Ahad, 15 Disember 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Menteri Muda Sarawak dirompak, kereta dilarikan

Posted: 15 Dec 2013 09:26 PM PST

KUCHING 16 Dis. - Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan negeri Liwan Lagang dirompak dan kenderaannya dilarikan dua penjenayah dalam satu kejadian awal hari ini.

Menurut jurucakap polis, dalam kejadian 6.10 pagi itu Liwan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga turut mengalami kecederaan pada paha kanan akibat terkena pisau ketika bergelut dengan perompak terbabit.

"Kejadian berlaku ketika mangsa berhenti untuk membeli surat khabar di Kota Sentosa selepas menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk balik ke Bintulu.

"Apabila beliau hendak keluar dari kenderaan pacuan empat rodanya, datang dua lelaki bersenjatakan pisau dengan seorang memakai topeng, mengarahkannya keluar dari kenderaan," kata jurucakap itu kepada Bernama di sini.

Menurutnya berlaku pergelutan antara Liwan dan suspek yang menyaksikan Menteri Muda itu mengalami kecederaan selepas terkena pisau sebelum ditarik keluar oleh suspek.

"Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan memandu kenderaan milik beliau," kata jurucakap itu lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Supt Pauzi Bujang mengesahkan kejadian dan polis sudah melancarkan gerakan mengesan suspek dan kenderaan yang dilarikan. - BERNAMA

Rokok seludup RM4.9j dirampas

Posted: 15 Dec 2013 10:00 AM PST

Oleh FAZRINA AYU RADUIAN
pengarang@utusan.com.my

BADARUDDIN Mohamed Rafik (kiri) melihat anggotanya memasukkan rokok seludup ke dalam mesin pemusnah selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Membanteras Rokok Seludup 2013 di Shah Alam, semalam. - UTUSAN/MOHD. SHAHARANI SAIBI

SHAH ALAM 15 Dis. - Jabatan Kastam Selangor merampas sejumlah 51,442,160 batang rokok putih dan rokok kretek pelbagai jenama bernilai RM4.9 juta melibatkan cukai sebanyak RM28.5 juta sejak awal tahun ini sehingga November lalu.

Pengarahnya, Badaruddin Mohamed Rafik berkata, sepanjang tempoh itu juga pihaknya telah melakukan 313 serbuan dan menahan 114 orang melibatkan 80 peratus warga asing yang terlibat dalam penyeludupan rokok ke negara ini.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 35 orang telah didakwa mengikut Akta Kastam 1967.

Beberapa siri operasi telah diadakan di sekitar Selangor dan perkara ini amat membimbangkan kerana khuatir kadar penyeludupan ini meningkat.

Kita akan mengadakan lebih banyak serbuan di kedai-kedai yang menjalankan aktiviti menjual rokok seludup kepada orang awam," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Pelancaran Kempen Membanteras Rokok Seludup 2013 di Bulatan Bazarena, Stadium Shah Alam, hari ini.

Kempen yang berlangsung selama dua minggu bermula hari ini adalah kerjasama Kastam Selangor bersama Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Jabatan Kesihatan, Polis Diraja Malaysia, Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia dan Syarikat Lembah Sari Sdn. Bhd.

Badaruddin berkata, siasatan turut mendapati pemilik kedai runcit memberikan lesen perniagaan kepada warga asing.

Kita memandang serius perkara itu apabila mendapati kebanyakan pekedai tersebut menjual rokok seludup," katanya.

Beliau berkata, sekotak rokok seludup biasanya dijual pada harga RM3.50 setiap pek dan RM30 untuk satu karton.

Katanya lagi, orang ramai boleh menyalurkan maklumat mengenai penjualan rokok seludup ini dengan menghubungi talian bebas tol 1800-88-8855.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


NUTP mahu bilangan guru kaunselor di sekolah ditambah

Posted: 15 Dec 2013 10:00 AM PST

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) menyambut baik usaha Kementerian Kesihatan menjalankan ujian kesihatan mental dalam kalangan pelajar di samping berharap bilangan guru kaunselor di sekolah ditambah.

Presidennya, Hashim Adnan berkata, seiring dengan langkah itu, Kementerian Pelajaran perlu mengisi keperluan guru kaunselor di sekolah-sekolah supaya ia selari dengan usaha membantu para pelajar yang bermasalah.

Katanya, pendekatan satu guru kaunselor untuk 500 pelajar yang dilakukan pada masa ini tidak lagi sesuai dan nisbahnya perlu dikecilkan kepada satu guru kaunselor bagi 300 atau 350 orang murid sahaja.

Nisbah yang kecil ini dapat membantu guru untuk lebih fokus menjalankan tugasan dalam membantu pelajar menangani tekanan mental dan emosi," katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam semalam bahawa kementerian itu akan menjalankan ujian kesihatan mental bagi pelajar sekolah menengah dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Empat mulai tahun depan.

Subramaniam dilaporkan sebagai berkata, setakat Disember 2012, daripada 19,919 pelajar dari 357 buah sekolah yang disaring dalam Program Minda Sihat seluruh negara, 7.45 peratus menghadapi kemurungan manakala 7.59 peratus menghadapi tekanan.

Sebelum menjalankan kajian itu, Hashim berkata, Kementerian Kesihatan perlu mendapat persetujuan terlebih dahulu daripada ibu bapa, pelajar dan guru sebelum ia diwajibkan kepada semua pelajar.

Bagaimanapun ini adalah satu langkah baik kerana ia dapat mengenal pasti pelajar yang berisiko mempunyai masalah kerana bukan semua pelajar terbuka untuk menceritakan masalah yang dihadapi kepada guru kaunselor di sekolah masing-masing," katanya. - BERNAMA

Sultan Ahmad Shah raikan sambutan ke-100 Sekolah Clifford

Posted: 15 Dec 2013 10:00 AM PST

Sebahagian tetamu yang menghadiri Majlis Perasmian Perayaan Sambutan 100 Tahun Sekolah Clifford di Kuala Lipis, Pahang, semalam.

KUALA LIPIS 15 Dis. - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berbangga dapat meraikan sambutan ke-100 Sekolah Clifford yang pernah baginda bersekolah pada 1946 iaitu ketika berusia 16 tahun.

Baginda bertitah, menjejakkan kaki di Sekolah Clifford yang penuh bersejarah ini dapat mengimbau dan menggamit kembali 1,001 memori sewaktu belajar selama dua tahun.

"Inilah satu-satunya sekolah yang cukup bermakna bagi saya. Pada 1964, saya bersama paduka ayahanda Almarhum Sultan Abu Bakar hadir meraikan Jubli Emas.

"Pada 1975 pula saya sekali lagi hadir meraikan sambutan Jubli Intan dan hari ini dengan izin Allah SWT saya berkesempatan hadir untuk menyaksikan sambutan 100 tahun usia sekolah ini," titah baginda dalam Majlis Perasmian Perayaan Sambutan 100 Tahun Sekolah Clifford dan Pengisytiharan Nama Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Clifford, di sini malam tadi.

Turut berangkat ialah Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Mohamad Safian Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Sambutan 100 Tahun Sekolah Clifford, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak dan Yang Dipertua, Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Clifford Lipis (LOCA), Shaaban Jaafar.

Lebih 1,000 bekas pelajar yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan usia termasuk penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hadir memeriahkan majlis walaupun dalam keadaan hujan.

Pada majlis tersebut, baginda turut mengisytiharkan dewan SMK Clifford sebagai Dewan Sultan Haji Ahmad Shah.

"Saya berharap sejajar dengan pengisytiharan tersebut, pelajar dapat menghayati dan meneruskan kecemerlangan serta kegemilangan dalam pendidikan pada masa akan datang.

"Saya juga berharap bekas pelajar Sekolah Clifford dapat memberi bantuan dalam apa jua bentuk dalam memastikan sekolah ini berada di landasan kecemerlangan dan gemilang di persada negara," titah baginda.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Nafsu besar untuk si kecil

Posted: 15 Dec 2013 10:00 AM PST

Oleh FAIRUS KASSIM
ekonomi@utusan.com.my

Rim sport merupakan antara tarikan utama kereta ini.

SAIZNYA kecil tetapi nafsunya besar. Itu adalah ungkapan paling sesuai yang penulis gelarkan kepada model Volkswagen Polo GTI selepas memandu uji kereta sport mini berkenaan baru-baru ini.

Rekaan luarnya sebahagian besar sama sahaja dengan model standard Polo Hatchback, cuma perbezaan jelas pada rim sport lima bilah yang cukup menarik, logo GTI di bahagian belakang dan DNA utama GTI iaitu garisan merah di jeriji hadapan.

Pendakap brek juga dicat merah di sebalik rim 17 inci, juga terdapat bumbung matahari serta padanan lampu utama pula dihias dengan LED yang bertindak selaku lampu siang.

Secara keseluruhan bahagian luarnya cukup ringkas dan kurang mencuri perhatian tetapi kekurangan tersebut telah diselamatkan oleh rimnya yang berjaya menonjolkan imej tegap dan sporty.

Bagi penulis ini adalah kereta untuk golongan muda kerana semua yang mereka mahukan ada pada Polo GTI iaitu kepantasan, kecil, mudah dikendalikan, ruang kabin yang cukup untuk kegunaan harian, imej dan penggunaan minyaknya pula tidak memberi kesan besar kepada poket mereka.

Model yang diuji adalah jenis lima pintu kerana menjadi gaya hidup di Malaysia yang mahukan kereta jenis berkenaan berikutan akan membawa seramai mungkin penumpang untuk tempoh waktu tertentu dan tidak gemar terbongkok-bongkok untuk memasuki kereta jenis tiga pintu.

Melihat ke dalam kabin jentera ini, hampir keseluruhan permukaan menggunakan kemasan warna hitam dan hanya sedikit kemasan perak, jahitan merah pada stereng serta gear dan corak berpetak berwarna cerah pada kerusi untuk menampakkan kabin lebih luas.

Papan pemuka Polo GTI tidak dilakukan sebarang perubahan dan masih mengekalkan imej kenderaan Volkswagen. Stereng dilengkapi dengan fungsi kawalan audio, kelajuan, pedal shift dan informasi.

Kerusinya pula cukup selesa dengan jenis bucket di bahagian hadapan serta sokongan panel rehat tangan di tengah. Untuk penumpang belakang pula, saiznya cukup praktikal dan tiada masalah untuk mereka yang tinggi.

Mengulas kepada bahagian paling penting Polo GTI iaitu prestasinya, enjin 1.4 liter TSI pengecas berkembar adalah rahsia sebenar membuktikan kehebatan jentera ini berbanding kereta lain.

Inilah yang dikatakan nafsu besar iaitu enjin bersesaran kecil tetapi mempunyai kuasa yang cukup tinggi iaitu mencecah sehingga 180 PS dengan kilasan maksimum sehingga 250 Nm, mengatasi keupayaan banyak kereta sedan dalam segmen C.

Kuasa pecutannya memang tidak menghampakan peminat GTI dengan hanya mengambil masa 6.9 saat untuk mencapai kelajuan 100 kilometer sejam (km/j) dari tahap pegun dan kelajuan maksimum adalah 229 km/j.

Walaupun saiznya kecil, tetapi tiada masalah untuk mereka yang menggemarkan kelajuan menikmati keseronokannya kerana jentera ini cukup stabil dan menawarkan kawalan selekoh yang cukup baik.

Ini kerana sistem penyerap hentaknya telah dilaras ke mod sport dan jika mahukan lebih keseronokan jangan lupa kepada mod S yang boleh dilaraskan pada tombol gear.

Honda Odyssey penuhi permintaan pasaran MPV

Posted: 15 Dec 2013 10:00 AM PST

Honda Odyssey berharga RM228,000 untuk varian 2.4L EX dan RM248,000 (2.4L EXV).

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Honda Malaysia yakin pengenalan Honda Odyssey mampu memenuhi permintaan untuk kenderaan pelbagai guna (MPV) premium di pasaran negara ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno berkata, Honda Odysset ini memberikan pakej lengkap bagi pasaran MPV mewah.

Dibina daripada konsep reka asal, Odyssey menawarkan kualiti premium tahap terbaru; menggabungkan ruang lebih luas dan keselesaan bagi penumpang di ketiga-tiga barisan tempat duduk dengan kelancaran perjalanan yang tiada tandingan.

Odyssey pertama kali diperkenalkan kepada dunia pada 1994 dan Malaysia pada 2002.

Odyssey ini dijana oleh enjin yang baharu dibangunkan iaitu enjin Teknologi Impian Bumi 2.4L DOHC i-VTEC (175PS dan 225Nm) dan Transmisi Berubah-ubah Berterusan (CVT).

MPV mewah ini juga memberikan pecutan dinamik semasa permulaan, teratas dalam kelas penjimatan bahan api dan pelepasan asap bersih yang tiada tandingan bagi pemanduan di jalan raya kota dan lebuh raya. Enjin ini menawarkan output, kuasa kilas dan kecekapan api lebih baik berbanding enjin model sebelum ini.

Odyssey menawarkan dua varian, gred tinggi EXV berharga RM248,000 dan gred standard EX berharga RM228,000.

Odyssey ini ditawarkan dalam empat warna White Orchid Pearl, Super Platinum Metallic, Crystal Black Pearl dan Glamorous Mauve Pearl.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Sukan SEA Myanmar: Khairul Anuar sumbang emas pertama

Posted: 15 Dec 2013 09:48 PM PST

NAY PYI TAW 16 Dis. - Khairul Anuar Mohamad memberikan pingat emas pertama negara dalam sukan memanah di Sukan SEA Myanmar 2013 menerusi acara recurve individu lelaki hari ini.

Pemanah negara itu menundukkan rakan senegara, Atiq Bazil 7-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di sini. - UTUSAN ONLINE

Separuh lagi

Posted: 15 Dec 2013 10:00 AM PST

NAY PYI TAW - Lebih separuh daripada sasaran 40 pingat emas telah menemui kejayaan apabila enam lagi emas mewarnai kem negara dengan keseluruhan kini mencapai angka 24.

Olahraga mencuri tumpuan dengan menghadirkan keceriaan menerusi atlet lontar cakera, Mohd. Irfan Shamsuddin yang meraih emas di Stadium Utama Wunna Theikdi, semalam.

Walaupun berusia 18 tahun, Irfan membuktikan bakatnya bukan kepalang apabila mencatat rekod baharu kebangsaan, 53.16 meter, memecahkan rekodnya sendiri iaitu 49.90 meter.

Olahraga masih berpeluang meneruskan kecemerlangan hari ini dengan prospek akan tertumpu kepada Mohd. Jironi Riduan dalam acara 800 meter lelaki dan lempar cakera wanita menerusi Lee Casier Renee dan Nur Fariza Jalaluddin.

Emas kedua hadir menerusi acara pencak silat, Mohd. Al Jufferi Jamari yang muncul juara dalam acara Putra Kelas E, dengan mengalahkan peserta Vietnam, Thang Dang Toan secara technical knockout (TKO).

Ia menjadikan jumlah keseluruhan dimenangi sukan pencak silat, dua pingat emas, melebihi satu daripada sasaran yang ditetapkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Karate yang cemerlang membutirkan empat pingat emas pada hari kedua kejohanan, menutup tirai cabaran mereka dengan meraih emas ketujuh menerusi berpasukan kumite wanita sementara berpasukan kumite lelaki sekadar meraih perak.

Kemudian, snuker walaupun ketiadaan Sam Chong, masih mampu menghadiahkan emas pertama buat Malaysia melalui Rory Thor dalam acara 6 Red individu mengalahkan Sithideth dari Laos apabila bangkit daripada ketinggalan 1-4 untuk menang 5-4.

Sukan bina badan tidak kurang cemerlangnya apabila kehampaan Sazali Samad, Sabtu lalu ditebus Wong Ngai Hoeng yang muncul pemenang pingat emas dalam acara 90 kilogram di Pusat Konvensyen Myanmar, Yangon.

Christina Loh sewajarnya boleh diangkat sebagai ratu renang baru negara apabila menyambar pingat emas keduanya dalam acara 200 meter kuak dada dan turut memperbaiki rekod peribadinya.

Sebelum ini, dia memenangi emas menerusi 100 meter kuak dada.

Sandaran utama renang hari ini pada bahu Daniel Bego dan Lim Ching Hwang dalam acara 200 meter gaya bebas selain Khoo Cai Lin dalam 200 meter rampaian wanita untuk meneruskan kocakan emas di Pusat Akuatik Wunna Theikdi.

Hari ini, satu emas sudah pasti berada dalam genggaman negara apabila dua atlet negara, Khairul Anuar Moahamd dan Atiq Basil Bakri akan bertembung sesama sendiri pada perlawanan akhir acara individu recurve lelaki.

Selain itu, skuad berbasikal yang hampa pada hari semalam akan meneruskan cabaran dalam acara 100 kilometer ujian masa dengan Nik Mohd Azwan Zulkiflie, Muhd. Fauzan Ahmad Lutfi, Muhd. Rauf Nur Misbah dan Muhd. Saufi Mat Senan akan membawa cabaran.

Green Gavin Kyle yang muncul pendahulu hari pertama acara golf lelaki, akan meneruskan cabaran pada hari kedua bagi memastikan pemburuan pingat emas terus bernyala.

Satu lagi prospek emas buat kontinjen negara adalah sukan pelayaran yang akan bermula hari ini di Pantai Ngwe Saung.

- UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Ahli KPTM berkampung dua hari sumbang lima tan bantuan kepada mangsa banjir

Posted: 15 Dec 2013 10:00 AM PST

Ahli-ahli Kelab Pemilik Triton Malaysia bersama sebahagian daripada bekalan keperluan asas yang diagihkan kepada mangsa banjir di Jerantut, semalam.

JERANTUT 15 Dis. - Seramai 20 ahli Kelab Pemilik Triton Malaysia (KPTM) berkampung selama dua hari di sini bagi mengagihkan lebih lima tan bantuan kepada mangsa banjir.

Penyelaras program, Yusof Mat Saad berkata, bantuan keperluan asas dan pakaian itu telah disumbangkan oleh banyak pihak di sekitar Selangor.

"Sebanyak 45 ahli kelab bersedia turun padang untuk membantu mangsa banjir dan 25 orang lagi telah bergerak ke Kemaman, Terengganu untuk menghulurkan bantuan di sana.

"Selain bantuan keperluan asas seperti beras, minyak masak, susu, sardin dan pakaian, kami turut menyediakan khidmat mencuci kediaman serta sekolah yang terlibat dengan banjir," katanya yang ditemui pemberita di Felda Kota Gelanggi 1 di sini hari ini.

Menurutnya, satu kumpulan telah bergerak ke Kampung Pagi di kawasan Ulu Tembeling untuk menghantar bantuan kepada penduduk di sana.

"Kita akan bermalam di sana kerana jarak perjalanan yang jauh dan akan membersihkan sebuah sekolah yang terjejas teruk akibat bencana itu," katanya.

Sementara itu, Yusof berkata, pihaknya masih mengumpul bekalan kerana satu lagi program akan dijalankan hujung bulan ini untuk membantu mangsa banjir.

Dalam pada itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, Mohd. Asrul Abd. Hamid berkata, khidmat sukarela yang ditunjukkan oleh ahli kelab berkenaan wajar dicontohi oleh semua pihak.

"Pada masa ini, mangsa banjir masih memerlukan bantuan dan kehadiran mereka ke sini amat dihargai," jelasnya.

Paip giat baiki Loji Bukit Kertau

Posted: 15 Dec 2013 10:00 AM PST

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

Shahaniza Shamsuddin mencuba masakan tradisional ketika melawat pusat penempatan banjir Kampung Pejing, Maran, Pahang, semalam.

MARAN 15 Dis. - Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) sedang giat membaiki Loji Bukit Kertau yang rosak akibat banjir sehingga menyebabkan lebih 4,000 penduduk kampung di Chenor Seberang di sini mengalami masalah bekalan itu sejak banjir melanda minggu lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, loji tersebut rosak akibat dinaiki air menyebabkan muka sauk dipenuhi sampah sehingga jentera di dalamnya gagal berfungsi.

Tambahnya, keadaan itu menyebabkan penduduk di Chenor Seberang meliputi kira-kira 20 kampung seperti Kampung Nyak, Telok Melati, Kampung Bunian, Kampung Pejing, Kampung Pantai dan lain-lain menghadapi masalah bekalan itu.

"Ketiadaan bekalan itu menyebabkan mangsa banjir sukar membersihkan rumah dan perlu dicuci segera kerana bimbang lumpur yang ada di dalam kediaman mereka sukar ditanggalkan," katanya selepas melawat mangsa banjir di pusat pemindahan SK Pesagi, Pejing dan Kampung Nyak di sini hari ini.

Menurut Shahaniza, kerosakan loji air di Simpang Jengka kini dalam proses baik pulih apabila Paip mengupah tenaga profesional membersihkan loji itu malam tadi.

Rumah anak yatim jadi sekolah angkat DBP

Posted: 15 Dec 2013 10:00 AM PST

Sebahagian daripada kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka bersama anak yatim berganding bahu memunggah barang bantuan di Rumah Anak Yatim Maahad Tahfiz Muhammadi, Bukit Rangin, Kuantan, semalam.

KUANTAN 15 Dis. - Penghuni Rumah Anak Yatim Maahad Tahfiz Muhammadi (RAYMTM), Bukit Rangin di sini berasa bertuah kerana mereka bukan sahaja menerima bantuan banjir tetapi turut menjadi sekolah angkat Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Rombongan Skuad Kembara Bahasa, Hishamudin Md. Nor yang mengadakan misi bantuan sukarelawan ke sekolah tersebut hari ini.

Hishamudin berkata, usaha itu bertujuan mengeratkan hubungan yang terjalin selain memberi pendedahan kepada penghuni tersebut berkaitan bahasa dan pengetahuan.

"Kami prihatin dengan para pelajar maahad ini yang terdiri daripada anak yatim dan fakir miskin memandangkan mereka baru sahaja berhadapan banjir yang berlaku minggu lalu.

"Justeru, sebanyak 43 orang daripada skuad kami turun padang untuk memberi sumbangan berupa barangan, wang tunai RM6,000 serta tenaga kerja bagi membersihkan maahad ini yang terjejas teruk akibat bencana itu," katanya.

Dalam kejadian 3 Disember lalu, Rumah Anak Yatim Maahad Tahfiz Muhammadi yang menempatkan 16 pelajar dan tiga tenaga pengajar turut terkena bencana banjir sehingga kelengkapan belajar dan mengajar, buku, tilam serta almari mengalami kerosakan.

Sementara itu, Hishamudin berkata, sebagai sekolah angkat, antara pengisian dirancang ialah membawa para penghuni tersebut ke mana-mana program DBP di seluruh negara.

Dalam pada itu, pengasas maahad tersebut, Tengku Mohamad Tengku Jaafar bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan yang disampaikan oleh DBP.

"Saya amat berterima kasih kepada DBP kerana sanggup datang daripada jauh untuk membantu. Selain itu, kami juga ada menerima bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain yang peka dengan kesulitan kami," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Nelson Mandela disemadikan

Posted: 15 Dec 2013 10:00 AM PST

Keranda membawa mayat Mandela (gambar kecil) diletak di atas trak tentera pada upacara pengebumian diketuai pasukan tentera di Qunu, selatan Johannesburg, semalam.- Agensi

JOHANNESBURG 15 Dis. - Upacara pengebumian tokoh anti Aparteid, Nelson Mandela diadakan di sini hari ini, sekali gus menutup kehidupan bersejarahnya yang berjuang selama beberapa dekad bagi memastikan demokrasi untuk penduduk berbilang kaum di Afrika Selatan terus hidup.

Penerima Hadiah Noble Keamanan itu yang meringkuk dalam penjara aparteid selama 27 tahun sebelum kembali memperjuangkan mesej kedamaian, dikebumikan dengan penuh penghormatan pada upacara kebangsaan dengan ritual tradisional etnik Xhosaaba Thembu.

Upacara diadakan di timur Cape itu disaksikan sebanyak 4,500 tetamu, termasuk ahli keluarga dan pemimpin Afrika Selatan serta tetamu luar, termasuk waris diraja Britain, Putera Charles dan aktivis hak asasi manusia Amerika Syarikat (AS), Reverend Jesse Jackson.

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad serta isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Afrika Selatan, Kennedy Jawan dan Presiden Universiti Teknologi Kreativiti Lim Kok Wing, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Lim Kok Wing turut hadir pada upacara berkenaan.

Pemimpin anti aparteid itu meninggal dunia di Johannesburg pada 5 Disember lalu pada usia 95 tahun dan menerima penghormatan terakhir daripada 100,000 rakyat serta pegawai di Bangunan Kesatuan, Pretoria, tempat Mandela diumumkan secara rasmi sebagai Presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan pada 1994.

Pada upacara pengebumian yang diketuai pasukan tentera itu, perjalanan membawa mayat Mandela bermula dari pangkalan udara Waterkloof di Pretoria dengan tembakan hormat sebanyak 21 kali oleh para pengawal.

Seramai 1,000 ahli Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) memberi penghormatan terakhir di pangkalan udara itu dengan menyanyi dan menari sebelum mayatnya diterbangkan ke penempatan nenek moyang Mandela di kampung Qunu, 700 kilometer dari selatan Johannesburg.

Balu Mandela, Graca Machel dan bekas isterinya, Winnie Madikizela-Mandela berjalan berasingan mengiringi keranda mayatnya, mengikut tradisi suku kaumnya.

Setiba di Qunu suku kaumnya menyambut mayat beliau dengan penyembelihan seekor kambing biri-biri sebagai tanda kepulangan anak kampung itu.

Mayat Mandela dilitupi kulit lembu yang dibuat khas untuk seorang yang mempunyai status serta berbudi tinggi, menurut seorang penduduk kampung itu.

Pada awal petang itu, pengunjung mula meninggalkan rumah Mandela selepas makan lewat malam dan beberapa ucapan penghargaan kepada para doktor yang menjaganya sebelum ini turut disampaikan.

Dalam upacara itu, nyanyian lagu agama Kristian, lagu dan tarian mengikut tradisi Xhosa diiringi pukulan dram Igbo serta sajak tentang kehidupan dan pencapaian Mandela turut dibaca dan dipersembahkan.

Mandela disemadikan di sebuah lereng bukit bertentangan dengan rumahnya berhampiran kubur-kubur ahli keluarganya yang lain.

Rakan lama Mandela, Desmond Tutu hadir pada upacara pengebumian beliau itu, sekali gus menamatkan kontroversi beliau tidak dijemput ke upacara tersebut.

Mandela berkhidmat sebagai Presiden dalam satu tempoh yang singkat sebelum berundur daripada jawatan itu pada 2004 apabila beliau memberitahu wartawan pada sidang media terakhirnya dengan berkata: jangan hubungi saya, saya akan hubungi anda.

Penampilan terakhirnya di khalayak umum adalah pada 2010 ketika pusingan akhir Piala Dunia Afrika Selatan di Stadium Soccer City, Johannesburg.

Mandela mula dimasukkan ke hospital pada 8 Jun lalu akibat jangkitan paru-paru dan dibenarkan pulang pada 1 September lalu sebelum menerima rawatan intensif di rumahnya.

Pada 5 Disember baru-baru ini, Mandela menghembuskan nafas terakhir di rumahnya di Houghton, Johannesburg ketika berada bersama ahli keluarganya.

Kematiannya itu diumumkan oleh Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma. - REUTERS/AFP/AGENSI

Kanak-kanak Syria diancam kematian

Posted: 15 Dec 2013 10:00 AM PST

Beberapa orang kanak-kanak Syria berdiri di luar khemah pelarian di bandar Aarsal di timur Bekaa, Lebanon, kelmarin. Beratus ribu kanak-kanak pelarian Syria diancam kematian akibat cuaca sejuk yang melanda timur Mediterranean minggu ini. - REUTERS

GENEVA 15 Dis. - Beratus-ratus ribu pelarian kanak-kanak Syria akibat perang saudara berdepan ancaman penyakit dan kematian ekoran ribut salji yang melanda kem-kem pelarian di Asia Barat.

Jurucakap agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Roberta Russo memberi amaran, kebanyakan golongan itu hanya berbekalkan selipar dan baju T berdepan ancaman ribut Alexa di rantau itu yang membawa ancaman angin kuat, ribut salji dan suhu sejuk melampau.

Russo berkata, ribut tersebut merupakan yang terburuk dalam tempoh beberapa dekad dan mengancam berjuta-juta pelarian Syria yang kini hanya berlindung di khemah-khemah dan tempat perlindungan buatan sendiri.

Jelasnya, golongan kanak-kanak paling berisiko menghidap penyakit pneumonia atau jangkitan paru-paru dan penyakit pernafasan yang boleh membawa maut.

"Kami sangat bimbang dengan kesan cuaca sejuk yang boleh meragut nyawa pelarian kanak-kanak Syria.

"Kami sedang bekerjasama dengan pihak hospital dan klinik bagi menghadapi persediaan peningkatan penyakit maut di kem-kem pelarian," katanya.

Menurut laporan aktivis tempatan, sebanyak 13 pelarian kanak-kanak di Syria maut akibat cuaca sejuk.

Kebanyakan keluarga yang tinggal di bandar Homs terpaksa bergantung kepada haba pembakaran sampah kerana tidak mempunyai bekalan elektrik, alat pemanas atau makanan panas.

Russo berkata, agensi bantuan berusaha keras memastikan nasib yang sama tidak berlaku di kem-kem pelarian Syria di Lebanon dan Jordan yang mempunyai lebih dua juta pelarian.

Ujarnya, di Lebanon sahaja, pihak agensi menyalurkan 255,000 selimut dan minyak serta arang batu kepada pelarian di sana.

"Namun, jumlah berkenaan masih tidak mencukupi kerana jumlah pelarian yang semakin bertambah, terutamanya di Lebanon dengan peningkatan daripada 100,000 orang pada 2012 kepada hampir sejuta orang pada bulan ini.

"Kami juga memberi peruntukan kepada 200,000 pelarian untuk membeli dapur bagi memasak makanan panas serta memanaskan tempat perlindungan mereka," katanya. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Lebih baik diam diri

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY
athirah.dzulkifly@utusan.com.my

WALAUPUN sebelum ini tersebar desas desus mengatakan penyanyi Alyah mempunyai hubungan istimewa dengan pengarah muzik, Ramli MS tetapi tidak ada pengesahan.

Sama ada Alyah atau Ramli, masing-masing menutup mulut untuk mengiyakan atau menafikan hubungan tersebut.

Bagaimanapun dalam pertemuan dengan Pancaindera baru-baru ini Alyah mengesahkan hubungan itu. Alyah mengakui sedang mengenali hati budi pengarah muzik itu untuk hubungan yang seterusnya.

Kini hubungan antara Alyah dan Ramli bukan rahsia lagi dan Alyah mengambil sikap matang untuk mengesahkan tetapi tidak pula memperagakan" teman lelaki kepada umum.

Alyah daripada seorang penyanyi yang terkenal dengan pakaian seksi dan fesyen yang mirip Lady Gaga kini sudah bertudung, berpakaian sopan dan tingkah laku juga terkawal.

Dia memgambil sikap untuk tidak terus menyembunyikan Ramli yang hadir dalam hidupnya. Malah Ramli tidak perlu disembunyikan kerana tidak ada apa yahg harus dikontroversikan sama ada di pihak Alyah atau Ramli. Cuma sebagai wanita dia tidak mahu bercerita panjang mengenai hubungan itu.

Walaupun sebelum ini timbul salah faham dengan media tetapi Alyah menafikan dia mahu menyembunyikan perhubungan mereka.

Alyah memohon maaf kerana salah faham sebelum ini menyebabkan hubungannya dengan pihak media berlaku sedikit keretakan.

Menafikan dia bukan tidak mahu hal peribadi, kata Alyah, sebagai penyanyi dia sedar bahawa ramai yang mahu tahu mengenai cerita peribadinya.

Maka, apabila Alyah terlepas cakap pada media mengenai cerita hubungannya dengan Ramli, Alyah tidak senang duduk memikirkan kesannya.

Saya tak marah apabila orang bertanya mengenai kesahihan cerita itu malah saya faham kerja orang media. Ketahuilah bahawa saya tak pernah cuba untuk menyorok cuma masanya untuk memaklumkan hal itu belum tiba, " katanya.

Sedar bahawa dirinya juga adalah wanita biasa, kata Alyah, dia juga tidak terlepas daripada keinginan untuk berkongsi cerita gembira pada satu dunia bila diri dikuasai rasa cinta.

Saya mengaku terbatas untuk buat begitu sebab dia (Ramli) tidak suka bercerita. Cuma, kalau saya nak bercakap saya boleh. Itu hak saya. Tapi atas dasar hormat, saya hadkan. Fikirlah, untuk apa saya nak sorok? Saya penyanyi dan ini adalah kerjaya saya yang melibatkan soal peribadi turut menjadi fokus orang ramai.

Nama saya naik sebab peminat dan kawan-kawan di media, jadi kenapa saya nak sorok hal gembira dengan semua?

Saya cuma minta semua faham situasi bila saya terpaksa mendiamkan diri atas sebab-sebab tertentu," katanya.

Dia dengan dunianya

Berkongsi secara umum mengenai sang penghuni hatinya, kata Alyah apa yang membuatkan dirinya tertarik pada Ramli adalah sikap tegas yang diibaratkan seperti seorang bapa.

Meski kadangkala agak garang, kata Alyah, Ramli sebenarnya punya sisi lembut yang penuh dengan kasih sayang.

Mengaku agak jarang meluangkan masa bersama, kata Alyah, dia perlu memahami situasi apabila masing-masing punya keutamaan dalam soal kerja yang sepertinya tidak pernah habis.

Kami jarang keluar. Boleh bilang dengan jari berapa kali keluar walaupun sekadar meluangkan masa untuk minum kopi.

Tapi saya faham dia memang begitu. Tiada apa pada dirinya yang saya mahu lihat ada perubahan. Saya memang suka lelaki yang banyak ciri kebapaan, tegas, dan mengambil berat.

Ciri-ciri itu yang membuatkan saya menghormatinya. Dia ada dunia dia sendiri. Bila dia berada dalam dunia dia, tak akan sedikit pun saya cuba untuk berani merosakkannya.

Ya, saya okey saja dengan keadaan ini. Macam orang kata, go with the flow," katanya.

Berdiri

Tak perlulah orang hendak mengaitkan isu siapa tumpang siapa apabila dua individu bergelar selebriti menjadi pasangan hidup.

Dalam konteks Alyah dan buah hatinya, kedua-duanya tidak bergantung pada sesiapa kerana masing-masing sudah punya platform sendiri. Lainlah jika Alyah orang baru dalam industri, maka bolehlah orang buat tanggapan begitu.

Memandang hal ini umpama satu bahan jenaka, kata Alyah, hubungan cintanya berlangsung di landasan profesional. Bila tiba soal kerja, tiada antara mereka yang cuba mengambil kesempatan antara satu sama lain.

Tak ada istilah tumpang-menumpang. Saya penyanyi dan dia pengarah muzik. Saya dah lama berdiri di atas kaki sendiri, kalau tidak bersama dia pun, saya masih boleh cari makan sendiri dengan kudrat yang Tuhan bagi.

Biasalah, kadang-kadang ada orang mahu mencuit saya dengan cerita macam ni.

Tak mengapa, saya dah biasa," katanya.

Jangan pornokan

Posted: 14 Dec 2013 08:57 AM PST

MISS J mendapat tahu pengarah Osman Ali akan mengadaptasikan novel Konserto Terakhir karya Sasterawan Negara Abdullah Hussein (Pak Lah) menjadi filem. Sebelum ini Othman Haji Zainuddin pernah mengadaptasi novel ini ke teater.

Hasrat Osman nak adaptasi novel ini bagus tetapi Miss J nak pesan supaya dia tidak mencemarkan karya Sasterawan Negara dengan babak-babak semi porno seperti filem arahnya sebelum ini.

Boleh dikatakan semua filem arahan Osman mesti ada babak yang menjurus kepada seks. Filem Bukak Api, Anak Halal, Jiwa Taiko dan Ombak Rindu semuanya ada adegan yang disifatkan oleh Osman sebagai "penting".

Miss J terkejut juga bila ada yang beritahu Osman nak adaptasi novel Pak Lah. Miss J bimbang selepas jadi filem orang yang belum membaca Konserto Terakhir pandang serong kepada Pak Lah kalau diselitkan babak seks kesukaan Osman itu.

Miss J tak pandai bab filem. Tetapi Miss J percaya filem kita harus dibuat dalam lingkungan kita iaitu orang Melayu dan Islam. Tak payahlah menggunakan ayat klise, "hanya yang fikir seks sahaja melihat babak seks itu sebagai seks."

Miss J harap latar belakang Osman sebagai orang yang berasal dari kampung di Langkawi, persekitaran Melayu dan Islam, cukuplah memahami kebebasan seni dari kaca mata Barat. Nanti buat malu orang Langkawi sahaja kerana Osman suka buat babak seks dalam filemnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Foto detik bersejarah

Posted: 15 Dec 2013 05:37 AM PST

TAKRIFAN sejarah lebih merujuk kepada sebuah peristiwa lampau dengan fakta atau tarikh tepat sesuatu kejadian. Dari sudut kehidupan ia adalah satu peristiwa penting. Ia juga terbit dalam bentuk catatan bersurat, jurnal, penceritaan dan penghasilan visual rakaman video.

Fotografi juga adalah sebagai salah satu medium nyata bagi mencatat sejarah. Foto rakaman peristiwa, tempat atau momen yang patut dirakam adalah satu sejarah. Sama ada ia berlaku sekali mahupun berulangkali.

Sebagai contoh rakaman foto murid sekolah pada akhir tahun sebelum meninggalkan persekolahan rendah untuk ke alam persekolahan menengah. Ia mencatat satu sejarah baharu untuk murid tersebut dan tidak akan berlaku situasi yang sama lagi.

Berlainan dalam konteks sebuah peristiwa yang mempunyai nilai berita tinggi untuk diterjemahkan. Kekuatan foto dirakam akan menjadi rujukan pada masa depan.

Di zaman teknologi digital dengan perisian terkini, amat mudah untuk menyimpan butiran rakaman dan rekod susunan mengikut tahun atau peristiwa berlaku. Tidak seperti zaman analog kebanyakannya dilakukan secara manual.

Biarpun sekeping foto mampu menceritakan 1,001 cerita tetapi ketetapan kapsyen, tarikh dan lokasi rakaman harus disertakan bagi tujuan rekod.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Nilai, fikir sendiri dasar GST

Posted: 15 Dec 2013 10:00 AM PST

Oleh NURUL ANUAR KARI
anuar.kari@utusan.com.my

PAKATAN pembangkang didakwa sedang merancang satu perhimpunan bagi menolak pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) minggu ini bagi mengambil kesempatan menanam rasa benci kepada kerajaan dalam kalangan rakyat yang masih keliru dengan sistem baharu itu.

Bagi mereka yang peka dan cuba memahami perkembangan GST, demonstrasi yang didakwa akan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim itu umpama menjilat ludah sendiri sedangkan beliau dikatakan yang pertama membawa GST ke Parlimen pada 1993 selaku Menteri Kewangan di samping beberapa kali menyatakan 'sokongan' terhadap sistem tersebut.

Umum memahami, mereka yang tidak faham GST akan menyertai demonstrasi tersebut tetapi jika golongan yang sememangnya faham dan menyokong pelaksanaan sistem cukai itu terlibat berdemonstrasi, ia menunjukkan amalan politik tidak matang pembangkang dan berpaksikan kepentingan peribadi semata-mata.

Bukannya kali pertama tetapi sudah berulang kali golongan ini menggunakan kekeliruan rakyat untuk memupuk kebencian terhadap pemerintah, menolak semua dasar dan program yang diadakan sama ada baik atau buruk asalkan dapat mengurangkan sokongan politik kepada kerajaan.

Tindakan yang hanya akan mengganggu rutin harian rakyat itu, 16 bulan sebelum GST mungkin dilaksanakan, dilihat tidak lebih daripada usaha memupuk budaya demonstrasi jalanan dan perhimpunan haram yang sememangnya 'wajib' diadakan pembangkang sepanjang tahun.

Maka, tidak pelik apabila ada yang mengatakan pembangkang negara ini tidak berkualiti dalam kapasiti mereka sebagai 'pengimbang' pentadbiran negara kerana lebih taksub mengejar kuasa pemerintahan daripada mengutamakan keputusan terbaik untuk masa hadapan rakyat dan negara.

Bagi Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak, langkah mengajak rakyat ke jalan raya selepas diri sendiri bersetuju dengan GST menunjukkan pihak terbabit tidak konsisten dan tidak matang berpolitik.

"Sudah sokong tapi nak berdemonstrasi juga, cakap tidak serupa bikin. Jika mereka memerintah pun saya yakin mereka akan laksana GST juga.

"Seperti bila Selangor naikkan gaji tetapi menguntung segelintir exco sahaja, mereka tidak konsisten. Tetapi jika mahu buat demonstrasi juga itu hak demokrasi mereka, asalkan ikut peraturan," katanya.

Beliau kesal melihatkan pembangkang masih tidak dapat membezakan antara isu politik dan isu negara sedangkan perlu juga melihat kewajaran mempolitikkan sesuatu perkara agar tidak menjejaskan negara kelak.

Tambahnya, semua perkara boleh dipolitikkan jika mahu mengejar keuntungan peribadi atau kumpulan tertentu, tetapi isu seperti GST melibatkan polisi negara dan lebih wajar didebatkan di Parlimen.

"Sekarang ada ramai ahli pembangkang di Parlimen, kenapa tidak debatkan isu ini di sana, kemukakan hujah-hujah dan bukannya membuat demonstrasi, heret rakyat ke jalan raya.

"Jika terus begini, negara tidak akan berkembang. Kita kena tahu had-had berpolitik, biar bijak dan rasional. Ada Parlimen gunakanlah untuk bincang isu polisi. Pembangkang tidak patut heret rakyat ke jalan raya, ini menunjukkan mereka tiada kematangan berpolitik," ujarnya.

Pemerhati antarabangsa dan keselamatan, Mohamad Faisol Keling pula melihat masalah sebenar lebih besar daripada demonstrasi dan perhimpunan haram kerana pembangkang sebenarnya mengambil kesempatan atas kelemahan rakyat untuk berfikir sendiri.

"Demonstrasi bukan masalah utama kita, sama ada dalam isu GST, blackout, 40,000 pengundi Bangladesh mahupun isu Syiah. Masalah utama adalah ramai kalangan kita yang lemah kuasa berfikir dan lebih selesa menerima bulat-bulat apa dikatakan orang tanpa usul periksa.

"Ramai yang tidak berfikir secara kreatif, tidak boleh buat analisis sendiri, taksub dan terima apa saja orang kata. Ambil contoh isu Syiah, perkara yang nyata lagi jelas bertentangan dengan Islam tetapi ada yang sokong selepas pemimpin atau 'ulama' mereka nyatakan sokongan," tegasnya.

Tambahnya, tanpa kematangan dan kuasa berfikir sendiri, mana-mana pihak boleh mencipta apa jua isu pada bila-bila masa termasuk benda tidak masuk akal tetapi tetap diterima masyarakat dan menjadi ikutan ahli-ahli yang taksub.

Beliau mencadangkan kerajaan memberi tumpuan kepada punca masalah kurangnya daya fikir rakyat daripada melayan demonstrasi pembangkang yang hanya mengambil kesempatan di atas kelemahan anggota masyarakat.

"Untuk tangani masalah demonstrasi, bukan sahaja dalam isu GST atau Syiah, kerajaan perlu tingkat kemampuan rakyat untuk berfikir sendiri secara matang dan kreatif. Tingkatkan mutu pendididkan, berikan penerangan melalui media massa secara berterusan dan pupuk pemikiran secara kritis.

"Lihat sahaja kesan masalah ini, orang tuduh ada 40,000 pengundi Bangladesh pun pengikutnya percaya bulat-bulat. Bila orang yang sama nafi pernah buat tuduhan itu, pengikutnya percaya juga. Terima bulat-bulat dan tidak berfikir sendiri," jelas Mohamad Faisol.

Dalam isu GST katanya, seolah-olah ia agenda peribadi atau agenda parti dalam kerajaan sedangkan setiap dasar melalui proses penilaian dari peringkat paling rendah ke jabatan dan kementerian sebelum dibawa untuk perbahasan dan undian di Parlimen untuk dilaksanakan.

Beliau melihat rakyat yang tidak nampak aturan proses itu mudah dimanipulasi dan percaya momokan pihak lain sedangkan pihak itu juga mempunyai ahli yang ramai di Parlimen untuk berhujah mahupun menghalang pelaksanaannya.

"Lebih malang lagi bila golongan yang boleh berfikir juga turut serta dalam demonstrasi sebegini demi kepentingan peribadi individu ataupun parti kesayangan mereka.

"Ini sindrom pemikiran lemah sehingga mudah dimanipulasi orang lain, sampaikan sanggup menyokong benda yang jelas salah seperti dalam isu Syiah. Agama, bangsa dan negara boleh terancam jika rakyat tidak boleh berfikir sendiri," ujarnya.

Mohamad Faisol bagaimanapun tidak meletakkan tanggungjawab membuka akal fikiran rakyat di bahu kerajaan sahaja kerana setiap individu perlu ada keazaman sendiri untuk meluaskan pemikiran daripada hanya mengikut telunjuk orang lain.

Beliau merasakan proses mempengaruhi rakyat masih berlaku selepas pilihan raya lalu, dari demonstrasi blackout sehingga kini ke isu GST tetapi berharap kerajaan tidak fokus kepada satu-satu isu dimainkan pembangkang sebaliknya menyelesaikan punca utama masalah tersebut.

"Jika rakyat boleh berfikir sendiri, tahu menilai isu dibangkitkan dan tindakan pihak terbabit, mereka dapat bezakan mana yang betul, salah dan terutama sekali mana yang tipu daya. Demonstrasi GST belum tentu berjaya jika rakyat dapat menilai dan berfikir sendiri," katanya.

Faktor gagal raih sokongan Melayu tewaskan PKM

Posted: 15 Dec 2013 10:00 AM PST

ANGGOTA komunis yang menyerah diri kepada pasukan keselamatan pada 16 Oktober 1958.

FAKTOR kegagalan Parti Komunis Malaya (PKM) melancarkan gerakan bersenjata di Tanah Melayu dikenal pasti kerana kesukaran dan kelemahan parti itu meraih sokongan orang Melayu.

Perkara tersebut dinyatakan oleh pegawai komunis paling kanan dalam Jawatankuasa Pusat PKM dikenali sebagai Ah Su * dalam ceramahnya yang turut dihadiri oleh ketua Unit Penggempur Kelima PKM di Perak, Chong Chor pada Mac 1962.

Dalam fail sulit pengakuan Chong Chor yang pertama kali didedahkan, PKM berdepan tugas sukar untuk melancarkan 'perang rakyat' terhadap British disebabkan ketiadaan sokongan kaum Melayu yang merupakan lebih 50 peratus penduduk Tanah Melayu, dengan majoritinya tinggal di kawasan pendalaman.

Analisis kekalahan itu terkandung dalam ceramah Ah Su yang ditujukan kepada anggota-anggota komunis tegar semasa mereka berundur ke selatan Thailand kesan tindakan berkesan pihak keselamatan Malaysia ketika itu.

Ah Su menggariskan lima faktor kegagalan PKM meraih sokongan ramai kaum Melayu iaitu kononnya, orang Melayu terkongkong dan tertindas di bawah sistem feudal di negeri-negeri Melayu, mendapati mereka sukar memahami dan menerima konsep komunisme.

Faktor kedua: Orang Melayu sentiasa dibohongi penjajah British terutama menerusi dasar 'Pecah dan Perintah'. British mengambil kesempatan ke atas prinsip-prinsip agama Islam yang merupakan agama orang Melayu bagi menolak doktrin komunisme.

Faktor ketiga: Semasa PKM melancarkan perang anti-British, orang Melayu memberi sokongan terhadap Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri pertama Malaysia) dan kerajaan campuran pimpinannya.

Faktor keempat: Majoriti kaum Melayu buta huruf dan pengetahuan mengenai politik adalah cetek. Oleh itu, kaum Melayu mudah diperdaya oleh kerajaan Tunku Abdul Rahman.

Faktor kelima: Dari sudut strategik, PKM gagal disebabkan mereka mengenepikan gerakan mempengaruhi kaum Melayu di kawasan pendalaman, semasa melancarkan perang bersenjata. Maka apabila PKM melancarkan perang, mereka tidak mendapat sokongan kaum Melayu sekali gus mengehadkan kawasan operasi PKM.

Menurut Chong Chor, pasukan pimpinannya yang terdiri daripada lebih 20 anggota komunis, berhimpun di kem Kampung Jok, Bannang Sata di Yala, selatan Thailand. Di situ, dia bertemu buat pertama kali dengan Rashid Maidin dan Abdullah CD. Kem tersebut menjadi markas latihan ideologi komunis.

Chong Chor menganggarkan lebih 100 anggota komunis dari Regimen Kelapan, Ke-10 dan Ke-12 berada di dalam kem tersebut.

Diistilahkan sebagai Sekolah Parti untuk menguatkan semula pegangan komunisme di kalangan anggota PKM, kem tersebut juga berperanan sebagai pusat untuk mereka mengkaji dasar baharu parti.

Dasar baharu PKM ketika itu ialah, parti akan meneruskan gerakan bersenjata sebagai wadah utama perjuangan dalam usaha mencapai kejayaan dalam revolusi membebaskan Tanah Melayu.

Bagi mencapai matlamat tersebut, PKM telah membatalkan keputusan awal untuk tidak melaksanakan tugas merekrut anggota di selatan Thailand. Ini adalah kerana dalam usaha membina semula kekuatan parti, PKM tidak peduli jika tindakan tersebut mencetuskan kemarahan kerajaan Thailand.

Bagi meluaskan kerja-kerja merekrut anggota baharu, dasar baharu tersebut secara mendalam menekankan peranan Unit Min Yuen dan kaedah meluaskan pengaruh PKM di kalangan masyarakat di selatan Thailand.

Dasar tersebut juga memberi penekanan kepada usaha melaksanakan pembaharuan ideologi di kalangan pegawai PKM bagi membentuk kesatuan untuk memulihkan parti.

Menurut Chong Chor, Sekolah Parti itu juga turut membincangkan dasar membenarkan anggota keluar dari PKM yang mengakibatkan semangat dan moral rendah di dalam parti.

Anggota-anggota komunis di kem tersebut turut diberikan ulang kaji mengenai sejarah PKM, latar belakang gerakan bersenjata, pergerakan komunis dunia dan sejarahnya, perbincangan mengenai keperluan seorang anggota revolusi komunis dan isu-isu semasa.

* BERSAMBUNG ESOK.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Charlotte si pemburu itik

Posted: 15 Dec 2013 05:37 AM PST

CHARLOTTE gembira melihat wajah-wajah comel koleksinya itu.

RAMAI yang pasti pernah memiliki patung itik getah - mainan yang sering menjadi peneman di dalam tab mandi, sekurang-kurangnya sekali dalam hidup terutama ketika kecil.

Mainan berwarna kuning yang mengeluarkan bunyi apabila ditekan digemari ramai kerana rupanya yang comel membuatkan ada yang mengumpulnya.

Namun, tiada siapa yang dapat melawan tahap obsesi seorang profesor di sebuah universiti di Seattle, Amerika Syarikat terhadap patung itik getah.

Memiliki sehingga 5,631 buah patung itik getah, Charlotte Lee, 43, diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai pemilik patung itik getah terbanyak di dunia.

Dia menempatkan itik-itik kesayangannya itu yang dikumpul sejak 1996 di dalam bilik bawah tanah di rumahnya.

Suaminya yang dulu tidak menyokong hobi peliknya, kini menjadi pemburu itik untuk Charlotte malah sanggup mengambil masa berbulan-bulan untuk membina para dan kabinet pada dinding bilik tersebut.

Cerita Charlotte, koleksinya itu bermula dengan hadiah daripada rakan-rakannya yang melihat koleksi kecil mainan itik getah di dalam bilik airnya.

Apabila koleksinya bertambah menjadi 14 jenis, dia berasa teruja mengumpulnya malah ujarnya mainan tersebut menghilangkan tekanan kerjanya.

Ia bermula daripada gurauan rakan-rakannya dan tanpa Charlotte sedari, dia menjadi obses dengan mainan tersebut lalu memburunya ke mana saja dia pergi di serata dunia.

Pengasas laman web Duckplanet.com ini kemudian turut memburu koleksi itik getah di dalam Internet dan berjaya memperoleh koleksi antik yang sukar didapati.

Koleksinya pelbagai saiz dan bentuk serta terdiri daripada mainan itik getah yang bercahaya di dalam gelap, beraroma strawberi, ada yang sebesar kanak-kanak dan pelbagai lagi.

Antara koleksi kesayangannya rekaan pereka mainan terkenal 1950-an iaitu Edward Mobley.

Menyedari dia semakin kekurangan ruang untuk menempatkan itik-itiknya, Charlotte kini mencari muzium yang dapat menyimpan koleksinya itu.

Dulu atlet, kini pereka flora

Posted: 15 Dec 2013 05:37 AM PST

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Foto JEFFRI IRAN dan koleksi peribadi MOHD. AZMY OSMAN

Tuah anak kampung yang kini mencipta nama dalam dan luar negara.

SEKALI pandang memang tidak sangka lelaki ini mempunyai keghairahan yang tinggi dalam bidang menghias bunga. Dia ternyata bijak mengadunkan elemen hiasan bunga masa kini dengan elemen lain seperti bahan kitar semula, makanan mentah dan buah-buahan.

Bagi Mohd . Azmy Osman, 37, semua orang boleh berjaya, yang penting perlu ada kesungguhan'. Dia ingin menjadi sumber inspirasi kepada orang Melayu lain bahawa ada ruang untuk berjaya asalkan ada idea asli, kesungguhan yang tinggi dan ruang serta peluang untuk mencuba.

Daripada seorang pemain bola sepak, Azmy berjaya menjadi pereka flora dan pengarah kreatif dengan imaginasi yang luar biasa.

KINI setelah hampir tujuh tahun dalam bidang gubahan dan dekorasi, anak jati Selangor itu memegang portfolio pelanggan yang bukan calang-calang.

Sentuhan magisnya dapat dilihat pada kebanyakan acara kelolaan Istana Negara. Bahkan, sentuhannya juga menyebabkan beliau memperoleh kepercayaan sebagai penggubah kegemaran di kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.

Azmy memberitahu, sekembalinya dari London, dia menerima jemputan untuk melakukan kerja-kerja gubahan dan dekorasi acara di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri, Sri Satria.

Ketika itu Datuk Seri Najib Tun Razak masih bergelar Timbalan Perdana Menteri. Alhamdulillah sehingga kini sentuhan saya masih menjadi pilihan pihak beliau," ujar Azmy merendah diri.

Katanya, dia sukakan seni dan melihat setiap perkara sebagai cabang seni yang tersendiri seperti bola sepak.

"Seperti bunga, saya memilihnya atas dasar yang mudah. Semua orang menyukai bunga dan ia menjadi perlambangan kepada kedamaian dan keharmonian.

"Falsafah saya terhadap bunga juga ringkas. Ia memberikan saya ketenangan dan kedamaian, seolah-olah berada di dalam dunia lain," ujarnya.

Pemain bola sepak

Sebelum berkecimpung dalam kerjaya sebagai penggubah bunga, Azmy sebenarnya pemain bola sepak yang menjadi impiannya sejak kecil.

Azmy berjaya merealisasikan impian itu setelah dipilih mewakili pasukan Kuala Lumpur bawah 12 tahun dan dia menghabiskan kehidupan remajanya di Akademi Bola Sepak Kuala Lumpur sehingga usia 17 tahun.

Mengisi posisi pertahanan kanan dan tengah, khidmat Azmy ditagih pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk liga amatur. Memasuki usia 20 tahun, dia bermain untuk kelab Sinaran Belia dan PKNS dalam Liga Selangor.

Pun begitu, Azmy terpaksa menguburkan cintanya dalam arena bola sepak profesional usai mengalami kecederaan buku lali.

Dia kemudiannya bertugas sebagai penyunting video sebelum menjadi pemilik butik pengantin.

Saya pernah membuka sebuah butik perkahwinan tetapi rezeki saya tiada dalam perniagaan ini," ujarnya.

London

Berbekalkan sedikit wang, Azmy ke London untuk mendalami dunia gubahan bunga di sebuah kolej tetapi apa yang mengecewakan, dia hanya diajar prinsip asas.

Perkenalan dengan seorang penggubah bunga prolifik di peringkat antarabangsa, Zita Elze akhirnya mengubah keseluruhan hidupnya.

"Elze antara pereka dekorasi terbaik di dunia. Peluang belajar dan bekerja dengannya sangat berharga. Selain guru, dia juga ibarat ibu saya di London. Elze mengajar bagaimana untuk berfikir di luar kotak, menghasilkan rekaan tidak realistik tetapi menawan," ujarnya.

Selepas melihat kesungguhan Azmy, Elze meminta dia membantu menguruskan dekorasi bagi acara rasmi di Istana Buckingham.

Kepercayaan itu jugalah memberi peluang kepadanya bersua muka dengan Ratu Elizabeth II buat julung-julung kalinya. Kreativiti Azmy kemudiannya terus ditagih masyarakat di bumi Eropah.

Idea

Azmy sentiasa menjadikan nasihat Elze supaya tidak terikat kepada konsep Inggeris, sebaliknya belajar bereksperimen dan tampil dengan sesuatu yang asli.

Sebenarnya kita boleh menggunakan barangan tempatan seperti durian, rambutan, durian, petai, semalu dan duit-duit serta bunga - bunga tropika yang tidak terdapat di tempat lain sebagai bahan utama dekorasi.

Ini termasuklah bunga tangan yang sering dipegang oleh pengantin. Saya selalu menggunakan bahan yang sesuai mengikut tema acara. Apa yang penting, saya mahukan idea di luar kotak pemikiran.

Kita juga mampu mereka sesuatu yang menarik setanding pereka kreatif antarabangsa. Penggubah bunga bukan hanya menghias atau menyusun bunga tetapi lebih daripada itu," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Penganjur, peserta dikenakan tindakan

Posted: 15 Dec 2013 10:00 AM PST

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

Ahmad Phesal Talib (tengah) menerima memorandum cadangan Kadar Nilai Cukai Pintu daripada UMNO Bahagian Lembah Pantai yang disampaikan Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin selepas sesi taklimat bantahan cukai pintu di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 15 Dis. -Penganjur dan peserta Himpunan Bantah Kenaikan Cukai Pintu yang dijangka diadakan di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) esok bakal berdepan tindakan undang-undang kerana ia dibuat tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, sehingga hari ini tiada permohonan permit diterima daripada mana-mana pihak bagi menganjurkan perhimpunan tersebut.

"Bagi penggunaan mana-mana kawasan awam perlu mendapat kebenaran daripada DBKL.

"Mereka perlu mohon permit termasuk kepada pihak polis dan pihak polis akan merujuk kepada DBKL, jika berpuas hati, mereka akan dibenarkan berhimpun asalkan dalam keadaan aman.

"Namun sehingga kini tiada sebarang permohonan sampai kepada DBKL. Jika mereka mahu buat juga, mereka perlu berdepan dengan undang-undang dan kita akan bekerjasama dengan pihak polis," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Sesi Taklimat Bantahan Cukai Pintu anjuran Umno Bahagian Lembah Pantai, di sini.

Yang turut hadir, Ketua Bahagian Umno Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Himpunan berkenaan dijangka diadakan pukul 11 pagi oleh Pakatan Rakyat (PR) bagi membantah kenaikan cukai pintu oleh DBKL yang melebihi 100 peratus bagi kawasan tertentu di ibu kota.

Difahamkan, kadar kenaikan baharu antara 70 hingga 300 peratus itu dianggap tidak munasabah dan menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk kerana ia dilakukan tanpa sebarang perbincangan dengan warga kota.

Ahmad Phesal menambah, sehingga kini, beliau menerima 55,000 surat bantahan daripada lebih 500,000 notis dihantar kepada pemilik hartanah Kuala Lumpur.

Katanya, beliau terbuka dalam menerima sebarang bantahan kerana ia adalah hak pemilik hartanah, namun perlu melalui saluran yang betul.

"Langkah UMNO Bahagian Lembah Pantai mengadakan taklimat bagi memberi penerangan berhubung isu ini merupakan langkah yang baik kerana mereka memerlukan penjelasan.

"Saya telah berbincang dengan Menteri Wilayah, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor bagi menyediakan satu kaedah yang tidak membebabkan orang ramai.

"Ini terutamanya, pemilik kediaman kos rendah dan pemilik hartanah yang berpencen misalnya," katanya.

Sebelum itu, beliau menerima memorandum Cadangan Kadar Nilai Cukai Pintu daripada UMNO Bahagian Lembah Pantai, yang diwakili Raja Nong Chik sendiri.

Sementara itu, Raja Nong Chik, berkata, penganjuran taklimat berkenaan sebagai langkah lebih bertanggungjawab dalam membantah penilaian semula cukai pintu.

Beliau menyifatkan penganjuran himpunan yang dicetuskan oleh ahli Parlimen pembangkang merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dengan menggunakan saluran yang salah.

"Mereka mempolitikkan isu seolah-olah apa yang dilakukan pihak kementerian dan DBKL tidak betul padahal penjelasan sudah diberikan. Mereka juga mengapi-apikan agar orang berhimpun, seterusnya akan menjejaskan imej ibu kota.

"Apabila ada kenyataan daripada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang mahu Menteri dan Datuk Bandar letak jawatan, pada saya dia yang perlu berbuat demikian terlebih dahulu.

Tambah Raja Nong Chik, beliau yakin DBKL akan mengambil kira semua bantahan penduduk secara telus.

"Bagi pihak penduduk, kita minta pihak DBKL mempertimbangkan kadar tertentu diberikan seperti cadangan yang dikemukakan dalam memorandum,"katanya.

Penduduk bersiap sedia hadapi masalah gangguan air

Posted: 15 Dec 2013 10:00 AM PST

KUALA LUMPUR 15 Dis. - Penduduk di beberapa kawasan di Lembah Klang dan Selangor bersiap sedia menghadapi gangguan bekalan air pada Selasa ini.

Ini termasuk menyimpan bekalan air secukupnya menggunakan tong dan baldi bagi menghadapi gangguan tersebut.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kawasan terjejas termasuk di Kampung Baru mendapati kebanyakan penduduk sudah sedia maklum mengenai gangguan tersebut melalui notis awal yang dikeluarkan.

Penduduk di Jalan Hamzah, Jalan Raja Uda dan Jalan Salleh kebanyakannya sudah menyimpan bekalan air untuk kegunaan mereka sekeluarga.

Seorang penduduk, Nazilah Latif, 30, berkata, mereka sekeluarga sudah menyimpan bekalan air secukupnya bagi menggelakkan aktiviti harian terjejas.

"Kami lebih suka mengambil langkah awal menyimpan bekalan air dan cuba menggunakan air secara berhemah,"katanya ketika ditemui di kediamannya di Jalan Hamzah di sini.

Ibunya, Patimah Ibrahim, 72, pula berharap tempoh gangguan tersebut tidak berlarutan memandangkan keluarganya akan mengadakan kenduri pada hujung minggu depan.

"Saya juga berharap bekalan yang disimpan mencukupi,"katanya menetap di situ selama 40 tahun.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), dalam kenyataan akhbarnya semalam memaklumkan, kira-kira sejuta penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor bakal menghadapi gangguan air pada Selasa ini berikutan hentitugas sementara loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 2.

Gangguan bekalan air akan bermula pada 8 pagi, Selasa ini, manakala tempoh pemulihan bekalan dijangka bermula pada 9 malam hari yang sama dan berterusan hingga 8 pagi 22 Disember (Ahad).

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal AwamSyabas, Priscilla Alfred berkata, hentitugas itu adalah bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf, pembaikan dan penukaran aset-aset utama seperti papan suis dan paip keluli.

Menurutnya, gangguan bekalan air melibatkan 217,694 akaun pengguna, termasuk di beberapa kawasan penting seperti Kelab Diraja Selangor, Pusat Sains Negara, Kompleks Kerajaan Jalan Duta dan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Pihak Syabas akan membuat segala persediaan bagi mengurangkan kesan atau gangguan bekalan air kepada pengguna dengan memenuhkan semua kolam simpanan sebelum kerja henti tugas tersebut.

"Secara amnya, keadaan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya di semua kawasan terlibat adalah secara berperingkat-peringkat bergantung kepada keadaan geografikal kawasan yang terlibat," katanya.

Menurut Priscilla, pihaknya menjangkakan kawasan yang tinggi dan jauh dari sumber air terutama di sekitar Petaling, Kuala Lumpur, Klang dan Shah Alam adalah kawasan bekalan air yang terakhir pulih sepenuhnya.

"Walau bagaimanapun, memandangkan gangguan bekalan air ini merupakan gangguan bekalan air berjadual dan notis awal telah dikeluarkan, Syabas tidak akan membekalkan lori tangki kecuali kepada pengguna kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan rumah ibadat," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved