Khamis, 14 November 2013

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Perodua kini hampir keluarkan kereta sedan

Posted: 14 Nov 2013 11:12 AM PST

Model kereta konsep Sedan Perodua Buddyz di KLIMS13 di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Kereta sedan kompak pertama Perusahaan Automobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), semakin hampir ke proses pengeluaran selepas dipamerkan kepada umum hari ini di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (KLIMS13).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Saleh berkata, kereta konsep berkenaan dikenali sebagai Buddyz dengan rekaan menepati kehendak generasi muda untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Buddyz merupakan fasa seterusnya selepas memperkenalkan kereta konsep Bezza pada KLIMS10 selepas mengambil maklum balas daripada pelanggan.

Proses rekaan luar Buddyz sudah semakin hampir diselesaikan. Ketika ini kereta berkenaan perlu melalui fasa kejuruteraan dan memperoleh maklum balas terakhir daripada pelanggan.

Saya tidak boleh menetapkan bila akan dikomersialkan kerana mahu mencetuskan keseronokan pasaran. Apa saya boleh katakan, Buddyz semakin hampir ke proses pengeluaran," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pengenalan kereta konsep berkenaan hari ini.

Aminar Rashid berkata, walaupun Buddyz sepanjang empat meter tetapi mampu menawarkan bonet seluas antara 400 hingga 500 liter, terbesar dalam kelasnya.

Oleh kerana disasarkan kepada golongan muda iaitu generasi Y, kereta ini berkonsepkan kombinasi manusia dan mesin iaitu bakal dilengkapi dengan pelbagai gajet serta teknologi terkini.

Kereta ini juga bakal menggunakan enjin baharu yang sedang dibangunkan Perodua iaitu 1.0L 1KR yang menepati standard Euro 4 dari segi pembebasan gas karbon emisi berbanding standard Euro 2 bagi enjin yang digunakan sekarang," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Ahli kumpulan 'Tuhan Harun' diarah serah diri - KPN

Posted: 14 Nov 2013 11:34 PM PST

JOHOR BAHRU 15 Nov. - Polis akan terus menjalankan siasatan terperinci terhadap kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik selain dibimbangi terbabit dengan kegiatan militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya bagaimanapun enggan membuat sebarang spekulasi berhubung perkara itu sebaliknya akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada hasil siasatan.

"Masih terlalu awal untuk kita cakap mereka terlibat dengan militan tetapi kita akan berikan keutamaan khas kepada kes ini. Kita akan siasat secara terperinci dan tidak mahu buat sebarang spekulasi sehingga kes selesai," katanya kepada pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini.

Dalam kejadian Ahad lalu, Ahmad Raffli maut ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya di Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang.

Kejadian yang berlaku pukul 1.55 petang itu menyebabkan mangsa yang berumur 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada.

Mengulas mengenai kes pembunuhan Ahmad Raffli, Khalid berkata, siasatan sedang berjalan dan pihaknya sedang giat menjalankan usaha mengesan ahli kumpulan ajaran sesat terbabit bagi membantu siasatan.

"Waran tangkap sudah dikeluarkan dan kita sedang mengesan mereka selain arahan supaya menyerah diri dan melaporkan diri di Pejabat Agama Islam Pahang serta Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang.

"Sehingga kini hanya tiga sahaja pengikut kumpulan itu sudah menyerah diri tetapi kita akan mencari mereka ini, kemungkinan juga mereka berada di negeri-negeri lain," katanya. - UTUSAN ONLINE

Polis giat usaha buru penjenayah bunuh pelancong

Posted: 14 Nov 2013 11:32 PM PST

JOHOR BAHRU 15 Nov. - Polis kini sedang giat memburu kumpulan suspek yang terlibat dalam kes tembak mati seorang lelaki warganegara Taiwan di Pulau Pom-Pom, Semporna, Sabah awal pagi tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan kejadian tersebut memberitahu, pihaknya juga sedang berusaha mengesan isteri mangsa yang dipercayai diculik dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut tentang kejadian itu.

Dalam kejadian pukul 1 pagi itu, mangsa ditemui mati dipercayai akibat ditembak sekumpulan lelaki, manakala isterinya didapati hilang dipercayai diculik oleh kumpulan berkenaan. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Zulfahmi dapat kuasa Honda

Posted: 14 Nov 2013 11:12 AM PST

Oleh AIZAWATI AHMAD
aizawati.ahmad@utusan.com.my

Zulfahmi Khairuddin

KUALA LUMPUR - Lebih laju dan lebih berkuasa, itu janji Honda, syarikat pengeluar motosikal terkemuka dunia kepada pelumba Moto3 negara, Zulfahmi Khairuddin bagi menghadapi musim baru Kejuaraan Motosikal Dunia tahun depan.

Zulfahmi bakal membuka lembaran baharu bersama pasukan Ongetta Air Asia (CBC Corse) dan tidak lagi memacu jentera KTM, musim depan.

Sebaliknya dia akan menunggang motosikal Honda setelah mengucapkan selamat tinggal kepada Red Bull KTM Ajo.

Perkhabaran tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.

Faktor utama Zulfahmi beralih angin adalah disebabkan kami telah menerima tawaran yang cukup baik daripada pasukan pengeluar motosikal, Honda. Mereka amat berminat untuk menjadikan Zulfahmi sebagai pelumba mereka," kata Razlan.

Menurut Razlan, Zulfahmi, 22, mula dirisik oleh pasukan pengeluar dari Jepun sejak dari Grand Prix Malaysia, Oktober lalu. Rundingan awal juga telah dilakukan bersama pihak SIC dan Zulfahmi sendiri.

Jelasnya lagi, Honda mempunyai impian besar untuk mencipta kejayaan dalam perlumbaan Moto3 bersama-sama Zulfahmi, yang mana sasaran mereka adalah untuk menjadi pencabar utama kejuaraan dunia.

Honda sebenarnya agak kecewa dengan pencapaian mereka dalam saingan kelas Moto3 sejak dua tahun lalu dan mereka mempunyai cita-cita yang cukup besar untuk musim 2014 dengan menjadikan Zulfahmi sebagai sebahagian daripada perancangan mereka untuk bergelar juara.

Untuk tahun depan, mereka akan memperkenalkan sebuah motosikal baru. Honda hanya akan mengeluarkan enam jentera yang hanya digunakan oleh tiga buah pasukan, dan salah sebuah pasukan itu adalah Ongetta Air Asia," kata Razlan lagi.

Razlan memberitahu, Honda sememangnya berhasrat untuk membangunkan jentera mereka bersama-sama Zulfahmi dan latar belakang anak muda kelahiran Banting, Selangor itu sebagai pelumba Asia merupakan antara faktor mengapa pasukan pengeluar dari negara matahari terbit itu berminat dengannya.

Mengulas mengenai Ajo Motorsport, beliau berkata, Zulfahmi sebenarnya masih memiliki kontrak dengan pasukan berkenaan, tetapi setelah berunding dari hati ke hati, pihaknya berjaya mengeluarkan anak muda itu daripada perjanjian.

Sebagai ganti, Amirul Hafiq Azmi akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zulfahmi untuk beraksi dalam saingan Moto3, tahun depan.

Razlan mendedahkan, selain tawaran menyertai Ongetta Air Asia, Zulfahmi turut menerima beberapa lamaran daripada pasukan ternama dalam saingan Moto3.

Namun, dia memilih Ongetta setelah mendapat jaminan daripada Honda sendiri untuk menyediakan jentera terbaik bagi menghadapi musim 2014.

Ongetta sebenarnya bukan sebuah pasukan yang asing buat Zulfahmi kerana pada awal kariernya dulu, dia bersama pasukan Ongetta sebelum menyertai Ajo Motorsport. Cuma pada kali ini penyertaannya bersama penaja yang berbeza," ujarnya.

Malah, keputusan Air Asia untuk terus setia bersama Zulfahmi, menurut Razlan, merupakan satu perkhabaran yang amat menggembirakan, walaupun prestasi pelumba tersebut tidak begitu memberangsangkan sepanjang musim 2013.

Tempang jumpa Bahrain

Posted: 14 Nov 2013 11:12 AM PST

ABDUL HAFIZ AHMAD
sukan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Melihat kepada rekod buruk dalam aksi persahabatan mahu pun perlawanan di tempat lawan sepanjang tahun ini, Harimau Malaya jelas bukan pasukan pilihan apabila menentang pendahulu Kumpulan D, Bahrain pada kelayakan Piala Asia 2015 di Riffa, hari ini.

Selepas nyaris tersungkur sebelum seri 1-1 di Stadium Shah Alam, 15 Oktober lalu, anak-anak buah Datuk K. Rajagobal berdepan tugas sukar untuk mengekang skuad bimbingan Anthony Hudson.

Masih kecewa dengan kekalahan 3-0 kepada Kuwait dalam aksi persahabatan minggu lalu, Malaysia juga mengharapkan tuah jika mahu membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata dari Stadium Nasional itu.

Tambah mencemaskan keadaan, Harimau Malaya mungkin tidak dapat menggunakan khidmat ketua pasukan dan bintang tengah Safiq Rahim (gambar) yang tidak berada di tahap 100 peratus cergas bagi menghadapi skuad Al Ahmar atau Si Merah itu.

Turut menyertai senarai kecederaan itu ialah empat benteng, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak, Amiridzwan Taj Tajuddin, Razman Roslan dan Fadhli Shas serta sayap kanan, S. Kunanlan.

Namun berita bahawa tuan rumah turut kehilangan tonggak utama seperti Hussain Baba, Sayed Dhiya Saeed, Abdulwahab Al Malood dan Ali Ghaleb, mungkin sedikit melegakan Rajagobal mahupun menjadikan keadaan seimbang semula.

Bagi Hudson, hanya meraih tiga mata di Riffa kali ini mampu menebus kekecewaannya selepas gagal membawa pulang tiga mata dari Shah Alam, bulan lalu.

Pada perlawanan itu, bintang penyerang Malaysia, Norshahrul Idlan Talaha berjaya meledakkan gol penyamaan pasukan negara.

Media Bahrain pula dikatakan memperlekehkan kemampuan anak-anak buah Rajagobal tanpa menyedari pasukan pelawat kali ini bakal tampil dengan beberapa muka baharu yang dianggap lebih baik dari di Shah Alam.

Namun jika berjaya mencuri satu mata di Riffa dan dibantu dengan kejutan Yemen ke atas Qatar di Al Ain, Malaysia bakal mencerahkan kemaraan ke pusingan akhir di Australia biarpun dari tempat ketiga Kumpulan D.

Berjaya mengutip sekurang-kurangnya satu mata bakal menjadi penyuntik semangat buat skuad Harimau Malaya sebelum menerima kunjungan Qatar di Shah Alam, Selasa depan.

Anak-anak buah Rajagobal itu tewas 2-0 kepada Qatar pada perlawanan pertama mereka di Doha, Februari lalu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Jangkitan selsema burung landa Kemboja

Posted: 14 Nov 2013 09:35 AM PST

PHNOM PENH 15 Nov. - Seorang lelaki berusia 29 tahun dilaporkan meninggalkan dunia selepas disahkan positif dijangkiti virus selsema burung manakala seorang kanak-kanak berada dalam keadaan kritikal.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Kementerian Kesihatan Kemboja dalam satu kenyataan berkata, lelaki itu meninggal dunia awal bulan ini di wilayah Pailin berhampiran sempadan dengan Thailand selepas dimasukkan ke hospital akibat demam.

Dalam kes berlainan, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun masih dalam keadaan kritikal di Kampong Speu. - AFP

Siri serangan di Baghdad bunuh 42 orang

Posted: 14 Nov 2013 09:32 AM PST

BAGHDAD 15 Nov. - Seramai 42 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam beberapa siri serangan yang mensasarkan kumpulan syiah di beberapa lokasi, di sini, semalam.

Serangan paling dahsyat berlaku di wilayah bergolak di Diyala di mana seorang pengebom berani mati meletupkan diri sendiri menyebabkan 29 orang terbunuh manakala 60 lagi cedera.

Kumpulan penyerang itu menggunakan pakaian seragam anggota polis dan mensasarkan kumpulan Syiah di kawasan al-Sadiya," kata jurucakap polis, Ahmed al-Zarkush. - DPA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pencapaian UPSR meningkat

Posted: 14 Nov 2013 11:12 AM PST

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

Seorang murid cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang mendapat keputusan 5A melompat kegembiraan selepas mengambil slip peperiksaan yang disampaikan oleh Guru Besar, Hazizah Ujang (kiri) di Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah, Kuantan, semalam.

KUANTAN 14 Nov. - Pahang mengekalkan prestasi cemerlang apabila gred purata mata pelajaran (GPMP) terus meningkat kepada 2.18 berbanding 2.19 pada tahun lalu dalam keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.

Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Hashim Mohd. Zayad berkata, pencapaian tersebut mengatasi gred purata nasional (GPN) iaitu 2.27.

Bagaimanapun, pencapaian cemerlang semua mata pelajaran 5A bagi sekolah kebangsaan (SK) dan 7A bagi sekolah jenis kebangsaan (SJK) adalah sebanyak 2,791 calon berbanding 3,025 calon iaitu penurunan sebanyak 0.16 peratus.

murid cemerlang UPSR yang mendapat keputusan 5A menyanyikan lagu Kami Sayang Cikgu untuk guru-guru (barisan hadapan) selepas mengambil slip peperiksaan di Sekolah Kebangsaan Tunku Azizah, Hazizah Ujang, Kuantan, semalam. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

Daripada 425 buah sekolah yang membabitkan seramai 25,055 calon yang menduduki peperiksaan, sebanyak 34 buah sekolah sahaja mencapai keputusan 100 peratus menguasai semua mata pelajaran," katanya kepada pemberita di Bilik Gerakan JPN, di sini hari ini.

Menurut Hashim, pada tahun ini sebanyak empat buah sekolah yang berjaya memperoleh calon cemerlang 5A melebihi 40 orang berbanding 2012 hanya dua buah sekolah.

Sekolah tersebut ialah SK Perempuan Methodist; SK Assunta Convent (M); SK Tunku Azizah dan SK Sungai Isap di sini.

Sebanyak 27 buah sekolah pula mendapat pencapaian cemerlang melebihi 30 peratus atau menyamai tahun lepas," ujarnya.

Tambahnya, pencapaian calon dalam kalangan Orang Asli juga menunjukkan peningkatan iaitu seramai 11 orang mendapat 5A berbanding tahun lalu sebanyak sembilan orang.

Prestasi menguasai semua mata pelajaran di 26 buah sekolah Orang Asli di negeri ini turut menunjukkan peningkatan sebanyak 0.38 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu dari 23.51 peratus kepada 23.89 peratus.

SK Chini, Pekan dekat sini masih mengekalkan pencapaian 100 peratus dan tiga orang calonnya mendapat keputusan cemerlang 5A," jelasnya.

Dalam pada itu, katanya, pencapaian di sekolah-sekolah tanah rancangan Felda turut menunjukkan peningkatan iaitu seramai 432 calon mendapat 5A daripada 4,573 calon yang menduduki peperiksaan.

Prestasi gred purata sekolah bagi sekolah-sekolah Felda meningkat sebanyak 0.04 peratus menjadi 2.12 berbanding 2.16 pada tahun lalu," katanya.

65 peserta Program Sinar ECERDC, UMP dapat 5A

Posted: 14 Nov 2013 11:12 AM PST

Jebasingam Issace John (kanan) bersama Daing Nasir Ibrahim (dua dari kiri) mengucapkan tahniah kepada Kuzailan Lauhaukiong (dua dari kanan) dan Teor Wee Hock Teo Baksong (tengah) dalam satu majlis ringkas di Kuantan, semalam. - BERNAMA

KUANTAN 14 Nov. - Tiga murid Orang Asli antara 65 peserta Program Sinar anjuran Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang berjaya memperoleh keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini.

Naib Canselor UMP, Prof. Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, pencapaian itu merupakan yang terbaik sejak program itu diperkenalkan tiga tahun lalu melibatkan sembilan buah sekolah di daerah Pekan.

"Daripada 656 calon yang mengikuti program di bawah inisiatif UMP, 65 calon memperolehi 5A. Antara murid yang terlibat ialah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Serandu, SK Sri Pekan, SK Peramu, SK Lepar, SK Nenasi, SK Indera Shahbandar, SK Runchang, SK Pekan dan SK Tanjung Batu.

"SK Runchang menunjukkan peningkatan paling ketara apabila menerima anugerah khas daripada Jabatan Pendidikan negeri berikutan peningkatan peratus kelulusan daripada 33.6 peratus pada tahun lalu kepada 68.86 peratus tahun ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif ECERDC, Datuk Jebasingam Issace John.

Sementara itu, menurut Jebasingam, pihaknya bukan sahaja memantau dari aspek akademik tetapi perkembangan sahsiah dan latar belakang setiap peserta program yang terlibat.

"Pencapaian peserta bagi tahun ketiga dalam UPSR kali ini amat membanggakan terutama bagi SK Runchang yang tidak pernah mempunyai murid mendapat 5A sejak 15 tahun lalu," jelasnya.

Dalam pada itu, bagi murid cemerlang Orang Asli yang memperoleh 5A, Kuzailan Lauhaukiong, 12, dia berterima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang kepadanya untuk mendapatkan pendidikan yang sempurna.

"Saya semakin berminat untuk ke sekolah sejak mengikuti Program Sinar ini. Saya gembira kerana bukan sahaja dapat belajar dengan selesa tetapi mempunyai ramai kawan.

"Sebelum ini saya sering bersama bapa ke hutan atau sungai bagi mencari sumber pendapatan seharian," kata murid SK Runchang itu yang bercita-cita menjadi seorang doktor.

Dua lagi murid Orang Asli yang mendapat keputusan 5A ialah Iszua Hafizie Semana Ujang dan Teor Wee Hock Teo Baksong juga dari SK Runchang.

Kesedaran majikan, pekerja perlu ditingkatkan

Posted: 14 Nov 2013 11:12 AM PST

MARAN 14 Nov. - Pihak majikan dan pekerja perlu meningkatkan kesedaran menjaga keselamatan di tempat kerja kerana sebarang insiden kemalangan bukan sahaja menjejaskan individu terbabit malah memberi kesan dari segi kos kepada organisasi.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, perkara itu memandangkan majikan perlu membayar kos rawatan, ganti rugi, dan pampasan kepada keluarga mangsa malah yang lebih penting akan kehilangan tenaga produktif.

"Sehubungan itu, setiap majikan perlu mengambil inisiatif dan langkah proaktif bagi mencegah kejadian yang boleh memudaratkan keselamatan dan kesihatan pekerja masing-masing.

"Ini terbukti apabila Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membelanjakan lebih RM2 bilion bagi membayar faedah kepada 300,000 pekerja terbabit kemalangan sepanjang tahun lalu," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas majlis sumbangan cek bernilai lebih RM70,000 kepada 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bilik mesyuarat Pejabat Pendidikan Daerah Maran, di sini baru-baru ini.

Jelasnya, kerajaan yang prihatin mewujudkan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-MP) 2010-2015 bagi meningkatkan kesedaran, pengetahuan, keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Tambah beliau, OSH-MP itu secara langsung dapat meningkatkan kesedaran dan kesihatan diri individu demi keselamatan diri, keluarga dan orang ramai.

"Pelan induk yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu adalah strategi meminimumkan kadar kemalangan di tempat kerja," katanya.

Menurutnya, sehingga Jun lalu, sebanyak RM1.032 bilion dibayar kepada kira-kira 160,000 pekerja yang terbabit dalam kemalangan di tempat kerja.

Sehubungan itu, tambahnya, Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) perlu mencari alternatif bagi mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Rogol: Hukuman 6 lelaki kekal

Posted: 14 Nov 2013 11:12 AM PST

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

empat daripada enam lelaki yang didapati bersalah merogol seorang gadis diiringi beberapa anggota polis di pekarangan Mahkamah Tinggi Ipoh selepas mahkamah menolak rayuan mereka di Ipoh, Perak, semalam.

IPOH 14 Nov. - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara masing-masing sembilan dan lima tahun serta sebatan antara satu dan tiga kali terhadap enam lelaki yang didapati bersalah merogol seorang pelajar berusia 15 tahun secara bergilir-gilir, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abd. Ghani memutuskan demikian selepas menolak rayuan pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen Teluk Intan dekat sini pada 20 Julai tahun lalu.

Hakim Zainal Adzam berkata, rayuan itu tidak mempunyai merit kerana hukuman tersebut sudah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan oleh Saiful Azimi Mhd. Razali, Mohd. Shahabudin Hashim, Mohamed Shafeq Mohamad Shahimi, Mohd. Athika Mohd. Hanapi dan Syahrul Hisyam Hashim serta seorang pesalah juvenil berusia 18 tahun.

"Sehubungan itu, mahkamah berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen Teluk Intan, Faiz Dzaiyuddin tidak terkhilaf ketika membuat sabitan salah dan hukuman yang dikenakan terhadap tertuduh-tertuduh terbabit," kata beliau.

Berikutan itu, Saiful Azimi, 32, dan Mohd. Shahabudin, 26, kekal menjalani hukuman penjara sembilan tahun dan sebatan tiga kali manakala Mohamed Shafeq, 23, Mohd. Athika, 22, dan Syahrul Hisyam, 24, masing-masing dipenjara lima tahun dan sebatan sekali.

Hakim Zainal Adzam turut mengekalkan hukuman terhadap pesalah juvenil tersebut yang berusia 15 tahun ketika kejadian, yang diperintahkan dihantar ke Sekolah Tunas Bakti, Kajang selama tiga tahun.

Kesemua mereka disabitkan bersalah merogol mangsa di Bilik Klah 6, Spa Keluarga, Felda Residence Hot Spring Sungai Klah, Sungkai di antara pukul 6.10 malam dan 8 malam, 28 Februari 2010 .

Mereka turut didapati bersalah merogol mangsa di sebuah rumah bernombor D6, Jalan Melor, Felda Sungai Klah di antara pukul 12 tengah hari dan 6 petang, 1 Mac 2010.

Saiful Azimi turut melakukan kesalahan yang sama terhadap remaja itu di rumah A 24, Felda Sungai Klah antara pukul 12 tengah hari dan 6 petang, 1 Mac lalu.

Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aiza Khairuddin manakala keenam-enam tertuduh diwakili peguam R. Rajasekaran.

Mahkamah turut menetapkan 15 Januari tahun depan keputusan rayuan dua lagi tertuduh iaitu Mohd. Shafiq Abu Samah, 23, dan Mohd. Rosli Mustapa, 26, bagi mengetepikan hukuman penjara sembilan tahun dan sebatan sekali.

Keputusan permohonan Alvin-Vivian batal pertuduhan ditangguh 21 November

Posted: 14 Nov 2013 11:12 AM PST

Alvin Tan (kanan) dan Vivian Lee yang didakwa menghasut di Mahkamah Tinggi 2 Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. - Ihsan Sinchew

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Keputusan permohonan membatalkan pertuduhan yang dihadapi oleh pasangan kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee yang didakwa mempersendakan umat Islam dan bulan Ramadan di Mahkamah Tinggi di sini ditangguhkan ke 21 November ini.

Penangguhan tersebut disebabkan Hakim Kamardin Hashim yang mendengar permohonan itu kini berada di luar negara.

Pada 21 Ogos lalu, Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau Lee May Ling, 24, memfailkan permohonan untuk membatalkan pertuduhan yang dihadapi mereka mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan.

Mereka memohon perintah deklarasi bahawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan tidak konsisten dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta tidak boleh dikuatkuasakan terhadap mereka, dengan alasan sekiranya pertuduhan itu sah di sisi undang-undang, ia hanya terpakai terhadap orang Islam.

Mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan, Alvin dan Vivian didakwa memuat naik di laman Facebook mereka satu kandungan gambar dan komen yang berkemungkinan menyebabkan perasaan permusuhan atas alasan agama dalam kalangan penganut agama berlainan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Syed Restoran, Jalan Dang Wangi di sini antara pukul 9 malam, 6 Julai dan 2 pagi, 7 Julai lalu.

Sewaktu mengemukakan hujahan untuk membatalkan tuduhan terbabit pada prosiding terdahulu, peguam Chong Joo Tian yang mewakili pasangan itu menyatakan, dakwaan terhadap anak-anak guamnya yang turut dikenali dengan nama 'Alvivi' adalah tidak logik dan tidak beras.

Beliau turut menyatakan, dakwaan tersebut hanya "menunjukkan dengan jelas sikap dan pemikiran prejudis terhadap kaum lain di Malaysia, tidak berpengetahuan dan tidak yakin tentang agama sendiri serta suatu reaksi emosional yang tidak berasaskan kepada fakta."

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika membalas hujah menyatakan, perbuatan pemohon yang menjemput umat Islam menikmati 'bak kut teh' ketika berbuka puasa dalam bulan Ramadan merupakan penghinaan dan menimbulkan perasaan benci, kemarahan dan perpecahan antara kaum Melayu dan Cina serta menggugat keharmonian masyarakat majmuk dan ketenteraman awam.

Selain didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) itu, pasangan terbabit menghadapi pertuduhan di bawah Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 iaitu bersama-sama menerbitkan gambar dan komen yang sama dalam laman sosial serupa dengan ayat-ayat yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Mereka juga didakwa mempamerkan gambar-gambar lucah di http://alviviswingers.tumblr.com/, antara 6 Julai dan 7 Julai lalu, antara pukul 9 malam dan 2 pagi, mengikut Akta Penapisan Filem 2002.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Apabila yang salah pula dibela

Posted: 14 Nov 2013 11:12 AM PST

Oleh Mohd. Shauki Abd. Majid

PEMBUNUHAN Ketua Penolong Pengarah Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Pahang (KPP JAIP) beberapa hari lalu dan pembunuhan Timbalan Pengarah Kastam (TPK) sebelum ini adalah contoh betapa bahayanya seseorang yang diamanahkan melaksanakan tanggungjawabnya secara berkesan dan bermoral.

Tragedi yang menimpa KPP JAIP menjadi ingatan yang paling sedih dalam rekod jenayah di Malaysia kerana ia mula dikaitkan dengan penguatkuasaan peraturan membendung ajaran sesat manakala kematian TPK dilihat sebagai kecenderungan penjenayah bertindak secara kejam kerana menghalang aktiviti yang menyalahi undang-undang negara.

Bahaya ajaran sesat dalam konteks negara Malaysia jika ia tidak dibanteras akan menghancurkan seluruh umat. Setakat ini, terdapat 24 ajaran sesat yang masih aktif di Malaysia. Ini diakui sendiri oleh Jabatan Kemajuan Islam (Jakim). Kita tidak mengetahui sejauh manakah bahayanya 24 ajaran sesat yang masih aktif di Malaysia.

Dalam hal ini, sangat wajar Jakim membuat satu keputusan dan penelitian khususnya dari aspek kandungan ajaran sesat itu dan jika ternyata menyalahi prinsip syariat, maka jangan tunggu lama-lama, segeralah ambil tindakan.

Dua peristiwa tersebut bukanlah insiden baharu kerana sebelumnya ada pegawai polis ditembak mati oleh pengganas atau penjenayah kerana menyekat kegiatan haram mereka. Ekoran kekerapan kes bunuh ini, rakyat Malaysia seolah-olah merasakan diri semakin tidak selamat.

Persoalannya, di manakah berhentinya slogan keramat yang pernah didendangkan oleh kelompok tertentu agar Malaysia perlu diselamatkan" kerana mereka sebenarnya semakin berdiam diri apabila tragedi demi tragedi berlaku.

Kelompok sedemikian hanya tahu bercakap dan menuding jari, tetapi tidak ada kesungguhan untuk bersama membendung jenayah; turun ke gelanggang mencari penjenayah, sebaliknya hanya tahu membuat seruan atau mengeluh.

Sekadar mahu bercakap, semua orang boleh membuat tuduhan bahawa sistem kawalan keselamatan tidak berkesan. Jika benar sistem itu tidak berkesan, apa pula peranan masyarakat untuk membendung jenayah dalam masyarakat, kerana ia memberikan kesan terhadap aktiviti pembendungannya.

Kerajaan mempunyai mekanisme yang jelas dalam membendung jenayah, tetapi, penguatkuasaan undang-undang tidak akan dilihat berkesan sekiranya masyarakat sendiri sukar menerimanya. Hal ini boleh dilihat daripada sikap sesetengah masyarakat yang memerihalkan salah pengurusan orang yang tertuduh berbanding kesalahan sebenar yang dilakukan oleh orang kena tuduh.

Hari ini, sudah menjadi sesuatu yang lumrah, ada sekumpulan masyarakat yang sanggup mempertahankan orang yang dilihat melakukan kesalahan manakala orang yang mengawal atau berusaha mencegahnya bersalah".

Seperti suatu pertunjukan sandiwara, seseorang yang melakukan kesalahan mendapat pembelaan yang melampau sehingga dianggap pula sebagai hero" baru muncul yang kehadirannya seolah-olah untuk menyelamatkan orang lain daripada undang- undang. Undang-undang dianggap sebagai suatu bentuk kelaziman doktrin yang zalim atau dalam bahasa yang popular draconian."

Apabila kumpulan yang menyebarkan ajaran salah dan fahaman salah, tindak balas ahli kumpulan terbabit menjadi semakin ganas sehingga sanggup membunuh. Atas nama agama mereka memasang niat dan keazaman, orang yang melaksanakan undang- undang perlu disekat ataupun dihapuskan. Inilah dunia barbarian yang semakin mendapat perhatian dan pembelaan masyarakat, sedangkan krisis peradaban manusia berpunca daripada masalah moral.

Ingatlah firman Allah yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan kamu menjalankan hukuman Qisas" (balasan yang seimbang-hukuman balas bunuh) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh"(Maksud al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 178)

Sebelum Islam diturunkan ke muka bumi menerusi kemunculan Nabi-Nabi dalam kalangan kaum-kaum tertentu, Allah SWT sudah menggambarkan betapa hinanya manusia kerana amat tertakluk kepada pemikiran tamak dan haloba. Akibatnya, kerana ingin menguasai dan memiliki semua sumber sama ada sumber nyata (emas, minyak dan barangan) ataupun tidak nyata (kuasa ataupun pengaruh), manusia sanggup berbunuhan sesama sendiri.

Apabila manusia dididik dengan peraturan moral dan nilai kehidupan bermasyarakat, mereka yang melakukan kesalahan boleh menerima hukuman secara mudah. Lama kelamaan, oleh kerana manusia lebih bersandarkan kepada pemikiran rasional tanpa terikat dengan human governance" yang ditetapkan dalam agama, manusia menjadi semakin lupa untuk apa sebenarnya Allah SWT menciptakan mereka dan diberikan akal untuk berfikir.

Falsafah hidup manusia kemudiannya berubah dengan melihat bentuk-bentuk fizikal atau nyata sebagai peringkat pencapaian peribadi sebagaimana dijelaskan oleh Abraham Maslow menerusi teori hierarki keperluan manusia. Selepas keinginan asas untuk tujuan survival diperoleh, manusia berusaha untuk mencapai tahap teratas yang dikenali sebagai self-actualization.

Self-actualization dibuktikan menerusi kepemilikan sesuatu yang banyak, sedangkan tidak semua apa yang dimiliki itu diperlukan sepanjang hayatnya. Kepemilikan melimpah itu kemudiannya digunakan untuk membeli atau mempamerkan martabat sehingga sanggup membeli sesuatu yang terlalu mahal, kerana kejayaan membeli itu adalah suatu kepuasan yang mahal harganya.

Misalnya, seorang jutawan sanggup membeli sebuah lukisan garapan seorang pelukis tersohor dengan harga yang berkali ganda daripada harga yang ditawarkan. Situasi ini menaikkan darjah kecemburuan orang lain, kerana lebih ramai rakyat miskin yang terpaksa mencari makanan di celah-celah timbunan sampah memerlukan pertolongan.

Konsep ini telah menyebabkan manusia semakin kerdil nilai-nilai keinsanannya. Sedangkan dalam Islam, setiap manusia yang dilahirkan, ia diajar bagaimana untuk menjadi seorang insan yang mulia. Sejak seseorang itu lahir, pada hari pertama kelahirannya Islam menyuruh keluarga berkenaan memperdengarkan seruan azan ke telinganya.

Bayi diajar mengenali siapakah sebenarnya yang lebih berkuasa; siapa yang wajib dijadikan teladan; bagaimana menjalani hidup; dan akhirnya, kita akan kembali ke rumah kita yang kekal, iaitu alam barzakh. Ketika alam barzakh, semua apa yang kita miliki tidak menentukan kita mendapat ruangan penginapan terbaik, Allah akan memperhitungkan apa yang kita lakukan sepanjang hayat di dunia.

Prinsip yang diajarkan oleh Islam menegakkan kebenaran menerusi pengukuhan hati, kerana dari hati itulah akan memberikan fikiran yang sihat dan tindakan berkesan. Ia berbeza dalam pendekatan psikologi, kerana bidang itu bermula dengan penelitian masalah manusia dari perspektif luaran, maka hingga kini psikologi belum berhasil melahirkan prototaip manusia yang menepati makna insan.

Semakin bergelumang dengan data psikologi, manusia menjadi semakin kacau sehingga melahirkan pelbagai bidang psikologi dan kaunseling. Bagaimanapun proses pencerahan manusia tidak juga menampakkan kehidupan yang baharu muncul semakin beradab. Adalah benar seperti kata ahli fikir, dalam masyarakat manusia semakin membiak binatang, tetapi dalam kumpulan binatang, semakin membara semangat manusia.

Manusia, dari perspektif Islam tidak dapat mencabar Allah SWT, walaupun orang itu mempunyai senjata dan pengikut yang ramai. Allah SWT akan dapat menyentap nyawa mereka dengan pelbagai cara, walaupun kadangkala sebab dan cara seseorang itu mati dilihat tidak masuk akal, seperti seorang pakar memanjat kelapa tiba-tiba terjatuh daripada pokok kelapa; seorang penjinak ular yang berjaya, tetapi mati digigit ular yang tidak berbisa (misalnya, ular lidi); seorang lanun mati ketika menghunus tombaknya sendiri.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Katakanlah(Wahai Muhammad): Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu)maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakkal." (maksud Surah At-Taubah ayat 51)

Hindarilah daripada terjerumus ke dalam kancah yang menyesatkan dan kembalilah ke pangkal jalan, kerana Allah SWT tetap memulihara mereka yang mencari jalan untuk menuju tahap insan. Untuk menjadi insan, manusia perlu menambahkan ilmu dan ilmu wajib diamalkan untuk membangun iman.

PENULIS ialah Pengurus Besar Analisa Dan Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah

Malaysia (Yadim)

Masa depan Langkawi - antara kekhuatiran dan harapan

Posted: 14 Nov 2013 11:12 AM PST

Oleh Salleh Buang

SEORANG sahabat (anak jati Kedah, warga emas lebih tua dari saya) mengirim emel kepada saya baru-baru ini.

Dalam emelnya, sahabat saya ini meluahkan rasa resahnya tentang masa depan pulau legenda Langkawi. Beliau merasa khuatir andainya apa yang dilaksanakan di pulau yang bertuah itu (sama ada oleh Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan agensi-agensi lain) akan hanya menguntungkan orang luar", manakala manfaat sebenar dan hakiki tidak sangat dinikmati oleh penduduk tempatan, terutama para belia dan usahawan kecil dan sederhana.

Pertama kali saya bertandang ke pulau itu adalah pada 1967, sewaktu saya bertugas di Jabatan Kastam dan Eksais Diraja di Changloon, Kedah. Sejak itu saya terus menziarahinya dari semasa ke semasa, sambil memerhatikan perubahan yang berlaku di pulau itu selama ini. Kira-kira 16 tahun lalu saya sekeluarga berhijrah ke Kedah, dan dengan itu dapat melihat perkembangan pulau itu dari lebih dekat.

Pada 2007-2008 lalu, sewaktu saya mengendalikan satu program sarjana UTM melibatkan 21 pelajar (terdiri dari pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri Kedah), sering kali bahan perbincangan kuliah kita tertumpu kepada aspek pembangunan di pulau itu. Selama dua tahun saya berinteraksi dengan pelajar-pelajar sarjana" ini, banyaklah maklumat mengenai pembangunan pulau legenda itu yang tidak diketahui ramai.

Kadang-kala memang terlintas di kepala saya soalan-soalan seperti apakah Langkawi sudah hilang identiti asalnya (pulau Mahsuri), apakah ia telah tersilap arah tujuan, apakah pembangunan yang berlaku di pulau itu hanya menguntungkan segelintir orang, apakah penduduk asal pulau itu hanya sekadar menjadi pemerhati, dan sebagainya.

Pernah diberi jolokan permata Kedah" (oleh Sultan Kedah pada Julai 2008, sempena sambutan Jubli Emas) pulau Langkawi merupakan sebahagian daripada 104 pulau di Laut Andaman. Selain pulau Langkawi, hanya tiga pulau sahaja yang ada penduduknya, iaitu Pulau Tuba, Pulau Rebak dan Pulau Dayang Bunting. Jumlah penduduk di semua pulau ini dianggarkan tidak melebihi 100,000 orang, yang mana sebahagian besar (kira-kira 90%) adalah orang Melayu beragama Islam.

Soalnya, apakah kedudukan ini akan terus kekal? Sahabat saya khuatir jika kita terlepas pandang, dalam tahun-tahun mendatang, peratusan orang Melayu di pulau itu akan terus menerus berkurangan.

Dua tahun lalu, pada Disember 2011, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melancarkan Langkawi Tourism Blueprint (LTB), yang menjanjikan pelaburan baru ke pulau itu bernilai RM5 bilion dan mampu menarik ketibaan pelancong sehingga 3 juta pada 2015. Inisiatif terbaru ini akan dapat mewujudkan 4,200 pekerjaan baru dalam industri pelancongan, dan meningkatkan pendapatan industri ini mencecah RM3.8 bilion (berbanding RM1.8 pada tahun itu).

LTB 2011 itu merupakan fasa kedua rancangan pembangunan kerajaan pusat mengenai pulau itu sejak tahun 80an lalu bila Tun Dr. Mahathir Mohamad mengisytiharkan Langkawi sebagai pulau bebas cukai. LTB 2011 menggariskan 14 langkah atau inisiatif terperinci.

Pada 10 November 2013 lalu, Najib sekali lagi menegaskan bahawa Kerajaan Pusat akan terus membangunkan industri pelancongan di pulau itu ke tahap lebih tinggi" dengan menjadikannya sebagai destinasi percutian dunia berkonsepkan nautika mewah. Beliau menambah bahawa industri pelancongan di Langkawi perlu dibawa ke fasa seterusnya, dan ini memerlukan beberapa pelabur besar dan jenama terkemuka" untuk menarik minat lebih ramai pelancong luar, termasuk yang berpendapatan tinggi.

Terdapat banyak produk pelancongan" di Langkawi, antaranya makam Mahsuri, galeria Perdana, Dataran Lang, Taman Legenda, laman padi, kereta kabel Machincang, telaga harbour di Teluk Burau, pusat kraftangan dan padang golf. Soalnya sejauh manakah pembangunan dan transformasi ekonomi ini memberi impak ke atas struktur pekerjaan dan taraf hidup penduduk setempat? Hasil kajian menunjukkan bahawa pembangunan yang dilaksanakan di pulau Langkawi belum lagi memberi kesan positif kepada penduduk di pulau-pulau kecil di sekitarnya, termasuklah Pulau Dayang Bunting.

Seorang blogger turut meluahkan rasa bimbangnya tentang impak pembangunan di Langkawi. Katanya - Ramai tuan tanah dan pengusaha chalet di Pantai Kok, Pulau Langkawi terpaksa melepaskan hak milik mereka kepada pihak-pihak tertentu untuk dibangunkan hotel lima bintang, padang golf dan pusat rekreasi. Walaupun pampasan diberikan, namun mereka sukar memulakan hidup baru tanpa tanah berpotensi seperti itu.

Fenomena ini bukan sahaja akan menjadikan mereka tidak bertanah, bahkan lebih malang lagi apabila pampasan yang diterima itu lesap dalam sekelip mata. Akhirnya, mereka akan hidup menderita dan terumbang- ambing di tempat sendiri." (sila lihat http://mazlan66.wordpress.com/2009/05 /23 /kesan-kesan-negatif-industri-pelancongan- kepada-masyarakat/)

Selain itu, blogger turut menyentuh kesan buruk industri ini kepada masyarakat tempatan. Pada pendapatnya -

Para pelancong asing telah membawa bersama mereka nilai-nilai hidup Barat yang tidak sesuai dengan selera tempatan. Ini termasuklah perbuatan bercumbu dan berbogel di tepi-tepi pantai. Selain itu, ada juga kalangan pelancong yang meminum arak dan melakukan seks dengan pasangan tanpa nikah. Unsur-unsur negatif ini tentulah mudah mempengaruhi pemikiran para remaja tempatan. Laporan Utusan Pengguna tentang gelagat anak muda Pulau Langkawi yang berseronok dengan meminum arak di tempat terbuka merupakan bukti betapa nilai-nilai hidup asing telah berjaya merobohkan benteng iman mereka yang masih mentah."

Kembali kepada emel dari sahabat saya itu, beliau tidak begitu setuju jika kita mahu jadikan Langkawi seperti Monaco atau Bali. Padanya, dua tempat pelancongan ini bukan model terbaik" untuk Langkawi - di mana 90% penduduknya adalah orang Melayu beragama Islam, kaya dengan budaya keIslaman. Monaco masyhur kerana casinonya, manakala 85% penduduk Bali ada penganut agama Hindu.

Sahabat saya itu mengakhiri emelnya dengan menulis - Mungkin ramai di antara kita tertarik dengan apa yang diusahakan untuk membangunkan Langkawi. Nampaknya bagus sekali, Langkawi akan terus maju dan Kedah diharap mendapat faedahnya. Apa pun saya amat takut agar pulau utara di Semenanjung ini (pada satu hari nanti) menjadi milik lawan seperti Pulau Pinang."

Harapan serta doa saya apa yang disebutkan oleh sahabat saya itu tidak akan berlaku.

PENULIS ialah penganalisis undang-undang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Haram pinjam ah long

Posted: 13 Nov 2013 09:09 PM PST

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR

AMALAN Zakat merupakan salah satu cara menambah keberkatan rezeki. - Gambar hiasan

TIDAK dinafikan hutang diharuskan dalam Islam seperti mana termaktub dalam prinsip muamalat Islam dan bermula daripada perkara itu, maka wujudlah istilah seperti al-rahnu, qard hassan, bai bithamin ajil dan sebagainya.

Namun demikian, walaupun diharuskan menurut pandangan Islam tetapi jika hutang mendatangkan kemudaratan dan kesulitan, maka hukumnya adalah riba termasuklah mengenakannya dalam urusan itu.

Soal berkenaan termasuklah menggunakan pinjaman daripada ah long atau ceti haram.

Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zaharuddin Abd. Rahman berkata, hukum meminjam wang daripada ah long adalah haram menurut syarak dengan mengambil kira beberapa faktor.

Menurut beliau, faktor pertama adalah tindakan meminjam daripada ah long adalah merugikan kerana pemberi pinjaman mengenakan bunga terlalu tinggi sehingga ada peniaga tidak mendapat keuntungan langsung. Ini kerana hasil keuntungan yang diperoleh itu terpaksa diserahkan kepada ah long untuk melangsaikan hutang ceti haram.

Selain itu, faktor kedua jelas Zaharuddin adalah soal keselamatan dan hubungan sosial apabila pihak ah long mengugut untuk mendatangkan gangguan keselamatan kepada peminjam, termasuk keluarga termasuk ancaman bunuh, merosakkan harta benda peminjam dan memalukan maruah serta sebagainya.

Tetapi asasnya adalah riba kerana sumber kewangan ah long adalah daripada sumber haram iaitu kadar bunga terlalu tinggi. Apatah lagi firman Allah dalam surah al-Baqarah yang menegaskan umat Islam agar memerangi riba.

"Malah meminjam kepada ah long tiada keberkatan dalam hidup peminjam. Ini kerana boleh dikatakan setiap hari mangsa diselubungi ancaman dan secara tidak langsung, hilang ketenangan kerana sentiasa hari diburu oleh ah long yang menagih hutang," kata ahli akademik itu.

Bahkan terang beliau, tindakan itu turut memberi kesan kepada komitmen diri apabila terdapat ah long yang datang menganggu di tempat mangsa bekerja untuk menuntut hutang selain mereka bertindak menganggu majikan dan rakan-rakan sekerja yang lain.

Sehubungan itu ujar Zaharuddin, Islam meletakkan hukum meminjam daripada ah long adalah haram berdasarkan keterangan dikemukakan selain tiada manfaat kepada para peminjam, malah hanya merugikan.

BERBANDING dahulu, ibu bapa yang hanya berkerja penoreh getah ataupun petani mampu menyara anak biar pun ramai hingga cahaya mata mereka berjaya dalam pelbagai bidang.

Pun begitu, situasinya berbeza pada hari ini, apabila pendapatan mencecah lima angka, tetapi masih tidak mampu menampung kehidupan keluarga disebabkan tuntutan nafsu. Alasan yang biasa diberikan ialah peningkatan kos sara hidup.

Pensyarah Kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zaharuddin Abd. Rahman berkata, situasi itu telah menyebabkan manusia terpaksa mencari wang lebih bagi membiayai kehidupan.

Melihat faktor itu, Zaharuddin berkata, Islam meletakkan beberapa garis dalam menyusun kehidupan manusia agar mereka tidak terbeban dengan kos sara hidup iaitu pengurusan kewangan berhemah dan berjimat-cermat.

Terang beliau, gaya hidup melampau dan bermewah-mewahan telah menyebabkan perbelanjaan melebihi pendapatan. Akibatnya umat Islam terpaksa berhutang demi memenuhi kehendak melampau hawa nafsu.

"Kerap makan di luar berbanding di rumah, juga menyumbang kepada faktor berbelanja lebih. Sebenarnya memasak adalah jauh lebih jimat. Sekali makan di restoran kadang-kala sampai mencecah RM100 atau lebih, ia tidak berbaloi kerana dengan nilai tersebut ia mampu menampung barang dapur untuk beberapa minggu atau lebih.

"Selain itu, sikap suka menunjuk-nunjuk kepada orang lain bahawa diri berkemampuan. Jangan berbuat demikian, untuk pamerkan rasa riak, dibimbangi lama-kelamaan Allah akan tarik rezeki itu," ujar Zaharuddin.

Zaharuddin sempat menyelitkan beberapa punca rezeki umat Islam tidak cukup, antaranya tidak jujur dalam perniagaan, culas atau ponteng waktu bekerja dan berurus niaga dengan transaksi diharamkan syarak.

Keberkatan rezeki

Dalam pada itu, Zaharuddin berkata Islam mengariskan cara untuk menambah keberkatan rezeki daripada segi spiritual dan praktikal.

Kata Zaharuddin, daripada spiritual ialah dengan tidak meninggalkan suruhan Allah SWT seperti solat, puasa selain melakukan ibadah sunat serta memohon doa agar sentiasa ditambahkan rezeki.

Selain itu, daripada segi praktikal pula adalah berzakat dan bersedekah. Kedua-dua amalan ini mampu menambah kemurahan dan keberkatan rezeki seperti mana dijanjikan oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

"Dalam sudut sunnahtullah (kehidupan manusia) pula, melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh agar diberikan kedudukan dan merit di tempat kerja. Saya melihat menyambung pengajian dan menambah kemahiran adalah usaha menambah rezeki kerana dengan kedua-dua perkara itu, ia boleh meningkat kedudukan kita," terang Zaharuddin.

Ikhlas kerana Allah Taala

Sumbangan ke arah kebaikan berdasarkan penilaian hukum Islam

Zakat

Sedekah

Pertingkatkan prestasi kerja, kemahiran dan ilmu

Natijah kekerkatan rezeki

Keberkatan dalam kehidupan berkeluarga

Kesihatan

Limpahan harta

Disekelilingi persekitaran baik

Merana kerana hutang

Posted: 13 Nov 2013 09:09 PM PST

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR

DEMI susu anak, Fatimah sanggup meminjam daripada ah long. – Gambar hiasan

MENURUT Kamus Bahasa Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), ah long bermaksud orang yang memberikan pinjaman wang secara haram dan mengenakan kadar faedah sangat tinggi serta biasanya bertindak ganas sekiranya si peminjam gagal membayar pinjaman yang telah dibuat.

Berasal daripada perkataan bahasa Kantonis yang membawa maksud naga lalu disinonimkan sebagai ceti haram di negara ini.

Kegiatan ah long di negara ini bukan sahaja memberi ancaman kepada peminjam tetapi turut terkena tempias bahananya ialah keselamatan ahli keluarga mangsa, sekali gus mengugat keamanan negara.

Hal demikian dibuktikan menerusi liputan berita yang berkaitan isu ah long di mana terdapat peminjam dibunuh secara kejam, didera, dimalukan dan sebagainya walaupun mangsa hampir berjaya melunaskan hutang.

Meskipun masyarakat telah acap kali dipasakkan dengan bahaya jebakan ah long ini, sayangnya ia bagai tidak mampu menyedarkan masyarakat kita, terutamanya dalam kalangan orang Melayu.

Tambah menyedihkan apabila umat Islam negara ini turut meminjam dengan ah long. Sedangkan ceti haram itu menjalankan urus niaga bertentangan dengan syariat Islam selain mempunyai unsur penindasan.

Statistik ini amat membimbangkan pelbagai pihak termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kerana pihaknya menerima aduan di antara 70 hingga 80 kes pada setiap bulan.

Sehubungan itu, Mega Utusan Malaysia mendedahkan beberapa kisah peminjam ah long dalam mengetahui apakah punca mereka berbuat demikian selain diajukan soalan kepada pihak bertanggungjawab berkaitan permasalahan berkenaan.

PEMINJAM ah long bukan sahaja terdiri daripada golongan kurang kemampuan, tetapi juga melibatkan ahli perniagaan, profesional, para pelajar dan sebagainya yang akhirnya meranapkan kehidupan mereka sendiri.

Demikian juga kisah yang berlaku kepada seorang pengusaha stesen minyak, Asyraf, 44, (bukan nama sebenar) apabila dia meminjam wang daripada ah long sebanyak RM50,000.

Tindakan itu gara-gara karenah birokrasi sebuah institusi kewangan yang lambat menjalankan proses permohonan pinjamannya bagi tujuan mengembangkan perniagaan.

Sebenarnya, sebelum meminjam daripada ah long, Asyraf sedar akan bahaya berurusan dengan si ceti haram tetapi dek kerana kepentingan bisnes serta berjanji pada dirinya sendiri bahawa dia akan melangsaikan hutang berkenaan, apatah lagi berkeyakinan bahawa proses pinjaman dengan bank yang dibuat dijangka selesai dalam tempoh dua bulan sahaja.

Tetapi janji tinggal janji, permohonan Asyraf daripada sebuah institusi kewangan masih gagal menemui jalan penghujungnya dan pada masa sama, kadar bunga pinjaman ah long meningkat saban hari.

Akhirnya daripada RM50,000, pinjamannya kini berjumlah RM7 juta walaupun Asyraf setiap bulan membayar dengan kadar ansuran ditetapkan. Namun along tetap mengugut lelaki itu supaya membayar hutang berkenaan walau apa cara sekalipun.

SEPERTI dinyatakan, hampir antara 70 dan 80 kes membabitkan ah long dilaporkan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Majoritinya terdiri daripada orang Islam pelbagai lapisan masyarakat.

Data itu menunjukkan bahawa umat Islam negara ini mudah terjerumus dengan tipu helah ah long, sekali gus mengambarkan kita mudah terpedaya dengan kelicikan itu.

Memang tidak dinafikan lontaran kata-kata manis ah long yang berjanji akan menolong peminjam tetapi akhirnya mereka akan terjerumus dengan kehidupan tidak aman.

Menurut Ketua Biro Pengurusan Mangsa Ceti Haram PPIM, Muhammad Yusuf Azmi dengan slogan kami bukan ah long tetapi mahu tolong sebenarnya satu penipuan yang memerangkap para peminjam menerusi pelbagai tipu helah termasuk mengenakan nilai bunga pinjaman sebanyak 10 peratus sehari.

Kata Muhammad Yusuf , jumlah bunga pinjaman yang tidak masuk akal oleh ah long sewajarnya dibanteras oleh semua masyarakat khususnya umat Islam dengan pelbagai usaha.

Antaranya ujar beliau adalah melaporkan kepada polis jika along mengancam penghuni sebelah rumah dan sebagainya dalam usaha membanteras ceti haram itu.

"Masyarakat tidak perlu takut dengan ah long. Mereka tidak berani berbuat apa-apa jika kita bersatu menangani mereka. Modal mereka cuma mengugut sahaja, tetapi jika masyarakat berani, ah long pun takut.

"Masalahnya, along berleluasa kerana masyarakat takut, ini sahaja masalah kita. Laporkan kepada polis segera dan Malaysia ada undang-undang, ugutan, ancaman bunuh, pencerobohan kediaman boleh didakwa di mahkamah selain dihumbat ke penjara," kata Muhammad Yusuf .

Selain itu, beliau menggesa bekas mangsa ah long untuk turun padang bersama PPIM dalam memberi penerangan kepada masyarakat berkenaan bahayanya tindakaan meminjam wang kepada along selain bersama-sama NGO itu untuk membanteras ah long.

"Kita jangan pandang buruk kepada peminjam ah long. Sebenarnya kita pun sama seperti mereka kerana mempunyai masalah kewangan. Tetapi yang bezanya nasib kita tidak seperti mereka. Bantu mereka dengan apa-apa cara sekalipun.

"Lagi satu adalah iklan ah long di tiang lampu, telefon awam, dinding dan sebagainya. Cabut dan buang sahaja iklan-iklan tersebut kerana tindakan menampal itu merupakan satu kesalahan dan tugas kita menegakkan undang-undang itu," ujar beliau.

Taktik baharu

Muhammad Yusuf yang sudah dua tahun giat membanteras ah long di bawah PPIM berkata, ah long kini cuba memperkenalkan pelbagai taktik dalam usaha membuang imej negatif terhadap mereka selama ini.

Menurut beliau, antaranya adalah berselindung atas nama pinjaman wang berlesen tetapi modus operandi sama dengan kegiatan ah long termasuklah para pengeraknya yang turut terdiri daripada kalangan mereka.

Selain itu, taktik lain adalah menawarkan pinjaman kepada orang ramai sedangkan mereka tidak memerlukan wang berkenaan.

"Mereka mengenali kita disebabkan wujud rangkaian data yang diberikan oleh bekas peminjam ah long iaitu nombor telefon saudara-mara dan rakan-taulan terdekat.

"Lalu ah long menghubungi nombor telefon itu dan menawarkan pinjaman itu. Memanglah pada mulanya bagi kata-kata manis, tetapi akhirnya selepas kita dapat duit barulah ah long mengganas," ujar Muhammad Yusuf.

KISAH yang menyayat hati ini berlaku kepada seorang ibu tunggal beranak empat. Fatimah, 37, (bukan nama sebenar) menyara kehidupannya dengan menjual nasi lemak. Namun demikian pendapatannya yang tidak menentu itu tidak mampu menyara mereka lima beranak.

Demi meneruskan kelangsungan hidup, Fatimah terpaksa berusaha, apatah lagi , dia tidak sanggup melihat anak-anaknya menangis kelaparan.

Di saat terdesak itulah, dia bagai hilang pertimbangan lalu timbul satu idea untuk membuat pinjaman wang daripada ah long sebanyak RM300 dengan harapan beliau mampu membayarnya kerana jumlah yang sedikit.

Tindakan Fatimah rupa-rupanya telah menjerat dirinya. Sudahlah susah, kini kehidupannya anak-beranak semakin terbeban setelah selang beberapa hari membuat pinjaman.

Ah long datang menemuinya untuk menuntut hutang. Dek kerana kesempitan yang tidak berpenghujung, Fatimah menagih simpati minta ditangguhkan.

Begitulah yang dapat dibuat oleh ibu muda ini, merayu dan terus merayu.

Untuk seketika, dengan kelicikan ah long yang dikenali sebagai Mr. Y, lelaki itu mencadangkan kepada Fatimah supaya meminjam pula daripada seorang lagi ceti haram. Usaha itu tidak mendatangkan hasil apabila situasi berkenaan berlaku sekali lagi dan berterusan sehingga ah long ketujuh. Keadaan Fatimah umpama keluar mulut harimau, masuk pula ke mulut buaya.

Bayangkan dengan hanya meminjam sekadar RM300, selang beberapa minggu jumlah pinjaman Fatimah telah menginjak sebanyak RM3,000.

Semenjak itu kehidupan Fatimah semakin tertekan kerana tidak tahan dengan tindakan ganas ah long yang tidak cukup dengan mengugut sahaja tetapi turut mengancam nyawa ibu tunggal tersebut serta keluarganya.

Natijah daripada tekanan demi tekanan tersebut telah menyebabkan Fatimah mengalami gangguan mental.

MALEK, 22, (bukan nama sebenar) merupakan seseorang siswazah lepasan sebuah insitusi pengajian tinggi awam berhasrat membuka sebuah syarikat konsultan motivasi.

Tetapi hasrat murni Malek itu mempunyai masalah apabila beberapa permohonannya kepada institusi kewangan ditolak. Dia hampir putus asa untuk meneruskan usahanya tersebut.

Demi cita-citanya itu, Malek kemudian meminjam daripada ah long sebanyak RM60,000 dan berharap pinjamannya tersebut berupaya dilunaskan dalam masa singkat.

Memang tidak dinafikan perniagaanya berjaya, Tetapi hasil keuntungannya terpaksa disalurkan untuk membayar hutang kepada along.

Seperti kebiasaanya berlaku kepada mangsa ah long, hutang itu kemudian berkembang menjadi RM130,000 selain setiap hari kehidupan Malek termasuk keluarganya diganggu oleh 'naga' itu.

'Nasi sudah menjadi bubur' peribahasa itu boleh mengambarkan perasaan Malek yang mengakui kesal terhadap tindakannya yang berfikiran pendek serta lupa kepada suruhan Islam agar bersabar dalam membuat keputusan serta menghadapi ujian.

Kini, Malek sentiasa muhasabah diri dan sesekali timbul kekesalan kerana andainya dia lebih berwaspada dan ikut landasan agama Islam, tentu dia tidak akan sesekali membuat pinjaman daripada ah long.

SETIAP perkara tentu ada puncanya dan di sebaliknya pula tentu ada penawar. Begitu juga dengan masalah berleluasa ah long yang berlaku pada hari ini.

Kesempitan hidup dan kesulitan masalah kewangan merupakan antara punca rakyat terutamanya umat Islam negara ini meminjam wang daripada ah long.

Ketika diajukan soalan punca mengapa 90 peratus peminjam ah long terdiri daripada orang Islam, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johari berkata, segala masalah itu berpunca daripada karenah birokrasi institusi kewangan dalam meluluskan permohonan pinjaman.

Beliau memberikan contoh, seorang mangsa ah long yang membuat aduan kepada PPIM telah memohon pinjaman kepada satu institusi kewangan untuk kegunaan perniagaannya.

Malangnya proses memakan tempoh agak lama sedangkan pihak pengurusan atasan telah meluluskan permohonan itu.

"Dalam keadaan memerlukan, si peminjam terpaksa menggunakan khidmat ah long sementara mendapat wang daripada institusi kewangan itu. Tetapi kerana karenah birokrasi, proses itu meleret-leret sehingga berbulan-bulan.

"Peminjam terpaksa bayar kepada ah long dan bunganya terlalu tinggi. Demi tidak kesanggupan menanggung hutang itu, dia melakukan pinjaman atas pinjaman kepada ah long lain, akhirnya sampai jadi 10 along," ujar Nadzim.

Maka sebab itu, beliau menggesa institusi kewangan mengkaji semula prosedur pinjaman agar rakyat Malaysia tidak terjerumus dalam gejala pinjaman ah long.

"Isunya masalah birokrasi, kadang-kadang peminjam khususnya para peniaga kecil cukup syarat dan mampu membayar . Tetapi mengapa mereka dibebankan dengan beberapa syarat lalu pinjaman ditolak.

"Bukan sahaja melibatkan bank, tetapi institusi kewangan ditubuh kerajaan untuk membantu para peniaga khususnya untuk orang Melayu turut bersikap demikian. Mengapa ia berlaku," kesal Nadzim.

Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan supaya mewujudkan penanda aras atau KPI kepada mana-mana institusi kewangan khususnya ditubuhkan dalam membantu orang Melayu yang berjaya melahirkan usahawan berjaya dan bukannya mementingkan jumlah keuntungan atau pelaburan semata-mata.

Nadzim berkata, sudah masanya orang Melayu yang berjaya untuk membantu saudara sebangsa dan seagama dalam pelbagai sektor termasuklah bidang perniagaan.

"Jangan pentingkan poket diri sendiri, bantulah mereka golongan kurang kemampuan untuk berjaya dengan membimbing mereka bagaimana untuk menjadi berjaya.

"Jika sikap ini berlaku, tiada lagi istilah along atau tindakan meminjam wang daripada ceti haram yang rata-ratanya terdiri selain kaum Melayu," tegas Nadzim.

Kesempitan hidup

Karenah birokrasi institusi kewangan

Membayar ikat jamin saudara mara di mahkamah

Kehendak melebihi keperluan

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


12 lagi pasar nelayan dibina

Posted: 13 Nov 2013 10:13 AM PST

Oleh HANIZA HASSAN
pengarang@utusan.com.my

NUSAJAYA 13 Nov. - Kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM600,000 bagi membina 12 buah lagi pasar nelayan di seluruh negeri ini pada tahun depan dan 2015.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, sehingga kini terdapat empat buah pasar nelayan iaitu di Batu Pahat, Pontian, Mersing dan Muar.

Menurutnya, empat pasar nelayan berkenaan telah menerima peruntukan sebanyak RM140,000 bagi tujuan penambahbaikan prasarana sedia ada.

"Kerajaan negeri melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menggalakkan pembukaan pasar-pasar nelayan yang baharu dan berdekatan dengan pangkalan pendaratan ikan.

"LKIM juga akan menyediakan kemudahan prasarana dan nelayan akan menjual hasil tangkapan mereka di pasar tersebut tanpa perlu melalui orang tengah," katanya menjawab soalan Datuk Saipolbahari Suib (BN-Bukit Naning) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini hari ini.

Ismail berkata, antara lokasi pasar baharu berkenaan ialah di Sungai Rengit, Pengerang, Pasir Gudang, Taman Tampoi Utama, Parit Botak, Teluk Buih, Sarang Buaya dan Jeti Pendas Laut.

Beliau berkata, pembukaan lebih banyak pasar baharu itu akan membolehkan harga jualan setiap hasil tangkapan ditentukan sendiri oleh nelayan, manakala LKIM bertindak sebagai pemantau.

"Dengan adanya pasar berdekatan pusat pendaratan ikan ini, saya yakin golongan nelayan akan berusaha menambah pengeluaran ikan pada masa depan.

"Kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap golongan nelayan dan pelbagai insentif telah dan akan disalurkan kepada mereka," katanya.

Hasil Kajian Indeks Sosial Iskandar Malaysia diumum 2014

Posted: 13 Nov 2013 10:13 AM PST

NUSAJAYA 13 Nov. - Hasil Kajian Indeks Sosial Iskandar Malaysia yang merupakan kaedah untuk mengukur pencapaian pembangunan sosial di kawasan wilayah pembangunan itu dijangka diumumkan selewat-lewatnya pada suku pertama tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (gambar) berkata, indikator yang digunakan dalam kajian berkenaan akan dapat memberi gambaran sebenar tentang tahap kualiti hidup penduduk di Iskandar Malaysia.

Beliau berkata, dapatan kajian berkenaan juga akan dipantau dan digunakan sebagai sebahagian alat untuk membuat perancangan dan pelan tindakan.

"Indeks sosial ini turut memberi penekanan kepada perancangan pembangunan manusia serta modal insan dan bukan sebagai kajian kesan pembangunan fizikal kepada masyarakat semata-mata.

"Kajian itu turut melihat peningkatan kualiti hidup rakyat secara keseluruhan termasuk aspek keselamatan dan kesejahteraan, kesihatan, kemudahan riadah serta kawalan kos hidup menerusi kawalan kos perumahan, pengangkutan awam, kesihatan dan lain-lain," katanya semasa menjawab soalan Ayub Jamil (BN-Rengit) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini hari ini.

Menteri Besar memberitahu, skop kajian berkenaan meliputi pemilihan indikator paling relevan bagi Iskandar Malaysia, membangunkan mekanisma pengumpulan data, verifikasi data, penetapan sasaran dan asas pencapaian, carta aliran kerja dan pembangunan formula serta pengiraan indeks berkenaan.

Beliau berkata, dalam proses pemilihan petunjuk yang sesuai bagi Iskandar Malaysia, pendapat dan maklum balas penduduk diambil kira menerusi proses perbincangan kumpulan sasaran dan soal selidik masyarakat bagi mengetahui aspek keutamaan masyarakat tempatan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved