Sabtu, 14 September 2013

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Guru perlu kuasai bahasa Inggeris

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

JOHOR BAHRU 14 Sept. - Usaha memperkasa bahasa Inggeris bagi guru yang mengajar subjek berkenaan tidak akan membuahkan hasil sekiranya golongan tenaga pendidik itu sendiri tidak memulakan inisiatif untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa tersebut.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Chin berkata, para guru perlu mengambil langkah proaktif untuk menambahkan ilmu dan kecekapan bahasa Inggeris dan mengaplikasikannya dalam pengajaran di dalam kelas.

Guru yang berkemahiran mengajar guru-guru lain selain mengambil kelas tuisyen khusus dalam bahasa berkenaan. Kita tidak boleh hanya berharap kepada kementerian semata-mata.

Inisiatif perlu diambil kerana kita akan menjadi lebih matang dan berpengetahuan dalam penggunaan bahasa Inggeris," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Bahasa Inggeris Negeri Johor kali kelima di sini hari ini.

Persidangan selama tiga hari bermula semalam itu disertai lebih 200 guru bahasa Inggeris sekolah menengah dan rendah di negeri ini.

Program itu diadakan sebagai pendedahan baharu kepada peserta untuk memperkasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di peringkat sekolah menengah dan sekolah kebangsaan.

Menurut Kain Ching, Kementerian Pendidikan turut mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan kursus Professional Up-Skilling for English Language Teachers (Pro-ELT) bagi membantu penguasaan bahasa itu.

Tambahnya, usaha tersebut sekali gus dapat menyampaikan pengajaran yang berkesan kepada pelajar dan meningkatkan pencapaian mereka dalam subjek tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Hadiah buat Malaysia

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Pasukan Harimau Muda meraikan kejayaan menjuarai Pestabola Merdeka 2013 setelah mengalahkan Myanmar 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi. - MINGGUAN/MAHATHIR ALI

KUANTAN - Malaysia menjulang trofi Pestabola Merdeka Edisi Ke-41 buat kali ke-10 selepas mengalahkan Myanmar 2-0 pada perlawanan akhir di Stadium Darul Makmur di sini, semalam.

Jaringan daripada Rozaimi Abdul Rahman pada minit ke-29 dan gol pada penghujung permainan oleh Junior Eldstal cukup buat Malaysia memahat kemenangan kedua ke atas lawan mereka itu.

Biarpun rentak anak-anak buah Ong Kim Swee mungkin tidak begitu garang, kekentalan barisan pertahanan yang diterajui Mohd. Fadhli Mohd. Shas serta kecekapan penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi memastikan Myanmar tunduk kepada Harimau Muda.

Kejayaan itu juga membolehkan Malaysia membawa pulang RM164,500 dan mengulangi pencapaian pada 2007 dengan mengalahkan lawan sama 3-1 di Stadium Shah Alam.

Kemenangan ini juga memberi isyarat jelas kepada pasukan-pasukan lain tentang keseriusan Harimau Muda memburu pingat emas hatrik pada Sukan SEA 2013, setelah mencatat kemenangan empat kali berturut-turut termasuk dua ke atas pencabar utama, Myanmar yang bakal menjadi tuan rumah pada temasya dwi tahunan itu.

Tambah membanggakan, Wan Zack Haikal Wan Nor diumumkan sebagai Pemain Terbaik Kejohanan sementara Rozaimi mendapat Anugerah Penjaring Terbanyak Kejohanan.

Kim Swee membuat sedikit kejutan dalam senarai kesebelasan utama apabila menyenaraikan Rozaimi buat kali pertama bergandingan bersama A. Thamil Arasu manakala Syahrul Azwari Ibrahim menggantikan D. Saarvindran di sayap kiri.

Percaturan itu nampak jelas memberikan pulangan setimpal ekoran larian lincah Rozaimi kerap kali membuatkan pertahanan Myanmar kelam kabut, namun aksi Junior tampak kurang bertenaga di bahagian tengah selepas baru pulih daripada masalah keracunan makanan.

Walaupun penguasaan bahagian tengah jelas kurang memihak kepada Harimau Muda, kerap kali serangan pantas yang digerakkan Mohd. Irfan Fazail hampir meletakkan Malaysia di hadapan lebih awal cuma Rozaimi gagal mengambil peluang terhidang pada minit ke-2 dan 7.

Hasil gerakan pantas Wan Zack Haikal Wan Nor, dia masih mampu melepaskan percubaan dari luar kotak penalti yang gagal ditangkap kemas Pyaye Phyo Aung dan Rozaimi yang berada berdekatan, mudah menolak masuk ke dalam gawang yang ternganga.

Rozaimi sepatutnya menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-34, namun tandukannya yang berpunca daripada situasi sepakan sudut pantas ditepis keluar oleh Phyo Aung dan Kyi Lin hampir mencemaskan penyokong Harimau Muda sebelum babak pertama berakhir, mujur percubaannya sedikit tersasar di sebelah kanan pintu gol.

Momentum Harimau Muda sedikit menurun pada babak kedua dengan Myanmar bertali arus melancarkan serangan tetapi kecekapan penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi menjadi penghalang apabila beberapa kali menyelamatkan pintu gol negara daripada ditembusi oleh David Htan pada minit ke-58 dan Kyaw Ko Ko, dua minit kemudian.

Fadhli Shas terlepas peluang mengukuhkan kedudukan Harimau Muda pada minit ke-76 apabila tandukannya sekadar singgah di palang hasil hantaran menarik ketua pasukan, Irfan Fazail.

Selepas acap kali diasak oleh Myanmar yang terdesak mendapatkan gol penyamaan, akhirnya Junior memastikan kelegaan seluruh rakyat Malaysia apabila larian solo pemain kacukan Sweden-Sabah itu memperdayakan dua pertahanan lawan sebelum menewaskan Phyo Aung melalui rembatan leret, dua minit sebelum perlawanan ditamatkan.

Jaringan itu memastikan suasana stadium bergema dengan sorakan Harimau Muda dan membunuh semangat perjuangan Myanmar sekali gus menjadikan Malaysia sebagai pencabar utama yang perlu diberi perhatian di Sukan SEA, Disember ini.

Dalam satu lagi perlawanan yang diadakan pada sebelah petang, Singapura memastikan mereka menamatkan kejohanan ini dengan bukan berada di tempat tercorot selepas menewaskan Thailand, 2-1.

Gol pada minit terakhir masa kecederaan oleh Muhd. Faris Ramli berjaya mengecewakan Thailand yang beberapa minit sebelum itu menyamakan kedudukan melalui Hasan Maeroh pada minit ke-82 sementara gol pendahuluan Singapura dicipta Muhd. Shahfiq Ghani pada penghujung separuh masa pertama.

Terima kasih menyokong kami

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

Rozaimi (kanan) meraikan kejayaan menjaringkan gol sulung Malaysia menentang Myanmar pada perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi. - BERNAMA

KUANTAN - Kemenangan menjuarai Pestabola Merdeka 2013 adalah hadiah terbaik bagi menyambut Hari Malaysia pada hari esok dan jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee menyifatkan, kejuaraan ini adalah cukup bermakna kepada kariernya sebagai seorang jurulatih.

Tidak lupa mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh penyokong setia negara yang hadir, dia berharap kejuaraan ini akan membangkitkan lagi moral pasukan sebelum bersiap sedia dalam misi mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2013 di Myanmar.

"Kejayaan ini cukup manis kerana kita baru sahaja melalui bulan kemerdekaan dan paling penting pada seluruh rakyat negara ini yang akan menyambut Hari Malaysia tidak lama lagi.

"Tidak lupa saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada penyokong yang hadir terutama pada perlawanan akhir kerana memberikan semangat kepada semua pemain untuk beraksi dengan begitu baik," katanya.

Kim Swee juga memuji semua pemain yang menunjukkan aksi yang cukup konsisten sambil berharap mereka tidak akan leka dengan kejayaan ini kerana perjuangan sebenar di Sukan SEA bakal menanti.

Malah, dia memberikan amaran Myanmar pasti akan bertambah dendam kepada Malaysia selepas dua kali kalah di sini dan akan mempertingkatkan lagi prestasi serta memperbaiki kelemahan dalam masa beberapa bulan ini.

"Semua pemain telah beraksi sebagai satu unit dan melakukan tugasan dengan baik, dua gol itu cukup berkualiti hasil pergerakan dan kerjasama sesama mereka.

"Kita harapkan bukan pada hari ini sahaja mereka mempamerkan aksi bersungguh-sungguh sebaliknya pada kejohanan lain dan pada Sukan SEA nanti.

"Jangan terlalu dibuai kejayaan ini kerana masih banyak kelemahan perlu diperbaiki dan diharapkan apabila semua pemain berkumpul sekali lagi pada penghujung November nanti, kita akan dapat kumpulkan barisan terbaik," katanya.

Sementara itu, ketua pasukan negara, Mohd. Irfan Fazail mengakui kejayaan menjuarai Pestabola Merdeka sebagai satu pengalaman cukup manis dan berharap apa yang mereka lalui tidak akan berakhir setakat kejohanan ini.

"Syukur, kemenangan yang dicapai ini bukan sesuatu yang mudah dan berasa gembira kerana mampu menggembirakan seluruh penyokong yang hadir ke stadium hari ini.

"Walaupun kami berasa sedikit cemas pada mulanya selepas gagal mendapatkan gol kedua namun kami bertahan dengan sedaya upaya dan jaringan Junior memastikan kemenangan adalah milik kami," katanya yang ditemui selepas perlawanan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


PDRM ambil alih operasi AES - Zahid

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

KUALA TERENGGANU 14 Sept. - Pelaksanaan operasi Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kini telah diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini hari ini.

"Ya. Saya ingin mengesahkan bahawa AES kini telah diserahkan secara rasmi operasinya kepada PDRM.

"Ia telah pun berkuatkuasa.. di semua lokasi yang ada AES iaitu lokasi sedia ada," katanya.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini dilapor berkata, kerajaan akan mengambil alih operasi dan penguatkuasaan AES daripada syarikat pengendali.

Sebanyak 14 kamera AES beroperasi sejak sistem itu dikuat kuasa September 2012 dan setakat 11 Jun lalu, kerajaan mengeluarkan 673,339 saman dan mengutip kompaun sekitar RM20 juta.

Bayi koma dipercayai didera meninggal dunia

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

KLANG 14 Sept. - Bayi malang berusia enam bulan yang koma selepas dipercayai didera meninggal dunia petang ini selepas lima hari dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neo Natal (NICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini sejak Selasa lalu.

Bayi malang itu, Nur Sofea Insyirah Mohd. Sharil (gambar) dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.20 petang.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop mengesahkan kejadian itu dan kes membabitkan bayi tersebut masih dalam siasatan di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2011.

"Laporan awal menunjukkan kecederaan berlaku bukan disebabkan dipukul atau didera. Namun, kita masih menunggu keputusan bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Selasa lalu, akhbar melaporkan polis menahan seorang pengasuh bagi membantu siasatan berhubung kes bayi tersebut yang disyaki didera hingga mengakibatkan mangsa koma akibat cedera di kepala.

Pengasuh wanita berusia 29 tahun tersebut diberkas di rumahnya di Jalan Yadi, Telok Gadong Kecil, di sini pada pukul 2.30 petang, Selasa lalu, namun dibebaskan semula selepas laporan awal menunjukkan kecederaan bukan disebabkan dipukul atau didera.

Wanita tersebut dilaporkan menghubungi bapa mangsa, Mohd. Sharil Ahamad, 28, pukul 4.30 petang sehari sebelum itu dan memaklumkan anak tunggal lelakinya tersebut terpaksa dihantar ke hospital swasta selepas mengalami sesak nafas.

Laporan perubatan mengesahkan terdapat kesan retak pada tengkorak kiri mangsa selain pendarahan di otak tengah serta lebam di dahi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Tiga kanak-kanak lemas dalam peti sejuk

Posted: 14 Sep 2013 12:02 PM PDT

JOHANNESBURG 15 Sept. - Tiga kanak-kanak Afrika Selatan ditemui mati oleh datuknya selepas terperangkap di dalam sebuah peti sejuk lama ketika bermain berhampiran rumahnya, semalam.

Menurut jurucakap polis, Kealeboga Molale kesemua mayat mereka di temui di Atamelang, sebuah bandar di wilayah North West. Dua daripada mereka berusia empat tahun manakala seorang lagi berusia tiga tahun.

Mereka pergi bermain di dalam peti sejuk dan terkunci dari arah dalam menyebabkan mereka lemas," kata Molale. - AFP

Pengebom berani mati letup diri di majlis pengkebumian

Posted: 14 Sep 2013 12:01 PM PDT

BAGHDAD 15 Sept. - Seorang pengebom berani mati meletupkan diri di majlis pengkebumian di utara negara ini semalam, mengorbankan 26 orang dan 45 yang lain cedera di bandar Mosul.

Serangan itu berlaku selepas sehari berlaku serangan bom di sebuah masjid yang dipenuhi pengikut sunnah di tengah bandar Baquba.

Terdapat peningkatan mendadak dalam keganasan di Iraq, Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) berkata seramai 1,059 terbunuh dalam bulan Julai lalu dan 916 orang yang terdiri daripada orang awam terbunuh pada Ogos lalu. - DPA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Dua ditipu lebih RM100,000

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

JERANTUT 14 Sept. - Gara-gara percayakan dua individu tidak dikenali dipercayai warga Indonesia, seorang wanita dan seorang lelaki kerugian lebih RM100,000 akibat diperdaya kedua-dua suspek dalam dua kejadian baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Azid Ismail berkata, dalam kejadian pertama Selasa lalu, mangsa seorang wanita berusia 57 tahun sedang membeli barangan di pekan sehari di Felda Padang Piol dekat sini, sebelum muncul suspek disyaki warga Indonesia memperkenalkan diri dan ingin menjual batu permata.

Selepas berbincang, mangsa bersetuju mengikut lelaki itu ke masjid di Felda Padang Piol. Setibanya di situ, mangsa diarahkan untuk mengambil wuduk bagi mendapatkan batu permata itu.

Tanpa berfikir panjang, mangsa menurut permintaan lelaki asing itu. Sebelum mengambil wuduk mangsa turut disyaratkan menanggalkan barangan kemas iaitu sebentuk cincin, seutas rantai tangan dan seutas rantai leher dipakainya bernilai lebih RM14,000," katanya di sini.

Menurut Azid, selepas wanita itu menyerahkan barang kemas miliknya, lelaki itu memberikan sekeping sampul surat yang dikatakan mengandungi batu permata tetapi hanya dibenarkan membukanya di rumah.

Wanita itu pulang ke rumah dengan harapan dalam sampul surat tersebut mengandungi batu permata tetapi hampa apabila mendapati di dalamnya hanya mengandungi batu-batu biasa," ujarnya.

Katanya, dalam kes kedua, seorang lelaki berumur lingkungan 40-an kerugian RM86,000 apabila menjadi mangsa penipuan seorang wanita dipercayai warganegara Indonesia pada Rabu lalu.

Katanya, dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Jalan Tahan dekat sini, mangsa didatangi suspek wanita yang berpura-pura memberitahu telah memenangi hadiah nombor ekor Toto bernilai RM200,000 yang sebenarnya telah diubah suai.

Mangsa diminta membayar wang sebanyak RM6,000 kepada suspek. Bagaimanapun suspek membuat helah mengatakan dia sangat memerlukan wang kerana kakaknya sakit di Indonesia.

Mangsa yang termakan pujuk rayu wanita itu terus pergi ke kaunter bank untuk mengeluarkan wang sebanyak RM80,000," katanya.

Beliau berkata, selepas menyerahkan wang itu wanita itu mengajak mangsa untuk membuat salinan kad pengenalan.

Selepas mangsa masuk ke dalam kedai untuk membuat salinan kad pengenalan, wanita itu terus menghilangkan diri," katanya.

Azid berkata, kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara minimum selama setahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan.

152 anggota IPK Pahang sertai Konvoi Kembara Cegah Jenayah

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

Sharifuddin Ab. Ghani (berdiri tengah) bersama pegawai dan anggota IPK Pahang sebelum Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Cegah Jenayah di Kuantan, kelmarin.

KUANTAN 14 Sept. - Seramai 152 anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang menyertai Konvoi Kembara Cegah Jenayah selama dua hari bermula semalam bagi mendekatkan polis dengan masyarakat.

Konvoi anjuran Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pahang yang turut disertai Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Ab. Ghani itu memilih daerah Pekan dan Rompin sebagai lokasi persinggahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Pahang, Senior Asisten Komisioner Zakaria Ahmad berkata, program yang pertama kali diadakan itu bagi membolehkan pihaknya turun padang bertemu komuniti di daerah terbabit secara dekat.

Menurutnya, dalam setiap persinggahan, pihaknya akan mengadakan High Profile Policing termasuk mengedarkan risalah cegah jenayah.

Kita akan bertemu dengan komuniti bagi mendengar aduan dan cadangan mereka melibatkan masalah yang mungkin ada di kawasan mereka," katanya ketika ditemui dalam Majlis Pelepasan Konvoi Kembara Cegah Jenayah di IPK di sini semalam.

Yang turut hadir Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Pahang, Datuk Johny Chng Ewe Gee.

Zakaria berkata, beliau bangga dengan penyertaan anggota polis dalam kembara itu dan membuktikan komitmen mereka terhadap tanggungjawab yang digalas.

Masalah pemandu lori dirujuk kepada SPAD

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

RAUB 14 Sept. - Masalah yang dihadapi oleh pemandu dan pemilik lori sehingga memaksa mereka mengadakan perhimpunan di Jalan Kuantan-Pintasan Pelabuhan dekat Kampung Chendering di sini baru-baru ini akan dibawa ke peringkat atasan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob (gambar) berkata, perkara itu diputuskan dalam perjumpaan Isnin lalu antara beliau dengan pemandu, pemilik lori, SPAD, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak polis.

Kita telah mengadakan perbincangan dan saya telah tekankan tentang keperluan mematuhi undang-undang selain menjaga kepentingan awam, namun pada masa yang sama kita turut bersimpati dengan masalah yang mereka hadapi.

Dalam perjumpaan itu baharulah saya tahu bahawa pemandu serta pemilik lori tersebut mengalami keperitan hidup menyebabkan mereka terpaksa membawa barangan lebih muatan," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar di sini baru-baru ini.

Utusan Malaysia sebelum ini pernah melaporkan tindakan 500 pemilik dan pemandu lori berhimpun bagi membantah operasi penguatkuasaan yang sering dilaksanakan oleh SPAD di sekitar daerah ini.

Mereka mendakwa, operasi itu menjejaskan sumber pendapatan mereka yang selama ini tidak pernah diganggu oleh agensi penguat kuasa yang lain.

Kita telah meminta aspek pelaksanaan undang-undang itu sendiri hendaklah dikaji dengan sebaik-sebaiknya supaya dapat dihormati selain kepentingan pemandu juga harus dijaga," katanya.

Sehubungan itu, Adnan berkata, satu jalan untuk menyeimbangkan antara keperluan undang-undang tetapi pada masa yang sama menjaga kepentingan awam dan pemandu lori perlu dilaksanakan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Memulihkan industri berasaskan kelapa

Posted: 08 Sep 2013 11:23 PM PDT

Oleh LAUPA JUNUS
laupa.junus@utusan.com.my
Gambar Mohd. Noor Mat Amin

Ahmad Ngalim tertarik melihat sabut kelapa yang merupakan bahan mentah industri hiliran berasaskan tanaman tersebut.

MENJELANG musim perayaan, antara masalah yang sering timbul ialah bekalan kelapa tidak cukup. Ini memaksa kerajaan mengimport kelapa dari negara jiran terutama Indonesia dan Thailand.

Masalah tersebut yang berlarutan membuktikan pengeluaran kelapa tidak dapat memenuhi keperluan tempatan.

Industri penanaman kelapa tempatan berdepan masalah tersebut sejak sekian lama sejak zaman kegemilangan industri tersebut di Bagan Datoh, Perak beberapa dekad lepas.

Persoalannya, kenapa berlaku masalah tersebut sedangkan industri tanaman n permintaan yang berterusan, industri berasaskan kelapa tidak boleh dibiarkan berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan.

Antara sebab kekurangan bekalan ialah kawasan penanaman semakin berkurangan disebabkan beberapa faktor. Antaranya persaingan dengan tanaman komoditi lain yang lebih menguntungkan seperti sawit.

Berdasarkan statisitik, kawasan penanaman kelapa pada 1969 ialah 304,300 hektar (ha) dan meningkat kepada 354,300 ha pada 1979.

Bagaimanapun apabila penanam memilih untuk menebang kelapa dan menggantikannya dengan sawit, kawasan ladang atau estet menurun pada 22,000 ha pada 1967 kepada 17,000 ha 10 tahun kemudian.

Ketika ini, 70 peratus keluasan penanaman adalah di Semenanjung, Sabah (14 peratus) dan Sarawak 16 (peratus) dan berlaku tren penurunan 2.8 peratus setahun.

Berdasarkan statistik industri tersebut yang dinyatakan dalam Dasar Agro Makanan Negara ( 2011-2020) kebanyakan milikan ladang ialah pekebun kecil (98 peratus) melibatkan 80,000 keluarga dengan purata keluasan 1.9 ha.

Berdasarkan statistik tersebut, pengeluaran kelapa dijangka meningkat daripada 530,000 tan pada 2010 kepada 1.2 juta tan metrik pada 2020.

Dalam pada itu, rekod sebelum ini menyatakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diperuntukkan RM17.9 juta di bawah Projek Pembangunan Tanaman Industri Kelapa sebagai sebahagian rancangan memajukan semula industri kelapa di negara ini.

Itu cerita dahulu. Industri kelapa ketika ini berkedudukan di tangga keempat terpenting daripada segi keluasan kawasan penanam selepas kelapa sawit, getah dan padi.

Industri kelapa ketika ini menyumbang 0.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

Seorang penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Azmi Man berkata, kajian awal mendapati, kerajaan pernah memperkenalkan Skim Pemulihan dan Penanaman Semula Kelapa pada 1963 dan hasilnya pada 1970 dan 1980 sejumlah 8,554 ha berjaya ditanam semula manakala 35,750 ha dipulihkan.

Pada masa sama, sejumlah 8,387 ha keluasan tanah ditanam melibatkan perladangan integrasi bersama koko. manakala 1,493 ha ditanam bersama kopi.

"Dianggarkan kawasan pokok kelapa tua seluas 3,600 hektar akan ditanam semula dengan jenis Matag yang boleh menghasilkan sehingga 25,000 biji setahun," ujarnya.

Membincangkan secara lanjut mengenai tanaman kelapa di negara ini, Dr. Azmi yang juga Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri MARDI berkata, tanaman ini menghadapi era yang suram jika tidak ada usaha menanganinya.

Hari ini ladang kelapa dianggap tidak lagi menguntungkan di samping kos buruh tinggi berbanding sawit dan harga rendah. Sebab itu tidak ramai yang sanggup mengusahakannya.

''Lazimnya (ladang kelapa) tidak diurus dengan baik, potensi hasil tidak terserlah," kata beliau.

Yang turut hadir ialah Pengurus Stesen MARDI Hilir Perak yang juga Penyelidik Biak baka MARDI, Ahmad Ngalim.

Beliau berkata, pengurusan ladang yang baik harus bermula di peringkat awal melibatkan aspek bahan tanaman, pembajaan, pengawalan rumpai dan perosak.

Stesen MARDI Hilir Perak

Posted: 08 Sep 2013 11:23 PM PDT

Oleh Laupa Junus

Stesen MARDI Hilir Perak beroperasi sebagai Pusat Penyelidikan koko dan kelapa pada 1991 sebelum diserahkan kepada Lembaga Koko Malaysia (LKM) pada 1991 hingga 2006.

Pada 1 Jun 2006 pusat tersebut yang terletak 25 kilometer dari Teluk Intan dikembalikan sebahagiannya kepada MARDI.

Kawasan terbabit sebenarnya berkeluasan 87.82 hektar (464.1 ekar) yang ditanam dengan kelapa, koko, pisang, kelapa sawit dan herba.

Peranan utama stesen tersebut ialah menjalankan penyelidikan dalam bidang biak baka, agronomi, fisilogi, pengawalan musuh dan penyakit serta teknologi lepas tuai tanaman kelapa selain menjalankan aktiviti pemindahan dan pengkomersialan teknologi tanaman kelapa dan industri berkaitan.

Peranan lain termasuk mengadakan program latihan kepada petani dan pengusaha dalam bidang berkaitan tanaman kelapa dan menjalankan penyelidikan huluan tanaman herba serta lain-lain tanaman industri.

Antara aktiviti penyelidikan yang dijalankan di pusat tersebut sejak Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) ialah bidang baikbiak baka untuk mendapatkan varieti baru, bidang pengurusan perosak dan penyakit serta lain-lain aspek agronomi untuk peningkatan hasil kelapa.

Pusat tersebut juga menjalankan penyelidikan untuk mencari penggunaan baru kelapa seperti minyak kelapa dara ( VCO ), minuman isotonik dari air kelapa dan sebagainya. Semua itu sedang dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan.

Pusat Promosi Teknologi juga akan membangunkan test bed untuk VCO dan ladang contoh (model farm) berasaskan kelapa di stesen berkenaan.

Penyelidikan lain termasuk bidang mekanisasi dalam aspek mengopek kelapa dan pemprosesan sabut serta penyelidikan berkaitan sistem tanaman campur berasaskan kelapa dengan mengintegrasikan tanaman selingan lain (dan juga ternakan) dalam satu sistem yang lengkap juga dicadangkan dalam usaha meningkatkan pendapatan penanam kelapa.

Aktiviti lain termasuk penyelidikan huluan untuk herba terpilih seperti misai kucing, emas cotek, limau purut dan herba, penyelidikan bagi tanaman baru seperti pokok jarak pagar (Jatropha curcas), tanaman stevia, dan juga tanaman nipah juga akan dijalankan selain mempromosikan dan memindahkan teknologi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Futsal tiga sahabat

Posted: 14 Sep 2013 06:07 AM PDT

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
Gambar MOHD FARIZWAN HASBULLAH

MERIAH, menghiburkan dan sangat seronok. Tidak dapat digambarkan lagi perasaan itu ketika menonton perlawanan persahabatan futsal antara tiga rakan artis iaitu Shaheizy Sam, Yana Samsudin dan Fara Fauzana di Gelanggang Futsal Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS), Ampang, Selangor baru-baru ini.

Kehadiran S3 bersama jurugambar membuatkan ketiga-tiga selebriti itu semakin ghairah menunjukkan bakat menggelecek masing-masing.

Tidak disangka, mereka mempunyai kemahiran yang tidak disangka. Sangat lincah dan ligat berada di gelanggang futsal. Bukan sahaja mempunyai bakat berlakon, tetapi bermain futsal, walaupun tidak bergelar seorang pemain profesional.

Kemeriahan pada hari itu semakin terasa dengan kehadiran peminat ketiga-tiga selebriti berkenaan. Wah, memang sokongan yang diberikan peminat tidak putus-putus. Bukan sahaja untuk kerjaya tetapi masa turut diluangkan kepada artis kegemaran mereka dalam mengisi masa senggang dengan bermain futsal.

S3 mendapatkan ketiga-tiga selebriti berkenaan ketika waktu rehat untuk berkongsi cerita mengenai futsal.

Moon Geun-yeong ketinggalan

Posted: 14 Sep 2013 06:07 AM PDT

MOON Geun-yeong berazam akan tamatkan pengajian.

AKTRES Moon Geun-yeong sudah bergelar penuntut Universiti Sungkyungwan sejak 2006 dan patut tamat pengajian pada 4 Ogos lalu, namun dia ketinggalan.

Dia belum layak bergelar graduan kerana masih ketinggalan tiga kredit penting untuk kursus yang diambil iaitu kerja sukarela, aktiviti rekreasi dan lesen untuk bahasa asing atau teknologi maklumat. Tanpa memenuhi keperluan tersebut, dia tidak akan lulus.

Sekarang ini Moon Geun-yeong sibuk menjalani penggambaran drama Goddess Of Fire Jeongi dan dia tidak ada masa lapang sejak berlakon drama Cheongdam-dong Alice.

Sebelum ini dia pernah muncul dalam drama Painter of the Wind, Cinderella's Sister, Marry Me, Mary! dan banyak lagi sejak mendaftar diri sebagai penuntut.

Sebaik selesai Goddess Of Fire Jeongi, Moon Geun-yeong bercadang untuk menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana dia juga ingin bergelar graduan seperti rakan-rakan lain.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Agenda bumiputera Najib

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

Oleh Nordin Kardi

Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) mengeluarkan ramai doktor Melayu dan profesional bumiputera hasil dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan. - Gambar hiasan.

TUN Razak telah dengan berani melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang isi kandungannya kelihatan memihak kepada bumiputera. Sudah tentu dasar ini mendapat kritikan keras dari dalam dan luar Negara.

Tanpa apologi, Tun Razak dengan tegas menyampaikan mesej bahawa peristiwa rusuhan berdarah 1969 berpunca daripada ketidakseimbangan pembahagian ekonomi di dalam negara.

Kemiskinan bumiputera begitu ketara saat DEB dilancarkan iaitu pada kadar 64.8 peratus berbanding 26.0 peratus Cina miskin dan 39.2 peratus India. Kadar kemiskinan tegar pula menunjukkan bumiputera mewakili 9.9 peratus.

Empat puluh tahun selepas DEB, perangkaan dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi menunjukkan bahawa kemiskinan bumiputera masih lebih tinggi berbanding kaum lain iaitu 2.2 peratus, Cina diwakili oleh 0.3 peratus dan India 1.8 peratus.

Sebanyak 0.3 peratus bumiputera berada pada kategori miskin tegar berbanding 0.2 peratus India dan 0.0 peratus Cina.

Begitu membanggakan, sasaran serampang dua mata DEB ia itu menghapuskan kemiskinan tanpa mengira kaum telah tercapai berbanding satu lagi sasaran iaitu menyusun semula masyarakat.

Amat munasabah apabila digambarkan bahawa agenda bumiputera yang dilancarkan oleh Najib melampaui semata-mata kotak ekonomi dan sudah tentu usaha menyusun semula masyarakat yang amat penting untuk perpaduan, keselamatan dan keamanan negara mempunyai tempat penting dalam agenda itu.

Dasar Ekonomi Baru dilancarkan selepas kerajaan ditinggalkan oleh kaum bukan bumiputera pada Pilihan Raya 1969. Sejarah seperti berulang dan kebetulan pemimpin yang bakal memperbetulkan keadaan bumiputera pada milinium 21 ialah anak Tun Razak sendiri.

Jika sasaran kerajaan Tun Razak adalah meningkatkan ekuiti bumiputera kepada 30 peratus dalam tempoh 20 tahun berbanding hanya 2.4 peratus pada garis permulaan DEB (1970) tentu banyak yang bersetuju jika Najib pula meletakkan sasaran 60 peratus sebagai mewakili komposisi penduduk bumiputera pada kedudukan itu.

Tidak mengapalah sekiranya selepas tempoh yang ditetapkan sasaran itu tidak tercapai sepenuhnya, namun, seperti DEB selepas tempoh 20 tahun, ekuiti bumiputera telah meningkat kepada 20 peratus, masih beberapa peratus diperlukan untuk mencapai sasaran 30 peratus.

Keadilan

DEB menetapkan agihan ekuiti pada kadar 30-40-30 (bumiputera: bukan bumiputera: asing) dan ternyata bumiputera tidak berupaya mencapai sasaran berbanding pencapaian bukan bumiputera yang telah mencapai 46.8 peratus berbanding sasaran 40 peratus.

Kerajaan Tun Razak tanpa segan-silu memilih gagasan moral bahawa keadilan di dalam negara tidak dapat ditegakkan dengan membiarkan komponen penduduk majoriti berada dalam kesakitan.

Pendirian ini mendapat pengesahan daripada tokoh ilmuan di barat seperti Just Farland dalam tulisan bertajuk Growth and Ethnic Inequality: Malaysia New Economic Policy yang pernah diterbitkan Utusan Press pada 2003.

DEB telah berjaya mengubah struktur pendapatan bumiputera daripada 89.3 peratus sangat rendah, iaitu di bawah RM400 berbanding kepada pendapatan tinggi (melebihi RM5,000) yang hanya 0.1 peratus pada 1970 kepada 0.5 peratus pendapatan terendah berbanding 33 peratus bumiputera berpendapatan tinggi melebihi RM5,000 pada 2012.

Ini menunjukkan sasaran mengurangkan kemiskinan yang pada akhirnya menghapuskannya tercapai dengan baik. Namun begitu saranan menyusun semula masyarakat seperti tidak mendatangkan hasil menggalakkan.

Ini digambarkan dengan jelas oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Abdul Wahid Omar yang mengatakan hanya ada lapan peratus sahaja akauntan bertauliah bumiputera.

Warganegara Malaysia tentu ingin melihat, jika Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) pimpinan Tun Razak telah berupaya mengubah banyak keadaan kedaifan bumiputera kepada keadaan yang lebih baik masa kini, bagaimana pula Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) pimpinan anaknya akan dapat meletakkan bumiputera di tempat yang lebih dihormati.

Kerajaan telah pernah mencipta agensi-agensi yang telah merintis rekod cemerlang dalam membangkitkan sosioekonomi bumiputera seperti Majlis Amanah Rakyat (Mara), Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (SEDC), Perbadanan Nasional (PERNAS) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB), adakah pula MTAB akan hanya menyuntik tenaga tambahan kepada agensi-agensi tersebut atau akan tampil dengan agensi-agensi baru yang mempunyai keupayaan yang lebih menakjubkan?

Rekod golongan profesional bumiputera mengurus PNB dan Petronas telah berjaya memadam cakap-cakap yang memperkecilkan keupayaan bumiputera mengurus.

Selepas berjaya, golongan profesional bumiputera telah membuktikan yang mereka tidak gelojoh atau tamak kaum, sebaliknya mencipta pelbagai produk (contohnya Amanah Saham Wawasan PNB) yang dapat dinikmati oleh kaum-kaum lain juga.

Keberanian

Ini amat berbeza dengan sektor-sektor persendirian bukan bumiputera yang kelihatan sangat liat untuk mengambil golongan profesional bumiputera bekerja dengan mereka bagi jawatan-jawatan eksekutif penting.

Bagi melaksanakan DEB, dua cara telah dilakukan iaitu membantu bumiputera menceburi perniagaan dan mengeluarkan pelbagai biaya pendidikan supaya bumiputera memperolehi pendidikan tinggi.

Umum dapat menyaksikan betapa cara kedua lebih berjaya berbanding cara pertama. Keberanian kerajaan menghantar anak-anak bumiputera ke luar negara terutamanya Amerika Syarikat (berbanding sebilangan pelajar elit ke England sebelumnya), pada angka ribuan telah melahirkan ketua pelbagai badan korporat yang cemerlang dan berwibawa, baik lelaki mahupun perempuan.

Mereka berupaya menjadi peneraju badan-badan kewangan tempatan dan antarabangsa. Ini tidak termasuk ribuan bekas pemegang pinjaman pelajaran Mara yang kemudiannya menjadi saintis dan profesor di universiti-universiti tempatan.

Pernahkah suatu ketika dibayangkan bagaimana doktor-doktor Melayu, misalnya, merawat ribuan pesakit keturunan Cina dan India?

Hari ini, kalau ada sesiapa yang pergi ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, orang itu pasti insaf betapa DEB telah melahirkan begitu ramai doktor Melayu atau bumiputera pakar yang dengan penuh dedikasi tanpa diskriminasi merawat begitu ramai pesakit yang tidak sama keturunan dengan mereka.

Pada hal, semasa Universiti Kebangsaan Malaysia mula mengambil pelajar pada 1970 dahulu, bukan sedikit cemuhan dan kesangsian terhadap graduan yang bakal dilahirkan oleh universiti Melayu yang diajar oleh para guru Melayu dan dalam bahasa Melayu.

Hari ini juga, Universiti Kebangsaan Malaysia atau universiti yang diajar oleh guru-guru Melayu ini menjadi tempat belajar yang diidam-idamkan atau tempatnya direbuti oleh anak-anak bukan bumiputera oleh kecemerlangannya.

Alangkah baiknya jika MTAB mengekalkan kecemerlangan idea MAGERAN dalam hal ini sehingga muncul segolongan bumiputera yang menjadi tempat orang bukan bumiputera mendapat pertolongan dan perkhidmatan.

Melayu dan bumiputera hanya akan dimuliakan apabila mereka berupaya memberi pertolongan kepada orang lain, bukan sebaliknya menyakiti.

Kejayaan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera amat kritikal kepada kerajaan semasa sebagai isyarat bahawa mandat yang diberikan oleh bumiputera dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu benar-benar difahami oleh pemerintah.

Beberapa rakan bukan bumiputera saya juga menyetujui bahawa semua pihak sedang memerhatikan isyarat yang bakal dihantar oleh pemerintah sehingga tamat mandat ini nanti.

Ada di antara mereka berkata bahawa pengundi Cina terutamanya telah merasa tersilap kerana yakin benar bahawa kerajaan yang ada akan dapat dikalahkan.

Oleh keyakinan itu dan sebagai pengundi rasional dan praktikal, mereka tidak mahu kehilangan pelbagai peluang sekiranya mereka tidak bersama dengan kerajaan baharu yang bakal naik. Slogan 'ini kali lah' adalah slogan yang mewakili keyakinan ini.

Namun begitu, sekiranya dengan meninggalkan rakan politik lama itu mereka membaca isyarat bahawa mereka tidak merasai apa-apa kerugian, maka rasional politik mereka akan selama-lamanya berubah daripada tradisi yang dipegang selama ini: mesti bersama dengan yang berkuasa jika tidak mahu kerugian kepada 'pilih yang mana satu pun tidak mengapa dan tidak akan rugi apa-apa kerana sebaliknya yang meminta untuk dipilih itu begitu terdesak memerlukan golongan mereka'.

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Posted: 14 Sep 2013 11:25 AM PDT

Harapan baru

PELBAGAI langkah dan strategi baharu di bawah Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak semalam, begitu besar maknanya.

Ia jelas menyerlahkan keyakinan beliau untuk membantu masyarakat bumiputera biarpun bakal berdepan dengan kritikan dan tohmahan.

Dalam ekonomi terbuka dan asakan global yang mahu menyamaratakan semua dasar termasuk ke atas Malaysia, apa yang dilakukan oleh Najib itu adalah sesuatu yang berani.

Pengumuman semalam memberi mesej yang jelas betapa negara ini perlu dimajukan mengikut acuan sendiri. Maka ia mesti mengambil kira terlebih dahulu soal menangani permasalahan dan cabaran domestik.

Memperkasakan ekonomi bumiputera yang merupakan kaum teras (lebih 60 peratus meliputi Sabah dan Sarawak) di negara ini bukan suatu dosa.

Bumiputera masih jauh ketinggalan dalam hampir semua bidang terutama sektor korporat dan perniagaan serta pemilikan aset. Ramai yang masih miskin terutama di luar bandar.

Seperti kata Najib, jika kaum majoriti tidak dibela dan merasa diri terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan menikmati keamanan serta kestabilan berpanjangan.

Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera itu juga dilakukan berdasarkan pertumbuhan ekonomi tanpa mengambil hak kaum lain terutama Cina yang telah lama menguasai kekayaan negara.

Apa yang menjadi cabaran selepas ini ialah pelaksanaan dan menangani soal ketirisan. Awang percaya berdasarkan ucapan Najib semalam, kerajaan komited untuk memastikan pelaksanaan yang berkesan melalui pelbagai langkah dan kawal selia lebih ketat.

Selain memperkenalkan ASB2 dengan suntikan RM10 bilion unit saham, Awang teruja dengan penekanan Najib kepada pembangunan modal insan antaranya penubuhan Dana Pendidikan Mara bernilai RM1 bilion.

Agenda memperkasa ekonomi bumiputera yang merangkumi lima fokus itu melibatkan hal-hal yang kritikal dan menjadi kekangan selama ini.

Tidak kurang menarik adalah KPI untuk syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) agar komited menjayakan agenda bumiputera. Awang setuju sangat kerana ramai peneraju GLC makin lupa diri dan tersasar daripada matlamat penubuhan GLC.

Pembentukan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) yang dipengerusikan sendiri oleh Perdana Menteri, juga isyarat jelas Najib mahu memikul tanggungjawab menjayakan pelaksanaan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Pengumuman semalam telah mendapat reaksi positif daripada pelbagai pihak dan kalangan masyarakat bumiputera. Ia sekaligus menjawab segala keresahan kaum majoriti itu - faktor penentu kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) - terhadap agenda bumiputera.

Sokongan mereka terbalas dan diberi pengiktirafan oleh Perdana Menteri. Yang berbudi, kita berbahasa.

Awang mengucapkan rasa syukur dan tahniah kepada Najib kerana beliau telah menyuntik keyakinan sambil membawa harapan baru kepada masyarakat bumiputera.

Di samping peranan dan imej harmoninya sebagai pemimpin semua kaum, Najib membuktikan bahawa obor perjuangan untuk membantu bumiputera terang menyala dengan pendekatan lebih strategik.

Malah perasaan Awang terusik apabila beliau menyatakan penegasan dan komitmen kepada Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu, yang kita semua sudah abaikan.

Tiada siapa boleh menafikan Najib adalah pilihan terbaik untuk terus menaungi bumiputera dan masyarakat majmuk di negara ini. Teruskan perjuangan Datuk Seri.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Cerita si bakal doktor

Posted: 13 Sep 2013 11:52 AM PDT

Biarpun berperangai gila-gila apabila bersama teman-teman, Ainaa tetap menjaga penulisan dalam blog kerana tidak mahu pembaca melabelkannya sebagai kanak-kanak.

MELIHATKAN perangainya yang gila-gila, pasti ramai tidak menyangka gadis yang berasal dari Tanjung Malim, Perak ini bakal bergelar doktor suatu hari nanti.

Bagi Ina Ainaa Kamarudin atau lebih dikenali sebagai Ainaa Roseberry, 21, menjadi penuntut jurusan perubatan tidak bermakna dia perlu mengabaikan kehidupan zaman remajanya.

Pun begitu, menjadi prinsip bagi anak bongsu daripada lima beradik ini untuk bijak membahagikan masa antara pelajaran dan bersosial agar yang dikejar dapat, yang dikendong tidak berciciran.

Untuk mengenali lebih lanjut mengenai pemilik blog Ainaa Roseberry ini, jangan lupa melayari http://www.ladyainaa.com.

- LYNN/SHAHRIL AZMAN ZAIN

Kayuh basikal kembalikan nostalgia merdeka

Posted: 13 Sep 2013 11:52 AM PDT

NAIB Pengerusi Gabungan Basikal Klasik Malaysia (GBKM), Sanim Othman (tengah) mengetuai konvoi berkayuh sekitar Kuala Selangor sejauh 10kilometer baru-baru ini.

DALAM arus modenisasi, ramai yang menyambut kemerdekaan hanya dengan menonton pertunjukan bunga api atau perarakan hari kemerdekaan.

Namun berlainan pula dengan apa yang dilakukan oleh Gabungan Basikal Klasik Malaysia (GBKM).

Baru-baru ini, seramai 70 peserta terdiri daripada ahli GBKM dari Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor bergabung tenaga bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan ke-56 di Kuala Selangor, Selangor.

Kayuhan itu diadakan bertujuan bagi mengembalikan nostalgia kemeriahan menyambut kemerdekaan suatu ketika dahulu kepada generasi muda dan masyarakat setempat.

Menurut penyelaras program, Muhamad Fathir Baharudin, konvoi basikal klasik yang lengkap berpakaian zaman merdeka itu merangkumi jarak sejauh 10 kilometer mengelilingi pekan Kuala Selangor selama dua jam bermula dari pukul 4.30 petang.

Sepanjang aktiviti, peserta sempat singgah di beberapa lokasi untuk mengedarkan risalah jemputan kepada penduduk setempat yang menghadiri majlis sambutan kemerdekaan di Padang Merdeka, Pekan Lama, Kuala Selangor.

Program bertambah meriah apabila peserta berbasikal menggamatkan suasana dengan laungan merdeka serta deringan bunyi loceng basikal masing-masing," katanya.

Turut hadir menyempurnakan upacara pelepasan konvoi berbasikal berkenaan ialah Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan.

Tambah Muhamad Fathir, peserta kembali semula berkonvoi dari Pejabat MDKS menuju ke Padang Merdeka pada sebelah malam untuk bersama-sama penduduk Kuala Selangor menyambut detik 12 malam.

Acara pada malam tersebut dimulakan dengan tayangan wayang pacak mengenai dokumentari kemerdekaan dan berakhir dengan persembahan pentas serta pertunjukan bunga api. - IKHWAN IBRAHIM/AZRIN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Pastikan loji, lori ikut had

Posted: 13 Sep 2013 11:52 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

LEE LAM THYE

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) digesa melaksanakan pemantauan ke atas lori simen bermula dari loji membancuh sebagai langkah menyelesaikan masalah tumpahan simen konkrit di atas jalan.

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, dengan cara itu DBKL dapat memastikan pemandu lori simen membawa muatan mengikut had dibenarkan selain memastikan pihak syarikat loji pembancuhan simen menjalankan tanggungjawab mereka mengikut garis panduan.

Katanya, jika perkara tersebut dilaksanakan nescaya, masalah tumpahan konkrit di permukaan jalan raya dapat di atasi.

Beliau juga mendakwa, sering terlihat kemalangan membabitkan penunggang motosikal akibat terlanggar 'busut konkrit' di jalan raya.

"Perkara ini sering dibincangkan dan beberapa kali dilaporkan oleh akhbar. Tetapi, saya lihat tumpahan konkrit masih bertaburan di permukaan jalan sekitar ibu kota," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengambil contoh laporan Utusan Malaysia hari ini berhubung persimpangan Jalan Lima-Jalan Chan Sow Lin yang kembali dicemari oleh tumpahan simen konkrit daripada lori yang mengangkutnya daripada loji pembancuh di Jalan Emas ke tapak-tapak pembinaan.

Kerosakan itu berlaku hanya sehari selepas Utusan Malaysia melaporkan bahawa DBKL telah menyiapkan kerja-kerja pembaikan persimpangan itu dan sekitarnya dengan kos RM100,000.

Lam Thye bagaimanapun memuji usaha DBKL membaiki semula permukaan Jalan Lima di Jalan Chan Sow Lin dan kawasan sekitarnya.

"Jalan itu berada dalam keadaan tidak memuaskan sebelum ini kerana merupakan laluan utama bagi kenderaan berat. Selepas diturap, jalan kembali dicemari oleh tumpahan simen, berlubang dan rosak selain mengundang bahaya lebih-lebih lagi waktu hujan.

"Tindakan DBKL menggunakan kaedah interlocking concrete paving block (ICPB) dalam membaiki jalan itu dipuji kerana lebih tahan lasak, sekali gus memperkukuhkan lagi permukaan jalan daripada tekanan kenderaan berat," ujarnya.

Tujuh pemaju dipilih bangunkan IWSS

Posted: 13 Sep 2013 11:52 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Sebanyak tujuh syarikat pemaju telah dipilih oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyiapkan pembinaan Skim Perpaipan Air Bersepadu (IWSS) sepanjang 12 kilometer dari Bukit Maxwell ke tangki takungan Kompleks Pantai.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, projek membabitkan kos yang dianggarkan sebanyak RM60 juta itu dijangka bermula awal bulan depan.

Menurutnya, kesediaan pemaju projek tersebut membangunkan IWSS dilihat mampu memberi pulangan pelaburan sehingga RM20 bilion pada masa akan datang.

"Saya melihat ini satu usaha yang baik kerana pihak swasta memberi kerjasama kepada DBKL dalam menyediakan fasiliti seperti ini.

"Projek ini dijangka mampu membekalkan air sehingga 8.7 juta gelen sehari kepada 150,000 hingga 175,000 penduduk, sekali gus memberi impak besar kepada pembangunan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, IWSS yang dijangka siap sepenuhnya pada suku tahun pertama 2015 itu akan membabitkan kerja pemasangan paip di sekitar Jalan Tun Ismail, Jalan Sultan Salahuddin, Lebuhraya Mahameru, Jalan Damansara, Jalan Travers, Jalan Bangsar dan Jalan Pantai Baru.

"Bagi mengurangkan kesan ke atas penduduk dan lalu lintas, kontraktor yang dilantik akan melakukan kerja pengorekan dan pemasangan paip setiap 50 meter.

"Selepas siap kerja pada jarak 50 meter, barulah mereka akan menyambung semula kerja pada 50 meter seterusnya dan kerja-kerja juga akan dijalankan pada sebelah malam," jelas beliau.

Katanya lagi, DBKL juga menetapkan kontraktor yang dilantik perlu membayar deposit sebanyak RM35 juta bagi menampung perbelanjaan atau ganti rugi sekiranya berlaku musibah ekoran kecuaian mereka sepanjang menjalankan pemasangan paip di situ.

Difahamkan, IWSS ini akan diletak di bawah pengawasan kontraktor selama dua tahun sebelum diserahkan kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) untuk kerja penyenggaraan pada masa akan datang.

Tujuh pemaju tersebut adalah Paramount Propeties Sdn. Bhd., KL Eco City Sdn. Bhd., Sentosa Jitra Sdn. Bhd., Amona Development Sdn. Bhd., Estet Perkasa Sdn. Bhd. dan Keystone Land Development Sdn. Bhd.

PKNS nafi berkaitan kolam di Taman Tasik Bangi

Posted: 13 Sep 2013 11:52 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menafikan kolam takungan di Taman Tasik Bangi, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi dekat sini di bawah tanggungjawab mereka.

Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim berkata, merujuk kepada surat daripada pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) kepada Roniaga Sdn. Bhd. pada 2 Julai 2008, MPKj dengan jelas mengakui mengambil alih kawasan dan taman perumahan tersebut pada 1 Ogos 2008.

"Adalah dimaklumkan Roniaga Sdn. Bhd. merupakan pemaju hartanah kawasan tersebut manakala PKNS adalah tuan tanah.

"Surat yang sama juga menyebut sehubungan dengan pengambilalihan tersebut maka MPKj bertanggungjawab berkaitan kerja-kerja mengutip sampah dan penyenggaraan kebersihan kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini

Kenyataan tersebut adalah bagi mengulas mengulas laporan Utusan Malaysia pada 12 Ogos lalu berhubung masalah bau busuk dan sampah sarap yang mengganggu penduduk berhampiran berpunca daripada tasik itu.

Walau bagaimanapun, MPKj menafikan kolam takungan terbabit berada di bawah pengawasannya, sebaliknya berkata kolam itu di bawah tanggungjawab PKNS.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Kasut oxford cita rasa Malaysia

Posted: 13 Sep 2013 11:52 AM PDT

KASUT oxford jenama Lera menawarkan dua jenis kasut iaitu kulit tulen dan sintetik.

WANITA dan kasut sememangnya tidak dapat dipisahkan sebagai pelengkap gaya bagi menghidupkan penampilan seksi, ayu mahupun kasual.

Runtuhnya batasan gender tatkala berfesyen membuatkan si gadis mula tertarik dengan reka bentuk kasut bertali jenis oxford yang selama ini lebih sinonim dengan lelaki.

Kasut bertumit rata ini sangat sesuai digayakan untuk mereka yang sentiasa mahu tampak elegan dan ceria walaupun berpakaian kasual.

Jenama tempatan, Lera mampu memenuhi cita rasa kamu yang mana rekaan kasut oxford telah dipelbagaikan yang akan membuatkan kamu tampil up to date.

Selain itu, elemen batik turut diselitkan bagi memasukkan cita rasa Malaysia dalam rekaan tersebut.

- LYNN/MOHD. NAIM AZIZ

Eratkan perpaduan pada musim perayaan

Posted: 13 Sep 2013 11:52 AM PDT

Oleh KHAIRUL NAJIB SARULAH KHAN

SAMBUTAN perayaan seperti hari raya dan hari merdeka yang telah diraikan dengan penuh meriah baru-baru ini, bukan sahaja mampu mengeratkan hubungan antara keluarga dan rakan-rakan tetapi juga boleh merapatkan hubungan antara kaum di negara ini.

Bagi Siti Khadijah Bahayudin, 24, atau mesra disapa Dieja, perpaduan yang kukuh penting untuk kestabilan sesebuah negara supaya rakyatnya dapat hidup harmoni dan mengamalkan perayaan masing-masing tanpa sekatan.

Menurutnya, setiap perayaan di negara ini seperti hari raya disambut dengan meriah dan itu adalah bukti perpaduan yang kukuh antara kaum di Malaysia.

''Setiap kali musim perayaan tiba, semua kaum di negara ini turut merasai kemeriahannya dan ini dapat dilihat apabila kita sama-sama berkongsi kegembiraan.

''Pada hari raya yang lalu, ramai kawan saya yang bukan beragama Islam mengucapkan selamat hari raya kepada saya dan apabila tiba perayaan mereka pula seperti Deepavali, Krismas serta Tahun Baru Cina, saya akan menyampaikan ucapan yang sama kepada mereka," katanya.

Ujar guru di Taska Kemas Port Dickson, Negeri Sembilan itu, setiap perayaan utama yang disambut rakyat berbilang kaum di negara ini perlu dijadikan landasan dan medan untuk lebih mengenali antara satu sama lain.

''Dalam negara unik seperti Malaysia ini, kita menyemai erti persefahaman, hormat-menghormati dan berkasih sayang serta bertolak ansur tanpa mengira agama, kaum dan bangsa.

''Kesemua nilai ini adalah penting bagi menjayakan dan menyatukan perpaduan melalui gagasan 1Malaysia yang diperjuangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," jelasnya.

Katanya, semua elemen tersebut penting bagi mewujudkan rakyat yang lebih cintakan perpaduan di dalam mengekalkan keharmonian negara.

''Di saat kita menjamu selera dengan makanan yang lazat, jangan lupa mengukuhkan keakraban hubungan sesama insan yang berlainan agama dengan menjemput mereka menikmati juadah bersama-sama.

''Ini secara tidak langsung akan memberikan pengetahuan kepada mereka mengenai jenis makanan yang diutamakan di dalam sesuatu perayaan tersebut," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved