Isnin, 20 Mei 2013

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


TEC yakin jual 20 kenderaan Isuzu D-Max

Posted: 20 May 2013 11:57 AM PDT

KOTA BHARU 20 Mei - Kenderaan pacuan empat roda terbaharu Isuzu Malaysia iaitu Isuzu D-Max 2.5L mula dijual di negeri ini hari ini melalui wakil jualan tunggalnya di Kelantan, T.E.C. United Auto Sdn. Bhd. (T.E.C. United).

Pengarah Urusan (T.E.C. United), Tan Yiew Sun berkata, sebagai pengedar tunggal, pihaknya yakin mampu menjual sehingga 20 unit kenderaan tersebut sebulan terutama dengan sambutan menggalakkan diterima sebelum ini terhadap produk Isuzu.

Pacuan empat roda keluaran Isuzu sebelum sudah terbukti kehebatannya justeru syarikat ini kini tampil dengan produk terbaharu yang lebih baik kepada pengguna di Kelantan yang mahu memilikinya.

Saya yakin kenderaan ini akan mendapat sambutan hangat kerana ia sangat praktikal untuk perjalanan jauh tambahan pula keadaan geografi di Kelantan sendiri yang mana pacuan empat roda sangat sesuai digunakan," katanya ketika ditemui selepas pelancaran penjualan pacuan empat roda itu di pejabat jualannya sini hari ini.

Menurut Yiew Sun, Isuzu D-Max 2.5L dijual pada harga antara RM71,000 hingga RM103,000 mengikut spesifikasi dan kelengkapan dalaman yang ada, manakala lima jenis warna ditawarkan iaitu kelabu, merah, hitam, putih dan perak.

Katanya, semua tempahan boleh dibuat bermula hari ini. Penempah awal akan berpeluang menerima beberapa hadiah menarik seperti kamera jenama Canon dan beberapa barangan lain.

Majlis perasmian itu turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Lawan Jerman tanpa Koo-Tan?

Posted: 20 May 2013 11:58 AM PDT

Oleh Norzie Mohd. Khasbi dan Zazali Jamian
sukan@utusan.com.my

Tan Boon Heong (depan) dan Koo Kien Keat mungkin tidak akan disenaraikan menentang Jerman pada Piala Sudirman, hari ini. - UTUSAN/DJOHAN SHAHRIN SHAH

KUALA LUMPUR - Pertemuan dengan Jerman hari ini ibarat 'hidup mati' perjuangan Malaysia dalam saingan badminton Piala Sudirman.

Kita akan berdepan ujian getir itu dengan menggugurkan beregu paling berpengalaman, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong.

Pasangan No. 3 dunia itu bakal menerima hukuman ekoran prestasi buruk ketika tewas 18-21, 18-21 kepada beregu Taiwan, Lee Sheng Mu-Tsai Chia Hsin, keputusan yang membawa kepada kekalahan 2-3 Malaysia.

Pengakuan Boon Heong bahawa dia sudah hilang keyakinan berdepan Jerman dan rela digugurkan memudahkan barisan jurulatih membuat keputusan, namun memikirkan kenyataan seperti itu keluar daripada mulut seorang pemain kelas dunia ia memang amat mengecewakan.

Ketua jurulatih beregu kebangsaan, Tan Kim Her seperti diduga enggan mendedahkan barisan pemain yang bakal diturunkan Malaysia hari ini dengan alasan khuatir ia akan dihidu Jerman, namun daripada bayangan yang diberikan, Kien Keat-Boon Heong tiada dalam perancangan.

"Kekalahan Kien Keat dan Boon Heong semalam menjadi punca kekalahan pasukan negara. Kita menyasarkan mata daripada perseorangan lelaki, beregu campuran dan beregu lelaki, tetapi mereka gagal memberikan mata seperti diharap.

"Kita kena turunkan pasukan terbaik bertemu Jerman kerana kita perlu menang jika mahu ke suku akhir. Yang terbaik itu tidak semestinya berdasarkan ranking dan rekod tetapi prestasi semasa.

"Semalam (kelmarin) kita turunkan skuad yang kita rasa terkuat tetapi malangnya pasukan terbaik itu tidak mampu menang, jadi esok (hari ini) pun kita akan turunkan yang terbaik daripada aspek penilaian dan bukan rekod di atas kertas semata-mata," kata Kim Her.

Berdasarkan rekod pertemuan pasangan No. 7 dunia, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong paling layak menggalas cabaran beregu lelaki kerana mereka pernah mengalahkan beregu utama Jerman, Kindervater Ingo-Schoettler Johannes pada All England, Mac lalu.

Goh V Shem-Lim Khim Wah pula kalah kepada gandingan tersebut di Terbuka Jerman, seminggu sebelumnya, tetapi kejayaan menjuarai Grand Prix Emas Terbuka Malaysia awal bulan ini telah meningkatkan keyakinan pasangan muda itu.

"Thien How-Wee Kiong ada pengalaman dan pernah menewaskan beregu Jerman itu pada All England, tetapi V Shem-Khim Wah memiliki prestasi semasa yang baik, jadi kita kena tengok dulu bagaimana tahap keyakinan mereka untuk diturunkan.

"Sepatutnya dalam kejohanan besar seperti ini semua pemain bersedia untuk diturunkan pada bila-bila masa dan tidak timbul rasa tidak yakin tetapi sudah tentu siapa yang lebih meyakinkan akan menggalas cabaran," katanya lagi.

Dalam empat acara lain, mungkin hanya perseorangan wanita bakal menyaksikan rombakan selepas Sonia Cheah mempamerkan aksi 'kaku' ketika tewas mudah kepada pemain Taiwan, Tai Tzu Ying 7-21, 13-21.

Jaguh No. 1 dunia, Lee Chong Wei akan terus mengetuai cabaran perseorangan lelaki bersama beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying serta beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei.

Malaysia tiada pilihan kecuali mengalahkan Jerman hari ini untuk melayakkan diri ke suku akhir selaku dua pasukan terbaik Kumpulan C. Kita menyasarkan untuk menyamai pencapaian terbaik 2009 iaitu layak ke separuh akhir.

Rekod bukan lagi jaminan

Posted: 20 May 2013 11:58 AM PDT

KUALA LUMPUR - Rekod pertemuan tidak lagi menjadi kriteria utama Rashid Sidek dalam memilih perseorangan wanita yang akan menentang Jerman hari ini, kerana dia tidak mahu terpedaya buat kali kedua.

Ketua jurulatih perseorangan negara itu memilih Sonia Cheah berbanding pemain yang lebih berpengalaman, Tee Jing Yi ketika menentang Taiwan kelmarin kerana Sonia pernah menewaskan perseorangan utama mereka, Tai Tzu Ying dua kali dalam kempen Piala Axiata, bulan lalu.

Bagaimanapun, Sonia bukan sahaja gagal mengulangi kecemerlangan ketika kedua-dua mereka bertemu lagi, malah kalah mudah 7-21, 13-21 dalam masa 24 minit kepada pemain No. 9 dunia itu.

"Rekod bukan lagi perkara yang boleh disandarkan apabila kami mahu memutuskan pemain yang sesuai untuk diturunkan, kita kena tengok keyakinan pemain juga selepas ini.

"Selepas Koo Kien Keat-Tan Boon Heong kalah (beregu lelaki), Sonia mula hilang keyakinan dan memberi tekanan kepada diri sendiri, dia tidak menunjukkan permainan sebenar pada ketika Tzu Ying pula menyerlahkan kemampuannya.

"Bertemu Jerman nanti, kita bernasib baik kerana pemain utama mereka, Juliane Schenk tidak datang, jadi mereka hanya akan menurunkan Schnaase Karin sebagai perseorangan wanita.

"Kalau ikut rekod, Sonia pernah kalahkan Karin sekali (Terbuka Belanda 2012) dan Jing Yi pula tidak pernah bertemu pemain ini. Secara jujur, saya tidak pernah tengok dia (Karin) bermain, jadi saya hanya tengok kali pertama apabila dia bertemu Taiwan hari ini (semalam).

"Saya bawa Jing Yi dan Sonia sekali bersama menonton perlawanan itu. Esok pagi (hari ini) kami akan bincang hati ke hati, siapa lebih memiliki keyakinan untuk beraksi. Kalau ikut pengalaman, saya rasa Jing Yi lebih sesuai," ujar Rashid.

Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei kekal mengetuai saingan perseorangan lelaki dan dijangka tidak menghadapi masalah berdepan pemain tidak ternama, Domke Dieter selepas Jerman kehilangan sentuhan pemain terbaiknya yang juga juara Eropah, Marc Zwiebler.

Kelmarin, Chong Wei menjadi satu-satunya pemain Malaysia yang langsung tidak berdepan masalah ketika menentang Taiwan apabila menang mudah 21-8, 21-13 ke atas Yang Chih Hsun.

Malaysia sebaliknya bergelut dalam empat acara lain, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran, sebelum akhirnya kalah mengejut 2-3.

Kien Keat-Boon Heong membuka jalan kepada kekalahan Malaysia apabila tunduk 18-21, 18-21 kepada Lee ShengMu-Tsai Chia Chin. Turut kecundang beregu wanita, Vivian Hoo-Woon Khe Wei yang tewas 17-21, 19-21 di tangan Cheng Wen Hsing-Hsieh Pei Chen.

Beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dipaksa berhempas pulas sebelum menundukkan Lu Ching Yao-Lai Chia Wen 25-23, 21-11.

"Kita masih ada peluang untuk ke suku akhir, harap pemain tidak patah semangat dengan kekalahan semalam. Yang penting, mereka terus berjuang dalam setiap peluang yang ada," ujar Rashid.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Sindiket 'bomoh Cina' tumpas

Posted: 20 May 2013 11:57 AM PDT

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my

MOHD. Shukri Dahalan (tengah) menunjukkan barangan kemas dan wang tunai yang dipercayai milik mangsa yang berjaya dirampas pihaknya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontijen Perak di Ipoh, semalam.

IPOH 20 Mei - Selepas mengaut keuntungan atas angin mencecah jutaan ringgit hasil kegiatan penipuan sejak 2010, satu sindiket penipuan didalangi 'bomoh Cina' yang kononnya mempunyai kuasa membuang nasib malang akhirnya dicekup polis Jumaat lalu.

Lima anggota sindiket tersebut terdiri daripada empat wanita dan seorang lelaki warga China berusia 45 hingga 51 tahun ditahan dalam serbuan di sebuah bilik hotel dekat Kulim, Kedah pada pukul 3.30 pagi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan berkata, tangkapan itu hasil risikan polis melalui pasukan khas yang ditubuhkan di bawah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri sejak lima bulan lalu.

Katanya, sindiket berkenaan ditahan susulan kes yang dipercayai didalangi kumpulan tersebut di Langkap, Pasir Salak pada 23 April lalu.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan polis merampas wang tunai berjumlah RM3,270 Dolar Singapura (RM1,718) dan 9,000 yuan (RM4,373).

"Dalam serbuan itu, polis turut merampas pelbagai barang kemas antaranya enam utas gelang, 14 bentuk cincin, sembilan anting-anting, dua bentuk loket, dua utas rantai leher dan seutas rantai tangan," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak hari ini.

Mohd. Shukri memberitahu, berdasarkan semakan dokumen perjalanan suspek, tiga daripada mereka memasuki negara ini pertama kali manakala selebihnya pernah masuk beberapa kali.

Katanya, kesemua mereka kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan ditahan reman selama empat hari sehingga hari ini.

"Sindiket ini terlibat dalam beberapa kes di negeri ini dan sejak 2010 hingga 2013, terdapat 23 kes tipu bomoh Cina dilaporkan melibatkan kerugian berjumlah RM1.18 juta.

"Modus operandi kumpulan ini adalah memperdayakan mangsa agar menyerahkan wang tunai dan barangan kemas untuk tujuan membuang nasib malang atau buruk. Mangsa mereka pula terdiri daripada warga emas," katanya.

Sehubungan itu, katanya, orang awam terutama kaum Cina dinasihatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan individu tidak dikenali yang mengaku sebagai bomoh bagi mengubati pelbagai penyakit.

Misi buru penembak ganas

Posted: 20 May 2013 11:57 AM PDT

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpenang@utusan.com.my

PULAU PINANG 20 Mei - Polis negeri ini menubuhkan satu pasukan khas dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bagi membanteras kes jenayah membabitkan senjata api yang semakin menjadi-jadi di negeri ini.

Pasukan khas tersebut diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah.

Hasil penubuhan pasukan berkenaan, beberapa suspek yang terlibat dalam jenayah berkenaan telah dikenal pasti berdasarkan petunjuk baharu dalam beberapa kes tembak baru-baru ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, sejak Januari lalu, sebanyak 12 kes tembak dicatatkan di negeri ini.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, sebanyak empat kes melibatkan tembak mati, lima kes mangsa cedera dan sembilan lagi penggunaan senjata api.

"Saya ingin ingatkan agar jangan cabar polis. Ini bukan bandar koboi yang boleh buat sesuka hati malah pihak polis amat serius dalam hal ini.

"Kita sudah kenal pasti penjenayah terbabit dan tindakan segera akan diambil terhadap mereka yang didapati terlibat berikutan tindakan mereka menimbulkan kegusaran kepada orang awam," katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Menurut Abdul Rahim, pihaknya membuat permohonan kepada kerajaan DAP Pulau Pinang supaya menambah bilangan kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa kawasan panas bagi membendung jenayah.

"Kerajaan negeri pun telah meluluskan permintaan kita. Kita masih menunggu laporan daripada ketua polis daerah masing-masing untuk menamakan lokasi bagi menempatkan CCTV itu," ujarnya.

Menurutnya, di sekitar Georgetown terdapat 28 CCTV dan permohonan terbaru adalah untuk kawasan di Seberang Perai.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


19 murid Orang Asli sertai perkhemahan

Posted: 20 May 2013 11:57 AM PDT

KOTA BHARU 20 Mei - Seramai 19 murid Orang Asli dari Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi, sebuah sekolah Orang Asli di pedalaman Gua Musang menyertai Perkhemahan Pendedahan Unit Beruniform Pengakap Negeri Kelantan selama tiga hari baru-baru ini.

Murid Orang Asli daripada pelbagai unit beruniform sekolah itu dijemput bersama 16 lagi sekolah rendah sekitar Pengkalan Chepa melibatkan lebih 250 murid keseluruhannya.

Pesuruhjaya Pengakap Kelantan, Mohd. Adnan Hassan Nordin berkata, sekolah Orang Asli itu dijemput pertama kali bertujuan melibatkan mereka bersama rakan sebaya dalam menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan.

"Penyertaan mereka sangat menggembirakan kami kerana mereka tidak kekok malah dapat bersama-sama dengan pelajar lain sepanjang perkhemahan tiga hari itu.

"Mereka mesra berbincang untuk melaksanakan aktiviti yang ditetapkan termasuk membuat persiapan program kebudayaan, berkawad serta ikhtiar hidup," katanya ketika ditemui dalam majlis penutup perkhemahan itu di Pusat Aktiviti Pengakap Kem Kijang di sini.

Mohd. Adnan memberitahu, kesemua pelajar Orang Asli itu turut dibawa melihat beberapa prasarana yang ada di Kota Bharu seperti Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra dan menikmati keindahan Pantai Cahaya Bulan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Krew keracunan makanan, Pesawat terpaksa mendarat di Paris

Posted: 20 May 2013 01:00 PM PDT

PARIS 21 Mei - Sebuah pesawat penumpang dalam penerbangan dari Zurich ke Philadelphia melakukan pendaratan kecemasan di lapangan terbang Charles de Gaulle di sini selepas empat krew pesawat tersebut jatuh sakit.

Pegawai lapangan terbang melaporkan, keempat-empat krew tersebut dibawa ke pusat perubatan dan didapati mengalami keracunan makanan.

Bagaimanapun tiada penumpang yang cedera semasa insiden itu berlaku. - AFP

Rusia gagalkan plot pengganas serang Moscow

Posted: 20 May 2013 12:59 PM PDT

MOSCOW 21 Mei - Pihak keselamatan Rusia hari ini menggagalkan satu plot untuk melancarkan serangan pengganas di sini hari ini.

Jawatankuasa Anti-Keganasan Kebangsaan dalam kenyataannya berkata, dua perancang berjaya dibunuh dan seorang lagi ditahan oleh pihak berkuasa Rusia dalam serbuan yang dilakukan di kawasan penempatan di pinggir Moscow.

Tindakan pantas pasukan keselamatan berjaya menghalang rancangan pengganas untuk melancarkan serangan di ibu negara ini," jelas kenyataan tersebut.

Ketiga-tiga suspek terbabit merupakan rakyat tempatan dan dipercayai mendapat latihan ketenteraan di wilayah yang bersempadan dengan Afghanistan dan Pakistan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Jangan takut derma buah pinggang

Posted: 20 May 2013 12:09 PM PDT

Oleh ALI MAHMOOD
utusanktn@gmail.com

Pasukan doktor melakukan pembedahan pemindahan buah pinggang seorang penderma. - Gambar hiasan

TEMERLOH 20 Mei - Seramai 17,138 pesakit buah pinggang di seluruh negara kini hidup menderita kerana tiada insan lain yang sanggup menderma organ itu bagi membantu mereka meneruskan kehidupan harian secara normal seperti orang lain.

Secara umumnya rakyat negara ini yang sihat belum bersedia untuk menderma buah pinggang kepada mereka yang memerlukan kerana beranggapan kehilangan salah satu buah pinggang akan menyebabkan kehidupan tidak sempurna.

Malah, mereka beranggapan penderma organ tersebut mungkin akan berhadapan dengan pelbagai kompilasi penyakit lain apabila salah satu buah pinggang diberikan kepada orang lain.

Pelbagai stigma dan mitos disebarkan menyebabkan rakyat masih meragui kenyataan bahawa hanya memiliki satu buah pinggang, mereka masih boleh menjalani hidup seperti biasa.

Menurut Pakar Nefrologi dan Ketua Jabatan Perubatan Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Dr. Rafidah Abdullah, kepercayaan terhadap perkara itu menjadi satu halangan besar bagi membantu pesakit buah pinggang hidup lebih baik.

Katanya, ramai beranggapan pendermaan buah pinggang adalah langkah paling akhir bagi menyelamat nyawa penghidap penyakit berkenaan.

"Kita mungkin berpendapat proses dialisis yang dilalui oleh pesakit terbabit adalah satu alternatif terbaik yang perlu dijalani oleh mereka daripada menerima buah pinggang orang lain atau saudara mara terdekat.

"Pandangan seperti itu adalah salah, sebenarnya menerima organ berkenaan adalah lebih baik dan menjadi pilihan utama kerana bukan sahaja menjimatkan kos rawatan tetapi pesakit dapat menjalani kehidupan seperti biasa," katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui pada program pameran dan khidmat Pendidikan Pesakit Dialisis Mengenai Pemindahan Buah Pinggang di hospital tersebut di sini baru-baru ini.

Rafidah berkata, mereka yang menderma buah pinggang tidak akan mengalami komplikasi lain dan akan hidup sihat seperti sebelum menderma organ berkenaan.

Beliau menjelaskan, kaedah menerima buah pinggang itu adalah menjimatkan perbelanjaan berbanding proses menjalani rawatan dialisis sepanjang hayat.

"Perbelanjaan hemodialisis memerlukan perbelanjaan RM33,000 setahun bagi setiap pesakit, sedangkan proses pemindahan adalah jimat iaitu lebih separuh daripada perbelanjaan kerana hanya sekali proses pembedahan dijalankan dan dilakukan secara percuma di hospital kerajaan," katanya.

Menurutnya, beliau sendiri mempunyai seorang adik yang sejak lahir mempunyai satu buah pinggang sahaja tetapi menjalani kehidupan normal seperti orang lain yang mempunyai dua organ itu.

Ujarnya, daripada pemantauan, kajian dan analisis terhadap penderma mendapati mereka tidak menghadapi sebarang penyakit lain.

"Jadi pemindahan dan rawatan buah pinggang adalah jalan terbaik dengan melibatkan penderma daripada kalangan ahli keluarga dan adalah rawatan terbaik serta sesuai terutama bagi pesakit yang masih muda.

"Berbanding menerima rawatan dialisis, hidup mereka tidak bebas apabila terikat dengan masa kerana banyak dihabiskan menjalani proses tersebut iaitu tiga kali seminggu selama empat jam,'' katanya.

Selain itu katanya, mereka juga terpaksa berpantang dalam aspek pemakanan dan sudah tentunya menyebabkan kehidupan golongan itu terbatas serta turut mengganggu tugas bagi yang bekerja.

Dalam pada itu, Ketua Unit Perkhidmatan Transplant, Bahagian Perkembangan Khidmat Perubatan Kementerian Kesihatan, Dr. Raja Farah Baizura Raja Shahruddin memberitahu, adalah wajar pesakit dan keluarganya mendapatkan khidmat nasihat di hospital bagi memastikan kaedah terbaik membantu pesakit buah pinggang terutama daripada kalangan keluarga sendiri.

Katanya, program kesedaran mengenai menderma buah pinggang kepada pesakit oleh ahli keluarga sudah lama diperkenalkan tetapi kurang mendapat sambutan berikutan masyarakat takut menerimanya.

"Kaedah menderma dan menerima buah pinggang tidak mendatangkan risiko atau komplikasi kesihatan kerana pesakit serta keluarga akan menjalani pemeriksaan kesihatan secara teliti.

"Kaedah ini membantu pesakit mendapatkan buah pinggang lebih cepat kerana jumlah pesakit yang mendaftar di Sistem Perkongsian Organ Malaysia (eMOSS) untuk mendapatkan buah pinggang semakin bertambah,'' ujarnya.

Katanya, mengikut rekod terdapat 22 penderma dan pemindahan buah pinggang telah dilakukan di seluruh negara sejak 1975 sehingga kini daripada 44 individu yang berikrar menderma buah pinggang.

"Di Pahang, terdapat 12 proses pemindahan organ berkenaan bagi tempoh yang sama iaitu dua kes di Hoshas, satu di Kuantan Special Cantre dan sembilan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan," jelasnya.

Tambah beliau, sehingga akhir tahun lalu terdapat 216,140 individu berikrar menderma organ dan daripada jumlah itu 1,561 orang bersetuju mendermakan buah pinggang, iaitu 1,159 orang sanggup menderma organ tersebut semasa hidup dan 402 mendermakannya selepas kematian.

Menurutnya, rakyat negara ini paling sedikit berikrar untuk menderma organ sewaktu hidup atau selepas kematian iaitu 0.75 peratus bagi populasi keseluruhan penduduk di negara ini.

Sehubungan itu, beliau berharap golongan muda tampil berikrar menderma kerana organ mereka masih dalam keadaan baik dan setiap orang yang didermakan selepas kematian boleh menyelamatkan lapan nyawa.

"Malah dari sudut agama Islam pula, Majlis Fatwa Kebangsaan mengesahkan pendermaan organ selepas kematian bukan sahaja dibenarkan tetapi diharuskan.

"Oleh itu, saya berharap umat Islam juga perlu tampil menjadi penderma organ dan tidak perlu rasa bersalah kononnya jasad kita tidak sempurna apabila dibangkitkan semula di akhirat nanti," kata beliau.

Tiada masalah hidup dengan satu buah pinggang

Posted: 20 May 2013 12:09 PM PDT

Ramvet Kaur telah menderma salah satu buah pinggang kerana kasihan melihat suaminya yang terpaksa menjalani rawatan dialisis tiga kali seminggu.

TEMERLOH 20 Mei - Seorang wanita yang telah menderma salah satu buah pinggang kepada suaminya kini mampu menjalani kehidupan harian seperti biasa walaupun mempunyai satu buah pinggang sahaja.

Wanita berkenaan, Ramvet Kaur, 34, berkata, dia sanggup mengambil tindakan yang cukup berani dalam hidupnya semata-mata ingin melihat suami yang menghidap penyakit buah pinggang hidup sihat.

Tambahnya, hasil pengorbanannya itu berhasil apabila suaminya V. Manvir, 45, kini mampu hidup seperti insan lain dan bebas bergerak tanpa gangguan masa untuk proses dialisis seperti sebelum ini.

Katanya, pengorbanan itu memberi erti besar dalam kehidupan suaminya sekali gus menolak dakwaan penderma organ terutama buah pinggang akan menghadapi masalah dalam kehidupan seharian mereka.

"Kesedaran memberikan buah pinggang timbul apabila mendapati keadaan suami semakin lemah sejak mendirikan rumah tangga dua tahun lalu.

''Kami mengadakan perbincangan dengan pakar perubatan dan mendapati kaedah pemberian buah pinggang kepada suami antara cara untuk menyelamatkan nyawanya,'' katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Pada peringkat awal katanya, pakar perubatan menjalankan pemeriksaan kesihatan ke atasnya dan suami bagi memastikan tiada sebarang penyakit serta buah pinggang berkenaan sesuai untuk suami.

Ramvet berkata, akhirnya doktor mendapati buah pinggangnya sesuai lalu menjalani pembedahan dan sehingga kini suaminya hidup sihat tanpa sebarang penyakit atau risiko hasil pembedahan berkenaan.

Bagi Manvir pula, pada peringkat awal dia tidak mempercayai bahawa Ramvet sanggup mendermakan sebelah organ tersebut.

Katanya, setelah mengadakan perbincangan dan mengambil kira risiko ditanggung, mereka akhirnya membuat keputusan menerima ginjal isterinya yang kebetulan sesuai dengannya.

"Usaha memindahkan ginjal itu mendapat perhatian hospital iaitu kami sentiasa menjalani pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan sekali bagi memastikan tiada sebarang jangkitan kuman atau penyakit lain" katanya.

MBNP bantah perhimpunan haram

Posted: 20 May 2013 12:09 PM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanktn@gmail.com

MARAN 20 Mei - Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) menyokong ketegasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba menghuru-harakan negara.

Sehubungan itu, Pengerusinya, Khairul Amin Osman (gambar) berkata, majlis itu membantah tindakan tidak bertamadun pembangkang yang berterusan mengadakan perhimpunan haram di beberapa negeri yang mempertikaikan keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 baru-baru ini.

Beliau berkata, sebanyak 26 gabungan dalam pertubuhan itu yang mempunyai 30,000 ahli itu mengutuk usaha Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menganjurkan perhimpunan terbabit untuk meraih simpati rakyat.

Tegasnya, rakyat yang diberi kuasa mengundi dalam pilihan raya umum lalu telah memilih Barisan Nasional (BN) dan perlu diterima dengan baik serta rasional oleh mereka.

"Sikap yang tidak dapat menerima kekalahan dan meletakkan kesalahan kepada pihak lain atas kekalahan pembangkang menampakkan kerakusan Anwar menghalalkan cara untuk menumbangkan kerajaan BN.

"Anwar yang secara terus-terusan menghasut rakyat dengan provokasi dan fitnah dengan menyalahkan BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya tidak boleh diterima akal yang waras,' katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas majlis pelancaran program liga sukan untuk semua oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abdul Muttalib di Kompleks Rakan Muda Daerah Maran di sini semalam.

Beliau berkata, kepimpinan badan gabungan itu telah diingatkan supaya tidak ada mana-mana ahli persatuan mereka terbabit dengan demonstrasi jalanan.

Tambahnya, kerajaan perlu bertegas dengan penganjur atau individu yang bermaharajalela menganjurkan demonstrasi haram jalanan tanpa rasa bersalah.

"Tindak tanduk Anwar yang menghasut rakyat di seluruh negara dengan sokongan DAP sangat menjijikkan,''katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Ketua guru disiplin bebas tuduhan cabul 11 pelajar

Posted: 20 May 2013 11:57 AM PDT

Ismazi @ Megat Ismazi Ismail (kiri) dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mencabul kehormatan pelajar sekolah menengah oleh Mahkamah Majistret Ampang, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 20 Mei - Selepas dua tahun menghadapi pertuduhan mencabul 11 pelajar perempuan, seorang ketua guru disiplin akhirnya mampu menarik nafas lega apabila Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan tersebut.

Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membuat keputusan itu terhadap Ismazi @ Megat Ismazi Ismail, 51, selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Ayuni dalam keputusannya berkata, pendakwaan gagal memanggil seorang saksi penting yang berada di tempat kejadian iaitu pengawas sekolah berketurunan India yang boleh menceritakan situasi sebenar pada waktu kejadian.

Menurut beliau, terdapat percanggahan antara keterangan pelajar yang dikenakan tindakan disiplin pada hari kejadian dan pengakuan bertulis pengawas tersebut.

Dalam pengakuan bertulisnya, pengawas itu menyatakan, tertuduh ada meminta izin daripada kesemua pelajar untuk memegang leher bagi memeriksa denyutan nadi sebelum merotan pelajar tersebut dan kesemua pelajar itu tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang tertuduh semasa pemeriksaan nadi dijalankan.

Menurut majistret itu lagi, mahkamah berpendapat, sekiranya tertuduh ingin berbuat perkara tidak baik, dia tidak meminta kebenaran selain jumlah pelajar yang ramai berada di dalam bilik disiplin ketika kejadian.

Mahkamah juga mengambil kira keterangan kesemua saksi yang menyatakan, tiada seorang pun daripada 11 pelajar itu menjerit, meronta atau menangis apabila tertuduh kononnya meletakkan tangan ke atas dada mereka seperti yang didakwa mereka.

''Jika ada pelajar yang tidak senang dengan perbuatan tertuduh, mereka semua berpeluang melarikan diri, keluar dari bilik disiplin yang tidak berkunci itu dan boleh terus melaporkan kepada pengetua atau mana-mana guru tetapi perkara itu tidak dilakukan.

''Ini kerana sekiranya perbuatan cabul itu benar-benar berlaku, perbuatan itu sesuatu yang serius dan tindakan segera boleh diambil terhadap tertuduh oleh pihak sekolah,'' katanya.

Mengikut pertuduhan, Ismazi didakwa mencabul kehormatan 11 pelajar perempuan berusia antara 15 dan 16 tahun di dalam bilik guru disiplin di sekolah menengah tersebut antara pukul 7.30 dan 8.30 pagi, 25 Februari 2011.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Sepanjang perbicaraan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Rene, sebanyak 23 saksi dipanggil memberikan keterangan di peringkat pendakwaan.

Ismazi ketika ditemui pihak media melahirkan rasa syukur dengan keputusan tersebut dan menyatakan, dia hanya menjalankan tugas sebagai guru disiplin pada hari kejadian demi mendidik pelajar sekolah itu.

Ismazi yang berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun kesal kerana banyak tohmahan dan penghinaan diterima daripada masyarakat serta laporan akhbar sesetengah media yang berat sebelah dan cuba menimbulkan isu perkauman.

Dia yang digantung tugas semenjak kes itu dibawa ke mahkamah berharap ibu bapa memberikan sokongan dan kerjasama kepada guru dalam menjalankan tanggungjawab dan tidak menjadikan sekolah tempat menghangatkan isu.

Sementara itu, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili Ismazi berkata, pihaknya akan memikirkan tindakan lanjut mengenai laporan palsu terutama pembabitan sesetengah ahli politik yang mengambil kesempatan terhadap kes tersebut.

Kes bunuh eksekutif TV9 disebut 26 Jun

Posted: 20 May 2013 11:57 AM PDT

SHAH ALAM 20 Mei - Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 26 Jun ini sebutan semula kes suami yang didakwa membunuh isterinya, seorang eksekutif pentadbiran stesen televisyen swasta, TV9, Nur Syaleza Jaffar, awal Ramadan tahun lalu.

Tarikh tersebut ditetapkan oleh Hakim Datuk Ahmadi Asnawi di kamar beliau hari ini.

Menurut peguam, Shah Rizal Abdul Manan yang mewakili Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 32, tarikh tersebut ditetapkan sementara menunggu laporan bedah siasat mangsa.

Norazman Bashah didakwa membunuh Nur Syaleza, 31, di antara pukul 12 tengah hari dan 7.30 malam, 28 Julai tahun lalu di kediaman mereka di No.115, Tingkat 1, Blok O, Apartmen Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai dekat sini.

Bekas eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati mandatori.

Akhbar sebelum ini melaporkan mayat mangsa ditemui dalam keadaan tergantung dalam biliknya di kediaman mereka oleh tertuduh kira-kira pukul 7.25 malam pada hari kejadian selepas dikatakan tidak menjawab apabila dipanggil untuk berbuka puasa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Naluri anak muda PRU-14?

Posted: 20 May 2013 11:57 AM PDT

Oleh Zulkifli Jalil

PEKARANGAN Masjid Negeri Shah Alam pada satu malam bebeberapa hari selepas pakatan pembangkang menang sekali lagi di Selangor, memang meriah.

Kereta bersesak-sesak masuk memenuhi petak-petak letak kereta masjid. Yang meletak kereta dalam perkarangan letak kereta masjid semacam bukan gaya nak ke masjid. Yang mudanya berbaju T, berseluar separuh lutut.

Hendak dikatakan seluar pendek bukan, seluar panjang pun bukan. Yang agak dewasanya, membawa anak-anak dan isteri, dengan anak remajanya pun gaya sedemikian juga.

Dan yang menghairankan lelaki-lelaki dewasa yang keluar dari kereta yang diletakkan di situ, dalam kawasan masjid - ramai bukan kalangan Islam. Tidak ada kelibat pengawal keselamatan masjid di situ.

Rupa-rupanya bukan masjid yang dituju oleh rombongan yang berkereta dan memonopoli petak-petak letak kereta Masjid negeri itu tetapi dataran kemerdekaan, Seksyen 10 bersebelahan - untuk meraikan majlis kesyukuran pakatan pembangkang kekal di negeri itu tadi.

Di belakang pentas yang dijadikan platform berucap pada malam itu berkerumun lelaki dan wanita Pas mengambil gambar mereka yang sedang menjamah makanan di situ. Bagaikan artis, yang antaranya termasuk Teresa Kok dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang asyik menjamu selera.

Sememangnya kawasan dataran kemerdekaan pada malam itu meriah. Pas khususnya menempatkan gerai-gerai sup ekor, sup gear box, sup tulangnya serta gerai wajib mereka - menjual kaset-kaset ucapan politik, akhbar-akhbar Harakah, Suara Keadilan dan Rocket.

Cuma, yang luar biasa kali ini dalam siri menempatkan gerai-gerai semasa ceramah pembangkang' ialah jualan baju-baju T berwarna hitam, tertera perkataan blackout - meskipun jelas tidak ada laporan terputus bekalan elektrik di pusat-pusat pengiraan undi pada 5 Mei lalu.

Baju-baju serba hitam ini merata dijual di dataran berkenaan. Beberapa kumpulan kecil anak-anak muda berumur lingkungan 20-an dan 30-an seakan-akan naik syeh apabila mengenakan baju berkenaan.

Kita jangan tunggu lima tahun lagi. Kita ubah sekarang...UMNO penipu, BN pembohong," kata seorang dua anak muda yang kedengaran jelas di telinga penulis dan beberapa rakan.

Di dataran itu semua yang ada menjadi rakan. Yang tak kenal disapa asalkan sahaja berbaju blackout. Empat lelaki muda Cina berlilitkan kepala lambang Pas dan kalimah Allah, disalam oleh beberapa lelaki memakai baju bulan. Didakap-dakap bagaikan rakan lama yang baru ketemu.

Di dataran itu, UMNO dan BN seolah-olah tidak ada sekelumit jasa walaupun telah 50 tahun memerintah Malaysia. Yang datang ke dataran itu rata-rata menghamburkan kata-kata berbaur herdikan dan tohmahan kepada UMNO. Yang menghairankan nama MCA, Gerakan dan MIC langsung tidak kedengaran daripada suara-suara yang memenuhi dataran berkenaan yang bagaikan satu pesta.

Sesuatu yang nyata berdasarkan senario di dataran berkenaan pada malam itu ialah UMNO jelas menjadi musuh besar hadirin dataran berkenaan.

Dan yang nyata, sebilangan anak muda yang ada di dataran itu kalau kita amati boleh dipersoalkan sejauh mana tahap pengetahuan mereka tentang politik. Politik tulen, demokrasi, kenegaraan dan terbaharu, tsunami Cina.

Apakah anak-anak muda Melayu sedar akan implikasi janji-janji mi segera turunkan harga minyak, hapuskan tol, lupus PTPTN dan lain-lain kepada ekonomi negara.

Walaupun apa pun telahan kita, sentimen dan jiwa anak muda Malaysia pada hari ini sudah berubah, sesuatu yang harus semua pihak akui ialah golongan inilah akan menjadi penentu masa depan negara.

Pengundi baru yang akan memasuki daftar pemilih hujung tahun ini dan 2014 nanti adalah mereka yang celik IT (teknologi maklumat) dan terdedah banyak maklumat laman sosialnya.

Dan mereka ada di mana-mana program di setiap perhimpunan tanpa permit anjuran Anwar Ibrahim. Atas kertas, apabila mereka ini yang dalam lingkungan 18 dan 19 tahun memasuki rekod pengundi berdaftar PRU-14, maka akan secara automatik menjadi penyokong tegar pembangkang. Tidak sokong BN.

Melayu telah pecah tiga - UMNO, Pas dan PKR manakala kaum Cina tetap solid - satu, DAP.

Justeru, sewajarnya perkara ini diambil iktibar oleh banyak pihak terutamanya UMNO yang menjadi tonggak BN. UMNO kena beri tumpuan serius kepada golongan muda yang penulis sebutkan tadi. Ini termasuk di dataran kemerdekaan Shah Alam tempoh hari.

Daripada raut wajah mereka ini boleh penulis nukilkan yang penuh dendam dan agak liar.

Jika sesuatu tidak dilakukan, maka jadilah seperti mana yang boleh dilihat semasa satu program anjuran Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan baru-baru ini yang rata-rata hadirinnya daripada kalangan orang tua.

Bertitik-tolak dari isu inilah, UMNO kena menggunakan orang muda untuk menggerakkan orang muda. Bukannya menggunakan orang tua untuk mengejutkan atau mengajar orang muda tentang politik semasa tanah air.

Orang muda bukan macam dulu dengar cakap. Mereka di era sekarang mahukan orang tua atau pemimpin mendekati mereka dan menyampaikan sesuatu dalam bentuk yang berseronok.

Kalau untuk memberi mereka ilmu pengetahuan, mereka perlukan rakan sebaya yang mereka hormati. Dalam budaya Melayu, ada sikap orang muda kena hormat orang tua tetapi dalam konteks sekarang adalah orang tua tahu apa yang dia cakap.

Dari satu segi lain, UMNO harus menggerakkan sukarelawan parti yang terdiri daripada orang muda. Yang ketara ialah peranan cybertroopers di sebelah kerajaan yang kurang nampak pada PRU-13. Apatah lagi berkesan.

Padahal di pihak pembangkang termasuklah anak-anak muda tegar serta sebilangan kaum Cina sendiri sanggup langgar apa sahaja dengan merosakkan imej SPR, UMNO, BN dan kerajaan.

Mereka ini tahu benda yang tidak boleh diambil tindakan oleh SKMM, SPR dan polis. Setakat denda RM2,000 atau RM3,000 tak jadi hal. UMNO perlu ada suara jitu, menyerapkan barisan sukarelawan yang sarat dengan semangat perjuangan parti dan negara tanpa bersandarkan kepada elaun semata-mata.

Kerajaan boleh ambil iktibar serta mencuba pengalaman ketika bangkit semula selepas UMNO diharamkan sekitar 1988. Bagaimana kepemimpinan parti berupaya menghidupkan balik UMNO lama kepada yang baharu. Dan bagaimana selepas Anwar menggerakkan reformasi jalanannya pada akhir 1990-an tetapi berjaya dikekang kemas oleh pucuk pimpinannya masa itu.

PRU-13 tempoh hari menampilkan kira-kira 2.5 juta pengundi yang pertama kali mengundi.

Sentimen sebilangan anak muda waktu ini jelas amat menggusarkan. Mereka berada di pihak pembangkang semata-mata hendak menumbangkan UMNO dan BN meskipun Malaysia telah melepasi proses demokrasi tulen.

Di sini letaknya peranan UMNO dan BN. Asaklah universiti dan IPTS. Jangan biarkan anak muda terkontang-kanting seorang dengan hanya diperdaya elemen demokrasi berbahaya.

Apakah orang Melayu akan menjadi minoriti pada PRU-14 apabila pihak lain menjadi dominan di kertas-kertas undi? Barangkali benarlah mengapa pepatah menang sorak kampung tergadai itu muncul.

Nampaknya orang tua-tua lebih maklum apa yang bakal tercetus pada masa depan. Dicetuskan oleh puak-puak Pas, PKR dan DAP ini.

Aura pemimpin muda di Kedah

Posted: 20 May 2013 11:57 AM PDT

Khabar Dari Alor Setar

ANGKA 48 memberi erti persamaan antara Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir dengan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barrack Hussein Obama ketika berada di puncak kuasa.

Mukhriz yang dilahirkan pada November 1964, mengangkat sumpah memegang jawatan orang nombor satu di Kedah itu pada 6 Mei lalu ketika berusia 48 tahun, enam bulan (mengikut kiraan bulan).

Obama yang dilahirkan pada 1961, mengangkat sumpah memegang jawatan yang dikatakan paling berpengaruh di dunia itu, juga ketika berusia 48 tahun iaitu pada Januari 2009 selepas menang pilihan raya presiden pada November 2008.

Sungguh pun begitu, dari segi usia, Mukhriz dan Obama tidak dapat menandingi kehebatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi Menteri Besar Pahang dengan jayanya seawal usia 29 tahun pada 1982.

Dari sudut lain, Mukhriz sebagaimana Obama, sebaik-baik sahaja memegang jawatan tertinggi masing-masing, berdepan dengan cabaran yang hampir sama iaitu mengurus krisis kewangan.

Obama terpaksa menangani krisis kemelesetan ekonomi global dan krisis kewangan AS manakala Mukhriz berdepan dengan usaha mengatasi masalah kewangan negeri dan kelembapan ekonominya selepas gagal ditadbir oleh Pas Kedah.

Akibat kekurangan sumber kewangan negeri, Pas Kedah terpaksa menebang balak, timbul krisis kewangan di Kolej Universiti Insaniah (Kuin) hingga kebajikan warganya terabai, kerajaan negeri memansuhkan rebat cukai tanah Universiti Utara Malaysia (UUM), lesen pusat hiburan banyak dikeluarkan dan sebagainya.

Warisan peninggalan Pas Kedah penuh permasalahan, contohnya kadar kemasukan pelaburan asing terlalu kecil hingga projek-projek pembangunan terbantut dan hasil pendapatan negeri tidak berkembang.

Ke depan, rakyat meletakkan harapan menggunung tinggi terhadap pentadbiran Mukhriz bersama saf kepimpinan exco-exco baharu untuk membawa mereka keluar daripada belenggu itu dan seterusnya mencapai hasrat Kedah sebagai sebuah negeri maju berpendapatan tinggi.

Apa yang menarik barisan Exco itu juga mencerminkan keyakinan terhadap golongan muda apabila enam daripada lapan Exco dilantik pada 15 Mei lalu adalah pemimpin berusia 40-an dan yang termuda ialah Pengerusi Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi, Nor sabrina Mohd. Noor, 34.

Exco berusia 40-an ialah Datuk Suraya Yaacob, 44, sebagai Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan; Badrul Hisham Hashim, 44, (Kerajaan Tempatan, Bekalan Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan), Aminuddin Omar, 45, (Belia dan Sukan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan, Badan-Badan Bukan Kerajaan), Mohd. Rawi Abd. Hamid, 46, (Agama, Hal Ehwal Masyarakat India dan Siam, Sumber Tenaga Manusia, Pelancongan) dan Datuk Mohd. Tajudin Abdullah, 49, (Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan).

Hakikatnya, pelantikan mereka bukan sahaja diyakini mampu membawa idea-idea baharu dan segar dalam pasukan tranformasi negeri tetapi juga dilihat berupaya menggalas tanggungjawab di portfolio masing-masing berdasarkan latar belakang dan merit.

Apatah lagi, mereka digabungkan dalam kombinasi mantap pemimpin berpengalaman iaitu Datuk Dr. Ku Rahman Ku Ismail, 60, selaku Pengerusi Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi dan Datuk Tajul Urus Mat Zain, 61, selaku Pengerusi Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya.

Melihat kepada strategi dan pendekatan kepimpinan negeri dengan dibantu kesinambungan erat antara pentadbiran Kedah dengan Kerajaan Pusat, hasrat rakyat tersebut tidak mustahil untuk dicapai.

Mungkin ada yang akan berfikir bahawa perkara ini adalah mustahil, Kedah takkan maju, takkan mampu majukan Kedah, tapi percayalah ia tidak mustahil selagi kita fikirkan inilah masanya untuk melakar masa depan yang lebih cerah," kata Mukhriz pada majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional (BN) peringkat Jerlun baru-baru ini.

Antara strategi itu ialah cadangan mewujudkan bandar getah di Padang Terap, hab aeroangkasa di Changlon, kawasan perindustrian bercampur Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam dan pusat industri minyak di Jerlun dan Yan.

Kerajaan negeri bakal meningkatkan jumlah pelaburan berskala besar dengan mewujudkan taman teknologi baharu seumpama Taman Teknologi Tinggi Kulim selain memajukan lagi sektor pelancongan.

Melalui sektor pendidikan tinggi dengan membuka sebuah universiti penyelidikan dan pembangunan teknologi tinggi antarabangsa di Alor Setar.

Mukhriz juga menggariskan agar kemajuan negeri bukanlah pembangunan infrastuktur fikizal sahaja tetapi ia juga merangkumi pembangunan sahsiah, rohani, sosial dan kebajikan rakyat.

Kesemua rancangan itu dijangka dicapai dalam tempoh lima tahun sebagaimana terkandung dalam manifesto Aku Janji BN.

Apa pun, di bahu kepimpinan negeri kini tergalas amanah besar untuk menjayakan segala perancangan berkenaan dan sekali gus memastikan kemajuan rakyat dan negeri Jelapang Padi ini.

PENULIS adalah Ketua Biro Kedah, Utusan Malaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Bahan sisa sawit untuk hasilkan gas

Posted: 19 May 2013 10:06 AM PDT

Oleh LAUPA JUNUS

POME dimanfaatkan bagi menghasilkan gas yang boleh menggerakkan turbin untuk janaan elektrik.

KEDUDUKAN Malaysia sebagai antara pengeluar minyak sawit terbesar dunia dan kawasan penanaman yang luas sehingga lima juta hektar memberi banyak kelebihan kepada negara.

Di samping penjanaan hasil minyak sawit sehingga dikatakan mencecah nilai RM90 bilion pada tahun lepas, industri komoditi terbabit juga menawarkan nilai ekonomi sampingan yang tidak kurang pentingnya.

Ramai mengetahui industri sawit juga menawarkan pelbagai peluang menjana industri hiliran hasil daripada sisa buangannya seperti bahan buangan sawit sisa kilang (POME) dan juga tandan sawit kosong.

Mereka yang berada di luar industri sawit mungkin tidak begitu memahami masalah penghasilan bahan sisa kilang ini yang mengandungi lignocellulosic, iaitu karbohidrat bercampur minyak serta mendakan koloid yang mengandungi antara 95 dan 98 peratus air, serta lima peratus pepejal.

Kehadirannya menyebabkan peningkatan COD atau chemical oxygen demand sehingga 65,500 miligram seliter (mg/L) manakala permintaan oksigen (BOD) sehingga 26,3000 mg/L..

POME juga sangat bersifat asid atau asidik pada nilai pH antara 3.8 dan 4.5 dengan warna coklat dengan suhu hampir 75 darjah Celsius.

Berdasarkan kriteria-kriteria berkenaan POME disifatkan sebagai sangat membebankan alam sekitar, serta memerlukan kawasan kolam yang luas untuk menyimpannya yang mungkin menyamai keluasan padang bola sepak.

Pada masa sama pula tempoh masa untuk menyimpan dan merawatnya hampir mencecah dua bulan dan ini menjadikan POME dianggap sangat berpotensi sebagai agen pencemar sungai di negara ini manakala keberkesanan untuk merawatnya tidak begitu konsisten.

Bayangkan pula jika terdapat sikap pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab menyalurkan sahaja POME berkenaan terus ke sungai tanpa merawatnya terlebih dahulu yang akhirnya membawa bencana besar kepada alam sekitar khususnya persekitaran akuatik.

Sebab itulah banyak universiti yang mengambil inisiatif untuk menukarkan POME dari menjadi bebanan kepada pengilang dan seterusnya kepada alam sekitar dengan menjalankan penyelidikan bagaimana sisa kilang sawit itu sebenarnya boleh diangkat martabatnya sebagai bahan dagangan yang lebih bernilai.

POME antara yang boleh dimanfaatkan sebagai bahan buangan yang boleh menjana kekayaan atau waste to wealth sama melalui satu proses kepada bentuk lain atau menukar POME itu sendiri kepada bahan berguna.

Satu daripada teknologi yang diperkenalkan oleh sebuah universiti tempatan ialah penghasilan gas metana daripada POME yang boleh menggerakkan turbin wap, sekali gus menjana elektrik yang boleh disalurkan kepada grid.

Penyelidik Fakulti Kejuruteraan Awam UMP, Prof. Madya Dr. Zularisam Abdul Wahid yang menjalankan penyelidikan tersebut berkata, belum ada kajian yang begitu berkesan dan seumpamanya di negara ini yang mana sisa sawit tersebut dirawat untuk menjana tenaga alternatif.

Rawatan tersebut kata beliau menggunakan kalsium oksida (Cao-CKD) bagi meningkatkan granulasi enap cemar dan penghasilan gas boleh diperbaharui iaitu metana bagi rawatan POME berkenaan.

Beliau berkata, penyelidikan tersebut yang mengambil masa selama empat tahun bermula 2008 dan siap tahun lepas bertujuan memanfaatkan bahan buangan tersebut .

Penyelidikan berkenaan dijalankan dengan mencampurkan kalsium oksida sebagai bahan alkali bagi menaikkan pH (tahap keasidan) daripada debu simen buangan pada dos yang optimum bagi meneutralkan POME berkenaan.

Apabila bakteria yang sesuai dicampurkan ke dalam reaktor, gas metana akan dihasilkan.

Di samping meningkat tahap keasidan POME agar sesuai dengan aktiviti bakteria, bahan kalsium oksida yang kaya dengan pelbagai mineral seperti kalsium oksida (CaO), magnesium oksida (MgO), kalium oksida (K2O), aluminium oksida (Al2O3) dan lainnya juga mampu membekalkan nutrien tambahan kepada tumbesaran bakteria. CaO atau CKD (cement kiln dust) ialah habuk simen buangan dari kuari simen.

Penggunaan kalsium oksida ialah bertujuan untuk menggandakan formasi sel granul anaerobik melalui perkembangan granulasi enap cemar dan proses methanogenesis dengan pantas.

Hasil aplikasi teknologi hijau ini mampu merangsang pertumbuhan granulasi anaerobik sehingga tujuh kali ganda berbanding tanpa kalsium oksida.

Maka teknologi berkenaan secara tidak langsung mampu menjana gas metana sehingga lapan kali ganda berbanding kaedah konvensional dan penurunan bebanan COD, POME sehingga dua kali lebih tinggi.

Proses rawatan POME yang dulunya memerlukan satu hingga dua bulan boleh dikurangkan kepada antara empat dan tujuh hari sahaja," katanya yang menjalankan penyelidikan tersebut bersama penyelidik lain termasuk Dr. Anwar Ahmad, Dr. Mimi Sakinah dan Dr. Rumana Ghufran.

Beliau berjaya menghasilkan mesin bagi menghasilkan metana dengan kejayaan teknologi rawatan POME tersebut yang berupa sebuah reaktor ( UASB) atau Reaktor Balutan Enap Cemar, Anaerobik dengan kos yang lebih rendah lebih organik dan menghasilkan tenaga dalam bentuk biogas.

Lebih ekonomik

Mesin UASB yang dihasilkan amat menarik kerana lebih kecil, mudah alih kos efektif dan kesan penghasilan gas serta rawatan yang lebih baik berbanding kaedah konvensional yang perlu keluasan sehingga dua padang bulan dan memerlukan masa satu hingga dua bulan rawatan manakala kualiti efluen yang tidak stabil.

Dapatan kajian yang paling menarik ialah dapat meningkatkan pertumbuhan granul lebih tujuh kali berbanding kaedah konvensional serta penghasilan metana lebih lapan kali ganda.

Penghasilan metana ini boleh digunakan bukan sahaja untuk elektrik domestik tetapi juga sesuai untuk automasi, bahan bakar, dan tenaga buangan air.

Beliau berkata, pada hari ini, industri tenaga bernilai RM15 trilion manakala industri rawatan POME bernilai RM500 juta yang melibatkan 438 kilang di negara ini.

Lebih menarik, elektrik yang dijana daripada teknologi tersebut boleh dihantar ke grid utama penghantaran bekalan elektrik sebagai alternatif kepada sistem sedia ada .

Malah teknologi tersebut yang mungkin pertama di dunia lebih ekonomik dan mesra alam kerana memanfaatkan bahan buangan berkarbon.

Penyelidikan tersebut kata beliau boleh dipercayai yang pertama di dunia berdasarkan rekod penerbitan dan paten serta keputusan kajian paten.

Menurut Zularisam, hasil kajian beberapa jurnal yang berimpak tinggi menunjukkan penyelidikan tersebut adalah yang pertama dijalankan melibatkan penggunaan habuk buangan simen yang dimanfaatkan sebagai bahan penukar keasidan dan nutrien kepada bakteria penghasil metana.

Dengan penggunaan POME yang maksimum , kilang minyak sawit tidak lagi perlu menyediakan kawasan yang luas untuk menyimpan POME dan membiarkannya mencemarkan alam dengan bau serta larut resap.

Menurutnya lagi , untuk tujuan yang sama, semua jenis POME boleh digunakan selagi bahan buangan tersebut mempunyai sumber karbon yang mencukupi bagi membolehkan bakteria menukarkannya kepada gas metana iaiutu pada paras sekurang-kurangnya COD 20,000.0 mg/L dan ke atas.

Oleh itu, kata Zularizam, beliau mahu mengaplikasi teknologi tersebut di semua 438 kilang sawit yang ada di negara ini dan di peringkat awal, beliau mahu memulakannya dengan dengan sebua kilang sawit yang berpotensi.

Mana-mana kilang sawit yang berminat memerlukan kemudahan antara lain loji rawatan CaO Anaerobic Granulation-Biogas yang terdiri dari tangki pengumpulan POME , CaO-CKD , UASB, kebuk pembakaran , turbin wap dan saluran ke grid.

Kajian kelestarian sawit

Posted: 19 May 2013 10:06 AM PDT

Penubuhan SPOR di UMS mendorong kepada kajian mendalam berkaitan penyakit dan produktiviti.

BAGAIMANAPUN, di sebalik pulangan yang lumayan dijana oleh industri berkenaan, beberapa isu yang melingkari kemajuan komoditi penting negara itu perlu ditangani supaya dapat diurus secara lebih lestari.

Isu seperti penebangan hutan untuk membuka kawasan baru penanaman yang dikatakan telah menjejaskan habitat hidupan tertentu, penggunaan baja dan racun berleluasa, serta serangan penyakit dan perosak untuk tanaman monokultur ini antara yang masih membelenggu industri tersebut.

Menurut Ketua Unit Penyelidikan Minyak Sawit Lestari (SPOR), dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr. Chong Khim Phin , kajian oleh Universiti Wageningen, Belanda menunjukkan kelapa sawit merupakan tanaman pengeluaran tenaga yang paling efisien dan lestari di dunia.

Sawit berada sebaris dengan sorghum di China dan tebu di Brazil berdasarkan kepada kadar pengeluarannya hasilnya dengan keluasan tanah digunakan dan sekali gus dikaitkan dengan kadar penukaran karbon.

Menurut beliau lagi penyelidik- penyelidik di universiti berkenaan membandingkan sembilan tanaman dengan beberapa kriteria berkait dengan aspek-aspek kelestarian.

Laporan yang diterbitkan dalam Biomass and Bioenergy itu juga meletakkan biofuel dari jagung Amerika Syarikat dan gandum dari Eropah dengan skor yang rendah.

Sehubungan itu kata beliau, industri kelapa sawit merupakan tanaman komoditi yang amat penting di negara ini dan mungkin dunia kerana dapat membekalkan minyak dan lemak untuk memenuhi permintaan populasi dunia yang semakin meningkat.

Menyenaraikan cabaran panjang industri sawit itu telah mendorong Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah untuk menubuhkan Unit Penyelidikan Minyak Sawit Lestari (SPOR).

Unit tersebut telah menggembleng kepakaran dari multi disiplin di universiti berkenaan bagi memberi fokus kepada penyelidikan-penyelidikan pengurusan industri sawit secara mampan termasuklah memberi pendekatan kepada kawalan penyakit, peningkatan hasil dan pengurangan pergantungan kepada bahan kimia.

Bagaimanakah kita hendak meningkatkan pengeluaran dalam keadaan pembukaan tanah untuk penanaman tidak lagi dibenarkan. Tidak kurang pentingnya, harga minyak sawit jatuh mendadak sedangkan kos operasi terus meningkat disebabkan kos baja dan racun juga meningkat," ujarnya.

Isu lain termasuklah juga pergantungan berterusan kepada tenaga buruh asing manakala golongan muda tempatan tidak memilih industri sawit sebagai bidang yang mereka akan ceburi.

Oleh itu kata beliau, secara umumnya, kelestarian industri sawit adalah usaha menyahut cabaran utama industri sawit yang mana isunya perlu ditangani supaya memberi satu suasana harmoni dan lebih sihat kepada manusia, bumi dan juga pulangan.

Beliau berkata, untuk itu, tumpuan penyelidikan antaranya supaya pengeluaran hasil dapat dipertingkatkan tanpa membuka kawasan penanaman baru.

Menekankan kepada isu-isu yang berkenaan, satu penyelidikan telah digerakkan yang mana UMS mendapat dana penyelidikan dibiayai oleh syarikat Nestle dengan menjalankan penyelidikan di Ladang Sawit Genting di Sandakan, Sabah.

Kajian terbahagi kepada dua bahagian iaitu menggunakan gabungan mikrob terpilih bagi mengurangkan penggunaan baja dan kedua, menggunakan mikrob yang sama bagi mengurangkan masalah penyakit reput pangkal yang disebabkan oleh patogen ganoderma.

Beliau menjelaskan, SPOR yang dijangka dilancarkan dalam masa terdekat telah mula beroperasi dan memberi fokus kepada penggunaan mikrob berkenaan.

Mikrob terbabit dianggap sebagai buruh yang membantu meningkatkan hasil tanpa penggunaan baja yang banyak berbanding sebelum ini.

Oleh itu dari laporan awal, kami mendapati pengurangan penggunaan baja sehingga 50 peratus di ladang ini tidak menjejaskan hasilnya dengan mikrob dalam tanah," ujarnya.

Data awal menunjukkan tidak ada perubahan kepada pengeluaran hasil buah segar meskipun baja telah dikurangkan tetapi katanya, kajian menyeluruh akan hanya diperoleh keputusannya hujung tahun ini.

Kajian kedua pula menggunakan kumpulan mikrob yang sama tetapi tumpuan kepada membasmi pengawalan penyakit ganoderma pada pokok sawit.

Penyakit reput pangkal yang disebabkan oleh ganoderma dikatakan begitu mengancam industri sawit ketika ini yang mana kehilangan boleh mencecah sehingga RM1.5 bilion akibat kematian pokok atau pengurangan berat tandan segar.

Menurut beliau, penyakit berkenaan sebelum ini, hanya menyerang pokok berusia 25 tahun dan tetapi menjadi lebih agresif ketika ini dengan menyerang pokok-pokok muda termasuklah anak pokok di peringkat nurseri.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai penyelidikan tersebut beliau berkata, penggunaan mikrob semula jadi ini bagaimanapun akan menghadapi masalah berkaitan kemandiriannya di dalam tanah.

Ini kerana penggunaan racun rumpai dan juga baja yang berleluasa atau berlebihan akan menjejaskan populasi mikrob.

Ini kerana mikroorganisma bermanfaat sama ada semulajadi dalam tanah ataupun yang baru diperkenalkan mungkin akan bermigrasi dari lapisan tanah di atas ke bahagian bawah.

Tujuannya ialah bagi mengelakkan ketoksikan bahan-bahan kimia ini dan sudah tentunya akan mati sekiranya mereka adalah dari kategori mikrob aerobik.

Secara hakikatnya, ganoderma adalah merupakan satu saprofit atau patogen lemah dan mudah dibunuh dalam kajian makmal.

Bagaimanapun dalam keadaan di ladang sebenar dengan populasi mikrob bermanfaat yang rendah disebabkan oleh ketoksikan bahan agrokimia. Ini mungkin menyediakan satu ruang yang baik untuk ganoderma terus menjangkiti pokok sawit tanpa gangguan dari mikrob bermanfaat ini.

Selain itu, penggunaan mikrob bermanfaat ini juga boleh dianggap sebagai perangsang kepada pokok sawit untuk melawan penyakit tetapi kehadirannya mestilah pada kadar yang sesuai supaya tindakannya berkesan.

Sehubungan itu hasil penyelidikannya juga menunjukkan beberapa metabolit semulajadi dalam pokok sawit boleh ditingkatkan oleh perangsang semulajadi untuk pertahanan pokok sawit.

Selain itu beliau juga telah berjaya memformulasikan kombinasi asid fenolik (metabolit semulajadi dari pokok sawit) yang diberi jenama Lestani bagi tujuan mengawal ganoderma dengan berkesan.

Sebenarnya masalah ganoderma ini wujud sejak tanaman komoditi lain seperti koko , kelapa dan getah . Apabila penanam beralih kepada kelapa sawit, penyakit tersebut menjangkiti tanaman berkenaan," ujarnya. - LAUPA JUNUS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Pertaruh tiga ciri baru

Posted: 19 May 2013 10:06 AM PDT

Oleh NOOR DIANA AZIS
Gambar AZLIZA HAILANI

SK Wong (tengah) menunjukkan model terbaru HTC One pada majlis pelancarannya di Petaling Jaya baru-baru ini.

SYARIKAT pemimpin global dalam inovasi bergerak, HTC baru-baru ini melancarkan telefon pintar utama terbaharunya, HTC One yang dilengkapi dengan tiga aplikasi unggul sesuai bagi semua lapisan pengguna.

Aplikasi BlinkFeed, Zoe dan BoomSound yang diperkenalkan itu merupakan antara inovasi Sense dalam memberikan pengguna pengalaman mudah alih serta penyediaan standard baru bagi telefon pintar.

Menurut Pengurus Negara HTC Malaysia, SK Wong, cita rasa pengguna masa kini yang menitik beratkan reka bentuk fizikal sesebuah peranti telah menjadi kayu ukur bagi pihaknya mencipta telefon bimbit pintar yang mampu memenuhi keperluan mereka.

Oleh kerana telefon bimbit pintar merupakan medium saluran informasi dan perhubungan, pengguna lebih cenderung untuk memiliki peranti yang selesa selain tampak elegan.

Melalui pengenalan kepada HTC One ini, satu pendekatan baru yang lebih menarik dibangunkan bersama peranti ini agar ia dapat memenuhi keperluan serta kehendak pelanggan kami," ujarnya.

Aplikasi BlinkFeed merupakan aliran langsung paparan skrin yang mampu mengubah muka hadapan menjadi lebih peribadi dan relevan seperti kemas kini laman sosial, berita dan imej.

Selain itu pengguna boleh melihat segala maklumat terkini dalam sekali pandang tanpa perlu membuka aplikasi atau laman web berlainan.

Selain itu, HTC One turut menampilkan ciri Zoe sebagai salah satu mod dalam fungsi gambar yang turut merakam video tiga saat.

Aplikasi tersebut menggabungkan beberapa gambar dan video pendek dan kemudian menghasilkan sebuah video lengkap selama 30 saat beserta lagu latar belakang serta beberapa kesan menarik.

Bagi menambahkan lagi keunggulan HTC One, aplikasi BoomSound turut diketengahkan dengan binaan pembesar suara stereo di bahagian hadapan beserta amplifier dalam memberikan bunyi terbaik kepada pengguna ketika menonton video atau mendengar muzik.

Bentuk fizikalnya juga nipis dengan skrin paparan seluas 4.7 inci dan mempunyai berat 143 gram serta ketebalan 9.3 milimeter.

HTC One yang dibangunkan dengan pemproses empat teras Qualcomm Snapdragon dan sistem operasi Android Jelly Bean 4.1.2 turut disokong oleh ciri Near Field Communicator (NFC) untuk fungsi satu-sentuhan.

HTC One yang ditawarkan pada harga RM2,299 untuk storan 32 giga bait dan RM2,499 (storan 64 gigabait) kini boleh didapati melalui pengedar sah serta syarikat telco seperti Celcom, DiGi, UMobile, Maxis dan semua rangkaian kedai SenQ bermula Mei seluruh negara.

Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut boleh layari laman web www.htc.com atau laman sosial Facebook HTC di www.facebook.com/HTCMalaysia.

Kamera lensa boleh ubah

Posted: 19 May 2013 10:06 AM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

LANJUTAN kepada model sebelumnya yang terkenal, X-Pro1, Fujifilem (Malaysia) Sdn. Bhd. baru-baru kini memperkenalkan X-E1, kamera lensa-bolehubah kedua jenama dalam siri tersebut.

X-E1 didatangkan bersama penderia CMOS X-Trans APS-C 16 megapiksel sama dengan pemidang tilik (viewfinder) elektronik OLED kelas yang terbaik.

Ia juga lebih kecil dengan flash dalaman dan lekapan X yang sama dengan rangkaian lensa Fujinon XF.

Di samping itu juga, Fujifilem turut menambah rangkaian lensanya daripada tiga kepada lima dan kepada 10 pada awal tahun ini.

Antara kelebihan lensa terbaru tersebut adalah saiznya yang mudah alih, autofokus yang sangat pantas iaitu pada kelajuan 0.1 saat, dan lensa pemfokusan F2.8 yang terang dan baru dimajukan dengan OIS, X-E1 merupakan tarikan terbaru dalam rangkaian siri-X.

Kamera lensa boleh ubah X-E1 boleh didapati di pasaran dalam dua variasi warna iaitu perak-hitam, dan hitam pekat.

Selain menawarkan teknologi terkini, reka bentuk X-E1 yang klasik dan menawan bakal mempersonakan peminatnya.

Dihasilkan di Jepun, kelas dan kualiti X-E1 dapat dilihat pada kemasan akhirnya.

Penutup atas dan depannya dibuat daripada magnesium die-cas untuk reka bentuk yang tampak tegap namun tetap kemas dan teliti.

Dengan saiz yang hampir sama dengan Fujifilem X100, X-E1 kelihatan lebih kompak dan ringan (350gram), walaupun dengan set berciri maju.

Mempunyai cengkaman getah untuk pegangan lebih kuat serta lekapan lensa X yang diposisikan di tengah-tengah kamera, ia menjadikan X-E1 lebih seimbang kerana berat badan kamera dan lensanya dapat diagihkan secara sama rata.

Dalam mereka bentuk X-E1, jurutera Fujifilm memastikan X-E1 mudah untuk dioperasikan serta aplikasi yang ditawarkan lebih mesra pengguna.

Seperti model-model siri X yang lain, bahagian sisi panel atasnya mempunyai corak bertekstur untuk memastikan proses pelarasan rakaman dapat dilakukan dengan lancar.

Pengguna boleh memutar gegelang bukaan pada lensa untuk pemfokusan dengan tangan kiri manakala mengendalikan butang untuk kelajuan shutter dan penyesuaian pendedahan (exposure) pada panel atas dengan tangan kanan mengalih mata mereka daripada pemidang tilik.

Versi X-E1 berwarna perak-hitam dilihat sesuai untuk mereka yang inginkan imej retro serta menampakkan gaya yang tersendiri, manakala versi hitam pekatnya sesuai untuk jurugambar yang ingin menyesuaikan diri dengan persekitaran tanpa menarik perhatian subjek mereka.

Selain itu, kamera tersebut juga mempunyai ketepatan yang tinggi dengan lampu denyar (flash) dalaman yang setara dengan jumlah panduan 7.

Sama seperti pada lensa XF yang lain, lensa tersebut juga memiliki gegelang bukaan supaya pengguna boleh melaraskan bukaan dengan gerakan semulajadi semasa merakam imej.

Lensa tersebut turut dilengkapi bersama OIS (Penstabil Imej Optikal) untuk memberikan penstabilan imej yang bersamaan dengan 4 hentian, justeru itu ia mampu mengawal kesan goncang (shaking) kamera dan membolehkan pengguna merakamkan gambar dengan sempurna.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved