Sabtu, 4 Jun 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Calon ulama tersingkir

Posted:

Calon ulama tersingkir

Calon ulama tersingkir

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my


PRESIDEN Pas, Abdul Hadi Awang berkata sesuatu kepada Mohamad Sabu yang menggantikan Nasharudin Mat Isa sebagai Timbalan Presiden selepas pemilihan di Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Taman Melewar, Gombak, semalam. - BERNAMA


KUALA LUMPUR 4 Jun - Pemimpin-pemimpin bukan ulama yang cenderung menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menguasai pemilihan Pas yang diadakan semalam.

Dalam keputusan yang diumumkan hari ini oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, kumpulan menyokong Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bukan sahaja menamatkan penguasaan golongan ulama bagi kerusi Timbalan Presiden malahan menguasai ketiga-tiga kerusi Naib Presiden.

Kumpulan tersebut juga menguasai sebahagian besar kerusi Ahli Jawatankuasa Pusat yang dipertandingkan.

Bagi kerusi Timbalan Presiden, bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Mohamad Sabu menewaskan dua ulama iaitu Nasharudin Mat Isa yang menyandang jawatan tersebut sejak 2005 dan Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mohamad Sabu memperolehi 420 undi manakala Tuan Ibrahim 399 undi dan Nasharudin 224 undi.

Kemenangan Mohamad Sabu itu membolehkan beliau menebus kekalahan yang dialaminya di tangan Nasharudin dalam pemilihan pada tahun 2009.

Pada tahun tersebut Nasharudin berhadapan dengan Mohamad Sabu dan seorang lagi wakil profesional iaitu Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Husam Musa.

Selain itu, golongan ulama juga kehilangan wakil bagi kerusi Naib Presiden apabila dua calonnya iaitu, Exco Kerajaan Pas Kelantan Datuk Mohd. Amar Abdullah dan Idris Ahmad turut tewas dalam persaingan enam penjuru.

Tiga kerusi Naib Presiden dimenangi oleh Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahudin Ayub, Husam dan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Salahudin dan Mahfuz merupakan penyandang jawatan berkenaan. Tuan Ibrahim yang mendapat undi tertinggi pada pemilihan 2009 tidak mempertahankan kerusi tersebut kerana bertanding jawatan Timbalan Presiden.

Seorang lagi calon yang tewas ialah bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin yang memperolehi hanya 217 undi.

Suara golongan ulama juga turut 'terhakis' bagi jawatan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat apabila sebahagian besar mereka tewas dalam usaha menduduki 18 kerusi yang dipertandingkan.

Antara golongan ulama yang memenangi kerusi tersebut ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Mohd. Amar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamad Ali.

Sementara itu antara golongan profesional yang menang ialah Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr. Mohd. Hatta Md. Ramli; Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr.Zulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kemenangan bagi Anwar, DAP

Posted:

Kemenangan bagi Anwar, DAP

Kemenangan bagi Anwar, DAP

KUALA LUMPUR 4 Jun - Kekalahan calon ulama dalam pemilihan Pas hari ini melengkapkan penguasaan DAP terhadap parti berasaskan Melayu dan Islam dalam pakatan pembangkang.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin berkata, kemenangan besar calon-calon profesional itu juga membuktikan kejayaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan calon-calonnya atau kumpulan Anwarinas di dalam Pas.

"Maka bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila Pas selepas ini tidak ubah seperti buah catur kepada Anwar," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai kejayaan kumpulan profesional menguasai jawatan tertinggi di dalam Pas menewaskan calon pro ulama pada pemilihan sempena Muktamar Tahunan Pas Ke-57 semalam.

Pada pemilihan itu, Mohamad Sabu memenangi jawatan Timbalan Presiden manakala Naib Presiden pula disandang oleh Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar.

Zulkifli menambah, apa yang berlaku pada pemilihan Pas kali ini juga adalah percubaan kumpulan tertentu untuk dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana kata beliau, keutamaan kumpulan itu adalah untuk merebut kuasa politik atau kerusi kerana habuan sama ada sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ahli Parlimen adalah besar.

Sementara itu, bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaei Ahmad berkata, kemenangan calon profesional membuktikan bahawa era kepimpinan ulama di dalam Pas sudah berakhir dan tidak lagi dilihat relevan.

Ia kata beliau, mungkin ada kaitan dengan kemasukan kumpulan profesional dan liberal dalam Pas yang mengharapkan satu tindakan konkrit berbanding retorik yang sinonim dengan kumpulan ulama.

"Apa yang saya bimbangkan ialah kumpulan liberal ini nanti juga gagal membawa sebarang perubahan seperti yang diharapkan perwakilan.

"Ini boleh membawa bahaya yang besar kerana pertaruhannya adalah agama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Presiden Yemen mahu bertindak balas

Posted:

Presiden Yemen mahu bertindak balas

Presiden Yemen mahu bertindak balas


Beribu-ribu penunjuk perasaan anti Presiden Ali Abbullah Saleh mengadakan tunjuk perasaan di Sanaa selepas solat Jumaat kelmarin menggesa Presiden Yemen itu meletakkan jawatan. – AFP


SANAA 4 Jun – Presiden Yemen, Ali Abdullah Saleh hari ini memberi amaran akan bertindak balas, selepas beliau cedera dalam serangan yang dilancarkan pemberontak ke atas Istana Presiden, semalam.

Yemen kini berada di ambang perang saudara dengan Kesatuan Eropah (EU) semalam menggerakan mekanisme untuk memindahkan rakyatnya dari Yemen dan menggesa 'gencatan senjata segera' dikuatkuasakan, menurut Ketua Hal Ehwal Luarnya, Catherine Ashton.

Ali yang mengetuai parti pemerintah, Kongres Agung Rakyat (GPC) mengalami cedera ringan apabila pemberontak melancarkan serangan roket ke arah Istana Presiden ketika pegawai-pegawai menunaikan solat Jumaat di masjid dalam kawasan istana itu, semalam.

Ali mengalami cedera ringan di bahagian belakang kepalanya.

Rejim Ali menuduh kabilah pemberontak, Sheikh Sadiq al-Ahmar bertanggungjawab melakukan serangan itu setelah anggota kabilah itu terlibat dalam pertempuran dengan tentera kerajaan di Sanaa, ibu negara Yemen sejak usaha damai gagal Selasa lalu.

"Kabilah Ahmar telah melampaui batas,'' kata Jurucakap GPC, Tariq al-Shami.

Ali turut mengeluarkan kenyataan audio lewat semalam menyatakan beliau berada dalam keadaan selamat.

"Jika anda sihat, saya juga sihat. Semoga rakyat kita terselamat daripada krisis ini," katanya dalam kenyataan audio itu yang disiarkan di televisyen kerajaan Yemen.

Ali turut mengesahkan tujuh pengawal peribadinya terbunuh dalam serangan itu.

Pemimpin lain yang cedera termasuk Perdana Menteri Ali Mohammed Mujawar yang terbakar di bahagian muka dan Timbalan Perdana Menteri, Jeneral Rashad al-Alimi yang kini berada dalam keadaan kritikal. – AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Amerika anggap serangan siber satu ancaman

Posted:

Amerika anggap serangan siber satu ancaman

Amerika anggap serangan siber satu ancaman

SINGAPURA 4 Jun - Amerika Syarikat (AS) memandang berat serangan siber dan bersedia menggunakan tentera terhadap mereka yang terbabit kerana ia dianggap sebagai satu tindakan perang.

Setiausaha Pertahanan, Robert Gates, hari ini berkata, Amerika menganggap serangan siber sebagai satu ancaman

Beliau juga memberi jaminan kepada sekutunya di Asia bahawa AS akan melindungi laluan laut dan akan mengekalkan kehadiran pasukan tentera yang kuat di rantau itu, walaupun menghadapi kekangan bajet dan perang yang berterusan di Iraq dan Afghanistan.

"Kita memandang serangan siber sebagai ancaman serius dan kita melihatnya daripada pelbagai sumber, dan bukan kepada satu negara sahaja''

''Kita boleh mengelak tekanan antarabangsa yang serius pada masa depan jika kita boleh mewujudkan beberapa undang-undang secepat mungkin bagi melaksanakan tindakan termasuk tindakan perang," kata Gates ketika di mesyuarat keselamatan di Asia,'' katanya pada Dialog tahunan di sini. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Komersialkan tanah terbiar

Posted:

Komersialkan tanah terbiar

Komersialkan tanah terbiar

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


MOHAMAD Shahrom Osman (dua dari kiri) menyerahkan ubat penggalak susu getah kepada seorang pekebun kecil di Kampung Batu Sembilan, Kuala Lipis, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 4 Jun - Para pekebun kecil daerah ini diminta merebut peluang menerusi bantuan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan, sekali gus mengubah status kehidupan keluarga masing- masing.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman berkata, tanah terbiar khususnya milik persendirian wajar dimajukan, kerana ia boleh dijadikan tapak projek pertanian yang menjamin pulangan lumayan.

Tegasnya, pekebun perlu bersikat proaktif untuk meningkatkan taraf hidup keluarga menerusi peluang sektor tersebut sejajar dengan pertumbuhan ekonomi negara.

''Sehubungan itu, tanah terbiar di kampung perlu dimajukan dengan tanaman tertentu menerusi bantuan peralatan dan kepakaran pegawai Risda, Felcra dan badan berkanun lain," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Komponen Program Peningkatan Getah di Kampung Batu Sembilan dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, pelbagai program dan kepakaran teknologi tinggi dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu pekebun meningkatkan pendapatan menerusi sektor berkenaan.

Beliau yang Pengerusi Risda Semaian Dan Landskap Sdn. Bhd., meminta golongan itu prihatin dengan program pemulihan tanah terbiar dan bantuan tanaman getah bagi mempercepatkan sasaran kemiskinan sifar dalam kalangan penduduk luar bandar.

Katanya, sektor pengeluaran getah mempunyai potensi cerah pada masa akan datang berasaskan permintaan terhadap getah asli yang semakin meningkat di pasaran antarabangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Libatkan diri dalam pertanian skala besar

Posted:

Libatkan diri dalam pertanian skala besar

Libatkan diri dalam pertanian skala besar


ISMAIL Mohamed Said (enam dari kiri) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad (lima dari kiri) bersama penerokawati Felda Jengka 23 selepas mengadakan perjumpaan dengan warga peneroka Felda itu di Kuala Krau, kelmarin.


KUALA KRAU 4 Jun - Para peneroka perlu meningkatkan aktiviti pertanian berskala besar, kerana ia dapat melonjakkan ekonomi keluarga serta membantu menambah industri makanan negara.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Mohamed Said berkata, kerajaan sentiasa menggalakkan peneroka mempelbagaikan aktiviti ekonomi yang berteraskan pengeluaran bahan makanan.

Menurutnya, kebijaksanaan melaksanakannya akan membantu kerajaan menyediakan produk bahan makanan untuk kegunaan domestik dan antarabangsa.

''Sebagai contoh, Felda sendiri telah menggalakkan warganya mengusahakan empat jenis tanaman dan ternakan iaitu cili kulai, pisang berangan, lembu pedaging dan ikan tilapia untuk projek berskala besar bagi projek Gedung Makanan Negara (GMN)," katanya kepada Mingguan Malaysia selepas mengadakan perjumpaan dengan peneroka Felda Jengka 23 di sini, semalam.

Ismail berkata, projek tersebut melalui aktiviti laman dapur dapat menggalakkan warga peneroka menanam pelbagai jenis sayur-sayuran di halaman rumah mereka.

Menurutnya, golongan itu berpeluang membuat pinjaman modal melalui Skim Insentif Usahawan Felda (SIUF) dalam menjalankan projek berkaitan sektor pertanian dan usahawan.

Jelasnya, segala kemudahan yang diberikan oleh agensi itu secara tidak langsung menambah pendapatan peneroka selain mengurangkan import makanan.

"Pelaburan terancang bagi aktiviti tersebut dapat membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat di luar bandar khususnya warga Felda," katanya.

Katanya, warga peneroka tidak seharusnya melepaskan peluang merebut peluang kemudahan yang disediakan itu kerana ia membawa manfaat dalam tempoh jangka panjang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM200,000 sediakan pondok bas 1Malaysia

Posted:

RM200,000 sediakan pondok bas 1Malaysia

RM200,000 sediakan pondok bas 1Malaysia

KUALA LIPIS 4 Jun - Kerajaan Pusat memperuntukkan RM200,000 bagi membina hentian bas 1Malaysia di kawasan Dewan Undangan Negeri Jelai, tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (gambar) berkata, peruntukan itu melibatkan pembinaan 10 pondok menunggu bas.

Menurut beliau, projek itu akan diselenggarakan secara berperingkat melibatkan pembinaan berdekatan jalan raya ke bandar Kuala Lipis, iaitu di Sungai Koyan, Bukit Betong, Pos Betau, Sungai Ular, Keledek dan beberapa lokasi yang akan dikenal pasti.

"Projek kerajaan Barisan Nasional (BN) itu menzahirkan keprihatinan untuk memberi keselesaan kepada rakyat di luar bandar dan melebarkan aspirasi 1Malaysia dalam kalangan penduduk tempatan.

"Justeru, pondok berkenaan antara kemudahan asas yang akan membawa keceriaan ke kawasan kampung tradisional terbabit," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Bahana keghairahan Pas

Posted:

Bahana keghairahan Pas

Bahana keghairahan Pas

Oleh Zulkiflee Bakar


Golongan pro ulama perlu bersedia untuk berhadapan dengan perubahan hala tuju politik yang bakal dibawa oleh golongan profesional ke dalam Pas.


MENANG sorak kampung tergadai', 'Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran' dan bersedialah untuk melupakan kepimpinan ulama serta perjuangan negara Islam.''

Mungkin itulah yang boleh dikatakan kepada kumpulan pro ulama apabila muktamar tahunan parti itu berakhir hari ini.

Keputusan pemilihan yang diumumkan semalam menyaksikan golongan pro ulama bakal menjadi pengikut sahaja kepada golongan profesional yang menguasai sebahagian besar jawatan yang dipertandingkan.

Ulama turut kehilangan kerusi Timbalan Presiden yang dikuasai sejak tahun 1981 dan tidak mempunyai seorang pun wakil bagi kerusi Naib Presiden manakala bagi kerusi Ahli Jawatankuasa Pas pusat hanya ada lapan sahaja wakil mereka di dalamnya berbanding 18 kerusi yang dipertandingkan. Walaupun ketika Muktamar Pemuda di Shah Alam pada Khamis lalu memastikan golongan ulama terus menguasai Dewan tersebut tetapi arus tersebut tidak sampai ke muktamar induk di Gombak.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan seorang ulama kini harus bersedia menghadapi cabaran daripada golongan profesional yang sudah tentulah mempunyai suara majoriti bagi menentukan hala tuju politik parti itu. Biar pun ada yang mengatakan Pas mempunyai Majlis Syura yang boleh memberikan kata putus tetapi kewujudan majlis tersebut buat masa ini ibarat 'hidup segan mati tak mahu' sahaja.

Jika Majlis Syura benar-benar berfungsi sudah pastilah tidak wujud perebutan jawatan dalam parti tersebut. Bagaimana pula dengan keputusan majlis berkenaan yang merestui perbincangan kerajaan perpaduan diadakan tetapi akhirnya ditentang oleh sesetengah pemimpin Pas sendiri? Sebenarnya, arus perubahan yang berlaku di dalam Pas juga didorong oleh ucapan dasar Abdul Hadi yang begitu bersemangat menghentam UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta begitu teruja menguasai Putrajaya bersama-sama pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Akibat keghairahan tersebut Abdul Hadi terlepas pandang bahawa ucapannya boleh menimbulkan semangat kepada kelompok pro profesional untuk menguasai parti itu. Tindakan Abdul Hadi yang bercakap soal membangunkan negara berkebajikan dilihat meletakkan pemimpin daripada golongan ulama tidak diperlukan lagi kerana Pas tidak lagi memperjuangkan negara Islam.

Malahan keterujaan Abdul Hadi mahu Pas menjadi sebuah parti yang cukup kuat bagi menghadapi pilihan raya umum turut mempengaruhi perwakilan untuk memastikan golongan profesional memikul tanggungjawab itu.

Lemah

Sebelum ini ulama-ulama di dalam Pas telah digambarkan sebagai kelompok yang lemah dan tidak bermaya untuk berhadapan dengan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Oleh itu bagi memastikan impian Abdul Hadi tercapai maka beliau diberikan satu barisan kepimpinan yang kononnya paling sesuai untuk melaksanakan perjuangan tersebut. Ia bermakna selepas ini golongan ulama tidak akan mempunyai apa-apa kuasa atau peranan lagi selain hanya menurut sahaja apa juga strategi yang disusun oleh golongan profesional.

Jika dalam ucapannya Abdul Hadi menganggap ulama yang menyebelahi UMNO tidak mampu menterjemah kefahaman Islam mengenai politik semasa, bagaimana pula dengan ulama Pas? Apakah mereka benar-benar memahami politik sehingga tidak mampu berkompromi sesama mereka bagi memastikan undi tidak pecah dan orang lain mengaut keuntungan? Sebenarnya Pas yang gagal mendidik ulamanya untuk memahami politik semasa sehinggakan kesempatan itu diambil oleh golongan profesional mengatur strategi bagi memperluaskan penguasaan mereka.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga perlu bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku bagi jawatan Timbalan Presiden kerana gagal memainkan peranan menasihatkan anak saudaranya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menarik diri bagi mengelak undi ulama berpecah. Semua orang tahu bagaimana hubungannya dengan penyandang jawatan tersebut, Nasharudin Mat Isa.

Nik Abdul Aziz tidak menyukai Nasharudin yang dikaitkan dengan usaha menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO biarpun ia demi perpaduan Melayu dan umat Islam. Sebab itulah pada 20 Mei lalu, Nik Abdul Aziz mengakui bahawa beliau sudah mempunyai calon pilihan bagi jawatan Timbalan Presiden. Walaupun enggan menyebut nama calon itu tetapi semua orang pasti bahawa calon tersebut bukannya Nasharudin.

Beliau juga sudah tentu tidak merujuk kepada Mohamad Sabu yang dipertahannya habis-habisan apabila bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah tersebut didakwa atas tuduhan berkhalwat di sebuah hotel di Kota Bharu suatu ketika dulu. Ia kerana Nik Abdul Aziz berpesan kepada perwakilan supaya ''mengambil kira orang yang dipilih layak memimpin umat Islam dengan tingkah laku dan kata-kata.''

Sebagai seorang yang pernah berkata bahawa seseorang pemimpin itu hanya boleh ditukar atau digantikan jika melanggar hukum syarak dan melakukan dosa besar, Nik Abdul Aziz boleh memainkan peranan menasihatkan Tuan Ibrahim menarik diri. Tetapi Nik Abdul Aziz tidak mahu berbuat demikian kerana yakin perwakilan akan memahami isyarat yang beliau berikan, kesudahannya golongan ulama berputih mata berikutan kekalahan Nasharudin dan Tuan Ibrahim.

Sandiwara

Seperkara lagi walaupun ada pemimpin Pas menafikan dakwaan bahawa calon-calon yang menang rapat dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun kenyataan itu boleh dianggap sandiwara sahaja. Ini kerana ada antara mereka yang dipilih mempunyai cara dan corak berpolitik seperti Anwar dan boleh dikategorikan sebagai 'political animal'. Malah mereka juga sanggup membela Anwar bermati-matian dan turun naik ke mahkamah demi menyokong Anwar. Dan berdasarkan kepada barisan yang terpilih jelaslah harapan untuk melihat Pas tidak lagi akan menjadi kuda tunggangan kepada PKR dan DAP sudah berkubur. Apatah lagi, Abdul Hadi sendiri dalam ucapan dasarnya begitu mempertahankan kerjasama dengan kedua-dua parti berkenaan dan menganggap seolah-olah Malaysia akan menjadi negara terbaik di muka bumi Allah ini kalau pembangkang memerintah.

Jika dikaji seorang demi seorang pemimpin-pemimpin yang terpilih mereka tidak boleh menafikan sebahagian besar mereka bukan sahaja rapat dengan Anwar malah sentiasa sahaja bersama-sama menyokong agenda politik PKR dan DAP. Lebih daripada itu, ada antaranya tidak membawa akhlak sebagai pemimpin dari sebuah parti Islam tetapi tetap dipilih oleh perwakilan atau sebelum ini dicalonkan di peringkat akar umbi.

Semua itu berlaku kerana Pas semakin terhakis jati dirinya dan ini diakui sendiri oleh beberapa penyokong Pas yang menghubungi penulis sebaik sahaja keputusan pemilihan diketahui. ''Inilah akibat jika pemimpin dan ahli Pas berkawan rapat dengan Anwar, PKR dan DAP. Sebahagian mereka sudah 'mewarisi' corak politik pemimpin dan kelompok tersebut serta meninggalkan jati diri Pas,'' kata seorang pemimpin muda kepada penulis.

Justeru kita tidak perlu mengharapkan bahawa Pas selepas ini akan bertindak sebagai sebuah parti yang berpolitik secara berhemah seperti mana diamalkan oleh golongan ulama sebelum ini. Sebaliknya akan berhadapan dengan sekumpulan pemimpin yang akan 'memusuhi' BN dan UMNO habis-habisan serta mengalakkan rakyat turun ke jalanan kononnya bagi memperjuangkan demokrasi.

Apa yang mengecewakan pemimpin dan ahli Pas sengaja menolak peringatan Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr.Harun Taib supaya kepimpinan Pas tidak menghilangkan identiti serta jati diri Islam yang dijunjung sekian lama hanya kerana terlalu ingin merai kehendak pihak tertentu terutamanya rakan komponen dalam pakatan pembangkang. Tetapi peringatan itu bagai menjirus air ke daun keladi, impian ke Putrajaya yang diuar-uarkan oleh Anwar sudah mempengaruhi nafsu politik sebahagian ahli-ahli Pas sehingga mereka melihat kalau Pas tidak mengukuhkan kerjasama dengan PKR dan DAP maka impian mereka tidak akan tercapai.

Kesudahannya mereka memilih pemimpin-pemimpin yang dilihat benar-benar komited untuk mempertahankan kerjasama dengan kedua-dua parti berkenaan, biar pun selama ini Pas dilihat hanya menjadi 'pak turut' dan 'kuda tunggangan' sahaja. Malahan Abdul Hadi sendiri sudah diramalkan selepas ini tidak akan mempunyai 'kekuatan lagi' bagi menghalang ombak penguasaan politik oleh puak-puak yang 'berkiblatkan' Anwar di dalam Pas. Segalanya kerana kesilapan Presiden Pas itu sendiri yang sudah seolah-olah sudah memberi restu kepada 'kehadiran ombak' itu melalui ucapan dasarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siapa paling puas?

Posted:

Siapa paling puas?

Siapa paling puas?

Bisik-Bisik Mingguan

PELBAGAI analisis berlegar berikutan keputusan pemilihan Pas sempena Muktamar Agung parti itu. Kekalahan golongan ulama paling hangat diperkatakan.

Yang terserlah kejayaannya ialah kumpulan pro ketua pembangkang, Anwar Ibrahim atau Anwarinas yang diketahui menjadi pendokong aspirasi DAP.

Awang tidak terkejut dengan apa yang berlaku itu. Desas-desus mengenai gerakan menjayakan pengaruh Anwar sudah kedengaran sejak tahun lalu. Dengan kata lain, perancangan mengenainya telah lama dibuat melibatkan PKR dan DAP untuk mempengaruhi keputusan pemilihan Pas. Maka orang yang paling puas dan gembira ialah Anwar dan pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang. Kedua-duanya boleh senyum lebar dalam tidur kerana percaturan mereka menjadi kenyataan.

Sudah banyak kali Awang menulis bahawa orang yang paling berkuasa dalam Pas sebenarnya adalah Anwar. Kedua, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat dan ketiga barulah presidennya, Hadi Awang. Apatah lagi, Hadi telah lama hilang cengkaman. Beliau menjadi Presiden Pas paling lemah sehingga elemen luar mudah meresapi dan mencorakkan parti. Belum pernah berlaku dalam sejarah, Pas begitu tercemar teruk dengan pengaruh asing.

Hadi seperti juga Nik Aziz tunduk kepada strategi Kit Siang dan Anwar. Kedaulatan Islam bukan menjadi tonggak perjuangan sebaliknya ego dan nafsu politik menguasai diri. Isu moral Anwar selaku ketua pembangkang langsung tidak disentuh oleh Hadi dalam ucapan dasar yang membawa mesej Pas berkompromi kepada salah laku seks yang berulang. Awang percaya takkan ada parti Islam lain di dunia yang berpendirian seperti Pas dalam isu moral yang serius seperti itu.

Hadi juga melepaskan kesempatan terbaik untuk mengupas isu-isu kritikal berkaitan kepentingan Islam, sebaliknya mengalih perhatian dengan menghentam UMNO. Beliau telah memberikan isyarat yang salah kepada seluruh umat Islam yang mengharapkan pemikiran strategik Pas demi kekuatan politik Islam. Ternyata Hadi dan Nik Aziz terus membenarkan Pas diperalatkan oleh DAP yang tidak mahu Islam dominan menerusi agenda memperjuangkan kesamarataan. Ia adalah penghinaan dan sabotaj kepada agama Islam itu sendiri.

Namun Awang lega kerana ada beberapa tokoh Pas terutama Ketua Dewan Ulama, Harun Taib masih berani mempertahankan jati diri Pas serta tidak mahu parti itu mengikut telunjuk komponen dalam pakatan pembangkang. Biarpun golongan ulama kelihatan kecundang, Awang percaya mereka akan bangkit kemudian hari. Masih ramai ahli dan penyokong Pas di akar umbi yang mendokong ulama sebagai teras perjuangan. Majoriti umat Islam di negara ini juga sedia membuat perhitungan terhadap Pas pada pilihan raya umum akan datang sebagaimana beberapa pilihan raya kecil sebelum ini. Tidak sukar. Apatah lagi terhadap parti yang makin gagal membawa denyut nadi umat Islam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Serena hamil anak kedua

Posted:

Serena hamil anak kedua

Serena hamil anak kedua


Serena


SYUKUR, alhamdulillah kerana saya telah hamil anak kedua dan ingin berkongsi berita gembira ini. Doakan saya mendapat anak perempuan pula kali ini. Setakat ini saya tidak mendapat alahan seperti mengandungkan Tristan Tareef dulu."

Haa..itulah yang Serina kongsi dalam laman sosial Facebook sampai Joyah pun turut rasa gembira bila dapat tahu mengenai hal ini. Dengarnya, usia kandungan Serina sudah mencecah tiga bulan. Wah! Tak sabar Joyah nak tunggu perkembangan kandungan kedua Serina ni.

Mesti comel bukan? Lihat sahajalah Tristan. Walau masih kecil, tapi Joyah dah boleh nampak yang dia akan membesar sebagai seorang lelaki yang kacak satu hari nanti.

Iyalah, kacukan Melayu-Inggeris, manalah tak comel bukan? Joyah pun bersyukur sebab Serina nampak semakin berseri dengan kehamilan keduanya ini.

Jelas terpancar kebahagiaan yang dikecapinya sepanjang melayari alam rumahtangga dengan suaminya yang tercinta, Gavin Edward O'luanaigh.

Joyah rasa, selain Serina dan suami, orang yang paling gembira tentulah Chef Wan. Iyalah, tak lama lagi dapat cucu kedua. Harap-harap doa Serina untuk memperolehi anak perempuan dimakbulkan Alah S.W.T.

Joyah pun doakan agar kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan itu berada pada tahap yang terbaik. Amin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Usah mengejar artis kurang cerdik....

Posted:

Usah mengejar artis kurang cerdik....

Usah mengejar artis kurang cerdik....

Katarsis Kualong

ISU klip video yang dihasilkan oleh Gambit Saifullah nampaknya menjadi bualan penting dalam industri hiburan minggu ini. Saya sendiri pun hairan bila video berkenaan dihasil kononnya dengan tujuan untuk pasaran Amerika Syarikat (seperti yang dikatakan oleh Gambit sendiri).

Hmmm, layak untuk ke Amerika ke dik? Tak apalah, sekurang-kurangnya Gambit ada cita-cita besar, walaupun terpaksa mengecewakan banyak hati masyarakat dalam negara yang lebih pentingkan maruah dan jati diri daripada populariti ini.

Barangkali sebab pengarah dan pelakon dalam klip video itu adalah orang baru, maka mereka mahu 'memanaskan' nama yang tak berapa hendak panas tu. Itu tanggapan saya.

Tapi tolonglah, Malaysia ni negara yang penuh dengan keunikan. Banyak benda lain yang boleh dibuat. Setakat menari ghairah depan 'peti sejuk', bukan setakat Amerika, negara Ghana pun tak nak pandanglah. (Baca isu ini lanjut dimuka surat 10 dan 11).

Kalau seni jadi ukuran, sikit pun saya tak nampak seni yang dibanggakan itu.

Selain itu, satu isu lagi yang saya kurang puas hati adalah mengenai sikap 'main-main' beberapa artis kita dalam laman sosial.

Sebelum ini Liyana Jasmay dan Fizz Fairuz yang membuat teman-teman media tak senang duduk apabila menghantar paparan mesej begitu personal di Facebook mereka.

Pengakuan mereka 'bersayang', 'berdarling' dan beberapa perkataan yang menggambarkan seolah mereka sedang asyik masyuk bercinta membuatkan banyak wartawan mencari.

Kalau bukan sebab kerja, saya pasti teman-teman wartawan bukan kuasa sangat pun hendak layan benda-benda tak mendatangkan faedah macam ini.

Tetapi akhirnya mereka memberitahu bahawa status itu hanya dengan tujuan suka-suka. Bukan bercinta pun, tetapi dibuat dengan tujuan untuk bergurau?

Alahai, cetek sungguh pemilihan cara bergurau artis zaman sekarang ya? Kalau tanya Amy Search, Awie, Jamal Abdillah, Datuk Sharifah Aini pun, mereka tentu menangis mengenangkan gelagat 'adik-adik' yang baru nak naik dalam industri yang sudah sekian lama mereka duduki ini.

Lagi satu, pasal Awal Ashaari yang cuba untuk bergurau dengan menukar status dirinya, juga di Facebook. Sebelum ini berstatus bujang, tetapi dua tiga hari lepas dia menulis sudah bertunang pula, tiba-tiba. Dan sekali lagi orang media kejar Awal pula nak tanya kesahihannya, dan jawapannya 'saja, untuk suka-suka'.

Amboi, hidup-hidup Awal 'tipu' peminat dan media di laman FB sendiri. Boleh suka-suka pula ya, memang tidak bertanggungjawab.

Pada saya, laman FB sepatutnya digunakan oleh artis untuk hal dan tujuan yang baik-baik sajalah.

Tengok artis luar negara lain, macam mana dia guna FB untuk berkongsi benda baik-baik dengan peminat. Cerita tentang kerjaya, tentang keluarga dan hal-hal yang boleh beri manfaat saja. Mereka jauh sekali bergurau benda yang bukan-bukan dengan hasrat mahu naikkan saham.

Sebab itu mereka boleh maju sampai ke tua. Bukan popular sehari dua, sebabnya mereka menghargai orang lain disekeliling dan tak bersikap 'bodoh sombong'.

Sebenarnya banyak juga artis lain yang mengangkat status pelik-pelik di laman sosial. Bergaduh pun ada juga dalam ruang yang boleh dibaca seluruh dunia tu. Mereka tak ada perasaan malu lagi dah.

Barangkali tujuan artis-artis mengangkat status pelik-pelik ini adalah untuk menguji sejauh mana media dan peminat akan tertipu dengan permainan mereka.

Kalau itu tujuannya, mereka memang sudah berjaya. Sekarang mungkin mereka boleh ketawa dengan sepuas-puas hatinya, silakan.

Tetapi selepas ketawa besar itu, tolonglah fikirkan semula apakah mereka puas hati kerana dapat 'mempermain-mainkan' orang lain? Apa yang mereka dapat dengan cara 'gurauan' yang tak berfaedah seperti ini? Apakah begini cara artis kita berfikir?

Media dan peminat pun bukannya bodoh sangat. Tetapi sebab yang melakukannya artis, baik ke buruk ke, kenalah beri perhatian juga walaupun dari awal sudah tahu akan kena 'propa'.

Pada kesempatan ini juga, saya hendak juga berpesan pada rakan-rakan media yang lain. Tak payahlah nak sibuk kejar golongan artis yang guna taktik kurang cerdik macam ini lagi.

Jangan dilayan orang yang tak berapa cerdik sebab akhirnya kita pun jadi kurang cerdik. Biasanya orang macam ini saja nak dapat publisiti percuma.

Ada kawan saya kata, kalau artis yang sudah cukup populariti, cukup glamor, dia takkan buat benda sia-sia macam ini. Bila artis yang suam-suam kuku buat kerja takda faedah macam ni, kita tahulah sebab musababnya. Kalau bukan nak panaskan nama sendiri, untuk apa?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Telefon halimunan di tapak tangan

Posted:

Telefon halimunan di tapak tangan

Telefon halimunan di tapak tangan

Oleh MOHD. RIDZWAN IMAN
ridzwan.iman@utusangroup.com.my


UNTUK menggunakan telefon halimunan ini, pengguna hanya perlu menekan di tapak tangan mereka yang mewakili butang aplikasi yang terdapat dalam telefon pintar iPhone.


KANAK-KANAK mungkin golongan yang sering menggunakan 'telefon bayangan' (imaginary phone) atau 'telefon halimunan' kerana mereka boleh berbual dengan 'rakan-rakan yang jauh' dengan hanya bercakap kepada tangan atau jari.

Bagaimanapun, jika orang dewasa didapati bercakap dengan tangan atau asyik menekan-nekan tapak tangannya dengan jari, mungkin dia akan dianggap sebagai orang gila.

Pada masa depan, ia tidak akan berlaku. Sesiapa yang menggangap anda orang gila kerana terlalu asyik bermain-main dengan tapak tangan dianggap ketinggalan zaman kerana mereka sebenar tidak tahu anda sedang mengendalikan telefon bimbit.

Ketika itu, anda boleh menekan butang atau ikon di skrin telefon iPhone anda dengan hanya melakukannya di atas tapak tangan. Anda boleh mendail atau menekan butang-butang di skrin telefon anda walaupun tiada telefon di tangan.

Seorang penyelidik, Sean Gustafson dari Hasso Plattner Institute di Potsdam University, Jerman misalnya boleh mengawal iPhone yang berada di dalam seluarnya dengan hanya menekan tapak tangan yang kosong.

Teknologi seumpama ini mungkin berguna apabila telefon berdering tetapi anda sukar menjawabnya kerana tangan basah, tangan dipenuhi tepung, sedang berdiri di dalam keretapi, telefon terjatuh atau juga mungkin anda sedang bersolat.

Maka dengan hanya menekan tapak tangan, anda boleh mematikan panggilan itu, menjawabnya dengan menghidupkan speaker kuat, menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sambil menyatakan anda sedang sibuk dan sebagainya.

Idea Gustafon dan rakan-rakan penyelidiknya yang diterajui oleh profesor sains komputer, Patrick Baudisch bertujuan menggabungkan fungsi telefon dan alat kawalan jauh televisyen.

Untuk membolehkan teknologi ini berfungsi, ia memerlukan dua elemen penting iaitu pengguna mengetahui di manakah butang dan fungsi di telefon asal dan juga teknologi sensor yang boleh mengesan dan memberi arahan kepada telefon tanpa mengira di mana ia berada.

iPhone kepada iTangan

Bagi menjalankan ujian teknologi ini, kumpulan penyelidik tersebut telah memilih 12 sukarelawan pengguna iPhone yang benar-benar mengetahui di manakah letaknya kedudukan butang atau ikon aplikasi di telefon bimbit mereka walaupun tanpa melihat.

"Kami mendapati 68 peratus daripada pengguna iPhone mengetahui butang-butang aplikasi penting jika ia berada di tapak tangan mereka.

"Ini bermakna mereka merupakan golongan yang sedia menggunakan 'telefon bayangan," kata Baudisch kepada New Scientist.

Bagi membolehkan telefon itu mengetahui apa yang ditekan oleh pengguna di tapak tangannya, penyelidik itu menggunakan 'kamera mendalam' seperti yang digunakan dalam sistem sensor pergerakan Kinect untuk permainan Xbox 360 oleh Microsoft.

Kamera sensor itu akan mengesan pergerakan jari pengguna dan melihat di mana ia diletakkan dan seterusnya arahan itu dipindahkan kepada telefon bimbit secara wayarles.

Dalam ujian, kamera itu diletakkan di kepala pengguna tetapi menurut penyelidik itu teknologi kamera yang semakin kecil akan membolehkan ia dipasang pada butang baju, kerongsang atau loket di masa depan.

"Mungkin di suatu hari nanti, pengguna boleh meninggalkan telefon mereka di rumah sahaja dan kemudiannya mengarahkan telefon itu menghantar SMS dari jarak jauh menggunakan sentuhan di jari," kata Baudisch.

Bagaimanapun, menjawab telefon memerlukan telefon itu berada berdekatan pengguna kerana ia perlu didengar oleh mikrofon telefon dan bunyi dikeluarkan melalui speaker.

Pasukan penyelidik dari Potsdam University itu bukan sahaja sedang mengusahakan telefon halimunan tetapi mereka juga sedang berusaha menggantikan alat kawalan televisyen yang selalu tersembunyi di celah sofa itu dengan menggunakan arahan tangan sahaja.

Projek telefon bayangan ini juga merupakan sebahagian daripada projek bermatlamat lebih besar iaitu mewujudkan Antaramuka Bayangan bagi pelbagai produk elektronik.

Perkembangan dalam bidang bidang teknologi sentuhan untuk telefon bimbit ini sememangnya agak menarik kerana jika dahulu anda memerlukan pen stylus untuk mengawal butang-butang di skrin sesentuh, kemudian anda menggunakan jari di skrin dan di masa depan, dengan sentuhan di tapak tangan juga membolehkan anda menggunakan telefon.

Idea untuk berinteraksi dengan komputer sememangnya bukan baru seperti dilakukan Microsoft melalui sensor Kinectnya. Sony juga pernah membangunkan EyeToy untuk perisian dan kamera video yang mengesan pergerakan untuk PlayStationnya.

Projek penyelidikan berasaskan gerak isyarat dikenli sebagi SixthSence yang dijalankan oleh Pattie Maes, profesor di Massachusset Institute of Technology bersama pelajarnya menggunakan kamera boleh pakai yang merakamkan pergerakan pengguna dan kemudiannya dipancarkan melalui projektor kecil di mana-mana permukaan.

Baudisch dan Gustafson menyatakan sistem mereka lebih mudah daripada SixthSense kerana ia memerlukan komponen yang sedikit dan murah.

Selain 'melukis' di tapak tangan menggunakan jari, pengguna juga boleh membuat pergerakan jari di udara yang kemudiannya diterjemahkan melalui telefon bimbit atau komputer.

Sememangnya perkembangan teknologi bayangan atau halimunan ini sesuatu yang sangat menarik untuk dibuat kajian kerana di masa depan, tentu pemandangan manusia menggunakan komputer atau telefon bimbit dengan hanya menggerakkan tangan dan jari di udara akan menjadi satu kenyataan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


"Andai waktu berulang"

Posted:

"Andai waktu berulang"

"Andai waktu berulang"

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto WAHIDA ZAINAL ARIPIN

MELIHAT wajahnya, pasti siapa tidak menyangka wanita ini pernah melalui episod hitam dalam hidupnya. Hanya senyum manis tergambar dan di sebalik raut yang kadangkala agak serius itu juga terpancar kekuatan yang hanya diketahui sepenuhnya saat wanita itu membuka bicara.

"Saya disahkan menghidap kanser payudara enam tahun lalu, iaitu selepas pemergian kakak tersayang. Ketika itu saya disyorkan menjalani ujian penentuan kerana seperti yang kita tahu, sejarah keluarga antara risiko seseorang itu diserang kanser," tenang tutur Datin Rahmah Mahmood.

Adik kepada Allahyarhamah Datin Seri Endon, isteri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad badawi berkata, beliau sukar menggambarkan perasaannya ketika itu. Pengalaman menyaksikan sendiri bagaimana kakaknya bertarung melawan penyakit cukup memeritkan.

"Saya berada di Amerika Syarikat bersama kakak sepanjang dia menjalani rawatan di sana. Saya lihat sendiri bagaimana dia menderita akibat kemoterapi, tubuhnya lemah, dia keletihan dan mulutnya ditumbuhi ulser," katanya.

Mengingatkan perkara itu membuatkan beliau rasa takut. Apatah lagi doktor yang merawat menyarankan agar Rahman menjalani pembedahan membuang ketumbuhan dan seterusnya melalui proses kemoterapi serta radioterapi. Namun kata doktor, itu bukan jaminan sel ganas itu akan hilang.

Memikirkan insan-insan tersayang di sekeliling, membuatkan beliau tidak mahu berputus asa. Melalui Internet dan buku rujukan, beliau mengumpul maklumat sebanyak mungkin. Sehingga seorang rakan mengesyorkan beliau berjumpa Dr. Vagif Soultanov, seorang doktor perubatan yang menjalankan klinik terapi semula jadi di Melbourne, segala-galanya terus berubah.

Bagi Rahmah, lelaki itu ibarat penyelamat dalam hidupnya. Namun itu bukan bererti penyakit itu boleh dirawat dengan mudah. Sebagai seorang doktor, beliau tetap menasihatkan Rahmah menjalani pembedahan bagi membuang ketumbuhan terlebih dahulu sebelum mencuba rawatan alternatif herba.

"Sebenarnya bukan mudah untuk merawat kanser. Saya perlu mengubah gaya hidup secara keseluruhan. Tapi secara perlahan-lahan selepas mengikuti saranan Dr. Soultanov yang menggunakan bahan semula jadi, saya rasa diri semakin baik," kata beliau.

Lari dari menjalani rawatan kemoterapi yang diwajibkan kepada semua pesakit sepertinya, suatu hari Rahmah menerima panggilan dari doktor yang merawatnya.

Doktor itu meminta beliau menjalani pemeriksaan semula dan akhirnya dia disahkan bebas kanser.

"Bagi saya, apa yang saya lalui adalah sesuatu yang sukar dipercayai. Betapa saya sangat berharap dapat memperkenalkan rawatan dan Dr. Soultanov kepada kakak supaya dia tidak menderita namun itu semua sudah tertulis," kata beliau dalam nada sedikit kesal.

Dr. Soultanov wira Chernobyl

Masih ingat dengan kisah kebocoran radiasi di loji nuklear Chernobyl pada tahun 1985? Kejadian itu menggemparkan seluruh dunia kerana tidak ramai yang tahu cara menanganinya.

Dr. Soultanov antara pakar perubatan yang dihantar ke sana bagi merawat mangsa di situ. Beliau juga merupakan saintis generasi keempat menyelidik tentang keberkesanan Bioeffective A yang diekstrak daripada konifer pokok pain. Justeru beliau percaya bahan itu mampu mengekang masalah kesihatan serius di kalangan mangsa di sana.

"Suhu di situ meningkat serta merta, malah pencemaran bahan nuklear menjejaskan hingga keluasan tiga juta ekar ladang. Apa yang saya gunakan adalah memberi bahan ini kepada mereka yang berada di sana dan mengambil untuk diri sendiri bagi mengawal kesan radiasi," kata beliau.

Setiap hari beliau akan mengambil tiga sudu untuk menghalang kesan radiasi dan menurutnya, seminggu berada di tempat kejadian, dia mengalami sakit kepala yang kronik dan keguguran rambut. Namun dia percaya itu hanya tindak balas daripada pengambilan bahan Bioeffective A. Dan akhirnya dia berjaya melalui keadaan tersebut dengan bantuan bahan semula jadi.

Melalui kejadian itu juga, Dr. Soultanov percaya dengan keberkesanan Bioeffective A yang diekstrak daripada konifer pokok pain. Keajaiban tumbuhan itu bertahan dalam pelbagai cuaca membuktikan ia mampu menjadi penawar untuk kesihatan menyeluruh. Antara kebaikannya adalah:

* Antioksidan hebat - membantu melindungi daripada kerosakan sel dan merendahkan paras kolestrol

* Antibakteria dan antivirus - membantu melindungi dan membantu proses penyembuhan jangkitan

* Penyembuh gastrointestinal - menghalang masalah ulser perut

* Ejen penyahtoksid - membantu mengeluarkan toksin dari darah dan hati.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Awas jangkitan kelamin

Posted:

Awas jangkitan kelamin

Awas jangkitan kelamin

Soalan 1
Saya lelaki berumur 30 tahun. Walaupun mempunyai teman wanita, saya ada nafsu dan keinginan terhadap kaum sejenis.

Kini, saya turut menjalin hubungan dengan lelaki. Kami selalu mengadakan seks setiap hujung minggu.

Adakah masalah ini mempunyai kaitan dengan kesihatan psikologi dan memberi kesan terhadap kesihatan? Saya juga ingin kembali ke pangkal jalan dan mohon doktor memberi sedikit bantuan.

n JEJAKA DELIMA, Pulau Pinang.

Saudara Jejaka Delima

Terima kasih atas soalan anda.. Saya mengambil masa yang agak lama untuk menjawab soalan saudara kerana merasakan perkara sebegini boleh menimbulkan banyak kontroversi jika tidak ditangani dengan baik. Apa yang saya perkatakan nanti adalah pendapat peribadi saya. Terus terang saya katakan, pengalaman saya yang sedikit ini masih tidak berjaya dalam mengubah seseorang yang homoseksual (minat kepada kaum lelaki sahaja) sepenuhnya kepada heteroseksual (minat kepada kaum wanita sahaja). Ada juga istilah biseksual yang bermaksud berminat atau mampu melakukan hubungan seks kepada kedua-dua kaum lelaki dan wanita.

Berdasarkan soalan, saudara boleh jadi seorang homoseksual atau mungkin biseksual (sebab saudara mengatakan saudara mempunyai teman wanita). Perlukah saudara berubah untuk menjadi seorang heteroseksual? Jawapannya adalah 'Ya' kerana semua agama melarang hubungan seks sesama jenis.

Adakah mudah untuk bertukar menjadi heteroseksual? Jawapannya 'Tidak' kerana perasaan ini mungkin telah terbentuk sejak kecil lagi atau mungkin setelah menghadapi perubahan persekitaran yang menyebabkan saudara terdorong berminat kepada sesama jenis. Ada juga kajian yang mengaitkan genetik atau faktor keturunan dengan homoseksual.

Risiko

Pengalaman saya semasa latihan program kesihatan lelaki di Melbourne, Australia beberapa tahun yang lepas yang turut melibatkan beberapa sesi di klinik golongan homoseksual ini (yang mana pesakit, doktor dan petugas adalah dari golongan yang sama) mendapati mereka mempunyai risiko yang tinggi terhadap penyakit jangkitan kelamin termasuklah HIV/AIDS. Penyakit kelamin yang paling kerap dijumpai adalah disebabkan bakteria chlamydia trachomatis dan juga ketuat (viral wart).

Mereka juga mempunyai risiko tinggi berkaitan dengan penyakit mental terutamanya kemurungan yang kebanyakannya disebabkan kegagalan dalam perhubungan.

Ia diparahkan lagi dengan masalah penerimaan keluarga dan masyarakat. Walaupun begitu ramai juga di kalangan mereka yang hidup bahagia berpuluh tahun lamanya bersama pasangan masing-masing sebagaimana pasangan heteroseksual yang lain.

Saya tidak menggelarkan mereka sebagai 'pesakit' tetapi perasaan tersebut masih perlu dirawat. Bagaimanakah rawatan yang perlu dilakukan? Saya pasti pakar psikiatri adalah lebih arif dengan kaedah perawatan ini termasuklah menggunakan kaedah yang dipanggil CBT (cognitive behaviour therapy). Saudara boleh membuat temujanji dan berjumpa pakar psikiatri yang boleh membantu saudara.

Apa yang saya sering nasihatkan kepada golongan tersebut ialah kembalilah kepada agama masing-masing. Banyakkan sembahyang dan berdoa. Anggaplah ini adalah cabaran hidup yang cukup hebat yang diberikan oleh Tuhan untuk kita berjaya dikemudian hari. Bagi mereka yang merasakan boleh berkahwin, teruskan niat tersebut di samping banyak berdoa.

Memang ada risiko kemungkinan akan menganiaya isteri, tetapi saudara perlu berdoa semoga diberi kekuatan untuk menjadi seorang suami yang sempurna. Ada yang datang berjumpa saya selepas berkahwin dan mengatakan bahawa setiap kali melakukan hubungan seks dengan isteri, bayangan kaum lelaki adalah dalam fikiran mereka. Mereka merasakan bukan sahaja menipu diri sendiri tetapi juga menipu isteri.

Nasihat saya, teruskan perkahwinan tersebut di samping banyakkan sembahyang dan berdoa dengan Tuhan. Jika dikurniakan zuriat, ini akan lebih merapatkan hubungan suami isteri. Jauhkan dari mendekati atau mengenali lelaki yang boleh mendorong saudara terjebak semula ke dalam aktiviti aktiviti homoseksual. Bagi saudara, mungkin elok jika dibuat pemeriksaan kesihatan untuk mengetahui status saudara termasuklah jangkitan penyakit kelamin, HIV, penyakit hepatitis dan sebagainya. Lakukan banyak aktiviti-aktiviti lain termasuklah bersukan yang boleh menghalang saudara mengingati dan terlibat dalam aktiviti homoseksual.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


150 pengunjung zoo masuk percuma

Posted:

150 pengunjung zoo masuk percuma

150 pengunjung zoo masuk percuma


Antara aktiviti yang diadakan sempena cuti Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Zoo Negara, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR 4 Jun – Sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong, kira-kira 150 pengunjung terawal Zoo Negara yang tarikh lahirnya jatuh sama ada pada 4, 5 atau 6 Jun, diberi peluang memasuki zoo tersebut secara percuma hari ini.

Pengarah Zoo Negara, Dr. Mohamad Ngah berkata, pengunjung atau kakitangan zoo yang tarikh lahirnya jatuh pada hari ini juga diberikan sijil penghargaan dan beg cenderamata.

''Selain itu, pelbagai program diatur hari ini sempena cuti umum termasuk peraduan mewarna untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun manakala pengunjung dewasa pula berpeluang menyertai kuiz haiwan.

"Setiap Sabtu dan Ahad memang ada program istimewa di Zoo Negara antaranya kami tempatkan kakitangan untuk berinteraksi dengan pelawat menceritakan tentang haiwan seperti gajah, harimau dan badak air," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program khas sempena cuti umum Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Zoo Negara di sini hari ini.

Menurut Mohamad, pihaknya juga mengalu-alukan orang ramai mengadakan majlis perkahwinan di Zoo Negara bagi mencari kelainan pada hari bersejarah mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

SPRM sumbang pada masyarakat antarabangsa

Posted:

SPRM sumbang pada masyarakat antarabangsa

SPRM sumbang pada masyarakat antarabangsa

KUALA LUMPUR 4 Jun - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) komited untuk terus memberi sumbangan kepada masyarakat antarabangsa dalam memerangi rasuah terutama dalam bidang latihan dan pembinaan kapasiti.

Menyatakan demikian Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata: "Hingga kini, SPRM telah mengendali sejumlah 27 program latihan antarabangsa yang melibatkan 784 peserta dari lebih 50 negara asing".

Beliau berucap pada majlis penutupan latihan untuk 14 Pegawai Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Bhutan (BACC) di sini hari ini.

Kursus asas itu dikendalikan oleh SPRM selama tiga minggu dan berakhir semalam.

Abu Kassim mengingatkan para pegawai BACC bahawa walaupun latihan itu tidak segera menjadikan mereka penyiasat luar biasa, tetapi ia telah menyediakan platform untuk menambah baik tugas dan cara-cara inovatif bagi memenuhi tugas dari perspektif undang-undang dan amalan terbaik.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penyiasat BACC Dorji Thinlay dalam satu kenyataan dikeluarkan oleh SPRM berkata, melalui latihan itu, mereka belajar mengenal pasti pelbagai jenis sumber, bagaimana menangani sumber, perbezaan antara maklumat dan perisikan dan pelbagai bentuk pengawasan. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Lelaki tetak bekas pemilik rumah sewa

Posted:

Lelaki tetak bekas pemilik rumah sewa

Lelaki tetak bekas pemilik rumah sewa

Oleh MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
kota@utusangroup.com.my

KLANG 4 Jun - Seorang lelaki berusia 27 tahun bertindak nekad dengan menetak bekas tuan rumah yang disewanya menggunakan parang di Taman Sentosa di sini semalam.

Tidak cukup dengan itu, lelaki berkenaan turut melarikan rantai emas milik ibu mangsa.

Mangsa yang berusia 21 tahun ditetak ketika menghalang suspek yang bertindak menarik ibunya di belakang rumah mereka.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata, keadaan menjadi kelam-kabut apabila mangsa bergelut dengan suspek yang cuba menghampiri ibu mangsa untuk mencederakan wanita itu.

Tambah Mohamad, jiran yang terdengar bunyi bising kemudian bergegas menyelamatkan mangsa namun suspek berjaya melarikan diri.

"Suspek melarikan diri bersama parang yang digunakannya selepas menyedari tindakannya itu dikesan oleh jiran mangsa.

"Setakat ini suspek masih belum dapat dikesan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan semasa melakukan samun," katanya di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Jubah semakin digemari

Posted:

Jubah semakin digemari

Jubah semakin digemari

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my


PADANAN tudung moden dan tali pinggang mengimbangi penampilan wanita yang bergaya sopan.


HARI ini, dunia fesyen tidak hanya terhad kepada golongan tertentu, malah jika kita mengikuti perkembangan semasa, kita dapat lihat semakin banyak fesyen diketengahkan bagi gadis-gadis bertudung.

Kini bagi gadis bertudung, fesyen untuk mereka tidak ada batasan, asalkan ia bersesuaian dan masih menutup aurat.

Bukan itu sahaja, jika mereka bijak memilih, apa jua fesyen yang dipakai akan nampak bergaya dan sofistikated.

Begitu juga dengan jubah yang semakin menjadi pilihan mereka yang gemarkan fesyen longgar dan selesa.

Dapat dilihat hari ini, jubah semakin digemari untuk digayakan ke pejabat dan juga majlis-majlis rasmi.

Tetapi apa yang dapat dilihat, jubah kini bukan lagi dibuat daripada kain polos tidak bercorak, malah ia telah dimodenkan dengan hiasan-hiasan menarik dan tidak ketinggalan diubah sedikit reka bentuknya supaya setanding dengan fesyen-fesyen eksklusif.

Pengasas koleksi Butik Mama, Nor Ainna Ibrahim percaya, jubah kian mendapat sambutan dan mampu berada sama rata dengan jenama lain di pasaran.

''Gabungan dua jenis fabrik, iaitu polos dan bercorak bagi jubah moden menyuntik keindahan pada rekaan tersebut, sekali gus sesuai digayakan dalam apa jua majlis.

''Baju daripada kain polos menggunakan fabrik lembut dan nipis seperti sifon, krep dan sutera diperindahkan dengan menampilkan kelainan corak dan potongan lengan supaya tidak dikatakan fesyen kampungan atau tidak moden.

''Istimewanya kebanyakan busana muslimah dari Butik MaMa menggunakan material daripada kain lycra kerana ia lembut dan selesa dipakai, tidak kira siang mahupun malam. Selain itu, kain lycra tidak mudah berkedut dan paling penting apabila dibuat jubah, ia jatuh cantik!'' ujarnya ketika ditemui S2 di premisnya di Bangi, baru-baru ini.

Selain itu, padanan tudung moden dan tali pinggang juga mengimbangi penampilan khususnya wanita yang sering mengikut peredaran fesyen.

Jubah-jubah istimewa dilabel di bawah nama Bussaina Apparels, bersesuaian dengan penampilan mengikut syariat seorang muslimah.

Butik MaMa yang merupakan pusat sehenti menawarkan pelbagai koleksi busana muslimah seperti jubah lycra serta sifon dan harga yang ditawarkan juga berpatutan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved