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia Wilayah Selatan di Johor Bahru untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aminuddin berkata, ketika ditahan kapal MV Stadt Marburg sedang membawa 21 anak kapal terdiri daripada 17 warga Filipina dan empat warga Ukraine berusia antara 20 hingga 59 tahun manakala kapal MT Ocean Accord pula membawa 22 anak kapal terdiri daripada 16 warga Filipina dan lima warga Korea Selatan berusia antara 25 hingga 52 tahun.

Katanya, pemilik kapal boleh didakwa di bawah seksyen 491B (1) (l) Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan Seksyen 3 Akta Dius Api Persekutuan 1953 iaitu berlabuh dikawasan yang tidak dibenarkan, bersauh tanpa kebenaran dari Pengarah Jabatan Laut dan gagal membayar dius api.

Ujar beliau, pemilik kapal boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Tuah wajah eksotik

Posted: 12 Mar 2014 12:00 AM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar JEFRI IRAN

DEJA Eshrina Sabri, 22, memiliki seraut wajah yang boleh dikatakan unik dan eksotik. Memiliki ketinggian 171 sentimeter dan berat 48 kilogram, gadis ini mungkin memang layak bergelar peragawati dan model.

Demi memantapkan lagi karier dalam industri peragaan, dia menyusun strategi memastikan namanya terlebih dahulu meniti di bibir pereka fesyen.

Satu demi satu pertandingan pencarian model disertai dan dia berusaha membuktikan kemampuannya dengan meraih tempat pertama, kedua dan ketiga.

Apa pun itu hanya aktiviti sampingan anak jati Kuala Lumpur ini, kerana tugas hakiki sebagai eksekutif perakaunan di sebuah syarikat tempatan yang disandang sejak empat tahun lalu tetap didahulukan.

Gadis kacukan Pakistan di sebelah ibu dan Melayu sebelah bapanya, mahu membuktikan dirinya memang akan berusaha sehingga ke peringkat tertinggi dalam apa jua bidang yang disertai.

Sebenarnya waktu bersekolah menengah Deja memang tidak pernah terfikir untuk menceburkan diri dalam bidang peragaan, maklumlah di Malaysia, kulit sawo matang seperti Deja sukar mendapat peluang berbanding mereka yang berkulit cerah.

Bagaimanapun, setelah ibu angkat, Saadiah Razali yang memiliki butik pengantin meyakinkan potensi dalam bidang peragaan, Deja jadi lebih berani dan yakin. Deja turut memasuki kelas peragaan semata-mata mahu menimba ilmu yang betul dalam bidang ini," katanya yang ditemui di Studio Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Sejak dari itu, satu demi satu peluang memperagakan pakaian dicuba dan paling sukar dilupakan tentulah pengalaman pertama iaitu bersama Kraftangan Malaysia memperagakan busana tradisional.

Dia kemudian terlibat memperagakan busana tradisional sekali lagi dalam promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 dan ia juga menjadi satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan apabila dapat bergandingan dengan penghibur terkenal tanah air, Datuk Jamal Abdillah.

Memang kali pertama saya memperagakan pakaian untuk Kraftangan Malaysia adalah satu kenangan yang amat sukar dilupakan.

Semakin mengujakan apabila rakaman tersebut disiarkan oleh stesen televisyen dan wajah saya terpapar di kaca TV," katanya bersemangat.

Ditanya tentang penerimaan orang tuanya terhadap kerjaya sambilan itu, Deja mengakui, memang pada awalnya hasratnya menjadi pergawati ditentang ibu ayahnya.

Namun setelah ayahnya melihat penampilan sulungnya di kaca TV, telah mengubah tanggapan tersebut.

Syukur ahli keluarga saya boleh menerima minat dan karier baru ini. Selain menambah pendapatan, Deja sebenarnya melihat dunia peragaan sebagai satu platform membina personaliti, cara komunikasi dan menambah keyakinan diri ketika berhadapan dengan khalayak ramai," ujarnya.

Tidak obses jenama

Bercakap mengenai fesyen yang sememangnya sinonim dengan kerjaya sebagai pergawati, gadis yang ramah dan mudah mesra itu berkata, biarpun kerap diminta memperagakan fesyen rekaan pereka-pereka terkenal, hakikatnya dia lebih menggemari gaya yang ringkas.

Dia juga tidak obses dengan barangan berjenama kerana yang penting baginya selesa dan sedap mata memandang.

Jika tidak berkerja, saya lebih suka santai dengan dengan jean dan baju T. Memanglah, sesekali mahu juga bergaya dengan fesyen terkini tetapi kena tengok juga tempat dan masanya, terutama ketika keluar bersama rakan," katanya yang gemar pada aktiviti bermotosikal.

Ceburi dunia lakonan

Walau memiliki pekerjaan tetap dan sambilan yang mendatangkan pendapatan lumayan, Deja sebenarnya mempunyai cita-cita yang masih belum kesampaian iaitu untuk menjadi seorang pelakon.

Kerana minatnya dalam dunia lakonan, dia tidak peduli walau dikatakan terlalu mengejar angan-angan. Bagi gadis ini, lakonan adalah jiwanya untuk meluahkan segala isi hatinya.

Deja yakin boleh menghayati apa juga watak, berlakon memang ada dalam diri cuma belum pernah diberi peluang untuk berlakon. Deja amat berharap satu hari nanti peluang tersebut akan datang juga," katanya yang meminati lakonan Ellie Suriati dan Wan Maimunah.

Ramuan asli turun-temurun

Posted: 12 Mar 2014 12:00 AM PDT

Oleh Siti Aishah Yusooff
Gambar Azlan hadi Abu Bakar

Penggunaan herba semula jadi sebagai penawar dalam merawat penyakit merupakan kaedah perubatan terawal yang telah berusia beribu tahun lamanya. Hampir kesemua tamadun dan bangsa di dunia mempunyai herba kebanggaan masing-masing.

Begitu juga dalam dunia rawatan tradisional Melayu yang tidak dapat lari daripada penggunaan herba dan rempah ratus semula jadi. Sesiapa pun tahu tentang khasiat dan kelebihan akar Tongkat Ali, daun Kacip Fatimah, manjakani, daun senduduk, lengkuas, misai kucing dan banyak lagi.

Sememangnya orang Melayu kaya dengan petua kecantikan dan kesihatan yang biasanya diwarisi turun-temurun.

Mewarisi rahsia khasiat herba-herba semula jadi daripada nenek-moyang, MISB Resources Sdn. Bhd., menjadi perintis dalam pengeluaran dan pengedaran produk herba tradisional Melayu melalui jenama NR.

Mengaplikasikan kaedah lebih moden, ilmu yang diwarisi turun-temurun lebih 100 tahun itu, diharap mampu memberi manfaat kepada orang ramai.

Perunding Kesihatan NR, Syarifah Fairuz Syed Kadim berkata, dengan menggunakan rumusan herba-herba asli daripada khazanah hutan hujan tropika dan petua serta adat resam masyarakat dahulu, rangkaian herba syarikatnya diproses melalui penggunaan mesin moden dengan taraf piawaian serta ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan.

Ramuan herba ini juga mengandungi pelbagai vitamin, garam galian, dan antidot yang dapat membantu masalah penyakit di samping menjaga kesihatan tubuh.

Produk herba kesihatan dan perubatan NR merupakan gabungan kebaikan herba tempatan serta yang didatangkan dari luar negara seperti Indonesia, China , India dan negara-negara di rantau Asia Barat.

Pelbagai produk penjagaan kesihatan asas sehingga perawatan khusus dan rangkaian rawatan spa tradisional Melayu diperkenalkan," ujarnya.

Tambah Syarifah Fairuz lagi, produk syarikat adalah diyakini dari segi kualiti dan khasiatnya kerana proses penghasilannya di kilang bertaraf Amalan Perkilangan Yang Baik (GMP) dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan mendapat pengiktirafan sijil halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Jenama kami memang dikenali sebagai produk kesihatan yang berkualiti melalui pengalamannya dalam bidang penjagaan kesihatan dan merupakan produk yang diyakini berkualiti tinggi, selamat dan tulen sejak sekian lama," jelasnya.

Syarifah Fairuz menambah, dengan berbekalkan ramuan tradisi daripada turun-temurun ini, NR telah mengeluarkan produk rangkaian herba pembersih dalaman iaitu Lawas Angin, Lawas Kencang, Lawas Segar, Bio Tablet Phyocleanse, Phyto Cleanse Plus dan Phytox.

Kami percaya bahawa memiliki proses pembersihan sistem organ dalaman yang baik adalah langkah penting bagi memiliki kesihatan tubuh yang sihat dan cergas. Organ usus terutamanya usus besar jika dibiarkan secara berterusan berada dalam keadaan kotor dan ditimbuni penyumbatan sisa bahan buangan lama boleh menyumbang kepada pembentukan keracunan usus yang menjadi punca utama hampir kesemua penyakit.

Malah ia juga boleh mengakibatkan berlakunya pertambahan beban kerja organ lain dalaman tubuh untuk menjalankan tugas-tugas pembersihan atau detoksifikasi. Apabila ini berlaku, sudah tentulah tahap kesihatan keseluruhan tubuh akan terjejas dan ini akan menyukarkan seseorang yang mengalami masalah obesiti untuk mengurangkan masalah berat badan," katanya.

Tambah Syarifah Fairuz lagi, kaedah terbaik dan berkesan bagi membantu membuang toksik dalam tubuh adalah melalui beberapa kaedah yang perlu dilakukan secara konsisten

Lakukan pembersihan dalaman sistem usus iaitu melalui pembuangan air besar yang berlaku secara lancar dan mudah. Proses pembuangannya sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali dalam sehari.

Pembongkaran dan pengeluaran toksik yang bertimbun lama dalam tubuh juga membantu mempercepatkan berlakunya proses penurunan berat badan dalam masa yang singkat," katanya.

Katanya lagi, dengan menggunakan herba pembersih dalaman NR, ia diyakini membantu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan sistem pembuangan yang tersumbat sekali gus melancarkan proses pengeluaran najis.

Apabila sistem usus bebas dan bersih dari segala penimbunan dan longgokan sisa buangan , ia akan membolehkan organ-organ penting lain dalaman tubuh berfungsi secara lebih berkesan," katanya.

Menurut Syarifah Fairuz, produk ini menggunakan seratus peratus herba dan rempah ratus terpilih yang terkenal dengan khasiat perubatan dan penyembuhan yang tinggi seperti halia, jintan manis, cengkih, cekur, ketumbar, daun Cina Maki, (senna) dan sebagainya.

Pembuatan produk kami juga tanpa disertai sebarang penambahan bahan kimia, pewarna tiruan dan pengawet tiruan yang boleh memudaratkan kesihatan tubuh. Melalui dos yang telah disyorkan, amalan mengambil herba pembersih dalaman dijamin selamat untuk semua individu tanpa mengira usia atau jantina .

Antara kesan yang diperoleh ialah membantu memulih fungsi penghadaman, melancarkan peredaran darah, melegakan masalah penyumbatan dan penimbunan angin dalam tubuh, menyegarkan kembali sel-sel tisu dalaman, mengurangkan masalah sebu dan kembung perut dan membantu mengurangkan pengumpulan dan penimbunan angin dan gas," ujarnya

Ia juga membantu mengurang dan melegakan sakit atau sengal sendi badan, membantu daya penumpuan yang lebih baik, membantu meningkatkan tenaga, membantu menyah bauan yang tidak menyenangkan dari tubuh dan juga pernafasan serta masalah obesiti," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved