Rabu, 15 Jun 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Harimau Malaya disyaki rasuah

Posted:

Harimau Malaya disyaki rasuah

Harimau Malaya disyaki rasuah

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Azzuddin Ahmad


KUALA LUMPUR - Krisis rasuah dalam bola sepak negara memasuki episod kemuncak apabila Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Azzuddin Ahmad semalam tidak menolak kemungkinan ada pemain skuad Harimau Malaya dan Olimpik terlibat dengan kegiatan mengatur perlawanan peringkat antarabangsa.

Malah kata Azzuddin, perkara itu sudah pun berada pada peringkat siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

"Saya tidak boleh nafikan memang ada (kegiatan mengatur perlawanan). Saya tidak boleh kata bahawa saya menafikan perkara itu berlaku di kalangan pemain skuad kebangsaan kita.

"Begitupun saya tidak boleh hebahkan perkara ini terlalu mendalam kepada media kerana saya tidak mahu mengganggu siasatan kerana mungkin banyak tohmahan yang tidak betul akan dilemparkan.

"Proses mencari dan mendapatkan bukti terhadap perkara ini mengambil masa, jadi saya tidak boleh sentuh mengenai perkara ini lebih mendalam.

"Saya mesti adil kepada sesiapa yang terbabit, kita tak boleh buat tindakan tanpa berdasarkan sebarang bukti yang kukuh, " katanya ketika ditemui selepas pelancaran Chelsea Blue Pitch di NPNG Sports Centre, Damansara Damai, semalam.

Ketika ditanya pihak media kemungkinan kegiatan mengatur perlawanan turut membabitkan pihak atasan seperti jurulatih, Azzuddin hanya memberikan reaksi: "Saya kesal jika benar (jurulatih) itu terbabit. Jika dia ada terlibat, dia perlu bersedia menghadapinya, " katanya.

Pengakuan Azzuddin semalam merupakan satu lagi pendedahan terhadap gejala rasuah dalam bola sepak tempatan.

Sebelum ini, jurulatih Piala Presiden Negeri Sembilan, Yusarman Yusof didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban atas 21 pertuduhan mengatur perlawanan di samping penahanan seorang lelaki yang dipercayai bookie yang terbabit mengaturkan perlawanan membabitkan T-Team.

Seandainya apa yang diperkatakan Azzuddin benar-benar berlaku, ia pasti mengecewakan penyokong setia negara ketika sokongan kepada skuad kebangsaan kembali meningkat selepas Malaysia menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.

Persoalannya, adakah dengan pengakuan Azzuddin semalam, kes rasuah dalam arena bola sepak tempatan sebenarnya lebih teruk berbanding hanya dua kes sahaja yang dilaporkan setakat ini?

Atau mungkinkah rasuah bola sepak yang menggegarkan negara pada tahun 1994 dan 1995 kini sebenarnya sudah berulang?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rajagobal resah 3 tonggak serangan cedera

Posted:

Rajagobal resah 3 tonggak serangan cedera

Rajagobal resah 3 tonggak serangan cedera

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


K. Rajabobal (kiri) menerima ucapan tahniah daripada para pemain selepas beliau menerima pingat PJN yang membawa gelaran Datuk pada sesi latihan skuad kebangsaan untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia di padang Wisma FAM Kelana Jaya, semalam. - UTUSAn/Izham Jaafar


KUALA LUMPUR - Pertembungan persahabatan dengan Myanmar di Kota Bharu Sabtu ini, bakal menguji kebijaksanaan jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal untuk membentuk jentera serangan yang mantap, ekoran kecederaan yang membelenggu pemain penyerang.

Menurut Rajagobal, tiga daripada lima penyerang yang disenaraikan dalam skuad 28 pemain bertemu Myanmar dan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 bertemu Taiwan 29 Jun ini, mengalami kecederaan.

"Saya terpaksa mencari gandingan penyerang baru untuk kedua-dua perlawanan tersebut berikutan kecederaan yang dialami Norshahrul Idlan Talaha (urat pelipat lutut), Shahrizal Saad (buku lali).

"Safee Sali pula mempunyai tanggungjawab bersama kelabnya Pelita Jaya di Indonesia," katanya ketika ditemui media di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya semalam.

Jelasnya, beliau mungkin memanggil pemain skuad Bawah 23, Izzaq Faris Ramlan atau penyerang lain, jika pemain yang disenaraikan tidak pulih sepenuhnya.

"Safee tidak ada masalah untuk beraksi pada pertembungan dengan Taiwan.

"Peluang Norshahrul untuk beraksi agak samar kerana memerlukan rehat dua atau tiga minggu.

"Pemain posisi lain juga berdepan masalah kecederaan tetapi tidak serius iaitu pemain pertahanan, Hisyamudin Sha'ari dan pemain sayap kanan, S. Chanturu yang cedera pada lutut kanan," katanya.

Seramai 18 pemain melapor diri di Wisma FAM semalam, kecuali empat pemain Terengganu, Sharbinee Allawee Ramli, Helmi Remeli, Ashaari Shamsuddin dan Abdul Hadi Yahya yang menghadiri jamuan makan malam bersama Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, selepas berjaya merangkul Piala FA Sabtu lalu.

Lima lagi pemain, Khairul Fahmi Che Mat, Muslim Ahmad, Fadhli Mohd Shas, Mahali Jasuli dan K. Gurusamy membantu skuad Bawah 23 kendalian Ong Kim Swee menjelang perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2012 menentang Lebanon Ahad ini di Beirut.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


PKPI rai pelajar cemerlang

Posted:

PKPI rai pelajar cemerlang

PKPI rai pelajar cemerlang

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASAN


Ceramah motivasi turut diadakan pada majlis meraikan anak-anak cemerlang anjuran PKPI.


SEBANYAK 115 pelajar cemerlang yang terdiri daripada anak-anak ahli Persatuan Kebajikan Pekerja Islam (PKPI) Tenaga Nasional Wilayah Persekutuan dan Selangor menerima sumbangan wang tunai, sijil penghargaan dan cenderahati daripada persatuan tersebut pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2010 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

PKPI memperuntukkan RM40,000 kepada setiap pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR/UPSRA) yang menerima RM100, Penilaian Menengah Rendah (PMR) RM200; Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), RM400; Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) RM400; Sijil Menengah Ugama/Agama (SMU/A) RM300; Hafazan 10 juzuk RM250; Hafazan 30 juzuk RM750 dan Diploma RM450.

Yang Dipertua PKPI, Ahmad Zaki Rasid berkata, sumbangan itu sebagai insentif kepada pelajar terbabit supaya berusaha lebih gigih dalam pelajaran.

"Sumbangan ini bertujuan memberi galakan kepada mereka supaya berusaha gigih untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik," katanya ketika ditemui pada majlis tersebut.

Menurut Ahmad Zaki, beliau kagum dengan pencapaian setiap pelajar sehubungan itu tidak salah sekiranya mereka diraikan bagi menaikkan lagi semangat mereka.

Katanya lagi, seperti tahun-tahun sebelumnya, pemilihan para pelajar cemerlang dibuat berdasarkan keputusan cemerlang yang diperoleh dalam peperiksaan awam Malaysia.

"Tahun ini kami turut memberi anugerah bagi peringkat diploma kepada warga kerja TNB yang menganggotai PKPI dengan memperoleh CGPA 3.5 dan ke atas.

"Pengisian kali ini turut berbeza jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya di mana tahun ini kami turut mengadakan sesi Qiamullail dan ceramah-ceramah kerohanian.

"Tahun ini turut menyaksikan beberapa orang pelajar dikategorikan dalam pencapaian cemerlang yang seimbang di mana mereka telah mendapat keputusan cemerlang dari segi akademik dan hafazan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Beberapa laman web Malaysia mula digodam

Posted:

Beberapa laman web Malaysia mula digodam

Beberapa laman web Malaysia mula digodam

KUALA LUMPUR 15 Jun - Agensi CyberSecurity Malaysia mengesahkan beberapa laman web di negara ini mula digodam selepas satu kumpulan bergelar anonymous yang mendakwa berpangkalan di luar negara mengancam mengganggu portal rasmi kerajaan di alamat www.malaysia.gov.my.

Aktiviti itu didapati bermula hari ini walaupun kumpulan tersebut mengancam akan memulakannya pada pukul 3.30 pagi Khamis waktu Malaysia atau 7.30 malam waktu Greenwich Mean Time (GMT).

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity, Leftenan Kolonel Datuk Husin Jazri bagaimanapun tidak menyatakan jumlah laman web tempatan yang telah digodam.

"Buat masa ini, kami tidak dapat mengulas lanjut, tetapi percaya proses pembaikan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa yang berkenaan bagi menyelesaikan isu itu," katanya dalam kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kelmarin, Ketua Pegawai Penyelidik F-Secure Corporation, Mikko Hypponen melalui akaun Twitternya menyebarkan mengenai rancangan kumpulan penggodam itu.

F-Secure merupakan syarikat keselamatan perisian komputer yang berpangkalan di Helsinki, Finland.

Beberapa jam kemudian, kumpulan anonymous itu melalui satu video di laman Youtube mendakwa tindakan mereka adalah kerana tidak bersetuju dengan langkah kerajaan Malaysia menapis pelbagai laman web dalam dan luar negara.

"Kami bimbang jika kerajaan Malaysia terus menafikan kebebasan manusia, kami terpaksa bertindak pantas tanpa belas kasihan," kata kumpulan itu melalui satu rakaman suara di Youtube.

Anonymous turut menggunakan wajah Guy Fawkes, salah seorang anggota kumpulan Kristian Katolik, The Gunpowder Plot 1605 yang cuba membunuh Raja England, James I bagi menentang pemerintahan Kristian Katolik, sebagai figura mewakili kumpulan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan sedia hadapi serangan siber

Posted:

Kerajaan sedia hadapi serangan siber

Kerajaan sedia hadapi serangan siber

KUALA LUMPUR 15 Jun - Malaysia bersedia menghadapi apa jua kemungkinan serangan siber terhadap mana-mana laman web rasmi kerajaan termasuk ancaman daripada kumpulan yang bergelar anonymous.

Meskipun mengakui ancaman itu merupakan sesuatu di luar jangkaan, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, langkah sewajarnya telah diambil bagi memastikan laman web kerajaan selamat daripada digodam.

"Kami mengambil perkara itu secara serius. Walaupun ia bukan sesuatu yang dijangka, kami sebenarnya telah berdepan dengan cubaan untuk menggodam laman web kerajaan beberapa kali sebelum ini.

"Maklumat mengenainya telah dipanjangkan kepada pihak berkuasa dan agensi berkaitan. Kami bersedia berdepan menerusi pakar daripada Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta CyberSecurity Malaysia dan beberapa agensi lain," katanya selepas menyampaikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Baru-baru ini, sebuah kumpulan menggelarkan diri mereka sebagai anonymous menyatakan hasrat untuk menggodam laman web kerajaan kerana mendakwa Malaysia sebagai salah satu negara paling tegas mengenakan sekatan, bukan saja Internet malah tayangan filem dan siaran televisyen.

Mereka merancang melakukan serangan yang dipanggil 'Operasi Malaysia' itu pada pukul 7.30 petang, Rabu waktu GMT (3.30 pagi Khamis waktu Malaysia). Ancaman mereka dimuat naik ke web i.imgur.com/ PTFWh.png Selasa lalu.

Kumpulan sama sebelum ini pernah menyerang laman web kerajaan Zimbabwe, Turki, polis Sepanyol serta memuat naik banyak video lucah ke Youtube sempena satu hari yang digelarkan mereka sebagai Youtube porn day.

Mengulas dakwaan kumpulan itu kononnya Malaysia menyekat hak asasi dengan membuat sekatan tersebut, Rais menganggap kumpulan tersebut mungkin telah tersalah faham akan niat baik kerajaan.

"Kerajaan tidak pernah mengamalkan sekatan, sebaliknya tindakan diambil terhadap laman web tertentu kerana mereka terlibat dengan jenayah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Muslihat pembangkang rancang perhimpunan Bersih

Posted:

Muslihat pembangkang rancang perhimpunan Bersih

Muslihat pembangkang rancang perhimpunan Bersih

KUALA LUMPUR 15 Jun - Perhimpunan Bersih yang dirancang diadakan pada 9 Julai ini menunjukkan parti pembangkang terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak yakin dengan kemampuan mereka untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) melalui proses pilihan raya.

Malah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, perhimpunan itu juga dilihat sebagai jalan singkat bagi Anwar yang sedang mengejar masa untuk menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, Bersih adalah usaha kelam-kabut mengulangi perhimpunan Hindraf yang pada mereka membawa hasil sehingga berlaku tsunami politik 2008.

"Ia juga untuk menutup malu di atas kekalahan mereka semasa pilihan raya kecil, pilihan raya umum Sarawak baru-baru ini dan mengalih perhatian terhadap isu peribadinya.

"Perhimpunan itu juga ada muslihat lain iaitu mahu meneruskan perang polemik agar dapat memanjangkan jangka hayat politik Anwar dan mempermainkan sentimen rakyat. Dengan kata lain, momentum kebencian rakyat terhadap kerajaan BN mesti dikekalkan," katanya dalam entri terbaru 'Anwar out of the race' di laman http://puadzarkashii.blogspot.com hari ini.

Tambah Mohd. Puad, ketika ini sokongan rakyat kepada BN khususnya UMNO semakin bertambah termasuk sokongan daripada pengundi muda.

"Bersih dijadikan alat untuk mengekalkan momentum panas, marah, keliru, benci dan tidak tenteram. Sebab itu, ia mahu diadakan di tengah kota dan di tempat yang sibuk," ujarnya.

Menurutnya, matlamat pembangkang berhubung penganjuran perhimpunan itu tidak akan tercapai kalau ia diadakan dalam stadium.

"Matlamat utama Bersih ialah supaya rakyat bangun seperti yang berlaku di beberapa buah negara Arab di mana rakyat memberontak di jalan-jalan raya. Maka, mudahlah kerajaan BN yang kembali mendapat sokongan rakyat ditumbangkan," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Khalid mungkin dilantik semula Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor?

Posted:

Khalid mungkin dilantik semula Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor?

Khalid mungkin dilantik semula Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor?

AHLI Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkemungkinan besar dilantik semula memegang jawatan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor ekoran perubahan teraju Badan Perhubungan Pas negeri yang menyaksikan pengguguran pesuruhjaya negeri sesi lalu, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali.

Ini berikutan sebelum ini, Khalid yang juga Yang Dipertua Pas Shah Alam telah digugurkan oleh Pas negeri itu dalam rombakan pada 2009 ketika ia diterajui oleh Hasan.

Umum mengetahui kedua-dua pemimpin Pas itu kelihatan tidak 'sebulu' terutama Khalid yang seringkali dilihat mengeluarkan kenyataan mengkritik kepimpinan Hasan dalam beberapa isu melibatkan pentadbiran negeri.

Dengan pelantikan Yang Dipertua Pas Kapar, Dr. Abdul Rani Osman sebagai pesuruhjaya negeri yang baru, Khalid mungkin dibawa masuk kembali dalam saf kepimpinan baru negeri bagi mengukuhkan jentera Pas negeri memandangkan beliau lebih disenangi oleh pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP negeri.

Badan Perhubungan Pas Selangor yang dijadualkan bermesyuarat pada 20 Jun ini dijangka memutuskan senarai 'Kabinet' negeri yang baru termasuk mungkin mengusulkan Khalid dilantik semula ke jawatan asalnya dalam kepimpinan Pas negeri.

Khalid pula dikatakan berada di luar negara pada tarikh tersebut sekali gus memberi laluan besar untuk membolehkan usul pelantikannya sebagai Timbalan Pesuruhjaya dilakukan oleh ahli jawatankuasa Pas negeri.

Dalam pada itu, Khalid ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, beliau tidak tahu menahu perkara itu dan menyifatkannya sebagai khabar angin ekoran perubahan dalam teraju kepimpinan Pas Selangor baru-baru ini.

''Saya tidak dengar pula mengenai perkara itu (bakal dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor) kerana sebarang perubahan barisan kepimpinan adalah bidang kuasa Pesuruhjaya Pas Selangor yang baru, Dr. Abdul Rani.

''Beliau yang akan menentukan siapa akan menduduki apa-apa jawatan dalam Pas negeri menerusi satu mesyuarat yang difahamkan diadakan pada Isnin ini," katanya.

Khalid diminta mengulas tentang kemungkinan dilantik semula sebagai Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor dalam perubahan barisan ahli jawatankuasa Pas negeri yang bakal ditentukan oleh Abdul Rani sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor yang baru menggantikan Hasan pada Ahad lalu.

Sebelum ini, Khalid pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor, namun beliau digugurkan daripada jawatan itu pada 2008 oleh Hasan atas alasan mahu memberi peluang kepada beliau memberikan tumpuan kepada tugas Yang Dipertua Pas dan Ahli Parlimen Shah Alam.

Tempat Khalid kemudian digantikan dengan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat.

Selepas pemilihan pada Muktamar Tahunan Pas di Shah Alam pada 2009, Hasan mengumumkan barisan kepimpinan Pas Selangor bagi sesi 2009-2011 dengan mengekalkan Dr. Osman Sabran sebagai Timbalan Pesuruhjaya I dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cempaka, Iskandar Abd Samad yang juga Exco kerajaan negeri dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya II manakala Che Rosli sebagai Timbalan Pesuruhjaya III.

Sementara itu Khalid berkata, apa yang penting sesiapa sahaja yang dilantik harus mendapat sokongan penuh dan diterima oleh semua Yang Dipertua Pas kawasan.

''Saya tak boleh kata banyak mengenai kemungkinan itu sehingga Pesuruhjaya Pas negeri sendiri memaklumkan perkara itu," katanya.

Beliau turut menjelaskan, proses pelantikan barisan kepimpinan Pas negeri ini diputuskan oleh Badan Perhubungan Pas Selangor bukannya Jawatankuasa Pas Pusat.

''Saya harap sebarang cadangan nama mereka yang dilantik untuk mengisi barisan kepimpinan Pas negeri harus dibincangkan dan diterima baik oleh semua peringkat pimpinan parti khususnya akar umbi," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Dulu hobi, kini usahawan

Posted:

Dulu hobi, kini usahawan

Dulu hobi, kini usahawan

Oleh ZAMZURINA AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my


Noriza Mustafa memasarkan pelbagai perhiasan kulit kerang yang dijual antara RM20 hingga RM200 di gerai Keropok Lekor 'Oh Fatimah' di Balok, Kuantan, Pahang.


KUANTAN 15 Jun - Hobi merupakan aktiviti rekreasi yang dilakukan pada masa lapang bagi menenangkan fikiran seseorang.

Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan, bukan mendapat pulangan.

Terdapat pelbagai jenis hobi seperti mengumpul koleksi, bertukang, membaiki, bersukan dan rekreasi. Ada yang percuma dan ada yang memerlukan belanja.

Misalnya, mengumpul setem adalah percuma jika sekadar mengumpulkan setem terpakai, tetapi ia bertukar menjadi hobi yang memerlukan belanja apabila ia terpaksa membeli setem yang sukar diperoleh secara percuma.

Pelbagai jenis setem yang menarik perlu dibeli, malah setem yang baru terbit harganya mahal.

Memancing pula adalah hobi yang memerlukan belanja, tetapi menghasilkan pulangan.

Kos diperlukan untuk membeli alat pancing utama seperti joran dan umpan, alat pancing sampingan seperti bot, khemah, lampu dan sebagainya.

Pulangannya adalah ikan dan pelbagai hadiah yang disediakan dalam pertandingan memancing.

Antara hobi lain ialah memelihara burung untuk mendengar bunyi, memiliki pokok bonsai, memelihara ikan lohan dan mengumpul barangan hasil laut.

Siapa sangka hidupan laut seperti cengkerang dan terumbu karang yang tersangkut pada pukat nelayan dapat dijadikan hobi sehingga mampu meraih pendapatan lumayan kepada pengumpulnya.

Itulah yang berlaku kepada seorang suri rumah yang bermula dengan minat terhadap hasil laut.

Sehingga kini, Noriza Mustafa, 44, mengumpul lebih 1,000 jenis cengkerang untuk dijadikan perhiasan.

Menurut anak kelahiran Terengganu itu, pada mulanya dia hanya menyimpan terumbu karang dan beberapa jenis cengkerang yang dihadiahkan oleh suaminya sebagai perhiasan.

"Ketika itu, suami, Mohd. Rafi Nyai Mohamed, 48, bekerja sebagai nelayan dan setiap hari dia pasti akan membawa pulang cengkerang yang tersangkut di pukat.

"Saya pula memang suka sebab bentuknya yang unik dengan pelbagai saiz dan mula mengumpul di setiap sudut rumah," katanya kepada Utusan Malaysia di kedainya di Balok di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, selepas beberapa tahun mengumpul pelbagai bentuk cengkerang, rumah mereka boleh diibaratkan seperti berada di dasar laut.

"Apabila terlalu lama mengumpul sehingga tiada ruang untuk menyimpannya lagi, saya mula terfikir untuk menjualnya sebagai cenderahati.

"Tambahan pula ketika itu saya membuka gerai menjual keropok dan suami saya juga mempunyai kedainya sendiri di Kuantan," kata ibu kepada lima orang anak itu.

Selepas lima tahun Norizan membuka gerai dengan menjadikan jualan perhiasan dari dasar laut, sambutan yang diterima amat menggalakkan.

Malah, pelanggannya bukan calang-calang orang kerana semakin ramai pelancong asing datang membeli misalnya dari Australia, Jerman dan Singapura.

Menariknya, menurut Norizan, rata-rata pelancong yang datang mahu membeli cengkerang yang asli atau yang tidak diwarnakan seperti dilukis dengan pelbagai corak.

"Pelancong lebih suka rupa bentuk asalnya dan cengkerang yang paling mendapat sambutan ialah cengkerang jenis telinga gajah dan siput angau.

"Pernah sekali saya didatangi pelancong yang sama dari Holland dan dia membawa rakan-rakannya pula untuk membeli," jelasnya yang menjual hasil laut itu dari harga RM5 hingga RM200.

Antara jenis cengkerang yang boleh didapati di gerainya yang diberi nama 'Oh Fatimah' di Sungai Karang di sini ialah siput tudung saji, siput angau, kerang, siput labah-labah, tapak sulaiman, kuda laut dan ikan dhab.

"Kini, saya pula membeli cengkerang daripada nelayan di sekitar Balok kerana suami tidak lagi turun ke laut kerana menguruskan perniagaan ini.

"Daripada mereka membuangnya sahaja selepas terlekat pada pukat, lebih baik saya membelinya sebelum dibersihkan untuk dijual," ujarnya.

Oleh kerana kawasan Balok merupakan penempatan nelayan, tambahnya, dia tidak pernah kehabisan stok.

Kini, Noriza boleh berbangga kerana bermula daripada hobi, dia kini menjadi seorang usahawanita berjaya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Galeri Pahlawan Melayu Pahang

Posted:

Galeri Pahlawan Melayu Pahang

Galeri Pahlawan Melayu Pahang

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanpahang@utusan.com.my

JERANTUT 15 Jun - Kerajaan negeri memperuntukkan RM540,000 untuk mewujudkan sebuah galeri di Kampung Bukit Rang, Pulau Tawar di sini bagi mempamerkan artifak sejarah pahlawan Melayu Pahang, Tok Gajah dan Mat Kilau bagi tujuan pelancongan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail berkata, galeri itu akan dijadikan sebagai pusat dokumentasi, rujukan serta pameran mengenai pelbagai artifak tokoh pahlawan Melayu negeri ini yang berjuang menentang penjajahan British.

Jelasnya, projek itu akan dilaksanakan di bawah peruntukan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ), manakala penyenggaraan pula dilakukan oleh Majlis Daerah Jerantut (MDJ) di kawasan tapak seluas 1.2 hektar berdekatan Pejabat Pertanian Bukit Rang, Pulau Tawar.

"Iklan tender sudah dikeluarkan melibatkan pembinaan galeri, astaka, dataran, pejabat, tandas, tempat letak kereta dan kemudahan lain," katanya di sini, hari ini.

Menurutnya, kerajaan negeri memohon kerjasama mereka yang pakar dalam pelbagai disiplin sejarah dan tokoh negeri ini untuk mencari lebih banyak dokumen, termasuk gambar atau sumber lain mengenai tokoh berkenaan bagi tujuan dokumentasi.

Katanya, pemilihan Bukit Rang yang juga pusat pertumbuhan bandar ini amat sesuai dan strategik kerana kawasan Pulau Tawar sudah mempunyai rangkaian produk pelancongan iaitu projek inap desa Felda Jengka 25 dan Tekam Plantations Resort.

"Ia sekali gus akan menjadi tarikan baru serta persinggahan pelawat domestik dan antarabangsa yang mengunjungi Taman Negara Kuala Tahan," katanya.

Jelasnya, tapak galeri berkenaan berdekatan dengan makam Mat Kilau di Kampung Kedondong, masjid lama Pulau Tawar yang menjadi tempat pengisytiharan kemunculan Mat Kilau pada 1969, Lubuk Pelang dan Gua Prasejarah Kota Gelanggi.

Tambahnya, projek itu juga sebagai memenuhi permohonan daripada Persatuan Waris dan Keturunan Tok Gajah dan Mat Kilau yang meminta kerajaan mewujudkan pusat kajian serta dokumentasi sejarah tokoh pahlawan tersebut.

Katanya, persatuan itu akan bekerjasama dengan kerajaan negeri serta tokoh sejarah Pahang bagi mengumpul artifak dan membukukan maklumat berkaitan tokoh pejuang sebelum merdeka itu untuk tatapan generasi akan datang.

"Kita menyokong usaha persatuan itu kerana peranan pertubuhan bukan kerajaan ditagih bagi merancakkan lagi sektor pelancongan di daerah ini," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kampung Tan Sri Hamzah dapat masjid baru

Posted:

Kampung Tan Sri Hamzah dapat masjid baru

Kampung Tan Sri Hamzah dapat masjid baru


Mohd. Padil Osman (kanan) melihat pelan pembinaan Masjid Kampung Tan Sri Hamzah selepas menyempurnakan majlis pecah tanah pembinaan masjid itu di Kampung Tan Sri Hamzah, Bera, kelmarin.


BERA 15 Jun - Impian 1,500 penduduk Kampung Tan Sri Hamzah dekat sini untuk memiliki sebuah masjid baru sejak 20 tahun lalu akan menjadi kenyataan apabila ia akan dibangunkan tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kemayan, Mohd. Fadil Osman berkata, proses pembinaan masjid itu akan dimulakan tidak lama lagi dan projek itu akan memberi manfaat kepada penduduk kampung itu.

Menurutnya, masjid bernilai RM13 juta itu akan memudahkan penduduk menunaikan solat Jumaat dan mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dengan lebih selesa.

"Pembinaan masjid itu bagi menggantikan surau yang digunakan sejak 1970-an lagi yang tidak lagi mampu menampung jemaah terutama ketika solat Jumaat," katanya selepas menyempurnakan majlis pecah tanah membina masjid tersebut di kampung itu, semalam.

Menurutnya, pembinaan masjid itu dijangka siap awal tahun depan iaitu lebih cepat daripada jadual asal.

Tambahnya, peruntukan itu diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan menyediakan pelbagai kemudahan lain termasuk menara, dataran dan laluan berbumbung.

Beliau berharap penduduk tidak lagi menghadapi kesukaran mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan dengan lebih selesa selain menunaikan solat lima waktu, solat Jumaat, solat sunat Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Jelasnya, jumlah penduduk kampung itu bertambah setiap tahun dan bagi memenuhi keperluan mereka, surau berkenaan dinaik taraf kepada masjid.

Katanya, pada 2006 pihak Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung mengemukakan permohonan untuk membina masjid bagi menggantikan surau tersebut.

"Saya berharap masjid baru itu digunakan dengan sebaik mungkin untuk meningkatkan syiar Islam dan tidak dijadikan sebagai medan untuk berpolitik sehingga membawa perpecahan," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Tiga didakwa beri rasuah

Posted:

Tiga didakwa beri rasuah

Tiga didakwa beri rasuah

Oleh NOOR AZMAH IBRAHIM dan FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
pengarang@utusan.com.my


R. K. Rajendran (kiri) didakwa atas tuduhan memberi rasuah kepada pemain bola sepak skuad Piala Presiden T-Team di Mahkamah Sesyen Seremban, semalam. - utusan/ MD.SHAHJEHAN MAAMIN


KUALA LUMPUR 15 Jun - Seorang ahli perniagaan dari Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Shah Alam, Selangor dan Seremban, Negeri Sembilan atas 11 pertuduhan memberi rasuah berjumlah RM24,200 kepada pemain bola sepak skuad Piala Presiden T-Team bagi mengatur keputusan perlawanan Piala Presiden pada tahun lalu.

R.K. Rajendran, 51, mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan iaitu enam pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan lima pertuduhan di Mahkamah Sesyen Seremban.

Di Mahkamah Sesyen Shah Alam, tertuduh didakwa memberi rasuah berjumlah RM1,200 kepada enam pemain bola sepak pasukan tersebut bagi mengatur keputusan perlawanan Piala Presiden antara pasukan itu dengan Selangor pada Mac tahun lalu.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memberi rasuah RM200 setiap seorang kepada Mohd. Azwan Mat Ali, Muhammad Syariquddin Ibrahim, Mohd. Nadzmeer Mohamad, Mohd. Azwan Hussein, Mohd. Hanifzam Muda dan Mohd. Hafiz Mohd. Noor.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Hotel Blue Wave di Shah Alam pada pukul 7 malam, sekitar Mac 2010.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta yang sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau R10,000, mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Fadzillah Mohd. Ossman menawarkan jaminan RM6,000 untuk kesemua tuduhan dengan syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Beliau turut memohon agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu untuk dibicara bersama dengan kes rasuah membabitkan jurulatih pasukan Piala Presiden T-Team, Sufian Ngah berikutan transaksi dan saksi-saksi yang sama.

Hakim M. Bakri Abd. Majid. membenarkan Rajendran dibebaskan dengan ikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin warga tempatan serta mengarahkan paspot tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Beliau turut mengarahkan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu dan disebut semula di mahkamah tersebut pada 30 Jun ini.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Seremban, Rajendran mengaku tidak bersalah atas lima tuduhan memberi rasuah RM23,000 kepada lima pemain skuad Piala Presiden T-Team bagi tujuan yang sama pada Mei tahun lalu.

Mengikut kertas pertuduhan, Rajendran didakwa memberi rasuah antara RM2,000 dan RM7,000 kepada lima pemain berkenaan untuk mengatur keputusan perlawanan Piala Presiden antara pasukan itu dengan skuad Piala Presiden Negeri Sembilan.

Pemain yang menerima wang tersebut ialah Mohd. Izwan Mat Ali (RM2,000), Muhammad Shariquddin Ibrahim (RM5,000), Mohd. Nadzmeer Mohammad (RM4,000) Mohd. Azuan Hussien (RM5,000) dan Mohd. Hafiz Mohd. Noor (RM7,000).

Kesalahan di bawah seksyen dan akta yang sama itu didakwa dilakukan sebuah rumah di Taman Bidara, Seremban kira-kira pukul 7 malam pada bulan Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Mohd. Asri Abd. Rahman Sidik dan Mohd. Hanafi Abd. Rahim manakala tertuduh diwakili peguam, V. Shanmugam.

Hakim Datin Nursinah Adzmi menetapkan tertuduh diikat jamin RM25,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Kes tersebut juga akan disebut semula di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada 30 Jun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Jurulatih dituduh atur keputusan perlawanan

Posted:

Jurulatih dituduh atur keputusan perlawanan

Jurulatih dituduh atur keputusan perlawanan


Sufian Ngah diiringi anggota SPRM di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 15 Jun - Seorang jurulatih pasukan bola sepak Piala Presiden T-Team dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam tuduhan memberi rasuah berjumlah RM5,000 kepada enam pemain skuad itu bagi tujuan mengatur keputusan perlawanan menentang pasukan Pahang, tahun lalu.

Sufian Ngah, 41, yang juga kerani sebuah bank di sini mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kesemua pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa memberi suapan RM500 setiap seorang kepada empat pemain dan RM1,500 setiap seorang kepada dua lagi pemain pasukan Piala Presiden T-Team di rumah Lot 10544-A, Kampung Hulu Takir, Jalan Seberang Takir di sini, kira-kira pukul 7 malam pada bulan Mac tahun lalu.

Empat pemain yang masing-masing menerima suapan RM500 ialah Mohd. Nadzmeer Mohammad, Mohd. Azuan Hussein, Mohd. Hanifzam Muda dan Mohd. Hafiz Mohd. Noor manakala Mohd. Azwan Mat Ali dan Muhammad Shariquddin Ibrahim masing-masing menerima RM1,500 seorang.

Setiap pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 16(b)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada nilai suapan atau RM10,000, atau mana yang lebih tinggi.

Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wan Syafinas Shabudin yang mengendalikan pendakwaan menawarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam bela merayu agar jumlah tersebut dikurangkan atas alasan menanggung keluarga dengan pendapatan yang kecil.

Zainal Abidin membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 30 Jun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Filipina cabut penanda

Posted:

Filipina cabut penanda

Filipina cabut penanda


Gambar yang diambil oleh agensi berita Vietnam dan dikeluarkan pada 14 Jun lalu merakamkan pemandangan di pulau Phan Vinh di Kepulauan Spratly. Vietnam turut memperkuatkan tenteranya di pulau itu berikutan ancaman China ke atas Kepulauan Spratly yang mencetuskan ketegangan di Laut China Selatan. - AFP


MANILA 15 Jun - Tentera laut Filipina mencabut penanda yang didirikan oleh pihak yang tidak dikenali di tiga terumbu dan beting di kawasan perairan yang menimbulkan pertikaian di Laut China Selatan.

Tindakan mencabut tiang-tiang kayu itu dilakukan pada Mei lalu, sejurus sebelum kerajaan secara rasmi membantah apa yang didakwa sebagai pencerobohan oleh tentera laut China di perairan Filipina, kata jurucakap tentera laut Filipina, Leftenan Kolonel Omar Tonsay, hari ini.

"Tiang-tiang itu adalah penanda asing kerana tidak didirikan oleh tentera atau kerajaan kami, dan kami mencabutnya kerana perairan berkenaan adalah sebahagian daripada wilayah Filipina," katanya.

Manila, baru-baru ini menuduh China mendirikan tiang-tiang dan meletakkan sebuah boya di kawasan perairan yang dituntut oleh Filipina, tetapi Tonsay berkata, tentera laut belum dapat memastikan siapa yang mendirikan tiang-tiang kayu yang dicabut pada Mei lalu itu.

"Tidak ada label atau cap 'Buatan China' pada tiang-tiang itu, tetapi hanya nombor yang tertera padanya," ujar beliau.

Penanda tersebut ditempatkan di Terumbu Boxall di Kepulauan Spratly, dan di Beting Amy Douglas dan Beting Reed berhampiran, kesemuanya terletak di perairan Laut China Selatan yang dituntut oleh Filipina dan China.

Ketegangan berhubung pertikaian berpanjangan itu meningkat sejak beberapa bulan lalu berikutan dakwaan Filipina dan Vietnam bahawa China semakin agresif dalam menyuarakan tuntutannya ke atas kawasan terlibat.

Filipina pada bulan ini menuduh China mengancam keamanan dan kestabilan di Asia dengan menghantar kapal-kapal tentera lautnya dekat Beting Reed untuk menakut-nakutkan bot dan kapal negara lain yang turut membuat tuntutan, dan memasang tiang dan boya di kawasan berdekatan.

Manila juga membantah berhubung beberapa insiden dari Februari hingga bulan lepas, dengan menuduh tentera laut China melepaskan tembakan ke arah nelayan Filipina dan mengancam sebuah kapal cari gali minyak negara ini.

Presiden Filipina, Benigno Aquino meningkatkan lagi ketegangan itu semalam apabila beliau membuat kenyataan bahawa negara ini memerlukan bantuan daripada sekutu lamanya, Amerika Syarikat (AS) dalam perbalahan dengan China. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Erdogan mula proses bentuk kerajaan baru

Posted:

Erdogan mula proses bentuk kerajaan baru

Erdogan mula proses bentuk kerajaan baru

ANKARA 15 Jun - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan (gambar) dan Kabinetnya meletakkan jawatan secara rasmi semalam, bagi memulakan proses pembentukan kerajaan baru selepas memenangi penggal ketiga berturut-turut dalam pilihan raya Ahad lalu.

Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinan Erdogan memenangi 49.9 peratus undi dan 326 kerusi, kurang daripada 330 kerusi yang diperlukannya untuk merangka Perlembagaan baru tanpa sokongan parti lain di Parlimen yang mempunyai 550 kerusi.

Mengikut undang-undang Turki, Erdogan mesti mengemukakan barisan Kabinet baru kepada Presiden Abdullah Gul dalam tempoh 45 hari, yang kemudian perlu diluluskan oleh Parlimen baru menerusi pengundian usul percaya.

Kata Erdogan, Menteri-Menteri yang meletakkan jawatan akan terus mengetuai Kementerian masing-masing sehinggalah lembaga pilihan raya mengesahkan keputusan pengundian dan Kabinet baru dibentuk, dijangka pada bulan depan.

Beliau menghadapi pelbagai cabaran ketika beliau melangkah ke dekad kedua sebagai Perdana Menteri, termasuk kekacauan di negara jiran, Syria, rundingan tergendala mengenai keanggotaannya dalam Kesatuan Eropah (EU), usaha untuk mengawal pertumbuhan ekonomi yang terlalu pesat, merangka semula Perlembagaan dan menyelesaikan isu penduduk Kurdis.

Kerajaan baru akan terdiri daripada 20 Menteri dan empat Timbalan Perdana Menteri.

Menurut akhbar Turki, Menteri Kewangan Mehmet Simsek dijangka kekal dengan jawatannya sementara Menteri Ekonomi, Ali Babacan akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Menteri Luar, Ahmet Davutoglu, arkitek dasar luar Turki yang lebih tegas, dijangka kekal dengan portfolio itu manakala ketua perunding bagi keanggotaan dalam EU, Egemen Bagis dilihat bakal mengetuai Kementerian EU yang baru.

AKP yang berkuasa sejak 2002 menyaksikan pertumbuhan ekonomi pesat selama bertahun-tahun di samping berjaya menyekat pengaruh angkatan tentera.

Erdogan berkata, beliau akan mendapatkan konsensus untuk merangka semula Perlembagaan yang digubal selepas rampasan kuasa tentera pada 1980. - Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


ATM perlu dekati rakyat

Posted:

ATM perlu dekati rakyat

ATM perlu dekati rakyat


ZULKIFELI MOHD. ZIN


UTUSAN: Tahniah kerana telah dilantik sebagai Panglima Angkatan Tentera yang ke-18?

ZULKIFELI: Saya merakamkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas penghijrahan ini dan penghargaan serta sembah junjung kasih kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin kerana telah merestui jawatan baru saya ini.

Saya juga merakamkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah menyokong pelantikan saya dan juga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang telah mengesyorkan nama saya.

Pada pengamatan saya sebarang pelantikan adalah bergantung kepada rezeki seseorang itu. Faktor-faktor lain, mungkin kerana umur, penerimaan dan sama ada seseorang itu dirasakan sesuai untuk menjalankan sesuatu tugas berkenaan.

Bagaimanakah perasaan kerana terpaksa meninggalkan jawatan terdahulu sedangkan banyak perancangan belum selesai?

Saya memegang jawatan sebagai Panglima Tentera Darat selama setahun tiga minggu dan ia adalah begitu singkat. Apa yang saya nyatakan di dalam perintah ulung saya pada 24 Mei 2010 ada yang telah dilaksanakan, sedang dilaksanakan dan ada yang masih belum dilaksanakan.

Perancangan yang belum dilaksanakan berpunca kerana kekangan masa dan kewangan. Semua perancangan ini dibuat secara konsensus bersama-sama pucuk pimpinan Tentera Darat yang lain. Memandangkan timbalan saya diangkat sebagai Panglima Tentera Darat yang baru, saya mempunyai sepenuh keyakinan bahawa beliau akan meneruskan kerja-kerja yang sedang dilaksanakan dan melaksanakan yang belum terlaksana lagi.

Pandangan Tan Sri terhadap Jeneral Datuk Zulkifli Zainal Abidin yang dilantik sebagai Panglima Tentera Darat yang baru?

Saya yakin bahawa beliau akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh kemantapan bagi membawa Tentera Darat ke tahap yang lebih tinggi. Walaupun hanya menjadi timbalan selama setahun, saya mendapati beliau telah menjalankan tugas dengan penuh iltizam, dedikasi dan penuh semangat. Saya yakin beliau telah bersedia sepenuhnya untuk dilantik sebagai Panglima Tentera Darat.

Adakah pengalaman Tan Sri sebagai bekas Komander Tim Pemantau Antarabangsa- Mindanao dapat membantu ketika memimpin ATM?

Ya, ia akan membantu saya. Ketika bertugas di Mindanao, Filipina saya melihat keamanan tidak dapat dicapai di wilayah berkenaan kerana tiadanya national will (sokongan rakyat) yang sepenuhnya ke arah itu. Ia juga berpunca kerana tiada kemahuan politik oleh kerajaan yang memerintah ketika itu.

Saya berharap hala tuju ATM bukan sahaja memberi tumpuan kepada latihan dan pemodenan aset semata-mata malah untuk meningkatkan sokongan rakyat bagi bersama-sama mempertahan dan membangunkan negara ini.

Sokongan rakyat amat penting. Sebagai contoh, kita lihat Amerika Syarikat kalah di Vietnam bukan kerana ia ketinggalan dari segi keupayaan ketenteraan sebaliknya kerana rakyatnya tidak lagi menyokong anggota tentera berperang di negara itu.

Apakah tumpuan utama ketika menyandang jawatan Panglima Angkatan Tentera?

Tumpuan adalah untuk melatih anggota dalam ketiga-tiga perkhidmatan di bawah ATM supaya mereka sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi peperangan. Di samping itu, berikutan perubahan di peringkat antarabangsa sekarang kita juga perlu mendefinisi semula apa yang dikatakan strategi untuk keselamatan negara. Bagi saya ia seharusnya meliputi tiga aspek iaitu pertahanan, keselamatan dan pembangunan negara.

Apakah peranan ATM sekarang dalam pembangunan negara?

Sebagai jabatan atau agensi kerajaan, ATM perlu memainkan peranan dalam pembangunan negara. Ini boleh dilakukan secara efektif kerana ATM mempunyai kekuatan yang tidak dipunyai jabatan atau agensi lain.

Untuk mencapai matlamat ini, kita menyahut baik seruan kerajaan untuk melaksanakan Strategi Lautan Biru. Ini bermakna kita perlu mendekati diri dan berkhidmat kepada rakyat. Kita juga perlu melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat secara berterusan dan sepanjang masa. Bukannya seperti sekarang, hanya ketika terdapat upacara tertentu atau bencana.

Pandangan Tan Sri berhubung kepentingan Askar Wataniah?

Saya pernah menjadi Asisten Panglima di Bahagian Perkhidmatan Simpanan (BPS). Askar sukarela atau Askar Wataniah ini adalah jambatan antara ATM dengan orang awam bagi merapatkan lagi kita dengan rakyat jelata. Sudah tentu ia juga mempunyai fungsi ketika berlaku konflik apabila pasukan ini akan digerakkan atau diserapkan ke dalam pasukan tetap untuk membantu kita.

Anggota pasukan ini juga diatur gerak di sesuatu kawasan bencana seperti ketika banjir. Mereka yang merupakan penduduk tempatan di sesuatu kawasan itu mempunyai pengetahuan tentang persekitaran setempat dan bertindak sebagai penunjuk arah kepada anggota tetap.

Adakah sebarang cadangan untuk meningkat bilangan anggota sukarela?

Sekarang ini nisbahnya ialah seorang anggota tetap bagi seorang askar sukarela. Kita menetapkan dalam tempoh akan datang sehingga 2020 nisbah ini akan ditingkatkan kepada seorang anggota tetap bagi dua askar sukarela.

Alhamdulillah, berikutan keterampilan ATM sekarang dan kerana kita telah mendekati rakyat, mereka akan datang kepada kita untuk berkhidmat sebagai Askar Wataniah sama ada darat, laut atau udara.

Langkah meningkatkan bilangan askar sukarela ini juga selaras dengan sasaran kita untuk mewujudkan satu kompeni Askar Wataniah di setiap 222 kawasan Parlimen seluruh negara menjelang akhir tahun ini.

Apakah aset-aset baru yang dicadang untuk diperolehi oleh ATM?

Saya tidak boleh menyenaraikan. Kita mesti ingat bahawa pembangunan ATM adalah berdasarkan kepada keupayaan yang diperlukan dan bukan kerana ancaman atau sebagainya. Apabila disebut tentang keupayaan, ia mempunyai beberapa faktor penyumbang termasuk berapa banyak sumber manusia yang kita ada dan berapa kosnya yang kita mampu.

Betulkan pandangan bahawa generasi muda tidak berminat menyertai ATM?

Sebenarnya itu adalah tanggapan yang tidak begitu betul. Kita sebenarnya menerima respons yang menggalakkan daripada generasi muda. Misalnya, ketika Perhimpunan Sejuta Belia di Putrajaya ramai yang melawat ruang pameran ATM dan mereka juga banyak bertanya.

Ketika membuat pengambilan rekrut baru, walaupun jumlah yang ingin diambil lebih 2,000 orang sahaja tetapi yang memohon berjumlah berpuluh ribu orang. Semua yang memohon adalah layak. Berikutan itu, kita tiada pilihan kecuali memilih yang terbaik.

Ada individu apabila gagal dalam temu duga di sesuatu daerah akan pergi pula ke pusat pemilihan rekrut yang dibuka di daerah lain. Jika masih tidak berjaya mereka akan mencuba sekali lagi pada tahun akan datang. Kita mempunyai rekod dalam komputer mengenai siapakah individu ini. Kerana semangat itu, kita ambil juga mereka.

Adakah faktor gaji yang lebih baik menjadi punca sambutan menggalakkan ini?

Sudah tentu faktor gaji yang lebih baik adalah antara sebabnya. Ini hasil daya usaha Datuk Seri Najib yang ketika menjadi Menteri Pertahanan telah melakukan banyak penambahbaikan terhadap ATM.

Sebagai contoh, ketika saya menjadi pegawai muda pada sekitar 1980-an seorang sarjan ada menyatakan kepada saya bahawa dia tidak akan membenarkan anaknya masuk tentera. Orang yang sama setelah bersara, menelefon saya menyatakan harapan anaknya dapat memasuki ATM.

Faktor-faktor lain yang menjadi daya tarikan untuk generasi muda menyertai ATM adalah kerana mereka dapat bertugas di luar negara di bawah misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Kemusykilan terhadap niat China

Posted:

Kemusykilan terhadap niat China

Kemusykilan terhadap niat China

PENULIS ialah GeoStrategis Institut GeoSpatial UTM dan ahli bersekutu Majlis Profesor Negara.


Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berdoa pada majlis pelancaran latihan perang CARAT Malaysia-AS bersama anggota United States Navy (USN) di Kuantan, 6 Jun lalu. - UTUSAN/MAHATHIR ALI


CHINA telah berulang kali menegaskan permodenan angkatan bersenjata mereka tiada kena mengena dengan hasrat untuk menjadi kuasa besar seperti Amerika Syarikat (AS) tetapi hanya untuk melindungi kepentingan agenda ekonomi mereka. Sememangnya pengakuan sedemikian rupa amat dialu-alukan terutama sekali oleh negara jiran yang lebih kecil seperti ASEAN.

Tetapi perlu ditegaskan, Beijing sememangnya pintar menggunakan bahasa diplomasi untuk menggambarkan yang mereka tidak mempunyai agenda tersirat. Apa yang boleh dirungkaikan daripada kenyataan Beijing adalah mereka akan mempertahankan kepentingan ekonomi dengan apa jua kaedah sekalipun, dan ini termasuklah kekuatan tentera.

Perhatikan sahaja apa yang sedang berlaku di Laut China Selatan mengenai tuntutan bertindih gugusan Kepulauan Spratly dan Paracel oleh China, Vietnam, Filipina, Brunei, Malaysia dan Taiwan. Beberapa minggu lepas telah berlaku beberapa tindakan agresif di antara China, Vietnam dan Filipina di kawasan perairan yang masing-masing mendakwa milik mereka.

Vietnam dan Filipina telah menuduh tentera laut China mengganggu kerja eksplorasi di dalam perairan yang didakwa oleh Hanoi dan Manila adalah milik mereka. Beijing pula mendakwa kedua-dua negara tersebut telah menceroboh kawasan milik China.

Masalahnya di sini ialah hampir keseluruhan kawasan tuntutan bertindih Laut China Selatan didakwa oleh Beijing sebagai milik mereka dengan menggunakan dalil sejarah lampau.

Vietnam telah pun mengambil tindakan susulan akibat gangguan Beijing dengan mengadakan latihan tembakan peluru hidup di wilayah Quang Nam berhampiran dengan kawasan pertikaian. Walaupun dinafikan oleh Hanoi, begitu jelas sekali isyarat latihan tersebut adalah amaran kepada Beijing bahawa Vietnam akan mempertahankan kedaulatan mereka.

Begitu juga dengan Filipina yang bakal mengadakan latihan perang yang dinamakan CARAT bersama-sama dengan AS dari 28 Jun hingga 8 Julai memberikan satu maksud yang tersirat kepada Beijing mengenai apa yang sedang berlaku di Laut China Selatan.

Seperti lazimnya Beijing telah memberi amaran bahawa masalah tuntutan bertindih tersebut perlu diselesaikan secara bilateral iaitu antara China dan negara berkenaan sahaja tanpa memerlukan campur tangan pihak ketiga. Jika agenda China itu dituruti maka sudah semestinya manfaat menyebelahi mereka kerana China mempunyai segala-galanya.

Memang benar China tidak berminat untuk berperang dengan negara ASEAN yang jauh lebih lemah. Tetapi Beijing tanpa segan silu akan mempamerkan kekuatan tentera mereka untuk mendapatkan apa yang dihajati. Apa yang berlaku terhadap Vietnam dan Filipina tempoh hari adalah contoh klasik maksud tersirat permodenan angkatan tentera yang selaras dengan kemajuan ekonomi China.

Paling menggerunkan ialah bagaimana pantasnya permodenan angkatan tentera China berlaku. Tidak lama lagi tentera laut China akan memiliki kapal pengangkut jet pejuang yang pertama. China juga dipercayai sudah memiliki peluru berpandu balistik yang direka khas untuk memusnahkan kapal perang.

Sejak kebelakangan ini apa yang jelas adalah tumpuan khas diberikan kepada kemampuan angkatan laut mereka.

Selama ini AS dianggap sebagai kuasa maritim yang unggul kerana mempunyai gugusan kapal pengangkut jet pejuang yang tiada tolok bandingannya. AS mampu menonjolkan dan menggunakan kekuatan angkatan tentera mereka di mana-mana sahaja dengan kaedah kapal pengangkut yang ditempatkan serata pelosok dunia.

Memang benar dengan hanya sebuah kapal pengangkut tidak mungkin China dapat menandingi kehebatan AS. Tetapi bayangkan kesannya jika kapal pengangkut tersebut ditempatkan di Laut China Selatan. Sudah pasti China akan mempunyai kelebihan yang melampau apabila berhadapan dengan isu tuntutan bertindih.

Mungkin secara kebetulan atau tidak kapal pengangkut jet pejuang USS George Washington telah berlepas dari pangkalan di Jepun dan besar kemungkinan sedang menuju ke perairan Laut China Selatan. Pada minggu lepas kapal pengangkut tersebut telah pun berada di Laut China Selatan kerana mengambil bahagian dalam latihan perang CARAT Malaysia-AS. Buat pertama kali juga kapal selam AS turut serta dalam latihan tersebut.

Salah satu strategi untuk mengekang kelebihan angkatan laut China, negara ASEAN perlu mempunyai satu suara apabila berhadapan dengan Beijing. Mahu tidak mahu pihak ketiga perlu diberi ruang untuk bersama-sama dengan negara ASEAN berhadapan dengan China. Pihak ketiga yang dimaksudkan ialah AS kerana hanya negara itu yang mampu menandingi kehebatan angkatan tentera China.

Strategi yang diamalkan oleh Malaysia dengan mengadakan latihan perang secara bersama dengan AS adalah kaedah yang paling berkesan untuk memberi isyarat kepada China. CARAT umpamanya adalah latihan bersama antara Malaysia-AS paling lama dan berjaya di antara kedua-dua negara.

Memandangkan kepentingan Laut China Selatan kepada Malaysia tidak perlu dipersoalkan lagi, kerjasama strategik dalam pertahanan maritim di antara AS diperluaskan lagi dengan penyertaan terbaru latihan secara bersama. Buat pertama kalinya Malaysia telah menyertai Latihan Pinggir Pasifik (RIMPAC) dan Cobra Gold bersama-sama dengan AS. RIMPAC dianggap sebagai latihan perang maritim antarabangsa yang terbesar di dunia dan pada latihan tahun lepas telah disertai oleh 13 negara.

Sememangnya penyertaan Malaysia dalam CARAT, Cobra Gold and RIMPAC akan memberi kesan yang besar bukan sahaja kepada negara tetapi juga kepada ASEAN.

Kehadiran empat negara ASEAN iaitu Malaysia, Thailand, Singapura dan Indonesia dalam salah satu latihan ketenteraan tersebut sudah pasti membawa implikasi yang agak besar seperti mana pakatan Jepun dan Korea Selatan yang telah memberi kesan kepada Asia Timur. Menjadi harapan isyarat tersebut dapat di baca oleh Beijing dengan betul.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Keletah mereka gamatkan konti

Posted:

Keletah mereka gamatkan konti

Keletah mereka gamatkan konti

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASAN


FAIZAL Ismail, Usop Wilcha dan Fara Fauzana akan menggegarkan pagi anda dengan keletah mereka menerusi Hot FM AM Krew.


SELAMA lima tahun beroperasi, stesen radio popular, Hot FM telah berjaya menempatkan diri mereka sebagai salah sebuah stesen yang diminati ramai.

Populariti yang dikecapi oleh stesen yang bernaung di bawah Media Prima Berhad (MPB) itu pernah melayakkan mereka untuk merasai gelaran sebagai stesen radio nombor satu negara.

Meskipun hanya sempat merasai nikmat kejayaan itu hanya untuk seketika sahaja, namun ia bukan satu halangan buat Hot FM untuk terus memantapkan lagi kandungan program agar peminat terus setia bersama mereka.

Seperti mana yang pernah dikatakan Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Radio MPB, Seelan Paul sebelum ini, Hot FM bukan mahu berlumba-lumba untuk meletakkan diri mereka sebagai nombor satu.

Tetapi, apa yang penting bagi mereka adalah untuk memberikan kepuasan maksimum kepada pendengar setia yang tidak pernah berhenti menyokong Hot FM sejak lima tahun lalu.

Salah sebuah program yang cukup popular di kalangan pendengar setia radio itu adalah Hot FM AM Krew yang kini ke udara setiap hari Isnin sehingga Jumaat dari pukul 6 sehingga 11 pagi.

Sekadar menyingkap sejarah, untuk tiga tahun pertama, ia dikendalikan secara berdua oleh Fara Fauzana dan Faizal Ismail.

Ternyata populariti segmen pagi itu telah melonjakkan karier seni kedua-dua personaliti itu sehingga berjaya menjadi penyampai radio paling popular lewat ini.

Demi memantapkan lagi Hot FM AM Krew, Hot FM sebulat suara menambah seorang lagi ahli keluarganya iaitu Muhammad Azmir Selamat atau lebih dikenali sebagai AG.

Tidak puas melihat segmen itu dikendalikan secara bertiga, Hot FM telah melamar seorang personaliti yang cukup popular untuk memantapkan lagi segmen pagi yang diminati ramai.

Bermula hari ini (16 Jun), Syed Mohamad Asri Syed Osman Jamalulail atau lebih dikenali sebagai Usop Wilcha sah menjadi ahli keluarga terbaru Hot FM.

Pastinya dengan kehadiran Usop Wilcha yang digelar Abang Usop di kalangan kakitangan Hot FM itu akan menggamatkan pagi pendengar setia Hot FM apabila akan digandingkan bersama Fara, Faizal dan AG.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Syamsul 'gangster'

Posted:

Syamsul 'gangster'

Syamsul 'gangster'

Oleh SYAZWAN ZAKARIAH
syazwan_zakariah@astro.com.my


LAKONAN Syamsul Yusof menunjukkan kematangan dalam filem terbaru arahannya ini.


SECARA kasar, Gangster dilihat sebagai sebuah lagi filem aksi dari Syamsul Yusof selepasEvolusi KL Drift (2008),Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) dan Evolusi KL Drift 2 (2010).

Begitupun, untuk seorang karyawan muda yang baru tiga tahun mengarah, kemampuan Syamsul semakin memberangsangkan.

KL Gangster bukanlah sebuah filem luar biasa, tetapi tidak juga sangat biasa. Syamsul mengukuhkan 'trademark'nya menerusi filem aksi, meneruskan legasi bapanya, Datuk Yusof Haslam yang sinonim dengan filem-filem serta rangkaian drama jenayah dan kepolisan.

Filem ini mengisahkan Malek, bekas banduan yang inginkan kehidupan 'bersih' selepas lima tahun meringkuk dalam penjara.

Kembalinya lelaki itu membuatkan Shark, samseng muda yang gilakan kuasa tidak senang duduk kerana berasa tergugat, apatah lagi dia yang menyebabkan Malek ditangkap.

Isi cerita inilah yang dikembangkan dengan penampilan watak konco-konco Shark, kumpulan pesaing Shark yang diketuai Dragon serta 'guru' Shark iaitu bapa tirinya, King yang bersahabat dengan Malek.

Penonton juga diperkenalkan kepada karakter-karakter 'putih' yang selalunya tertindas seperti adik perempuan Malek dan ibunya serta watak komedi, Fadil (yang dibentuk baik serta terkawal oleh Zizan).

Konflik ala Hindustan yang membabitkan sibling rivalry turut dipaparkan menerusi watak adik Malek, Jai yang menjadi tali barut Shark.

Berdasarkan sinopsis, plot KL Gangster bukanlah sebuah idea di luar kotak, malah penonton sudah boleh mengagak penamatnya.

Namun, Syamsul mempamerkan kebolehan dan kebijaksanaannya mengolah naskhah lazim ini menjadi sebuah filem hiburan yang cukup sifat dan berlabel box-office.

Syamsul menyampaikan cerita dengan jelas, meskipun tempo filem ini bergerak pantas. Penonton masih diberi ruang untuk menghadam babak demi babak tanpa perasaan tergesa-gesa hasil suntingan yang kemas. Tidak perlu twist atau kejutan, dia menyandarkan aksi lasak sebagai umpan utama.

Aksi-aksi itu dikoreograf kemas dan ditangkap oleh kerja kamera yang efektif. Meskipun ada yang beranggapan filem ini menceduk semangat filem-filem samseng Hong Kong, tetapi 'peniruan' gaya itu dilakukan cemerlang oleh Syamsul. Adegan gasaknya tidak janggal dan tidak nampak dibuat-buat.

Selain aspek teknikal yang menjadi kekuatannya, Syamsul disokong barisan pelakon yang tepat, masing-masing berjaya menyerapi roh watak yang dipegang.

Aaron Aziz sebagai Malek menonjolkan sifat hero tipikal yang hanya mengganas bila 'disentuh' dan mampu mengundang simpati penonton tanpa perlu menangis.

Ady Putra sebagai Jai cukup menjengkelkan (tetapi masih mempunyai sifat kemanusiaan apabila dipaparkan dia memberi wang dan menyelimutkan kanak-kanak yang tidur di tepi jalan), begitu juga dengan Sofi Jikan sebagai Ajib.

Sofi memang sering diberikan watak jahat, tetapi kali ini dia lebih diingati kerana tidak 'over-acting' dan memberi makna, bukan sekadar tempelan.

Malah, Syamsul yang sebelum ini sering dikritik kerana kaku, mewarnakan peranan Shark dengan baik.

Raut wajah, bahasa tubuh dan pertuturannya sepadan, memberikan justifikasi bahawa sebenarnya dia sangat beruntung kerana selaku penulis skrip, dia sewajarnya tahu latar belakang dan selok-belok watak yang diciptanya sendiri.

Penamat filem ini sedikit anti-klimaks apabila Syamsul memilih untuk sekadar memberitahu apa yang berlaku selepas kemuncak pertarungan menerusi voice-over.

Apatah lagi, ia seperti pelajaran moral, memberitahu penonton , sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.

Saya memahami tanggungjawab pembikin filem untuk menyampaikan mesej positif, biarpun tema filem berkisar kepada gangsterisme.

Saya juga memahami betapa fiksyennya adegan-adegan samseng Kuala Lumpur yang secara terbuka menembak dan berbunuh-bunuhan di khalayak ramai.

Saya akui, adegan pembukaan yang memaparkan KLCC membuatkan mood saya terganggu, begitu juga dengan narration Malek tentang betapa bernodanya Kuala Lumpur yang agak lapuk.

Bagaimanapun, Syamsul 'menebus' pengulangan klise itu dengan sebuah hidangan yang menghiburkan.

Perlahan-lahan, Syamsul membuktikan gelaran kontroversi Pengarah Terbaik yang dimenanginya tahun lalu bukan satu anugerah kosong. Dia 'gangster' industri perfileman Malaysia yang berani, harus 'digeruni' dan terus diperhatikan selepas ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved