Selasa, 12 Julai 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Perhimpunan haram, 95 peratus ditahan orang Melayu

Posted:

Perhimpunan haram, 95 peratus ditahan orang Melayu

Perhimpunan haram, 95 peratus ditahan orang Melayu

KUALA LUMPUR 12 Julai - Majoriti penyokong yang ditahan semasa menyertai perhimpunan haram di ibu negara Sabtu lalu, berketurunan Melayu iaitu 95 peratus atau 1,434 daripada 1,508 tahanan.

Berdasarkan statistik itu, ini bermakna hanya 4.9 peratus atau 74 orang bukan berketurunan Melayu iaitu 21 orang berketurunan Cina, India (29 orang) dan lain-lain (24 orang).

Sumber berkata, mereka yang ditahan terdiri daripada 1,355 lelaki dan 153 wanita termasuk kanak-kanak.

"Hasil pemantauan pihak berkuasa, peserta perhimpunan haram berketurunan Melayu bukan sahaja mendahului tangkapan tetapi paling ramai hadir dalam perhimpunan haram berkenaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah sumber itu, selepas selesai keterangan diambil daripada individu yang ditahan, seramai 1,403 telah dibebaskan tanpa syarat.

Katanya, seramai 105 orang lagi akan dituduh di mahkamah kerana melakukan pelbagai kesalahan semasa perhimpunan haram berkenaan.

"Tindakan lanjut terhadap mereka akan ditentukan di mahkamah mengikut kesalahan yang telah dilakukan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bersih: Polis tidak harus dipersalahkan

Posted:

Bersih: Polis tidak harus dipersalahkan

Bersih: Polis tidak harus dipersalahkan

KUALA LUMPUR 12 Julai - Pihak keselamatan tidak seharusnya dipersalahkan atas apa yang berlaku sepanjang perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) Sabtu lalu kerana mereka hanya menjalankan tugas yang diamanahkan.

Justeru, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, pihak penganjur, peserta dan juga pembangkang tidak boleh menuduh polis berkelakuan ganas atau kasar terhadap mereka sepanjang perhimpunan tersebut.

Katanya, perkara-perkara seperti kecederaan ataupun kematian ketika perhimpunan itu dapat dielakkan sekiranya pihak penganjur mendengar nasihat daripada pelbagai pihak supaya membatalkannya.

"Mereka berkeras mahu terus berhimpun. Pihak polis dan keselamatan tidak mempunyai pilihan selain menjalankan amanah yang telah diberikan iaitu mempertahankan keselamatan rakyat serta negara," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis penyampaian watikah pelantikan pemaju masyarakat Tabika Kemas di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Awas !

Posted:

Awas <i>Gunners</i>!

Awas Gunners!

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Jurulatih skuad negara, Rajagobal serius memberikan arahan kepada anak-anak buahnya pada sesi latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam. Malaysia akan menentang Arsenal, malam ini. - BERNAMA


KUALA LUMPUR - Status selaku gergasi Liga Perdana England - Arsenal bukan sesuatu yang menakutkan buat kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim yang menyeru rakan sepasukannya agar mempersembahkan aksi terbaik malam ini.

Menjadikan pengalaman berdepan Manchester United dua tahun lepas sebagai pengalaman terbaik, perancang utama pasukan negara itu yakin Malaysia mampu membuat kejutan ke atas Arsenal.

''Ya, memang benar mereka mempunyai ramai pemain bertaraf dunia tetapi jangan terlalu awal menidakkan peluang kami untuk menyaingi Arsenal.

''Namun, saya harap rakan sepasukan boleh membuktikan sesuatu dan jangan terlalu menghormati lawan dalam perlawanan esok (hari ini).

''Selain itu, apa yang penting, berhadapan dengan pasukan lawan seperti Arsenal, kami boleh dapat belajar sesuatu daripada cara permainan mereka.

''Kami harus mengambil kesempatan terbaik ini, ramai pemain luar di sana mahu berhadapan dengan pasukan yang hebat seperti Arsenal, jadi saya berjanji akan menampilkan persembahan terbaik," katanya selepas sesi latihan skuad kebangsaan di Stadium Nasional, semalam.

Skuad negara yang kini dalam rangka persiapan menghadapi Singapura pada kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2014 pada 23 dan 28 Julai ini juga dijadual berdepan Liverpool pada 16 Julai ini.

Bagi penyerang, Abdul Hadi Yahaya yang dijangka menjadi pilihan utama jurulatih Datuk K. Rajagobal untuk digandingkan dengan Norshahrul Idlan Talaha selepas kecederaan Safee Sali, mengakui dia sudah tidak sabar lagi beraksi pada hari ini jika diberikan peluang.

''Menjelang perlawanan berhadapan dengan Singapura, saya anggap ini adalah persiapan paling bagus untuk meningkatkan keyakinan kami.

''InsyaAllah, jika diberikan peluang turun, saya berharap dapat menjaringkan gol untuk pasukan negara," katanya yang merupakan penyokong setia pasukan Chelsea.

Pada perlawanan hari ini, Rajagobal dijangka menurunkan Mohd. Shakir Shaari untuk beraksi di bahagian tengah bersama Safiq.

Khairul Fahmi Che Mat juga akan kembali mengawal gawang negara daripada Sharbinee Allawee selepas pulih daripada kecederaan bahu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Szczesny hormati skuad negara

Posted:

Szczesny hormati skuad negara

Szczesny hormati skuad negara


Pasukan Arsenal mengadakan latihan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, semalam menjelang perlawanan persahabatan menentang Malaysia malam ini. Arsenal mengadakan siri Jelajah Asia 2011 sebagai persiapan musim baru Liga Perdana England yang akan membuka tirai bulan depan. - UTUSAN/Shahril Azman Zain


KUALA LUMPUR - Penjaga gol utama Arsenal, Wojciech Szczesny berkata, dia sudah bersedia berhadapan skuad Malaysia walaupun mengakui kurang arif mengenai Harimau Malaya kendalian Datuk K. Rajagobal.

Jelas Szczesny, dia hanya mendapat maklumat yang rata-rata pemain skuad negara masih muda dan berumur di bawah 24 tahun.

Pun begitu, dia sesekali tidak akan memandang rendah terhadap keupayaan Malaysia yang diramal memberikan tentangan sengit kepada Arsenal.

''Sebelum kedatangan kami di sini, kami sempat diberitahu kesebelasan utama Malaysia terdiri daripada pemain-pemain muda.

''Saya jangkakan pasukan Malaysia akan memberikan kami satu ujian sukar pada perlawanan malam esok (hari ini).

''Namun, saya dan rakan-rakan akan menghadirkan satu persembahan terbaik untuk menang dan menghiburkan para peminat kami di sini," katanya secara eksklusif kepada Utusan Malaysia di Mid Valley, semalam.

Dia sebelum itu menghadiri program 'Gunners Challenge' anjuran Nike bersama tiga lagi rakan sepasukannya iaitu Jack Wilshere, Theo Walcott serta Alex Song dan turut meluangkan masa bertemu para peminat selama dua jam.

Szczesny merupakan penjaga gol nombor satu Arsenal musim lalu selepas kecederaan yang dialami oleh Lukasz Fabianski serta kemerosotan prestasi Manuel Almunia.

Dalam pada itu, penjaga gol yang berasal dari Poland itu menambah, dia terkejut dengan sambutan yang diterimanya sepanjang dua hari berada di Malaysia.

''Sambutan yang diterima daripada penyokong di sini cukup menakjubkan, tidak sangka kami mempunyai peminat yang ramai di sini.

''Malahan, kemudahan yang disediakan dan layanan diberikan oleh tuan rumah semuanya nampak baik," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Buat program 'Sentuhan Hati'

Posted:

Buat program 'Sentuhan Hati'

Buat program 'Sentuhan Hati'

Oleh LUQMAN HAZIQ ABDULLAH dan KAMIL MASLIH
utusanjohor@utusan.com.my

LEDANG 12 Julai - Semua peringkat kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) diminta melaksanakan program 'Sentuhan Hati' bagi memastikan sokongan berterusan rakyat kepada parti itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program itu bertujuan memenangi hati masyarakat dengan memastikan kebajikan semua pihak terpelihara dan tiada pihak yang terpinggir daripada arus pembangunan negara.

"'Program Sentuhan Hati' perlu dijadikan satu pendekatan untuk memastikan seluruh barisan pemimpin BN turun padang lebih daripada biasa dan melihat bantuan yang diperlukan supaya tiada isi keluarga yang tidak tersentuh hati dengan pemberian kita," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Skuad Sayang Parlimen Pagoh dan Program Jalinan Rakyat di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Rahmat, Parit Raja dekat sini, hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Senator Noriah Mahat.

Muhyiddin berkata, semua pemimpin UMNO dan BN sewajarnya turun padang melawat keluarga susah dan golongan yang terjejas supaya bantuan kebajikan dapat disalurkan segera.

Beliau berkata, program kebajikan 'Sentuhan Hati' itu tidak memerlukan perbelanjaan yang besar namun apa yang penting adalah keprihatinan semua pihak untuk menjaga golongan yang memerlukan bantuan.

"Kita tolong mereka dan bila sudah sampai pilihan raya, kita tak payah minta mereka sokong kerana mereka semua akan keluar menyokong BN dan pastikan BN terus kekal," katanya.

Beliau memberitahu, bagi kawasan Parlimen Pagoh, pihaknya juga akan melancarkan program 'Doktor Turun Kampung' pada hujung bulan ini untuk menjaga keperluan kesihatan penduduk.

Timbalan Perdana Menteri berkata, berbanding Pas yang baru melaungkan slogan 'Negara Kebajikan', kerajaan BN telah melaksanakan dasar kebajikan sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957 dan taraf hidup rakyat juga berjaya ditingkatkan sehingga keluar daripada kepompong kemiskinan.

Muhyiddin turut mengalu-alukan pelancaran Skuad Sayang Parlimen Pagoh untuk menjaga kebajikan penduduk di kawasan Parlimen tersebut dalam memastikan kebajikan dapat disampaikan dengan segera kepada golongan memerlukan khususnya semasa berlaku bencana alam.

"Sikap ini amat terpuji kerana dalam negara kita yang pesat membangun, golongan susah tidak kita lupakan dan semua kita bantu tanpa mengira latar belakang kaum atau agama," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Akhbar-akhbar utama Indonesia lapor pembohongan Anwar

Posted:

Akhbar-akhbar utama Indonesia lapor pembohongan Anwar

Akhbar-akhbar utama Indonesia lapor pembohongan Anwar

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my

JAKARTA 12 Julai - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, situasi di Malaysia sekarang yang baru berhadapan dengan perhimpunan jalanan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada Sabtu lalu sudah mendekati revolusi

"Kita sudah dekat dengan revolusi," kata Anwar seperti dilaporkan akhbar Media Indonesia semalam yang menekankan bahawa kumpulan penunjuk perasaan itu tidak akan berhenti kecuali kerajaan mengganti sistem pilihan raya.

Akhbar berkenaan memetik kenyataan tersebut ketika Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengadakan dialog dengan sekumpulan profesional muda di Kuala Lumpur Ahad lalu.

Pada masa sama, akhbar Republika hari ini turut memetik Anwar sebagai berkata bahawa situasi di Malaysia semakin dekat dengan revolusi.

"Kita sudah tidak punya lagi kepercayaan pada pemerintah. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya menanggapi tuntutan kami dengan serius kerana situasi semakin dekat dengan revolusi.

"Pemerintah Malaysia harus mendengarkan rakyat dan menghentikan politik kotor pada pemilu (pilihan raya umum)," kata Anwar.

Jawapan tersebut diberikan Anwar berdasarkan soalan apakah dentuman reformasi ini akan tetap dilakukan hingga terjadi revolusi.

Republika juga melaporkan amaran Anwar kepada Barisan Nasional bahawa revolusi akan berlaku di Malaysia seandainya keinginan mereka melakukan demonstrasi untuk mengubah sistem pilihan raya umum tidak dipenuhi.

Pada masa sama, beliau juga menegaskan, pembangkang di Malaysia tidak menolak kemungkinan akan terus menganjurkan demonstrasi pada masa depan seandainya permintaan mereka dalam pelaksanaan pilihan raya seperti yang dikehendaki tidak dipenuhi.

"Kita harus terus menekan pemerintah mengenai hal ini, di dalam dan di luar Parlimen. Jika perlu, kita siapkan untuk unjuk rasa (tunjuk perasaan) di Stadium Merdeka," tegas Anwar lagi. - Utusan

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


AS pertahan keputusan

Posted:

AS pertahan keputusan

AS pertahan keputusan

WASHINGTON 12 Julai - Kerajaan Amerika Syarikat (AS) semalam mempertahankan keputusannya yang menggantung bantuan ketenteraan bernilai AS$800 juta (RM2.4 bilion) kepada Pakistan dengan menyatakan negara itu perlu menjalankan usaha yang lebih untuk memerangi militan.

"Berhubung bantuan ketenteraan kami, kami tidak bersedia untuk meneruskannya melainkan kami dapat melihat langkah tertentu diambil," kata jurucakap Jabatan Negara, Victoria Nuland.

Katanya, AS bersedia meningkatkan kerjasama dalam program menentang keganasan serta pemberontakan.

Nuland yang merujuk kepada tindakan Islamabad yang mahu 100 penasihat tentera AS meninggalkan Pakistan sekali gus menghentikan latihan ketenteraan di negara itu berkata, 'AS tidak dapat menuruti permintaan Pakistan tersebut'.

Sementara itu, enam militan maut apabila sebuah pesawat tanpa juruterbang AS membedil sebuah rumah di barat laut negara ini hari ini, kurang 12 jam selepas serangan pertama dilancarkan, kata pegawai risikan.

Serangan tersebut menyusul selepas pentadbiran Presiden Barack Obama mengumumkan penggantungan lebih satu pertiga bantuan ketenteraan AS ke Pakistan ekoran hubungan yang semakin tegang.

Menurut pegawai risikan, pesawat AS itu menembak empat misil ke arah rumah tersebut yang terletak di kampung Dremala di wilayah puak Waziristan Selatan.

Malam tadi, sebuah lagi pesawat tanpa juruterbang AS melancarkan misil ke sebuah rumah di kampung Gorvak, Waziristan Utara yang menyebabkan 12 militan maut.

China hari ini turut menyatakan sokongan terhadap Pakistan dan berjanji akan terus menyalurkan bantuan bagi meningkatkan kehidupan rakyat serta ekonomi negara tersebut.

"Pakistan merupakan sebuah negara penting di Asia Selatan. Kestabilan dan pembangunan di Pakistan berkait rapat dengan keamanan serta kestabilan Asia Selatan," kata jurucakap Kementerian Luarnya, Hong Lei. - AFP/AP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Paip gas asli Mesir ke Israel diletupkan

Posted:

Paip gas asli Mesir ke Israel diletupkan

Paip gas asli Mesir ke Israel diletupkan


API marak daripada kebakaran stesen saluran paip gas yang membekalkan gas asli Mesir ke Israel di utara Sinai, Mesir, semalam setelah disabotaj oleh sekumpulan penyerang bersenjata. - REUTERS


KAHERAH 12 Julai - Sebuah stesen pengeluaran saluran paip yang membekalkan gas asli ke Israel di utara Sinai, meletup selepas disabotaj, hari ini.

Menurut agensi berita MENA, ia merupakan serangan keempat membabitkan fasiliti yang membekalkan gas Mesir ke Israel, tahun ini.

Saksi berkata, sekumpulan lelaki menyerang pasukan keselamatan Al-Tawil sebelum meletupkan stesen terbabit yang terletak berdekatan bandar Al-Arish di bahagian utara negara.

Tambahnya, pasukan keselamatan dan beberapa ahli keluarga mereka dipercayai telah dicederakan.

Siaran televisyen Nile pula berkata, api kebakaran daripada stesen tersebut dapat dilihat dari jarak sehingga 20 kilometer, namun tiada maklumat mengenai punca letupan atau kerosakan yang dialami.

MENA melaporkan stesen tersebut menyalurkan gas ke stesen lain yang terletak di kawasan Sheikh Zwayed yang mengeksport gas ke Israel.

Agensi tersebut pada laporan awalnya mengatakan stesen itu digunakan untuk 'mengeksport gas Mesir ke luar negara'.

Mesir turut menjual minyak kepada Israel dan Jordan, dan sedang berusaha untuk berunding semula dengan kedua-dua negara terbabit mengenai harga gas selepas Presiden Hosni Mubarak dipaksa meletakkan jawatan pada Februari lalu.

Mubarak disingkirkan selepas didakwa atas kesalahan rasuah selepas dia menjual gas kepada dengan harga lebih murah daripada harga pasaran kepada Israel yang mengatakan mereka membayar mengikut harga pasaran.

Gabenor Sinai di utara dan ketua pasukan keselamatan di kawasan terbabit tiba di tempat kejadian tatkala pasukan keselamatan memburu kumpulan yang terlibat dalam serangan itu. - REUTERS

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bantu anak Orang Asli cemerlang

Posted:

Bantu anak Orang Asli cemerlang

Bantu anak Orang Asli cemerlang

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
utusanpahang@utusan.com.my


Sebahagian 162 murid Sekolah Kebangsaan Runchang, Pekan, bersama 20 mahasiswa Kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang di sekolah tersebut, baru-baru ini.


PEKAN 12 Julai - Seramai 162 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Runchang di sini berpeluang berinteraksi dan beramah mesra bersama 20 mahasiswa Kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sekolah tersebut, baru-baru ini.

Program dikenali sebagai Kilauan Mutiara Sinar itu dikendalikan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan Pusat Pengajian Berterusan dan Pembangunan Profesional (CENFED) UMP.

Program tanggungjawab sosial korporat ECERDC itu memberi tumpuan kepada anak-anak Orang Asli peserta Taman Agropolitan Runchang di sini diberi motivasi dan galakan kepada mereka agar menjadi insan cemerlang.

Pengarah program tersebut, Nurul Noramelya Zulkefli, 22, berkata, langkah itu memberi pendedahan bermanfaat kepada fasilitator yang rata-ratanya penuntut yang baru mendaftar di universiti itu bulan lalu.

Menurut beliau, pihaknya berdepan dengan cabaran utama dalam memahami sosiobudaya mereka yang rata-rata berketurunan Orang Asli, tetapi ia pengalaman berharga bagi mahasiswa terbabit.

''Peserta ternyata bersemangat dalam menjayakan modul-modul yang dikendalikan oleh mahasiswa UMP seperti Gemuruh, Bersyukurlah Kita, Di Kala Pena Menari dan lain-lain," katanya di sini baru-baru ini.

Turut hadir Penolong Kanan Pentadbiran SK Runchang, Anuar Zabidi Mohamed Ali; Penasihat Kelab In-Smartive UMP, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd. Zain dan Ketua Penyelaras Sinar ECER UMP, Mohd. Zainal Bahari.

Turut diadakan pada program itu adalah ceramah keibubapaan yang disampaikan pensyarah UMP, Wan Nazrul Helmy dengan disertai ibu-bapa dan penjaga murid terbabit.

Sementara itu, Pengarah CENFED, Dr. Omar Jamaludin menyeru masyarakat setempat menghargai komitmen dan keprihatinan kerajaan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik murid sekolah terutama di luar bandar.

''Kerajaan sentiasa prihatin terhadap golongan muda yang bakal menerajui negara ini dan tidak mahu mereka ketinggalan dalam arus pembangunan hari ini ," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

31 pelajar IPTA banci anak peneroka

Posted:

31 pelajar IPTA banci anak peneroka

31 pelajar IPTA banci anak peneroka


PENUNTUT tiga IPTA bergambar bersama pengurusan Felda dan keluarga angkat selepas Program Persada di Felda Kota Gelanggi Satu, Jerantut, baru-baru ini.


JERANTUT 12 Julai - Seramai 31 penuntut daripada tiga institusi pengajian tinggi awam (IPTA) menyertai program Permuafakatan Siswa-Siswi (Persada) di Felda Kota Gelanggi 1 dekat sini, baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Program secara bersepadu itu diadakan selama tiga hari membabitkan aktiviti anak angkat bersama 25 keluarga peneroka tanah rancangan itu, selain mengumpul data mengenai latar belakang kehidupan generasi kedua di situ.

Ketua Urus Setianya, Saifuddin Basiron berkata, program itu merupakan antara cara mengukuhkan persaudaraan antara penuntut dengan warga peneroka di tanah rancangan tersebut.

"Uniknya, kesemua penuntut terbabit adalah anak peneroka dari seluruh negara bagi membuat bancian mengenai generasi kedua anak peneroka di sini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Majlis penutup dan penyerahan kembali anak angkat kumpulan penuntut terbabit dilakukan oleh Pengurus Felda Kota Gelanggi Satu, Hamid Mohamad.

Saifuddin berkata, bancian itu dibuat bagi mengutip data keluarga tentang aspek pekerjaan dan pendapatan berasaskan sosioekonomi masing-masing sebelum dibawa pulang ke universiti untuk tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, seorang penuntut Unimas, Norain Adawiyah Rahim, 21, berkata, program itu menyuntik pengalaman kepada penuntut IPTA sebagai pelengkap diri sebelum menceburi alam pekerjaan.

Rakannya, Suhaili Adi, 21, berkata, kehidupan masyarakat peneroka menjadi role model terhadap aspek perpaduan selain penyumbang terbesar dalam sektor ekonomi berasaskan kelapa sawit dan getah di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

50 sukarelawan jayakan Cakna Prihatin

Posted:

50 sukarelawan jayakan Cakna Prihatin

50 sukarelawan jayakan Cakna Prihatin


Penuntut diploma kejururawatan Kolej Universiti Shahputra mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma di Kampung Cherating, Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 12 Julai - Seramai 50 sukarelawan terlibat menjayakan program Cakna Prihatin di Kampung Cherating di sini baru-baru ini.

Program tersebut anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Pahang dengan kerjasama Sekretariat Rakan Muda Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS), Kolej Universiti Shahputra dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Cherating.

Pengerusi GPMS Pahang, Wan Emril Nizam Wan Embong berkata, dalam program tersebut, pihaknya telah memilih sebuah rumah usang yang diduduki oleh seorang anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Effarizam Jabar, 33.

Menurutnya, pemilihan itu disebabkan ayah kepada empat anak dan bekerja sebagai nelayan tersebut tidak mampu memperbaiki rumahnya berikutan pendapatannya yang tidak menentu.

''Atas keprihatinan itu, semua sukarelawan terbabit memberi komitmen membaik pulih rumah tersebut supaya keluarga Effarizam dapat menduduki rumah yang lebih selesa," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail telah menyampaikan peruntukkan bagi menjayakan program tersebut.

Wan Rosdy dalam ucapannya, memuji program terbabit serta mengatakan rasa bangganya kerana mereka yang terlibat dalam aktiviti sukarelawan itu terdiri daripada generasi muda.

''Program seperti ini dapat memupuk sikap dan budaya lebih positif di kalangan masyarakat dan berharap dapat dijadikan perintis bagi mewujudkan lebih banyak aktiviti serupa pada masa depan,'' katanya.

Sementara itu, Pengerusi Rakan Muda KIPSAS, Mozaid Hasbullah berkata, selain aktiviti tersebut, pihaknya turut mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk kampung.

Katanya, usaha tersebut dikendalikan oleh penuntut kejururawatan Kolej Universiti Shahputra.

Pihak-pihak lain yang turut terlibat dalam menjayakan program itu ialah Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Jabatan Belia dan Sukan Pahang serta Sekolah Kebangsaan Cherating.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Cam barang kes melalui kesan terbakar

Posted:

Cam barang kes melalui kesan terbakar

Cam barang kes melalui kesan terbakar

Oleh SUWARNI MOKHTAR dan NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 12 Julai - Walaupun diasak berulang kali oleh pihak peguam, seorang penyelam tetap menyatakan bahawa dia boleh mengecam semua objek yang ditemui berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilwati Lawiya dan tiga yang lain, sekalipun tidak membuat sebarang penandaan.

Ini kerana, jelas Koperal Merzuki Shahrim, 43, dari Pasukan Gerakan Marin Wilayah 1, Pulau Pinang, dia mengecam objek-objek tersebut berdasarkan kesan terbakar, lipatan, karat dan rupa barang-barang yang ditemuinya.

Saksi pendakwa ke-22 itu menyatakan demikian ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin pada perbicaraan kes bunuh jutawan kosmetik tersebut dan rakan-rakannya itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Dalam keterangannya semalam, antara objek yang ditemui adalah serpihan dipercayai tulang dan gigi, enam keping zink dan dua utas jam tangan.

Turut ditemui adalah beberapa bekas dawai, satu guni plastik tertulis Tapioca 50 kilogram, dua anak kunci, sebilah pisau, dua buah telefon bimbit jenis Blackberry masing-masing berwarna hitam dan putih serta seutas jam tangan Seiko Honda Racing Team.

Barang-barang tersebut ditemui sama ada di dalam atau berhampiran Sungai Panchau, pintu kunci air Pasar Besar Banting dan berhampiran jambatan Sungai Kanchong Laut, Kampung Endah dekat sini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perjanjian jual beli tanah Sosilawati-jutawan India tidak lengkap - Saksi

Posted:

Perjanjian jual beli tanah Sosilawati-jutawan India tidak lengkap - Saksi

Perjanjian jual beli tanah Sosilawati-jutawan India tidak lengkap - Saksi

SHAH ALAM 12 Julai - Bekas suami Datuk Sosilawati Lawiya hari ini mendedahkan bahawa perbincangan urusan jual beli tanah di Pulau Pinang bersama peguam N. Pathmanabhan menjadi agak hangat apabila dia mempertikaikan kandungan perjanjian yang telah ditandatangani oleh jutawan kosmetik itu.

Buhari Mohamed, 62, yang memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini berkata, dia juga merasa kesal kerana Sosilawati membawanya berjumpa Pathmanabhan di firma guaman lelaki itu di Banting hanya selepas wang pendahuluan sebanyak 10 peratus dibayar oleh bekas isterinya.

Menurutnya yang merupakan saksi pendakwaan ke-24, dalam pertemuan pada sekitar Mac 2008, terdapat enam perkara yang dipersoalkan iaitu maklumat penjual, A. Muthuraja dan Sosilawati sebagai pembeli yang tidak lengkap serta status kaveat ke atas tanah tersebut.

Muthuraja ialah jutawan dari Chennai, India, yang dilaporkan hilang sehingga hari ini.

Selain itu, jelas Buhari, Sosilawati tidak pergi ke India sedangkan perjanjian turut melibatkan peguam dari negara itu di samping tiada sebarang pengesahan daripada kedutaan bagi membuktikan kewujudan individu-individu berkenaan.

''Akhir sekali saya tanya andai kata masalah timbul selepas tanah dibeli dan dijual balik serta keuntungan dibahagi-bahagikan, pihak ketiga yang membeli tanah akan menuntut balik bila masalah timbul seperti tidak boleh daftar atau tukar milik, jadi siapa akan tanggung kerugian.

''Pathma (Pathmanabhan) berkata dia peguam lama serta berpengalaman dan masalah ini dia boleh selesaikan. Sosilawati tidak komen, tetapi saya kesal sebab semasa dia membawa saya, perjanjian telah ditandatangani dan 10 peratus sudah dibayar kepada Pathma. Saya tidak boleh komen apa-apa,'' jelasnya.

Semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin mengapa Sosilawati meminta bantuannya sedangkan mereka telah bercerai, Buhari memberitahu, bekas isterinya tidak mempunyai peguam peribadi pada masa itu.

Jelasnya, Sosilawati memintanya membacakan isi kandungan perjanjian bagi memastikan ia betul kerana dia pernah memegang jawatan pengurus sebuah bank dan mengetahui serba sedikit tentang dokumen seperti itu.

Dalam kes ini, Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh Sosilawati, 47, pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47; Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38.

Kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu didakwa berlaku di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Mengimbas kembali kejadian pada 31 Ogos tahun lalu, Buhari memberitahu, anaknya Erni Erinawati Sofia (Rina) menghubunginya dan memberitahu Sosilawati tidak pulang selepas berjumpa peguam bernama Pathma di Banting berhubung urusan jual beli tanah.

Katanya, dia kemudiannya menyuruh Rina menjemputnya di Selayang untuk bersama-sama ke Banting bagi mencari pejabat Pathmanabhan.

Dalam pada itu, Buhari turut cuba menghubungi telefon bimbit Sosilawati dua hingga tiga kali tetapi gagal sebelum menghubungi anak sulungnya, Erni Dekritawati Yuliana (Rita) yang ketika itu berada di Shah Alam.

Dengan menaiki dua buah kereta, katanya, mereka pergi ke Banting untuk mencari pejabat peguam Pathmanabhan, tetapi gagal lalu mereka pulang ke Kuala Lumpur dan berbincang sebelum satu laporan polis dibuat oleh Rina berhubung kehilangan Sosilawati pada hari yang sama.

Sebelum laporan kedua dibuat pada 2 September 2010, Buhari memberitahu, dia turut menghubungi nombor telefon bimbit peribadi Pathmanabhan pada salinan perjanjian jual beli tanah yang ditulis semasa dokumen itu diperoleh pada pertemuan sebelum itu.

''Saya perkenalkan diri sebagai Buhari Gudang Garam. Saya tanya ke mana Sosilawati selepas berjumpa awak pada 30 haribulan sehingga sekarang tidak balik-balik. Anak saya buat 'report', awak terpaksa bertanggungjawab.

''Pathma kata dia tidak jumpa Sosilawati pada 30 haribulan, Dia kata Sosilawati seorang yang baik serta selalu berniaga dengannya dan macam mana dia boleh hilang. Pada masa itu, saya tidak komen apa-apa,'' katanya lagi.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Akhtar Tahir yang masuk hari ketujuh bersambung esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


The Good Wife ubah segalanya

Posted:

The Good Wife ubah segalanya

The Good Wife ubah segalanya

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SYEFRY MONIZ dan ihsan DIVA UNIVERSAL


WATAK Kalinda Sharma telah mengubah hidup Archie Panjabi.


SEDARI kecil, dia sudah menanam impian untuk bergelar seorang pelakon kerana minatnya yang mendalam.

Walaupun dia sedar dengan latar belakangnya yang dilahirkan sebagai seorang Asia akan menyukarkan impiannya itu menjadi realiti, namun, ia bukan satu halangan buat Archie Panjabi.

Apa yang penting baginya adalah untuk terus mencari peluang bagi merealisasikan cita-citanya sehingga pada satu ketika kelak, dia akan memastikan masyarakat di seluruh dunia akan mengenali siapakah dirinya.

Kata Archie, untuk membina nama dan profilnya sebagai seorang aktres memang bukan cukup mudah. Lebih-lebih lagi sebagai seorang Asia, pandangan skeptikal itu sering kali dilemparkan kepada orang sepertinya.

Berdasarkan pengalamannya sebelum ini, pada pandangan sesetengah pihak terutama masyarakat di Barat, orang Asia tidak mampu berjaya dan berdiri setanding dengan mereka.

"Bagi saya, itu hanyalah tanggapan lapuk yang perlu dibuang jauh kerana sekarang ini semuanya sudah berubah. Tidak kisah orang Asia atau apa jua latar belakang seseorang itu, jika anda memiliki disiplin kerja yang terbaik, anda akan diterima tanpa prejudis.

"Apa yang saya lalui sebelum ini untuk mencapai tahap sekarang seperti hari ini bukanlah semudah yang disangka. Saya perlu berdepan dengan persaingan yang cukup sengit dengan orang Barat.

"Saya pernah ditolak mentah-mentah sewaktu mahu menghadiri uji bakat hanya kerana saya seorang Asia. Tetapi, saya tidak pernah berputus asa. Segala cabaran itu saya ambil untuk membina kekuatan saya sehingga dapat mencapai apa yang saya diidamkan," luah Archie panjang lebar apabila mengenangkan kembali laluan seninya.

Archie atau nama sebenarnya, Archana Panjabi itu ditemui dalam satu pertemuan eksklusif bersama media tempatan yang diatur oleh pihak Arcis Communications di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ubah pandangan

Jika disingkap diari seni anak kelahiran London itu, dia memulakan kariernya pada usia 23 tahun apabila ditawarkan berlakon dalam sebuah filem televisyen, Under The Moon.

Perlahan-lahan, dia membina namanya dengan mencari peluang meluaskan bakat lakonannya sehinggalah Archie membintangi filem Bend It Like Beckham bersama Keira Knightley, Parminder Nagra dan Jonathan Rhys Meyers.

Populariti filem itu sedikit sebanyak telah memperkenalkan nama Archie kepada khalayak filem dunia sekali gus membuka mata penerbit dan pengarah filem terutama di Hollywood.

Bintangnya terus bersinar apabila Archie diberi peluang untuk membintangi filem The Constant Gardener di samping Rachel Weisz dan Ralph Fiennes.

Tidak cukup dengan itu, Archie seterusnya mendapat tawaran berlakon filem A Mighty Heart bersama aktres tersohor dunia, Angelina Jolie pada tahun 2007.

Ternyata filem itu membawa tuah buat Archie apabila lakonannya sebagai Asra Nomani mendapat pujian ramai sehingga dia berjaya menerima The Chopard Trophy bagi kategori Bintang Harapan pada Festival Filem Cannes pada tahun yang sama.

Namun, sesuatu yang membuatkan Archie kurang selesa apabila satu demi satu watak yang diterimanya seolah-olah seperti tempelan dan watak sokongan sahaja.

Tiada satu pun watak yang baginya begitu kuat bagi membuktikan dia boleh melakukan lebih daripada apa yang ditawarkan kepadanya.

"Bukan mahu mendabik dada dan menunjukkan saya seorang yang hebat. Tetapi, sampai bila untuk orang Asia diberikan watak yang hanya dilihat sebagai penyendal dan sekadar mengisi kekosongan watak semata-mata.

"Saya tidak mahu watak wanita atau gadis India yang tipikal seperti mana yang sering ditonton. Bukankah zaman sudah berubah dan kita mampu melakukan lebih daripada itu.

"Apa yang saya katakan ini bukanlah mahu menunjukkan saya tidak bersyukur atau kesal dilahirkan sebagai orang Asia. Tetapi, semuanya perlu diubah sekarang ini untuk memberi peluang kepada pelakon Asia lain dalam mengembangkan bakat mereka.," jelas anak kepada pasangan Govind dan Padma Panjabi itu dalam nada yang sedikit tegas namun penuh diplomasi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peminat anugerah Salih Yaacob

Posted:

Peminat anugerah Salih Yaacob

Peminat anugerah Salih Yaacob

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR dan ihsan GLOBAL STATION


POPULAR... Gandingan Salih Yaacob, Raja Azura dan Khairil Rashid menerusi segmen Sinar Pagi di Sinar FM menjadi kegemaran peminat.


MESKIPUN sudah lebih tiga dekad bergelar penghibur, harus diakui, nama Salih Yaacob belum terpahat kemas dalam mana-mana acara anugerah yang berlandaskan kualiti bagi mengiktiraf hasil kerjanya.

Walhal, kalau disingkap diari seninya selama tempoh itu, Salih boleh dikategorikan sebagai anak seni yang memiliki bakat satu dalam sejuta.

Namakan apa sahaja. Semuanya mampu dilakukan Salih baik menyanyi, berlakon, mengacara mahupun berlawak yang sudah menjadi kekuatannya sejak menceburi bidang seni seawal tahun 80-an.

Kalau bakatnya diukur dari segi populariti, pernah sekali sahaja namanya dijulang sewaktu menerima gelaran Penghibur TV Lelaki Popular pada tahun 1992.

Bagi Salih, biarpun dirinya tidak pernah diiktiraf sebagai yang terbaik, namun itu bukan satu kudis baginya. Apa yang penting adalah penerimaan dan sokongan peminat yang tidak berbelah bagi dari dulu sehingga kini.

"Saya mencari rezeki dalam bidang ini bukanlah untuk mengejar anugerah atau mahu diri diiktiraf. Seandainya peminat menerima hasil kerja saya dengan baik dan terhibur dengan apa yang saya persembahkan, itu sudah mencukupi. Malah, ia lebih bernilai daripada mana-mana pengiktirafan.

"Bukanlah saya mengatakan anugerah itu tidak membawa sebarang makna. Kalau menang, ia adalah satu bonus. Tetapi, apakah makna kemenangan itu seandainya ia tidak mampu mengekalkan kedudukan kita dalam industri untuk tempoh yang lama?

"Apa yang saya katakan ini adalah pandangan peribadi saya. Disebabkan itu, saya menganggap peminat saya merupakan anugerah buat saya. Jika bukan kerana mereka, mustahil untuk saya terus kekal selama 30 tahun dalam industri," kata Salih.

Pelawak ternama negara itu yang kini mahu dikenali sebagai SY itu berkata demikian sewaktu pelancaran rancangan bual bicara terbaru kendaliannya, Salih Yaacob Show...I Follow (SYSIF) yang berlangsung di PJ Live Arts, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menyambung bicara, Salih menegaskan matlamatnya menjadi seorang penghibur adalah untuk menghiburkan peminat yang tidak pernah putus mendambakan persembahannya waima apa jua cara sekalipun.

Sebagai contoh, selepas empat tahun berkhidmat sebagai penyampai radio di stesen radio nombor satu negara, Sinar FM, Salih mengakui peminatnya semakin bertambah dan dia berjaya mengumpul peminat baru.

"Tiada apa yang menggembirakan saya apabila mendapat maklum balas daripada mereka (peminat) yang mengatakan mereka terhibur mendengar celoteh saya di corong radio.

"Apatah lagi jika keletah saya itu dapat menggembirakan mereka sepanjang hari dan melupakan segala masalah serta kesedihan yang dialami.

"Sebagai contoh, ada seorang anak memberitahu saya bahawa ayahnya yang lumpuh separuh badan begitu teruja dan gembira apabila mendengar program saya setiap pagi. Jadi, apabila mendengar kisah-kisah begini, saya tumpang gembira kerana matlamat saya tercapai.

"Jika dulu, mereka boleh menonton saya di televisyen dan filem serta mendengar lagu-lagu nyanyian saya menerusi album, kini, semuanya sudah berubah.

"Bidang penyiaran radio merupakan anjakan baru dalam kerjaya saya sendiri," ujar Salih atau nama penuhnya, Mohd. Salih Yaacob yang memiliki empat orang isteri dan 11 anak itu lagi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Mudahnya Pas lempar hukum

Posted:

Mudahnya Pas lempar hukum

Mudahnya Pas lempar hukum

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD/
SITI MAISARAH SHEIKH RAHIM
pengarang@utusan.com.my


Pihak berkuasa berkawal di hadapan Menara Maybank dan Hentian Puduraya, Kuala Lumpur bagi menyuraikan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu.


TIDAK keterlaluan jika dikatakan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh barisan kepimpinan Pas berhubung perhimpunan haram Bersih 2.0 sungguh memalukan kerana tahap keilmuan mereka bukan digunakan membawa kesejahteraan umat tetapi hanya satu tujuan iaitu politik.

Lihat sahaja kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, mereka secara terang-terangan mengaitkan perhimpunan haram Bersih itu sebagai satu tuntutan Islam atas nama ibadah dan perjuangan.

Malah dalam satu kenyataan Nik Abdul Aziz, beliau yang dianggap ulama paling hebat dalam Pas dengan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukum zalim terhadap mereka yang menghalang perhimpunan itu dan perlu bersedia menerima pembalasan ketika berhadapan dengan Allah kelak.

Bukan itu sahaja Nik Abdul Aziz menganggap para peserta perhimpunan haram itu 'berjemaah dalam melakukan ibadat' walaupun beliau sememangnya sedar bahawa himpunan seperti itu akan membawa lebih kemudaratan daripada kebaikan.

Dewan Ulama Pas melalui ketuanya, Harun juga tidak ketinggalan mengucapkan syabas dan tahniah terhadap mereka yang menyertai perhimpunan itu dengan menyifatkan mereka sebagai wira negara.

Begitulah pengiktirafan diberikan oleh ulama-ulama Pas dan pemimpinnya kepada mereka yang menyertai perhimpunan haram Bersih 2.0, Sabtu lalu.

Persoalannya paling besar, adakah Islam membenarkan sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan keamanan dan kesejahteraan?

Adakah Rasulullah (SAW) memerintahkan umatnya melakukan perbuatan yang boleh memberi kemudaratan kepada agama?

Jawapannya sudah tentu tidak. Dalam isu ini mustahil Nik Abdul Aziz atau Harun Taib tidak tahu hukum menjaga keamanan negara dalam Islam.

Adakah mereka sengaja menyembunyikan ilmu yang telah dianugerahkan oleh Allah agar Islam dilihat membenarkan perhimpunan haram itu diadakan?

Niat mereka hanya Allah sahaja yang mengetahui dan jika itulah nawaitu mereka, terimalah balasan setimpal daripada Allah SWT.

Yang pasti, mereka tidak boleh berbohong dengan Allah. Allah Maha Mengetahui, Allah Maha Mendengar dan Allah Maha Melihat.

Satu lagi persoalan adakah Malaysia ini boleh dikategorikan sebagai sebuah negara yang zalim hingga menyebabkan rakyatnya tertindas dan hidup menderita?

Bagi mereka yang rasional dan berfikiran waras jawapannya sungguh mudah, sudah tentu tidak.

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 112 : Dan (berhubung dengan hal kaum yang kufur ingkar) Allah memberi satu misalan: Sebuah negeri yang aman damai dan tenteram yang didatangi rezekinya yang mewah dari tiap-tiap tempat tetapi penduduknya kufurkan nikmat-nikmat Allah itu, maka Allah merasakannya kelaparan dan ketakutan disebabkan apa yang mereka telah lakukan.

Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka sebenarnya menggunakan agama hanya berlandaskan nafsu dan bukannya berasaskan hati yang tulus walaupun golongan itu terdiri daripada mereka digelar ulama.

Mereka hanya mahu satu iaitu kuasa. Kuasa untuk memerintah Malaysia. Kuasa untuk menawan Putrajaya.

Oleh itu tidak hairanlah mereka sanggup bersekongkol dengan puak-puak yang sebelum ini terang-terangan menentang Islam demi mengejar kuasa tidak kira parti atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Mereka sanggup bersekongkol dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, seorang pendokong gerakan pluralisme di negara ini iaitu satu fahaman yang jelas bertentangan dengan akidah Islam.

Siapa tidak kenal Karpal Singh, siapa tidak kenal Datuk S. Ambiga serta beberapa tokoh yang mendokong fahaman liberal Islam di dalam gabungan Bersih.

Bukankah golongan ini kuat menentang Islam dan menyokong murtad? Bukankah murtad merupakan satu kesalahan paling besar di dalam Islam?

Begitu juga kecaman melampau mereka terhadap polis sehingga pasukan itu dilihat sebagai musuh yang perlu dihapuskan.

Tidak terfikirkah ulama-ulama Pas ini, kira-kira 90 peratus pegawai dan anggota polis adalah di kalangan orang Islam.

Mereka bersaksikan tiada Tuhan melainkan Allah Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, mereka bersolat, berpuasa, berzakat, menunaikan ibadat haji dan mereka menjalankan segala perintah yang diturunkan oleh Allah.

Sehubungan itu adakah wajar orang Islam menentang orang Islam lain hanya disebabkan terlalu setia dengan rakan mereka yang kafir dan seandainya berlaku kematian wajarkah si mati dikategorikan meninggal dalam keadaan baik?

Polis hanya menjalankan tugas bagi memastikan keamanan negara ini sentiasa terpelihara sekali gus menjamin kehidupan rakyat daripada diganggu oleh anasir-anasir jahat.

Mungkin ramai yang tidak tahu termasuk ulama-ulama Pas ini, sejak diumumkan perhimpunan haram itu oleh Ambiga, semua anggota polis di Kuala Lumpur dikehendaki berada di tempat bertugas masing-masing tanpa kira hari dan waktu.

Malah ada satu kisah seorang pegawai polis dan keraninya terpaksa membawa seorang anak anggota mereka yang sedang bertugas ke klinik untuk mendapatkan rawatan kerana demam.

Ini hanya satu contoh bagaimana para anggota polis terpaksa mengorbankan masa dengan keluarga walaupun anak mereka sakit disebabkan keangkuhan Bersih untuk meneruskan perhimpunan.

Itu belum dikira nasib para usahawan, peniaga kecil, pemandu teksi dan pengusaha pengangkutan awam yang mengalami kerugian sehingga dianggarkan mencecah RM100 juta pada hari perhimpunan diadakan.

Bukan itu sahaja mereka yang mengadakan majlis perkahwinan di sekitar ibu kota pada hari berkenaan turut terkena kesannya apabila ramai tetamu tidak dapat hadir.

Sebenarnya, perbuatan mereka yang menganjurkan perhimpunan itu lebih zalim lagi.

Selain menimbulkan huru hara dan kekacauan sikap buruk mereka telah menyebabkan kerugian kepada banyak pihak.

Mengulas isu tersebut Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, Ali Sarbini menegaskan Islam menegah sekeras-kerasnya umatnya menyertai sebarang aktiviti yang boleh mengundang kemudaratan.

"Kita harus menghargai apa yang kita ada sekarang ini iaitu nikmat keamanan dan rezeki melimpah ruah yang tidak terdapat di tempat lain. Oleh itu wajib ke atas kita menjaga keamanan walau siapa pun kita," katanya.

Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah pula berkata, setiap perbuatan yang dikira sebagai ibadah hanya bergantung kepada niat yang ikhlas tanpa menyusahkan orang lain.

"Saya harap Pas mengeluarkan pandangan dari hati berlandaskan ilmu agama dan meletakkan kebenaran di atas kepentingan politik.

"Saya amat kecewa kerana saya fikir biarlah pandangan kita tidak terbawa-bawa dengan agenda politik tanpa memikirkan kepentingan rakyat," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Al-Kisah Anwar Ibrahim, Shah Rukh Khan dan 9 nyawa...

Posted:

Al-Kisah Anwar Ibrahim, Shah Rukh Khan dan 9 nyawa...

Al-Kisah Anwar Ibrahim, Shah Rukh Khan dan 9 nyawa...

Oleh Zaini Hassan


Anwar Ibrahim di Hospital Pantai selepas dikatakan cedera parah dalam perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur, 9 Julai lalu.


BEBERAPA hari lalu saya secara kebetulan menonton sebuah dokumentari mengenai kehidupan pelakon terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan di televisyen. Antara kata-katanya yang menarik perhatian saya, berbunyi: "Saya mempunyai masalah dalam kehidupan saya yang sebenar. Tapi saya tiada masalah dalam kehidupan saya yang bukan sebenar."

Ia membawa maksud kehidupannya sebagai pelakon lebih baik daripada kehidupan sebenar di alam nyata ini. Walaupun di alam nyata beliau kaya dan terkenal, tapi kehidupannya sebagai pelakon lebih bermakna.

Ia juga bermaksud Shah Rukh Khan lebih selesa hidup dalam kepura-puraan. Dunianya penuh dengan fantasi dan imiginasi. Mendengarkan kata-katanya itu, saya merasakan Shah Rukh Khan perlu berjumpa dengan pakar jiwa segera.

Namun begitu, bukan pelakon saja yang mengalami masalah begitu. Orang biasa pun sama. Ahli politik pun sama.

Oleh kerana itulah tidak hairan ada ahli politik kita yang terlalu suka mahu mendapatkan perhatian ramai, walaupun perbuatan itu mungkin boleh menyusahkan orang dan rakyat jelata.

Ahli politik sebegini bukan hanya ada di Malaysia saja, tapi di seluruh dunia. Malah dalam sejarah moden dunia, banyak orang yang seperti ini.

Seperti Adolf Hitler, beliau ialah seorang pemimpin hebat. Kerana perbuatannya itulah dia menjadi terkenal sehingga ke saat ini.

Anwar Ibrahim juga terkenal. Ada orang pernah berkata dia mempunyai banyak (multiple) karekter. Karekternya berubah-ubah. Nyawanya pun banyak. Ada yang membuat teori Anwar ada sembilan (9) nyawa, seperti nyawa kucing.

Pada tahun 1974 di zaman Tun Abdul Razak, dia membawa para pelajar membuat demonstrasi besar mendakwa rakyat Baling mati kebuluran. Hakikatnya tiada siapa pun yang mati – mungkin tidak makan nasi, tapi ubi kayu ada untuk meneruskan hidup.

Akibat demonstrasi itu, pada 3 Disember 1974 bersama-sama Ibrahim Ali (kini panglima Perkasa) dia ditahan selama 2 bulan 60 hari dan kemudian dihantar ke pusat tahanan Kamunting selama dua tahun sehingga 1976.

Putaran karekter Anwar ini berterusan selepas itu di zaman Tun Hussein Onn (15 Januari 1976).

Pada tahun 1978, Anwar menyokong Pas dalam pilihan raya Kelantan, yang kemudian berakhir dengan darurat. Pas diterajui Datuk Asri Muda kalah teruk.

Pada zaman Tun Mahathir (16 Julai 1981), melihatkan Pas tak boleh pergi, Anwar beralih angin dan menyertai UMNO.

Difahamkan Anwar memasuki UMNO melalui beberapa pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).

Namun kemudiannya semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan cadangan penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) di Jeddah yang diilhamkan oleh Ku Li didakwa oleh Anwar datangnya daripada ideanya sendiri.

Penubuhan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga didakwa datangnya daripada cadangan Anwar, sedangkan ia adalah idea Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Begitu juga dalam politik UMNO, Anwar terkenal dengan tipu muslihatnya sehinggalah dia berjaya menjadi Timbalan Perdana Menteri, akhirnya.

Namun, selepas kes liwatnya dan bebas dari penjara selama enam tahun, dia bertemu dengan Ku Li dan mengajak Ku Li menyertainya dalam Parti Keadilan.

Ku Li dijanjikan sebagai Perdana Menteri jika parti Keadilan menang dalam pilihan raya. Namun Ku Li yang sudah beberapa kali ditipu oleh Anwar semasa persaingan dalam UMNO, menolaknya.

"Ku Li berkata cukuplah dia tidak mahu kena tipu lagi oleh Anwar," kata seorang orang kanan Ku Li yang enggan disebut namanya.

Anwar cukup licik. Sebuah blog XPressMinda menyifatkan Anwar memiliki 9 nyawa. Seperti nyawa kucing.

Ikuti tulisannya:

SEMUA tentu tahu mitos yang mengatakan kucing memiliki 9 nyawa entah betul atau tidak – tak tahulah, yang pastinya kisah 9 nyawa kucing tu agak popular.

Barangkali kerana ingin meniru mitos kucing tersebut atau mungkin juga terangsang dengan kehebatan 9 nyawa yang dimiliki oleh kucing maka Anwar memanfaatkan sepenuhnya mitos itu untuk meraih simpati khalayak.

Tahukah anda keadaan terkini menunjukkan Anwar sedang bertarung untuk menyelamatkan nyawanya yang ke-8 selepas kehilangan nyawanya dalam 7 kejadian lampau sebelum ini.

Ikuti urutan hikayat berikut untuk mengenali kehebatan Anwar yang dipercayai memiliki 9 nyawa sama seperti mitos seekor kucing.

1. Propaganda Tumbukan Ketua Polis

* Anwar telah ditumbuk hingga mencederakan sebelah matanya oleh Ketua Polis ketika itu (Rahim Noor). Berikutan itu disebarkan cerita wujudnya konspirasi nyawa Anwar terancam dan akan dibunuh oleh pihak polis.

* Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa. Nyata tindakan provokatif Anwar yang memanggil pihak polis dan Rahim sendiri sebagai barua dan juga anjing kerajaan telah dilupakan begitu saja gara-gara simpati mencurah-curah kalangan khalayak kepada Anwar. Dengan hanya sekali tumbukan padu ini boleh dianggap ia kehilangan nyawa yang pertama bagi Anwar.

l Hasil mata lebam tersebut akhirnya sebagai pengabadian kehilangan nyawa yang pertama maka simbol perjuangan Anwar diterjemahkan melalui Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) yang berlogokan sebiji mata sama seperti mata Dajjal. Innalillah.

2. Drama Keracunan Arsenik

* Tidak semena-mena selang kejadian tumbukan padu oleh bekas KPN ketika itu, timbul pula dakwaan oleh Wan Azizah bahawa suami tersayangnya itu telah diracun dengan racun arsenik melalui pemakanan oleh polis dan orang Dr. Mahathir.

* Wan Azizah, para pemimpin ADIL (sekarang PKR) ketika itu termasuklah peguam kanan Anwar yakni Zulkifli Noordin (sekarang Ahli Parlimen Bebas) telah menyebarkan berita nyawa Anwar dalam bahaya. Kuku jari dan kaki menjadi hitam, Anwar sudah kronik dan nazak. Rambutnya kononnya gugur.

* Walaupun siasatan oleh HKL menunjukkan tiada keracunan arsenik dalam air kencing dan darah Anwar, namun keputusan lengkap HKL itu tidak mampu menghalang pemergian ke rahmatullah nyawa ke-2nya itu.

* Jangka hayat Anwar diramalkan oleh para pimpinan PKR dan Pas hanya mampu bertahan 1 tahun kerana keracunan arsenik yang teruk. Dek kerana singkatnya masa, maka nyawa ke-2 Anwar tidak mampu menanggung lagi lalu pergi menghadap Illahi.

* Anwar yang masih hidup selepas setahun diracun dengan arsenik adalah Anwar yang memanfaatkan stok nyawa ke-3. Hebat.

3. Sandiwara Suntikan Darah HIV

* Selang selepas drama paling hot berkaitan keracunan arsenik, kemudiannya timbul pula dakwaan Wan Azizah suaminya telah disuntik dengan darah HIV positif. Nyawa ke-3 Anwar benar-benar dalam bahaya. Kebiasaannya orang yang menghidap HIV+ selang 2, 3 tahun kemudiannya akan menghidap AIDS kemudian meninggal dunia 2 atau 3 tahun selepas itu dengan badan yang kurus kering dan berkudis-kudis.

* Tiada ubat atau penawar hingga kini untuk pesakit HIV+ mahupun AIDS, kerana itu hanya ucapan Innalillah sahaja yang mampu diungkapkan untuk nyawa ke-3 tersebut. Takziah untuk keluarganya.

* Tanpa sebarang penawar atau ubat untuk HIV+ dan juga AIDS tidak menghalang Anwar untuk menggunakan talian hayatnya yang ke-4.

* Hasil keupayaan memiliki 9 nyawa telah membantu Anwar meneruskan kehidupan hingga kini (2011) tanpa sebarang masalah kudis mahupun mati kekeringan melainkan perutnya terus maju ke depan.

4. Lelucon Patah Tengkuk

* Sepanjang perbicaraan dan hingga mendiami istana Sungai Buloh yang dilengkapi dengan pengawal keselamatan di setiap penjuru, ketika ini Anwar dan para pemimpin tertinggi PKR dan Pas telah menguar-uarkan kehidupan Anwar masih terancam kerana lehernya didapati patah dan ada urat yang terkehel.

* Sepanjang perbicaraan meliwat dan juga tuduhan salah guna kuasa, Anwar sentiasa memakai penyokong leher untuk memperbetulkan kembali lehernya yang patah dan uratnya yang terkehel.

* Secara umumnya dengan keadaan leher yang patah itu sebenarnya nyawa ke-4 Anwar sudah pun pergi meninggal jasad, Innalillah… Akhirnya Anwar terpaksa menggunakan nyawa baru yakni nyawa kucing yang ke-5 untuk meneruskan kehidupan duniawi.

* Hasil penggunaan nyawa ke-5, Anwar bebas menanggalkan penyokong lehernya itu bila-bila masa di dalam penjara terutama sekali selepas pulang daripada perbicaraan mahkamah.

5. Filem Box Office Lumpuh Sakit Belakang

* Sewaktu hayat nyawa ke-5, Anwar mendakwa tulang belakangnya telah bengkok dan terkehel hingga mengakibatkan lumpuh tidak mampu berjalan.

* Dalam waktu-waktu membawa rayuan ke mahkamah dan juga sewaktu menghadiri perbicaraan merayu kesnya itu, Anwar kerap datang ke mahkamah sambil melambai tangan kepada penyokongnya dengan menaiki kerusi roda yang disorong oleh pembantu ataupun isterinya.

* Bertebaran berita yang mendakwa kerajaan sengaja mendera Anwar dan keengganan kerajaan membenarkan Anwar mendapat rawatan di luar negara telah menyemarakkan kemarahan khalayak yang menyokong bung Anwar.

* Kisah Anwar yang terpaksa hidup dalam kelumpuhan ketika hayat nyawa ke-5 dipalu di gendang tiap masa walaupun di masa yang sama kerajaan telah menawarkan rawatan pakar tempatan di HKL (Hospital Kuala Lumpur) untuk menentukan sejauh mana patah terkehelnya tulang belakang Anwar itu.

* Nyawa Anwar yang ke-5 pergi meninggalkan jasadnya itu selepas kerajaan muktamad tidak mahu mengikut kehendak Anwar, maka keperitan hidup dalam kelumpuhan tidak dapat membendung nyawa ke-5 untuk kekal di jasad Anwar. Innalillah.

* Berkat keajaiban memiliki nyawa kucing, sewaktu berada di KLIA Anwar telah pun menggunakan nyawa ke-6 kerana itu sebelum berlepas ke Jerman untuk pembedahan, tiada lagi kerusi roda sebaliknya Anwar bebas bangun duduk dan berjalan untuk bersalaman dengan penyokongnya yang menunggu di lapangan terbang.

* Anwar kembali ke arena politik dengan nyawa ke-6 yang bertenaga luar biasa selepas pembedahan tulang belakang yang paling berjaya dalam sejarah dunia tercipta di Jerman. Hanya dalam tempoh 2 jam sahaja Anwar sudah tidak lumpuh malah sudah mampu berjalan berlari tanpa sebarang kesan sakit.

* Keajaiban proses pembedahan di Jerman ini pastinya dicemburui banyak negara lain kerana tidak pernah ada pesakit kronik tulang belakang mampu berjalan berlari hanya selepas 2 jam pembedahan.

Rata-rata pesakit yang berjaya dibedah di serata dunia memerlukan 3 - 6 bulan untuk pulih dan berjalan berlari seperti biasa. Inilah kehebatan Anwar, anugerah Tuhan yg komplikated dan tidak mungkin dimiliki oleh insan lain.

6. Hikayat Ancaman Bunuh

* Tidak semena-mena hujan tidak ribut pun tidak, nyawa ke-6 Anwar pula dikesan dalam bahaya. Wujud ancaman bunuh yang mengancam nyawa ke-6 Anwar yang secara halusinasi yang tak terlihat oleh mata kasar mahupun mata hati manusia biasa seperti kita.

* Tika itu Anwar sedang asyik meeting bersama pimpinan PKR serta Wan Azizah, tiba-tiba bagaikan beruk terkejut, mesyuarat tiba-tiba dihentikan oleh Anwar hanya selepas menerima satu panggilan telefon yang rupanya membawa berita Saiful Bukhari telah pergi membuat laporan polis berkaitan satu kes liwat.

* Demi menyelamatkan nyawanya yang ke-6 maka Anwar sanggup mengharung kegelapan malam dari Quality Hotel di Shah Alam untuk mencari perlindungan di Kedutaan Turki yang terletak di KL.

* Namun takdir menentukan Kedutaan Turki tidak mampu membantu Anwar selama-lamanya, natijahnya upacara sembahyang ghaib untuk nyawa ke-6 dilakukan sambil itu Anwar terpaksa meneruskan kehidupan menggunakan stok nyawa ke-7 tapi masih lagi guna jasad yang sama.

7. Sabotaj Kereta Azizah

* Kegawatan kes liwat Anwar dan Saiful kemudiannya makin menjadi-jadi dengan pelbagai penangguhan proses mahkamah daripada kes sakit demam peguam hinggalah cubaan memecat pendakwa dan hakim memperlihatkan keazaman tinggi nyawa ke-7 Anwar untuk terus menghayati keindahan alam ini.

* Kehebatan inspirasi yang dimiliki oleh nyawa ke-7 Anwar ini nyata memberi semangat kuat untuk para penjenayah cuba menggunakan method yang sama yakni menangguhkan sebanyak yang boleh kes perbicaraan di mahkamah termasuklah cuba memecat hakim dan pendakwa mengikut kemahuan sendiri demi keadilan diri sendiri.

* Namun di sebalik pelbagai cubaan tangguh menangguh itu, tiba-tiba tampil Datuk Trio yg menghebahkan satu kegiatan projek Anwar dengan China Doll berumur 26 tahun di sebuah apartmen sederhana mewah.

* Walaupun muka lelaki dalam video itu adalah milik Anwar namun dikatakan ramai penyokong Anwar, perut dan punggung Anwar tidaklah boroi dan berisi seperti itu. Hebat. Nyata kekentalan nyawa ke-7 lebih hebat daripada sebelumnya. Lebih bijak dan inovatif. Hinggakan kepakaran 2 profesor di AS, kepakaran syarikat TV di Korea pun tidak mampu meyakinkan penyokong Anwar bahawa lelaki tersebut adalah Anwar.

* Pun demikian tidak tahan dengan asakan demi asakan apatah lagi bila video seks tersebut bertebaran di alam internet hinggalah dicetak dalam bentuk CD & DVD, akhirnya nyawa ke-7 terancam jua.

* Bertiuplah angin-angin sepoi yang mendakwa nyawa ke-7 Anwar terancam selepas dikatakan wujud sabotaj terhadap kereta Wan Azizah. Selang sebulan selepas kejadian yang dikatakan berlaku 'eksiden mengejut' yang cuba membunuh Anwar itu, barulah pemandu Wan Aziah tampil membuat laporan polis.

* Walaupun logiknya patut Wan Azizah yang terancam kerana kereta itu dinaiki olehnya dan pemandu itu pula adalah pemandu kereta Azizah, namun logik tersebut tidak dapat menghalang untuk Anwar kehilangan nyawanya buat kali ke-7. Innalillah sekali lagi untuk kali ke-7 dalam masa 13 tahun.

8. Demo Jalanan

Bersih 2.0, 09/07/2011

* Ya, kini selepas kehilangan 7 nyawa dalam masa 13 tahun dengan pelbagai plot luar tabii melangkau batasan pemikiran manusia, kini adalah masanya Anwar menggunakan nyawanya yang ke-8.

* Rupanya hayat nyawa ke-8 tidak panjang, malah kekentalannya adalah yang paling lemah berbanding 7 nyawa yang lain sebelum ini.

* Berita terbaru yang diterima sewaktu kekecohan demo Bersih 2.0 petang 9/7/2001, nyawa ke-8 Anwar benar-benar di peringkat sakaratulmaut.

* Demo haram Bersih 2.0 yang sepatutnya diadakah di Stadium Shah Alam seperti tawaran MB Selangor, namun kemudiannya dikekalkan untuk diadakan di sekitar KL nyata telah secara langsung mengancam nyawa ke-8 Anwar.

* Dikhabarkan Anwar terkena tembakan FRU yang bersenjatakan senapang gajah, darah membasahi bajunya hingga tidak nampak lagi warna kuningnya itu, penafasan oksigen diperlukan, ini sudah kes berat. Ini peringkat kehilangan nyawa yang ke-8, memang bahaya.

* Dilaporkan pula oleh banyak blog, nyawa ke-8 Anwar ini hanya di hujung misai kucing, dikhabarkan bacaan Yassin berkumandang dan wasiat mungkin sedang dibacakan kepada kaum keluarga sementara menanti kehadiran stok baru nyawa ke-9.

* Berkemungkinan besar, tarikh 16 Julai 2011 untuk perbicaraan Anwar nanti bakal tertangguh lagi sebagai meraikan bakal kehilangan nyawa ke-8 Anwar ini.

9. Hikayat 9 Nyawa Kucing Milik Anwar Ibrahim

* Sampai bila Anwar akan terus bergantung pada nyawa kucing demi melanjutkan kehidupan jasadnya dalam dunia politik? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya dalam hikayat ini kelak.

Hakikatnya, dunia realiti kita tiada 9 nyawa demikian juga dengan kucing. Semua kita makhluk Allah SWT hanya ada satu nyawa dan satu jasad.

Namun fahamkah anda apa yang ingin disampaikan di sini berkaitan hikayat seorang politikus yang bernama Anwar Ibrahim yang memilik 9 nyawa?

Yup, tentu ramai yang faham betapa kehebatan Anwar bukan sahaja terletak pada pidatonya namun juga dengan gerak geri lakonannya yang pasti mampu mengabui mata ramai penyokong taksub dan bebal.

Bagi kita yang faham susur galur dan gerak geri politik Anwar, kita faham Anwar gemar bermain sandiwara untuk menarik perhatian khalayak.

Benar seperti kata Ku Li: ''Saya tidak mahu kena tipu lagi..."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved