Rabu, 7 Ogos 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kami hormati Barcelona

Posted: 07 Aug 2013 10:26 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Mohd. Aidil Zafuan

KUALA LUMPUR - Pemain bola sepak mana tidak gerun jika bertemu kelab terbaik dunia, Barcelona dan itu perasaan yang dikongsi oleh pertahanan negara, Mohd. Aidil Zafuan Abdul Razak yang menganggap pertembungan dengan Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini, pasti akan menjadi antara perlawanan yang sukar sepanjang kariernya.

Bukan sekadar pemain terbaik dunia, Lionel Messi, yang perlu dihadapi sebaliknya bintang baharu dari Brazil, Neymar, perancang kelas dunia, Xavi dan Andres Iniesta bakal menjanjikan satu dimensi baru buat Aidil yang menganggap perlawanan ini pasti akan menjadi pengalaman paling berharga dalam hidupnya.

Sedar akan hakikat 'ukur baju di badan sendiri', Aidil mengakui kemenangan besar 8-0 Barcelona ke atas kelab Brazil, Santos pada 2 Ogos lalu tidak dinafikan memberikan sedikit kegerunan kepada psikologi pemain Harimau Malaya, namun dia sama sekali tidak mahu berasa rendah diri sebaik sahaja berada di atas padang nanti.

"Sebut sahaja Barcelona, bukan saja mana-mana pemain, namun saya sendiri terasa kerdil untuk berdepan dengan bintang-bintang mereka kerana kita tahu kualiti yang mereka ada dan kita masih jauh hendak dibandingkan dengan mereka.

"Memang tiada siapa akan meletakkan sebarang harapan untuk kita menang cuma sekurang-kurangnya kami boleh beri tentangan kepada mereka dan meraih seberapa banyak pengalaman berharga," katanya ketika dihubungi, semalam.

Ditambah pula terpaksa pulang pada Hari Raya pertama menjalani latihan di Wisma FAM, dia menganggap itu sebagai asam garam kepadanya sebagai pemain bola sepak profesional, malahan terpaksa berjaga-jaga dari segi pemakanan supaya kecergasannya tidak terjejas ketika diturunkan menentang Barcelona.

"Sebenarnya ini adalah perkara biasa buat saya dan ada kalanya saya tidak berkesempatan pulang untuk berhari raya kerana sibuk dengan tugasan selaku pemain bola sepak profesional.

"Cabarannya masa Hari Raya pertama nanti saya kena pastikan kena jaga pemakanan dan elakkan mengambil yang terlalu berlemak supaya dapat memastikan kecergasan tidak terjejas ketika tiba hari perlawanan sebenar, namun inilah pengorbanan yang terpaksa dilakukan oleh kami semua pada hari raya ini demi bola sepak negara," katanya.

Barisan pertahanan negara berdepan krisis apabila dua lagi tonggak, Azizi Matt Rose dan Amiridzwan Taj Tajudin terpaksa diketepikan ekoran kecederaan dengan pilihan yang tinggal selain Aidil adalah Mohd. Fadhli Mohd. Shas serta pertahanan bidan terjun, Junior Eldstal.

Sementara itu, Fadhli Shas, Hari Raya ini akan disambut dengan sederhana kerana fokusnya hanya memikirkan pertemuan dengan Barcelona sahaja dan mahu memberikan yang terbaik pada perlawanan itu nanti.

"Saya tidak boleh terlalu beria-ia menyambut Hari Raya seperti orang lain, pemakanan kena pantang di samping rehat pun kena secukupnya kerana perlawanan tinggal tiga hari sahaja lagi.

"Tidak sabar rasanya untuk berdepan dengan pemain-pemain hebat seperti Neymar atau Messi, dua pemain terbaik di dunia buat masa sekarang, rasa macam mimpi pun ada tetapi saya akan beri yang terdaya untuk mengawal pergerakan mereka," katanya.

'Tuah boleh undang bahaya'

Posted: 07 Aug 2013 10:26 AM PDT

Park Joo-bong (kanan) memberi amaran kepada Kien Keat (tengah) dan Boon Heong agar tidak berasa terlalu selesa apabila lawan mereka menarik diri, sedangkan kedua-duanya belum teruji sepenuhnya pada Kejohanan Dunia pada kali ini.

GUANGZHOU - Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mungkin menganggap mereka bertuah bertuah sebab mereka tidak perlu mengeluarkan peluh untuk melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia yang sedang berlangsung di sini.

Ini semua memihak kepada mereka selepas menerima bye di pusingan pertama, manakala lawan di pusingan kedua pula menarik diri.

Namun, bekas pakar beregu Korea Selatan, Park Joo-bong menegaskan, melihat kepada senario pada Kejohanan Dunia kali ini, keadaan tersebut sebenarnya boleh mengundang bahaya kepada beregu No. 2 dunia itu.

Katanya, hampir semua pemain utama yang menerima bye agak bergelut apabila turun ke gelanggang buat kali pertama seperti pasangan No. 1 dunia, Xu Chen-Ma Jin, Qiu Zihan-Bao Yixin dan Muhammad Rijal-Debby Susanto (beregu campuran).

Xu Chen-Ma Jin hampir dikejutkan pasangan Denmark, Mads Pieler Kolding-Kamilla Rytter Juhl apabila tewas di set pertama, sebelum menang 18-21 21-17, 21-13.

Qiu Zhihan-Bao Yixin dikejutkan rakan senegara, Tao Jiaming-Tang Jinhua 16-21, 19-21, manakala Rijal-Debby bergelut untuk mengetepikan Hirokatsu Hashimoto-Miyuki Maeda dari Jepun 10-21, 21-17, 21-11.

"Hampir semua pemain bergelut dalam perlawanan pertama mereka di sini, jadi sesiapa yang telah turun beraksi terlebih dulu memegang kelebihan ke atas lawan mereka yang tidak pernah bermain.

"Kien Keat-Boon Heong bukan saja tidak bermain dalam dua perlawanan, malah tiga kerana menerima bye di pusingan pertama dan mendapatkan kemenangan percuma di pusingan kedua, jadi saya rasa situasi ini lebih kepada berbahaya daripada membawa tuah," kata bekas juara Olimpik itu.

Joo-bong yang pernah menjadi ketua jurulatih Malaysia turut menambah, Kien Keat-Boon Heong perlu segera menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang esok atau bakal berdepan bahaya.

Naib juara dunia 2010 dijadual menentang pasangan Hong Kong, Lee Chun Hei-Ng Ka Long pada pusingan kedua hari ini. - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lelaki cedera parah ditembak di Chemor

Posted: 07 Aug 2013 10:41 PM PDT

IPOH 8 Ogos - Seorang lelaki yang sedang memandu kereta cedera parah selepas terkena tembakan dilepaskan dua suspek bermotosikal di Taman Klebang Putra, dekat Chemor di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian kira-kira 11.15 malam itu, dua lagi yang berada dalam kereta itu dipercayai anggota keluarga lelaki berusia 29 tahun itu tidak mengalami kecederaan.

"Kedua-dua suspek yang menaiki sebuah bermotosikal menghampiri kereta mangsa yang sedang dipandu di kawasan perumahan berkenaan dan dipercayai melepaskan enam das tembakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri Balai Polis Pekan Baru di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua suspek memakai topi keledar 'full face' semasa melakukan jenayah berkenaan dan identiti mereka tidak dapat dikenal pasti buat masa sekarang.

Polis menjumpai enam kelongsong peluru di atas jalan tempat kejadian berkenaan dan setakat ini polis menerima satu laporan daripada seorang saksi berhubung kejadian itu, katanya.

Chang Keong berkata, mangsa yang bukan berasal dari sini sedang dirawat di sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil. - BERNAMA

Peniaga cedera parah ditembak dalam rumah sendiri

Posted: 07 Aug 2013 10:26 AM PDT

KULIM 7 Ogos - Seorang peniaga lelaki rebah berlumuran darah di hadapan ahli keluarganya selepas terkena tembakan yang dilepaskan seorang daripada dua lelaki yang menyerbu masuk ke rumahnya di Taman Pondok Labu, Lunas dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, mangsa berusia 26 tahun cedera parah selepas terkena satu das tembakan di bahagian bahu kiri.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Chin Su Song berkata, dua lelaki bertopi keledar menyerbu masuk ke rumah tersebut ketika mangsa bersama ahli keluarganya sedang berehat di ruang tamu.

"Salah seorang suspek bertindak melepaskan satu das tembakan dan mengenai bahagian belakang bahu kiri mangsa.

"Mangsa terjatuh ke atas sofa manakala suspek terus melarikan diri menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Su Song berkata, semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang berbual bersama enam lagi anggota keluarganya.

Katanya, mangsa segera dikejarkan ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.

Tambahnya, polis yang menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian bagaimanapun tidak menemui sebarang kelonsong peluru yang digunakan suspek ketika menembak mangsa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Bekas CEO KPF bebas selepas jumlah jaminan dikurangkan

Posted: 07 Aug 2013 10:26 AM PDT

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Selepas meringkuk selama empat hari dalam penjara, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KPF Quality Foods Sdn. Bhd., Datuk Sarchu Sawal (gambar) hari ini dibebaskan dengan jaminan RM800,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Mohd. Azman Husin memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan Sarchu untuk mengurangkan jumlah jaminan RM2 juta yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat lalu setelah dia didakwa atas tuduhan pecah amanah.

Beliau memerintahkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM800,000 berserta dua penjamin selain geran tanah yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM1 juta perlu diserahkan kepada mahkamah sebagai sebahagian daripada jaminan.

Keputusan itu dibuat selepas Hakim Mohd. Azman mendengar hujah daripada peguam, Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud yang mewakili tertuduh dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai pihak pendakwaan.

Sarchu, 64, dibebaskan kira-kira pukul 1 petang selepas membayar wang jaminan tersebut.

Pada 2 Ogos lalu, Sarchu dikenakan ikat jamin RM2 juta dengan dua penjamin oleh Hakim Mahkamah Sesyen, Rosbiahanin Arifin selepas didakwa bersama-sama bekas pengarah syarikat sama, Datuk Tan Han Kook, 59, atas tuduhan pecah amanah dana syarikat itu berjumlah lebih RM30 juta, dua tahun lalu.

Sarchu didakwa telah pecah amanah terhadap dana syarikat itu melalui 27 keping Penerimaan Jurubank (Banker's Acceptance) berjumlah RM16,963,825.

Han Kook yang ketika kejadian merupakan ahli lembaga pengarah syarikat berkenaan didakwa melakukan perbuatan sama melalui 20 keping Penerimaan Jurubank berjumlah RM13,164,955.

Kedua-dua lelaki itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Tingkat 2, Blok B, Anjung Felda, Jalan Maktab di sini, antara Ogos 2011 dan Februari 2012.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

KPF Quality Foods merupakan anak syarikat Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang menjalankan projek Gedung Makanan Negara (GMN).

Pada 7 Disember tahun lalu, Han Kook telah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, bersama seorang lagi CEO syarikat berkenaan atas 134 tuduhan menipu pegawai Malayan Banking Bhd. menggunakan dokumen palsu membabitkan lebih RM67 juta.

Dia yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu turut didakwa atas 134 tuduhan alternatif menggunakan dokumen palsu ketika permohonan tuntutan kemudahan Penerimaan Jurubank kepada Malayan Banking.

Keputusan pembebasan warga Iran sementara rayuan 14 Ogos

Posted: 07 Aug 2013 10:26 AM PDT

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 14 Ogos ini keputusan permohonan Pejabat Peguam Negara untuk menggantung keputusan yang membebaskan seorang warga Iran yang merupakan anak orang kenamaan di negara itu sementara menunggu rayuan kes ekstradisi terhadapnya selesai.

Hakim Datuk Azman Husin menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujah peguam Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Sajad Farhadi, 34, dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mewakili Pejabat Peguam Negara hari ini.

Pejabat Peguam Negara mengemukakan permohonan untuk menggantung pelaksanaan keputusan sebuah lagi Mahkamah Tinggi di sini yang membebaskan Farhadi selepas membenarkan permohonan habeas corpus lelaki itu.

Hakim Mahkamah Tinggi tersebut, Kamardin Hashim membuat keputusan itu pada Jumaat lalu sekali gus mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen yang membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara untuk mengekstradisi lelaki itu ke Amerika Syarikat (AS).

Terdahulu, Abdul Gani menghujahkan bahawa kehadiran Farhadi adalah penting dalam rayuan berhubung keputusan ekstradisi itu di Mahkamah Persekutuan.

Ujarnya, 'ketidakhadiran' lelaki itu akan menghapuskan asas kepada rayuan tersebut.

Beliau turut menyatakan, Farhadi mempunyai potensi tinggi untuk melarikan diri sekiranya dibebaskan sebelum rayuan itu didengar dan diputuskan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Awasi golongan dakwa mahir

Posted: 07 Aug 2013 10:26 AM PDT

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com

BENTONG 7 Ogos - Umat Islam di negeri ini diingatkan supaya berwaspada dengan golongan yang mendakwa mahir dalam bidang keagamaan sedangkan ajaran yang dibawa itu bertentangan dengan agama Islam.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, sikap golongan itu boleh memecahbelahkan perpaduan umat Islam dengan ajaran yang salah dan fahaman bertentangan dengan al-Quran serta hadis.

Menurut beliau, jika umat Islam di negara ini berpegang teguh dengan al-Quran dan hadis, mereka tidak akan sesat kerana ajaran selain kedua-dua sumber tersebut merupakan ajaran yang salah.

"Saya ingin mengingatkan umat Islam supaya tidak mudah terpengaruh atau terpedaya dengan mereka yang menyebarkan ajaran yang salah dan boleh menyebabkan perpecahan ummah," katanya di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, keamanan serta perpaduan yang terjalin di kalangan rakyat perlu dijaga setiap masa supaya negara terus kekal aman dan berjaya dalam semua bidang.

Katanya, berbeza di negara bergolak, kehidupan masyarakatnya tidak menentu apabila anak-anak kecil menjadi yatim piatu akibat ibu bapa mereka maut dalam peperangan.

"Oleh itu, kita harus bersyukur dengan nikmat pembangunan dan kesejahteraan hidup tanpa menghadapi sebarang gangguan yang berlaku di beberapa negara yang sedang bergolak.

"Peliharalah keamanan yang ada pada hari ini. Kalau negara kita huru-hara, tidak aman dan hari-hari berperang serta berlaku rusuhan seperti di negara berkenaan, rakyat akan menderita serta sukar meneruskan hidup," ujarnya.

Kehadiran Siti Nurhaliza menambah kemeriahan

Posted: 07 Aug 2013 10:26 AM PDT

Siti Nurhaliza Taruddin bergambar bersama anak-anak yatim daerah Temerloh selepas majlis berbuka puasa Bikerz bersama anak-anak yatim 2013 di padang awam Kubang Gajah, baru-baru ini.

TEMERLOH 7 Ogos - Setiap kali kedatangan bulan Ramadan, golongan anak yatim diberi perhatian utama serta menerima pelbagai undangan majlis berbuka puasa, selain keperluan hari raya yang disumbangkan oleh agensi kerajaan dan syarikat korporat.

Justeru, sebanyak 200 pemilik motosikal berkuasa tinggi tidak ketinggalan memeriahkan bulan Ramadan itu dengan meraikan 360 anak-anak yatim dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di Dataran Kubang Gajah di sini baru-baru ini.

Pengerusi Sekretariat perhimpunan, Shamsuri Zainuddin berkata, perhimpunan itu merupakan aktiviti tahunan yang diadakan pada bulan Ramadan setiap tahun.

Tambahnya, kesemua peserta terbabit berhimpun bagi mengukuhkan semangat ukhuwah dan persaudaraan sejagat dalam kalangan umat Islam di negeri ini.

Perhimpunan tersebut diserikan dengan kehadiran penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa.

Inilah peluang kepada anak-anak yatim yang didatangkan dari beberapa daerah di Pahang untuk beramah mesra serta melihat lebih dekat penyanyi tersebut," katanya di sini baru-baru ini.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan penyertaan 30 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari Singapura yang diketuai Presiden Bikerz Singapura, Jamaluddin Ahmad.

Shamsuri berkata, program seperti ini telah diadakan sebanyak 13 kali termasuk pada bulan-bulan biasa di beberapa daerah lain seperti Jerantut, Maran, Bera, Rompin dan lain-lain.

Selain bertemu dengan rakan-rakan yang mempunyai minat sama terhadap motosikal, kami juga berpeluang memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim dan merupakan satu amal jariah ahli kelab ini," katanya.

Sementara itu, kalangan anak-anak yatim yang ditemui gembira apabila mereka bukan sahaja dijemput berbuka puasa tetapi juga dapat bertemu dengan Siti Nurhaliza.

Seorang anak yatim, Nurul Hidayah Mohd. Shah, 14, dari Felda Rentam, Bera tidak menyangka dapat berjumpa dan bersalaman dengan penyanyi pujaan itu.

Datuk Siti tidak sombong dan mesra ketika melayan peminat walaupun ketika itu sibuk untuk berbuka puasa," katanya.

Bagi Nur Azriani Abdul Rafar, 17, dari Felda Jengka 23, Kuala Krau tidak melepaskan peluang bergambar dengan Datuk Siti kerana pertama kali bertemu dengan penyanyi itu.

Rakannya, Norfaizah Mat Zain, 17, dari Felda Jengka 17, Maran, menyifatkan kedatangan penyanyi tersebut sedikit-sebanyak dapat mengurangkan kesedihan dirinya dan rakan-rakan lain kerana menyambut bulan Ramadan tanpa insan tersayang di sisi.

Isteri harap suami hilang memancing pulang

Posted: 07 Aug 2013 10:26 AM PDT

Fairuz Abd. Rahim, 42, bersama anak-anaknya, Imran Ramadan, 1, dan Muhd Irfan, 14, melihat batang pancing milik suaminya,Rahmat Chik, 51. ketika ditemui dirumahnya di Bukit Setongkol disini hari ini.

KUANTAN 7 Ogos - Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini buat keluarga Fairuz Abd. Rahim, 42, agak suram dan pilu apabila suaminya masih belum dijumpai selepas hilang bersama tiga rakan yang lain selepas keluar memancing Februari lalu.

Katanya, bagi sambutan tahun ini, dia hanya membuat persiapan secara ringkas berikutan mereka sekeluarga dalam keadaan bersedih dengan ketiadaan suaminya, Rahmat Chik, 51.

"Baju Melayu untuk anak-anak pakai saja tahun lepas punya. Adalah beli sedikit kemeja-T untuk pakaian mereka, itu saja. Bukan tidak mahu membuat persiapan, tapi susah nak jelaskan. Tahun lepas suami yang buat semua persiapan sebab saya bersalin bulan Ramadan tahun lalu.

"Sepatutnya, tahun ini kami bercadang beraya di Seberang Takir, Terengganu iaitu rumah keluarga suami, tapi sudah jadi begini, rasanya kami beraya di sini dan di rumah keluarga saya di Pekan saja," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini baru-baru ini.

Kata Fairuz, dia berharap sempena bulan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri ini akan diberikan sebarang petunjuk tentang kes berkenaan.

"Tiga anak saya, Muhd. Idlan, 17, Muhd. Irfan, 14, dan paling bongsu Imran Ramadan, 1, memahami situasi dihadapi dan tidak banyak kerenah," katanya.

Katanya, set memancing suaminya yang berada di sudut khas di ruang tamu rumah tidak pernah diubah kerana itulah menjadi tempat yang boleh menyegarkan ingatan dia dan anak-anak.

"Semua joran milik suami, set memancing yang dia letak di situ, saya tidak alih sejak hari dia hilang sampai sekarang.

"Sebelum puasa, saya ada bermimpi suami balik dan bawa kami keluar membeli barangan keperluan dapur. Saya masih berharap bukan sekadar mimpi dan suami dapat kembali bersama dengan kami lagi," katanya.

Dalam kejadian 20 Februari lalu, empat pemancing termasuk Rahmat, dilaporkan hilang selepas keluar memancing dari Jeti Sungai Kuantan, menggunakan bot gentian kaca, kira-kira jam 5 petang.

Tiga lagi rakan yang hilang ialah Abdul Karim Zakaria, 41; Baheruzaman Yusof, 40, dan Mohd. Azyyat Rahmat Yaakob, 40.

Operasi mencari dan menyelamat kumpulan pemancing itu yang dilakukan selama tiga minggu dengan kerjasama polis, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat gagal mengesan sebarang petunjuk.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Malaysia hilang golongan berbakat

Posted: 07 Aug 2013 10:26 AM PDT

Malaysia sedang kehilangan punca dan memberikan negara lain peluang dan kelebihan persaingan dalam persekitaran bebas
Lee Kuan Yew
Bekas Perdana Menteri Singapura

SINGAPURA, 7 Ogos 2013 - Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew (gambar) berkata, dasar-dasar berasaskan kaum di Malaysia meletakkan negara itu dalam keadaan yang tidak menguntungkan.

Dalam petikan buku terbarunya bertajuk One Man's View of the World yang dilancarkan di Istana di sini hari ini, Lee berkata: "Ia adalah secara sukarela mengecutkan golongan berbakat yang diperlukan untuk membentuk masyarakat yang mengguna pakai bakat daripada semua kaum.

"Mereka bersedia untuk kehilangan bakat besar bagi mengekalkan dominasi sebuah kaum.

"Sejak kebelakangan ini, kerajaan Malaysia telah agak bersedia untuk mengakui kehilangan golongan berbakat kepada bandar-bandar berwibawa di tempat lain dan sedang mencuba menarik pulang warga Malaysia berbakat dari luar negara.

"Tetapi realitinya, usaha-usaha ini mungkin terlalu sedikit...terlalu lewat," kata Lee yang merupakan bekas Menteri Mentor, dalam bukunya, bab Asia Tenggara - Malaysia - A Different Path.

"Selepas Pilihan raya Umum 2008, ada perasaan mendalam di kalangan sesetengah pihak di Malaysia bahawa negara itu berada di ambang perubahan sebenar," katanya.

Beliau berkata, pembangkang yang berkempen secara rasmi antara lain berjanji untuk menghapuskan beberapa dasar berasaskan kaum sehingga memberi kejutan kepada penyokong sendiri dengan pencapaiannya.

"Daripada segi undi, ia adalah pencapaian terbaik pembangkang sejak 1969. Daripada segi perolehan kerusi, ia merupakan keputusan paling terbaik dengan kerajaan dinafikan majoriti dua pertiga," kata pemimpin yahg akan mencapai usia 90 tahun pada September ini.

Setahun selepas pilihan raya, Lee dalam bukunya, berkata apabila Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri, beliau telah melancarkan kempen '1Malaysia' bagi memperkukuhkan keharmonian kaum dan perpaduan nasional.

Lee berkata, adalah mustahil bagi Najib untuk menawan semula hati pengundi Cina dan India tanpa kehilangan penyokong teras daripada partinya - kaum Melayu.

Beliau berkata, slogan 1Malaysia tidak menepati keterujaan awal yang dicetuskan oleh kempen itu.

Dalam erti kata lain, rakyat berkongsi 1Malaysia tetapi komuniti tetap berbeza sebagai Melayu, Cina dan India. Ia masih kekal sama sekiranya kempen 1Malaysia boleh membawa kesamartaan untuk bukan bumiputera dalam apa-apa cara yang ketara, katanya.

Buku setebal 400 halaman itu, terbitan Straits Times Press, unit penerbitan Singapore Press Holdings (SPH) Ltd, menyampaikan pandangan Lee tentang masa depan kuasa-kuasa besar dan rantau-rantau di dunia. — BERNAMA

Penduduk Tunisia anjur tunjuk perasaan besar-besaran

Posted: 07 Aug 2013 10:26 AM PDT

beribu-ribu penduduk Tunisia mengadakan tunjuk perasaan mendesak kerajaan Islam Tunisia meletak jawatan berhubung pembunuhan dua pemimpin pembangkang, di Tunis, kelmarin. - AP

TUNIS 7 Ogos - Beribu-ribu penduduk Tunisia mengadakan tunjuk perasaan, di sini semalam bagi menuntut kerajaan dibubarkan, tunjuk perasaan antikerajaan terbesar setakat ini, ketika krisis politik di negara ini semakin memburuk.

Krisis politik di Tunisia meruncing sejak pembunuhan anggota Parlimen pembangkang, Mohamed Brahmi pada 25 Julai lalu.

Seorang pegawai polis menganggarkan kira-kira 40,000 orang menyertai perhimpunan itu.

Pemimpin pembangkang bagaimanapun meletakkan jumlah mereka yang menyertai tunjuk perasaan itu ialah 100,000 hingga 200,000 orang.

Tunjuk perasaan diadakan di jalan-jalan raya di ibu negara Tunis bagi menggesa kerajaan pimpinan parti berhaluan Islam sederhana, Parti Ennahda meletak jawatan.

Pembunuhan Brahmi, selain seorang lagi ahli politik pembangkang, Chokri Belaid dipersalahkan kepada kumpulan pelampau, tetapi Kabinet pimpinan Ennahda dikritik kerana kurang berusaha mengelak kejadian itu.

Tunjuk perasaan kali ini juga disertai oleh pelbagai parti pembangkang daripada sayap radikal dan sayap kanan.

Penunjuk perasaan turut membawa gambar kedua-dua pemimpin pembangkang yang terbunuh itu, sambil melaungkan slogan 'Rakyat mahu kerajaan ditumbangkan' dan 'Kerajaan akan berakhir hari ini'.

Sementara itu, Dewan Perlembagaan Kebangsaan (ANC) yang merupakan satu badan yang dipilih pada 2011 untuk merangka Perlembagaan baharu akan digantung.

Speaker Dewan, Mustapha Ben Jaafar berkata, penangguhan akan dibuat sehinggalah kerajaan dan pembangkang berunding untuk memecahkan kebuntuan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Ratu hijab

Posted: 07 Aug 2013 01:16 AM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar MOHD. NOR AMIN

TIGA pemilik syarikat tudung yang berjaya, (dari kiri) Nur Atikah Sulaiman, Hani Elia Rousli, dan Ainil Hawa Sazali.

HASRAT menemukan tiga pengusaha tudung kontemporari muda ini dalam satu sesi fotografi sebenarnya telah lama terpendam.

Justeru, kehadiran Syawal merupakan waktu yang tepat untuk menggandingkan ketiga-tiga usahawan muda, jelita dan berjaya ini.

Banyak persamaan antara mereka. Masing-masing berusia 28 tahun, mengusahakan perniagaan pakaian dan tudung serta memiliki empayar perniagaan dalam kelas tersendiri.

Itulah Hani Elia Rousli pemilik Al Humaira Contemporary (AHC), Nur Atikah Sulaiman pemilik Sugarscarf dan Ainil Hawa Sazali pengasas Qaira Hijab.

Cerita raya Hani, Ainil, Eyqa

Posted: 07 Aug 2013 01:16 AM PDT

Ketiga-tiga usahawan wanita yang berjaya ini sedia berkongsi pengalaman dan ilmu demi memantapkan perniagaan.

BAGI Ainil, Ramadan tahun ini satu pengalaman baru kerana merupakan kali pertama dia dan kakitangannya berpuasa dan berbuka di butik.

Hilang rasa letih apabila melihat ramai pelanggan datang ke butik Qaira Hijab untuk membeli koleksi tudung dan baju raya.

Pada tahun ini kami sekeluarga akan beraya di Teluk Intan dan Taiping, Perak. Sudah semestinya juadah seperti rendang, lemang ketupat merupakan makanan wajib yang ada pada hari raya.

Saya dan suami akan mengenakan busana warna sedondon dan semestinya koleksi pakaian serta tudung saya adalah daripada Qaira Hijab.

Kepada pembaca sekalian, terima kasih kerana terus menyokong Qaira Hijab dan pastikan Syawal ini anda bergaya dengan koleksi istimewa kami," ujar Ainil yang anggun mengenakan busana rona biru merah.

Sementara itu, Hani pula memang tidak sabar menunggu tarikh 1 Syawal. Baginya Hari Raya Aidilfitri adalah satu tarikh yang memang sentiasa dinantikan dirinya dan suami.

Kami suami isteri berasal dari kampung yang sama di Kedah. Sambutan di kampung memang sangat meriah.

Tahun ini juga urusan perniagaan kami lebih teratur kerana banyak dibantu oleh warga kerja AHC.

Hani memilih untuk membuat persiapan yang sederhana. Tahun ini lebih bermakna kerana ahli keluarga kami bakal menerima anak buah pertama iaitu adik kepada Hani bakal melahirkan anaknya pada awal Syawal nanti, insya-Allah," ujar Hani teruja.

Bagi Eyqa pula, kesibukan menguruskan butik menyebabkan dia tidak mempunyai banyak masa untuk menyediakan persiapan raya.

Walaupun sibuk namun Eyqa sangat teruja apabila Sugarscarf dapat memberikan kemeriahan pada pelanggan kami yang memakai tudung dan baju raya koleksi kami pada hari raya nanti. Itulah kepuasan saya secara peribadi," jelas Eyqa yang juga akan menyambut Aidilfitri kali pertama sebagai ibu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Peniaga pusat penjaja lega

Posted: 07 Aug 2013 10:26 AM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusangroup.com.my

Pusat Penjaja Taman Maluri di Cheras, Kuala Lumpur berwajah baharu selepas DBKL melakukan kerja-kerja mengecat semula bangunan dua tingkat yang didakwa usang dan kurang dikunjungi pelanggan sebelum ini. - utusan/RUSHDI SALLEH

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Para peniaga di Pusat Penjaja Taman Maluri, Cheras di sini boleh menarik nafas lega selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melakukan kerja-kerja mengecat semula luar bangunan premis dua tingkat itu.

Sebelum ini, peniaga mendakwa keadaan persekitaran serta bangunan yang usang dan suram menyebabkan gerai mereka kurang dikunjungi pelanggan.

Menggunakan warna tema bendera Wilayah Persekutuan, pusat penjaja yang turut menempatkan kedai jahit, percetakan dan pakaian itu kini berwajah baharu dan ceria.

Selain itu, jalan di bahagian belakang bangunan itu yang digunakan pengusaha gerai makan untuk melakukan kerja-kerja memunggah barang turut dilebar dan diturapkan semula oleh DBKL.

Aktivis masyarakat yang juga penyewa di situ, Datuk Omar Awang berkata, mereka berterima kasih kepada DBKL yang mengambil tindakan selepas rungutan para penyewa disuarakan.

Menurutnya, diharapkan pihak berkuasa tempatan itu juga dapat menyelesaikan masalah lot kedai kosong di situ.

"Malah lubang besar di jalan keluar pusat penjaja yang menjadi kebimbangan peniaga dan pengunjung juga telah dibaiki,"katanya.

Akhbar ini pada pertengahan Januari lalu melaporkan kekecewaan peniaga pusat penjaja tersebut apabila bangunan yang menjadi tempat mereka mencari rezeki di sini suram dan dipandang sepi oleh pihak bertanggungjawab.

Turut ditimbulkan jalan di bahagian belakang bangunan yang digunakan untuk memunggah barang tidak dilebarkan biarpun sudah mendapat kelulusan, selain ruang letak kereta yang disediakan kepada pengunjung kini digunakan oleh penghuni sebuah kondominium berdekatan.

Seorang peniaga Zalipah Omar, 53, turut memuji keprihatinan DBKL terhadap masalah yang disuarakan penyewa lain sebelum ini.

"Sejak mula-mula dibangunkan, pusat penjaja ini masih dikekalkan cat lama yang sudah kusam dan pudar, malah bangunan ini kelihatan seolah-olah mati dan menimbulkan tanda tanya daripada orang ramai.

"Dengan kerja-kerja mengecat semula bangunan ini dan kerja-kerja menurap kawasan tempat kereta jumlah pengunjung diyakini semakin bertambah,"katanya.

Perasaan sama turut dikongsi pengusaha gerai makan Noraslinda Mohd. Asbair, 40,.

Dia berkata cat bertema bendera Wilayah Persekutuan itu merupakan gabungan warna yang menarik dan mampu membantu perniagaan mereka.

"Selama ini pelanggan kami hanya terdiri daripada pelajar dan pekerja pejabat berdekatan. Diharapkan dengan wajah baharu ini, lebih ramai yang akan berkunjung ke sini,"katanya.J

Sementara itu, Azizi Khamis, 40, pula berkata, DBKL perlu memikirkan kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah ruang letak kereta yang disediakan di pusat penjaja tersebut daripada terus digunakan penghuni kondominium berhampiran.

"Langkah mengenakan caj bayaran meletak kenderaan juga sebagai cara yang baik untuk menyelesaikan masalah tersebut,"katanya.

Syabas ceriakan sambutan hari raya tiga keluarga

Posted: 07 Aug 2013 10:26 AM PDT

Sanusi Sulieman (dua dari kanan) menyampaikan hamper makanan dan pakaian kepada Hamidi Mazalan dan keluarga sambil diperhatikan oleh Priscilla Alfred dalam majlis sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri di Kampung Pandan, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 7 Ogos - "Sekurang-kurangnya Hari Raya kali ini lebih ceria kerana masih ada pihak yang sudi membantu.

"Tidak cukup dengan menyambung bekalan air, kami sekeluarga turut menerima sumbangan keperluan harian,".

Itu luahan Shuraya Wahir, 34, salah seorang daripada tiga keluarga penerima sumbangan sempena hari raya daripada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (Syabas), baru-baru ini.

Ibu kepada empat orang anak itu merupakan penerima bantuan daripada Tabung Budi anjuran Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Peka).

Surirumah sepenuh masa itu berkata, mereka sekeluarga hanya mengharapkan pendapatan suami, Mohd. Azman Azmizan, 35, yang bekerja sebagai pembantu kedai.

"Dengan pendapatan sebanyak RM950 sebulan hanya cukup digunakan untuk perbelanjaan harian dan persekolahan anak-anak.

''Kehidupan kami masih serba kekurangan sehingga menyebabkan pada suatu masa, bekalan air paip kami terpaksa dipotong,"katanya.

Shuraya sekeluarga menerima sumbangan hamper makanan, pakaian hari raya untuk anak-anak dan wang tunai yang diserahkan sendiri oleh Pengarah Eksekutif Bahagian Perancangan Syabas, Sanusi Sulieman.

Majlis turut dihadiri Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred.

Menurut Sanusi, sebanyak 60 buah keluarga sekitar Lembah Klang dan Putrajaya terpilih menerima sumbangan yang kebanyakannya penerima bantuan Tabung Budi.

''Program ini merupakan sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) Syabas bagi memberi bantuan kepada pihak memerlukan tanpa mengira kaum dan agama.

"Malah hampir setiap minggu kami akan memberi bantuan dan sehingga kini sebanyak 497 buah keluarga telah menerima manfaat melalui Tabung Budi sejak ditubuhkan tiga tahun lalu,"katanya dalam sidang akhbar di sini.

Selain Shuraya, turut menerima sumbangan ialah Mohd. Hassan Abdul Jalil, 51, yang mempunyai seorang anak kurang upaya (OKU).

"Dengan pendapatan sebanyak RM1,600 sebagai pemandu peribadi saya perlu menanggung seramai lima orang anak yang masih belajar dan seorang OKU selain sewa rumah sebanyak RM450 sebulan.

"Sekurang-kurangnya bantuan ini memberi sedikit keceriaan kepada kami sekeluarga,''katanya.

Perasaan sama turut dikongsi, Hamadi Mazalan, 42, yang tinggal di Kampung Cheras Baru.

Bapa empat anak yang bekerja sendiri itu turut melahirkan rasa syukur dengan keprihatinan pihak Syabas itu.

Gerak prihatin bantu golongan miskin sempena Aidilfitri

Posted: 07 Aug 2013 10:26 AM PDT

HULU SELANGOR 7 Ogos - Warga emas dan anak-anak yatim di sekitar Kampung Kuantan dan Kampung Hulu Rening di sini menyambut Aidilfitri dalam suasana penuh ceria apabila mereka mendapat perhatian daripada Pergerakan Era Malaysia (Gerak).

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu menyampaikan sumbangan baju raya dan barangan keperluan harian sempena Program Jelajah Bantuan Aidilfitri, baru-baru ini.

Penyerahan itu disampaikan sendiri oleh Presiden Gerak, Datuk Mohd. Shukur Shamsudin.

Mohd.Shukur yang juga Pengarah Urusan Era Group of Companies itu berkata, pihaknya menyelusuri kehidupan penduduk-penduduk miskin di kampung-kampung serta pedalaman semata-mata memberi sedikit keceriaan kepada keluarga tersebut.

Menurutnya, beliau sendiri turun padang untuk mengenalpasti kediaman keluarga miskin di enam buah kampung sekitar daerah Hulu Selangor dan Rawang untuk memastikan bantuan yang disalurkan sampai kepada golongan sasar.

"Kebanyakan mereka ini hidup dalam kemiskinan, serba kekurangan dan sangat memerlukan bantuan dari segi kewangan, barangan keperluan harian, pakaian sehinggalah untuk membaiki rumah, bumbung dan sebagainya," katanya ketika ditemui semasa mengadakan kunjungan ke kediaman lebih 20 keluarga di Kampung Kuantan dan Kampung Hulu Rening di sini.

Yang turut serta dalam program itu ialah Imam Masjid Kampung Hulu Rening, Ismail Mohamad.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Bantu asnaf menjelang Aidilfitri

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

Oleh HANIZA HASSAN
utusan johor@utusan.com.my

ABDUL Halim Suleiman menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Puteri Wangsa, Ulu Tiram di Johor Bahru, Johor, kelmarin.

JOHOR BAHRU 6 Ogos - Seperti tahun-tahun sebelumnya, Crest Exotic Sdn. Bhd. dan Gerbang Tebrau Sdn. Bhd. terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan dengan kali ini seramai 1,300 orang menerima sumbangan berupa duit raya dan barangan lain.

Pengarah Urusan Crest Exotic Sdn. Bhd., Rohsawal Nizam Abd. Ghafar berkata, sumbangan diberikan sempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal disambut kurang seminggu dari sekarang.

Beliau berkata, sumbangan berkenaan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikatnya kepada golongan kurang berkemampuan dalam usaha untuk meringankan bebanan mereka yang memerlukan untuk menyambut hari lebaran.

"Program yang dianjurkan ini merupakan program tahunan syarikat dengan penganjuran kali ini sudah masuk edisi ke-13 dan diharap sumbangan kecil ini sedikit sebanyak dapat menceriakan kehidupan mereka pada musim perayaan tahun ini.

"Sebagai sebuah syarikat swasta, kita perlu turut serta memainkan peranan dalam membantu golongan kurang bernasib baik," katanya kepada selepas Majlis Iftar dan Pemberian Sumbangan Bersama Anak Yatim Dan Fakir Miskin, di sini semalam.

Sumbangan kepada semua penerima disampaikan oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tebrau, Datuk Abdul Halim Suleiman sambil disaksikan oleh Pengarah Urusan Gerbang Tebrau Sdn. Bhd., Zuraimi Khamis.

Turut diraikan adalah penghuni Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Puteri Wangsa, Ulu Tiram serta para pelajar dari Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Princess Elizabeth.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid daripada murid Sekolah Kebangsaan (SK) Puteri Wangsa.

Menurut Rohsawal, biarpun sudah masuk ke tahun 13 penganjuran, pihaknya berbesar hati untuk meneruskan tradisi membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira masa.

Mengesan status halal sembelihan

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

DR. MOHD. Azraai Kassim dan Dr. Rubiyah Yusof menunjukkan model teknologi Sistem Pemprosesan Ayam Halal Automatik di UTM di Skudai, Johor Bahru, Johor, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 6 Ogos - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengorak langkah ke depan dengan membangunkan teknologi Sistem Pemprosesan Ayam Halal Automatik (Sycut) bagi mengesan status halal atau sebaliknya dalam penyembelihan ayam secara automatik.

Teknologi yang melibatkan kos RM1 juta itu dicipta khas bagi memastikan bekalan ayam menepati syarat halal ladang ternakan manakala penyembelihannya sah dan halal.

Ketua penyelidiknya, Prof. Datin Dr. Rubiyah Yusof berkata, inovasi berkenaan merupakan inisiatif terbaharu untuk mengesan ayam yang disembelih itu halal atau sebaliknya sebelum dipasarkan.

Beliau berkata, sistem mesra pengguna tersebut dirangka berasaskan sistem jaringan web untuk mengawal dan memantau setiap tahap penyembelihan sah serta halal mengikut syariat Islam.

"Sistem dikenali Sycut ini dilengkapi dengan kamera yang berfungsi untuk mengesan kesan sembelihan pada ayam sama ada haiwan itu disembelih mengikut hukum syarak atau tidak.

"Sekiranya ayam tersebut tidak betul cara penyembelihannya atau tidak menepati hukumnya iaitu memutuskan halkum dan esofagus di leher ayam tersebut, maka lampu merah akan menyala pada sistem atau mesin tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui bersama Pemangku Naib Canselor UTM, Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim.

Rubiah berkata, kaedah lama secara manual bagi mengesan haiwan sembelihan sama ada sah atau sebaliknya mengambil masa lama, selain memerlukan tumpuan manusia yang adakalanya berlaku kesilapan.

"Dengan penggunaan sistem ini, kita hanya memerlukan satu saat untuk mengesan haiwan sembelihan sama ada halal atau sebaliknya, malah menjimatkan masa, kos dan tenaga manusia," katanya.

Tambahnya, sistem berkenaan telah dipatenkan pada tahun lalu dan diguna pakai di Pusat Pemprosesan Ayam Az-Zain di Semenyih, Selangor.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Lima beradik yatim piatu dibantu

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

Oleh ANI AWANG
utusanpenang@utusan.com.my

RAJALUDIN Abdul Aziz (kanan) menyampaikan bantuan untuk menyambut Aidilfitri kepada sebuah keluarga adik beradik yatim piatu di Butterworth, Pulau Pinang, semalam. - utusan/sazali che din

BUTTERWORTH 6 Ogos - Persiapan lima beradik yatim piatu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tercapai apabila Syarikat Subaidah Holdings Sdn. Bhd. memberikan bantuan RM1,500 dan barangan makanan di Rumah Pangsa Taman Pantai Bersih di sini, hari ini.

Lima beradik itu, Sajahan Mohd. Yusoff, 47; Nazir Khan, 52; Mohd. Raffi, 53; Salim, 43; dan Nazirah Begum, 48, kematian ibu, Sabar Bee Md. Kassim pada Mei lalu manakala ayah mereka beberapa tahun lalu.

Nazir Khan berkata, bantuan ini dapat meringankan bebannya adik-beradik dalam membuat persiapan menyambut Aidilfitri ini.

"Saya berterima kasih kepada Syarikat Subaidah kerana prihatin dengan nasib yang dialami kami," katanya.

Majlis penyerahan bantuan disempurnakan oleh Pengarah syarikat itu, Jahabudin Abdul Aziz dan Rajaludin Abdul Aziz.

Nazir Khan berkata, dia yang bekerja sebagai tukang cuci di pusat penjaja di sini dengan pendapatan RM700 sebulan menjadi tempat adik-beradiknya menumpang kehidupan.

"Wang gaji saya gunakan untuk membeli barangan keperluan rumah, membayar bil air dan elektrik," ujarnya.

Sementara itu, Rajaludin berkata, bantuan itu dapat meringankan beban lima adik-beradik ini dalam membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri.

"Ini adalah tanggungjawab sosial syarikat untuk membantu mereka yang memerlukan agar dapat berhari raya dengan sempurna," katanya.

Katanya, pihaknya juga membantu 450 orang anak yatim dan miskin pada bulan Ramadan ini.

Program amal bakar lemang

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
utusanperlis@utusan.com.my

DR. Kamarudin Hussin (tengah) menunjukkan cara memasukkan beras pulut ke dalam buluh kepada pelajar-pelajar antarabangsa Universiti Malaysia Perlis dalam program 'Jom Bakar Lemang' di rumah Kelab Media Perlis, Kangar, semalam. - BERNAMA

KANGAR 6 Ogos - Ketika ramai umat Islam bercuti untuk pulang ke kampung menyambut Hari Raya Aidilfitri, seramai 200 Sukarelawan Kebajikan Negeri Perlis masih bertungkus lumus mengatur pelbagai program kebajikan di negeri ini.

Antaranya, program 'Jom Bakar Lemang' anjuran sukarelawan berkenaan bersama-sama Kelab Media Perlis (KEMPs) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diadakan di pekarangan kelab tersebut di Jalan Sekolah Derma di sini hari ini.

Program tahunan kali kedua itu melibatkan 200 sukarelawan yang memberi tumpuan kepada kerja-kerja kesukarelaan di seluruh Perlis.

Sebanyak 80 kilogram pulut disediakan untuk membakar 500 batang lemang sebelum ia dibahagikan sesama sukarelawan yang sebelum ini banyak terlibat dalam membantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri.

Yang turut hadir Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin; Pengarah JKM Perlis, Abdullah Ali dan Presiden Persatuan Radio Amatur Melayu Malaysia (ASTRA), Datuk Bahari Taib dan Presiden KEMPs, Adnan Jahaya.

Selain itu, lemang-lemang berkenaan turut diagihkan kepada kumpulan sasaran termasuk warga emas dan golongan kurang upaya.

Lebih menarik kali ini, UniMAP turut membawa pelajar antarabangsanya untuk merasai suasana persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri termasuk membakar lemang yang menjadi tradisi masyarakat di negara ini.

Para sukarelawan tersebut terdiri daripada pelbagai peringkat antaranya dari Kelab 4x4 Negeri Perlis, St. John Ambulance Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Persatuan Bekas Perajurit Negeri Perlis, ASTRA dan individu yang berdaftar sebagai sukarelawan JKM.

Balik Pulau pusat pelancongan utama - Hilmi

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

HILMI YAHAYA

BALIK PULAU 6 Ogos - Kemudahan inap desa di kawasan Balik Pulau akan diberi suntikan baharu dengan memperkenalkan pakej menarik sebagai daya tarikan utama kepada pelancong asing yang berkunjung ke Pulau Pinang.

Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, buat masa ini kira-kira 100 pengusaha inap desa di kawasan ini hanya menyediakan kemudahan penginapan sedangkan persekitarannya tidak diambil kesempatan oleh mereka untuk dijadikan daya tarikan pelancongan.

Sehubungan itu jelasnya, jalinan kerjasama akan diwujudkan di antara pengusaha inap desa terbabit dengan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) untuk memperkenalkan pakej pelancongan menarik khususnya kepada pengunjung dari luar negara.

"Balik Pulau berpotensi sebagai pusat pelancongan utama di negeri ini berikutan banyak keistimewaan ada di sini berbanding kawasan lain seperti kehijauan, kemudahan inap desa, kebun durian dan kampung tradisional.

"Pelancong asing yang datang ke sini tidak suka tinggal di hotel. Mereka nak lihat budaya kita, nak merasai cara hidup kampung dan inap desa adalah paling sesuai untuk diketengahkan," katanya kepada pemberita dalam majlis berbuka puasa di kediamannya di sini malam tadi.

Hilmi menambah, Balik Pulau juga boleh dipromosi sebagai pintu masuk kedua ke Taman Negara Teluk Bahang sekiranya kawasan ini semakin dikenali pelancong.

Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq pula memberitahu, pengusaha inap desa yang beroperasi secara individu akan digabungkan bagi memperluaskan jaringan mereka.

Dengan penggabungan sedemikian jelasnya, lebih banyak penambahbaikan dapat dibuat bagi mempromosi kemudahan inap desa di situ.

Pada perkembangan berkaitan beliau berkata, sektor pelancongan merupakan antara penjana utama ekonomi Koridor Utara selain pembuatan dan pertanian.

Sementara itu, kira-kira 500 warga emas dan anak yatim diraikan dalam majlis berkenaan.

Kesemua mereka menerima duit raya sumbangan NCIA dan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Istana terbuka di Seri Menanti pada 1 Syawal

Posted: 07 Aug 2013 01:18 AM PDT

SEREMBAN 7 Ogos - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mengadakan Istana Terbuka Aidilfitri di Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah pada hari raya pertama.

Menurut Setiausaha Sulit baginda, Zahirin Adnan, majlis itu akan berlangsung dari 10 pagi hingga 2.30 petang.

"Baginda dijadual berangkat ke Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri bersama rakyat pada pagi itu dan kemudian berangkat ke Makam Diraja Seri Menanti bagi menyempurnakan majlis tahlil," katanya di sini hari ini.

Baginda bersama kerabat diraja dijangka berangkat ke Istana Besar Seri Menanti pada 10 pagi, katanya.

Seluruh rakyat dijemput hadir dan menikmati pelbagai juadah yang disediakan pada majlis tersebut sambil berpeluang berhari raya bersama baginda. - BERNAMA

Rumah terbuka MB Pahang pada Raya pertama

Posted: 06 Aug 2013 10:41 PM PDT

KUANTAN 7 Ogos - Rumah terbuka Aidilfitri Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob akan diadakan pada hari raya pertama di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, di sini.

Menurut Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, majlis rumah terbuka itu akan bermula dari 10 pagi hingga 3 petang.

Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah serta kaum kerabat dijangka menghadiri rumah terbuka itu.

Orang ramai dijemput menghadiri rumah terbuka itu. - BERNAMA

Hujan sebelah pagi di 3 negeri esok, Jumaat

Posted: 06 Aug 2013 10:39 PM PDT

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka pada sebelah pagi esok dan Jumaat ini.

Menurut jabatan itu dalam laman sesawangnya, hujan akan berlaku di satu dua tempat di kawasan pantai bagi negeri berkenaan.

Ribut petir diramalkan berlaku di satu dua tempat bagi Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor pada sebelah petang bagi tempoh dua hari tersebut.

"Manakala Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka akan mengalami hujan sementara di satu dua tempat pada sebelah petang Jumaat ini," kata jabatan itu.

Sementara itu, tiada hujan diramalkan pada sebelah pagi esok dan Jumaat ini di Sarawak dan Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan.

Namun, sembilan kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Samarahan, Sarikei, Betong, Sri Aman, Mukah, Miri, Limbang dan Bintulu diramal berlaku ribut petir di satu dua tempat pada sebelah petang esok.

Bagi Sabah pula, kawasan Kudat, Pantai Barat, Sandakan dan zon pedalaman akan turut dilanda ribut petir di satu dua tempat pada sebelah petang esok.

"Manakala semua bahagian di Sarawak dan Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Labuan diramal dilanda ribut petir di satu dua tempat pada Jumaat ini," kata jabatan itu.

Orang ramai boleh merujuk kepada laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia: http://www.met.gov.my, dan klik pada kolum Pengumuman untuk mengetahui maklumat cuaca. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Bazar Ramadan Mega meriah

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

ORANG ramai berpusu-pusu membeli-belah pada saat akhir menjelang Aidilfitri di Bazar Ramadan Mega, Jalan Hang Tuah, Melaka, malam semalam. - UTUSAN/GAIE UCHEL

MELAKA 6 Ogos - Berbelanja di saat-saat akhir sudah menjadi tradisi dan menjadikannya semakin meriah menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Justeru terdapat lokasi di negeri ini menjadi tumpuan orang ramai yang bukan sahaja datang dari Melaka tetapi dari Muar, Tangkak, Tampin dan Gemas ialah di Bazar Ramadan Mega di Jalan Hang Tuah.

Selepas umat Islam menyempurnakan tanggungjawab berbuka puasa, bazar itu mula menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli-belah.

Berbelanja di saat-saat akhir disifatkan lebih menarik kerana kebanyakan peniaga di bazar itu akan menawarkan harga yang lebih rendah berbanding di pasar raya atau pusat beli-belah di negeri ini.

Bazar yang pertama kali diwujudkan di Jalan Hang Tuah itu menyediakan barangan seperti pakaian dan hiasan rumah pada harga mampu dibayar oleh kebanyakan rakyat.

Tinjauan Utusan Malaysia di bazar itu malam tadi menyaksikan ribuan orang ramai berpusu-pusu berjalan dari khemah ke khemah untuk membeli pelbagai barangan yang diperlukan.

Rata-rata pengunjung tidak pernah merasa kesal membeli-belah di saat-saat akhir walaupun terpaksa bersesak-sesak dengan ribuan orang ramai yang datang ke situ.

Sehingga pukul 4 pagi, bazar itu masih dikunjungi orang walaupun sebahagian daripada peniaga sudah mula menutup perniagaan masing-masing.

Seorang pengunjung, Norly Johan, 40, berkata, dia sudah tiga kali berkunjung ke bazar tersebut untuk membeli pakaian isteri serta anak-anaknya.

Menurutnya, dia gemar berbelanja ketika dua atau tiga hari sebelum menyambut Aidilfitri kerana harga dapat ditawarkan lebih rendah.

"Harga barang di sini lebih murah dan bila saat-saat akhir ini kalau kita pandai boleh dapat harga yang jauh lebih rendah," katanya ketika ditemui di Bazar Ramadan Mega di sini malam tadi.

Mohd. Zamir Mohd. Sharif, 35, yang juga seorang guru berkata, bazar itu menyediakan banyak barangan dengan harga yang berpatutan.

"Tahun ini saya berbelanja secara berhemah dan membeli di saat-saat akhir yang mana harganya jauh lebih murah maklumlah saya mempunyai empat anak," ujarnya.

Seorang lagi pengunjung, Nurwina Abdullah, 33, berkata, ini kali pertama dia datang ke Bazar Ramadan Mega dan cukup tertarik dengan kemeriahan berbelanja di saat-saat akhir.

"Saya sekeluarga tidak berbelanja besar membuat persiapan Aidilfitri, membeli barang pun ikut kemampuan dan keperluan," katanya.

Seorang remaja, Nur Fadhlin Fuad, 15, berkata, dia sering mengikut bapanya berkunjung ke bazar itu dan tertarik dengan suasana meriah di situ.

"Harga barangan yang ditawarkan murah dan kami sekeluarga membeli pakaian di bazar ini," ujarnya.

Dua jejambat RM300 juta bakal dibina di Melaka

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

MELAKA 6 Ogos - Kerajaan negeri bakal membina jejambat di dua lokasi dengan anggaran belanja RM300 juta dalam usaha mengatasi masalah kesesakan lalu-lintas di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan Awam dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan berkata, lokasi bagi pembinaan jejambat itu di persimpangan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan juga persimpangan Peringgit berhampiran Memorial Tun Ghafar Baba.

Menurutnya, peruntukan bagi jejambat itu kini telah pun diluluskan Kerajaan Persekutuan manakala kerja-kerja pembinaan akan dimulakan selepas proses bayaran pampasan pengambilan tanah bagi kedua-dua projek oleh Jabatan Kerja Raya Melaka yang dijangka selesai sebelum akhir tahun ini.

"Buat masa ini, kerajaan turut mengkaji semula pemberian tender berikutan harga yang ditawarkan kontraktor melalui tender terpilih terlalu tinggi dan pembinaan jejambat tersebut akan dijangka mengambil tempoh kira-kira dua tahun untuk disiapkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Kempen Anti Kemalangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri Melaka anjuran Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Melaka di Tol Ayer Keroh, semalam.

Yang hadir sama Timbalannya, Zaidi Atan dan Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye.

Abdul Ghafaar berkata, lokasi yang dipilih bagi pembinaan jejambat itu merupakan kawasan yang sering mengalami kesesakan aliran trafik, khususnya pada musim perayaan atau hujung minggu yang seringkali mengakibatkan kejadian kemalangan.

"Justeru, kita berharap dengan adanya jejambat ini nanti masalah kesesakan lalu lintas akan dapat diatasi, sekali gus mengurangkan kadar kemalangan yang berlaku," katanya.

Katanya, terdapat dua lagi jejambat yang sudah mendapat kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan, namun masih belum menerima peruntukan iaitu di Persimpangan Bukit Katil berhampiran Hospital Pantai dan di Persimpangan Bukit Beruang berhampiran air terjun.

JPJ bertegas laksana undang-undang

Posted: 06 Aug 2013 10:09 AM PDT

SEREMBAN 6 Ogos - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri akan menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 secara tegas bagi memastikan keselamatan penumpang bas, khususnya pada musim perayaan Aidilfitri ini.

Pengarahnya, Saiful Azzri Hamzah berkata, antara akta yang akan dilaksanakan termasuklah Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 bagi menangani kesalahan yang dilakukan pemandu dan syarikat bas berkenaan.

"JPJ akan sentiasa menjalankan tugas penyamaran sebagai penumpang bas untuk memastikan pemandu bas tidak melakukan kesalahan di bawah APJ 1987 dan APAD 2010," katanya di sini hari ini.

Tambah Saiful Azzri, saman akan segera dikeluarkan kepada pemandu, pemilik atau kedua-duanya jika didapati melakukan kesalahan.

Pada masa sama, beliau meminta bas ekspres tambahan mematuhi peraturan dengan memastikan telah lulus pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) dan diperiksa sama ada di depoh atau terminal bas sebelum bergerak ke destinasi.

"Permit perjalanan hendaklah diperoleh dahulu atau kenderaan akan dikenakan tindakan undang-undang," tegasnya.

Katanya, pada musim perayaan Aidilfitri ini, pihaknya menyedari akan berlaku pertambahan bilangan bas untuk membawa orang ramai pulang ke kampung.

"JPJ akan membuat pemantauan terhadap bas ekspres dan tambahan ini di depoh serta memeriksa perkara berkaitan teknikal seperti tayar, brek mahupun apa juga kerosakan teknikal yang dikesan.

"Antara kesalahan yang dikenal pasti bagi Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) termasuklah beroperasi di luar kawasan, Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, tidak hadir pemeriksaan Puspakom serta tambang lebih daripada dibenarkan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved