Jumaat, 17 Jun 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Harimau Malaya tetap hormati Myanmar

Posted:

Harimau Malaya tetap hormati Myanmar

Harimau Malaya tetap hormati Myanmar


K. Rajagobal (kiri) memberi kata-kata semangat kepada pemain Malaysia pada sesi latihan di Kota Bharu, semalam menjelang perlawanan persahabatan menentang Myanmar malam ini.


KOTA BAHRU - Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal tetap memandang serius perlawanan persahabatan menentang Myanmar di Stadium Sultan Muhammed IV, malam ini.

Menurut Rajagobal, perlawanan ini cukup penting buatnya mencari formula terbaik bagi membentuk sebuah pasukan yang mantap sebelum berdepan Taiwan pada pusingan kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional, Bukit Jalil 29 Jun ini.

"Ini adalah kesempatan terbaik untuk saya mencari kombinasi yang tepat ketika bertemu Taiwan nanti kerana kita mempunyai muka-muka baru dalam pasukan, selain lima pemain kita berdepan masalah kecederaan.

"Jadi, saya harap pemain dapat memberikan fokus dan menunjukkan semangat juang yang tinggi pada perlawanan ini sebagai persiapan berdepan Taiwan pada kelayakkan Piala Dunia," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis suai kenal pemain Harimau Malaya dan pasukan Myanmar serta sesi bertemu peminat di ruang legar pasar raya KB Mall, dekat sini, semalam.

Bekas pengendali Kelantan dan Selangor itu mengakui berdepan masalah di bahagian serangan untuk bertemu Myanmar kerana hanya mempunyai seorang penyerang iaitu Abdul Hadi Yahya.

"Norshahrul Idlan Talaha, Ahmad Fakhri Saarani, Shahrizal Saad mengalami kecederaan sementara Safee Sali masih bersama kelabnya Pelita Jaya FC.

''Saya harap Hadi dapat mengulangi sentuhannya seperti yang dilakukan dalam saingan Liga Super dan persahabatan dengan Hong Kong tempoh hari," ujarnya.

Jelasnya, situasi yang terpaksa dihadapinya kini cukup sukar namun, percaya masih mampu menurunkan barisan terbaik, selain formasi yang digunakan juga pastinya mampu memerangkap barisan muda Myanmar.

Sementara itu, jurulatih Myanmar, Milan Zibadinovic, mengakui Malaysia mempunyai kelebihan pada perlawanan tersebut dan hanya membariskan pemain muda untuk menentang pasukan negara.

"Malaysia mempunyai pasukan yang lebih baik. Saya membawa semua pemain berstatus Olimpik dan ia adalah suatu yang baik untuk mereka menerima pendedahan dan menjadi sebuah pasukan yang lebih baik dan kuat pada masa akan datang.

"Saya mengharapkan satu permainan yang baik malam esok (ini) dan kita akan sama-sama saksikannya," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

100 regu berentap cari juara selatan

Posted:

100 regu berentap cari juara selatan

100 regu berentap cari juara selatan

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Libasan padu sebanyak 100 regu termasuk bekas bintang kebangsaan dan kehadiran istimewa peserta Maharaja Lawak Astro, Rahim R2, menjanjikan kehebatan luar biasa buat Kejohanan Sepak Takraw KFC-Utusan Malaysia 2011 yang akan membuka tirai di zon selatan dekat Stadium Perbandaran Pasir Gudang, hari ini.

Tampil menggunakan nama unik dengan maksud tersendiri, mereka antaranya adalah KP Karisma, Tanjung Blazing, Batu Pahat, Majlis Daerah Tangkak, Tenggaroh Juniors, 4B Pasir Gudang, 4B Parit Sulong, SMK Seri Kota Melaka, Skudai, JR Anak Tempatan, UTM, PJB, SMK Lenga dan ATM JLJ.

Tidak ketinggalan bersaing bagi tiga kategori Terbuka, IPTA-S/Bawah 19 dan Bawah 15 kejohanan edisi kedua ini ialah PKNS, Kota Masai, Sirajuddin, STAR S Sr, STAR S Jr, ETIQA, KPYPJ, PESTANS, MPOB, SSTMI, MPPG, SMK Seksyen 11 Shah Alam, Metaforce, Penawar, KSAB, SMK THO, Bukit Putra dan Krismas.

Ada yang sanggup bertandang jauh sehingga melangkaui sempadan Johor antaranya dari Melaka dan Lembah Klang untuk dimahkotakan sebagai juara Zon Selatan di samping memburu ganjaran berjumlah RM10,500 walaupun terdapat tiga lagi zon pertandingan, utara, timur dan tengah.

Selain itu, Kejohanan KFC-Utusan ini turut menyajikan bukan sahaja daripada naib juara Raja Lawak 4, Abang Kassim Pon-pon bahkan seorang peserta Maharaja Lawak, Rahim R2 selain bintang Akademi Fantasia 7, Ariel dalam acara sampingan, demonstrasi libasan gulung.

Rahim R2 dikatakan pernah bermain sebagai apit kiri Selangor dalam Sukan Malaysia 1990-an sementara Kassim atau nama sebenarnya, Khairul Idlan Abd. Razak, berpengalaman beraksi sebagai peserta Kejohanan KFC-Utusan tahun lalu dan beberapa pertandingan tempatan.

Malah, aksi tersendiri trio artis undangan ini mungkin mampu menarik mana-mana regu peserta untuk mengadakan perlawanan pertunjukan bersifat 'suka-suka' sejurus kemudian bagi menyuntik kemeriahan selain meredakan sedikit tekanan pemain yang bertanding.

Sementara itu, peminat sepak takraw tempatan berpeluang menyaksikan kejohanan menggunakan format regu kalah mati ini menerusi Astro Arena 801 selaku media penyiar rasmi pada pukul 10 pagi dan 4.30 petang esok.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Dua beradik maut digilis treler

Posted:

Dua beradik maut digilis treler

Dua beradik maut digilis treler

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 17 Jun - Dua beradik maut, manakala datuk mereka cedera selepas motosikal yang mereka naiki bergesel dengan sebuah treler di Kuala Trong, dekat Taiping, semalam.

Dalam kejadian pukul 6.15 petang, Norshafikah Abdul Rahim, 15, dan adiknya, Mohd. Azizi, 5, meninggal dunia di tempat kejadian akibat digilis kenderaan berat itu selepas terjatuh dari motosikal.

Ketua Polis Trafik negeri, Supritendan Wan Abdullah Ishak berkata, ketika kejadian, Mahmud Din, 75, dan kedua-dua cucunya itu dalam perjalanan pulang ke rumah selepas mengambil Norshafikah dari sekolah.

Katanya, sebaik sahaja tiba di sebuah persimpangan, motosikal yang ditunggangi Mahmud dikatakan terbabas selepas bergesel dengan bahagian kiri treler tersebut.

"Motosikal dinaiki tiga sekeluarga itu bergesel dengan treler yang datang dari arah sama, menyebabkan ketiga-tiga mangsa tercampak di atas jalan sebelum kedua-dua beradik itu digilis treler berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Wan Abdullah berkata, pemandu treler berusia 40-an itu ditahan untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin polis.

Mahmud dimasukkan ke Hospital Taiping dan keadaannya kini stabil.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Warga India ditahan seludup dadah

Posted:

Warga India ditahan seludup dadah

Warga India ditahan seludup dadah

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH
pengarang@utusan.com.my

SEPANG 17 Jun - Satu lagi sindiket penyeludupan dadah jenis ketamin berjaya ditumpaskan apabila pihak berkuasa menahan seorang lelaki warga India dan merampas 2.8 kilogram bahan tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kelmarin.

Hasil pemeriksaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ke atas lelaki berusia 30 tahun pada kira-kira pukul 8 pagi itu berjaya menemui empat bungkusan ketamin yang disembunyikan dalam baju dan seluarnya.

Pengarahnya, Datuk M. Govinden berkata, ketamin dengan nilai pasaran mencecah RM56,000 itu dirampas hasil pemantauan dan pegawainya terhadap penumpang yang baru tiba dari Chennai, India.

"Dalam pemeriksaan awal, suspek dilihat membawa bagasi berwarna hitam tetapi yang mencurigakan pihak kami apabila bagasi itu hanya mengandungi makanan dari India tanpa barangan lain.

"Berikutan itu, satu pemeriksaan rapi dilakukan pada bahagian badan dan ditemui dua bungkusan terselit masing-masing di badan dan kaki suspek," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek pertama kali masuk ke negara ini dan taktik yang digunakannya adalah membungkus terlebih dahulu dadah berbentuk serbuk sebelum diikat pada badan," katanya.

Berikutan itu, katanya, suspek ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Dalam pada itu, Govinden memberitahu, sepanjang tahun ini pihaknya telah berjaya mematahkan kes penyeludupan dadah dengan nilai rampasan dianggarkan mencecah sehingga RM4 juta.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Bersih: Umpama ‘kuda tunggangan’ Anwar

Posted:

Bersih: Umpama 'kuda tunggangan' Anwar

Bersih: Umpama 'kuda tunggangan' Anwar

KUCHING 17 Jun – Orang ramai yang menyertai perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai depan, didakwa umpama 'kuda tunggangan' kepada agenda Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden Parti Bersatu India Malaysia, Datuk S. Nallakaruppan mendakwa, ia kerana kaedah menghasut orang ramai ke jalanan merupakan modus operandi Anwar apabila berada dalam keadaan terdesak.

Buktinya, kata beliau, Anwar melancarkan demonstrasi besar-besaran selepas beliau disingkirkan daripada kerajaan dan parti sedangkan Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah tidak melakukan perkara sama walaupun pernah kecewa dalam politik.

"Saya harap rakyat tidak terpengaruh dengan menyertai perhimpunan ini, memang penganjur dakwa perhimpunan ini berkaitan usaha tambah baik proses pilihan raya tetapi 'sekilas ikan di air, saya sudah tahu jantan atau betinanya'.

"Saya sudah lama kenal Anwar, sehingga hari ini hanya sedikit saya dedahkan rahsianya, saya belum 'buka' semua lagi, kalau 'buka' semua dia akan susah," katanya di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Nallakaruppan berkata, tarikh berlangsungnya demonstrasi Bersih juga mencurigakan kerana ia diadakan hanya enam hari sebelum Anwar membela dirinya di mahkamah atas pertuduhan liwat.

Sehubungan itu, dakwanya, demonstrasi itu dijadikan platform bagi mengalihkan perhatian rakyat selain memainkan persepsi bahawa rakyat masih setia bersama ketua pembangkang itu.

"Adakah ini secara kebetulan atau dirancang lama dengan tujuan memberi isyarat halus kepada institusi kehakiman bahawa rakyat tidak menerima sebarang keputusan tidak memihak kepada Anwar," katanya.

Sementara itu, beliau melahirkan simpati penyokong Pas yang memperjuangkan Islam, tetapi membiarkan diri mereka dipergunakan dalam demonstrasi yang dipercayai bertujuan mempertahankan individu yang dipersoalkan akhlaknya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pembangkang guna Bersih seperti huru-hara 1998

Posted:

Pembangkang guna Bersih seperti huru-hara 1998

Pembangkang guna Bersih seperti huru-hara 1998

KUALA LUMPUR 17 Jun – Pembangkang didakwa mahu menggunakan platform demonstrasi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), untuk mencetuskan huru-hara seperti tahun 1998, bagi memastikan proses perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhenti.

Bekas peguam bela Anwar, Datuk Zulkifli Noordin berkata, ini kerana jika perbicaraan peringkat pembelaan diteruskan juga pada Julai nanti, ketua pembangkang itu bakal berdepan masalah besar, kerana semua bukti alibi yang cuba diketengahkan tidak ubah seperti senjata makan tuan.

Menurut Zulkifli, pada 1998, dia antara individu yang menjadi dalang utama bagi mencetuskan keadaan huru-hara apabila bertindak membakar bangunan di Masjid India serta membaling bom api (molotov cocktail) di Sri Perdana selepas mendapat arahan daripada Anwar.

Malah, dakwa beliau, arahan turut diberi supaya mereka membaling bom api di Stadium Nasional Bukit Jalil (sempena Sukan Komanwel) kerana Ratu Elizabeth II hadir pada ketika itu, selain menyebarkan dakyah kononnya Anwar disuntik virus HIV jika ditangkap polis.

"Saya faham otak Anwar ini. Dia tidak mahu berdepan dengan pembelaan kerana jika bagi keterangan, Anwar tahu dia sangkut (kalah). Semua bukti alibi bagi menafikan dia berada di lokasi liwat telah hancur, rakaman CCTV (kamera litar tertutup) jelas dia di situ.

"DNA (asid deoksiribonukleik) yang bersumberkan air mani dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan juga disahkan pakar milik Anwar. Dia nak jawab macam mana? Dulu, dalam kes Azizan Abu Bakar bolehlah, tapi sekarang tidak. Anwar tahu rakyat lihat semua ini.

"Bukti alibi seterusnya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Anwar tidak yakin dengan isterinya. Kita boleh bayang Wan Azizah dalam kandang saksi dan diasak bertalu-talu, pasti terbongkar. Dalam isu jam Omega, dia dah gelabah," katanya di sini, hari ini.

Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata, apabila tiba peringkat pembelaan, pembohongan sukar dipertahankan dan jalan terbaik bagi Anwar, mengambil risiko dengan memperalatkan Bersih sehingga mencetus huru-hara.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya dijadikan kambing hitam untuk 'menghalalkan' demonstrasi Bersih kerana sebenarnya, ketua pembangkang itu tidak peduli pun soal sistem pilihan raya, tetapi apa yang penting adalah halang perbicaraan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang berhasrat ingin berdemonstrasi agar mendapatkan gambaran sebenar daripada mereka pernah bermati-matian mempertahankan Anwar pada 1998, jika ingin mengenali siapa ketua pembangkang tersebut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Spratly: Keadaan semakin tegang

Posted:

Spratly: Keadaan semakin tegang

Spratly: Keadaan semakin tegang


TENTERA Vietnam meronda di pulau Phan Vinh, antara pulau kecil di Kepulauan Spratly pada 14 Jun lalu. - AFP


MANILA 17 Jun - Perebutan wilayah maritim di Laut China Selatan semakin tegang hari ini apabila beberapa negara terlibat memperkukuh tuntutan masing-masing, dua hari selepas China menghantar kapal peronda terbesarnya di perairan tersebut.

Tentera Laut Filipina hari ini berkata, pihaknya akan menghantar sebuah kapal perang ke Kepulauan Spratly bagi meronda di wilayah yang dituntutnya, bagaimanapun negara ini menafikan tindakan itu sebagai respons kepada langkah yang diambil China dua hari lalu.

"Tentera laut sering mengadakan rondaan di kawasan perairan. Ia adalah rondaan biasa," kata jurucakap Jabatan Pertahanan, Eduardo Batac tentang penghantaran kapal BRP Rajah Humabon bersama 68 pegawai dan anak kapal.

Sementara itu, China bakal memperkukuh agensi pengawasan maritimnya dengan menambah bilangan kapal serta 6,000 anggota menjelang 2020 dalam satu lagi langkah yang dijangka meningkatkan ketegangan dengan negara-negara jiran yang turut menuntut wilayah di perairan Laut China Selatan.

Menurut laporan akhbar China Daily, langkah memperbesar agensi Tentera Pengawasan Maritim China itu dibuat selepas pihaknya mengesan banyak pencerobohan laut dan udara berlaku di wilayah yang dituntutnya.

"Semakin banyak pencerobohan oleh kapal dan pesawat asing berlaku di perairan serta ruang udara China sejak beberapa tahun kebelakangan ini," lapor akhbar tersebut.

Laporan itu menyebut, agensi pengawasan martim itu telah mengesan sebanyak 1,303 pencerobohan kapal asing dan 214 oleh pesawat sepanjang tahun lalu, berbanding hanya 110 kes pada 2007.

Seorang pegawai agensi pengawasan yang berada di bawah Pentadbiran Lautan negara itu dipetik China Daily sebagai berkata, pihaknya akan memperoleh 16 pesawat dan 350 kapal menjelang rancangan lima tahun negara itu yang berakhir pada 2015 dan lebih 15,000 anggota menjelang 2020.

Satu lagi laporan akhbar tabloid Global Times hari ini melaporkan, China, baru-baru ini telah mengadakan latihan ketenteraan selama tiga hari di pulau tropika Hainan, selatan negara ini melibatkan 14 buah kapal.

Dalam perkembangan yang sama, Vietnam menyuarakan harapannya untuk menarik lebih ramai pelancong ke Kepulauan Spratly dengan membangunan projek pelancongan di lima lokasi di sekitar pulau tersebut. - Reuters/AFP/dpa

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Suaka politik: Australia dihalang

Posted:

Suaka politik: Australia dihalang

Suaka politik: Australia dihalang


PENUNJUK perasaan merempuh masuk ke sebuah dewan ketika Menteri Imigresen Australia, Chris Bowen sedang berucap mengenai program pelarian kerajaan di University of New South Wales di Sydney, semalam. - AFP


SYDNEY 17 Jun - Australia berhadapan halangan undang-undang apabila rancangan negara ini untuk menghantar pemohon suaka politik ke Malaysia atau ke negara lain dicabar oleh kumpulan peguam yang membawa kes itu ke mahkamah.

Canberra bercadang untuk menghantar seramai 800 pemohon suaka politik ke Malaysia bagi membendung kemasukan pendatang asing secara haram dan operasi pemerdagangan manusia.

Sebagai pertukaran, Australia bersetuju menerima 4,000 pemohon suaka politik yang berdaftar di Malaysia.

Peguam bela pemohon suaka politik, David Manne berkata, rancangan kerajaan Australia tersebut hanya akan menyebabkan perpecahan keluarga.

"Rancangan tersebut akan memisahkan ahli keluarga yang ingin hidup bersama dalam keadaan selamat," katanya.

Tambahnya, hak untuk hidup dalam satu keluarga dijamin di bawah undang-undang Australia dan antarabangsa. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Keputusan siasatan kurang tepat

Posted:

Keputusan siasatan kurang tepat

Keputusan siasatan kurang tepat

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 17 Jun - Seorang pakar forensik berpendapat bahawa keputusan siasatan di tempat kejadian dalam kes kematian remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah akibat ditembak di kepala pada April tahun lalu kurang tepat.

Bekas Ketua Bahagian Tempat Kejadian Jenayah (CSI) Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amidon Anan berkata, ia berikutan kegagalan pasukan forensik polis memanfaatkan sains forensik di samping tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dalam menjalankan siasatan.

Beliau yang memberi keterangan sebagai saksi pembelaan kedua di Mahkamah Sesyen di sini hari ini berpendapat demikian selepas mendapati pengutipan kelongsong-kelongsong peluru dibuat beberapa hari selepas kejadian.

"Ia tidak mematuhi SOP apabila ada kelongsong-kelongsong peluru yang dikutip agak lewat. Ditambah dengan cacat cela yang sedia ada, ia akan menyebabkan keputusan forensik balistik berbeza.

"Lambat dikutip juga menyebabkan ia kemik akibat dipijak atau dilenyek (kenderaan). Kita tidak akan dapat pastikan dari senjata mana ia ditembak kerana satu calar akan menafikan keputusan forensik balistik kemudiannya," jelas beliau.

Dalam kes ini, Koperal Jenain Subi, 49, dari Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam sedang membela diri atas tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April tahun lalu.

Bapa kepada empat anak itu dibicarakan mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda.

Amidon yang merupakan pensyarah pelawat di Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) berkata, beberapa ujian seperti analisis mengesan sisa tembakan juga tidak dilakukan.

Begitu juga perkara mengenai rekonstruksi iaitu pembinaan semula kejadian ketika kereta yang dipandu Aminulrasyid masih berada di tempat kejadian dengan kereta peronda di belakangnya turut tidak dibuat.

"Rekonstruksi dalam kes ini akan membolehkan kita mengenal pasti arah tembakan, arah kemasukan peluru, jarak tembakan serta posisi penembak. Saya bagaimanapun tidak nampak proses rekonstruksi melalui trajektori dilakukan di situ.

"Keseluruhannya, saya berpendapat pemerosesan tempat kejadian tidak terperinci dan penggunaan sains forensik adalah terbatas," jelasnya.

Pada prosiding hari ini, saksi turut memaklumkan beliau tidak nampak sebarang kesan tembakan pada tangki minyak kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid pada malam kejadian.

Amidon juga memberitahu tiada kesan tembakan pada tayar atau rim tayar kereta, selain tiada kesan tumpahan petrol di atas jalan raya sekitar tempat kejadian.

Hasil pemerhatian beliau, kesemua tembakan dilepaskan ke bahagian bawah belakang kereta Proton Iswara berwarna putih itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Latifah Mohd. Tahar bersambung 24 Jun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cabul remaja: Pelakon akan hantar representasi

Posted:

Cabul remaja: Pelakon akan hantar representasi

Cabul remaja: Pelakon akan hantar representasi


Mokhtaruddin Mohd. Saaid


KUALA LUMPUR 17 Jun - Pelakon popular era 70-an dan 80-an, Mokhtaruddin Mohd. Saaid akan menghantar surat representasi kepada Jabatan Peguam Negara berhubung tuduhan mencabul kehormatan seorang remaja berusia 13 tahun yang dihadapi artis itu pada bulan lalu.

Peguam bela yang mewakili Mokhtaruddin, S. S. Dev memaklumkan kepada Mahkamah Majistret Selayang dekat sini hari ini, bahawa pihaknya akan mengemukakan surat tersebut sebaik sahaja menerima dokumen berkaitan kes itu daripada pihak pendakwaan.

Sehubungan itu, Majistret Muhammad Najib Ismail menetapkan sebutan semula kes pada 29 Julai ini untuk serahan dokumen.

Pelakon yang pernah dicalonkan bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia menerusi filem Pasung Puaka dan Pertentangan pada 1980 dan 1984 itu hadir ke prosiding hari ini dengan ditemani dua saudara terdekatnya.

Mokhtaruddin, 56, yang memakai baju batik kuning dan bersongkok hitam terpaksa dipimpin tangan untuk menuju ke kandang tertuduh sewaktu kesnya dipanggil oleh mahkamah kerana mengalami masalah penglihatan kerana katarak sejak sembilan tahun lalu.

Ketika pertama kali didakwa, artis lelaki berkenaan mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan remaja terbabit dengan cara mencium pipi dan memeluk pinggang mangsa di Asrama Raudhah, Batu 11 Gombak, dekat sini kira-kira pukul 2.30 petang, 1 Mei lalu.

Mangsa merupakan salah seorang penghuni Pondok Penyayang Raudhah yang mana tertuduh merupakan pengasas kepada rumah perlindungan remaja bermasalah itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Rohaiza Hamzah mengemukakan pertuduhan terhadap bekas jurulatih silat itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan tersebut.

Bagaimanapun, tertuduh dibenarkan diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Peneroka raih RM6,000 sebulan

Posted:

Peneroka raih RM6,000 sebulan

Peneroka raih RM6,000 sebulan

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

KUALA KRAU 17 Jun - Purata pendapatan hampir 15,000 peneroka Felda Wilayah Jengka di 37 tanah rancangan kini mencecah kira-kira RM6,000 sebulan bagi setiap keluarga berikutan kenaikan harga getah dan kelapa sawit yang tinggi pada masa ini.

Pengurus Besar Felda Wilayah Jengka, Saari Din berkata, kebanyakan peneroka tanaman getah berpendapatan purata RM4,546 sebulan manakala peneroka kelapa sawit pula RM6,614 sebulan.

Kata beliau, pihaknya tidak menolak kemungkinan ada peneroka memperoleh pendapatan bulanan lebih besar berikutan kenaikan harga kedua-dua komoditi tersebut.

''Untuk mendapat harga perahan minyak yang lebih baik, mereka perlu memenuhi syarat tertentu seperti menuai benih yang benar-benar masak, berkualiti dan mematuhi piawaian yang ditetapkan.

''Setiap warga Felda Jengka harus bertekad menghasilkan produk yang bermutu,'' katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyertai majlis Gotong- Royong Perdana di Masjid Jengka Ahmad Bandar Jengka di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Wan Salman Wan Ismail.

Menurut Saari, harga komoditi sawit dan getah dijangka sentiasa berada paras yang tinggi antara RM750 hingga RM800 satu tan metrik.

Kata beliau, peneroka yang mendapat harga pulangan tinggi itu diminta berjimat cermat kerana pendapatan yang dinikmati ketika ini ditentukan oleh pasaran.

''Kini peneroka boleh berbangga dengan pendapatan bulanan yang diterima kerana produktif menghantar hasil kilang sawit dan getah milik Felda,'' katanya.

Saari juga mahu warga Felda di Wilayah Jengka seramai 252,699 orang itu mencarum ke dalam Koperasi Pemodalan Felda kerana mereka mampu menikmati pulangan pendapatan dividen tinggi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Boling eratkan hubungan UMP-media

Posted:

Boling eratkan hubungan UMP-media

Boling eratkan hubungan UMP-media


WARGA UMP dan ahli Kelab Media Pahang bergembira pada pertandingan boling persahabatan di Premium Lane, Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 17 Jun - Peranan media dalam menyalurkan maklumat berhubung sesebuah organisasi amat penting untuk dihebahkan kepada masyarakat.

Bagi sesebuah organisasi yang mantap, hubungan baik dengan pihak media amat penting dan perlu disuburkan dari semasa ke semasa.

Menyedari hakikat itu, Universiti Malaysia Pahang (UMP) menganjurkan pertandingan boling persahabatan di Premium Lane, Kuantan Plaza di sini, baru-baru ini.

Seramai 80 peserta yang terdiri daripada pengamal media dan kakitangan UMP menyertai kejohanan kali kelima yang bertemakan 1UMP 1Media 1Strike yang menyaksikan sebanyak 20 kumpulan menunjukkan bakat masing-masing bagi merebut hadiah utama.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, pertandingan itu bagi mengeratkan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Katanya, program tahunan itu dapat mengukuhkan ikatan kekeluargaan antara pihak pengurusan universiti bersama pihak media.

''Selain itu, peserta dapat menghilangkan tekanan dan penat bekerja dengan melakukan aktiviti sedemikian," katanya ketika merasmikan kejohanan tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Media Pahang (KMP), Nik Naizi Hussin berkata, pihaknya sentiasa menyokong usaha murni UMP dalam mengadakan pelbagai aktiviti bersama media.

Pada pertandingan itu, wakil Utusan Airtimes Sdn. Bhd, Hanapi Mat Ripin mengungguli kategori individu lelaki dengan 491 jatuhan pin, manakala kategori wanita dimenangi oleh wakil RTM, Norjihan Yahya dengan 449 jatuhan pin.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua rakan maut kereta bertembung lori

Posted:

Dua rakan maut kereta bertembung lori

Dua rakan maut kereta bertembung lori

KUANTAN 17 Jun - Dua sahabat terbunuh dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan lori tanpa muatan di Jalan Semambu di sini, awal pagi semalam.

Pemandu kereta terlibat, Muhammad Fuad Mansur, 26, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini manakala rakannya, Mohd. Redzuan Ghazali, 23, maut di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kejadian berlaku pukul 2 pagi ketika lori itu dipandu seorang lelaki dan kelindan berusia lingkungan 30-an dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Semambu.

"Sampai di tempat kejadian, pemandu lori itu dikatakan cuba memotong dua kenderaan di hadapan, namun gagal menyebabkan ia bertembung dengan kereta yang dinaiki oleh mangsa dari arah bertentangan.

"Pemandu dan kelindan lori itu bagaimanapun tidak cedera," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Menurut Mohamed Fauzi, kedua-dua mangsa yang berasal dari Pekan dibawa ke HTAA untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga masing-masing.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Perkongsian baru Kuala Lumpur

Posted:

Perkongsian baru Kuala Lumpur

Perkongsian baru Kuala Lumpur

Oleh ZULKIFLI JALIL dan HASHNAN ABDULLAH pengarang@utusan.com.my

SETELAH lapan tahun Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) diadakan di Pulau Langkawi, maka buat pertama kali dalam sejarahnya dialog tersebut pada tahun ini diadakan di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.

Keputusan itu dibuat bagi memenuhi permintaan negara-negara peserta yang ingin melihat perkembangan pembangunan terkini yang berlaku di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur.

Penganjuran LID diadakan di saat dunia berdepan dengan gelombang inflasi, harga makanan dan minyak terus melambung tinggi akibat bencana alam, konflik dan juga spekulasi. Meskipun masalah sejagat seperti itu melanda semua tempat tanpa mengira ideologi politik atau status ekonomi, namun implikasinya sudah tentu lebih besar ke atas negara membangun.

Dalam suasana global yang semakin mencabar, ia menonjolkan kepentingan perkongsian pintar antara negara-negara membangun ini untuk menangani isu-isu yang menggugat kepentingan bersama.

LID dicetuskan oleh Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad sejak 1995 bagi merapatkan hubungan dengan negara-negara Afrika yang menghadapi masalah yang hampir sama iaitu kemiskinan dan masalah negara yang pernah dijajah.

Dan tidak dinafikan bahawa sempadan geografi sedikit sebanyak membataskan hubungan Malaysia dengan negara-negara Afrika dan Caribbean.

Masing-masing lebih aktif dalam pertubuhan serantau seperti ASEAN (Asia Tenggara), AEC (Afrika) dan CARICOM (Caribbean). Keadaan itu seiring dengan perkembangan semasa yang menampakkan pertumbuhan blok- blok ekonomi wilayah di seluruh dunia.

Walaupun masing-masing mengekalkan hubungan diplomatik yang stabil, hubungan Malaysia dengan negara-negara Afrika dan Carribean dilihat kurang akrab berbanding dengan dengan negara membangun di Asia.

Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) contohnya merupakan medan komunikasi Malaysia dengan Afrika dan Carribean. Namun pergerakan itu lebih tertumpu kepada kerjasama politik dan kerelevanannya juga dipersoalkan selepas tamatnya Perang Dingin pada 1990.

Dalam pada itu, walaupun Kerjasama Selatan-Selatan menumpu kepada kolobarasi negara-negara membangun dalam bidang sosial dan ekonomi, peranan inisiatif ini bagaimanapun dibayangi ikatan wilayah yang dilihat jauh lebih dominan.

Dalam keadaan ini, Malaysia memerlukan lebih banyak pentas yang mampu memacu hubungannya dengan negara-negara Afrika dan Caribbean. Sebab itu LID dalam soal ini dapat memainkan peranan yang penting.

Walaupun mempunyai latar belakang budaya yang amat berbeza, Malaysia tetap berkongsi banyak persamaan dengan Carribean dan Afrika.

Benua Afrika dan kepulauan Caribbean juga menawarkan pasaran yang luas untuk pelabur dan usahawan Malaysia. Dalam pada itu, Malaysia juga mempunyai pelbagai pengalaman yang boleh dikongsi bersama dengan komuniti Afrika dan Caribbean. Jika sebelum ini usaha menghapuskan kemiskinan tegar merupakan isu yang sering dikongsikan dalam LID, Malaysia pada LID 2011 di Putrajaya boleh berkongsi sesuatu yang baru.

Transformasi yang digariskan dalam Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bukan setakat menyentuh tentang penghapusan kemiskinan tetapi lebih dari itu suatu usaha untuk mengubah negara membangun menjadi negara berpendapatan tinggi.

LID 2011 dilihat menjadi ruang dan peluang yang terbaik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memperkenalkan dasar dan hala tuju negara yang baru dalam mencapai visi menjadi negara maju menjelang tahun 2020.

Antara dasar tersebut adalah konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; GTP; ETP dan Model Ekonomi Baru (MEB).

Perdana Menteri dijangka mengambil peluang tersebut untuk menerangkan bagaimana idea baru dan inovatif tersebut mampu mengurangkan perbelanjaan untuk pentadbiran dan projek-projek pembangunan kerajaan.

Idea baru dan inovatif itu diperlukan sebagai satu usaha untuk menjadikan peranan LID sentiasa relevan selaras dengan cabaran global semasa.

Dan secara kebetulan pula inilah LID pertama yang dirasmi dan dipengerusikan oleh Najib. Malah, Dr. Mahathir menyifatkan penganjuran LID di Putrajaya adalah langkah yang baik untuk mempamerkan pembangunan infrastruktur dan inovasi terkini dalam pembinaan Malaysia. Kata beliau, lokasi persidangan yang berdekatan dengan Kuala Lumpur, akan memberikan platform yang baik untuk mempamerkan pembangunan negara selain pembangunan Putrajaya sendiri.

"Di Langkawi mereka hanya berbincang tetapi mereka tidak boleh menunjukkan apa-apa kecuali pelancongan tetapi di sini (Putrajaya) boleh nampak," katanya baru-baru ini.

Bertemakan "Menjana Perkongsian Bestari Untuk Transformasi Sosio-Ekonomi", LID 2011 akan berlangsung selama tiga hari bermula 19 Jun di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.

LID ialah sebahagian daripada siri Dialog Perkongsian Bestari yang mempromosikan prinsip dan amalan pendekatan "Perkongsian Bestari" kepada kerjasama kreatif antara kerajaan dan sektor-sektor lain yang menyumbang kepada aktiviti-aktiviti sosio-ekonomi."Perkongsian Bestari" ialah konsep inovatif yang berlandaskan kepada aspek "situasi menang-menang" dan prosper thy neighbour.

LID 2011 akan turut memberi peluang kepada peserta melawat PROTON, SIRIM dan Malaysia Palm Oil Board (MPOB). Dan hasil dari lawatan lapangan itu akan dilaporkan kepada Sidang Pleno yang akan disertai oleh ketua negara yang menyertai forum itu.

Buat pertama kalinya LID 2011 akan turut mengadakan Forum Perniagaan Malaysia-Afrika pada hari ini (Sabtu) dan bertemakan Meneroka Dimensi Baru bagi mencerminkan pentingnya mengembangkan hubungan ekonomi dan perniagaan antara Malaysia dan Afrika dengan perkembangan geopolitik semasa.

Forum yang akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu akan turut disertai Dr. Mahathir dan beberapa penceramah terkenal dari Malaysia dan Afrika.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kartunis Utusan, rogol dan zina

Posted:

Kartunis Utusan, rogol dan zina

Kartunis Utusan, rogol dan zina

Oleh Dr.Mohd.Asri Zainul Abidin

SAYA tidak pasti, apakah kartunis Utusan itu hendak menghina Islam atau hendak menghina pihak tertentu. Jika dia bertujuan menghina Islam, dilakukan pula dalam keadaan yang sedar akal fikirannya, maka dia terkeluar daripada Islam.

Namun, jika dia bertujuan mengkritik salah faham sesetengah pihak mengenai perbezaan hukum zina dan rogol, maka itu tidak merosakkan imannya, bahkan satu sumbangan membetulkan fahaman yang salah.

Ada pun jika dia bertujuan membohongi fakta yang dimaksudkan oleh seseorang, sehingga menimbulkan salah sangka, maka dia berdosa besar.

Persoalan yang timbul; apakah jika seseorang wanita membuat aduan kepada mahkamah syariah bahawa dia dirogol maka mahkamah syariah akan menyatakan: awak mesti mendatangkan empat orang saksi, jika tidak awak disebat 80 rotan?

Adakah di dunia ini empat orang saksi yang soleh sanggup membiarkan seorang wanita dirogol di hadapan mereka?

ROGOL

Mungkin ada yang tidak faham sehingga menyamakan jenayah rogol dan zina. Zina adalah maksiat peribadi yang Islam berusaha menutupnya. Sebab itu diketatkan dengan empat orang saksi.

Adapun rogol adalah pencabulan terhadap individu lain tanpa rela dan kejam, maka pembuktiannya tidak seketat zina.

Beza menuduh orang lain berzina dengan mendakwa diri menjadi mangsa adalah soal maruah. Menuduh orang lain berzina mempunyai unsur menjatuhkan maruah orang lain.

Sementara mendakwa diri menjadi mangsa rogol adalah mempertaruhkan maruah diri sendiri. Secara lojiknya, sukar dilakukan melainkan dalam keadaan yang amat memaksa.

Bagaimanakah mungkin seseorang mampu mendiamkan diri apabila dia dimangsakan?

Maka, dalam kes kedua qarinah (bukti kaitan) boleh dipakai seperti yang disebut dalam Surah Yusuf: "Dan mereka berdua pun berkejaran ke pintu, serta perempuan itu mengoyakkan baju Yusuf dari belakang; lalu terserempaklah keduanya dengan suami perempuan itu di muka pintu. Tiba-tiba perempuan itu berkata (kepada suaminya): Tiada balasan bagi orang yang mahu membuat jahat terhadap isterimu melainkan dipenjarakan dia atau dikenakan azab yang menyiksanya".

Yusuf pula berkata: "Dialah yang menggoda diriku". (Suaminya tercengang mendengarnya) dan seorang dari keluarga perempuan itu (yang ada bersama-sama) tampil memberi pendapatnya dengan berkata:"Jika baju Yusuf koyak dari depan maka benarlah tuduhan perempuan itu, dan menjadilah Yusuf dari orang-orang yang berdusta. Dan jika bajunya koyak dari belakang, maka dustalah perempuan itu, dan Yusuf adalah daripada orang-orang yang benar.

Setelah suaminya melihat baju Yusuf koyak dari belakang, dia berkata: "Sesungguhnya ini adalah dari tipu daya kamu orang-orang perempuan; sesungguhnya tipu daya kamu amatlah besar pengaruhnya" (Surah Yusuf: ayat 25-28).

Lihat, al-Quran menceritakan bagaimana qarinah digunakan dalam peristiwa ini.

LI'AN

Sebab itu juga, Islam tidak mewajibkan pula seseorang yang menuduh isterinya berzina agar mendatangkan empat orang saksi. Ini kerana tuduhan zina kepada isteri sendiri hanya mencalarkan maruah penuduh.

Maka, agak sukar untuk seseorang itu menuduh isterinya secara bohong berzina. Juga amat berat untuk seseorang itu mendiamkan diri apabila mengetahui isterinya berzina.

Ini kerana kedua-dua keadaan itu merobohkan maruah dan kehormatan dirinya. Jika orang lain yang berzina, mungkin dia mampu mendiamkan diri disebabkan kekurangan saksi. Tetapi sudah pasti tidak bagi kes isterinya.

Justeru Allah menyebut: (maksudnya) "Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah dia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya dia dari orang-orang yang benar;

Dan sumpah yang kelima (hendaklah dia berkata): "bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika dia dari orang- orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa terhadap isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah dia (isteri) bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu benar-benar daripada orang-orang yang berdusta; -

Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar. (Surah al-Nur ayat 6-9).

Bab ini dinamakan dengan 'li'an' atau penglaknatan. Inilah jalan yang Allah berikan kepada pasangan suami isteri yang tuduh-menuduh dalam perkara seperti ini.

Selepas proses ini dilakukan, mereka dipisahkan selamanya, tanpa ada hukuman keseksaan mahkamah yang dijalankan, sebaliknya diserahkan urusan tersebut kepada Allah. Ini kerana, kes ini adalah kes mempalitkan keaiban diri sendiri.

Maka, mereka yang mendakwa diri dirogol atau diliwat secara paksa juga adalah menampalkan keaiban ke atas diri sendiri. Amat sukar bagi insan normal itu membuat dakwaan seperti itu secara semberono. Melainkan jika ada kepentingan tersembunyi yang lain.

Maka mereka juga tidak perlu mendatangkan empat saksi. Sebaliknya boleh diterima pakai kaitan (qarinah) yang membuktikan kejadian itu berlaku. Justeru, paksi dalam hal ini semua ada, demi memelihara keturunan dan maruah.

PROF. MADYA DR. MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN ialah bekas Mufti Perlis.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Mila mahu luaskan bisnes

Posted:

Mila mahu luaskan bisnes

Mila mahu luaskan bisnes

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar WAHIDAH ZAINAL


SETELAH letih bersenam di gimnasium, Mila memulakan paginya dengan bersarapan di Restoran O'Brien's.


DIARI gadis kecil ini yang bernama Norsyarmilla Jirin atau Mila begitu padat sehinggakan penulis yang mengikutinya sepanjang hari berasa amat keletihan.

Tidak padan dengan saiz badannya seberat 47 kilogram, anak gadis berusia 24 tahun kelahiran Teluk Kumbar, Pulau Pinang itu dilihat sangat berjiwa besar bagi memastikan empayar perniagaannya kukuh bertapak sebagai sumber kewangan keluarganya kelak.

Berkesempatan meluangkan masa seharian bersama juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu, penulis teruja mendengar betapa tingginya azam Mila untuk meluaskan bisnes miliknya, LuvMILA Corporation Sdn. Bhd., ke mata dunia umumnya.

Lazimnya, Mila gemar meluangkan masa paginya di gimnasium untuk menjaga stamina seperti mana yang dilakukan oleh kebanyakan penyanyi lain.

Kemudian, menurut Mila, dia akan bersarapan di sebuah restoran makanan segera kegemarannya yang terletak tidak jauh dari gimnasium kunjungannya yang terletak di pusat membeli-belah Empire Subang, Selangor.

"Saya sangat sukakan roti sandwich yang dijual di sini. Ia bersaiz besar, sangat lazat dan mengenyangkan. Kadang-kadang, saya tidak boleh menghabiskannya.

"Jadi supaya tidak membazir, saya akan bungkus untuk dimakan pada tengah hari. Kiranya, ia macam satu pakej, sarapan dan makan tengah hari," ujar Mila berseloroh.

Seperti kebiasaannya, jika tidak mempunyai sebarang undangan menyanyi, Mila memberitahu, dia akan berjumpa dengan pihak atau organisasi yang banyak memberi kerjasama terhadap kerjaya seninya.

Baru-baru ini, Mila dipilih oleh Malaysia Building Society Bhd. (MBSB) sebagai rakan kerjasama untuk menjayakan produk terbaru institusi kewangan tersebut iaitu Akaun Simpan Cheeky.

"Saya berterima kasih kepada MBSB kerana menyokong dan memberi kerjasama demi keuntungan kedua-dua pihak.

"Selain membantu mempromosikan karier saya, pembabitan saya sebagai artis juga membantu MBSB menjual produk mereka dengan mempengaruhi peminat saya," kata Mila kepada S3.

Seharian bersama Mila, dia sempat menghadiri sesi taklimat bersama pegawai MBSB sempena kerjasama yang bakal dijayakan di ibu pejabat institusi berkenaan yang terletak di Jalan Dungun, Damansara, Selangor.

Usai menyelesaikan komitmennya dengan MBSB, Mila terus menuju ke destinasi yang berikutnya iaitu School Fashion of Lilian, yang merupakan butik pilihan Mila untuk menempah baju-bajunya.

"Di sini, tukang jahitnya amat memahami kehendak saya dan begitu toleransi dalam meletakkan harga yang berpatutan.

"Jadi saya tidak perlu mengeluarkan kos yang banyak untuk membeli baju yang ingin digunakan bagi persembahan atau kegunaan sendiri.

"Pada masa yang sama, sekiranya saya kesuntukan masa untuk mencari kain bagi menyiapkan baju saya, Lilian tidak begitu berkira untuk mencuri masanya membeli kain yang saya inginkan.

"Sebab itulah saya begitu senang untuk bekerjasama dengan Lilian kerana dia begitu fleksibel," jelas Mila memuji tukang jahitnya itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tun M inspirasi Abby Fana

Posted:

Tun M inspirasi Abby Fana

Tun M inspirasi Abby Fana

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar IZHAM JAAFAR


ABBY Fana lebih gemar menghabiskan masa lapangnya dengan membaca buku ilmiah ataupun novel.


BERTUGAS di stesen radio nombor satu negara, Sinar FM, ia semestinya memberi tekanan yang tinggi kepada para penyampai untuk mengekalkan reputasi punca rezeki mereka itu.

Bagi salah seorang deejay popular stesen radio milik AMP Radio Network itu, Abby Fana, 45 atau nama sebenarnya, Habsah Omar, dia mengakui, bukan mudah untuk menarik minat pendengar apatah lagi untuk menambahkan bilangan pendengar setia.

Jadi, menurut pengacara senior program bual bicara Malaysia Hari Ini itu, para penyampai dikehendaki membentangkan pelbagai idea demi memastikan rating pendengar Sinar FM tidak jatuh malah terus meningkat.

Justeru, setelah kepenatan berada di konti, Abby memberitahu, cara terbaik untuknya melepaskan tekanan adalah dengan membaca.

"Bagi mendapatkan bahan bacaan, saya selalunya akan mengunjungi toko buku MPH Bookstore untuk membeli beberapa naskhah buku serta keperluan lain.

"Pada usia sebegini, saya selalunya suka membaca buku yang mendekatkan diri dengan Allah.

"Buku keagamaan adalah antara buku yang menjadi pilihan saya selain meminati buku-buku biografi tokoh-tokoh ternama dunia.

"Selain menghilangkan tekanan, melalui pembacaan, saya juga berpeluang untuk mencambahkan idea bagi topik yang ingin dibicarakan dengan pendengar ketika bertugas," kata ibu kepada dua anak itu.

Menceritakan sedikit mengenai pengalamannya membaca buku biografi bekas Perdana Menteri Malaysia berjudul A Doctor In The House - The Memoirs Of Tun Dr. Mahathir Mohamad(Tun M), Abby mengatakan, tokoh politik itu banyak memberikan inspirasi kepadanya.

"Pengalaman yang diceritakan oleh beliau sepanjang kariernya sebagai ahli politik memberikan saya semangat untuk diinterpretasikan terhadap kerja saya.

"Walaupun dicemuh dengan pelbagai tohmahan, beliau tetapkan pendirian untuk mengetepikan segala khabar angin demi menggalas tanggungjawabnya sebagai pemimpin negara," kata pengendali segmen Sembang Sinar yang ke udara pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula pukul 10 pagi itu.

Dalam pada itu, selain meluangkan masa sebulan sekali untuk ke toko buku bagi mencari buku bacaan kegemarannya, Abby juga akan membeli beberapa kelengkapan alat tulis yang akan digunakannya tidak kira sama ada di pejabat atau pun di rumah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Minyak peram enakkan masakan

Posted:

Minyak peram enakkan masakan

Minyak peram enakkan masakan

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my
Gambar MUHAMAD IQBAL ROSLI


Chef Sabri menunjukkan antara koleksi piala dan pingat yang pernah dimenangi beliau.


MINYAK masak sudah tentu diiktiraf sebagai bahan masakan utama yang digunakan dalam apa jua resipi masakan di dunia.

Begitu pun, ramai yang mungkin jarang atau tidak pernah mendengar tentang minyak masak yang diperam bagi menjadikan masakan lebih enak.

Jika ada yang tertanya-tanya bagaimana minyak tersebut dihasilkan, ia tidak sesukar yang disangka kerana hanya menggunakan minyak masak biasa dan rempah ratus yang mudah diperoleh.

Semua jenis minyak boleh diperisakan dengan memeramkannya bersama bahan makanan aromatik seperti herba-herba segar, lada, bawang putih dan lain-lain dalam minyak tersebut untuk suatu tempoh masa tertentu.

Pada minggu ini, Gaya Chef membawa pembaca ke dapur lima bintang, Kafe Warisan yang terletak di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Dapur tersebut diketuai oleh Chef Eksekutif, Sabri Soid yang merupakan salah seorang pakar masakan Perancis.

Berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang, Chef Sabri juga mengumpul pelbagai jenis minyak masak yang diperam sendiri.

Pada mulanya, Chef Sabri hanya menghasilkan minyak tersebut untuk kegunaan masakan di tempat kerja tetapi lama-kelamaan ia bertukar kepada hobi pada waktu lapang.

Chef Sabri berkata, kebanyakan chef mempunyai koleksi peribadi masing-masing seperti pisau, sudu dan garfu tetapi beliau lebih suka mengumpul sesuatu yang lain daripada yang lain.

"Saya suka mengumpul minyak masak peram dan bagi saya minyak tersebut unik kerana selain boleh digunakan untuk memasak, ia juga boleh dijadikan sebagai barang perhiasan.

"Malah minyak yang telah siap diperam itu merupakan bahan perasa semula jadi tanpa bahan pengawet, perasa tambahan atau pewarna tiruan," katanya.

Beliau berkata, minyak peram mudah dihasilkan dengan hanya memeramnya bersama minyak seperti minyak zaitun, jagung, kelapa sawit, kelapa, kacang soya, biji labu, bunga matahari, kesumba, kacang, biji anggur, bijan dan bahan-bahan aromatik seperti kulit kayu manis, cili, buah pelaga, bunga cengkih, daun salam dan bunga lawang.

"Lebih lama minyak tersebut diperam maka ia lebih enak dan sedap dimakan. Lagipun minyak peram tiada tarikh luput dan boleh digunakan bila-bila masa sahaja.

"Koleksi minyak peram paling lama saya simpan ialah selama 12 tahun dan kebanyakannya saya pamerkan di Kafe Warisan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Batik bukan sekadar seni

Posted:

Batik bukan sekadar seni

Batik bukan sekadar seni

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my
Gambar HAFIZH KHOSMAT


Kebolehan Lazim Ismail mencanting batik membolehkan beliau menghasilkan karya seni yang tersendiri.


SEJARAH kewujudan kesenian batik tidak dapat dipastikan tetapi artifak batik tertua yang telah ditemui berusia lebih 2,000 tahun lamanya.

Secara tidak langsung, hasil seni batik itu kini dijadikan sebagai warisan peradaban dunia, lebih-lebih lagi pemakaian batik dalam busana tradisi mempunyai sejarah yang lama sejak dari zaman awal tamadun Melayu.

Batik dipakai oleh semua golongan, daripada kerabat diraja, bangsawan sehinggalah kepada rakyat jelata.

Malah seni batik itu acap kali diselitkan dalam penulisan dahulu kala contohnya seperti kain cindai yang banyak ditulis dalam hikayat-hikayat silam.

Dalam hikayat tersebut, batik dijadikan sebagai hadiah perpisahan dan lambang percintaan dalam Hikayat Malim Deman dan persalinan batik turut dijadikan sebagai tanda penganugerahan darjat dalam Hikayat Hang Tuah.

Dalam pada itu, S3 minggu ini mengurai hasil seni batik yang dihasilkan oleh pelukis dan pemilik Batik Selembut Sutera, Lazim Ismail yang terletak di Kompleks Kraf, Seksyen 63, Jalan Conlay, Kuala Lumpur.

Kebolehan Lazim mencanting batik secara tidak langsung membolehkan beliau menghasilkan sebuah karya seni yang lain daripada lain.

Malah beliau juga bijak meneroka kesenian batik sehingga berjaya menghasilkan lukisan bercorak batik yang kebiasaannya hanya boleh dilihat pada kain batik atau baju batik.

Karya-karya beliau itu banyak menyentuh kepada penggunaan corak tradisional yang kreatif.

Berpengalaman selama 30 tahun dalam penghasilan seni canting batik, Lazim kini merupakan antara orang lama yang masih lagi memperjuangkan kesenian tersebut.

Lazim berkata, minat menghasilkan batik itu diperoleh sejak beliau bekerja di kilang Alfa Batik di Johor Bahru.

Daripada pengalaman yang dipelajari ketika bertugas di kilang tersebut, Lazim memberanikan diri membuka kedai batik sendiri.

Pada mulanya, beliau menghasilkan baju batik, kemeja T bercorak batik, kad dan perhiasan dinding daripada corak bunga hingga kepada corak dasar laut.

Tetapi lama-kelamaan, beliau mendapat ilham untuk menjadikan corak batik sebagai lukisan dan hasilnya amat menarik.

"Kalau dahulu, seni batik ini lebih kepada penghasilan pakaian sahaja tetapi hari ini seni batik lebih meluas sehingga ia boleh dijadikan sebagai perhiasan.

"Orang ramai juga telah mengiktiraf seni batik sebagai salah satu hasil seni yang lain daripada lain, lagipun kita sudah biasa lihat lukisan yang dilukis di atas kanvas.

"Bagi pelancong asing yang datang ke negara kita pula, ada antara mereka tidak pernah melihat corak tersebut dan bagi mereka, corak batik amat unik dan ia merupakan suatu kelainan," katanya.

Beliau berkata, idea untuk mengembangkan hasil seni batik itu kepada perhiasan dinding timbul apabila beliau melihat sambutan yang diberi di kalangan pelancong yang singgah ke kedainya.

"Batik juga macam lukisan, bezanya warna batik lebih menarik dan ia lebih sukar dihasilkan.

"Bagaimanapun, corak batik juga boleh dijadikan lukisan bertema seperti tema kampung. Kalau tema kampung, pelukis boleh hasilkan lukisan bercorak suasana kampung dari luar rumah hinggakan kepada aktiviti di kampung," jelasnya.

Menurutnya, corak batik Malaysia kini semakin berkembang dan ia semakin diminati di kalangan pelancong.

Antaranya, corak bunga raya, bunga sepit udang, manggis, pokok, lasam, tangga mas, sinar mas, terang bulan, belah ketupat, jalur Malaysia, serong dan retak seribu.

"Corak batik Malaysia kini semakin berkembang setelah melalui proses evolusi dari corak terap asal kepada asimilasi pengaruh seni batik Indonesia dan kesenian moden seperti corak abstrak.

"Dengan perkembangan tersebut, populariti batik semakin meningkat dan digemari ramai lebih-lebih lagi setelah kemunculan pewarna baru yang sesuai digunakan pada kain sutera pada pertengahan 1990," ujarnya.

Bagi mereka yang berminat untuk menempah hasil seni batik, boleh menghubungi terus di talian 012-6160897.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved