Jumaat, 2 Ogos 2013

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Varian terbaharu Ford Ranger di pasaran

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

Ford Ranger Double Cab 4x4 3.2L XLT Hi-Rider

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Pengeluar kereta Amerika Syarikat, Ford, hari ini memperkenalkan varian baharu bagi rangkaian keretanya di Malaysia, Ford Ranger Double Cab 4x4 3.2L XLT Hi-Rider dengan transmisi manual enam kelajuan dan sistem 4x4 peralihan elektronik.

Ford dalam satu kenyataan hari ini berkata, trak pikap itu yang berharga RM99,888, dilengkapi dengan enjin diesel turbo Duratorq TDCi 3.2L berkuasa tinggi di samping masih menawarkan pengalaman pemanduan yang senyap dan unggul.

Karakter Ranger baharu itu menyerlah keyakinan dan ciri-ciri trak Lasak Abad Ke-21 yang berkuasa tinggi, manakala pada masa yang sama masih menawarkan keselesaan kenderaan penumpang," kata Pengurus Serantau eksport dan operasi pertumbuhan Asia Pasifiknya, David Westerman dalam kenyataan itu.

Ford berkata, juruteranya telah menguji model baharu itu di kawasan paling lasak di lima benua bagi memastikan ketahanannya dan ia mempunyai ruang kabin, tempat mengisi barang dan tempat letak kaki yang lebih luas.

Kenderaan itu juga merupakan satu daripada trak paling pintar dan canggih dalam kelasnya dengan sambungan USB-iPod dan iPhone, paparan berwarna sistem audio 4.2 inci, kawalan pelayaran dan cermin pandang belakang elektrocromatik.

Selain itu, trak tersebut juga tampil dengan rim aloi 17 inci dan pilihan warna baharu yang menarik True Red, yang hanya tersedia bagi Ford Ranger 3.2L XLT. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Ditembak ketika memandu

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

Oleh AZRAI MOHAMMAD
pengarang@utusan.com.my

PASUKAN Polis Forensik memeriksa sebuah kenderaan mangsa tembak di Pandan Indah, semalam.

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Dalam tempoh tidak sampai 10 hari selepas dua kejadian tembak yang menarik perhatian rakyat negara ini, satu lagi kes sama berlaku, kali ini melibatkan seorang pekerja kedai emas.

Dalam kejadian pukul 8.45 pagi, mangsa cedera parah selepas ditembak dua individu menaiki motosikal di Pandan Indah dekat sini.

Mangsa, Wong Foo Yui, 34, sebelum itu memperlahankan kereta jenis Toyota Camry dipandunya ketika menghampiri petak kuning di persimpangan berhampiran sebuah bank.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, tiba-tiba dua lelaki berjaket hitam menaiki motosikal jenis Yamaha menghampiri kenderaan mangsa lalu melepaskan tiga das tembakan.

Menurut beliau, salah satu tembakan itu mengenai bahu kanan mangsa.

"Mangsa yang tergamam dan dalam kesakitan memecut kenderaannya ke Balai Polis Pandan Indah. Kedua-dua suspek yang berusia antara 20 dan 30 tahun melarikan diri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Isnin lalu, pengasas Bank Arab-Malaysia, Hussain Ahmad Najadi, 75, maut ditembak di ibu negara dipercayai oleh pembunuh upahan. Pembunuhnya melarikan diri dengan teksi.

Dua hari sebelum itu, pengerusi badan pemantau jenayah, MyWatch, R. Sri Sanjeevan juga parah ditembak dua lelaki ketika berhenti di lampu isyarat di Taman Cempaka, Bahau, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, menurut Amiruddin, sebaik sahaja tiba di balai polis, mangsa yang berasal dari Cheras diberi rawatan segera dan dikejarkan ke Hospital Ampang, keadaannya kini dilaporkan stabil.

Beliau meminta orang ramai yang berada di sekitar lokasi semasa kejadian, khususnya pemandu-pemandu di belakang kereta mangsa tampil memberi maklumat.

"Siasatan menyeluruh dijalankan untuk mengesan kedua-dua suspek dan anggota Unit Forensik sedang melakukan siasatan bagi mengesan kelongsong peluru di tempat kejadian," ujarnya.

Bunuh: Dua ditahan bersama lesen memandu mangsa

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

ALOR GAJAH 2 Ogos - Kes pembunuhan seorang peniaga yang ditemui mati dengan isi perut terburai di Kampung Telok Gong, Masjid Tanah dekat sini kelmarin, dipercayai bermotifkan dendam.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata, hasil siasatan dan maklumat yang diterima, polis menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam pembunuhan itu.

Susulan penahanan mereka, polis menemukan senjata yang dipercayai digunakan berupa sebilah pisau, beberapa pakaian yang dipakai oleh suspek ketika kejadian serta lesen memandu, beg duit dan wang RM230 milik mangsa.

Menurutnya, pembunuhan lelaki dari Taman Malim Jaya itu dipercayai berunsurkan dendam setelah suspek pertama yang juga seorang bekas banduan dikatakan gagal membayar hutang perabot yang tertunggak beberapa bulan.

"Suspek pertama ditahan pada pukul 7.30 malam di kawasan perumahannya di Taman Bidara Permai dan bersama-sama suspek berusia 42 tahun itu, polis merampas sebilah pisau masih bersarung dalam bakul motosikalnya dan pakaian yang dipakai ketika kejadian.

"Seorang lagi suspek berusia 29 tahun iaitu rakan suspek pertama ditahan di rumahnya di Padang Kemunting pada pukul 8.30 malam dan berjaya merampas telefon bimbit, beg duit mengandungi wang RM230 yang mungkin saki baki yang tinggal.

"Polis percaya dengan penangkapan dua suspek ini berjaya menyelesaikan kes tersebut dalam tempoh 24 jam," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) hari ini.

Oh Son Liong, 55, seorang peniaga perabot dan barangan elektronik ditemui mati dengan enam kesan tikaman di kawasan semak berhampiran pantai Telok Gong kira-kira pukul 10 malam kelmarin.

Menurut Umar Ali, sebelum kejadian, mangsa dipercayai datang bertemu suspek untuk menuntut hutang perabot yang masih tertunggak.

Katanya, kali terakhir suspek membayar hutang perabot bernilai RM3,900 yang diambil sejak awal tahun ini ialah pada Jun lalu dengan bayaran terakhir bernilai RM200.

Beliau berkata, suspek pertama sebelum ini mempunyai tiga rekod jenayah lampau termasuk di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 304 Kanun Keseksaan.

Suspek kedua memiliki dua rekod lampau melibatkan kes dadah.

Kedua-dua mereka kini ditahan reman sehingga 8 Ogos ini bagi membantu siasatan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


'Raja harus diganti'

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

K. Rajagobal

KUALA LUMPUR - Sekali pun jika Datuk K. Rajagobal berjaya membawa Malaysia layak ke Piala Asia 2015, kontraknya yang akan berakhir pada 31 Disember 2013 tidak sewajarnya disambung.

Jurulatih berpengalaman, Datuk M. Karathu berkata, sudah sampai masanya Harimau Malaya mendapatkan sentuhan jurulatih baharu selepas kontrak Rajagobal berakhir.

Tambah Karathu, yang merupakan bekas pemain negara era 60-an selain pernah mengendalikan beberapa pasukan Liga Malaysia, langkah itu wajar kerana dia menyifatkan 'tempoh perkhidmatan Rajagobal sudah terlalu lama'.

"Pada pandangan saya, sudah sampai masanya Rajagobal diganti.

"Tempoh tiga hingga empat tahun sudah mencukupi buat seorang jurulatih kerana para pemain memerlukan idea-idea baharu daripada jurulatih berbeza, sampai bila bergantung kepada jurulatih yang sama?.

"Tengoklah kebanyakan jurulatih terkemuka dunia seperti Jose Mourinho, yang memilih tidak lama mengendalikan satu-satu pasukan dan berpindah ke pasukan lain selepas beberapa tahun, " katanya.

Pada mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Bola Sepak FAM yang dipengerusikan Timbalan Presiden, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Khamis lalu, Rajagobal masih diberikan ruang untuk meneruskan khidmatnya bersama pasukan kebangsaan ekoran kesuntukan masa mencari pengganti bersesuaian ketika saingan Piala Asia 2015 hanya tinggal dua bulan lagi.

Keputusan yang dicapai oleh FAM itu dianggap satu keputusan bijak oleh Karathu yang melihat sukar untuk mendapatkan pengganti bersesuaian dalam masa terdekat.

"Ya... bukan mudah hendak menukar jurulatih begitu sahaja kerana para pemain pasti sukar untuk menyesuaikan diri dengan teknik latihan dan strategi yang akan dibawa oleh orang baru.

"Lain jurulatih, lain cara mereka bekerja, kelayakan Piala Asia 2015 pun tinggal dua bulan lagi, jadi saya fikir wajar Rajagobal dikekalkan sehingga habis kontrak.

"Satu lagi, jangan lupa soal penebusan kontrak juga pasti memberikan masalah kerana FAM perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak kepada Rajagobal jika dipecat sekarang, " katanya.

Semangat Chua iringi skuad kebangsaan buru slot Piala Dunia

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

Jurulatih kebangsaan, Paul Revington (kiri) memberikan kata-kata semangat kepada pemain skuad kebangsaan yang kehilangan pemain tonggak, Chua Boon Huat sebelum memulakan latihan di Stadium Hoki Nasional, semalam. - utusan/RUSHDI SALLEH

KUALA LUMPUR - "Semangat mendiang Chua Boon Huat yang mahu Malaysia layak ke Piala Dunia mengiringi skuad kebangsaan dalam kejohanan hoki Piala Asia di Ipoh mulai 24 Ogos ini di Ipoh'.

Itu kata penolong jurulatih skuad kebangsaan, Arul Selvaraj, iaitu antara individu yang begitu rapat dengan mendiang selain pernah bermain bersama pada 1998.

Kata Arul, pemergian mendiang secara mengejut kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya pada awal pagi kelmarin meninggalkan kesan mendalam kepada skuad negara tambahan pula Boon Huat pernah berjanji mahu membantu Malaysia layak ke Piala Dunia 2014 menerusi Piala Asia.

"Bagi saya sungguhpun dia telah tiada namun dia tetap bersama pasukan ini dan semangat tingginya pasti tidak akan dilupakan.

"Sewaktu terpilih semula menyertai skuad kebangsaan selepas lama disisihkan, dia telah membuktikan kepada jurulatih bahawa pemilihannya bukan satu kesilapan.

"Dia umpama adik saya sendiri dan kami memang rapat sejak dahulu lagi. Kami akan cuba berusaha untuk mempamerkan persembahan lebih baik pada Piala Asia nanti," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Boon Huat meninggal dunia pada usia 33 tahun akibat kecederaan parah di kepala dalam nahas jalan raya melibatkan kereta yang dipandunya dengan lori di Lebuh Raya Damansara-Puchong, awal pagi kelmarin.

Penyerang yang terkenal dengan jersi No. 3 itu dianggap sebagai pemain paling berpengalaman dalam skuad kebangsaan kerana memiliki penampilan antarabangsa terbanyak iaitu 337 kali.

Dia mula menyarung jersi negara ketika berusia 17 tahun dan membantu memenangi pingat perak Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur selain pernah beraksi pada kejohanan besar seperti Piala Dunia, Sukan Olimpik, Trofi Juara-juara, Sukan Asia dan Piala Asia.

Sementara itu, sesi latihan yang berjalan semalam menyaksikan suasana muram menyelubungi pasukan kebangsaan yang masih lagi bersedih atas kehilangan penyerang tersebut.

Malah tiada gurauan dan ketawa besar seperti kebiasaan dalam kalangan pemain sewaktu latihan bermula malam semalam.

Dalam pada itu, Arul berkata, latihan tetap diteruskan meskipun pasukan dan jurulatih masih lagi segar dengan insiden yang menimpa mendiang kelmarin.

"Buat masa ini kami belum memikirkan tentang pengganti kepada Boon Huat mungkin selepas ini akan ada perbincangan dengan jurulatih Paul Revington.

"Latihan pada Isnin ini juga mungkin tidak dapat diteruskan kerana kami semua akan ke Melaka untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang," kata Arul.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Peluang Nallakaruppan 'bercerita' di mahkamah

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

S. NALLAKARUPPAN, MUHAMMAD SHAFEE

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Peguam, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Senator Datuk S. Nallakaruppan merayu keputusan terdahulu yang mendapati beliau bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 sebagai peluang untuk mengembalikan kes itu ke mahkamah.

Tambahnya, anak guamnya yang juga Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) perlu diberi peluang untuk menceritakan kisahnya di mahkamah.

Bagaimanapun tarikh pendengaran rayuan tersebut masih belum ditetapkan," katanya dalam sidang akhbar ringkas di pejabatnya di sini hari ini.

Nallakaruppan memfailkan permohonan untuk merayu selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi yang membatalkan pembelaannya dalam saman difailkan oleh Anwar.

Mahkamah Rayuan pada 21 Januari lalu berpendirian, tindakan Mahkamah Tinggi menolak pembelaan Nallakaruppan adalah betul selepas dia gagal membekalkan butiran berhubung dakwaannya terhadap Anwar.

Pada 19 Jun tahun lalu, Hakim Datuk Su Geok Yiam ketika menolak pembelaan Nallakaruppan turut memerintahkan beliau membayar ganti rugi dan kos kepada Anwar yang akan ditaksir oleh Penolong Kanan Pendaftar.

Anwar memohon agar pembelaan Nallakaruppan dibatalkan setelah bekas rakan permainan tenis beliau itu gagal memberi butiran terperinci berhubung dakwaan terhadapnya.

Pada 23 November 2011, Mahkamah Rayuan memerintahkan Nallakaruppan mengemukakan butiran terperinci dalam tempoh dua minggu berhubung dakwaannya dalam satu majlis bahawa Anwar menerima wang RM60 juta daripada sebuah syarikat perjudian, Magnum Corporation.

Butiran itu dimohon oleh Anwar dalam samannya terhadap Nallakaruppan bagi menuntut ganti rugi RM50 juta berikutan penerbitan artikel bertajuk Anwar Terima RM60 juta yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia dan Sinar Harian, lima tahun lalu.

Nallakaruppan didakwa menyatakan: Anwar mengambil wang sebanyak itu daripada tangan saya sendiri" ketika berucap dalam satu majlis anjuran Pemuda UMNO di Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 23 Ogos 2008.

Bagaimanapun, Anwar mendakwa Nallakaruppan membuat tuduhan palsu berhubung penerimaan wang tersebut manakala Nallakaruppan dalam kenyataan pembelaannya pula mendakwa, Anwar memang menerima wang itu daripada orang tengah.

Pada 1 Ogos lalu, panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md. Raus Sharif membenarkan permohonan itu dan mengarahkan kedua-dua pihak menghujahkan dua persoalan undang-undang dalam rayuan kelak.

Antara persoalan itu ialah sama ada butiran mencukupi yang perlu disediakan oleh pembelaan dalam mematuhi permohonan agar butiran lanjutan dikemukakan, perlu diperiksa oleh ujian objektif yang ketat atau oleh ujian subjektif dengan mengambil kira keadaan keseluruhan kes.

Keadaan kes itu termasuk jurang masa di antara kejadian dan tempoh permohonan bagi butiran terperinci itu dikemukakan serta keupayaan ingatan individu dalam mengingati perincian masa dan tarikh.

2 petisyen Pas Perak ditolak

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

BATU GAJAH 2 Ogos - Mahkamah Pilihan Raya di sini hari ini menolak dua petisyen yang difailkan oleh Pas bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manjoi dan Pasir Panjang yang dimenangi Barisan Nasional.

Hakim Abang Iskandar Abang Hashim memutuskan demikian selepas mendapati petisyen-petisyen tersebut yang difailkan dua pengundi pada 11 Jun lalu gagal mematuhi peruntukan Kaedah 9 dan 34 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Menurut beliau, berdasarkan peruntukan itu, hanya pempetisyen yang dibenarkan memfailkan petisyen pilihan raya dan bukan melalui firma guaman.

Selain itu, peguam yang dilantik pempetisyen juga perlu membuat pengesahan menerima pelantikan.

Abang Iskandar memerintahkan Ahmad Mansor selaku pempetisyen di DUN Manjoi, membayar kos RM105,000 sementara Hamidun Ahmad bagi DUN Pasir Panjang pula diarah membayar kos berjumlah RM120,000.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Jangan ceroboh tanah Ramsar

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

Adnan Yaakob menyampaikan sumbangan kepada salah seorang anak yatim dalam Majlis Berbuka Puasa dan Kesyukuran Bersama Masyarakat Dewan Undangan Negeri Pelangai di Simpang Pelangai, Bentong, kelmarin.

BENTONG 2 Ogos - Rakyat negeri ini yang menceroboh tanah kerajaan diwartakan untuk kepentingan alam sekitar di kawasan hutan tanah lembap atau Ramsar di Tasik Bera akan menghadapi tindakan tegas dengan mengheret mereka ke mahkamah.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri tidak akan membiarkan pencerobohan kerana kawasan itu adalah khazanah negara yang sangat bernilai dari segi pengekalan ekosistem dan sumber biodiversiti.

Katanya, kerajaan negeri tidak akan bertolak-ansur terhadap sesiapa yang meneroka tanah kerajaan secara haram, malah bukan sahaja tanah Ramsar tetapi semua tanah kerajaan di seluruh negeri Pahang.

"Tanah Ramsar tidak boleh diceroboh sesuka hati kerana mempunyai kepelbagaian khazanah yang amat berharga, baik dari segi tumbuh-tumbuhan, flora dan fauna, selain menjadi kawasan perlindungan hidupan habitat liar termasuk spesies burung, unggas, ikan dan kawasan tadahan air.

"Hutan ini tidak boleh diceroboh dan kita sudah mengenal pasti dalang dan pihak yang melakukan pencerobohan di kawasan Ramsar dan menunggu sahaja untuk bertindak tegas terhadap pihak terbabit," kata Adnan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa dan Kesyukuran Bersama Masyarakat Dewan Undangan Negeri Pelangai di Masjid Sultan Ahmad Shah, Simpang Pelangai di sini semalam.

Beliau mengulas tentang pencerobohan tanah Ramsar hampir 400 hektar di Tasik Bera dan ditanam dengan kelapa sawit oleh mereka tidak bertanggungjawab.

Katanya, kerajaan atau pejabat tanah bukan sengaja membiarkan kawasan itu diteroka haram, tetapi tidak menyedarinya kerana lokasi diceroboh itu berada pada jarak jauh daripada pandangan dan jalan raya.

"Kita telah siasat. Hutan itu kalau dilihat dari jalan raya tidak terusik, rupa-rupanya di tengah telah rongak dan hanya boleh dilihat dengan jelas dari udara.

"Selama ini kita berlembut. Kita fikirkan tempat mereka mencari makan sesuap nasi pagi petang. Rupa-rupanya sekarang ini merupakan satu sindiket untuk memewahkan diri sendirii," kata beliau.

Rondaan JPAM di tujuh laluan utama

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

Che Othman Hussin (tengah) melancarkan Ops Bantu VII sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kuantan, semalam.

KUANTAN 2 Ogos - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pahang melancarkan Ops Bantu VII di beberapa jalan Persekutuan dan negeri bagi membantu pengguna jalan raya sekiranya terlibat dalam kemalangan atau mengalami kesulitan sepanjang perayaan Aidilfitri kali ini.

Pengarah Pertahanan Awam negeri, Kolonel Che Othman Hussin berkata, ops berkenaan melibatkan rondaan di tujuh laluan iaitu Jalan Kuantan-Segamat, Jalan Kuantan-Kemaman, Jalan Pekan-Tanjung Gemok, Jalan Kuantan-Segamat (Rompin), Jalan Bentong - Kuala Lipis, Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Temerloh-Kemayan.

"Rondaan bagi fasa pertama bermula semalam sehingga 7 Ogos manakala fasa kedua iaitu selepas hari raya pada 11 hingga 13 Ogos.

"Sebanyak 440 anggota akan terlibat dalam penugasan rondaan tersebut dengan menggunakan dua motosikal dan tujuh kenderaan pacuan empat roda," katanya selepas Majlis Pelancaran Ops Bantu VII di pekarangan ibu pejabat JPAM negeri di sini hari ini.

Menurut Che Othman, tujuan utama rondaan adalah untuk membantu pengguna jalan raya yang berada dalam kecemasan semasa perjalanan pergi dan balik ke kampung semasa musim perayaan.

"Kita akan bertindak sebagai Pasukan Tindakan Cepat (ERT) apabila mendapat panggilan kecemasan semasa rondaan dilakukan dan ini akan mengurangkan masa ke lokasi kejadian," jelasnya.

Tambahnya, sejak Ops Bantu dilancarkan tiga tahun lalu, JPAM Pahang telah membantu menyelesaikan 489 kes yang membabitkan 901 mangsa akibat kesulitan di jalan raya seperti berlaku kerosakan kepada kenderaan yang dinaiki.

32 veteran tentera di Lipis terima sumbangan

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

Mustapa Long (kiri) menyampaikan cek bernilai RM500 kepada salah seorang veteran tentera di Kuala Lipis, baru-baru ini. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD

KUALA LIPIS 2 Ogos - Sebanyak 32 veteran tentera, balu dan anak yatim di daerah Lipis menerima sumbangan duit raya berjumlah RM16,000 daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di sini kelmarin.

Sumbangan RM500 kepada setiap penerima itu melibatkan 14 veteran tentera berusia 70 tahun ke atas, 14 balu, anak yatim piatu (dua) dan dua veteran yang cedera semasa berkhidmat.

Majlis itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long.

Yang hadir sama, Yang Dipertua Persatuan Bekas Tentera Malaysia Pahang (PBTMP), Kapten (B) Abdul Latiff Mohd. Noor dan Pegawai Pemerintah 8 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Lipis, Leftenan Kolonel Abd. Jalal Zaidi Malik.

Bercakap kepada pemberita, Abdul Latiff berkata, penerima berkenaan di bawah Skim Bantuan Sara Hidup JHEV ATM yang terdiri daripada bekas tentera dan anggota keluarga yang tidak menerima pencen bulanan.

"PBTMP bersyukur dan berterima kasih kepada ATM kerana menterjemahkan keprihatinan menerusi duit raya ini sekali gus menzahirkan Kementerian Pertahanan mengambil berat kebajikan bekas tentera sesuai dengan aspirasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya.

Menurut beliau, PBTMP mempunyai 16,000 ahli dan kini sedang mengesan 2,000 veteran tentera, balu atau duda dan anak yatim piatu keluarga berkenaan yang belum menjadi ahli persatuan itu sekali gus untuk membolehkan mereka menikmati Skim Bantuan Sara Hidup.

Sementara itu, Mustapa yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Lipis berkata, usaha JHEV ATM menyumbangkan duit raya merupakan penghargaan kepada veteran tentera dan keluarga masing-masing khususnya keselesaan berbelanja menyambut Aidilfitri tahun ini.

"Walaupun sumbangan ini kecil berbanding perjuangan mereka tetapi ini merupakan manifestasi tanggungjawab murni dan ikhlas kerajaan menghargai perjuangan veteran tentera," katanya.

Tambahnya, usaha kerajaan menzahirkan pelbagai sumbangan dan bantuan kebajikan termasuk pendidikan dan keusahawanan dalam kalangan anggota tentera yang bersara membuktikan negara cukup prihatin terhadap mereka yang berjasa menjaga keselamatan negara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Reda jadi yatim

Posted: 01 Aug 2013 11:52 PM PDT

Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI
Gambar JEFFRI IRAN
solekan SUE MOHD. SHAUKHI (013-3119544)

BERGELAR anak sulung bukan satu hal yang mudah berbanding adik-beradik lain dalam keluarga. Banyak perkara yang perlu dipikul dan tergalas di bahu sebenarnya.

Malah, jika bapa sebagai ketua keluarga sudah pergi buat selama-lamanya, maka anak sulunglah yang bakal menjadi ketua keluarga membantu ibu dan adik-beradiknya.

Reda dengan rencana kehidupan yang telah ditetapkan buat dirinya, pelakon yang dikenali dengan watak Dottie, Norsyuhaida Ab Razak tidak kenal erti putus asa.

Menurut pelakon ini, semenjak arwah bapanya Ab. Razak Shaari meninggal dunia pada bulan Disember 2010, memang memberi kesan buat dirinya.

"Saya mempunyai lima orang adik- beradik. Selepas ayah meninggal, memang saya yang perlu memikul tanggungjawab menyara keluarga.

"Bila fikir semula, memang mencabar kerana saya adalah anak sulung dan perempuan. Tugas untuk menjadi ketua keluarga memang bukan satu yang mudah.

"Tapi saya kuatkan semangat, saya reda dengan pemergian bapa dan yakin rezeki itu ada di mana-mana dan kita hanya perlu mencari sedaya upaya," jelasnya.

Cerita gadis ini lagi, selepas arwah bapanya meninggal, dia mula mendapat tawaran sebagai pelakon.

"Sebelum itu saya ada pergi uji bakat untuk watak Dottie dan keputusan ketika itu belum diketahui. Lepas bapa meninggal, saya rasa ketika itu agak susah kerana belum ada sumber kewangan yang kukuh.

"Tetapi mungkin sudah takdir agaknya, selepas arwah bapa meninggal, saya diberitahu telah mendapat tawaran untuk memegang watak Dottie.

"Malah, wang daripada dunia lakonanlah yang saya gunakan untuk menyara keluarga dan membantu adik-adik saya yang masih lagi belajar," ujarnya.

Ditanya sama ada dia pernah terfikir akan menyara keluarga melalui wang dunia lakonan, jelasnya, memang ia tidak pernah langsung terlintas di fikiran.

"Saya tidak pernah terfikir pun untuk memperoleh sumber kewangan melalui dunia lakonan.

"Apa yang saya tahu, lepas arwah ayah meninggal, saya perlu cari sumber kewangan yang kukuh bagi menyara keluarga. Tetapi, satu perkara yang saya tahu ialah, walaupun dugaan menimpa seseorang, hidup perlu diteruskan.

"Sebab itu walau susah macam mana sekalipun, saya terapkan pada diri untuk sentiasa berusaha sedaya upaya kerana pasti kita akan menerima ganjarannya satu hari nanti," ujarnya.

Dalam pada itu, bercerita mengenai persiapan menyambut kedatangan Syawal, ujar Norsyuhaida, semua persiapan raya ditanggung oleh dirinya.

"Perkara ini memang sudah menjadi kebiasaan dan biasanya kami akan membeli-belah persiapan raya bersama-sama," katanya yang memilih Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, sebagai lokasi membeli-belah.

Menurutnya, biasanya persiapan akan akan dibuat pada detik-detik akhir Ramadan.

"Biasanya kami sekeluarga akan pergi beli baju raya atau persiapan lain pada minggu terakhir Ramadan.

"Memang agak padat nak buat persiapan raya menjelang minggu terakhir Ramadan, tetapi itu yang sebenarnya menjadi kemeriahan untuk menyambut Syawal," jelasnya.

Masih aktif

Rasanya ramai yang perasan bila sebut nama Norsyuhaida atau Dottie, lebih ramai yang mengenali Dottie walaupun kedua-dua nama itu merujuk kepada orang yang sama.

Tahun ini merupakan tahun ketiga Norsyuhaida berada dalam dunia lakonan, tetapi orang masih mengaitkan namanya dengan watak Dottie.

Ditanya sama ada dia terkilan kerana masih diingati sebagai Dottie yang bukan nama sebenar, dia tiada masalah dengan isu tersebut.

"Memang kalau jumpa di luar pun orang masih memanggil saya dengan nama Dottie. Saya tiada masalah tetapi saya akan beritahu mereka nama sebenar saya.

"Malah saya pun sebenarnya tidak mahu terikat dengan nama Dottie sebab lepas watak itu, banyak juga watak lain yang saya bawa.

"Tetapi saya tidaklah sampai ke tahap kecewa kerana orang memanggil saya dengan watak itu. Apa yang penting, mereka tetap mengenali saya," jelasnya.

Tambahnya, dia begitu berharap selepas ini peminat atau sesiapa sahaja mula memanggilnya dengan nama sebenar dan bukan lagi nama Dottie.

"Kalau orang tegur saya Dottie, saya akan beritahu untuk panggil nama sebenar saya. Tetapi letih juga hendak menerangkan kepada seorang demi seorang untuk memanggil nama saya yang sebenar," jelasnya sambil tertawa.

Penangan watak Dottie

Namun, penangan itu kekal untuk watak itu sahaja. Selepas Dottie, ramai yang berkata semakin kurang melihat Norsyuhaida berada dalam dunia lakonan.

"Sebenarnya saya masih aktif dalam dunia lakonan. Mungkin ramai yang terlepas pandang lakonan saya di televisyen lalu menyangkakan saya tidak lagi menjadi pelakon.

"Saya masih aktif dan lakonan masih menjadi satu-satunya periuk nasi saya untuk menyara keluarga," ujarnya.

Tambahnya lagi, tahun ini juga merupakan tahun yang paling sibuk buat dirinya sebagai seorang pelakon.

"Alhamdulillah, rezeki untuk berlakon pada tahun ini memang banyak. Itu yang buat saya musykil kerana dalam kesibukan saya berlakon, masih ada yang menyangkakan saya sudah tidak berlakon," jelasnya.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa ada beberapa produksi yang enggan mengambil dia berlakon kerana perangainya yang dikatakan 'diva', jelas Norsyuhaida, itu tidak betul sama sekali.

"Saya memang menyangkal dakwaan tersebut kerana saya rasa diri saya cukup mesra dengan sesiapa sahaja saya bekerja.

"Malah, krew penggambaran yang bekerja dengan saya pun mempunyai hubungan baik dengan saya.

"Mungkin sebab orang dah lama tidak nampak saya berlakon yang mengatakan saya sebegitu. Walhal rezeki saya semakin murah dalam dunia lakonan," ujarnya.

Diingati semasa raya sahaja

Posted: 01 Aug 2013 11:52 PM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my

DALAM salah satu rancangan raya bersama Salih Yaacob dan Siti Sarah Raisuddin tujuh tahun lalu.

SELEPAS 34 tahun menjadi penyanyi, hari ini nama Aman Shah tidaklah segah seperti era kegemilangan pada penghujung 1970-an. Lagu-lagu penyanyi ini semakin dilupakan oleh para peminat. Namanya juga seakan-akan tenggelam dalam persada muzik tempatan.

Namun, tidak semua orang melupakan penyanyi itu yang kini berusia 59 tahun. Stesen-stesen radio antara pihak yang masih belum mengabaikan lagu-lagu nyanyiannya. Sayangnya, lagu penyanyi berasal dari Johor Bahru ini hanya kerap disiarkan semasa tibanya Hari Raya Aidilfitri sahaja.

Lagu bertemakan hari raya berjudul Kepulangan Yang Dinanti antara yang sering ke udara menerusi saluran-saluran radio pada setiap tahun. Menyedari situasi itu, Aman Shah merancang mahu merakamkan lagu hari raya baru dalam waktu terdekat ini.

Menurut penyanyi yang pernah bernaung di bawah syarikat rakaman EMI ini, tujuan mahu menyanyikan lagu raya yang baharu agar para peminat tidak melupakan dirinya. Pada masa sama, boleh menambahkan koleksi lagu-lagu berkonsepkan hari raya.

"Setakat ini saya hanya ada sebuah lagu raya sahaja iaitu bertajuk Kepulangan Yang Dinanti. Lagu itu dirakamkan pada tahun 1980-an. Saya anggap lagu itu sudah agak lama walaupun masih popular dan disiarkan semasa menjelangnya hari raya.

"Lagu itu juga mungkin hanya lebih dekat di hati para pendengar yang lahir dan membesar pada era itu. Sedangkan zaman berubah dan begitu juga dengan pendengar generasi baru yang tentunya juga mahukan lagu-lagu raya yang sesuai dengan keadaan zaman sekarang.

"Saya kini sedang merancang untuk merakamkan sebuah lagu raya baru bertajuk Pulang Di Hari Raya ciptaan Fauzi Marzuki dan lirik oleh Habsah Hassan.

"Saya harap lagu itu akan meneruskan kesinambungan saya sebagai penyanyi lagu-lagu raya," katanya kepada Hits baru-baru ini.

Dia ditemui sewaktu rakaman rancangan Hari Raya Aidilfitri yang di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur. Dalam rancangan itu, Aman Shah sekali lagi menyanyikan lagu Kepulangan Yang Dinanti dan mendapat tepukan gemuruh para penonton.

Jelas penyanyi yang juga pernah popular menerusi lagu pop seperti Cinta Tidak Seindah Yang Diucap, Adikku Pandai Menari dan Bungaku, dia tidak menafikan lagu Kepulangan Yang Dinanti memiliki daya tarikan tersendiri. Ia sarat dengan nilai nasihat dan telah menggamit serta menyentuh hati ramai pendengar.

"Saya masih ingat arwah bapa saya sendiri pernah menangis selepas mendengar lagu itu. Ia antara lain mengisahkan tentang ibu bapa di kampung yang sentiasa menanti kepulangan anak-anak dan cucu-cucu mereka yang tinggal di bandar. Lagu itu ada unsur nasihat," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Perbezaan besar Ahli Sunnah-Syiah

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my

"Tidak pernah aku melihat golongan menurut hawa nafsu yang lebih penipu dari golongan Syiah,'' kata Imam as-Shafie.

Imam Malik pula ketika ditanya mengenai Syiah, beliau berkata; "Jangan kamu bercakap dengan mereka dan jangan kamu riwayatkan (hadis) daripada mereka kerana sesungguhnya mereka adalah penipu."

Malah dalam satu majlis ketika Imam Malik ditanya mengenai tindakan Syiah memaki sahabat-sahabat Rasulullah, beliau telah membaca ayat ke 29 Surah al-Fath yang bermaksud; "Nabi Muhammad ialah Rasulullah dan orang bersamanya bersifat keras dan tegas terhadap orang kafir (memusuhi Islam)."

Imam Malik kemudian berkata; "Sesiapa yang merasa marah apabila membicarakan mereka (iaitu golongan Syiah) maka dia telah benar-benar mengamalkan ayat tersebut."

Berdasarkan petikan di atas jelas kedua-dua imam besar mazhab itu mengecam dan menempelak fahaman Syiah.

Sebenarnya pertentangan antara fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah adalah sangat besar. Pertentangan antara dua fahaman itu bukannya melibatkan soal fiqh tetapi dalam soal akidah, perkara paling pokok serta asas dalam Islam.

Menurut Pengarah Eksekutif Yayasan Kebajikan Nusantara, Sheikh Ismail Omar berkata, terdapat tiga perkara paling pokok dalam soal akidah yang membezakan antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Syiah.

Tiga perkara itu ialah al-Quran, al-Hadis dan para Sahabat Rasulullah.

Beliau yang cukup berpengetahuan tentang Syiah dan pernah menulis mengenai fahaman itu dalam bukunya bertajuk 'Hukum ulama-ulama Islam terhadap Syiah' pada tahun 1987 telah membuat perbezaan antara Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Syiah terhadap ketiga-tiga soal pokok tersebut.

1. AL-QURAN

Ahli Sunnah Wal Jamaah

Sepakat atas kebenaran al-Quran dan terpelihara daripada sebarang tambahan dan kekurangan. Beriman dengan setiap huruf dan beriman bahawa sesungguhnya al-Quran adalah kalam Allah SWT bukan baharu dan bukan makhluk.

Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad adalah kitab yang terakhir daripada Allah kepada manusia tanpa sebarang penyelewengan atau berlaku penukaran sama ada pada masa lalu atau masa akan datang sehinggalah berlakunya hari Kiamat.

Al-Quran yang berada di tangan kaum muslimin ini (Mushaf Uthmaniyah) terjamin daripada kekurangan atau penambahan tidak seperti kitab-kitab diturunkan sebelum ini iaitu Zabur, Taurat dan Injil selepas ketiadaan Nabi Daud a.s , Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s.

Pemeliharaan kitab suci al-Quran itu juga dijamin oleh Allah sebagaimana firman-Nya dalam ayat ke-9 Surah al-Hijr yang bermaksud; "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan sesungguhnya Kami yang memeliharanya."

Ringkasnya, al-Quran terpelihara daripada segala keburukan dan menjadi sumber paling utama kepada umat Islam.

Syiah

Mereka menuduh ke atas kebenaran iaitu al-Quran ada yang telah ditambah dan dikurangkan. Jika berlawanan dengan iktikad mereka, pendapat imam-imam adalah antara sumber utama di sisi mereka.

Antara penyelewengan yang dikemukakan oleh pendapat Syiah berhubung pertambahan dan pengurangan al-Quran ialah wujudnya 'surah al-Wilayah'. Surah itu menyebut tentang kewalian Saidina Ali bin Abu Talib sebagai imam selepas Rasulullah SAW.

Kewujudan surah ini dinyatakan oleh seorang ulama Syiah yang bernama alHaj Mirza Husain ibn Muhammad yang meninggal dunia pada tahun 1320 hijrah di dalam bukunya bertajuk (maksud) 'Pembuka kata dalam menetapkan penyelewengan dalam kitab Tuhan segala Tuhan (al-Quran)' pada muka surat 180. Kitab ini juga mengumpulkan beratus-ratus dalil daripada ulama Syiah pada setiap zaman bahawa al-Quran telah ditambah dan dikurangkan.

2. AL-HADIS

Ahli Sunnah Wal Jamaah

Hadis adalah sumber kedua dalam syariat Islam selepas al-Quran. Fungsi hadis adalah untuk mentafsirkan ayar-ayat al-Quran.

Segala hukum-hakam yang ditetapkan di dalam hadis yang sahih riwayatnya daripada Rasulullah adalah tidak dibenarkan. Kesahihan hadis ditentukan melalui kaedah-kaedah yang disepakati oleh ulama-ulama hadis.

Caranya adalah dengan mengkaji kebenaran riwayat sanad hadis tanpa membezakan antara perawi lelaki mahupun perempuan. Tiap-tiap perawi hadis diketahui sejarah hidupnya.

Hadis yang diriwayatkan oleh seorang pendusta tidak diterima dan begitu juga orang yang tidak diketahui sejarah kehidupannya.

Hadis juga tidak diterima semata-mata atas dasar hubungan keluarga . Ini semua bertujuan untuk memelihara kedudukan, kemuliaan serta kesahihan hadis.

Sehubungan itu riwayat hadis adalah satu amanah yang berat lagi mulia mengatasi segala-galanya.

Syiah

Tidak berpegang kepada hadis melainkan hadis-hadis diriwayatkan oleh kaum keluarga Rasulullah dan sebahagian hadis-hadis yang diriwayatkan oleh penyokong-penyokong Ali dalam medan politik.

Mereka menolak hadis-hadis yang diriwayatkan terutama riwayat daripada Ahli Sunnah. Mereka tidak mementingkan riwayat (sanad) yang sahih. Mereka menerima hadis tanpa ilmu hadis yang kukuh.

Oleh itu dalam hadis-hadis mereka terdapat banyak dinukilkan seperti ayat ini: "Diriwayatkan dari Muhammad bin Ismail daripada beberapa sahabat kami dari seorang lelaki dari Rasulullah sesungguhnya berkata...'"

Kitab-kitab hadis mereka penuh dengan berpuluh-puluh ribu hadis yang tidak ditetapkan kesahihannya. Beginilah mereka bangunkan agama mereka. Mereka telah mengingkari tiga perempat daripada Sunnah Rasulullah.

3.PARA SAHABAT RASULULLAH SAW

Ahli Sunnah Wal Jamaah

Ahli sunnah bersepakat bahawa wajib menghormati dan meredai atas semua sahabat. Kesemua mereka adalah benar dan lurus. Ahli sunnah menganggap pertelingkahan yang berlaku antara mereka adalah berpunca daripada perselisihan pendapat hasil ijtihad masing-masing yang dikeluarkan dengan ikhlas dan jujur.

Tidak dibenarkan menaruh dendam sepanjang zaman terhadap para sahabat Rasulullah. Hakikatnya, para sahabat merupakan golongan terpuji selain sentiasa dipuji oleh Allah berkali-kali. Oleh itu tidak dibenarkan sama sekali sesiapa pun melakukan tohmah ke atas golongan para sahabat.

Sesungguhnya melalui usaha serta peranan besar mereka sebagai sahabat-sahabat Rasulullah agama Islam yang diajar oleh Nabi Muhammad akhirnya sampai kepada kita dan terus subur hingga saat ini.

Syiah

Berpendapat bahawa para sahabat telah kafir selepas kewafatan junjungan besar Rasulullah kecuali sebilangan kecil bilangannya tidak melebihi jari-jari di tangan. Mereka hanya mengiktiraf Ali, Fatimah binti Muhammad, Hassan ibn Ali, Hussein ibn Ali, Al-Miqdad ibn al-Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.

Selain itu mereka meletakkan Ali pada kedudukan terlampau istimewa. Sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa Ali yang telah diwasiatkan sebagai pengganti Rasulullah.

Sebahagian lain pula beranggapan Ali sebagai nabi. Maka mereka menghukum orang muslim iaitu sesiapa yang memilih khalifah-khalifah sebelum Ali maka mereka adalah zalim atau kafir.

Sesiapa yang menentang pendapat Ali, mereka itu zalim atau kafir atau fasik. Begitu juga halnya dengan sesiapa yang menentang anak cucu cicitnya turun temurun.

Antara penyelewengan paling besar berhubung fahaman Syiah terhadap para sahabat ialah gelaran melampau mereka terhadap Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan kepada Saidina Umar al-Khattab yang merupakan khalifah pertama dan kedua. Kedua-dua sahabat besar Rasulullah itu telah digelar sebagai al-Jibt (tukang sihir) dan at-Toghut (syaitan) kerana telah dilantik sebagai khalifah sebelum Ali.

Bukan itu sahaja perkataan al-Jibt dan at-Toghut terhadap Abu Bakar dan Umar juga digunakan oleh golongan Syiah dalam doa-doa mereka yang dinamakan 'Doa dua berhala Quraisy'. Doa ini terdapat di dalam kitab mereka (kunci hati) pada muka surat 114.

Doa tersebut seperti berikut; "Ya Allah, sejahterakanlah atas Muhammad dan kaum keluarga baginda dan laknatkanlah ke atas kedua-dua berhala Quraish, kedua-dua ahli sihir, kedua-dua syaitan dan kedua-dua anak perempuan mereka (ummul mukminin Aisyah dan Hafsah).

Selain daripada persoalan mengenai al-Quran, al-Hadis dan Sahabat, daripada segi akidah tauhid juga berlaku perbezaan yang amat besar.

Ahli Sunnah Wal Jamaah

Beriman bahawa sesungguhnya Allah yang maha Esa, yang maha Berkuasa, tiada sekutu bagi-Nya, tiada bandingan bagi-Nya serta tiada perantaraan antara Allah dan seluruh hamba-Nya. Beriman dengan ayat-ayat yang mengandungi sifat-sifat Allah sebagaimana diturunkan oleh Allah tanpa menyerupai sesuatu (tiada sesuatu pun yang sebanding dengan (Zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan pentadbiran-Nya, - Surah as-Syura ayat ke 11).

Allah telah mengutuskan nabi-nabi-Nya dan memikulkan ke atas mereka tanggungjawab menyampaikan perutusan (risalah) kepada hamba-hamba-Nya. Semua nabi menyampaikan semua risalah tanpa menyembunyikan apa-apa. Wajib beriman dengan perkara-perkara ghaib. Sesungguhnya segala doa, nazar, penyembelihan dan permohonan hajat wajib ditujukan kepada Allah semata-mata.

Syiah

Mereka beriman dengan Allah dan Keesaan-Nya tetapi mereka percaya bahawa imam-imam mereka adalah maksum dan imam-imam itu mengetahui perkara-perkara ghaib serta mempunyai peranan dalam pentadbiran alam ini. Mereka beranggapan bahawa ada satu kuasa khas yang dimiliki oleh wali-wali, imam-imam dan kaum kerabat Rasulullah.

Mereka beribadat selain daripada Allah dengan berkata 'Wahai Ali, wahai Hussain, wahai Zainab'. Mereka bernazar dan menyembelih binatang kepada yang lain selain daripada Allah. Mereka meminta hajat daripada orang yang telah mati.

Segala kepercayaan amalan ini tiada mempunyai asas dalam agama Islam yang suci.

SPR boleh bantu pemilihan semula CEC DAP?

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS

SIKAP dolak-dalik kepemimpinan DAP dalam isu pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti itu menggambarkan sikap sebenar parti tersebut dalam arus politik negara ini. Apa yang lebih menonjol dalam isu tersebut apabila Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menampilkan sikap tidak senangnya dengan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar pemilihan tersebut diadakan semula.

Sepatutnya sebagai seorang pemimpin bertaraf Ketua Menteri, Guan Eng perlu lebih berlapang dada dan melihat suasana demokrasi negara ini yang sedikit sebanyak beliau turut pernah mempersoalkan integriti proses pilihan raya di negara ini melalui perhimpunan Bersih yang menyebabkan ibu negara menjadi kecoh seketika. Inilah peluang untuk beliau membuktikan kata-katanya (walk the talk) dalam soal ketelusan dalam pemilihan pemimpin.

Mungkin jika benar pihak kepemimpinan pembangkang yang mana beliau adalah salah seorangnya, mahu proses demokrasi ditegakkan secara telus dan berwibawa di negara ini, maka beliau perlu menjadi perintis usaha tersebut. Sebaik-baiknya ketelusan bermula dari dalam parti beliau bukan sibuk menjerit dalam rumah kaca yang bila-bila masa boleh pecah menyakitkan diri.

Senario yang lebih pelik lagi apabila Guan Eng sendiri memberi dua syarat pula kepada ROS. Beliau mahu ROS mengemukakan alasan munasabah kenapa badan pendaftar tersebut tidak berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan DAP berhubung pemilihan CEC pada Disember lalu dan kedua, apakah peruntukan yang diguna pakai oleh ROS dalam mengeluarkan arahan tersebut.

Malahan beliau melontarkan dakwaan, tindakan memberi arahan dalam tempoh singkat dengan alasan begitu subjektif tidak boleh diterima kerana baginya itu menunjukkan sikap tidak demokratik dan satu penafian keadilan dalam proses undang-undang.

Isu masa sepatutnya tidak timbul langsung, ini disebabkan isu pemilihan CEC tersebut telah menjadi topik perbincangan rakyat negara ini sejak sekian lama. Sepatutnya kepimpinan DAP perlu sedar dan bersedia bila-bila masa untuk memberi jawapan kepada segala isu yang bukan rahsia lagi. Soal masa yang singkat hanya alasan di atas alasan semata-mata.

Apa yang hakiki, ROS baru-baru ini mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula CEC melalui sepucuk surat rasmi, dan ia dikatakan memberi alasan bahawa pihak ROS tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP berhubung isu penyelewengan undi pada pemilihan CEC dan isu manipulasi undi membabitkan 547 perwakilan.

Bukankah isu tersebut telah jelas dan diulas oleh bukan sahaja pihak lawan malah ahli parti mereka sendiri yang tidak berpuas hati dengan pemilihan yang dikatakan hanya membabitkan penyokong pemimpin tertentu.

Dalam keadaan isu ketelusan pemilihan menjadi bahan perbincangan, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang dikecam oleh pembangkang selama ini mampu membantu mereka mewujudkan pemilihan yang lebih telus dan bersih. Inilah masanya, ahli-ahli DAP yang bersemangat mahu menggunakan dakwat kekal boleh sekali lagi menggunakannya untuk memilih semula ahli CEC yang bakal menentukan hala tuju kepimpinan parti pembangkang tersebut.

Justeru, jika pemilihan ala pilihan raya umum dapat dilaksanakan, sudah pasti pemimpin-pemimpin DAP yang dipilih pada pemilihan tersebut dijamin mendapat pengiktirafan sewajarnya. Selama ini, modul pilihan raya umum itulah yang mereka perjuangkan hingga mereka sanggup berhimpun dan berpanas di Dataran Merdeka.

Pemimpin DAP tak perlu terus berpolitik kerana rakyat dan ahli-ahli parti itu sama ada yang tidak dipanggil menjadi perwakilan dan yang dipilih menjadi perwakilan sudah arif dengan senario sebenar yang berlaku.

Lakukan pemilihan dengan telus kali ini dengan semua perwakilan yang layak dijemput sama. Jangan lagi sampai ada pemimpin DAP Melayu yang marah hingga segala permasalahan terbongkar. Jangan juga ada pemimpin Melayu yang dipilih sebab ada salah kira undi lagi.

Buktikan DAP benar-benar bercakap atas apa yang diperjuangkan. Pemilihan semula CEC akan membuktikan pemimpin DAP cakap serupa bikin. Ini kalilah! SPR boleh bantu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Rindu beraya dengan mak ayah

Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT

BAGI mereka yang tidak punya kemampuan untuk membuat persiapan menyambut hari raya, tentunya akan berada dalam keadaan sedih dan hiba.

Lebih-lebih lagi mereka yang hidup sebatang kara, ditinggal suami atau disisih oleh ibu bapa kerana sebab-sebab tertentu.

Apakah perlu keadaan itu dibiarkan berterusan atau perlukah dicari jalan penyelesaian? Usaha boleh dilakukan untuk menangani isu yang berbangkit tetapi bagaimana dengan pihak yang satu lagi?

Adakah mereka akan menerima semula anak yang telah dibuang dari hidup mereka. Sanggupkah mereka memaafkan dan mengampunkan dosa si anak?

Inilah kisah yang ingin saya kongsi dengan pembaca pada minggu ini. Kisah sedih yang berlaku kepada seorang wanita yang disisih keluarga kerana bernikah dengan lelaki yang tidak direstui oleh ibu bapanya.

Sedihnya lagi, suami yang diharap menjadi tempat bergantung hidup sepanjang hayat kini meringkuk dalam penjara. Dalam menanti suami yang akan dibebaskan dalam tempoh lapan tahun, rindunya kepada mak ayah tiba-tiba menerpa.

Kepada saya Shida (bukan nama sebenar) meluahkan perasaannya untuk kembali ke kampung bertemu ibu bapa dan memohon maaf.

Namun di hatinya timbul rasa bimbang jika kepulangannya bersama anak-anak tidak diterima oleh ibu bapa dan keluarga. Apa kata kita ikuti cerita Shida untuk iktibar dan renungan bersama. Begini kisahnya:

"Usia saya mencecah 30 tahun. Saya telah berkahwin dengan seorang lelaki bernama Amin (bukan nama sebenar) yang saya kenali semasa menuntut di universiti lebih kurang 10 tahun lalu.

"Pernikahan kami tidak direstui oleh orang tua saya kerana mereka tidak berkenan dengan suami.

"Walaupun begitu ayah menjadi wali pernikahan saya dengan Amin tanpa majlis besar-besaran. Selepas menjadi suami isteri, kami berdua dihalau oleh ayah dan dia tidak membenarkan kami kembali lagi ke kampung.

"Saya membawa diri bersama suami dengan harapan satu hari nanti ayah akan menerima kami semula.

"Saya reda dengan takdir Allah dan hidup saya yang sulit selepas itu. Bohong kalau saya katakan saya tidak rindu dengan mereka tetapi kata-kata ayah tidak dapat saya lupakan, malah suami juga enggan mengalah.

"Kami dikurniakan sepasang anak, seorang lelaki yang kini berusia sembilan tahun dan perempuan, tujuh tahun. Rumah tangga kami bahagia kerana suami seorang yang bertanggungjawab dan mengambil berat.

"Namun kebahagiaan itu selalu diuji dengan pelbagai perkara yang tidak diingini membabitkan pekerjaan suami. Tugas suami di sebuah syarikat kontraktor ternama mengundang banyak masalah kepadanya.

"Saya tahu dia terpaksa melakukan perkara yang di luar kehendaknya semata-mata untuk membereskan kerjanya.

"Sebagai isteri saya selalu menasihatinya supaya berhati-hati dan mencari pekerjaan lain tetapi suami tidak endahkan dengan alasan, semua orang buat kerja ini kalau hendak mendapat apa yang diingini.

"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Suami kemudian terperangkap dan didakwa kerana memberi rasuah. Sabit kesalahan dia dihukum penjara lapan tahun.

"Saya tidak tahu perasaan saya ketika hukuman dijatuhkan, sama ada saya sedih, atau tidak. Air mata saya menitis tetapi dalam hati saya kosong.

"Kini sudah setahun lebih suami berada dalam penjara. Selama itu, saya sendirian menguruskan rumah tangga, menjaga anak-anak dan menguruskan sakit demam dan keperluan mereka setiap hari.

"Ketika sedih begini saya teringatkan ayah dan mak di kampung, adik-adik dan saudara mara yang sudah hampir 10 tahun tidak saya temui.

"Rindu saya kepada mereka semakin mendalam sehinggakan setiap malam saya menangis mengenangkan apa yang telah berlaku dalam hidup saya. Mungkin sebab selama ini, suami ada di sisi, jadi saya tidak begitu sedih.

"Apakah ini hukuman yang harus saya terima akibat daripada perbuatan saya melawan cakap mereka semasa saya hendak bernikah dulu?

"Memikirkan perkara ini, saya menjadi sebak dan merasa berdosa dengan perbuatan saya. Tambahan pula tidak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri, kerinduan saya semakin memuncak.

"Sebelum ini walaupun saya tidak pulang beraya bersama keluarga selama 10 tahun, saya tidak merasa sedih sebegini, kerana saya pulang beraya di kampung suami. Layanan mentua kepada saya, alhamdulillah... baik dan mesra.

"Kini keadaan telah berbeza, saya teringin untuk menyambut raya di kampung bersama ayah, mak dan adik-adik, tetapi saya takut mereka tidak menerima saya.

"Sejak disisih keluarga, saya selalu berdoa agar satu hari Allah akan membuka pintu hati ayah untuk menerima saya dan keluarga semula. Saya mahu anak-anak saya kenal atuk dan nenek mereka serta sepupu-sepupu mereka yang lain.

"Saya tidak ada masalah dengan mak sebab saya tahu mak juga rindukan saya tetapi yang menjadi masalah adalah ayah.

"Sehingga kini, saya tidak pernah putus berdoa dan berharap Allah akan makbulkan doa saya. Saya tahu, ayah akan menempelak saya semula dengan apa yang berlaku kepada suami tetapi saya nekad akan mencuba untuk kembali ke kampung tahun ini.

"Biarlah apa mereka nak kata, nak hina atau nak halau saya dan anak-anak, saya reda. Saya telah bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku. Saya berdoa agar tahun ini saya dapat mencium tangan kedua-duanya semula seperti dulu di pagi raya untuk memohon ampun dan maaf.

"Walaupun saya tahu mereka akan marah tetapi saya akan cuba. Saya harap ayah dan mak akan maafkan saya," kata Shida menamatkan ceritanya dengan suara yang sebak.

Siapa pun yang berada dalam kedudukan Shida akan mengambil keputusan yang sama. Kadang kala kita tidak sedar kesilapan yang dilakukan.

Perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa akan membawa banyak masalah. Saya faham perasaan Shida dan berharap agar kepulangannya akan diterima oleh ayahnya dan ahli keluarga yang lain.

Mak ayah mana yang tidak sayangkan anak. Ibu bapa tahu apa yang terbaik untuk anak-anak mereka. Namun jika anak tidak mahu mengikut, apalah daya mereka.

Terguris hati dan perasaan macam mana sekalipun, saya pasti ibu bapa Shida mengharapkan Shida dan anak-anaknya kembali ke pangkuan mereka.

Yang menjadi penghalang sekarang adalah kerana suami Shida berada dalam penjara.

Mungkin ini agak berat untuk mereka menerimanya tetapi tidak salah jika Shida mencuba. Insya-Allah mana tahu, hati mereka akan cair melihat wajah kedua-dua cucu yang tidak pernah ditatap selama ini.

Kepada Shida, teruskan berdoa, kerana setiap permintaan hamba-Nya itu, insya-Allah akan didengar oleh Allah SWT. Moga hari raya tahun ini adalah yang paling indah buat Shida dan anak-anak.

Menutup kata, "Kasih ibu bagaikan air sungai yang tidak henti mengalirnya, tidak akan pernah surut dan berhenti mengalir selagi ada bulan dan mentari."

Salam

Mencari sinar Ramadan

Posted: 01 Aug 2013 11:52 PM PDT

Rencana dan gambar AMIR SARIFUDIN
amir.mansor@utusan.com.my

Ahmad Nazlan Idris (kiri) ketika meninjau keluarga Normizan Zakaria di Kampung Berembang, Ulu Tembeling, Pahang baru-baru ini.

SYAWAL yang hampir tiba pasti menjadi harapan kepada setiap umat Islam untuk menyambutnya dengan penuh keriangan dan kesyukuran.

Malah keadaan itu juga menjadi harapan setiap keluarga agar Ramadan yang dilalui membawa makna.

Namun, jauh di pelosok sebuah kampung di pedalaman Jerantut, harapan keriangan dan kesyukuran itu menjadi tanda tanya kepada dua buah keluarga.

Tanpa kita sedari, dua keluarga ini hidup serba kekurangan dan tinggal dalam rumah yang daif

Rumahnya langsung tidak sempurna. Atau mungkin tidak layak untuk dipanggil sebuah rumah dengan dinding yang berlubang-lubang.

Salah sebuah rumah keluarga ini pula ditutup menggunakan plastik hitam sebagai dinding dan tingkap.

Memang sukar untuk kita percayai. Dalam negara yang sekian lama sudah mencapai kemerdekaan dan ramai yang mengejarkan kemajuan serta kekayaan, tanpa disedari masih ada keluarga hidup dalam serba kekurangan.

Mana silapnya? Agak sukar untuk dijawab.

Untuk menemui dua keluarga daif terbabit, penulis berkesempatan mengikuti tinjauan oleh Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris baru-baru ini.

Ahmad Nazlan yang baru dipilih sebagai Ahli Parlimen selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 baru-baru ini memberitahu, beliau mendapat maklumat mengenai kehidupan dua keluarga tersebut dan mahu meninjau sendiri kehidupan mereka.

"Kita dapat maklumat ada keluarga miskin dan daif di pedalaman. Saya mahu tinjau sendiri dan akan cuba membantu mereka sedaya mampu," katanya ringkas sebaik sahaja hendak memulakan perjalanan dari Jerantut.

Untuk sampai ke Kampung Bantal, perjalanan mengambil masa satu jam dari Jerantut ke Kuala Tahan menggunakan jalan darat.

Dari Kuala Tahan perjalanan diteruskan menggunakan bot panjang yang mengambil masa tiga jam.

Keadaan lebih mencabar apabila paras air Sungai Tembeling cetek dan bot perlu ditolak jika tersekat di jeram.

Memang ada jalan darat dari Kuala Tahan ke kampung berhampiran iaitu Mat Daling sebelum boleh menyeberangi sungai untuk ke Kampung Bantal.

Namun jalan darat itu lagi sukar dan sering kali mengambil masa lima jam atau lebih disebabkan laluannya berbukit-bukit dan lebih 'parah' jika hari hujan selain ia memerlukan kenderaan pacuan empat roda.

Sebaik sahaja sampai di Kampung Bantal setelah tiga jam perjalanan menaiki bot panjang dari Kuala Tahan, saya bersama Ahmad Nazlan menggunakan motosikal yang mengambil masa 10 hingga 15 minit kerana perlu melalui laluan atau lorong-lorong kecil sebelum sampai ke dua buah rumah berkenaan yang terletak agak jauh.

Rumah pertama yang terletak di Kampung Mogol berhampiran Kampung Bantal, didiami Masnizam Zakaria, 31, yang bekerja sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan Ulu Tembeling dengan pendapatan sekitar RM625 sebulan.

Tinggal di rumah milik datuknya, Masnizam hidup dengan menampung adik perempuannya, Rozmah Zakaria, 24, yang dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU); ibunya, Ajrah Ali Talib, 70, dan anak saudaranya (anak kepada Rozmah), Mohd. Syabil Asraf, 7.

Dengan rumah yang berlubang-lubang sejak sekian lama, keluarga itu hanya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat RM250 sebulan untuk Rozmah.

Sementara itu, rumah kedua ditinjau yang terletak di Kampung Berembang didiami abang kepada Masnizam iaitu Mohd. Normizan Zakaria, 38, yang tinggal bersama isterinya, Rozita Mahat, 24, dan dua anak mereka iaitu Noralia Maisara, 7, dan Mohd. Akil Iqbal, 3.

Mohd.Normizan juga bekerja sebagai tukang kebun di sekolah yang sama dengan pendapatan sama seperti adiknya.

Keluarga ini hanya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi pihak isterinya sebanyak RM300 bulan.

Rumah Mohd. Normizan lebih daif. Hanya ditutup dengan plastik hitam sebagai dinding bahagian atas dan tingkap.

Dua buah rumah keluarga ini dibina atas tanah milik orang lain.

Masnizam ketika ditemui Utusan Malaysia memberitahu, keluarganya pernah ditawarkan rumah PPRT sejak lebih 10 tahun lalu. Namun rumah itu sehingga kini belum siap sepenuhnya.

Menurutnya, dia sekeluarga memang sudah lama menginginkan sebuah rumah yang selesa untuk berteduh terutama apabila musim hujan dan banjir.

Mengenai sambutan Ramadan dan Syawal, Masnizam memberitahu, yang penting ahli-ahli keluarganya dapat makan serta minum mengikut sekadar yang mampu.

Masnizam juga sempat membisikkan nasib adik perempuannya yang dikategorikan sebagai OKU kerana sebelum ini pernah 'dianiaya' oleh orang-orang tidak bertanggungjawab.

"Itulah nasib kami, bukan sahaja tinggal dalam rumah seperti ini, malah kehidupan kami juga tidak menentu,'' katanya.

Dari Kampung Mogol, saya dan Ahmad Nazlan menaiki motosikal untuk bertemu keluarga Mohd. Normizan.

Mohd. Normizan ketika ditemui memberitahu, rumah yang didiami itu dibina sendiri dengan bantuan penduduk.

"Inilah sahaja rumah yang mampu saya bina. Memang kami sekeluarga mengharapkan sebuah rumah yang lebih selesa.

"Tetapi sehingga kini hasrat itu belum nampak lagi,'' katanya.

Tambahnya, jika hari hujan rumahnya itu pasti akan dimasuki air.

Sementara itu, Ahmad Nazlan ketika ditanya Utusan Malaysia memberitahu, beliau akan cuba sedaya upaya membantu dua keluarga terbabit.

"Saya memang terkejut dengan keadaan dua keluarga ini. Jangan tanya mana silapnya. Tetapi sekarang yang penting kita cuba membantu mereka sedaya mungkin.

"Harapan saya, semua pihak harus sama-sama membantu keluarga ini,'' katanya yang begitu tersentuh apabila melihat kehidupan dua keluarga berkenaan.

Orang ramai yang berhasrat membantu dan menghulurkan bantuan kepada dua keluarga terbabit boleh menghubungi pembantu peribadi Ahmad Nazlan iaitu Ahmad Nizam Mohd. Hassan melalui talian 013-9231053.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Semarakkan suasana Aidilfitri

Posted: 01 Aug 2013 11:56 AM PDT

Oleh Muhamad Aimy Ahmad
kota@utusangroup.com.my

Persembahan tarian berkonsepkan klasik Minangkabau Negeri Sembilan menyemarakkan lagi suasana sambutan hari raya di Pusat beli-belah Suria KLCC, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 1 Ogos - Menjelang sambutan Aidilfitri kurang seminggu lagi, pusat beli-belah di ibu kota terus menjadi tumpuan orang ramai untuk membuat persiapan akhir.

Ketika ini pusat beli-belah bukan sahaja menawarkan potongan harga bahkan turut mengilhamkan dekorasi hiasan bagi menimbulkan 'mood' raya kepada pengunjung.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa pusat beli-belah di ibu negara mendapati pelbagai dekorasi bertema Aidilfitri yang mengamit kenangan lalu menghiasi ruang legar utama premis tersebut.

Di Suria KLCC, pusat beli-belah itu membawa tradisi raya bertemakan Minangkabau ke ibu negara.

Pengerusi Suria KLCC Sdn. Bhd., Datuk Hashim Wahir berkata, pengunjung boleh bergambar di rumah kampung itu dan menghayati pelbagai dekorasi menarik sekitar itu.

"Persembahan bertemakan Minangkabau seperti medley tarian Negeri Sembilan, caklempung dan tari silat menyemarakkan lagi sambutan hari raya," katanya.

Hashim turut menyarankan agar orang ramai berkunjung ke kiosk-kiosk untuk mendapatkan baju raya atau kuih raya dari Kerepek La, Arzu, Hajaba, Sofia Iman, Cold Storage, Habib, Arabian Oud dan Crabtree & Evelyn.

"Malah, pelanggan yang berbelanja sebanyak RM500 ke atas sepanjang 5 Julai hingga 11 Ogos ini akan menerima sampul duit raya serta berpeluang untuk membuka kotak misteri Suria KLCC bagi memenangi hadiah bernilai RM100,00," ujarnya.

Di pusat beli-belah Berjaya Times Square pula, Aidilfitri diraikan dengan sambutan berganda sehingga 8 Ogos ini.

Menerusi tema Arab pada tahun ini, pengunjung akan disambut oleh maskot dua ekor unta yang tersergam gagah di pintu masuk utama pusat beli-belah itu.

Pengurus Kanan Promosi dan Pemasarannya, Tan Boon Leong berkata, kubah khas juga dibina di pintu masuk utama untuk memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri ala Arab itu.

"Sambutan Aidilfitri di sini kali ini lebih menarik kerana diadakan bersempena kempen ulang tahun ke-10 Berjaya Times Square yang dinamakan The Big Ten-rific Bash dan menawarkan ganjaran sehingga RM500,000," ujarnya.

Pengunjung yang berbelanja sekurang-kurangnya RM50 di bazar Aidilfitri turut berpeluang membawa pulang pelbagai hadiah dalam mesin kapsul layan diri terbesar yang disediakan.

Sementara itu di Mid Valley, tema Kenangan Klasik Raya sebagai penghargaan kepada Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee menghiasi Centre Court.

Menurut wakil pengurusan Mid Valley, hiasan set seperti dalam filem Ali Baba Bujang Lapok termasuk rumah-rumah yang ditanda 'pangkah' memberi peluang kepada pengunjung untuk merasai pengalaman beraya bersama lagenda itu.

Malah, bazar-bazar menjual kuih, rendang, ketupat dan pakaian raya turut menjadi tumpuan orang ramai sambil ditemani sedutan filem tersebut yang menggeletek hati pengunjung.

Kempen Kenangan Klasik Raya yang berlangsung sejak 17 Julai hingga 11 Ogos ini turut mendapat kerjasama Maybank, Arkib Negara Malaysia, Sharp dan Saluran 555, History.

Demi kesejahteraan rakyat

Posted: 01 Aug 2013 11:56 AM PDT

Oleh HAKIMI ISMAIL
kota@utusangroup.com.my

PUTRAJAYA 1 Ogos - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Putrajaya (PPj) merangka pelbagai projek pembangunan untuk kesejahteraan serta keselesaan masyarakat setempat di Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ketika ini beberapa projek pembangunan sedang giat dijalankan antaranya projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), pembinaan universiti swasta dan projek menaik taraf surau.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mac lalu mengumumkan program pembangunan sebanyak 10,336 unit rumah bagi tujuan projek PPA1M Putrajaya.

Katanya, fasa pertama projek itu akan melibatkan pembinaan sebanyak 5,000 unit pada suku keempat tahun ini dan dijangka siap pada suku keempat 2015.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan melihat seluruh warga Putrajaya mendapat manfaat daripada projek pembangunan yang dirangka," katanya ketika berucap dalam Majlis Berbuka Puasa Peringkat Putrajaya di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Loga Bala Mohan, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Adnan Md. Ikhsan dan Presiden PPj, Tan Sri Aseh Che Mat.

Menurut Tengku Adnan, sebanyak empat projek pembangunan berteraskan kesejahteraan dan keselesaan rakyat sedang dilaksana di sini.

Projek berkenaan, tambahnya, termasuk pembinaan tadika dan taska bagi menampung permintaan tinggi dalam kalangan penduduk Putrajaya selain menaik taraf surau-surau terpilih.

"Selain itu, kementerian juga sedang membina kemudahan tempat letak kereta bertingkat untuk kegunaan pelawat dan penjawat awam di Kompleks Pejabat Kerajaan Presint 4 serta projek pembangunan pusat komersial di Presint 8," katanya.

Dalam pada itu, Tengku Adnan menasihatkan komuniti Putrajaya memaklumkan kepada polis sekiranya pulang ke kampung terutama untuk menyambut Aidilfitri akan datang bagi mengelak kejadian jenayah.

Litrak sumbang lima buah Mitsubishi Lancer kepada PDRM

Posted: 01 Aug 2013 11:56 AM PDT

Ir. Ismail Md.Salleh (kanan) bersama Sally Saidi dan Abd.Aziz Yusof (kiri sekali) melihat kereta peronda lebuh raya sumbangan Litrak dalam majlis berbuka puasa Kumpulan Litrak di Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor, semalam.

SUBANG JAYA 1 Ogos - Sebanyak lima buah kereta peronda lebuhraya model Mitsubishi Lancer disumbangkan oleh Lingkaran Trans Kota Sdn. Bhd. (Litrak) kepada unit peronda lebuhraya (EMPV) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan peruntukan hampir RM500,000.

Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Ir. Ismail Md. Salleh berkata, ia bertujuan meningkatkan lagi keselamatan dan keselesaan pengguna lebuhraya.

"Dengan model kenderaan terkini dan spesifikasi tinggi, saya percaya ia mampu melonjakkan lagi keyakinan masyarakat terhadap pelaksanakan perkhidmatan PDRM khususnya dan Kumpulan Litrak amnya," katanya dalam majlis Berbuka Puasa Kumpulan Litrak di Kompleks Operasi Litrak , Bandar Sunway, semalam.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Litrak, Sazally Saidi dan Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman Kuala Lumpur, Datuk Abd. Aziz Yusof.

Dalam perkembangan sama, Sazally berkata, tiga buah daripada kereta itu akan digunakan di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan dua buah lagi untuk Lebuh Raya Sprint.

"Sejak sedekad lalu, pihak syarikat turut telah menyumbangkan kenderaan seperti Proton Waja, Ford Everest dan motosikal berkuasa tinggi jenis VFR," jelasnya.

Sementara itu, turut diadakan majlis penghargaan kepada para peserta Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) 2012 selain meraikan seramai 34 anak yatim dari Rumah Amal Nur Muhammad, Subang Murni menerima sumbangan duit raya daripada Litrak.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved