Selasa, 10 Disember 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Malaysia raih dua lagi pingat emas melalui ekuestrian

Posted: 10 Dec 2013 06:14 PM PST

NAY PYI TAW 11 Dis. - Pasukan ekuestrian negara meraih dua pingat emas di Sukan SEA Myanmar 2013 dalam acara endurance individu melalui Mohd. Sulaiman Muda, dan berpasukan awal pagi ini.

Kejayaan itu meletakkan Malaysia kini meraih lima pingat emas secara keseluruhan dalam temasya itu. - UTUSAN

Kim Swee geram

Posted: 10 Dec 2013 10:27 AM PST

Rozaimi (depan) meraikan gol pertama negara menentang Brunei di Stadium Zayar Thiri, Nay Pyi Taw, semalam.

NAY PYI TAW - Jurulatih Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee boleh disifatkan sebagai individu paling tidak gembira selepas melihat skuad kendaliannya sekadar menang 2-0 ke atas Brunei pada perlawanan pertama Kumpulan A Sukan SEA Myanmar.

Perkara yang paling membuatkan Kim Swee berasa geram adalah melihatkan ketumpulan penyudah anak-anak buahnya yang bagaikan gementar setiap kali berada di hadapan pintu gol.

Bagaimanapun, beliau mengakui masih boleh menarik nafas lega kerana tiga mata berjaya digenggam pada perlawanan pertama sekali gus memastikan kempen negara pada acara bola sepak masih berjalan dengan lancar.

''Terus-terang saya memang tidak gembira dengan persembahan kita, walaupun berjaya mencipta banyak peluang namun gagal menyempurnakannya.

''Kegagalan kita memanfaatkan peluang secara tidak langsung memberikan keyakinan kepada lawan untuk melancarkan serangan.

''Kita perlu memperbaiki kelemahan kita pada perlawanan akan datang terutama di bahagian sayap dan serangan.

''Bukan sekadar Izzaq Faris (Ramlan), tetapi beberapa pemain lain seperti Thamil Arasu, Rozaimi dan Irfan Fazail juga gagal menyudahkan peluang," katanya pada sidang akhbar selepas perlawanan, semalam.

Tambah Kim Swee, Brunei juga beraksi sebagai satu pasukan yang bagus, malahan beberapa serangan balas yang mereka lakukan hampir memerangkap pasukannya.

''Semasa mereka bertahan dan berpeluang melakukan serangan balas, mereka memang sebuah pasukan yang nampak berbahaya.

''Mujur kita mampu bertahan dengan baik di samping lawan gagal menyempurnakan peluang yang ada," katanya.

Sementara itu, jurulatih Brunei, Kwon Oh Soon, mengakui sedikit terkejut melihat cara permainan pasukan Malaysia.

''Setahu saya Malaysia adalah sebuah pasukan yang bagus dan pernah menyaksikan cara anda bermain.

''Cuma pada hari ini saya nampak persembahan mereka tidak begitu menjadi dan kesempatan itu diambil oleh para pemain saya," katanya.

Jangkaan awal untuk Malaysia menang dengan jaringan besar ternyata meleset apabila hanya dua gol mampu dicipta melalui Mohd. Rozaimi Abd. Rahman, pada minit ke-30 dan Ashri Chucu pada minit ke-70. - Utusan

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Nuri hantar bekalan makanan

Posted: 10 Dec 2013 10:27 AM PST

Oleh M.RIZAL NOR
utusanktn@gmail.com

SEBAHAGIAN daripada penduduk memunggah bekalan makanan yang dihantar menggunakan helikopter Nuri TUDM di Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut, Pahang, kelmarin.

JERANTUT 10 Dis. - Sebanyak 29 tan bekalan makanan telah dihantar ke beberapa kampung yang terjejas dengan banjir di kawasan Ulu Tembeling dengan menggunakan helikopter Nuri SK61 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, penduduk di Kampung Bantal, Kampung Pagi, Kampung Gusai, Kampung Kuala Sat, Kuala Tahan dan Kampung Mat Daling kini boleh menarik nafas lega kerana bekalan makanan sudah sampai di sana.

"Kita terpaksa menggunakan khidmat helikopter Nuri milik TUDM untuk menghantar bekalan makanan kerana kawasan pedalaman tersebut telah terputus hubungan sejak beberapa hari lalu.

"Saya harap bekalan ini mencukupi dan kita akan menghantar stok tambahan sekiranya banjir berterusan," katanya kepada pemberita ketika menyertai misi menghantar bekalan makanan sebanyak 1.3 tan ke Kampung Bantal dan Kuala Tahan dekat sini semalam.

Menurutnya, penduduk di kawasan Ulu Tembeling dan Kuala Tahan terputus hubungan apabila air Sungai Tembeling naik mendadak sehingga membahayakan mereka untuk keluar ke bandar.

"Laluan utama Jerantut ke Kuala Tahan pula ditutup kepada semua jenis kenderaan apabila air sungai Jerantut di Kampung Paya Garuk melimpahi jalan sehingga 2.5 meter jadi mereka tidak dapat keluar untuk mendapatkan bekalan," ujarnya.

Sementara itu, seorang penduduk di Kampung Bantal, Japrun Ali, 56, berkata, beliau amat bersyukur apabila bekalan makanan dihantar tepat pada masanya.

"Kami hanya mempunyai sedikit bekalan dan bantuan yang baru tiba ini membolehkan kami bertahan untuk beberapa hari lagi sementara menunggu banjir surut.

"Kami tidak dapat keluar kerana air terlalu deras dan amat bahaya kepada bot-bot penumpang, lagipun perjalanan ke Kuala Tahan mengambil masa kira-kira tiga jam," jelasnya.

Mangsa banjir terus dibantu

Posted: 10 Dec 2013 10:27 AM PST

ISMAIL Mohamed Said (dua dari kanan) dan Wan Salman Wan Ismail (kiri) menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Felda Jengka 14, Pahang, semalam. - utusan/SALEHUDIN MAT RASAD

KUALA KRAU 10 Dis. - Bantuan kerajaan kepada mangsa banjir termasuk bayaran RM500 membuktikan keprihatinan pemimpin negara bagi meringankan beban rakyat yang terlibat dengan bencana ini.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, bantuan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu amat melegakan mangsa banjir setelah banyak harta benda mereka rosak akibat bencana itu.

Katanya, pengecualian bayaran bil air di negeri ini dan penangguhan bayaran pinjaman di bawah kelolaan agensi kerajaan kepada mangsa banjir tanpa mengira fahaman politik satu lagi keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat.

''Bantuan-bantuan ini membuktikan kerajaan kita bersedia tanpa berlengah dalam mencari inisiatif bagi meringankan beban rakyat yang ditimpa musibah.

''Sehubungan itu, jika ada lagi bantuan yang diperlukan, mangsa banjir boleh tampil berbincang dengan agensi terlibat kerana dasar kita jelas untuk meringankan beban rakyat terlibat.

''Pada masa sama, mangsa banjir perlu banyak bersabar dengan musibah di samping mengutamakan keselamatan dan kesihatan ahli keluarga,'' katanya.

Ismail bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka, Datuk Wan Salman Wan Ismail ditemui selepas menyampaikan bantuan banjir kepada peneroka Felda Jengka 11, Jengka 14, Jengka 15 dan Jengka 16 di sini hari ini.

Bantuan tersebut meliputi barangan keperluan harian seperti beras, gula, minyak masak, kopi, susu, tepung dan lain-lain.

Sementara itu, Ismail yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau bersyukur kerana pelbagai pihak tampil membantu mangsa termasuk sukarelawan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sekali gus menunjukkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

Ketua Kampung Felda Jengka 15, Adnan Darus berkata, penerima bantuan berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada kedua-dua wakil rakyat atas bantuan yang diberikan.

''Walaupun ada penduduk yang yang terjejas banjir, namun kami tetap bersyukur kerana banyak pihak prihatin menghulurkan sumbangan sekali gus dapat meringankan beban penduduk terlibat,"

Jana sosioekonomi Pahang

Posted: 10 Dec 2013 10:27 AM PST

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
utusanktn@gmail.com

ADNAN Yaakob (kiri) melancarkan Trans-B yang dilaksanakan oleh UMP dan PKNP di Kampung Pagi, Jerantut, Pahang, baru-baru ini.

KUANTAN 10 Dis. - Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) membangunkan Modul Program Transformasi Belia (Trans-B) yang menampilkan program kemasyarakatan bagi memenuhi tanggungjawab sosial khususnya dalam melaksanakan agenda pembangunan sosioekonomi di negeri ini.

Pelancaran program itu dirasmikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob di Kampung Pagi, Mukim Ulu Tembeling, Jerantut dan dihadiri oleh Ketua Eksekutif PKNP, Datuk Alias Mohd. Noor, baru-baru ini.

Menurut pengarah program, Imaduddin Abidin, modul itu merupakan salah satu program untuk dijadikan platform bagi golongan belia berinteraksi dan berkongsi pengalaman daripada segi aspek pengurusan persatuan belia.

"Sebanyak enam modul kemahiran dirangka bagi melancarkan program tersebut antaranya kemahiran menulis kertas kerja, pengurusan aktiviti atau projek, pengurusan kewangan, mengendalikan mesyuarat, komunikasi dan berfikir," katanya dalam kenyataan di sini.

Imaduddin berkata, pihaknya menyasarkan sebanyak 40 pemimpin belia kampung dari 11 kampung yang dikenal pasti PKNP bagi menyertai program ini.

Menurutnya, antara kampung tersebut ialah Kampung Pagi di Jerantut, Kampung Sungai Temau (Lipis) dan Kampung Cherok Paloh di daerah ini.

Tambahnya, bagi kawasan Pekan pula, kampung yang menyertai program itu ialah Kampung Tanjung Agas, Kampung Pasir Panjang, Kampung Lubuk Paku, Kampung Ganchong Hulu, Kampung Ganchong Tengah, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Kiambang.

"Peserta akan memperoleh ilmu dan kemahiran organisasi serta mengaplikasikannya dalam persatuan belia di setiap kampung," ujarnya.

Selain itu, katanya, usaha itu akan membentuk barisan belia yang mempunyai nilai kepimpinan tinggi, berdaya maju, lebih produktif dan berdaya saing.

Beliau berharap program itu bakal menjadikan persatuan belia sebagai organisasi yang sentiasa relevan, signifikan dan menjadi peneraju terhadap kemajuan sesebuah kampung.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


24 suspek rusuhan dibicara

Posted: 10 Dec 2013 10:26 AM PST

Sebahagian suspek yang terlibat dalam rusuhan di Little India tiba di mahkamah di Singapura, semalam. - Agensi

SINGAPURA 10 Dis. - Sebanyak 24 daripada 27 pekerja asing dari Asia Selatan yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam rusuhan di republik ini kelmarin, didakwa di sebuah mahkamah di sini hari ini.

Polis Singapura dalam kenyataannya memaklumkan, kesemua suspek berusia antara 22 hingga 40 tahun berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan sebatan jika didapati bersalah atas tuduhan terlibat dalam rusuhan serta menggunakan senjata berbahaya.

Mahkamah mengarahkan kesemua suspek terbabit direman di pusat tahanan polis selama seminggu bagi siasatan lanjut.

Kementerian Luar Singapura turut bekerjasama dengan Pesuruhjaya Tinggi India di sini bagi memudahkan proses bantuan termasuk penyediaan khidmat peguam untuk membantu suspek yang terlibat.

Tiga lagi pekerja asing terbabit iaitu dua dari Bangladesh, seorang rakyat India dan seorang rakyat Malaysia dibebaskan selepas siasatan polis mendapati mereka tidak terlibat dalam rusuhan itu.

Dalam kejadian malam kelmarin, kira 400 pekerja dari Asia Selatan yang terlibat dalam rusuhan yang menyaksikan 39 anggota polis dan petugas keselamatan awam mengalami kecederaan dan 25 kenderaan, termasuk 16 kereta polis musnah selepas kumpulan perusuh itu bertindak ganas selepas kematian seorang rakyat India, Sakthivel Kumaravelu yang dilanggar sebuah bas.

Sementara itu, seramai lima anggota polis bantuan warga Malaysia yang memiliki status penduduk tetap di Singapura, cedera ringan semasa membantu polis Singapura menangani rusuhan yang berlaku di Little India itu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan menjelaskan, perkara itu telah dimaklumkan secara tidak rasmi oleh Polis Singapura kepada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.

"Lima rakyat Malaysia itu yang bekerja di tiga firma keselamatan utama diambil bertugas oleh kerajaan Singapura untuk membantu polis Singapura dalam operasi berkenaan," menurut kenyataan itu.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia akan menghulurkan bantuan yang perlu kepada rakyat Malaysia yang terjejas dengan insiden itu, dan akan diselaraskan bersama pihak berkuasa Singapura.

Insiden itu adalah urusan dalaman Singapura.

Wisma Putra sering mengingatkan rakyat Malaysia yang berkunjung, bekerja atau tinggal di luar negara supaya menghormati undang-undang negara tuan rumah, sama seperti Malaysia mengharapkan warga asing yang tinggal di negara ini supaya mematuhi undang-undang di sini, menurut kenyataan itu. - AFP/BERNAMA

Yingluck enggan letak jawatan

Posted: 10 Dec 2013 10:26 AM PST

Yingluck Shinawatra menjawab soalan pemberita semasa satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Bangkok, semalam. - REUTERS

BANGKOK 10 Dis. - Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra berkeras tidak akan meletak jawatan walaupun didesak penunjuk perasaan antikerajaan, sebaliknya beliau menggesa kumpulan itu agar melupakan 'revolusi rakyat' yang kononnya berjuang untuk menggulingkan kerajaan.

Yingluck menyatakan pendiriannya itu, sehari selepas beliau mengumumkan pembubaran Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum baru yang dijangka berlangsung pada Februari ini.

Katanya, barisan Kabinet ketika ini bertindak mengikut undang-undang dan akan berperanan sebagai kerajaan sementara sehingga pilihan raya baru diadakan.

"Saya menggesa penunjuk perasaan menghentikan bantahan dan menggunakan sistem pilihan raya untuk memilih kerajaan seterusnya," katanya penuh emosi selepas mengadakan mesyuarat Kabinet awal hari ini.

Yingluck, bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya tersebut atau tidak.

Perdana Menteri wanita pertama Thailand itu turut menyuarakan kemarahan terhadap tuntutan penunjuk perasaan yang mahu keluarganya diusir dari negara ini.

"Saya telah berundur sejauh yang boleh dan tolong beri keadilan yang sama kepada saya," katanya.

Sementara itu, kira-kira 140,000 penunjuk perasaan antikerajaan terus mengadakan bantahan sejak semalam bagi menggesa kerajaan sementara pimpinan Yingluck berundur.

Ketua penganjur bantahan, Suthep Thaugsuban berkata, beliau menolak pilihan raya seperti yang diumumkan Yingluck dan berikrar untuk menubuhkan kerajaan baharu yang akan menggantung sistem demokrasi di Thailand serta menggubal Perlembagaan baharu.

Tegasnya, bantahan akan terus diadakan sehingga Yingluck dan barisan kepemimpinannya meletak jawatan daripada kerajaan sementara. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pendakwaan bantah permohonan penangguhan rayuan kes liwat

Posted: 10 Dec 2013 10:26 AM PST

PUTRAJAYA 10 Dis. - Pihak pendakwaan dalam rayuan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes liwat melibatkan Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan mengemukakan bantahan di Mahkamah Rayuan esok terhadap sebarang permohonan pembelaan untuk menangguhkan rayuan tersebut.

Peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah memberitahu, beliau menerima surat pemberitahuan daripada firma guaman, Tetuan Karpal Singh & Co. yang memaklumkan bahawa pihak pembelaan memohon penangguhan terhadap rayuan itu.

Muhammad Shafee yang mengetuai pasukan pendakwaan berkata, surat itu menyertakan alasan bahawa peguam utama yang mengetuai pembelaan, Karpal Singh dimasukkan ke hospital bermula 7 hingga 12 Disember ini.

Beliau turut dimaklumkan berhubung permohonan baharu yang akan dikemukakan pihak pembelaan untuk menggugurkannya daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan tersebut.

"Pendakwaan akan membantah sebarang permohonan untuk menangguhkan rayuan,'' ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia petang ini bagi mengetahui perkembangan rayuan yang sepatutnya didengar selama dua hari bermula esok.

Muhammad Shafee menyatakan demikian berikutan laporan beberapa portal berita hari ini bahawa rayuan pendakwa raya esok akan ditangguhkan kerana Karpal kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana jangkitan paru-paru.

Laporan portal berita itu menyatakan, barisan peguam bela yang mewakili Anwar akan mengemukakan permohonan kedua bagi menggugurkan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan.

Bekas pengarah NFC akan dipanggil semula

Posted: 10 Dec 2013 10:26 AM PST

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Bekas Pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail akan dipanggil semula untuk disoal balas dalam kes ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail yang didakwa menipu Mohamad Salleh membabitkan RM1.75 juta, dua tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Rozilah Salleh menetapkan 20 Februari tahun depan untuk soal balas terhadap Mohamad Salleh selepas membenarkan permohonan peguam Kamarul Hisham Kamarudin yang mewakili Shamsubahrin untuk memanggil saksi itu mengikut Seksyen 162 Kanun Tatacara Jenayah.

Terdahulu, Kamarul Hisham memohon untuk menyoal balas saksi pendakwaan ke-42 itu berhubung penglibatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam lima pertuduhan pindaan terhadap anak guamnya itu.

Mahkamah pada 26 November lalu memerintahkan Shamsubahrin, 47, membela diri atas lima tuduhan menipu Mohamad Salleh melibatkan RM1.7 juta serta 17 pertuduhan pengubahan wang haram yang melibatkan jumlah sama.

Rozilah memutuskan demikian setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Shamsubahrin di akhir pendakwaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Agih hasil cari gali tanpa pertikaian

Posted: 10 Dec 2013 10:27 AM PST

Oleh Borhan Abu Samah

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tan Sri Shamsul Azhar Abbas (kiri) menandatangani persefahaman dengan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II Brunei, Pehin Datuk Lim Jock Seng di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan, Ahad lalu. - BERNAMA

MALAYSIA memang tidak boleh memilih jirannya kerana ia memang telah ditakdirkan secara geografi. Tetapi Malaysia beruntung kerana mempunyai negara-negara berjiran yang baik, dan lebih beruntung apabila mempunyai jiran seperti Brunei yang begitu akrab, hingga memboleh pelbagai isu rumit diselesaikan dengan mudah.

Media di Brunei pula tidak bersikap provokatif atau memperbesarkan isu remeh hingga boleh menjejaskan hubungan kedua-dua negara. Membaca akhbar Brunei ketika menikmati sarapan pagi tidak akan menyebabkan tekanan darah naik tiba-tiba. Begitu juga jika menonton televisyen tempatan pada lewat malam juga tidak akan menyebabkan kepala sakit sehingga sukar hendak tidur.

Begitu jugalah hubungan Malaysia-Brunei. Bayangkan hasil kerjasama Petronas dengan syarikat petroleum nasional Brunei, PetroleumBRUNEI tidak sampai seminggu lepas berjaya menemui satu kawasan simpanan minyak dan gas di sekitar perairan utara Sarawak, Brunei dan Sabah. Ia dapat diselesaikan dengan segera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan berita baik itu, menyifatkan ia sebagai sesuatu yang sangat menarik kerana kawasan yang terletak merentasi sempadan maritim Malaysia-Brunei itu diselesaikan dengan segera apabila kedua-dua negara bersetuju dengan pembahagian hasil cari gali tanpa sebarang pertikaian yang berlarutan.

Kepantasan penyelesaian isu berbangkit di antara Malaysia dan Brunei ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kedua-dua negara secara sosial, ekonomi dan hubungan dua hala, tetapi merupakan satu semangat yang harus dijadikan contoh oleh negara-negara lain.

Aktiviti cari gali di kawasan baharu itu sekali gus dapat meningkatkan pengeluaran minyak Malaysia yang tentunya memberikan pendapatan yang lumayan dan pada masa yang sama dapat memenuhi peningkatan keperluan gas di Brunei.

Bayangkan jika isu pembahagian hasil cari gali itu tidak dapat diselesaikan dan berlarutan bertahun-tahun lamanya. Kedua-dua buah negara akan mengalami kerugian kerana sumber asli yang ada tidak dapat dimanfaatkan untuk pembangunan negara.

Simbolik kepada hubungan akrab itu, Malaysia dan Brunei telah berjaya membina sebuah jambatan diberi nama Jambatan Persahabatan yang menghubungkan Limbang di Sarawak dan Temburong di Brunei. Kos pembinaan jambatan itu RM21.9 juta dikongsi secara saksama dan kerjasama sedemikian sukar dicapai tanpa hubungan yang akrab.

Jika selama ini penduduk kedua-dua buah negara terpaksa menunggu berjam-jam untuk menaiki feri, tetapi kini mereka boleh memandu terus dan pastinya ia menjimatkan masa serta meningkatkan aktiviti ekonomi di kawasan berkenaan.

Bahkan jika sebelum ini penduduk yang mahu melalui kawasan berkenaan perlu menempuhi empat check point dan terpaksa dicop lapan kali pasport, kini mekanisme sedang difikirkan untuk menyelesaikan masalah itu. Jambatan itu juga melengkapkan jaluran Lebuh Raya Pan Borneo.

Rundingan tahunan yang ke-17 berlangsung di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan dan disusuli pertemuan empat mata Najib dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah membuahkan hasil yang cukup luar biasa. Pertemuan yang singkat itu bukan sahaja menyelesaikan pelbagai masalah yang tertunggak, tetapi juga membuka pelbagai peluang baharu yang akan melonjakkan ekonomi kedua-dua buah negara.

Dalam semangat kerjasama dua hala lebih erat, pihak berkuasa relevan di kedua-dua negara digesa untuk memuktamadkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan bidang teknologi maklumat dan komunikasi, pertanian, perikanan dan percukaian.

Kedua-dua pemimpin melahirkan keyakinan untuk meneruskan langkah itu dan mengulangi komitmen mereka untuk memanfaatkan peluang yang ada untuk menjalin lebih banyak kerjasama di masa depan demi faedah kedua-dua negara.

Najib dan Sultan Hassanal Bolkiah menggalakkan pegawai dari kedua-dua negara untuk menerokai peluang ekonomi baharu yang berteraskan komersial, serta meningkatkan usaha menggalakkan penyertaan usahawan muda kedua-dua negara menerusi projek usahasama, penyelidikan, latihan dan kegiatan pembangunan kapasiti.

Kedua-dua pemimpin juga melahirkan rasa puas hati dengan kemajuan cemerlang dalam hubungan dua hala bidang pertahanan, menerusi pertukaran lawatan secara tetap, latihan, kursus dan latihan ketenteraan antara Angkatan Tentera Diraja Brunei dan Angkatan Tentera Malaysia.

Kerjasama institusi pengajian tinggi kedua-dua negara dipertingkat dengan lebih banyak penyelidikan dan pembangunan, latihan kepimpinan, pendidikan teknikal dan vokasional dan lawatan berkala.

Beberapa perjanjian ditandatangani dengan pihak berkuasa petroleum Brunei bagi meningkatkan lagi kerjasama saling menguntungkan kedua-dua pihak dalam industri minyak dan gas. PetroleumBRUNEI bersetuju membeli tiga peratus kepentingan dalam anak syarikatnya di Kanada - aset gas asli Progress Energy Canada Ltd yang dibeli Petronas dan kemudahan eksport yang dicadangkan Pacific NorthWest LNG Ltd. PetroleumBRUNEI juga bersetuju membeli tiga peratus pengeluaran Petronas sekurang-kurangnya selama 20 tahun.

Perjanjian lain yang dipersetujui ialah Perjanjian Dasar Induk (HOA) antara Petronas dan Sekretariat Unitasi Nasional Brunei Darussalam bagi memuktamadkan persetujuan unitasi untuk medan minyak Kinabalu West NAG Malaysia dan medan Maharajalela North Panel Brunei, yang akan membuka jalan ke arah menyelesaikan beberapa isu berkaitannya.

Kedua-dua pihak juga menandatangani satu lagi HOA bertujuan mewujudkan persetujuan bersyarat untuk membangunkan bersama medan minyak Gumusut/Kakap milik Malaysia dan medan minyak Geronggong/Jagus-East milik Brunei berdasarkan persetujuan bersyarat pengeluaran dan perkongsian kos sehingga satu perjanjian susulan dicapai mengenai status medan-medan berkenaan.

Syarikat minyak nasional Brunei itu meluluskan dua perjanjian berkongsi pengeluaran untuk dua medan, Blok N dan Blok Q Brunei, kepada Petronas Carigali Brunei Ltd dan Shell Deepwater Borneo Ltd, dengan kepentingan ekuiti seimbang saksama dalam pembahagian hasil cari gali.

Satu memorandum persefahaman juga ditandatangani antara Malaysia Marine and Heavy Engineering Sdn Bhd, sebuah unit anak syarikat Petronas, MISC Bhd, dengan PB Services Sdn Bhd, sebuah anak syarikat PetroleumBRUNEI, bagi menjalin usaha sama berkemungkinan 30:70 untuk menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan fabrikasi.

Tidak pernah berlaku pertemuan begitu singkat dapat menyelesaikan pelbagai isu besar yang tertunggak, bahkan membuka lembaran baharu untuk kerjasama yang lebih luas di antara kedua-dua negara. Jika semangat ini dihayati dan diamalkan oleh seluruh negara ASEAN, inisiatif Komuniti ASEAN akan dapat dicapaikan dengan jayanya sebagaimana yang dilaksanakan oleh Kesatuan Eropah.

Keazaman pelihara Islam, Melayu, perpaduan kaum

Posted: 10 Dec 2013 10:27 AM PST

Oleh AZMAN ANUAR
rencana@utusan.com.my

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersalaman dengan para jemaah solat Jumaat selepas berkenan merasmikan Masjid Kampung Raja Uda dan Majlis Bacaan Yassin, Tahlil dan Doa Selamat Sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor Ke-68 di Pelabuhan Klang pada 6 Disember lalu.

HARI ini Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah sempurna 12 tahun menaiki takhta sebagai Sultan dan hari ini juga diadakan sambutan Hari Keputeraan baginda yang ke-68.

Sultan Selangor adalah seorang insan yang peka dalam perkembangan semasa. Baginda selalu memberi idea yang bernas dalam mengatasi masalah-masalah kemanusiaan.

Dalam bidang agama pula baginda sering bertitah di masjid-masjid menasihatkan rakyat agar benar-benar mengikut ajaran Islam dengan penuh keyakinan.

Baginda adalah seorang Raja yang berjiwa rakyat dan menitikberatkan kemajuan rakyat dalam semua bidang termasuklah ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Gesaan Sultan Selangor agar kaum bukan Islam tidak merujuk kalimah Allah sebagai Tuhan adalah mesej yang jelas dan terang.

Bagi seorang Raja Melayu yang mempunyai hak mutlak ke atas agama Islam (menurut Perlembagaan Persekutuan dan Negeri) berpendirian tegas dalam hal ini. Baginda melihat keadaan kaum bukan Islam masih tegar untuk membincangkan isu kalimah Allah secara terbuka atau peribadi, tanpa mempeduli sensitiviti orang Melayu.

Islam digariskan dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai 'Agama Persekutuan Malaysia' dan perbuatan mencabar sensitiviti orang Melayu wajar dilihat sebagai menentang peruntukan Perlembagaan.

Pendirian baginda konsisten dan komitednya baginda dalam memelihara kesucian agama Islam.

Terbaharu, Sultan Selangor setelah berunding dengan Dewan Diraja Selangor yang bersidang pada 11 November 2013 telah membuat ketetapan tegas bahawa semua rakyat di negeri Selangor khasnya, tanpa mengira agama dan keturunan perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Baginda turut bertegas bahawa keputusan ini dibuat bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam dengan penganut agama lain serta mengelakkan pertelingkahan kaum yang boleh membawa kemudaratan kepada semua.

Sebagai Ketua Agama negeri, Sultan Sharafuddin juga menasihati umat Islam khususnya orang Melayu di Selangor supaya berwaspada dan menilai semula kedudukan mereka supaya tidak terpengaruh dengan hasutan dan dakyah oleh pemikiran bebas, liberalisme atau pluralisme yang boleh merosakkan akidah seseorang dan seterusnya boleh menjadi syirik terhadap Allah.

Baginda turut menyuarakan kekesalan mengenai tindakan segelintir individu yang menggunakan masjid sebagai pentas ceramah politik di negeri itu.

"Jangan berpolitik di masjid, kerana ia boleh mengakibatkan perpecahan orang Melayu kita. Kalau pergi masjid, buat cara kita di masjid, dan kalau nak bercakap politik, keluar dari kawasan masjid, cakaplah semahunya. Lepas itu balik semula ke masjid dan sembahyanglah," titah baginda.

Ketika merasmikan Masjid Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang pada 6 Disember 2013, baginda amat dukacita dengan kemunculan ekstremis agama yang sanggup membunuh dan melakukan kezaliman terhadap umat seagama dan penganut agama lain.

Ektremis-ekstremis ini timbul kerana adanya ajaran-ajaran sesat seperti Syiah, Al-Arqam, Kadiani, Tuhan Harun dan banyak lagi ajaran yang menyeleweng daripada fahaman Islam yang diamalkan di negara ini.

"Seperkara lagi yang sangat mendukacitakan beta adalah terdapat segelintir golongan bijak pandai dan cendekiawan Melayu yang tidak segan silu mencaci dan menghina serta menjatuhkan martabat bangsa Melayu dan agama Islam.

"Mereka ini dianggap seperti pepatah Melayu 'membuka pekung di dada' dan menunjukkan betapa mundurnya orang Melayu di zaman globalisasi ini.

"Beta berharap rakyat negeri Selangor sekalian janganlah terpengaruh dengan janji-janji manis pihak yang mahu menyesatkan umat Islam di negeri ini ke arah yang tidak diredai Allah SWT," titah baginda.

Sultan Selangor bertitah, golongan itu seharusnya memberi pendapat atau nasihat yang boleh membawa masyarakat Melayu ke arah perpaduan dan kemajuan, mematuhi undang-undang dan berbudi bahasa serta memelihara adat resam yang diamalkan sejak turun-temurun.

"Mereka yang bijak pandai ini juga sepatutnya memberi keyakinan kepada bangsa Melayu supaya jangan gentar dan sanggup berjuang untuk menaikkan imej dan martabat bangsa Melayu agar turut bersama-sama maju dalam abad ke-21 ini."

Keazaman yang ditunjukkan oleh Sultan Selangor ini kerana baginda telah mengangkat sumpah pada saat dilantik sebagai sultan. "Saya juga berjanji dengan Almarhum Ayahanda, sebelum beliau mangkat dan memberi wasiat kepada saya supaya memelihara Islam, Melayu, jaga perpaduan antara kaum di negeri ini serta jangan ketepikan bangsa Melayu.

"Itu amanah daripada Almarhum Ayahanda, dan saya berpegang kepada janji itu. Almarhum Ayahanda menangis dan bimbang semasa memberi wasiat tersebut kepada saya. Beliau tidak mahu saya jadi sultan yang berkhayal saja, main-main. Beliau mahu saya serius melakukan tugas, dan saya beritahu akan lakukan yang terbaik."

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Komitmen untuk OKU

Posted: 09 Dec 2013 10:11 PM PST

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

Rohani Abdul Karim (depan empat dari kiri) bergambar bersama para penerima Anugerah Khas Orang Kurang Upaya (OKU) sempena sambutan Hari OKU Peringkat Kebagsaaan 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, baru-baru ini.

Tahap aksesibiliti dalam pelbagai aspek keperluan yang disediakan kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) di negara ini semakin baik melalui sokongan kerajaan mahupun sektor swasta.

Malah pihak pemaju dan penyedia perkhidmatan kini dilihat semakin peka dengan keperluan golongan tersebut dalam setiap pembangunan yang dijalankan.

Ini diakui sendiri oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Sri Rohani Abdul Karim, yang melihat aksesibiliti kepada OKU bukan sahaja daripada aspek persekitaran dan kemudahan, malah melibatkan pengangkutan, pendidikan, pekerjaan, perumahan, perbankan dan sebagainy.

Rohani berkata, melalui jawatankuasa yang dibentuk dalam Majlis Kebangsaan Bagi OKU, kerajaan melalui kementeriannya akan sentiasa memantau pelaksanaan penambahbaikan terhadap keperluan semasa OKU supaya dapat menghapuskan halangan terhadap golongan tersebut.

"Saya berharap agar semua pihak berwajib memperbaiki serta meningkatkan tahap aksesibiliti kepada OKU khususnya kepada bangunan, kemudahan awam dan persekitaran agar semua pihak dapat menikmati pembangunan negara secara inklusif," katanya pada Majlis Sambutan Hari OKU Peringkat Kebangsaan 2013 di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Rohani, ia dibuktikan menerusi komitmen kerajaan dalam memastikan golongan OKU di negara ini dapat menjalani kehidupan dengan selesa adalah dengan menyediakan persekitaran yang bebas halangan dan kemudahan yang mesra OKU.

Sementara itu lebih 2,000 OKU dari seluruh negara 'berkampung' di UPM untuk bersama-sama menjayakan sambutan yang Bertemakan Hapuskan Halangan, Berikan Peluang: Ke Arah Kesaksamaan Dalam Masyarakat,

Pada majlis tersebut juga, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi pelaksanaan Projek Sistem Al-Quran Braille Elektronik kepada OKU masalah penglihatan mempelajari al-Quran.

Rohani turut menyampaikan anugerah kepada lapan orang pelajar cemerlang OKU kategori akademik, tiga Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam kategori Penghargaan Kemudahan

Reka Bentuk Sejagat dan Alam Bina serta tiga syarikat bagi kategori Penghargaan Majikan Prihatin.

Keprihatinan kerajaan terhadap golongan ini terbukti dengan pemberian peruntukansebanyak RM441juta di bawah Bajet 2014 bagi menyediakan pelbagai kemudahan danperkhidmatan kepada OKU.

Sehingga kini, seramai 464, 967 OKU telah berdaftar dengan JKM.

Turut hadir di majlis adalah Ketua Setiausaha KPWKM, Datuk Sri Noorul Ainur Mohd Nur, Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat, Datuk Norani Mohd Hashim dan Naib Cencelor UPM, Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Ramlan.

Intan hasilkan uniform sekolah

Posted: 09 Dec 2013 10:11 PM PST

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar AZLIZA HAILANI

Intan Zaweera Ali menunjukkan uniform sekolah yang siap untuk dipasarkan.

BOSAN dengan masalah yang sama setiap tahun apabila uniform sekolah anak-anaknya cepat koyak, Intan Zaweera Ali mengambil keputusan membuat dan menjahit sendiri pakaian tersebut menggunakan kemahiran yang dimiliki.

Namun, alang-alang menyiapkan uniform sekolah anak, pada fikiranya, tidak rugi jika diluaskan untuk jualan apatah lagi pasaran untuk pakaian tersebut sentiasa ada.

Sebagai seorang yang mahir dalam bidang jahitan dan mempunyai butik sendiri, iaitu Tasbeeh yang menjual pakaian siap dan menerima tempahan menjahit pakaian, tiada masalah baginya menjahit uniform sekolah dalam jumlah yang banyak.

"Semuanya bermula dengan pengalaman sendiri apabila uniform sekolah anak saya cepat sangat terkoyak terutama pada bahagian siku pada hal baru tiga bulan memakainya. Setiap tiga bulan sahaja, saya terpaksa membeli baharu sedangkan baju sekolah yang saya beli itu daripada jenama terkenal dan harganya pun bukan murah.

"Sekurang-kurangnya dalam setahun, tiga kali saya perlu menggantikan uniform yang koyak. Apabila dikira jumlahnya ratusan ringgit juga. Itu baru seorang, kalau tiga orang jumlahnya sudah tentu berganda.

"Keadaan ini sedikit sebanyak pasti menyukarkam bagi ibu bapa yang mempunyai ramai anak bersekolah. Itu belum lagi dengan baju sekolah agama, kasut, stokin dan tudung. Saya memang faham sangat dengan masalah yang dihadapi oleh para ibu," kata Intan yang ditemui di butiknya di Ampang, Selangor baru-baru ini.

Tambahnya lagi, harga uniform sekolah yang terdapat di pasaran sekarang rata-rata agak tinggi dan kurang mampu dibeli oleh sesetengah golongan.

Manakala uniform yang murah terpaksa pula berhadapan dengan masalah baju mudah nampak kusam dan buruk atau terkoyak walaupun baru dua atau tiga bulan dipakai.

Menurut ibu kepada tiga orang anak berumur 14 hingga tiga tahun itu lagi, projek membuat uniform sekolah, baharu dimulakan tahun ini setelah mendapat sokongan daripada suami dan kawan-kawan.

Buat permulaan, dia hanya hanya menghasilkan baju kurung untuk pelajar perempuan sekolah rendah dan menengah.

Intan memilih beberapa jenis fabrik yang berkualiti yang turut menjadi pilihan pengeluar-pengeluar uniform sekolah berjenama di negara ini. Sebagai contoh, fabrik kapas koshibo yang merupakan antara jenama fabrik kapas yang menjadi pilihan kerana keselesaan dan tahan lasak serta sesuai kanak-kanak.

Bagi baju kurung sekolah menengah pula, jelas Intan lagi, dia menggunakan fabrik kapas satin yang lembut kerana menyedari pelajar sekolah menengah sekarang sudah pandai memilih jenis fabrik yang cantik dan selesa walaupun sebagai pakaian sekolah.

Intan amat menjaga dan mementingkan kualiti jahitan dalam setiap helai baju sekolah yang dihasilkan.

Dia akan memeriksa sendiri setiap helai baju yang telah dijahit oleh pekerja yang seramai lima orang. Buat masa ini dia telah pun menyiapkan sebanyak 1,000 pasang baju sekolah.

Kata Intan, bagi sekolah rendah, dia membuat baju untuk pelajar dari darjah satu hingga darjah enam. Saiz yang disediakan paling kecil 22 dan paling besar 36, sementara saiz untuk pelajar sekolah menengah adalah antara S hingga 3XL (jika ada permintaan khusus).

"Harga untuk sepasang baju sekolah rendah ialah RM59 namun jika dibeli berasingan, harga sehelai baju ialah RM35 dan kain RM29. Manakala untuk baju sekolah menengah pula ialah RM38.90 sehelai dan kain RM32.90.

"Bagaimanapun saya memberikan harga istimewa sempena hujung tahun dan kepada mangsa-mangsa banjir, iaitu bagi tiga pasang baju sekolah sekolah rendah dan menengah hanya berharga RM120 sahaja.

"Saya merancang untuk menghantar sebanyak 200 pasang baju sekolah ke kampung saya di Felda Seberang Tayoh, Kemaman, Terengganu.

"Saya juga menerima banyak permintaan dari butik dan kedai-kedai baju sekitar Terengganu yang mahu menjual baju sekolah saya," kata Intan.

Ditanya adakah dia turut menyediakan tudung, kata Intan, buat masa ini belum lagi membuatnya secara pukal namun jika terdapat permintaan bersedia membuatnya mengikut ukuran yang dikehendaki.

Intan turut menerima tempahan daripada badan-badan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan wanita bagi membuat baju sekolah bagi tujuan kebajikan dan didermakan kapada rumah-rumah anak yatim.

Bagi tujuan sedemikian, dia cuma mengenakan harga kos sahaja. Ini juga sebagai salah satu daripada amal jariah beliau kepada anak-anak yatim.

Tambahnya, bagi pelanggan yang tinggal di sekitar Ampang, Setiawangsa dan Melawati, yang mahu membeli baju sekolah anak namun tidak berkesempatan datang ke butik, dia sanggup datang ke rumah pelanggan dengan membawa beberapa saiz baju.

Sementara bagi yang membeli melalui atas talian beliau, facebook.com/tasbeeh, dia akan membuat penghantaran secepat mungkin.

"Sambutan yang saya terima buat masa ini amat memuaskan. Terdapat juga pelanggan saya yang mahu menempah baju sekolah anak mengikut fabrik yang mereka inginkan. Mungkin mereka mahukan lebih keselesaan daripada segi fabrik dan potongan," jelasnya.

Menurut Intan yang akan terus membuat baju sekolah pada masa-masa hadapan dan mahu butiknya dikenali sebagai pemborong baju sekolah, dia mempunyai perancangan untuk membuat baju sekolah pelajar lelaki, baju sekolah swasta dan baju sekolah agama pada tahun hadapan jika terdapat permintaan daripada pihak-pihak tertentu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Syabas diminta selesai segera

Posted: 10 Dec 2013 10:27 AM PST

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Omar Awang menunjukkan salah satu lokasi bahu jalan yang tidak dikambus dengan baik oleh kontraktor di Jalan Permata Jaya di Kampung Ampang Campuran, Ampang, Selangor. Gambar kanan pula menunjukkan air keluar dari kawasan yang dikorek dan tidak diturap semula, berkemungkinan akibat paip bocor. - UTUSAN/JEFFRI IRAN

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Kerja-kerja mengorek tanah di bahu jalan yang didakwa membabitkan kerja penggantian paip air menimbulkan tanda tanya kepada penduduk sekitar kawasan Kampung Ampang Campuran dekat sini.

Penduduk mendakwa, kerja-kerja tersebut telah menyebabkan masalah gangguan bekalan air berlaku di sekitar kawasan berkenaan termasuk di Lorong Ikan Emas, Taman Permai Jaya, Taman Tasik Tambahan, Taman Faruza dan Kampung Tasik Permai.

Aktivis masyarakat, Datuk Omar Awang berkata, masalah tersebut telah berlarutan sejak enam bulan lalu dan mereka tidak diberikan sebarang notis mengenai gangguan bekalan air.

"Kami telah beberapa kali membuat aduan kepada pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) berhubung masalah tersebut. Mereka mengatakan berlaku paip pecah di kawasan ini.

"Mereka (Syabas) memberi jaminan akan menyiasat perkara tersebut. Namun, hingga kini gangguan bekalan air masih berulang dan berlaku tidak tentu masa," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Omar, kerja-kerja tersebut juga telah menyebabkan permukaan jalan menjadi rosak dan berlubang selain kerja-kerja tidak disiapkan mengikut jadual.

"Saya masih tidak tahu apa kerja yang mereka buat. Sebanyak 2,000 liter air tangki di rumah saya telah habis digunakan.

"Paip-paip yang bergulung dibiarkan begitu sahaja dan tiada tindakan penyelesaian dibuat sehingga kini," jelasnya.

Seorang penduduk yang ditemui, Zuraidah Isa, 49, jelas kecewa kerana gangguan bekalan air yang kerap melanda kawasan perumahan mereka di Lorong Ikan Emas.

"Minggu lalu tiada bekalan air secara tiba-tiba. Sekejap ada sekejap tak ada. Nasib baik ada air tangki, kami juga tidak diberikan sebarang notis berhubung gangguan tersebut. Kejadian itu benar-benar mengganggu rutin kami sekeluarga," jelasnya.

Seorang lagi penduduk, yang hanya mahu dikenali sebagai May, 50, pula berkata, masalah tersebut menjejaskan aktiviti harian mereka kerana beberapa kali gangguan bekalan air melanda kawasan perumahan itu.

"Nak mencuci pakaian pun susah sebab tiada bekalan air. Kadang-kadang tekanan air amat rendah. Kami juga hairan kenapa masih berlaku hingga sekarang," dia merungut.

Sehubungan itu, mereka mahu pihak Syabas memberikan penjelasan dan menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata pihaknya akan menyiasat mengenai masalah itu sebelum memberi maklum balas dalam masa terdekat.

Menjaja bawah satu bumbung

Posted: 10 Dec 2013 10:27 AM PST

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
kota@utusangroup.com.my

Mohd. Jaafar Mohd. Atan (tiga dari kiri) mendengar penerangan dari kakitangan UFSM sambil diperhatikan oleh Matt Wilke (dua dari kiri) pada Program Chefmanship Academy di Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor, semalam.

SHAH ALAM 10 Dis. - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menempatkan penjaja-penjaja di bandar raya ini di bawah satu bumbung bagi meningkatkan mutu kebersihan penyediaan makanan.

Datuk Bandar, Datuk Mohd. Jaafar Mohd. Atan berkata, konsep berniaga di bawah satu bumbung yang popular dalam kalangan peniaga kaum Cina bukan sahaja menguntungkan pemilik premis malah memberi manfaat dari segi kualiti masakan.

"Kebiasaannya peniaga berketurunan Tionghua akan membuka pelbagai gerai di restoran miliknya.

"Pemilik restoran tersebut hanya akan menjual minuman sahaja dan akan mendapat keuntungan daripada gerai-gerai yang disewakan. Konsep berkenaan akan kami laksanakan juga di Shah Alam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Chefmanship Academy bersama Unilever Food Solutions Malaysia (UFSM) di Wisma MBSA di sini hari ini.

Yang hadir sama ialah Pengurus Besar UFSM, Matt Wilke dan Timbalan Datuk Bandar, Mohtar Hani.

Mohd. Jaafar berkata, cadangan pembelian bangunan bagi menempatkan penjaja-penjaja berkenaan akan dibentangkan kepada ahli-ahli MBSA bagi mendapatkan kelulusan.

"Jika pembelian bangunan bagi tujuan penempatan penjaja tersebut diluluskan kemungkinan besar (konsep itu) akan mula beroperasi paling awal pada pertengahan 2014," katanya.

Sementara itu, mengenai program Chefmanship Academy, Wilke berkata, UFSM akan terus bekerjasama dengan MBSA untuk mempromosikan amalan kebersihan dalam penyediaan makanan.

"Saya gembira kerana kerjasama antara UFSM dan MBSA dapat diteruskan selepas pelancaran program Chefmanship Academy Julai lalu. Kerjasama tersebut mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk memastikan peniaga makanan hanya menyediakan makanan yang bersih dan lazat untuk dihidangkan kepada orang ramai," katanya.

Ibu tunggal gembira dapat menginap di PPR

Posted: 10 Dec 2013 10:27 AM PST

P. Gunaseelan (duduk tiga dari kanan) beramah mesra dengan salah seorang daripada 22 penerima surat tawaran menduduki rumah PPR dalam majlis di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Tiada yang lebih bermakna untuk menyambut tahun baharu 2014 bagi seorang ibu tunggal ini apabila akhirnya rumah yang menjadi idaman berjaya dimiliki.

Walaupun hanya sebuah unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), namun jauh lebih baik daripada terpaksa menyewa sebuah bilik bersama dua yang lain di sebuah flat usang di Brickfields.

Saraspathy Nadeesan 45, ibu tunggal kepada lima orang anak berkata, setelah hampir dua tahun menyewa sebuah bilik yang sempit bersama tiga orang anak, beliau begitu gembira kerana akhirnya akan berpindah ke rumahnya sendiri di PPR Bukit Jalil.

"Seorang anak saya telah berkahwin, sudah tidak tinggal bersama saya manakala seorang lagi sedang mengikuti pengajian kedoktoran di Indonesia. Kami tidak sabar untuk berpindah ke rumah baharu," katanya.

Beliau berkata demikian pada Utusan Malaysia selepas menerima surat tawaran berpindah ke rumah PPR yang disampaikan oleh Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), P. Gunaseelan di DBKL di sini, baru-baru ini.

"Pemberian (surat tawaran) ini sangat bermakna buat ibu tunggal seperti saya. Setelah sekian lama menumpang di rumah saudara mara dan menyewa bilik, kini akhirnya mempunyai rumah saya sendiri.

"Lebih-lebih lagi apabila rumah flat yang saya sewa akan dirobohkan tidak lama lagi kerana telah berusia lebih dari 40 tahun menyebabkan saya agak panik kerana tidak tahu hendak bawa diri ke mana.

"Tetapi akhirnya setelah puas berulang alik ke pejabat MIC dan DBKL, akhirnya permohonan saya diterima untuk layak menerima sebuah rumah di PPR Bukit Jalil," katanya.

Saraspathy turut berharap agar terdapat kemudahan pengangkutan awam untuk beliau berulang alik ke tempat kerja, iaitu di Hotel Istana.

Saraspathy adalah antara 10 ibu tunggal dan 12 keluarga miskin yang menerima tawaran rumah PPR dari DBKL dengan kebanyakan mereka telah memohon lebih dari lima tahun untuk mendapat rumah tersebut.

Gunaseelan berkata, sehingga kini hanya terdapat 3,000 buah rumah PPR yang mampu ditawarkan oleh DBKL sedangkan terdapat lebih daripada 50,000 permohonan untuk mendiami rumah berkenaan.

"Maka pada hari ini memang terdapat satu keperluan yang sangat mendesak ke atas pihak kerajaan dan swasta bagi menyediakan lebih banyak rumah PPR dan rumah mampu milik untuk warga Kuala Lumpur.

"Bagi setiap kawasan di Kuala Lumpur yang ada potensi untuk didirikan projek perumahan, saya berharap agar keutamaan diberikan kepada pembinaan rumah kos rendah atau mampu milik demi memberikan keselesaan kepada rakyat terutama bagi golongan sederhana dan miskin," katanya.

Dalam pada itu beliau meminta agar pemohon-pemohon yang ingin mendapatkan rumah dari DBKL perlu mengemas kini permohonan mereka agar dapat diberi perhatian segera.

"Oleh kerana kejayaan permohonan berdasarkan sistem merit, pemohon perlu mengemas kini rekod mereka pada kadar segera bagi membolehkan merit itu dinaikkan.

"Jika dahulunya pemohon tidak mempunyai tanggungan atau tanggungannya semakin bertambah maka ini perlu diberitahu kepada DBKL supaya mereka yang benar-benar layak akan ditawarkan rumah-rumah bagi mengurangkan bebanan yang mereka tanggung dengan kadar sewa yang tetap, iaitu hanya RM124 sebulan atau RM4 sehari," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Elak banjir lebih buruk

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

Oleh MUHAMMAD ZIKRI
utusanjohor@utusan.com.my

HASNI Mohammad (kiri) bertanyakan sesuatu kepada mangsa banjir di Surau Tampok Laut, Benut, Pontian, kelmarin.

PONTIAN 9 Dis. - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu menilai semua benteng atau ban penahan ombak di daerah ini bagi memastikan keadaannya sentiasa berada pada tahap yang memuaskan dan mampu menahan ombak yang datang bersama air pasang besar.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad berkata, kejadian bentang atau ban pecah di Tampok Laut, di sini perlu dijadikan rujukan kerana beberapa kawasan di daerah ini terdedah kepada ancaman banjir.

"Benteng penahan ombak merupakan salah satu prasarana yang penting terutama di kawasan rendah. Oleh demikian, fungsi serta peranan perlu sentiasa diberikan perhatian oleh pihak berkenaan. JPS perlu audit dengan segera untuk pastikan ia di tahap terbaik.

"Langkah segera yang diambil oleh JPS bagi memperbaiki benteng yang pecah di Tampok Laut, sebagai contoh, telah berjaya mengelakkan kejadian banjir yang lebih buruk berlaku ke atas penduduk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pusat pemindahan banjir di Surau Kampung Tampok Laut serta menyampaikan sumbangan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengurus TNB Daerah Pontian, Hishamuddin Kamari; Penolong Pegawai Daerah Pontian, Anuar Jamil Malham; Penghulu Mukim Benut, Abd. Jabal Kiman dan Setiausaha UMNO Bahagian Pontian, Samat Tasrif.

Hasni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut turut memberikan sumbangan peribadi kepada mangsa banjir serta anak-anak mereka yang bersekolah.

TNB melalui memperuntukkan sebanyak RM6,000 dalam bentuk barangan keperluan harian bagi meringankan beban mangsa banjir di tiga pusat pemindahan di Mukim Benut.

Hasni juga meminta JPS melakukan kerja penyelenggaraan benteng secara berjadual sekurang-kurangnya tiga kali setahun kerana fenomena alam seperti air pasang besar berlaku setiap tahun namun langkah persediaan perlu bagi mengelak kejadian buruk.

"Saya harap mangsa-mangsa banjir tidak pulang ke rumah sekiranya keadaan belum benar-benar selamat bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

"Setakat ini kerajaan negeri berpuas hati dengan kelancaran jentera pengurusan bencana yang pantas bertindak memindahkan mangsa banjir selain sumbangan tenagan sukarelawan yang bertugas demi memastikan mangsa banjir selesa," katanya lagi.

PBTM bantu baik pulih rumah bekas tentera

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

TAJUL Arifin Chu Johari (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Asnah Saat bagi meringankan beban yang terpaksa menanggung dua anak OKU di Batu 4 Simpang Baba, Jalan Bukit Pasir, Muar, Johor, semalam.

MUAR 9 Dis. - Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) akan membantu seorang bekas tentera tidak berpencen yang mahu membaik pulih rumah dan memastikannya mendapat keistimewaan yang terdapat dalam persatuan itu.

Yaakob Arman, 52, berhenti menjadi Askar Diraja Melayu di Kem Sungai Besi selepas berkhidmat selama sembilan tahun dan tidak mendapat kemudahan atau bantuan kerana disebabkan masalah disiplin.

Setiausaha Agung PBTM, Kolonel (B) Tajul Arifin Chu Johari berkata, Yaakob yang kini melakukan kerja-kerja kampung boleh menikmati pelbagai bantuan disediakan PBTM untuk membantu bekas tentera yang diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Vateran (JHEV).

"Dia (Yaakob) dihukum semasa berkhidmat dan selepas berhenti juga masih dihukum (tidak layak menerima bantuan). Dia yang berhenti atas kesalahan tata tertib menyebabkannya tidak layak menerima apa-apa bantuan.

"Namun perkara ini sudah dibawa dalam mesyuarat di peringkat Kementerian Pertahanan untuk pembelaan bagi membolehkannya mendapat bantuan," katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan mesra keluarga Yaakob di Batu 4 ½ Simpang Baba, Jalan Bukit Pasir di sini hari ini.

Katanya, tidak wajar Yaakob terus dihukum termasuk ahli keluarganya dan berharap dapat dimaafkan kerana dia mempunyai dua anak orang kurang upaya (OKU) iaitu Mohd. Faezal Hairy, 21 dan Siti Fairus Hanatasia, 17.

Menurut beliau, pihaknya mencadangkan untuk memberikan bantuan membaik pulih rumah agar keluarga tersebut dapat menikmati kehidupan yang lebih selesa terutamanya kepada dua anak OKU itu.

Kunjungan tersebut disertai oleh Pengerusi PBTM Cawangan Muar, Shamsudin Rais dan 10 ahlinya selain Tajul turut memberikan sumbangan RM400 serta beras untuk meringankan beban keluarga berkenaan.

Isteri Yaakob, Asnah Saat, 45, berkata, dia terharu apabila pihak PBTM mengunjungi rumahnya dan bertemu dua anaknya serta hasrat membantu baik pulih rumah.

"Rumah ini dibina oleh suami secara berperingkat menggunakan wang simpanan tetapi masih ada sedikit kekurangan kerana tidak mempunyai wang mencukupi. Suami kadang-kadang tidak bekerja kerana membantu saya menguruskan kedua-dua anak istimewa kami," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Melaka peruntuk RM600,000

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my

Pelajar bersama ibu bapa mereka menunggu giliran untuk memilih kasut sekolah selepas perasmian majlis penyampaian bantuan sekolah rendah peringkat DUN di Dewan Penjara Sungai Udang, Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.

ALOR GAJAH 9 Dis. - Kerajaan negeri menerusi Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (Tapem) memperuntukkan RM600,000 bagi memberikan bantuan kelengkapan sekolah secara berperingkat kepada kira-kira 4,000 pelajar terpilih di seluruh negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, setiap pelajar terbabit akan menerima kelengkapan sekolah berupa dua pasang uniform sekolah, beg, alat tulis dan kasut bernilai RM150.

Katanya, pemberian bantuan itu adalah bagi meringankan beban kewangan keluarga pelajar berkenaan selain membuktikan keprihatinan kerajaan negeri terhadap rakyat terutamanya daripada keluarga yang kurang kemampuan.

"Pemberian bantuan persekolahan ini diberikan setiap tahun kepada pelajar terpilih daripada keluarga kurang berkemampuan dan sejak tahun 2000, seramai 54,689 orang telah menerima bantuan ini dengan kos keseluruhan berjumlah hampir RM7 juta.

"Kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan rakyat dan bantuan ini merupakan salah satu daripada usaha kerajaan bagi memastikan setiap pelajar tidak tercicir dalam pembelajaran walaupun daripada keluarga yang miskin," katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Sazali Muhd. Din ketika merasmikan majlis penyampaian bantuan sekolah rendah peringkat DUN di Dewan Penjara Sungai Udang di sini baru-baru ini.

Yang hadir sama, Pengurus Besar Tapem, Isnin Aman; ADUN Tanjung Bidara, Md. Rawi Mahmud dan ADUN Klebang, Lim Ban Hong.

Pada majlis itu, seramai 432 pelajar daripada 31 buah sekolah dalam DUN Sungai Udang, Pantai Kundor, Klebang dan Paya Rumput menerima bantuan berkenaan.

Idris dalam ucapannya berkata, dalam tempoh 12 tahun ini, kerajaan negeri turut memberikan bantuan lain seperti biasiswa sekolah menengah, pinjaman pengajian tinggi dan bantuan kewangan RM300 kepada pelajar yang mengikuti program diploma dan RM400 untuk ijazah.

Menurutnya, daripada tahun 2000 hingga tahun lalu, seramai 11,232 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di negeri ini menerima bantuan pinjaman pengajian tinggi dari Tapem dengan kos keseluruhan RM149.6 juta.

MPAG rampas ternakan jika dilepas tanpa kawalan

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

ALOR GAJAH 9 Dis. - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mengingatkan penternak di daerah ini supaya tidak melepaskan haiwan ternakan tanpa kawalan bagi mengelakkannya daripada dirampas penguat kuasa MPAG sebelum melelongnya jika tidak dituntut.

Yang Dipertuanya, Datuk Abu Bakar Abdul berkata, tindakan itu terpaksa diambil kerana banyak aduan yang diterima MPAG mengenai pencerobohan haiwan ternakan di tempat-tempat awam sehingga mengganggu urusan orang ramai dan menjejaskan kebersihan kawasan berkenaan.

Menurutnya, pemilik haiwan ternakan itu boleh dikenakan kompaun RM250 bagi setiap ekor yang ditangkap berkeliaran dan denda RM15 sehari untuk penjagaan.

Namun katanya, sekiranya haiwan ternakan di bawah jagaan MPAG itu tidak dituntut dalam tempoh lima hari, haiwan berkenaan akan dilelong dengan harga pasaran semasa.

MPAG mempunyai kuasa untuk menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran ini di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 Undang-undang Kecil Perlesenan Haiwan Ternakan dan kita mohon supaya penternak tidak melepaskan haiwan ternakan mereka tanpa kawalan.

Masalah ini mempunyai implikasi yang besar kerana selain menjejaskan urusan orang ramai dan kebersihan, pencerobohan haiwan ini ke kawasan tertentu mempunyai risiko menyebarkan penyakit," katanya ketika ditemui di pejabat MPAG, di sini semalam.

Abu Bakar berkata, baru-baru ini MPAG telah menangkap empat ekor kambing yang menceroboh masuk ke kawasan Pusat Kesihatan Gadek di sini sehingga mengganggu urusan di pusat berkenaan.

Dua lori bantuan banjir ke Kuantan

Posted: 09 Dec 2013 11:16 AM PST

JELEBU 9 Dis. - Dua buah lori membawa muatan barang-barang keperluan telah berlepas ke Kuantan untuk membantu mangsa banjir di Pahang, semalam.

Yang Dipertua Majlis Daerah Jelebu, Mohamed Roduan Ujang berkata, inisiatif itu diambil oleh Kelab Pejabat Tanah Daerah serta Pejabat Daerah di seluruh daerah di negeri ini bagi menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri itu.

Hari ini kita menghantar bantuan ke Kuantan bagi fasa pertama dan fasa kedua kemungkinan pada minggu berikutnya. Bantuan yang disalurkan adalah makanan, minuman, pakaian, alat-alat mencuci serta keperluan lain.

Para petugas dari pelbagai daerah yang terlibat telah berkumpul di Simpang Durian dan berlepas ke Pahang dengan bantuan polis," katanya ketika ditemui selepas Program Olek Adat Jelebu di Muzium Adat di sini, semalam.

Beliau memberitahu, di daerah ini tiada masalah banjir kerana pembinaan Empangan Triang telah membantu mengawal jumlah air yang datang secara banyak sekali gus dapat mengelakkan banjir.

Dalam satu mesyuarat baru-baru ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memaklumkan pada tahun ini kemungkinan tidak akan berlaku banjir di sini.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved