Selasa, 4 Jun 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Saya pasti tinggalkan FAM - Azzuddin

Posted: 04 Jun 2013 10:58 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad yang sepatutnya memulakan tugas sebagai Setiausaha Agung Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) pada 1 Jun lalu menegaskan, beliau tetap akan meninggalkan FAM tidak lama lagi.

Menurutnya, beliau tidak dapat memulakan tugas barunya bersama AFF bukan kerana wujud masalah, sebaliknya disebabkan Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah belum dapat mencari pengganti untuk mengisi kerusi panas Setiausaha Agung di FAM.

Azzuddin menjangkakan pada pertengahan Jun ini segala persoalan siapa Setiausaha Agung FAM yang baru akan terjawab, seterusnya beliau akan memulakan tugas selaku Setiausaha Agung AFF.

"Masih belum ada sebarang arahan daripada Tuanku untuk saya menyertai AFF kerana baginda masih belum dapat keputusan siapa pengganti saya di FAM.

"Perkara ini telah diumumkan kepada seluruh pegawai AFF dan saya akan mula bertugas bersama AFF berkemungkinan selepas final Piala FA atau pertengahan Jun.

"Saya masih Setiausaha Agung FAM selagi belum mendapat sebarang arahan dari Tuanku selain nama calon baharu Setiausaha Agung FAM tidak diumumkan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Sebelum ini, Azzuddin diumumkan akan memulakan tugas selaku Setiausaha Agung AFF pada 1 Jun bagi menggantikan Datuk Seri Paul Mony Samuel yang melepaskan jawatan.

Ekoran pelantikan tersebut, Azzuddin perlu meninggalkan FAM dan badan induk bola sepak negara itu akan mendapat Setiausaha Agung yang baru.

Antara dua nama yang dikaitkan akan mengisi jawatan itu sebelum ini adalah Naib Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin dan Pengarah Pertandingan Gabungan Bola Sepak Asia (AFC), Windsor Paul John.

Azzuddin dilantik sebagai Setiausaha Agung FAM pada September 2007, bagi menggantikan Datuk Seri Dr. Ibrahim Saad.

Dalam masa sama, kelewatan pelantikan Setiausaha Agung FAM yang baru tidak patut diperbesarkan dan beliau yakin pelantikan akan diumumkan secara rasmi tidak lama lagi.

"Selagi saya tidak menghantar surat peletakan jawatan, saya akan kekal di FAM tetapi saya percaya perkara ini akan diumumkan secara rasmi," katanya.

Saingan musim ini lebih sengit - Zulfahmi

Posted: 04 Jun 2013 10:58 AM PDT

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Perlumbaan Moto3 musim ini jauh lebih sengit berbanding tahun lalu apabila menyaksikan peningkatan begitu ramai pelumba yang mampu memberikan tentangan dalam saingan kejuaraan motosikal dunia, akui pelumba negara, Zulfahmi Khairuddin.

Penunggang yang mewakili Red Bull KTM Ajo itu berkata, berbanding musim lepas, untuk perlumbaan 2013 begitu ramai pelumba yang tampil dengan jentera yang lebih kompetitif.

"Banyak pelumba tahun ini yang laju daripada tahun lepas. Tapi bila saya lihat semula keputusan tahun lalu, saya berasa tahun ini ada peningkatan," katanya yang kini berada di Mugello, Itali ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, semalam.

Untuk membuktikan pendapatnya itu benar, Zulfahmi memberitahu, pada tahun lalu, dia sering bermula pada kelompok depan, bagaimanapun menamatkan perlumbaan pada kedudukan belakang.

"Sebagai contoh saya bermula pada petak keenam dan saya menamatkan perlumbaan pada tempat ketujuh. Tetapi, tahun ini saya bermula dari petak ke-18, namun saya melengkapkan saingan lebih baik dari kedudukan yang saya catat pada sesi kelayakan," jelasnya.

Pelumba berusia 21 tahun itu turut mengakui tuah tidak berpihak kepadanya setakat ini apabila mencatat keputusan yang kurang memberangsangkan pada sesi kelayakan.

Tambahnya, perasaan gementar yang gagal dibuang jauh turut menjadi penyumbang kepada keputusan tersebut, selain halangan pelumba lain yang turut bersaing untuk mencatat masa terbaik pada sesi ujian masa.

"Saya sering melakar keputusan yang baik pada sesi latihan satu hingga tiga, tetapi setiap kali ujian masa dilaksanakan saya gagal memperoleh masa yang baik. Nampaknya tuah masih tidak menyebelahi saya setakat ini," ujarnya.

Sehubungan itu, Zulfahmi amat berharap pada perlumbaan berikut, dia dapat memperbaiki kedudukannya pada sesi kelayakan.

"Saya rasa saya bersedia untuk beri yang lebih baik atau 120 peratus terutama pada sesi kelayakan," tegasnya.

Malah Zulfahmi melahirkan keyakinan sekiranya berada pada petak yang lebih baik, dia mampu berada dalam kelompok pendahulu.

Mengenai perancangan menjelang perlumbaan di Catalunya pada 16 Jun ini, pelumba kelahiran Banting, Selangor itu berkata, pasukannya kini giat menjalani sesi ujian semalam di Mugello, Itali bagi menguji banyak peralatan untuk jentera barunya selain memberi tumpuan kepada teknik tunggangan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


52 dicekup leka main judi belangkas

Posted: 04 Jun 2013 10:36 PM PDT

Oleh OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI 5 Jun - Keseronokan 52 individu termasuk lima wanita bermain judi belangkas terbantut apabila polis menyerbu tempat perjudian itu yang terletak di sebuah rumah di Pekan Lama, Jalan Kuala Ketil sini petang semalam.

Ketika serbuan pada pukul 4.30 petang itu, kesemua mereka yang berusia 20 hingga 55 tahun berkenaan sedang sibuk membaling buah dadu dengan wang pertaruhan berjumlah RM10,108.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Asisten Superintendan Shaari Yaakob berkata, serbuan dilakukan selepas intipan dibuat sejak beberapa hari lalu.

"Kegiatan berkenaan bermula pada pukul 4.00 petang hingga 9.30 malam dan kebanyakan kaki judi merupakan penduduk tempatan.

"Polis percaya kegiatan itu telah dilakukan sejak beberapa minggu lalu," katanya ketika ditemui di sini. - UTUSAN ONLINE

Wanita hina Agong ditahan

Posted: 04 Jun 2013 10:58 AM PDT

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

Amar Singh

KUALA LUMPUR 4 Jun - Seorang wanita yang menggunakan nama Melissa Gooi di laman sosial Facebook yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah baru-baru ini, ditahan hari ini.

Wanita berusia 32 tahun itu ditahan di Taman Nirwana, dekat Ampang, Selangor pada pukul 9.30 pagi.

Menurut Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh, wanita itu ditahan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

Tambahnya, polis turut mencari empat individu lain iaitu Weennee Tan, Shuh Chien Loo, Hun Keat Wong dan Carol Tay bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Difahamkan, keempat-empat individu itu dicari setelah memuat naik komen yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong pada salah satu status Facebook milik Melissa Gooi.

Status dan komen terbabit tersebar meluas di internet sehingga mendapat bantahan ramai pihak menerusi laporan polis yang dibuat kerana didakwa biadab serta tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong.

Dalam perkembangan sama, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam kenyataan hari ini memberitahu, wanita terbabit ditahan setelah menyembunyikan diri apabila identitinya didedahkan oleh beberapa laman blog.

SKMM dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Polis Diraja Malaysia telah menahan wanita itu setelah mendapat maklumat daripada orang ramai.

SKMM juga sedang mengesan rakan-rakan wanita terbabit dan meminta mereka tampil bekerjasama bagi membantu siasatan," ujar kenyataan itu.

Kenyataan tersebut memberitahu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan suspek juga boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948.

Kami memandang serius penyalahgunaan media sosial dalam memuat naik kandungan serta komen-komen berunsur penghinaan terutama melibatkan institusi diraja Malaysia," ujar kenyataan itu lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


10 tahun hadapi banjir kilat

Posted: 04 Jun 2013 11:17 AM PDT

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com

RUMAH penduduk di Kampung Batu Satu, Temerloh kerap dinaiki air selepas hujan lebat.

TEMERLOH 4 Jun - Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) dan Majlis Daerah Temerloh (MDT) digesa menyelesaikan masalah banjir kilat di Kampung Batu Satu di sini yang dialami sejak 10 tahun lalu sehingga mengalami kerugian harta benda.

Selain itu, penduduk terbabit mahu kedua-dua pihak berkenaan membuat satu laluan baharu saliran air yang disifatkan boleh menyelesaikan masalah banjir di kampung tersebut.

Menurut salah seorang penduduk, Aminurashid Mohd. Norwawi, 63, punca sebenar banjir di kampung tersebut disebabkan laluan air bawah tanah berhampiran Jalan Bahagia kira-kira 200 meter dari kampung berkenaan tersumbat.

"Bila MPT dan agensi kerajaan berkaitan menggantikan pembentung lama ia tidak menyelesaikan masalah kerana laluan air bawah tanah yang tersumbat di tempat lain tetapi dikorek tempat lain.

"Saya bersetuju dengan cadangan Jabatan Parit dan Saliran (JPS) yang dibuat lapan tahun lalu supaya satu laluan baharu dibuat bagi menggantikan laluan air sedia ada yang didapati tidak lagi sesuai digunakan," kata Aminurashid kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Seorang lagi penduduk, Zulkifli Lani, 58, berkata, cadangan JPS itu hanya tinggal begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan diambil oleh pihak berkuasa seperti MPT dan MDT.

"Kedudukan Kampung Batu Satu sebenarnya dekat dengan Sungai Semantan dan jika cadangan JPS tersebut dilaksanakan ia lebih praktikal supaya air hujan daripada kampung kami mengalir ke sungai tersebut dengan lebih cepat.

"Masalah banjir yang berlaku sejak 10 tahun lalu sehingga sekarang menyebabkan kehidupan harian kami terjejas setiap kali hujan," ujarnya.

Bagi seorang pengusaha restoran, Izudin Mohd. Norwawi, 55, dia tidak membuka restoran miliknya sejak dua bulan lalu berikutan masalah yang dihadapi itu.

Menurutnya, masalah tersebut telah diajukan kepada pihak berkaitan namun masih tiada penyelesaian sebaliknya maklum balas diterima menyakitkan hati dan menuding jari menyalahkan pihak lain.

"Saya pergi MPT dia cakap bidang kerja JPS. Saya pergi sana dia cakap sini, macam mana nak selesai," katanya yang mengalami kerugian lebih RM5,000 kerana tidak dapat berniaga disebabkan kerap kali ditenggelami akibat banjir kilat.

Giatkan program inap desa Hulu Tembeling

Posted: 04 Jun 2013 11:17 AM PDT

Ahmad Nazlan Idris (enam dari kanan) bersama-sama sebahagian peserta projek inap desa dari Sarawak, Sabah dan Labuan sempena penyerahan keluarga angkat di Kuala Tahan, semalam.

JERANTUT 4 Jun - Penduduk, pengusaha pelancongan dan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) diminta menggiatkan program inap desa di Hulu Tembeling dan Taman Negara Kuala Tahan untuk merancakkan sektor pelancongan di samping dapat meningkatkan pendapatan para peserta.

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, inap desa antara usaha menambah pendapatan penduduk yang boleh dikaitkan dengan kegiatan eksplorasi alam sekitar di Taman Negara manakala budaya masyarakat Melayu termasuk Orang Asli juga dapat dieksploitasi menerusi sektor berkenaan.

Beliau berkata, Taman Negara Kuala Tahan dan Hulu Tembeling antara destinasi persinggahan pelancong dari seluruh dunia yang memacu transformasi ekonomi negeri ini berasaskan bidang ekopelancongan.

"Usahawan sektor ini diminta menggiatkan lagi usaha menerusi aspek promosi dan pengurusan hospitaliti termasuk aset khazanah alam sekitar dan kesenian baharu yang boleh menarik minat pelawat ke sini.

"Bagi penduduk Kuala Tahan dan Hulu Tembeling, peranan ini juga boleh digerakkan dengan menggiatkan program inap desa di samping mengetengahkan produk makanan termasuk kraf tangan yang boleh menjana pendapatan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Inap Desa dan Keluarga Angkat, di Kuala Tahan, dekat sini semalam.

Sempena majlis berkenaan, Ahmad Nazlan menyerahkan sebanyak 80 peserta dari negeri Sarawak, Sabah dan Labuan kepada 40 keluarga angkat menerusi projek inap desa penduduk Kuala Tahan, dekat sini.

Menurut beliau, kerajaan negeri memperuntuk jumlah yang besar untuk menaik taraf pelbagai prasarana termasuk membina landskap di Kuala Tahan yang menjadi pintu masuk Taman Negara bagi merancakkan sektor berkenaan di negeri ini.

"Kemudahan ini antara hasrat kerajaan menggalakkan penduduk di sini merebut peluang keusahawanan menerusi bidang tertentu berasaskan pembangunan hospitaliti, pertanian dan produk lain untuk merancakkan sektor ini.

"Penglibatan keusahawanan bukan sahaja di Kuala Tahan, malah penduduk di bandar Jerantut sendiri perlu mencari peluang menambah pendapatan menerusi sektor pelancongan di sini," ujarnya.

Terdahulu, beliau berkata, lawatan peserta dari Sarawak, Sabah dan Labuan menerusi projek inap desa boleh mengeratkan perpaduan antara penduduk tempatan dengan negeri berkenaan.

"Jalinan hubungan ini sewajarnya dikekalkan menerusi pertukaran lawatan dan peluang keusahawanan yang boleh dizahirkan menerusi pasaran produk tempatan antara kedua pihak," katanya.

Beliau menambah, projek itu juga signifikan untuk penduduk Kuala Tahan dan peserta berkongsi dan mengenali budaya dan kesenian masing-masing tanpa mengira etnik dan kepercayaan.

Kemahiran keibubapaan dipertingkat

Posted: 04 Jun 2013 11:17 AM PDT

MARAN 4 Jun - Kerajaan Pahang akan melaksana program pembangunan keluarga menerusi kursus dan aktiviti keibubapaan dan kekeluargaan yang boleh meningkatkan tahap pengetahuan serta kemahiran ibu bapa di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, aspek kemahiran keibubapaan dan kekeluargaan perlu diberi penekanan berikutan cabaran hebat ibu bapa dalam mewujudkan keluarga berkualiti.

Katanya, pelbagai program dan aktiviti sedia ada dan baharu diatur membabitkan golongan wanita yang berperanan membentuk masyarakat kukuh, sihat dan berilmu.

"Negara memerlukan institusi keluarga yang kukuh, berwawasan dan mampu melahirkan individu yang berakhlak, berbudi dan dapat memikul amanah dengan berkesan.

"Ini kerana kecemerlangan dan kesinambungan kemajuan negara yang dirintis pemimpin sekarang bergantung kepada kualiti generasi baharu hari ini," katanya.

Shahaniza yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentol berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas program ziarah 'Kami Prihatin' di Hospital Jengka, di sini kelmarin.

Jelas beliau, Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang akan berperanan secara holistik bagi membantu usaha kerajaan meningkatkan martabat wanita di negeri ini.

Beliau mengakui institusi keluarga yang kukuh sahaja dapat membentuk sebuah keluarga dan masyarakat yang dapat menangani cabaran hebat pada zaman globalisasi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Penjual mi tidak mengaku bunuh ibu saudara

Posted: 04 Jun 2013 10:58 AM PDT

SHAH ALAM 4 Jun - Seorang penjual mi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh ibu saudara dan bapa saudaranya, tahun lalu.

Lee Chee Choy, 45, memohon dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir di kamar hakim tersebut.

Menurut peguam, K.A. Ramu yang mewakili tertuduh, mahkamah menetapkan perbicaraan pada 30 dan 31 Oktober ini manakala pengurusan kes pada 10 September ini.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa membunuh ibu saudaranya, Lee Kam Lin, 59, di rumah No. 1171, Jalan SK 8/6, Seri Kembangan dekat sini antara pukul 4.30 pagi dan 5.30 pagi, 20 Jun tahun lalu.

Pada waktu, tarikh dan di tempat sama, dia turut didakwa membunuh bapa saudaranya, Lee Yoke Mun, 73.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Iswa Toni mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Berdasarkan laporan akhbar sebelum ini, mayat Yoke Mun ditemui di dalam tandas manakala isterinya di sebelah katil di bilik tidur mereka.

Kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis oleh jiran mereka yang dipercayai mendengar bunyi bising dari arah rumah mangsa.

Siasatan awal polis mendapati tertuduh berasa tertekan kerana sering diejek sebagai orang bodoh dalam keluarganya lalu menyebabkan lelaki itu hilang kawalan.

Lelaki itu dipercayai melakukan perbuatan tersebut menggunakan sebatang besi paip sepanjang dua meter.

Dua lelaki ke mahkamah atas dakwaan bunuh rakan

Posted: 04 Jun 2013 10:58 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Jun - Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang, dekat sini hari ini atas tuduhan membunuh rakan mereka, awal bulan lalu.

V. Rajan, 30, dan S. Sasthiaseelan, 20 didakwa membunuh M. Kanapathy, 20, di Kilometer 14.5 Jalan Ulu Yam, Batu Caves dekat sini kira-kira pukul 12.13 tengah malam, 5 Mei lalu.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh yang masing-masing bekerja sebagai operator mesin dan buruh.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Nadia Basri di hadapan Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki dan sebutan kes ditetapkan pada 9 Julai ini.

Dalam kes berasingan, seorang buruh dihukum penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret Selayang, hari ini setelah mengaku bersalah mencuri barang kemas milik ibunya, dua bulan lalu.

Muhammad Kamal Maniandy, 42, mengaku mencuri seutas rantai dan satu loket emas yang kesemuanya bernilai RM2,500 milik N. Navamani Devi di rumah No. 114E, Indian Settlement, Jalan 13, Batu Caves, Gombak dekat sini, kira-kira pukul 6 petang, 7 April lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki memerintahkan lelaki itu yang tidak diwakili peguam bela, menjalani hukuman berkenaan mulai tarikh dia ditangkap iaitu pada 9 April lalu.

Berdasarkan fakta kes yang dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Nadia Basri, pada 7 April lalu, ibu tertuduh menyedari rantai dan loket emas yang disimpan di dalam almari telah hilang.

Pada keesokan harinya, wanita itu menemui di atas almari milik tertuduh dua keping resit deposit wang masuk bernilai kira-kira RM1,400 ke dalam akaun tertuduh.

Dia yang mengesyaki tertuduh mencuri barang kemas itu telah bertanya kepada anaknya itu yang kemudian mengaku mengambil barang kemas tersebut dan telah menjualnya di sebuah kedai pajak gadai di Taman Sri Selayang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Thailand ampunkan tahanan Singapura

Posted: 04 Jun 2013 10:15 AM PDT

BANGKOK 4 Jun - Thailand memberi pengampunan kepada seorang tahanan Singapura yang dijatuhkan hukuman penjara selama 15 tahun pada 2009 kerana didapai bersalah menghina raja negara ini, semalam.

Menurut peguam Arnon Nampa, Wanchai Sae Tan yang menetap di negara ini selama beberapa dekad dijangka dihantar pulang ke Singapura kerana permit kerjanya telah tamat tempoh.

Wanchai sebelum ini ditahan kerana menyebarkan risalah politik yang berbaur unsur penghinaan terhadap sistem monarki di negara ini. - AFP

Myanmar bakal bebaskan semua tahanan politik

Posted: 04 Jun 2013 10:13 AM PDT

YANGON 4 Jun - Presiden Myanmar mengumumkan bahawa kerajaan bakal membebaskan semua tahanan politik di negara ini semalam, sebagai usaha untuk mewujudkan perdamaian antara semua pihak.

"Saya berharap keputusan ini dapat memulihkan semula semua aspek dalam pentadbiran negara, termasuk kebajikan rakyat," katanya dalam satu ucapan yang disiarkan menerusi siaran televisyen tempatan.

Thein Sein telah membebaskan beratus-ratus tahanan politik sejak beliau mengambil tampuk pentadbiran pada Mac 2011.

Kesemua tahanan politik itu akan dibebaskan dalam masa terdekat. - dpa

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Perjelas peranan Institusi Raja

Posted: 04 Jun 2013 10:58 AM PDT

Oleh ZAINU'L AZHAR ASH'ARI
pengarang@utusan.com.my

SEJAK kebelakangan ini, pelbagai kontroversi telah melanda khususnya ketika menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang baharu berlalu dengan memberi kesan cukup mendalam kepada masyarakat berbilang kaum.

Walaupun kaitannya lebih cenderong kepada aspek politik tanah air, kontroversi tercetus ternyata boleh meninggalkan 'parut' yang sukar untuk dihilangkan begitu sahaja.

Lebih membimbangkan ia boleh menjadi ancaman atau mewujudkan budaya negatif dalam kalangan generasi masa kini apabila kedudukan Raja-Raja Melayu turut diheret dalam kancah politik sehingga terpaksa membawa kepada campur tangan pihak berkuasa.

Penggunaan media sosial secara meluas di negara ini seperti 'facebook', portal dan laman blog turut membawa 'trend' atau budaya baharu kepada segelintir individu dan pihak tertentu yang menyalahgunakan kemudahan terkini itu, sama ada untuk mempertikai atau menghina Institusi Raja.

Ini menimbulkan persoalan dalam kalangan masyarakat yang cintakan negara mengenai tabiat buruk tersebut kerana bidang kuasa Raja-Raja Melayu cukup luas serta menjadi lambang pemerintahan negara ini berteraskan Perlembagaan Malaysia.

Persoalannya, apakah zaman sudah berubah, generasi masa kini sudah tidak mempunyai kesedaran tentang pentingnya Institusi Raja di negara ini? Kenapa sejak akhir-akhir ini, semakin ramai berani melemparkan pelbagai tuduhan dan penghinaan berbanding masyarakat terdahulu yang cukup menyanjung tinggi kedudukan Raja-Raja Melayu?

Justeru memandangkan fenomena tersebut yang semakin meruncing, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengambil inisiatif menganjurkan Seminar Institusi Raja (SIRaj) 2013 yang yang diadakan di Lanai Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur bermula hari ini hingga esok (5 Jun hingga 6 Jun).

Sudah pasti ia menarik tumpuan masyarakat pelbagai peringkat khususnya generasi muda untuk menghayati pentingnya peranan Raja-Raja Melayu dalam amalan demokrasi berparlimen di negara ini.

Naib Canselor UniMAP, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, walaupun universiti berkenaan merupakan intitusi pengajian tinggi (IPT) kejuruteraan, peranannya dalam membentuk sahsiah masyarakat tetap menjadi agenda utama melalui pelbagai program yang diatur sejak kebelakangan ini.

"Memang UniMAP universiti kejuruteraan tetapi peranannya dalam menjalankan tanggung jawab sosial perlu dilaksanakan khususnya dalam membangunkan insan terpelajar tetapi mempunyai peribadi murni," tambah beliau dalam wawancara khas sempena SIRaj 2013 pejabatnya di Kampus Induk UniMAP, Arau, Perlis baru-baru ini.

Menurut Kamarudin, pihaknya terpanggil untuk menganjurkan seminar berkenaan atas kesedaran bahawa ramai di kalangan anggota masyarakat khususnya generasi muda kurang mendapat maklumat terperinci mengenai Institusi Raja dan peranannya dalam menjana kemakmuran negara.

"Ramai mungkin tidak mengetahui perkembangan sejarah Raja-Raja atau Kesultanan Melayu bermula sejak dahulu sehingga ke hari ini.

"Mungkin ini antara faktor menyebabkan mereka tidak meletakkan Raja-Raja Melayu di kedudukan tinggi sehingga sanggup mencerca dan menghina sistem pemerintahan beraja, budaya yang perlu diperbetulkan supaya keharmonian dikecapi sekarang berkekalan," tambah beliau.

Sehubungan itu, kata Kamarudin, UniMAP menerusi pembentukan Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) yang dilancarkan baru-baru ini akan memastikan agenda mempertahan dan memartabatkan Institusi Raja diutamakan.

Dengan menyasarkan lebih 400 peserta termasuk pelajar dan kakitangan IPT, anggota pasukan keselamatan dan beruniform serta pegawai kerajaan, korporat dan swasta, SIRaj 2013 menampilkan pihak istana, pakar-pakar sejarah dan cendekiawan untuk membentangkan kertas kerja berkaitan Institusi Raja.

"SIRaj 2013 dirasmikan oleh Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menghimpunkan pelbagai bentuk maklumat penting tentang Institusi Raja di negara ini selain membincangkan mengenai hal ehwal negara-negara yang turut bersistemkan pemerintahan beraja seperti Thailand, Brunei, Kemboja dan sebagainya.

Mencuri tumpuan tentulah kehadiran Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan menyampaikan titah ucaptama dalam seminar tersebut.

"Lain-lain pembentang kertas kerja termasuk Mufti Perak, Tan Sri Dr. Harussani Zakaria; pakar sejarah yang terdiri daripada Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam dan Prof. Datuk Dr. Zainal Kling serta bekas Mufti Johor, Datuk Nooh Gadot.

Jelas Kamarudin, seminar tersebut merupakan permulaan kepada program anjuran UniMAP melalui pusat berkenaan yang merancang untuk mengatur lebih banyak agenda berkaitan Institusi Raja.

"Mengenai penubuhan PKIRM yang diketuai oleh Ramlah, selain mempunyai tujuan untuk menyimpan pelbagai maklumat dan sejarah mengenai Raja, ia bertujuan untuk:

n Menjadi satu tempat khusus untuk mengkaji hal ehwal berkaitan Institusi Raja sebagai satu institusi istimewa alam sistem pentadbiran Malaysia.

n Melahirkan satu pusat dokumentasi atau data bank bagi Institysi Raja Malaysia yang tekah wujud 11 Masehi, namun maklumat mengenai institusi ini masih bertaburan dan tidak kemas kini.

n Memberi kefahaman yang jelasdan relevan serta membekalkan maklumat dan ilmu pengetahuan kepada masyarakat tentang peranan, kedudukan dan sumbangan Institusi Raja supaya rakyat akan terus mendokong dan mendaulatkan Raja Berpelembagaan seperti termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

n Meletakkan martabat yang tinggi terhadap Institusi Raja dalam sistem pentadbiran dan pengurusan negara dan negeri dengan menyediakan modul kursus dan latihan tentang protokol, adat istiadat, prosedur dan lain-lain hal berkaitan Institusi Raja.

n Menyebarkan ilmu pengetahuan dan kefahaman mengenai Institusi Raja melalui penerbitan akademik, separa akademik atau popular tentang Institusi Raja bagi melestarikan kepentingan Institusi Raja Malaysia.

n Menjalankan kerjasama dengan mana-mana pusat kajian Institusi Raja antarabangsa bagi memperkukuhkan kewibawaan Institusi Raja Malaysia di mata dunia.

Kamaruddin berkata, menerusi SIRaj 2013 yang merupakan program pertama PKIRM, ia dijangka membawa perubahan besar terhadap Institusi Raja khususnya dalam menyedarkan generasi masa kini supaya menghormati Raja.

Dengan matlamat itu, harapan tinggi diletakkan ke atas SIRaj 2013 supaya menjadi perintis ke arah negara maju dan makmur di bawah payung Raja-Raja sebagai tonggak atau lambang pemerintahan Malaysia yang berdaulat.

Pemimpin Indonesia bimbang nilai-nilai Pancasila semakin dilupakan

Posted: 04 Jun 2013 10:58 AM PDT

Saharudin Musthafa

SETIAP tahun Megawati Sukarnoputeri akan mengingatkan rakyat Indonesia agar sentiasa mempertahankan prinsip Pancasila yang diasaskan oleh bapanya, Presiden Sukarno.

Ingatan yang sama akan dibuat oleh Megawati pada setiap 1 Jun setiap tahun iaitu tarikh keramat Pancasila diasaskan.

Pancasila iaitu dasar kebangsaan atau ideologi negara itu yang diilhamkan oleh Bapa Kemerdekaan Indonesia, Sukarno sudah berusia 68 tahun.

Tentu sekali Sukarno atau lebih mesra dikenali sebagai Bung Karno pada ketika itu menyedari asas bagi sebuah pembangunan tamadun yang maju dan perkasa ialah menguruskan kehidupan rakyat berlandaskan dasar yang terasnya menyatukan bangsa.

Dasar inilah yang akan membawa rakyat menuju ke arah membangunkan budaya hidup yang sejahtera dan sekali gus membawa kemakmuran yang bukan sedikit kepada negaranya.

Dan Megawati yang juga Ketua Umum Dewan Pimpinan Pusat PDI-P ada sebab untuk berasa gusar sehingga menitiskan air mata memikirkan nasib Pancasila pada masa depan kelak.

Ini kerana nilai-nilai Pancasila semakin dilupakan di Indonesia, bahkan ada yang langsung tidak mengambil peduli ideologi kebangsaan itu.

Kata Megawati, "Pancasila telah dipisahkan dari Bung Karno dikaburkan pengertian- pengertiannya, diselewengkan dan akhirnya secara halus, perlahan-lahan ditinggalkan dalam amalan seharian.

Keadaan ini menyebabkan Pancasila menjadi barang asing di hadapan anak-anak bangsa sendiri. Pancasila menjadi sesuatu yang dilihat sebagai beban yang harus dihindari," luahnya pada hari memperingati Pancasila hujung minggu lalu.

Inilah persoalan besar yang semakin menjadi hambatan dalam kehidupan negara yang sedang pesat membangun apabila rakyatnya sendiri semakin hilang nilai kebangsaan.

Kebimbangan yang sedang dihadapi Indonesia ialah apabila kunci kesepakatan dan keharmonian yang diilhamkan sejak enam dekad lalu dicemari dengan gerakan yang cuba menghapuskan keyakinan dan kepercayaan rakyat Indonesia terhadap dasar itu.

Pancasila semakin dilupakan apabila kekentalan semangat rakyatnya mempertahankan jati diri terpalit dengan ancaman asing.

Ikrar jati diri bangsa Indonesia ini semakin terpinggir berikutan maraknya keganasan yang dipicu oleh pandangan sempit segelintir pihak yang tidak bertamadun.

Selama ini, tiada siapa yang boleh mempertikaikan jati diri bangsa Indonesia. Ke mana sahaja mereka pergi, imej Indonesia sentiasa dibawa bersama.

Itulah keberkesanan nilai Pancasila yang merupakan ideologi bagi negara itu.

Dan kerana itu juga, prinsip Pancasila disifatkan masih relevan dan penting untuk rakyat Indonesia dalam berhadapan dengan cabaran dan persoalan bangsa hari ini.

Seperti kata Naib Presiden Indonesia, Boediono, Pancasila sangat efektif kepada negara berkenaan yang membangunkan bangsa majmuk.

Sehubungan itu, Boediono meminta prinsip-prinsip Pancasila tidak dimatikan dalam amalan seharian bangsa Indonesia.

Sikap saling menghormati akan selalu gagal apabila asas-asas Pancasila dimatikan dalam amalan sosial kita sehari-hari," kata Boediono.

Setiap kali membicarakan soal Pancasila juga, kita tidak akan terlepas daripada menelesuri pemikiran Sukarno yang mengasaskan gagasan itu.

Bung Karno menyediakan bangsanya -- garis panduan terhadap melahirkan sebuah bangsa yang harmoni berpandukan toleransi agama, kemanusiaan, nasionalisme, demokrasi dan keadilan sosial.

Setidak-tidaknya Bung Karno sudah lama menyedari rakyat Indonesia harus dibimbing dan diingatkan mengenai peri penting peradaban bangsa dalam urusan kehidupan seharian mereka.

Jika ia diabaikan, tentu sekali akan memberikan kebinasaan kepada seluruh rakyat negara itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


"Tonton dulu baru komen" - Pengarah

Posted: 04 Jun 2013 02:56 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Jun - "Tonton dulu tayangan penuh filem Tanda Putra ini, baru keluarkan ulasan."

Itu ungkapan yang diluahkan oleh pengarah filem Tanda Putra, Datuk Paduka Shuhaimi Baba saat diajukan ura-ura yang mengatakan bahawa filem ini mempunyai unsur-unsur berbaur provokasi perkauman.

Tambahnya lagi, kebanyakan dakwaan tidak baik tentang filem Tanda Putra dibuat oleh mereka yang belum menonton filem ini lagi.

"Sebelum kita menyerahkan filem ini ke Lembaga Penapisan Filem (LPF), kita sebenarnya sudah menyiarkan filem ini kepada kumpulan fokus kita dahulu.

"Kemudian, pendapat mereka tentang filem ini diambil kira dan disunting supaya ia tidak membawa unsur-unsur melampau kepada penonton.

"Setelah semua perkara yang dibangkitkan oleh kumpulan fokus kami, barulah kami menghantar naskhah Tanda Putera ini di beri kepada LPF," katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Seniman S. Shamsuddin kembali ke rahmatullah

Posted: 03 Jun 2013 10:36 PM PDT

SENIMAN S.SHAMSUDDIN

KUALA LUMPUR 4 Jun - Pelakon komedi seangkatan seniman agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Datuk Aziz Satar iaitu Seniman S. Shamsuddin telah disahkan meninggal dunia pukul 10.56 pagi ini.

Pelakon veteran berusia 84 tahun itu menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura.

Allahyarham terkenal melalui lakonannya bersama P. Ramlee dan Aziz Satar dalam filem-filem seperti Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang dan Tiga Abdul. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Bukan sekadar baca skrip

Posted: 04 Jun 2013 12:11 AM PDT

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar koleksi WAN DEEJAY

Kenangan... Ahmad Ridzuan Ahmad Baijuri (kanan) atau Wan Deejay ketika mengacarakan Majlis Pelancaran Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia Musim Ke-4 di Kampung Pengantin, pada Januari lalu.

INGATLAH, 'kecacatan' pengantin, bakal jadi buah mulut orang. Sebelum terjadi, sebaiknya mereka terlebih dahulu diajar tentang etika raja sehari."

Demikian kata deejay berpengalaman dan berdedikasi, Ahmad Ridzuan Ahmad Baijuri atau lebih dikenali dengan jolokan Wan Deejay.

Lebih 10 tahun berpengalaman dalam bidang pengacaraan majlis perkahwinan dan korporat, Wan Deejay sentiasa mencari pendekatan terbaru dalam mencari formula terbaik bagi pelanggannya.

Kata Wan Deejay, adakalanya ibu bapa dan pengantin itu sendiri terlepas pandang tentang tatacara, tertib yang perlu dibawakan pasangan yang bergelar raja sehari itu.

Tiada siapa akan sedar bahawa peranan 'pengawal trafik' amat penting dalam sesuatu majlis perkahwinan. Atas rasa tanggung jawab yang tinggi Wan Deejay memikul amanah tersebut.

"Bila merancang sesuatu majlis, bakal pengantin sibuk dengan penampilan luaran, seperti baju, solekan dan sebagainya tanpa menyedari mereka juga perlu mempunyai etika kesopanan apabila membawakan watak 'raja sehari'.

"Ini yang ramai ibu bapa dan ahli keluarga lain terlepas pandang sehingga menjadikan majlis yang sempurna ada pula cacat-celanya.

"Namanya pun 'raja' jadi haruslah membawa protokol seperti raja juga. Selalu para pengantin terlepas pandang ialah cara melangkah, cara senyuman, cara melayan tetamu dan cara makan.

"Jadi dengan adanya pengalaman, saya akan memberi nilai tambah kepada bakal raja sehari supaya majlis tersebut berjalan dengan sempurna sebaik turun dari kenderaan hinggalah majlis berakhir," jelas Wan Deejay yang merupakan pengacara rasmi bagi Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia dari musim pertama lagi.

Berdasarkan pengalaman Wan Deejay, ada beberapa pengantin yang terlalu teruja bertemu rakan-rakan lama hingga berinteraksi di luar adab pasangan raja sehari.

"Mereka ketawa terbahak-bahak malah tidak mempedulikan pandangan tetamu lain. Ada juga yang umpama tidak makan satu hari dan menikmati makanan penuh berselera.

"Dalam hal ini bukan kita tidak mahu memberi mereka makan, cuma ada etika di meja makan yang perlu diikuti demi menjaga nama baik mereka sendiri.

"Bagi saya raptai memang amat penting supaya teguran boleh diperbuat ketika itu dan seterusnya bakal raja sehari boleh mengelakkan daripada terpinga-pinga pada hari bersejarah mereka.

"Ada juga pengantin yang memang tidak tahu langkah mana harus dituju atau bila harus berjalan bersama. Ini menjadikan situasi sedikit kelam kabut dan tidak sempurna," katanya.

"Teguran kepada pengantin tentang cara pembawakan diri ini memang tidak akan dilakukan ibu bapa kerana masing-masing sibuk.

"Jadi, inilah peranan saya sebagai pengatur majlis perkahwinan yang akan memastikan semuanya berjalan lancar dan teratur," ujar Wan Deejay lagi.

Wan Deejay juga akan bertanggungjawab sepenuhnya memilih lagu sebagai latar belakang majlis sambil dipersetujui bakal raja sehari.

Baginya, pemilihan lagu memang amat penting kerana itu sebagai cue atau penanda dan peringatan buat pengantin untuk memulakan langkah seterusnya.

"Bayangkan majlis selama lebih kurang dua jam itu dirakam lensa kamera dan video perkahwinan. Sudah tentu pasangan pengantin tidak mahu menghasilkan sesuatu yang memalukan diri mereka sendiri apabila menonton hasilnya.

"Jadi inilah etika yang harus dipraktik, dan seterusnya direalisasikan pada hari persandingan," jelas Wan Deejay yang juga menjadi pengacara bagi majlis korporat dan ekspo perkahwinan.

Sebagai pengacara, Wan Deejay bukan sahaja menggunakan elemen tradisional penuh protokol dalam pengacaraannya, malah dia turut menjadi pembaca doa.

Wan Deejay juga akan menggunakan kepakarannya melakar pantun dan seloka bagi 'menghidupkan' lagi majlis tersebut.

"Tradisi keMelayuan itu harus dikekalkan. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan yang saya berikan boleh hubungi talian 019-338 2550 atau layari akaun Facebook Wan Deejay," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Pusat refleksologi tawar urut B2B

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusan.com.my

Seorang pelanggan cuba menawar harga semasa tinjauan di dalam pusat mengurut yang pemiliknya mengakui menawarkan urutan badan ke badan.

KUALA LUMPUR 3 Jun - Di sebalik tulisan di papan tanda yang menawarkan urutan badan, sebuah pusat refleksologi di Taman Prima Sri Gombak, Batu Caves dekat sini didakwa turut menyediakan pakej tambahan iaitu urutan badan ke badan (B2B).

Seorang pengadu, yang meminta namanya dirahsiakan, memberitahu premis-premis urut di situ turut menawarkan perkhidmatan seks selain tukang urut berpakaian menjolok mata.

Bertindak atas aduan tersebut Utusan Malaysia membuat tinjauan ke lokasi terbabit hari ini. Boleh disahkan sebuah premis menawarkan urutan B2B tetapi tiada perkhidmatan seks ditawarkan.

Di saat penulis melangkah masuk ke premis terbabit, pemilik premis itu menerangkan pakej-pakej urutan yang disediakan antaranya urutan badan dan B2B.

"Untuk urutan badan dikenakan caj RM80 untuk tempoh sejam tidak termasuk urutan batin berharga RM50. B2B pula berharga RM138 bagi tempoh sejam," kata taukenya kepada penulis.

Menurut pemilik premis berketurunan Cina itu, tukang urut yang disediakan adalah terdiri daripada wanita warga asing yang berasal dari Kemboja, China, Thailand dan lain-lain.

Ketika itu, hanya kelihatan seorang wanita warga Kemboja yang bekerja dan tidak kelihatan kelibat wanita-wanita lain.

"Ok. Saya mahu pergi makan dahulu, selepas itu saya datang ke sini semula," kata penulis kepada pemilik tersebut bagi mengelak terperangkap dengan tawaran itu.

Siasatan di rumah urut yang lain di kawasan itu pula mendapati mereka 'bersih'.

Bagaimanapun, apakah ia benar-benar bersih tidak dapat disahkan kerana jika mengikut pengadu yang memberi maklumat kepada kami kebanyakan rumah urut di Sri Gombak turut menawarkan 'khidmat istimewa'. Jika tiada angin masakan pokok bergoyang.

Sehubungan itu pihak berkuasa tempatan berkenaan iaitu Majlis Perbandaran Selayang diminta memantau secara berterusan dan bertindak tegas dalam usaha menangani isu tersebut yang boleh mencetuskan masalah sosial dan lain-lain.

Jika keadaan ini berterusan, maka ia akan memburukkan imej pusat refleksologi yang benar-benar menawarkan perkhidmatan urutan mengikut saluran betul.

Pecah rumah semakin menjadi-jadi di Kepong

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

KUALA LUMPUR 3 Jun - Penduduk Kepong dilanda kebimbangan berikutan kegiatan jenayah yang semakin menjadi-jadi di kawasan itu.

Secara purata, penduduk mendakwa sebanyak enam kejadian pecah rumah berlaku di kawasan itu setiap hari.

Ketua Pusat Perkhidmatan Komuniti Kepong, Yee Poh Ping berkata, kejadian ragut turut meningkat sehingga menakutkan penduduk.

"Kes pecah rumah dan ragut adalah yang paling banyak berlaku di sini. Biarpun anggota polis membuat rondaan setiap hari namun jumlah kejadian ini semakin tinggi.

"Ini kerana penjenayah semakin bijak, mereka pecah masuk pada waktu siang menyebabkan jiran tetangga tidak sedar bahawa rumah dipecah masuk," katanya dalam sidang akhbar mengenai kes pecah rumah yang berlaku di sebuah rumah di Jalan Api-api Kiri 1, Kepong di sini.

Sementara itu, mangsa pecah rumah, Lue Gim Gee, 43, berkata, kejadian itu berlaku pada Khamis lalu.

"Ketika itu saya dan suami ke pejabat kami yang terletak tidak jauh dari rumah. Kira-kira pukul 4 petang apabila pulang ke rumah kami mendapati pintu pagar terbuka dan rumah berselerak.

"Setelah pasti bahawa rumah dipecah masuk, kami bergegas ke balai polis Kepong untuk membuat laporan," ujarnya.

Suaminya, Lee Kon Thai, 50 berkata, kerugian yang dialami bernilai kira-kira RM25 ribu.

"Antara barangan yang dicuri ialah televisyen, telefon bimbit, komputer, radio, wang tunai dan kad kredit.

"Malah, habis semua dokumen penting seperti pasport, sijil kelahiran dan sijil simpanan premium diambil oleh mereka," katanya.

Dalam pada itu, wakil Balai Polis Sentul yang turut menghadiri sidang akhbar itu menyeru penduduk yang pernah menjadi mangsa agar tampil membuat laporan kepada polis dan jangan hanya berdiam diri.

"Jika mangsa tidak membuat laporan, pihak polis sukar untuk menjejaki penjenayah kerana mereka sangat licik menjalankan aktiviti mereka pada waktu siang.

"Orang ramai juga diingatkan agar mengunci pintu pagar serta rumah mereka menggunakan kunci yang berkualiti tinggi bagi mengelakkan rumah dimasuki pencuri," katanya.

Pasar Raja Bot siap Okt. 2017

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusan.com.my

KAKITANGAN Perbadanan Pembangunan Kampung Baru tertarik melihat model Pasar Raja Bot sambil mendengar penerangan oleh Naharudin Abdullah (kiri).

Chow Kit Road!

Chow Kit Road! Chow Kit Road!

Chow Kit Road! Chow Kit Road!

Chow Kit Road! Chow Kit Road!

Chow Kit Road!"

Di tengah bandar raya,

Yang miskin dan yang kaya,

Bagai satu keluarga bersama gembira,

Ramai orang berniaga, menjual apa saja,

Semuanya murah-murah ha ha ha ha ha ha!"

KUALA LUMPUR 3 Jun - Demikian petikan lirik lagu nyanyian penghibur No. 1 Asia, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad berjudul Chow Kit Road yang memaparkan keunikan kawasan tersebut di tengah-tengah ibu kota.

Sekitar 1980-an, Allahyarham telah mengadakan konsert gergasi secara percuma di Jalan Chow Kit yang dianggarkan dihadiri hampir 100,000 warga kota, sekali gus menempa nama di dalam Malaysian Book of Records.

Benar seperti yang dinyanyikan Sudirman. Ketika itu kawasan Chow Kit sungguh popular untuk semua golongan kerana menawarkan pelbagai barangan. Bagaimanapun, yang paling terkenal ialah sebuah pasar yang tertua di ibu kota iaitu Pasar Raja Bot yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan keperluan harian sama ada barangan basah atau kering.

Pada 28 Mei lalu, Pasar Jalan Raja Bot yang turut dikenali sebagai Pasar Chow Kit menyambut ulang tahunnya dan premis berusia 58 itu bakal dibangunkan semula, sekali gus akan mengangkat taraf para peniaga di situ dan sekitar kawasan Jalan Chow Kit.

Apa yang diharapkan, bangunan pasar baharu itu nanti setanding dengan pasar-pasar di luar negara yang jauh lebih moden dan selesa sekali gus menjadi tarikan pelancong.

Pasar bersejarah yang dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sir Hisamuddin Alam Shah itu dikhabarkan akan kelihatan seperti Pasar Queen Victoria di Melbourne, Australia kelak.

Idea projek pembangunan semula itu dicetuskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melakukan lawatan ke pasar itu pada 17 Julai 2011.

Ketika itu, beliau melihat pasar tersebut amat usang yang tidak sesuai lagi untuk para peniaga dan penjaja menjalankan perniagaan mereka di situ.

Pada 22 Julai 2011, satu perbincangan diadakan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama persatuan penjaja yang mengesyorkan satu kaedah pembinaan secara berfasa supaya aktiviti penjaja boleh berjalan serentak dengan pembinaan pasar baru.

Kaedah ini diambil kira oleh DBKL dengan memindah penjaja ke gerai sementara dan akan masuk ke bangunan pasar baharu secara berperingkat-peringkat sejurus fasa-fasa tertentu siap.

Pada Mac lalu, Muhyiddin ketika melancarkan projek pembangunan semula Pasar Raja Bot menyifatkan, ia bakal menjadi pemangkin kepada pembangunan kawasan Kampung Baru yang merupakan satu lagi bukti bagaimana kerajaan sentiasa melaksanakan janjinya.

Beliau berkata, dengan kos pembinaan sebanyak RM200 juta, pasar serba moden itu akan memberi manfaat kepada 1,527 penjaja dan peniaga sedia ada serta generasi muda yang berminat dalam bidang perniagaan.

"Sesungguhnya pasar ini akan menjadi pemangkin kepada pembangunan semula Kampung Baru. Dengan kemudahan infrastruktur yang cekap dan selesa serta adanya laluan dan perkhidmatan stesen transit aliran ringan (LRT) dan transit aliran massa (MRT) kawasan ini akan setanding dengan kawasan segi tiga emas yang terletak bersebelahan.

"Nilai hartanah akan turut meningkat sejajar dengan kemajuan pembangunan di kawasan ini yang tentunya akan memberi manfaat kepada para penduduk di sini," katanya.

Kini, bangunan di hadapan Plaza Safuan di Jalan Raja Alang telah dirobohkan menandakan bermulanya projek pembangunan semula Pasar Raja Bot demi keselesaan, kawalan harga barang terbaik dan menjadi destinasi wajib untuk dikunjungi.

Perobohan bangunan itu bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan pasar sementara yang dijangka siap akhir bulan depan bagi menempatkan kira-kira 85 peniaga yang dikenali sebagai Zon 1A di situ.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Imbangi pembangunan rohani

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

Ahmad Maslan bersama graduan dalam Majlis Penyampaian Sijil Darjah Khas Lulusan Tahun 2012 Sekolah Agama Kerajaan Johor di Pontian, baru-baru ini.

PONTIAN 3 Jun - Kecemerlangan dalam pendidikan agama adalah penting bagi mengimbangi pembangunan rohani generasi muda Islam supaya sentiasa dibentengi iman dan takwa sekali gus mempunyai jati diri yang lengkap dalam mendepani cabaran masa kini.

Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkembangan mutakhir itu memperlihatkan golongan muda kehilangan jati diri walaupun menunjukkan pencapaian dan kecemerlangan dalam pendidikan.

"Penekanan yang diberikan kerajaan dalam pendidikan agama menunjukkan betapa pentingnya bidang itu sebagai panduan kepada mereka biarpun sejauh mana kejayaan dicapai.

"Kejayaan hari ini perlu ditingkatkan supaya umat Islam maju dalam ekonomi, kewangan, teknologi maklumat dan pelbagai bidang lain.

"Pendidikan mampu mengubah nasib seseorang bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga bidang agama yang menawarkan pengajian sehingga ke peringkat universiti," katanya.

Beliau berucap merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Darjah Khas Lulusan Tahun 2012 Sekolah Agama Kerajaan Johor bagi peringkat daerah Pontian di Dewan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pontian, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Pegawai Pendidikan Agama Daerah Pontian, Abu Sani Kalam.

Seramai 596 pelajar sekolah agama darjah khas di Pontian menerima sijil sebagai tanda tamat pengajian di sekolah agama bermula dari darjah satu hingga ke darjah khas.

Dalam majlis tersebut, bekas pelajar Sekolah Agama Lebai Mohd. Yaacob 2, Ayer Baloi, Ainnur Aszrain Sabrina Asnan, 14, yang kini menuntut di MRSM tersebut dipilih sebagai pelajar terbaik selepas memperolehi keputusan tujuh agregat.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, lulusan sekolah agama merupakan penyambung kepada kelangsungan pendidikan agama di negara ini bagi terus mendidik serta melahirkan generasi muda Islam yang beriman pada masa depan.

"Peranan serta tanggungjawab mereka adalah sama penting bagi membangunkan negara ini mengikut bidang masing-masing walaupun tanpa segulung ijazah.

"Dengan ilmu yang ada, mereka boleh membantu keluarga masing-masing, rakan-rakan di tempat kerja mahupun masyarakat yang memerlukan," katanya.

Lima pelanggan Bank Rakyat menangi kempen langgan

Posted: 03 Jun 2013 11:44 AM PDT

BATU PAHAT 3 Jun - Lima pelanggan bertuah Bank Rakyat cawangan daerah ini berjaya membawa pulang pelbagai hadiah menarik selepas diumumkan memenangi Kempen Mega Langgan dan Menang anjuran bank tersebut, di sini semalam.

Ketua Wilayah Selatan Bank Rakyat, Mohd. Shaifuddin Abdullah berkata, kelima-lima pelanggan itu dipilih memenangi kempen yang berlangsung selama tiga bulan bermula Januari lalu itu secara cabutan undi.

Menurutnya, dalam cabutan itu, Norsheila Mahpol, 23, muncul sebagai pemenang pertama dan membawa pulang sebuah televisyen LED serta tempat kedua menjadi milik Mohd. Wizan Upawi, 40, yang memperolehi sebuah telefon bimbit.

Katanya, tempat ketiga hingga kelima iaitu , Abdullah Mingan, 58, Normadiah Mohd. Salleh, 53, dan Arina Abd. Rahman, 39, masing-masing mendapat baucar Akaun Simpanan-i bernilai RM500 setiap satu.

"Kesemua pemenang yang dipilih merupakan pelanggan daripada empat kategori perniagaan yang disediakan Bank Rakyat kepada pelanggan iaitu Pembiayaan Mikro, Ar-Rahnu, sewa beli dan pinjaman perumahan.

"Selain memberi galakkan dan pengiktirafan kepada pelanggan, Kempen Mega Langgan dan Menang juga merupakan inisiatif Bank Rakyat dalam mendekati pelanggan serta menjalankan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat," katanya dalam majlis penyampaian hadiah kepada pemenang di sini.

Yang turut hadir, Pengurus Bank Rakyat Batu Pahat, Arizuan Adam.

Mohd. Shaifuddin berkata, selain itu, dalam majlis sama, Bank Rakyat daerah itu menyerahkan bantuan zakat bagi tahun 2012 kepada seorang mahasiswa Universiti Al Azhar, Mesir iaitu Zainabah Mohd. Tauhid sebanyak RM1,500

Katanya, Yayasan Bank Rakyat pula selain itu menyerahkan tajaan jersi pasukan bola sepak kepada Sekolah Kebangsaan Parit Raja dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Hwa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Che Barni pangku jawatan Rektor Kuin - Tajul Urus

Posted: 04 Jun 2013 12:56 AM PDT

SUNGAI PETANI 4 Jun - Timbalan Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin), Datuk Che Barni Mohd. Noor akan memangku jawatan rektor institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri itu berkuat kuasa 30 Mei lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Kerja Raya dan Pengangkutan Kedah, Datuk Tajul Urus Md. Zain berkata, pelantikan itu dibuat Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Kuin dan dipersetujui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri baru-baru ini.

Tajul Urus memberitahu, Che Barni akan menjalankan tugas menggantikan Prof. Datuk Dr. Jamil Osman yang meletak jawatan pada 20 Mei lalu. - UTUSAN ONLINE

Penjawat awam terus berpolitik dikenakan tindakan - KSN

Posted: 03 Jun 2013 11:58 PM PDT

KUALA LUMPUR 4 Jun - Para penjawat awam yang masih berpolitik akan dikenakan tindakan berdasarkan peraturan, pekeliling dan undang-undang yang termaktub di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, pihaknya telah meminta ketua-ketua jabatan untuk memantau sekiranya terdapat penjawat awam yang masih berpolitik di laman sosial. - UTUSAN ONLINE

SKMM tahan suspek hina Agong dalam Facebook

Posted: 03 Jun 2013 10:29 PM PDT

KUALA LUMPUR 4 Jun - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menahan seorang wanita kerana menghina Yang di-Pertuan Agong dalam laman Facebooknya baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan oleh suruhanjaya itu, suspek ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.

Wanita itu dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman blog menyebarkan identitinya.

"Hasil siasatan serta maklumat yang diterima daripada orang ramai, dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM hari ini telah berjaya mengesan dan menahan suspek yang menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebook-nya," menurut kenyataan berkenaan.

SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan untuk membantu siasatan lanjut.

Menurut kenyataan itu, SKMM sangat memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk memuat naik kandungan serta komen-komen yang berunsur menghina terutamanya institusi diraja. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved