Sabtu, 21 Disember 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


43 emas tutup saingan

Posted: 21 Dec 2013 10:01 AM PST

NAY PYI TAW - Jumlah 40 pingat emas yang menjadi sasaran Malaysia akhirnya tercapai pada hari terakhir kontinjen negara beraksi pada Sukan SEA Myanmar 2013 dengan tambahan lima pingat emas berjaya dimenangi, semalam.

Ia menjadikan emas keseluruhan yang dimenangi kontinjen negara adalah 43 pingat, melebihi tiga daripada yang disasarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan di samping 38 perak dan 74 gangsa.

Namun, kejayaan di Myanmar itu gagal memperbaiki pencapaian pada edisi 2011 di Indonesia apabila Malaysia menamatkan saingan pada kedudukan keempat keseluruhan dengan meraih 59 emas, 50 perak dan 82 gangsa.

Prestasi di Myanmar itu juga tidak mampu mengubah kedudukan kontinjen negara di tangga kelima pungutan pingat keseluruhan.

Semalam, pasukan hoki lelaki tidak berdepan masalah membenam Singapura 5-0 pada perlawanan akhir untuk memungut emas.

Dua lagi emas hadir daripada acara terjun melalui gandingan Ooi Tze Liang-Muhammad Nazreen Abdullah dalam acara 10 meter platform seirama lelaki, manakala Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri dalam 10 meter platform seirama wanita.

Namun, paling mencuri tumpuan adalah dua emas yang berjaya dimenangi oleh sukan muay apabila dua wakil negara yang berentap di perlawanan akhir tidak mengecewakan harapan negara.

Mohd. Lokman Akimi Mat Roji unggul dalam acara Bawah 51 kilogram lelaki apabila mudah mengalahkan Nguyen Ngo Trieu Nhat dengan keputusan 3-0 manakala Mohd. Faizal Ramli mendiamkan sorakan penonton tuan rumah dengan kemenangan 2-1 ke atas Aung Myint Win dari Myanmar.

Kejayaan itu melebihi sasaran satu pingat emas yang telah diletakkan kepada sukan muay sebelum ini.

Bagi Sukan SEA kali ini, karate boleh ditakrifkan sebagai kontinjen paling cemerlang apabila berjaya memenangi tujuh pingat emas, jauh melebihi sasaran tiga pingat yang diletakkan di peringkat awal.

Kehebatan mendadak beberapa kumite wanita jelas menjadi punca kepada kejayaan tidak diduga karate yang kini mendapat bimbingan Andris Vasiljevs dari Latvia.

Lapan emas daripada sukan terjun sememangnya sudah dijangka kerana jurang perbezaan kualiti antara penerjun negara dibandingkan dengan negara-negara lain di benua Asia Tenggara.

Satu lagi sukan yang menjadi penyelamat kepada pencapaian atlet negara di Sukan SEA Myanmar adalah ekuestrian yang sebelum ini tidak diberikan harapan akhirnya menyumbang tiga emas.

Namun, kekecewaan paling besar tertumpu kepada skuad bola sepak negara yang gagal mempertahankan ibu pingat emas.

Bertambah perit, mereka pulang tangan kosong apabila kalah lagi kepada pasukan jiran, Singapura 1-2 pada penentuan gangsa.

Seperti diramal, olahraga gagal mencapai sasaran apabila hanya menyumbang empat emas berbanding lima yang ditetapkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

Begitu juga Persatuan Tinju Amatur Malaysia (PTAM) yang begitu yakin mampu membawa pulang tiga butir emas, akhirnya pulang tangan kosong.

Memanah recurve lelaki pula menyumbang dua emas sementara acara compound gagal memberi cabaran.

Sepak takraw lelaki walaupun tidak diletakkan sebarang sasaran memenangi emas, sebaliknya menang perak tetapi kekalahan dalam semua perlawanan bagi acara berpasukan, dianggap sebagai satu pencapaian terburuk dalam sejarah. - MINGGUAN

Sultan Ahmad Shah dukacita

Posted: 21 Dec 2013 10:01 AM PST

NAY PYI TAW - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah kesal gejala rasuah kembali mewarnai dunia bola sepak negara selepas lima pemain Kuala Lumpur disabitkan dengan kesalahan tersebut, kelmarin.

Tegas Sultan Ahmad Shah, tiada jalan singkat jika mahu mendapatkan kekayaan dengan cara yang mudah dan gejala mengatur perlawanan dalam bola sepak sesuatu yang tidak boleh diterima.

''Saya berasa dukacita tetapi perkara ini (rasuah dalam bola sepak) tidak dapat dielakkan dan isu ini terjadi di seluruh dunia.

''Pihak yang dihukum, saya berharap agar insaf dan mengambil iktibar dengan apa yang terjadi kerana kehidupan memang begitu jika anda membuat kesalahan.

''Pada masa yang sama, sesiapa sahaja selepas ini mesti berfikir banyak kali kerana tiada jalan pintas jika mahu mendapatkan kemewahan dalam kehidupan, kena faham risiko yang akan diterima.

''Saya simpati dengan mereka cuma tiada sesiapa boleh mengatasi undang-undang di negara kita," kata Presiden FAM itu selepas mempengerusikan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang ke-10 bagi sesi 2011/15 di Hotel Royal Kumudra di sini, semalam.

Jawatankuasa Tatatertib FAM yang dipengerusikan Datuk Taufek Razak, kelmarin menjatuhkan hukuman gantung seumur hidup kepada lima pemain Liga Perdana Kuala Lumpur 2013 dan jurulatih importnya dari Slovakia, Stanislav Lieskovsky serta dua pegawai pasukan.

Mereka yang didapati terlibat mengatur keputusan perlawanan adalah Jeremy Danker, Khairul Anuar Shafie, Hafizi Roslee, Fadhlullah Yunsifar dan Phoo Kai Lun.

Dua lagi pegawai yang terbabit adalah penolong pengurus pasukan, Rosli Omar dan pegawai pasukan, Shaari Jani, kesemua mereka didenda RM20,000 setiap seorang.

Pada masa yang sama, Sultan Ahmad Shah tidak kesal dengan kegagalan Harimau Muda mempertahankan pingat emas Sukan SEA, sebaliknya mahu semua pihak mengkaji di mana kelemahan pasukan negara.

''Inilah bola sepak, mesti ada yang menang dan yang kalah, bagi pasukan Harimau Muda A, saya boleh menerima kegagalan kita dengan hati yang terbuka.

''Saya lihat mereka telah yang berikan terbaik cuma kita kalah melalui penentuan sepakan penalti, sebagai mana semua peminat, saya juga berasa sedih tetapi ini bukan penamat bagi segalanya," katanya. - MINGGUAN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pekerja balak mati dibaham buaya 'Bujang Pantu'

Posted: 21 Dec 2013 10:01 AM PST

SRI AMAN 21 Dis. - Misteri kehilangan seorang pekerja balak selepas keluar mandi di Sungai Enciap, Pandu dekat sini semalam, terjawab apabila mayatnya ditemui dengan tangan terputus oleh penduduk kampung dipercayai dibaham seekor buaya.

Mayat Aladin Shebli, 56, berasal dari Lingga, ditemui pukul 8.25 malam tadi iaitu hanya kira-kira lima meter dari tempat buaya dikenali sebagai 'Bujang Pantu' dilihat muncul sebelum itu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mat Jusoh Mohammad berkata, sebelum kejadian, mangsa dikatakan mandi seorang diri di sungai tersebut dan dilaporkan tidak pulang selepas itu.

Menurut beliau, isteri mangsa yang risau suaminya tidak pulang segera mencarinya di sekitar kawasan tebing sungai tersebut namun gagal menemui lelaki berkenaan.

"Setelah gagal mencari suaminya, isteri mangsa bergegas pulang ke rumah pekerja kem pembalakan di situ dan memaklumkan kehilangannya.

"Pekerja kem segera menjalankan gerakan mencari mangsa tetapi turut gagal lalu sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mat Jusoh berkata, polis telah telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat mangsa sebelum dihentikan selepas mayatnya ditemui oleh penduduk kampung.

Tambahnya, polis yang menjalankan siasatan, tidak menemui sebarang unsur jenayah dalam kes kematian mangsa.

"Mayat mangsa ditemui terapung berdekatan tebing sungai dan tangan kirinya didapati putus dipercayai akibat gigitan buaya," katanya.

Ujar Mat Jusoh, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sri Aman untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya.

461 pengawal keselamatan haram ditahan

Posted: 21 Dec 2013 10:01 AM PST

PUTRAJAYA 21 Dis. - Operasi penguatkuasaan bersepadu yang dijalankan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membanteras pengawal keselamatan warga asing yang bekerja secara haram di seluruh negara berjaya menahan seramai 461 orang sehingga 17 Disember lalu.

Turut ditahan 35 pengawal keselamatan yang menggunakan kad pengenalan palsu untuk bekerja.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, dalam tempoh itu, pihaknya telah mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada 30 syarikat kawalan keselamatan kerana melanggar peraturan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

"Antara kesalahan dikesan adalah menggunakan pengawal keselamatan warga asing yang masuk ke negara ini secara haram dan menggunakan kad pengenalan palsu, mengupah pengawal yang tidak mempunyai lesen senjata api dan tidak melakukan tapisan terhadap pengawal keselamatan.

"Operasi tersebut dijalankan secara berterusan bagi menangkap pengawal keselamatan warga asing haram dan juga memantau kesalahan yang dilakukan oleh syarikat kawalan keselamatan seluruh negara.

"Kementerian juga akan meningkatkan penguatkuasaan terhadap penggunaan senjata api kepada semua syarikat persendirian dan pengawal keselamatan selain memperketatkan prosedur serta syarat untuk permohonan lesen membawa dan menggunakan senjata api," katanya dalam satu kenyataannya di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana syarikat kawalan keselamatan yang melanggar undang-undang dan tindakan tindakan tegas akan diambil.

"Sejak 2010 hingga 2013 kementerian telah menggantung dan membatalkan lesen 43 buah syarikat kawalan keselamatan ekoran pelbagai kesalahan yang dilakukan di bawah Akta Agensi Persendirian 1971.

"Dalam operasi penguatkuasaan bersepadu itu yang turut disertai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen itu, kementerian turut melakukan audit secara menyeluruh terhadap semua syarikat kawalan keselamatan yang dilesenkan bagi mengenal pasti syarikat yang bermasalah untuk diambil tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, katanya, operasi yang dilakukan turut mendapat maklum balas positif daripada Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Malaysia (PPKKM) dan masyarakat di samping dapat menambah peluang pekerjaan serta menggalakkan syarikat kawalan keselamatan menggunakan tenaga kerja tempatan.

"Kementerian juga telah meminta PPKKM untuk memainkan peranan yang lebih aktif dan berkesan bagi memastikan ahli-ahlinya yang terdiri daripada syarikat kawalan keselamatan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Kenya hantar tentera bantu penduduk Sudan Selatan

Posted: 21 Dec 2013 10:02 AM PST

NAIROBI 22 Dis. - Kenya akan menghantar tentera ke kawasan bergolak di Sudan Selatan bagi memindahkan kira-kira 1,600 orang awam yang terperangkap dalam keganasan yang berlaku di bandar Bor.

Presiden Uhuru Kenyatta telah mengarahkan Tentera Pertahanan Kenya supaya memindahkan penduduk yang terkandas dengan segera, kata jurucakap Presiden, Manoah Esipisu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Pergelutan antara tentera Presiden Salva Kiir dan bekas Timbalan Presiden, Riek Machar berlaku sejak Ahad lalu dan dijangka merebak ke beberapa wilayah lain. - AFP

Tentera Thai beri amaran

Posted: 21 Dec 2013 10:01 AM PST

Beribu-ribu penunjuk perasaan antikerajaan meneruskan protes bagi mendesak Yingluck meletakkan jawatan, di Bangkok, semalam. - AGENSI

BANGKOK 21 Dis. - Ketua tentera Thailand, Jeneral Prayuth Chan-ocha, hari ini memberi amaran krisis politik negara ini jika tidak diselesaikan segera boleh mencetuskan perang saudara.

Portal berita Bangkok Post yang memetik kenyataan Chan-ocha sebagai berkata, beliau bimbang dengan situasi semasa di negara ini yang menyaksikan perpecahan berlaku di seluruh negara, bukan sahaja di Bangkok.

Beliau mencadangkan agar satu 'pertemuan rakyat' yang diwakili semua pihak dan bukannya pemimpin sahaja, diadakan bagi memulihkan keadaan.

Jelasnya, pertemuan itu perlu diwakili oleh kumpulan Baju Merah yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra dan Baju Kuning yang menentang bekas pemimpin terbabit.

"Jika krisis ini berlarutan, Thailand boleh diheret ke kancah perang saudara yang akan merugikan semua pihak," katanya.

Bagaimanapun Chan-ocha tidak menjelaskan butiran tentang bagaimana atau bila pertemuan itu perlu diadakan.

Namun, beliau berkata, pertemuan rakyat tidak boleh dianjurkan oleh pihak yang terlibat dalam konflik.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan, Kolonel Thanatip Sawangsaeng berkata, tentera bersedia menyokong Suruhanjaya Pilihan Raya untuk mengadakan pilihan raya yang ditetapkan pada 2 Februari ini.

Namun, satu sumber melaporkan, tentera berpendapat agar pilihan raya ditangguhkan untuk kebaikan semua pihak memandangkan situasi politik Thailand yang semakin meruncing. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Hargai sumbangan sukarelawan

Posted: 21 Dec 2013 10:02 AM PST

Oleh HERMAN HAMID
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 21 Dis. - Kerajaan negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada sukarelawan seluruh negara yang bertungkus-lumus terlibat membantu mangsa banjir di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, keprihatinan pelbagai pihak yang menghulurkan bantuan material dan tenaga banyak memberi kelegaan kepada mangsa banjir yang amat memerlukan sokongan semua.

Katanya, ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu tertentu walaupun tanpa publisiti telah memberi sumbangan yang cukup banyak.

"Bagaimanapun pada masa sama, ada pula pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan daripada musibah banjir untuk meraih laba politik.

"Bawa sumbangan makanan untuk 20 orang, sibuk ambil gambar masuk dalam laman sosial kononnya mereka lebih prihatin daripada pihak kerajaan yang hakikatnya menguruskan puluhan ribu mangsa," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyampaian Bantuan Banjir dan Penghargaan Sukarelawan Peringkat Nasional yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini semalam.

Sementara itu, Adnan berkata, banjir sememangnya satu bentuk ujian yang betul-betul menduga kesabaran pelbagai pihak khususnya mangsa banjir itu sendiri.

"Bila diuji seperti banjir kita tahu sikap sebenar sama ada kita betul-betul sabar, pemurah dan sebagainya.

"Maka, kita dapat dengar ada yang sanggup keluar parti kerana tidak dapat roti. Bagi saya, kalau keluar parti biarlah sebab perjuangan bukan kerana sebuku roti, malu," jelasnya.

Tambah Adnan, bencana banjir besar di Kuantan khususnya turut memberi pengajaran kepada agensi kerajaan cara untuk berhadapan ujian serupa pada masa depan.

"Lebih baik kita sebut ini semua sebagai satu cubaan yang baik untuk kita menilai diri kita sendiri dalam berhadapan ujian yang mungkin lebih besar.

"Wakil rakyat kita juga diingatkan supaya sentiasa bekerja kuat menjaga kawasan masing-masing terutama ketika musim banjir seperti sekarang," katanya.

Empower ECERDC bantu pelajar Orang Asli

Posted: 21 Dec 2013 10:02 AM PST

RAUB 21 Dis. - Walaupun tinggal di pedalaman, namun dua pelajar Orang Asli di Pos Kuala Koyan, Lipis, Norkhasirah Karim dan Iniana Munam membuktikan dengan kesungguhan melakukan rujukan dan latihan, mereka mampu mencatat kejayaan membanggakan dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013.

Pelajar berkenaan yang merupakan peserta Program Latihan Akademik Empower, Majlis Pembangunan Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) berpusat di Sungai Koyan turut berterima kasih kepada agensi itu kerana banyak membimbing mereka melakarkan kejayaan.

Menerusi keputusan PMR 2013 yang diumumkan kelmarin, Norkhasirah memperoleh 4A manakala Iniana mendapat 3A serta lulus semua mata pelajaran lain yang cukup membanggakan kalangan masyarakat Orang Asli Pos Kuala Koyan dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Koyan, Lipis.

Norkhasirah dan Iniana antara 296 peserta program latihan akademik Empower ECER wilayah Pahang Barat di negeri ini yang memperoleh kejayaan PMR dan diraikan dalam satu majlis di SMK Tersang 2, dekat sini semalam.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Talam, Datuk Abd. Aziz Mat Kiram dan Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sosial ECERDC, Zulkifli Yaacob.

Kedua-dua rakan akrab itu yang bercita-cita menjadi guru menjelaskan, mereka tidak mempunyai rahsia tersendiri ketika mengulang kaji pelajaran kecuali bersikap konsisten menggunakan buku rujukan di samping tekun ketika guru mengajar di bilik darjah.

Norkhasirah berkata, dia berterima kasih kepada ECERDC kerana menerusi program kelas tambahan dan bantuan persekolahan banyak menolong meringankan beban kesusahan keluarga di kampung.

"Saya tekun belajar semasa di dalam kelas di samping berpeluang mengikut kelas tambahan anjuran Empower Lipis setiap minggu.

"Kejayaan PMR ini, walaupun tidaklah sebaik pelajar lain, tetapi merangsang saya untuk berusaha gigih dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lagi," katanya di Sungai Koyan, semalam.

Iniana berkata, bantuan program latihan akademik anjuran program Empower ECERDC antara penyumbang kejayaannya memperoleh 3A dalam PMR dan lulus mata pelajaran lain menerusi keputusan semalam.

"Gurulah yang banyak membantu saya semasa di sekolah dan sekali sekala berpeluang menggunakan soalan daripada portal pendidikan yang turut mengasah kemahiran menjawab soalan PMR sebagai latihan tambahan," katanya.

Tambahnya, kejayaan itu antara pencetus semangat serta merangsang adiknya serta rakan lain dalam kalangan Orang Asli etnik Semai Kuala Koyan belajar bersungguh-sungguh untuk menempa kecemerlangan pada masa akan datang.

Penggiat seni di Pahang dirai

Posted: 21 Dec 2013 10:02 AM PST

KUANTAN 21 Dis. - Seramai 400 penggiat seni di negeri ini menghadiri Majlis Malam Seniman Pahang yang berlangsung di sebuah hotel di sini baru-baru ini sebagai tanda penghargaan kepada golongan tersebut dalam mengangkat martabat seni budaya.

Majlis anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pahang disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin.

Dalam ucapan ringkasnya, Mohd. Sharkar berharap seniman di negeri ini memainkan peranan sebagai penyuntik dalam merancakkan aktiviti seni budaya di negeri ini.

''Ini terutama dalam persediaan menyambut kedatangan pelancong bersempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 tidak lama lagi," katanya.

Turut diadakan dalam majlis itu ialah penyampaian Bantuan Kebudayaan Kerajaan Negeri Pahang kepada 12 pertubuhan berkaitan melibatkan peruntukan sebanyak RM80,000.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


TV3 diarah bayar RM320,000

Posted: 21 Dec 2013 10:01 AM PST

Oleh UMAVATHI RAMAYAH
utusanpengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Mahkamah Tinggi, di sini memerintahkan Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) membayar ganti rugi RM320,000 kepada bekas pelajar Akademi Fantasia musim kedua (AF2), Nurul dan suaminya, berhubung tuntutan menyiarkan gambaran visual bersifat fitnah dalam rancangan Melodi, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Nor Bee Ariffin membuat keputusan itu hari ini dengan kehadiran peguam David Dev Peter yang mewakili pasangan Nurul atau nama sebenarnya, Nurullah Zawawi, 31, dan Mohd. Munzil Muhamad, 30, manakala TV3 diwakili dua peguam, R. Divya Nair dan Wee Jason.

Turut hadir di galeri awam untuk mendengar keputusan itu adalah Mohd. Munzil dan keluarganya namun Nurul tidak kelihatan.

Dalam penghakiman Hakim Nor Bee menetapkan RM250,000 sebagai ganti rugi manakala selebihnya sebagai kos perundangan.

Pasangan itu selaku pihak plaintif memfailkan pernyataan tuntutan pada 5 September 2011 dengan mendakwa saluran televisyen itu antara pukul 12.30 tengah hari dan 1.30 petang, 26 Jun tahun sama menyiarkan fitnah mengenai status perkahwinan serta hal ehwal peribadi mereka melalui rancangan Melodi.

Selain TV3, mereka menamakan penerbit Melodi Azman Abd. Ghafar, wartawan hiburan, Michelle Wee Lili, syarikat ALT Media Sdn. Bhd. dan abang kandung Nurul, Bustamam Zawawi sebagai defendan pertama hingga ketujuh.

Nurul dan Mohd. Munzil menyatakan, gambaran visual yang disiarkan membawa maksud antaranya, perkahwinan mereka tidak sah di sisi undang-undang dan agama selain menipu ibu bapa serta keluarga dan jahil dalam soal agama.

Hakim Noor Bee membuat keputusan setelah mengupas semua insiden yang berlaku dalam kes saman itu selain mendapati pembelaan pihak defendan tidak dapat dibuktikan.

Tambahan pula menurut beliau, Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat telah mengesahkan pernikahan mereka mengikut hukum syarak.

Selain itu, ujar Hakim Noor Bee, Nurul telah cuba mendekati bapa kandungnya tetapi usaha itu tidak berjaya.

Dalam saman tersebut, pasangan itu menyatakan akibat penyiaran visual oleh pihak defendan, reputasi mereka telah dianggap sebagai rendah.

Sehubungan itu pasangan terbabit menuntut ganti rugi teruk, ganti teladan selain injunksi agar tidak mengulangi fitnah tersebut.

Mohd. Munzil sebelum ini seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan kini sedang melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah (PhD) di sebuah universiti luar negara.

Beliau juga sebelum itu pernah bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Berbasikal banyak manfaatnya

Posted: 21 Dec 2013 04:45 AM PST

Oleh Mohamad Ariff Mohd Yusof
Gambar Wahidah Zainal

SERING mencari peluang berbasikal bersama rakan-rakan lain walaupun mempunyai jadual ketat sebagai seorang anak seni.

BERGELAR sebagai seorang artis tidak menghalang golongan ini untuk menceburi bidang lain kerana setiap orang ada hobi dan minat tersendiri.

Bagi pelakon dan juga penyanyi, Ayda Jebat, 21, kesihatan adalah sesuatu yang harus diutamakan dalam mencapai kualiti dari segi kerjaya yang diceburi.

Kata Ayda, apa guna jika ada banyak wang tapi tidak mempunyai kesihatan untuk menjalani kehidupan.

Bagi memperoleh kesihatan yang baik, figura cantik ini begitu berminat dengan aktiviti berbasikal terutamanya menunggang basikal fixed gear bike (fixie).

Minat terhadap sukan ini bermula sejak dua tahun lalu ketika sukan ini mendapat tempat di hati golongan muda.

Sering kali saya lihat kelompok berbasikal ini di mana-mana sahaja terutamanya sekitar bandar Kuala Lumpur. Bermula dari itu, saya terus berminat untuk mendalami sukan berbasikal ini. Malah, sukan ini sangat mudah, tidak perlu ada pakaian khusus, boleh pakai apa sahaja. Selain beroleh manfaat dari segi kesihatan, aktiviti berbasikal ini sedikit sebanyak membantu saya melepaskan tekanan dalam kerja seharian.

Daripada kita buang masa dengan aktiviti tidak berfaedah, apa salahnya jika kita dapat buat dua perkara dalam satu masa. Selain sihat, kita masih juga dapat menikmati waktu berkualiti dengan rakan-rakan lain. Tidaklah kita duduk di gerai-gerai makan dan akhirnya semua sibuk dengan telefon bimbit masing-masing," jelasnya berseloroh.

Menurut gadis ini lagi, jika ada kesempatan , dia akan menunggang basikal bersama rakan-rakan yang lain.

Jadual sebagai seorang artis sememangnya padat. Orang nampak kita berlakon dan menyanyi seperti sesuatu yang mudah dilakukan. Namun tugas berat artis dalam menyampaikan kehendak peminat memang sukar sehingga menyebabkan tekanan untuk kami beri apa yang peminat mahu.

Bila saya pulang dari sebarang aktiviti lakonan, saya akan ambil masa untuk menunggang fixed gear bike bersama rakan-rakan yang lain. Bila seharian bekerja, berhadapan kamera dan lampu di set penggambaran, tekanan tersebut diredakan dengan mengayuh basikal bersama rakan-rakan walaupun tidak lama," katanya ketika ditemui di set penggambaran Ride di Check Point Zero baru-baru ini.

Bukan sekadar aktiviti riadah

Semenjak sukan berbasikal ini mula mendapat perhatian umum sekitar lima tahun kebelakangan ini, pelbagai jenis jenama diperkenalkan. Bagi Ayda, sukan ini tidak dilihat sebagai riadah sahaja kerana dia begitu meminati sukan tersebut.

Setiap orang ada hobi tersendiri, dan ada yang sanggup berbelanja besar untuk memenuhi hobi tersebut. Sebagai seorang penunggang yang baru sahaja menceburi bidang tersebut, saya tidak terburu-buru untuk membeli basikal yang mahal. Menyentuh tentang harga pula, ada yang mahal serta ada yang murah. Bagi saya, buat masa ini, saya masih lagi menggunakan fixed gear bike untuk kategori permulaan sahaja, sekitar harga RM600.

Sukan ini bukan sahaja memberi fokus terhadap basikal tersebut, tetapi apa yang lebih penting adalah cara kita mengawal mental untuk menerima tekanan ketika mengayuh, mempunyai hati yang cekal untuk sentiasa kekal positif dan tidak mudah putus asa serta melatih fizikal menjadi lebih sihat dan cergas," katanya yang turut mempunyai tiga buah fixed gear bike setakat ini.

Mudah dan senang diselenggara

Tidak seperti sukan-sukan lain yang banyak menggunakan jentera bermotor, sukan fixed gear bike tampak lebih mudah. Sebelum mula menunggang, setiap penunggang haruslah memeriksa terlebih dahulu basikal yang hendak ditunggang.

Setiap minggu saya akan pastikan tayar yang digunakan bersesuaian dan tidak mempunyai masalah, periksa rantai supaya tidak terlalu kendur. Cara mengayuh juga penting, tidak boleh secara sesuka hati, jika tidak kita akan cepat penat. Sebagai contoh, teknik pernafasan ketika mendaki bukit harus diberi perhatian supaya kayuhan berjalan lancar.

Jika ada masa, saya dan beberapa rakan lain akan menunggang pada setiap hujung minggu. Antara lokasi-lokasi yang sering menjadi tumpuan adalah sekitar bandar raya Kuala Lumpur, seperti Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) , Dataran Merdeka, dan banyak lagi," katanya yang turut memegang watak sebagai Juju dalam drama Ride yang bakal menemui peminat pada Januari 2014.

Tidak tinggal bidang nyanyian

Dikenali melalui rancangan realiti terbitan Astro, Akademi Fantasia musim kesembilan, Ayda sama sekali menafikan bahawa dia akan meninggalkan seni suara yang telah banyak mengangkat nama beliau.

Buat masa ini, saya lebih menumpukan kepada lakonan. Jadual buat masa ini agak ketat, kerana saya baharu sahaja pulang dari Korea dan Indonesia bagi sesi penggambaran untuk filem seterusnya seperti Aku Ada Wali dan Cinta Antara Kita.

Saya tidak akan tinggalkan bidang nyanyian kerana lagu terbaharu saya bersama Cat Farish masih dalam proses penghasilan. Cuma sekarang, tawaran berlakon hadir lebih banyak berbanding tawaran untuk menyanyi. Mungkin orang nampak bakat lakonan saya lebih menyerlah," katanya.

EXO cerita pengalaman

Posted: 21 Dec 2013 04:45 AM PST

Noona Kha-dijah

EXO, antara kumpulan yang popular masa kini.

ANGGOTA kumpulan EXO, Baekhyun, D.O, Luhan dan Chen yang menjadi tetamu untuk program Cultwo Show baru-baru ini telah bercerita tentang pengalaman awal mereka sebagai artis.

Menurut Baekhyun, dia dipilih menjadi anggota kumpulan EXO selepas menjalani sesi uji bakat yang diadakan di tepi jalan.

Saya sertai EXO selepas uji bakat yang berlangsung di hadapan Seoul Institute of Arts. Waktu itu saya baharu selesai menduduki peperiksaan.

Pertama kali bertemu dengan anggota EXO, saya terpegun kerana ketampanan mereka terserlah," katanya.

Sementara itu, Luhan juga memberitahu yang dia dipilih sewaktu uji bakat yang diadakan di tempat terbuka.

Waktu itu, saya sedang berjalan di Myungdong dan menjadi penyanyi adalah impian saya sejak dulu. Kebetulan ada uji bakat di jalan situ, saya pun cuba nasib.

Biarpun saya tidak tahu bercakap Korea ketika itu tetapi saya belajar bahasa Korea selama lima tahun dan sekarang, saya sudah fasih," katanya penuh bangga.

Dalam pada itu, D.O pula dipilih menjadi anggota EXO selepas menyertai satu pertandingan nyanyian dan Chen dipilih melalui uji bakat yang dicadangkan oleh kawan-kawannya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


2014: Harapan dan kebimbangan

Posted: 21 Dec 2013 10:01 AM PST

Oleh Tan Sri Nordin Kardi

ADALAH diharapkan tahun 2014 akan menjadi lebih baik dari sebelumnya setelah untuk beberapa ketika terkait dengan masalah ekonomi yang meruncing. - Gambar hiasan

PADA umur 80 tahun Anjang Mat Jelas (bukan sebenar) masih kuat berbasikal ke pekan untuk membeli surat khabar setiap hari. Dia dikurniakan tenaga yang masih munasabah dan mata yang masih terang. Dia seorang sahaja di pekan kecil itu yang masih berbasikal, selain kumpulan remaja yang berbasikal hanya untuk tujuan riadah. Katanya dia kekal berbasikal kerana kira-kira 65 tahun yang lalu cita-citanya ialah memiliki basikal sendiri.

Cita-citanya tercapai semasa dia berumur 15 tahun, selepas tiga tahun bekerja sendiri, melakukan pelbagai pekerjaan di kampungnya. Sebaik saja dia berhenti sekolah pada usia 12 tahun, dia tidak lagi bergantung hidup kepada ayahnya walaupun mereka masih tinggal serumah. Anaknya pula telah bersara sebagai pegawai tinggi kerajaan dan sekarang berumur 60 tahun. Seperti dia, anaknya pada usia 18 tahun juga mengimpikan memiliki kenderaan sendiri. Namun kenderaan yang dimimpikan anaknya bukan sebuah basikal tetapi sebuah skuter.

Semasa anaknya berada di tingkatan lima sekolah menengah kebangsaan aliran Melayu, anaknya bertekad untuk mendapat pekerjaan dengan kerajaan. Dia sangat tahu dengan berkelulusan SPM dia boleh mendapat pendapatan RM230 sebulan. Pada hitungannya, dengan pendapatan sebanyak itu dia mampu membayar ansuran bulanan sebuah skuter. Itulah cita-citanya. Entah bagaimana pada tahun 1970, UKM ditubuhkan dan bersekali dengan Dasar Ekonomi Baru, tak semena-mena anak Anjang menjadi mahasiswa dan di situ dan ketika itulah cita-citanya memiliki skuter tercapai.

Anak Anjang tamat pengajian universiti dan tidak pernah merasa menganggur walau sehari pun kerana UKM mengamalkan sistem dua kali konvokesyen, iaitu ijazah Sarjana Muda Am selepas tahun ketiga dan Sarjana Muda Kepujian selepas tahun keempat. Anak Anjang mendapat pekerjaan dengan menggunakan Ijazah Sarjana Muda Am sementara dia menunggu konvokesyen ijazah kepujian. Cucu Anjang tidak seperti datuk dan ayahnya.

Dia tidak bercita-cita memiliki kenderaan. Sejurus berumur 17 tahun, dia sudah mempunyai lesen memandu. Dia bergerak sendiri dengan memandu salah sebuah daripada kenderaan bapa atau ibunya. Cita-citanya lain dan sukar difahami. Katanya dia mahu jadi dirinya sendiri. Dia akan marah-marah jika dia dibanding-banding dengan bapanya. Tidak seperti bapanya yang bercakap mengenai job security, bertukar dari satu pekerjaan kepada satu pekerjaan yang lain bukan suatu perkara besar kepadanya.

Bapanya setia dengan jabatan kerajaan sehingga khidmatnya tidak diperlukan lagi. Tidak juga seperti bapanya yang resah kalau terlalu lama tidak menjenguk kampung, cucu Anjang lebih selesa menghabiskan masa dengan kawan-kawan sebaya di bandar raya.

Demikian cerita tiga generasi yang melalui evolusi aspirasi hidup. Kesemua mereka hidup di bumi Malaysia namun mimpi mereka berubah dengan kelajuan yang kian pantas.

Perubahan tiba-tiba menjadi pantas semenjak tahun 1970. Masyarakat Malaysia, terutamanya Melayu pernah digerakkan oleh seruan kepentingan negara, bangsa dan agama. Masyarakat diseru supaya sanggup bersakit-sakit mencapai cita-cita negara dengan alasan apabila negara makmur, maka setiap warganegaranya akan turut makmur.

Tiba-tiba kini seruan itu sudah tidak diterima lagi. Pemerintah negara komunis seperti China dan Vietnam (apa lagi Kesatuan Soviet yang sudah lama berkecai) sendiri mengakui bahawa setiap individu hanya akan sanggup bekerja mati-matian sekiranya dia melihat ada keuntungan untuk dirinya.

Negara China misalnya sudah mula melakukan reformasi tanah dengan membenarkan pemilikan tanah individu berbanding dahulu - tanah adalah milik negara. Dengan adanya pemilikan individu baharulah individu dikatakan sanggup bekerja siang dan malam memajukan tanah masing-masing. Generasi baru mahu melihat kehendak mereka tertunai dahulu sebelum melihat kepada kehendak-kehendak lain. Kehendak-kehendak peribadi itu pula amat pelbagai dan banyak di antaranya tidak pernah terlintas di benak generasi terdahulu.

Realiti semasa

Setiap orang mahu merealisasikan potensi diri masing-masing yang dianggap unik dan tugas negara ialah memastikan segala-galanya ada bagi menyokong ideal baru itu. Ideal itu amat indah sekiranya dunia ini benar-benar tiada sempadan. Setiap individu boleh memilih untuk senang, kebuluran atau mati di mana-mana sahaja. Realiti semasa menunjukkan ideal individu masih dikekang oleh sempadan kenegaraan politik. Di luar sempadan negara politik yang memberi individu itu suatu pengenalan atau identiti tiada sempadan lain yang peduli akan tuntutan-tuntutan merealisasikan potensinya.

Hanya ada dua pasport yang membolehkan individu itu dialu-alu di luar sempadan negaranya iaitu pertama, modal wang dan kedua, modal profesional. Wang boleh membersihkan noda termasuk noda menindas manusia. Sebagai perumpamaan, elok diperhatikan apa yang termeterai antara China dengan Israel dan antara China dengan Palestin semasa lawatan Menteri Luar Republik Rakyat China, Wang Yi ke Timur Tengah baru-baru ini.

Semasa berjumpa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Wang Yi hanya bersetuju meminta Israel meneruskan rundingan damai, tiada isu lain. Semasa dia berjumpa rakan sejawatnya di Israel, Avigdor Lieberman, dia menandatangani persetujuan membantu Israel menyediakan tapak dan suasana selesa untuk Israel melabur di wilayah Asia dan sebagai balasan, Israel akan memudahkan pemindahan teknologi kepada China. Untuk membolehkan itu terjadi, kedua-dua pihak bersetuju memansuhkan keperluan visa bagi pasport diplomat dan perkhidmatan bagi warganegara dua negara itu.

Kedua-dua negara juga menandatangani persetujuan kerjasama guna tenaga dan setuju memperbanyakkan penerbangan terus antara kedua-dua negara. Itulah perbezaan 'alu-aluan' kuasa besar China kepada Palestin dan Israel meskipun dunia melihat bagaimana Palestin menjadi golongan 'mustadafin' di negaranya sendiri angkara Israel.

Apakah anak-anak muda Malaysia, terutamanya Melayu, sudah memiliki kedua-dua pasport yang dinyatakan sehingga dia akan dialu-alukan di mana saja di dunia ini? Tentu akan ada yang menjawab 'peduli apa' sama ada dialu-alu atau tidak di tempat lain. Soalnya, kian hari negara ini kian dibanjiri oleh orang dari luar dan dengan pantas pula mereka merebut segala peluang mencipta emas dan kehidupan di sini atau dibawa pulang. Pergerakan besar setakat ini seperti sehala.

Dalam konteks ini, hasrat yang dibina semenjak lebih daripada 20 tahun yang lalu untuk warganegara Malaysia berbangga dengan identiti dari negara maju sepenuhnya menjadi amat kritikal dalam tempoh lima atau enam tahun ke hadapan menjelang 1 Januari 2014 ini. Laporan Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) mengenai Malaysia amat tidak memberangsangkan dalam perjalanan menuju identiti itu. Laporan itu mengatakan tenaga pekerja di Malaysia jauh lagi di belakang berbanding negara maju berpendapatan tinggi.

Malaysia kekurangan pekerja mahir, pertumbuhan produktivitinya lemah dan daya kreativiti serta inovasinya sangat rendah. Malaysia (terutamanya majikan yang hanya memikirkan keuntungan jangka cepat) bergantung sepenuhnya kepada buruh asing yang digaji murah. Laporan itu juga menyebut bahawa 73.8 peratus tenaga kerja Malaysia adalah buruh tidak mahir yang 47 peratus daripadanya buruh asing yang hanya memiliki pendidikan sekolah rendah.

Kedudukan ini jauh berbanding jiran-jiran Asia seperti Singapura, Taipei dan Korea. Akibatnya pertumbuhan IKS yang sangat penting sebagai jentera pertumbuhan negara maju berpendapatan tinggi terpaksa berjalan seperti kura-kura. Bank Dunia (2010) melaporkan daripada syarikat-syarikat industri di Malaysia yang dikaji, 40 peratus melaporkan mereka terpaksa mengambil masa empat minggu sebelum dapat mengisi kekosongan jawatan berkemahiran, suatu tempoh yang dianggap industri sebagai terlalu panjang mengikut piawai negara maju berpendapatan tinggi.

Demikian pengharapan untuk warganegara Malaysia berbangga dengan identiti warganegara negara maju dengan kebimbangan persiapan menghadapinya bagai dua mempelai yang tidak sekufu. Untuk yang tidak sekufu itu ditransformasikan menjadi suatu tenaga luar biasa, suatu tekanan kreatif diperlukan oleh Malaysia. Adakah mungkin cabaran kenaikan harga pelbagai perkara berkaitan kehidupan yang kelihatan bermula tahun 2014 merupakan suatu latihan dan persediaan untuk mendesak setiap warga Malaysia bekerja kuat meningkatkan pendapatan diri dan keluarga supaya seiring dengan pengharapan mencapai status negara maju berpendapatan tinggi, yang bukan semata-mata impian dan angan-angan pemerintah.

Pemerintah pula bukan hanya ingin melihat lonjakan pertumbuhan KDNK sebaliknya bersusah-payah memahami aspirasi setiap warganegaranya. Slogan 'individu hendaklah tunduk kepada kehendak ramai' dan 'kerajaan tidak boleh memuaskan hati semua orang' sudah menjadi slogan masa silam. Susah? Ya memang susah, rumit dan tegang tetapi itulah yang dinamakan 'ketegangan kreatif' yang perlu diurus. Jika tidak sanggup bersusah mengasah otak mengurus ketegangan itu, tidak usah tampil menawar diri untuk memimpin. Pemimpin yang hanya pandai tersenyum-senyum menghulur salam hendaklah diganti dengan pemimpin tajam akal lagi bijaksana.

Dalam keadaan itu, pemimpin yang baik dari sekarang dan ke hadapan ialah pemimpin yang berkongsi, menyahut dan menunaikan pengharapan warga Malaysia, bukan yang menghabiskan banyak masa melayan kebimbangan dan rungutan.

Warganegara yang baik pula ialah warganegara yang dengan bijaksana menjadikan pengharapan itu suatu ideal kehidupan, bukan dia yang meronta-ronta meratapi hari semalam dan bukan juga mereka yang cepat meminta ganjaran syurga dari masa silamnya, sedangkan perjalanan kehidupan masih panjang dan jauh dari selesai. Selamat menyambut kedatangan tahun baru 2014!

Utamakan maruah bola sepak negara

Posted: 21 Dec 2013 10:01 AM PST

KEPUTUSAN TAN SRI ANNUAR MUSA meletakkan semua jawatan yang dipegang iaitu Timbalan Presiden FAM, Presiden Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan ahli Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara (JKPPBSN) baru-baru ini, mencetuskan polemik melibatkan dirinya serta badan pengurusan bola sepak tertinggi negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Beliau yang sering dicap sebagai budak nakal dalam FAM sebelum ini telah dikenakan hukuman digantung jawatan Timbalan Presiden di bawah Artikel 88 FAM kerana mengkritik persatuan sukan itu dalam media.

Kini sekali lagi Ahli Parlimen Ketereh itu menimbulkan kontroversi kerana dikatakan tidak boleh berada dalam JKPPBSN ekoran statusnya yang masih dalam penggantungan.

Akhirnya beliau membuat keputusan drastik itu atas alasan mahu menjernihkan kemelut yang berlaku antara FAM dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) supaya kerjasama yang lebih rapat dapat dilakukan demi pembangunan dan kemajuan sukan yang paling diminati di negara ini.

Dalam wawancara bersama wartawan Mingguan Malaysia, HAFIZAHRIL HAMID, beliau dengan tegas menyatakan mahu melihat perubahan besar dalam FAM supaya lebih banyak ruang untuk penambahbaikan dapat dilakukan.

Baginya, masyarakat ternyata sudah bosan dengan semua alasan yang diberikan oleh FAM selama ini.

Kalau mesyuarat tidak dilakukan dan blueprint pun tidak wujud bagaimana kita boleh kata telah melakukan yang terbaik. Tidaklah saya kata FAM tidak membuat kerja tetapi jika mesyuarat dan blueprint pun tidak ada, bagaimana kita mahu melakukan perancangan yang teratur serta tersusun yang akhirnya boleh memajukan sukan bola sepak negara ini," kata Annuar.

MINGGUAN: Kenapa Tan Sri bertindak melepaskan kesemua jawatan dalam bola sepak. Apakah ia satu bentuk protes atau tekanan?

ANNUAR: Saya tidak terfikir yang tindakan saya ini mampu memberi tekanan kepada FAM kerana dengan kuasa yang ada pada mereka, apa yang saya lakukan ini tidak akan diendahkan. Ini lebih kepada soal praktikaliti apabila saya digantung melebihi tempoh saya dilantik kerana saya digantung sehingga Oktober 2014. Maknanya sepanjang tempoh saya dilantik, tidak dibenarkan melakukan apa-apa. Seterusnya peristiwa saya dipertikaikan sebagai ahli Jawatankuasa Program Pembangunan Bola Sepak Negara (JKPPBSN) menjadi satu bukti bahawa FAM bukan sahaja mahu menghalang saya melakukan apa-apa setakat dalam bidang kuasa saya tetapi seolah-olah sudah menjadi begitu personal sekali. Sedangkan pada fahaman saya, persatuan hanya ada kuasa dan budi-bicara dalam kalangan anggota persatuan. Ini kerana undang-undang persatuan tidak tertakluk kepada orang lain tetapi hanya pegawai dan badan-badan gabungan.

Jawatankuasa itu diwujudkan oleh kerajaan. Maknanya jawatankuasa ini boleh buat apa sahaja dan melantik sesiapa sahaja dan ia merupakan satu jawatan yang neutral. Jadi apabila saya duduk di jawatankuasa itu dan mereka menimbulkan pertikaian maka jelaslah FAM menggunakan saya sebagai alasan dan kemudian timbul pula polemik dengan KBS. Bila berlaku begitu, saya terpaksa berfikir, apa akan dilakukan selepas ini. Mungkin bila tarikh semakin dekat dengan kongres, mereka mengambil keputusan untuk menyambung pergantungan saya. Perkara itu boleh dilakukan kerana saya berpandangan penggantungan saya sejak awal dilakukan dengan niat-niat tertentu. Sebelum ini ada yang digantung selama enam bulan sahaja atau setahun tetapi bila melibatkan saya, ia berlanjutan sehingga dua tahun setengah.

Saya merasakan tindakan itu dilakukan supaya saya tidak boleh menawarkan diri pada pemilihan akan datang. Maka setelah dilihat semua yang berlaku ini, apa maknanya bagi saya memegang jawatan kerana tidak boleh melakukan apa-apa. Saya fikir selagi saya memegang jawatan, saya adalah sebahagian pegawai bola sepak dan tertakluk dengan undang-undang yang ada. Malah kalau nak ditambah hukuman juga dibolehkan kerana saya masih pegawai dan bukan dilucutkan jawatan. Oleh itu saya berada dalam keadaan tidak boleh melakukan apa-apa tetapi juga turut terdedah kepada penganiayaan seterusnya.

Apakah ini yang menjadi punca perletakan jawatan Tan Sri?

ANNUAR: Sebenarnya ada dua perkara asas pertimbangan saya. Pertama, saya boleh mengekalkan jawatan dalam jawatankuasa kerana menteri menyatakan saya boleh duduk di situ. Tetapi jika saya kekal, FAM akan gunakan saya sebagai alasan mereka tidak boleh menyertai jawatankuasa tersebut. Sedangkan saya hanya individu dan cuma memikirkan pembangunan bolasepak, bukan kerana ada masalah personal dengan sesiapa di FAM. Saya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh FAM dan bukan dengan individu dalam FAM. Saya sentiasa berjumpa dan minum bersama dengan pegawai-pegawai FAM. Jadi antara saya, FAM dan menteri, siapa yang lebih penting? Salah seorang kena berundur kerana jika saya tetap menganggotai jawatankuasa tersebut FAM tidak mahu menyertai.

Maka atas nama kepentingan bola sepak, lebih baik saya berundur. Malah tindakan saya ini juga hanya sementara kerana selepas tamat penggantungan, saya boleh masuk balik dalam jawatankuasa berkenaan jika menteri mahukan saya.

Keduanya, setelah saya melihat campur tangan dalam urusan di luar FAM maka saya kena beringat-ingat kerana jika saya masih memegang jawatan, saya boleh dihukum lagi. Maka itulah sebab utama kenapa saya melepaskan ketiga-tiga jawatan untuk melihat FAM dan JKPPBSN dapat bekerjasama. Selain itu saya bertindak supaya tidak lagi menjadi sebahagian daripada FAM.

Tan Sri ada menyatakan tindakan ini bukan bermaksud mengalah dan akan melawan habis-habisan. Boleh jelaskan?

ANNUAR: Maksud saya ketika menyatakan akan melawan habis-habisan jangan disalah tafsir. Apa yang saya nyatakan bukan melawan individu tetapi melawan apa yang saya rasa patut dilakukan demi perkembangan bola sepak negara. Mungkin ada orang yang akan berpandangan saya akan melawan FAM atau saya sudah give up dengan bola sepak. Itu bukan maksudnya kerana seperti yang saya nyatakan tadi, saya mahu bebas melibatkan diri. Macam sekarang saya digantung dan kemudian melakukan perkara yang melanggar peraturan FAM sudah tentu kesalahan ini akan menjadi bahana.

Saya dalam keadaan mahu membuat kerja tetapi tidak mahu melanggar peraturan maka saya perlu buat kerja atas kapasiti orang yang bebas. Jika saya masih memegang jawatan, saya masih terikat dengan peraturan yang ada.

Jadi maksud lawan di sini adalah apa-apa yang saya fikir patut dilakukan atau tidak patut dilakukan, perjuangan untuk memperbetulkan keadaan itu perlu diteruskan. Ini kerana matlamat saya mahu melihat sukan bola sepak negara ini maju dan jika saya hanya melihat perkara yang tidak betul ini berterusan tanpa diperbetulkan, itu sudah tidak kena. Walaupun saya tidak ada apa-apa jawatan namun saya akan terus beri pandangan serta berkongsi pengalaman sama ada kepada FAM mahupun KBS. Apa yang saya maksudkan adalah terus memajukan sukan bola sepak negara dan bukan melibatkan individu dalam FAM.

Tan Sri sebelum ini sering dilihat sebagai seorang yang vokal dalam menyampaikan idea mahupun menegur FAM. Tidakkah tindakan ini dianggap sebagai asyik buat perangai sahaja?

ANNUAR: Dalam hal ini kita kena bezakan antara tanggungjawab dan soal individu. Saya tidak ada masalah langsung dengan individu, baik dengan Presiden mahupun timbalan, masih berhubung seperti biasa. Namun perbezaan pendapat yang terwujud dalam soal melibatkan bola sepak negara, saya akan berterus-terang. Saya tidak akan berselindung jika merasakan sesuatu itu tidak kena. Bila saya dilantik memegang jawatan dalam FAM, ini bermaksud satu tanggungjawab. Jika hanya kerana mahukan jawatan atau bergesel bahu dengan sultan dan jadi orang besar, zaman itu telah berlalu bagi saya. Saya pernah menjadi menteri Kabinet dan memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan maka soal pangkat bukan penting bagi saya. Kita menguruskan perkara berkaitan bola sepak bukannya dapat duit, dapat elaun, kemudahan dan sebagainya. Malah saya memegang jawatan Timbalan Presiden FAM bukannya ada kerusi dan meja pun, namun saya tetap buat kerja setiap hari.

Ada orang yang mempunyai pejabat besar tetapi pemain tidak pernah jumpa, stadium tak pernah pergi, buat apa pegang jawatan? Saya melakukan semua ini kerana minat namun orang melihat seolah-olah saya mengenakan tekanan dan sebagainya. Pada saya jika sesiapa yang tidak menjalankan tugas, tak perform maka dia tidak harus berada di situ kerana bola sepak adalah sukan milik semua dan mempunyai ramai peminat. Peminat berhak mahu melihat industri sukan bola sepak lebih maju dan cemerlang. Sukan bola sepak antara yang paling banyak pelaburan telah dilakukan dengan stadium di setiap negara mencecah ratusan juta ringgit. Jumlah prasarana bola sepak dalam negara ini bernilai berbilion ringgit. Namun bukan kita berlawan siapa bina stadium paling bagus atau canggih tetapi kita berlawan pasukan yang terbaik akan menang.

Malangnya di mana kedudukan pasukan kita sekarang? Sudah tentu ia dianggap pembaziran yang besar kerana kita gagal mengangkat mutu bola sepak negara. Kita juga perlu melabur dalam soal pembangunan bola sepak. Jika tidak apa makna mempunyai stadium banyak tetapi kalah dengan pasukan yang hanya memiliki jumlah stadium yang terhad.

Apakah FAM sukar menerima teguran dan kritikan atau bagaimana?

ANNUAR: Saya telah melalui pengalaman di luar dan juga di dalam industri bola sepak sama ada sebagai menteri, memegang jawatan dalam FAM dan menguruskan sebuah kelab bola sepak maka saya berpandangan yang kena berubah adalah FAM. Persatuan yang dipertanggungjawabkan perlu mengakui di mana kesilapan yang dilakukan. FAM juga adalah sebuah persatuan yang mempunyai kuasa yang begitu besar dalam bola sepak negara ini yang diberi oleh FIFA sehingga orang politik pun tak boleh campur. Kalau wujud campur tangan satu negara mereka boleh gantung semua hal berkaitan bola sepak di seluruh negara. Sudah tentu jika sukan bola sepak tidak maju, FAM yang perlu mengambil tanggungjawab. Begitu juga dalam sukan lain jika sepak takraw atau badminton misalnya tidak maju, persatuan berkaitan yang perlu bertanggungjawab. Yang lain-lain pula hanya bertindak sebagai membantu seperti kerajaan, badan gabungan dan sebagainya.

Maka bagi, saya setelah menduduki jawatan dalam FAM selama empat tahun, saya lihat sukan ini tidak banyak kemajuan malah ranking pula semakin menurun. Kejayaan yang kita peroleh bukanlah boleh dibanggakan sangat, paling baik pun hanya di peringkat ASEAN. Malah kebanyakan negara ASEAN pun memiliki keupayaan yang tidak jauh beza dengan kita malah Filipina yang pernah kita belasah 12-0 pun sekarang menduduki ranking lebih baik daripada kita.

Bila saya mengkritik FAM ia turut melibatkan saya kerana saya berada di dalam FAM dan saya berpandangan keseluruhan jawatankuasa yang ada sekarang perlu ada kekuatan untuk mengakui kita telah gagal. Sepatutnya bukan saya sahaja yang perlu meletak jawatan tetapi kesemua jawatankuasa pun perlu melakukan perkara sama. Namun saya faham tafsiran di luar sana. Ini kerana mereka melihat saya melawan, budak nakal dan memberi tekanan tetapi ia berlaku secara kebetulan.

Ada pihak mengatakan seolah-olah tindakan Tan Sri ini berpakat dengan Menteri KBS sendiri. Apa komen Tan Sri?

ANNUAR: Buat apa saya mahu berpakat dengan menteri kerana beliau bukan ada kuasa pun. Jika betul saya berpakat lebih baik saya berpakat dengan Presiden bola sepak peringkat negeri kerana mereka mempunyai kuasa serta undi dan boleh melakukan sesuatu dan bukannya dengan menteri. Kebetulan apa yang didedahkan media itu adalah antara beliau dengan pengurusan FAM dalam hal yang tidak berkait dengan saya. Malah kita juga jangan lupa bahawa Khairy Jamaluddin juga pernah menjawat Timbalan Presiden FAM dan barangkali beliau ada pengalaman tersendiri ketika berada di dalam FAM. Ingin saya jelaskan apa yang berlaku antara Khairy dan FAM tidak ada kena-mengena dengan saya. Itu satu episod yang tersendiri dan saya tidak mahu memberi komen. Namun adalah jelas bahawa bukan saya sahaja yang mempunyai masalah. Oleh itu jika asyik ada masalah sudah tentu ada yang tidak kenalah dengan FAM. Jika kita lihat FAM sentiasa mempunyai masalah dengan pelbagai pihak antaranya pernah bermasalah dengan AFC, menteri, badan gabungan seperti Sarawak, Perlis, Pulau Pinang, Johor dan sebagainya. Saya merasakan ini bukanlah satu keadaan yang baik dan FAM tidak boleh berpendirian hanya mereka sahaja yang betul dan orang lain semua salah. Kena terima realiti itu dan jika tidak boleh melakukan dengan baik maka perlulah berundur.

Tidakkah tindakan Tan Sri ini akan memanjangkan lagi konflik bola sepak negara?

ANNUAR: Saya tidak nampak begitu kerana apa yang saya lakukan adalah untuk kebaikan bola sepak negara ini. Bagi saya, FAM itu sendiri yang perlu berubah. Mungkin selepas ini jika sesiapa sahaja memegang jawatan dalam FAM, mereka perlu serius membuat kerja. Paling utama saya harap tidak akan ada pelantikan yang bersifat ambil hati atau berkumpulan kerana jika perkara ini tidak dibaiki, bola sepak negara ini tidak akan maju sampai bila-bila. Mereka perlulah terdiri daripada orang yang mahu terjun dalam alam pengurusan bola sepak. Saya berpandangan bermula dengan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden serta ahli exco mesti terdiri daripada badan-badan gabungan yang sedang bertugas. Mereka yang lain tidak sesuai memegang jawatan dalam FAM dan kita perlu lihat pengurusan FAM ini seperti sebuah syarikat yang terdiri daripada stake holders iaitu ahli-ahli badan-badan gabungan.

Mungkin pihak FAM beranggapan telah melakukan segalanya tetapi nasib belum menyebelahi atau beberapa faktor lain mengakibatkan sukan bola sepak masih di takuk lama. Apa pandangan Tan Sri?

ANNUAR: Dalam bola sepak bukan begitu. Memanglah takdir penting dalam setiap perancangan kita. Tetapi sukan bola sepak bukanlah masalah kerana semua negara ada model pembangunan bola sepak masing-masing. Di mana-mana negara melalui peruntukan undang-undang oleh FIFA yang turut diguna pakai oleh FAM. Presiden juga adalah pengerusi jawatan kuasa pasukan kebangsaan.

Saya nak tanya mana dia minit mesyuarat jawatankuasa pasukan kebangsaan yang mana saya turut terlibat? Jadi kita pun boleh bayangkan jika mesyuarat pun tidak pernah dilakukan, bagaimana sesuatu dasar mahu dilaksanakan dengan berkesan. Kita tidak boleh kata nasib kerana kita tidak melakukan yang terbaik. Sudah tentu dalam melakukan dasar dan pembangunan, kita memerlukan satu blueprint. Pada pertama kali saya masuk mesyuarat FAM, saya bertanya tentang blueprint tetapi diberitahu akan dilakukan dalam masa terdekat. Kini telah empat tahun saya tidak nampak sebarang blueprint dilakukan. Oleh itu kalau mesyuarat tidak dilakukan dan blueprint pun tidak wujud bagaimana kita boleh kata telah melakukan yang terbaik. Tidaklah saya kata FAM tidak membuat kerja tetapi jika mesyuarat dan blueprint pun tidak ada, bagaimana kita mahu melakukan perancangan yang teratur serta tersusun yang akhirnya boleh memajukan sukan bola sepak negara ini.

Saya berada di dalam FAM tetapi bila bagi cadangan mereka sensitif, bila kritik saya digantung, bila nak buat kerja blueprint tak ada. Setiap anggota gabungan melaksanakan pembangunan mengikut cara masing-masing, tidak ada satu blueprint yang selaras boleh digunakan. Semua orang akan kata mereka buat kerja dan memang betul tetapi cara yang kita buat ini tidak kena.

Kalau lihat di Korea Selatan dan Jepun, mereka mempunyai satu blueprint lengkap yang selaras. Jadi ke mana sebenarnya hala tuju sukan bola sepak negara ini jika perancangan dan pelaksanaan yang betul-betul kukuh tidak dilakukan. Mungkin mereka melihat tidak ada masalah tetapi bagi saya sebenarnya banyak masalah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Libatkan diri dalam misi bantuan

Posted: 20 Dec 2013 10:46 AM PST

Remaja memainkan peranan penting dalam memberi khidmat kemanusiaan kepada yang memerlukan terutama kepada mereka yang terlibat dengan bencana alam. - Gambar hiasan

PELAJAR institusi pengajian tinggi tempatan (IPT) perlu berusaha untuk mengelakkan diri daripada terlibat dengan masalah sosial dan membuang masa tanpa arah tuju.

Buktikan juga kepada masyarakat bahawa generasi muda kini terutama golongan mahasiswa memiliki sikap prihatin terhadap insan yang ditimpa masalah.

Sebenarnya, banyak cara boleh dilakukan bagi menyalurkan bantuan kepada pihak yang memerlukan.

Ia boleh dilakukan melalui kerajaan, persatuan, kelab atau individu yang telah bertungkus-lumus melaksanakan objektif penganjuran program masing-masing.

Kebanyakan bantuan berkenaan boleh diberikan dalam bentuk barangan dan juga wang, tetapi alangkah baiknya jika anda membantu dalam bentuk tenaga, misalnya mengagihkan bantuan dan sumbangan barangan yang telah dikumpul serta membersihkan kawasan yang ditimpa musibah banjir.

Pada waktu kini, negara jiran kita iaitu Filipina dilanda musibah akibat taufan Haiyan. Penduduk menderita kehilangan nyawa dan harta benda. Ia berlaku di luar negara dan kita telah pun menghulurkan bantuan yang sewajarnya kepada negara tersebut.

Dalam pada itu, jangan dilupakan pula bencana yang menimpa negara sendiri. Dalam kita menderma untuk orang luar, alangkah baiknya jika kita dapat menghulurkan bantuan untuk rakyat negara sendiri.

Justeru itu, bencana banjir besar yang melanda negeri-negeri di pantai Timur baru-baru ini sewajarnya mendapat perhatian daripada pelbagai pihak.

Luangkanlah masa untuk kita melawat mangsa-mangsa banjir dan bantu mereka mengikut kemampuan sendiri.

Anda sepatutnya berasa bersalah sekiranya anda hanya tahu berseronok dan banyak menghabiskan masa untuk melepak bersama rakan-rakan, sedangkan ketika itu ada dalam kalangan kita yang sedang bersedih akibat dilanda banjir.

Apa kata anda membuat perancangan bersama rakan-rakan untuk pergi ke negeri-negeri yang ditimpa musibah banjir bagi menghulurkan bantuan.

Setibanya di sana, anda boleh melihat sendiri dan belajar untuk bersyukur dengan kehidupan yang dinikmati sekarang. Jangan biarkan mereka terus bersedih. Anda yang merupakan sebahagian daripada generasi muda seharusnya menyokong mereka untuk terus tabah bagi memulakan hidup baharu.

Hari ini, mereka ditimpa musibah. Kita tidak tahu, pada masa akan datang, bencana apakah yang bakal menimpa diri kita pula. Dengan kesempatan ini, belajar daripada pengalaman yang mungkin anda sendiri tidak pernah lalui sebelum ini.

MUDZILL ZULKIFLI

Pulau Pinang

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Bengkel Fiksyen Sains dapat sambutan

Posted: 21 Dec 2013 10:01 AM PST

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

DR. KASSIM Thukiman (barisan kedua, tujuh kanan) dan Pengurus Kanan Penerbitan Utusan Publication & Distributions Sdn. Bhd., Faridah Shamsudin (barisan kedua, empat kanan) bersama peserta Bengkel Penulisan Novel Fiksyen Sains dan Teknologi UTM-Kumpulan Utusan 2013 di UTM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/ ABDUL RAZAK LATIF

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Bengkel Penulisan Novel Fiksyen Sains dan Teknologi anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Kumpulan Utusan hampir ke penghujungnya apabila hari ini berlangsung siri keenam daripada tujuh siri keseluruhannya.

Seperti lima bengkel penulisan terdahulu, siri kali ini lebih menggalakkan peserta untuk hadir bagi mendapatkan pendedahan dalam menghasilkan karya menarik daripada para pembimbing yang terdiri daripada pakar penulis karya kreatif.

Bengkel hari ini berlangsung di UTM, Jalan Semarak, di sini.

Antara penceramah yang juga panel terlibat ialah Prof. Dr. Ahmad Zaki Abu Bakar, Prof. Dr. Wan Abu Bakar dan Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin.

Lebih menarik, bengkel keenam ini disertai kumpulan pengkarya guru yang sememangnya antara pengikut dan peminat setia karya-karya sastera serta sains teknologi.

Pengarah Penerbit UTM Press, Dr. Kassim Thukiman berkata, usaha untuk membudayakan masyarakat mengenai sastera sains fiksyen ini adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) kerajaan Malaysia.

Kerana itu kata beliau, UTM dan Kumpulan Utusan meneruskan kelangsungannya agar pendidikan mengenai sastera-sains ini diperluaskan untuk dipopularkan dalam kalangan pelajar.

''Kita bukan sahaja mahu melihat siapa boleh menjadi penulis sastera-sains yang baik, malah melalui sayembara karya yang terbaik akan diangkat untuk dijadikan teks komponen sastera (Komsas) tingkatan dua dan empat.

''Antara novel yang telah dipilih melalui sayembara ini adalah Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya dan Di Sebalik Dinara tulisan Dayang Noor. Kedua-dua karya tersebut yang terpilih melalui siri sayembara pertama dan kedua amat menepati tema sebuah buku rujukan dalam pendidikan sastera negara,'' katanya di sini.

Sayembara kali ini menawarkan tiga hadiah utama dan tiga hadiah saguhati dengan pemenang pertama akan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000, kedua RM10,000 serta ketiga RM5,000 manakala hadiah saguhati pula adalah sebanyak RM1,000 setiap satu.

Borang penyertaan dan syarat-syarat penyertaan boleh didapati di akhbar Utusan Malaysia tidak lama lagi selain di laman web www.penerbit.utm.my atau www.mybooks.com.my.

Tarikh tutup penyertaan sayembara ini adalah pada 30 Jun 2014.

Bengkel seterusnya akan diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 11 Januari 2014.

Kutipan tabung MRA-Utusan berterusan

Posted: 21 Dec 2013 10:02 AM PST

KUALA LUMPUR 21 Dis. - Misi bantuan kemanusiaan mangsa banjir oleh Malaysian Relief Agency (MRA) akan diteruskan dan tumpuan akan diberikan untuk memperbaiki peralatan berkaitan bagi membolehkan tenaga elektrik disalurkan ke masjid serta rumah-rumah ibadat yang lain.

Pengarah Eksekutif MRA, Mohd. Shahrulazilan Said berkata, pihaknya telah menghantar pasukan ke Kuantan bagi menjalankan kerja-kerja bantuan di sana serta menghantar satu pasukan lagi ke Kemaman, Terengganu untuk tujuan yang sama.

"Kira-kira 100 ahli MRA dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain sentiasa bersiap sedia untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir dan kami meminta supaya seluruh rakyat Malaysia mendoakan banjir gelombang kedua seperti yang diramalkan tidak berlaku," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu menurut Mohd. Shahrulazilan, kutipan Tabung Bencana Banjir MRA dengan kerjasama Utusan kini mencecah RM625,737.60.

"MRA berterima kasih atas sumbangan banyak pihak bagi membantu misi kemanusiaan kali ini dan berharap lebih ramai yang dapat tampil untuk menyumbang dalam tabung ini.

"Kami juga berharap ada pihak yang dapat membantu dari segi menyumbang barang-barang keperluan untuk para pelajar yang akan kembali ke sekolah bulan depan," katanya.

Mohd. Shahrulazilan berkata, orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank bernombor 5640-9820-6365 atas nama Malaysian Relief Agency.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


20 tahun terima bantuan kerajaan

Posted: 20 Dec 2013 10:46 AM PST

ZAINAL AZHAR MOHAMED
utusanjohor@utusan.com.my

ADNAN Mohd. Yassin menyampaikan sumbangan kepada Musman Rahmat yang menderita penyakit sendi di rumahnya di Parit Haji Siraj, Batu Pahat, baru-baru ini.

BATU PAHAT 20 Dis. - Seorang warga emas yang menderita penyakit sendi sehingga tidak mampu berjalan terharu dengan bantuan oleh agensi dan wakil rakyat kepada dirinya sejak 20 tahun lalu.

Musman Rahmat, 65, yang tinggal di Parit Haji Siraj di sini mendakwa hanya menyara diri dengan bantuan kerajaan sejak tidak mampu berjalan selain ihsan ibunya yang merupakan seorang peniaga berusia 84 tahun.

"Sejak menderita penyakit ini saya tidak mampu berbuat apa-apa, ibu yang selalu menemani saya walaupun dia tidak tinggal bersama saya di rumah ini, selain itu bantuan yang diberikan kerajaan menjadi sumber saraan.

"Rumah yang saya diami ini adalah rumah sementara kerana di rumah ibu, saya tidak mampu menaiki tangga disebabkan itu saya tinggal di sini keseorangan dan dijenguk oleh saudara," katanya ketika menerima kunjungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di sini baru-baru ini.

Musman berkata, selain JKM dan agensi kerajaan lain, dia turut menerima bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam, Datuk Samsolbari Jamali.

"Walaupun keadaan begini masih ada masyarakat yang prihatin terhadap saya. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak berkaitan. Saya juga tidak akan melupakan jasa ibu yang banyak membantu saya menyediakan barangan keperluan asas dan makanan kepada saya," katanya.

Sementara itu, Pegawai JKM daerah, Adnan Mohd. Yassin berkata, pihaknya memberi bantuan pesakit terlantar sebanyak RM300 sebulan kepada Musman bagi menyara dirinya selain mendapat ubat dan pemeriksaan di hospital.

"Dia layak menerima bantuan terbabit kerana dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) dan tidak mampu untuk bekerja," katanya.

RM200,000 baiki sekolah rosak akibat banjir

Posted: 20 Dec 2013 10:46 AM PST

SHAHRUNI Aslam (kiri) menyerahkan beg sekolah kepada Mohd. Nor A. Ghani di pejabat Jabatan Pendidikan Johor, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 20 Dis. - Sebanyak RM200,000 diperuntukkan bagi kerja-kerja membaik pulih sebanyak 15 buah sekolah yang mengalami kerosakan akibat banjir di negeri ini baru-baru ini.

Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Nor A. Ghani berkata, pihaknya telah meminta Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang terlibat untuk memastikan kerja-kerja baik pulih tersebut dapat disiapkan sebelum sesi baharu persekolahan bermula tidak lama lagi.

"Dua buah sekolah di Batu Pahat dan Mersing mengalami kerosakan akibat dinaiki air manakala selebihnya menjadi pusat pemindahan bagi mangsa banjir.

"Bagaimanapun, kesemuanya hanya mengalami kerosakan kecil dan kerja-kerja baik pulih yang telah dijalankan dijangka siap sebelum sesi persekolahan bermula tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima sumbangan sebanyak 1,500 beg sekolah dan alat tulis menerusi Tabung Tijarah Ramadan Yayasan Johor Corporation oleh Pengerusi Jawatankuasa Tabung Tijarah Ramadan, Shahruni Aslam di pejabat Jabatan Pelajaran negeri, di sini hari ini.

Mohd. Nor berkata, susulan pertukaran cuti hujung minggu bagi negeri ini pada hari Jumaat dan Sabtu bermula tahun depan, sesi persekolahan bagi semua sekolah kerajaan di negeri ini akan bermula pada 1 Januari.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan pada tahun ini telah memperuntukkan lebih RM121 juta bagi membantu pelajar di negeri ini antaranya menerusi rancangan makanan tambahan, bantuan awal persekolahan dan baucar Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M).

Sementara itu, menurut Shahruni, sumbangan tersebut merupakan tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan pihaknya bagi membantu pelajar daripada golongan keluarga kurang berkemampuan di negeri ini.

Beliau berkata, sejak ditubuhkan pada 2005, tabung tersebut yang berjaya mengumpul dana kira-kira RM2.6 juta hasil sumbangan orang ramai, badan korporat termasuk syarikat Kumpulan Johor Corporation telah membelanjakan kira-kira RM2.3 juta bagi membantu golongan yang memerlukan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved