Sabtu, 4 Jun 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Komersialkan tanah terbiar

Posted:

Komersialkan tanah terbiar

Komersialkan tanah terbiar

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


MOHAMAD Shahrom Osman (dua dari kiri) menyerahkan ubat penggalak susu getah kepada seorang pekebun kecil di Kampung Batu Sembilan, Kuala Lipis, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 4 Jun - Para pekebun kecil daerah ini diminta merebut peluang menerusi bantuan kerajaan untuk meningkatkan pendapatan, sekali gus mengubah status kehidupan keluarga masing- masing.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman berkata, tanah terbiar khususnya milik persendirian wajar dimajukan, kerana ia boleh dijadikan tapak projek pertanian yang menjamin pulangan lumayan.

Tegasnya, pekebun perlu bersikat proaktif untuk meningkatkan taraf hidup keluarga menerusi peluang sektor tersebut sejajar dengan pertumbuhan ekonomi negara.

''Sehubungan itu, tanah terbiar di kampung perlu dimajukan dengan tanaman tertentu menerusi bantuan peralatan dan kepakaran pegawai Risda, Felcra dan badan berkanun lain," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Komponen Program Peningkatan Getah di Kampung Batu Sembilan dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, pelbagai program dan kepakaran teknologi tinggi dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu pekebun meningkatkan pendapatan menerusi sektor berkenaan.

Beliau yang Pengerusi Risda Semaian Dan Landskap Sdn. Bhd., meminta golongan itu prihatin dengan program pemulihan tanah terbiar dan bantuan tanaman getah bagi mempercepatkan sasaran kemiskinan sifar dalam kalangan penduduk luar bandar.

Katanya, sektor pengeluaran getah mempunyai potensi cerah pada masa akan datang berasaskan permintaan terhadap getah asli yang semakin meningkat di pasaran antarabangsa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Libatkan diri dalam pertanian skala besar

Posted:

Libatkan diri dalam pertanian skala besar

Libatkan diri dalam pertanian skala besar


ISMAIL Mohamed Said (enam dari kiri) dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kerdau, Syed Ibrahim Syed Ahmad (lima dari kiri) bersama penerokawati Felda Jengka 23 selepas mengadakan perjumpaan dengan warga peneroka Felda itu di Kuala Krau, kelmarin.


KUALA KRAU 4 Jun - Para peneroka perlu meningkatkan aktiviti pertanian berskala besar, kerana ia dapat melonjakkan ekonomi keluarga serta membantu menambah industri makanan negara.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Ismail Mohamed Said berkata, kerajaan sentiasa menggalakkan peneroka mempelbagaikan aktiviti ekonomi yang berteraskan pengeluaran bahan makanan.

Menurutnya, kebijaksanaan melaksanakannya akan membantu kerajaan menyediakan produk bahan makanan untuk kegunaan domestik dan antarabangsa.

''Sebagai contoh, Felda sendiri telah menggalakkan warganya mengusahakan empat jenis tanaman dan ternakan iaitu cili kulai, pisang berangan, lembu pedaging dan ikan tilapia untuk projek berskala besar bagi projek Gedung Makanan Negara (GMN)," katanya kepada Mingguan Malaysia selepas mengadakan perjumpaan dengan peneroka Felda Jengka 23 di sini, semalam.

Ismail berkata, projek tersebut melalui aktiviti laman dapur dapat menggalakkan warga peneroka menanam pelbagai jenis sayur-sayuran di halaman rumah mereka.

Menurutnya, golongan itu berpeluang membuat pinjaman modal melalui Skim Insentif Usahawan Felda (SIUF) dalam menjalankan projek berkaitan sektor pertanian dan usahawan.

Jelasnya, segala kemudahan yang diberikan oleh agensi itu secara tidak langsung menambah pendapatan peneroka selain mengurangkan import makanan.

"Pelaburan terancang bagi aktiviti tersebut dapat membantu meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat di luar bandar khususnya warga Felda," katanya.

Katanya, warga peneroka tidak seharusnya melepaskan peluang merebut peluang kemudahan yang disediakan itu kerana ia membawa manfaat dalam tempoh jangka panjang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

RM200,000 sediakan pondok bas 1Malaysia

Posted:

RM200,000 sediakan pondok bas 1Malaysia

RM200,000 sediakan pondok bas 1Malaysia

KUALA LIPIS 4 Jun - Kerajaan Pusat memperuntukkan RM200,000 bagi membina hentian bas 1Malaysia di kawasan Dewan Undangan Negeri Jelai, tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (gambar) berkata, peruntukan itu melibatkan pembinaan 10 pondok menunggu bas.

Menurut beliau, projek itu akan diselenggarakan secara berperingkat melibatkan pembinaan berdekatan jalan raya ke bandar Kuala Lipis, iaitu di Sungai Koyan, Bukit Betong, Pos Betau, Sungai Ular, Keledek dan beberapa lokasi yang akan dikenal pasti.

"Projek kerajaan Barisan Nasional (BN) itu menzahirkan keprihatinan untuk memberi keselesaan kepada rakyat di luar bandar dan melebarkan aspirasi 1Malaysia dalam kalangan penduduk tempatan.

"Justeru, pondok berkenaan antara kemudahan asas yang akan membawa keceriaan ke kawasan kampung tradisional terbabit," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved