Selasa, 12 November 2013

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


MMM sasar jual Mitsubishi Attrage 500 unit sebulan

Posted: 12 Nov 2013 10:41 AM PST

Mitsubishi Attrage merupakan model eco-sedan segmen B pertama di pasaran Malaysia yang dilancarkan di Kuala Lumpur, semalam. - IHSAN CHINA PRESS

KUALA lUMPUR 12 Nov. - Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, menyasarkan untuk menjual 500 unit sebulan untuk model baharu Mitsubishi Attrage.

Attrage yang dilancarkan hari ini merupakan model eco-sedan segmen B pertama di pasaran Malaysia dan telah mendapat sambutan yang baik di Thailand.

Ketua Pegawai Eksekutif MMM. Tetsuya Oda berkata, di negara jiran model tersebut berjaya dijual sebanyak 10,000 unit dalam tempoh empat bulan.

Bercakap pada pelancaran Mitsubishi Attrage di sini, beliau berkata, syarikat menyasarkan untuk mencapai sasaran jualan tahunan sebanyak 15,000 unit tahun ini.

"Selain itu, disasarkan penguasaan pasaran sebanyak 4.9 peratus dalam segmen kereta bukan nasional bagi tahun kewangan April 2013 hingga Mac 2014," jelas beliau.

Turut hadir dalam pelancaran itu ialah Pegawai Eksekutif Kanan Mitsubishi Motors Corporation (MMC) Jepun, Morikazu Chokki.

Attrage memiliki kecekapan bahan api terunggul dalam kelasnya dengan penggunaan minyak 21 kilometer per liter yang berdasarkan pengukuran data dalaman berpandukan New European Driving Cycle (NEDC).

Diperkasa oleh enjin moden dan ringan 1.2 liter dengan 80 PS dan kuasa kilas 106 Nm, unit enjin tiga silinder MIVEC digandingkan dengan transmisi manual lima kelajuan atau Transmisi Berubah-ubah Berterusan (CVT) INVECS-III yang lancar dan cekap.

Mitsubishi Attrage dijual pada harga RM59,212.50 (model GL (MT)), model GS CVT (RM67,978.50) dan Attrage SE berharga RM75,796.50 seunit.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Penunggang motosikal hilang kaki akibat kemalangan

Posted: 12 Nov 2013 10:14 PM PST

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED

BATU PAHAT 13 Nov. - Seorang penunggang motosikal bukan sahaja putus kaki kanan akibat kemalangan dengan sebuah kereta di Tanjung Labuh di sini semalam, malah kakinya itu juga hilang dan belum ditemui sehingga hari ini.

Dalam kemalangan pukul 2.30 petang itu, Muhammad Taufiq Ruzman, 23, putus di bahagian pertengahan betis selepas dia merempuh sebuah kereta.

Seorang saksi, Hamizi Kamran, 39, berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Tanjung Labuh menghala ke bandar menunggang motosikal Yamaha 125Z.

"Ketika sampai di simpang Bukit Kelicap di sini, mangsa telah merempuh sebuah kereta jenis Nissan Latio dan menyebabkan kakinya terputus dan dia tercampak di atas jalan raya," katanya.

Namun bahagian kaki yang putus itu sehingga kini gagal ditemui oleh orang ramai termasuk anggota polis yang turut menggunakan khidmat anjing pengesan. - UTUSAN ONLINE

Ops ID: 20 pengawal keselamatan warga Filipina ditahan

Posted: 12 Nov 2013 08:00 PM PST

MANJUNG 13 Nov. - Sebanyak 20 warga Filipina yang bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan dalam Ops ID di sekitar Petaling Jaya, Selangor awal pagi ini kerana menggunakan MyKad palsu dan milik orang lain.

Ketua Pengarah Pendaftaran Negara, Datuk Jariah Mohd. Said berkata, mereka akan didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


TMJ sokong Khairy

Posted: 12 Nov 2013 10:41 AM PST

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

JOHOR BAHRU - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan sokongan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam kritikannya terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Tunku Mahkota Johor itu berkata, Khairy sememangnya layak menyuarakan pendapatnya kerana selaku Menteri bertanggungjawab, beliau diberi mandat oleh kerajaan untuk mentadbir hala tuju sukan negara termasuk bola sepak.

"Selain itu, beliau (Khairy) juga membuat teguran dengan niat yang baik demi kemajuan sukan bola sepak tanah air," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan PBNJ di sini, semalam.

Hubungan Khairy dan FAM sebelum ini menjadi panas apabila secara terbuka mengkritik badan induk bola sepak negara atas keprihatinannya yang mahu melihat sukan tersebut maju ke depan sekali gus sebagai bukti beliau sayangkan sukan itu.

Bagaimanapun, kritikan serta teguran yang dibuat Khairy kepada FAM nyata tidak disenangi sesetengah pihak, termasuk bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail yang menyifatkan tindakan Menteri itu seolah-olah mahu melepaskan geram kepada individu tertentu dalam persatuan berkenaan.

Ekoran kenyataan Jamal Nasir itu, Khairy kemudiannya membuat pengakuan bahawa beliau sudah bosan dengan FAM apabila tidak boleh menerima teguran daripada mana-mana pihak, malah menyifatkan hasratnya disalah ertikan apabila dituduh berdendam dengan FAM.

"Saya tidak ada dendam kepada sesiapa, saya tegur FAM atas keprihatinan saya hendak melihat bola sepak maju ke depan, takkanlah persatuan sukan dah jadi kebal. Sampai menteri tak boleh cakap apa-apa.

"Ini yang berlaku hari ini, menteri tegur sikit pun hendak kena panggil bekas pemain, lepas itu kritik menteri," kata Khairy.

Isu Khairy-FAM jadi agenda Exco - Hamidin

Posted: 12 Nov 2013 10:41 AM PST

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mengalu-alukan kesediaan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin untuk bertemu pihaknya, malah mungkin menjadikannya antara agenda penting mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif (Exco) persatuan pada 24 November ini.

"Kami juga tiada masalah untuk membincangkan apa sahaja perkara demi kebaikan bola sepak negara termasuk pelan pembangunan sukan itu bagi peringkat umur yang bakal dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Januari tahun depan.

"Beliau pun pernah menjadi sebahagian FAM (Timbalan Presiden persatuan) jadi pastinya kami mengalu-alukan kehadirannya," katanya mengenai kenyataan Khairy Jamaluddin kelmarin yang seperti mengenakan syarat tertentu iaitu cuma mahu bersemuka pengurusan tertinggi atau pembuat keputusan persatuan.

Namun, Hamidin enggan memanjangkan isu kenyataan Khairy yang pada Jumaat lalu, menganggap sistem jualan tiket Piala Malaysia dan Piala FA seperti zaman purba, malah menuntut Setiausaha Agung FAM itu mengakui kesilapannya dan tidak cuba menegaskan bahawa persatuan itu yang lebih arif.

Menteri Belia dan Sukan itu terdahulu mengulas saranan Pengerusi Jawatankuasa Status Pemain FAM, Datuk Takiyuddin Hassan supaya beliau berhenti mengkritik persatuan secara terbuka sebaliknya mengatur pertemuan dengan Exco persatuan jika mempunyai cadangan membina dalam memperbaiki perjalanan bola sepak negara.

Khairy juga terheret dengan 'perang mulut dalam media' dengan bekas bek kanan kebangsaan yang juga bekas ahli Majlis FAM, Datuk Jamal Nasir Ismail yang turut cuba membandingkan kelantangannya dengan pengurusan skuad realiti TV bola sepak oleh menteri itu, MyTeam yang hanya bertahan tiga tahun.

Kata Hamidin, beliau belum memaklumkan kepada Sultan Ahmad Shah berhubung kesediaan Khairy itu tetapi mungkin melakukannya sekembalinya Presiden FAM itu dari luar negara, minggu depan.

"Saya belum berpeluang berbuat begitu memandangkan Tuanku Presiden masih berada di Amerika Syarikat. Tunggulah baginda pulang ke tanah air. Kemungkinan besar juga kami cuba mengetengahkannya sebagai agenda Exco FAM (24 November)," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Konsultan Genneva didakwa

Posted: 12 Nov 2013 10:41 AM PST

Oleh MARZITA ABDULLAH
dan SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

Joseph Kow Hock Beng

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Seorang konsultan syarikat pelaburan jongkong emas Genneva (M) Sdn. Bhd. didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima deposit tanpa lesen membabitkan RM5.5 bilion, dua tahun lalu.

Datuk Joseph Kow Hock Beng, 55, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut yang didakwa dilakukan di Jalan Kuchai Maju 6, Off Jalan Kuchai Lama di sini antara 10 Januari 2011 dan 1 Oktober 2012.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen Shah Alam dekat sini, Hock Beng turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang berjumlah RM28,000 tahun lalu.

Di Mahkamah Sesyen di sini, lelaki itu didakwa atas pertuduhan bersubahat dengan Genneva untuk menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen melalui satu skim yang melibatkan transaksi emas menerusi dua akaun semasa CIMB Islamic Bank Bhd.

Dia didakwa mengikut Seksyen 112(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) 1989 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM10 juta atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya dari Bank Negara Malaysia (BNM), Fahmi Abd. Moin yang mengendalikan pendakwaan, pada mulanya tidak menawarkan jaminan, bagaimanapun sekiranya mahkamah membenarkannya, beliau menawarkan jaminan RM1 juta dengan seorang penjamin.

Peguam Datuk Ghazi Ishak yang mewakili tertuduh pula memohon jaminan dikurangkan kepada RM50,000 kerana segala aset anak guamnya telah dibekukan.

Hakim Mat Ghani Abdullah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM200,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan iaitu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Mahkamah menetapkan 27 November untuk pengurusan kes dan 7 hingga 24 April tahun depan untuk perbicaraan.

Mahkamah juga membenarkan kes itu dibicarakan bersama kes yang dihadapi tertuduh di Pulau Pinang selepas kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di sini.

Pada 30 Oktober lalu, di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang, Hock Beng dan isterinya Veronica Tan, 51, yang merupakan pengarah beberapa syarikat, didakwa terhadap 81 pertuduhan melakukan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah lebih RM15 juta dalam bentuk wang tunai, cek dan jongkong emas.

Pada prosiding di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini, Hock Beng sebagai Pengarah CFM Logistic (KL) Sdn. Bhd. didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram di Public Bank Bhd., Subang Jaya, dekat sini pada 19 Julai 2012.

Timbalan Pendakwa Raya, Mardziatun Nisa mengemukakan pertuduhan mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dibaca bersama Subseksyen 87(1)(a) akta sama.

Beliau tidak menawarkan sebarang jaminan namun Ghazi memohon jaminan dibenarkan kerana anak guamnya sedang menghadapi pertuduhan di bawah seksyen yang sama di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Hakim Datuk Noradida Ahmad membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dan wang jaminan dibayar esok berikutan kes berkenaan bermula lewat petang.

Beliau turut membenarkan kes berkenaan dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di ibu negara untuk sebutan kes pada 27 November ini.

Terdahulu di sebuah lagi Mahkamah Sesyen Shah Alam, syarikat CFM Logistic (KL) Sdn. Bhd. yang diwakili Joseph mengaku tidak bersalah atas tuduhan sama pada tarikh dan tempat sama.

Mardziatun Nisa mengemukakan pertuduhan mengikut seksyen dan akta yang sama.

Hakim G. Ramesh turut membenarkan permohonan Mardziatun untuk memindahkan kes berkenaan ke mahkamah di ibu negara pada tarikh sebutan yang sama.

Rozita didakwa dera kanak-kanak

Posted: 12 Nov 2013 10:41 AM PST

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

Rozita Awang diiringi anggota polis keluar dari Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Pemilik sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska), Rozita Awang didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lapan bulan, pertengahan Oktober lalu.

Ibu kepada enam anak itu didakwa menganiaya kanak-kanak tersebut yang berada di bawah jagaannya dengan cara yang mungkin boleh menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di ruang tamu Taska Permata Harapan, Taman Melati di sini kira-kira pukul 11.35 pagi, 18 Oktober lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Rozita, 35, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan tersebut.

Tertuduh sebelum ini menyerah diri kepada pihak polis pada 7 November lalu setelah menghilangkan diri sejak rakaman klip video yang memaparkan penderaan kanak-kanak di taska tersebut tersebar sejak awal bulan ini.

Pada prosiding hari ini, Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Ahmad yang mengendalikan pendakwaan, membantah sebarang jaminan diberikan kepada tertuduh.

Walau bagaimanapun, peguam, Muhammad Syazwan Mohd. Salleh yang mewakili wanita terbabit memohon satu jumlah jaminan yang minimum diberikan kepada anak guamnya memandangkan wanita itu mempunyai anak-anak yang masih kecil.

"Sekiranya dibenarkan jamin, suaminya yang bekerja sebagai pemandu teksi berjanji akan memastikan kehadiran isterinya ke mahkamah.

"Anak guam saya mempunyai anak-anak yang berusia di antara 10 tahun dan setahun setengah. Anak bongsunya pula masih lagi menyusu badan," ujar peguam itu.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin kemudian membenarkan Rozita diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan kes pada 10 Disember ini.

Terdahulu, wanita bertubuh kecil itu dilihat menangis terutama selepas menyedari kesemua anak-anak dan suaminya berada di galeri awam.

Namun, sejurus tamat prosiding, suami Rozita telah mengherdik sekumpulan jurugambar dan jurukamera yang sedang bertugas ketika lelaki itu keluar dari mahkamah.

Kira-kira pukul 3.30 petang, selepas menyedari kehadiran beberapa wartawan wanita, lelaki terbabit yang membayar wang jaminan isterinya telah memarahi kumpulan wartawan terbabit yang berada berhampiran kaunter jamin mahkamah sebelum 'menghilangkan diri'.

Rozita kemudian dilihat meninggalkan pekarangan mahkamah kira-kira pukul 4.50 petang.

Pada 1 November lalu, media cetak dan elektronik mendedahkan rakaman klip video yang memaparkan sekumpulan kanak-kanak di taska tersebut ditampar dan dipukul oleh pengasuh.

Klip video tersebut dirakamkan pada 18 Oktober lalu oleh seorang bapa yang meletakkan kamera tersembunyi di dalam beg sekolah anaknya setelah mengesyaki sesuatu tidak kena apabila kanak-kanak itu enggan dihantar ke taska tersebut.

Bagaimanapun anaknya tidak dipukul dalam rakaman itu.

Rentetan pendedahan tersebut, pihak polis telah menerima kira-kira lima laporan polis oleh ibu bapa yang mendakwa anak mereka didera seperti dipaparkan dalam video itu.

Polis kemudian menahan dua wanita yang merupakan pekerja taska terbabit bagi membantu siasatan berhubung kes penderaan kanak-kanak di pusat jagaan itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


SKMM bina 365 pencawang di Pantai Timur

Posted: 12 Nov 2013 10:41 AM PST

SHAHANIZA Shamsuddin (kiri) menerima cenderamata daripada Nor Azhar Hasan pada majlis perasmian PI1M di Kampung Chenor di Maran, Pahang, baru-baru ini.

MARAN 12 Nov. - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah membina 365 menara pencawang komunikasi di negeri-negeri Pantai Timur hingga akhir bulan lalu.

Pengarah SKMM Wilayah Timur, Nor Azhar Hasan berkata, pencawang tersebut amat penting bagi mengukuhkan liputan telekomunikasi dan perkhidmatan capaian internet jalur lebar tanpa wayar (WiFi).

Menurutnya, di negeri ini sahaja sebanyak 138 pencawang telah beroperasi daripada 207 yang dirancang manakala selebihnya iaitu 69 pencawang lagi dalam proses pembinaan.

"SKMM dan syarikat telekomunikasi sentiasa berusaha dalam membina tapak pemancar di merata tempat strategik di seluruh negara demi kebaikan pengguna.

"Penambahan bilangan menara pencawang secara langsung dapat meningkatkan liputan capaian internet selari dengan perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar dan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M)," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Hari Bersama PI1M Kampung Chenor yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Shahaniza Shamsuddin di sini kelmarin.

Nor Azhar berkata, pusat itu merupakan satu program dalam menyediakan capaian internet jalur lebar secara menyeluruh di negeri ini.

Jelasnya, terdapat 58 PI1M di Pahang termasuk lima di Parlimen Maran iaitu Kampung Chenor, Kampung Awah, Felda Jengka 2, Felda Jengka 3 dan Kampung Luit.

"Ini dapat mendidik rakyat daripada semua golongan menguasai dan celik internet bagi tujuan menjana kehidupan lebih baik," ujarnya.

Katanya, mereka yang mampu menguasai internet dapat mengakses pelbagai perkara seperti memperolehi sesuatu maklumat, melakukan promosi dalam urus niaga tertentu, pembayaran bil dan sebagainya.

"Bagaimanapun pengguna perlu bijak mengawal diri tanpa terperangkap penyebar fitnah, pujuk rayu, judi internet dan sebagainya,'' katanya.

DuPont hulur bantuan RM23,000

Posted: 12 Nov 2013 10:41 AM PST

Oleh ASLIZA MUSA
utusanpahang@utusan.com.my

ONG Ewe Hock (berdiri, empat dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Lembah Bertam di Cameron Highlands, Pahang, kelmarin.

CAMERON HIGHLANDS 12 Nov. - Seramai 250 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Bertam Valley di sini yang terjejas akibat banjir lumpur pada 23 Oktober lalu menerima bantuan kelengkapan persekolahan berjumlah RM23,000 daripada DuPont Malaysia di sini, semalam.

Kesemua murid yang terlibat menerima bantuan berupa beg sekolah dan alatan tulis setiap seorang manakala empat buah komputer pula disumbangkan kepada sekolah berkenaan.

Majlis penyampaian bantuan disempurnakan oleh Pengarah Urusan DuPont Malaysia, Ong Ewe Hock dalam satu majlis ringkas di pekarangan sekolah tersebut yang turut dihadiri guru besarnya, Tee Lian Yew.

Menurut Ewe Hock, sumbangan tersebut bukan sahaja merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya malah menjadi tanda komitmen mereka dalam membantu golongan yang memerlukan.

''Kami bersimpati dengan kejadian malang yang menimpa penduduk di sini dan memahami kesulitan yang ditanggung oleh mereka.

''Oleh itu, sumbangan ini, diharap mampu meringankan beban ibu bapa terutama dalam melakukan persiapan persekolahan anak-anak menjelang pembukaan penggal persekolahan pada awal tahun hadapan," katanya.

Sementara itu, Lian Yew berkata, pihaknya menyambut baik kesudian DuPont untuk meringankan beban keluarga mangsa-mangsa banjir sekali gus memberikan keceriaan kepada anak-anak mereka dalam membuat persiapan untuk kembali ke sekolah.

''Terima kasih kepada DuPont Malaysia kerana sudi menghulurkan sumbangan kepada murid di sekolah ini. Kesudian menyumbangkan empat buah komputer ini cukup besar ertinya kepada kami selepas kejadian sebelum ini," katanya.

Pengurusan sekolah perlu proaktif sedia persekitaran kondusif

Posted: 12 Nov 2013 10:41 AM PST

MARAN 12 Nov. - Pengurusan sekolah di daerah ini diminta proaktif dalam menyediakan persekitaran kondusif sebagai pra-syarat untuk menjalinkan hubungan kerja antara guru dan ibu bapa serta komuniti setempat.

Pegawai Pendidikan Daerah Maran, Baharum Samad berkata, ini kerana sistem pembelajaran negara ini bukan sahaja berlaku di sekolah tetapi juga di rumah dan komuniti setempat.

Menurutnya, jalinan itu merupakan suatu inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang memberi ruang serta tanggungjawab pendidikan untuk dikongsi bersama bagi memastikan pembelajaran berkualiti diwujudkan kepada murid dan pelajar sekolah.

"Kerajaan mengambil langkah menggubal PPPM yang menyediakan kerangka pembangunan menyeluruh untuk mewujudkan transformasi sistem pendidikan.

"Oleh itu, pihak sekolah perlu menyediakan keadaan yang kondusif bagi menggalak kan ibu bapa dan komuniti terlibat dalam pembelajaran anak di sekolah,'' katanya ketika berucap merasmikan Malam Anugerah Perdana Seroja 2013 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jengka 18 di sini semalam.

Yang turut hadir Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Jengka 18, Aminallah Mat Long dan Pengetua SMK Jengka 18, Saimah Hasan.

Baharum berkata, pihak sekolah perlu berperanan untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa dalam membantu pembelajaran anak-anak mereka kerana hanya 14 peratus setahun masa pelajar berada di sekolah dan selebihnya di rumah.

Menurutnya, memperluaskan peranan ibu bapa sebagai rakan sekolah sangat perlu dalam meningkatkan keberhasilan anak-anak dalam pelbagai bidang.

"Perubahan terhadap sistem pendidikan negara bertujuan melonjakkan pencapaian bagi memenuhi aspirasi dalam persekitaran global yang semakin kompetitif," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Penyerang Al-Ahly 'di gantung' kerana tunjukkan sokongan pada Mursi

Posted: 12 Nov 2013 10:25 AM PST

KAHERAH 13 Nov. - Seorang pemain penyerang kelab bolasepak Al-Ahly dilarang daripada menyertai sebarang perlawanan akan datang selepas menunjukkan sokongan kepada Presiden Mesir yang digulingkan, Mohamed Mursi, dalam satu perlawanan yang diadakan Ahad lalu.

Pemain tersebut, Ahmed Abdul Zaher, dikatakan menunjukkan simbol 'empat jari' sewaktu meraikan jaringannya dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Afrika.

Larangan tersebut bermaksud beliau tidak akan diturunkan sewaktu kelab Al-Ahly mengambil bahagian di dalam pertandingan Piala Dunia Kelab FIFA di Maghribi yang akan diadakan bulan hadapan. - AGENSI

Taliban nafi pembunuhan Haqqani jejaskan perjuangan di Afghanistan

Posted: 12 Nov 2013 10:00 AM PST

KABUL 13 Nov. - Kumpulan Taliban Afghanistan semalam menafikan pembunuhan pemimpin kanan rangkaian Haqqani akan memberi kesan ke atas kempen militan mereka.

Lelaki bersenjata yang tidak dikenali menembak mati anak sulung pengasas kumpulan itu, Nasiruddin Haqqani, ketika dia membeli roti di pinggir Islamabad, kelmarin.

Haqqani merupakan pembiaya ketua rangkaian kumpulan militan Haqqani yang bersekutu dengan kumpulan Taliban Afghanistan dan paling ditakuti oleh kumpulan tentera yang diketuai tentera Amerika Syarikat di Afghanistan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kempen 'kotor' mula cemari Pas

Posted: 12 Nov 2013 10:41 AM PST

Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my

Abdul Hadi Awang berkata sesuatu kepada Mohamad Sabu selepas diumumkan sebagai Timbalan Presiden Pas pada pemilihan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat Penggal 2011-2013 dengan undian tertinggi daripada perwakilan iaitu sebanyak 420 undi sempena majlis Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Markas Tarbiyah Pas Pusat, Taman Melewar, Gombak pada Jun 2011.

''SEPANJANG 35 tahun saya berada dalam Pas iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat.''

Itulah luahan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu dalam wawancara dengan sebuah portal berita pro pembangkang berhubung corak kempen menjelang pemilihan parti itu 22 November ini.

Dalam wawancara itu, Mat Sabu menegaskan, pelbagai kempen dijalankan oleh ahli Pas termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui oleh masing-masing dengan menjadikan Facebook, SMS dan blog sebagai medan utama.

''Untuk menjatuhkan seseorang pemimpin Pas, pelbagai label diberikan. Paling popular ialah Syiah dan yang kedua liberal,'' kata Mat Sabu.

Ketika Mat Sabu keluh kesah dengan apa yang beliau anggap perubahan minda ahli Pas terhadap muktamar dan kepimpinan parti, tersebar pula gambar wajah salah seorang calon Ketua Pemuda Pas digantikan dengan kepala anjing.

Gambar itu dipaparkan dalam laman Facebook 'Fikrah Islamiah Pilihan Kami'. Walaupun Pas pusat masih belum mengenal pasti siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan biadab itu tetapi ia sebenarnya memberi isyarat kepada kepimpinan dan ahli Pas bahawa politik tetap politik.

Dalam politik, tidak ada musuh dan kawan yang kekal dan politik juga berkaitan dengan kedudukan dan kuasa.

Justeru tidak perlulah ada mana-mana pihak cuba menggambarkan seolah-olah Pas sempurna dalam semua perkara. Apa yang berlaku sudah membuktikan parti itu juga ada kelemahannya.

Sepatutnya, kelemahan ini dikaji dan diperbaiki dan bukannya mencari alasan untuk menuduh pihak lain sebagai dalang.

Tetapi inilah yang berlaku, apabila dalam kalangan penyokong Pas tegar, mereka tetap tidak mengakui hakikat ini, sebaliknya mereka menuding jari mengatakan ia adalah perbuatan penyokong-penyokong UMNO.

Adalah sesuatu yang melucukan apabila apa sahaja yang berlaku kepada Pas semuanya salah UMNO, seolah-olah UMNO mempunyai kehebatan luar biasa untuk mengkucar-kacirkan Pas.

Kalau UMNO ada kuasa begitu hebat sudah lama parti itu menjalinkan kerjasama dengan Pas demi perpaduan orang Melayu dan umat Islam, tetapi keadaan itu tidak berlaku kerana 'kuasa penentang' dalam Pas lebih kuat daripada UMNO.

Begitu juga dalam soal pemilihan Pas kali ini, UMNO tidak mempunyai apa-apa kepentingan untuk menentukan siapakah yang akan menang, apatah lagi bagi mengetuai Dewan Pemuda Pas yang dianggap selama ini ibarat 'hidup segan mati tak mahu'.

Siapa sahaja yang hendak dipilih oleh ahli-ahli Pas itu hak mereka kerana yang menanggung kesan baik buruknya bukan UMNO tetapi Pas.

Lagi pula UMNO mempunyai isu politik lain yang lebih penting untuk diuruskan berbanding hendak mencampuri urusan pemilihan Pas.

Namun begitu sebagai orang Melayu dan umat Islam, sudah pastilah sedikit sebanyak kita mengambil berat terhadap apa yang akan berlaku kepada parti yang melaungkan perjuangan Islam tersebut.

Ini termasuklah hendak melihat Pas dipimpin oleh barisan kepimpinan yang meletakkan kepentingan Islam dan orang Melayu melebihi kepentingan politik.

Tetapi kalaulah ahli-ahli Pas merasakan bahawa pemimpin-pemimpin mereka hebat-hebat belaka, baguslah, namun janganlah pula apabila berlaku perbalahan dalam parti tersebut termasuklah dalam kalangan penyokong, UMNO pula mahu disalahkan.

Sepatutnya, mereka memahami dalam mana-mana juga organisasi politik, mereka tidak akan terlepas daripada kelompok yang taksub menyokong seseorang pemimpin atau golongan.

Begitulah juga Pas, sebagai sebuah parti politik, mereka juga akan dijangkiti virus yang sama. Kalau benarlah Pas sebuah organisasi politik yang berbeza dengan parti-parti lain, sudah pastilah tidak akan berlaku pertandingan bagi apa juga jawatan.

Sebaliknya, pengisian sesuatu jawatan itu akan dilakukan melalui konsep syura atau musyawarah tetapi ini tidak berlaku dalam Pas. Semua jawatan penting ditandingi.

Tidak apalah kerana itu menunjukkan dasar terbuka dan amalan demokrasi yang subur dalam parti tersebut, bagaimanapun apabila kehangatan kempen semakin dirasai janganlah pula secara tiba-tiba UMNO menjadi sasaran.

Sepatutnya, penyokong-penyokong Pas perlu berfikir kenapa keadaan itu berlaku. Jangan anggap semua ahli-ahli Pas baik- baik belaka dan ahli-ahli UMNO buruk-buruk belaka.

Belajarlah untuk munasabah. Sebab itulah Mat Sabu tidak menuding jari kepada sesiapa sebaliknya beliau terkejut dengan perubahan minda yang berlaku dalam kalangan ahli Pas.

Sikap seumpama inilah sepatutnya dicontohi oleh ahli dan penyokong Pas bukannya membuta tuli menuduh UMNO terlibat.

Berbeza ideologi politik dan berusaha meraih sokongan dalam sesuatu pemilihan adalah perkara biasa tetapi gunakanlah cara berhemah.

Sebab itulah atas apa alasan sekali pun, corak kempen yang menyerang peribadi tidak harus dibenarkan dalam mana-mana organisasi kerana ia bukan sahaja bertentangan dengan tatasusila kemanusiaan tetapi juga dilarang oleh agama Islam.

Dan lebih buruk lagi apabila kita menuduh sebarangan mana-mana pihak terlibat sedangkan mereka tidak melakukan perbuatan itu, tidakkah ia menjuruskan kepada fitnah?

Justeru adalah lebih baik, jika penyokong-penyokong Pas berfikiran terbuka dalam soal ini, jangan melihat 'musuh politik yang nyata' sahaja, lihat juga 'musuh dalam selimut'.

Bagaimana kalau pemilihan Pas ini cuba dijadikan'senjata' untuk terus memecahkan belah perpaduan umat Islam melibatkan ahli-ahli UMNO dan Pas?

Bagaimana pula jika perbuatan provokasi itu sengaja dilakukan supaya ahli-ahli Pas terus membenci UMNO dan sekali gus memungkinkan ada pihak lain 'meraih keuntungan'?

Berikutan itu tidak perlulah penyokong-penyokong Pas terus melibatkan UMNO dalam kehangatan kempen pemilihan parti itu.

Anggaplah ini adalah lumrah dalam sesuatu pemilihan. Perwakilan yang akan membuat keputusan pada 22 November ini sudah tentu bijak menilai siapa yang akan mereka 'tabalkan' menduduki sesuatu jawatan.

Buatlah apa pun propaganda, serangan atau tohmahan kepada calon-calon yang bertanding ia tidak akan menjejaskan keputusan perwakilan.

Tetapi janganlah mengaitkan pihak di luar Pas, khususnya UMNO. Ini adalah tuduhan yang tidak berasas dan menampakkan bagaimana politik kebencian terhadap UMNO terlalu menebal.

Penulis yakin pemimpin-pemimpin kanan Pas termasuklah Mat Sabu memahami situasi ini dan tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah mengaitkan UMNO.

Dalam apa pun keadaan, orang Melayu dan umat Islam tetap mahu melihat Pas dibarisi oleh satu barisan kepimpinan yang mampu membela kepentingan mereka dan bukannya kelompok pemimpin yang bersedia bertolak ansur demi mencari kuasa politik bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Oleh itu, hentilah politik tidak matang dengan mengaitkan UMNO cuba mengadu- domba ahli-ahli Pas dalam pemilihan parti itu kali ini.

UMNO tiada kaitan dan tidak akan cuba dikaitkan kerana siapa juga yang dipilih oleh ahli-ahli Pas, kelompok itu tetap saudara sesama Islam biar pun berbeza ideologi politik.

Dan seburuk-buruk UMNO, parti itu tidak akan bersedia menggambarkan wajah seseorang dengan binatang kerana itulah seburuk-buruknya akhlak, tetapi tidak mustahil ia boleh dilakukan oleh penyokong Pas yang taksub. Benarkah? fikirlah sendiri!

Cerita sensasi integriti dimusykili

Posted: 12 Nov 2013 10:41 AM PST

Oleh Raflly Nann
PENULIS ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan1Malaysia.

HAKIKAT bahawa masyarakat kita mudah percaya kepada berita sensasi malah bergiat secara aktif untuk menyebarkan berita yang entah dari mana puncanya membuatkan kita semakin gusar dan runsing.

Betapa perilaku yang semakin menjadi budaya ini mencerminkan kepincangan keupayaan masyarakat kita untuk menjustifikasikan maklumat dan mencari kesahihan maklumat yang di terima.

Merujuk kepada kolum bisik-bisik Awang Selamat, Ahad 3 November 2013 atas tajuk "Apa Sudah Jadi" membuatkan saya terpanggil untuk membawa isu ini lebih jauh dimana pencarian punca mengapa ia menjadi berleluasa tanpa kekangan kerana ia menggugat institusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sangat besar tanggungjawabnya untuk mengurus tadbir pilihan raya di negara ini.

Malah isu yang dibangkitkan juga mencemar serta menjatuhkan integriti SPR yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Kita tidak boleh membiarkanya berlarutan kerana ia menggugat status demokrasi negara ini di mata dunia.

Semenjak 57 tahun merdeka dan melalui 13 pilihan raya, ini bukan kali pertama isu pengundi hantu di jadikan senjata untuk melahirkan kecurigaan dan ketidakpercayaan kepada sistem pilihan raya negara ini. Malah isu ini juga dimainkan di dalam Pilihan Raya Kecil Sungai Limau, baru-baru ini.

Memang tidak dinafikan bunga yang harum itu ada juga durinya. Institusi mana tidak ada kelemahan? Tetapi janganlah kita membawa kaedah yang tidak boleh dijustifikasikan oleh akal yang waras.

Isu 40,000 pengundi Bangladesh yang dibawa masuk sebagai pengundi hantu di dalam Pilihan Raya ke-13 yang lalu adalah sangat menghairankan lagi pelik kerana ia seperti tiada penghujungnya walaupun di fahamkan bahawa SPR telah membuat dua laporan polis berkaitan perkara yang sama.

Cerita-cerita lain yang tidak boleh dijustifikasikan juga di sebar luas seperti 4 kotak undi yang di seludup masuk ke dalam pusat pengiraan undi semasa pusat pengiraan "Black Out" malah cerita kotak undi jatuh dari helikopter juga wujud. Jika ia benar berlaku di manakah saksinya yang melihat segala kejadian tersebut untuk tampil kehadapan?

Ironinya adalah difahamkan pihak yang membangkitkan isu ini tidak pula memasukkannya ke dalam petisyen pilihan raya semasa bantahan keputusan pilihan raya dibuat. NGO dan badan-badan yang menjuarai isu ini juga tidak lagi kedengaran nada dan irama mereka setelah pilihan raya selesai.

Persoalan yang timbul ialah sama ada isu ini benar-benar berlaku di mana satu siasatan perlu di jalankan atau dijadikan strategi atau alat pilihan raya untuk meraih undi.

Dari sumber yang boleh dipercayai isu ini sentiasa dibangkitkan oleh masyarakat luar negara betapa integriti pilihan raya negara ini dipersoalkan. Perwakilan luar tanpa gagal mengajukan soalan kepada perwakilan kita tentang kesahihan perkara ini malah Christiane Amanpour tidak melepaskan peluang mengajukan soalan sama kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam temubualnya baru-baru ini di CNN.

Satu titik noktah perlu dicari dan penyelesaian segera perlu dibuat ke atas isu yang menjadi duri dalam daging ini. Banyak pihak telah menangguk di air keruh dan akibat dari itu jelas telah mengugat integriti SPR malah menganggu-gugat perpaduan negara yang kita cintai ini.

Tindakan segera perlu diambil untuk mempercepatkan proses siasatan keatas laporan yang telah di buat dan sistem keadilan perlu dilihat menyelesaikan isu ini.

Yang paling utama masyarakat ramai perlu menukar budaya yang terlalu cepat memanjangkan maklumat sensasi kepada rakan taulan sama ada melalui Twitter, Facebook, Whatsapp dan SMS supaya berhenti sejenak untuk mencari kesahihan maklumat dan menjustifikasikan tindakan kita supaya jangan ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Empat tanda hubungan tidak boleh diteruskan

Posted: 11 Nov 2013 08:42 PM PST

Apabila hilangnya nikmat hubungan intim. Hubungan yang sihat dibuktikan dengan keserasian pasangan terutama ketika perhubungan seksual.

Apabila salah seorang tidak lagi mempunyai keinginan tersebut maknanya tanda amaran hubungan sudah terjejas telah timbul.

Pasangan yang menginginkan pula pasti berasa begitu kecewa, rasa diketepikan dan keseorangan. Perasaan ini menjurus kepada pergaduhan jika berterusan.

Mungkin isteri, suami, teman wanita mahupun teman lelaki anda bakal menamatkan hubungan tersebu?

Jika anda mula rasa risau akan situasi tersebut, anda mungkin boleh membuat beberapa persediaan minda dengan menyedari tanda-tanda bahawa keretakan hubungan sedang berlaku.

Pasangan anda atau mungkin anda sendiri boleh membuat kesimpulan tersebut selepas beberapa 'siri' pergaduhan dan kesedihan berulang dalam perhubungan tersebut.

Seringkali perasaan negatif seperti tidak puas hati, kecil hati, marah, kecewa, sakit hati dan sebagainya berulang-ulang dalam perhubungan anda. Lebih kronik ia berlaku terlalu kerap dan memakan tempoh masa yang lama.

Dalam sebuah perhubungan jangka masa panjang seperti hubungan suami isteri, tanda hubungan tidak boleh diteruskan lagi sebenarnya t berlaku mengikut beberapa peringkat.

Tidak hairan juga apabila tanda-tanda tersebut berulang-ulang dalam tempoh bertahun-tahun.

Bagaimanapun, ada juga kes di mana hubungan tersebut putus begitu sahaja tanpa sebab musabab.

Tidak kiralah sama ada putus hubungan kekasih mahupun perceraian antara suami isteri ia selalunya bermula dengan proses'permulaan, pertengahan dan penghujung'.

Anda sedar ia akan berlaku. Pernyataan seperti 'saya tinggalkan awak', 'saya tidak cintakan awak lagi' , sebenarnya bukanlah perlu dizahirkan untuk mengetahui bahawa hubungan anda telah pun sampai pada penghujungnya.

Adakah anda terkejut jika pasangan anda mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak lagi mencintai anda?

Jangan terkejut dan jangan menyiksa diri asendiri jika anda telah pun menemui tanda-tanda seperti yang bakal diberitahu di bawah.

Anda boleh menilai sendiri dan kemudian sediakan minda anda untuk menghadapinya dengan positif.

Tanda pertama, kurangnya komunikasi. Komunikasi adalah asas kepada setiap perhubungan. Bila anda mula berkenalan dengan pasangan yang anda sukai, anda akan bercerita, berkongsi pelbagai macam kisah dalam masa yang lama.

Jika tidak bercakap, khidmat pesanan ringkas (SMS) juga boleh jadi. Semua komunikasi tiba-tiba terhenti dan anda dapati anda begitu kesunyian serta bersusah payah mencari topik untuk disembangkan. Ketika ini anda patut sedar pasangan anda bukanlah seperti yang dahulu lagi.

Tanda kedua , apabila hilangnya nikmat hubungan intim. Hubungan yang sihat dibuktikan dengan keserasian pasangan terutama ketika perhubungan seksual.

Apabila salah seorang tidak lagi mempunyai keinginan tersebut maknanya tanda amaran hubungan sudah terjejas telah timbul.

Pasangan yang menginginkan pula pasti berasa begitu kecewa, rasa diketepikan dan keseorangan. Perasaan ini menjurus kepada pergaduhan jika berterusan.

Jika anda sudah melalui peringkat ini maka janganlah terlalu bersedih. Fikirkan perkara lain dan sibukkan diri bersama anak-anak atau teman di pejabat.

Tanda ketiga, apabila setiap perkara yang dilakukan pasangan membuatkan anda menyampah. Sepatutnya apabila pasangan bercinta, walau si dia berperlakuan pelik anda menerima seadanya.

Namun, jika anda semakin jelek dan menyampah, sebagai contoh pasangan anda minat bola sepak, tapi anda mula membebel tidak berkenan dengan hobi pasangan anda itu, maka itu satu tanda 'amaran' bahawa anda perlu putuskan hubungan sebelum anda semakin sakit hati dengannya dan melakukan perkara yang bukan-bukan.

Tanda akhir ialah apabila anda mula memberi pelbagai alasan untuk tiap perkara yang dicadangkan pasangan.

Alasan adalah tanda perhubungan yang tiada persefahaman. Jika anda semakin kerap melahirkan alasan, anda tanya diri sendiri kenapa.

Jika anda sedar bahawa pasangan anda tidak mencapai tahap yang anda mahukan, tapi anda masih boleh memberikan pandangan positif tentang dirinya di hadapan sahabat anda, maknanya anda masih boleh mempertahankan hubungan tersebut.

Tapi jika anda mula membangkitkan sekecil kecil kelemahan dirinya maka lebih baiklah anda memutuskan sahaja hubungan tersebut sebelum ia memudaratkan diri sendiri dan orang lain.

Penyelesaiankemelut harta pusaka

Posted: 11 Nov 2013 08:42 PM PST

Walaupun Sarah mempunyai keluarga yang sangat mengambil berat tentang diri dan anak-anaknya. Namun di saat Sarah cuba untuk bangun dan membina semula kehidupan, kesulitan melanda apabila mengalami masalah aliran tunai setelah kematian Adam.

Ini kerana segala harta peninggalan arwah seperti hartanah dan saham-saham syarikat yang tertakluk kepada undang-undang probet dan pentadbiran telah dibekukan.

Tambahan pula proses tuntutan harta pusaka adalah rumit dan mengambil masa yang panjang untuk diselesaikan.

Walau bagaimanapun, Sarah bernasib baik kerana arwah suaminya dari awal lagi telah membuat perancangan harta pusaka. Ini bagi memastikan sumber kewangan isteri dan anak-anaknya agar terus terjamin sekiranya sesuatu yang buruk menimpa dirinya.

Arwah sememangnya sedia maklum bahawa proses tuntutan harta akan mengambil masa untuk diselesaikan dan masalah ini akan menjejaskan aliran tunai ahli keluarganya.

Apabila Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) melancarkan Hibah Amanah untuk orang Islam dan Pengisytiharan Amanah untuk bukan Islam, Adam sebagai salah seorang pemegang unit ASNB merupakan antara orang yang pertama membuat permohonan untuk pelaburannya dalam dana amanah yang diuruskan oleh ASNB.

Kedua-dua kemudahan tersebut membolehkan dana-dana unit amanah ASNB peninggalan si mati diagihkan kepada penerima Hibah atau Pengisytiharan Amanah selepas kematian pemegang unit seperti Adam.

Oleh itu, 21 hari selepas makluman dibuat kepada ASNB tentang kematian Adam, pelaburan arwah dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) telah diagihkankan kepada Sarah (sebagai penerima) dan ketiga-tiga orang anaknya (di mana Sarah dilantik sebagai penjaga sah), sekali gus melegakan beban kewangan yang ditanggung Sarah dan membolehkannya untuk meneruskan kehidupan baru.

Itu merupakan senario yang lazimnya menimpa individu daripada pelbagai latar belakang sama ada orang Islam atau bukan Islam, yang berhadapan dengan kekangan kewangan apabila sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada ketua keluarga.

Tanpa perancangan harta pusaka, tidak ramai yang melalui penyelesaian harta pusaka secara cepat dan berkesan seperti yang dilalui Sarah.

Kebanyakan waris si mati terpaksa melalui proses rumit dan panjang serta kos yang tinggi untuk membuat tuntutan harta pusaka si mati.

Sementara itu, ramai juga yang terperangkap dengan perbalahan sesama waris atau tuntutan bertindih yang mengakibatkan kebanyakan kes-kes tuntutan harta pusaka tertangguh atau tidak dapat diselesaikan untuk jangka waktu yang lama.

Berdasarkan kepada angka yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada September lalu, masyarakat Islam di Malaysia mempunyai harta pusaka yang tidak dituntut sebanyak RM66 bilion, dengan RM60 billion adalah harta tidak alih dan RM6 bilion harta cair ataupun harta tunai.

Secara puratanya, nilai harta umat Islam yang tidak dituntut adalah sebanyak RM3,667 setiap orang Islam di negara ini yang berjumlah 18 juta orang.

Jumlah yang terkumpul ini mampu membantu mengembangkan ekonomi ummah sekiranya boleh disalurkan dalam sektor yang produktif.

Walaupun tiada statistik rasmi yang dikeluarkan, adalah dipercayai bahawa harta orang bukan Islam yang masih tidak dituntut juga agak besar jumlahnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tiga pemaju kena kompaun

Posted: 12 Nov 2013 10:41 AM PST

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) telah mengeluarkan Notis Pemberhentian Kerja serta merta kepada tiga pemaju projek perumahan yang menjalankan kerja-kerja tanah di Kemensah, Hulu Klang, dekat sini.

Pengarah Jabatan Perancang Korporat MPAJ, Rosliza Mohd. berkata, notis tersebut dikeluarkan selepas mendapati pihak pemaju gagal mengawal hakisan kelodak dan gagal memastikan sistem kawalan hakisan kelodak berfungsi sepenuhnya.

"Ketiga-ketiga pemaju terlibat juga telah diberikan Notis Arahan Tindakan agar sistem kawalan hakisan kelodak dan lumpur berfungsi dengan baik selain dikenakan kompaun atas kesalahan yang dilakukan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai kebimbangan penduduk Taman Kemensah yang disiarkan Utusan Malaysia pada 6 November lalu berhubung kejadian banjir lumpur di taman itu disebabkan kerja-kerja tanah oleh pemaju terlibat.

Penduduk mendakwa kegagalan pihak pemaju mematuhi syarat-syarat ditetapkan pihak berkuasa tempatan menyebabkan mereka berisiko diancam banjir lumpur kali kedua.

Mengenai ketiadaan zon penampan di kawasan itu seperti yang didakwa penduduk, Rosliza menjelaskan, berdasarkan siasatan MPAJ jarak antara tapak projek dengan rumah penduduk adalah mematuhi garis panduan pembangunan.

"Ini adalah kerana jarak antara tembok maccarferi projek dengan dinding rumah terdekat menepati keperluan minimum jarak sepuluh meter," katanya.

Tambahnya, pihak pemaju juga telah selesai menjalankan kerja-kerja pembersihan longkang yang dipenuhi lumpur di kawasan Taman Tropika Kemensah manakala kerja-kerja pembersihan di Jalan L7 masih dalam tindakan pemaju.

Laporan 9,000 pili bomba rosak tidak benar

Posted: 12 Nov 2013 10:41 AM PST

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan membidas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan yang menyatakan bahawa kira-kira 9,000 daripada 17,000 pili bomba di ibu kota mengalami kerosakan.

Sebaliknya beliau berkata, berdasarkan pemeriksaan Jabatan Bomba dan Penyelamat jumlah pili bomba yang mengalami kerosakan cuma 253 unit sahaja dan bukannya seperti yang dilaporkan oleh akhbar berkenaan.

Malah beliau berkata, pihak kementerian turut mempertikaikan persatuan yang memberi maklumat tentang kerosakan pili bomba berkenaan memandangkan persatuan itu tidak diiktiraf oleh pihak jabatan bomba walaupun telah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Apa yang telah dilaporkan oleh akhbar ini tidak betul. Berdasarkan laporan akhbar tersebut setengah daripada jumlah keseluruhan pili bomba di Kuala Lumpur tidak berfungsi.

"Sebenarnya saya amat kesal dengan laporan yang telah dibuat ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Abdul Rahman juga mempersoalkan tindakan persatuan terbabit apabila mereka dikatakan cuba membuka pili bomba secara tidak sah.

Dalam perkembangan sama Abdul Rahman berkata, secara keseluruhan jumlah pili bomba di seluruh negara lebih 300,000 unit.

"Untuk makluman kerja-kerja penyenggaraan dan pembaikan akan dilakukan oleh jabatan bomba manakala tekanan air adalah di bawah tanggungjawab syarikat pembekal air seperti Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas)," ujarnya.

Abdul Rahman ketika menyentuh isu sama turut meminta golongan masyarakat bersama-sama menjaga pili bomba supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.

"Pihak bomba tidak mampu memantau pili-pili bomba ini, Oleh itu adalah diharapkan masyarakat juga dapat sama-sama membantu kita memastikan pili-pili bomba ini tidak rosak," ujarnya.

Menyentuh mengenai Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) beliau berkata, jawatankuasa itu akan berperanan sebagai wakil penduduk yang sekali gus diyakini mampu merapatkan hubungan antara penduduk bandar dengan pihak kerajaan terutama pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pasar Raja Bot ditutup sehari sebulan

Posted: 12 Nov 2013 10:41 AM PST

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz (tiga dari kanan) dan Mohd. Zain Hassan (dua dari kanan) melihat tikus yang terperangkap dalam perangkap yang dipasang oleh DBKL di Pasar Raja Bot, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 12 Nov. - Pasar Raja Bot akan ditutup sekurang-kurangnya sehari setiap bulan bagi memberi ruang kepada kerja-kerja pembersihan secara berkala dilaksanakan di situ demi memastikan kebersihan premis itu terjamin.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio Ekonomi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mhd. Amin Nordin Abd. Aziz berkata, penutupan pasar tersebut akan dibuat pada hari Selasa pertengahan bulan dan kerja-kerja tersebut perlu dijalankan secara berterusan untuk memastikan pengunjung berasa lebih selesa.

"Ia merupakan usul daripada Kementerian Wilayah Persekutuan yang meminta semua premis di ibu kota sama ada di dalam bangunan, pasar dan pusat penjaja dibersihkan supaya Kuala Lumpur bersedia menerima tetamu sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.

"Pasar Raja Bot yang dibina pada 1955 ini amat kotor dan uzur serta menjadi tempat pembiakan tikus. Hari ini kami memfokuskan pembersihan sistem perparitan dan tempat pengumpulan sampah. Selain itu lantai dan jalan yang berlubang disimen dan diturap semula," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena penutupan dan operasi pembersihan pasar itu, yang turut dikenali Pasar Chow Kit.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora, Mohd. Zain Hassan, Presiden Peniaga dan Penjaja Bumiputra Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Rosli Sulaiman, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr. Hayati Abdullah dan Pengarah Jabatan Pelesenan dan Pengurusan Penjaja DBKL, Rolan Abd. Rahman.

"Selain itu, peniaga diminta membersihkan unit masing-masing kerana agak sukar bagi petugas Alam Flora untuk membersihkannya disebabkan masalah halangan struktur. Pasar ini juga sedang dibangunkan semula dalam jangka masa tiga tahun yang melibatkan 1,139 penjaja," katanya lagi.

Baru-baru ini, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengarahkan DBKL menutup sementara operasi pasar itu berkuat kuasa selepas Deepavali lalu kerana dikatakan menjadi tempat pembiakan tikus.

Mhd. Amin Nordin berkata, pihaknya mendapati Pasar Raja Bot, Pasar Pudu dan Pasar Keramat adalah antara pasar yang terkotor di ibu kota selain peniaga juga didapati tidak mematuhi peraturan kerana membuang sampah di luar tong sampah.

"Selepas ini DBKL akan menempatkan anggota penguat kuasa di pasar bagi memantau perkara tersebut dan mengenakan kompaun kepada peniaga terbabit. Jika didapati (mereka membuang sampah) menggunakan lori, maka lori itu akan disita," jelasnya.

Katanya, disiplin dan kerjasama daripada peniaga dan penjaja amat diperlukan bagi menjaga kebersihan Pasar Raja Bot secara berterusan khususnya untuk menghapuskan habitat tikus di situ.

"Kami telah meletakkan racun tikus dan esok kita akan memungut tikus-tikus itu. Kami juga menggunakan kaedah penangkapan tikus menggunakan sangkar. Selain itu, kami turut menerima laporan yang Pasar Pudu dan Pasar Bukit Maluri juga menjadi tempat pembiakan tikus," ujarnya.

Tambah beliau, sebanyak 4,226 ekor tikus ditangkap sejak Mac hingga Mei tahun ini di Pasar Raja Bot.

Dalam perkembangan lain, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang untuk menjalankan operasi pembersihan di Pasar Pudu dan Pasar Keramat selepas membersihkan Pasar Raja Bot dalam masa terdekat.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


10 peserta diminta berundur

Posted: 11 Nov 2013 10:21 AM PST

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

ISMAIL Mohamed (tiga dari kanan) melawat sudut pameran dalam majlis menutup Agro Mini Johor Daerah Muar di pekarangan Stadium Sultan Ibrahim, Muar, Johor, semalam.

MUAR 11 Nov. - Lebih 10 peserta Projek Pertanian Moden di Kluang dekat sini, yang gagal membangunkan kawasan masing-masing diminta berundur dan memberi peluang peserta baharu mengusahakannya bagi memastikan projek yang menelan kos RM155 juta itu tidak tergendala.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Ismail Mohamed berkata, pengusaha terbabit telah diberikan amaran dan bagi yang masih berhutang dengan kerajaan negeri melalui pinjaman sebelum ini diminta segera melunaskannya.

"Ada yang sedang berunding dengan kita untuk menyelesaikan pelbagai premium dan cukai menerusi pakej tertentu, kita akan pantau setiap bulan, yang mana tidak berdaya perlu menarik diri.

"Projek ini dikendalikan Kerajaan Persekutuan sejak 2004 tetapi terdapat pengusaha mengalami sedikit masalah dan gagal menjadi pemain industri berwibawa," katanya dalam sidang akhbar selepas menutup Agro Mini Johor Daerah Muar di pekarangan Stadium Sultan Ibrahim, di sini semalam.

Projek itu yang dilancar pada Februari 2004 adalah usaha untuk mengeluarkan bahan makanan selain sebagai projek perintis pertanian campuran berskala besar diurus secara komersial menggunakan teknologi dan amalan pertanian yang terkini.

Menerusi projek tersebut, pengeluaran makanan negara dijangka akan meningkat dan secara langsung menambah bekalan makanan bagi keperluan domestik serta pada masa yang sama mengurangkan import bahan makanan negara.

Ismail berkata, projek itu juga bertujuan melahirkan pemain industri pertanian berjaya dalam skala besar, tetapi ada yang tidak berdaya sehingga berhutang dengan kerajaan negeri.

Tanpa mendedahkan jumlah hutang berkenaan, Ismail berkata, setakat ini 10 daripada lebih 40 pengusaha dikenal pasti bermasalah yang beroperasi di situ.

"Ada yang masih berhutang dengan kerajaan negeri tetapi yang ingin teruskan kita ada skim pembayaran berperingkat. Bukan semua tidak berjaya dan projek berkenaan membabitkan tanaman, perikanan, industri kecil dan sederhana termasuk agro pelancongan," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau menasihatkan petani dan penternak supaya membuat laporan sekiranya kebun atau ladang mereka terjejas atau rosak akibat banjir yang mula melanda negeri ini sejak seminggu lalu supaya siasatan dapat dilakukan sebelum mereka diberi bantuan segera.

Mengenai Agro Mini Johor, beliau berkata, penganjurannya sudah dilaksanakan di lima daerah iaitu di Pasir Gudang, Kota Tinggi, Mersing, Pontian dan terakhir di daerah ini serta dilawati oleh kira-kira 25,000 pengunjung.

Ramai tidak guna baucar saringan kesihatan percuma

Posted: 11 Nov 2013 10:21 AM PST

Tong Sing Chuang (belakang, kanan) melihat seorang wanita membuat pemeriksaan kesihatan dalam program Saringan Kesihatan Perkeso Johor Bahru di Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 11 Nov. - Seramai 28,960 pekerja swasta berusia 40 tahun ke atas yang mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di negeri ini memanfaatkan baucar saringan kesihatan percuma yang disediakan kerajaan dalam Bajet 2013 setakat ini.

Timbalan Pengarah Perkeso negeri, Tong Sing Chuang berkata, daripada jumlah tersebut, seramai 16,279 orang adalah lelaki manakala bakinya 12,681 (wanita).

Beliau berkata, terdapat banyak kemungkinan kenapa sebahagian besar penerima tidak menggunakan kemudahan disediakan kerajaan yang melibatkan peruntukan RM200 juta itu.

"Antaranya mereka tidak mempunyai masa yang cukup, selain bimbang tentang tahap kesihatan masing-masing terutamanya apabila mereka mendapat tahu mempunyai penyakit dan sebagainya.

"Biarpun begitu, Perkeso sentiasa menjalankan kempen kesedaran bagi menggalakkan lebih ramai pencarum menggunakan baucar yang diberikan dengan tarikh akhir pemeriksaan adalah 31 Disember ini," katanya selepas merasmikan program Saringan Kesihatan Perkeso Johor Bahru, di sini semalam.

Program saringan kesihatan yang bertujuan membolehkan pencarum membuat pemeriksaan kesihatan penyakit tidak berjangkit itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sesi pembentangan Bajet 2013 tahun lalu yang memberi manfaat kepada 1.9 juta pekerja di seluruh negara.

Menerusi baucar itu, pekerja lelaki menerima RM100 bagi menjalani pemeriksaan kesihatan manakala RM200 (pekerja wanita yang berpeluang menikmati pemeriksaan mamogram).

Mengulas lanjut tentang program hari ini, Sing Chuang berkata, seramai 142 pencarum berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan yang dijalankan di bangunan Perkeso di sini.

Ujarnya, lebih separuh pencarum yang hadir hari ini adalah mereka yang pertama kali melakukan pemeriksaan kesihatan dengan kebanyakannya adalah golongan wanita.

"Saya harap dengan berbaki lagi sebulan lebih ini, semua pencarum yang telah menerima baucar diseru menggunakan kemudahan yang diberikan bagi mengetahui status kesihatan mereka," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved