Sabtu, 29 Mac 2014

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Bekas Ketua Pasukan Pertahanan Australia dilapor bakal ketuai misi mencari

Posted: 29 Mar 2014 07:20 PM PDT

PERTH 30 Mac - Bekas Ketua Pasukan Pertahanan Australia, Angus Houston dilapor akan mengambil alih tugas penyelerasan misi antarabangsa mencari pesawat MH370.

Syarikat penyiaran Australian Broadcasting Corporation (ABC) hari ini melaporkan, Houston akan mengetuai pusat penyelarasan kerjasama antara agensi yang baharu sebaik ditubuhkan di Perth.

Akhbar Sydney Daily Telegraph pula melaporkan, tugas Houston bukan sahaja mengetuai misi mencari, malah menyelaras hubungan diplomatik dengan negara yang terlibat dalam operasi itu iaitu Malaysia, China, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand. - AFP

MH370: Beberapa objek yang ditemukan bukan serpihan pesawat

Posted: 29 Mar 2014 07:18 PM PDT

SYDNEY 30 Mac - Beberapa objek yang ditemukan oleh kapal di Lautan Hindi, disahkan bukan serpihan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu, lapor Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) hari ini.

AMSA dalam kenyataannya berkata, objek terbabit yang diangkat oleh kapal China dan Australia, dikenal pasti sebagai peralatan untuk menangkap ikan atau sampah.

Bagaimanapun, AMSA tidak menyatakan jumlah atau lokasi tepat objek berkenaan ditemukan. - DPA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pasangan lega hukuman dikurangkan

Posted: 29 Mar 2014 11:28 AM PDT

Oleh FAIZAH IZZANI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 29 Mac - Pasangan Azizul Raheem Awaludin dan Shalwati Nor Shal yang dijatuhkan hukuman penjara di Stockholm, Sweden kerana didakwa mendera anak-anak mereka, lega apabila dimaklumkan Mahkamah Daerah Solna bahawa mereka hanya perlu menjalani satu pertiga daripada jumlah hukuman yang diputuskan semalam.

Perkara itu disahkan Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat yang berkata, Azizul Raheem kini hanya perlu menjalani hukuman penjara selama tiga bulan manakala Shalwati pula enam bulan.

"Seorang wakil keluarga mereka memaklumkan kepada saya bahawa pasangan tersebut lega dan menganggap pengurangan hukuman itu satu rahmat besar.

"Sebaik dibebaskan pada Jun (Azizul Raheem) dan September (Shalwati) nanti, saya dimaklumkan pasangan itu akan terus pulang ke Malaysia untuk bertemu dengan anak-anak mereka," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Azizul Raheem dan Shalwati masing-masing dijatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan dan 14 bulan oleh Mahkamah Daerah Solna semalam kerana mendera anak-anak mereka pada Disember lalu.

Mahkamah juga memerintahkan Shalwati dan Azizul Raheem masing-masing membayar ganti rugi 67,200 SEK (RM33,900) dan 36,400 SEK (RM18,362) kepada empat anak mereka.

Berikutan penahanan pasangan itu, empat anak mereka diletakkan di bawah jagaan sementara keluarga angkat bukan Islam di Sweden sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Kini, keempat-empat anak pasangan itu diletakkan di bawah jagaan ibu saudara mereka di Wakaf Tok Wali, Melor, Kelantan.

Khairul Anwar berkata, selain hukuman penjara yang berkuat kuasa dari tarikh pasangan itu direman, pihaknya difahamkan pengurangan tersebut juga dibuat berdasarkan perkembangan semasa dan kes-kes seumpama itu di Sweden sebelum ini.

Beliau berkata, pasangan tersebut juga reda dengan keputusan mahkamah yang memutuskan mereka bersalah dan sanggup mengharungi hukuman tersebut demi mendidik anak-anak mereka menjadi insan soleh.

Katanya, kes pasangan tersebut juga menjadi pengajaran kepada rakyat negara ini agar memahami undang-undang negara lain ketika bertugas atau berada di luar negara.

Kejadian yang menimpa Azizul Raheem dan Shalwati itu telah mengejutkan beberapa pakar hak asasi kanak-kanak di Sweden serta mencetuskan kemarahan penduduk di negara ini yang mana tindakan memukul kanak-kanak bukan satu jenayah.

Sweden merupakan negara pertama di dunia yang mengharamkan tindakan memukul kanak-kanak pada 1979 sebelum diikuti 36 negara lain.

Keluarga syukur mahkamah beri hukuman minimum

Posted: 29 Mar 2014 11:28 AM PDT

KOTA BHARU 29 Mac - Walaupun sedih, keempat-empat anak pasangan Azizul Raheem Awaludin dan Shalwati Nor Shal tabah dan reda menerima keputusan Mahkamah Daerah Solna, Stockholm yang menjatuhkan hukuman penjara terhadap kedua-dua ibu bapa mereka.

Dalam menahan tangisan saat dimaklumkan mengenai keputusan itu, keempat-empat beradik tersebut tetap menzahirkan rasa syukur apabila ibu bapa mereka hanya dikenakan penjara masing-masing 10 dan 14 bulan berbanding hukuman maksimum di bawah pertuduhan tersebut.

Menurut Shaleena, 43, adik kepada Shalwati, ketika dia memaklumkan kepada keempat-empat anak saudaranya itu mengenai keputusan tersebut, mereka hanya tunduk sayu dan pada masa itu kelihatan air mata mula mengalir terutamanya Aishah, 15, dan Ammar, 13.

"Mereka sedih, namun tetap tabah menerima keputusan itu. Walaupun dalam keadaan sedih, Ammar mengucap kata syukur, ibu bapa tidak dikenakan hukuman penjara dalam tempoh lebih lama," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Wakaf Tok Wali, Melor di sini hari ini.

Semalam Mahkamah Daerah Solna, Stockholm, menjatuhkan hukuman penjara masing-masing 10 dan 14 bulan kepada pasangan Azizul Raheem dan isteri, Shalwati atas pertuduhan mencabul integriti kanak-kanak dengan memukul dan mendera.

Tambah Shaleena, dia dan keluarga turut menasihati keempat-empat beradik tersebut supaya tidak menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku terhadap kedua-dua ibu bapa mereka.

Katanya, dalam situasi itu, Ammar sering kali menyalahkan diri sendiri apabila mengatakan dia adalah punca semua permasalahan terjadi.

"Kami sekeluarga sering menasihati mereka supaya tidak menyesal kerana apa yang berlaku itu bukan salah mereka," katanya.

Sementara itu, kata Shaleena, seluruh ahli keluarga sebelum ini sudah menjangkakan mengenai keputusan tersebut berasa lega mahkamah mengenakan hukuman minimum kepada pasangan berkenaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pahang anjur tilawah kebangsaan

Posted: 29 Mar 2014 11:28 AM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIBLAN
Nahar.latib@utusan.com.my

Sultan Ahmad Shah diiringi oleh Adnan Yaakob (dua kanan) bersalaman dengan orang ramai semasa hadir pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kali Ke-57 di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 29 Mac - Pahang akan menjadi tuan rumah majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan Ke-57 pada Mei ini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, majlis tersebut akan diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah selama lima hari bermula 13 Mei ini.

"Kita di peringkat kerajaan negeri akan berusaha menjadikan majlis ini sempurna dari segi persiapan dan sebagainya," katanya dalam majlis Tilawah al-Quran Peringkat Negeri di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini kelmarin.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan merasmikan majlis tilawah al-Quran tersebut.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Sementara itu, Adnan berkata, beliau berbangga dengan pencapaian qari dan qariah Pahang yang bertanding di peringkat kebangsaan.

"Kalau dahulu Pahang bukan antara yang terbaik tetapi kini kita semakin menyerlah di peringkat kebangsaan dalam pertandingan ini," katanya.

Promosi ekopelancongan peringkat global dipergiat

Posted: 29 Mar 2014 11:28 AM PDT

TEMERLOH 29 Mac - Rangka kerja promosi di Berlin, Jerman selama lima hari baru-baru ini berjaya mengetengahkan keistimewaan negeri ini dan Malaysia amnya sebagai destinasi menarik kepada pengusaha pelancongan dunia yang berkumpul di bandar raya berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, dalam misi diketuai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz itu, ramai pengusaha antarabangsa memberi maklumbalas sangat baik kepada usaha kerajaan itu.

Berikutan itu, jelasnya, mereka memberi jaminan akan membantu untuk menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia melawat ke negara ini yang diakui mempunyai keunikan budaya di samping keindahan semula jadi yang memukau.

"Pada masa sama, promosi berasaskan ekopelancongan bagi negeri ini akan terus dipergiat ke peringkat global bagi menarik lebih ramai pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

"Promosi terancang itu akan memberi impak besar terhadap sasaran kerajaan negeri menarik kedatangan 10.5 juta pelancong dengan pendapatan RM7.5 bilion," katanya selepas mengunjungi bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Mentakab, Abdul Aziz Mohd Akil, 84, yang terlantar sakit tua di rumahnya di Kampung Tanjung Kerayong dekat sini, semalam.

Jelas beliau, tumpuan promosi selepas ini bukan sahaja di negara tradisi seperti Singapura, China, Indonesia dan Jepun tetapi melangkau jauh ke Eropah, Jerman dan negara Asia Barat.

Menurutnya, promosi pelancongan ke Singapura baru-baru ini disifatkan sangat berjaya kerana ramai yang menaruh minat untuk mengunjungi aset pelancongan istimewa di negeri ini.

"Promosi berterusan itu telah membuktikan arah aliran kehadiran pelancong Singapura dalam tempoh tiga bulan ini semakin meningkat.

"Antara faktor tarikan utama pelancong Singapura ke Pahang ialah kerana perbelanjaan yang murah, tarikan dari segi makanan serta banyak tempat pelancongan yang boleh dilawati.

"Kerajaan negeri optimis strategi promosi yang tersusun akan memberi pulangan yang berganda apabila dapat menarik pelancong asing menjadikan Pahang sebagai destinasi pelancongan mereka," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Mahu tambah berat badan

Posted: 29 Mar 2014 05:48 AM PDT

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
Gambar FARHAN RAZAK (PELATIH PERETAK)

BAKAL tampil dengan single baharu, Halusinasi.

JIKA pergi ke Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, jangan asyik nak membeli-belah sahaja. Sesekali cubalah ke tingkat lapan untuk membina stamina kerana di situ terdapat gimnasium yang serba lengkap dengan peralatan yang diimport dari Itali dan Amerika Syarikat.

Salah seorang yang sering berkunjung ke situ adalah Nurshiha Mohd. Zikir, 27, peserta Mentor musim kelima yang juga protege kepada Datuk Sharifah Aini.

"Seminggu, hampir empat kali saya datang ke sini. Selalunya, pukul 2 petang dan saya akan buat latihan selama dua jam lebih dengan bantuan jurulatih Gillian atau sendirian.

"Saya pilih tempat ini sebab selesa dan yang penting tidak perlu berbaris panjang untuk menggunakan sesuatu peralatan kerana di sini terdapat pelbagai jenis peralatan," katanya yang memulakan aktiviti regangan dengan melakukan latihan menggunakan peralatan TRX.

Tambah Shiha, sebelum ini dia pernah menyertai gimnasium di tempat lain tetapi menarik balik keahlian kerana di tempat itu terlalu ramai peserta.

Katanya, jika orang lain melakukan latihan di gimnasium untuk mengurangkan berat badan, dia pula mahu membina dan menambah berat badan. Selepas menyertai gimnasium sejak beberapa bulan lalu, jelas Shiha, berat badannya naik satu kilogram (kg) iaitu daripada 45 kg kepada 46 kg.

"Tak semestinya orang kurus tidak boleh melakukan latihan di gimnasium. Saya buat latihan sebab nak lengan nampak keras tetapi tidaklah sampai berotot. Sebab itulah, kalau angkat berat pun saya ambil yang ringan.

"Saya mahu bahagian lengan atau paha nampak padat supaya tidak menggeleber tetapi tidaklah sampai nampak berotot macam ahli bina badan," katanya terus terang.

Oleh kerana Shiha puas hati dengan kemudahan dan pakej yang disediakan di gimnasium tersebut, dia terus mendaftar sebagai ahli untuk tempoh dua tahun.

Katanya, semua jurulatih yang membantu ahli adalah yang bertauliah dan selain itu sesiapa yang memerlukan khidmat nasihat tentang nutrisi juga akan dibantu.

"Bayaran di sini tidak mahal kerana saya telah buat perbandingan dengan beberapa gimnasium sebelum menyertainya. Di sini, ada beberapa pakej dan khidmat nasihat tentang pemakanan.

"Bercerita tentang bab makanan, setiap hari saya mesti makan nasi. Sebab itulah, saya tidak boleh diet macam orang lain," ujarnya yang tetap mengambil berat tentang soal makanan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Google perkenal cermin mata internet

Posted: 29 Mar 2014 05:48 AM PDT

cERMIN mata internet daripada Google dihasilkan dengan kerjasama pengeluar bingkai terkemuka dunia.

BERITA baik untuk mereka yang berkaca mata kerana pihak Google kini telah pun bekerjasama dengan pembuat bingkai kaca mata daripada jenama terkenal, Ray-Ban dan Oakley untuk menghasilkan kaca mata internet yang lebih bergaya.

Kerjasama terbaru antara Google dan syarikat pembuat kaca mata dari Itali, Luxottica Group itu merupakan usaha terbaru Google untuk mengembangkan lagi teknologi Google Glass bagi memastikan orang ramai dapat menggunakan perkhidmatan internet di mana sahaja mereka berada.

Sebelum pengumuman tersebut, Google turut mendedahkan bahawa pembuat aksesori fesyen, Fossil Group juga diumumkan sebagai rakan kerjasama dalam penghasilan jam tangan internet mudah alih yang membolehkan orang ramai menggunakan perisian Android Google yang dihubungkan kepada telefon bimbit.

Dengan kerjasama itu, Luxottica Group akan menghasilkan bingkai kaca mata berharga RM4,955 yang dilengkapi dengan peranti komputer Google Glass termasuk skrin bersaiz mini di cermin mata kanan pemakai yang membolehkan mereka melihat kandungan internet dan kamera yang boleh mengambil gambar serta video tanpa menggunakan tangan.

Setakat ini, Google menjual kaca mata Google Glass hanya kepada kumpulan terpilih yang dikenali sebagai Explorers yang didapati sangat fanatik untuk memakai kaca mata futuristik itu yang kelihatan seperti cyborg.

Dalam pada itu, Luxottica Group juga dijangka membantu Google memperluaskan pasaran penjualan kaca mata tersebut di 5,000 buah kedai milik syarikat Luxottica Group di Amerika Syarikat sebelum menembusi pasaran dunia.

Bagaimanapun, Google masih belum memaklumkan

bila kaca mata Google Glass itu akan dijual secara meluas biarpun lebih 10,000 orang telah pun memilikinya terutama daripada kumpulan Explorers.

Selain langkah kerjasama itu, Google turut melancarkan empat bingkai kaca mata

yang boleh dilengkapi dengan kanta Google Glass yang lebih praktikal dengan kos tambahan sebanyak RM743 pada Januari lalu.

Dalam pada itu, harga untuk setiap model kaca mata yang dihasilkan oleh Luxottica Group tidak akan diumumkan sebelum ia dijual di cawangan kedai Luxottica Group. Jenama lain milik syarikat tersebut seperti Vogue Eyewear, Persol, Oliver Peoples, Alain Mikli dan Arnette juga akan dihasilkan dengan gabungan kaca mata Internet, Google Glass. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


"Pembunuhan beramai-ramai" di Mesir

Posted: 29 Mar 2014 11:28 AM PDT

Ku Seman Ku Hussain

Rakyat Mesir telah bangkit menentang campur tangan politik ke atas institusi kehakiman yang membawa kepada hukuman mati 529 penyokong Mursi Selasa lalu.

KETIKA seluruh dunia bersimpati di atas tragedi kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk anak kapal, 529 orang di Mesir dihukum mati dalam perbicaraan yang paling singkat di sebuah mahkamah di Minya, selatan Kaherah Selasa lalu.

Malah pada masa hampir semua pemimpin di dunia mengerahkan pasukan mencari dan menyelamat mengesan pesawat itu, pemimpin Mesir memperalatkan mahkamah untuk menghalalkan pembunuhan beramai-ramai terhadap musuh politik.

Dalam keadaan dunia menangisi 239 nyawa yang terkorban dalam tragedi paling misteri dalam sejarah penerbangan, di sebuah negara Islam yang bertamadun tinggi pula 529 nyawa menjadi begitu murah.

Walaupun semua tertuduh yang dihukum mati belum menjalani hukuman tetapi ruang rayuan telah ditutup dan keputusan telah dimuktamadkan. Dalam perbicaraan yang paling singkat iaitu dua hari dan penghakiman kurang lima minit, 529 penyokong bekas Presiden Mesir, Mohamad Mursi berada di penghujung hayat.

Pemimpin tentera yang menggulingkan Mursi tahun lalu, Abdel Fattah al-Sisi telah mengembalikan Mesir sebagai negara tentera yang mendapat sokongan Amerika Syarikat (AS). Untuk rekod, sebelum ini AS menyalurkan sebanyak AS$2 bilion (RM6.4 bilion) setahun kepada Mesir sebagai imbuhan memeterai perjanjian damai dengan Israel era Anwar Shadat dan menindas Palestin. Tetapi AS$1.3 bilion (RM4.16 bilion) daripada pembiayaan itu digunakan untuk memperkukuhkan angkatan tentera Mesir.

Mursi yang mewakili gerakan Islam, Ikhwanul Muslimin menjadi Presiden Mesir pertama bukan tentera yang dipilih dalam pilihan raya bebas. Presiden Mesir sebelum ini seperti Gamal Abdel Nasser (22 Februari 1958 - 28 September 1970), Anwar Shadat ( 2 September 1971 - 14 Oktober 1981), Hosni Mubarak ( 4 November 1981 - 11 Februari 2011) adalah pemimpin tentera.

Semua tertuduh yang dihukum mati adalah penyokong Mursi yang menentang pencabulan demokrasi oleh tentera. Ini adalah lanjutan daripada pengharaman Ikhwanul Muslimin selepas Mursi digulingkan.

Hukuman mati yang mencatat titik hitam dalam institusi kehakiman Mesir membuka topeng sebenar Abdel Fattah yang menjadi proksi AS untuk menyusun atur politik negara itu. Malah hukuman yang disifatkan oleh pemerhati politik sebagai pembunuhan beramai-ramai" ini menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi kehakiman negara itu.

Pesalah

Jumlah pesalah yang dihukum mati kali ini mengatasi rekod yang sedia ada. Pada era Hosni Mubarak tahun 1990-an sebanyak 106 orang dihukum mati oleh mahkamah tentera. Maknanya kecenderungan memperalatkan mahkamah untuk melakukan pembunuhan beramai-ramai" adalah modus operandi dalam kalangan pemimpin boneka AS di Mesir.

Mursi yang dipenjarakan sejak digulingkan beberapa bulan lalu juga dinafikan hak untuk mendapatkan keadilan. Mursi juga dijangka akan dihukum mati di atas tuduhan membunuh yang sengaja dicipta untuknya. Ini mengesahkan kedudukan institusi kehakiman berada bawah pengaruh politik, dikuasai dan diperalatkan untuk kepentingan pemimpin.

Khamis lalu pula Ketua Pendakwaraya mendakwa 919 tertuduh di mahkamah di atas tuduhan yang sama; mencetuskan rusuhan, merosakkan harta benda awam dan mengakibatkan seorang polis maut. Difahamkan sebahagian besar yang didakwa juga akan dijatuhkan hukuman mati.

Akibat campur tangan politik ke atas institusi kehakiman, Ikhwanul Muslimin akan menjadi bertambah garang dan bersemangat sekalipun diharamkan oleh Abdel Fattah. Sebelum ini pun pada era Hosni Mubarak, Ikhwanul Muslimin telah diharamkan kerana pengaruhnya yang besar dalam kalangan rakyat.

Nampaknya tidak ada apa lagi yang boleh dipercayai di Mesir. Sistem demokrasinya korup, dipulihkan oleh Mursi tetapi akhirnya kembali seperti asal oleh Abdel Fattah. Begitu juga dengan institusi kehakiman yang menafikan keadilan serta diperalatkan secara tidak berperikemanusiaan.

Mimpi pejuang Arab Spring hanya tinggal mimpi. Malah menggulingkan Hosni Mubarak bukanlah kejayaan kerana boneka itu tidak diperlukan lagi oleh AS. Akhirnya menjadi mimpi lebih buruk apabila AS meletakkan boneka baharunya, Abdel Fattah. Keadaan menjadi seperti asal di mana semua presiden Mesir dalam kalangan pemimpin tentera yang mendapat sokongan AS.

Dalam pilihan raya Jun 2012, Mursi memenangi 52 peratus undi. Tetapi sebenarnya hanya mendapat sokongan satu perempat daripada 50 juta rakyat Mesir yang layak mengundi. Bagaimanapun jatuhnya Hosni Mubarak bukanlah berakhir pemerintahan diktator.

Kejatuhan

Malah kejatuhan Mubarak bukan hasil kebangkitan rakyat. Rakyat diperdayakan oleh AS seolah-olah berjaya menukar diktator kepada pemimpin yang dipilih menerusi sistem pilihan raya yang bebas. Tetapi yang sebenarnya gerakan menjatuhkan Mubarak dipersiapkan oleh AS sejak 2008 lagi. Buktinya pada 2008 aktivis gerakan massa dari Mesir berhimpun di New York pada pelancaran Alliance of Youth Movement (AYM).

AYM memainkan peranan penting dalam menentukan agenda AS di Mesir. Ini adalah perkakas AS untuk menggerakkan rakyat untuk menjatuhkan Mubarak yang sudah tidak diperlukan lagi. Tugas AYM bukan sahaja menjatuhkan Mubarak tetapi mana-mana pemimpin yang tidak sehaluan dengan dasar AS.

Apa itu AYM? Ini sebuah organisasi yang melibatkan aktivis massa bergerak secara terancang dalam talian dan mencatatkan sejarah sebagai yang pertama pada abad ke-21. Jabatan Negara AS berganding dengan gergasi dalam media sosial seperti Facebook, Howcast, MTV, Google dan Youtube menggerakkan AYM untuk mencetuskan gerakan massa.

Tembelang AS dan Abdel Fattah terbongkar. Khamis lalu Abdel Fattah yang mengetuai kerajaan sementara dan Menteri Pertahanan telah meletakkan jawatannya dalam angkatan tentera. Dia mengumumkan akan bertanding sebagai Presiden dalam pilihan raya Mei depan. Ini kerana dalam perlembagaan Mesir tentera dilarang bertanding jawatan Presiden. Tetapi ironinya semua Presiden Mesir adalah tentera kecuali Mursi.

Semasa gerakan menggulingkan Mursi, tentera Mesir telah membunuh lebih 3,000 orang penyokong Mursi sebahagian besar ahli Ikhwanul Muslimin. Bagaimanapun dalam kejadian yang sama 529 penyokong Mursi ditangkap, didakwa dan dihukum mati kerana membunuh seorang anggota polis.

Kalau benarlah institusi kehakiman Mesir bebas daripada tekanan politik, sudah tentu ada tindakan terhadap tentera yang membunuh lebih 3,000 orang penyokong Ikhwanul Muslimin. Bagaimanapun ini tidak berlaku kerana pembunuhan itu adalah arahan Abdel Fattah untuk mematahkan kemaraan Ikhwanul Muslimin.

Analisis Mingguan: BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Posted: 29 Mar 2014 11:28 AM PDT

Nik Aziz dan maaf
Sebagai insan kerdil, Awang tersentuh dengan permohonan maaf bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat atas segala kesilapannya selama 23 tahun menerajui pentadbiran itu. Air matanya bergenang ketika memohon maaf di hadapan jemaah semasa kuliah Subuh, semalam.

Syukur. Beliau yang juga Mursyidul Am Pas, mengambil langkah terpuji. Memohon maaf adalah sebahagian daripada proses penyucian jiwa yang sangat dituntut oleh ajaran Islam.

Awang tidak mahu ulas panjang lebar. Biarlah kita semua mengambil semangat yang betul.

Tidak perlu untuk mengimbas segala kontroversi, kegagalan dan kelemahan beliau serta pendiriannya dalam banyak isu yang dianggap telah memudaratkan kepentingan Islam, lebih-lebih lagi berkaitan perpaduan ummah.

Awang sendiri walaupun selalu menggeleng kepala dengan kenyataan Nik Aziz, sebenarnya sudah lama memaafkan beliau. Siapalah kita untuk terus menghukum beliau yang telah dimamah usia serta semakin uzur. Nik Aziz juga insan biasa yang tidak terlepas daripada salah dan silap. Rata-rata masyarakat apatah lagi penduduk Kelantan tiada masalah untuk memaafkan beliau.

Apa pun, Tok Guru punya jasa dan sumbangan besar yang tidak boleh dinafikan.

Nik Aziz banyak kekuatan. Kepimpinannya membolehkan Pas menguasai Kelantan selama lima penggal dan mengukuhkan parti itu atas cengkaman pengaruh beliau yang dicemburi kawan mahupun lawan. Rekod itu pastinya sukar ditandingi oleh pemimpin lain selepas ini.

Kehidupan yang serba sederhana, tidak dilingkari dengan isu integriti dan moral, menyebabkan ramai pengikut menyayanginya.

Awang berdoa agar Nik Aziz dipanjangkan usia, stabil kesihatannya dan diberikan kekuatan untuk menempuh sisa-sisa usia termasuk boleh terus menyampaikan kuliah Subuh. Semoga perbuatan mulia beliau memohon maaf dengan hati yang jernih dan kudus, dicontohi pemimpin lain.

Terdetik pertanyaan dalam hati, apakah ketua pembangkang, Anwar Ibrahim yang dilaporkan hadir pada sesi kuliah Subuh Nik Aziz semalam, mahu mengambil iktibar.

Awang berdoa agar beliau dibuka pintu hati untuk memohon maaf atas segala keterlanjuran, kesalahan dan dosa. Mudarat yang Anwar bawa kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara jauh lebih besar daripada mana-mana pemimpin di tanah air ini.

Buktilah keberanian untuk membersihkan diri' dan mengambil sikap bertanggungjawab sementara belum terlewat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Malaysia dirundung kesedihan

Posted: 28 Mar 2014 12:28 PM PDT

Kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu masih lagi menjadi tanda tanya dan kita mesti menyokong segala usaha pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan . - GAMBAR HIASAN

PENANTIAN lebih tiga minggu pencarian pesawat MH370 akhirnya terjawab selepas disahkan terhempas di Lautan Hindi. Tidak dapat digambarkan kesedihan yang perlu ditanggung ahli keluarga mangsa, sedangkan kita sebagai rakyat Malaysia turut berasa amat sedih.

Seluruh dunia tidak henti-henti menghulurkan ucapan takziah kepada Malaysia dengan harapan ahli keluarga mangsa dapat mengharungi hari-hari mendatang dengan lebih tabah dan cekal.

Persoalan kehilangan pesawat MH370 semakin menghantui penduduk dunia apabila pesawat berkenaan disahkan terhempas di kawasan terpencil dan jauh daripada sebarang tempat pendaratan.

Seperti biasa, pelbagai spekulasi dimuatnaik di laman sosial yang mempersoalkan kehilangan pesawat sehinggalah mengkritik usaha pencarian kerajaan yang dilakukan secara bersama dengan lebih 20 negara dunia.

Tidak ketinggalan spekulasi yang melibatkan soal politik. Golongan sedemikian tidak sedar perkara paling penting buat masa ini adalah bersatu tanpa mengira bangsa, agama dan juga fahaman politik. Malangnya, ada pihak yang membabitkan tragedi MH370 dengan politik kepartian.

Dalam pada itu, kesungguhan pihak berkuasa dan juga negara lain yang turut membantu misi mencari dan menyelamat (SAR) perlu dipuji. Mereka kini berdepan dengan pelbagai cabaran seperti cuaca buruk yang melanda Lautan Hindi baru-baru ini sehinggakan operasi SAR terpaksa digantung buat sementara waktu.

Seluruh dunia mendoakan yang terbaik agar operasi SAR dapat mengesan kotak hitam bagi merungkai misteri kehilangan pesawat MH370 bersama 239 mangsa yang mana kejadian itu benar-benar membuatkan seluruh rakyat negara ini diselubungi kesedihan yang teramat sangat.

Segala kejadian mempunyai sebab tertentu dan hikmah tersendiri. Kita perlu reda dengan ujian Allah SWT yang melanda negara kini. Perkara paling penting buat masa ini adalah kita terus menyokong dan berdoa operasi SAR berjalan lancar dan dapat menemui serpihan serta kotak hitam agar penyiasatan lanjut dapat dilakukan bagi merungkai misteri kehilangan MH370. Al-fatihah untuk semua mangsa yang beragama Islam dan semoga keluarga mereka tabah menghadapi ujian daripada Yang Maha Esa ini.

AZRIN MUHAMMAD

Kuala Lumpur

Tangani kaki berbau

Posted: 29 Mar 2014 05:48 AM PDT

Masalah kaki berbau boleh menghilangkan keyakinan diri remaja.

BAU kaki merupakan bau yang kurang menyenangkan, bukan sahaja pada diri individu itu sendiri tetapi juga pada diri orang di sekeliling. Justeru itu, masalah kaki berbau tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh mempengaruhi penampilan dan pergaulan seseorang.

Sesiapa sahaja yang mengalami masalah bau kaki busuk atau masam akibat peluh berlebihan yang dijangkiti bakteria pastinya berasa malu dan hilang keyakinan diri untuk melakukan aktiviti seharian.

Malah, orang-orang di sekelilingnya juga pasti berasa kurang selesa dan angkat kaki tatkala baunya terlalu kuat apabila mereka menanggalkan kasut.

Memang tidak dapat dinafikan golongan muda sering mengalami masalah seperti ini kerana gaya hidup mereka yang aktif. Jangan risau! Kamu perlu sedar, bau kaki merupakan satu masalah umum yang sering dialami oleh orang lain juga.

Untuk mencegah masalah ini, .com ada beberapa tip yang boleh kamu ikuti. - DHIYAZULHILMI DAUD

GUNA STOKING BERSIH:

PILIH stoking yang betul. Elakkan memakai stoking yang tidak menyerap peluh dan bersaiz ketat. Ini kerana ia boleh menjadi punca kaki kamu berbau. Pastikan sebelum kamu menyarungnya ke kaki, stoking tersebut tidak lembab kerana stoking lembab boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan seperti bau hapak.

ELAK PAKAI KASUT SAMA:

HINDARKAN daripada memakai kasut tertutup yang sama dalam tempoh lama. Hal ini boleh menyebabkan kaki mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan akibat pembiakan bakteria. Selain itu, sesuaikan jenis kasut dengan kegiatan seharian kamu.

RAWATAN KAKI:

SEKALI sekala, apa kata manjakan kaki kamu dengan mengunjungi spa-spa kecantikan ataupun pusat rawatan

kesihatan dan kecantikan kaki. Dengan membayar perkhidmatan yang disediakan, mereka akan membersihkan kulit-kulit mati yang melekat di kaki kamu dan buat urutan refleksologi bagi melancarkan peredaran darah.

RAJIN BERSIH KAKI:

KETIKA mandi, pastikan kamu menggosok kaki serta celah-celah jari sehingga bersih dengan menggunakan sabun anti bakteria. Paling penting, kamu perlu mencuci kaki secara tetap dan teratur bagi menanggalkan

sisa-sisa sel kulit mati.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Catuan peringkat ke-4 dilaksana

Posted: 28 Mar 2014 12:28 PM PDT

Oleh MOHAMAD HARITH MOHAMAD NIZAR
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 28 Mac - Pelan catuan air peringkat keempat yang melibatkan beberapa kawasan di Lembah Klang akan dilaksanakan mulai 4 April ini.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan memaklumkan, keputusan itu dicapai hasil persetujuan melibatkan SPAN, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, kerajaan negeri Selangor, Lembaga Urus Air Selangor, Majlis Keselamatan Negara dan semua operator dalam mesyuarat pada hari ini.

Katanya, tarikh dan kawasan yang terlibat dengan catuan itu akan dimaklumkan dalam sidang akhbar pada Selasa depan.

"Butiran terperinci mengenai jadual pengagihan air peringkat keempat itu akan dikeluarkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. dalam sidang akhbar tersebut," kata kenyataan itu di sini, hari ini.

Dalam pada itu, SPAN memberitahu, berikutan paras air di tujuh empangan di Selangor yang masih rendah, pelan catuan ketiga yang sedang dilaksanakan ketika ini akan diteruskan sehingga 30 April.

Ujarnya, pelan catuan yang sepatutnya tamat pada 31 Mac ini melibatkan kira-kira 3.6 juta penduduk dan 722,032 kediaman di enam wilayah iaitu Gombak, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Lumpur dan Hulu Selangor.

Katanya, pelan catuan peringkat pertama yang bermula pada 27 Februari lalu dan melibatkan 60,185 rumah di kawasan Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang turut diteruskan. Ia dilaksanakan ekoran penutupan Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi akibat kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat.

Menurut kenyataan itu, Empangan Sungai Selangor yang merupakan empangan bekalan air terbesar di Selangor menerima hujan yang sedikit sejak dua bulan lalu berbanding tahun-tahun sebelum ini.

"Disebabkan jumlah hujan berkurangan sejak pertengahan Januari dan ditambah pula dengan peningkatan pengeluaran air terawat, paras air di semua empangan terus menyusut," jelasnya.

Katanya, sehubungan itu, kerajaan negeri Selangor selaku pihak yang bertanggungjawab dalam mengawal selia sumber air negeri telah memutuskan untuk menambah pengurangan pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor kepada 1,000 juta liter sehari.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Baju t untuk muslimah

Posted: 28 Mar 2014 12:28 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR

Koleksi baju t muslimah kerana labuh menutupi punggung

SEMUA mengetahui bahawa baju t merupakan baju yang selesa dipakai di mana sahaja dan tahan lasak. Bagaimanapun kebanyakan baju t yang terdapat di pasaran tidak cukup labuh menutupi punggung yang sesuai dipakai oleh golongan muslimah.

Baju t biasanya menjadi pilihan ramai untuk dipakai semasa berjalan-jalan, bersiar-siar di taman, membeli-belah, ke pasar, ke sekolah pada hari Sabtu atau ketika pergi bercuti. Namun tidak banyak yang boleh dipilih di pasaran. Selain itu, corak dan warna juga tidak menarik.

Amat peka dengan perkara ini, Ummu Habibah Abd Rahman selaku Pengarah Urusan Global Imtiyaaz Enterprise dan pengeluar koleksi Muslimah4u yang merupakan baju t muslimah telah menghasilkan sebanyak 300 rekaan baju ini.

Menurut pengeluar baju t muslimah nombor satu di Malaysia ini, setiap minggu terdapat tiga hingga empat rekaan dihasilkan. Setiap satu rekaan dibuat untuk 500 helai baju t.

Corak baju juga dipelbagaikan seperti corak bunga, abstrak, jalur, polka dot dan sebagainya. Sesuai dipakai oleh wanita berumur di antara 18 sehingga 50 tahun, banyak saiz boleh didapati daripada xs hingga 4xl pada harga RM55 hingga RM69.

Mempunyai kilang sendiri di Sentul, baju t yang dibuat daripada fabrik kapas dan kapas lycra ini mempunyai potongan yang labuh menutupi punggung dan di atas lutut. Ini memberikan keselesaan kepada si pemakai yang boleh menggayakannya bersama skirt labuh, seluar panjang atau palazzo.

Setiap rekaan dibuat sendiri oleh Ummu Habibah dan diilhamkan daripada blaus yang terdapat di pasaran, majalah dan fesyen luar negara.

Ia juga direka daripada pengalaman sendiri yang susah mencari baju t yang labuh dan memenuhi kehendak muslimah. Pernah menjadi stokis syarikat lain, beliau kemudian memulakan perniagaan sendiri pada tahun 2011.

Selain mempunyai pusat jualan di Pusat Bandar Seri Gombak dan butik di Pusat Perdagangan Selasih (Gombak), Seri Iskandar (Perak) dan Malay Town (Pahang), Ummu mempunyai seramai 300 orang stokis di seluruh negara.

Beliau turut merancang untuk menembusi pasar raya dan membuka butik eksklusif baju t di seluruh Malaysia.

Gaya moden muslimah metropolitan

Posted: 29 Mar 2014 05:48 AM PDT

Golongan muslimah seringkali mengalami kesukaran untuk mencari pakaian yang sesuai untuk digayakan ketika bekerja mahupun menghadiri majlis makan malam yang bersesuaian dengan tuntutan syarak.

Pemilihan busana pastinya akan terarah kepada jubah. Namun pemilihan jubah agak terhad, selain padanan warna yang sama menyebabkan wujud sedikit kebosanan kepada si pemakai.

Bagi memenuhi gaya metropolitan gadis muslimah, alternatif lain perlu dicari. Gaun yang direka khusus bukan sahaja untuk tujuan beribadat tetapi juga untuk aktiviti seharian.

Trend kali ini menampilkan koleksi daripada Love To Dress yang mempunyai potongan moden dan smart kasual, sesuai untuk mereka yang menitikberatkan gaya dan penampilan ke pejabat mahupun menghadiri majlis makan malam.

Padanan warna polos memang sesuai untuk acara formal seperti ini kerana ia menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan seseorang dalam memilih dan mematuhi etika berpakaian.

Dengan menggayakan gaun labuh, seseorang itu tetap tampak yakin sekali gus memberi impak kepada persekitaran mereka dengan potongan gaun yang berpadanan.

Dalam aspek warna, ternyata warna hitam memang tidak boleh lari daripada menonjolkan imej korporat dan berani. Namun, padanan warna lain juga akan mempengaruhi personaliti individu dalam berpakaian.

Ditambah pula jahitan di pinggang yang menyerlahkan lagi bentuk gaun itu, seterusnya menambahkan seri pemakai.

Selain itu, padanan tudung yang bersesuaian juga penting dalam pemilihan gaun bagi memastikan seseorang itu kelihatan anggun dan cantik dari segi penampilan ketika menghadiri sesuatu acara. - AMIRUL

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Kikis tanggapan Felda sarang dadah

Posted: 28 Mar 2014 12:28 PM PDT

Othman Parman (duduk, dua dari kiri) dan, Mohd. Noorsham Mohd. Sapian (duduk, tiga dari kiri) bergambar bersama peserta di Felda Palong Sembilan, Jempol, Negeri Sembilan kelmarin. - UTUSAN/SAJIDA ASARULAH KHAN

JEMPOL 28 Mac - Generasi muda Felda perlu diterapkan dengan kesedaran mengenai penyalahgunaan dadah dalam usaha menepis persepsi negatif mengatakan kawasan Felda merupakan sarang penagih dadah.

Ketua Peneroka negeri, Othman Parman menjelaskan, generasi muda tidak harus mensia-siakan masa depan dengan terlibat dengan gejala berkenaan kerana realitinya mereka mempunyai keupayaan dan kebolehan tersendiri.

Katanya, Felda kini menjadi sebuah entiti yang bukan sahaja mempunyai kelas tersendiri, malah dikagumi masyarakat dunia kerana keupayaan agensi itu dalam pelbagai bidang.

"Kita tidak mahu nama Felda yang dikenali dan dikagumi ini rosak hanya kerana dadah. Generasi baharu Felda adalah penyambung legasi dan bakal menguruskan kawasan tanah rancangan mereka selepas ketiadaan ibu bapa mereka kelak.

"Sekiranya mereka tidak berubah, kita bimbang satu masa nanti apa yang kita usahakan selama ini akan terbiar dan menjadi nostalgia yang hanya mampu diceritakan kepada anak cucu mereka, katanya.

Beliau berkata demikian dalam program Mesra Komuniti Bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Dewan Panglima, Felda Palong Sembilan di sini semalam.

Program itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Jempol, Datuk Anuar Rashidin.

Sementara itu, Pegawai AADK Jempol, Mohd. Noorsham Mohd. Sapian berkata, setakat Mac tahun ini, terdapat 372 individu yang berada di bawah pengawasan AADK daerah Jempol.

"Daripada jumlah tersebut, 363 merupakan penagih dadah lelaki manakala sembilan orang wanita. Seramai 300 adalah penagih yang aktif manakala 72 orang lagi adalah penagih yang tidak aktif," katanya.

Mohd. Noorsham berkata, pusat khidmat tersebut diwujudkan bagi memudahkan AADK menawarkan perkhidmatan rawatan, pemulihan dan pencegahan kepada penagih.

"Pusat khidmat ini ibarat rumah kedua kepada bekas penagih yang benar-benar mahu berubah.

"Di sini mereka boleh datang secara sukarela dan mengikuti pelbagai program bagi membebaskan diri daripada ketagihan dadah," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


'Kami perlukan jambatan baharu'

Posted: 28 Mar 2014 12:28 PM PDT

Oleh NORLIA RAMLI
utusankedah@utusan.com.my

Sazizan Mat Piah (dua dari kanan) bersama beberapa penduduk kampung meninjau keadaan jambatan sempit dan uzur di Kampung Gajah Putih, Jeneri, Sik, Kedah, kelmarin.

SIK 28 Mac - Penduduk di Kampung Gajah Putih, Jeneri merayu agar jambatan lama yang sempit dan uzur termasuk besi penghadangnya yang reput di kampung itu diganti baharu bagi menjamin keselamatan pengguna yang melaluinya.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Sazizan Mat Piah, 45, berkata, jambatan lama itu dibina sebelum merdeka iaitu kira-kira 63 tahun dulu.

"Kami mohon supaya kerajaan mengambil tindakan segera untuk mengatasi masalah jambatan sempit ini kerana ia amat berbahaya, tambahan pula besi penghadangnya juga telah reput," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kata Sazizan, jambatan itu merupakan jalan pintas ke Alor Setar dan turut digunakan kenderaan berat.

"Jambatan ini juga hanya boleh dilalui oleh sebuah kereta sahaja dalam satu-satu masa dan bagi saya, jambatan baharu yang lebih lebar perlu dibina di sini," ujarnya.

Penduduk kampung, Che Ros Yahaya, 60, turut menggesa kerajaan membuat tindakan segera menggantikan jambatan sempit itu dengan sebuah jambatan yang lebih besar.

"Jangan menunggu sehingga berlaku kejadian yang tidak diingini baru hendak membuat tindakan segera kerana ketika itu sudah tidak berguna lagi," ujarnya.

Kata Che Ros, laluan sepanjang jalan di jambatan itu juga gelap dan amat berbahaya bagi pengguna jalan raya terutama orang luar.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Mahadzir Abdul Hamid berkata, jambatan itu sepatutnya telah diganti baharu.

"Tidak sepatutnya jambatan sempit ini kekal sebegini lagi memandangkan keadaan negara sekarang kian maju dan ia perlu dibina baharu demi keselesaan pengguna jalan raya.

"Jambatan ini juga kelihatan uzur dan amat merbahaya kepada pengguna, tambahan pula ia adalah jalan pintas ke Alor Setar dan semakin banyak kenderaan yang melaluinya," katanya.

Tambahnya, permohonan bagi menggantikan baharu jambatan tersebut telah dikemukakan kepada kerajaan, namun belum ada tindakan diambil dan beliau akan membuat susulan berhubung permohonan tersebut selepas ini.

Kedah terus beku permit korek pasir

Posted: 28 Mar 2014 12:28 PM PDT

Tajul Urus Md. Zain (kiri) bersama penduduk meninjau kegiatan mengorek pasir sungai yang mengakibatkan kawasan pertanian di sekitarnya terjejas di Kampung Batu Belacan, Bukit Selambau dekat Sungai Petani, Kedah, semalam. - UTUSAN/OPAT RATTANACHOT

SUNGAI PETANI 28 Mac - Kerajaan negeri Kedah akan terus membekukan pengeluaran sebarang permit mengorek pasir sungai sehingga diputuskan dalam mesyuarat Exco kelak.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri, Datuk Tajul Urus Md. Zain berkata, keputusan tersebut dibuat bermula Jun lalu bagi mengelakkan implikasi negatif terhadap alam sekitar.

Beliau berkata, langkah berkenaan juga diambil selepas mendapati keperluan pasir untuk kegunaan projek-projek pembangunan di negeri ini mencukupi buat masa ini.

"Sebelum ini timbul pelbagai tuduhan mengatakan kerajaan negeri meluluskan banyak lesen atau permit mengorek pasir. Malah, ada dalam kalangan rakyat terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu yang mengatakan kerajaan negeri rakus, tidak pentingkan alam sekitar dan cari makan dengan hasil bumi secara berlebihan.

"Sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir bersama barisan Exco telah mengambil keputusan membekukan pengeluaran lesen baharu bagi aktiviti mengorek pasir," katanya kepada pemberita selepas meninjau kegiatan mengorek pasir di Kampung Batu Belacan, Bukit Selambau, dekat sini semalam.

Tajul Urus berkata, kerajaan negeri memandang serius aduan yang dibuat oleh penduduk setempat berhubung implikasi negatif yang tercetus daripada kegiatan mengorek pasir.

Bagaimanapun katanya, kesulitan masih timbul apabila sesetengah Pejabat Tanah dan Daerah dikesan tidak melaksanakan arahan yang dikeluarkan oleh mesyuarat Exco tersebut.

"Sebagai contoh, kerajaan negeri mengeluarkan arahan agar kerja-kerja mengorek pasir di sesetengah kawasan dihentikan tetapi pegawai di pejabat daerah pula membelakangi arahan itu. Mereka meminta pengusaha terus menjalankan kegiatan tersebut sehingga surat dikeluarkan.

"Apabila perkara sebegini berlaku, akhirnya kerajaan negeri dipersalahkan, jelasnya.

Beliau berkata, dalam kes di Kampung Batu Belacan, terdapat pertindihan kuasa kelulusan antara pihak yang mengeluarkan kelulusan mengorek pasir.

"Tanah di kawasan ini telah diambil alih oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk rancangan tebatan banjir Sungai Muda dan pampasan telah dibayar kepada mereka terlibat," katanya.

Tambah beliau, selepas diambil alih, sebahagian tanah rizab sungai itu disewakan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Gurun untuk ahlinya menjalankan kegiatan pertanian.

"Walau bagaimanapun, masalah kemudiannya berbangkit apabila tanah rizab bersebelahan kawasan itu dijadikan tempat mengorek pasir sungai. Surat kelulusan untuk aktiviti tersebut dikeluarkan pejabat tanah. Di sini wujud masalah kelulusan tidak selaras antara agensi kerajaan," katanya.

Sehubungan itu, Tajul Urus berkata, kerajaan negeri kelmarin mengambil keputusan agar projek mengorek pasir itu dihentikan segera sehingga siasatan lanjut dibuat dalam tempoh terdekat.

Maritim selamatkan tekong, 4 awak-awak bot karam

Posted: 28 Mar 2014 12:28 PM PDT

Pasukan Maritim Malaysia berjaya menyelamatkan awak-awak daripada tenggelam bersama bot mereka yang karam di perairan Kuala Perlis, Kangar, semalam. - Ihsan Maritim Malaysia

KANGAR 28 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kuala Perlis berjaya menyelamatkan empat awak-awak dan seorang nakhoda sebuah bot kargo yang karam di perairan Kuala Perlis petang semalam.

Bot kargo yang didaftarkan atas nama Dibuk 1 itu karam kira-kira empat kilometer dari Kuala Perlis pada pukul 1.17 petang.

Ketua Penguat Kuasa Pangkalan Maritim Kuala Perlis, Leftenan Komander Shahrizan Raman berkata, sebelum itu pihaknya mendapat aduan daripada Pengarah Operasi Syarikat Dibuk, Khalid Khamis mengenai bot kargo berkenaan yang mengalami kebocoran di perairan Kuala Perlis.

"Kargo berkenaan dikatakan membawa muatan seperti bekalan makanan dan bahan mentah untuk dihantar ke Pulau Langkawi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrizan berkata, sebuah bot peronda Maritim Malaysia dengan empat anggotanya telah dikejarkan ke lokasi kejadian untuk membuat pemantauan dan memberi bantuan kepada awak-awak bot tersebut.

"Ketika bot peronda Maritim tiba di tempat kejadian, bot kargo Dibuk 1 didapati telah pun tenggelam hampir lapan puluh peratus.

"Bot kargo itu tenggelam sepenuhnya pada pukul 1.20 petang," katanya.

Shahrizan berkata, kesemua awak-awak bot tersebut telah terjun ke laut dan berjaya diselamatkan oleh bot peronda Maritim tanpa sebarang kecederaan.

Katanya, sebarang laporan, aduan dan kecemasan di laut boleh terus menghubungi Maritim Malaysia di talian 24 jam iaitu MERS 999 dan Pusat Operasi Maritim, Pangkalan Maritim Kuala Perlis di talian 04-9851072 atau 04-9851162.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Kadar obesiti rakyat Malaysia semakin serius

Posted: 29 Mar 2014 01:46 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Mac - Kadar obesiti dalam kalangan rakyat negara ini semakin serius dan perlu diatasi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.

Subramaniam.

Beliau berkata, pada 1996, kadarnya mencatat 44.4 peratus namun meningkat 15.1 peratus pada 2011 kepada 59.1 peratus.

Katanya, peningkatan ini berpunca daripada sikap masyarakat Malaysia yang sering mengamalkan budaya pemakanan yang kurang sihat dan lebih banyak duduk daripada bersenam.

"Oleh kerana terdapat pelbagai pilihan makanan, mereka makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa sehinggakan tidak mampu untuk mengawal nafsu makan.

"Mereka juga kerap duduk di atas kerusi selepas makan dan memberi pelbagai alasan seperti sibuk untuk mengelak daripada melakukan senaman," katanya ketika merasmikan Bulan Nutrisi Malaysia (NMM) 2014 di sini hari ini.

Justeru, Dr Subramaniam berkata, rakyat perlu mengelak daripada makan secara berlebihan dan perlu kerap membuat senaman sebagai langkah utama mencegah masalah obesiti secara berkesan.

Beliau juga mencadangkan supaya orang ramai lebih kerap menggunakan tangga dan kurangkan penggunaan lif bagi mengurangkan kalori dalam badan mereka. - BERNAMA

Kerajaan akan terus perkasa usahawan belia

Posted: 29 Mar 2014 01:43 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus memperkasakan golongan belia terutamanya yang terlibat dalam bidang keusahawanan dan perniagaan.

Perdana Menteri berkata, jaminan berkenaan bukan hanya satu ungkapan yang bersifat retorik politik, tetapi sesuatu yang akan diterjemahkan menjadi dasar dan program baharu yang akan memajukan golongan usahawan muda.

Berucap pada majlis penutup Kongres Usahawan Muda Bumiputera di Menara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini, beliau berkata, kerajaan mahu melahirkan usahawan yang berjaya secara jangka panjang melalui program pembangunan yang inklusif dan mapan.

"(Ini) bererti jika kita hendak membangunkan usahawan, dia mesti usahawan yang berjaya secara jangka panjang, bukan sekadar nak mendapatkan kontrak daripada kerajaan, lepas tu habis cerita.

"Apatah lagi kalau mereka ini tergolong dalam kategori rent-seekers atau mereka yang menerima komisen sahaja, ini bukan usahawan yang nak kita bangunkan...kita nak bangunkan usahawan yang berjaya dan pada akhirnya menjadi usahawan yang boleh kita banggakan," katanya.- BERNAMA

Pengguna mengeluh stesen minyak kehabisan diesel

Posted: 29 Mar 2014 01:15 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Mac - Pemilik kenderaan yang menggunakan minyak diesel mengeluh kerana kebanyakan stesen minyak di Lembah Klang kini kehabisan stok bahan api tersebut sejak beberapa hari lalu.

Keadaan itu menyebabkan pengguna terlibat menghadapi kesukaran untuk mendapatkan bekalan bahan api berkenaan.

Difahamkan masalah itu berlaku hampir setiap bulan apabila stesen minyak kehabisan kuota diesel subsidi mereka sebelum boleh mendapat bekalan baharu pada awal bulan yang berikutnya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved