Sabtu, 6 Julai 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Selangor nafi hajat Johor DT

Posted: 06 Jul 2013 10:33 AM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN dan ISWAN SHAFIQ MAT ISAsukan@utusan.com.my

PEMAIN Johor Darul Takzim, Norshahrul Idlan Talaha dikasari pemain Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, semalam.

KUALA LUMPUR - Selangor menyekat hajat Johor Darul Takzim untuk menutup saingan Liga Super sebagai naib juara apabila bangkit mengikat pasukan tuan rumah 1-1 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, semalam.

Keputusan itu bermakna Selangor kekal pada tangga kedua, sama 40 mata dengan Johor DT, namun layak ke kejohanan Piala AFC berdasarkan kelebihan jaringan.

Johor mendahului menerusi Leonel Nunez pada minit ke-22 namun Selangor bangkit menyamakan kedudukan menerusi Forkey Doe pada minit ke-52.

Di Stadium Ismail Nasiruddin Shah menyaksikan T-Team kekal beraksi dalam Liga Super musim depan setelah seri 2-2 dengan Terengganu.

Keputusan itu sudah cukup untuk menyelamatkan T-Team daripada tersingkir ke Liga Perdana setelah Felda United, yang turut menang ke atas pasukan tercorot, Negeri Sembilan bagaimanapun terpaksa mengalah apabila kelebihan gol memihak kepada T-Team.

Dalam perlawanan semalam, T-Team terlebih dahulu menemui sentuhan jaringan apabila pemain import Damir Ibric yang meledak menerusi tendangan percuma luar kotak penalti pada minit ke-12.

Bagaimanapun, Mohd. Nasril Izzat berjaya menyamakan kedudukan untuk Terengganu apabila bijak memanfaatkan bola lorongan pemain import, Effa Owona pada minit ke-36.

Masuk babak seterusnya, Terengganu terus menggandakan asakan sebelum berjaya memperolehi gol kedua menerusi pemain gantian, Mohd. Fakhrurazi Musa pada minit ke-51.

Pun begitu, gol tersebut hanya bertahan untuk sembilan minit apabila T-Team kembali menyamakan kedudukan menerusi Ahmad Syamim Yahya.

Kedudukan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus menyaksikan kedua- dua wakil Terengganu itu kekal beraksi dalam Liga Super musim depan.

Selepas tiga musim, Felda United akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Super apabila gagal memintas kedudukan T-Team walaupun menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Walaupun, penyerang Felda, Rudie Ramli berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90 namun tiga mata yang dikutip itu tidak membawa sebarang makna.

Rusdi sebelum itu menjaringkan gol pertama pada minit ke-16 sebelum disamakan oleh pemain veteran Negeri Sembilan, Eddy Helmi pada minit ke-52.

Benam Pakistan redakan kekecewaan

Posted: 06 Jul 2013 10:33 AM PDT

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengucapkan tahniah kepada pemain selepas Malaysia mengalahkan Pakistan 3-1 pada perlawanan penentuan tempat ke-5 hingga ke-8 kejohanan separuh akhir Liga Hoki Dunia, di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU - Aksi Malaysia pada penentuan tempat kelima hingga kelapan kejohanan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya, semalam ibarat 'harimau terluka' apabila membenam Pakistan 3-1.

Kemenangan itu sekurang-kurangnya dapat meredakan kekecewaan gagal memburu slot ke Piala Dunia 2014 menerusi kejohanan di sini selepas tewas 0-6 kepada Jerman pada aksi suku akhir Khamis lalu.

Lebih manis ia adalah kemenangan pertama skuad Paul Revington ke atas pasukan terbaik Asia, Pakistan sejak mengendalikan skuad kebangsaan Ogos tahun lalu.

Revington berkata, perlawanan menentang Pakistan sentiasa sengit tetapi semalam pemain berjaya mengatasi lawan dengan baik.

"Menentang pasukan seperti Pakistan memerlukan pemain menjadi lebih bijak ketika melakukan serangan dan kami berjaya melakukannya hari ini (semalam)," katanya.

Malaysia meraih gol pada minit ke-14 hasil pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abdul Rahim namun Pakistan kedudukan dan berjaya melakukannya pada minit ke-16 menerusi gol padang Shafqat Rasool.

Pakistan tertekan apabila Imran Butt menjadikan gol sendiri pada minit ke-19 untuk Malaysia mendahului 2-1 dan Malaysia menambah gol ketiga pada minit ke-38 hasil jaringan Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Wanita maut kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

Posted: 06 Jul 2013 09:38 AM PDT

NORHIDAYU MOHD HASSAN

KUALA LUMPUR 7 Julai - Seorang wanita maut manakala seorang lelaki parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan dua buah kereta di Kilometer 14.5 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam itu, wanita yang membonceng motosikal jenis EX5 tersebut meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunggang motosikal yang cedera parah dihantar ke wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini untuk menerima rawatan.

Menurut jurucakap Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, keadaan mangsa yang cedera kini dilaporkan stabil. - UTUSAN ONLINE

Penjenayah gagal rompak ATM

Posted: 06 Jul 2013 10:32 AM PDT

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Julai - Sekumpulan penjenayah yang cuba memecahkan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan Chow Kit di sini awal pagi ini, berputih mata kerana terpaksa melarikan diri tanpa sebarang hasil selepas sistem penggera keselamatan di premis itu berbunyi.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, penjenayah terbabit baru sahaja mahu memecahkan penutup pada mesin itu namun sistem penggera keselamatan berbunyi menyebabkan kesemua mereka panik dan melarikan diri.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, polis menerima panggilan daripada sebuah syarikat keselamatan yang mengesan sesuatu berlaku apabila alat penggera itu berbunyi.

"Sepasukan polis telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan mendapati terdapat sebuah mesin ATM yang mempunyai kesan kopak. Siasatan awal mendapati hanya bahagian penutup atas dikopak namun mesin itu tidak berjaya dibuka," katanya di sini hari ini.

Beliau memberitahu, tiada sebarang kerugian dikesan dan polis juga tidak menemukan sebarang alat yang menggunakan gas Oxy-acetylene di lokasi kejadian.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Stadium mini setiap daerah

Posted: 06 Jul 2013 10:33 AM PDT

Oleh Shahrinnahar Latib
nahar.latib@utusan.com.my

KUANTAN 6 Julai - Kerajaan negeri bercadang membina stadium mini di seluruh daerah di negeri ini berikutan sambutan daripada orang ramai khususnya golongan belia terhadap aktiviti sukan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd. Johari Hussain (gambar) berkata, pembinaan stadium mini itu diharap dapat memberi galakan kepada golongan belia yang gemar bersukan.

"Berdasarkan peruntukan sebuah stadium mini, sejumlah RM10 juta diperlukan untuk kos pembinaan dan kerajaan negeri melalui Jabatan Belia dan Sukan (JBS) berusaha memohon peruntukan daripada kerajaan Pusat melalui Kementerian Belia dan Sukan.

"Bagi saya sebaiknya seluruh daerah di Pahang mempunyai stadium mini untuk perkembangan sukan," katanya ketika ditemui selepas sesi soal jawab sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang baru-baru ini.

Menurut beliau, bagi daerah yang sudah mempunyai kemudahan sukan, kerajaan negeri akan menaik taraf kemudahannya.

Sementara itu katanya, kerajaan negeri menyambut baik cadangan untuk menaik taraf Kompleks Sukan Bandar Maran seperti yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luit, Nurhidayah Mohamad Shahaimi.

"Dengan mengambil kira perkembangan sukan khususnya bola sepak, kemudahan sukan itu menjadi keutamaan khususnya belia," katanya.

RM38j bina jalan Pos Sinderut, Kitom

Posted: 06 Jul 2013 10:33 AM PDT

Wan Rosdy Wan Ismail (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan beras kepada seorang penduduk Orang Asli selepas merasmikan Kursus Pengendalian Lepas Tuai di Kampung Tual sempena program publisiti media ke projek FAMA di Kuala Lipis, Pahang, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 6 Julai - Masyarakat Orang Asli di Pos Sinderut dan Pos Kitom bakal menikmati kemudahan jalan raya apabila projek bernilai RM38 juta dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek yang dibiayai kerajaan Persekutuan itu melibatkan laluan sepanjang 57 kilometer.

"Pembinaan tersebut yang kini dalam proses pembinaan bermula dari persimpangan Sungai Koyan sehingga ke Kampung Bukit Long di Pos Sinderut manakala projek yang sama di Pos Kitom masih di peringkat pembukaan tender," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Pengendalian Lepas Tuai di Kampung Tual sempena program publisiti media ke projek Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarah FAMA, Sharifah Hashim dan Pengarah Kanan Komunikasi Korporat FAMA, Noor Azian Mustapa.

Kursus tersebut melibatkan 60 peserta dari kalangan penduduk tempatan Orang Asli di kampung tersebut.

Dalam pada itu, Wan Rosdy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri berkata, kursus dilaksanakan agensi kerajaan itu dapat membantu masyarakat Orang Asli dalam usaha meningkatkan pendapatan.

Pusat panggilan MPK tingkat mutu perkhidmatan

Posted: 06 Jul 2013 10:33 AM PDT

KUANTAN 6 Julai - Penubuhan pusat panggilan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) yang diperkenalkan mulai 1 Julai lalu sebagai usaha menambah baik mutu perkhidmatan khusus dalam pengurusan berkaitan aduan orang ramai.

Yang Dipertuanya, Datuk Zulkifli Yaacob berkata, MPK merupakan pihak berkuasa tempatan (PBT) kedua mewujudkan pusat panggilan tersebut selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berfungsi menyelesaikan aduan awam dengan lebih efisien, adil dan cepat.

"Pengoperasian pusat panggilan ini dilihat dapat memberi keberkesanan ke atas pengendalian aduan awam kerana setiap aduan yang diterima akan diberi maklum balas dalam tempoh 24 jam.

"Selain menyalurkan maklumat yang tepat, kewujudan perkhidmatan terbaharu daripada MPK ini dapat meningkatkan kadar penyelesaian dan mengurangkan aduan berulang yang diterima selain mengeratkan hubungan MPK dan masyarakat di bandar ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Pelancaran Pusat Panggilan MPK dan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012 yang disempurnakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail kelmarin.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Keretapi penumpang rempuh beca, 14 maut

Posted: 06 Jul 2013 09:48 AM PDT

LAHORE 7 Julai - Sekurang-kurangnya 14 orang termasuk dua kanak-kanak terbunuh, apabila sebuah kereta api penumpang berlanggar dengan sebuah beca yang sarat dengan penumpang di wilayah timur Pakistan, Punjab semalam.

Pegawai polis tempatan, Salim Niazi berkata, kejadian tersebut berlaku di pekan Khanpur di daerah Shiekhupura, kira-kira 40 kilometer di barat laut Lahore.

"Pelanggaran tersebut berlaku apabila kereta api berkenaan yang dalam perjalanan dari Karachi ke Punjab merempuh beca yang sedang melintas kawasan landasan yang tidak berpagar," katanya. - AFP

Taman Gezi di Turki bakal dibuka kepada orang awam

Posted: 06 Jul 2013 09:46 AM PDT

ISTANBUL 7 Julai - Pihak berkuasa Turki semalam mengumumkan untuk membuka semula Taman Gezi di sini kepada orang awam selepas kawasan itu menjadi lokasi demonstrasi besar-besaran yang meragut empat nyawa dan kira-kira 8,000 lagi cedera bulan lalu.

Datuk Bandar Istanbul, Huseyin Avni Mutlu berkata, taman tersebut akan dibuka sama ada hari ini atau esok kepada orang awam.

Namun beliau memberi amaran, taman terbabit tidak boleh digunakan sebagai lokasi tunjuk perasaan dan pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang demonstrasi yang diadakan di kawasan itu. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Mesir di ambang perang saudara

Posted: 06 Jul 2013 10:32 AM PDT

Ini bukan rampasan kuasa, rakyat melakukan revolusi, tentera hanya menyahutnya' Itulah antara kata-kata yang dipaparkan dalam sebuah portal berita di Mesir yang menyokong tindakan tentera melakukan rampasan kuasa sehingga memungkinkan Mohammed Mursi tidak sempat menyambut ulang tahun pertamanya sebagai Presiden Mesir.

Rampasan kuasa oleh pihak tentera yang diketuai oleh Panglimanya yang juga Menteri Pertahanan Jeneral Abdel Fatah al-Sisi hakikatnya hanya meneruskan suasana tidak menentu terhadap kestabilan politik di negara yang terkenal dengan piramid itu.

Ia memandangkan kejatuhan Mursi dikaitkan dengan peranan puak sekular dan liberal di Mesir yang tidak berpuas hati dengan corak pemerintahan Mursi yang dilihat lebih mengutamakan pergerakan Ikhwanul Muslimin. Namun begitu tindakan menghumban Mursi daripada tampuk kekuasaan bukanlah jalan penyelesaian terbaik, sebaliknya pemerhati politik antarabangsa melihat ia satu langkah yang akan mengundang kepada perang saudara di negara tersebut.

Mengulas perkara ini, GeoStrategis Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof.Dr. Azmi Hassan berkata, apabila tentera campur tangan ia tidak akan berakhir begitu sahaja dan dalam konteks Mesir, perang saudara boleh tercetus di negara itu antara puak Islam dan sekular.

Walaupun tentera mengatakan ia bukan rampasan kuasa tetapi hakikatnya apa yang mereka lakukan itulah rampasan kuasa. Saya percaya tentera tidak akan mampu mengawal keadaan dan perang saudara akan meletus di Mesir," katanya dihubungi.

Jika kita melihat kepada perkembangan yang berlaku di Mesir ketika ini adalah jelas perang saudara seolah-olah sudah berada di ambang pintu. Penyokong-penyokong Mursi khususnya daripada kelompok Ikhwanul Muslimin mula turun ke jalanan membantah apa yang berlaku kepada beliau sehingga tercetusnya pertempuran dengan pihak tentera.

Tindakan Ikhwanul Muslimin dan penyokong Mursi daripada aliran Islam ini bukanlah satu perkara yang mengejutkan. Ia memandangkan ketika demonstrasi demi demonstrasi dilakukan oleh penentang Mursi beberapa bulan selepas beliau menduduki kerusi Presiden, penyokong-penyokong parti Islam memberi amaran bahawa mereka rela mati mempertahankan Mursi jika beliau disingkirkan secara tidak demokratik.

Tetapi ternyata amaran itu tidak menggentarkan pihak tentera yang sebelum ini cuba dikurangkan kuasanya oleh Mursi apabila menjadi Presiden. Atas alasan memenuhi tuntutan rakyat, tentera menjadikannya senjata bagi menyingkirkan Mursi.

Sebenarnya, biar pun Mursi cuba mengawal tentera tetapi beliau gagal sebab itulah tentera berjaya melakukan rampasan kuasa dan apa yang menimbulkan persoalan berapa lama pemerintah sementara akan berkuasa. Ia memandangkan tentera tidak memberi tempoh bila pilihan raya akan diadakan," kata Dr.Azmi.

Walaupun ketika ini Ketua Hakim Mesir, Adly Mansour dilantik sebagai Presiden sementara namun beliau boleh dianggap tidak mempunyai apa-apa kuasa kerana yang sebenarnya berkuasa adalah tentera.

Sememangnya apa yang berlaku di Mesir harus menjadikan pengajaran betapa tindakan melakukan demonstrasi untuk menjatuhkan kerajaan bukanlah satu tindakan yang bijak sebaliknya ia akan menjadi satu proses yang boleh menghancurkan negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa Mursi menduduki kerusi Presiden melalui pilihan raya yang diadakan di negara itu apabila beliau menewaskan Ahmed Shafiq, Perdana Menteri dalam pemerintahan Hosni Mubarak dengan memperolehi 52 peratus undi. Tetapi segala-galanya bermula melalui demonstrasi dan protes rakyat yang menjatuhkan kepimpinan Hosni Mubarak.

Platform

Kini demonstrasi juga dijadikan platform untuk menjatuhkan Mursi dan keadaan itu memberikan kesempatan terbaik kepada pihak tentera merampas kuasa. Bagaimanapun semua itu tidak akan menguntungkan Mesir, sebaliknya hanya akan menyebabkan negara itu terus berada dalam keadaan huru-hara dalam tempoh yang panjang.

Seperti mana dijanjikan oleh pihak tentera, rakyat Mesir akan diberi peluang untuk memilih kerajaan baru, namun ia bukanlah satu jaminan bahawa pemerintah seterusnya tidak akan dijatuhkan lagi melalui rampasan tentera yang berpunca daripada demonstrasi jalanan.

Bagi rakyat Mesir, biar pun sebahagian mereka menyokong kejatuhan Mursi namun sebahagian pula merasakan negara itu kini di ambang perang saudara. Ia memandangkan kelompok Ikhwanul Muslimin yang merupakan penyokong kuat Mursi tidak akan duduk diam. Bagi mereka, tindakan tentera melakukan rampasan kuasa dengan menyingkirkan Mursi yang dipilih oleh rakyat melalui proses demokrasi adalah satu pengkhianatan.

Seorang pemimpin kanan Ikhwanul Muslimin, Mohamed Badie ketika berucap di hadapan ribuan penyokong Mursi menyeru, gerakan Islam bersatu untuk membebaskan Mursi dan menamatkan pemerintahan tentera.

Ikhwanul Muslimin bersama anda dan anda perlu bersama Ikhwanul Muslimin. Anda cukup mengenali kami, berjuta-juta antara kami akan terus berada di jalan raya dan dataran awam untuk melindungi Mursi. Kita akan memikul beliau di atas bahu kita, tegas Mohamad Badie.

Seorang lagi penyokong kuat Mursi daripada Ikhwanul Muslimin, Manal Shoiub yang berucap di sebuah masjid di Kaherah menegaskan, Jika Jeneral El-Sissi mahu menghapuskan kami, kita tidak akan lari. Kami akan hadapi peluru dengan tubuh kami. Biar Panglima Angkatan Tentera menghormati Presidennya.

Amaran itu menjadi kenyataan apabila penyokong Ikhwanul Muslimin bertempur dengan tentera yang menyaksikan berpuluh-puluh orang terbunuh. Tindak balas yang dilakukan oleh Ikhwanul Muslimin itu bukanlah satu perkara yang mengejutkan memandangkan selama 80 tahun pertubuhan itu bergerak di belakang tabir bagi meraih kuasa di Mesir dan sekarang apabila pemimpin yang mereka sokong disingkirkan tidak sampai setahun memerintah, maka ia sudah tentulah mewujudkan perasaan tidak puas hati yang cukup mendalam.

Sebab itulah kebimbangan bahawa akan tercetus perang saudara di Mesir bukanlah tidak berasas apatah lagi dengan tindakan tentera yang melakukan rampasan kuasa. Pejuang-pejuang Islam yang turun ke jalanan selepas kejatuhan Mursi sudah bersumpah akan berjuang sehingga titisan darah terakhir sebagai membalas dendam terhadap tindakan tentera itu.

Kemarahan membuak-buak itu didorong dengan pegangan bahawa Mursi menduduki jawatan Presiden melalui cara demokrasi, oleh itu hanya jalan demokrasi sahaja boleh menjatuhkan beliau. Walaupun sebahagian besar rakyat Mesir memahami bahawa Mursi mengambil alih memerintah negara itu dalam keadaan ekonomi yang merudum dan sudah tentulah memerlukan masa untuk memulihkannya namun mereka tidak dapat bersabar.

Keadaan itu telah mengundang reaksi ulama terkemuka dunia, Yusuf Al-Qaradawi yang mempersoalkan tindakan rakyat Mesir dengan berkata, Bagaimana kita boleh bersabar dengan Mubarak selama 30 tahun tapi tidak boleh bersabar dengan Mursi selama setahun".

Kesudahannya, bergeraklah tangan-tangan ghaib termasuk dari luar negara untuk memastikan Mursi tersingkir dari kerusi Presiden.

Kini Mesir di ambang perang saudara, sesungguhnya rakyat Mesirlah yang bertanggungjawab menjemput petaka berkenaan sehingga memungkinkan bumi negara itu bersimbah darah.Inilah bahananya apabila mereka tidak memahami erti sebenar demokrasi.

Beri peluang rakyat menilai

Posted: 06 Jul 2013 10:33 AM PDT

AHMAD Shabery Cheek menunjukkan siaran sidang Dewan Rakyat yang boleh diikuti secara langsung melalui iPad.

DATUK SERI AHMAD SHABERY CHEEK bukanlah orang asing dalam Kementerian Penerangan. Beliau pernah menduduki jawatan Menteri Penerangan pada Mac 2008 hingga 2009 sebelum dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Kini Ahmad Shabery bagaikan sireh pulang ke gagang apabila diberi tanggungjawab di kementerian yang sama biar pun nama berubah iaitu Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Salah satu perubahan yang mengejutkan banyak pihak dilakukan oleh beliau ketika menjadi Menteri Penerangan dahulu ialah menyiarkan siaran langsung sesi Dewan Rakyat selama 30 minit.

Apabila kembali semula ke kementerian tersebut, Ahmad Shabery menambah masa siaran langsung sesi Dewan Rakyat melalui saluran TV1 kepada satu jam 30 minit dan juga memperkenalkan siaran langsung melalui Internet sehingga persidangan berakhir bermula 1 Julai lalu.

Dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, NORLIZA ABD. RAHMAN dan NIZAM YATIM serta jurugambar HANAFI KHAMIS di pejabatnya di Putrajaya, Rabu lalu, Ahmad Shabery yang juga Ahli Parlimen Kemaman menjelaskan, rasional di sebalik tindakan itu. Beliau juga mengupas usaha bagi mengikis tanggapan bahawa RTM sekadar menyiarkan wajah

pemimpin-pemimpin kerajaan sahaja.

MINGGUAN: Apakah tujuan menambah masa siaran televisyen dan menyiarkan sesi Dewan Rakyat menerusi Internet?

AHMAD SHABERY: Ia bagi memenuhi kehendak orang ramai yang selama ini mahu ada ketelusan dari segi perbincangan di Parlimen. Ini bukan sahaja dari segi hendak melihat apa yang dibahaskan, dasar atau isu yang ditimbulkan, tetapi `drama yang berlaku dalam Parlimen. Tidak dinafikan dari semasa ke semasa `drama ini boleh tercetus, pada bila-bila masa dan `drama ini adalah realiti, bukan berdasarkan skrip yang diatur.

Oleh itu sesuai dengan perkembangan penyiaran moden, orang ramai akan mendapat maklumat terkini tentang apa yang berlaku. Terkini itu maksudnya real-time (masa nyata). Apa yang berlaku sekarang, keluar sekarang. Sebab itu media sosial menjadi pilihan baharu kerana ia cepat mengeluarkan maklumat.

Sekarang ini, bila RTM memperkenalkan siaran langsung, ia merupakan satu permulaan besar kepada kita dan bagi saya, satu pemodenan dalam RTM itu sendiri.

Pemodenan bukan sekadar dari segi kelengkapan penyiaran, studio dan transmisi digital, saluran dengan gambar berkualiti tinggi (HD), sistem suara yang lebih baik dan terang yang menggunakan sistem Dolby dan bunyi sekeliling, malah yang paling penting ialah kandungannya. Sebagai media yang boleh menyampaikan maklumat, kandungan RTM itu mestilah bersifat masa nyata dan paling terkini.

Bagi saya, salah satu daripada tumpuan rakyat sekarang ialah apa yang berlaku dalam Parlimen dan kita membantu mereka dengan menyalurkan secara langsung tanpa suntingan. Kalau masa itu mereka baling selipar atau kasut, kita tengoklah. Apa yang kita laksanakan ini juga bagi memenuhi permintaan yang mahukan RTM mesti bersikap lebih adil. Jika sebelum ini timbul isu orang kata RTM hanya digunakan untuk menyiarkan wajah pemimpin-pemimpin kerajaan sahaja, sekarang tidak lagi.

Ini kerana kalau dalam waktu siaran langsung itu ahli Parlimen pembangkang yang banyak bertanya soalan, maka mereka akan dapat publisiti. Kadang-kadang mungkin dia dapat lebih banyak daripada pemimpin kerajaan kerana kita tidak lagi tentukan berapa minit untuk kerajaan dan berapa minit untuk pembangkang. Jadi segala yang dibangkitkan sebelum ini sudah tidak menjadi isu sama sekali lagi sekarang dan masa akan datang.

Bagaimanapun, sehingga sekarang apabila diumumkan pembaharuan ini, saya tidak mendengar sepatah pun pujian daripada pembangkang, tetapi saya buat ini bukan kerana pembangkang.

Kenapa tidak diadakan saluran khas televisyen untuk sidang Parlimen?

AHMAD SHABERY: Kita menyiarkan melalui Internet kerana terdapat kekangan memandangkang kita hanya ada dua saluran televisyen. Untuk menambah lagi satu lagi saluran, ia melibatkan kos yang sangat tinggi kerana kita perlu ada spektrum atau frekuensi baharu. Sekarang ini, kita terpaksa berhati-hati ketika mengagihkan frekuensi kerana ia juga digunakan untuk jalur lebar 3G dan 4G, telefon bimbit, radio dan kegunaan polis, tentera serta bomba. Kita juga perlu memasang pemancar baharu dan kosnya mungkin antara RM200 juta hingga RM300 juta. Kos siaran melalui Internet pula tidaklah terlalu tinggi.

Sebab lain kerana televisyen kita kini menggunakan sistem analog. Sistem ini sudah tidak dipakai lagi oleh banyak pihak dan akan digantikan dengan sistem digital yang lebih ekonomik. Oleh itu buat apa kita mahu tambah saluran transmisi analog ketika orang lain sudah hendak tutup sistem itu. Apatah lagi hendak cari alat ganti pun sudah tidak ada lagi sebab dunia sudah semua berhijrah kepada digital.

Dalam Facebook saya, ada orang kecam kerana tidak mahu mengadakan satu saluran baharu. Saya jelaskan bahawa saluran baharu sudah tidak praktikal, sebab tambahan saluran berdasarkan kepada pemancar analog sudah tidak dipakai orang.

Bagi saya, sekiranya masih ada orang yang ingin mengikuti perkembangan dalam Parlimen mereka boleh melayari di mana-mana sahaja melalui Internet. Kualiti gambarnya lebih baik kerana kita menggunakan kamera berkualiti dan berdefinisi tinggi.

Bila bermulanya pembaharuan siaran ini?

AHMAD SHABERY: Bermula pada 1 Julai selepas saya mendapat persetujuan daripada Kabinet. Ssebelum itu apabila saya menyemak rating pada hari pertama angkat sumpah, lebih daripada 1.8 juta orang menonton siaran langsung di televisyen.

Sebab itu saya minta persetujuan daripada Kabinet supaya waktu soal jawab keseluruhan iaitu satu jam setengah disiarkan secara langsung melalui televisyen dan selebihnya waktu perbahasan disiarkan melalui siaran Internet.

Ramai yang terkejut kerana orang yang pertama mendapat siaran secara langsung waktu perbahasan yang boleh ditonton serata dunia melalui Internet ialah Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun, siaran melalui Internet ini ada kekangannya kerana jalur lebar yang kita ada hanya boleh menampung 30,000 orang dalam satu masa. Tetapi dalam masa yang sama kita sudah berbincang supaya digunakan platform tambahan. Platform rasminya adalah di bawah RTM mobile (m.rtm.gov.my) tetapi pada hari ini saya sudah mendapat platform baharu di bawah 1Malaysia TV.

Kalau tengok RTM mobile , ia sebenarnya sudah ada lima saluran iaitu TV1, TV2, TVi, Muzik Aktif dan RTM Parlimen. Semuanya boleh diikuti melalui komputer, tablet atau telefon pintar asalkan mempunyai sambungan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) atau jalur lebar 3G.

Ada cadangan untuk memperkembangkan saluran RTM Parlimen?

AHMAD SHABERY: Ya, insya-Allah kita akan kembangkan, bukan sahaja untuk perbahasan dalam Dewan Rakyat sahaja tetapi juga di Dewan Negara.

Ia juga akan melibatkan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan politik, misalnya Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut. Saya akan minta kebenaran daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kalau boleh kita nak letakkan kamera waktu mengira undi, supaya orang boleh mendapat keputusan lebih cepat melalui RTM Parlimen atau siaran televisyen secara langsung. Saya juga boleh berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri misalnya kalau mereka hendak menggunakan platform ini bagi menyiarkan sidang DUN.

Macam mana boleh mendapat idea siaran langsung ini?

AHMAD SHABERY: Ini bukan perkara baharu kerana siaran langsung Dewan Rakyat melalui RTM selama setengah jam telah saya perkenalkan semasa saya menjadi Menteri Penerangan (pada 2008).

Waktu itu kawan-kawan saya mempersoalkan kerana hari pertama, waktu siaran ini dibuat , pembangkang telah menyalahgunakan kebebasan setengah jam itu dengan membangkitkan perkara-perkara yang tidak relevan. Mereka seperti orang kemaruk pada waktu itu kerana kali pertama mendapat siaran langsung.

Saya ingat lagi Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang hanya membangkitkan perkara-perkara yang berkaitan soal aturan mesyuarat dan isu remeh temeh semasa sesi menjawab soalan yang pertama, sampai habis waktu setengah jam itu, sehinggakan orang mencemuh dengan menyatakan gelagat ahli Parlimen memalukan.

Selepas setahun menjadi Menteri Penerangan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang menggantikan saya telah menyatakan bahawa saluran berkenaan perlu diuruskan kembali, tetap setengah jam tetapi perlu ada rawatan.

Sekarang, saya ingin memberi kesempatan sekali lagi kepada ahli Parlimen tanpa mengira kerajaan ataupun pembangkang. Satu peluang yang seluas-luasnya untuk mereka menggunakan saluran ini bagi membantu pembangunan negara.

Datuk Seri tidak bimbang pihak pembangkang menyalahgunakan kemudahan ini sekali lagi?

AHMAD SHABERY: Saya berpendapat akhirnya rakyat akan mampu menilai. Rakyat dapat melihat apa yang disampaikan oleh pihak kerajaan dan pembangkang serta bagaimana sikap ahli Parlimen apabila menjawab sesuatu isu yang ditimbulkan.

Dalam politik, orang kata yang paling susah ialah untuk menjawab. Kalau dia tak buat, dia kena menjawab. Kalau dia ada menyalahgunakan kuasa, dia kena jawab. Kalau dia bercakap bohong pun akhirnya orang akan tanya dan dia kena jawab.

Jadi isu yang paling penting dalam sistem berpolitik kita ialah bertanggungjawab. Nama pun tanggungjawab, maknanya boleh atau tidak dia menjawab apa yang ditimbulkan dalam institusi paling penting sekali iaitu Parlimen.

Misalnya Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng membangkitkan soal Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) didakwa mempunyai akaun yang banyak termasuk dalam bank di Israel dan Singapura sampai berpuluh-puluh juta ringgit, ia menjadi tanggungjawab Ketua Pembangkang untuk menjawab, jangan kata bahawa kerajaan sahaja yang bertanggungjawab untuk menjawab.

Anwar juga kena menjawab segala apa yang dibangkitkan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla bahawa dia mendapat bantuan daripada pihak luar termasuk Amerika Syarikat (AS), Filipina dan Turki. Kalau dia tak menjawab, rakyat sepatutnya boleh menilai. Jadi keterbukaan kita boleh menjadi perkara baik dan buruk kepada kedua-dua belah pihak. Saya pernah dengar bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, blog celaka. Sebab dia sendiri tak tahan dengan kritikan terhadapnya.

Kenapakah kita tidak menyekat siaran melalui Internet seperti di China?

AHMAD SHABERY:

Jika sekatan dibuat, kita akan menangguhkan manfaat yang mungkin dapat diterima daripada teknologi maklumat. Misalnya, menerusi pemasaran melalui Internet berapa ramai orang yang dulunya berpendapatan RM400 sebulan kini memperolehi RM20,000 atau RM40,000 sebulan. Ini bermakna kita tidak boleh menyekat kemajuan.

Kita tahu ada yang menyalahgunakan teknologi ini. Dulu kita syaratkan siapa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) perlu berdaftar bagi memudahkan kita membuat pengesanan. Tetapi orang telah beralih kepada BlackBerry Messenger. Apabila ia juga perlu didaftarkan orang beralih kepada aplikasi lain yang lebih baharu.

Ini bermakna menghalang orang berkomunikasi melalui media sosial ini macam menghalang orang pergi ke kedai kopi. Kerana orang suka berbual, hari-hari kita berucap, ini benda yang tak boleh kita nak sekat. Apa guna kita bina infrastruktur seperti jalur lebar dan talian telefon yang kerajaan sendiri membantu membangunkan, kalau kita menghalang penggunaan aplikasi terbabit.

Cara terbaik mendidik rakyat untuk menggunakan aplikasi terbabit dengan bijak dan tahu menilai baik dan buruk.

Apakah ketelusan yang akan ditunjukkan RTM ketika Pilihan Raya Kecil Kuala Besut?

AHMAD SHABERY: Saya akan berbincang dengan SPR supaya dibenarkan kamera televisyen berada dalam bilik pengiraan dan bilik mengundi bagi membolehkan orang ramai melihat apa sebenarnya berlaku secara telus dan dalam masa nyata. Rakyat juga boleh tengok kertas undi dikira satu persatu.

Mungkin zaman dulu, selalunya RTM kalau BN menang baru keluarkan cerita itu. Kalau kalah gulung wayar dan simpan kamera, tetapi akhirnya orang tahu juga kalau RTM balik awal, itu maknanya BN kalah.

Jadi sekarang kita letak kamera, biar rakyat sama-sama menunggu keputusan dengan duduk depan televisyen atau melayari Internet. Orang kena belajar menerima keputusan, termasuk orang kerajaan juga. Kalau BN menang, menanglah. Kalau kalah, kalahlah. Hidup mesti diteruskan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Dunia baharu Manifesto

Posted: 06 Jul 2013 05:35 AM PDT

NAMA Manifesto mungkin baharu dalam dunia muzik tempatan tetapi tidak bagi ahli-ahli kumpulan itu.

Mereka yang terdiri daripada Tomok, Johan, Fami, Sapik, Kirk dan Ainol telah lama berkecimpung dalam dunia muzik.

Jika Tomok terkenal menerusi kumpulan New Boyz, Johan, Fami, Sapik, Kirk dan Ainol tidak kurang hebatnya apabila dikenali melalui kumpulan Modread.

Mereka hanya disatukan di bawah satu kumpulan baru-baru ini dan terus meletup setelah menjuarai pertandingan muzik anjuran stesen televisyen tempatan.

Menurut Johan, walaupun berbeza aliran muzik, ia bukan penghalang kepada mereka untuk mencari keserasian dalam menghasilkan muzik serta persembahan mantap.

Katanya, jurang yang ada sentiasa dikurangkan melalui persefahaman dan toleransi.

Begitu banyak halangan terpaksa kami tempuhi untuk berdiri seperti hari ini," katanya kepada .com.

Menerusi penghasilan single sulung mereka yang bertajuk Manifesto, Tomok selaku vokalis kumpulan ini nyata tampil berbeza.

Dengan popularitinya yang semakin hangat sejak kebelakangan ini, pastinya membuka peluang buat peminat muzik tempatan menghilangkan tanggapan skeptikal apabila mendengar nama Tomok.

Walaupun dia lebih dikenali sebagai penyanyi lagu cinta

yang mendayu-dayu, kemunculannya bersama Manifesto jauh beza.

Pendek kata, Tomok dan Manifesto bakal menggegarkan peminat muzik tempatan dengan kredibiliti yang tersendiri.

Selepas memenangi pertandingan muzik baru-baru ini, langkah pertama Manifesto adalah menghasilkan single terbaharu.

Setakat ini, sudah 60 peratus siap dirakamkan dan jika tiada aral melintang, mungkin akan dikeluarkan selepas Aidilfitri ini," kata Tomok.

Tambahnya lagi, gelaran sebagai juara menyebabkan peminat meletakkan harapan yang sangat tinggi.

Kami akan lakukan yang terbaik dan tidak mungkin kami akan menghancurkan kepercayaan serta amanah yang telah diberikan peminat kepada kami," ujarnya.

Walaupun baru memiliki sebuah single, Manifesto yakin bergerak ke hadapan menerusi perancangan jangka panjang demi meneruskan kelangsungan mereka dalam industri seni.

Bagi peminat yang ingin mengenali mereka dengan lebih dekat, silalah layari laman https:// www.facebook.

com/Manifestoversus untuk mengikuti perkembangan semasa mereka. - SYAHRIL

jaguh veteran

Posted: 06 Jul 2013 05:35 AM PDT

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar FAUZI BAHARUDIN

USIA 65 tahun tidak menghalang DJ Dave untuk kekal tangkas bermain badminton.

SEMAKIN dimakan usia, pastinya ramai di antara kita lebih gemar memilih untuk menghabiskan masa dengan berehat dan melakukan aktiviti-aktiviti ringan. Namun terdapat segelintir di antara kita yang menjadi aktif apabila semakin berusia.

Perkara ini sebenarnya sesuatu yang positif apatah lagi kesihatan kita lebih mudah terganggu sekiranya kita hanya duduk berdiam diri dan tidak melakukan aktiviti-aktiviti riadah bagi mengekalkan kecergasan fizikal.

Itulah perkara yang dilakukan oleh penyanyi veteran, Datuk DJ Dave bagi memastikan tahap kecergasannya tidak pernah luntur tatkala dirinya menghampiri usia 65 tahun.

Jelas Dave, dia memang memilih untuk mengamalkan gaya hidup yang aktif dengan melakukan aktiviti-aktiviti riadah, antaranya berjoging tetapi yang paling diminatinya, adalah sukan badminton.

Sebenarnya sewaktu saya muda dahulu, saya lebih gemar bermain bola sepak, kerana selain ia sukan paling popular di Malaysia, kita juga dapat meluangkan masa bersama rakan-rakan.

Tetapi lama-kelamaan apabila semakin dikejar usia dan masing-masing sudah terikat dengan kehidupan sendiri, saya mula aktif dalam sukan badminton.

Selain daripada itu, antara sebab utama yang membuatkan saya memilih badminton adalah kerana saya pernah mengalami insiden patah tulang hidung sebanyak dua kali sewaktu bermain bola sepak," katanya yang mula aktif dengan sukan badminton pada usia 45 tahun.

Jelas Dave lagi, kebiasaannya dia akan mengunjungi gelanggang badminton kira-kira dua minggu sekali tetapi jika mempunyai kelapangan, dia akan ke sana tiga atau empat kali seminggu.

Menurutnya, adalah penting bagi dirinya kekal aktif kerana sungguhpun sudah semakin berusia, karier seninya masih tetap diteruskan memandangkan rasa cinta yang mendalam terhadap bidang nyanyian.

Melalui aktiviti seperti ini, saya dapat memastikan stamina diri sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Ini kerana saya masih aktif sebagai penyanyi," katanya yang baru sahaja memenangi pingat perak dalam kategori perseorangan dan beregu di 42nd World Morning Cup Badminton Championship 2013 yang diadakan di Taipei, Taiwan, pada penghujung Mei lalu.

Tambah Dave lagi, dia mahu terus kekal aktif kerana selain dapat mengekalkan stamina, ia juga dapat membantunya menjaga disiplin diri selain memastikan tugas sehariannya berjalan dengan lancar.

Apabila aktif, kita akan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling, bukan sahaja tubuh kita cergas, tetapi minda juga kekal cerdas.

Pastinya apabila kita mempunyai fizikal yang baik, kita akan mempunyai aura tenaga yang positif dalam mengharungi dugaan dan cabaran hidup seharian," tambah Dave lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Inspirasi remaja

Posted: 05 Jul 2013 11:04 AM PDT

USIA remaja sering dianggap sebagai honeymoon kerana pada usia ini golongan itu bebas melakukan apa sahaja tanpa memikirkan komitmen lain yang perlu dilaksanakan.

Namun bagi segelintir remaja berwawasan, usia muda ini digunakan untuk melaksanakan sebuah misi yang bukan sahaja menjadi kepuasan diri tetapi kebanggaan negara.

Tidak kira dalam juga bidang, impian dan usaha yang berterusan mampu memberikan mereka satu tahap yang lebih tinggi berbanding remaja lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya baru-baru ini pernah meminta agar generasi muda Malaysia mencabar diri sendiri dan keluar dari zon selesa dengan melakukan perkara yang boleh membanggakan diri serta negara.

Pada usia sebeginilah remaja perlu lebih berani dalam menghadapi cabaran yang semakin getir apatah lagi dengan keadaan dunia tanpa sempadan.

Ruangan Fokus minggu ini menampilkan beberapa remaja luar biasa kerana mampu melakukan perkara yang tidak difikirkan oleh remaja seusia mereka.

Mari ikuti kisah dan pengalaman berharga mereka. Semoga ia dapat menjadi sumber inspirasi kepada remaja lain menjadi insan lain dari insan biasa. - AMIRUL

Bikers sila berhati-hati!

Posted: 05 Jul 2013 11:04 AM PDT

PENUNGGANG motosikal perlu mengutamakan keselamatan bagi mengelak sebarang musibah di jalan raya. - GAMBAR HIASAN

BIASANYA berita mengenai kemalangan jalan raya banyak disiarkan di dada akhbar menjelang sambutan hari raya. Namun sejak kebelakangan ini kisah tragis tersebut dapat dilihat menghiasi dada akhbar tempatan dan luar negara hampir setiap hari.

Pada 2 Julai lalu, saya ada membaca berita yang disiarkan di muka hadapan akhbar Utusan Malaysia bertajuk 2 penunggang maut, 3 cedera.

Maklumlah saya juga merupakan salah seorang penunggang motosikal aktif sejak 2005, bezanya motosikal yang saya gunakan tidaklah selaju dan semahal motosikal yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Dalam berita itu mengatakan yang nahas berlaku ketika kumpulan konvoi melibatkan 16 buah motosikal berkuasa tinggi bertembung dengan sebuah lori tangki yang hilang kawalan dan menyebabkan kenderaan itu terbabas serta melintang di lebuh raya.

Lebih memilukan, dalam kemalangan ngeri itu empat buah motosikal daripada konvoi itu gagal mengelak lalu merempuh lori tangki berkenaan menyebabkan salah sebuah daripadanya terbakar dan sebuah lagi terputus dua.

Berkongsi pengalaman dengan pembaca mengenai kemampuan dan kebolehan menunggang yang ada pada diri masing-masing, memang semua boleh menunggang, namun bukan semua boleh ambil lap di selekoh tajam seperti Valentino Rossi.

Oleh itu, lihat kemampuan kamu terlebih dahulu sebelum membeli sesebuah motosikal berkuasa tinggi. Seperti nasihat orang terdahulu, ukur baju di badan sendiri.

Kalau badan kamu bersaiz sederhana, carilah motosikal yang bersesuaian dengan kemampuan agar mudah untuk mengimbangi berat dan saiz ketinggian motosikal tersebut.

Bukannya ambil kira kemampuan poket kamu. Ini kerana tak kiralah apa jenis motosikal yang kamu tunggang sama ada semahal Harley Davidson atau Ducati atau semurah Honda sekalipun, kesemua itu masih tidak menjanjikan keselamatan di jalan raya.

Kejadian kemalangan boleh berlaku dengan pantas tanpa mengambil kira apa jenis motosikal yang kamu tunggang sama ada mahal atau murah.

Biarpun motosikal itu dilengkapi sistem brek yang canggih sekalipun, jika lalai di jalan raya, pasti maut padahnya.

Oleh itu, saya menasihatkan setiap penunggang motosikal yang sedang berkonvoi mahupun yang menunggang secara solo, berhati-hati di jalan raya.

Bukan sekadar ingat orang tersayang, namun ingatlah juga bahawa nyawa yang dikandung badan tiada gantinya.

INSAN PRIHATIN,Kuala Lumpur.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Pinjaman rumah: NGO minta kaji semula

Posted: 06 Jul 2013 10:33 AM PDT

Oleh SOFIAN BAHAROM
sofian.baharom@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Julai - Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan tempoh pinjaman peribadi maksimum dihadkan selama 10 tahun dilihat mampu mengekang hutang isi rumah ketika ini berada pada paras 83 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Bagaimanapun, beberapa persatuan pengguna melihat langkah BNM menetapkan tempoh pembelian rumah dihadkan selama 35 tahun perlu dikaji semula.

Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur (PKP), Samsudin Mohamad Fauzi (gambar) berkata, sebuah mekanisme lain perlu diwujudkan badan tersebut memandangkan harga hartanah di negara ini kian meningkat.

"Kita menyokong langkah BNM berhubung tempoh pinjaman peribadi ingin melihat tempoh tersebut disingkatkan lagi selain menghalang peminjam melakukan pinjaman kedua ketika pinjaman pertama belum dilangsaikan.

"Tetapi tempoh pembelian rumah perlu dikaji kerana tempoh 45 tahun sebelum ini sudah relevan berbanding 35 tahun, ramai daripada pembeli terdiri daripada golongan pertengahan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz semalam berkata, selain memendekkan had tempoh pinjaman peribadi dan pembelian aset, larangan turut dikenakan bagi menawarkan produk pembiayaan peribadi yang diluluskan terlebih dahulu.

Sebelum ini, had tempoh pinjaman peribadi ialah 25 tahun manakala pinjaman pembelian rumah ialah 45 tahun.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, BNM perlu melihat realiti bahawa sebahagian besar rakyat memerlukan masa untuk melangsaikan bayaran mereka.

Jelasnya, melalui tempoh pinjaman yang panjang, barulah orang ramai dapat mengimbangi kemampuan mereka terutama dalam mendepani kos hidup yang tinggi pada masa ini.

"Sekiranya BNM melihat langkah ini sebagai satu pendekatan proaktif, kita menyokongnya tetapi sekira ia memberi langkah kepada orang ramai, ada baiknya penetapan ini dikaji semula," katanya.

PPj anjur Festival Ramadan Putrajaya

Posted: 06 Jul 2013 10:33 AM PDT

PUTRAJAYA 6 Julai - Perbadanan Putrajaya (PPj) buat julung kalinya akan menganjurkan Festival Ramadan Putrajaya bermula 10 Julai hingga 7 Ogos ini melibatkan kawasan Kiblat Walk, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Kompleks PPj di Presint 3 di sini.

Presiden PPj, Tan Sri Aseh Che Mat (gambar) berkata, penganjuran festival menggabungkan aktiviti keagamaan, perniagaan, pameran dan juga hiburan bercirikan Islam tersebut merupakan konsep yang direncanakan pihaknya bagi mengimarah serta memeriahkan suasana Ramadan di Putrajaya.

Menurut beliau, penganjuran festival itu juga bertujuan menyediakan lokasi alternatif kepada penduduk untuk membeli juadah berbuka puasa dan persiapan Hari Raya Aidilfitri.

"Setiap hari PPj akan mengedarkan kurma dan air zam zam secara percuma, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pula akan diadakan majlis berbuka puasa dan moreh juga secara percuma kepada 1,500 pengunjung setiap hari selain solat tarawih yang akan dipimpin oleh imam terkenal Mesir iaitu Samy Ahmed Abd. Rahman El-Feky.

"Bagi menghayati Ramadan sebagai bulan memperbanyakkan ibadah, PPj juga merancang mengadakan program-program seperti tadarus al-Quran, qiamullail dan juga tazkirah oleh ustaz dan ustazah popular seperti Haslin Baharim, Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood, Rohidzir Rais dan Fatimah Syarha," katanya ketika ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Kembalikan kelestarian alam

Posted: 05 Jul 2013 11:04 AM PDT

Oleh SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup.com.my

Rais Yatim (lima dari kanan) bergambar kenangan dengan barisan kepemimpinan atasan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) selepas Majlis Sambutan sempena memulakan tugas rasmi di Gombak, Selangor, semalam. - utusan/ZAKARIA IDRIS

GOMBAK 5 Julai - Isu pencemaran alam sekitar menjadi agenda utama kepada Presiden baharu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Dr. Rais Yatim dalam usaha memulihara alam sekitar dan menyelamatkan kampus berkenaan daripada terus dicemari.

Selain menyatakan rasa bertanggungjawab, beliau turut berjanji memberi komitmen untuk menyelamat dan mengembalikan semula kelestarian alam sekitar universiti berkenaan.

Perkara itu disampaikan kepada Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Prof. Madya Dr. Baharuddin Aziz selepas Majlis sambutan Dr. Rais yang memulakan tugas rasmi di UIAM Gombak di sini, hari ini.

Menurut Dr.Baharudin, rasa kesal turut disuarakan Rais selepas dibawa melawat dan melihat sendiri keadaan anak sungai dan kolam-kolam tadahan di sekitar kampus akibat kerja-kerja penerokaan.

"Beliau (Rais) berjanji akan mempertahankan alam sekitar UIAM yang menjadi lambang budaya ilmu yang diiktiraf dunia.

"Lebih-lebih lagi bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan ini juga merupakan Penasihat kerajaan bertaraf menteri berkaitan sosio budaya untuk negara berkuatkuasa sejak 1 Julai lalu,

"Secara tidak langsung UIAM menjadi contoh dalam memperkatakan soal sosio budaya namun semua itu tidak akan memberikan makna jika masalah ini gagal diselesaikan,"katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Dr. Baharudin, tindakan proaktif akan diambil Dr. Rais a dalam menangani masalah itu termasuk bekerjasama dengan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan kawasan seluas melebihi 20.2 hektar berhampiran kampus induk UIAM di Gombak tercemar berikutan kerja-kerja penerokaan tanah.

Sementara itu kata Dr. Baharuddin, seluruh warga UIAM melahirkan rasa gembira kerana hari ini kawasan di kampus UIAM sudah menunjukkan tanda-tanda pemulihan selepas kerja-kerja penerokaan di Kampung Sungai Pusu dan berhampiran kampus itu dihentikan pihak pemaju.

"Sejak kerja-kerja penerokaan itu dihentikan hampir sebulan lalu, ia telah mengembalikan semula sedikit demi sedikit habitat semula jadi termasuk ikan yang sebelum ini 'hilang' semasa kerja-kerja penerokaan dilakukan,"katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Harga ayam RM8.20 sekilogram

Posted: 05 Jul 2013 11:04 AM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

Ismail Aziz terpaksa menjual ayam pada harga RM8.20 selepas pembekal menaikkan harga sejak tiga hari lalu ketika ditemui di Pasar Awam Maharani, Muar, Johor, semalam.

MUAR 5 Julai - Kenaikan harga ayam di daerah ini sejak sebulan lalu terus membebankan orang ramai terutamanya umat Islam yang akan menyambut bulan Ramadan beberapa hari lagi.

Tinjauan Utusan Malaysia ke Pasar Awam Maharani mendapati, ayam siap diproses dijual pada harga RM8.20 sekilogram manakala di kawasan kampung daging ayam siap diproses dijual dengan harga lebih mahal iaitu RM8.70 sekilogram.

Kenaikan itu membimbangkan pembeli kerana harga ayam dinaikkan lebih empat kali bermula awal bulan lalu berbanding harga asal RM6 sekilogram.

Seorang suri rumah, Salmah Hamid, 48, dari Parit Jawa melahirkan kerisauan harga ayam akan terus dinaikkan selepas ini berikutan permintaan tinggi pada bulan Ramadan.

Ibu kepada empat anak itu berkata: "Tidak diketahui apa punca utama harga ayam naik, kami harap kenaikan ini bukan dilakukan peniaga yang mahu keuntungan lebih. Harga ayam mula naik semasa musim cuti sekolah awal bulan lalu."

Menurutnya, permintaan tinggi semasa majlis perkahwinan sepanjang cuti sekolah mungkin punca harga ayam dinaikkan oleh penjual dan dia berharap perkara ini segera dipantau oleh pihak berkaitan.

Seorang lagi suri rumah, Fatimah Abdullah, 51, dari Parit Bakar mengakui terkejut apabila mengetahui berlaku perbezaan harga ayam yang dijual peniaga mengikut lokasi.

"Saya selalu beli ayam di pasar dalam bandar dan tahu perkara ini (perbezaan harga ayam) daripada rakan-rakan yang beli ayam di tempat lain. Kenaikan harga ayam kali ini amat ketara berbanding 10 sen atau 20 sen sahaja sebelum ini," katanya.

Bagi peniaga pula mereka mempunyai alasan sendiri, contohnya Ismail Aziz yang menaikkan harga dari RM7.80 sekilogram kepada RM8.20 sekilogram empat hari lalu apabila menerima bekalan ayam daripada pembekal dengan harga tinggi.

Dia tidak dapat memastikan berapa lama harga baharu itu akan bertahan memandangkan harga ayam ketika ini tidak konsisten.

"Lazimnya setiap bulan Ramadan harga ayam akan turun tetapi tidak dapat dijangkakan pada tahun ini yang disambut minggu depan.

"Namun, pembeli tidak perlu risau kerana pada perayaan Aidilfitri akan datang, ayam akan menjadi barangan kawalan dan harganya turun menjadi RM7.50 sekilogram," katanya.

Seorang lagi peniaga, Rosnah Hassan bimbang jika harga ayam daripada pembekal akan terus meningkat sehingga menjelang perayaan Aidilfitri pada Ogos depan dan keadaan itu sudah tentu memberikan kesan kepada pelanggannya.

"Saya jual ayam proses bersih pada harga RM8.70 sekilogram sejak empat hari lalu dengan tiga kali kenaikan, bermula cuti sekolah bulan lalu kerana terpaksa membayar harga RM6 sekilogram daripada pembekal berbanding RM5.70 sekilogram sebelum ini," katanya.

Menurutnya, kenaikan itu boleh menjejaskan peniaga di kawasan kampung sepertinya dan merupakan antara paling tinggi sejak menjalankan perniagaan tersebut 25 tahun lalu.

Pada masa yang sama, harga ayam kampung turut mengalami kenaikan iaitu RM13 sekilogram berbanding RM12.50 sekilogram sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Cawangan Muar, Mohd. Basha Abidin Ali berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu bagi memastikan kebajikan pengguna terpelihara.

Generasi kedua Felda perlu bersyukur

Posted: 05 Jul 2013 11:04 AM PDT

Mohd. Azahar Ibrahim

LABIS 5 Julai - Generasi kedua Felda digesa menilai kembali dan mensyukuri segala usaha yang telah dilakukan kerajaan bagi membela nasib warga peneroka termasuk menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Mohd. Azahar Ibrahim berkata, golongan muda harus bijak menilai dan membuat perbandingan nasib mereka dengan rakyat di beberapa negara lain yang terpaksa mengangkat senjata untuk mempertahankan hak mereka.

Sukar untuk kita mencari mana-mana kerajaan di dunia ini yang begitu mengambil berat dan berusaha membela nasib rakyatnya seperti kerajaan negara ini. Kita sepatutnya bersyukur dan berusaha mengekalkan apa yang kita miliki sebaik mungkin.

Terpulanglah kepada kita bagaimana untuk membalas jasa kerajaan yang sentiasa berusaha memberi bukan sahaja keselesaan malah keselamatan serta peluang memajukan diri," katanya selepas menyampaikan borang permohonan tapak rumah generasi kedua Felda Tenang di sini semalam.

Beliau turut menasihatkan pemohon agar menjaga serta tidak menjual tanah tersebut sekiranya permohonan mereka diluluskan demi masa depan dan sebagai tanda terima kasih kepada kerajaan.

Seramai 33 orang terdiri daripada generasi kedua Felda Tenang yang layak untuk memohon dan seterusnya dikurniakan tanah tapak kediaman selepas menjalani proses temuduga menerima borang permohonan di Majlis Daerah Labis semalam.

Seorang penerima, Norhayati Tajuddin, 27, bersyukur kerana terpilih ditemuduga dan berharap hasratnya untuk memiliki tapak kediaman sendiri di Felda Tenang akan menjadi kenyataan.

Dia yang tinggal bersama keluarga berhasrat untuk memohon rumah mesra rakyat sekiranya permohonan untuk memiliki tapak rumah generasi kedua Felda Tenang diluluskan nanti.

Sementara itu, Zaharah Jantan, 48, pula menyifatkan ini adalah peluang terbaik untuk memiliki tapak rumah sendiri dan berharap permohonannya diluluskan segera.

Saya akui agak sukar untuk memiliki tapak kediaman sekarang memandangkan harga tanah yang tinggi dan peluang yang disediakan oleh kerajaan ini cukup membantu kami generasi kedua Felda," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Busana kain tenunan pua kumbu

Posted: 05 Jul 2013 11:04 AM PDT

SESUAI untuk remaja yang bergaya ranggi.

JIKA berkunjung ke Sarawak, tidak lengkap rasanya jika tidak membawa pulang kain tenunan popular Bumi Kenyalang iaitu pua kumbu.

Kain yang berasal daripada budaya kaum Iban itu kebiasaannya dibeli untuk dijadikan hiasan dinding, alas meja atau pun beg dan ia sangat popular untuk dijadikan cenderahati kepada rakan.

Kini pelbagai rekaan lain telah dihasilkan menggunakan kain tradisional tersebut termasuk pakaian.

Trend minggu ini memaparkan rekaan pakaian daripada kain pua kumbu ciptaan pereka muda berbakat, Asat Nawin dan Augtine Das dari M.O Couture.

Rekaan unik dan cantik itu membolehkan kain tradisional tersebut digayakan ke majlis-majlis tertentu.

Bagi koleksi ini, mereka ingin mengekalkan rekaan asli pua kumbu dengan menampilkan elemen warna merah, hitam dan putih yang menjadi trademark corak tersebut.

Walaupun ia telah dimodenkan dengan rekaan busana seperti gaun dan sebagainya, namun elemen tradisional dalam rekaan pua kumbu tetap dikekalkan pada busana tersebut.

Pua kumbu adalah sejenis kain tenun yang dihasilkan secara tradisional dengan menggunakan tangan. Bagi tujuan komersial, kain tersebut telah ditenun menggunakan mesin.

Tenunan menggunakan tangan akan menghasilkan kain yang lebih tebal dan berat berbanding tenunan mesin yang lebih ringan dan nipis yang sesuai digunakan untuk rekaan pakaian.

Walaupun tampil dalam bentuk moden, ia tampak indah dengan corak-corak asli pada setiap rekaan yang ditampilkan oleh M.O Couture.

Bukan itu sahaja, rekaan baju daripada kain itu dilihat begitu indah dengan corak-corak kaum Iban yang membawa ceritanya sendiri dalam setiap rekaan.

Gaun labuh untuk menghadiri majlis makan malam, blaus santai dan juga kemeja antara busana yang dihasilkan oleh M.0 Couture.

Penggunaan kemeja dan blaus yang lebih santai amat bersesuaian jika dipadankan dengan seluar jean untuk tampak lebih ranggi oleh remaja ketika bersantai.

Untuk koleksi akan datang, M.O Couture menampilkan warna-warna lain untuk rekaan terkini. Bagaimanapun, corak pua kumbu dikekalkan sebagai bahan asas rekaan mereka. - AMIRUL

Menghalang penuaan pra matang

Posted: 05 Jul 2013 11:04 AM PDT

PENUAAN pra matang biasanya berpunca daripada pendedahan kepada matahari. Pendedahan kepada sinaran lembayung ungu (UV) matahari yang berpanjangan tanpa perlindungan boleh merosakkan kulit.

Jeragat, bintik-bintik gelap, kulit kasar, garis-garis penuaan, kulit kurang anjal, warna kulit tidak sekata, tompok-tompok merah dan kanser kulit adalah antara kesan akibat pendedahan kepada cahaya matahari.

Photoaging adalah terma yang digunakan oleh dermatologi untuk menerangkan penuaan yang berlaku akibat pendedahan kepada UV matahari.

Gejala ini berlaku dalam tempoh beberapa tahun.

Pendedahan kepada UV matahari yang berterusan akan menyebabkan kulit hilang keupayaan pemulihan.

Kajian saintifik menunjukkan bahawa pendedahan berulang kepada sinar UV akan merosakkan kolagen dan melemahkan sintesis kolagen baru.

Matahari turut menyerang elastin yang menyebabkan kulit hilang keanjalan. Kulit juga lebih cepat berkedut dan kasar akibat pendedahan kepada UV matahari.

Penuaan pra matang boleh dielak dengan melindungi kulit melalui penggunaan produk tabir matahari (sunblock) setiap hari.

Sunplay, jenama pelindung UV memperkenalkan dua produk terbaru, Skin Aqua UV Silky Smooth Milk SPF 50 PA+++ dan Skin Aqua UV Whitening Moisture Milk SPF 50 PA+++ yang memberikan pengguna perlindungan UV 3-dalam-1 (anti-UV, anti-penuaan dan anti-kekeringan) untuk memastikan kulit kekal muda, halus dan berseri.

Rangkaian pelindung UV Sunplay Skin Aqua ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif kerana ia bebas daripada pewangi, pewarna dan minyak mineral. Ia mempunyai rumusan kalis air dan sesuai digunakan sebagai asas mekap.

Skin Aqua UV Silky Smooth Milk SPF 50 PA+++ ini mempunyai tekstur amat ringan dan halus. Ia juga diformulasi dengan bedak penyerap minyak yang menjadikan kulit kelihatan segar dan bebas kilauan.

Manakala Skin Aqua UV Whitening Moisture Milk SPF 50 PA+++ dihasilkan dengan bahan pencerahan semula jadi untuk kulit lebih cerah dan tona kulit yang lebih sekata. Kedua-duanya boleh didapati di semua farmasi utama dan pasar raya besar pada harga RM35.90 setiap satu.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved