Rabu, 14 September 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Wanita Australia mangsa kasanova

Posted:

Wanita Australia mangsa kasanova

Wanita Australia mangsa kasanova

Oleh ANGELINA SINYANGpengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Seramai 12 wanita warga Australia disahkan pernah menjadi mangsa penipuan dua daripada tiga 'kasanova' warga Nigeria yang aktif memperdayakan wanita melalui cinta siber dan ditangkap polis di negara ini, baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan berkata, siasatan lanjut ke atas kedua-dua suspek mendapati, mereka terlibat dalam 12 kes penipuan melalui cinta siber membabitkan wanita dari negara itu.

Bagaimanapun, kata beliau, jumlah keseluruhan kerugian dialami oleh semua mangsa dalam kes ini masih disiasat.

Namun, katanya, berdasarkan maklumat, jumlah tertinggi pernah dibayar oleh seorang mangsa adalah lebih RM50,000.

"Sebelum ini, sudah banyak laporan polis dibuat dan didedahkan oleh media mengenai kes penipuan cinta siber.

"Namun, kita dapati masih ramai wanita tertipu. Terbaru, kita berjaya membongkar satu lagi sindiket cinta siber dengan tertangkapnya dua lelaki warga Nigeria di KL Sentral dan Putrajaya pada Jumaat lalu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Bukit Perdana di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, tiga 'kasanova' Nigeria yang aktif memperdayakan wanita melalui cinta siber dicekup polis setelah mereka termakan 'umpan' yang dipasang oleh seorang penyiasat peribadi wanita dari Australia.

Suspek sebelum ini pernah memperdayakan seorang wanita warga Australia dikenali sebagai Rosalie sehingga mangsa mengalami kerugian apabila sanggup menyerahkan wang kepada kekasih yang dikenali melalui alam siber itu.

Mangsa yang berasa tertipu kemudian mengupah seorang penyiasat peribadi di negaranya untuk menjejaki kumpulan penjenayah berkenaan.

Hasil maklumat diberikan oleh Rosalie, penyiasat peribadi wanita berusia 28 tahun itu mula menjejaki suspek yang akhirnya dikesan berada di Malaysia pada Julai lalu.

Penyiasat wanita terbabit kemudian datang ke ibu negara dan membuat laporan polis sebelum bekerjasama memerangkap kumpulan sindiket berkenaan.

Wanita Kenya ditahan bersama syabu RM1.3 juta

Posted:

Wanita Kenya ditahan bersama syabu RM1.3 juta

Wanita Kenya ditahan bersama syabu RM1.3 juta

KOTA KINABALU 14 Sept. - Seorang wanita warga Kenya ditahan setelah cuba menyeludup masuk lima kilogram dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM1.3 juta di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini semalam.

Suspek berusia 31 tahun ditahan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) negeri pukul 8.30 pagi sejurus tiba di lapangan terbang itu dari Bandar Seri Begawan, Brunei, menaiki penerbangan Royal Brunei Air.

Menurut Timbalan Pengarah JKDM negeri, Hamzah Sundang, pemeriksaan mendapati suspek bertolak dari Kenya, 5 September lalu, melalui Ethopia serta Dubai dan tiba di Brunei, kelmarin sebelum meneruskan perjalanan ke sini.

"Suspek yang pertama kali tiba di Kota Kinabalu dilihat dalam keadaan mencurigakan dan hasil pemeriksaan terhadap dua buah beg dibawanya, menemui empat peket berisi dadah berkenaan.

"Dadah itu disorokkan dalam beg tersebut yang telah diubah suai iaitu di bawah 'lantai' dan ditutup menggunakan papan lapis dan plastik serta dibalut dengan kertas aluminium," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hamzah berkata, kejayaan rampasan dadah terbesar di negeri itu tahun ini adalah hasil kecekapan pemantauan pegawai JKDM di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang di Terminal Satu KKIA.

Menurutnya, pihaknya turut merampas mata wang asing iaitu 36,000 France (RM22,793), Brunei Dollar $87 (RM210), AS$ 900 (RM2,735) dan Banki Kuuga Kenya 1,800 (RM56).

Katanya, suspek direman selama tujuh hari bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

"Siasatan awal mendapati suspek merupakan pelajar di Institut Pengurusan Kenya dan berkerja sambilan sebagai jurujual pakaian di negaranya," katanya yang tidak menolak kemungkinan suspek diperdaya menjadi keldai dadah oleh sindiket antarabangsa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Tarikh pilihan raya hak mutlak kerajaan – Dr. M

Posted:

Tarikh pilihan raya hak mutlak kerajaan – Dr. M

Tarikh pilihan raya hak mutlak kerajaan – Dr. M

PUTRAJAYA 14 Sept. – Tarikh pilihan raya umum (PRU) adalah hak mutlak kerajaan yang memerintah yang tidak perlu dikongsi bersama pakatan pembangkang.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, di mana-mana negara pun sememangnya tidak ada perbincangan berkenaan tarikh PRU antara kerajaan yang memerintah dengan parti-parti pembangkang.

"Jadi ia adalah hak mutlak kerajaan untuk membubarkan Parlimen bila masa ditentukan oleh pihak mereka sahaja dan di mana-mana negara pun macam itu.

"Kalau mereka (pembangkang) nak tentukan juga, biarlah jadi kerajaan dulu tetapi bila jadi kerajaan dan kita ajak bincang dulu, mereka tentu tidak mahu," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Proton berkata demikian selepas menyaksikan majlis penyerahan tiga unit model Saga dan lima Exora berkuasa elektrik oleh Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Portal propembangkang, Malaysiakini semalam menyiarkan kenyataan pakatan pembangkang mahu terlibat sama menentukan tarikh PRU bagi membolehkan cadangan pembentukan Jawatankuasa Terpilih Parlimen berhubung pembaharuan pilihan raya mempunyai masa mencukupi menjalankan tugas.

Ia antara lima prasyarat yang dibentangkan dan mereka mahu Najib memberi jaminan berhubung perkara itu sebelum mereka memutuskan menyertai JTP.

Mengulas mengenai JTP itu, Dr. Mahathir yakin kerajaan akan menerima apa sahaja cadangan yang akan dikemukakan oleh jawatankuasa itu.

"Tetapi mungkin kerajaan mempunyai pendapat yang berbeza terhadap setiap cadangan yang dikemukakan oleh jawatankuasa itu," katanya.

Ditanya mengenai tarikh PRU ke-13, beliau berkata: "Saya kenal Datuk Seri Najib tetapi tidak boleh baca hati beliau".

Ditanya mengenai usaha Proton mengeluarkan kereta elektrik sepenuhnya, beliau berkata, ia adalah usaha yang memberi kebaikan bukan hanya kepada kerajaan tetapi rakyat.

"Kerajaan boleh berjimat dari segi subsidi ke atas minyak petrol dan untuk orang awam, mereka juga boleh menjimatkan pengunaan bahan api itu walaupun harga kereta itu agak mahal.

"Saya juga berharap Proton akan mengeluarkan trak dan bas yang menggunakan elektrik sepenuhnya di masa depan," katanya.

Kajian di Eropah, dakwat kekal mudah dipadam

Posted:

Kajian di Eropah, dakwat kekal mudah dipadam

Kajian di Eropah, dakwat kekal mudah dipadam

PUTRAJAYA 14 Sept. – Satu kajian yang dijalankan di Eropah mendapati dakwat kekal yang diinginkan pakatan pembangkang untuk digunakan dalam sistem pilihan raya di negara ini mudah dipadam dengan bahan yang sedia ada di pasaran.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof berkata, maka tidak hairanlah United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS) juga enggan menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya di negara masing-masing.

Dalam hubungan ini, kata beliau, desakan pembangkang melalui Bersih 2.0 termasuk menyarankan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya dakwat kekal digunapakai pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah tuntutan yang tidak berasas.

"Jika guna dakwat kekal sekali pun ia tidak akan menjamin ke arah kebaikan kerana jelas terbukti bahan tersebut boleh dipadam dengan cara yang mudah.

"Tiada guna untuk bertelagah dalam hal ini memandangkan kerajaan telah membuat keputusan untuk menubuhkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) bagi memastikan memastikan proses pilihan raya yang bebas dan adil di negara ini," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai cadangan penggunaan dakwat kekal yang merupakan salah satu daripada lapan cadangan yang terkandung dalam tuntutan Bersih 2.0 dan kini telah diambil perhatian oleh SPR untuk dipertimbangkan.

Menurut Fadillah, JTP akan berbincang serta mencari kata sepakat mengenai bentuk penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh SPR sebelum dilaksanakan pada PRU-13 sekali gus menjadi bukti kerajaan komited dengan sistem pilihan raya yang bersih.

Selain itu, katanya, pihak pembangkang sepatutnya menerima dan menyertai JTP kerana ia merupakan peluang terbaik untuk menyelesaikan isu-isu yang membabitkan pilihan raya.

"Pemimpin-pemimpin parti pembangkang sepatutnya menyambut baik cadangan kerajaan itu kerana ia merupakan platform terbaik kepada mereka untuk mengkaji semula perjalanan pilihan raya di negara ini," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Asist anjur 2 program Aidilfitri untuk bekas pelajar

Posted:

Asist anjur 2 program Aidilfitri untuk bekas pelajar

Asist anjur 2 program Aidilfitri untuk bekas pelajar


AMRULLAH Kamal (tiga dari kiri) bersama ahli persatuan Asist mengadakan pertemuan dengan Tawfiq Abu Bakar Titingan di Wisma Kewangan, Kota Kinabalu, kelmarin.


KOTA KINABALU 14 Sept. - Persatuan Alumni Sekolah Islamiyah Tawau (Asist) akan mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk bekas pelajar-pelajarnya di Sekolah Islamiyah Tawau pada Sabtu ini.

Pengerusi ASIST, Ir. Amrullah Kamal berkata, selain mengadakan majlis tersebut di Tawau, majlis yang sama akan diadakan di dewan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini, seminggu selepas penganjuran di Tawau.

Katanya, ia bagi meraikan sambutan Aidilfitri bersama ahli keluarga rakan-rakan di zaman persekolahan, selain mengeratkan hubungan dengan bekas pelajar lain yang hadir.

"Majlis ini juga bertujuan mengumpul semua bekas-bekas pelajar Sekolah Islamiyah Tawau yang ditubuhkan sejak 1970, sama ada mereka yang pernah bersekolah di Tadika Ismaliyah, sekolah rendah ataupun menengah," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengetuai ahli jawatankuasa penganjur majlis Hari Raya Asist yang membuat kunjungan hormat kepada Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan di Wisma Kewangan.

Amrullah berkata, program itu juga adalah sebagai salah satu gerakan pendaftaran bekas-bekas pelajar Islamiyah yang pernah belajar di Sekolah Islamiyah Tawau sebagai ahli Asist.

Melalui program itu, beliau berharap bekas-bekas pelajar sekolah itu di Semenanjung dan Sarawak dapat mengambil peluang untuk mendaftar sebagai ahli Asist.

"Asist dengan motto Bersama Kembali Menabur Bakti akan berperanan sebagai wadah kepada bekas-bekas pelajar Islamiyah Tawau dalam menggembeling tenaga dan fikiran bagi melaksanakan program serta aktiviti," katanya.

Amrullah berkata, pihak persatuan juga akan mengadakan pelbagai program dalam tempoh terdekat, termasuk lawatan ke Semenanjung bagi menjejaki bekas guru terawal Sekolah Islamiyah Tawau yang pernah berkhidmat sejak awal penubuhan sekolah itu.

"Antara program lain adalah melawat bekas guru besar pertama sekolah itu iaitu Abdullah Hassan yang kini uzur di Kelantan," katanya.

Katanya, bekas pelajar sekolah itu yang ingin mendapatkan keterangan lanjut mengenai Asist boleh menghubunginya menerusi 016-8287711, Timbalan Pengerusi, Sabri Suntih (014-9553027) atau Setiausaha, Ismail Lamo (013-8862048).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Israel halang keamanan

Posted:

Israel halang keamanan

Israel halang keamanan

KAHERAH 14 Sept. - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam menggesa negara-negara Arab supaya menyokong usaha Palestin untuk mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara merdeka di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menuduh Israel menghalang keamanan di Asia Barat.

"Ini adalah masanya untuk menaikkan bendera Palestin di PBB dan menyokong usaha itu 'bukanlah satu pilihan tetapi kewajipan' kepada negara-negara Arab," katanya ketika menghadiri sidang Menteri-Menteri Luar Arab di Kaherah, semalam.

Erdogan dalam pada itu menuduh Amerika Syarikat, sekutu kuat Israel, menunjukkan sikap prejudis kerana menentang usaha tersebut.

"Ketika Israel cuba menjamin kedudukan mereka di rantau kita melalui persetujuan satu pihak, ia telah mengambil langkah tidak bertanggungjawab yang tidak akan menyelesaikan isu itu," ujarnya.

Erdogan, yang baru-baru ini sering mengkritik Israel telah memperolehi sokongan kuat di dunia Arab, sekali gus memperkuatkan kempennya mempromosi Islam dan demokrasi acuan Ankara sebagai model kepada gerakan yang menggulingkan beberapa pemimpin diktator, termasuk bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.

Dalam ucapannya di dewan opera itu di sini semalam, beliau turut menyifatkan peningkatan kebangkitan rakyat di negara-negara Arab sebagai 'cahaya harapan' bagi golongan yang ditindas.

"Demokrasi dan kebebasan adalah hak asas, sama seperti roti dan air yang diperlukan oleh anda semua," katanya dalam ucapannya.

Beliau turut menyifatkan Israel sebagai kerajaan yang mempunyai mentaliti 'kejam dan kekurangan asas undang-undang'.

"Setiap penempatan haram Yahudi adalah tembok yang menghalang keamanan. Kami harap penduduk Israel ambil berat tentang 'tembok-tembok' itu," ujarnya. - REUTERS

Serangan Taliban di Kabul dipatahkan

Posted:

Serangan Taliban di Kabul dipatahkan

Serangan Taliban di Kabul dipatahkan


MAYAT anggota Taliban diseret ke sebelah lagi rakannya selepas mereka dibunuh dalam bangunan yang digunakan untuk menyerang Kedutaan AS di Kabul, semalam. – REUTERS


KABUL 14 Sept. – Tentera kerajaan berjaya mematahkan serangan bersepadu Taliban di ibu negara Afghanistan ini hari ini, setelah pertempuran berlarutan selama 19 jam, menyaksikan 14 orang maut dan enam askar asing cedera akibat terkena tembakan roket dan letupan bom termasuk oleh pengebom berani mati.

Tentera Afghan dan asing menggempur pemberontak yang menyerang Kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan ibu pejabat Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di sini, petang semalam.

Pertempuran itu tamat apabila askar membunuh dua anggota pemberontak terakhir yang bertahan sepanjang malam tadi di dalam sebuah bangunan tinggi yang dalam pembinaan, hanya beberapa meter dari Kedutaan AS yang dikawal ketat.

"Penyerang terakhir dibunuh dan pertempuran sudah berakhir.

"Enam pengganas berada di dalam bangunan itu dan kesemua mereka sudah mati," kata jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Siddiq Siddiqui.

Serangan itu menandakan keadaan keselamatan semakin merosot di ibu negara ini, berikutan serangan pengebom berani mati ke atas pusat kebudayaan British Council pada bulan lepas dan serangan terhadap Hotel Intercontinental pada Jun lalu.

Dalam serangan terbaru itu, helikopter Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) pimpinan Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) terpaksa dikerahkan untuk membantu tentera Afghan bagi mematahkannya.

Pejuang Taliban yang memakai jaket pengebom berani mati dan bersenjatakan roket dan bom tangan melancarkan serangan demi serangan mulai kira-kira pukul 1.30 petang semalam (5 petang semalam waktu Malaysia). – AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Tragedi Balai Polis Kuala Krau

Posted:

Tragedi Balai Polis Kuala Krau

Tragedi Balai Polis Kuala Krau

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanktn@gmail.com


GAMBARAN artis Balai Polis Kuala Krau lama yang menjadi serangan komunis pada 1948.


KUALA KRAU 14 Sept. - Tragedi Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor pada 1950 menjadi satu sejarah hitam setelah 25 anggota polis mati dibunuh akibat diserang komunis.

Tidak dinafikan, tragedi itu amat tragis yang mana pasukan keselamatan mempertahankan balai tersebut bermati-matian sehingga ke titisan darah terakhir menentang kumpulan yang berstatus pengganas.

Namun, tidak kurang juga kejadian sama berlaku di Balai Polis Kuala Krau pada 11 September 1949 sekitar pukul 4 pagi.

Kejadian itu berlaku lebih awal daripada tragedi Bukit Kepong, tetapi tidak ramai yang mengetahuinya.

Kisah tersebut diceritakan oleh Penghulu Mukim Jenderak 1, Zainal Azman (gambar) kepada Utusan Malaysia yang diperoleh daripada Allahyarham Koperal Wok Zainal dan Baharin Md. Duhun.

Menurut Zainal, kedua-dua anggota itu merupakan antara mereka yang bertarung nyawa apabila komunis menyerang di segenap penjuru balai polis dan Pekan Kuala Krau.

Katanya, daripada apa yang diceritakan kepadanya, kira-kira 250 pengganas komunis mengepung balai polis itu sehingga menyebabkan anggota terbabit yang berada di dalam balai tersebut tidak boleh keluar.

"Ketika itu, hanya 30 anggota polis yang ada dalam balai tersebut dan peristiwa berkenaan disedari oleh Baharin yang pada ketika itu sedang membuat rondaan.

"Dalam kejadian tersebut, balai polis itu dikepong dan jalan-jalan utama serta jalan kereta api di sini juga ditawan oleh komunis," katanya di sini, baru-baru ini.

Katanya, kejadian itu menyebabkan seorang isteri pengawal kampung yang mengandung lima bulan dan menyewa sebuah rumah kedai di pekan itu dibunuh kejam bersama ibunya oleh komunis.

Paling tragis, tambahnya, seorang anggota polis bernama Hamzah yang cuma menunggu seminggu sahaja lagi untuk bergelar 'raja sehari' turut terkorban," katanya.

Zainal memberitahu, dalam kejadian tersebut, pengganas komunis masuk ke pekan itu dan merampas semua ubat-ubatan dari sebuah kedai ubat.

Katanya, komunis menembak mati seorang perempuan Cina dan seorang perempuan Melayu yang berada berdekatan kedai ubat berkenaan.

"Kira-kira 30 komunis lagi masuk di Jalan Besar dan menemui dua anggota polis, tetapi mereka dikatakan tidak diapa-apakan dan hanya merampas dua pucuk Rifle serta peluru," katanya.

Jelasnya, setelah itu, stesen kereta api pula menjadi sasaran komunis yang mana terdapat dua pegawai berbangsa Inggeris menjadi mangsa pembunuhan kejam golongan berkenaan.

Zainal berkata, kejadian di balai itu perlu dibanggakan kerana ia berlainan daripada kejadian sama berlaku di Bukit Kepong yang mengorbankan banyak nyawa anggota polis.

Kekejaman komunis masih diingati

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA KRAU 14 Sept. - Serangan komunis terhadap Balai Polis Kuala Krau di sini pada 1948 dikatakan gagal apabila mereka tidak berjaya menawan balai itu akibat kecekalan anggota polis mempertahankannya.

Peneroka mesti bijak berbelanja

Posted:

[unable to retrieve full-text content]ROMPIN 14 Sept. - Para peserta Felcra di daerah ini diingatkan tidak menghabiskan wang dividen yang diterima dengan tujuan tidak bermanfaat sehingga mengabaikan keperluan pada masa depan.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Bekas KSU tegur Dr. Ling

Posted:

Bekas KSU tegur Dr. Ling

Bekas KSU tegur Dr. Ling

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pengangkutan, Datuk Zaharah Shaari memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau pernah menegur tindakan Tun Dr. Ling Liong Sik berunding dengan syarikat Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) berkaitan urusan tanah bagi projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Zaharah, 62, berkata, teguran yang dibuat terhadap bekas Menteri Pengangkutan itu adalah satu daripada tanggungjawab beliau sebagai pegawai kanan kerajaan bagi mengelak berlakunya perlanggaran kepentingan awam dan undang-undang.

Selain itu, beliau memaklumkan Dr. Ling cara terbaik melaksanakan projek PKFZ ialah melalui pengambilan tanah dan bukan pembelian.

"Kebiasaannya, kami (pegawai kerajaan) akan memberitahu sendiri kepada Menteri jika terdapat percanggahan, melainkan jika Menteri benar-benar tidak mengambil kira pandangan itu (hingga menjejaskan kepentingan awam dan undang-undang), barulah kita akan pergi kepada Ketua Setiausaha Negara," katanya ketika disoal balas peguam Wong Kian Kheong, yang mewakili Dr. Ling.

Dr. Ling, 68, didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada jemaah menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894, yang berasaskan RM25 sekaki persegi iaitu RM1,088,456,000 sedangkan dia tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Dia juga berdepan dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada jemaah menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr. Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 September dan 6 November 2002.

Pada prosiding hari ini, Zaharah yang merupakan saksi keenam pendakwaan dan pernah berkhidmat di Kementerian Pengangkutan ketika diterajui dua menteri iaitu Dr. Ling dan Tan Sri Chan Kong Choy, berkata, beliau terlibat secara langsung dalam projek PKFZ bagi urusan pengambilan balik tanah.

Kepada soalan lain, Zaharah berkata, beliau tidak ingat sama ada pernah membangkitkan isu harga tanah ketika berkhidmat dengan kedua-dua menteri berkenaan.

Beliau turut memaklumkan bahawa Dr. Ling tidak mempunyai apa-apa kepentingan berhubung pembelian atau pengambilan tanah di Pulau Indah.

Terdahulu, beliau berkata, dua pegawai bawahannya iaitu bekas Timbalan KSU, Datuk Abdul Rahman Mohd. Noor dan bekas Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Maritim, P.Chandrasekaran tidak pernah membangkitkan isu harga tanah.

Zaharah berkata, jika terdapat masalah dalam projek PKFZ, kedua-dua pegawai bertanggungjawab memaklumkan perkara itu kepadanya dan beliau perlu memberitahu Dr. Ling sebelum tertuduh memberi gambaran sebenar kepada Jemaah Menteri.

Mengenai harga tanah pada kadar RM25 sekaki persegi (skp), beliau berkata, ia merangkumi jumlah faedah dan segala kos bagi tempoh pembayaran balik selama 10 tahun.

"Pandangan saya berasaskan keputusan yang dipersetujui Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang menyatakan kadar kupon 6 peratus dan terma bayaran balik 10 tahun.

"Selain apa yang difahamkan (laporan JPPH), saya ada bertanya kepada wakil JPPH dalam mesyuarat, adakah RM25 termasuk faedah," katanya ketika ditanya Wong sama ada beliau yakin nilaian itu termasuk faedah.

Bagaimanapun, Zaharah berkata, beliau tidak membuat catatan atau sebarang rekod bahawa RM25 skp itu adalah termasuk faedah dan tidak ingat sama ada pernah menghantar memo kepada Dr. Ling berhubung perkara itu.

Perbicaraan di depan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi disambung esok. - BERNAMA

JAIS serbu gereja: UMNO Selangor saman Pas RM10 juta

Posted:

JAIS serbu gereja: UMNO Selangor saman Pas RM10 juta

JAIS serbu gereja: UMNO Selangor saman Pas RM10 juta


Mohd. Zin Mohamed (kiri) memfailkan saman terhadap Mustafa Ali sambil ditemani Mohd. Hafarizam Harun (tengah) dan Abu Bakar Isa Rahmat dari Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak di Mahkamah Tinggi, Shah Alam, semalam.


SHAH ALAM 14 Sept. - UMNO Selangor hari ini menyaman Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan lima lagi bagi menuntut ganti rugi RM10 juta setiap seorang kerana didakwa memfitnah parti itu dalam satu artikel yang disiarkan oleh akhbar Harakah edisi 19-21 Ogos lalu.

Saman itu difailkan oleh Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed selaku Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor melalui firma guaman Tetuan Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 11.50 pagi.

Beliau selaku plaintif menamakan Mustafa sebagai defendan pertama, manakala Presiden serta Timbalan Presiden Pas Pusat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mohamad Sabu sebagai defendan kedua dan ketiga.

Turut dinamakan sebagai defendan ialah pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent. Sdn. Bhd.; penyunting Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan penulis artikel Pas akan dedah bukti, UMNO main peranan operasi JAIS, Khairul Azlam Mohamad.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Mohd. Zin mendakwa artikel yang mempunyai kata-kata fitnah itu ditulis oleh Khairul Azlam hasil temuramah penulis dengan Mustafa pada 15 Ogos 2011.

Beliau turut mendakwa artikel itu antara lain membawa maksud UMNO memainkan peranan penting serta bertanggungjawab memberi arahan dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara Utama.

Menurut Mohd. Zin, kata-kata fitnah secara sengaja itu sekaligus menggambarkan UMNO mengamal dasar politik kotor dan sempit, mengawal pentadbiran JAIS, menyalahguna kuasa, mencampuri urusan pentadbiran serta 'menceroboh' bidang kuasa kerajaan Negeri Selangor.

Sehubungan itu, plaintif menuntut ganti rugi keterlaluan dan ganti rugi teladan sebanyak RM10 juta daripada setiap defendan serta faedah sebanyak empat peratus setahun mulai tarikh keputusan dibuat.

Mohd. Zin juga memohon perintah injunksi bagi menghalang defendan-defendan atau ejen-ejen mereka daripada berbicara lanjut atau menerbitkan kata-kata fitnah tersebut atau perkataan seumpamanya terhadap plaintif secara lisan atau di media cetak mahupun di Internet.

Turut dimohon ialah satu perintah agar semua defendan menerbitkan permohonan maaf secara bertulis di akhbar-akhbar dan majalah yang akan dikenalpasti dan ditentukan kemudian oleh plaintif.

Mohd. Zin ditemani peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun serta puluhan ahli UMNO Selangor

Saman itu akan disebut di Mahkamah Tinggi di sini pada 28 September ini untuk pengurusan kes.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Shahz, Miera mula menyemai cinta

Posted:

Shahz, Miera mula menyemai cinta

Shahz, Miera mula menyemai cinta

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASAN


SHAHZ Jaszle mengaku hatinya kini milik Miera Leyana.


SEWAKTU menemu bual Shahz Jaszle, 23, di lokasi penggambaran filem Rentaz di Prangin Mall, Pulau Pinang baru-baru ini, pihak media tidak melepaskan peluang bertanya siapakah kekasihnya ketika ini setelah putus cinta dengan Maria Farida.

Shahz Jaszle yang pernah digosipkan dengan Neelofa selepas itu, dengan tenang memberitahu dengan penuh terbuka bahawa dia sedang bercinta dengan pelakon Miera Leyana Kasmi, 18.

"Yes, I'm seeing Miera right now," itulah jawapan ringkas Shahz yang memegang watak Jeff dalam filem Rentaz.

Jawapan Shahz atau nama sebenarnya, Shahrizal Jaszle Jasmin dianggap tidak serius kerana dia dan Miera memang berlakon sebagai pasangan kekasih dalam filem arahan Mamat Khalid itu.

Kata Shahz, perkenalan mereka wujud sejak lapan tahun lalu kerana masing-masing bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

"Miera adalah junior saya. Dulu saya memang ada hati padanya tapi tidak kesampaian kerana dia rapat dengan kawan baik saya.

"Kelakarnya, bila diungkap balik cerita lama, kami pernah berlakon bersama dalam drama Luna Fantasiku. Waktu itu Miera di tingkatan dua dan kini selepas digandingkan dalam Rentaz, barulah kami rapat. Dulu tidak berpeluang untuk mengenali antara satu sama lain," cerita Shahz yang cukup popular dengan drama bersiri Asmara dan Gemilang ini lagi.

Shahz yang mengaku lebih gemar lepak di rumah apabila tidak menjalani penggambaran berkata, selepas putus cinta dengan Maria, dia tidak mempunyai teman wanita selama lapan bulan.

Meskipun Shahz dengan Miera baru rapat ketika penggambaran Rentaz yang bermula sebelum Ramadan lalu, namun hubungan mereka mendapat restu keluarga.

"Saya bukan sekadar kenal Miera tapi juga abang dia kerana kami berkawan. Saya jenis yang suka berterus terang. Sejak dulu lagi kalau orang tanya siapa teman wanita, saya akan beritahu," akuinya yang akan muncul dengan filem Azura 2011 arahan Aziz M. Osman, Februari depan.

Shahz yang sering dikelilingi wanita jelita berkata, dia selesa berkawan dengan Miera kerana perangai pelakon itu yang sempoi dan tidak hipokrit.

"Dia memang muda tapi matang dan saya senang berkomunikasi dengannya dalam apa jua hal. Pengalaman mengajar saya bahawa kecantikan bukanlah segalanya kerana yang penting adalah persefahaman," jelasnya.

Menyedari hubungannya dengan Miera yang pernah mencetuskan kontroversi gara-gara berpakaian seksi bakal diperkata ramai, Shahz berkata, biarlah apa orang hendak cakap kerana yang penting mereka tidak mengganggu hidup orang lain.

Filem paling seram

Posted:

Filem paling seram

Filem paling seram

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
syazwan_zakariah@astro.com.my

APABILA menyebut tentang filem bencana, apakah yang terlintas di fikiran kita? Pencerobohan makhluk asing ke atas bumi? Letusan gunung berapi atau banjir besar? Atau kuasa ajaib dari angkasa, atau pun menanti detik kiamat dunia?

Kita sudah melihat populasi manusia 'dihapuskan' dalam pelbagai cara, kebanyakannya dipersembahkan dengan efek berskala besar.

Namun, Contagion adalah sebuah kisah yang lebih realistik bagaimana dunia huru-hara dan manusiawi berdepan kepupusan hanya kerana penularan wabak baru.

Saya mengakui agak skeptikal semasa menonton treler filem ini, bimbang ia sekadar mengitar semula idea filem Outbreak (1995).

Mujurlah Contagion tidak mengikut rentak biasa Hollywood yang selalu melebih-lebihkan situasi contohnya babak teman lelaki yang mengorbankan nyawa demi kekasih atau anak kecil yang mahu menyelamatkan anjing.

Filem arahan Steven Soderbergh ini memberi fokus kepada aspek yang lebih penting, yakni senario yang bungkam dan bagaimana setiap karakter menangani ketakutan dengan cara yang lebih logik dan relevan. Hampir tiada imej janaan komputer (CGI) digunakan dalam filem ini.

Soderbergh pernah menang Oscar untuk Pengarah Terbaik menerusi Traffic (2000). Seperti filem itu, Contagion juga mempunyai struktur filem yang serupa iaitu plot yang bertingkat-tingkat, di mana setiap satu watak saling bersangkut paut meskipun sesetengahnya tidak mengenali secara langsung.

Filem dibuka ketika virus merebak secara senyap pada 'Hari Kedua'. Beth Emhoff (lakonan Gwyneth Paltrow) berada di lapangan terbang Chicago untuk pulang ke rumahnya di Minneapolis daripada lawatan kerja di Hong Kong. Dia kemudian memindahkan wabak itu kepada suaminya, Mitch (Matt Damon) dan anak mereka.

Turut ditunjukkan ialah senario wabak mula menular di Kowloon, Guandong dan London - lengkap dengan jumlah populasi penduduk - di mana mangsa yang terjangkit mula jatuh sakit. Jangkitan berlaku hanya melalui objek yang disentuh.

Sementara itu, di pusat kawalan Pusat Kawalan Penyakit (CDC) di Atlanta, Dr. Ellis Cheever (Laurence Fishburne) menugaskan seorang pegawai khas epidemik, Dr. Erin Mears (Kate Winslet) untuk mencari punca dan penyelesaian terhadap masalah tersebut.

Manakala Dr. Leonara Orantes (Marion Cotillard) daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) terbang ke China dan diculik orang tempatan. Pada masa sama, muncul pula penulis blog Alan Krumwiede (Jude Law) yang mengambil kesempatan dengan menggembar-gemburkan situasi sehingga panik tercetus.

Berbulan-bulan CDC berusaha tanpa henti untuk menghasilkan vaksin ketika pasar raya dan tempat-tempat awam mula ditutup, kuarantin berlaku di mana-mana dan mangsa terpaksa dikebumikan beramai-ramai.

Tiada siapa yang tahu siapa akan menjadi mangsa seterusnya dan manusia mula hilang pertimbangan untuk meneruskan kehidupan.

Soderbergh sangat beruntung apabila barisan calon dan pemenang Oscar bersetuju untuk terlibat dalam Contagion, tetapi 'bintang' sebenar filem ini ialah virus halimunan tersebut.

Tidak keterlaluan jika saya menyifatkan virus itu sebagai pembunuh paling kejam dan menakutkan dalam sejarah sinema moden.

Tidak dinafikan lakonan yang ditampilkan cemerlang, kalau ada kekurangan pun barangkali kerana durasi kemunculan yang terhad. Namun, faktor terbesar yang memberi impak ialah imaginasi penonton yang diisi dengan tekanan dan ketakutan.

Kombinasi kerja kamera, pembentangan adegan demi adegan serta dialog yang ringkas dan padat, mewujudkan peristiwa-peristiwa yang dipercayai berlaku.

Tiada letupan yang diiringi jeritan atau babak raungan dan tangisan. Mungkin akan ada penonton yang berpendapat Contagion sebuah filem yang dingin emosi.

Bagaimanapun, itu gaya Soderbergh dan penulis lakon layar, Scott Z. Burns yang tidak mahu filem ini tampil terlalu dramatik, biarpun isunya tentang kematian. Tindakan terhadap uji kaji sains, perundangan, birokratik dan propaganda kerajaan dalam membanteras virus itu juga dipaparkan dengan sangat menarik.

Hanya pada penghujung filem, penonton akan didedahkan dengan apa yang berlaku pada 'Hari Pertama', punca dan asal-usul wabak tercetus.

Contagion ialah sebuah filem yang tidak patut dilepaskan. Anda akan berfikir dua kali untuk bersalaman selepas menontonnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


KR1M tidak ‘bunuh’ kedai runcit

Posted:

KR1M tidak 'bunuh' kedai runcit

KR1M tidak 'bunuh' kedai runcit

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

PETANG semalam, sebuah lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dibuka di tingkat bawah atau Aras G di bangunan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Presint 2, Putrajaya.

Tiga kali Syabas! diucapkan kepada kementerian yang terajui Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu. Kedai berkenaan adalah yang keempat dibuka selepas projek perintis model KR1M di Stesen LRT Kelana Jaya pada 22 Jun lalu, diikuti Bandar Tun Razak (21 Ogos) dan Pantai Dalam (26 Ogos).

Kita semua yang tinggal di ibu kota atau Lembah Klang maklum bahawa di lokasi- lokasi berkenaanlah, kemiskinan bandar seringkali menjadi warna-warna hitam di ibu kota. Kehidupan menghimpit dengan kadar gaji yang rendah acap kali membataskan perbelanjaan menyara hidup terutama di kalangan golongan berpendapatan rendah. Malah, bukan golongan itu sahaja, mereka di peringkat pertengahan pun serupa nasibnya.

Cuma baru kedai keempat dibuka, sudah timbul pula bunyi bising mempersoalkan KR1M ini. Ia dipertikaikan Isnin lalu oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif The Liong Group, Tan Sri William Cheng. Dakwanya, langkah itu sedikit sebanyak menjejaskan operasi peniaga-peniaga runcit kecil di bawah naungan Gabungan Dewan Perniagaan Perindustrian Cina (ACCIM).

Malah, seperti kenyataan Cheng yang ibarat 'besi waja', beliau dengan lantang pula menggesa kerajaan untuk berlaku adil dengan membekalkan produk harga patut yang sama kepada 30,000 kedai runcit sedia ada.

Hakikatnya, ada kekeliruan dan salah faham yang perlu diperjelaskan dalam isu pewujudan KR1M.

KR1M sebenarnya menjadi medium kepada kerajaan untuk mengawal harga barang dan mengurangkan monopoli sesetengah barang keperluan yang telah lama didominasi oleh pengilang-pengilang multinasional. Atas sebab itu, syarikat multinasional tersebut tidak akan sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan tanpa sebab munasabah.

KR1M diinspirasikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Ia atas keprihatinan beliau terhadap golongan penduduk berpendapatan rendah di kawasan bandar. Idea itu juga selari dengan slogan 'Rakyat Didahulukan' yang telah diperkenalkan oleh beliau sendiri.

Projek KR1M dipantau dan diuruskan oleh KPDNKK. Kementerian ini juga bekerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan lain dan pihak berkuasa untuk menyediakan lokasi kepada KR1M.

Bercakap kepada Utusan Malaysia di pejabatnya semalam, Ismail Sabri menolak sama sekali tanggapan kononnya KR1M akan 'membunuh' kedai-kedai runcit.

Katanya, lokasi menempatkan kedai yang beroperasi menggunakan format pasar mini dengan menyediakan pelbagai barang keperluan pada harga rendah itu dipilih tidak terlalu hampir dengan kedai runcit.

Kedai-kedai runcit yang lain pun pada masa sama boleh menjual barangan keluaran KR1M seperti beras, minyak masak, susu tepung dan lampin yang dipak menggunakan logo 1Malaysia.

"Tak perlu bersaing sebab mereka (kedai runcit) boleh jual produk mereka sendiri, jadi kalau kata boleh 'membunuh' kedai runcit sedia ada, ia tidak benar sama sekali.

"Lagipun tidak semua orang mahu beli produk tak berjenama," kata beliau.

Ada dua cara untuk membuka KR1M. Pertama, KR1M yang dibuka oleh kerajaan dan dimiliki kerajaan tetapi diselenggarakan oleh Syarikat Mydin Mohamed Holdings Bhd. (MYDIN). Jenama 1Malaysia yang tersarung pada produk itu pula berdaftar di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Cara kedua pula ialah produk-produk KR1M itu dibekalkan ke kedai-kedai, contohnya kedai di bawah flat kos rendah di Seremban dan WAKAF Mart yang beroperasi di Senawang. Ia juga akan dibekalkan ke 226 kedai D'Mart Felda, 150 agro bazar dan juga 500 kedai TUKAR (projek transformasi kedai runcit). Ertinya ada dua konsep untuk mendapatkan barangan KR1M ini.

Dalam aspek ini, untuk memastikan projek KR1M berjaya dan memberi faedah kepada rakyat, tiga projek fasa telah digariskan untuk digerakkan. Fasa pertama melibatkan perluasan sehingga 84 kedai, Fasa Kedua berkaitan pemborongan dan pengedaran barangan/produk 1Malaysia dan Fasa Kedua melibatkan pengenalan 'KR1M KedaiBergerak'.

Dalam menjayakan hasrat untuk sampai kepada seluruh rakyat, perancangan 84 KR1M bermula Julai 2011 hingga Disember 2012. Antara yang bakal dibuka dan kini dalam perbincangan ialah di Pasar Besar Cheras (dianggarkan keluasan 5,000 kaki persegi).

Dalam memastikan seluruh rakyat mendapat manfaat daripada program ini, seluruh pasar raya MYDIN akan melaksanakan konsep borong dan edar terhadap barang/produk terpilih 1Malaysia. Kedai TUKAR dan kedai pertama WAKAF Mart yang beroperasi di Senawang, Negeri Sembilan juga akan memasarkan produk 1Malaysia. Sehingga sekarang, sejumlah 17 kedai telah menjual produk 1Malaysia di premis-premis mereka.

Idea untuk 'KR1M Kedai Bergerak' pula adalah untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat di kawasan kampung/pedalaman yang tidak dapat berhubung/mencapai ke KR1M.

Konsep di sebalik ini ialah "Jika anda tidak dapat pergi ke KR1M, KR1M akan datang kepada anda." Dalam aspek ini, kementerian akan menggunakan bas sebagai kenderaan 'KR1M Kedai Bergerak' sambil dibantu 2 unit 3 tan lori trak sebagai pusat penyimpanan kepada bas itu.

Bas tersebut akan diubah suai dan ditukarkan kepada 'KR1M Kedai Bergerak'. 'KR1M Kedai Bergerak' akan dibawa ke tempat tertentu untuk berkhidmat kepada rakyat (konsep sama dengan mamak roti atas motosikal).

Selain itu, KR1M juga akan digunakan sebagai projek tanggungjawab sosial korporat (CSR), selain daripada menunggu barang keperluan untuk sampai kepada mangsa banjir. Sebagai contoh, KR1M kedai bergerak juga dapat digunakan dan boleh dibawa ke sana untuk membantu mangsa- mangsa terbabit sementara menunggu bantuan tiba.

Mengenai perkembangan projek perintis model KR1M di Stesen LRT Kelana Jaya, Ismail Sabri berkata, ia amat memberangsangkan dengan hasil jualan harian mencapai RM12,000 sehari.

"Memang kos terutamanya melibatkan harga barangan ada peningkatan, kerajaan tak nafikan tapi di bandar lebih tinggi sebab di bandar, penduduknya terlibat dengan kos bayaran sewa rumah.

"Sebab itulah tumpuan awal pewujudan KR1M ini kita berikan kepada bandar besar sebelum ke bandar atau pekan kecil."

Yang pasti pembukaan KR1M di KPDNKK semalam akan memberi manfaat kepada para penjawat awam yang merupakan warga terbesar menghuni Pusat Pentadbiran Persekutuan tersebut.

Dijangkakan sejumlah 21 lagi KR1M bakal dibuka sebelum akhir tahun ini. Difahamkan, KPDNKK akan mendapatkan lokasi itu sebelum akhir September ini dan akan memulakan pengubahsuaian sebelum memperluaskannya ke bandar-bandar kecil dengan harga barangan yang ditawarkan di KR1M ini 30 peratus lebih murah daripada harga biasa.

"Kita pastikan juga produk-produk ini dihasilkan oleh usahawan-usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan. Ini salah satu projek yang bukan saja mengurangkan bebanan rakyat tetapi dapat membantu IKS-IKS bumiputera untuk bekalkan produk KR1M," kata Ismail Sabri.

KPDNKK diyakini akan sentiasa memantau kualiti produk KR1M dengan sentiasa bekerjasama dengan MYDIN.

Sebab itu MYDIN sahaja dilantik sebagai pengedar. Selain kualiti produk, yang lebih penting lagi untuk mengekang unsur mengaut keuntungan sewenang-wenangnya oleh orang tengah.

Sambutan Merdeka tarik orang muda

Posted:

Sambutan Merdeka tarik orang muda

Sambutan Merdeka tarik orang muda

Oleh WANDA IDRIS
pengarang@utusan.com.my

TARIKH 16 September amat bermakna buat negara kerana pada tahun 1963 itu, 14 buah negeri di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak bergabung membentuk Malaysia dan hari tersebut kini diisytiharkan sebagai Hari Malaysia.

Dan esok, pada tarikh sama, ia bakal mencatat momen tersendiri apabila sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 dan Hari Malaysia dirai serentak buat julung kalinya menjadikan edisi kemerdekaan kali ini sesuatu yang istimewa.

Hari Malaysia telah diisytiharkan sebagai cuti umum pada tahun lalu, seharusnya kesempatan ini digunakan untuk merasai kegemilangan sambutan acara itu, tidak kira sama ada pergi ke Dataran Merdeka, lokasi sambutan atau menontonnya di televisyen.

Perasaan ini patut meresapi generasi muda masa kini agar pengertian kemerdekaan dan semangat patriotisme bukan sahaja dirasai tetapi dapat dipupuk sejak awal.

Justeru tidak hairanlah, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang bertindak sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Kemerdekaan 2011, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menekankan aspek penyertaan anak muda khususnya pelajar sekolah dan yang berumur bawah 40 tahun pada sambutan kali ini dan generasi dahulu sebagai pelengkap acara.

Malah bagi memeriahkan acara sambutan Kemerdekaan yang bertemakan '1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera' ini, penyertaan anak muda mewakili 85 peratus daripada 10,033 orang yang terlibat dengan pelajar sekolah membabitkan seramai 2,300 orang.

Dalam menarik anak muda menonton acara ini di Dataran Merdeka mahupun televisyen, pelbagai pembaharuan dilakukan. Selain pembabitan golongan itu sendiri, lagu-lagu yang bakal diperdengarkan, biarpun lama, diberi nafas baru.

Pergerakan formasi yang digunakan untuk setiap penceritaan juga merupakan interpretasi generasi muda dengan paparan lebih banyak berhubung peranan mereka dalam aspek pembangunan dan kejayaan negara. Sesuai dengan kelincahan anak muda, acara perbarisan dan perarakan turut menampilkan pendekatan dan pergerakan lebih tangkas, pantas dan cergas mengikut kehendak semasa golongan tersebut.

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Datuk Norliza Rofli, biarpun pengisian acara kemerdekaan kali ini meneruskan kesinambungan penceritaan acara tahun lalu iaitu mengenai Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) namun ia akan memaparkan tentang kejayaan yang dikecapi menerusi keberkesanan dan keberhasilan pelaksanaan GTP khusus dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) yang ditunjangi kerajaan.

Beliau yang turut bertindak sebagai Pengarah Artistik bagi acara sambutan tersebut berkata, terdapat tiga komponen utama pada acara kali ini yang meliputi upacara istiadat keberangkatan tiba bermula seawal 7 pagi dan kepulangan para pembesar negara selain perbarisan dan perarakan yang berlangsung selama 90 minit.

Melalui komponen kedua yang melibatkan acara persembahan khas, Norliza memberitahu, ia terbahagi kepada beberapa segmen yang meliputi aspek formasi melalui penceritaan, perbarisan dan perarakan.

Antara yang menarik dan merupakan anjakan baru yang bakal memberi impak adalah persembahan penceritaan mengenai Rukun Negara selama 13 minit itu oleh 2,300 pelajar melalui pelbagai gerakan formasi mengenai lima prinsip Rukun Negara.

Ia diikuti dengan persembahan bertemakan Rakyat Asas Perpaduan oleh pelbagai kaum yang menampilkan 50 pelajar sekolah sekitar Wilayah Persekutuan yang mempersembahkan formasi drumline dan persembahan bendera berwarna dan panji.

Dalam menampilkan wajah Malaysia, seramai 800 orang daripada pelbagai kaum yang terdiri daripada wakil kesemua 14 negeri dalam Malaysia akan membuat persembahan bertenaga yang bergerak dengan satu nada, derap dan kostum yang sama sebagai perlambangan wajah 1Malaysia.

Segmen perarakan pula membabitkan tujuh kontijen meliputi pejalan kaki dan kenderaan dengan tema tersendiri yang mewakili generasi masa kini serta pelbagai kejayaan yang telah dikecapi.

Kontijen 1Malaysia Muda Cergas bakal memaparkan kesinambungan cerita kejayaan perhimpunan satu juta belia tidak berapa lama dulu dengan membabitkan penyertaan 100 anak muda negara dengan persembahan tersendiri.

Kontijen 1Malaysia Generasi Berjaya pula mengetengahkan anak-anak muda yang berjaya dalam pelbagai bidang di institusi pengajian tinggi (IPT) dengan menyelitkan beberapa ikon remaja di samping garapan 30 veteran yang akan diarak dengan kenderaan nasional sebagai lambang kejayaan anak muda yang dipelopori oleh golongan terdahulu.

Pada segmen perarakan turut menampilkan kontijen yang banyak memainkan peranan dalam kejayaan pembangunan negara seperti kontijen sektor swasta dan syarikat milik kerajaan (GLC); sektor komunikasi dan 4P (perladangan, pertanian, perikanan dan penjaja kecil) serta konvoi 54 teksi yang melambangkan 54 tahun kemerdekaan yang didahului oleh konvoi 12 pacuan empat roda Kementerian Penerangan yang membawa Jalur Gemilang.

Sementara bagi perarakan kereta berhias, katanya, ia adalah mengenai penyampaian mesej berhubung NKRA yang meliputi pengurangan kadar jenayah dan membanteras rasuah; peningkatan pencapaian pelajar; meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah dan menambah baik infrastruktur luar bandar dan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP).

Turut dipaparkan adalah ikon kejayaan dalam bentuk aset seperti Klinik Bergerak 1Malaysia, pos bergerak dan kenderaan Mawar Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang merupakan antara kemudahan kepada rakyat khususnya bagi penduduk luar bandar.

Pada sambutan Hari Kemerdekaan kali ini juga, generasi muda diberi peluang bersama-sama pasukan keselamatan melakukan formasi sebagai satu perlambangan bahawa kesejahteraan negara bukan sahaja terletak di tangan pasukan keselamatan tetapi didokong oleh badan-badan beruniform yang dianggotai oleh anak-anak muda di sekolah rendah, menengah mahupun di IPT antaranya Persatuan Bulan Sabit Merah, Kesatria, Palapes.

Pasukan kedua di bawah segmen ini adalah pasukan ketenteraman awam dan sukarelawan yang banyak membantu menjaga ketenteraman negara dan antara yang terlibat adalah Kelab Putera 1Malaysia, Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia) dan pelbagai kumpulan sukarelawan lain.

Sebagai antara persembahan yang mencuri perhatian penonton pada setiap kali acara Hari Kemerdekaan, buat pertama kalinya juga persembahan bersepadu kawad dan tempur oleh 400 anggota keselamatan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan diadakan berbanding persembahan berasingan pada tahun-tahun terdahulu.

Bukan itu sahaja seramai 1,800 orang generasi muda dalam pasukan ketenteraan akan terbabit dalam persembahan tempur dan bukan tempur pada kali ini.

Pada perarakan selama satu jam setengah itu, persembahan akan diakhiri dengan paparan kisah-kisah kejayaan negara melalui pergerakan bersepadu dan nyanyian lagu-lagu patriotik selama sembilan minit membabitkan lagu-lagu Transformasi Berjaya rakyat Sejahtera, Gemuruh, Jalur Gemilang, Tanggal 31 dan Inspirasiku yang digarap dengan komposisi baru yang lebih bertenaga dan penuh semangat.

"Kalau dulu kita memaparkan budaya sebagai pengikat perpaduan tetapi kali ini generasi muda pelbagai kaum dan usia diangkat sebagai pengikat perpaduan rakyat masa kini.

"Pembabitan generasi muda ini bukan sahaja dapat memberi ruang kepada mereka untuk terlibat dalam acara Hari Kemerdekaan malah sebagai satu semangat bagi mereka sebagai penerus peneguhan masa depan kemerdekaan negara," kata Norliza.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Menunaikan impian terakhir

Posted:

Menunaikan impian terakhir

Menunaikan impian terakhir

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar SHARIL AIZAT AHMAD


Permintaan adik Liyana untuk menyanyi dan beraksi dalam teater Dreamgirls direalisasikan oleh Yayasan Make A Wish Malaysia.


PADA asalnya Datin Syarifah Farah Gumash Syed Hussain, 32, bersama sekumpulan teman-temannya mengadakan lawatan rutin dalam komuniti yang diberi nama Sahabat HUKM di wad pediatrik di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Dari situ mereka memberi hadiah, galakan dan berkongsi pengalaman dengan para ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sakit.

Keprihatinan tersebut menyebabkan salah seorang dari teman baik Syarifah Farah, Sandra Kirwan dari Dublin, Ireland melontarkan idea untuk membawa masuk sebuah pertubuhan antarabangsa, Yayasan Make A Wish ke negara ini.

Memandangkan yayasan tersebut telah berjaya memberi galakan, serta membawa senyuman ke wajah kanak-kanak yang menghidap penyakit mengancam nyawa di seluruh dunia, sudah tiba masanya kanak-kanak di Malaysia juga mendapat keistimewaan yang sama.

"Apa yang dapat kita lihat, setelah impian kanak-kanak tersebut direalisasikan mereka menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan rawatan, bertambah ceria dan terpancar harapan untuk terus berjuang melawan penyakit mereka.

"Itulah juga matlamat utama penubuhan yayasan ini," jelas Syarifah Farah yang telah terlibat sejak dari proses permulaan penubuhan Yayasan Make-A-Wish Malaysia.

Setelah melalui satu proses yang panjang, akhirnya yayasan itu secara rasmi bertapak di negara ini pada September 2010. Malaysia merupakan negara yang ke-35 terlibat secara langsung di bawah payung Yayasan Make A Wish Antarabangsa.

Syarifah Farah berkata, yayasan itu dibangunkan dengan satu perancangan khusus bermula daripada pemilihan sukarelawan hinggalah kepada para penaja bagi memastikan objektif untuk menggembirakan kanak-kanak yang menghidap penyakit yang mengancam nyawa terlaksana.

"Pernah kami mengotakan impian seorang kanak-kanak yang mengalami sakit mengancam nyawa untuk ke Jepun. Selepas impiannya tercapai dia bersemangat untuk meneruskan rawatan.

"Itulah yang kami harapkan dengan adanya yayasan ini," katanya.

Menurut Syarifah Farah, seboleh-bolehnya yayasan tidak mahu memfokuskan kepada penyakit kanak-kanak ini sebaliknya memenuhi impian mereka.

Sebab itu katanya, apabila seorang kanak-kanak dirujuk kepada yayasan, panel doktor akan memeriksa sama ada kanak-kanak itu layak atau tidak ditunaikan impiannya.

"Proses pemilihan melibatkan temuduga di antara kanak-kanak tersebut, ibu bapanya bersama sukarelawan kami dan para doktor yang terlibat.

"Secara umumnya kanak-kanak yang layak ialah kanak-kanak yang menghidap penyakit-penyakit yang boleh mengancam nyawa, seperti barah dan sebagainya.

"Apabila kanak-kanak tersebut layak menjadi salah seorang kanak-kanak impian Make A Wish, para sukarelawan yang terlibat akan menjayakan impian tersebut sebaiknya agar dapat melupakan sementara waktu sakit yang dihidapi dan bergembira memenuhi impiannya," jelas Syarifah Farah yang memiliki firma guamannya sendiri.

Dalam tahun 2010 katanya, pihak yayasan telah dapat menunaikan sebanyak 14 impian. Setakat Ogos lalu sebanyak 17 impian kanak-kanak menghidap penyakit mengancam nyawa telah ditunaikan.

"Kumpulan sukarelawan kami adalah tulang belakang kepada yayasan ini dan saya sungguh terharu dengan pengorbanan masa, tenaga dan juga wang yang telah disumbangkan oleh mereka.

"Tidak keterlaluan jika saya katakan tanpa sukarelawan, Yayasan Make-A-Wish tidak akan mampu bertapak di Malaysia" jelasnya.

Cara untuk ibu bapa mendaftarkan anak mereka ialah menerusi laman web, isi borang dan seterusnya pasukan Make-A-Wish akan membuat temuduga dan lawatan.

"Permintaan yang ditunaikan tersebut terbahagi kepada empat kategori iaitu, mahu menjadi apa, mahu ke mana, mahu barang apa dan mahu berjumpa siapa.

"Pesakit boleh pilih salah satu daripada kategori tersebut. Dan sehingga hari ini kami mendapat banyak permintaan untuk menjadi seseorang," ujar beliau.

Dalam merealisasikan impian tersebut, Syarifah Farah tidak menafikan memerlukan dana yang banyak.

Namun, yayasan ini amat bertuah kerana mendapat sokongan dan tajaan dari beberapa syarikat korporat seperti Hilton, Sapura Acergy, Steri Pack, BRDB, Malaysian Airlines dan banyak lagi.

Yayasan juga mendapat sokongan kuat daripada duta rasmi Yayasan Make-A-Wish Malaysia, anakanda Sultan Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Beberapa personaliti dan selebriti tanah air seperti Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha, pelakon Nur Lydia Ibtisam, Datuk Chef Wan dan Ning Baizura turut memberi sokongan kepada aktiviti yayasan .

"Kami menunaikan lebih kurang tiga permintaan dalam sebulan. Setakat ini mana-mana artis yang diminta membantu melaksanakan permintaan pesakit tidak pernah menghampakan permintaan kami.

"Sebagai contoh, pelakon Liyana Jasmay pernah meluangkan masa bersembang mesra dengan salah seorang pesakit yang meminatinya selama sejam.

"Bukan Liyana sahaja malah Aizat, Afdlin, Ramli Sarip, Lisa Surihani, Yusree, Aishah Sinclair, Mila antara nama yang pernah menjayakan projek ini.

"Untuk meraih dana yayasan kami menganjurkan beberapa program seperti pertandingan golf dan malam amal dan dari jualan tiket kami dapat mengumpul banyak dana.

"Saya amat berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia menjadi sukarelawan dan dengan itu kami dapat mendekati jiwa kanak-kanak yang menghidap penyakit mengancam nyawa dan merealisasikan impian mereka.

"Bukan senang sebenarnya kerana ia melibatkan banyak pihak. Kami perlu memastikan keadaan kanak-kanak itu baik ketika impiannya dilaksanakan.

"Sebagai contoh jika mereka mahu ke Disneyland, kami akan membawa seluruh ahli keluarga dan doktor perlu mengesahkan dia boleh menaiki kapal terbang.

"Kami akan cuba merancang sebaiknya masa yang paling sesuai untuk membawa kanak-kanak ini agar mereka dapat menikmati impian ini dengan sepenuhnya," katanya.

Walau apa pun, Syarifah Farah secara peribadi amat mengagumi pengorbanan ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidapi penyakit mengancam nyawa ini.

"Bayangkan ramai ibu yang terpaksa berhenti kerja menemani anak yang sakit di hospital berhari-hari dan mereka sentiasa positif, itulah satu semangat yang patut dikagumi dan dicontohi ibu-ibu lain.

"Kaum bapa juga selalunya bekerja lebih masa dan mengambil alih tanggungjawab di rumah apabila ibu bersama anak yang sakit di hospital.

"Impian dan harapan saya, agar persatuan ini terus berkembang, mempunyai semakin ramai ahli sukarelawan di Malaysia dan dapat melaksanakan lebih banyak impian kanak-kanak ini.

"Kami juga akan berusaha untuk meluaskan sayap ke Sabah dan Sarawak untuk menunaikan impian kanak-kanak di sana," ujar Syarifah Farah yang merupakan anak jati Tawau, Sabah.

Secara peribadi beliau menyifatkan penglibatannya dalam yayasan ini adalah sebagai satu ibadah dan satu contoh yang ingin diwarisi kepada anak-anaknya yang berusia empat dan dua tahun.

Permintaan penuh makna

Posted:

Permintaan penuh makna

Permintaan penuh makna

YEE Lin merupakan seorang kanak-kanak yang fanatik pada watak anime Jepun, Naruto. Dia telah menghabiskan masanya semasa menjalani rawatan leukemianya dengan membaca komik-komik Naruto, melukis watak-watak kartun itu dan menonton cakera video digital (DVD) Naruto tanpa memikirkan sangat penyakit yang dihidapi.

Bagi memenuhi impian kanak-kanak ini, Yayasan Make A Wish telah membawa Yee Lin dan keluarganya melawat studio komik Naruto, di Jepun.

Di studio tersebut dia bukan setakat dapat bertemu dengan krew anime Jepun tersebut, bahkan berpeluang melakar sendiri watak kartun kegemarannya itu.

Perjalanan Yee Lin tidak berakhir di situ, sebaliknya dia kemudian dibawa berkunjung ke Disneyland Tokyo.

Semenjak mereka menjejakkan kaki di situ sehinggalah di akhir lawatan, layanan kelas pertama telah diberikan kepada mereka sekeluarga untuk memastikan keselesaan sepanjang lawatan tersebut.

Menurut ayah Yee Lin, mereka terasa seperti seorang VIP kerana telah diiringi oleh kakitangan Disneyland dan diperkenalkan kepada setiap watak Disney yang ada di situ.

Kembali ke tanah air, Yee Lin disambut dengan penuh mesra dan meriah oleh kakitangan Penerbangan Malaysia (MAS).

Sukarelawan Yayasan Make A Wish amat bersyukur kerana telah berjaya menjayakan impian Yee Lin dan amat teruja untuk mendengar cerita-cerita Yee Lin tentang pengalamannya sepanjang berada di Jepun.

Sewaktu pertama kali melihat wajah Yee Lin ketika ketibaannya semula di Kuala Lumpur, raut wajahnya jelas menunjukkan lawatan ini telah melangkaui jangkaan.

Ini merupakan kenangan terindah dalam hidup mereka dan mana mungkin mereka akan dapat melupakannya sampai bila-bila.

Sebaik pulang ke Malaysia, Yee Lin begitu bersemangat meneruskan rawatan dan berselera menjamah makanan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved