Ahad, 12 Jun 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


5 penyokong bola ditahan

Posted:

5 penyokong bola ditahan

5 penyokong bola ditahan

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my


Mohan Singh Tara Singh menunjukkan rampasan dadah diperoleh ketika perlawanan akhir Piala FA di Ibu Pejabat Polis Cheras, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 12 Jun - Lima penyokong ditahan kerana cuba membawa masuk senjata berbahaya, dadah selain terlibat dalam pergaduhan ketika menyaksikan perlawanan akhir Piala FA di antara Kelantan dan Terengganu, di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini malam semalam.

Tiga daripadanya didapati membawa senjata berbahaya dan dadah yang disembunyikan dalam beg masing-masing ketika pemeriksaan di pintu masuk stadium.

Dua lagi yang merupakan penyokong kedua-dua pasukan ditahan selepas perlawanan kerana menggunakan senjata berbahaya ketika bergaduh dipercayai berpunca daripada perselisihan faham.

Menurut Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh, kesemua yang ditahan itu berusia 21 hingga 35 tahun dan direman tujuh hari bermula semalam hingga 17 Jun ini.

"Antara barangan dirampas adalah beberapa peket ganja, air ketum, pisau yang diubah suai seperti pen serta pemutar skru yang disimpan dalam botol air mineral dalam dua beg berasingan.

"Selain itu senjata buku lima ditemui daripada salah seorang penyokong bola sepak yang terlibat dalam pergaduhan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana gaduh gempur dan Seksyen 7 Kanun Keseksaan kerana memiliki senjata berbahaya.

Katanya, tiada kecederaan atau kerosakan harta awam dilaporkan tetapi banyak botol air mineral yang dibaling penonton-penonton bersepah di atas padang.

Tambahnya, walaupun pihak berkuasa melarang untuk dibawa masuk mercun namun masih ada segelintir penyokong berdegil dengan larangan tersebut.

"Jika berlaku kebakaran boleh menyebabkan penonton lain cedera jika keadaan menjadi huru-hara dan tidak terkawal.

"Sekiranya orang ramai mematuhi setiap arahan, semua pihak boleh menikmati perlawanan dengan tenang," katanya lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Polis pantau Al-Arqam dipercayai masih aktif

Posted:

Polis pantau Al-Arqam dipercayai masih aktif

Polis pantau Al-Arqam dipercayai masih aktif

KUALA LUMPUR 12 Jun - Polis sedang memantau pergerakan kumpulan Al-Arqam yang dipercayai masih aktif di negara ini walaupun bekas pemimpinnya, Ashaari Muhammad telah meninggal dunia, Mei tahun lalu.

Menurut sumber, pergerakan kumpulan itu tidak pernah berhenti, sebaliknya hanya menukar nama organisasi mereka.

"Al-Arqam hanya mengubah nama untuk mengelirukan masyarakat serta pihak berkuasa, tetapi sebenarnya tetap meneruskan objektif pergerakan mereka.

"Oleh itu, kita kini pantau pergerakan kumpulan terbabit sebagaimana kegiatan lain berbentuk pemesongan agama dan akidah umat Islam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas satu rakaman wawancara bersama isteri Ashaari, Khatijah Aam atau lebih dikenali sebagai Ummu Jah di dalam laman sosial, YouTube di Mekah, Mac lalu, yang mendakwa suaminya itu tidak mati sebaliknya ghaib.

Menurut Ummu Jah, Ashaari akan bergabung dengan Rasulullah SAW dan Imam Mahdi tidak lama lagi bagi menggerakkan aktiviti dan program kumpulan tersebut.

Ummu Jah turut mendakwa Rasulullah SAW telah muncul dan berdialog, serta memberi arahan kepadanya dalam bentuk cahaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Cabar Pas gugur perkataan Islam

Posted:

Cabar Pas gugur perkataan Islam

Cabar Pas gugur perkataan Islam

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my

KUALA PILAH 12 Jun – Pelbagai pihak mencabar Pas menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu bagi menjaga hubungannya dengan parti pembangkang yang lain.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, ia perlu dilakukan kerana Pas sendiri yang memberi alasan ramai orang bukan Islam keliru dan takut apabila disebut negara Islam sehingga menyebabkan parti itu menukar dasarnya kepada negara berkebajikan.

Katanya, bukan sahaja orang bukan Islam yang tidak faham malah orang Islam juga keliru dengan perjuangan negara Islam yang cuba dibawa oleh Pas sebelum ini.

"Kalau Pas sanggup dibuli oleh DAP sehingga akhirnya boleh menggugurkan perjuangan negara Islam, saya mencabar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggugurkan sahaja perkataan Islam daripada Pas atau tukar saja nama parti itu kepada Parti Kebajikan se-Malaysia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Pilah di sini hari ini.

Sementara itu, di BUKIT MERTAJAM, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) membatalkan penggunaan nama Islam pada Pas serta menghalang parti lain daripada menggunakan nama agama dalam parti mereka.

Beliau berkata, sejak dari dahulu lagi, UMNO menolak pihak yang memperalatkan agama demi kepentingan politik dan kini terbukti ia dituruti oleh Pas.

"Saya rasa Pas boleh menggugurkan nama Islam pada parti mereka dan buatlah nama lain yang selari dengan konsep negara berkebajikan yang mereka canangkan.

"Apa yang saya lihat sekarang Pas tidak lagi berjuang untuk Islam, jadi ROS patut hantar surat supaya mereka tukar nama parti itu kepada nama lain," katanya selepas merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Permatang Pauh di sini hari ini.

Menurut Mohd. Ali, UMNO bersama kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa meletakkan kebajikan sebagai asas perjuangan mereka sejak sekian lama.

Malah, katanya, banyak yang telah dilakukan bagi menjaga kebajikan rakyat seperti bantuan bulanan menerusi pelbagai agensi kerajaan termasuk pembinaan rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Di KUALA LUMPUR, Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, Pas tidak perlu dicabar untuk menukar nama itu sebaliknya melakukannya atas kesedaran sendiri kerana tindak tanduk mereka yang tidak seiring dengan nama Islam pada parti itu.

"Sepatutnya mereka tukar kepada nama Parti Amal Jariah sahaja selaras dengan langkah Pas mengubah perjuangan negara Islam kepada negara kebajikan," katanya.

Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad pula berkata, keputusan pemilihan pada Muktamar Pas baru-baru ini menguatkan lagi gesaan supaya nama Islam pada parti itu digugurkan.

"Sekarang ini sudah tidak ada ulama lagi yang memegang jawatan pada peringkat tertinggi, jadi di mana Islamnya?

"Kemenangan Mohammad Sabu pula merupakan kemenangan DAP, jadi gugurkan sahaja perkataan Islam itu supaya orang ramai tidak keliru dengan perjuangan sebenar Pas yang semakin menyimpang," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pas semakin hilang arah

Posted:

Pas semakin hilang arah

Pas semakin hilang arah

KEPALA BATAS 12 Jun - Keputusan kepimpinan Pas mengubah hala tuju perjuangannya kepada negara berkebajikan bagi menggantikan penubuhan negara Islam yang lantang dilaung-laungkan selama ini membuktikan parti tersebut semakin hilang arah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkembangan itu agak mengejutkan kerana Pas sanggup meminggirkan asas perjuangan yang dibina selama ini semata-mata untuk meraih keuntungan politik.

"Apa jua istilah yang mahu digunakan, Pas nampaknya meminggirkan perjuangannya. Kalau Pas tidak lagi mengikut apa yang menjadi matlamat mereka selama ini, maka cara berpolitik juga pasti akan berubah.

"Saya fikir, ini bukan lagi soal perjuangan, ia hanya untuk mengumpan sokongan politik semata-mata," katanya selepas merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Kepala Batas di sini hari ini.

Abdullah berkata, usaha mewujudkan sebuah negara berkebajikan sudah menjadi perjuangan Barisan Nasional (BN) sejak sekian lama sehingga setiap lapisan rakyat tanpa mengira kaum mendapat manfaat.

"Dalam banyak bentuk slogan, tajuk atau istilah kebajikan, kita (BN) sudah melakukannya sejak dahulu lagi dan dasar untuk menjaga kebajikan rakyat masih dilakukan sampai hari ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Pemenang terima biasiswa

Posted:

Pemenang <i><b>Publish It!</b></i> terima biasiswa

Pemenang Publish It! terima biasiswa

Oleh MOHD FADZLY MOHD IZAB
pendidikan@utusan.com.my


PEMENANG pertandingan menulis cerita pendek Publish It! bergambar bersama Keith Harris (kiri) dan Eksekutif Pendidikan Utusan Malaysia, Jayawani Shiva (kanan) di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.


Pemenang pertandingan menulis cerita pendek Publish It! menerima biasiswa untuk mengikuti pembelajaran di Cambridge English For Life Sdn. Bhd. (CEFL) selama satu tahun yang bernilai RM5,000 setiap seorang.

Ketua Pegawai Akademik CEFL, Keith Harris berkata, pertandingan itu diharapkan telah memberi keseronokan kepada murid-murid dan pada masa yang sama membantu mereka mengaplikasikan penggunaan bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

"Bahasa Inggeris perlu dipraktikkan selalu melalui aktiviti seperti menulis, bertutur, membaca dan sebagainya supaya penguasaannya dapat dipertingkatkan dari masa ke masa," katanya pada majlis penyampaian hadiah pertandingan tersebut di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Dua pemenang utama pertandingan itu ialah Ng Jo Yee dari Sekolah Antarabangsa Tenby, Kelang, dan Abrar Na'eemi Mohd. Lutfi dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Raya, Hulu Langat, Selangor.

Pemenang utama serta tujuh lagi pemenang sagu hati pertandingan yang dianjurkan dengan kerjasama Unit Pendidikan Utusan Malaysia ini turut menerima sijil penyertaan dan beg cenderamata.

Pertandingan yang bermula sejak Februari lalu itu disasarkan kepada murid sekolah rendah dari seluruh negara berumur antara sembilan hingga 12 tahun.

Menurut Harris, murid-murid tidak perlu takut untuk menggunakan bahasa Inggeris atau melakukan kesilapan ketika menggunakannya kerana ia merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran.

"Apabila melakukan kesilapan, kita akan berusaha untuk membetulkan kesalahan itu maka dari situ kita telah mempelajari sesuatu yang baru dan kesalahan sama tidak mungkin akan diulangi," jelasnya.

Pertandingan ini, katanya, sedikit sebanyak membantu meringankan beban guru di sekolah kerana, murid akan belajar menulis dengan gaya lebih formal selain dapat mengekalkan kemahiran berbahasa di kalangan mereka.

Sementara itu, Jo Yee berkata, dia begitu gembira dan langsung tidak menjangka akan terpilih sebagai pemenang utama pertandingan itu.

"Saya sememangnya suka menyertai pertandingan menulis seperti ini ditambah pula dengan galakan daripada ibu dan guru CEFL,"ujarnya .

Manakala Abrar Na'eemi pula berkata, pertandingan yang pertama kali disertainya itu merupakan sesuatu yang sangat bermakna kerana terpilih sebagai pemenang utama.

"Ibu merupakan pendorong utama untuk saya menyertai pertandingan ini dan kemenangan ini akan saya kongsikan dengan kawan-kawan serta guru apabila kembali ke sekolah nanti," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar berbakti cegah ancaman denggi

Posted:

Pelajar berbakti cegah ancaman denggi

Pelajar berbakti cegah ancaman denggi


PELAJAR dan guru SMK Sinar Bintang berbincang cara terbaik menghapuskan nyamuk Aedes pada program 'cari dan nasihat' pembawa wabak denggi itu di Rumah BAKTI, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.


PELAJAR Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sinar Bintang, Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini telah mengambil inisiatif membantu Rumah BAKTI yang menempatkan kanak-kanak terbiar, warga tua dan ibu tunggal.

Inisiatif para pelajar berkenaan adalah usaha memberikan khidmat nasihat kepada penjaga dan penghuni rumah tersebut dalam usaha untuk menghapuskan pembiakan nyamuk Aedes seterusnya mengekang ancaman denggi.

Pengurus Pemasaran, Sara Lee Malaysia Sdn. Bhd., Putri Shireen Syed Othman berkata, pihaknya gembira melihat komitmen yang ditunjukkan oleh para pelajar dalam usaha memerangi denggi.

"Dedikasi mereka dalam meluaskan usaha menyebarkan kesedaran terhadap denggi bukan sahaja di kawasan kejiranan tetapi juga di rumah kebajikan seharusnya dicontohi," katanya yang turut hadir pada program tersebut di Rumah BAKTI, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

BAKTI atau Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri telah mempelopori banyak projek kemasyarakatan dan kebajikan untuk membantu pelbagai aktiviti amal yang menyokong golongan miskin dan kurang bernasib baik di negara ini.

Menurut Putri Shireen lagi, para pelajar bersama dua guru sekolah berkenaan menjalankan misi 'cari dan nasihat' dengan meninjau tempat yang berpotensi menjadi sarang pembiakan nyamuk Aedes dan menasihati penjaga Rumah BAKTI tentang kepentingan mencengah penyebaran denggi.

Beliau berkata, sungguhpun bilangan kes denggi yang dilaporkan beberapa bulan lalu telah berkurangan namun kita tetap perlu menjaga keselamatan persekitaran dan mengawal wabak denggi dengan menghapuskan tempat pembiakan Aedes.

"Walaupun menyedari bahaya penyakit yang boleh membawa maut ini, malangnya tidak ramai yang berusaha untuk melindungi diri, orang tersayang dan jiran mereka.

Inisiatif periksa-dan-nasihat ini adalah sebahagian daripada misi sekolah itu untuk memenangi pertandingan anti Aedes bagi memeriksa 100,000 rumah di kawasan hotspot sekitar Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.

Pertandingan selama enam bulan ini menawarkan hadiah utama bernilai RM10,000 kepada pemenang yang dipilih berdasarkan bilangan paling banyak rumah yang dilawati dan diperiksa serta kebersihan kawasan sekolah mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Maafkan saya – Daudsu

Posted:

Maafkan saya – Daudsu

Maafkan saya – Daudsu

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU - 'Saya minta maaf'. Itu permintaan Daudsu Jamaluddin selepas hajatnya untuk mengelak gawang daripada dibolosi akhirnya bertukar bencana apabila dia tertanduk bola ke gawang sendiri, membawa kepada kekalahan 1-2 Kelantan kepada Terengganu pada final Piala FA kelmarin.

Tegas Daudsu, dia tidak berniat meletakan bola ke gawang sendiri.

Katanya, malang yang menimpanya sehingga tertanduk bola ke gawang sendiri disebabkan situasi ketika itu berlaku terlalu pantas.

Menceritakan apa yang sebenarnya berlaku, katanya dia mahu menanduk bola keluar, namun nasib tidak menyebelahinya kerana bola akhirnya menggegar gol sendiri.

Jaringan tersebut memberikan Terengganu gol penyamaan dan akhirnya Penyu menang hasil jaringan Ahmad Nordin Alias pada minit ke-109.

"Saya tak ada niat (menjaringkan gol sendiri), ia berlaku dengan cepat. Masa itu saya berlari laju kerana mahu menerkam bola untuk mengelak bola daripada menggegar jaring. Saya tidak ada pilihan kecuali cuba menanduk bola tersebut keluar tetapi ia masuk ke gawang.

"Sebagai pemain, ia sesuatu yang tidak pernah anda fikir untuk terjadi dan tidak mahu ia berlaku tetapi inilah bola sepak. Saya minta maaf kepada penyokong jika mereka menganggap saya punca kekalahan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Tambahnya, selepas Terengganu menyamakan kedudukan, moral pemain Kelantan mulai jatuh dan terpaksa melalui masa tambahan yang cukup memeritkan.

"Saya tak nafikan ada kata-kata yang kurang enak sampai ke telinga saya, tetapi saya sudah lali.

"Sebagai pemain, kami sedia menerima hakikat, popular seorang pemain kerana peminat dan jatuh juga kerana peminat," katanya..

Jelasnya, rezeki mungkin belum berpihak Kelantan untuk menjulang Piala FA biarpun sudah dua kali beraksi di pentas final.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nordin daripada pemain simpanan jadi wira Terengganu

Posted:

Nordin daripada pemain simpanan jadi wira Terengganu

Nordin daripada pemain simpanan jadi wira Terengganu


Ahmad Nordin Alias meraikan jaringan kemenangan Terengganu pada masa tambahan pada perlawanan akhir Piala FA menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA TERENGGANU - Nama Ahmad Nordin Alias, 26, mungkin tidak segah pemain lain seperti Abdul Hadi Yahaya dan Ashaari Samsudin dalam skuad Terengganu.

Ahmad Nordin lebih banyak dalam senarai memanaskan bangku simpanan, namun kelmarin dia muncul beraksi di padang pada saat cukup getir dan menghadiah sesuatu yang cukup besar maknanya bagi diri sendiri dan negeri.

Anak muda kelahiran Medan Jaya, Marang itu mencuri tumpuan dan namanya menjadi sebutan apabila jaringannya pada minit ke-109 dalam final Piala FA kelmarin membolehkan skuad Penyu menundukkan Kelantan 2-1.

Terengganu meraih kejuaraan Piala FA yang pertama dalam tempoh 11 tahun dalam perlawanan bersejarah, disaksikan lebih 85,000 penonton, bilangan paling ramai dalam sejarah perlawanan akhir Piala FA.

Namanya pasti akan terus meniti di setiap bibir penyokong setia skuad Penyu disebabkan jaringan yang telah meranapkan impian puluhan ribu penyokong skuad Red Warriors.

Menurut bekas pemain Kuala Muda Naza itu, jaringan kemenangan kelmarin hadir tanpa disangka ketika tumpuan lebih diarahkan kepada pemain lain termasuk Abdul Manaf Mamat untuk menghasilkan gol.

"Alhamdulillah, saya dapat juga menjaringkan gol pada perlawanan akhir ini. Ini semua adalah hasil kerjasama semua pemain.

"Begitu juga dengan sorakan padu penyokong. Tanpa mereka, mungkin kurang bersemangat," kata pemain yang mula menyarung jersi Terengganu sejak tahun 2008 itu.

Jelas Ahmad Nordin lagi, pada awalnya, dia agak gugup memandangkan ini kali pertama dia beraksi di pentas final.

Bagaimanapun katanya, lama-kelamaan perasaan itu semakin hilang dan dia semakin berkeyakinan untuk menguasai bola.

"Saya harap semangat ini dapat diteruskan pada saingan liga kerana kita masih ada baki dua perlawanan lagi," kata pemain yang masuk menggantikan Ismail Faruqi Ashaari dalam perlawanan akhir itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Warga Singapura ditahan semula selepas dibebas

Posted:

Warga Singapura ditahan semula selepas dibebas

Warga Singapura ditahan semula selepas dibebas


Anggota SPRM Putrajaya menahan warga Singapura bagi membantu siasatan berhubung kes penggubahan wang haram di Mahkamah Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 12 Jun - Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan seorang lelaki, warga Singapura daripada tuduhan mengatur perlawanan membabitkan pasukan Piala Presiden T-Team.

Majistret Noradila Ab. Latif membuat keputusan itu setelah tempoh tahanan reman suspek berakhir hari ini dan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan ke atas tertuduh.

Bagaimanapun, sejurus keluar dari pekarangan mahkamah, suspek yang merupakan seorang ahli perniagaan ditahan semula. Ia bagi membantu siasatan suatu kes lain berhubung pemilikan akaun dengan jumlah yang mencurigakan oleh SPRM Putrajaya.

Dia ditahan di bawah Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) 2001 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga maksimum RM5 juta atau penjara lima tahun atau kedua-duanya sekali. Hadir menemani lelaki itu ke mahkamah ialah peguam belanya, Alias Abdullah.

Jumaat lalu, media melaporkan, seorang lelaki berusia dalam lingkungan 50-an telah ditahan di Seremban kira-kira pukul 3 petang, 8 Jun lalu kerana disyaki menjadi bookie.

Ia berikutan pendedahan seorang bekas jurulatih pasukan T-Team berhubung kes mengatur perlawanan melibatkan seorang pemain dalam pasukan itu sebelum ini.

Bekas pemain itu mengaku menerima rasuah sehingga mencecah ribuan ringgit bagi mengatur beberapa perlawanan melibatkan pasukan yang sama tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Taiwan perkukuh tuntutan

Posted:

[unable to retrieve full-text content]TAIPEI 12 Jun – Taiwan berhasrat menempatkan bot peluru berpandu di Laut China Selatan dan kereta kebal di pulau-pulau yang menjadi rebutan ketika ketegangan meningkat antara kuasa-kuasa serantau berhubung pertikaian wilayah.

39 maut, 100 cedera letupan di Pakistan

Posted:

[unable to retrieve full-text content]PESHAWAR 12 Jun - Sekurang-kurangnya 39 orang terbunuh dan hampir 100 lagi cedera dalam dua letupan bom yang menggegarkan sebuah pasar yang penuh sesak di bandar di barat laut Pakistan ini.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Cara tutup akaun

Posted:

Cara tutup akaun

Cara tutup akaun

SAYA hendak tanya bagaimana untuk menutup akaun e-mel yang sudah tidak digunakan lagi?

Saya menggunakan e-mel Yahoo! dan Hotmail dan dua akaun Facebook, tetapi mahu menutup satu akaun.

Bagaimana cara untuk menutup akaun Facebook tersebut atau dibiarkan sahaja sehingga pihak Facebook blok akaun saya? Sekian, terima kasih.

Daripada:

-Bisnes Klate, Kelantan.

Bagi makluman pihak tuan, walau pun akaun bagi sesebuah laman web sudah ditutup, ia tidak bermakna segala data bagi akaun tersebut dihapuskan.

Biasanya ia akan disimpan untuk satu jangka masa tertentu oleh pihak pengendali laman web untuk tujuan keselamatan dan sebagainya.

Ia juga bergantung kepada syarat-syarat perjanjian ketika tuan bersetuju membuka akaun laman web dengan pihak pengendali laman web tersebut. Sama ada ia menyediakan kemudahan e-mel, laman web sosial dan sebagainya.

Ada pihak pengendali laman web mensyaratkan dalam perjanjian bahawa segala data yang dimuat turun oleh pihak pengguna ke dalam akaunnya akan menjadi hak milik mereka.

Ini sama konsepnya yang terdapat dalam pengurusan korporat iaitu maklumat peribadi pekerja yang sudah berhenti kerja tidak sesekali akan dihapuskan.

Ia akan disimpan dalam jangka masa lima ke hingga 10 tahun untuk tujuan audit, keselamatan dan pengurusan.

Namun begitu, adalah lebih baik untuk tuan menutup mana-mana akaun di laman web yang tidak digunakan lagi.

Ini kerana ia dapat mengelakkan daripada akaun tersebut dimanipulasi dan digunakan oleh pihak ketiga untuk tujuan yang tidak baik seperti penipuan, penyamaran, penghantaran spam dan lain-lain.

Secara umumnya untuk menutup akaun di laman web, sama ada laman web sosial, e-mel dan sebagainya, laman web itu sendiri menyediakan kemudahan atau fungsi menutup akaun.

Kebiasaannya ia memerlukan pengguna masuk terlebih dahulu ke akaun tersebut bagi mencapai fungsi tersebut.

Jadi, bagi para pengguna yang terlupa log in dan kata laluan untuk masuk ke akaun mereka atau pihak laman web tersebut tidak menyediakan kemudahan atau fungsi untuk menutup akaun ini, ada hanya satu cara sahaja.

Cara tersebut adalah dengan menghantar surat permohonan untuk menutup akaun kepada pihak pengendali laman web tersebut. Ia boleh dihantar menerusi e-mel atau mel biasa berserta dengan maklumat berkenaan dengan akaun anda di laman web tersebut.

Penutupan akaun Facebook

Pertamanya, tuan perlu masuk ke dalam akaun Facebook dengan log in dan kata laluan yang disediakan.

Dalam Facebook, ada disediakan kemudahan untuk penutupan sementara bagi sesebuah akaun.

Ia bermakna segala maklumat anda akan dihapuskan daripada servis atau paparan di laman Facebook. Sesiapa sahaja tidak akan dapat mencari akaun atau melihat maklumat yang berkaitan dengan akaun tersebut. Namun begitu sekiranya, tuan punya akaun tersebut mahu kembali, ia boleh mendapatkan dan mengaktifkan semula akaun Facebook tersebut.

Fungsi ini dinamakan sebagai DEACTIVATE. Ia boleh dicapai di laman Account settings dalam akaun Facebook. Apabila akaun tersebut diaktifkan semula, segala maklumat yang ditinggalkan sebelum ini akan dikembalikan keadaan asalnya.

Sekiranya perlu untuk membuang secara terus dan total sesebuah akaun Facebook, sila klik ke alamat URL yang seterusnya. http://www.facebook.com/help/contact.php?show_form>delete_account

Setelah itu, diperlukan masuk login dan kata laluan ke laman Facebook tersebut.

Sekiranya tidak ingat kata laluan dan sebagainya, kata laluan tersebut perlu disetkan semula dengan mengklik pada sambungan Forgot your password.

Seterusnya, ikut arahan yang diberikan sehingga selesai akaun Facebook tersebut dihapuskan.

Penutupan akaun Yahoo!

Sekiranya perlu untuk menutup akaun di Yahoo!, ikuti arahan-arahan yang terdapat pada laman penutupan akaun Yahoo! di URL yang berikutnya. https://edit.yahoo.com/config/delete_user

Seterusnya, perlu dimasukkan login dan kata laluan ke dalam akaun Yahoo! tersebut.

Sekiranya lupa kata laluan, seperti biasa perlu disetkan semula.

Satu paparan pengesahan akan dipaparkan sekali lagi setelah anda berjaya masukkan login dan kata laluan. Anda perlu masukkan sekali lagi beberapa maklumat pentin termasuk kata laluan.

Baca terlebih dahulu di laman penutupan akaun berkenaan dengan syarat-syarat, kesan-kesan dan sebagainya.

Seterusnya, jika setuju, klik butang YES untuk penutupan akaun. Sekiranya berjaya, ikuti arahan-arahan yang diberikan sehingga selesai prose penutupan akaun Yahoo!.

Perlu diingatkan, apabila akaun Yahoo! ini ditutup, segala perkhidmatan yang berkaitan dengan akaun tersebut juga akan dihapuskan seperti e-mel, Yahoo! Messenger, Yahoo! Address Book, My Yahoo!, Yahoo! Groups dan lain-lain.

Jadi, fikir dahulu sebelum ditutup akaun tersebut atau buat salinan ke tempat lain sekiranya ada data-data yang diperlukan.

Namun begitu, penutupan akaun Yahoo! tidak akan menghapuskan maklumat anda di dalam perkhidmatan Yahoo! People Search. Jadi, perlu diklik alamat URL yang berikutnya untuk menutup maklumat anda di Yahoo! People Search. http://info.yahoo.com/privacy/us/yahoo/peoplesearch/details.html

Sekiranya akaun Yahoo! tersebut dilanggan secara berbayar, pastikan langganan tersebut dibatalkan terlebih dahulu sebelum akaun ditutup. Sekiranya ada apa-apa pertanyaan, pihak Yahoo! ada menyediakan borang di alamat URL yang berikut. http://help.yahoo.com/l/us/yahoo/mail/classic/technical_howto.html

Penutupan akaun Hotmail

Langkah pertamanya masih sama, perlu dimasukkan login dan kata laluan akaun Hotmail terlebih dahulu ke laman web Hotmail atau Windows Live sehingga berjaya. Seterusnya pergi ke nama akaun di hujung atas kanan dan klik menu Account. Kemudian, cari dan klik pada menu Close your account.

Seterusnya satu laman penutupan akan dipaparkan termasuk syarat-syarat dan kesan-kesan sekiranya satu penutupan akaun dibuat. Baca dengan teliti dan fahami segala kenyataan pihak Hotmail sebelum menutup sesebuah akaun.

Di ruangan laman ini, sekali lagi diperlukan untuk masuk kata laluan untuk tujuan pengesahan. Klik butang Yes sekiranya bersetuju. Langkah yang berikut, ikuti arahan-arahannya sehinggalah proses penutupan akaun tersebut selesai.

Penutupan akaun juga membuatkan segala kemudahan yang terdapat di dalam Windows Live akan ditutup.

Bagi memastikan sama ada sesebuah akaun laman web tersebut sudah ditutup sepenuhnya atau tidak, login kembali menggunakan akaun tersebut sama ada di Facebook, Yahoo!, Hotmail dan lain-lain.

Penutupan akaun laman web yang tidak aktif adalah penting untuk keselamatan siber tetapi buatlah salinan data yang penting terlebih dahulu ke tempat lain.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Layari dunia maya lebih pantas

Posted:

Layari dunia maya lebih pantas

Layari dunia maya lebih pantas

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my


Lebih pantas melayari Internet dengan model baru LG.


MEMPERTARUHKAN pemproses dual core, telefon pintar baru keluaran LG, Optimus 2X kini lebih pantas melayari dunia maya sekali gus memberi kepuasan maksimum kepada pemiliknya.

Turut dilengkapi skrin NOVA seluas empat inci dan ketebalan badan hanya 9.2 milimeter (mm) memberikan suatu pengalaman menarik kepada pemiliknya bagai tiada yang serupa dengannya sebelum ini.

Namun, 'bintang' sebenar bagi telefon pintar ini adalah pemproses NVDIA Tegra 1 GHz dan 512 RAM dimuatkan ke dalamnya.

Teknologi ini membolehkan pemiliknya melayari Internet dengan lebih pantas dan mudah.

Bagi tujuan rakaman gambar, Optimus 2X juga dilengkapi kamera 8 megapiksel (MP) juga flash LED bagi rakaman biasa namun ia juga mampu merakam gambar makro.

Menggunakan platform Android 2.2 Froyo, Optimus 2X merupakan antara telefon pintar yang membolehkan penggunanya memuat turun apa jua aplikasi melalui Android Market dengan lebih mudah.

Seterusnya, paparan skrin sesentuh yang luas memastikan kepuasan bermain permainan interaktif sama ada secara Online mahupun yang dimuat turun dengan lebih menarik.

Optimus 2X boleh didapati di pasaran dengan kadar harga RM1800 dan secara kontrak dengan mana-mana talian yang terdapat di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Masjid Selangor 'diperkudakan'

Posted:

Masjid Selangor 'diperkudakan'

Masjid Selangor 'diperkudakan'

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

SELEPAS Pulau Pinang, masjid-masjid di Selangor pula menjadi 'mangsanya'. Kecoh Jumaat lepas apabila dikatakan seluruh masjid di Selangor telah diarahkan untuk membaca teks khutbah bertajuk 'Jenayah Qazaf adalah berdosa besar'.

Dalam hal ini, pihak berkuasa khususnya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) harus menyiasat siapakah yang telah membuat khutbah tentang isu qazaf seperti mana yang didakwa. Sewajarnya satu tindakan menyeluruh perlu dilakukan. Ini demi mengelakkan khutbah Jumaat menjadi medan membela individu yang sedang dituduh kesalahan liwat dan telah terjebak dalam skandal video seks.

Walaupun khutbah tersebut ditulis dan diolah secara umum tetapi jika dibaca, sudah tentu semua faham maksud khutbah adalah untuk membersihkan nama orang yang terlibat dengan skandal video seks - iaitu orang kuat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan yang turut menyedari 'keanehan' kandungan khutbah berkenaan memberitahu Utusan Malaysia, khutbah itu turut mengecam tindakan pihak yang menyebarkan fitnah tanpa mempunyai sebarang bukti kukuh.

Kandungan khutbah, kata beliau, menyifatkan tindakan umat Islam yang membuat kenyataan berbentuk fitnah bercanggah dengan syariat Islam.

"Pergerakan Pemuda UMNO sangat tidak senang hati dengan tindakan menjadikan mimbar sebagai medan menyebarkan propaganda kerana boleh menimbulkan salah faham di kalangan mereka yang bersembahyang di masjid.

"Wajarkah hanya kerana hendak memperjuangkan nasib seorang individu, khutbah Jumaat dijadikan alat? Pada zaman sains dan teknologi hari ini, video boleh dijadikan sebagai bahan bukti. Tidak timbul isu mahu mengaibkan individu tetapi rakyat perlu menilai moral individu yang dikaitkan dalam video seks tersebut," kata Sohaimi yang juga Exco Pemuda UMNO Pusat.

Menurut beliau, antara isi khutbah yang berkaitan yang sempat dipetiknya ialah: "Termasuk dalam kategori ini, mereka yang mendedahkan maklumat secara terbuka, dalam pelbagai bentuk dengan maksud menuduh melakukan zina juga telah melakukan jenayah qazaf. Malah mereka yang mempercayai fitnah tersebut dan menyebarkannya sudah pasti mendapat dosa dan boleh dikenakan hukuman kerana gagal membuktikannya mengikut ketetapan syarak."

"Fitnah boleh menjatuhkan maruah si tertuduh apabila disiar oleh media massa, media cetak mahupun media elektronik termasuk telefon bimbit. Lebih memburukkan keadaan, apabila si pemfitnah enggan menerima kebenaran dan tidak mahu mengakui kesilapan atau mempunyai perasaan dendam serta hasad dengki terhadap orang yang dituduh.

"Orang yang memfitnah sama ada sedar atau tidak telah melaksanakan sumpahan iblis dan syaitan yang memang ingin merosakkan iman dan akidah umat Islam sehingga hari kiamat."

"Adakalanya fitnah itu diulas, diperbesar dengan memetik kenyataan oleh pihak-pihak tertentu ke arah menggambarkan bahawa si tertuduh memang bersalah. Inilah budaya buruk sangka dan hasad dengki oleh mereka yang tidak berakhlak dengan akhlak Islam. Setiap individu yang bersama melakukan perbuatan terkutuk ini, atau mempercayai atau sama-sama menyebarkan akan menerima pembalasan dari Allah SWT."

"Bagi tujuan mendidik dan mengawal umat Islam daripada melakukan jenayah qazaf, yang mempunyai kaitan langsung dengan nilai, maruah dan keharmonian masyarakat, maka hendaklah diperjelas peraturan, larangan dan kesan jenayah qazaf, serta hukuman yang boleh dikenakan menurut peraturan syarak.

"Martabatkanlah undang-undang Islam yang memberikan pengiktirafan dan hak kepada Mahkamah Syariah mengendalikan kes-kes jenayah syariah yang melibatkan orang Islam. Dengan ini kita boleh melaksanakan sistem perundangan yang adil, diredai dan patuh kepada hukum syarak."

Tegas Sohaimi, apa pun yang jelas, kejadian semasa khutbah Jumaat itu telah secara terbuka melanggar titah perintah Sultan Selangor yang telah melarang sebarang bentuk ceramah politik di dalam masjid seperti mana yang dititahkan baginda sewaktu pilihan raya kecil di Hulu Selangor pada April 2010.

Sohaimi menarik perhatian mengenai kerisauan Pemuda UMNO akan 'penyakit' mempergunakan agama Islam sebagai alat politik yang semakin merebak ke negeri-negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.

Institusi masjid di Kelantan sememangnya sudah lama dipergunakan oleh Pas untuk melebarkan pengaruhnya sejurus mengambil alih tampuk pentadbiran negeri daripada BN. Kini, Pulau Pinang pula sudah nampak menjurus ke arah itu dengan cuba 'mencipta' pilihan raya masjid.

"Ketika mata pada masa ini tertumpu ke Pulau Pinang, sebenarnya Selangor juga tidak terlepas daripada menjadikan masjid sebagai alat politik. Sebaik sahaja kerajaan pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan negeri, institusi masjid kini 'dinodai' pembangkang.

"Jika tiada campur tangan ataupun titah daripada Sultan Selangor, Sultan Sarifuddin Idris Shah, sudah lama masjid di negeri itu dijadikan pentas untuk menyebarkan pengaruh politik pakatan. Namun, tindakan Sultan yang tidak mahu institusi masjid dirosakkan demi kepentingan politik wajar dipuji," kata Sohaimi.

Di Selangor ketika ini terdapat kira-kira 301 masjid dan hampir 2,000 buah surau. Masjid-masjid meliputi 24 buah di kawasan Gombak (24), Hulu Langat (38), Hulu Selangor (22), Kelang (31), Kuala Langat (29), Kuala Selangor (24), Petaling Jaya (53), Sabak Bernam (13), Sepang (19), Sungai Besar (27) dan Tanjung Karang dan Kuala Selangor (21).

"Kalau institusi ini terus dicemari dengan politik sempit, apa akan jadi kepada umat Islam. Tiada umat Islam di negara ini menolak Islam sebaliknya tidak mahu kesucian Islam dipersendakan oleh segelintir ahli politik yang bertopengkan Islam tetapi pada masa sama menggunakannya demi kepentingan perjuangan politik sempit," kata Sohaimi.

Masjid harus menjadi tempat untuk mengembangkan ajaran Islam. Bukannya menjadi medan untuk membela seseorang individu ataupun pihak tertentu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Mencari modal politik baru selepas ‘perkahwinan kekal’ Pas-DAP

Posted:

Mencari modal politik baru selepas 'perkahwinan kekal' Pas-DAP

Mencari modal politik baru selepas 'perkahwinan kekal' Pas-DAP

Oleh Hassan MOhd. Noor

MINGGU ini masih ada ruang untuk menyelak mengenai Pas sesudah muktamar. Memang menarik perkembangan yang berlaku hari ini. Tetapi ia bukanlah kejutan kerana Pas semakin berubah.

Siapa sangka Mohamad Sabu @ Mat Sabu mampu meletakkan dirinya sebagai orang No.2. Jika Abdul Hadi Awang tidak mahu jawatan Perdana Menteri (PM), maka seorang lagi anak Pulau Pinang, Mat Sabu bakal jadi calon PM kalau pakatan DAP-Pas-PKR menang pada pilihan raya umum (PRU). Mat Sabu juga diisytiharkan sebagai 'senjata' Pas untuk menyerang UMNO menjelang PRU Ke-13.

Orang di luar Pas boleh 'serang' Mat Sabu tetapi seperti kata Abdul Hadi: Walau apapun tanggapan UMNO terhadap Mat Sabu, kita menganggap berlainan.

Semasa era pemudanya, Mat Sabu adalah 'ayam tambatan' Pas. Bagi mereka yang 'hidup' pada era itu tahu bagaimana hebatnya anak Guar Petai, Pulau Pinang, negeri Parti Islam SeMalaysia (Pas) dilahirkan pada 1951. Beliau aktif menyertai demonstrasi dan berucap di pentas ceramah. Biar pun ada yang menganggap pemilihan Mat Sabu memudahkan mereka 'menyerang' Timbalan Presiden ini tetapi keadaan sudah berubah.

Kata dan dedahlah apa sahaja mengenai Mat Sabu tetapi penyokong-penyokong Pas juga PKR tidak akan peduli. Bagi mereka, biar betul semua dakwaan itu, ia boleh ditukar sebagai fitnah! Lebih-lebih lagi setelah Pas menutup buku negara Islam dan mengitar semula manifesto pakatan pembangkang pada PRU 2008.

Pas patut berterima kasih kepada parti komponen BN yang selama ini tidak yakin dengan negara Islam. Terima kasih juga kepada DAP yang tidak berganjak menentang negara Islam. DAP pernah menuntut Pas mengenepikan konsep negara Islam menjelang PRU 1995.

Berikutan kesediaan Pas menerima realiti kuasa politik hari ini, maka sudah ada suara mahu mempertahankan Pas dengan berkata, perlembagaan Pas tidak pernah menyebut mengenai negara Islam. Orang seperti ini juga akan melenting jika sebelum muktamar 3 Jun lalu, ada yang berkata, Pas tidak memperjuangkan negara Islam.

Ramai keliru sama ada konsep negara Islam menjadi perjuangan Pas atau tidak. Tetapi selak kembali ucapan dasar Mursyidul Am Pas, Allahyarham Yusoff Rawa pada Muktamar Tahunan Pas Ke-34 pada 8 April 1988. Selaku Yang Dipertua Pas, dalam ucapan Allahyarham bertajuk Bertekad Membulatkan Jamaah antara lain menyebut: Pas menjadi gerakan Islam yang pertama-tama ditubuhkan di tanah air kita setelah Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Baqir yang diharamkan oleh penjajah Inggeris, sejak ditubuhkan dasarnya ialah Islam yang kamil dan muktamil dengan mencatatkan setengah-tengahnya di dalam undang-undang tubuhnya fasal (3) menyatakan Pas ialah Islam dan fasal (5,6 dan 7) menegaskan perjuangan menegakkan negara Islam melalui da'wah secara lisan, tulisan dan amalan seterusnya menyatakan Islam adalah yang tertinggi''.

Ketegasan ini diulangi oleh Allahyarham Fadzil Mohd Noor dalam ucapan dasar Presiden pada muktamar ke-40 di Masjid Rusila, Terengganu (12 Jun 1994). Dalam ucapan bertemakan Ulama: Teras Kepimpinan Ummah itu, Allahyarham menegaskan: Pas mengumumkan hasratnya untuk melaksanakan syariat Islam termasuk hudud sejak ia ditubuhkan pada tahun 1951. Para pemimpin Pas sejak itu tidak pernah berselindung mengenai cita-cita ini'.

Allahyarham juga pernah menggariskan tujuh ciri model pemerintahan Islam pada abad ke-21 iaitu: Negara masyarakat awam (madani) dan bertamadun (hadari); Negara yang mengamal prinsip kesaksamaan; Negara yang mendukung kedaulatan undang-undang berdasarkan perundangan dan syariah Islam; Negara yang berteras dan bermatlamat keadilan; Negara yang mendukung prinsip kelayakan; Negara berkebajikan; Negara yang dinamik dan inovatif.

Dan dalam muktamar baru-baru ini, lain pula nada Abdul Hadi. Ciri keenam yang menjadi manifesto 2008 diulangi. Mungkin ada yang akan marah-marah jika dikatakan perjuangan Pas tidak konsisten. Dulu wanita Pas tidak digalakkan menjadi wakil rakyat tetapi tidak sekarang.

Selak juga buku kecil Penyelewengan Pas Satu Pendedahan Kritis tulisan bekas Naib Presiden Pas, Nakhaie Ahmad. Pas asalnya adalah sayap ulama UMNO dan apabila berlaku krisis dalaman, Pas menjadi parti politik. Buku itu juga mengulas bagaimana corak perjuangan Pas. Pada tahun 50-an dan 60-an, Pas mendukung nasionalisme Melayu dan Islam. Pas menganggap nasionalisme Melayu UMNO tidak sempurna , tidak cukup Melayu kerana menerima kemerdekaan yang terpaksa berkongsi kuasa dengan kaum lain dan menerima dasar kerakyatan Jus-soli. Pas menyebarkan fatwa yang mengharamkan kerjasama dengan bukan Islam dalam pemerintahan negara. Muncul juga politik mengkafirkan orang UMNO yang bekerjasama dengan bukan Islam.

Tetapi semuanya itu sudah jadi sejarah.

Pas sudah tersedar dari lamunan apabila melihat peluang untuk ke Putrajaya bersama sekutunya. Pas sudah bangkit berjuang dalam politik mengikut zaman. Pernah pada satu muktamar, timbul cadangan supaya kepimpinan ulama keluar daripada kepompong sempit yang hanya berkisar kepada hal ehwal agama dan tertumpu di masjid dan madrasah sahaja. Ada juga cadangan supaya pucuk pimpinan Pas menggunakan artis-artis sebagai pendekatan untuk menarik minat golongan muda.

Allahyarham Prof. Syed Hussein Alatas dalam tulisannya mengenai Pas dan Ke mana dengan Islam pernah mengungkapkan kata-kata berikut: Yang penting sekali perlunya keahlian berfikir semasa, bukan berfikir belakang masa. Usaha Pas untuk mendirikan undang-undang yang mereka namakan hudud dengan tafsiran ala Pas, merupakan satu pemikiran kitar semula. Mereka yang ingin memimpin pemikiran agama janganlah menjadi kilang fikir kitar semula. Segala undang-undang lama yang tak mungkin dapat diterapkan begitu sahaja dalam bentuk dari zaman silam, perlu diperbaharui dan dikaitkan dengan permasalahan dan keadaan zaman sekarang. Dasar-dasar agama, faham salah dan benar, baik dan buruk, iman dan kufur, semua ini tidak patut diubah tetapi tafsiran dan perundangan perlu berubah,''

Kini Pas sudah berubah. Hubungan 'adik abang' antara Lim Guan Eng dan Mat Sabu memudahkan perjuangan ke Putrajaya.

Justeru UMNO tidak boleh terus berkomentar mengenai matlamat baru Pas walaupun negara berkebajikan sudah lama diamalkan oleh kerajaan BN. Jika dulu isu (gugur negara Islam) ini timbul mungkin keadaan berubah. Ingatlah, penyokong tegar yang berpegang kepada asas penubuhan Pas semakin berkurangan dan 'lemah'. Pas tidak seperti DAP yang konsisten dengan Malaysian Malaysia.

Menggugurkan negara Islam yang dalam keadaan samar juga membantu meyakinkan bukan Melayu/bukan Islam dan generasi muda untuk menyokong DAP-Pas-PKR. Mungkin sambutan lebih hebat jika Pas menggugurkan perkataan Islam. Ini bermakna komponen BN yang menjadikan negara Islam modal mempengaruhi pengundi bukan Melayu perlu mencari isu baru.

Peralihan arah ini juga akan menghapuskan tanggapan 'kahwin mutaah Pas-DAP' iaitu perkahwinan untuk bercerai selepas menang PRU. Kini perkahwinan Pas-DAP yang bersaksikan PKR akan kekal.

Benarlah politik penuh sandiwara!

Semoga parti politik Melayu tidak memperjudikan nasib bangsa dan agama ketika masing-masing ghairah memperkukuh atau memperkuatkan kuasa politik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Eksperimen Syamsul Yusof berjaya

Posted:

Eksperimen Syamsul Yusof berjaya

Eksperimen Syamsul Yusof berjaya

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR dan ihsan SKOP PRODUCTIONS


KEMUNCULAN Zizan (tengah) dalam filem KL Gangster cukup mencuit hati.


SELEPAS anak muda ini menjulang trofi Pengarah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 (FFM23) menerusi filem Evolusi KL Drift 2tahun lalu, ramai yang menantikan buah tangan terbarunya.

Apatah lagi, kemenangan Syamsul Yusof pada malam bersejarah itu dikritik hebat oleh segelintir pihak yang bagaikan tidak merestui trofi keramat itu menjadi hak milik mutlaknya.

Atas alasan itu, golongan itu terutamanya pasti menantikan detik untuk melihat sama ada filem terbarunya setaraf dengan pengiktirafan yang telah dianugerahkan.

Bukan itu sahaja, kejayaan filem seram pertama arahan Syamsul Khurafat juga dijadikan sebagai kayu pengukur untuk melihat sejauh manakah kehebatan Syamsul sebagai seorang pengarah filem.

Tarikh 9 Jun lalu menyaksikan satu lagi sejarah yang telah tercatat dalam portfolio Syamsul apabila kelima arahannya, KL Gangster mula ditayangkan di pawagam.

Sebagai seorang pengarah yang cukup sinonim dengan filem aksi dan drama, pastinya ia bukanlah satu masalah untuk Syamsul memberikan hasil yang terbaik dalam filem-filem seterusnya.

Jujurnya, penulis mempunyai tanggapan skeptikal terhadap hasil karya Syamsul kerana bimbang setiap filemnya akan memiliki pendekatan yang sama.

Bermula dengan filem pertama Evolusi KL Drift (2008), Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) dan Evolusi KL Drift 2 (2010), penulis berpendapat Syamsul telah meletakkan satu acuan tetap untuk filem-filemnya terutama dari aspek dialog dan elemen aksi yang ditonjolkan.

Terbaik

Lalu, apabila berpeluang menghadiri majlis pratonton filem KL Gangster di Cathay Cineleisure, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini, penulis tidak mampu menghapuskan pandangan tersebut.

Namun, semuanya berubah sebaik sahaja filem mula berputar dan untuk lima minit pertama, KL Gangster telah berjaya membuatkan penulis terus melekat di kerusi sehingga filem tamat.

Ternyata, Syamsul telah menunjukkan peningkatan yang sangat ketara sebagai seorang pengarah filem apabila KL Gangster sememangnya merupakan filem aksi terbaik untuk tahun 2011 setakat ini.

KL Gangster memiliki rencah yang cukup untuk diangkat sebagai sebuah filem aksi. Lakonan, jalan cerita dan elemen drama serta aksinya memang cukup menyakinkan.

Sepanjang hampir satu setengah jam di dalam panggung wayang, tidak sedetik pun timbul rasa bosan menonton KL Gangster. Mata begitu ralit menyaksikan santapan di layar lebar sehingga tidak sedar masa berlalu begitu pantas sehingga tirai dilabuhkan.

Pertuturan dialog dalam KL Gangster tidak lagi menjadi sesuatu yang klise sebaliknya skrip tulisan Syamsul dan sepupunya, Rizal Ashref membuatkan penonton benar-benar percaya dengan dunia gangster seperti yang dipersembahkan.

Begitu juga dengan kemunculan setiap pelakon yang seimbang dan tiada istilah cuba membayangi antara satu sama lain dalam filem KL Gangster.

Zizan Raja Lawak sebagai Fadil misalnya, begitu mencuit hati dan berjaya menggeletek penonton dengan lakonannya. Setidak-tidaknya kehadirannya meredakan ketegangan menonton KL Gangster.

Selain Zizan, seorang lagi pelakon iaitu Shoffi Jikan juga begitu menyerlah dalam filem ini sebagai Ajib. Rasanya peluang begitu cerah untuk Shoffi dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam FFM yang akan datang.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dunia detektif Jonathan

Posted:

Dunia detektif Jonathan

Dunia detektif Jonathan

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my

MULA ditayangkan pada tahun 2009, siri drama komedi televisyen, Bored to Death meraih perhatian meluas daripada peminat siri televisyen bukan hanya di Amerika Syarikat (AS) tetapi juga di seluruh dunia.

Disifatkan sebagai sebuah siri yang bijak dengan pendekatan yang berbeza setiap kali ditayangkan sekurang-kurangnya satu juta penonton akan menontonnya menerusi saluran terkemuka, HBO.

Atas alasan itu, HBO mengumumkan Bored to Death akan kembali untuk musim ketiganya yang dijangka tayangannya selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini.

Semuanya kerana kejayaan dua musim pertama siri itu yang bukan hanya berjaya dari segi rating tetapi juga mendapat pengiktirafan Anugerah Emmy.

Barangkali ada yang tidak tahu Bored to Death sebenarnya diadaptasi daripada cerita pendek karya Jonathan Ames yang kemudiannya dikumpul menjadi sebuah novel penyiasatan.

Idea itu timbul daripada minat Jonathan sendiri yang begitu gemarkan kisah-kisah detektif dalam menyelesaikan kes yang berlaku.

Maka itu, tidak hairanlah apabila Jonathan sendiri menggunakan namanya dan menggambarkan watak tersebut menerusi lakonan Jason Schwartzmen yang membawakan wataknya dalam siri tersebut.

"Saya memang sengaja mewujudkan karakter itu kerana saya membayangkan diri saya sebagai seorang detektif persendirian dan mahu menjadi seorang wira.

"Kelangsungan karakter ini adalah daripada novelnya di mana saya sendiri mahu pembaca turut merasai pengalaman seperti mana yang saya bayangkan untuk watak ini.

"Saya percaya dengan adanya dua medium yang saya kira cukup hebat ini, ia dapat membantu menguatkan lagi imaginasi pembaca dan penonton sewaktu membaca serta menonton siri ini," jelas Jonathan baru-baru ini.

Namun, kata penulis berusia 47 tahun itu apa yang dipaparkan dalam televisyen dan novel bukan diri yang sebenar dalam dunia realiti.

"Kalau hendak mengatakan watak yang begitu dekat dengan diri saya dalam siri itu ialah George Christopher yang dilakonkan oleh Ted Danson di mana usianya sama dengan saya.

"Ini kerana watak Jonathan Ames dalam Bored to Death adalah berusia pertengahan usia 30 tahun sedangkan saya sudah melewati angka 40 tahun. Jadi, cara pemikiran dua Jonathan ini adalah berbeza sama sekali.

"Saya memuji lakonan Jason yang berjaya menterjemahkan watak tersebut dengan cara yang tersendiri tanpa membayangi diri saya sendiri," katanya yang juga gemarkan sukan tinju ketika zaman mudanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Kontraktor ternak udang harimau

Posted:

Kontraktor ternak udang harimau

Kontraktor ternak udang harimau

Rencana dan gambar ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my


Udang yang dituai terus dimasukkan ke dalam bekas berisi ais bagi mematikannya sekali gus memastikan ia tetap segar biarpun disimpan lama.


BERMULA hanya sebagai kontraktor binaan, Lim Ah Cham, 50-an, kini bangga bergelar usahawan ternakan udang harimau yang berjaya di Sabah.

Anak kelahiran Perak itu tidak segan silu berkongsi maklumat dan pengalamannya mengusahakan ternakan udang harimau yang semakin memberangsangkan.

Jika di Semenanjung, jumlah penternak udang harimau kini dilihat semakin berkurangan ekoran pelbagai masalah yang dihadapi berkaitan kawasan yang sesuai.

Malah, boleh dikatakan hampir tiada pengusaha yang menternak udang harimau kini berikutan mereka telah beralih kepada ternakan lain yang rata-rata lebih mudah untuk diternak.

Menurut Ah Cham, minat yang mendalam menyebabkan beliau mengambil keputusan nekad terjun ke bidang akuakultur biar pun tidak memiliki pengalaman yang mendalam sebagai seorang penternak udang.

''Pekerjaan asal saya adalah kontraktor, jadi saya banyak melakukan kerja-kerja di lapangan sebelum saya temui kawasan ternakan sekarang ini.

"Di Sabah, airnya lebih cantik berbanding kawasan di Semenanjung sekali gus menjadikannya kawasan yang amat sesuai untuk ternakan udang harimau," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena lawatan media Jabatan Perikanan bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani , Datuk Seri Noh Omar ke Tawau, Sabah baru-baru ini. Turut hadir Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Shabki Mahmood

Ah Chan yang mengusahakan ternakan akuakultur tersebut menerusi syarikat Pegagau Food Products Sdn. Bhd. ditubuhkan pada tahun 2000 dan secara rasminya pada 21 Jun 2002 dan kini memiliki kilang pemproses udang terbesar di Sabah.

Beliau yang juga merupakan Pengarah Urusan syariat terbabit hanya memiliki 10 buah kolam sahaja semasa awal penglibatan dalam bidang penternakan udang harimau tersebut.

Kini ladang ternakan udangnya berkembang kepada 500 buah kolam di sekitar Semporna, Sabah yang membolehkan hasil dituai saban hari.

Namun, menurutnya, permintaan yang diterima ketika ini melebihi pengeluaran menyebabkannya terpaksa menolak banyak tempahan daripada pembeli dari luar negara.

"Sehingga kini kita hanya mampu membekalkan udang ke Korea Selatan, Jepun, Taiwan, China dan Vietnam dengan jumlah eksport antara 20 dan 40 kontena sebulan.

"Permintaan amat tinggi, terutamanya dari luar negara. Apa yang memeningkan saya adalah untuk memenuhi permintaan tersebut," jelas beliau.

Biar pun memiliki kawasan ternakan udang seluas 365,153 ekar yang jalankan oleh anak syarikatnya iaitu Pegagau Aquaculture Sdn. Bhd. namun ia masih tidak dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Ujarnya, bagi memastikan bekalan sentiasa ada, udang perlu dituai setiap hari. Justeru pihaknya perlu menyusun jadual pelepasan anak benih bagi setiap kolam agar ia menepati masa tuaian dan tempahan yang telah dibuat.

"Kita ada banyak kolam, jadi jika mahu setiap hari ada udang yang dituai, kita perlu masukan benih udang berturutan.

"Jika tidak, udang tidak dapat dituai pada masa yang ditetapkan," kata beliau.

Selain menternak udang harimau, Lim juga melakukan pembenihan udang agar memudahkan pihaknya memperolehi benih.

Jelasnya, benih udang harimau amat sukar untuk diperolehi justeru terpaksa membina sebuah pusat pembenihan sendiri bagi memastikan bekalan anak udang tidak terputus.

Kini, setiap hari antara 16 dan 18 tan udang harimau dituai dan terus dihantar ke kilang pemprosesan sebelum dieksport ke luar negara.

Tambahnya lagi, terdapat sesetengah negara seperti Jepun menempah udang tanpa kepala dan kulit mendorongnya membuka kilang pemprosesan lain untuk tujuan tersebut.

Sisa kulit dan kepala udang boleh diproses untuk dijadikan baja. Namun beliau masih belum memiliki kelengkapan untuk tujuan itu.

Buat masa kini, sisa udang yang tidak digunakan terpaksa dilupuskan begitu sahaja. Tetapi beliau sedang berusaha untuk menyediakan peralatan memproses sisa buangan udang tersebut agar dapat dimanfaatkan.

Produk udang beliau kebanyakannya akan dibekukan sebelum dieksport keluar negara.

Ketika ditanya apakah cabaran terbesar dalam perusahaan menternak udang harimau, beliau menjelaskan, bahawa di dalam perniagaan sentiasa ada untung dan rugi.

Pada tahun lepas beliau telah mengalami kerugian namun pada tahun 2011 perniagaan kembali pulih seperti sedia kala.

Selain itu, cabaran penyakit dan haiwan perosak juga turut mengancam ternakan udang harimau.

Malah cerita Lim lagi, jika udang dijangkiti virus ataupun penyakit, ia akan mati dengan pantas.

Ternakan beliau pernah mati hanya dalam masa satu malam yang menyebabkan kerugian mencecah jutaan ringgit.

Namun, atas sikap tidak berputus asa, beliau terus berusaha untuk bangkit dan kembali berjaya sehingga kini.

Bagi sesiapa yang mahu menceburkan diri dalam bidang ternakan udang harimau, nasihat Ah Chan agar mereka banyak belajar dan jangan meninggi diri.

Katanya, tanpa pengetahuan yang luas berkenaan udang, pasti penternakan serta perniagaan berkenaan udang harimau tersebut tidak akan berjaya.

Beliau sendiri turut melakukan pelbagai rujukan dan banyak mencari maklumat malah sering menerima nasihat sebelum mula menceburkan diri dalam sektor penternakan udang harimau.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tips penjagaan udang galah

Posted:

Tips penjagaan udang galah

Tips penjagaan udang galah


Ternakan udang galah amat sensitif tetapi mendatangkan pulangan lumayan.


UDANG galah atau nama saintifiknya macrobrachium rosenbergii, berada dalam keluarga palaemonidae bersifat omnivora, cenderung aktif pada waktu malam.

Ia hidup di air tawar dan air payau seperti di sungai, paya, saliran, tasik dan perairan lain yang biasanya mempunyai hubungan air dengan laut.

Udang galah boleh diternak secara sejenis atau monokultur mahu pun polikultur dengan ikan atau secara ternakan bersepadu bersama itik, lembu dan haiwan lain.

Pengurusan ternakannya mudah dan jarang diserang penyakit serta jangka masa ternakan yang agak singkat.

Bagaimanapun kini, taburannya agak terbatas di kawasan perairan yang tidak tercemar dan di kolam-kolam ternakan.

Udang galah sesuai diternak kerana mempunyai permintaan yang baik di samping harga pasarannya yang agak tinggi.

Penyediaan kolam

Di Malaysia saiz biasa kolam udang adalah antara 0.25 ekar hingga 1.5 ekar dengan kedalaman sekitar satu hingga dua meter (m).

Kolam yang terlalu cetek menyebabkan rumput dan lumut tumbuh dan menyukarkan penjaringan, manakala kolam yang terlalu dalam akan menyukarkan pengurusan.

Pengeringan

Dedahan kepada cahaya matahari terik perlu untuk membunuh pemangsa (ikan, belut, serangga) dan patogen (bakteria, kulat, parasit).

Pendedahan dasar kolam kepada udara dan cahaya matahari pula mempercepatkan proses pereputan bahan organik (najis, makanan lebih, daun, rumput dan sebagainya) yang akan menambahkan kesuburan kolam.

Jangka masa pengeringan antara satu dan dua minggu biasa dibuat, bagaimanapun ada ketikanya kolam perlu dikeringkan untuk jangka masa lebih panjang, misalnya di musim hujan atau bila kolam telah terlalu lama digunakan.

Meracun

Kolam yang tidak boleh dikeringkan perlu diracun untuk membunuh ikan liar (pemangsa). Racun organik seperti akar tuba, hampas biji teh (tea seed cake), dan daun tembakau.

Untuk membunuh ikan seperti lampam adalah sekitar 10 miligram setiap liter (mg/l) manakala bagi ikan haruan kadar sekitar 30 mg/l adalah diperlukan.

Mengapur

Kolam dikapur dengan tujuan untuk menstabilkan pH, membunuh ikan liar, menggalakkan proses salin kulit udang, meninggikan kadar pereputan bahan organik seterusnya menyuburkan kolam.

Antara jenis-jenis kapur yang terdapat di pasaran adalah kapur abu panas (quicklime - CaO) berkesan dengan cepat, jangkamasa keberkesanannya pendek.

Kapur batu putih (lime stone - Ca(CO3)), berkesan secara perlahan-lahan tetapi jangkamasa keberkesanannya panjang.

Kapur abu sejuk (slake/hydrated lime) bertindakbalas cepat dan kesannya juga cepat hilang. Cara mengapur kolam yang biasa diamalkan adalah dengan menabur rata serbuk kapur abu sejuk (hydrated) di permukaan dalam kolam kering dengan sukatan sekitar satu kilogram bagi setiap 10 meter (kg/10m).

Membaja

Kolam perlu dibaja bagi menggalakkan pertumbuhan makanan semulajadi yang berbentuk cacing, siput, lumut dan tumbuhan air.

Dua jenis baja yang biasa digunakan adalah baja organik dan baja kimia.

Najis haiwan (ayam, itik, lembu, kambing) adalah jenis baja organik yang biasa digunakan. Bagi baja kimia pula, triple super phosphate (TSP) boleh digunakan dengan kadar 3.5kg/1000m/minggu.

Pengairan

Air memasuki kolam melalui penapis halus bagi menghindari kemasukan haiwan pemangsa.

Sebaiknya udang dilepas seminggu selepas air masuk.

Kadar tukaran air terbaik untuk kolam ternakan udang adalah sekali untuk seminggu hingga dua minggu.

Kadar ini mampu menampung kepadatan ternakan sebanyak 10/m tanpa perlukan alat pengudaraan. Kadar alir air yang lebih perlahan akan menyebabkan air kolam kurang bermutu dan memerlukan alat pengudaraan.

Kadar aliran air yang sangat cepat sebaliknya membawa baja keluar kolam tanpa dapat dimanfaatkan untuk pertumbuhan makanan semulajadi udang.

Kolam udang yang tidak melakukan penukaran air memerlukan alat pengudaraan seperti kincir air (paddle wheel), penyembur angin (air blower), pemampat angin (air compressor) dan pam air bagi membantu menambah kandungan oksigen terutama waktu malam.

Pemakanan

Makanan rumusan udang galah (pellet) sesuai kerana mengandungi protein yang tinggi (30 hingga 40 peratus), mengandungi zat-zat lain yang diperlukan dan stabil dalam air.

Bagaimanapun didapati udang masih memerlukan bekalan makanan semula jadi dari kolam. Pemberian makanan adalah dua atau tiga kali sehari.

Makanan awalan (starter) diberikan untuk bulan pertama hingga kedua, diikuti dengan makanan tumbesaran (grower) bagi bulan kedua hingga keempat dan dua bulan berikutnya dengan makanan Penamat (finisher) sehingga udang dipasarkan.

Hasilkan makanan sendiri

Makanan boleh dihasilkan sendiri untuk mengurangkan kos. Bahan-bahan asas yang biasa diguna untuk membuat makanan adalah seperti tepung ikan, kulit udang, kacang soya, kacang tanah, tepung gandum, beras, ubi kayu, minyak kelapa, sawit dan minyak ikan.

Makanan sampingan seperti kopra kelapa, jagung, daging ayam atau itik, perut ayam dan hampas kacang soya juga boleh diberikan.

Bagaimanapun mutu air kolam hendaklah sentiasa dalam kawalan agar tidak terlalu subur yang memungkinkan kematian udang ternakan.

Pungutan hasil

Kadar tumbesaran individu udang berbeza bergantung kepada jantina, baka, mutu dan jumlah makanan, mutu air dan kadar pelepasan.

Penjaringan boleh dimulakan pada bulan ke empat dan diulangi tiga hingga empat minggu sekali sehingga semua udang dikeluarkan dari kolam.

Kolam kemudian dikeringkan dan rawatan kolam dilakukan. Udang yang terlalu kecil dari beberapa kolam boleh di asing dan di pindah ke satu kolam lain untuk dibesarkan.

Penyakit dan kawalan

Penyakit merupakan faktor yang membatas penghasilan udang galah.

Penyakit yang banyak menyerang udang galah adalah bintik hitam (black spot) iaitu penyakit yang disebabkan oleh bakteria sering menyerang peringkat larva tahap 4 dan 5.

Penyakit tersebut boleh dicegah melalui pengurusan air dan elakkan dari kecederaan fizikal udang, stok melebihi kadar muatan atau kekurangan makanan.

Rawatan

Rendam dalam 10 ppm asid oxolinic untuk selama sejam atau dua ppm nifurpirinol untuk 96 jam. Penyakit yang disebabkan oleh bakterial berasal dari air laut iaitu Vibro sp mempunyai simptom stres. Rawatan : Rendam dalam 11 - 13 ppm Furozolidone selama tiga hari.

Minggu depan: Ikan tilapia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved