Khamis, 5 Januari 2012

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Persatuan mesti jawab - Shabery

Posted:

Persatuan mesti jawab - Shabery

Persatuan mesti jawab - Shabery

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan dua atlet yang positif ujian doping pada Sukan SEA XXVI Indonesia amat memalukan negara.

Beliau menegaskan, sekiranya perkara tersebut terbukti bersalah ia memberi tanggapan negatif terhadap sukan negara tambahan pula melibatkan atlet yang sebelum ini diberi pujian dan menerima pelbagai anugerah.

"Malah atlet tersebut juga sebelum ini adalah salah seorang yang menerima kalungan pingat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini, jadi kita amat memandang serius perkara ini," katanya pada sidang media tergempar di sini, semalam.

Jelasnya, pihak yang terbabit iaitu persatuan sukan tersebut perlu memberi jawapan dan gambaran sebenar tentang apa yang berlaku kerana perkara itu adalah di bawah tanggungjawab mereka dan mereka tidak boleh mendiamkan diri.

"Mereka (persatuan) tidak boleh mendiamkan diri dan tidak mempedulikan atlet yang terlibat kerana perkara ini amat memalukan negara, serta sekali lagi melibatkan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).

"Jika mereka mendiamkan diri sekali lagi sama seperti isu atlet lari ujian doping maknanya mereka melindungi sesuatu yang tidak elok, malah saya tidak teragak-agak menggunakan kuasa menteri untuk ambil tindakan," katanya.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengesahkan dua atlet negara masing-masing seorang daripada olahraga dan angkat berat yang menang pingat pada Sukan SEA XXVI Indonesia lalu positif ujian doping sampel A.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi ketika mengesahkan perkara itu berkata, surat mengenainya diterima daripada Jawatan kuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (Inasoc) 21 Disember lalu.

Bagaimanapun, kedua-dua atlet tersebut perlu menunggu keputusan sampel B bagi mengetahui sama ada mereka betul-betul sah menggunakan bahan terlarang ketika menyertai temasya tersebut.

Dalam perkembangan sama, Shabery berkata, jika atlet tersebut didapati bersalah, mereka bukan sahaja akan dikenakan tindakan oleh persatuan masing-masing, malah pingat yang dimenangi serta Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) turut akan ditarik balik.

"Jika acara tersebut melibatkan berpasukan maka kesemua pingat dan wang Shakam mereka akan ditarik balik. Sehingga ujian sampel B belum diketahui perkara ini masih lagi bersifat spekulasi serta ia adalah maklumat sulit yang tidak boleh diumumkan.

"Hukuman yang bakal dikenakan oleh kedua-dua atlet tersebut jika didapati positif juga boleh diminimumkan, dengan syarat dia dapat buktikan dia tidak bersalah dan mendedahkan siapa yang terlibat dalam menyuruh mereka mengambil bahan terlarang," katanya.

Kontinjen negara berjaya meraih 59 pingat emas, 50 perak dan 81 gangsa di temasya dwi tahunan yang diadakan di Palembang dan Jakarta November tahun lepas.

Full content generated by Get Full RSS.

Suplemen daripada ISN selamat - Dr. Ramlan

Posted:

Suplemen daripada ISN selamat - Dr. Ramlan

Suplemen daripada ISN selamat - Dr. Ramlan

PUTRAJAYA - Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Aziz menolak sama sekali bahawa suplemen yang diberikan kepada atlet negara mengandungi bahan terlarang.

Menurut Dr. Ramlan, jika seseorang atlet itu mengambil suplemen yang diberikan oleh ISN sudah pasti mereka tidak akan diuji positif seperti dua atlet olahraga dan angkat berat yang diuji positif dalam ujian doping selepas temasya Sukan SEA XXVI Indonesia.

"Tidak ada masalah jika mereka mengambil suplemen daripada ISN, cuma apa yang merisaukan kita sekarang ini ialah mereka menggunakan suplemen luar dan tidak memaklumkan kepada kami untuk melakukan pemeriksaan," katanya kepada media semalam.

Utusan Malaysia kelmarin melaporkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) telah mengesahkan dua atlet negara masing-masing seorang daripada olahraga dan angkat berat yang menang pingat pada Sukan SEA XXVI Indonesia lalu positif ujian doping sampel A.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi ketika mengesahkan perkara itu berkata, surat mengenainya diterima daripada Jawatan kuasa Penganjur Sukan SEA Indonesia (Inasoc) 21 Disember lalu.

"Ini adalah tanggungjawab kami bagi memastikan atlet mengambil suplemen yang tidak mengandungi bahan terlarang, jika mereka mengambil suplemen luar dan tidak boleh digunakan kami akan menasihatkan mereka untuk tidak mengambil suplemen tersebut.

"Sekarang ini kita perlu menunggu sampel B selepas itu barulah saya boleh menjelaskan secara lanjut tentang apa bahan yang digunakan dan siapakah atlet tersebut setakat ini semuanya masih lagi sulit.

"Sampel A dan B adalah dari ujian air kencing yang sama cuma ia dipisahkan diletakkan dalam bekas yang berasingan namun jika sampel A positif, sampel B kemungkinan besar juga akan didapati positif," katanya.

Dr. Ramlan berkata, ISN tidak akan bertoleransi mengenai anti doping, namun perkara ini tidak boleh dielakkan tanpa sokongan padu jurulatih dan pegawai di setiap persatuan sukan di seluruh negara.

"Atlet pula mempunyai hak untuk berkata 'tidak' jika mereka merasakan suplemen yang diberikan oleh jurulatih serta pegawai tidak diketahui kandungannya, bagaimanapun jika terbukti bersalah semuanya termasuk siasatan akan dilalukan oleh persatuan sesebuah sukan. Bentuk hukuman perlulah mengikut kod dan etika Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

"Bagaimanapun perkara ini melibatkan maruah negara, kerana martabat negara dinaikkan melalui sukan dan dalam masa yang sama ia tercalar juga disebabkan oleh sukan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved