Isnin, 8 Ogos 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


17 aduan peniaga naik harga makanan di bazar Ramadan

Posted:

17 aduan peniaga naik harga makanan di bazar Ramadan

17 aduan peniaga naik harga makanan di bazar Ramadan

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Sebanyak 17 aduan diterima oleh persatuan-persatuan pengguna mengenai tindakan peniaga menaikkan harga kuih-muih dan lauk-pauk di bazar Ramadan sejak awal bulan puasa.

Daripada jumlah itu, 10 aduan dibuat kepada Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), manakala Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA) menerima tujuh aduan kesemuanya melibatkan peniaga di bazar Ramadan sekitar Lembah Klang dan Selangor.

Pengerusi CASSA, Datuk Dr. Jacob George berkata, berdasarkan aduan itu, persatuan membuat tinjauan di tujuh bazar Ramadan dan mendapati harga makanan adalah tinggi.

Menurutnya, harga kuih meningkat daripada 30 sen seketul kepada 60 sen seketul dan lauk-pauk seperti ayam, berharga RM6 seketul berbanding RM4 seketul pada hari biasa.

"Kami akan menghantar memorandum kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya memantau dan mengambil tindakan terhadap peniaga terlibat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurutnya, peniaga-peniaga yang cuba mengeksploitasi pengguna perlu disenaraihitamkan daripada diberi lesen berniaga pada tahun depan.

Sementara itu, Bendahari Agung FOMCA, Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, peniaga-peniaga berkenaan menaikkan harga makanan dengan sesuka hati.

"Kami mengambil maklum aduan pengguna ini dan akan memanjangkannya kepada pihak-pihak yang berkaitan," katamya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Remaja Korea ditemui mati lemas

Posted:

Remaja Korea ditemui mati lemas

Remaja Korea ditemui mati lemas

KUDAT 8 Ogos - Seorang pelancong lelaki Korea yang hilang ketika menyertai aktiviti luncur air di pantai Tanjung Simpang Mengayau di sini kelmarin ditemui mati lemas hari ini.

Mayat mangsa, Jae Dok Hwang, 18, ditemui kira-kira pukul 8.29 pagi dalam keadaan terapung kira-kira 90 meter dari tempat dia dilaporkan hilang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kudat, Jamaludin Hussin berkata, ketika ditemui, mayat mangsa dalam keadaan sempurna dan memakai baju.

"Gerakan mencari yang dijalankan sejak hari mangsa dilaporkan hilang akhirnya menemui mayat pelancong itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Mangsa dilaporkan hilang Sabtu lalu selepas dipukul ombak besar ketika bermain luncur air di Tanjung Simpang Mengayau.

Berikutan kejadian itu, pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada pihak bomba, Pasukan Gerakan Marin dan Agensi Penguatkuasaan Marin Malaysia (Maritim Malaysia) berusaha mencari pelancong tersebut.

Keadaan ombak bergelora dan angin kencang menyukarkan usaha mencari mangsa, kata Jamaludin.

Sebaik sahaja ditemui, mayat pelancong itu dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Zakry-Hoon mengejutkan

Posted:

Zakry-Hoon mengejutkan

Zakry-Hoon mengejutkan


Lee Chong Wei membalas pukulan pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk dalam acara perseorangan Kejohanan Dunia di Wembley Arena, London, semalam. Chong Wei menang 21-15, 21-17. - AP


KUALA LUMPUR - Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei seperti diduga dengan mudah melepasi pusingan pertama Kejohanan Badminton Dunia 2011 manakala Zakry Latif-Hoon Thien How mencipta kejutan dengan menumbangkan bekas juara dunia, semalam.

Arena Wembley, London menyaksikan cuma 31 minit yang dilalui Chong Wei, 29, untuk menumpaskan pemain Thailand, Tanongsak Saensomboonsuk 21-15 21-17 selepas rakan beregu negara menjinakkan Howard Bach-Tony Gunawan dari Amerika Syarikat, 21-17, 21-14.

Turut mara ke pusingan kedua ialah beregu wanita negara, Ng Hui Ern-Ng Hui Lin dan pasangan campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang masing-masing menundukkan Anna Kobceva-Elena Prus (Ukraine) 21-14, 22-20 dan Lino Munoz-Cynthia Gonzalez (Mexico) 21-9, 21-5.

Dalam pusingan kedua hari ini, Chong Wei yang juga pilihan utama kejohanan dengan pencapaian terbaiknya ialah separuh akhir 2005, dijangka masih tidak bermasalah untuk melepasi antara pemain Finland, Ville Lang dengan Dionysius Hayom Rumbaka dari Indonesia.

Laluannya hanya akan semakin mencabar dalam pusingan ketiga dengan yang mungkin menantinya ialah pilihan kesembilan, Park Sung Hwan dari Korea Selatan atau naib juara tahun lalu, Taufik Hidayat (Indonesia) atau juara bertahan, Chen Jin dalam suku akhir dan separuh akhir.

Namun, Zakry-Thien How selaku pasangan bukan pilihan, menempuh laluan getir pusingan kedua apabila akan menghadapi gandingan Taiwan, Fang Chieh Min-Lee Sheng Mu juga pilihan ke-10 kejohanan yang mendapat laluan percuma pusingan pertama.

Turut getir ialah Hui Ern-Hui Lin yang bakal berdepan pilihan ke-15 kejohanan, Matsutomo Misaki-Ayaka Takahashi dari Jepun sementara pilihan ke-10, Nathan Robertson-Jenny Wallwork dari England akan melayani Peng Soon-Liu Ying untuk merebut tiket ke pusingan ketiga.

Keputusan lain pusingan pertama yang melibatkan pemain pilihan menyaksikan Taufik yang juga juara dunia 2005, mengambil masa 29 minit untuk menewaskan pemain Peru, Rodrigo Pacheco Carrillo 21-10, 21-14.

Kejutan turut tercipta dalam perseorangan lelaki apabila pilihan kelima dari China, Chen Long yang disingkirkan pemain kurang ternama dari Guatemala, Kevin Cordon selepas berentap lebih sejam, 19-21, 21-8, 25-27.

Juara dunia tiga kali, Lin Dan yang terkandas pada suku akhir di Paris tahun lalu, hanya akan bermain dalam pusingan kedua hari ini dengan menentang pemain Lithuania, Kestutis Navickas kerana mendapat laluan percuma pusingan awal.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

PKBM tagih kudrat Rizal dalam acara pecut

Posted:

PKBM tagih kudrat Rizal dalam acara pecut

PKBM tagih kudrat Rizal dalam acara pecut

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


Rizal Tisin disenaraikan dalam acara 200 meter pecut individu pada Sukan SEA Palembang, November ini.


KUALA LUMPUR - Skuad berbasikal trek negara bakal tampil dengan aksi meyakinkan menjelang Sukan SEA Palembang 2011 November ini selepas pelumba senior, Rizal Tisin disenaraikan dalam acara pecut individu.

Lebih memberangsangkan lagi Rizal yang sebelum ini diuar-uarkan akan mengambil bahagian dalam acara BMX di temasya tersebut amat gembira dengan penyenaraian tersebut walaupun acara kegemarannya adalah satu kilometer ujian masa bagi berbasikal trek.

Menurut pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2010 itu, dia yakin mampu beraksi cemerlang dalam acara pecut walaupun ia bukan acara kegemarannya dan perlu berusaha keras untuk menghadiahkan pingat buat negara.

"Saya tidak kisah, walaupun bukan acara satu kilometer ujian masa tetapi acara pecut, saya yakin mampu melakukan yang terbaik," kata pelumba kelahiran Klang, Selangor itu.

Jelasnya, dia sangat gembira walaupun sebelum ini menyatakan hasrat untuk beraksi dalam acara BMX tetapi Perseketuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) masih mempercayai kemampuannya dalam acara trek.

"Sekurang-kurangnya saya mampu untuk beraksi dalam kejohanan besar tahun ini dan masih boleh mengharumkan nama negara dalam acara berbasikal, saya sangat gembira dengan keputusan ini dan tidak sabar untuk beraksi di sana.

"Tidak ada masalah bagi saya untuk beraksi dalam acara pecut individu, saya pernah beraksi dalam acara ini, cuma saya perlu memantapkan lagi latihan kerana sebelum ini tumpuan saya hanya kepada acara satu kilometer ujian masa dan pecut berpasukan," katanya.

Rizal, 27, mengakui pernah beraksi dalam acara pecut di peringkat antarabangsa tetapi tidak ada keputusan yang membanggakan dapat dicatatnya, namun dia mengakui peluangnya agak cerah jika beraksi dalam acara tersebut di peringkat Asia Tenggara.

"Bagaimanapun saya tidak boleh mendabik dada dan berasa selesa, ini kerana pelumba negara lain turut melakukan persediaan rapi terutama sekali dari negara Thailand yang dikatakan mampu memberi cabaran kepada saya.

"Dari segi persiapan ia berjalan lancar walaupun tanpa ketua jurulatih negara, John Beasley ini kerana saya mengikuti latihan bersama pelumba pelapis dan segala perkembangan saya juga dipantau dari Melbourne oleh Beasley sendiri," katanya.

Rizal kembali berlatih dalam negara, selepas acaranya satu kilometer ujian masa tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik 2012 London, sebelum ini dia bersama Mohd. Azizulhasni Awang dan beberapa lagi pelumba senior menjalani latihan di Melbourne.

Acara pecut individu merupakan acara tambahan yang telah dipersetujui oleh tuan rumah untuk dipertandingkan di Sukan SEA 2011 bersama-sama acara lain termasuk 10 kilometer scratch, 4km kejar mengejar individu, 40km perlumbaan mata, 4km kejar mengejar berpasukan dan omnium.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Umat Islam digesa bantu Somalia

Posted:

[unable to retrieve full-text content]ANKARA 8 Ogos - Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Ekmeleddin Ihsanoglu menggesa umat Islam menghulurkan bantuan kecemasan kepada penduduk Somalia yang dilanda kebuluran akibat kemarau, terutamanya pada bulan Ramadan ini.

Polis tahan lebih 160 orang di Tottenham

Posted:

[unable to retrieve full-text content]LONDON 8 Ogos - Polis London melancarkan siasatan rapi dan menangkap lebih 160 orang berhubung rusuhan terburuk di ibu negara Britain ini dalam tempoh lebih 25 tahun.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Awal tiada niat tandingi

Posted:

Awal tiada niat tandingi <i>Melodi</i>

Awal tiada niat tandingi Melodi

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN


AWAL Ashaari merupakan pengacara Fuhhh! yang berjaya menghidupkan rancangan itu sejak hampir dua tahun lalu.


AWAL Ashaari merupakan pengacara rancangan hiburan, Fuhhh! terbitan TV3 sejak ia diterbitkan pada Januari tahun lalu. Malah, sejak dari awal diterbitkan sehinggalah kini, pengacara berusia 29 tahun terbabit masih mengacarakan rancangan tersebut.

Biarpun masih setahun jagung, tetapi Fuhhh! merupakan salah satu rancangan hiburan yang popular selepas Melodi yang turut diterbitkan oleh TV3 yang masing-masing terletak di bawah saluran televisyen (TV) swasta milik stesen penyiaran Media Prima Berhad.

Berbeza dengan Melodi yang sering bertukar-tukar pengacara, ia berlainan dengan Fuhhh! yang masih menaruh kepercayaan terhadap Awal sebagai pengacaranya. Fuhhh! dan Melodi juga dikatakan saling bersaing antara satu sama lain sejak akhir-akhir ini.

Menurut Awal, dia tidak menafikan rancangan yang diacarakannya itu mempunyai tarikan tersendiri. Namun, sambutan para penonton itu bukan menunjukkan dia mahu menandingi rancangan yang dikatakan berasal daripada inspirasi kejayaan Melodi.

"Saya cuba melakukan sedaya upaya saya bagi menarik lebih ramai penonton menyaksikan Fuhhh! pada setiap minggu. Ia tiada kena mengena dengan istilah mahu 'caras mencaras' dan sebagainya. Setakat ini pun, Melodi masih berada di tangga teratas rancangan hiburan di TV3.

"Biarpun Melodi dan Fuhhh! rancangan berkonsepkan hiburan tetapi pendekatan kami berbeza. Contohnya, Melodi lebih ke arah gosip dan cerita sensasi, manakala Fuhhh! berbentuk informasi dalam dunia hiburan," katanya kepada Hits sewaktu ditemui baru-baru ini.

Pada pertemuan sebelum rakaman Fuhhh! Merdeka Raya di PNB Darby Park, Kuala Lumpur itu, Awal mengacarakan rancangan tersebut bersama ramai artis jemputan antaranya pelakon drama Juvana, Johan As'ari, Saiful Apek, Fizz Fairuz, Miera Leyana dan Mia Sara.

Fuhhh! Merdeka Raya dengan durasi tayangan hampir sejam yang diterbitkan oleh Zamzuri Zaini atau lebih dikenali sebagai Ayau dengan kerjasama PNB Darby Park itu akan disiarkan melalui TV3 pada 30 Ogos ini pukul 11 malam sempena Hari Raya Aidilfitri.

Jelas anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur (KL) ini, Melodi dan Fuhhh! juga menampilkan gaya persembahan yang berbeza bukan setakat pengisian bahan-bahan di dalamnya tetapi juga waktu tayangannya agar ia tidak mengelirukan para peminat dua rancangan itu.

"Melodi ditayangkan pada setiap hari Ahad pukul 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang, sedangkan Fuhhh! pula disiarkan pada setiap Selasa pukul 11.05 malam hingga 12 tengah malam. Fuhhh! dirakamkan sedangkan Melodi pula disiarkan secara langsung.

"Saya yakin lama kelamaan para peminat akan dapat membezakan antara rancangan Melodi dan Fuhhh! Sebab itu saya kata, saya mahupun Fuhhh! bukannya mahu bersaing dengan Melodi kerana kami berada di bawah stesen yang sama. Tetapi ia satu alternatif buat para penonton," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Elaine penyeri Neon Trees

Posted:

Elaine penyeri Neon Trees

Elaine penyeri Neon Trees

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar MOHD AZIM ABD RAHMAN

BUKAN sekadar penyeri dalam kumpulan Neon Trees, Elaine Bradley membuktikan kehadirannya menganggotai kumpulan yang berasal dari Utah, Amerika Syarikat (Amerika) itu mempunyai fungsi yang sama hebat dalam memastikan muzik mereka diminati ramai.

Kehebatannya bermain drum tidak pernah dipandang rendah oleh tiga lagi anggota dalam Neon Trees iaitu Tyler Glenn (vokalis), Chris Allen (gitar) dan Branden Campbell (bass).

Berasal dari Chicago, Elaine berkata, gender tidak pernah menjadi penghalang baginya untuk maju dan mendalami muzik.

"Saya sering menjadikan pemain drum daripada kumpulan rock legenda Led Zeppelin, John Bonham, sebagai idola saya.

"Oleh itu, dalam mempelajari sesuatu yang baru, saya mempunyai sikap tidak pernah meletakkan had jika kita mahu belajar.

"Maka itulah, di awal saya memulakan langkah sebagai pemain drum yang kedengaran biasa-biasa sahaja, saya berkata kepada diri sendiri, ini tidak betul.

"Saya perlu memperbaiki tahap ketukan dan permainan saya daripada biasa kepada luar biasa.

"Jadi, saya mengambil keputusan untuk mendalami kehebatan alat muzik tersebut dan sekali gus, mencabar diri saya supaya menjadi lebih baik," katanya ketika ditemui di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kehadiran Neon Tress di Kuala Lumpur adalah atas undangan untuk mengadakan persembahan di MTV World Stage Live in Malaysia.

Berbalik kepada perbualan Hits bersama wanita hebat ini, Elaine memberitahu, dalam kehidupannya, dia berpegang kepada prinsip.

"Setiap apa yang saya lakukan, saya akan cuba lakukannya sebaik mungkin dan selagi saya tidak berpuas hati dengan pencapaian yang saya sasarkan, saya tidak akan berhenti.

"Dalam kamus hidup saya, istilah 'menyerah' tidak ada sama sekali. Biarpun saya seorang perempuan dalam Neon Trees namun anggota lain dalam kumpulan ini bukan sahaja menghormati saya tetapi memberi layanan yang sama sahaja," katanya .

Kelebihan Elaine bermain drum mendapat pujian daripada Chris yang mengakui, kagum dengan kebolehan yang dimiliki oleh rakannya itu.

"Dia hebat dan amat meyakinkan. Tanpa dia, kumpulan kami akan menjadi pincang.

"Kalau saya seorang pemain drum, saya mahu menjadi sehebat Elaine," kata Chris.

Muzik yang menangkap

Bukan mahu bersikap terlalu memuji tetapi hakikatnya, alunan muzik yang diadunkan oleh kumpulan ini sememangnya menangkap jiwa anak muda terutama sekali melalui single pertama mereka, Animal.

Membawakan genre alternatif rock, Neon Trees sememangnya mempunyai kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri dalam memancing halwa telinga pendengar.

Menurut Chris, mereka bukan sahaja terkejut tetapi bangga mempunyai platform peminat yang kukuh di Malaysia.

"Saya terkejut dan dalam masa yang sama, terharu apabila melihat reaksi dan sambutan peminat di sini.

"Kami berasa amat dihargai kerana sepanjang mengadakan persembahan, peminat turut sama menyanyi dengan kami.

"Itu sebagai bukti yang peminat benar-benar mengetahui lagu-lagu kami dan bagi kami, ini adalah 'sesuatu' dan ia pasti yang paling baik buat Neon Trees," katanya dengan nada teruja.

Katanya lagi, sejak Neon Trees ditubuhkan enam tahun lalu, mereka banyak melalui pengalaman pahit maung dalam usaha memantapkan muzik yang dimainkan oleh mereka.

Justeru, apabila mendapat undangan mengadakan persembahan di Malaysia, mereka tidak menolak sebaliknya melihat inilah peluang untuk mengenali dan mendekatkan diri dengan peminat di benua Asia pula.

"Jujur saya katakan di sini bahawa kami sangat menghargai sokongan peminat setia kami di sini. Kami sememangnya bertuah kerana peminat tidak henti-henti memberikan sokongan padu kepada kami.

"Tanpa peminat, umpama tiada ertinya kehadiran Neon Trees dalam dunia hiburan walaupun peminat kami bukannya berada di Amerika.

"Maka itulah, setelah membuat persembahan di sini, saya percaya, bahasa bukanlah penghalang kepada peminat untuk menggemari mana-mana kumpulan muzik kegemaran mereka," ujarnya.

Menyentuh tentang lagu hit mereka, Animal, Elaine dan Chris menyatakan lirik tersebut adalah nukilan tersendiri vokalis mereka, Tyler Glenn termasuk menghasilkan lirik lagu itu.

"Pendengar tidak perlu skeptikal apabila membaca judul single kami, Animal. Ia mempunyai maksud yang tersendiri dan dikaitkan dengan sesiapa sahaja.

"Maka itu, terpulang kepada mereka (peminat) untuk membuat konotasi sendiri ke atas lagu itu, " katanya.

Lagu Animal pernah didendangkan drama muzikal televisyen terkenal, Glee, musim kedua manakala lagu Your Surrender pula menjadi runut bunyi filem komedi, Prom.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Jangan gelapkan masa depan anak bangsa

Posted:

Jangan gelapkan masa depan anak bangsa

Jangan gelapkan masa depan anak bangsa

DATUK BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ ialah bekas Ahli Parlimen Hulu Langat


Empat orang wakil alumni Asrama Yayasan Selangor, berkumpul di hadapan asrama menyatakan bantahan dan rasa sedih apabila pihak Yayasan Selangor ingin merobohkan Asrama Tun Doktor Ismail (lelaki) dan Asrama Toh Puan Norashikin (Perempuan) di Kuala Lumpur. - utusan/ Amin Farij Hasan


Salam dan selamat berpuasa kepada Yayasan Selangor (YS) dan para pentadbir atau pengurusnya yang bijaksana. Saya menulis dan meluahkan rasa hati ini selaku bekas pelajar YS, anak YS pertama menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan anak Selangor jati yang terhutang budi kepada kerajaan negeri (yang dahululah pastinya).

Keputusan YS untuk menutup dua buah asrama pusatnya iaitu Asrama Tun Dr. Ismail - ATDI (lelaki) dan Asrama Toh Puan Norashikin - ATPN (Perempuan) di Kampung Pandan, amat menghiris hati.

Penutupan kedua-dua asrama berkenaan dan kemudiannya memindahkan pelajar ke asrama-rama daerah seperti di Klang dan Sabak Bernam adalah sesuatu yang bertentangan dengan dasar dan matlamat penubuhan YS pada tahun 1970.

Jika Allahyarham Datuk Harun Idris masih ada... dia pasti akan menitis air mata kerana usahanya membuka asrama pertama YS pada tahun 1971 iaitu Asrama Dr. Latiff (ADL) di Pesiaran Gurney Kuala Lumpur selaku perintis, diikuti ATDI dan ATPN mahu dinyahkan begitu sahaja.

Tokoh cendekiawan dan pendidikan negara, Tan Sri Ainuddin Wahid selaku pemegang amanah yang terkanan dan paling lama berkhidmat juga pasti geleng kepala memikirkan tindakan YS yang mengundur ke belakang kerana mahu menghantar pelajar sedia ada di bandar raya Kuala Lumpur kembali ke sekolah luar bandar.

Bekas-bekas penghuni asrama YS yang kini berjaya meletakkan diri di teraju-teraju utama, seperti Datuk Dr. Jamil Maah (Timbalan naib Canselor Universiti Malaya), Datuk Yusli Yusof (Bursa Saham), Hud Abu Bakar (arkitek terkemuka), Lt. Kol Emilia Kamaruddin (juruterbang wanita pertama negara), rakan-rakan doktor yang memiliki hospital (bukan sekadar klinik) sendiri dan ratusan usahawan dan penjawat lain pasti terasa hiba dan sedih juga dengan pendirian dan keputusan YS yang pelik ini.

Luahan rasa hati masing-masing yang tersiar dalam facebook Alumni Yayasan Selangor serta Asrama Dr. Latiff Alumni Network (ADLAN) menjadi bukti kepada keresahan, kerisauan dan rasa tidak setuju mereka terhadap langkah merobohkan asrama-asrama berkenaan.

Bekas penghuni Asrama Dr. Latiff adalah yang lebih terasa kerana asrama perintis dan berjasa di tebing Sungai Klang itu sudah lama menjadi sejarah kerana memberi laluan penambahbaikan laluan air dan laluan trafik di kawasan itu.

ADL memang tidak dapat bertahan lagi dan sebagai pengubat, ahli alumni sering berkata: "Tak apalah sebab ATDI dan ATPN masih ada..."

Namun ATDI dan ATPN pun kini mahu dirobohkan dan tidak kedengaran langsung usaha untuk menggantikan kerana YS berpendapat menghantar para pelajar ke sekolah mana sekalipun adalah sama sahaja kerana semua guru berijazah.

Demikianlah fahaman pentadbir YS seperti mana diuar-uarkan Pengurus Besarnya sendiri, Ilham Marzuki. Kata Ilham, jiran selokasi saya di Bandar Baru Bangi, anaknya yang dipindahkan dari Malay College Kuala Kangsar (sekolah kebanggaan beliau sendiri) tetap cemerlang walaupun belajar di Sekolah Menengah Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi!

Saudara Ilham... fahamilah bahawa Sekolah Menengah Jalan Tiga itu sebenarnya adalah sekolah dalam bandar yang pada asalnya mahu dijadikan sekolah berasrama penuh oleh kerajaan pusat. Itulah sebabnya sekolah itu ada asrama.

Namun oleh kerana keperluan mendesak dan SM Jalan Dua BBB tidak dapat menampung permintaan bilangan pelajar yang begitu besar dan terus meningkat, sekolah itu dijadikan sekolah harian biasa.

Oleh kerana sekolah itu mempunyai kemudahan asrama, saya selaku Ahli Parlimen ketika itu, dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah bagi pihak YS telah berbincang dengan pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan juga sekolah untuk menempatkan 20 orang tajaan YS di sekolah itu.

Pada mulanya, dicadangkan para pelajar dari sekitar Hulu Langat sahaja diambil kerana sekolah-sekolah menengah amat terhad dan pengangkutan awam ke sekolah amat sulit. Cadangan diterima dan mulalah pelajar-pelajar tajaan YS bersekolah di situ.

Mereka pula hanya mempunyai 3A dan 2B dalam Penilaian Darjah Lima kerana yang dapat 4A atau 5A sudah ada sekolah-sekolah tertentu yang berminat. Jika pelajar dengan 3A dan 2B ini tidak diberi peluang, mereka mungkin terus menjadi penoreh seperti ibu bapa mereka sahaja ataupun meningkat sedikit menjadi pekerja kilang di sekitar Beranang dan Bandar Baru Bangi.

Pelajar-pelajar berkenaan berjaya meningkatkan prestasi dengan sekolah terpilih itu. Sekolah Menengah Jalan Tiga memang terkemuka di Selangor dan kerana itulah ia menjadi rebutan.

Saya tak tahu pula anak Ilham masuk ke sekolah itu kerana berhampiran dengan rumahnya ataupun melalui kuota YS (harap-harap tidaklah). Jadi sekolah itu memang terkemuka dan menjadi pilihan.

Jika Ilham percaya dan yakin bahawa semua sekolah menengah sama sahaja kerana guru-gurunya berijazah, kenapa anak beliau tidak ditempatkan ke Sekolah Menengah Ungku Hussin di kampung halamannya di Semenyih? Saya amat yakin, Ilham sendiri tidak mahu menghantar anaknya ke sana!

Bukan bermaksud mahu menghina sesuatu sekolah, saya percaya para ibu bapa 463 pelajar ATDI dan ATPN sekarang pun tidak mahu anak-anak mereka di hantar ke sekolah-sekolah di Sabak Bernam, Klang atau Kuala Kubu Baharu, apatah lagi Batang Berjuntai, asrama dicadangkan menempatkan 1,500 pelajar. Kalau ke desa-desa itu, mereka boleh hantar sendiri tanpa perlu urusan YS.

Khabarnya, mulai tahun depan, tiada pengambilan pelajar baharu ke tingkatan satu kerana perobohan kedua-dua asrama itu. Pelajar sedia ada pula mahu diselitkan ke asrama di sekolah masing-masing.

Saya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan tidak dapat memenuhi hasrat YS ini kerana kekangan dan kepadatan di asrama sekolah-sekolah berkenaan.

Apa pilihan yang ada pada YS selain daripada menyewa bangunan untuk dijadikan asrama? Ada bajet atau ada duit ke? Kalau setakat gunakan duit hasil penjualan tapak asrama pusat tu... jawabnya habis tak tentu fasal sajalah wang yang ada!

Empat tahun lagi, bermakna YS tidak akan ada pelajar luar bandar untuk dicemerlangkan di bandar kerana tak ada asrama. Apakah fungsi YS ketika itu... penjual bangunan dan tanah yang disediakan oleh Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Tan Sri Abu Hassan Omar (dua bekas MB yang prihatin)?

Wahai rakan-rakan baharu di YS... inilah akibatnya YS nyahkan pegawai-pegawai berjiwa besar yang mengetahui dan menjiwai semangat Datuk Harun dalam yayasan. Mereka faham akan hasrat Datuk Harun, hasrat orang Melayu di kampung dan ibu bapa serta anak-anak YS sendiri amat bangga dengan peranan YS.

Memetik perbualan saya dengan Datuk Jamil Maah baru-baru ini, katanya, "Kalau YS tak kutip Abang Jamil pada tahun 1971 dulu, Abang mungkin kerja kilang sekarang ni." Renungkanlah.

YS juga pernah terlibat dengan penubuhan Kolej Inpens dan Univeristi Industri Selangor (Unisel). Kolej Inpens dijadikan landasan kedua untuk menampung para pelajar lepasan sekolah menengah yang tidak berjaya mendapat tempat yang lebih tinggi.

Kerana itu Inpens menyediakan kursus peringkat sijil dan diploma. Ini termasuklah para pelajar lepasan tajaan YS yang pernah tinggal di asrama-asramanya. Unisel pula ditubuhkan sebagai landasan yang menyambungkan pelajar Inpens dan institusi-institusi seumpamnya meneruskan pengajian peringkat ijazah. Ringkasnya ada kaitan dari sekolah menengah hingga ke universiti.

Sekarang Inpens terumbang-ambing dan Unisel sedang menghadapi masalah kepimpinan kerana tekanan politik.

Saya berharap YS juga tidak dipolitikkan atau mempolitikkan diri sendiri. Tindakan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tujuan politiknya seperti pada 19 Julai lalu harus dihentikan. Biarlah YS hadkan peranannya kepada urusan pendidikan sahaja, walaupun Pengurus Besar boleh terus mengagumi parti serban yang ditaksubinya.

Saudara Ilham dan rakan-rakan, lupakan fahaman politik kita, sebaliknya perjuangankanlah amanah sebenar yang diletakkan di atas bahu masing-masing.

Saya masih ingat betapa bangganya kami diberikan sebuah banglo di Kampung Pandan sebagai pejabat Persatuan Anak Yayasan Selangor (PAYS) dahulu. Kami akan tetap mengingati tapak itu dan saya cukup khuatir jika tapak asrama pusat Kampung Pandan nanti dibasahi kencing para alumni YS.

Saudara Ilham, renungkanlah... YS telah jauh menyimpang. Saya tidak mahu sentuh lagi mengenai perbelanjaan sempena sambutan 40 tahun YS. Muhasabahlah. Saya juga berdoa, agar roh Datuk Harun sentiasa tenteram...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bina pelanggan setia UMNO

Posted:

Bina pelanggan setia UMNO

Bina pelanggan setia UMNO

TAN SRI DR. NORDIN KARDI, Penyandang Kursi Za'ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris

DUA minggu lalu saya mencadangkan supaya UMNO elok memikirkan untuk menstrukturkan dirinya bagi menghadapi cabaran-cabaran baru yang muncul dari alam kelilingnya. Dari situ saya menerima beberapa maklum balas yang menggambarkan keraguan tentang praktikalnya cadangan yang saya kemukakan.

Ada yang mengatakan bahawa risiko perpecahan lebih besar dengan struktur yang saya cadangkan berbanding struktur sedia ada yang sudah tahan uji bertahun-tahun. Ada juga yang mengatakan bahawa dengan sistem badan gabungan yang saya cadangkan itu, perebutan jawatan di pusat akan lebih ganas daripada sistem sedia ada.

Hujah mereka yang sangat baik dan munasabah ialah soal kesetiaan. Mereka yang percaya kepada struktur sedia ada merasakan kesetiaan kepada UMNO akan lebih kukuh dalam sistem itu berbanding jika pemimpin dipilih melalui pelbagai badan gabungan UMNO yang mempunyai autonomi.

Saya mengakui hujah ini memang kuat tetapi saya terfikir pula bahawa kesetiaan yang disebutkan ialah kesetiaan ahli sedia ada dan bukan ahli-ahli baru yang belum mempunyai tradisi jiwa UMNO yang sudah berakar. Bagaimana pula dengan anak-anak muda yang mempunyai pilihan dalam pasaran yang terbuka luas?

Untuk menjawab persoalan saya itu, mungkin pemimpin UMNO yang sentiasa mengemas kini ilmu pemasaran perniagaan boleh mengemukakan pelbagai strategi mengekalkan atau menambah pelanggan. Jika itu dilakukan sekali lagi, cadangan struktur yang saya kemukakan itu kembali menjadi pilihan yang viable. Salah satu daripada tiang penting dalam strategi mengekalkan pelanggan setia ialah melakukan perancangan pemecahan pasar sasaran atau market segmentation.

UMNO telah pun melakukan market segmentation tetapi strateginya sangat ortodoks dan tradisional. Maksud saya sasaran pasar dilihat oleh UMNO hanya dalam dua bentuk iaitu umur dan gender yang hasilnya ialah Wanita UMNO, Pemuda UMNO, Puteri dan Putera UMNO.

UMNO tidak membuat pemecahan pasar mengikut idealisme, minat, gaya hidup, keperluan hidup dan pelbagai lagi yang semuanya itu mempengaruhi mereka menjadi pembeli berulang produk UMNO. Jika ada pun UMNO melakukannya, ia hanya bersifat kecenderungan pemimpin semasa, bukan sistem yang terbina dari dalam yang mewajibkannya melakukan pengkhususan itu.

Dalam dunia pemasaran perniagaan, pelanggan setia diertikan dengan mudah iaitu mereka yang menjadi pelanggan yang datang berulang-ulang membeli sesuatu produk. Mereka selalu disebut sebagai repeat customer.

Pemecahan pasar UMNO hanya dua aspek iaitu gender dan umur bukanlah terlalu buruk tetapi keupayaan kapten pemasar akan menjadi terhad. Fokus, kemahiran dan strategi tidak dikhususkan kepada sasaran pasaran yang unik.

Mungkin UMNO selama ini merasakan pendekatan-pendekatan unik dan khusus tidak perlu kepadanya kerana dia melihat dirinya sebagai komoditi keperluan asas. Suka atau tidak suka orang akan tetap membeli. Namun dalam dunia yang sudah berubah jauh rupanya dalam komoditi pun sudah ada pihak yang menggunakan pendekatan pemasaran komoditi prime.

Orang pemasaran selalu memecahkan produk kepada dua iaitu produk komoditi dan produk prime. Produk komoditi mengutamakan jumlah atau volume untuk mengira untung rugi sebaliknya produk prime mengutamakan nilai.

Komoditi mungkin boleh dijual di tepi jalan (kerana diperlukan ramai) sementara produk prime akan dijual menggunakan showroom di tempat yang berprestij.

Isu penting perlu diputuskan oleh pemimpin UMNO sekarang ialah secara konsepsinya apakah kedudukan UMNO di pasaran? UMNO sebagai produk komoditi atau sebagai produk prime?

Pesaing UMNO mungkin sudah menggunakan pendekatan pujukan pasaran dengan mengatakan 'biarkan UMNO kekal menjual komoditi tetapi kami menjual style atau gaya hidup'. Inilah yang saya lihat: pesaing UMNO sedang memalu gendang menjual gaya hidup.

Menjual gaya hidup menyebabkan UMNO mempunyai saingan autoriti yang selari atau parallel authority. Mereka tidak lagi berkongsi lebuh raya pemasaran dengan UMNO.

Mereka telah mencipta lebuh raya mereka sendiri. Mereka bebas bergerak dalam lebuh raya mereka yang UMNO sudah tidak mempunyai kuasa mencampuri atau memasukinya, apalagi menguatkuasakan kehendaknya di lebuh raya yang bukan miliknya itu.

Akibatnya sebahagian daripada pelanggan yang tidak pernah duduk di dalam UMNO atau pelanggan yang telah meninggalkan UMNO melihat di dalam negara sudah wujud dua kerajaan.

UMNO tidak lagi penguasa tunggal kerajaan dalam erti kata memberi tafsiran tunggal terhadap apa yang baik untuk mereka. Fatwa tentang kebenaran dan kebaikan sentiasa dicabar dengan itu dia telah tidak tunggal lagi.

Walaupun seperti jelas adanya pembahagian antara pelanggan setia kepada lebuh raya UMNO dan ada pula pelanggan setia lebuh raya baru namun market share mereka yang berulang alik menggunakan jalan-jalan kecil dan sekali skala memasuki lebuh raya bertol UMNO atau yang satu lagi masih sangat besar.

Mereka ini mempunyai cita rasa yang berlainan. Jika UMNO atau lawan UMNO ingin memperbesarkan saiz pasar, mereka perlu memujuk kumpulan ini daripada menjadi pelanggan bebas kepada pelanggan setia.

Dalam dunia golf, jenama Big Bertha pernah mencipta pasaran pelanggan golf yang telah tepu dengan mencipta club, yang di panggil over-sized, melebihi besar saiz biasa, sedangkan ketika itu 'club' golf yang berkepala kecil kebanyakannya digunakan oleh orang yang benar-benar menyukai golf. Mereka yang baharu berjinak dengan golf akan segera put off meninggalkan golf kerana kecewa oleh susahnya memukul bola yang kecil dengan kepala 'club' yang kecil.

Syarikat Callaway melihat peluang mencipta pasar baru dengan menghasilkan Big Bertha yang berkepala besar menyebabkan orang yang baru berjinak dengan golf atau tidak pernah memegang kayu golf tiba-tiba menyukainya dan termotivasi kerana setiap pukulannya kena kepada bola berbanding dengan club yang berkepala kecil.

Pilihan lain kepada Callaway ialah mencipta permainan lain yang menggunakan bola yang lebih besar, dengan yang demikian nama permainan itu bukan lagi golf. Itu bermaksud Callaway terus keluar daripada keseluruhan pasaran.

Dari situ dapat dilihat Callaway telah keluar dari kelompok persaingan menjual set golf kepada kumpulan yang sama dan terhad kepada mencipta pasar baru iaitu mereka yang mulanya bukan pemain golf. Hasil ciptaan itu rupanya memberi kesan juga kepada pemain golf sedia ada dan yang telah lama kerana dengan set baru itu skor pukulan mereka menjadi lebih baik.

Akhirnya untuk tempoh satu masa Callaway bukan sahaja mencipta pelanggan baru tetapi berkesudahan telah membolot keseluruhan pasaran yang pada mulanya dia hanya bertujuan melakukan segmentation.

Dalam dunia pasaran perniagaan, sekiranya sesuatu produk itu menguntungkan pasaran akan cepat menjadi crowded. Mereka yang letih bersaing dengan margin keuntungan yang kian mengecil dan kos pemasaran terasa tinggi akan cepat-cepat keluar dari pasar yang terlalu 'macet' lalu mencipta pasar baru.

Adakah UMNO masih terasa selesa dalam pasar yang sedia ada atau berminat mencipta pasar baru untuk menukar non-players menjadi pemain UMNO yang bertenaga dan meriah?

Sekali lagi UMNO dilihat perlu menstrukturkan dirinya bagi mencipta pengkhususan untuk membolehkannya mencipta pasar-pasar baru untuk mencipta pula pelanggan baru dan berulang. Untuk mencipta pasar baru kapten pemasaran mesti sangat kreatif dan penuh taktikal.

Jika pasukan bola Harimau Malaysia sudah mula memikirkan untuk mengadakan pasukan pakar taktikal, mungkinkah UMNO juga demikian atau UMNO memang sudah memilikinya?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Sentuhan kreatif kayu terbuang

Posted:

Sentuhan kreatif kayu terbuang

Sentuhan kreatif kayu terbuang

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar AHMAD ZAKKI JILAN


Raja Abdul Rahim membersihkan kayu hanyut yang baru dinaikkan dari sungai.


MENGHIAS rumah dengan memanfaatkan alam semula jadi seperti kayu hanyut memang ada keistimewaannya.

Ia umpama menghargai setiap pemberian Allah SWT dengan mengolahnya menjadi satu perhiasan indah untuk kediaman.

Bahan terbuang seperti kayu hanyut yang diambil dari laut, sungai dan hutan bakau sebenarnya boleh ditransformasi menjadi satu gubahan hiasan bunga yang sangat menarik.

Namun untuk menghasilkannya bukanlah satu proses yang mudah sebaliknya memerlukan kesabaran, ketelitian serta kreativiti.

Pengusaha perhiasan kayu hanyut dari Melaka, Raja Abdul Rahim Raja Hussin, 51, berkata, proses menghasilkan perhiasan ini memang memerlukan komitmen yang tinggi.

"Mencari kayu hanyut di sungai perlukan kesabaran, ketelitian dan minat yang mendalam kerana ia membabitkan kerja-kerja yang remeh

"Selain perlu meredah paya dan sungai, tunggul-tunggul kayu hanyut tersebut perlu di'rawat' melalui proses pembersihan, pengeringan dan kemudian di varnish untuk membabitkan seri serta meningkatkan ketahanannya," jelas Raja Abdul Rahim yang ditemui di premis perniagaannya yang terletak di Bandar Hilir, Melaka, baru-baru ini.

Bagaimanapun tidak semua kayu hanyut yang dijumpai boleh digubah menjadi perhiasan kerana hanya bahagian tertentu seperti akar, pangkal dan perdu pokok sahaja yang boleh diolah menjadi perhiasan atas faktor ketahanan dan nilai-nilai estetikanya.

Sejarah penglibatan

Menceritakan tentang penglibatan awal dalam perniagaan kayu hanyut ini, Raja Abdul Rahim berkata, ia bermula ketika dia dan isterinya bersiar-siar di tepi laut.

"Saya nampak banyak kayu hanyut, kebanyakannya kayu bakau, terdampar di pantai. Sekilas pandang ia nampak cantik dengan urat-urat kayu yang seolah-olah ada karakter tersendiri.

"Saya sempat kutip dan bawa balik ke rumah untuk dan terfikir untuk jadikan hiasan, tapi malangnya eksperimen pertama tidak menjadi.

"Tiga tahun saya bereksperimen sebelum mengambil keputusan mengkomersialkan gubahan bunga daripada kayu hanyut.

"Kebetulan saya memang minat gubahan bunga, jadi memang tiada masalah untuk saya menghasilkan gubahan-gubahan yang menarik.

"Cuma saya terpaksa mencari jalan untuk memastikan kayu tersebut tahan lama, tidak mudah dimakan anai-anai dan tidak lapuk," ujarnya.

Proses untuk menyiapkan satu gubahan ini mengambil masa lebih kurang empat hari.

Bagi Raja Abdul Rahim, sentuhan gubahan bunga kayu hanyut hanya dilakukan setahun sekali iaitu pada bulan Ramadan.

Ini kerana sambutan terhadap perhiasan menggunakan sisa kayu reput itu ada permintaannya terutama di kalangan suri rumah yang ingin menghias rumah sempena Hari Raya.

"Istimewanya gubahan kayu hanyut ini ialah ia tidak mempunyai sudut-sudut tertentu, mana-mana bahagian pun boleh menjadi fokus kerana setiap sudut mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri.

"Tambahan lagi ia amat unik, satu gubahan tidak akan menyerupai gubahan lain kerana struktur kayu hanyut yang diambil di laut atau sungai tidak akan ada dua yang sama," jelasnya yang memulakan perniagaan gubahan bunga kayu hanyut bermula Ramadan tahun lalu.

Menurut Raja Abdul Rahim, kebiasaannya bunga digubah dalam pasu dan bekas plastik. Namun dengan kreativiti yang ada padanya gubahan bunga di atas kayu hanyut ini tampak seperti landskap asal.

Malahan ia nampak seperti tunggul kayu yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.

"Sebenarnya bahan terbuang yang orang lain tidak terfikir akan memberikan manfaat inilah boleh menjana pendapatan ketika Ramadan dan Aidilfitri.

"Banyak manfaatnya jika kita pandai mengolah hasil alam semula jadi termasuklah dari kayu hanyut seperti ini," jelasnya.

Tambahan pula, gubahan bunga dengan kayu hanyut ini boleh didapati dalam pelbagai saiz dan amat sesuai dihias di pelbagai sudut dalam kediaman.

Sebagai contoh di atas meja kopi, sudut tangga, di atas rak, peti sejuk dan boleh juga di satu sudut sebagai penyeri dapur.

Hiasan ini juga bukan saja sesuai untuk rumah, malah di lobi hotel dan pejabat.

Bagi mereka yang menghargai keindahan pastinya mengakui melihat kepada gubahan ini mampu memberi ketenangan.

Selain itu gubahan ini membuktikan bahawa pelbagai inspirasi mampu dizahirkan walau pun dengan hanya menggunakan kayu hanyut yang mungkin tiada nilainya pada pandangan mata sesetengah orang.

"Sebenarnya keindahan memberikan begitu banyak erti bagi seseorang, ia memberikan ketenangan, kelegaan dan umpama satu terapi yang melegakan minda dari pelbagai tekanan.

"Melihat gubahan bunga kain di atas kayu hanyut ini juga salah satu cara terapi terbaik untuk minda seseorang," ujar Raja Abdul Rahim menutup bicara.

Bagi yang berminat gubahan kayu hanyut ini dijual mengikut saiz dari harga RM70 hinggalah RM350 untuk satu gubahan.

Bagi yang berminat mendapatkan gubahan bunga dari kayu hanyut ini boleh menghubungi 013-6384098 atau 013-6384099.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kibarkan Jalur Gemilang

Posted:

Kibarkan Jalur Gemilang

Kibarkan Jalur Gemilang

RAMAI yang mungkin mengambil kiraan mudah bila diajukan soalan ini - Sudah berapa tahun Jalur Gemilang berkibar di tanah air ini?

Lima puluh empat tahun, tentunya jika berdasarkan sambutan Hari Kebangsaan negara pada 31 Ogos ini.

Sebenarnya Jalur Gemilang dengan 14 jalur merah putih, bulan dan bintang empat belas pecahan berwarna kuning yang berlatar belakang warna biru di satu sudut itu, sudah berkibar tujuh tahun sebelum merdeka.

Empat belas jalur merah dan putih melintang yang sama lebarnya menandakan keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan. Warna biru tua di atas sebelah kiri yang mengandungi anak bulan, ialah lambang agama Islam, agama rasmi negara.

Bintang pecah empat belas pula ialah tanda perpaduan 13 buah negeri dan kerajaan persekutuan.

Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna diraja bagi raja-raja Melayu.

Bendera kebangsaan dicipta daripada satu pertandingan pada November 1949.

Enam bulan selepas itu Raja Britain, King George ke-VI mengarahkan bendera itu dikibarkan sebagai bendera baru Persekutuan Tanah Melayu pada 26 Mei 1950.

Beberapa pengubahsuaian dilakukan terhadap corak asal bendera itu sehinggalah secara rasminya ia dinamakan Jalur Gemilang pada 1997, ketika negara berusia 40 tahun.

Ramai pula yang bila ditanya sama ada mempunyai Jalur Gemilang dalam simpanan mereka, mengakui sekurang-kurangnya mempunyai sehelai sebagai simpanan peribadi di rumah.

"Saya memang ada Jalur Gemilang, malah saya ada tiga bendera," kata seorang pesara kerajaan.

Yussof Ahmad yang menetap di Sungai Buloh berbangga kerana setiap hari beliau mengibarkan tiga bendera pada tiang di halaman rumahnya — Jalur Gemilang, bendera negeri Selangor (sebab beliau menetap di Selangor) dan Perak (negeri kelahiran).

Kenapa perlu beli bendera setiap tahun? Itu yang ditanya Abdul Rahman Zainuddin, dari Kuching, Sarawak, sebab beliau lebih suka membuat bendera sendiri, mewarnakan kain putih dengan warna Jalur Gemilang.

"Usah beli, buat saja. Cari kain putih yang tebal dan warnakan," katanya.

Baginya bendera yang dibuat sendiri akan lebih dihargai, disimpan dengan lebih baik selepas digunakan kerana bendera buatan sendiri mendatangkan kebanggaan kepada pembuat serta pemiliknya, setiap kali ia dikibarkan.

Harga sehelai Jalur Gemilang yang berukuran lebih kurang 1.5 meter x 1 meter kini tidak lebih daripada RM15 manakala yang bersaiz kecil untuk hiasan pada kenderaan berharga tidak lebih daripada RM5 satu, bergantung kepada kualitinya.

Jika harga bendera tidak mahal, kenapa begitu sukar untuk setiap orang membeli dan memilikinya? Seperti kata Voon Miaw Ping, bukan perlu dibeli selalu.

"Saya guna semula yang sudah ada di rumah. Semua warganegara Malaysia sepatutnya ada sehelai Jalur Gemilang di dalam simpanan mereka, menghairankan kalau tidak ada," tegas Voon.

Kebanggaan memilik Jalur Gemilang bukan sepatutnya satu trend tetapi sudah sedia tersemat di sanubari. Setiap kali Hari Kebangsaan dan setiap kali program kibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kemerdekaan, masing-masing rakyat sudah sepatutnya bersedia mengeluarkan bendera masing-masing.

Tidak perlu menunggu bendera percuma yang diagih-agihkan, tidak perlu mempersoal harga sehelai Jalur Gemilang.

Adila Salim, 19 merasakan semangat merdeka biasanya membara bila bulan perayaan kemerdekaan dilancarkan.

"Saya sokong sekiranya Jalur Gemilang dapat kita kibarkan setiap hari untuk sepanjang tahun dan bukan untuk minggu-minggu sebelum sambutan ulang tahun kemerdekaan saja," kata Adila dengan nada bangga.

Pelajar institut pengajian tinggi swasta ini berkata memang tidak dinafikan semangat patriotik seorang warganegara lebih menyerlah dan hangat dirasai ketika kerancakan sambutan bulan kemerdekaan. - BERNAMA

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kata dua buat DBKL

Posted:

Kata dua buat DBKL

Kata dua buat DBKL

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


PENDUDUK Kampung Sungai Penchala, Segambut, Kuala Lumpur membuat perhimpunan aman di kawasan tembok yang dibina oleh DBKL bagi membantah penutupan Jalan Datuk Sulaiman 1 di situ.


KUALA LUMPUR 8 Ogos - Selama kira-kira 30 tahun sebelum ini penduduk Kampung Sungai Penchala, Segambut hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk ke Taman Tun Dr. Ismail (TTDI).

Namun kini Jalan Datuk Sulaiman 1 yang mereka gunakan untuk ke taman perumahan itu telah ditutup oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tanpa memaklumkan kepada penduduk akan sebab-musababnya.

Sejak dua bulan lalu, DBKL telah membina tembok batu penghadang sepanjang tiga meter di Jalan Datuk Sulaiman 1 untuk memastikan jalan itu tidak boleh digunakan untuk menyeberang ke TTDI.

Tindakan DBKL ini benar-benar membuat penduduk bengang, apatah lagi mereka tidak dimaklumkan mereka tindakan itu dilakukan.

Sehubungan itu, penduduk kampung menggesa DBKL membuka tembok berkenaan atau menghadapi tindakan saman daripada mereka.

Pengerusi persatuan penduduk di situ, Datuk Abdul Hassan Mohd. Rashid berkata, penutupan jalan itu bukan sahaja menyalahi undang-undang kerana ia merupakan jalan awam, tetapi pada masa sama akan melibatkan perkara lain iaitu pengambilan lapan lot tanah milik penduduk kampung berkenaan untuk jalan baharu bagi menghubungkan dengan projek perumahan berhampiran yang sedang giat dijalankan.

Katanya, walaupun sebelum ini pihak pemaju bersedia menaik taraf jalan sedia ada dan menanggung sepenuhnya kos berkenaan, DBKL tetap menutup Jalan Datuk Sulaiman 1 tanpa memberi penjelasan sewajarnya.

"Kami tidak faham kenapa DBKL sanggup membelanjakan RM8 juta hingga RM10 juta mengambil tanah penduduk bagi membina laluan baru.

"Ini dilakukan semata-mata atas desakan seorang individu berkepentingan, sehingga memaksa mereka melupakan kepentingan awam terutama melibatkan kira-kira 12,000 penduduk kampung," dakwa beliau ketika mengetuai sesi bantahan aman melibatkan kira-kira 50 penduduk dan pemilik tanah di kampung berkenaan.

Seorang penduduk, Yahya Arifin, 59, berkata cara pengambilan lapan lot tanah milik penduduk oleh pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PTGWP) juga seolah-olah dilihat cuba menafikan hak mereka sebagai tuan tanah.

Katanya, ia bukan berkaitan soal duit atau pampasan, tetapi mengenai hak milik mereka.

"Lebih mengecewakan, ada pihak tertentu cuba menghasut penutupan tersebut wajar bagi mengurangkan jenayah. Kenyataan ini seolah-olah menuduh kami, penduduk di Kampung Sungai Penchala sebagai pencuri dan penyamun," katanya.

Turut melahirkan rasa kesal ialah Norhasinah Muhatab, 42.

Surirumah itu mengakui terkilan dengan tindakan DBKL dan PTGWP yang disifatkan tidak peka dengan kehendak dan kepentingan majoriti rakyat di situ.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

SMK Segambut Jaya lancar Sijil Infaq Wakaf

Posted:

SMK Segambut Jaya lancar Sijil Infaq Wakaf

SMK Segambut Jaya lancar Sijil Infaq Wakaf


Surau sedia ada di SMK Segambut Jaya, Segambut, Kuala Lumpur hanya mampu diisi 400 orang sedangkan sekolah itu mempunyai kira-kira 900 pelajar.


KUALA LUMPUR 8 Ogos - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Segambut Jaya di sini telah melancarkan kempen Sijil Infaq Wakaf Bina Surau Jumaat untuk mengutip dana bagi membina surau di sekolah terbabit.

Sijil-sijil ini akan diedarkan kepada setiap pelajar untuk diberikan kepada orang ramai yang ingin menderma sehingga Oktober depan.

Pengetuanya, Muhamad Khailani Abd. Jalil, berkata, setiap pelajar akan diberikan satu set sijil, di mana setiap satu set bernilai RM1,000.

Katanya, dalam set tersebut akan terdapat sijil-sijil yang bernilai RM100, RM50 dan RM10, yang akan diberikan kepada orang ramai yang menderma.

"Sijil Infaq Wakaf ini adalah program fasa kedua yang dilakukan dalam usaha mengutip dana bagi membina surau ini. Fasa pertama iaitu program kayuhan amal yang telah diadakan sebelum ini berjaya mengutip RM30,000.

"Sehingga kini kami telah berjaya mengumpul sebanyak RM500,000 dalam usaha membina surau yang bernilai RM3.1 juta secara keseluruhannya," katanya selepas majlis pelancaran program itu di SMK Segambut Jaya di sini.

Pelancaran sijil tersebut telah dilaksanakan oleh Siti Hajar Omar yang mewakili Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup.

Turut diadakan majlis berbuka puasa untuk warga SMK Segambut Jaya dan 13 buah sekolah berasrama yang lain selepas majlis pelancaran tersebut.

Muhamad Khailani menjelaskan surau sedia ada hanya mampu menampung sebanyak 400 orang sahaja sedangkan keseluruhan pelajar SMK Segambut Jaya ialah kira-kira 900 orang.

"Setiap kali Jumaat juga, kami terpaksa menghantar pelajar-pelajar ini ke masjid-masjid sekitar ibu kota dengan mengunakan perkhidmatan lapan buah bas itu.

"Pihak sekolah harus mengeluarkan perbelanjaan RM6,000 sebulan untuk perkhidmatan bas

"Diharap apabila surau baru siap dibina segala kesulitan akan berakhir seterusnya mampu memberi keselesaan kepada warga SMK Segambut Jaya melaksanakan ibadat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Houz Depot sedia 5,000 bungkus bubur lambuk setiap hari

Posted:

Houz Depot sedia 5,000 bungkus bubur lambuk setiap hari

Houz Depot sedia 5,000 bungkus bubur lambuk setiap hari


MHD. Amin Nordin (tiga dari kiri) turut memasak bubur lambuk untuk diberi percuma kepada orang ramai dalam program anjuran Houz Depot di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 8 Ogos - Pusat jualan barangan hiasan dan binaan, Houz Depot telah memperuntukkan sebanyak 5,000 bungkus bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai pada setiap hari sepanjang bulan Ramadan.

Ini merupakan kali kedua Houz Depot mengadakan program yang dinamakan 'Sebungkus Bubur Lambuk Sejuta Keinsafan' sejak ia dimulakan pada tahun lalu.

Pengarahnya, Mohd. Kamil Othman berkata, pihaknya tidak pernah lupa untuk memberikan sumbangan kepada orang ramai terutamanya pada bulan yang mulia ini.

"Syarikat kami juga akan menyumbangkan bubur lambuk kepada beberapa rumah kebajikan di Lembah Klang seperti Rumah Hope, Pusat Penjagaan Kanak-kanak Cacat Taman Megah, dan Rumah Charis," katanya pada majlis pelancaran program itu di Houz Depot di Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, baru-baru ini.

Majlis itu telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan dan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz.

Turut hadir Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (DBKL), Putrajaya dan Labuan, Roslan Dahaman bersama Pengasas Kristal Garam Himalaya, Borhan Syarif yang turut memberi sumbangan untuk program itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved