Selasa, 27 Mei 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Pelumba basikal triathlon parah dalam nahas

Posted: 27 May 2014 10:56 PM PDT

PETALING JAYA 28 Mei - Atlet pelumba basikal triathlon, Kimberly Yap cedera parah selepas terlibat dalam nahas di Penchala Link di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa dikatakan sedang berbasikal sebelum dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna dari arah belakang.

Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak di atas jalan dan mengalami kecederaan di bahagian kepala, tangan serta kaki dan kini dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). - UTUSAN ONLINE

Kolam tak siap, acara ditunda sehari

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

M. SARAVANAN (depan) meninjau keadaan pusat akuatik di Kompleks Sukan Negeri, Kangar yang masih belum siap sepenuhnya semalam sehingga menyebabkan acara akuatik yang sepatutnya bermula hari ini terpaksa ditangguhkan sehari.

KANGAR - Acara akuatik terpaksa ditangguhkan sehari apabila kolam yang sepatutnya digunakan untuk acara renang dan terjun masih gagal disempurnakan sehingga semalam.

Akibat kelewatan yang berlaku, acara terjun dan renang yang dijadual berlangsung hari ini hanya akan dimulakan esok kerana kerja-kerja menyiapkan infrastruktur tambahan bagi tujuan keselamatan sedang dilaksanakan dan akan siap sepenuhnya dalam tempoh 24 jam.

Penangguhan itu membuatkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan kelihatan begitu kecewa dan menyatakan kekesalannya terhadap Jabatan Kerja Raya (JKR) yang katanya lepas tangan dan gagal memastikan pusat akuatik di Kompleks Sukan Negeri itu siap mengikut jadual.

Beliau berkata, penangguhan ini juga menjejaskan imej penganjuran temasya sukan terkemuka negara.

Katanya, JKR seharusnya memastikan kelancaran pembinaan pusat akuatik itu dan perlu memantau perkembangan semasa hingga ia siap sepenuhnya dan boleh digunakan.

"Ikutkan hati, memang saya nak ambil tindakan ke atas kontraktor yang bertanggungjawab tetapi projek ini bukan di bawah KBS (Kementerian Belia dan Sukan) sebaliknya di bawah tanggungjawab JKR.

"JKR seperti lepas tangan, Saya tidak nampak wakil kontraktor utama di sini dan saya juga tidak nampak wakil JKR untuk memastikan tempat ini benar-benar selamat untuk digunakan. Saya boleh kata selamat tetapi siapa boleh sahkan? Wakil JKR seharusnya ada di sini untuk memastikannya," katanya selepas melawat pusat itu semalam.

Saravanan berkata, venue tersebut secara umumnya sudah boleh digunakan tetapi beberapa ciri keselamatan perlu ditambah bagi memastikannya benar-benar selamat dan selesa untuk kegunaan para atlet yang bertanding.

"Kalau dilihat, sudah boleh digunakan tetapi ada kerja tambahan infrastruktur sedang dilakukan untuk tujuan keselamatan tambahan kerana venue ini akan digunakan para atlet muda yang kurang berpengalaman, kalau atlet berpengalaman tiada masalah," katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Datuk Seri Zolkples Embong berkata, keputusan untuk menangguhkan acara itu selama sehari dibuat demi keselamatan atlet.

Katanya, penundaan tarikh pertandingan sukan akuatik itu akan menyaksikan perubahan pada jadual pertandingan asal namun tidak akan menjejaskan kualiti mahupun jumlah acara yang dipertandingkan.

"Pertandingan sukan akuatik juga hanya dilewatkan sehari tetapi jumlah acara dan pingat yang ditawarkan tidak berubah. Kami akan menjadualkan semula pertandingan sukan akuatik daripada lima hari kepada empat hari," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Sindiket antarabangsa kaut untung jutaan ringgit

Posted: 27 May 2014 10:54 PM PDT

JOHOR BAHRU 28 Mei - Kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi yang didalangi sindiket antarabangsa dipercayai mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil penjualan bahan bakar itu kepada kapal dagang dengan harga AS$1 (RM3.20) berbanding harga asal sebanyak RM2 seliter.

Malah, pelbagai cara digunakan sindiket untuk mengaburi mata pihak berkuasa daripada dikenakan tindakan termasuk memalsukan dokumen pembekalan syarikat minyak.

‎Perkara tersebut didedahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Iskandar Halim Sulaiman selepas pasukannya menggagalkan cubaan menyeludup sebanyak 3.7 juta liter diesel bersubsidi bernilai RM7.4 juta di perairan Pulau Lima berhampiran Sungai Rengit di sini Isnin lalu.

Beliau berkata, operasi bersepadu yang dijalankan pukul 5.20 petang itu disertai beberapa agensi termasuk Pasukan Polis Marin serta Jabatan Laut dan diselaraskan oleh Pasukan Petugas Khas Jabatan Peguam Negara.‎

"Dalam operasi berkenaan, empat buah kapal tangki masing-masing sebuah didaftarkan di Kuching, Sarawak ‎dan tiga lagi di Panama ditahan bersama-sama dengan 52 anak kapal warga Vietnam, Thailand dan Indonesia. - UTUSAN ONLINE

Hasil pemeriksaan mendapati kapten kesemua kapal berkenaan gagal menunjukkan sebarang dokumen yang berkaitan dengan bahan bakar tersebut," katanya‎ semasa mengumumkan kejayaan tersebut di Terminal Feri Tanjung Belungkor, di sini hari ini

Rogol beramai-ramai: 10 individu ditahan

Posted: 27 May 2014 08:26 PM PDT

KOTA BHARU 28 Mei - Sebanyak 10 individu termasuk seorang remaja perempuan ditahan bagi membantu siasatan berhubung dua pelajar dirogol 38 individu di Ketereh, 20 Mei lalu.

Suspek yang ditahan itu termasuk salah seorang remaja yang turut menjadi mangsa rogol berusia 15 tahun.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, empat suspek ditahan semalam sebelum enam lelaki ditahan awal pagi ini di sekitar Ketereh.

"Polis masih mengesan semua suspek lain bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


30 veteran tentera terima PJM

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

Wan Rosdy Wan Ismail (duduk, tujuh dari kiri) dan Mohd. Razali Abdul Rahman (duduk, empat dari kanan) bersama 30 veteran tentera menerima Pingat Jasa Malaysia di Kuala Lipis, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 27 Mei - Seramai 30 veteran tentera yang pernah bertugas semasa operasi menentang komunis dahulu diberikan penghargaan dengan penyampaian Pingat Jasa Malaysia (PJM) oleh kerajaan di Felda Sungai Koyan 3 di sini kelmarin.

Majlis penyampaian pingat kepada veteran dalam kalangan ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sungai Koyan itu disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEVATM) negeri, Mejar Mohd. Razali Abdul Rahman.

Mohd. Razali berkata, anugerah tersebut sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap jasa veteran tentera yang pernah terlibat operasi menentang komunis dari 1969 hingga 1990.

"Anugerah ini memberi impak bahawa sumbangan veteran tentera supaya diteladani oleh anggota tentera hari ini dengan bersiap siaga sepanjang masa memikul amanah dan integriti secara profesional untuk mempertahankan kedaulatan negara serta mengekalkan keselamatan.

"Saya bangga melihat veteran tentera menunjukkan semangat tinggi pada hari ini, sekali gus mengembalikan nostalgia semasa mereka berkhidmat dahulu," katanya di sini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dan Ketua Cawangan PBTM Sungai Koyan Tiga, Abdul Rahim Said.

Menurut Mohd. Razali, jabatan itu yang ditubuhkan pada 2001 berfungsi menangani semua masalah kebajikan veteran tentera, balu dan anak masing-masing supaya jaminan kehidupan mereka lebih selesa menerusi kemudahan bantuan tertentu.

Katanya, anugerah berkenaan amat signifikan kerana ramai daripada veteran tentera masih menyambung khidmat bakti mereka kepada masyarakat sebagai ketua kampung, imam masjid dan pimpinan masyarakat.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri memuji usaha JHEVATM dan PBTM kerana menjaga kebajikan veteran tentera negeri ini sejajar dengan manifestasi menghargai sumbangan golongan itu yang bergerak di garisan depan.

"Selain pelbagai bantuan kebajikan, penganugerahan PJM juga sebagai tanda kerajaan mengiktiraf perjuangan mereka sebelum dan pasca merdeka.

"Saya berharap PBTM perlu mengesan veteran (bekas) tentera yang berkhidmat semasa zaman darurat dan konfrantasi untuk diberi bantuan kebajikan termasuk anugerah pingat berkenaan," katanya.

Fatimah dikenang sebagai 'ibu' SMK Seri Jengka

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

Fatimah Kassim (depan, enam dari kanan) dan Ismail Abdul Muttalib (depan, tiga dari kiri) bersama pengetua sekolah menengah daerah Maran pada majlis persaraannya di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, Maran, baru-baru ini. - Utusan/SALEHUDIN MAT RASAD

MARAN 27 Mei - Warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Jengka di sini kehilangan seorang pengetua yang dianggap ibu kepada mereka apabila Datin Seri Fatimah Kassim bersara daripada kerjaya itu awal bulan ini.

Beliau yang memilih bersara pilihan pada usia 58 tahun itu telah berusaha membawa sekolah berkenaan menjadi sebuah sekolah elit di negara ini.

Pada majlis perpisahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah tersebut, Fatimah dalam ucapannya berkata, tugas pendidik bukan merupakan satu tanggungjawab mudah kerana mereka perlu mengajar serta melahirkan pelajar cemerlang.

Beliau yang juga isteri kepada Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib turut memberi nasihat kepada warga pendidik supaya menyelesaikan masalah pendidikan secara berhemah dan rasional.

"Tanggungjawab warga pendidik hari ini untuk membentuk generasi pewaris yang maju dan berpendidikan sejajar dengan kemajuan teknologi.

"Bentuk dan corak pembentukan negara pada masa akan datang sangat dipengaruhi kualiti pendidikan yang diterima mereka pada hari ini," katanya ketika berucap dalam majlis persaraannya di Dewan Sultan Haji Ahmad Shah, di sini baru-baru ini.

Katanya, guru kini memainkan peranan sebagai pelaksana Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 yang menjadi penentu kepada usaha murni dalam melihat pendidikan sebagai akses kepada kemajuan serta kemakmuran negara.

Dalam pada itu, Guru Penolong Kanan Pentadbiran SMK Seri Jengka, Ismail Abas berkata, beliau menyifatkan bekas pengetua itu sebagai 'ibu' kepada pelajar sekolah ini kerana sifat kepimpinan serta keibuannya sehingga meletakkan sekolah tersebut setanding dengan sekolah terbaik di negara ini.

"Jasa beliau sangat besar terhadap kemajuan sekolah ini sejak dilantik menjadi pengetua dan paling diingati adalah kejayaan SMK Seri Jengka diiktiraf sebagai sekolah kluster pada 2009," katanya.

Belia disaran ceburi perniagaan

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

ROMPIN 27 Mei - Golongan belia di negeri ini disaran tidak menunggu peluang pekerjaan yang disediakan kerajaan sebaliknya terlibat dalam bidang keusahawanan serta peka dengan setiap program latihan keusahawanan yang ditawarkan agensi berkaitan.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd. Johari Hussain berkata, sudah tiba masanya mereka mencari alternatif dengan melibatkan diri dalam bidang berkenaan yang banyak memberi peluang untuk memajukan diri ke tahap lebih baik.

"Kita perlu ubah corak supaya mereka tidak hanya tunggu peluang kerja kerajaan dan tidak pula berusaha menceburi bidang keusahawanan atau perniagaan.

"Persepsi ini harus diubah memandangkan kini subjek keusahawanan antara terpenting di setiap institusi pengajian tinggi dan perlu diketengah," katanya di sini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Kematian Beng Hock tiada unsur jenayah

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

PUTRAJAYA 27 Mei - Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, kematian setiausaha politik Exco kerajaan negeri Selangor, Teoh Beng Hock tidak wajar dikaitkan dengan kes bunuh kerana keterangan saksi-saksi tidak menjurus kepada unsur jenayah.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas berhujah, kematian mendiang bukan akibat dibunuh atau bunuh diri kerana keterangan saksi-saksi pakar tidak menyokong wujudnya unsur sedemikian.

Beliau turut menghujahkan, tiada sebarang keterangan bahawa kematiannya diakibatkan oleh pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pihak-pihak lain.

Hujah pendakwa raya, berdasarkan siasatan tiada bukti menunjukkan Beng Hock dibunuh, wujud tekanan atau ugutan yang membawa kepada kematiannya atau sebarang tanda pergelutan mahupun senjata ditemui di tempat kejadian.

Menurut Mohamad Abazafree, keterangan saksi-saksi juga menunjukkan tiada luka mempertahankan diri ditemui pada mendiang yang boleh mengaitkannya dengan kehadiran pihak ketiga.

Beliau berhujah agar rayuan itu ditolak kerana tiada kepastian apakah yang menyebabkan mendiang jatuh ke atas koridor tingkat 5 Plaza Masalam yang membawa kepada kematiannya.

Sehubungan itu, pendakwa raya menghujahkan, Mahkamah Tinggi betul sewaktu menolak untuk mengubah keputusan terbuka yang dicapai oleh Mahkamah Koroner selepas berpuas hati bahawa tidak cukup bukti untuk mengaitkan kematiannya dengan kes bunuh atau bunuh diri.

Mahkamah sedang mendengar rayuan dikemukakan oleh Teoh Meng Kee terhadap keputusan Mahkamah Koroner pada 5 Januari 2010 yang membuat keputusan terbuka bahawa kematian Beng Hock bukan akibat bunuh diri atau dibunuh dan juga mendapati tiada penglibatan pihak ketiga dalam kematian itu.

Meng Kee merupakan abang Beng Hock, 30, yang ditemui dalam keadaan terbaring berlumuran darah di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam, tempat terletaknya Ibu Pejabat SPRM Selangor sebelum ini, pada pagi 16 Julai, 2009.

Semalam, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Meng Kee berhujah agar Mahkamah Rayuan mengubah keputusan terbuka berhubung punca kematian pembantu politik DAP itu dan menggantikannya dengan kes bunuh.

Meng Kee merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 1 Disember 2011 yang menolak permohonan semakannya terhadap keputusan Mahkamah Koroner pada 5 Januari 2010.

Sementara itu, pada 21 Julai 2011, Suruhanjaya Siasatan Diraja yang diketuai oleh Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri James Foong Cheng Yuen (kini bersara), memutuskan bahawa kematian Beng Hock adalah akibat bunuh diri.

Rayuan yang didengar di hadapan panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof yang bersidang bersama Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer bersambung esok.

Didenda RM1,200 pukul teman wanita

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

KUALA LUMPUR 27 Mei - Berang dengan kandungan khidmat pesanan ringkas (SMS) antara kekasihnya dengan rakan-rakan wanita itu, seorang pekerja kedai bertindak menumbuk dan menampar teman wanitanya itu di dalam kereta Khamis lalu.

Bukan itu sahaja, lelaki terbabit yang juga bapa kepada seorang anak berusia dua tahun turut membaling telefon bimbit tersebut ke kepala teman wanitanya serta mengugut mangsa dengan kata-kata kasar.

Namun hari ini, Johan Irwan Azri, 23, tanpa segan silu menangis di Mahkamah Majistret di sini setelah mengaku bersalah atas tuduhan mencederakan teman wanitanya yang juga seorang pelajar berusia 19 tahun.

Tertuduh didakwa mencederakan mangsa dengan menumbuk, menampar dan memukul muka, leher dan kepala serta turut mengakibatkan mata kiri mangsa cedera kira-kira pukul 8.20 pagi, 22 Mei lalu di Kampung Batu Muda, Sentul dekat sini.

Dakwaan terhadapnya yang tidak diwakili peguam bela, dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.

Ketika rayuan sebelum hukuman dijatuhkan, Johan Irwan yang menitiskan air mata memohon agar hukuman ke atasnya dikurangkan memandangkan dia amat menyesali perbuatannya dan berjanji tidak akan mengulanginya.

Tertuduh juga memaklumkan dia kini tinggal bersama-sama ibunya dan hanya bekerja di sebuah kedai dengan gaji bulanan RM1,000.

Ketika ditanya oleh Majistret Nurul 'Ain Abdul Rahim punca perceraiannya dengan bekas isteri, tertuduh mengatakan dia menceraikan isterinya kerana ada teman wanita baharu.

"Belum kahwin dah pukul, nanti dah kahwin macam-macam lagi," tegas majistret tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Joy Jothi Nadharajah bagaimanapun memohon agar satu hukuman setimpal dikenakan ke atas tertuduh sebagai pengajaran.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,200 atau penjara tiga bulan terhadap tertuduh.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


PM Singapura tolak tawaran pampasan blogger

Posted: 27 May 2014 11:33 AM PDT

SINGAPURA 28 Mei - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menolak satu tawaran pampasan `tidak munasabah' oleh seorang penulis blog yang memfitnah beliau sekali gus memberi laluan kepada kemungkinan tuntutan saman.

"Tawaran klien anda sebanyak Sg5,000 (RM12,784 ) adalah tidak masuk akal dan sama sekali mengabaikan keseriusan kelakuan anak guam anda serta fakta yang tidak boleh dipertikaikan bahawa fitnah itu adalah palsu dan berniat jahat,'' kata peguam Hsien Loong, Davinder Singh dalam sepucuk surat kepada penasihat undang-undang blogger Roy Ngerng, Yi Ling, semalam.

Singh minggu lalu menuntut permohonan maaf dan ganti rugi daripada Ngerng di atas penerbitan artikel pada 15 Mei yang menuduh Perdana Menteri itu melakukan rasuah. - AFP

Palestin perkenal kerajaan perpaduan Khamis

Posted: 27 May 2014 11:32 AM PDT

GAZA CITY 28 Mei - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas akan memperkenalkan sebuah kerajaan perpaduan yang dibentuk menerusi penyatuan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan pergerakan Hamas, esok sekali gus menamatkan pentadbiran berasingan di Tebing Barat dan Gaza.

"Kami telah selesai membincangkan tentang kerajaan konsensus nasional," kata seorang utusan Mahmoud dari pergerakan Fatah, Azzam al-Ahmed, semalam selepas proses perbincangan di Gaza bersama pemimpin-pemimpin Hamas.

"Pengumuman itu akan dibuat dua hari lagi oleh Presiden,'' tambah beliau. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Iqram Dinzly harap cerita hubungan songsang dihentikan

Posted: 26 May 2014 11:24 PM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDIN

KUALA LUMPUR 27 Mei - Pelakon Iqram Dinzly, 33, berharap agar kisah hubungan songsang yang dikaitkan dengan dirinya dapat dihentikan segera.

Menurut Iqram, kisah tersebut tidak benar dan turut membabitkan rakannya, dia takut ia akan memberi kesan kepada rakannya itu nanti.

"Tidak adil untuk rakan saya terpalit sama dalam cerita tidak betul ini, saya mungkin seorang artis tetapi dia hanya pelajar di sana.

"Saya takut dia akan dikenakan sebarang tindakan pula. Jujur, rakan saya itu mempunyai seorang teman wanita jadi macam mana blog itu boleh laporkan kisah ini," katanya kepada Utusan Online hari ini.

Berseloroh memberitahu dia masih meminati wanita, jelas Iqram lagi, dia tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas individu yang menyebarkan perbualan dalam aplikasi WhatsApp tersebut, baru-baru ini.

"Siapa tidak mahu kahwin, cuma jodoh itu belum sampai. Saya memang minat wanita.

"Saya harap sesiapa juga yang cuba menjatuhkan saya itu tahu bahawa setiap kelakuan kita akan mendapat balasan. Jadi saya harap dia tahu apa yang dia buat ke atas saya kini mungkin akan berlaku ke atas dia atau orang terdekat dia," katanya. - UTUSAN ONLINE

Bebas tanpa kongkongan Astro

Posted: 27 May 2014 12:47 AM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOR
Tajaan pakaian oleh FB dan IG InspiredByHim

GERANGAN pemilik nama Azri Abdullah, 27, mungkin tidak dikenali ramai. Bagaimanapun, apabila menyebut Azri yang lahir daripada Akademi Fantasia musim kesembilan (AF9) yang dijuarai Hazama Azmi, kita dapat membayangkan susuk tubuh sedikit gempal milik si empunya diri.

Bagaimanapun, itu adalah kisah tiga tahun lalu ketika Azri mula meniti langkah untuk membina nama dalam industri muzik tempatan walaupun melalui platform yang disifatkan sebagai bakat 'mi segera'.

Terikat dengan pengurusan Astro sejurus menamatkan persaingan AF9 di tempat ke-empat, perjanjian yang asalnya selama tiga tahun itu, akhirnya terlerai dalam tempoh setahun, hasil perbincangan dan persetujuan bersama antara kedua-dua belah pihak.

Ketika hadir untuk sesi fotografi bagi menghias kulit Hits di Studio Utusan baru-baru ini, Azri memberitahu bahawa penarikan dirinya daripada pihak pengurusan tersebut bukanlah disebabkan timbul sebarang isu yang serius, bahkan atas dasar suka sama suka.

Memahami permintaan peminat semasa yang tidak menyebelahi dirinya berbanding artis AF lain yang berada di bawah naungan sama, Azri memilih haluan sendiri untuk mengatur langkah seninya sendirian.

Maka, pada tanggal 9 Mac lalu, penubuhan EyeCon Entertainment Sdn. Bhd. (EyeCon), syarikat pengurusan milik sendiri mula termaktub bagi mengendalikan perjalanan karier anak kelahiran Klang, Selangor ini.

Lebih fokus

Tidak jauh peranannya seperti pengurusan Astro dalam mengurus dan mengatur jadual seni, cuma yang membezakannya adalah EyeCon hanya tertumpu kepada aktiviti Azri seorang sahaja.

Menurut jejaka berbintang Aries ini, dengan wujudnya EyeCon, ia memudahkan dirinya untuk lebih fokus membina kerjaya seninya tanpa ada gangguan luar yang mengacau konsentrasinya.

Jika dahulu, semuanya bergantung kepada pihak Astro yang gigih mencari peluang untuk mengetengahkan saya dan pada masa yang sama, kena bersaing dengan rakan-rakan AF yang lain.

Saya faham, apabila ada terlalu ramai artis untuk diuruskan, sedikit demi sedikit ada kelemahan yang timbul. Tetapi saya reda kerana memahami industri kita ini ada demand tertentu.

Sebabkan itulah, saya membuat keputusan untuk bergerak sendiri supaya fleksibiliti itu ada bagi memudahkan saya menerima undangan nyanyian," katanya kepada Hits.

Kini, di bawah pengurusannya itu, Azri mampu berbangga apabila single ketiganya, Mahadewi yang dihasilkan awal tahun lalu ciptaan komposer Adah Kahir telah mula kedengaran di corong-corong radio tempatan.

Selepas tampil dengan single Niskala dan Amarah yang muziknya lebih 'keras' sebelum ini, Azri menjelaskan bahawa Mahadewi 'dilembutkan' sedikit mengikut trend semasa yang dilihat lebih menjurus ke arah balada pop, bukannya pop rock.

Walaupun dua lagu terdahulu tidak begitu menepati citarasa peminat sekarang sekalipun dihasilkan oleh komposer berbakat, saya tidak putus harap untuk mendapatkan lagu yang lebih baik.

Alhamdulillah, Mahadewi mampu membuatkan saya tersenyum walaupun lagu ini belum diterima secara meluas. Saya tidak kisah untuk belajar bertatih dahulu, sebelum kemudiannya berjalan dan terus berlari.

Sering dicop sebagai klon Faizal Tahir dek kerana vokalnya yang mirip penyanyi terkenal itu, Azri akui dia perlu memperbaiki penampilannya dengan mencari kelainan yang membolehkan bayang-bayang tersebut lari daripada dirinya.

Faizal Tahir adalah antara penyanyi yang saya kagumi karyanya dan amat meminati genre yang dibawa. Dan secara kebetulan, suara saya sama dengannya ketika menyanyi.

Saya bukan meniru cara nyanyiannya kerana suara ketika bercakap juga tidak jauh bezanya. Ini adalah ketentuan yang diberikan Allah, yang tak mampu saya nak ubah apa-apa," jelasnya yang sedikit kecewa dengan persepsi tersebut.

Pun begitu, menyedari bahawa peminat muzik sukar menerima hakikat tersebut, Azri gigih berusaha untuk membezakan penampilannya dengan persembahan emosi berlainan di atas pentas.

Bab suara saya tidak boleh ubah. Tetapi saya cuba beri kelainan dari segi emosi dan penghayatan. Sebab apa yang pasti, jiwa dan perasaan setiap orang ada perbezaannya," ujarnya yang mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan beberapa tahun lalu.

Imej baharu

Di samping membuang jenama AF di belakang namanya dan memperkenalkan nama komersial Azri Abdullah, dia turut memperbaharui imejnya dengan gaya penampilan yang lebih maskulin.

Sebelum ini ketika menyertai AF9, sosok tubuhnya sedikit berisi sehingga mencecah 78 kilogram, tetapi kini Azri berbangga kerana tumpah keringatnya di gimnasium berbaloi apabila berjaya mendapatkan figura badan yang ideal.

Lebih setahun saya berulang alik ke gimnasium untuk mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. Sebagai selebriti, rasanya ini langkah pemasaran paling proaktif. Ini diri saya yang baharu," jelasnya yang telah menghilangkan berat sehingga 10 kilogram.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Menanti magis Dr. Mahathir

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

Oleh ROHAMI SHAFIE

DR. MAHATHIR Mohamad bersama-sama kakitangan Proton meraikan pelancaran kereta Proton Saga ke-300,000 pada 1991.

MAHATHIR Mohamad, satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Jasa beliau terhadap Malaysia cukup besar sekali. Mengambil kira jasa beliau yang tidak terhingga itu, sebuah institusi pemikiran yang dikenali sebagai Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad (IPDM) telah ditubuhkan di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Tidak cukup dengan dikenali sebagai negarawan, beliau juga tokoh peringkat antarabangsa yang sampai sekarang pun ideanya masih diperlukan terutama di negara-negara membangun. Sumbangan beliau memperjuangkan hak-hak negara membangun di samping membantu negara-negara membangun maju, secara tidak langsung mengubah paradigma masyarakat antarabangsa terhadap Malaysia.

Beliau pernah menyebut perjuangan belum selesai. Benar, meskipun sudah tidak bergelar Perdana Menteri dan wakil rakyat, beliau masih berjuang untuk membantu negara. Beliau masih bekerja keras untuk negara tercinta pada usia hampir 90 tahun yang rata-ratanya orang lain seusia dengannya memilih untuk berehat di rumah sahaja.

Terbaharu, beliau menerima tawaran sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Proton. Kenapa beliau memilih untuk menerima tawaran Proton sedangkan banyak syarikat memerlukan kepakaran beliau dan hubungan baik beliau dengan kerajaan?

Dalam konteks ini, Dr. Mahathir cukup dekat dengan Proton. Beliaulah yang mengasaskan penubuhan Proton yang suatu ketika dahulu ada pihak memandang rendah keupayaan rakyat Malaysia untuk mengeluarkan produk kereta nasionalnya sendiri.

Sikap yang hanya suka mengkritik dan menghentam semberono sememangnya sudah menjadi lumrah alam. Cukup kurang golongan yang mengkritik secara positif dan membina dengan memberi cadangan balas yang segar lagi positif untuk kemajuan negara.

Dr. Mahathir telah membuktikan dalam banyak segi keputusan beliau untuk mengasaskan penubuhan Proton banyak memberi kebaikan kepada rakyat dan negara.

Jadi, atas faktor Proton sebagai 'produk' yang amat disayanginya, tidak menghairankanlah beliau menerima tawaran berkenaan.

Ada yang berpendapat penerimaan jawatan ini boleh memberi kesan yang tidak begitu baik kepada Proton. Hujahnya mudah sahaja, jawatan ini tidak sewajarnya diserahkan kepada ahli politik. Bagi mereka yang kurang bersetuju, jawatan ini perlu diserahkan kepada tokoh korporat yang tidak berada dalam lingkungan pemikiran politik.

Ya, mungkin ada kebenarannya bahawa sebaik mungkin jawatan pengerusi mana-mana syarikat diserahkan kepada mereka yang bukannya ahli politik. Namun, mereka yang berhujah sebegini perlu mengetahui bahawa terdapat juga ahli-ahli politik yang sememangnya mahir dalam bidang perniagaan. Khidmat golongan ini amatlah diperlukan bagi memacu kemajuan sesebuah syarikat.

Dr. Mahathir mengetahui apa yang beliau lakukan dan yakin dengan kemampuan rakyat Malaysia. Atas landasan itulah, Proton menjadi sebuah syarikat automotif nasional pertama yang berjaya mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Tidak keterlaluan dikatakan bahawa beliau merupakan arkitek yang memacu pertumbuhan Proton semasa masih bergelar Perdana Menteri Malaysia.

Malahan, jika ada pihak yang meragui keupayaan beliau dalam bidang perniagaan dan ekonomi, kajilah tindakan beliau yang berjaya menyelamatkan ekonomi Malaysia semasa krisis ekonomi 1998.

Bagi generasi Y mereka mungkin tidak begitu mengetahui apa yang telah berlaku ke atas ekonomi negara kita pada tahun tersebut. Tetapi bagi generasi X dan yang lebih berusia termasuklah pakar-pakar ekonomi dan kewangan dunia, tindakan yang diambil oleh Dr. Mahathir merupakan satu tindakan bijak bagi menyelamatkan ekonomi Malaysia.

Dengan kata lain, ia menjadi bukti dan testimoni bahawa beliau cukup memahami selok-belok ekonomi dan perniagaan meskipun berlatarbelakangkan pendidikan jurusan perubatan.

Mengambil kira hakikat ini, pelantikan beliau sebagai Pengerusi Proton adalah satu keputusan tepat oleh pemegang saham Proton dalam meningkatkan keupayaan syarikat automotif nasional bukan setakat dalam negara kita sahaja tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Sememangnya dalam tempoh 20 tahun pertama Proton ditubuhkan, prestasinya berada dalam kelas yang tersendiri. Penubuhan Proton telah membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Proton telah meraih keuntungan dan telah membantu anak-anak Malaysia mendapat kemahiran dalam bidang kejuruteraan automotif.

Namun, untuk melestarikan prestasi Proton terutamanya prestasi kewangan bukanlah satu tugas yang mudah. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, persaingan dalam dunia automotif cukup kompetitif. Proton mengalami penurunan penguasaan pasaran automotif yang cukup ketara sejak akhir-akhir ini. Jadi, antara cabaran utama yang perlu ditangani oleh Dr. Mahathir sebaik sahaja menerajui ahli lembaga pengarah Proton sudah tentulah dalam aspek kemampanan Proton.

Apakah strategi yang akan diguna pakai oleh beliau untuk meningkatkan kembali penguasaan pasaran automotif? Adakah dengan cara bekerjasama dengan pesaing agar dapat menembusi pasaran antarabangsa dan mempelajari teknologi tinggi automotif atau dengan cara mengeluarkan model Proton baharu yang berdaya saing dan sebaris dengan model-model kereta antarabangsa?

Model kereta baharu yang akan dikeluarkan perlu juga berkualiti dan kos untuk mengeluarkannya pula perlu berada pada tahap yang paling cekap. Kecekapan operasi pemangkin untuk peningkatan keuntungan Proton.

Itu dalam aspek kecekapan Proton. Bagaimana pula dalam aspek dasar automotif yang tatkala ini tidak begitu memihak kepada Proton? Sebagai Pengerusi Proton, beliau menjadi penghubung di antara Proton dan kerajaan bagi menyuarakan dasar-dasar yang kurang memihak kepada Proton.

Beliau juga mempunyai tugasan yang cukup penting bagi memotivasikan tenaga kerja Proton untuk bekerja sebagai satu pasukan. Dalam aspek ini, keupayaan dan kebajikan model insan tidak boleh sesekali dipinggirkan.

Beliau memerlukan kerjasama daripada semua pihak dalam Proton itu sendiri. Kerjasama ini perlu diperkukuhkan lagi selepas Proton mengalami perubahan pengurusan tertinggi dan juga pemegang saham utama sebelum ini.

Ramai pihak ternanti-nantikan 'magis' yang akan dilakukan oleh beliau berpaksikan kebijaksanaan dan pengalaman sepanjang memimpin Malaysia selama 22 tahun.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan (SOA), Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia

Manifesto berwawasan BN kembalikan seri Teluk Intan

Posted: 27 May 2014 12:26 PM PDT

Khabar Dari Ipoh
Bersama SAYED HESHAM IDRIS

CALON Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong mendahului parti lawan apabila melancarkan manifesto untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, kelmarin.

Antaranya, Presiden Gerakan itu mahu memperjuangkan pembinaan sebuah universiti di bandar itu selain berusaha menjadikan ikon Menara Condong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Dalam manifestonya, beliau juga berjanji menjadikan Teluk Intan sebagai hab pertanian moden, meningkatkan pelaburan dan mewujudkan lebih banyak zon WiFi dalam usahanya mentransformasikan bandar itu.

Manifesto BN itu pastinya bukan 'janji bulan bintang' sebaliknya realistik dan mampu dipenuhi jika BN kembali memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan setelah dua penggal dimenangi oleh DAP.

Meneliti pembangunan keseluruhan di Perak, Teluk Intan yang suatu ketika dahulu pernah menjadi ibu negeri, sepatutnya lebih maju daripada apa yang dinikmatinya sekarang.

Namun pembangunannya tersekat akibat tidak selari dengan kerajaan Pusat setelah dua penggal dicengkam pembangkang.

Wawasan Siew Keong untuk menubuhkan sebuah universiti memang kena pada masanya, ketika bandar-bandar lain di negeri ini sudah pun memiliki pusat pengajian tinggi yang terkemuka.

Kampar, umpamanya yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Teluk Intan mempunyai Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR); Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi ikon Tanjung Malim; Tapah sudah mempunyai Universiti Teknologi Mara (UiTM); begitu juga Bandar Baru Seri Iskandar di daerah Perak Tengah sudah tersergam UiTM dan Universiti Teknologi Petronas (UTP).

Ini bermakna 'bandar-bandar jiran' Teluk Intan masing-masing sudah memiliki pusat pengajian tinggi yang pastinya dicemburui oleh masyarakat di sini.

Penekanan ke arah pendidikan menerusi manifesto untuk menubuhkan sebuah universiti pastinya 'tawaran yang tidak boleh ditolak' oleh pengundi yang sekian lama mengimpikan bandar Teluk Intan berubah wajah.

Ketika calon BN mengumumkan manifestonya semalam, tumpuan kini 100 peratus kepada PRK Parlimen Teluk Intan setelah berakhirnya PRK Parlimen Bukit Gelugor, Ahad lalu.

Perkara yang menjadi perbualan adalah kemerosotan peratusan keluar mengundi pada hari pengundian PRK Parlimen Bukit Gelugor apabila 56.04 peratus sahaja yang menunaikan tanggungjawab mereka. Dan seperti dijangkakan persaingan empat penjuru di PRK berkenaan, calon DAP, Ramkarpal Singh Deo menang dengan majoriti 37,659 undi selepas memperoleh sebanyak 41,242 undi.

Mungkinkah PRK Parlimen Teluk Intan juga bakal menyaksikan fenomena yang sama iaitu peratusan yang keluar mengundi akan merosot? Hal ini kerana dikatakan pengundi Cina tidak berminat, tidak ghairah untuk mengundi dalam PRK berbanding Pilihan Raya Umum (PRU).

Tiada fakta konkrit yang mampu menyokong pendapat itu namun mungkin para pengundi merasakan walau parti mana yang menang sekali pun, ia tidak akan mengubah apa-apa, sama ada kerajaan negeri apatah lagi kerajaan Pusat.

Jika itu benar, ini pastinya bakal menjadi kelebihan buat BN yang sememangnya mengharapkan undi daripada kaum itu terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Bedamar yang majoritinya pengundi Cina merosot pada hari pengundian pada Sabtu ini.

Kemerosotan undi Cina itu mampu menjejaskan majoriti 7,313 undi yang diraih mendiang Seah Leong Peng, calon DAP dalam PRU yang lalu. Ini bermakna undi kira-kira 11,000 pengundi India mampu menjadi penentu siapa yang bakal memenangi PRK ini.

Berdasarkan PRU lalu, masyarakat India yang sebahagian besarnya berdaftar sebagai pengundi di DUN Changkat Jong, memihak kepada pembangkang. Namun hasil pembangunan dan bantuan yang dinikmati kaum ini, angin perubahan mula dilihat apabila mereka kini semakin yakin dengan BN.

Dalam usaha menarik mereka, BN perlu 'mencari' mereka yang sebahagian besarnya tinggal di estet-estet. Dekati mereka. Jangan beri ruang kepada pembangkang menyebarkan dakyah.

Jika 65 peratus daripada 11,000 pengundi India memihak BN, sudah pasti akan berlaku kejutan PRK ini seperti yang diramalkan.

Masyarakat India tidak meminta sesuatu yang luar biasa. Mereka cuma berharap tidak dipinggirkan, taraf ekonomi mereka ditingkatkan dan keperluan asas yang lebih selesa. Jika kena pada kempennya, tidak mustahil pengundi India akan kembali memilih BN.

Bagi pengundi Melayu pula terutama yang berusia atas 50 tahun, undi mereka diyakini masih kekal memihak kepada BN manakala golongan muda pula dilihat berbelah-bahagi sama ada mahu memangkah BN atau DAP.

Diakui strategi pembangkang meletakkan calon muda, Dyana Sofya Mohd. Daud, 27, memberikan impak kepada golongan muda, namun tidak bermakna mereka akan bulat-bulat mengundi beliau.

Malah sudah ada yang mengatakan pengundi muda Melayu lebih memikirkan siapa yang mampu membawa peluang pekerjaan ke bandar kelahiran mereka dengan mengharapkan calon BN, Siew Keong mengubah wajah bandar Teluk Intan yang telah berusia lebih 100 tahun ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Pencetus fesyen tudung hoody

Posted: 27 May 2014 12:47 AM PDT

TUDUNG hoody Mylea direka menggunakan fabrik dan bahan yang sangat berkualiti dan eksklusif.

BERTUDUNG tidak bermakna pemakainya tidak boleh berfesyen. Sesuai dengan tuntutan dan keperluan semasa, tudung kini didatangkan dalam pelbagai bentu dan fesyen supaya pemakainya nampak anggun dan elegan.

Sesuai dengan tuntutan itu juga Mylea De Bayu Sdn. Bhd. (Mylea) menampilkan fesyen terkini Mylea Hoody bagi menyerlah lagi gaya fesyen wanita Islam supaya lebih nampak anggun dan menarik.

Fesyen tudung yang mudah dipakai ini, iaitu dengan hanya menyarungnya sahaja sudah membuatkan seseorang itu nampak anggun dengan daya ketrampilan, moden, elegan, bergaya dan anggun.

Hoody ini akan lebih menonjol dan menyerlahkan keanggunan seseorang wanita lebih-lebih lagi sempena menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Pengarah Eksekutif Mylea, Norazizah Jusoh berkata, hoody senang untuk digayakan dan mudah dipadankan dengan semua jenis baju disebabkan reka bentuk yang dicetuskan bersesuaian untuk digayakan di majlis-majlis keramaian, kasual, ke tempat kerja dan di mana sahaja.

Kami cuba untuk menampilkan kelainan untuk sesiapa yang memakainya kerana ia dihasilkan untuk mencetuskan kelainan kepada pemakainya.

Fesyen hoody yang diperkenalkan adalah rekaan eksklusif dan terhad dari Mylea dengan setiap reka bentuk dihasilkan hanya boleh didapati dalam empat helai sahaja sama ada tudung atau blouse,'' katanya.

Beliau berkata, keunikannya yang lain ialah dapat mengembalikan dan menampakkan keanggunan sesiapa yang memakainya lebih muda, serba boleh serta moden.

Di samping itu, hoody direka dengan menggunakan fabrik dan material yang sangat berkualiti dan eksklusif yang tidak ada dalam pasaran," katanya.

Norazizah berkata, pihaknya menggunakan fabrik khas yang diimport sendiri oleh syarikat Mylea bagi memastikan kualiti yang dihasilkan mampu memenuhi citarasa pelanggan dan menyerlahkan lagi keanggunan si pemakainya.

Konsep ditampilkan dalam setiap rekaan seperti Inspirational Couture (adi busana) turut menjanjikan rekaan pakaian yang eksklusif untuk pelanggan tertentu dengan menggunakan teknik kerja berkualiti dan serta pilihan fabrik yang bermutu tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia.

Menurut Norazizah, bagi memastikan produk dihasilkan menepati citarasa pelanggan yang pelbagai, Mylea dimantapkan lagi dengan tenaga kerja mahir dan berprofil tinggi sebenarnya juga merupakan `pusat sehenti' terbaik daripada segi pilihan produk yang pelbagai, khidmat rundingan fesyen, tempahan pakaian dan penghantaran percuma.

Katanya, di samping itu, pihak syarikat turut menerapkan konsep perniagaan yang sistematik dan profesional khas untuk para pelanggan.

Berdasarkan kajian dibuat oleh Mylea sendiri, ia telah berjaya menemui satu konsep bermula daripada pemilihan fabrik, konsep pakaian, reka bentuk, khidmat tempahan sehingga penghantaran ke pintu rumah.

Semua perkhidmatan ini terletak di bawah satu bumbung bagi memastikan setiap pelanggan kami mendapat pakaian gaya eksklusif di mana setiap pakaian adalah 100 peratus dihasilkan oleh Mylea," katanya yang komited fesyen dan jenis fabrik yang digunakan mampu menawan hati pelanggan.

Norazizah menjelaskan, Hoody dibuat mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh MY Lea De Bayu dan tenaga kerja yang berpengalaman dan mahir serta berpengalaman.

Jaminan kami adalah reka bentuk eksklusif dan dibuat sepenuhnya oleh Mylea terus dari studio kami," katanya sambil menambah, pihak syarikat turut menawarkan reka bentuk fesyen, khidmat perundingan selain pakaian adat, sulaman manik dan rundingan imej.

Sementara itu, Norazizah menjelaskan, pihaknya sedang mencari wakil pengedar berkonsepkan '1 Daerah 1 Pengedar' sebagai kaedah pemasaran di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Katanya, kelebihan menyertai skim tersebut adalah menikmati diskaun antara satu hingga 40 peratus (Platinum) dan 30 peratus diskaun (Emas) sehingga 30 Jun ini.

Beliau menambah, selain itu, pihaknya akan memilih mereka yang mencatat jualan tertinggi dan memberikan ganjaran berbentuk wang tunai dan tiket percutian bagi tempoh setiap empat bulan.

Untuk keterangan lanjut dan menjadi pengedar boleh hubungi 09-5134444, 03-89202954, 019-9880010, 019-9281345 atau layari www.mylea.com.my.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Pencawang telekomunikasi punca masalah elektrik?

Posted: 26 May 2014 12:08 PM PDT

Abdul Hadi Elias menunjukkan kesan terbakar pada kotak suis elektrik di rumahnya yang telah diperbaiki ketika ditemui di Taman Mewah, Labis, kelmarin. - UTUSAN/MOHAMED SAARI

LABIS 26 Mei - Penduduk Taman Mewah dekat sini mendakwa pemancar telekomunikasi yang terletak berhampiran taman perumahan mereka menjadi punca masalah bekalan elektrik di kawasan itu, malah turut beranggapan insiden disambar petir yang berlaku baru-baru ini juga berkaitan dengannya.

Salah seorang penduduk, Abdul Hadi Elias, 78, mendakwa, sambaran petir pada malam 21 Mei lalu menyebabkan pendawaian elektrik di beberapa rumah rosak yang turut menyebabkan penduduk terkejut dengan bunyi dentuman kuat dan kaca berderai.

"Ketika kejadian, hujan renyai-renyai dengan kilat sabung menyabung, saya sedang makan di dapur dan menyangka hanya berlaku terputus bekalan elektrik seperti mana biasa dialami sejak bertahun lalu. Rupa-rupanya kesemua mentol dan lampu yang terdapat di rumah saya pecah.

"Ketika itu juga saya terbau benda hangit seperti wayar terbakar dan mendapati kotak pengagihan elektrik yang terletak di ruang tamu terbakar selain fius pada meter tertanggal dan tercampak kira-kira lima meter," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Cucunya, Nurul Nadrah Masri, 19, berkata, ketika kejadian dia berada di beranda dan turut mengalami kecederaan apabila serpihan kaca lampu terkena pada tangannya.

Menurut Nurul Nadrah, beberapa hiasan kaca di dinding rumah juga terjatuh serta pecah dan dia bersama datuknya terpaksa menumpang tidur di rumah saudara terdekat pada malam kejadian.

Utusan Malaysia difahamkan beberapa rumah jiran yang berhampiran juga mengalami nasib yang sama dan sebahagian daripada mereka terpaksa mengeluarkan belanja sendiri sehingga RM3,300 untuk membaiki sistem pendawaian rumah selain menukar lampu, kipas dan peralatan elektrik.

Penduduk percaya sambaran petir berlaku kerana menara telekomunikasi itu berada kurang 100 meter dari taman perumahan tersebut. Pembinaannya beberapa tahun lalu mendapat bantahan penduduk kawasan sekitar.

Seorang lagi penduduk, Noor Atiqah Jaafar, 43, berkata, anak-anaknya seperti trauma terutamanya ketika hujan lebat kerana rumah mereka bergegar dengan kuat semasa kejadian tersebut berlaku.

"Keesokan paginya, anak-anak saya tidak bersekolah kerana mereka tidak dapat tidur semalaman dan keletihan. Sejak adanya pencawang tersebut, kejadian terputus bekalan elektrik berlaku dengan kerap dan saya meminta perkara ini diselesaikan oleh pihak berwajib sebelum bertambah teruk," katanya.

Penjenayah 'Geng Mat Top' tumpas

Posted: 26 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
utusanjohor@utusan.com.my

BATU PAHAT 26 Mei - Polis menumpaskan kumpulan penjenayah dikenali sebagai 'Geng Mat Top' yang aktif mencuri motosikal sejak awal tahun ini di beberapa kawasan di daerah ini, berikutan tertangkapnya 12 anggota kumpulan itu baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, suspek berusia lingkungan 16 hingga 29 tahun itu ditangkap dalam beberapa serbuan di sini sejak 18 Mei lalu.

Beliau berkata, tiga suspek dipercayai terlibat mencuri motosikal, manakala enam orang pula merupakan pembeli dan tiga orang menjadi orang tengah dalam urusan jual beli kenderaan curi tersebut.

"Kegiatan mereka terbongkar apabila salah seorang suspek yang berusia 22 tahun ditangkap di tempat letak motosikal di pusat beli-belah Square One di sini berdasarkan risikan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ)," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, di sini hari ini.

Menurut Din, hasil siasatan terhadap suspek, polis berjaya mengesan dan menahan beberapa rakannya yang terlibat dalam jenayah itu serta merampas semula tiga buah motosikal yang dilaporkan dicuri sebelum ini bersama komponen tiga buah lagi motosikal yang sudah dileraikan.

Ujar beliau, modus operandi penjenayah itu ialah mengagihkan beberapa tugas kepada ahli kumpulannya seperti mencari sasaran lokasi mencuri, pembeli dan tukang lerai komponen motosikal untuk dijual.

"Siasatan juga mendapati salah seorang daripada mereka mempunyai satu rekod jenayah lampau dalam kegiatan sama pada 2009. Kita percaya dapat menyelesaikan 12 kes kecurian motosikal dengan 11 kes di daerah ini dan satu kes di Yong Peng sejak awal tahun ini berikutan tertumpasnya kumpulan ini.

"Kesemua suspek sedang direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam curi kenderaan bermotor," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


SPA perkenal peperiksaan atas talian

Posted: 27 May 2014 02:51 AM PDT

PUTRAJAYA 27 Mei - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melaksanakan kaedah peperiksaan secara atas talian bagi memilih calon berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong dalam sektor awam bermula hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kaedah berkenaan dibuat bagi memudahkan calon mengambil peperiksaan tanpa perlu hadir ke pusat peperiksaan tertentu seperti sebelum ini.

Beliau berkata, menerusi transformasi berkenaan, SPA dapat menjimatkan kos pengurusan peperiksaan berbanding cara tradisi termasuklah perbelanjaan seperti kertas jawapan dan buku soalan dengan nilai penjimatan sebanyak RM2.5 juta setahun.

``Ia membolehkan orang ramai menduduki peperiksaan bertulis untuk memasuki skim perkhidmatan awam di mana saja mereka berada iaitu di rumah, pejabat atau luar negara.

``Masa yang ditetapkan untuk peperiksaan berlangsung juga serentak dan mereka akan menerima nombor giliran sebelum menduduki peperiksaan," katanya pada sidang akbar Majlis Pelancaran Sistem Peperiksaan Online di sini hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun turut hadir bagi menyempurnakan majlis pelancaran tersebut. - UTUSAN ONLINE

65,000 guru BI akan dilatih semula - TPM

Posted: 27 May 2014 02:41 AM PDT

Oleh MOHD KHAIRUL MOHD ALI

JOHOR BAHRU 27 Mei - Kementerian Pendidikan bercadang melatih semula sehingga 65,000 guru subjek Bahasa Inggeris (BI) pada masa akan datang dalam usaha mempertingkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa antarabangsa itu dalam kalangan generasi muda.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tahun lalu 5,000 guru BI telah dilatih semula manakala tahun ini 20,000 orang akan dilatih dalam usaha melaksanakan hasrat tersebut.

Menurutnya, usaha itu penting dalam meningkatkan mutu dan kualiti BI seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

"Selain itu, pihak kementerian turut memberi fokus kepada peningkatan penguasaan subjek Sains dan Matematik dalam kalangan pelajar," katanya yang berucap sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Sekolah Tun Fatimah (STF) 2014 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

83.66 peratus keluar mengundi setakat pukul 2 petang

Posted: 26 May 2014 11:50 PM PDT

Oleh SAYED HESHAM IDRIS

TELUK INTAN 27 Mei - Sejumlah 83.66 peratus atau 343 daripada 410 pengundi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan telah mengundi setakat pukul 2 petang ini.

Proses pengundian bermula pada pukul 8 pagi di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Nelayan bantah tutup lombong

Posted: 26 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh ASLIZA MUSA
utusanperak@utusan.com.my

Sebahagian nelayan yang membuat bantahan ekoran lombong tempat mereka mencari rezeki diambil alih dan dipagar oleh pihak tertentu di Bandar Baru, Kampar, Perak, kelmarin.

KAMPAR 26 Mei - Kesal dengan tindakan pihak tertentu yang mengambil alih dan memasang pagar beberapa kawasan lombong di Malim Nawar di sini, menyebabkan kira-kira 20 nelayan bertindak mengadakan bantahan semalam.

Golongan yang menjadikan kawasan lombong itu sebagai sumber pencarian sejak 20 tahun lalu menyifatkan tindakan tidak bertanggungjawab pihak berkenaan tersebut sebagai menutup punca rezeki mereka.

Bantahan yang diadakan pada pukul 10 pagi di hadapan lombong berkenaan bertujuan mendapatkan semula hak kumpulan nelayan itu bagi menangkap ikan di lima buah lombong yang sebelum ini mendapat keizinan daripada Jabatan Perikanan Perak.

Seorang nelayan, Ahmad Nazri Zadain, 52, berkata, dia yang telah menangkap ikan di lombong berkenaan sejak lama dahulu kecewa apabila lombong yang pada mulanya berjumlah 200 buah sekitar tahun 80-an sedikit demi sedikit diambil alih oleh pihak tertentu hingga kini menjadi lima buah lombong.

Katanya, lombong biji timah itu diambil alih oleh pihak berkenaan untuk dijadikan kawasan penternakan itik dan penanaman sayur.

"Sejak dua bulan lalu kami sering dihalau dan ada juga yang ditangkap kerana dituduh menceroboh kawasan persendirian sedangkan berpuluh tahun kami mencari rezeki di sini tanpa ada sebarang sekatan daripada mana-mana pihak.

"Jika yang ini (lima lombong) juga diambil oleh mereka, bagaimana kami hendak mencari sumber pendapatan bagi menyara keluarga yang rata-rata mempunyai anak yang masih bersekolah.

"Lebih mengecewakan lagi apabila ada antara rakan-rakan yang dipukul dan hasil tangkapan mereka dirampas tanpa mendapat sebarang pembelaan daripada mana-mana pihak," katanya ketika ditemui.

Bagi Zamri Hazran, 61, sebelum ini mereka telah mendapatkan lesen kebenaran untuk menangkap ikan dari Jabatan Perikanan Perak namun aktiviti itu masih disekat dan perkara itu kemudiannya di rujuk ke Pejabat Tanah dan Daerah Kampar.

Bagaimanapun katanya, usaha mereka itu hanya sia-sia apabila jabatan kerajaan itu memberi tempoh masa yang lama bagi menyelesaikan masalah tersebut.

"Berulang kali saya merujuk perkara ini kepada mereka tetapi memberi tempoh yang lama dalam menyelesaikan perkara ini.

"Bagaimanapun, apabila kami mendesak pihak berkenaan, mereka mengatakan kawasan lombong tersebut adalah tanah hak milik Sultan dan perlu mendapat kebenaran baginda untuk menangkap ikan di sini," katanya.

Penduduk rayu pemaju baiki jalan rosak

Posted: 26 May 2014 12:08 PM PDT

ALOR SETAR 26 Mei - Kira-kira 300 penduduk di Kampung Masjid dan Kampung Pekan di Mukim Kubang Rotan di sini, membantah kemasukan lori tanah yang didakwa menyebabkan jalan utama kawasan tersebut rosak.

Penduduk mendakwa aktiviti keluar masuk lori tanah ke kawasan tapak projek pembinaan perumahan yang bermula pukul 8 pagi hingga 7 petang itu menyebabkan kerosakan jalan hampir satu kilometer.

Penduduk, Hanisah Mohamad, 50, berkata, projek tersebut telah dijalankan selama lima bulan namun kerosakan jalan menjadi ketara sejak sebulan lalu.

"Sebelum projek ini bermula, jalan di sini elok sahaja, bertar tetapi sekarang apabila lebih 20 lori keluar masuk setiap hari jalan jadi berlubang dan saliran air di sawah berhampiran juga pecah.

"Bukan itu sahaja, lori yang lalu di sini juga seolah-olah tidak memikirkan keselamatan penduduk apabila mereka pandu dengan laju," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Tambah Hanisah, pengguna jalan tersebut terutama penunggang motosikal dan basikal kerap kali terjatuh akibat keadaan jalan yang tidak rata serta berlopak.

Seorang pelajar, Nur Amira Ismadi, 15, berkata, dia yang menjadikan laluan tersebut untuk ke sekolah perlu lebih berhati-hati sekiranya bertembung dengan lori tanah.

"Setiap kali lori lalu saya kena beri laluan untuk lori jalan dahulu kalau banyak kenderaan itu maka lamalah kena tunggu.

"Saya amat berharap pihak pemaju dapat membaiki jalan tersebut seperti asal untuk kemudahan penduduk kerana ini jalan utama untuk pelajar ke sekolah," katanya.

Sementara itu, wakil penduduk di kawasan tersebut, Sharifah Salwa Syed Mansor memberitahu, satu pertemuan dengan pihak pemaju telah dibuat hari ini dan pemaju berjanji akan membaiki jalan tersebut.

Dia berkata, pemaju turut berjanji tidak akan menggunakan jalan tersebut pada waktu pelajar pulang daripada sekolah dan akan menyiram air ke atas jalan untuk mengelak debu.

Katanya, penduduk juga telah memohon agar pemaju membuat surat yang menyatakan mereka akan membaiki jalan tersebut supaya masalah sama tidak berulang.

"Sebelum ini pemaju pernah berjanji untuk baiki jalan namun hanya separuh dibaiki dan rosak kembali. Sebab itulah kami mohon mereka buat surat," katanya.

Bagaimanapun, wakil pemaju ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan memaklumkan dia kini berada di luar kawasan.

Primax 95 baharu dilancar di enam lokasi

Posted: 26 May 2014 12:08 PM PDT

PERMATANG PAUH 26 Mei - Petronas Dagangan Berhad (PDB) melancarkan petrol Primax 95 baharu dengan Advanced Energy Formula bagi menggantikan Petronas Primax 95 xtra di seluruh negara mulai hari ini.

Pengurus Besar Bahagian Perniagaan Gas Petroleum Cecair (LPG) PDB, Nik Faizanira Nik Mohamed Affandi berkata, pelancarannya dibuat di enam lokasi serentak iaitu di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Terengganu, Johor, Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, Primax 95 baharu itu dihasilkan menerusi kejayaan kejuruteraan Petronas dalam membangunkan teknologi bendalir automotif yang membawa kejayaan kepada pasukan Mercedes AMG Petronas Formula One dalam perlumbaan Formula One pada tahun ini.

"Primax 95 baharu ini berfungsi membersihkan enjin untuk mengoptimumkan penghantaran petrol, menghasilkan semburan petrol yang lebih halus bagi menambah baik pembakaran dan pelepasan tenaga.

"Ia mengurangkan geseran untuk meminimumkan kehilangan tenaga dan menjimatkan petrol," katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran Petronas Primax 95 baharu Advanced Energy Formula di stesen Petronas Bandar Sunway di Seberang Jaya, di sini hari ini.

Nik Faizanira berkata, Primax 95 baharu ini dijual pada harga kawalan petrol RON 95 di semua stesen minyak Petronas di seluruh negara.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved