Rabu, 1 Jun 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


3 bebas dadah

Posted:

3 bebas dadah

3 bebas dadah

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my



BANGI - Tiga daripada enam atlet olahraga yang hilang daripada ujian doping, minggu lalu disahkan negatif daripada mengambil bahan terlarang, namun itu tidak bermakna isu berkenaan sudah selesai kerana Institut Sukan Negara (ISN) masih memburu tiga lagi atlet yang sudah 'menghilang' ke Bulgaria.

Ketua Pengarah ISN, Datuk Dr. Ramlan Abdul Aziz (gambar) semalam mengesahkan, semua sampel ujian doping melibatkan tiga atlet tersebut dihantar ke New Delhi, India melalui Agensi Antidoping Malaysia (Adamas), Rabu lalu sebelum keputusan diperoleh malam kelmarin.

Mereka yang disahkan negatif dadah ialah Siti Zubaidah Adabi, Siti Fatimah Mohamad dan Yi Yee Leng, manakala tiga lagi yang masih diburu ialah Norjannah Hafiszah Kamaruddin, Nurul Sarah Kadir serta Noor Imran Hadi. Menurut Dr. Ramlan berkata, tiga atlet tersebut adalah antara 11 atlet olahraga yang disahkan negatif.

"Pihak kami akan terus mencari baki tiga lagi atlet tersebut kerana ujian ini tetap perlu dijalankan walaupun mereka telah berada di luar negara.

"Ujian doping amat penting ke atas atlet yang belum menjalaninya kerana kami ingin memastikan mereka bebas daripada bahan terlarang,'' kata Dr. Ramlan pada sidang akhbar di Perkampungan Atlet Sukan Malaysia XIV, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini semalam.

Dr. Ramlan berkata, Jawatankuasa Pengurusan Keputusan yang dikendalikan oleh Adamas akan mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan bagaimana mereka dapat mencari tiga atlet di Bulgaria.

"Dalam mesyuarat itu mereka akan mencari jalan bagaimana hendak mengesan kita mencari tiga lagi atlet yang kini berada di Bulgaria.

"Pihak Adamas akan mendapatkan maklumat penuh daripada Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) berhubung lokasi atlet tersebut.

"Mereka juga akan memberi tempoh kepada badan olahraga itu untuk memastikan atlet terlibat menjalani ujian doping,'' jelas Dr. Ramlan.

Lapan lagi atlet olahraga yang turut disahkan negatif dadah adalah Yap Jeng Tzan, Tan Song Hwa, Lo Chong Sieng, Noraseela Mohd. Khalid, P.Yuvaraaj, Mohd. Jironi Ridzuan, Ganthimanthi dan Mathialagan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Terengganu, Kelantan dikawal ketat

Posted:

Terengganu, Kelantan dikawal ketat

Terengganu, Kelantan dikawal ketat

Oleh TAN MING WAI
tan.mingwai@utusan.com.my


Hamidin Mohd. Amin (dua dari kiri) bersama Ahli Jawatankuasa Pengelola perlawanan akhir Piala FA mendengar penerangan daripada Penolong Setiausaha Agung FAM, Fuad Ahmad (duduk) ketika meninjau keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil , semalam. - Bernama


KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan berkompromi mengenai tahap keselamatan perlawanan akhir Piala FA membabitkan dua pasukan Pantai Timur, Terengganu menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, 11 Jun ini.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengerah 2,430 anggotanya, sambil dibantu 400 anggota Ikatan Sukarelawan Malaysia (RELA) bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam di dalam dan luar stadium terkawal sepanjang perlawanan itu.

Sambil menyifatkan peningkatan jumlah anggota polis yang dikerah sebagai perkara biasa, Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin melahirkan penghargaan terhadap pihak polis di atas komitmen agensi penguatkuasa itu membantu FAM dalam setiap perlawanan penting.

"Kita semua tahu dalam mana-mana perlawanan akhir, ada segelintir peminat yang mungkin gagal mengawal emosi.

"Jadi, isu tahap keselamatan amat penting dan kita tidak boleh leka. Ia patut berada pada tahap maksimum dari awal sehinggalah selesai perlawanan," kata Hamidin selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengelola perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Datuk Salleh Mat Rashid, pengurus Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh dan pengurus Kelantan, Azman Ibrahim.

Berhubung perbuatan menyeludup masuk barang larangan terutama mercun, Hamidin mengakui ia sukar dibendung, namun sepihaknya dan polis akan cuba mengurangkannya.

Terdahulu, Hamidin bersama sekumpulan pegawai FAM memeriksa keadaan padang dan sekitar Stadium Nasional.

"Selepas menjalankan pemeriksaan ke stadium dan padang hari ini, saya boleh katakan padang berada dalam keadaan terbaik.

"Kemudahan bilik persalinan dan doping juga dalam keadaan yang sangat bagus,'' katanya.

Dalam pada itu, Hamidin turut mengumumkan sejumlah 60,000 tiket, masing-masing 30,000 bagi penyokong Kelantan dan Terengganu akan mula dijual oleh persatuan bola sepak negeri, Isnin depan.

Sementara baki 25,000 keping tiket pula akan dijual di kaunter tiket Stadium Nasional sehari sebelum perlawanan akhir berlangsung, 11 Jun ini.

Ia akan mula dijual seawal jam 9 pagi hingga 7 malam. Sekiranya tidak habis dijual, penjualan tiket akan diteruskan pada keesokan harinya.

Tiket dijual pada harga RM50 bagi tempat duduk grandstand, RM30 (teres) dan RM5 bagi kanak-kanak.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Bayi baru lahir mati dicampak

Posted:

Bayi baru lahir mati dicampak

Bayi baru lahir mati dicampak

Oleh ASSIM HASSAN dan ABDUL YAZID ALIAS
pengarang @utusan.com.my


Polis mengangkat mayat bayi yang ditemui mati dicampak dari tingkat tinggi Pangsapuri Sentul Utara, Sentul, tengah malam semalam.


KUALA LUMPUR 1 Jun - Seorang wanita terkejut apabila kenderaan dipandunya nyaris melanggar mayat seorang bayi lelaki yang dipercayai dicampak dari tingkat tinggi Pangsapuri Sentul Utara di sini, tengah malam tadi.

Wanita berusia lingkungan 40-an itu sedang mencari tempat letak kereta terkejut apabila ternampak satu bungkusan plastik merah yang pada mulanya disangkakan anak patung.

Namun, apabila diperiksa, bungkusan plastik itu berisi mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir dengan kepalanya telah pecah.

Terkejut dengan penemuan itu, wanita berkenaan segera memaklumkan kejadian tersebut kepada jirannya yang kemudian menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan memberitahu, dalam kejadian pukul 12 tengah malam, pihak polis yang menerima maklumat mengenai penemuan itu bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, sebaik sahaja tiba, polis melakukan pemeriksaan menyeluruh dan turut menemui uri bayi itu di dalam bungkusan plastik tersebut.

"Polis percaya, individu yang mencampak bayi tersebut mahu membuang bayi itu dari tingkat tinggi pangsapuri terus ke dalam sebuah tong sampah.

"Ini kerana tempat pembuangan sampah pangsapuri itu hanya terletak kira-kira tiga meter dari tempat bayi malang itu ditemui," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Pangsapuri itu mempunyai beberapa buah blok dengan ketinggian 16 tingkat.

Polis, menurut beliau, sedang mengesan pelaku jenayah kejam itu namun ketika ini, belum ada tangkapan dilakukan.

Beliau berkata, siasatan turut menjurus kepada sama ada bayi itu telah mati sebelum dicampak atau meninggal dunia akibat kecederaan selepas dibuang dari tingkat tinggi.

Mayat bayi itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, seorang saksi, Amirun Sharubaini, 23, berkata, dia dimaklumkan oleh jiran mengenai kejadian itu dan ternampak mayat bayi tersebut di kawasan lapang kediaman berkenaan.

Katanya, ketika menghampiri mayat itu, dia nampak bayi berkenaan dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan pecah di tempurung kepala.

"Keadaan mayat bayi itu amat menyedihkan. Saya dimaklumkan yang bayi itu baru dilahirkan," katanya ketika datang ke pejabat Utusan Malaysia di Shah Alam, Selangor hari ini.

Amirun yang tinggal di pangsapuri itu sejak 1996 berkata, pihak polis tiba di tempat kejadian tidak lama kemudian untuk memeriksa mayat bayi berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rumah baru beli disimbah cat

Posted:

Rumah baru beli disimbah cat

Rumah baru beli disimbah cat


SOO Hui Peng (tengah) menunjukkan laporan polis berhubung kejadian simbah cat merah di rumah barunya di Taman Seri Orkid, Skudai, Johor Bahru. semalam.


JOHOR BAHRU 1 Jun - Kegembiraan sebuah keluarga untuk berpindah ke rumah baru di Taman Seri Orkid di sini terbantut apabila bahagian hadapan rumah teres berkenaan telah disimbah dengan cat merah disyaki perbuatan ceti haram atau ah long.

Kejadian itu disedari keluarga tersebut yang datang untuk membersihkan rumah itu hujung minggu lalu.

Salah seorang ahli keluarga itu, Soo Hui Peng, 29, berkata, dia sekeluarga pada mulanya gembira kerana hendak masuk ke rumah baru yang dibeli oleh bapanya pada 21 Mei lalu.

Bagaimanapun, dia terkejut sebaik sahaja sampai di rumah tersebut apabila mendapati bahagian depan rumah disimbah dengan cat merah.

"Terdapat sekeping nota amaran digantung pada pintu hadapan rumah. Nota ugutan itu bukan ditujukan kepada keluarga saya tetapi kepada bekas pemilik rumah itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Biro Aduan Awam MCA Gelang Patah, Lim Soon Hai dan Ketua Biro Penerangan Parti Gerakan Johor, Ang Kian You.

Hui Peng memberitahu, rumah berharga RM270,000 itu dibeli oleh bapanya, Soo Ah Weng, 53, daripada seorang ejen hartanah setelah tertarik dengan harganya selain ia siap dilengkapi dengan perabot.

Bagaimanapun, katanya, bapanya hanya membuat pinjaman di bank dan bukan kepada ah long untuk membeli rumah tersebut.

"Kami berharap agar ah long tidak mengganggu kami sekeluarga kerana kami tidak pernah berurusan dengan mereka," katanya yang turut membuat laporan di Balai Polis Daerah Nusajaya kelmarin.

Sementara itu, Soon Hai berkata, pihaknya telah menghubungi pemilik asal rumah tersebut berdasarkan nombor telefon yang tertera pada nota yang digantung di pintu rumah itu.

Katanya, pemilik asal rumah itu mengaku pernah membuat pinjaman dengan lapan kumpulan ah long yang keseluruhannya berjumlah lebih RM100,000 dan berjanji akan membayar semula hutang tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Gandingan Hadi-Nasha mantap

Posted:

Gandingan Hadi-Nasha mantap

Gandingan Hadi-Nasha mantap


Nasharudin Mat Isa dan Nasruddin Hassan bersama barisan kepimpinan Pemuda Pas Pusat pada Majlis Perasmian Muktamar Pemuda Pas ke-52 di Dewan MBSA Shah Alam Selangor, malam tadi.


SHAH ALAM 1 Jun - "Gandingan sedia ada sudah mantap dan tiada sebarang masalah antara mereka mahu pun kepada parti."

Demikian tegas Timbalan Musyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din ketika ditanya mengenai gandingan antara Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan Timbalannya, Nasharudin Mat Isa.

Menurut beliau, sepanjang pengamatannya, tiada sebarang masalah dalam gandingan Abdul Hadi dan Nasharudin, malah keberkesanan gandingan mereka juga diakui oleh banyak pihak.

Bagaimanapun, jelas Haron, siapa bakal Timbalan Presiden yang bakal dipilih untuk bergandingan dengan Abdul Hadi selepas pemilihan kali ini, terletak pada tangan para perwakilan.

Mengenai kelangsungan kepimpinan ulama kali ini, Timbalan Mursyidul Am itu berkata, beliau mendokong penuh ketetapan yang dibuat pada muktamar 1980 yang menetapkan bahawa presiden harus seorang ulama.

Katanya, sebagai seorang Timbalan Mursyidul Am, beliau wajib mempertahankan kepimpinan ulama dalam Pas, yang mana pemahaman kepada konsep tersebut adalah presiden dan timbalannya mesti ulama.

"Benar dalam konsep kepimpinan ulama, jawatan tertinggi mana yang perlu diisi oleh ulama dibiarkan 'tergantung'. Tapi sudah menjadi ketetapan bahawa presiden mesti seorang ulama dan timbalannya juga begitu.

"Ini kerana, andai kata berlaku sesuatu kepada presiden sehingga memaksa timbalannya mengambil alih, maka pada masa itu jika timbalan seorang profesional, ia bertentangan dengan ketetapan muktamar 1980.

"Jika hal ini berlaku, akan wujud satu keadaan yang pada saya tidak menguntungkan Pas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib dan calon Naib Presiden, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang mahu kepimpinan ulama dikekalkan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai dakwaan pelbagai pihak termasuk Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan bahawa wujud 'pengacau' yang cuba 'mencatur' pemilihan Pas, beliau tidak menolak kemungkinan itu.

Katanya, adalah menjadi perkara biasa bagi sebuah parti politik di Malaysia apabila pihak luar cuba untuk 'membaling batu' bagi mencetuskan pergolakan dalaman sesebuah parti lawan mahu pun rakan.

"Saya sendiri tiada maklumat tetapi saya percaya dakwaan Nasruddin itu dibuat berlandaskan fakta dan bukti kerana di dalam Pas kami tidak dididik untuk memfitnah orang lain," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pas tidak berganjak dari dasar Islam

Posted:

Pas tidak berganjak dari dasar Islam

Pas tidak berganjak dari dasar Islam


Nasarudin Mat Isa berucap pada majlis perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali ke-52 di Audiotorium MBSA, semalam.


SHAH ALAM 1 Jun - Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa malam ini menegaskan bahawa parti itu sama sekali tidak akan berganjak daripada prinsip asalnya berteraskan al-Quran dan hadis walaupun menjadi sekutu kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Katanya, penegasan itu sudah termaktub amat jelas dalam perlembagaannya bahawa dasar perjuangan Pas adalah Islam.

''Inilah manhaj dan main essence yang telah digariskan oleh Rasulullah SAW yang kemudiannya diikuti para sahabat, direntasi dengan gigih oleh para mujahid dakwah dalam era negara bangsa moden masa kini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat, di sini.

Nasharudin yang akan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-57 Jumaat ini, turut menyeru ahli-ahli Pas menolak sebarang amalan politik berlandaskan matlamat menghalalkan cara yang cuba diserapkan ke dalam parti berkenaan.

''Pas sebagai sebuah parti politik Islam akan terus memainkan peranan utamanya meletakkan al-Quran, sunah, ijmak dan qiyas sebagai sumber sahih rujukan dan dasar perjuangannya dengan berteraskan kepada akidah ahli sunnah wal jamaah.

''Amalan syura yang berkesan pula akan membantu pimpinan mengemudi organisasi dengan cekap dan mendapat keredhaan Allah SWT.

''Gabungan tenaga di antara barisan pimpinan yang bijak dan pengikut yang setia di bawah manhaj yang tersusun kukuh akan menghasilkan natijah yang diharapkan dan bakal melahirkan Jundullah yang dinanti-nantikan," katanya.

Oleh itu tegas beliau, sebarang usaha yang dilakukan di luar kaedah-kaedah tersebut harus ditolak dan tidak dapat diterima sebagai amal-amal Islam.

''Ini kerana bagi kita yang mendukung Islam, 'tujuan tidak menghalalkan cara' politik ala-Machiavelli adalah haram dan tidak dapat diterima langsung. Kita mesti berani, bijak dalam berjuang kerana kebenaran dan kita menolak apa-apa yang batil dan mungkar walaupun daripada anggota dan jemaah kita sendiri," katanya.

Beliau berkata, ahli-ahli Pas juga mesti berani melakukan transformasi diri, tidak kira di peringkat mana pun mereka berada.

Dalam ucapan yang bertajuk 'Memantapkan Dan Mengemudi Jemaah Ke Arah Kejayaan', Nasharudin yang turut memaparkan hasrat pembangkang untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang menegaskan, ahli-ahli Pas perlu bersedia mengubah minda rakyat jelata.

''Kita mesti bersedia mengubah minda rakyat untuk benar-benar memahami misi kita dan apakah bentuk landskap politik yang akan kita bina jika kita berjaya menguasai Parlimen," katanya.

Oleh itu tegas beliau, Pas perlu mencari kaedah terbijak untuk melakukan transformasi kepada rakyat yang bakal mengubah kerajaan sedia ada dengan menyebelahi pakatan pembangkang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


120 murid miskin sertai Seminar Pendidikan UPSR YBK 2011

Posted:

120 murid miskin sertai Seminar Pendidikan UPSR YBK 2011

120 murid miskin sertai Seminar Pendidikan UPSR YBK 2011


SEBAHAGIAN daripada murid-murid yang menyertai Seminar Pendidikan UPSR YBK 2011 bergambar bersama Zainal Abidin Sakom (tengah) di Sekolah Kebangsaan Gedangsa, Kuala Kubu Bahru, baru-baru ini.


KUALA LUMPUR 1 Jun - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dengan kerjasama Unit Pendidikan Utusan Malaysia menganjurkan Seminar Pendidikan UPSR YBK 2011 di Sekolah Kebangsaan Gedangsa, Kuala Kubu Bahru, baru-baru ini.

Penganjuran seminar itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kaedah, tip serta teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul bagi memperoleh keputusan yang cemerlang.

YBK dalam kenyataannya berkata, seminar itu sertai oleh 120 murid keluarga miskin di daerah Hulu Selangor yang melibatkan enam buah sekolah.

Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Selisek, SK Gesir Tengah, SK Gedangsa, SK Soeharto, SK Seri Fajar dan SK Keladang.

Selain slot menjawab soalan pelbagai mata pelajaran utama, pelajar juga mendapat tip dan panduan menulis karangan yang baik dalam peperiksaan UPSR menerusi Sisipan ADAP (Akhbar Dalam Pembelajaran).

"Pelajar juga diajar mengunakan akhbar sisipan ADAP dalam sesi pembelajaran pelajar," kata kenyataan itu.

Majlis perasmian penutup seminar itu disempurnakan oleh Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Mladic diseret ke The Hague

Posted:

Mladic diseret ke The Hague

Mladic diseret ke The Hague


PAKAR forensik Suruhanjaya Antarabangsa bagi Orang-orang Hilang (ICMP) berusaha mengenal pasti tulang-tulang mangsa pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica di pusat ICMP dekat Tuzla, semalam. - REUTERS


THE HAGUE 1 Jun - Bekas ketua tentera Serb Bosnia, Ratko Mladic akan dihadapkan ke tribunal jenayah perang di sini pada Jumaat ini selepas dia diekstradisi dari Serbia untuk menghadapi tuduhan melakukan pembunuhan kaum dan jenayah perang.

Setelah bermalam buat kali pertama dalam tahanan di sini dan menjalani pemeriksaan perubatan rutin, Mladic diberitahu dia mempunyai masa dua hari untuk menjalankan persiapan bagi sesi prosiding awal di tribunal jenayah perang di The Hague, menurut satu perintah mahkamah.

Mladic, orang paling dikehendaki di Eropah kerana didakwa mendalangi pembunuhan beramai-ramai paling kejam di benua ini selepas Perang Dunia Kedua, ditangkap di timur laut Serbia pada Khamis lepas dan diekstradisi ke Belanda semalam selepas hampir 16 tahun menjadi buruan.

Selepas rayuan Mladic untuk mengelakkan ekstradisi ditolak, sebuah pesawat kerajaan Serbia yang membawa bekas ketua tentera itu mendarat di lapangan terbang Rotterdam sebelum dia dibawa ke The Hague dengan kawalan ketat.

"Dia menjalani pemeriksaan perubatan mengikut prosedur biasa," kata jurucakap Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi bekas Yugoslavia (ICTY), Nerma Jelacic hari ini.

Mladic akan dibenarkan memilih seorang peguam daripada senarai peguam bertauliah yang disediakan oleh ICTY, katanya.

Pendakwa telah mendakwa Mladic, 69, atas tuduhan melakukan pembunuhan kaum, penindasan, penghapusan, pembunuhan, pengusiran, perbuatan tidak berperikemanusiaan dan kejam kerana peranannya dalam komplot untuk mencapai 'penghapusan atau pengusiran kekal' penduduk Islam dari sebahagian besar Bosnia dalam usaha mewujudkan sebuah 'Serbia Raya'.

Dia dituduh mendalangi pembunuhan beramai-ramai kira-kira 8,000 lelaki dan budak lelaki Islam di Srebrenica pada 1995.

Mladic juga didakwa berhubung kepungan ke atas Sarajevo selama 44 bulan mulai Mei 1992 sehingga menyebabkan 10,000 orang maut.- AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penunjuk perasaan Baju Kuning dilontar bom

Posted:

Penunjuk perasaan Baju Kuning dilontar bom

Penunjuk perasaan Baju Kuning dilontar bom


PASUKAN keselamatan menyiasat kawasan serangan di Yala, Thailand, kelmarin. - REUTERS


BANGKOK 1 Jun - Dua orang cedera apabila seorang penyerang yang menunggang motosikal melemparkan bom tangan buatan sendiri ke arah demonstrasi anti-kerajaan oleh penunjuk perasaan 'Baju Kuning' di tengah bandar Bangkok lewat semalam, kata polis.

Penyerang tersebut yang memakai topi keledar melarikan diri selepas serangan ke atas Perikatan Rakyat bagi Demokrasi (PAD) yang berkhemah berdekatan pejabat Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva sejak empat bulan lalu bagi membantah cara beliau menangani isu perbalahan sempadan dengan Kemboja.

Seorang penyokong PAD dan penjual aiskrim cedera akibat serangan bom itu berdekatan pentas ucapan oleh pemimpin parti berkenaan.

PAD yang berhaluan nasionalis, pernah mengadakan demonstrasi besar-besaran sebelum bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra digulingkan dalam rampasan kuasa tentera pada 2006.

Ia juga pernah mengadakan protes jalanan terhadap kerajaan pro-Thaksin dan menduduki dua lapangan terbang utama di Bangkok selama seminggu pada hujung 2008.

Thailand akan mengadakan pilihan raya umum pada 3 Julai ini.

Selepas berbalah dengan Abhisit, PAD menubuhkan partinya sendiri di mana ia akan meletakkan calon-calon dalam pilihan raya nanti tetapi pertubuhan itu kini dalam keadaan kucar-kacir.

Ini kerana pemimpin pergerakan Baju Kuning mahu penyokong menolak semua calon yang akan bertanding dalam pilihan raya itu.

Pesaing Baju Kuning, Baju Merah yang mengadakan protes di Bangkok dari Mac hingga Mei tahun lepas, pula menyokong parti pro-Thaksin, Parti Puea Thai.

Kempen pilihan raya setakat ini masih aman dan polis telah membatalkan satu undang-undang keselamatan ketat pada 24 Mei lalu ekoran keganasan politik dilihat tidak akan berlaku dan undang-undang sedia ada sudah mencukupi bagi mengawal keadaan.

Sementara itu di Yala, empat orang terbunuh manakala enam yang lain cedera dalam siri serangan bom dan tembakan dalam pergolakan di selatan Thailand hari ini, kata polis.

Seorang pegawai kerajaan dan seorang sukarelawan keselamatan, kedua-duanya beragama Islam, terbunuh dalam serangan bom tepi jalan di wilayah Yala awal pagi hari ini, turut mencederakan empat sukarelawan keselamatan yang lain.

Dalam kejadian tembakan berasingan semalam, seorang wanita beragama Buddha berusia 48 dan seorang lelaki Islam ditembak mati di wilayah Pattani manakala di Yala, serangan bom jalan mencederakan dua pegawai polis yang memberi perlindungan kepada guru tempatan. - Reuters/AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Memerang serang sangkar patin

Posted:

Memerang serang sangkar patin

Memerang serang sangkar patin

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my


Sekumpulan memerang menyerang sangkar ikan tanpa mengira siang atau malam.


TEMERLOH 1 Jun – Pengusaha ikan sangkar daerah ini berhadapan ancaman puluhan ekor memerang menyerang ternakan mereka.

Sebelum ini lebih 100 pengusaha ikan sangkar turut mengalami kerugian berikutan ternakan mereka dicuri pihak tidak bertanggungjawab.

Masalah itu bagaimanapun selesai ekoran beberapa tindakan daripada pihak berkuasa dan pihak pengusaha sendiri melakukan pelbagai inisiatif mengawal hasil mereka.

Kini, ancaman itu kembali lagi tetapi melibatkan kehadiran mamalia itu sehingga mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.

Seorang pengusaha, Nor Sirat Abd. Aziz, 33, berkata, sejak setahun lalu dia mengalami kerugian mencecah RM20,000 apabila ternakan ikan patin sangkar diserang memerang.

Menurutnya, kerugian yang ditaksirkan itu belum dicampur kerugian makanan ikan dan tempoh masa diambil untuk pengeluaran hasil sekurang-kurangnya enam bulan.

"Haiwan itu semakin bertambah dan bersarang di beberapa kawasan tebing sungai termasuk di Pulau Temerloh serta lubuk-lubuk utama sekitar Sungai Pahang dan Sungai Semantan," katanya di sini baru-baru ini.

Nor Sirat berkata, apabila sangkar dimasuki memerang, tumbesaran ikan yang diternak akan terbantut, cacat dan akhirnya mati.

Jelasnya, tidak ramai pengusaha yang mampu bertahan apabila haiwan ini menyerang ikan sangkar, akibatnya pengusaha mula 'gulung tikar' daripada menanggung rugi.

Seorang lagi pengusaha, Ridzuan Harun, 28, berkata, dia pernah terserempak dengan sekumpulan 20 ekor memerang yang memasuki sangkarnya.

Menurutnya, lebih 100 ikan patin mati dan beribu lagi terbantut tumbesaran sehingga mengalami kerugian beribu ringgit.

"Apabila kes curi tidak berlaku, timbul pula masalah memerang yang menyebabkan kerugian besar kepada penternak ikan sangkar," katanya.

Ridzuan menggesa pihak berkaitan supaya mengambil tindakan segera menyelesaikan masalah yang dihadapi penternak yang semakin rugi sejak kebelakangan ini.


Ternakan ikan patin dan tilapia sangkar sungai di Temerloh kini diancam serangan memerang hingga menyebabkan tumbesaran ikan terbantut dan mati.


Dalam pada itu, Pegawai Perikanan Daerah, Haris Lebai Yunus menggesa Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) turun padang meninjau sendiri masalah tersebut.

Menurutnya, Pejabat Perikanan Temerloh bersedia menghimpunkan pengusaha ikan sangkar untuk berdialog dengan Perhilitan mengenai masalah yang dihadapi.

"Selain meninjau dan berjumpa sendiri dengan pengusaha, Perhilitan boleh menggunakan kaedah mereka sama ada menangkap haiwan itu atau sebaliknya," ujarnya.

Haris berkata, Perhilitan sudah tentu mempunyai kaedah untuk menyelesaikan masalah dihadapi penternak dan Pejabat Perikanan bersedia memberikan kerjasama dalam menjayakannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perhilitan cari kaedah terbaik

Posted:

Perhilitan cari kaedah terbaik

Perhilitan cari kaedah terbaik

TEMERLOH 1 Jun - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang sedang mengenal pasti beberapa kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah memerang yang menyerang ternakan ikan sangkar di sini.

Pengarahnya, Khairiah Mohd. Shariff berkata, sepasukan kakitangan Perhilitan telah dihantar ke Sungai Pahang bagi tinjauan serangan yang dilakukan haiwan itu.

Menurut beliau, pihaknya akan mencari penyelesaian terbaik supaya tindakan akan diambil dengan tidak mengganggu habitat memerang terbabit dan pada masa sama penternak terbabit dapat meneruskan ternakan mereka.

"Perhilitan akan guna kaedah terbaik dan tidak akan mengambil tindakan membunuh kerana spesies ini dilindungi sepenuhnya.

"Memerang antara spesies terancam dan dilindungi sepenuhnya. Jika penternak berhadapan dengan serangan tersebut mereka dinasihati tidak membunuh sebaliknya terus berhubung dengan saya di talian 019-9142788," katanya di sini baru-baru ini.

Khairiah menambah, hasil tinjauan di beberapa kampung di daerah ini, pihaknya berjumpa dengan penternak ikan sangkar di Sungai Pahang selepas menerima aduan daripada penternak.

Katanya, Perhilitan akan menggunakan kaedah terbaik tanpa mencederakan haiwan itu dan merujuk kepada pakar memerang juga dari jabatan tersebut.

"Perhilitan juga menasihati penternak supaya tidak menembak spesies ini yang semakin berkurangan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

11 restoran sahut kempen gula

Posted:

11 restoran sahut kempen gula

11 restoran sahut kempen gula

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
utusanpahang@utusan.com.my


Pemilik kios serbaneka Eg Shop, Shahruddin Razali (kanan) mengambil inisiatif memberi diskaun 10 sen kepada pelanggan yang memesan minuman' kurang manis di kedainya di Kuantan, semalam.


KUANTAN 1 Jun – Sebanyak 11 restoran di negeri ini menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan kempen 'Kurangkan Gula, Kurangkan Belanja' bagi menggalakkan orang ramai mengurangkan bahan itu dalam minuman.

Timbalan Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Pahang, Alwi Abdul Hamid berkata, kempen itu membolehkan pengguna menikmati diskaun 10 sen daripada restoran terbabit sekiranya meminta kurangkan gula dalam minuman mereka.

Menurutnya, walaupun kerajaan menaikkan harga gula tetapi ia tidak menjejaskan pendapatan golongan peniaga dalam perniagaan mereka.

"Kempen itu akan diperluaskan ke restoran lain di negeri ini minggu depan dan berharap mereka turut sama menjayakannya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir Pengusaha Kumpulan Restoran Taj, Mohamad Tajuddin Ibrahim dan Pengusaha Restoran Meedah Tomyam, Norin Rahimi.

Alwi berkata, penglibatan tiga restoran terbabit dalam kempen itu amat dihargai kerana bukan sahaja memikirkan keuntungan tetapi juga kesihatan pelanggan mereka.

Bagi Mohamad Tajuddin, pihaknya menyokong usaha itu kerana ia adalah usaha baik dalam mendidik pelanggan mengamalkan gaya hidup sihat.

Katanya, langkah itu tidak menjejaskan pendapatan restorannya kerana harga yang ditawarkan mampu dibayar oleh pelanggan.

Selain itu, Norin berkata, dia akan bekerjasama dengan agensi kerajaan tersebut dalam meluaskan kempen terbabit kepada terhadap pengusaha restoran lain di negeri ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Sembelih anak: Bapa masuk Hospital Permai

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KOTA BHARU 1 Jun - Seorang bekas pengawal keselamatan yang didakwa menyembelih hingga mati anak lelakinya berusia tiga tahun pada tahun lalu diperintah oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini supaya dimasukkan ke Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru.

Kes liwat: Anwar fail permohonan hakim tarik diri hari ini

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 1 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi akan memfailkan permohonan supaya Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menarik diri daripada mendengar kes liwat yang dihadapinya.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Berikan mereka peluang

Posted:

Berikan mereka peluang

Berikan mereka peluang

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


Jasmi Shafie mengetuai PKOKM bagi memperjuangkan nasib golongan orang kerdil.


BAYANGKAN betapa sukarnya kehidupan ini jika semua yang ada di sekeliling kita dibesarkan sekali ganda daripada saiz asalnya.

Bolehkah kita melangkah untuk menaiki bas atau menekan loceng sebaik sahaja tiba ke destinasi?

Kemampuan diri ketika itu mungkin tidak lebih daripada apa yang mampu dilakukan oleh seorang kanak-kanak.

Itulah sebahagian kecil daripada kesukaran hidup yang dapat dirasai sekiranya kita meletakkan diri sebagai orang kerdil.

Selebihnya lagi adalah kata-kata ejekan dan senda dari mereka yang sering memandang rendah terhadap golongan itu.

Membesar dengan tubuh badan separuh daripada saiz manusia normal memberi pelbagai cabaran.

Bagaimanapun ketentuan Tuhan itu tidak pernah menghalang mereka untuk meneruskan kehidupan bersama-sama orang normal.

Bagaimanapun disebabkan masyarakat cenderung untuk mempersenda fizikal mereka, golongan orang kerdil lebih suka menyendiri dan bergaul sesama sendiri.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Orang Kerdil Malaysia (PKOKM), Jasmi Shafie mengakui golongan orang kerdil di negara ini kebanyakan kurang yakin terhadap kebolehan mereka sendiri.

"Mereka kurang keyakinan terhadap diri sendiri malah sebahagiannya mempunyai rasa malu yang sangat tinggi terhadap keadaan fizikal mereka.

"Mereka juga hidup dalam kepompong sendiri dan tidak mengetahui apa yang berlaku di sekeliling mereka," katanya ketika ditemui di pejabat PKOKM baru-baru ini.

Menurut Jasmi, keadaan ini sebenarnya sedikit sebanyak berpunca daripada stigma masyarakat yang lebih memandang kepada kekurangan berbanding kelebihan yang dimiliki oleh orang kerdil.

Pandangan-pandangan yang kurang menyumbang kepada pembinaan kendiri inilah yang cuba dihapuskan oleh PKOKM.

Menurut Jasmi, walaupun PKOKM kurang dikenali ramai, tetapi ia satu-satunya organisasi yang banyak berjasa terhadap golongan kerdil di negara ini.

Ia ditubuhkan pada 1985 di bawah Jabatan Kebajikan dan sehingga kini PKOKM mempunyai ahli seramai 596 orang.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh pertubuhan tersebut, dianggarkan terdapat seramai 2,000 orang kerdil di negara ini.

Menurut Jasmi, di Malaysia, mana-mana lelaki di bawah 4 kaki 8 inci (1.5 meter) dan perempuan di bawah 4 kaki 6 inci (1.4 meter) dianggap sebagai orang kerdil dan mereka dikategorikan di bawah Orang Kurang Upaya (OKU).

Mereka yang mempunyai saiz badan tersebut layak untuk menerima bantuan kebajikan namun perlu terlebih dahulu mendapatkan pengesahan dari seorang doktor sebelum menjadi seorang ahli PKOKM.

Salah satu peranan penubuhan organisasi itu ialah untuk membawa keluar golongan kerdil daripada 'kepompong' mereka dan sekali gus memasuki arus perdana.

Melalui bantuan yang diberikan oleh pertubuhan tersebut, secara tidak langsung, PKOKM membantu komuniti kerdil untuk lebih berkembang dengan menyediakan sokongan sosial, maklumat, peluang dan sumber-sumber yang diperlukan.

Istimewanya mengenai golongan tersebut menurut Jasni, majoriti orang kerdil mempunyai fikiran yang baik, jangka kehidupan biasa dan badan yang sihat.

Menurutnya, pengambilan makanan berkhasiat merupakan amalan paling penting buat mereka.

"Orang kerdil sentiasa menjaga diet harian mereka agar badan tidak terlalu besar untuk ditampung oleh kaki. Jika ia berlalu maka pelbagai lagi kerumitan lain akan bermula.

"Kami akan memujuknya agar dia menyertai pertubuhan ini kerana dengan berbuat demikian mereka boleh memanfaatkan masa dengan berinteraksi dengan rakan-rakan lain atau mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan PKOKM.

"Antaranya seperti pertandingan boling, futsal, badminton dan bola sepak dan kebiasaannya kami mengadakan perlawanan persahabatan dengan murid sekolah ataupun orang dewasa biasa," ujar bapa kepada tiga orang anak ini.

Melalui pembabitan dalam bidang sukan ia secara tidak langsung membolehkan golongan kerdil dikenali dan mudah didekati ramai.

Beliau berkata, pada masa lalu, golongan kerdil sukar untuk mencari pekerjaan kerana kebanyakan majikan menganggap mereka sebagai gangguan.

Walaupun demikian, tanggapan tersebut telah berubah perlahan-lahan dan golongan kerdil semakin diterima.

"Sekitar tahun 70-an, golongan kerdil memang sukar untuk mencari pekerjaan tetapi apabila masuk ke tahun 90-an banyak orang kerdil diberi peluang menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan berpeluang mendapat pekerjaan yang lebih baik.

"Alhamdulillah, hampir 80 peratus orang kerdil yang berdaftar dengan PKOKM telah mempunyai pekerjaan tetap.

"Kami juga bersyukur di atas bantuan kerajaan dan beberapa syarikat swasta yang banyak memberikan peluang kepada kami dengan menawarkan bantuan dengan menyediakan pekerjaan.

"Sambutan yang amat menggalakkan itu amat menggembirakan kami dan sehinggakan ada syarikat yang hendak menggunakan tenaga kerja orang kerdil tetapi kami tidak dapat sediakan," katanya.

Perasaan rendah diri di kalangan orang kerdil itu perlu dibendung agar orang kerdil lebih berkeyakinan terhadap keupayaan yang ada pada mereka.

"Kadang kala kami berasa malu ketika berada dalam masyarakat tetapi sebenarnya masyarakat tidak bertanggapan begitu walaupun ada juga terdengar suara nakal untuk menjadikan kami sebagai bahan ketawa.

"Biarlah mereka ketawakan kami tetapi mereka juga perlu sedar yang kami juga menyumbang ke arah kemajuan ekonomi negara.

"Bagi saya, kita perlu menerima siapa diri kita kerana rasa malu dan rendah diri tidak dapat membantu perkembangan diri sendiri sebaliknya membantutkan sahsiah sendiri.

"Bagi saya kerdil hanya ketinggian semata-mata, apa yang penting kami merupakan insan istimewa yang memiliki kelainan keupayaan," katanya yakin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerdil gangguan genetik

Posted:

Kerdil gangguan genetik

Kerdil gangguan genetik


semakin ramai golongan orang kerdil yang berjaya hingga ke menara gading. - Gambar hiasan


SECARA umum, kekerdilan dibahagikan kepada dua kategori iaitu, kerdil anggota tidak seimbang, di mana beberapa bahagian badan lebih kecil atau lebih besar daripada orang lain disebabkan perencatan dalam pertumbuhan tulang.

Manakala kategori yang lain pula, ialah kerdil normal, di mana saiz badan lebih kecil di semua bahagian.

Purata ketinggian seorang dewasa kerdil ialah 4 kaki (1.2 meter), tetapi kemuncak mereka dijangkakan berada pada ketinggian 2 kaki 8 inci (85 sentimeter)

Di Malaysia, mana-mana lelaki di bawah 4 kaki 8 inci (1.5 meter) dan perempuan di bawah 4 kaki 6 inci (1.4 meter) dianggap sebagai orang kerdil dan mereka dikategorikan di bawah Orang Kurang Upaya (OKU).

Kekerdilan biasanya berlaku oleh kerana gangguan genetik yang disebabkan oleh gen-gen yang tidak dikenali.

Kebanyakan kes kekerdilan berlaku akibat satu mutasi genetik rawak dari sperma bapa atau telur milik ibu.

Ini kerana, kedua ibu bapa normal boleh menghasilkan anak yang kerdil manakala dua ibu bapa kerdil pula boleh menghasilkan anak yang normal.

Kekerdilan datang dari semua latar belakang kehidupan dan etnik. Lebih daripada 80 peratus orang kerdil yang dilahirkan demikian datang dari keluarga normal.

Kedua ibu bapa mereka normal dengan bersaiz sederhana walaupun tiada sejarah kekerdilan dalam keluarga mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Lepas tampal makin teruk

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 1 Jun - Isu jalan rosak teruk di Jalan Genting Klang berhampiran Pusat Latihan Polis Tentera (Pulapot) sehingga ke susur keluar Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) pernah dilaporkan oleh media tidak lama dahulu.

Kereta bagaikan dilambung ombak

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 1 Jun - Rata-rata pengguna mengakui sengsara setiap kali menggunakan Jalan Genting Klang berhampiran Pusat Latihan Polis Tentera (Pulapot) sehingga ke susur keluar Lebuh raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Kebocoran paip semakin serius

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA LUMPUR 1 Jun - Penghuni Blok G, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di sini bimbang terhadap keselamatan mereka berikutan masalah kebocoran paip air yang mereka alami sejak setahun lalu semakin teruk dan masih gagal diatasi.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Masjid hijau: UTM beri kepakaran

Posted:

Masjid hijau: UTM beri kepakaran

Masjid hijau: UTM beri kepakaran

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my


PROF. Dr. Zaini Ujang menunjukkan replika masjid hijau yang bakal dibina pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTM, Mudra Tropika Sdn. Bhd. dan Dynac Sdn. Bhd. di UTM, Skudai Johor Bahru, kelmarin.


JOHOR BAHRU 31 Mei - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan memberi bantuan dari segi kepakaran untuk membangunkan Masjid Kolam Ayer yang berkonsepkan bangunan hijau pertama di negara ini.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan syarikat hartanah, Mudra Tropika Sdn. Bhd. (Mudra Tropika) dan pemaju, Dynac Sdn. Bhd. bagi membina masjid yang bernilai RM9 juta itu.

Beliau berkata, kerjasama tersebut akan meneroka satu usaha bersepadu dalam aspek seni bina bangunan hijau, perancangan dan perumahan lestari, pengurusan tenaga yang cekap, kesan karbon dan pelbagai bidang lain.

"Pihak universiti menerusi Institut Sultan Iskandar (ISI) untuk Habitat Perbandaran dan Bangunan Tinggi, iaitu syarikat berdaftar UTM yang menawarkan khidmat penyelidikan dan perundingan akan membantu dari segi kepakaran bagi membangunkan Masjid Kolam Ayer.

"Usaha ini juga adalah sebagai menyahut seruan kerajaan membudayakan kelestarian dan teknologi hijau dalam pembangunan. Untuk kerjasama kali ini tenaga pakar dari UTM akan membantu mengenal pasti reka bentuk bangunan, persekitaran serta landskap yang mampu membentuk persekitaran selesa yang mengambil kira aspek kesejahteraan alam sekitar," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum Persefahaman (MoU) antara UTM dengan Mudra Tropika yang diwakili Pengerusinya, Datuk Mohd. Rashidi Md. Noor serta Dynac Sdn. Bhd. yang diwakili Pengerusinya, Datuk Mohd. Naim Nasir di sini semalam.

Masjid di Jalan Kolam Ayer-Nong Chik akan dibina menggunakan teknologi baru iaitu Building Integrated Photovoltaics yang mana sistem inovatif pada bangunan akan menghasilkan elektrik melalui tenaga solar pada panel penyerapan cahaya yang diletakkan pada bumbung bangunan.

Bangunan tiga tingkat itu mampu memuatkan 2,000 jemaah dalam satu masa dan mempunyai ruang meletak kenderaan di bahagian bawah.

Tambahnya, melalui projek ini, ISI akan membantu arkitek dalam penjanaan tenaga suria, penggunaan air hujan, pengudaraan semula jadi yang optimum dan memaksimumkan pencahayaan semulajadi serta kecekapan akustik.

Katanya, masjid hijau yang akan siap sepenuhnya penghujung 2013 itu dijangka menjadi contoh reka bentuk masjid yang beridentitikan Johor, moden, mesra alam serta jimat tenaga.

"Selain memberi tumpuan kepada unsur reka bentuk yang responsif kepada alam persekitaran, ISI merancang menggunakan projek ini sebagai platform untuk mempelopori satu model penilaian kualiti bangunan masjid yang berlandaskan sunah," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UTHM proaktif perkasa pengajian diploma

Posted:

UTHM proaktif perkasa pengajian diploma

UTHM proaktif perkasa pengajian diploma

BATU PAHAT 31 Mei - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) mengambil langkah proaktif memperkasakan pengajian diploma dan menyasarkan pengambilan seramai 2,500 pelajar peringkat tersebut menjelang 2015.

Menurut kenyataan Pusat Pengajian Diploma UTHM, langkah itu diambil bagi memberi peluang yang lebih terbuka kepada pelajar untuk menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi selepas menamatkan pengajian diploma khususnya dalam bidang kejuruteraan dan teknologi maklumat.

Pihak universiti juga menawarkan kesemua pelajar diploma yang berada di semester terakhir dan menepati syarat ditetapkan untuk memasuki mana-mana program Ijazah Sarjana Muda yang bersesuaian di UTHM.

UTHM juga akan menawarkan 12 program diploma pada sesi pengajian 2012/2013 termasuk lima program baru iaitu Teknologi Kejuruteraan Awam, Teknologi Kejuruteraan Elektrik, Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Sains Gunaan.

Program diploma sedia ada yang ditawarkan UTHM adalah Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Awam serta Teknologi, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Elektrik serta Teknologi, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Mekanikal serta Teknologi dan Teknologi Maklumat.

Kata kenyataan itu, lebih banyak program baru sedang dirancang dan akan ditawarkan sebaik sahaja program-program tersebut diluluskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi.

Mulai pengambilan semester 1 sesi 2011/2012, empat program diploma dipendekkan tempoh pengajian daripada tiga tahun kepada dua setengah tahun tanpa mengurangkan jumlah kredit, isi kandungan kurikulum dan silibus program tersebut.

Program terbabit adalah Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan Elektrik, Diploma Kejuruteraan Mekanikal dan Diploma Teknologi Maklumat.

Bagi memperkasakan lagi program itu, Pusat Pengajian Diploma UTHM mempunyai Jawatankuasa Penasihat Industri untuk memberikan nasihat dan saranan terutamanya dalam penambahbaikan kurikulum supaya dapat memenuhi keperluan industri.

UTHM turut mempunyai tenaga pengajar berpengalaman dan berkelayakan, infrastruktur dan fasiliti termaju, pendekatan pembelajaran berasaskan hasil dengan tumpuan kepada pelajar berbanding kaedah biasa yang berfokuskan pensyarah, selain yuran serendah RM225 untuk satu semester.

Menurut kenyataan itu lagi, semua program-program Diploma yang ditawarkan di UTHM adalah diiktiraf oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Awam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved