Sabtu, 15 Februari 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Selangor tumbang, Terengganu rampas takhta

Posted: 15 Feb 2014 10:12 AM PST

PEMAIN pertahanan JDT, Baihakki Khaizan menanduk masuk gol pertama JDT walaupun cuba dihalang oleh pertahanan Selangor, K. Gurusamy dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Johor Bahru malam tadi. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI

KUALA LUMPUR - Takhta Liga Super kembali beralih tangan dengan Terengganu merampas daripada Selangor selepas menewaskan juara Piala Malaysia musim lalu, Pahang dengan keputusan 2-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam tadi.

Kejayaan skuad Penyu itu untuk berada di puncak liga turut dibantu dengan kekalahan Red Giants 1-4 di tangan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos.

Beraksi di hadapan lebih 10,000 penyokong, Terengganu memanfaatkan sepenuhnya kelebihan selaku tuan rumah apabila mendominasi sebahagian besar aksi perlawanan khususnya pada babak pertama.

Gol pertama tuan rumah hadir pada minit ke-20 apabila sepakan bebas dari luar kotak penalti yang diambil oleh pemain tengah, Mario Karlovic melantun sebelum menerjah jaring pelawat dan hanya mampu diperhatikan oleh penjaga gol, Mohd. Khairul Azhan Mohd. Khalid.

Anak-anak buah Abdul Rahman Ibrahim menggandakan kelebihan pada minit ke-69 apabila ketua pasukan, Ismail Faruqi Ash'ari mudah menolak masuk umpanan penyerang, Norfarhan Mohamad walaupun pertahanan Pahang cuba membantah jaringan tersebut kerana mendakwa pemain tersebut berada dalam keadaan ofsaid.

Di Larkin, JDT menunjukkan taring sebenarnya dan terlalu gagah buat Selangor apabila masih berupaya menjaringkan empat gol meskipun beraksi tanpa beberapa pemain tonggak seperti Pablo Aimar dan Aidil Zafuan yang mengalami kecederaan.

Tuan rumah memperoleh gol pertama pada minit kesepuluh menerusi tandukan kapten pasukan malam tadi, Baihakki Khaizan yang terus menerjah ke gawang gol dan jaringan kedua melalui tandukan seorang lagi pemain dari Singapura, Harris Harun pada minit ke-33.

Anak buah Mehmet Durakovic terus hampa apabila JDT memperoleh gol ketiga pada minit ke-52 menerusi penyerang dari Argentina, Luciano Figueroa hasil hantaran Amri Yahyah dan pemain pertahanan, Mohd. Fadhli Shas turut meletakkan diri selaku penjaring pada minit ke-59.

The Red Giants akhirnya memperoleh gol saguhati menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Paulo Rangel pada minit ke-59 namun sudah terlewat buat Selangor untuk mengelak daripada kalah buat kali kedua selepas lima perlawanan.

Kelantan naik ke tangga kedua Liga Super selepas mudah membenam T-Team dengan keputusan 3-0 di Stadium Sultan Muhammad IV dengan pemain dari Mesir, Mohamed Shawky Ali membuka tirai jaringan pada minit ke-32.

The Red Warriors berada dalam kedudukan selesa dengan dua lagi jaringan melalui ketua pasukan, Mohd. Badhri Mohd. Radhzi pada minit ke-44 dan Mohammed Ghaddar, pada minit ke-84 sekali gus mengutip kemenangan ketiga pada musim ini.

Jaringan tunggal penyerang Serbia, Milorad Janjus pada minit ketujuh memastikan Sarawak meraih kemenangan ketiga musim ini menerusi kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak tetapi kehilangan Junior Eldstal yang dibuang padang pada minit ke-70. Pengadil, Sukri Abdul Rahman turut melayangkan lapan kad kuning.

Di Stadium MP Selayang, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kempunan untuk meraih tiga mata penting apabila dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Lions XII walaupun The Gladiators terlebih dahulu di hadapan pada minit keempat melalui Amiridzwan Taj.

Jurulatih Lions, Fandi Ahmad mengubah percaturan pada babak kedua yang membawa hasil apabila Khairul Amri menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-47 sebelum Afiq Yunos membuatkan anak-anak buah B. Sathianathan tertunduk layu apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir.

Gara-gara tulisan doktor

Posted: 15 Feb 2014 10:12 AM PST

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Gara-gara tulisan doktor yang kurang difahami telah menyebabkan surat pertuduhan kepada pemimpin tinggi Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), yang didakwa terlibat dalam kekecohan di Larkin ketika perlawanan Piala FA awal bulan ini lewat daripada dikeluarkan.

Menurut sumber, Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terpaksa meminta pengurusan T-Team menghantar laporan perubatan doktor yang memeriksa pemainnya, Evaldo Goncalves dan jurulatih kecergasan pasukan, Stefano Impagliazzo sekali lagi, kali ini secara bertaip dan bukannya tulis tangan.

Goncalves dan Impagliazzo telah membuat laporan polis, bahawa mereka dikasari oleh pemimpin tinggi PBNJ di dalam terowong ketika menuju ke bilik persalinan pemain sewaktu pertemuan T-Team dengan Johor Darul Ta'zim dalam pusingan kedua Piala FA berhenti rehat. Mereka turut mendapatkan pemeriksaan doktor.

Namun, selepas sepuluh hari semenjak FAM meminta laporan perubatan berkenaan, T-Team masih belum memberikan maklum balas yang menyebabkan masih tiada sebarang dakwaan dapat dilakukan ke atas pengawai tinggi PBNJ itu.

Sumber itu memberitahu, laporan doktor berkenaan cukup penting buat Jawatankuasa Tatatertib kerana laporan itu boleh menentukan Kod Tatatertib bersesuaian yang akan digunakan untuk mendakwa pemimpin tinggi PBNJ itu.

"Mengenai surat pertuduhan (ke atas pemimpin PBNJ terlibat), saya difahamkan sudah hampir siap dan telah mendapat maklum balas daripada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin (Mohd. Amin) serta Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib (Datuk Taufek Abdul Razak), cuma laporan doktor yang memeriksa Evaldo dan Stefano yang melambatkan.

"Tulisan tangan doktor berkenaan sukar difahami, jadi sukar untuk menentukan pertuduhan itu dikeluarkan di bawah akta yang mana.

"Saya difahamkan Jawatankuasa Tatatertib telah meminta T-Team agar mendapatkan laporan doktor secara menaip. Ini adalah satu amalan biasa jika di dalam mahkamah sekali pun, tetapi masalahnya pihak T-Team sehingga hari ini belum menghantar laporan yang diminta, itu sebab kes ini lambat dibicarakan," kata sumber itu ketika ditemui Mingguan Malaysia.

Berdasarkan Kod Tatatertib yang termaktub, individu yang menyerang Evaldo atau Stefano boleh didakwa di bawah tiga pertuduhan berbeza iaitu Perkara 2.4, iaitu melakukan serangan secara fizikal tetapi tidak memberikan sebarang kecederaan.

Dua lagi pertuduhan ialah di bawah Perkara 2.5 iaitu melakukan serangan secara fizikal serta mendatangkan kecederaan atau Perkara 2.6 iaitu melakukan serangan secara fizikal dan membuatkan mangsa mendapat kecederaan parah.

Selain itu, sumber berkenaan memberitahu pihak PBNJ juga akan dikeluarkan surat pertuduhan atas kegagalannya mengawal keamanan semasa pemain T-Team menuju bilik persalinan.

"Mengenai kawalan keselamatan secara keseluruhan, dijangka satu lagi surat pertuduhan akan dikeluarkan kepada PBNJ kerana tidak mampu menghalang kekecohan daripada berlaku," katanya.

Sebelum ini, Hamidin memberitahu wartawan pada Selasa lalu yang surat pertuduhan mengenai insiden Evaldo ditumbuk dan Stefano ditendang di bahagian kemaluan ketika menuju bilik persalinan pemain di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos hampir pasti akan dikeluarkan.

Perlawanan pusingan kedua Piala FA pada 1 Februari itu tidak dapat disambung untuk babak kedua apabila pemain T-Team enggan meneruskan permainan ekoran insiden berkenaan, sebelum Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) memutuskan untuk memberikan kemenangan 3-0 buat skuad Harimau Selatan.

Selain itu, isu pergaduhan penyokong yang membabitkan Pahang dan JDT di perkarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 7 Februari dan kereta pengurus pasukan Perak dipecahkan di Larkin, juga akan disiasat oleh Jawatankuasa Tatatertib.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Lima kenderaan JHEAINS dirosakkan

Posted: 15 Feb 2014 09:51 PM PST

SEREMBAN 16 Feb. - Lima buah kenderaan milik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan pegawai penguat kuasa mengalami kerosakan selepas diserang sekumpulan samseng yang cuba mengugut pasukan berkenaan di Pejabat Bahagian Penguat Kuasa di Jalan Rahang di sini awal pagi ini.

Kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu berlaku sejurus selepas sepasukan penguat kuasa pulang ke pejabat berkenaan sebaik sahaja selesai mengadakan Ops Mungkar di sekitar Tampin sebelum sekumpulan sembilan lelaki muncul dan membuat provokasi serta ugutan terhadap mereka.

Bagaimanapun pihak polis yang dihubungi segera meleraikan keadaan dan rentetan kejadian itu sebuah kenderaan pacuan empat roda milik JHEAINS dan empat kenderaan lain dikelar tayarnya selain kesan calar yang teruk.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah ketika ditemui mengesahkan kejadian berkenaan dan laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Rahang. - UTUSAN ONLINE

Op 6P: 18,785 pendatang asing telah diperiksa

Posted: 15 Feb 2014 07:15 PM PST

BUKIT MERTAJAM 16 Feb. - Sebanyak 18,785 pendatang asing tanpa izin diperiksa menerusi 603 operasi bersepadu 6P (Op 6P) di seluruh negara sejak dilancarkan 24 hari lalu.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Aloyah Mamat berkata, dalam tempoh 21 Januari hingga Jumaat lalu, sebanyak 4,660 pendatang dan 48 majikan ditahan dengan 3,978 pendatang dihantar pulang ke negara masing-masing.

Beliau berkata demikian selepas menyertai Op 6P Fasa II di Flat Taman Pelangi, Juru di sini hari ini. _ UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pemuda UMNO pantau harga barang

Posted: 15 Feb 2014 10:13 AM PST

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
utusanpahang@utusan.com.my

Shahruddin Ahmad (dua dari kanan) bersama Ahmad Fikri Ali (kanan) dan Mohd. Nazifuddin Mohd. Najib (tiga dari kanan) meninjau harga ikan di Pasar Besar Pekan, Pahang, semalam.

PEKAN 15 Feb. - Pemuda UMNO Pahang telah menggerakkan kira-kira 400 ahlinya melalui Skuad Pengguna Pemuda UMNO bagi memantau harga barang keperluan di negeri ini.

Ketuanya, Shahruddin Ahmad berkata, tugas utama mereka adalah membuat pemantauan bagi membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

"Namun, skuad ini hanya membantu dari segi pemantauan dan akan memberi maklumat kepada pihak kementerian untuk bertindak jika ada kesalahan di peringkat peniaga," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pemantauan di Pasar Besar Pekan di sini hari ini bersama pegawai KPDNKK dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Lawatan itu turut disertai anak Perdana Menteri, Mohd. Nazifuddin Mohd. Najib dan Pegawai Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri, Ahmad Fikri Ali.

Menurut Shahruddin, di setiap Parlimen telah ditempatkan seramai 30 ahli Skuad Pengguna Pemuda UMNO Pahang dan mereka akan dikerah untuk turun bagi memantau harga barang.

"Inisiatif ini membuktikan keprihatinan Pemuda UMNO terhadap isu semasa lebih-lebih lagi bagi perkara berkaitan kesejahteraan rakyat seperti kenaikan harga barang.

"Meskipun skuad ini tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap peniaga, mereka boleh memanjangkan kesalahan dilakukan kepada pihak berwajib dan setiap laporan akan diambil perhatian serius oleh penguat kuasa," katanya.

UiTM Raub siap Mac 2015

Posted: 15 Feb 2014 10:13 AM PST

Shahiruddin Ab. Moin menyampaikan bantuan wang tunai kepada pelajar Sekolah Menengah Seri Raub di Raub, semalam.

RAUB 15 Feb. - Pembinaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Raub bakal memberi lonjakan menyeluruh kepada daerah ini apabila projek itu siap Mac tahun hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, pihaknya sentiasa memantau pelaksanaan projek tersebut yang kini siap kira-kira 26 peratus.

"Projek ini berjalan mengikut jadual ditetapkan dan menurut jawatankuasa penilaian pembinaannya, cepat tiga peratus daripada jadual asal.

"Pada masa ini bangunan asrama sembilan tingkat dalam proses pembinaan dan kita berharap projek ini akan dapat disiapkan secepat mungkin bagi memberi manfaat kepada penduduk di sini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan skim bantuan khas kerajaan negeri dan Yayasan Pahang kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Raub di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengetua SMK Seri Raub, Abdul Halim Salleh. Dalam majlis itu seramai kira-kira 300 pelajar menerima bantuan wang tunai.

Menurut Shahiruddin, kampus UiTM Raub yang diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kawasan tanah seluas kira-kira 32 hektar di persimpangan Felda Krau itu mampu menampung kira-kira 3,000 pelajar.

Katanya, institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pertama di daerah ini bernilai lebih RM300 juta itu amat dinantikan penduduk dalam memberi impak pendidikan dan ekonomi kepada daerah ini.

"Saya berharap penubuhan kampus ini akan memberi semangat kepada pelajar sekolah di sini untuk berusaha bersungguh-sungguh seterusnya dapat melanjutkan pelajaran di kampus baharu berkenaan," jelasnya.

22 PATI ditahan

Posted: 15 Feb 2014 10:13 AM PST

KUANTAN 15 Feb. - Jabatan Imigresen negeri menahan 22 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk tujuh tukang urut dalam Op 6P Bersepadu yang diadakan di sekitar bandar ini kelmarin.

Kesemua PATI berumur antara 19 hingga 40 tahun itu ditahan dalam operasi yang diadakan bermula pukul 4 petang hingga 12.20 tengah malam.

Timbalan Penolong Pengarah Jabatan Imigresen Pahang, Razali Ahmad berkata, operasi itu membabitkan kawasan perindustrian Semambu, Jalan Stadium dan Jalan Haji Ahmad.

"Dalam operasi di sebuah pusat urut di Jalan Haji Ahmad di sini, kami menahan tujuh tukang urut warga asing yang sedang melayan pelanggan," katanya di sini semalam.

Menurut beliau, ketika serbuan, penjaga premis enggan membuka pintu menyebabkan anggota imigresen terpaksa mengumpil pintu terbabit yang dilengkapi dengan ciri keselamatan.

"Bagaimanapun selepas pintu berjaya dibuka, mereka semua menyerah diri kerana menyedari premis terbabit sudah dikepung," katanya.

Katanya, turut ditahan dua lelaki warga tempatan berusia 28 dan 36 tahun dipercayai penjaga premis berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Iraq umum peruntukan latihan puak bersekutu

Posted: 15 Feb 2014 10:57 AM PST

BAGHDAD 16 Feb. - Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki hari ini, mengumumkan, lebih AS$83 juta (RM273.9 juta) akan diperuntukkan bagi tujuan pembinaan dan latihan untuk puak bersekutu dalam satu lawatan ke bandar Ramadi, di sini.

Usaha tersebut dilihat sebagai satu langkah kerajaan bagi mententeramkan penduduk bandar berkenaan yang mendakwa kerajaan bersikap berat sebelah dan berasa dipinggirkan.

Jurucakap Perdana Menteri, Ali Mussawi berkata, Nouri turut mengadakan pertemuan dengan ketua puak bersekutu dalam lawatan itu bagi menyatakan sokongan kerajaan terhadap mereka.

Menurut Ali, dana tersebut diperuntukkan bagi pembinaan di sekitar wilayah Anbar, selain latihan yang akan disediakan oleh pasukan keselamatan kepada pejuang puak bersekutu. - AFP

Kerajaan baharu Lebanon diumumkan

Posted: 15 Feb 2014 10:56 AM PST

BEIRUT 16 Feb. - Lebanon, semalam, mengumumkan pembentukan kerajaan baharu selepas mengalami masalah politik dalaman selama 10 bulan berikutan kesan pertempuran di negara jiran, Syria.

Sebelum ini, kerajaan sementara ditubuhkan bagi mentadbir negara selepas bekas Perdana Menteri, Najib Mikati meletak jawatan pada Mac, tahun lalu disebabkan pertelagahan antara parti Syiah dan Sunni, serta diburukkan lagi dengan sokongan mereka terhadap kumpulan penentang kerajaan di Syria.

Perdana Menteri, Tammam Salam mengumumkan dalam ucapannya, kerajaan baharu itu ditubuhkan atas dasar perpaduan, dan berharap sesi pemilihan Parlimen dapat diadakan selepas mandat Presiden, Michel Suleiman tamat pada Mei ini. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Justin Bieber mahu tinggal di Atlanta

Posted: 15 Feb 2014 10:12 AM PST

LOS ANGELES 15 Feb. - Penyanyi, Justin Bieber dilaporkan sedang mencari rumah untuk berpindah semula ke Atlanta, Georgia kerana meminati persekitaran hip-hop di bandar tersebut.

Bieber yang berasal dari Kanada sebelum ini pernah tinggal di bandar itu selepas berpindah ke Amerika Syarikat (AS) dan kini berhasrat untuk kembali menetap di situ.

Kira-kira dua minggu lalu, penyanyi berusia 19 tahun itu meneliti beberapa kediaman di kawasan Hidden Valley di California sebelum didakwa membaling telur ke arah kediaman jirannya yang menyebabkan Jabatan Syerif Daerah Los Angeles mencadangkan pertuduhan feloni ke atasnya.

Dalam pada itu, Bieber dijadual akan menghadiri satu perbicaraan mahkamah pada bulan hadapan di Miami atas dakwaan kesalahan trafik dan memandu dalam keadaan mabuk.

Kemudian, dia akan ke mahkamah di Toronto, Kanada untuk perbicaraan atas dakwaan memukul seorang pemandu pada Disember lalu. - DPA

Paintball erat hubungan

Posted: 14 Feb 2014 11:13 AM PST

Oleh GARRET DAWUM
garret.dawum@utusan.com.my
Gambar Ihsan MAJALAH URTV
Aktiviti Anjuran MAJALAH URTV

NISHA Dirr menganggap sukan paintball kian mendapat sambutan setiap lapisan masyarakat.

RAMAI yang mempunyai imaginasi bagaikan pejuang bertempur di medan perang. Dengan aksi kejar-mengejar dan sorok-menyorok, ia pasti akan menambahkan lagi keseronokan bayangan seseorang itu.

Imaginasi seperti itu pastinya kini boleh direalisasikan menerusi sukan paintball. Berbeza dengan suasana sukan lain, sukan paintball yang kian terserlah pada hari ini sesungguhnya lebih mencabar dan sofistikated.

Lengkap dengan peralatan pelindung seluruh badan, dari kepala sehingga ke kaki dan senapang (paintball marker) yang digunakan pula berisi bebola warna.

Ketika ditemui S3, Nisha Dirr yang sememangnya sangat meminati sukan paintball sejak diperkenalkan oleh tunangnya tiga tahun lalu umpama sudah bersiap sedia ke medan perang.

Menyifatkan perkenalan dengan bakal suaminya, Edi Khusyairi Ab. Kadir, 34, adalah permulaan segalanya dalam paintball, tidak dinafikan sukan lasak tersebut menjanjikan kepuasan tersendiri.

"Saya memang teruja apabila dapat mengenali sukan paintball. Sebelum ini, memang tidak kenal langsung sukan ini. Ini semua kerana tunang saya membawa saya ke sini sehingga saya berpeluang mencuba permainan yang serba lasak ini.

"Tarikan sukan paintball ini bukan sahaja kerana ia satu sukan yang lasak, tetapi kerana ia mementingkan nilai-nilai yang diterapkan dalam satu pasukan.

"Setiap pasukan atau unit boleh terdiri daripada ahli keluarga, rakan sepejabat mahupun kenalan yang mempunyai minat dan misi yang sama, sekali gus mengeratkan perhubungan,"katanya yang akan pergi melihat tunangnya mengajar paintball pada masa lapang.

Wanita berusia 30 tahun ini juga memberitahu sukan tersebut begitu mendebarkan, tetapi dalam masa yang sama ia dapat mengurangkan tekanan di tempat kerja.

"Pertama kali saya fikirkan permainan ini macam membosankan tetapi setelah bermain sekali, memang puas kerana permainan ini mampu mengasuh kepimpinan semasa permainan berlangsung, di samping merupakan satu bentuk aktiviti fizikal.

"Cubalah dulu, baharulah tahu,"pesannya ringkas kepada orang ramai yang masih belum pernah merasai pengalaman bermain sukan paintball.

Berbelanja besar

Wujud sejak 15 tahun lalu, sukan paintball sebenarnya bukan sesuatu yang baru di negara ini.

Memilih untuk melakukan aktiviti ini seminggu sekali bersama tunang, Nisha atau nama sebenarnya, Nik Shahriah Nik Dir juga menganggap sukan ini unik kerana permainannya penuh strategi.

Kata Nisha, ketajaman fikiran serta kepantasan membuat strategi dan bertindak merupakan ciri penting dalam sukan penuh mencabar ini.

"Dua elemen ini yang menyebabkan sukan paintball cukup popular dan pasti ramai jatuh cinta apabila sudah mencubanya.

"Memang diakui sukan paintball akan menguji banyak aspek dalam diri seseorang terutama keberanian dan kebijaksanaan mengatur strategi.

"Semasa berada di dalam gelanggang, kita umpama berdepan hidup atau mati kerana satu kecuaian sahaja akan mengundang padah kepada pasukan,"katanya.

Aura sukan paintball ini memang sudah merebak kepada semua orang walaupun kos peralatan khasnya boleh mencecah ribuan ringgit dalam memburu kepuasan.

Namun, bagi Nisha dia tidak kisah jumlah wang yang perlu dibelanjakan, asalkan dia benar-benar puas bermain sukan paintball yang disukainya itu.

"Saya sendiri tidak pasti sudah berapa banyak wang yang habis tetapi kemahiran paintball saya semakin baik setiap hari.

"Tunang saya memang banyak mengajar walaupun dia melarang saya mengikuti sebarang perlawanan dan hanya memberi kebenaran untuk saya bermain paintball di masa lapang,"katanya.

Bagi Nisha yang sudah menggemari sukan paintball turut menolak anggapan bahawa sukan atau permainan lasak itu hanya untuk golongan tertentu sahaja.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Sarawak akan terus 'mansang'

Posted: 15 Feb 2014 10:12 AM PST

Dr. Jayum Jawan
jayum@upm.edu.my

PEMILIHAN Tan Sri Adenan Satem akhirnya menamatkan teka-teki siapa Ketua Menteri baharu Sarawak yang juga dilihat sebagai paling sesuai dan berpengalaman. Bagaimanapun sudah tentu sukar untuk menilai Adenan terlalu awal apatah lagi beliau mengambil alih setelah 33 tahun Pehin Seri Abdul Taib Mahmud memerintah dan mungkin agak sukar dilupakan jasanya yang terlalu besar kepada rakyat Sarawak.

Sesungguhnya Sarawak akan terus mansang (maju) tanpa Abdul Taib kerana beliau sudah menyediakan landasan yang boleh diteruskan oleh penggantinya. Selama lebih 33 tahun Abdul Taib menjadi Ketua Menteri, tidak dapat dinafikan bahawa sumbangan beliau tidak mudah dilupakan oleh semua golongan masyarakat. Seperti yang umum sedia maklum, Adenan sudah lama disediakan untuk mengambil alih jawatan Ketua Menteri. Namun semasa beliau naik untuk mengambil alih jawatan tersebut pada 1 Mac nanti, keadaannya kurang manis kerana terpaksa melangkah beberapa pemimpin lain dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang memegang jawatan lebih kanan daripada beliau.

Ini merujuk kepada beberapa individu yang dilangkahnya antaranya Tan Sri Alfred Jabu Numpang yang juga Timbalan Presiden PBB yang mana nama beliau langsung tidak disebut dalam perbincangan soal pengganti. Apatah lagi dengan kedudukan seorang lagi Timbalan Presiden, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg yang juga dilangkah Adenan. Ini belum mengambil kira kedudukan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, seorang Naib Presiden PBB yang turut dilangkah.

Berbanding tiga tokoh PBB itu, Adenan hanyalah Ketua Penerangan PBB. Jawatan yang disandang beliau ini ialah jawatan yang dilantik dan bukan dipilih oleh perwakilan PBB dalam pemilihan pucuk kepimpinan parti itu pada pemilihan parti yang lalu. Dengan berpaut kepada jawatan lantikan itu, ini bermakna Adenan tidak ada mandat parti untuk memimpin PBB walaupun selepas dilantik Ketua Menteri nanti, memandangkan beliau akan diangkat sebagai pemangku Presiden PBB. Tidak dinafikan bahawa beliau akan mendapat sokongan majlis tertinggi parti itu, tetapi ia tidak sama dengan mendapat mandat sendiri dan diperolehi terus daripada perwakilan.

Maka Adenan perlu berkerja keras untuk memperolehi keyakinan pelbagai etnik di Sarawak bahawa beliau ialah Ketua Menteri untuk semua kaum dan bukan untuk Melayu/Melanau sahaja ataupun Ketua Menteri PBB atau Ketua Menteri BN. Setakat ini, pemilihan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak tidak melibatkan seramai mungkin rakyat Sarawak. Hanya melibatkan beberapa individu tertentu dalam PBB sahaja iaitu Taib Mahmud, Abang Johari, Awang Tengah selain beliau sendiri.

Oleh itu, beliau mesti kembali kepada ahli PBB untuk mendapatkan mandat parti. Beliau tidak seharusnya melengah-lengahkan waktu untuk ini dan seelok-eloknya mengadakan Perhimpunan Khas PBB untuk tujuan itu. Beliau juga juga perlu mendapatkan mandat daripada rakyat Sarawak secara terus. Tidak cukup sekadar mendapatkan endorsement daripada pemimpin rakan-rakan komponen seperti Tan Sri James Masing daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS), Tan Sri William Mawan - Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Tan Sri Peter Chin - Parti Rakyat Bersatu Sarawak - (SUPP).

Beliau kini perlu memikirkan untuk kembali kepada rakyat melalui pilihan raya negeri bagi mendapat mandat bersepadu supaya dapat mentadbir Sarawak dengan legitimate serta tenang berdasarkan amalan demokrasi. Dengan demikian, barulah seorang Ketua Menteri mampu memimpin dengan yakin kerana mendapat sokongan rakyat.

Kebangkitan

Adenan juga perlu sedar bahawa rakyat Sarawak sudah matang dan bijak. Rakyat mahu didengar dan dilibatkan secara terus dalam proses politik serta pembangunan. Zaman pemimpin tahu semua sudah berlalu. Kebangkitan kesedaran ini juga sudah tentu berkaitan dengan pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin mendekati rakyat dengan pelbagai maklumat secara pantas. Dalam erti kata lain, rakyat sudah tidak boleh dikelentong lagi.

Maka sama ada mahu atau tidak, Adenan perlu melakukan beberapa perkara dalam masa terdekat setelah menjawat jawatan Ketua Menteri. Pertama, beliau perlu mendapatkan mandat sendiri daripada akar umbi atau perwakilan PBB. Ini bagi mengelakkan beliau menjadi Ketua Menteri yang tidak ada kuasa dan dilihat lemah. Jika tidak, beliau akan sentiasa sibuk bermain politik dan saling mengimbang kuasa-kuasa di sekelilingnya. Dalam konteks ini juga, Adenan perlu pandai mengurus hal ehwal dalaman rumah tangga PBB. Kekecewaan penyokong tiga pemimpin kanan parti yang tidak terpilih perlu dirawat. Ini penting kerana jika tidak mereka boleh menyebabkan kepimpinan Adenan huru-hara.

Kedua, menjelang pilihan raya Sarawak yang mesti diadakan pada atau sebelum 2016, Adenan perlu membantu dan mengurus parti-parti komponen yang bermasalah. Dua daripada tiga parti komponen kini sedang berhadapan dengan masalah yang amat berat. SUPP kini berpecah dan berpuak-puak. Kelangsungan dan nyawa SUPP masih belum diketahui ekoran masalah dalaman yang berkemungkinan akan menyaksikan parti itu diistiharkan tidak sah. Tambahan, prestasi dan sokongan SUPP daripada kalangan masyarakat Cina berada di paras yang amat rendah selepas PRU-13.

SPDP pula berhadapan dengan masalah apabila lima wakil rakyat parti tersebut memberontak dan meninggalkan parti berkenaan. Sudah tentu mereka akan memberi saingan hebat kepada calon BN dari SPDP pada pilihan raya negeri akan datang.

Ketiga, Adenan bukanlah pemimpin yang boleh dinilai berdasarkan kepimpinannya yang belum teruji. Tidak ada sesuatu yang dapat dikaitkan selama beliau dalam kerajaan sama ada di peringkat negeri atau Persekutuan. Namun, ini bukan penghalang kepada beliau menjadi seorang pemimpin yang hebat.

Beliau perlu bijak mengurus kehebatan orang lain di sekelilingnya bagi membantu dalam mentadbir Sarawak. Kepintaran mengguna dan mengurus kehebatan ini sudah tentu dapat membantu dan melahirkan kepimpinan yang lebih hebat. Selain itu, adalah menjadi keperluan untuk beliau memastikan hubungan Sarawak dengan Kuala Lumpur akan terus kukuh dan baik. Pertukaran yang berlaku, melibatkan pemimpin daripada parti sama dan bukannya parti berbeza dalam komponen BN Sarawak. Justeru, hubungan baik yang sedia terjalin diharap akan berterusan dan terus kukuh.

Dalam pada itu timbul pula cakap-cakap akan berlaku pilihan raya negeri lebih awal daripada tarikh sepatutnya. Melihat dari sudut strategi, pilihan raya negeri wajar diadakan dalam masa terdekat setelah Adenan menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri. Kerana, sebagai Ketua Menteri baharu, beliau wajib mendapat mandat sendiri untuk mentabdir dengan aman dan stabil. Kedua, satu keperluan strategik bagi seorang pemimpin mengadakan pilihan raya negeri lebih awal kerana beliau belum ada banyak musuh dan juga belum banyak buat salah dan silap yang akan membangkitkan kemarahan rakyat.

Justeru, mengadakan pilihan raya negeri secepat mungkin langkah terbaik bagi beliau kerana dilihat mampu mengurangkan kelemahan diintai pihak lawan, sekali gus menjadi senjata ampuh untuk melemahkan pembangkang. Sesungguhnya Adenan akan berhadapan cabaran besar apabila berdepan dengan pembangkang pada pilihan raya negeri akan datang. Apakah tahap kesihatannya membolehkan beliau mengetuai jentera BN Sarawak bagi mempertahankan kedudukannya seperti sekarang, termasuk membantu meningkatkan prestasi SUPP yang mengecewakan pada pilihan raya negeri dan parlimen yang lalu.

Sebagai Ketua BN Sarawak, Adenan sangat bergantung kepada pemimpin-pemimpin komponen lain untuk mempertahankan kedudukan BN Sarawak pada pilihan raya akan datang. Beliau sudah pasti akan bergantung kepada Abang Johari untuk mempertahankan prestasi PBB di kawasan Melayu. Beliau juga akan bergantung kepada Alfred Jabu atau penyokong utamanya bagi mengekalkan prestasi PBB dalam kawasan Dayak yang dimenangi PBB pada pilihan raya lalu. Adenan juga pasti sangat bergantung kepada James Masing dan William Mawan bagi sebahagian besar kawasan Dayak yang dimenangi oleh kedua-dua parti itu pada pilihan raya lalu. Namun, pergantungan kepada William Mawan dan SPDP agak rumit seperti juga pergantungan kepada SUPP berikutan ribut yang melanda kedua-dua parti itu.

Justeru, sebelum turun mengetuai BN Sarawak beliau mempunyai tugas berat untuk mengurus parti-parti komponen. Dalam hal ini, paling penting ialah kebolehan beliau untuk mengekalkan prestasi PBB dalam pilihan raya akan datang sebagai tanda Adenan mendapat sokongan padu daripada parti sendiri. Kegagalan dalam hal ini sudah tentu akan membawa padah yang bukan sedikit. Oleh itu Adenan perlu mencari ramuan kepimpinannya sendiri. Beliau perlu keluar dan meninggalkan kaedah pecah dan perintah yang pernah diamalkan oleh beberapa Ketua Menteri sebelum ini. Mungkin kerana faktor umur dan tahap kesihatan (dan mungkin juga kerana perjanjian Mekah), beliau tidak mempunyai masa yang lama dan panjang sebagai Ketua Menteri.

Oleh sebab itu, beliau perlu berkerja keras untuk mencari sesuatu yang dapat ditinggalkan sebagai penanda aras memandangkan beliau juga Ketua Menteri Melayu pertama bagi negeri Sarawak.

Tiada sesiapa kebal

Posted: 15 Feb 2014 10:12 AM PST

MELIHAT kepada perkembangan sukan bola sepak tanah air seolah-olah kita sudah menduduki tahap yang sama dengan jaguh bola sepak dunia. Tetapi jangan salah faham kerana apa yang sama hanyalah dalam hal hooliganisme, pergaduhan semasa perlawanan berlangsung mahupun perseteruan antara sesama kelab.

Hakikatnya dalam soal mutu, kualiti dan kejayaan yang boleh dibanggakan adalah sangat jauh tersasar daripada yang kita harapkan.

Untuk itu wartawan Mingguan Malaysia HAFIZAHRIL HAMID dan FERZALFIE FAUZI telah mewawancara Menteri Belia dan Sukan , Khairy Jamaluddin untuk mengupas isu-isu yang melanda sukan nombor satu di negara ini.

Ujar beliau, tidak perlu menuding jari menyalahkan sesiapa kerana apa yang penting ialah kerjasama dan perancangan teliti perlu diusahakan secara berterusan antara pihak kementerian dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Namun beliau mengharapkan dalam banyak isu yang melibatkan sukan bola sepak tanah air supaya tidak berlaku pilih kasih kerana ia akhirnya hanya merosakkan masa depan serta menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan.

MINGGUAN: Kebelakangan ini isu keganasan penyokong atau hooligan semakin berleluasa, sedangkan ini bukan perkara baru. Bagaimana YB melihat soal ini?

KHAIRY: Masalah hooligan bukan masalah baru, sebenarnya dari dulu kita ada kumpulan kecil penyokong agak ganas sedikit tetapi tidak sampai tahap menganggu penyokong lain seperti kekerasan yang kita lihat beberapa minggu lepas. Sebab itu saya bangkit isu ini kepada Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin. Saya kata mesti ada tindakan yang cepat menangani isu samseng bola sepak sebab kita tidak mahu perkara ini merebak. Kita pergi menonton perlawanan bola sepak kadang-kadang bawa anak sekali. Kita tidak mahu mereka merasakan diri mereka dalam keadaan bahaya, dibaling benda tidak sepatutnya atau pergaduhan di dalam dan luar stadium. Saya cakap kepada Hamidin, kita kena tangani masalah ini dengan tegas. Sewaktu hooliganisme melanda United Kingdom pada 1980-an dan 1990-an mereka bertegas, bukan sahaja FA England tetapi pihak polis, pihak stadium dan sebagainya. Mereka adakan kawalan polis yang ketat, ubah masa permulaan perlawanan supaya tidak lewat sangat. Kalau lewat mereka minum di pub dan kemudian masuk stadium dalam keadaan mabuk. Kita perlu ada strategi juga, penyokong kita tak minum tetapi ganas dalam keadaan tidak mabuk, ini lebih bahaya. Kita kena ada tindakan tegas. Tetapi kita kena faham ada kumpulan penyokong fanatik tidak ganas. Sebahagian besar daripada mereka anggota kumpulan ultras. Mereka memang fanatik, ghairah tetapi tidak kacau orang. Namun ada sekumpulan orang memang menjadikan sumber inspirasi kelab di England seperti di West Ham, ada Green Street Hooligan yang menjadi idola mereka yang sengaja mencari penyokong lawan untuk bergaduh. Ini kita tidak boleh terima. Mungkin mereka nyanyi lagu dan menjerit, itu memang suasana bola sepak. Saya pun terima, itulah persekitaran bola sepak dan stadium, tetapi mereka yang mengancam sesiapa itu kita kena ambil tindakan tegas.

Satu lagi isu ialah penggunaan suar yang perlu diatasi FAM. Ada yang kata pembakaran suar dan bunga api mengancam keselamatan. Ada yang kata itu sebahagian suasana seperti di San Siro, Itali. Ada pihak yang mengadu berlaku pilih kasih kerana pasukan tertentu dikenakan tindakan tetapi beberapa pasukan lain yang mempunyai hubungan rapat dengan FAM tak kena tindakan. FAM kena peka tentang perkara ini. Kepimpinan FAM yang bukan presiden sampai ke bawah, semua berasal dari negeri yang berbeza. Jadi bila dilihat negeri ada kaitan FAM tidak dikenakan tindakan, negeri yang blacklist cepat kena tindakan, jadi mereka akan marah. Namun saya telah redakan keadaan ini, saya kata dalam Twitter jangan kita alih kesilapan kita kepada kesilapan orang lain. Kalau salah, dua-duanya salah. FAM kena tegas dan tidak pilih kasih. Mereka kena denda mana-mana pasukan yang salah dari segi disiplin, keganasan penyokong, pembakaran suar dan juga kes terowong. FAM kena ambil tindakan kepada semua. Walaupun orang kata tidak setuju tetapi perlu adil kepada semua.

Dalam isu JDT dan T-Team, bagaimana YB lihat cara terbaik menyelesaikannya kerana keadaan sekarang sudah sampai ke tahap keterlaluan?

KHAIRY: Kita dalam Islam jika sudah sampai tahap angkat sumpah itu kira jalan terakhir. Ada dalam kalangan orang Islam kata jangan kaitkan angkat sumpah al-Quran dengan bola sepak. Kita hormati semua pandangan. Soal sesuai atau tidak, saya tak nak jawab, tanpa angkat sumpah benda ini sudah serius kerana jadi percakapan umum. Waktu kejadian itu mula tersebar luas di media sosial, macam-macam video kita boleh lihat. Saya lihat sendiri video itu tetapi tidak berapa jelas apa yang terjadi, namun banyak keterangan mengesahkan atau menuduh sesuatu telah berlaku. Dalam perbincangan dengan Hamidin, jawatankuasa pertandingan sudah buat keputusan T-Team kalah sebab tak memaklum pegawai supaya tamatkan perlawanan. Soal disiplin belum selesai.

Prinsip saya sebagai menteri, FAM bertindak jangan ada pilih kasih. Sekiranya sesiapa langgar peraturan dan undang-undang tatacara bola sepak dan FAM, mereka mesti dikenakan tindakan. Kita tidak boleh ada undang-undang berbeza untuk mana-mana pihak. Bola sepak ialah kepunyaan rakyat dan peminat bola sepak mahu lihat undang-undang itu dipatuhi dan dikuatkuasakan. Saya mahu cepatkan pertuduhan sekiranya ada. Kedua, jangan ada apa-apa kelonggaran atau pilih kasih, ini penting untuk menghantar mesej undang-undang tetap dihormati dan tidak ada kekebalan dalam hal ini.

Terdapat persepsi yang melihat antara YB dan FAM ada isu berkait. Apakah benar perkara ini dan tidakkah YB rasakan sudah sampai masanya untuk menunjukkan FAM dan kementerian mampu bekerjasama untuk pembangunan bola sepak?

KHAIRY: Persepsi ini dibentuk mungkin sebab komen-komen saya dalam surat khabar. Saya jenis menteri yang berterus terang, saya lebih suka cakap apa yang betul daripada saya simpan. Kadang-kadang buat kenyataan umum, ada kesan yang baik. Barulah persatuan sukan notice, kalau panggil macam itu sahaja mereka buat tidak tahu. Kadang-kadang saya kena buat komen secara umum, tetapi tidak bermakna saya tidak mengamal profesionalisme. Walaupun rakyat lihat saya dan FAM ada perang mulut tetapi saya tetap kekalkan profesionalisme. Sebagai Menteri Belia dan Sukan (KBS) banyak benda perlu kami bekerjasama. Jumaat lepas saya mengadap Tengku Mahkota Pahang selaku Timbalan Presiden FAM, Datuk Affendi Hamzah ada selaku Naib Presiden dan Hamidin. Kami bincang isu-isu berbangkit secara profesional.

Saya profesional, dan sambutan cukup baik apabila saya bentangkan pelan pembangunan bola sepak yang akan dilancarkan Mac ini oleh Perdana Menteri. Saya bentangkan kepada Tengku Mahkota Pahang supaya baginda memahami dan membawanya kepada Exco FAM.

Saya melihat respons cukup baik sekali. Saya kata kita kena buat kerjasama pembangunan di bawah KBS dan di bawah program pembangunan bola sepak negara untuk remaja bawah tujuh hingga 17 tahun. Selepas itu produk ini akan masuk sistem FAM dan untuk jadi pemain kebangsaan perlu lalui program ini. Tanpa sokongan dan kerjasama FAM, kita tidak akan berjaya melaksanakan program ini dan ia sangat positif.

Sebagai contoh dalam program pembangunan bola sepak kita kena tambah bilangan jurulatih. Hari ini dalam program ada 387 jurulatih dan kita hendak tambah kepada 662 jurulatih yang minimum ada Lesen A dan 2,064 yang ada kelayakan Lesen C menjelang 2020. Perlesenan jurulatih adalah daripada FAM dan ini komponen paling penting dalam program iaitu jurulatih yang bertauliah. Jadi saya bekerjasama rapat dengan FAM. Tengku Mahkota kata jika itu keperluan FAM, mereka akan bantu KBS melatih jurulatih supaya dapat melengkapkan 3,000 jurulatih bertauliah dan bagi saya ini adalah kerjasama.

Masa Ong Kim Swee hendak hantar pasukan Harimau A ke Queesland untuk menyertai Liga Australia, mereka tidak cukup duit. Mereka datang jumpa saya minta KBS biayai separuh, kita kata tidak ada masalah. Di situ dilihat memang betul ada sesetengah perkara saya tidak setuju dan ada perkara yang saya akan kritik dan terus kritik. Memang ada pihak dalam FAM tidak suka saya kritik macam itu, tetapi bila soal kerja, kita kena profesional. Sebagai menteri yang bertanggungjawab dalam sukan walaupun tidak boleh campur tangan pentadbiran dan urusan FAM tetapi dari segi strategi, polisi dan hala tuju sukan mesti ada ruang untuk saya tegur.

Jadi boleh kata tidak timbul isu personal semasa YB menjadi Timbalan Presiden FAM dulu?

KHAIRY: Saya memang tidak ada langsung isu personal atau kenangan tidak manis sewaktu menjadi timbalan presiden. Saya pun berjaya tamatkan tempoh timbalan presiden tanpa masalah, tidak pernah digantung atau dikenakan tindakan disiplin. Saya memilih tidak bertanding semula sebab waktu itu saya ada banyak kerja sebagai Ketua Pemuda, wakil rakyat dan sebagainya. Tengku Mahkota pun nak kembali bertanding timbalan presiden jadi saya kosongkan tempat itu.

Saya tidak ada apa-apa personal malah Hamidin adalah kawan baik saya. Beliau bawa saya jadi timbalan presiden dan bantu saya kempen, saya tidak ada masalah dengan Presiden - hubungan cukup baik termasuk timbalan presiden. Cuma saya lantang bersuara sebab nak melihat tindakan yang cepat. FAM ditadbir dengan baik tetapi birokrasi terlalu besar. Jika menteri tidak cuit, mereka tidak akan respons dengan cepat, sedangkan penyokong bola sepak hari ini terutama anak-anak muda nak melihat tindakan cepat. Mereka tidak mahu lihat keadaan samar-samar di mana ada insiden berlaku tetapi tiada siasatan. Ada yang dikenakan tindakan tetapi di tempat lain tidak ada tindakan atau dalam erti kata lain, pilih kasih. Itu yang kita kena atasi. Saya maklum kepada Hamidin, kena selesaikan masalah ini cepat, sebab ini kredibiliti FAM dan bola sepak tanah air. Kita kena bagi keyakinan kepada rakyat bukan hanya tingkatkan prestasi atas padang tetapi termasuklah layanan FAM terhadap pasukan, penyokong dan soal pilih kasih mesti dilihat jelas dekat di mata penyokong bola sepak.

Bagaimana YB melihat peranan sultan dan pihak istana dalam mengetuai persatuan sukan. Ada berpandangan dengan kedudukan mereka memudahkan usaha mencari penaja, namun apakah ia masih sesuai pada zaman sekarang?

KHAIRY: Ramai tanya saya mengenai penglibatan kerabat diraja dan ahli politik. Kita satukan soalan ini dengan ahli politik, kerana kedua-duanya sama, ada kedudukan dalam masyarakat. Ada yang melihat campur tangan sultan dalam persatuan sukan dilihat menyusahkan kerana protokol. Namun ini pandangan peribadi saya, kita tidak boleh buat ketetapan umum bahawa penglibatan tokoh-tokoh besar, raja dan ahli politik adalah perkara negatif untuk sukan. Ini kerana ada kalanya penglibatan mereka terbukti berjaya.

Saya bagi contoh, tanpa penglibatan Tan Sri Annuar Musa dalam bola sepak Kelantan, bola sepak negeri itu tidak akan bangun ke tahap yang ada hari ini. Begitu juga tanpa Datuk Seri Shahidan Kassim, bola sepak Perlis satu ketika dahulu sewaktu beliau menjadi Menteri Besar dan ketika memimpin Kesatuan Renang Malaysia, beliau berjaya. Dalam soal penglibatan sultan pula jika kita tolak ketepi insiden Larkin, adakah tanpa penglibatan Tengku Mahkota Johor (TMJ), pasukan Johor Darul Takzim (JDT) akan berjaya seperti hari ini. Sebelum TMJ terlibat dalam bola sepak Johor, saya masih ingat tidak ada apa di Larkin. Kejayaan besar kali terakhir adalah pada zaman Alistair Edward dan Abbas Saad. Kini barulah JDT naik sebab TMJ terlibat.

Saya tidak boleh bagi jawapan umum apakah ia tidak sesuai. Kita kena tengok pada prinsip, tiada siapa yang kebal dari segi undang-undang dan peraturan. Walau siapa jadi presiden dan pemimpin persatuan sukan, jangan anggap kritikan kepada persatuan sukan adalah kritikan kepada individu tersebut. Saya risau ada tokoh hebat yang memimpin persatuan sukan tetapi bila kita tegur persatuan sukan itu, ia dianggap menegur individu tersebut. Amat malang sekali berlaku keadaan tersebut kerana tidak ada sesiapa boleh menegur sebab takut dianggap derhaka. Padahal kita tegur soal pentadbiran dan ia amat berbeza dengan menyerang individu, jauh sekali serang peribadi. Prinsip yang perlu difahami tidak ada kekebalan di sini, kita ikut peraturan dan tidak ada sesiapa boleh mengetepikan peraturan dan undang-undang. Kita mengkritik pengurusan institusi tertentu dan bukan individu, jadi harap semua boleh faham.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Mahasiswa & Dadah

Posted: 14 Feb 2014 11:13 AM PST

DADAH bukanlah isu baharu di Malaysia memandangkan ia telah lama bertapak di negara ini, walaupun pelbagai usaha dan langkah-langkah proaktif telah diambil kerajaan untuk membanterasnya, namun tetap tiada titik noktahnya sehingga kini.

Malah, kesan penularan najis dadah ini juga membimbangkan kerana ia tidak mengenal faktor gender, umur, taraf hidup ataupun jenis golongan masyarakat tersebut.

Hal ini menyebabkan generasi muda di institut pengajian tinggi (IPT) turut sama tidak terlepas daripada terlibat dalam masalah penyalahgunaan dadah, meskipun mereka dianggap sebagai golongan celik dan bijak untuk membezakan yang mana baik dan buruk.

Dadah sintatik atau asli seperti syabu, pil kuda, inhalan, ecstacy dan ganja merupakan nama-nama dadah yang begitu mudah didengar dalam perbualan sesetengah kumpulan pelajar ketika berada di dalam kampus walaupun sukar untuk melihatnya sendiri di hadapan mata.

Gejala sosial seperti suka melepak di kelab malam, pengaruh rakan serumah ataupun sekelas dan desakan wang merupakan antara penyebab utama kepada kemasukan dadah ke dalam kampus.

Selain itu, kita juga jangan terlepas pandang terhadap sesetengah mahasiswa lelaki yang terpengaruh untuk tampil berbadan tegap dan sasa dengan mengambil pil ecstacy, selain kaedah bersenam secara semula jadi di gimnasium.

Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar yang mengambil jalan pintas untuk menghilangkan stres dengan menyalahgunakan ubat batuk.

Melalui Fokus minggu ini, .com ingin berkongsi topik perbincangan dadah dalam kampus, hasil temu bual dengan beberapa pelajar universiti di negara ini. - DHIYAZULHILMI DAUD/ JAMAL HIKMI MUHAMMAD NAZARI

Seluar reflek personaliti

Posted: 14 Feb 2014 11:13 AM PST

TAHUKAH kamu, setiap seluar yang dipakai mempunyai maksudnya tersendiri.

Sama ada potongan singkat, ketat dan sebagainya ia memberi imej yang berbeza kepada si pemakai.

Ruangan Trend kali ini menampilkan ciri-ciri seluar yang menjadi idaman lelaki terutamanya generasi muda masa kini yang ingin tampil bergaya dan mengikut peredaran fesyen.

Di sebaliknya, terdapat maksud dan makna tersembunyi pada setiap potongan seluar yang dipakai, jadi jangan sampai kamu tersalah pakai seluar ketika menghadiri sesuatu acara.

Mari kita kenali gaya potongan seluar yang kini menjadi trend dalam kalangan peminat-peminat fesyen terutamanya lelaki. - AMIRUL

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


200 spesies kucing dalam festival di Putrajaya

Posted: 15 Feb 2014 10:13 AM PST

ASEH Che Mat (tengah) bergambar bersama pemilik kucing yang menyertai pertandingan pakaian beragam khas untuk kucing pada Festival Kucing Putrajaya di Kompleks PPj, Putrajaya, semalam. - MINGGUAN/RASHID MAHFOF

PUTRAJAYA 15 Feb.- Para peminat kucing berpeluang menyaksikan pelbagai spesies haiwan peliharaan tersebut dalam Festival Kucing Putrajaya yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya (PPj) di Auditorium Cempaka Sari, Kompleks PPj.

Festival dua hari bermula hari ini itu menampilkan 200 kucing daripada pelbagai spesies dan baka termasuk Parsi, Norwegian Forest, Devon Rex, Cornish Rex, Bengal, Siam, Siberian, Birman, Angora, Turkish, Kucing Malaysia, Maine Coon, Exotic Short Hair, Exotic Long Hair, kucing tanpa bulu daripada jenis Sphynx dan pelbagai jenis kucing yang ganjil dan unik.

Presiden PPj, Tan Sri Aseh Che Mat berkata, festival tersebut diadakan bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan dan bertujuan memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan pendedahan dan tunjuk ajar berhubung teknik dan kaedah penjagaan kucing.

Beliau berkata, pemilihan rakan strategik pada penganjuran tersebut iaitu Kelab Kucing Malaysia selaku pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bernaung di bawah Federation International Feline (Fife) merupakan satu platform untuk mengumpul semua penggemar kucing dari dalam dan luar negara.

"Festival ini diselitkan dengan pelbagai program termasuk pameran dan juga pertandingan kucing, 30 kategori dipamer dan dipertandingkan iaitu 15 kategori untuk bulu pendek dan 15 kategori bagi kucing bulu panjang.

"Pameran dan pertandingan ini terbuka kepada semua peminat dan pemilik kucing, orang ramai boleh menyaksikan pelbagai jenis kucing dengan kemasukan secara percuma," katanya ketika berucap merasmikan Festival Kucing Putrajaya di sini hari ini.

Dalam pertandingan tersebut, kucing milik Nor Aziah Abdullah, 44, yang dinamakan 'Bella' mendapat tempat pertama dengan mengayakan pakaian yang digubah khas menggunakan bendera Wilayah Persekutuan.

Selain itu katanya, pameran dan pertandingan pada festival berkenaan akan diadili oleh juri yang didatangkan khas dari Rusia, Norway dan Jepun selain seorang juri tempatan daripada Jabatan Veterinar Kementerian Kesihatan.

"Pemenang setiap kategori yang dipertandingkan akan membawa pulang piala pusingan, sangkar kucing, aksesori dan makanan kucing berserta sijil," katanya.

Terdahulu Aseh menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan pakaian kucing tercantik anjuran Kelab Kucing Malaysia.

Dalam pertandingan tersebut, kucing milik Nor Aziah Abdullah, 44, yang dinamakan 'Bella' mendapat tempat pertama dengan mengayakan pakaian yang digubah khas menggunakan bendera Wilayah Persekutuan.

Selain Festival Kucing Putrajaya, bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan, PPj turut menganjurkan Putrajaya Autoshow, Convoy & Gathering yang disertai lebih 3, 000 kereta pelbagai jenis dan motosikal berkuasa tinggi di Dataran Putrajaya, Presint 3 di sini.

83,084 rumah terputus bekalan air

Posted: 15 Feb 2014 10:13 AM PST

Oleh MOHAMAD HARITH
MOHAMAD NIZAR
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 15 Feb. - Sebanyak 83,084 buah rumah di sekitar ibu negara, Hulu Langat, Kuala Langat dan Petaling Jaya terputus bekalan air selain berdepan dengan situasi tekanan air rendah.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, kejadian itu berlaku kerana pertambahan permintaan air yang mendadak

"Pertambahan permintaan itu adalah berikutan cuaca panas dan kering serta ketiadaan hujan yang berlarutan di sekitar kawasan terbabit sejak kebelakangan ini.

"Jika perkara itu terus berlaku, Syabas menjangkakan lebih ramai pengguna akan terputus bekalan air," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengenai penutupan Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi akibat pencemaran ammonia di Sungai Langat, Priscilla berkata,perkara itu menyebabkan 27,003 buah rumah di beberapa kawasan sekitar Hulu Langat dan Kuala Langat masih terputus bekalan air.

Sementara itu, beliau memaklumkan pihaknya telah mengaktifkan pelan tindakan kecemasan bagi memantau dan mengurus penghantaran bantuan air menggunakan lori tangki dan tangki statik untuk meringankan beban pengguna.

"Walau bagaimanapun, kemampuan bekalan air kecemasan ini amat terhad dan tidak mampu memenuhi kesemua permintaan pengguna yang terlibat dalam masa yang diinginkan mereka.

"Para pengguna disaran mengambil air daripada lori-lori tangki yang disediakan dan menggunakannya secara berjimat cermat bagi membolehkan lebih ramai pengguna mendapat bantuan air kecemasan ini," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan, perlukan bantuan air atau ingin membuat aduan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (Puspel) di talian 1800-88-5252 atau hubungi Pusat Khidmat Setempat (PKS) Syabas.

Sementara itu, di Hulu Langat, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika ditemui selepas merasmikan Kempen Gaya Hidup Sihat Peringkat Negeri 2014, mempertahankan tindakannya melengah-lengahkan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang sepatutnya dibina sejak lima tahun lalu.

Katanya, kelewatan pembinaan loji itu bukan punca krisis bekalan air yang mula dirasai kira-kira dua juta penduduk Lembah Klang sebaliknya akibat perubahan cuaca.

"Jika hari ini setuju untuk bina loji, masih lagi tidak mampu menyelesaikan masalah air yang ada sekarang," katanya.

Sungai Langat dicemari ammonia

Posted: 15 Feb 2014 10:13 AM PST

KUALA LANGAT 15 Feb. - Lebih 10 sekolah di sekitar daerah ini mengalami gangguan bekalan air yang terpaksa diberhentikan ekoran pencemaran ammonia di Sungai Langat.

Pencemaran itu menyebabkan dua loji rawatan air Puncak Niaga iaitu Loji Rawatan Air Cheras Batu 11 dan Bukit Tampoi ditutup berikutan tahap ammonia masih di paras tinggi.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan negeri, Mohd. Salleh Mohd. Kassim berkata, kawasan terlibat adalah di Bukit Changgang, Padang Mahkota dan Kampung Olak Lempit.

Antara sekolah yang terjejas adalah sekolah berasrama harian iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Banting, SMK Telok Datuk dan SMK Bukit Changgang.

Bagaimanapun, katanya, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) telah menyediakan bekalan air ke sekolah terbabit.

"Pihak Syabas telah menyediakan bekalan air mencukupi dan tiada sekolah yang ditutup buat masa ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan Suzuki APV sumbangan Suzuki Malaysia Automobile Sdn. Bhd. (Suzuki Malaysia) kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Judah, Pulau Carey di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Suzuki Malaysia, Keiichi Suzuki dan Guru Besar SK Sungai Judah, Abd. Rahman Ahmad.

Sumbangan tersebut bertujuan menggalakkan kehadiran murid Orang Asli di sekitar kawasan tersebut ke sekolah.

Sementara itu, Abd. Rahman berharap usaha dilakukan mampu meningkatkan pencapaian akademik murid dan pelajar Orang Asli.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada pihak Suzuki dan berharap agar murid-murid di sekolah ini akan mendapat manfaat," katanya.

SK Sungai Judah juga merupakan sekolah angkat kepada Suzuki Malaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Segamat daerah perintis Kospen

Posted: 14 Feb 2014 11:13 AM PST

Oleh MOHAMED SAARI
utusanjohor@utusan.com.my

SEGAMAT 14 Feb. - Kementerian Kesihatan memilih daerah ini sebagai perintis program Komuniti Sihat Perkasa Negara (Kospen) bermula Oktober tahun lalu melibatkan 70 sukarelawan dari enam buah kampung di daerah ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kesemua sukarelawan terdiri daripada ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan kakitangan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang dilatih untuk menjalankan pemeriksaan saringan kesihatan kepada masyarakat setempat.

"Hasil pemeriksaan terhadap 1,297 penduduk berusia 18 tahun ke atas di enam kampung tersebut mendapati, 54 peratus mempunyai masalah berat badan berlebihan sementara 76 peratus mempunyai masalah berkaitan tekanan darah manakala 41 peratus mempunyai paras gula dalam darah berlebihan.

"Mereka yang dikenal pasti berisiko tinggi menghidapi penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah jantung akan dibawa untuk membuat saringan kedua iaitu rawatan daripada pihak hospital," katanya dalam ucapan perasmian Kospen di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Paya di sini semalam.

Menurut Subramaniam, langkah awal menjaga kesihatan serta amalan gaya hidup sihat sangat mustahak kerana Malaysia merupakan negara yang mempunyai peratusan populasi dewasa tertinggi menghidapi masalah obesiti, diabetes dan hipertensi di rantau Asia.

Tambahnya, Kospen merupakan pendekatan terbaik yang dilaksanakan kerajaan dalam menangani beban penyakit NCD yang semakin meningkat melalui usaha meningkatkan kesedaran untuk membudayakan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Segamat berkata, inisiatif Kospen yang dimulakan bersama Kemas akan dipanjangkan kepada agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Rukun Tetangga agar capaian aktiviti saringan kesihatan dapat dilaksanakan secara meluas pada masa depan.

"Namun masyarakat juga harus mempunyai kesedaran serta tanggungjawab terhadap penjagaan kesihatan diri sendiri dan keluarga dengan mengamalkan gaya hidup sihat agar menjadi contoh kepada anak-anak dengan harapan tingkah laku tersebut menjadi amalan seharian sehingga hari tua mereka.

"Kejayaan mengurangkan penyakit NCD bukan sahaja memberi manfaat kepada individu itu sendiri tetapi turut dapat mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang diperuntukkan merawat penyakit tersebut dalam jangka masa panjang," katanya lagi.

Karnival Amal Media Johor 2014 meriah

Posted: 14 Feb 2014 11:13 AM PST

MOHD. Fauzi Ishak (belakang, empat dari kiri) bersama para pemenang peraduan mewarna kanak-kanak sempena Karnival Amal Media Johor 2014 di Dataran Bandaraya Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 14 Feb. - Lebih 2,000 pengunjung memeriahkan Karnival Amal Media Johor 2014 yang dianjurkan buat pertama kali di Dataran Bandaraya Johor Bahru di sini hari ini.

Presiden Kelab Media Johor (KMJ), Mohammad Fauzi Ishak berkata, karnival sehari itu diadakan bagi mengumpul dana bantuan untuk disalurkan kepada ahli serta mereka yang kurang bernasib baik.

Menurutnya, usaha mengumpul dana itu diperolehi menerusi hasil gerai jualan yang dibuka oleh KMJ dan kutipan sewaan tapak.

"Karnival itu juga satu platform untuk mengeratkan lagi hubungan petugas media massa di negeri ini dengan masyarakat setempat," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau berkata, karnival yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam itu dipenuhi pelbagai program selain car boot sale yang disertai 40 pengusaha dan pengamal media massa yang bertugas di negeri ini.

Dalam program itu juga tambahnya, pertandingan bola sepak jalanan dan peraduan mewarna kanak-kanak turut diadakan.

Sehubungan itu Mohammad Fauzi berharap program tersebut dapat diteruskan pada masa akan datang.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Koleksi paling premium

Posted: 14 Feb 2014 11:13 AM PST

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar ZAKARIA IDRIS

NIAT baik Hijabers Inc Couture bagi memasarkan pakaian muslimah yang menepati syariah akhirnya terlaksana apabila kini butik ini merupakan antara pemborong dan memiliki butik muslimah yang dikenali.

Gembira dengan pertambahan butik muslimah di Malaysia, namun sesetengah daripadanya tidak menepati syariah kerana terdapat fesyen pakaian yang tidak sesuai seperti lengan baju yang tidak cukup panjang, jarang, baju yang ketat di bahagian dada atau punggung dan sebagainya.

Tidak berhasrat memperlekehkan rekaan orang lain, niat Hijabers Inc Couture cuma untuk menyediakan pakaian muslimah yang lebih elok dan sesuai.

Bermula dengan menjual kepada pemborong dan peniaga di Pusat Borong GM Klang sejak dua tahun lalu, butik itu kini memberi peluang kepada muslimah yang ingin mencari pakaian yang bersesuaian dengan membuka sebuah butik di Wangsa Melawati.

Diimport dari luar negara, fesyen pakaian yang terdapat di sini adalah seperti jubah, blaus, skirt yang sengaja dibuat longgar dan labuh. Turut disediakan adalah selendang lebar dan panjang serta tudung yang sedia boleh dibawa untuk bersolat (bahagian dagu bertutup).

Apa yang menarik ialah Hijabers Inc Couture mempunyai koleksi baju yang paling premium, iaitu kapas bambu yang belum lagi dikeluarkan oleh mana-mana butik di Malaysia. Keistimewaan baju kapas bambu ini ialah selesa, lembut, tidak panas walaupun tebal serta tidak melekat di badan.

Baju yang dibuat labuh ini dan berpotongan kembang boleh dipakai bersama skirt labuh atau seluar panjang. Rekaan sebegini boleh dipakai sama ada ke pejabat, membeli-belah, bercuti atau bersiar-siar. Bagi mereka yang pernah memakai pasti akan terasa amat selesa.

Koleksi premium ini boleh didapati dalam lapan warna polos yang menarik. Perincian jahitan di bahagian hadapan baju dijahit tangan.

Selain itu, butik ini turut mempunyai siri denim, iaitu jubah berpotongan yang dibuat daripada fabrik denim lembut. Terdapat tiga warna menarik, iaitu hitam, biru muda dan biru gelap yang sesuai untuk golongan berusia di antara 25 hingga 45 tahun.

Amat menjaga kualiti jahitan, Hijabers Inc Couture hanya mengeluarkan lima koleksi terbaru pada setiap bulan. Ini bagi memberi banyak pilihan kepada penggemar fesyen muslimah yang juga ingin mencari fesyen terbaru. Rekaan yang pernah dikeluarkan tidak akan diulang semula bagi menjaga nilai eksklusif. Harga bagi setiap rekaan juga tidak dijual mahal dan mampu dimiliki.

Selain dijual secara borong dan runcit, koleksi fesyen butik ini turut boleh diperoleh secara dalam talian.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved