Khamis, 15 Mei 2014

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


32,050 diesel, 300 silinder LPG dirampas

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

SEPASUKAN anggota KPDNKK melakukan serbuah dalam Ops Titik ke sebuah premis menyeludup diesel di USJ 23, Subang Jaya, Selangor, semalam. - UTUSAN/MOHD. AKRAM MOHD. SETH TAN

KUALA LUMPUR 15 Mei - Sebanyak 32,050 liter minyak diesel dan 300 silinder gas petroleum cecair (LPG) dirampas pada hari pertama Op Titik yang dijalankan lima pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di seluruh negara.

Kesemua rampasan bernilai RM522,600 termasuk kenderaan yang membawa bahan bakar itu dilakukan oleh pejabat KPDNKK Putrajaya, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Sabah.

Ketua Pengarah Bahagian Pe-nguat Kuasa KPDNKK, Roslan Mahayuddin berkata, rampasan terbanyak melibatkan 27,000 liter minyak diesel bersubsidi yang ditemui disorokkan disebuah rumah ibadat di USJ 23, Subang Jaya, Selangor.

Beliau berkata, pihaknya menemui kesemua minyak diesel tersebut yang disorokkan di dalam sebuah stor di halaman rumah ibadat tersebut dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah hari.

Turut dijumpai ialah tiga lori yang digunakan untuk menyeludup minyak diesel dan beberapa peralatan lain seperti generator serta tangki berisi minyak diesel.

Kesemua barangan dirampas dianggarkan bernilai kira-kira RM300,000. Seorang lelaki warga tempatan turut ditahan kerana disyaki terlibat dengan kegiatan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini malam ini.

Menurut Roslan, satu lagi serbuan dibuat di sebuah stesen minyak di Shah Alam, Selangor melibatkan rampasan 2,500 liter diesel dan sebuah lori yang telah diubah suai untuk menyeludup diesel. Kesemua rampsan bernilai RM105,000.

Di Pulau Pinang pula, serbuan dilakukan di sebuah stesen minyak pada kira-kira pukul 4 pagi. Dalam serbuan itu sebanyak 1,150 liter minyak diesel bersubsidi dan dua buah lori bernilai RM22,300 dirampas.

Sementara serbuan di Labuan pula melibatkan rampasan 500 liter minyak diesel bernilai RM1,000," katanya.

Roslan memberitahu, serbuan melibatkan 300 silinder LPG bernilai RM94,300 pula dilakukan di sebuah gudang haram di Segambut di sini.

Rampasan silinder LPG seberat 50 kilogram setiap satu itu dilakukan pada pukul 2 petang hasil risikan selama seminggu," katanya.

"Kesemua LPG itu disimpan tanpa kebenaran di gudang tersebut lebih seminggu lalu dan kita merampas kesemua bahan tersebut di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.

Ibu bapa anak hilang direman

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

KOTA KINABALU 15 Mei - Kes kehilangan kanak-kanak berusia tiga tahun, Low Min You, Jumaat lalu yang dipercayai diculik selepas kenderaan pacuan empat roda milik ayahnya dilarikan di sebuah stesen minyak berhampiran Kampung Air di sini, memasuki episod baharu.

Hari ini, kedua-dua ibu bapanya, Low Yee Shang, 31, dan isterinya, Yong Siau Yee, 26, ditahan reman selama tiga hari sehingga Sabtu bagi membantu siasatan kes itu yang menarik perhatian seluruh negara yang secara kebetulan jatuh beberapa hari sebelum minggu Hari Ibu.

Pasangan itu ditahan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu pada pukul 9 malam tadi ketika diminta hadir membantu siasatan. Difahamkan penahanan itu dibuat berikutan terdapat beberapa percanggahan kenyataan antara mereka berdua berhubung kehilangan Min You.

Mereka berdua dibawa ke Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 11 pagi bagi mendapat perintah tahanan reman. Pendaftar mahkamah, Danny Buaya membenarkan mereka berdua ditahan sehingga Sabtu ini, bukannya sehingga seminggu seperti yang dipohon oleh Pegawai Penyiasat kes itu, Inspektor Shreethran Balan.

Peguam Ram Singh yang mewakili pasangan itu ketika membantah permohonan reman selama seminggu itu menegaskan bahawa pasangan itu masih mempunyai seorang lagi anak yang memerlukan perhatian daripada mereka berdua.

Tiada kepentingan untuk menahan mereka untuk tempoh panjang kerana pasangan itu selama ini telah memberikan kerjasama baik kepada polis sepanjang kehilangan anak mereka," katanya.

Dalam kejadian Jumaat lalu itu, kira-kira pukul 5.50 pagi, bapa mangsa, Yee Shang dikatakan terlupa mengunci kenderaannya semasa singgah sebentar untuk membuang air di stesen minyak itu dan semasa itu mangsa sedang nyenyak tidur di bahagian belakang.

Sebaik sahaja dia keluar daripada tandas, didapati kereta bersama mangsa telah hilang, namun kira-kira pukul 9.30 pagi hari yang sama kereta itu ditemukan di Bukit Bendera berhampiran Menara Jam Atkinson di sini dalam keadaan berkunci tetapi kanak-kanak itu telah hilang dipercayai dilarikan oleh suspek.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Ford jual 1,173 buah kenderaan pada April di Malaysia

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh AZMAN IBRAHIM
ekonomi@utusan.com.my

Ford Fiesta

KUALA LUMPUR 15 Mei - Ford Motor Company (Ford) mengumumkan prestasi terbaik di Malaysia pada April lalu dengan jualan runcit melonjak hampir 35 peratus kepada 1,173 buah kenderaan berbanding tempoh sama tahun lalu, dipacu oleh permintaan berterusan terhadap Ranger, Fiesta, Focus dan Kuga.

Pengarah Urusan Pasaran Membangun Asia Pasifik dan Malaysia Ford Motor Company, David Westerman berkata, tarikan terhadap jenama Ford terus mengukuh di bawah transformasi berasaskan kepada produk, selain penambahan rangkaian kenderaan Ford yang mendahului segmennya di Malaysia.

Katanya, situasi ini kemudian diterjemahkan kepada aliran trafik yang lebih tinggi ke bilik-bilik pameran Ford di seluruh negara serta peningkatan jualan yang konsisten.

"Trak pikap yang mendefinisikan kelasnya, Ranger serba baharu kekal menjadi model Ford paling popular di Malaysia dengan jualan runcit (pada April) meningkat sebanyak 38 peratus kepada 646 buah berbanding tempoh sama tahun lalu.

"Jualan Ranger pada tahun ini sehingga sekarang mencecah 2,365 buah, naik 37 peratus berbanding setahun lalu,'' tambah Westerman dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, versatiliti dan kemampuan Ranger yang tiada tandingan benar-benar memberikan apa sahaja yang dimahu dan diperlukan oleh pelanggan trak pikap pada hari ini.

Jelasnya, peningkatan permintaan ke atas Fiesta baharu yang ditambah baik secara signifikan turut membantu melonjakkan jualan runcitnya kepada lebih 20 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu menjadi 301 buah.

Menurutnya, Ford menjangkakan Fiesta 1.0L EcoBoost baharu yang dilancarkan akan membantu memacu momentum jualan sepanjang tahun ini.

Fiesta adalah pemacu utama kejayaan transformasi berasaskan kepada produk kami. Enjin 1.0L EcoBoost memberikan model yang mendahului segmennya ini, lebih banyak cara untuk berhubung dengan pengguna dan gaya hidup mereka," katanya.

Ditawarkan pada harga RM93,888 sebuah, Fiesta 1.0L EcoBoost baharu sudah boleh didapati di pasaran Malaysia melalui varian lima pintu Sport.

Permintaan berterusan ke atas Focus serba baharu juga membantu jumlah penghantaran kepada pelanggan melonjak kepada 427 buah pada tahun ini, termasuklah jualan pada April sebanyak 113 buah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Cabaran luar biasa guru mendidik anak bangsa

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID

GURU di Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di Chow Kit, Kuala Lumpur, perlu mengamalkan konsep santai dan fun learning bagi menarik minat anak gelandangan mengikuti pembelajaran.

KUALA LUMPUR 15 Mei - Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) di Chow Kit tidak ubah seperti sekolah harian biasa. Sekolah ini lengkap dengan pelbagai kemudahan asas pembelajaran.

Satu istimewanya sekolah ini, ia hanya dikhaskan kepada kanak-kanak dan remaja gelandangan. Di sebalik kehidupan sebagai gelandangan, impian untuk menimba ilmu, mengubah taraf diri dan me-nempa masa depan yang lebih baik sentiasa subur dalam diri mereka.

Bagaimanapun Penolong Kanan Kokurikulumnya, Mohd. Aminudin Abu Bakar berkata, tugas yang menunggu bukan mudah dan salah satu misinya ialah menjadikan sekolah ini `luar biasa berbanding sekolah lain.

Kita mahu menjadikan SBJK sebagai sekolah luar biasa kerana pelajar juga luar biasa. Mereka tidak boleh dididik seperti mana pelajar di sekolah harian biasa kerana modul pembelajaran dan kokurikulum agak berbeza. Lebih penting, anak-anak yang terbiar ini dapat hadir ke sekolah, seterusnya mengikuti pembelajaran sepatutnya mereka peroleh.

Guru-guru yang berkhidmat (di sini) haruslah luar biasa dan bukan sekadar hanya mengajar mengikut masa. Guru seperti itu tidak boleh berkhidmat di SBJK dan sebab itu, sekolah ini harus menjadi luar biasa kerana murid-muridnya luar biasa, katanya ketika ditemui di sekolah itu baru-baru ini.

SBJK kini mempunyai 147 pelajar berusia antara empat hingga 18 tahun dan 11 guru. Sekolah ini mempraktikkan konsep pembelajaran berbentuk santai atau fun learning. Guru-gurunya perlu kreatif dan bijak dalam mengenal pasti minat atau kebolehan pelajar untuk diberi bimbingan menyeluruh.

Sekolah tersebut memulakan sesi persekolahan seawal 8.30 pagi hingga 4.30 petang, selain menyediakan kemudahan tujuh bilik darjah termasuk bilik muzik, bilik pergigian atau rawatan, bilik rehat dan kemudahan makanan tiga kali sehari serta kelengkapan peralatan belajar percuma.

Menurut Mohd. Aminudin, 11 guru yang dipilih mengajar di SBJK dianggap sudah terbaik dan memenuhi kriteria luar biasa yang diharapkan dapat mendidik pelajar yang sebelum ini tidak pernah mengikuti pembelajaran asas serta memasuki sekolah tersebut tanpa mengenali abjad dan nombor asas pengiraan.

Sewaktu proses temuduga guru-guru ini, melibatkan 200 permohonan, kami hanya pilih 40 calon untuk ditemuduga, tetapi apabila diberitahu tentang sekolah berkenaan, ada dalam kalangan mereka yang menarik diri dan akhirnya hanya 11 guru yang layak dan dipilih mengajar.

Boleh dikatakan, 11 guru ini adalah yang terbaik dan memenuhi keperluan luar biasa sekolah. Guru-guru tersebut telah berjaya menyahut cabaran dan menarik minat kanak-kanak dan remaja terbiar ini untuk datang ke sekolah dan menimba ilmu pengetahuan, katanya.

Katanya, guru-guru SBJK bukan sahaja menjadi pendidik kepada pelajar, malah pada masa sama menjadi ibu dan bapa yang sentiasa bersedia menghadapi gelagat mereka demi memastikan pelajar dapat menghadirkan diri ke sekolah setiap hari serta tidak bosan berada dalam bilik darjah.

Peranan yang dimainkan bukan sesuatu yang mudah kerana mereka sudah terbiasa dengan kehidupan terbiar dan bebas membuat sesuatu. Oleh itu, jika minta mereka untuk duduk dalam bilik darjah dan menerima pendidikan, kita harus menyediakan sesuatu yang seronok tanpa membosankan.

Pada mulanya, mereka ini datang ke sekolah disebabkan ada kemudahan makanan percuma, namun lama-kelamaan, melalui usaha kita menyediakan fun learning, mereka merasa seronok untuk datang setiap hari ke sekolah, katanya.

Antara guru terbabit termasuklah Farah Idayu Ahmad dan Norabitah Zehari yang masing-masing mempunyai kelulusan pengajian perguruan di maktab perguruan dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta memiliki pengalaman selama lapan tahun mengajar di sekolah luar bandar.

Menurut Farah Idayu, 35, kesukaran yang dihadapi sepanjang memikul tanggungjawab sebagai guru di SBJK walaupun satu cabaran besar telah mengubah beliau menjadi lebih baik dalam profesion tersebut.

Empat bulan keliling kampung cari murid OKU

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

GURU Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Melaka, Abdul Rahman Mohd. Said (kiri, duduk) bersama guru-guru dan murid mengucapkan Selamat Hari Guru dan Terima Kasih menggunakan bahasa isyarat di Semabok, Melaka, baru-baru ini.

MELAKA 15 Mei - Abdul Rahman Mohd. Said, terpaksa pergi keliling kampung selama empat bulan demi mencari sekurang-kurangnya dua murid orang kurang upaya (OKU).

Beliau berbuat demikian supaya satu kelas pendidikan khas integrasi dapat di-buka bagi membantu golongan itu di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Utama Sungai Besar, di sini.

Abdul Rahman, 58, menceritakan beliau bersama seorang rakan menjelajah beberapa kampung berhampiran dan berkat usahanya itu empat murid OKU ditemukan.

Abdul Rahman yang kini bertugas sebagai Guru Besar SK Pendidikan Khas Melaka di Semabok berkata, selepas berjaya membuka kelas pendidikan khas itu, beliau tidak menoleh ke belakang lagi.

Pembabitan awalnya dalam dunia pendidikan untuk OKU berterusan sehingga diberi kepercayaan menerajui aliran berkenaan sehingga sekarang.

Tiada istilah tertekan dalam hidup saya ketika mengajar murid-murid pendidikan khas ini kerana saya tahu mereka tidak sama seperti murid normal yang lain.

Mereka perlukan bantuan kita untuk berjaya, melihat kejayaan mereka adalah kegembiraan bagi kami guru-guru di sekolah pendidikan khas," katanya yang ketika ditemui baru-baru ini.

Sementara itu di PULAU PINANG, Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan (SMPKP) Tanjung Bungah, Tjoeng Pit Chin tidak pernah menganggap ketiadaan komunikasi lisan dengan para pelajarnya sebagai satu kekangan dalam mencurahkan ilmu.

Sudah berbakti di sekolah ini sejak tahun 1980, Pit Chin yang juga guru Matematik menganggap pelajar cacat pendengaran tidak berbeza dengan pelajar normal.

Saya banyak belajar erti kesabaran dalam mendidik pelajar-pelajar ini kerana memahami kekurangan mereka. Kekurangan mereka itu jugalah mendorong saya untuk melakukan yang terbaik kerana tidak mahu mereka berasa terasing atau tersisih berbanding pelajar normal lain," katanya.

Di KUALA LUMPUR kecacatan penglihatan yang dihadapi pelajar Sekolah Menengah (SM) Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak, memberi motivasi dan penguat semangat buat guru sekolah itu, Muspirah Ahmad Salim dan Nurafini Assila Mohd. Rafi untuk terus menabur bakti mendidik murid yang dahagakan ilmu pengetahuan.

Muspirah yang sudah sembilan tahun mengajar Kemahiran Hidup dan Ekonomi Asas di sekolah itu mengakui proses mengajar sedikit sukar di peringkat awal tetapi bertukar menjadi lebih mudah setelah menguasai Braille setahun selepas itu.

Semangat saya menjadi kuat apabila melihat komitmen dan kesungguhan murid dalam menimba ilmu pengetahuan. Bukan mudah untuk belajar jika tidak nampak apa yang diajar oleh guru, katanya yang mengakui sudah jatuh cinta dengan kerjaya di sekolah pendidikan khas itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Dharma tiada kontrak dengan MHC

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Muhammad Dharma Raj Abdullah

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih hoki negara, Muhammad Dharma Raj Abdullah hampir meninggalkan pekerjaan yang paling diminatinya gara-gara kontrak pelantikan yang tidak jelas, malah sebenarnya tiada perjanjian hitam putih.

Bekas pemain pertahanan kebangsaan itu rupa-rupanya memikul tugas ketua jurulatih skuad negara sejak lima bulan lalu tanpa menandatangani apa-apa perjanjian selepas kontraknya tamat pada tahun lalu, dan hanya diberi elaun sebanyak RM4,000 sebulan oleh Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Isu tersebut dibiarkan tergantung sehingga ke hari ini, menyebabkan Muhammad Dharma tertanya-tanya mengenai kedudukannya sebagai ketua jurulatih kebangsaan kerana tiada kontrak ditandatangani antaranya dengan MHC.

Isu ini bukan sahaja terjadi kepada diri saya sahaja tapi juga kepada pembantu-pembantu jurulatih pasukan dan bagi saya perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ini melibatkan soal kebajikan kami.

Saya hanya diberi elaun sebanyak RM4,000 sebulan sahaja sejak saya mengambil alih pasukan negara lima bulan lalu dan saya juga masih belum menandatangani apa-apa kontrak mengenai kedudukan saya sebagai ketua jurulatih kebangsaan.

Jujurnya saya tidak pernah meletakkan harga yang tinggi bagi khidmat saya dan sebab utama kenapa saya masih bertahan selama lima bulan ini adalah kerana rasa sayang saya kepada pasukan hoki negara dan saya mahu lihat mereka (pemain) berjaya," katanya kepada wartawan semalam.

Walaupun pernah diminta untuk meletakkan jawatan oleh isterinya, namun atas dasar sayang Dharma Raj kepada pasukan hoki Malaysia telah menyebabkan jurulatih itu bertahan sehingga tahap dia tidak mampu lagi menghadapi tekanan tersebut.

Saya tidak faham mengapa isu ini dapat diselesaikan setelah mendapat perhatian media kerana ini masalah dalaman yang tidak sepatutnya diketahui umum dan saya berharap perkara seperti ini tidak berlaku kepada orang lain di masa hadapan.

Saya sudah membuat keputusan pada hari ini untuk meletakkan jawatan namun saya belum menghantar surat dan hari ini (semalam) saya telah dipanggil untuk membincangkan mengenai kontrak saya sebagai ketua jurulatih kebangsaan," katanya.

Semalam, pertemuan tiga penjuru telah diadakan di pejabat MHC, yang melibatkan perbincangan di antara Muhammad Dharma Raj, Setiausaha Agung MHC, Datuk Johari Abdul Aziz dan Timbalan Pengerusi MHC, Datuk Radhakrisnan Nair selama satu jam.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi MHC, Datuk Radhakrisnan Nair menganggap isu itu telah selesai dan kontrak dengan jurulatih itu akan dibuat tidak lama lagi.

Saya menganggap masalah ini telah selesai apabila kami setuju menyiapkan kontrak mengenai jawatan ketua jurulatih negara bersama Dharma setelah mencapai kata sepakat.

Dhaarma akan menandatangani kontrak tersebut dalam masa terdekat dan dia boleh turun padang bagi mengendalikan sesi latihan bersama pasukan hoki negara seperti biasa," katanya.

Lantik Kim Swee, Dollah jurulatih bersama

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Kiri Ong Kim Swee, Dollah Salleh

KUALA LUMPUR - Ketika tumpuan banyak diberikan kepada calon-calon jurulatih dari luar negara oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kredibiliti pengendali tempatan seolah-olah dilupakan untuk mengisi kerusi jurulatih Harimau Malaya.

Yang terbaru bekas jurulatih Iraq, Wolfgang Sidka menjadi calon yang akan ditemuduga oleh FAM selepas Gert Engels dan Luis Milla, menjadikan saingan kini semakin sengit seolah-olah memberikan petanda bahawa peluang buat jurulatih tempatan kelihatan sudah tertutup.

Sedangkan jika dinilai kembali daripada prestasi semasa, dua jurulatih tempatan iaitu jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee dan pengendali PDRM, Dollah Salleh disifatkan mempunyai ramuan untuk membimbing Harimau Malaya di pentas antarabangsa, malah tidak keterlaluan jika melantik mereka berdua selaku pengendali bersama.

Mereka berdua mempunyai rekod yang cukup cemerlang di peringkat tempatan dan antarabangsa, formula ini pernah diterapkan oleh Sweden pada sekitar tahun 2000 hingga 2004.

Menyentuh idea itu, Kim Swee yang dihubungi berkata, dia tidak menolak saranan itu dan bersedia terhadap apa jua arahan yang akan diberikan oleh FAM.

Kalau diikutkan saya memang rapat dengan Dollah dan boleh bekerjasama jika itu yang dimahukan oleh semua pihak, malah saya cukup senang bekerjasama dengannya.

Kerjasama adalah kunci terpenting dalam kejayaan mana-mana pasukan dan Dollah adalah jurulatih yang cukup rapat dengan saya, saya tidak nafikan idea berkenaan memang baik namun segalanya tertakluk kepada FAM," katanya.

Bagi Dollah, dia menganggap Kim Swee seperti adik-beradik dan hubungan mereka begitu mesra, jadi bukan satu masalah besar buat dirinya jika mereka berdua diberikan peranan selaku jurulatih bersama.

Dua kepala mungkin lebih baik dari satu kepala dan saya tidak nafikan itu idea yang begitu baik, malah satu penghormatan besar dapat bergandingan dengan Kim Swee.

Persefahaman kami begitu unik dan telah terbukti semasa saya dan Kim Swee mengambil lesen kejurulatihan kelas A di Thailand, segala karakter dia saya tahu sama ada di dalam atau di luar padang," katanya.

Sweden pernah menggunakan pendekatan tersebut pada tahun 2000-2004 dengan melantik Tommy Soderberg dan Lars Lagerback sebagai jurulatih bersama, yang menyaksikan skuad kebangsaan mereka layak ke Piala Dunia 2000 dan 2004 selain kejohanan Euro 2002.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Mengaku tidak bersalah

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my

Ag. Ku Mohd. Shaifful Ampuan Ag. Damit (tengah) keluar di Mahkamah Khas Rasuah di Kota Kinabalu, Sabah, semalam. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd. Aminuddin

KOTA KINABALU 15 Mei - Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu didakwa di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini atas tiga pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM12,371, dua tahun lalu.

Ag. Ku Mohd. Shaifful Ampuan Ag. Damit, 42, yang didakwa melakukan kesalahan itu semasa bertugas sebagai Ketua Unit Pendakwaan Jabatan Imigresen Malaysia Sabah di sini, mengaku tidak bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut.

Bagi tuduhan pertama, tertuduh didakwa menerima wang suapan RM2,000 daripada Kent Ng Thien Ming sebagai dorongan untuk tidak mengenakan tindakan terhadapnya kerana membenarkan pekerja-pekerja warga asing yang tidak memiliki permit kerja yang sah bekerja di City Kopitiam di sini.

Ag. Ku Mohd. Shaifful Ampuan yang kini digantung tugas didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira pukul 2 petang, 11 September 2012 di pejabat Jabatan Imigresen di sini.

Pertuduhan kedua pula menyebut tertuduh didakwa menerima wang suapan RM10,000 daripada Thien Ming pada 16 Oktober 2012, antara pukul 12 tengah hari dan 1 petang di tempat sama bagi tujuan yang sama.

Bagi tuduhan ketiga, tertuduh antara pukul 12 tengah hari dan 1 petang, 16 Oktober 2012 di tempat yang sama didakwa bersetuju menerima suapan berbentuk sebuah akuarium berukuran 0.305 meter bernilai RM371 daripada Thien Ming.

Ketiga-tiga pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.

Tertuduh turut menghadapi tiga pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan membabitkan kesalahan, masa, tarikh dan tempat yang sama.

Di bawah seksyen tersebut, tertuduh boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM, Joyce Blasius manakala tertuduh diwakili peguam Ram Singh.

Hakim Ishak Bakri membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan sementara menunggu pengurusan kes pada 16 Jun ini.

Rasuah: Pengurus stesen minyak dijel, denda

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Alexander Chee Nyuk Ping (kiri) keluar dari Mahkamah Khas Rasuah di Kota Kinabalu, Sabah, semalam. - UTUSAN/Azrul Edham Mohd Aminuddin

KOTA KINABALU 15 Mei - Seorang pengurus sebuah stesen minyak dihukum penjara sehari dan denda RM15,000 oleh Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini setelah mengaku bersalah memberi rasuah RM7,000 kepada seorang penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), tahun lalu.

Alexander Chee Nyuk Ping, 51, mengaku memberi suapan wang itu kepada Penolong Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK, Awang Zaini Awang Shamsuddin supaya tidak dikenakan tindakan terhadapnya kerana menjual diesel bersubsidi melebihi 2,000 liter kepada sebuah kenderaan bernombor pendaftaran SU 4398 B.

Kesalahan tersebut dilakukan tertuduh kira-kira pukul 7.30 malam, 25 Februari tahun lalu di bilik pejabat Stesen Minyak Shell Avalon Filling, Jalan Penampang-Tambunan, di sini.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 21 Akta Barang Kawalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman denda sehingga RM10,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Joyce Blasius manakala tertuduh diwakili peguam Ram Singh.

Terdahulu, Joyce memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap Nyuk Ping sebagai pengajaran kepada orang ramai, tambahan pula pada masa ini berlaku banyak kes penyelewengan diesel bersubsidi yang secara langsung boleh menjejaskan ekonomi negara.

Sementara itu, Ram menyatakan, anak guamnya amat menyesali perbuatan itu dan berjanji tidak akan sesekali mengulanginya.

Ini adalah kesalahan pertamanya, malah pengakuan bersalah ini turut menjimatkan masa dan kos mahkamah.

Sebenarnya dalam kes ini pihak berkuasa tidak mengalami kerugian kerana kenderaan yang mengisi diesel itu telah ditemukan dan minyak bersubsidi itu telah dirampas semula," katanya.

Hakim Ishak Bakri yang menjatuhkan hukuman itu turut memerintahkan Nyuk Ping dipenjara tiga bulan jika gagal membayar denda sementara wang suapan RM7,000 itu dilucutkan hak dan diserahkan kepada kerajaan

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Tawar premium rendah atau percuma

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

Adnan Yaakob (tengah) memasukkan kunci pada replika rumah sebagai simbolik perasmian Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang sambil diperhatikan Wan Rosdy Wan Ismail (empat dari kiri) dan Abdul Manan Ismail (kiri) di Kuantan, semalam.- BERNAMA

KUANTAN 15 Mei - Kerajaan negeri bersedia menawarkan premium yang rendah pada kadar nominal atau secara percuma untuk pemaju membangunkan perumahan mampu milik di kawasan tanah paya atau lembap.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, tawaran ini bagi menarik minat pemaju memandangkan anggaran membajak tanah di kawasan berpaya begitu tinggi iaitu untuk kawasan seluas empat hektar kosnya bernilai kira-kira RM1.5 juta.

Sebab itu kerajaan negeri menawarkan premium yang rendah untuk membangunkan perumahan di kawasan tanah paya dan lembab di negeri ini.

Langkah ini kerana kita ingin menambah jumlah rumah mampu milik di negeri ini bagi memberikan peluang kepada rakyat untuk memiliki rumah sendiri dengan kadar harga yang berpatutan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Pahang di Jalan Kuantan-Gambang, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail, Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lepar, Datuk Mohd. Sohaimi Jusoh.

Sebanyak 308 unit rumah akan dibina di atas tanah berkeluasan 22.07 hektar itu dengan 100 unit yang merupakan fasa pertama sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pada November 2015 manakala fasa kedua akan dibina pada Ogos 2014.

Harga jualan bagi rumah jenis berkembar yang berkeluasan tanah 260.13 meter persegi atau 40x70 itu bernilai RM150,000.

Sementara itu, Adnan berkata, kerajaan negeri menjangkakan pembinaan 15,000 rumah mampu milik seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) lalu akan selesai sepenuhnya selewat-lewatnya tiga tahun lagi.

Sehingga kini, katanya, sebanyak 13,257 rumah mampu milik di bawah PR1MA Pahang telah mula dibina membabitkan kawasan seluas 668 hektar.

Kita janji sebanyak 15,000 rumah mampu milik akan dibina dalam tempoh lima tahun iaitu dari 2014 sehingga 2018, tetapi kini dalam tempoh belum sampai setahun, lebih 13,000 rumah telah mula dibina.

Maknanya kerajaan negeri mungkin boleh tambah lagi pembinaan rumah untuk PR1MA Pahang ini, tetapi buat masa ini sasaran kita menyiapkan 15,000 unit rumah dengan segera," katanya.

Kembara berakit jadi tarikan terbaharu pelancongan

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Rakit Kolej Antarabangsa IKIP dan Yayasan Pahang turut menyertai Kembara Berakit Sungai Pahang Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 di Temerloh, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

TEMERLOH 15 Mei - Kembara Berakit Sungai Pahang akan dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan terbaru di negeri ini berikutan sambutan yang menggalakkan daripada pelancong dari dalam dan luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, pihaknya akan mewujudkan satu jawatankuasa untuk mengkaji bagaimana melaksanakan produk pelancongan baharu ini.

Kita lihat di negara luar, sungai merupakan salah satu produk pelancongan yang amat popular namun di Malaysia ini tidak berlaku.

Jadi dengan adanya program berakit ini secara tidak langsung dapat mempromosikan sungai kita yang memang kaya dengan keindahan semula jadi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kembara Berakit Sungai Pahang Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 di Dataran Esplanade Temerloh, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) negeri, Hasryn Izzuddin Mohd. Khairy.

Menurut beliau, pihak swasta boleh bersama-sama membantu kerajaan untuk membolehkan produk ini menjadi salah satu produk pelancongan di negeri ini.

Kita di pihak kerajaan akan membantu dari segi infrastruktur dan kemudahan asas, tetapi di pihak swasta pula mereka boleh menyediakan pakej yang menarik untuk pelancong," katanya.

Katanya, pakej itu boleh diperkenalkan kepada pelancong seperti melawat kawasan kampung tradisional, tempat bersejarah dan memancing.

Dalam pada itu, program berakit yang dirasmikan itu merupakan inisiatif kerajaan dalam mempromosikan Sungai Pahang kepada pelancong di samping dapat menikmati alam semulajadi.

Program ini merupakan kesinambungan penganjuran ekspedisi berakit Sungai Pahang yang telah dianjurkan sejak tahun 2001 oleh kerajaan negeri.

Seramai 210 peserta terdiri daripada pengunjung tempatan dan antarabangsa akan mengemudi sebanyak 27 rakit tradisi mengharungi arus Sungai Pahang," katanya.

Katanya, peserta akan mengharungi Sungai Pahang sejauh 69 kilometer selama tiga hari dan akan berakhir di Jeti Lama Chenor, Maran.

Bantuan RM32.5j dalam fasa terakhir

Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

Sebahagian daripada orang ramai yang menghadiri Seminar Al-Quran Asas Kefahaman Islam dan Pembinaan Peradaban Peringkat Negeri Pahang di Kuantan, kelmarin. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 15 Mei - Kerajaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kini dalam fasa terakhir menyiapkan dokumen berkaitan bagi membo-

lehkan bantuan AS$10 juta (RM32.5 juta) daripada kerajaan itu disalurkan kepada mangsa banjir terlibat.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berharap mangsa banjir di negeri ini supaya bersabar me-

nunggu bantuan tersebut.

Seperti saya katakan sebelum ini, segala urusan pengagihan bantuan yang berbentuk kewangan itu akan diuruskan sendiri oleh pihak kedutaan.

Kita di peringkat kerajaan ne-

geri hanya diminta untuk menyenaraikan mangsa banjir dan akaun bank mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas me-

rasmikan Seminar Al-Quran Asas Kefahaman Islam dan Pembinaan Peradaban Peringkat Negeri Pahang, di sini semalam.

Seminar sehari itu merupakan anjuran kerajaan negeri dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) negeri dengan kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.

Sementara itu, Adnan berkata, beliau berharap seminar tersebut dapat diteruskan kerana merupakan pendekatan terbaik dalam memperlihat sifat alamiah gagasan pemikiran yang dianjurkan oleh al-Quran.

Menurutnya, seminar sedemikian juga dapat menggariskan manhaj yang benar dalam pengkajian al-Quran dan menjelaskan syarat-syarat kefahaman maksudnya.

Al-Quran merupakan petunjuk sepanjang zaman bagi orang Islam dalam segenap aspek kehidupan dan perlu menjadi bahan rujukan setiap masa," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Kebakaran hutan merebak di selatan California

Posted: 15 May 2014 09:53 AM PDT

SAN DIEGO 15 Mei - Beribu-ribu penduduk terpaksa berpindah bagi menyelamatkan diri ekoran kebakaran hutan yang semakin marak melanda selatan California, Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Angin kencang menyebabkan api merebak ke arah tempat kediaman serta jalan-jalan raya ketika daerah berkenaan sedang mengalami musim kemarau yang paling teruk, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Gabenor California, Jerry Brown mengisytiharkan kawasan terbabit sebagai zon bencana, manakala sekolah-sekolah serta taman tema berhampiran ditutup ekoran kebakaran hutan itu. - REUTERS

Gempa bumi melanda Laut Sulu

Posted: 15 May 2014 09:52 AM PDT

MANILA 15 Mei - Gempa bumi kuat melanda bahagian kepulauan di tengah Filipina hari ini, namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa bumi itu berukuran 6.2 skala Ritcher dengan kedalaman 53 kilometer yang melanda kawasan perairan Laut Sulu yang terletak kira-kira 38 kilometer dari pantai barat daya Filipina pada pukul 6.16 petang waktu tempatan.

Menurut pegawai keselamatan awam, Edmundo Vilches, tiada sebarang kerosakan atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian gempa bumi itu. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Resah setiap kali hujan lebat

Posted: 14 May 2014 12:14 PM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my

Penduduk, Nazar Hussin Gohar menunjukkan paras lumpur akibat banjir kilat yang merosakkan beberapa peralatan elektrik di rumahnya di Kampung Melayu Batu 16, Rawang, Selangor baru-baru ini. - UTUSAN/Halim Khalid

RAWANG 14 Mei - Kejadian banjir kilat yang kerap berlaku di Jalan Sepakat, Kampung Melayu Batu 16 di sini, masih belum ada penyelesaian dan penduduk terpaksa berdepan bencana itu setiap kali hujan lebat melanda kawasan berkenaan.

Penduduk mendakwa, projek jalan raya berdekatan kediaman mereka dan sungai yang tidak diselenggara dengan baik menjadi punca utama kejadian yang berlaku lebih enam kali sejak dua tahun lalu.

Lebih malang lagi apabila hujan lebat sejak tiga hari lalu mengakibatkan banjir kilat yang turut membawa lumpur, batu dan pasir dari tapak projek tersebut.

Dalam kejadian terbaharu itu, hampir 15 buah rumah terjejas termasuk kediaman di kawasan tinggi yang sebelum ini tidak pernah berdepan masalah berkenaan.

Walaubagaimanapun, ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri tiada pihak yang ambil tahu masalah itu dan sedia membantu mengatasi kesulitan yang telah lama membelenggu penduduk.

Tanpa menuding jari kepada mana-mana pihak, seharusnya mereka yang berasa bertanggungjawab terhadap kejadian itu turun padang membantu penduduk.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kawasan itu baru-baru ini mendapati banyak kerosakan harta benda terpaksa ditanggung penduduk. Rumah mereka juga kotor dan kerja-kerja pembersihan terpaksa dilakukan dan ia umpama tradisi setiap kali hujan lebat.

Jika dilihat dengan mata kasar, kawasan tersebut boleh dianggap sebagai kediaman idaman kerana suasananya damai dan tidak sesak dengan kenderaan yang menjadi masalah utama di kota.

Malangnya, keindahan tersebut semakin terhakis akibat masalah banjir kilat yang kerap menghantui penduduk.

Menurut penduduk, mereka pernah diberi pampasan sekali dan ia tidak dapat menghilangkan keperitan yang ditanggung setiap kali dilanda banjir kilat.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut mempersoalkan tindakan pemaju projek berkenaan yang hanya membersihkan kawasan perumahan berdekatan tapak projek dan mengabaikan kediaman yang lain.

Mereka juga sudah letih merintih dan kini berharap ada tindakan diambil oleh pihak berkuasa sekali gus menamatkan derita banjir berulang kali di kawasan itu.

Penduduk sudah tidak tahan tanggung derita

Posted: 14 May 2014 12:14 PM PDT

Mohd. Khairil Hafiz Abd. Rani menunjukkan longgokan pasir yang dihanyutkan oleh banjir kilat di Kampung Melayu Batu 16 Rawang.

RAWANG 14 Mei - Penduduk di Kampung Melayu Batu 16 di sini meminta masalah banjir kilat yang dihadapi mereka diatasi segera oleh pihak bertanggungjawab kerana ia berlarutan sejak dua tahun lalu.

Seorang pesara, Nazar Hussin Gohar, 64, berkata, banjir kilat baru-baru ini menyebabkan rumahnya dilanda air lumpur dan dia terpaksa mengambil masa beberapa hari untuk membersihkan kediamannya.

Bayangkan, selama tiga hari rumah saya dalam keadaan kotor dan peralatan elektrik turut terjejas. Lebih menyedihkan apabila bilik tidur juga tidak dapat digunakan untuk tidur dan berehat," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang pemandu teksi, Syed Azman Nazar Hussin, 36, pula memberitahu, banjir kilat yang kerap melanda kawasan itu turut menyebabkan dia kehilangan punca pendapatan.

Setiap kali banjir, saya tidak dapat keluar memandu teksi kerana terpaksa membersihkan rumah dan ini menjejaskan pendapatan saya," katanya.

Syed Azman berkata, dia berharap pihak bertanggungjawab mengambil berat masalah mereka dan tampil dengan jalan penyelesaian bagi isu tersebut.

Pendapat sama dikongsi oleh pesara, Hashim Hud, 56, yang kecewa kerana terpaksa menanggung kerugian setiap kali bencana itu berlaku.

Banyak peralatan di rumah saya rosak dan saya rugi kira-kira RM40,000 ekoran banjir kilat kali ini," ujarnya.

Katanya, jika masalah itu tidak diatasi segera, dibimbangi ia akan menyebabkan penduduk terpaksa menanggung kerugian lebih besar pada masa akan datang.

Menurut pengurus di syarikat swasta, Ahmad Shukur Ab. Aziz, 30, sudah banyak kali aduan dibuat kepada wakil rakyat namun tiada tindakan diambil sehingga kini.

Kami sudah tidak tahan kerana terpaksa berdepan banjir kilat. Malah tong gas di dapur rumah saya pernah dihanyutkan air sehingga ke hadapan rumah," katanya.

Bas percuma mula operasi di PJ

Posted: 14 May 2014 12:14 PM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

Alinah Ahmad (tengah) menunjukkan isyarat bagus selepas mencuba perkhidmatan bas percuma PJ City Bus di Jalan Yong Shook Lin, Petaling Jaya semalam. - UTUSAN/MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

PETALING JAYA 14 Mei - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melancarkan perkhidmatan bas percuma PJ City Bus kepada orang ramai mulai hari ini bagi mengurangkan kesesakan di sekitar bandar raya ini.

Bagi tujuan itu, sebanyak 10 buah bas dengan 60 tempat duduk milik Syarikat Rapid Bus Sdn. Bhd. akan beroperasi membawa penumpang dengan kekerapan perjalanan antara 10 hingga 15 minit dari pukul 6 pagi hingga 9 malam setiap hari.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata, MBPJ meletakkan sasaran sebanyak 60 peratus daripada kira-kira 700,000 penduduk Petaling Jaya menggunakan perkhidmatan kenderaan awam terutamanya bas manakala 40 peratus lagi menggunakan kenderaan persendirian pada tahun ini.

Berbanding sebelum ini, sebanyak 80 peratus daripada penduduk menggunakan kenderaan sendiri manakala hanya 20 peratus menggunakan kenderaan awam. Dengan adanya perkhidmatan bas percuma diharapkan jumlah penggunaan kenderaan persendirian akan berkurangan," katanya.

Beliau demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Perkhidmatan Bas Percuma PJ City Bus di Hentian Bas di Jalan Yong Shook Lin, di sini hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Datuk Bandar Petaling Jaya, Puasa Mohd. Taib dan Ketua Pegawai Operasi RapidKL, Mohd. Azam Omar.

Alinah berkata, perkhidmatan bas percuma ini diharapkan dapat memenuhi kehendak warga Petaling Jaya yang mahukan satu sistem perkhidmatan pengangkutan awam yang benar-benar menepati masa.

Perkhidmatan ini tidak akan bermakna sekiranya kita gagal memenuhi kehendak sebenar penumpang yang tidak suka menunggu lama.

Saya mengharapkan dalam tempoh percubaan selama tiga bulan mulai hari ini, para penumpang dapat memberikan maklum balas mengenai kecekapan perkhidmatan bas ini kepada MBPJ," katanya.

Menurutnya lagi, perkhidmatan percuma hanya akan dinikmati oleh rakyat tempatan manakala warga asing akan dikenakan tambang jika menaiki bas tersebut.

Kita sedar orang ramai bimbang kemungkinan warga asing mendominasi perkhidmatan bas ini, sebab itulah ia percuma kepada rakyat tempatan sahaja," katanya.

Perkhidmatan bas itu dilengkapi dengan perkhidmatan WiFi percuma dan paparan LED serta turut mesra penumpang orang kurang upaya.

Bas percuma itu beroperasi di laluan sejauh 28 kilometer bermula dari Hab Bas di Jalan PJS 3/2 yang sedang dibangunkan dan melalui jalan-jalan utama di sekitar Petaling Jaya.

Antaranya Jalan Templer, Jalan Othman, Jalan Yong Shook Lin, Pusat Bandar Seksyen 2, Jalan Penchala, Jalan Semangat, Jalan Universiti dan Jalan Gasing.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Remaja antara 6 suspek diberkas

Posted: 14 May 2014 12:14 PM PDT

Oleh AZIZI MAJID
utusanjohor@utusan.com.my

Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff (kiri) menunjukkan sebahagian daripada barang rampasan pada sidang akhbar di IPK Johor di Johor Bahru, Johor, semalam. -UTUSAN/ Baazlan Ibrahim

JOHOR BAHRU 14 Mei - Polis menahan enam lelaki Ahad lalu disyaki terlibat dalam kes pecah rumah seorang pegawai kanan kerajaan di Taman Sri Penggaram, Batu Pahat pada Mac lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kesemua suspek berusia antara 15 hingga 26 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7 malam di sekitar daerah Batu Pahat.

Mangsa telah membuat laporan polis pada 22 Mac lalu tentang kehilangan sejumlah wang tunai dan sebuah telefon bimbit setelah rumahnya dipecah masuk ketika mangsa sedang tidur.

Susulan penahanan kesemua suspek, kita menemui semula sebuah telefon bimbit milik mangsa," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, ujian air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan direman hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, Mohd. Mokhtar berkata, pihaknya menahan lapan termasuk tiga wanita kerana disyaki terlibat dalam 12 kes pecah rumah dan melarikan kenderaan di sekitar daerah ini, Kulaijaya dan Lumut, Perak.

Menurutnya, dalam tangkapan pertama pukul 1 pagi pada 2 Mei lalu, sebuah kereta peronda polis cuba menahan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan di Lebuh Raya Skudai-Ayer Hitam sebelum suspek memecut melarikan diri, namun terbabas di hentian bas Rumah Awam Kelapa Sawit, Kulaijaya.

Kita menahan dua lelaki dan seorang wanita manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri. Susulan itu kita telah melancarkan beberapa siri serbuan di sekitar daerah ini dan Batu Pahat dan berjaya menahan empat lelaki dan dua wanita.

Berikutan penahanan kesemua suspek, kita berjaya menemui semula lima buah kereta dipercayai dicuri, 18 telefon bimbit, sejumlah wang tunai, sebilah pedang samurai, empat komputer riba dan sebuah beg mengandungi peralatan untuk melakukan jenayah," katanya.

Katanya, ujian air kencing mendapati kesemua suspek berusia antara 17 hingga 48 tahun positif dadah jenis methamphetamine dan kini ditahan reman hingga esok bagi membantu siasatan.

66 PATI ditahan dalam bot pancung

Posted: 14 May 2014 12:14 PM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
utusanjohor@utusan.com.my

SEBAHAGIAN daripada 66 PATI yang ditahan Maritim Malaysia di perairan Pengerang, Kota Tinggi, Johor, kelmarin.

JOHOR BAHRU 14 Mei - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Tanjung Sedili menahan 66 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia di perairan Pengerang, Kota Tinggi semalam.

Ketua Penguatkuasanya, Kapten Maritim Amran Daud berkata, bot peronda pihaknya mengesan sebuah bot pancung yang berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan perairan itu kira-kira 10.30 malam.

Bot pancung itu dikesan berada di kawasan 3.6 batu nautika Tenggara Tanjung Punggai. Hasil pemeriksaan mendapati seramai 67 penumpang berusia antara tujuh bulan dan 56 tahun berada di dalam bot termasuk tujuh wanita dan dua kanak-kanak," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berdasarkan siasatan, kesemua PATI dan seorang lelaki tempatan berasal dari Sarawak itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah.

Kesemua mereka dipercayai dalam perjalanan dari Tanjung Punggai, Kota Tinggi menuju perairan Indonesia.

Maritim Malaysia merampas bot pancung itu berserta tiga enjin jenis Yamaha, manakala kesemua PATI disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Antipemerdagangan Orang 2007.

Maritim Malaysia Tanjung Sedili akan meneruskan rondaan dan pemantauan bagi menyekat kegiatan PATI daripada terus berleluasa bagi memastikan perairan negara selamat dan terkawal," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Penerbangan ditangguhkan, pesawat MAS dilanggar kereta

Posted: 15 May 2014 03:16 AM PDT

SEPANG 15 Mei - Sebuah pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) yang sepatutnya berlepas ke Yangon, Myanmar pada pukul 10.05 pagi ini terpaksa ditunda selepas sebuah kereta yang diletakkan berhampiran melanggar bahagian bawah kapal terbang itu.

Berikutan kejadian tersebut, semua penumpang pesawat tersebut terpaksa dipindahkan ke penerbangan lain pada pukul 10.45 pagi tadi. - UTUSAN ONLINE

MH370: Peralihan operasi mencari ke dasar laut

Posted: 15 May 2014 02:57 AM PDT

KUALA LUMPUR 15 Mei - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Kabinet meluluskan peralihan fasa operasi mencari pesawat MH370 di dasar laut.

Beliau berkata, kertas tindakan yang antara lain merangkumi hasil pertemuan tripartite antara Malaysia, Australia dan China di Canberra, Australia baru-baru ini dibentangkan di Kabinet semalam. - UTUSAN ONLINE

RM1.5j untuk jayakan penubuhan Sekretariat Komuniti ASEAN

Posted: 15 May 2014 01:51 AM PDT

PUTRAJAYA 15 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan insentif sebanyak RM1.5 juta kepada Majlis Belia Malaysia bagi melaksanakan inisiatif penubuhan Sekretariat Komuniti ASEAN di kalangan belia Asia Tenggara.

Najib berkata, Majlis Belia Malaysia akan memainkan peranan aktif dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk merapatkan hubungan sesama generasi belia serantau.

Menurutnya, usaha itu juga selari dengan penubuhan gagasan Komuniti ASEAN yang akan dilaksana pada 2015. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Gigih siapkan perahu naga

Posted: 14 May 2014 12:14 PM PDT

Oleh NURSURAYA ZULKIFLI
utusanmelaka@utusan.com.my

Pekerja melakukan kerja membaik pulih badan perahu yang rosak. - utusan/ NURSURAYA ZULKIFLI

MELAKA 14 Mei - Pertandingan perahu naga merupakan antara acara yang sering menjadi tumpuan ramai tidak kira masyarakat tempatan atau pelancong dalam dan luar negara apabila mencatat peningkatan penyertaan setiap tahun.

Sebuah perahu panjang digunakan untuk satu-satu pertandingan iaitu setiap pasukan dianggotai seramai 20 peserta termasuk seorang pemukul gendang dan ketua pasukan iaitu jurumudi serta pendayung.

Sukan ini memerlukan kerjasama pasukan yang padu iaitu kesemua pendayung dalam setiap perahu akan mengayuh serentak mengikut paluan gendang masing-masing dengan dipantau oleh jurumudi bagi menentukan haluan perahu supaya sampai ke destinasi.

Bagi tujuan itu, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) melalui unit teknikal, diberi tanggungjawab menyediakan kemudahan dan fasiliti pertandingan perahu naga.

Menjelang Festival Antarabangsa Sungai Melaka 2014 hujung bulan ini, pertandingan perahu naga antara yang bakal mencuri tumpuan pengunjung yang datang dari dalam dan luar negara apa lagi ketika itu adalah musim cuti persekolahan.

Bertempat di Jalan Tun Ali berhampiran Taman Rempah, sebuah bengkel yang menjalankan pembuatan dan baik pulih perahu naga bagi persediaan menghadapi pertandingan berkenaan giat menyiapkan perahu bagi pertandingan itu.

Siapa sangka daripada sebuah perahu yang buruk dan tidak digunakan lagi dibaiki dan dihias semula hingga menjadi perahu yang cantik dan kukuh.

Sejak awal April lalu, lima daripada sembilan perahu telah siap dibaikpulih dengan kesemua perahu daripada Persatuan Perahu Naga negeri.

Selain baik pulih perahu yang telah rosak, proses pembuatan aksesori seperti kepala perahu naga dan gendang turut dilakukan sendiri oleh kakitangan unit itu.

Antara bahan asas digunakan adalah gentian kaca bagi kerangka kepala naga yang terlebih dahulu direka bentuk mengikut kesesuaian selain bahan-bahan seperti simen dan polisterin.

Sebuah perahu berukuran tujuh meter panjang dan satu meter lebar mampu memuatkan 20 peserta.

Perahu sedia ada yang dibaik pulih lebih menjimatkan kos iaitu memerlukan hanya RM2,500 berbanding membeli yang baharu bernilai antara RM9,000 dan RM30,000.

Kerja membaiki perahu lebih mudah, namun cabaran yang dihadapi unit teknikal ini adalah membaiki perahu yang mengalami kerosakan teruk seperti bocor dan pecah.

Situasi itu memerlukan ketelitian dan kepakaran unit PPSPM untuk membaiki sebarang kerosakan semata-mata mahu perahu mampu disediakan menjelang pertandingan tersebut.

Setakat ini, empat buah telah lengkap dibaik pulih manakala lima lagi masih dalam penyelenggaraan dan dijangkakan pada 20 Mei ini semua kerja membaik pulih perahu akan siap sepenuhnya.

Penyediaan perahu naga yang digunakan untuk pertandingan juga sentiasa dipastikan berada pada tahap terbaik, sesuai dan selesa untuk digunakan oleh kesemua peserta.

Sementara itu Penolong Pengurus Unit Teknikal PPSPM, Zol Bedu berkata, pihak mempunyai kakitangan yang mampu menghasilkan perahu dikehendaki selain membaiki kerosakan.

Jika pertandingan ini amat menggalakkan mengapa tidak kita membina perahu untuk itu. Kita mampu dengan kepakaran dan tenaga yang sedia ada," katanya.

Festival Antarabangsa Sungai Melaka yang kini bakal memasuki edisi kelapan sentiasa menggamit kunjungan hingga mencatatkan hampir sejuta pelancong ke negeri ini sepanjang tempoh berlangsungnya acara itu saban tahun.

Selain perahu naga, antara acara menarik lain yang bakal diadakan pada festival itu adalah perarakan bot berhias, Melaka Parade, Seminar Sungai Melaka, bot kawalan jauh dan persembahan kebudayaan pelbagai etnik.

Festival Sungai Melaka 2014 akan berlangsung pada 24 Mei hingga 24 Jun ini.

Projek naik taraf lampu isyarat

Posted: 14 May 2014 12:14 PM PDT

Oleh FADZLY IZAB
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 14 Mei - Lima projek naik taraf sistem lampu isyarat oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sekitar bandar raya ini dijangka dapat mengurangkan tempoh menunggu yang lama bagi pengguna dan mengurangkan kesesakan jalan raya yang kerap berlaku.

Ahli Majlis MBMB, Saadon Abd. Hamid berkata, kesemua projek yang akan beroperasi secara rasmi pada 16 Mei ini berpotensi melancarkan lagi lalu lintas di sekitar kawasan tersebut terutamanya pada hujung minggu.

Menurutnya, lima projek bernilai RM523,452 itu melibatkan persimpangan Jalan Ong Kim Wee/Taman Kota Laksamana, Jalan Taming Sari, Jalan Hang Tuah, Jalan Pulau Gadong/Jalan Tun Teja dan Jalan Bukit Serindit.

Penaiktarafan sistem lampu isyarat ini merupakan sebahagian daripada usaha MBMB untuk mengubah imej lalu lintas bandar raya menjadi lebih baik dan secara tidak langsung dapat mengurangkan rungutan dalam kalangan pengguna.

Selain itu, penggunaan sistem baharu ini turut berupaya mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya terutamanya yang berlaku di persimpangan lampu isyarat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas meninjau projek naik taraf lampu isyarat di persimpangan Jalan Ong Kim Wee/Kota Laksamana dekat Banda Hilir, di sini hari ini.

Yang hadir sama Penolong Pengarah Kejuruteraan MBMB, Mazlan Mohd. Said dan Pengurus Operasi PPK Technologies Sdn. Bhd, M. Amir Kayani.

Jelas Saadon, kesemua lima projek tersebut yang kini dalam tempoh percubaan tersebut kemudian akan diwartakan selepas sebulan tempoh perlaksanaannya.

Selain itu, beberapa projek turut dalam peringkat kajian dan akan dilaksanakan pada masa akan datang bergantung kepada kesesuaian serta kedudukan kewangan majlis," ujarnya.

Sementara itu Mazlan memberitahu, beberapa jenis sistem digunakan MBMB dalam projek tersebut termasuklah Wireless Green Wave Link Module, Solar Amber Light dan Full VA.

Ujarnya, penggunaan sistem ini akan mampu meningkatkan aliran kenderaan di mana pengguna tidak perlu berhenti di setiap lampu isyarat secara berturutan kerana telah diselaraskan.

Dengan itu, aliran kenderaan merentasi kesemua persimpangan secara puratanya meningkat daripada 4,393 kepada 5,432 buah dalam masa sejam," tambahnya.

50 pasukan sertai pertandingan perahu naga

Posted: 14 May 2014 12:14 PM PDT

Baharom Majid (dua dari kanan) dan Zol Bedu (kanan) melihat kakitangan Unit Teknikal PPSPM membaiki perahu di Bengkel Melaka River Cruise, Bandaraya Melaka, baru-baru ini.

MELAKA 14 Mei - Sebanyak 50 pasukan dijangka menyertai Pertandingan Perahu Naga Antarabangsa Melaka bagi merebut Piala Yang Dipertua Negeri sempena Festival Sungai Melaka 2014 yang berlangsung pada 31 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Baharom Majid berkata, terdapat 25 negara yang menghantar penyertaan antaranya Hong Kong, China, Brunei, Afrika Selatan, Sepanyol dan England.

Menurutnya, pertandingan itu juga merupakan sirkit sebelum peserta menghadapi saingan merebut Piala Agong pada Pertandingan Perahu Naga Antarabangsa Putrajaya.

Pertandingan ini akan diadakan di muara Sungai Melaka yang menyaksikan pendayung-pendayung bersaing menyusuri laluan sejauh 200 meter.

Hadiah bagi Pertandingan Perahu Naga Antarabangsa itu akan disampaikan pada malam perasmian festival 31 Mei ini oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Pembuatan Perahu Naga di Bengkel Melaka River Cruise, Jalan Tun Ali di sini baru-baru ini

Baharom berkata, sebanyak tujuh kategori dipertandingkan bagi acara perahu naga itu yang turut melibatkan pertandingan bagi peringkat kebangsaan pada 1 Jun.

Pertandingan itu turut diserikan dengan kehadiran peserta-peserta bekas pesakit kanser yang akan memakai pakaian berwarna merah jambu sebagai simbolik warna kempen kesedaran penyakit kanser," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved