Khamis, 29 Ogos 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Logo kumpulan kongsi gelap didedahkan

Posted: 29 Aug 2013 09:55 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mendedahkan beberapa logo serta lambang milik 49 kumpulan kongsi gelap yang diumumkan semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahaigan Kongsi Gelap dan Maksiat (D7), Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, pendedahan itu bertujuan agar orang ramai dapat menghindari kumpulan-kumpulan terlibat sebelum mereka diambil tindakan oleh polis. - UTUSAN

3 beranak dibunuh kejam

Posted: 29 Aug 2013 11:46 AM PDT

Oleh HAKIMI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 29 Ogos - Tiga beranak termasuk seorang bayi perempuan berumur dua tahun ditemui mati dibunuh kejam dengan pelbagai kesan kecederaan termasuk kelaran di leher dalam sebuah rumah di Taman Dengkil Jaya, Dengkil dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, mangsa merupakan seorang wanita warga emas berusia 64 tahun yang ditikam di perut, cucu lelakinya berumur 21 tahun, turut ditikam di perut dan ditetak di kepala manakala bayi tersebut dikelar di leher.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Imran Abdul Rahman berkata, ketiga-tiga mangsa ditemui di tiga tempat berasingan iaitu di ruang tamu, dapur dan bilik utama di dalam rumah teres tiga bilik itu oleh seorang ahli keluarga mangsa yang berumur tujuh tahun sejurus pulang dari sekolah pukul 2 petang.

"Kanak-kanak itu kemudian menghubungi kakaknya berumur 19 tahun sebelum polis menerima laporan kira-kira pukul 2.30 petang," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Menurut Imran, bertindak atas maklumat tersebut, polis telah melakukan pemeriksaan dan menemukan ketiga-tiga mangsa dalam keadaan berlumuran darah di tiga tempat berasingan.

Katanya, polis akan menyiasat kes tersebut daripada pelbagai aspek termasuk dendam mahupun rompakan kerana hasil siasatan awal mendapati tiada kesan pergelutan di rumah mangsa.

"Rumah yang diduduki lapan beranak itu didapati tiada kesan pecah rumah, samun mahupun pergelutan. Polis kini sedang giat mengesan senjata yang digunakan serta motif kejadian," katanya.

Kata beliau, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Supritendan Han Yan di talian 03-87724222 bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, seorang jiran yang hanya mahu dikenali sebagai Mas Ayu, 27, berkata, dia terdengar bunyi bising daripada rumah mangsa pada pukul 11 pagi tetapi tidak melihat kejadian mencurigakan.

"Sekitar rumah mangsa pada ketika itu juga tiada sebarang kenderaan dan saya fikir ia mungkin pergaduhan biasa yang tidak serius," katanya.

Kata Mas Ayu, sepanjang mengenali keluarga mangsa, tiada sebarang masalah yang timbul, malah tiada pergaduhan besar melibatkan mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Tutor diyakini bantu tingkatkan prestasi murid

Posted: 29 Aug 2013 11:46 AM PDT

Ooi Hock Leong (kiri) menerangkan cara-cara penggunaan Tutor kepada muridnya yang akan menduduki UPSR di Sekolah Kebangsaan Kiaramas, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kiaramas di sini, meyakini akhbar pendidikan terbitan terbaharu Utusan Malaysia, Tutor mampu membantu meningkatkan prestasi sekolah itu terutama dalam mencapai kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tidak lama lagi.

Guru Besar sekolah itu, Ooi Hock Leong berkata, berdasarkan keyakinan itu, pihaknya memilih untuk melanggan 304 naskhah Tutor hari ini bagi kegunaan guru dan murid dalam program Gerak Gempur UPSR sekolah tersebut.

Menurutnya, program itu yang hanya digerakkan pada minggu-minggu terakhir UPSR hanya tertumpu kepada kegiatan memperbanyakkan latihan menjawab soalan latih tubi.

"Tutor melengkapkan keperluan SK Kiaramas memandangkan kesemua 20 halaman 20 Tutor dilengkapi soalan ramalan UPSR yang bermutu, malah kita bertambah yakin apabila ia disediakan oleh guru pakar penggubal soalan," katanya ketika ditemui dalam majlis serahan langganan Tutor di sekolah tersebut di sini kelmarin.

Tutor diterbitkan dalam bentuk tabloid sebanyak dua kali sebulan, setiap Isnin padat dengan soalan peperiksaan bagi tujuan latih tubi dan dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu awal tahun, pertengahan tahun dan hujung tahun.

Hock Leong menambah, pihak sekolah juga yakin melalui penggunaan Tutor secara berkesan dan dengan komitmen tinggi guru mampu merealisasikan matlamat sekolah mencapai tahap Band Satu iaitu menjadi sekolah berprestasi tinggi.

"Ketika ini, SK Kiaramas dalam Band Dua dan kita sedang berusaha membaiki prestasi mencapai Band Satu. Oleh itu, kita harap melalui penggunaan Tutor dapat membantu sekolah mencapai matlamat tersebut.

"Selain berharap dapat membaiki tahap pencapaian Band, kita juga meletakkan matlamat dapat menambah bilangan murid yang mendapat 5A pada UPSR tahun ini kepada 30 orang berbanding 14 murid tahun lalu," katanya.

Kata beliau, selain menepati keperluan sekolah, pihaknya tertarik melanggan Tutor disebabkan tawaran harga Tutor yang amat murah berbanding akhbar pendidikan lain di pasaran.

Selain itu, menurut guru mata pelajaran Matematik, Miftahul Jannah Kamaruddin, soalan latih tubi Tutor didapati berlainan dan baharu berbanding buku rujukan atau akhbar pendidikan lain.

Menurutnya, soalan latih tubi baharu itu mampu meningkatkan tahap kemahiran murid dan bersesuaian dengan keperluan saat akhir mereka sebelum menduduki UPSR.

Bagi guru mata pelajaran Sains, Zaiton Ahmad, bahan yang disediakan agak terperinci dan mencabar kemahiran murid dalam menjawab soalan.

"Guru dapat mempelbagaikan bahan pembelajaran kerana tidak hanya tertumpu pada buku rujukan atau koleksi kertas soalan dari negeri lain yang biasa digunakan sebelum ini," katanya.

Sementara itu, murid tahun enam SK Kiaramas, Aizul Amin berkata, soalan latih tubi Tutor agak mirip dengan soalan percubaan UPSR lalu dan sesetengah soalan agak mencabar serta memerlukan bantuan guru mata pelajaran atau perbincangan berkumpulan.

Dia yang juga Ketua Pengawas sekolah berkata, paparan muka halaman Tutor juga agak berlainan dengan akhbar pendidikan lain yang berwarna-warni sekali gus tidak menjemukan murid untuk menelaah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


AV Asia gagal dalam rayuan

Posted: 29 Aug 2013 11:46 AM PDT

PUTRAJAYA 29 Ogos - AV Asia Sdn. Bhd. hari ini gagal dalam rayuannya bagi menghalang Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. (Measat) daripada menggunakan maklumat sulit milik syarikatnya berkaitan pembelian piring satelit.

Perkara itu berikutan keputusan sebulat suara panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menolak rayuan syarikat pembekal peralatan sokongan televisyen tersebut.

Mahkamah berpuas hati bahawa dakwaan berhubung perlanggaran terma-terma dalam Perjanjian Tidak Boleh Dedah (NDA) di antara pihak-pihak tersebut tidak dibuktikan.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Hashim Yusoff, Tan Sri Abdull Hamid Embong, Datuk Hasan Lah dan Datin Paduka Zaleha Zahari turut memerintahkan AV Asia membayar kos RM100,000.

AV Asia diwakili oleh barisan peguam bela diketuai oleh Malik Imtiaz Sarwar manakala Measat oleh Tan Sri Cecil Abraham.

AV Asia menyaman Measat atas dakwaan responden menggunakan maklumat sulit miliknya yang membolehkan Astro melancarkan produk Astro B.yond High Definition (HD).

Dalam tuntutan samannya, AV Asia memohon perintah sementara bagi menghalang Measat atau melalui ejennya daripada menggunakan sebarang maklumat sulit yang dikemukakan oleh perayu yang terkandung dalam NDA bertarikh 1 Ogos 2008.

Piring satelit: AV Asia gagal dalam rayuan halang Measat

Posted: 29 Aug 2013 02:26 AM PDT

Oleh NORLIZAH ABAS

PUTRAJAYA 29 Ogos - AV Asia Sdn. Bhd. hari ini gagal dalam rayuannya bagi menghalang Measat Broadcast Network Systems Sdn. Bhd. (Measat) daripada menggunakan maklumat sulit milik syarikatnya berkaitan pembelian piring satelit.

Perkara itu berikutan keputusan sebulat suara panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menolak rayuan syarikat pembekal peralatan sokongan televisyen tersebut. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Hentikan pembuangan sampah di tepi jalan

Posted: 29 Aug 2013 11:46 AM PDT

WARGA CERIA
Jerantut Feri, Jerantut

LONGGOKAN sampah berdekatan jalan menghala kediaman penduduk yang dilakukan oleh segelintir golongan tidak bertanggungjawab di Kampung Jerantut Feri, Jerantut.

SAYA adalah penduduk kawasan perumahan di Jerantut Feri, Jerantut meminta pihak berwajib memantau kebersihan khususnya pembuangan sampah yang tidak bersistematik berdekatan jalan raya ke kawasan perumahan di sini.

Sejak Jun lalu setelah pelaksanaan penggunaan tong sampah sintetik di setiap rumah oleh Alam Flora, penduduk sewajarnya akur dengan aspirasi kerajaan negeri mewujudkan kawasan di bandar, premis dan kediaman berada dalam keadaan bersih.

Namun, apa yang dikesalkan ada pihak tidak bertanggungjawab masih membuang sampah di lokasi berkenaan walaupun penguatkuasaan sudah dilaksanakan oleh pihak berwajib.

Keadaan itu mengundang bau busuk, malah longgokan sampah itu diselongkar anjing liar dan dihinggapi langau.

Longgokan sampah bukan sahaja mencemar pemandangan malah dikhuatiri wujud pembiakan nyamuk aedes berikutan serangga berkenaan membiak di tin kosong berisi air.

Saya amat berharap pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan pembuangan sampah di lokasi itu untuk mengembalikan suasana kebersihan dan keceriaan sepanjang jalan khususnya di kawasan kediaman.

Selain itu, pihak berkuasa tempatan perlu memasang papan tanda amaran larangan membuang sampah berdekatan di tepi jalan berkenaan bagi menghindarkan amalan negatif tersebut.

Dengan adanya pemasangan papan tanda itu dapat menyedarkan pihak terlibat mendidik orang ramai menghargai usaha kebersihan serta keceriaan dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan dan Alam Flora.

Kita wajar peka tugas menjaga kebersihan perlu dipikul bersama supaya keluarga, masyarakat dan semua penduduk dapat hidup selesa serta terhindar daripada sebarang penyakit.

Jangan menghina Jalur Gemilang

Posted: 29 Aug 2013 11:46 AM PDT

RAKYAT Malaysia khususnya para belia perlu menghayati sejarah kemerdekaan demi menjiwai dan menyamai perasaan hormat terhadap bendera negara, Jalur Gemilang.

Pemahaman terhadap perjuangan tokoh terdahulu mendapatkan kebebasan dan keamanan negara adalah amat penting sekali.

Sehubungan itu, jangan ada lagi sikap bertolak ansur diberikan kepada mana-mana pihak yang sengaja melakukan penghinaan terhadap Jalur Gemilang seperti pernah berlaku sebelum ini.

Untuk memberi kesedaran dan kefahaman, maka lebih banyak kempen perlu diadakan oleh kerajaan.

Apa yang perlu disematkan di jiwa mereka ialah agar tidak sekadar mengibarkan Jalur Gemilang sebaliknya ditekankan dengan penuh pengertian kenapa bendera negara dicipta.

Dengan yang demikian barulah mereka akan memahami dan sedar betapa pentingnya bendera kepada negara dan seterusnya memberi penghormatan yang tinggi terhadap Jalur Gemilang.

Sebagai seorang bekas tentera, saya ingin mengingatkan bahawa bendera sesebuah negara adalah amat penting kerana ia melambangkan identiti dan kedaulatan negara tersebut.

Saya amat menghormati bendera negara kita dan berharap agar semua rakyat memahami kepentingan Jalur Gemilang.

Saya juga ingin menyarankan agar semua penjawat awam lebih proaktif dan menunjukkan teladan yang baik dalam menghayati Jalur Gemilang ini.

ZULKIFLI MOHD. TAHIR

Pekan

Baiki segera jalan rosak di Jengka 8

Posted: 29 Aug 2013 11:46 AM PDT

PEMANDU KESAL
Jerantut

KEADAAN struktur jalan rosak sudah semestinya menimbulkan kebimbangan kepada pemilik kenderaan terhadap keselamatan mereka jika melalui laluan tersebut.

Kebimbangan tersebut ada relevannya kerana selain faktor kecuaian manusia dan keadaan kenderaan, struktur jalan raya boleh menyumbang kepada risiko kemalangan.

Jika keadaan jalan tersebut rosak maka akan menyebabkan pemandu berhati-hati dan jika tidak bernasib baik mereka juga terlibat dalam kemalangan atau kenderaan terbabit terpaksa dibaiki.

Bagi pengguna jalan raya sekitar Jerantut pasti sudah jemu dengan keadaan jalan yang terlalu banyak kawasan mengalami kerosakan.

Paling kecewa melihat pihak tertentu hanya meletakkan papan tanda jalan rosak dan membiarkan terus berlubang sekian lama tanpa diturap.

Laluan Jerantut ke Felda Sungai Tekam boleh dijadikan sebagai contoh apabila lubang yang semakin membesar berhampiran stesen minyak Shell Simpang Jengka 8 terbiar tanpa dibaiki.

Lubang tersebut menyebabkan jalan menghala ke Felda Sungai Tekam semakin sempit mengakibatkan kenderaan yang datang dari kedua-dua arah terpaksa berhenti bagi memberi laluan kepada mana-mana arah terlebih dahulu.

Pada pendapat saya, pihak berkenaan harus membaikinya dengan segera sebelum kejadian yang tidak diingini berlaku di kawasan tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Tentera tak perlu setia pada Presiden

Posted: 29 Aug 2013 11:46 AM PDT

KAHERAH 29 Ogos - Tentera Mesir tidak akan mengangkat sumpah kesetiaan secara langsung kepada Presiden negara ini berdasarkan satu dekri terbaharu yang dikeluarkan oleh kerajaan sementara di sini, semalam.

Berdasarkan dekri itu, anggota tentera akan berikrar dengan ayat 'Saya akan menurut perintah kepemimpinan saya' dan membuang ayat 'Saya akan setia kepada Presiden negara ini'.

Dekri berkenaan dikeluarkan oleh kerajaan sementara pimpinan Presiden Adly Mansour yang mendapat sokongan tentera selepas Presiden Mohammed Mursi daripada pergerakan Ikhwanul Muslimin digulingkan pada 3 Julai lalu.

Jurucakap tentera, Ahmed Ali berkata, perubahan tersebut merupakan perkara yang positif dan mengelakkan anggota tentera daripada membuat sumpah secara peribadi kepada seseorang individu.

"Ikrar baharu itu turut merujuk kepada Presiden yang juga merupakan satu daripada ketua tentera.

"Cara ini menjadikan anggota tentera setia kepada kepemimpinan, bukannya individu," katanya.

Penganalisis berkata, tindakan menggubal dekri tersebut dilihat sebagai cara pihak tentera mendapatkan kebebasan daripada dikawal oleh kerajaan awam.

Profesor dari Universiti George Washington, Nathan Brown mendapati, keputusan menggubal dekri itu sebenarnya berdasarkan kandungan yang diberikan kepada Adly oleh ketua tentera, Jeneral Abdel Fateh al-Sisi.

Katanya, Abdel Fateh turut berkhidmat sebagai Timbalan Presiden dan Menteri Pertahanan dalam kerajaan sementara tersebut.

"Saya tidak fikir semua orang akan percaya perubahan itu dilakukan atas usaha Presiden.

"Dalam erti kata lain, dekri baharu berkenaan merupakan langkah yang dilaksanakan oleh tentera dan hanya diluluskan oleh Presiden sementara," katanya.

Brown berkata, di kebanyakan negara, pihak tentera akan bersumpah taat setia kepada Perlembagaan dan undang-undang.

Namun, katanya, di Mesir, tentera dan pegawainya tidak lagi bersumpah kepada pentadbiran awam, undang-undang atau prosedur. - REUTERS

Obama belum buat keputusan

Posted: 29 Aug 2013 11:46 AM PDT

Penduduk Britain mengadakan tunjuk perasaan membantah cadangan tentera Barat untuk menyerang Syria di tengah London, kelmarin. - REUTERS

WASHINGTON 29 Ogos - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama masih belum membuat keputusan, sama ada akan mengambil tindakan ketenteraan ke atas Syria atau tidak, namun Washington berkata, tindakan itu dijangka akan diteruskan jika usaha mendapatkan mandat daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung konflik di Syria menemui kegagalan.

Obama berkata, Washington telah menyimpulkan bahawa kerajaan Presiden Syria, Bashar al-Assad bertanggungjawab terhadap serangan senjata kimia dekat Damsyik pada minggu lepas.

Washington dijangka mendedahkan kepada umum laporan tentang serangan itu, yang mengorbankan lebih 1,300 rakyat Syria.

Apabila ditanya tentang keputusan sama ada AS akan mengambil tindakan ketenteraan akan melibatkan pelancaran peluru berpandu, Obama berkata: ''Saya masih belum membuat keputusan.''

Bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa tindakan ketenteraan AS akan dibuat untuk memberi amaran keras supaya Syria tidak lagi mengulangi penggunaan senjata kimia.

Obama mengaku serangan terhad yang dirancang oleh White House tidak akan menghentikan pembunuhan orang awam di Syria tetapi penglibatan negara ini dalam perang saudara di negara itu yang menyaksikan lebih 100,000 orang maut tidak akan membantu keadaan.

Pemimpin AS itu yang mahu legasi diingati sebagai menamatkan perang dan tidak memulakan perang melibatkan negara-negara asing, menegaskan bahawa adalah penting untuk menghantar mesej jelas bukan sahaja kepada Syria tetapi kepada seluruh dunia.

Terdahulu, Washington secara jelas menyatakan bahawa resolusi Majlis Keselamatan PBB berhubung pemberian asas undang-undang untuk mengambil tindakan ketenteraan cadangan Britain, tidak akan berjaya ekoran penentangan Rusia.

''Kami tidak melihat kejayaan usaha ini ekoran penentangan Rusia terhadap sebarang tindakan bermakna Majlis Keselamatan PBB terhadap Syria,'' kata Timbalan Jurucakap Jabatan Negara AS, Marie Harf. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Teater Muzikal P. Ramlee 5 hari di Kuching bermula 9 Sept.

Posted: 29 Aug 2013 01:26 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Ogos - Teater Muzikal P. Ramlee yang menceritakan kisah hidup seniman agung tersebut bakal dipentaskan selama lima hari bermula pada 9 September ini bertempat di Pusat Persidangan Borneo, Kuching, Sarawak.

Penerbit Eksekutif, Datin Seri Tiara Jacquelina berkata, dia amat teruja untuk mementaskan teater tersebut di luar Kuala Lumpur setelah berbuat demikian pada tahun 2007 dan 2008 lalu.

"Ini adalah peluang untuk peminat teater dan juga peminat Tan Sri P. Ramlee untuk menyaksikan kisah hidup seniman agung negara dipersembahkan di pentas teater.

"Saya juga berharap teater ini akan mendapat sambutan daripada seluruh warga Borneo kerana ia dipentaskan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia ke-50 tidak lama lagi," jelasnya. - UTUSAN ONLINE

Doughlas, Zeta-Jones berpisah selepas 13 tahun

Posted: 28 Aug 2013 09:12 PM PDT

PASANGAN terkenal Hollywood, Michael Douglas dan Catherine Zeta-Jones akhirnya berpisah selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga.

NEW YORK 29 Ogos - Aktor Michael Douglas dan isterinya, aktres Catherine Zeta-Jones dilaporkan berpisah selepas hampir 13 tahun berkahwin.

Majalah People melaporkan, pasangan itu sudah berpisah sejak beberapa bulan lalu selepas dikesan masing-masing sering menghadiri acara karpet merah secara bersendirian.

"Douglas dan Zeta-Jones inginkan sedikit ruang dan masa dalam hubungan mereka," menurut sumber yang dipetik oleh People.

Pasangan itu bagaimanapun, belum memfailkan tuntutan cerai secara rasmi. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Perlukah sejarah ditulis semula?

Posted: 29 Aug 2013 11:46 AM PDT

Oleh Mohd. Shauki Abd. Majid

HARI Sabtu ini adalah ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-56. Tarikh yang mengingatkan kita bagaimana jerihnya perjuangan pemimpin terdahulu untuk menentukan haluan negara, dari sebuah negara yang rakyatnya dikatakan tidak mampu membuat sebatang jarum", dalam tekad dan kesungguhan akhirnya Malaysia menuju ke tahap negara maju.

Kejayaan membina negara bangsa yang berdaulat, yang mempunyai kestabilan ekonomi dan politik memerlukan pengorbanan dan kesungguhan, menterjemahkan hasrat rakyat menjadi hasrat negara, adalah satu petunjuk bahawa penglibatan rakyat yang aktif dan berkesan. Tanpa kerjasama setiap rakyat, suatu kerangka yang baik akan bertukar menemui kegagalan.

Rakyat Malaysia boleh meneladani apa yang sedang berlaku di Mesir. Kemerdekaan yang mereka dapatkan dari penjajahan hanyalah kemerdekaan secara simbolik sahaja kerana hakikatnya rakyat tidak merdeka dari suasana negara yang damai dan aman. Kuasa-kuasa luar selalu membayangi perjalanan kerajaan mereka. Tiga presiden Mesir adalah dalam kalangan tentera (Gamal Abdel Nasser, Anwar Sadat dan Hosni Mubarak) dan Dr. Mohamad Mursi merupakan kalangan orang awam yang pertama menduduki jawatan itu.

Bagaimanapun, hayat pentadbiran Mursi hanyalah kekal selama setahun lima hari, beliau ditumbangkan oleh tentera, yang mendapat sokongan Amerika Syarikat.

Sebulan sebelum Mursi digulingkan, Amerika Syarikat menyalurkan bantuan lebih satu bilion dolar kepada pihak tentera manakala presiden yang dipilih oleh 61 peratus pengundi pada bulan Jun 2011, masih gagal membawa pelaburan bernilai dua bilion dolar dari negara-negara Arab. Mursi terus dikuasai oleh Ikhwanul Muslimin, akibatnya pada bulan sebulan sebelum disingkirkan, berlaku tunjuk perasaan mendesak beliau mengundurkan diri.

Semasa berucap menerima jawatan Presiden Mesir, Mursi telah berjanji akan membantu memulihkan ekonomi dengan membawa masuk pelaburan yang besar, dan dengan itu rakyat akan memperoleh peluang pekerjaan di samping menyediakan perumahan untuk rakyat.

Sayangnya, semua janji tersebut tidak berjaya dilaksanakan kerana Mursi hanya menumpukan seluruh keupayaannya untuk mengukuhkan kedudukan Ikhwanul Muslimin.

Apa yang dapat kita pelajari bahawa menguruskan sesebuah negara bukanlah satu perkara yang mudah, tidak sekadar boleh berjanji kepada rakyat. Rakyat akan menghukum pemimpin yang hanya tahu berjanji, kerana rakyat memerlukan suasana kehidupan yang lebih baik dan nasib mereka akan berubah.

Berlainan dengan landasan tindakan yang diambil oleh pemimpin Malaysia. Sebaik sahaja mencapai kemerdekaan, azam pemimpin ialah membasmi kemiskinan menerusi potensi sumber manusia dengan menggerakkan setiap daripada mereka bersekolah, kerana percaya pengetahuan bakal mengubah nasib seseorang.

Sejak merdeka, kerajaan tidak pernah berhenti untuk membina infrastruktur, daripada kemudahan kesihatan, pendidikan dan sosial hinggalah mencipta peluang pekerjaan kepada rakyat bahkan merupakan negara yang paling cepat berjaya melepaskan kemelesetan. Ia didorong oleh pertumbuhan domestik yang mapan dan terus meningkat

Sejak merdeka, Mesir tidak membangunkan pertumbuhan ekonomi domestik yang tinggi, kerana terus mengharapkan bantuan dan sumbangan dari luar. Lebih separuh penduduk Mesir hidup dalam kemiskinan, dan sebahagian besar ekonominya bergantung kepada kemasukan pelancong asing.

Sejak revolusi yang membawa kepada penyingkiran Hosni Mubarak, sektor pelancongan terjejas teruk menyebabkan sebahagian rakyat mula mempersoalkan keberkesanan Mursi memulihkan ekonomi.

Ada setengah pemimpin politik merasakan bahawa ideologi yang mereka bawa itu lebih baik dengan kepentingan politik mereka, didesak agar sejarah nasionalisme negara ditulis semula agar haluan politik kiri yang tidak bersendikan ketuanan Melayu" diterima sebagai dominasi nilai baharu yang bersendikan prinsip kebebasan dan meritokrasi.

Hasrat mereka adalah jelas kerana dengan menghapuskan ketuanan Melayu", negara ini akan memperlihatkan prinsip pemerintahan yang lebih adil dan saksama. Bagi mereka, oleh kerana pertubuhan politik masih berasaskan perkauman, ia tidak akan membawa kepada penyatuan yang lebih baik dan berkesan.

Pemimpin politik yang berjuang untuk menghapuskan ketuanan Melayu" itu sebenarnya merupakan kelompok yang menikmati kedudukan lebih baik daripada perjuangan pemimpin Melayu sebelumnya, meletakkan dasar dan kepentingan membangunkan ekonomi Melayu.

Misalnya, berdasarkan latar belakang keluarga, Tan Sri Khalid Ibrahim banyak memperolehi kekayaan peribadi menerusi dasar tersebut, daripada seorang sederhana beliau menjadi seorang yang memiliki saham dan aset jutaan ringgit.

Kegagalan Mursi melaksanakan apa yang pernah dijanjikan membawa padah yang besar, kerana usaha Amerika Syarikat untuk kembali mencaturkan politik Mesir dan menjaga kepentingan Israel menerusi dokongan tentera semakin jelas. Amerika Syarikat tetap memerlukan Mesir walaupun dari segi sumber ekonomi, Mesir tidak mempunyai produk yang banyak, Mesir adalah pangkalan strategik menyekat ideologi politik Islam.

Ramai yang percaya ideologi politik yang sedang dikembangkan oleh pakatan pembangkang tidak mampu meraih sokongan sebahagian besar masyarakat, ia dikhuatiri dipengaruhi oleh beberapa pertubuhan asing yang mahu menjadikan Malaysia porak-peranda. Mereka mahukan Malaysia sebagai negara yang mudah dikuasainya kerana mempunyai sumber bahan mentah yang banyak, kesuburan tanah dan flora dan fauna yang boleh menjana sumber ekonomi yang besar.

Usaha yang dilakukan ialah menyalurkan bantuan kepada pertubuhan politik yang bertentangan dengan parti yang memerintah, menggalakkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan mengadakan aktiviti pemesongan persepsi, dan yang paling mereka mahukan ialah melunturkan semangat patriotisme.

Bagi melunturkan semangat patriotisme ialah dengan memperkuatkan tindakan menolak ketuanan Melayu" dalam kalangan generasi muda dengan alasan, ia bersifat perkauman, diskriminasi dan zalim kepada kaum-kaum lain.

Sebenarnya, ketuanan Melayu" telah memberikan banyak faedah dan kesejahteraan kepada bukan Melayu, kerana orang Melayu tidak pernah mempersoalkan penguasaan ekonomi bukan Melayu. Kerajaan yang berteraskan politik Melayu, tidak pernah merampas peluang ekonomi dari penguasaan bukan Melayu.

Apa yang kerajaan laksanakan ialah membesar kek ekonomi dan mencipta peluang pertumbuhan dalam bidang baharu, di mana orang Melayu diberikan peluang dan digalakkan menceburinya. Ia adalah sesuatu yang adil, kerana keadilan itu berkait rapat dengan usaha memberikan hak kepada golongan yang berhak, dan bukannya mendasarkan siapa kuat, dia dapat dan yang kaya membolot semuanya.

Dalam suasana meraikan ulang tahun kemerdekaan ini, setiap rakyat tidak sepatutnya terpengaruh dengan pelbagai dakwaan kononnya, kerajaan yang memerintah mahu menggunakan sejarah dan semangat patriotik bagi mengekalkan kedudukan politiknya.

Sebenarnya, mereka yang mempersoalkan pengibaran bendera bukan mencerminkan semangat patriotik itulah yang sebenarnya berjuang untuk menukarkan Jalur Gemilang, kerana mereka benci dengan sejarah buruk yang mereka ciptakan sendiri.

Dengan desakan dan perulangan itulah mereka sedang membina kepercayaan baharu, cuba menukar nilai-nilai buruk kepada positif, termasuk tidak menghormati lambang negara, pemimpin yang pernah berjasa dan ikatan nilai kemesraan antara kaum, dan dengan alasan perlu menulis semula sejarah, mereka sebenarnya sedang bergerak dalam komuniti imaginasi", sebuah komuniti yang hilang akar budaya dan jati diri.

Sempena ulang tahun kemerdekaan ini, sebagai rakyat yang cintakan keamanan dan bertanggungjawab, kita sepatutnya melahirkan rasa syukur yang mendalam. Bahkan, Allah SWT mengingatkan kita melalui firman-Nya yang bermaksud:

Dan (ingatlah mereka wahai Muhammad) ketika Nabi berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Kenanglah nikmat Allah (yang diberikan) kepada kamu ketika ia menjadikan dalam kalangan kamu beberapa orang Nabi, dan ia menjadikan kamu bebas merdeka (setelah kamu diperhambakan oleh Firaun dan orang-orangnya) dan ia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun daripada umat-umat (yang ada pada masa itu)." - Surah al-Maidah ayat 20

Intipati daripada seruan Nabi Musa a.s yang menyeru bangsanya mengingati nikmat kemerdekaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT supaya kita memperbaiki dan membebaskan diri daripada penjajahan mental dan moral oleh kolonial dan neokolonialisme. Kita sepatutnya boleh memperlihatkan kekuatan semangat untuk meyakini bahawa kerajaan sudah, sedang dan akan melakukan yang terbaik untuk negara, sentiasa menunaikan janji dan menghormati kehendak rakyat.

PENULIS ialah Pengurus Besar Analisis dan Pengurusan Isu, Yayasan Dakwah Islamiah

Malaysia.

Menzahirkan hubungan harmoni

Posted: 29 Aug 2013 11:46 AM PDT

Oleh Saharudin Musthafa

PADA hari-hari terakhir perkhidmatannya di Indonesia, Duta Besar Malaysia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan masih lagi menjalankan tugasnya sebagai wakil negara dengan muncul dalam program bual bicara paling popular di negara ini, Bukan Empat Mata yang dikendalikan personaliti tersohor, Tukul Arwana.

Kemunculan beliau dan isteri, Datin Sharifah Ikhlas Syed Ismail dalam program yang disiarkan secara langsung pada hari Rabu lalu cukup bersahaja dan santai.

Bukan glamor yang dicari Syed Munshe ketika diwawancara oleh Tukul pada malam itu, sebaliknya, beliau terus memainkan peranan meniupkan semangat setiakawan dua negara kepada lebih lapan juta penonton program terbitan stesen televisyen Trans 7 itu.

Berkali-kali Syed Munshe mengajak rakyat Indonesia dan Malaysia untuk saling meningkatkan kerjasama dalam pelbagai aspek yang boleh mengakrabkan kedaulatan kedua-dua bangsa.

Jika ada sekalipun terguris kata dan perbuatan, ia saling tidak ubah seperti pergaduhan kecil dua beradik yang boleh diselesaikan dengan penuh santun.

Selama hampir empat tahun berkhidmat di Jakarta, Syed Munshe sentiasa berpegang kepada prinsip bahawa kemakmuran kedua-dua bumi bertuah Malaysia-Indonesia harus dikendalikan dengan bijaksana tanpa perlu didorong oleh amarah yang menebal.

Seperti majoriti rakyat kedua-dua negara, Syed Munshe sependapat, bahawa hubungan kedua-dua negara jiran itu sering diuji dengan pelbagai isu.

Namun, sebagai orang tengah yang diberi amanah untuk membantu memulihkan hubungan dingin itu prinsip Syed Munshe ialah mencari titik penyelesaian dan persamaan untuk meredakan rasa kurang senang mana-mana pihak setiap kali timbulnya masalah.

Kita perlu bercerita tentang kebaikan dan menguruskan keburukan seandainya ada dengan bijaksana.

Kita tidak boleh terlalu mengikut emosi dalam mengendalikan isu, ia hanya akan memberikan masalah pada masa depan," jelas duta yang berkelulusan sarjana dalam bidang perhubungan antarabangsa dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat dalam temu bual sempena tamatnya tugas beliau sebagai Duta Besar Malaysia di Indonesia.

Indonesia dari kaca mata Syed Munshe merupakan sebuah negara sahabat yang sangat penting dalam hubungan diplomatik dengan Malaysia.

Hubungan Malaysia dan Indonesia tegas beliau, terbentuk dalam acuan yang sangat unik iaitu bermula dengan sejarah silam, landasan ASEAN, aspek ekonomi dan hubungan Tenaga Kerja Indonesia (TKI).

Empat dasar landasan hubungan dua hala ini pada Syed Munshe memainkan peranan yang sangat dinamik dan harus dipelihara bagi memastikan bukan sahaja kemakmuran jangka panjang buat Indonesia dan Malaysia bahkan juga untuk kemakmuran serantau.

Seterusnya, Syed Munshe menggariskan juga betapa keberuntungan rakyat dua negara itu juga ialah berdasarkan hubungan kepimpinan negara yang berada dalam kedudukan yang cukup akrab.

Kata Syed Munshe, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan rakannya, Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono merupakan dua pemimpin negara saling mementingkan hubungan silaturrahim yang baik antara dua bangsanya.

Apabila hubungan politik dua negara ini berada di landasan yang kukuh, maka rakyat kedua-dua negara akan merasa nikmat kemakmurannya.

Lihat sahaja perkembangan ekonomi Malaysia dan Indonesia, kedua-duanya saling bergantung antara satu sama lain. Inilah formula yang akan membawa kejayaan yang besar kepada Malaysia dan Indonesia," kata Syed Munshe lagi.

Selain dua pemimpin negara itu, hubungan menteri-menteri kabinet Malaysia dan Indonesia juga diakui Syed Munshe banyak membantu merapatkan lagi hubungan dua negara itu.

Tempoh tiga tahun lapan bulan menjadi Duta Besar di negara yang didiami oleh lebih 240 juta orang diakui Syed Munshe menawarkan pengalaman yang terlalu berharga untuk dikenang beliau apabila kembali berkhidmat di Putrajaya kelak.

Masakan tidak, menjawab isu TKI yang tidak pernah berkesudahan, menguruskan persepsi kurang senang segelintir masyarakat Indonesia terhadap Malaysia, mendekati menteri kabinet negara itu, berurusan dengan media tempatan, menangani serangan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain menyebabkan jiwa Syed Munshe semakin dekat dengan Indonesia.

Semakin lama di Jakarta semakin saya mengenali warna sebenar dan landskap masyarakat di negara ini. Ini negara demokrasi yang medianya cukup sensasi tetapi wartawan-wartawannya sangat mesra dan mudah didekati.

Negara ini juga punya banyak NGO yang berjuang atas nama nasionalisme. Jadi yang pentingnya, bagaimana kita tahu untuk mendekati pihak-pihak ini bagi memastikan Malaysia dan Indonesia mendapat manfaat jangka panjang," jelasnya.

Syed Munshe tidak beranggapan semua itu beban kerana selama berkhidmat di Jakarta, beliau dibantu oleh pegawai-pegawai dan kakitangan Kedutaan Besar yang sangat efisien, bijaksana dan banyak membantu menguruskan kesulitan dengan pantas.

Pada masa hadapan, Syed Munshe mencadangkan, hubungan dua hala dua negara ini boleh dipertingkatkan menerusi pelbagai cabang bagi memastikan sahabat sejati semasa susah dan senang ini akan lebih dihormati oleh seluruh masyarakat dunia.

Apa lagi dengan persamaan bahasa dan budaya yang dikongsi ini akan menjadi nilai tambah dalam mengukuhkan lagi tali persahabatan yang sedia ada.

Kita dapat lihat betapa ramai profesional Malaysia yang bekerja di Indonesia. Begitu juga sebaliknya.

Faktor ini akan memberikan nilai tambah seandainya kita sama-sama saling mengembangkan kebergantungan masing-masing. Faedahnya akan dinikmati oleh kedua-dua bangsa itu sendiri pada masa depan," kata beliau menyambung perbualan.

Syed Munshe juga menarik perhatian bahawa dalam konteks perkembangan dua bangsa ini juga perlu diperluaskan di peringkat generasi muda iaitu dengan menjalin hubungan antara pewaris kegemilangan negara.

Ketika hubungan politik berada di landasan yang kukuh, kita jangan terlepas pandang mengenai jalinan generasi muda dua negara.

Banyak mekanisme yang wajar diasaskan bagi memastikan kita tidak tercicir kepentingan generasi muda ini. Idea-idea inovatif untuk mendekatkan generasi muda dua negara ini amat penting untuk masa depan Malaysia dan Indonesia," tegas beliau.

Tidak ketinggalan program pertukaran cendekiawan Islam juga harus berada dalam senarai perancangan masa depan dua negara ini jelas Syed Munshe.

Katanya, agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam perkembangan syiar Islam harus mewujudkan platform yang lebih utuh antara kedua-dua negara bagi mendaulatkan agama Islam di kedua-dua negara sahabat itu.

Begitu juga dengan aspek pendidikan yang disifatkan Syed Munshe sebagai satu bidang yang amat utama untuk membentuk struktur pemikiran anak bangsa yang memerlukan pemerhatian yang kompleks.

Program pertukaran kajian misalnya kata Syed Munshe, wajar diperluaskan memandangkan terdapat ramai pelajar Malaysia di Indonesia dan pelajar Indonesia di Malaysia yang menimba ilmu dalam pelbagai bidang.

Tugas Syed Munshe di Jakarta berakhir secara rasmi hari ini dan kerusi beliau akan diambil alih oleh penggantinya yang diyakini beliau akan meneruskan dasar-dasar yang positif untuk kemakmuran Indonesia dan Malaysia.

Sebelum berangkat pulang Syed Munshe sempat membisikkan satu perkara yang dianggap beliau amat sayang tidak dapat dilaksanakan bersama-sama pegawai, kakitangan dan rakyat Malaysia di Indonesia iaitu menyempurnakan sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-56 esok.

Andai kata peluang untuk menyambut hari penting bagi Malaysia di bumi bertuah Jakarta diberikan kepadanya, tentu sekali acara itu akan lebih bermakna buat beliau sebagai menutup diari kerjaya beliau sebagai Duta Besar di Indonesia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Lampin terbaik untuk bayi

Posted: 28 Aug 2013 10:59 PM PDT

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar wahidin salim

Soo Woon Yee (belakang, empat dari kanan ) bersama pelakon, Faizah Elai (kiri) dan personaliti TV, Belinda Chee serta tetamu jemputan pada pelancaran Huggies Dry Pants di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

MERANGKAK, berpusing atau cuba untuk memanjat sofa adalah naluri semula jadi seorang bayi untuk meneroka.

Apabila si kecil semakin aktif dan mula berjalan, perkara utama yang menjadi masalah kepada ibu bapa ialah sama ada untuk memakaikan mereka lampin atau menukar lampin.

Untuk itu, selain memerlukan lampin yang selesa, tahan lama serta menjamin kekeringan untuk jangka waktu yang lama, ibu bapa juga memerlukan lampin yang mudah untuk dipakaikan kepada si kecil.

Pakar kanak-kanak, Dr. Yong Junina berkata, memberi kebebasan kepada bayi untuk bergerak dan meneroka di sekitar mereka adalah penting dalam pembesaran mereka.

Justeru katanya, lampin seluar yang selesa serta boleh dipakai lebih lama amat berguna untuk memaksimumkan pergerakan bayi-bayi ini.

Katanya lagi, bayi yang semakin meningkat usianya, mereka akan menjadi lebih aktif dan sebagai ibu bapa inilah masa yang amat mencabar.

Selain itu, Dr. Yong turut menyatakan masalah ruam lampin biasanya terjadi apabila jangkitan bakteria dan kulat ataupun disebabkan alahan kulit.

Ulasnya, walaupun ia bukanlah penyakit berbahaya, terdapat sebahagian daripada ruam boleh menjadi serius.

"Ruam lampin merupakan masalah kulit yang paling kerap dialami oleh kebanyakan anak kecil khususnya bayi.

"Ia lazimnya berlaku di sekitar bahagian yang ditutupi seperti punggung, kelangkang, paha dan kemaluan malah ia amat menyakitkan.

"Kulit di sekitar bahagian-bahagian tersebut akan berbintik-bintik kemerahan dan merengsakan bayi dan ruam lampin boleh sembuh dengan sendiri jika kita sebagai ibu mengamalkan penjagaan kulit bayi dengan betul," kata Dr. Yong.

Bercerita mengenai masalah tersebut, Dr. Yong memberitahu bahawa ruam lampin yang tidak serius akan beransur pulih dalam masa dua hari sahaja.

Sekiranya ia mengambil masa dalam seminggu atau lebih untuk sembuh, ini bermakna ruam lampin yang dihadapi bayi tersebut boleh dikategorikan sebagai serius.

Bicaranya lagi, terdapat banyak punca yang menyebabkan berlaku ruam lampin di kalangan bayi.

Antaranya pemakaian lampin dalam tempoh yang terlalu lama dan dibiarkan bersama air kencing kerana ammonia yang dihasilkan air kencing akan mengganggu lapisan perlindungan kulit bayi dan menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan.

Selain air kencing, najis bayi terutama yang cair juga penyebab terjadinya ruam lampin.

Begitupun, Dr. Yong menasihatkan agar ibu-ibu tidak membiarkan lampin bayi dalam keadaan basah dan terlalu lama malah rajin-rajinlah untuk menukarnya.

Dalam pada itu, Huggies, jenama lampin pakai buang dan lampin seluar yang dipasarkan oleh Kimberly-Clark telah menampilkan lampin seluar yang diperbaharui dengan mencipta tanda aras baharu dalam keselesaan dan perlindungan terunggul.

Huggies Dry Pants yang diperbaharui memudahkan ibu-ibu menukar lampin bayi mereka sewaktu bayi sedang merangkak atau berdiri supaya di kecil boleh terus bermain dan meneroka.

Menurut Pengarah Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia, Soo Woon Yee, dengan ciri-ciri baharu ini, pihaknya telah mencipta tanda aras baharu bagi lampin seluar di Malaysia.

"Hari ini kami sebenarnya berbangga kerana dapat menampilkan produk baharu kami dengan empat ciri pilihan yang dilihat mampu memberi keselesaan penuh kepada bayi.

"Apa yang kami harapkan sudah pasti produk ini akan memberi lebih keselesaan dan perlindungan terunggul kepada si kecil.

"Pada masa yang sama kami percaya kulit bayi sentiasa kering dan terjaga," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk tersebut di ibu negara, baru-baru ini.

Yang pasti, Woon Yee yakin produk yang diperbaharui ini akan memenuhi cita rasa ibu-ibu di negara ini yang inginkan hanya terbaik untuk anak-anak mereka.

Selain itu, pihaknya turut mendapatkan bukti secara klinikal untuk produknya agar ia mampu memberikan penuh keselesaan kepada si kecil.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Jamin masalah bekalan air selesai

Posted: 28 Aug 2013 11:34 AM PDT

OLEH SITI AINIZA KAMSARI
kota@utusangroup..com.my

Sebahagian kakitangan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) mengibarkan Jalur Gemilang sempena Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan ke -56 peringkat Syabas di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) memberi jaminan masalah gangguan bekalan air di beberapa kawasan utama di sekitar Lembah Klang dijangka selesai selepas kerja-kerja penggantian sistem pam baharu di Rumah Pam Wangsa Maju dilaksanakan.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, kerja-kerja penggantian itu akan dilaksanakan pada Oktober ini dan siap awal Mac tahun hadapan.

Menurutnya, Rumah Pam Wangsa Maju telah beroperasi sekian lama, iaitu sebelum Syabas mengambil alih dari Jabatan Bekalan Air (JBA) lagi.

"Selain beroperasi tanpa henti, jumlah permintaan pengguna yang semakin hari bertambah terutama melibatkan kawasan-kawasan perumahan baharu menjadi faktor sistem sediada tidak mampu berfungsi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai gangguan bekalan air tidak berjadual yang berlaku semalam.

Gangguan tersebut didakwa berpunca daripada gangguan pada sistem bekalan elektrik utama dan pengoperasian pam di Rumah Pam Wangsa Maju.

Kejadian itu menyebabkan sebanyak 367,852 isi rumahmelibatkan 15 kawasan di Kuala Lumpur dan 29 kawasan di wilayah Gombak terjejas bekalan air.

Terdahulu beliau hadir dalam Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan negara ke-56 peringkat Syabas di Ibu Pejabat Syabas, Jalan Pantai Baharu, di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Ruslan Hassan, Ketua Pegawai Operasi Syabas, Datuk Ir Lee Miang Koi dan pengarah-pengarah Eksekutif Syabas.

Dalam majlis itu lebih dari 1,000 kakitangan dan pegawai Syabas berkumpul bagi mengibarkan bendera Jalur Gemilang sambil melaungkan ' Merdeka'.

Turut diadakan pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan-kenderaan rasmi Syabas dan penyerahan bendera kepada Ketua Jabatan Wilayah oleh Ruslan.

Priscilla berkata, sebarang masalah dan kerosakan yang berlaku pada Rumah Pam tersebut adalah di luar jangkaan.

"Syabas berusaha untuk memaklumkan kepada pengguna dan memperbaiki kerosakan dengan kadar segera.

"Namun tempoh pemulihan perlu mengambil sedikit masa ,"katanya.

Tambah Priscilla, walaupun penggantian pam baharu itu melibatkan kos yang tinggi ia perlu dilakukan demi kepentingan pengguna.

"Kita berharap kejadian gangguan bekalan semalam adalah yang terakhir sebelum sistem baharu tersebut diganti,"katanya.

UDA sedia bangunkan flat terbiar

Posted: 28 Aug 2013 11:34 AM PDT

Oleh MOHD. AZRAIE MD. YUSOF dan MOHD. ARIFF YUSOF
kota@utusangroup.com.my

Keadaan persekitaran Flat Pekeliling yang terbiar sejak 12 tahun lalu benar-benar menyakitkan mata dan menjejaskan imej Kuala Lumpur sebagai bandar raya bersih dan indah.

KUALA LUMPUR 28 Ogos - UDA Holdings Berhad (UDA) bersedia menggalas tanggungjawab membangunkan semula Flat Pekeliling yang terbiar kira-kira selama 12 tahun dengan projek perumahan mampu milik.

Pengerusinya, Datuk Johari Abd. Ghani berkata, lokasi flat itu yang strategik akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat bandar terutama kumpulan sasar iaitu golongan pertengahan.

''Sudah tiba masanya kerajaan melihat bagaimana kita boleh bangunkan semula Flat Pekeliling ini dengan mewujudkan perumahan mampu milik yang harganya dalam lingkungan RM250,000 dan RM350,000.

''UDA bersetuju untuk melihat perkara ini dengan lebih terperinci bagi membantu kerajaan menyelesaikan masalah Flat Pekeliling yang terbiar itu. Mungkin kerajaan juga boleh membantu UDA dalam sesetengah perkara bagi merealisasikan hasrat ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UDA 2013 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Urusan Kumpulan UDA Holdings Berhad, Ahmad Abu Bakar dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan UDA Holdings Berhad, Mohd. Azmil Abd. Shukor.

Menurut Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, walaupun Flat Pekeliling yang terletak di Jalan Tun Razak itu masih terikat dengan isu perundangan yang belum selesai, namun hal tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk membiarkan bangunan usang itu terus terbiar dan mendatangkan masalah kepada masyarakat sekitar.

''Saiz tanah di Flat Pekeliling lebih kurang sama seperti di Stesen Janakuasa Battersea (Battersea) di London yang kita hantar syarikat-syarikat dari Malaysia seperti Sime Darby Property Bhd., SP Setia Bhd. dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk bangunkan semula tempat tersebut.

''Saya percaya UDA atau mana-mana syarikat yang ingin turut serta mampu selesaikan masalah di Flat Pekeliling. Kalau kita boleh buat di tempat orang (Battersea), takkan di negara sendiri kita tidak mampu buat," katanya.

Tambah beliau, UDA juga bersedia memainkan peranan untuk membangunkan semula kawasan-kawasan lain yang difikirkan sesuai untuk projek perumahan mampu milik.

''Saya lihat kawasan seperti di Kampung Baru, ada tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang dirasakan UDA mampu main peranan bangunkan rumah mampu milik.

''Begitu juga mana-mana flat DBKL yang usang, UDA juga berminat untuk berbincang dengan DBKL bagi membangun semula perumahan tersebut," katanya.

IPD Sentul baharu boleh diduduki dua bulan lagi

Posted: 28 Aug 2013 11:34 AM PDT

Mohmad Salleh (tengah) melayan tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kontinjen Kuala Lumpur di IPD Sentul, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Bangunan baharu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul yang terletak di Jalan Ipoh kini siap sepenuhnya untuk diduduki selepas melalui tempoh pembinaan selama tiga tahun.

Bangunan baharu setinggi 12 tingkat yang memiliki ciri-ciri moden dan lengkap itu dijangka mula beroperasi dalam tempoh sebulan dua ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, proses pembinaan dalaman IPD tersebut sudah siap sepenuhnya dan hanya menunggu peralatan perabot untuk dibawa masuk.

"Sebaik sahaja peralatan perabot di dalamnya lengkap, semua petugas di IPD Sentul akan berpindah masuk ke bangunan baharu ini," katanya dalam sidang akhbar semasa menyertai Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kontinjen Kuala Lumpur di IPD Sentul yang baharu hari ini.

Mohmad berkata, walaupun belum diduduki, pihaknya sengaja memilih mengadakan sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat kontinjen di pekarangan IPD baharu tersebut bagi memperkenalkan bangunan berkenaan.

IPD Sentul di bawah Ketuanya, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berpindah dan beroperasi sementara di Balai Polis Jinjang dan Balai Polis Kepong sejak 16 Mei 2010.

Perpindahan itu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf IPD berkenaan yang sudah berusia 35 tahun.

Sepanjang tempoh tersebut, beberapa bahagian termasuk Pengurusan, Logistik, Cawangan Khas dan Ketenteraman Awam beroperasi di Balai Polis Jinjang yang akan dijadikan sebagai pusat operasi utama IPD itu.

Balai Polis Kepong pula akan menempatkan Bahagian Siasatan Jenayah, Siasatan Narkotik dan Siasatan Jenayah Komersial.

Dalam pada itu, majlis rumah terbuka hari raya diadakan di situ mendapat sambutan menggalakkan dengan dihadiri oleh kira-kira 3,500 tetamu.

Mohmad berkata, pihaknya menjemput pesara dan veteran polis, ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO), persatuan penduduk, kakitangan dari jabatan kerajaan serta masyarakat sekitar daerah Sentul untuk memeriahkan majlis bermula pukul 11 pagi hingga 2 petang itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Hormat wanita

Posted: 28 Aug 2013 10:59 PM PDT

Para penerima Anugerah Respek Wanita bergambar bersama Najib Tun Razak dan isteri, Rosmah Mansor serta Rohani Abdul Karim (lima dari kiri) pada majlis sambutan Hari Wanita 2013 di Pusat Dagangan Putera, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, tumpuan khusus perlu diberikan terhadap kepentingan keluarga yang menjadi unit asas dalam menangani isu keganasan terhadap wanita.

Dengan itu katanya, apa yang diharapkan agar masalah seperti keganasan rumah tangga dapat dicegah daripada berlaku atau dielakkan daripada menjadi lebih kompleks.

"Dalam hal ini, saya percaya kepada perkataan back to the basics (kembali ke asas) bagi menangani sebarang bentuk cabaran atau masalah termasuk isu keganasan terhadap wanita.

"Salah satu prinsip Dasar Keluarga Negara ialah memberi penekanan kepada inisiatif penerapan nilai-nilai murni kekeluargaan bagi menjamin pembangunan sosial yang mampan.

"Penghayatan nilai-nilai ini juga dapat mewujudkan keluarga yang sejahtera dan pembangunan insaniah yang selari dengan pembangunan fizikal," ujarnya pada majlis sambutan Hari Wanita 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tambah Rohani, pihak kementerian sentiasa prihatin dan komited dalam melindungi dan memperkasakan wanita melalui program-program yang diatur dengan kerjasama strategik agensi-agensi kerajaan yang lain, pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ahli akademik, dan anggota masyarakat di peringkat akar umbi.

Pada masa yang sama, dalam usaha memastikan nilai-nilai ini tidak terhakis akibat persekitaran masa yang yang mencabar, kementerian melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mempergiatkan usaha memupuk dan menyuburkan rasa tanggungjawab terhadap keluarga melalui program-program yang dijalankan.

Untuk itu katanya lagi, LPPKN telah mengambil inisiatif untuk mengukuhkan institusi keluarga dengan menawarkan kursus-kursus seperti Ilmu Keluarga@LPPKN, Parenting@Work, SMARTbelanja@LPPKN, dan PraPerkahwinan SMARTSTART.

Yang pasti, program-program seperti ini katanya, dapat memberi impak positif dalam menangani keganasan terhadap wanita.

Mengulas lanjut mengenai hal tersebut, Rohani turut memberitahu kerajaan hari ini begitu komited dalam melindungi dan memperkasakan wanita.

Dengan itu, pelbagai program dan inisiatif untuk lebih merakyatkan perkhidmatan kerajaan telah dilaksanakan dan akan terus dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Dalam hal ini juga, Rohani berkata, kementerian menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah melaksanakan pelbagai usaha bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan wanita terus terbela.

Antaranya ialah penganjuran Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita yang diadakan pada 25 November setiap tahun.

"Program ini merupakan usaha advokasi kementerian untuk meningkatkan kesedaran masyarakat akan kepentingan dan peranan kita semua dalam membanteras keganasan terhadap wanita.

"Selain itu, program-program advokasi terus dilaksanakan dengan kerjasama pemimpin tempatan seperti seminar kepekaan gender, literasi undang-undang, wanita anti jenayah (WAJA), seminar menangani keganasan terhadap wanita dan gadis, selamatkan diri anda (SEDiA), program kesejahteraan emosi, dan program transformasi minda.

"Program-program ini adalah bertujuan memberi kesedaran dan keyakinan kepada masyarakat mengenai hak-hak wanita daripada aspek perundangan sivil dan syariah, perlindungan, pembelaan serta teknik mengurus tekanan emosi dengan berkesan," kata Rohani.

Hormat wanita

Mengenai tema sambutan Hari Wanita kali ini, Respek Wanita: Masyarakat Sejahtera, menurut Rohani, tema tersebut dipilih untuk meningkatkan kesedaran segenap lapisan masyarakat termasuk golongan lelaki mengenai perkongsian hak dan tanggungjawab mewujudkan sebuah masyarakat progresif yang sensitif gender serta bebas daripada segala bentuk diskriminasi dan keganasan.

Rohani menjelaskan, tema ini dipilih untuk mengingatkan semua bahawa mesej respek atau hormati wanita bukan hanya ditujukan khas kepada kaum lelaki dalam konteks keganasan, bahkan penghormatan terhadap wanita perlu dilihat dalam konteks yang lebih luas iaitu wanita juga perlu menghormati diri mereka sendiri dan wanita lain.

"Ini kerana wanita perlu mempunyai solidariti yang kukuh. Kesatuan wanita yang kukuh boleh membantu memperkasakan mereka dalam masyarakat," katanya.

Pada sambutan itu juga, anugerah Pengiktirafan Respek Wanita telah diberikan kepada beberapa individu daripada pelbagai kategori sebagai ikon di dalam usaha, dedikasi dan komitmen mereka dalam membanteras keganasan terhadap wanita.

Antaranya Ketua Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Kuala Lumpur (HKL) Datuk Seri Dr. Abu Hassan Asaari Abdullah, penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) Datuk Faridah Khalid.

Anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor.

Sambutan turut dimeriahkan dengan pelbagai acara termasuk ceramah mengenai keganasan terhadap wanita, gerai pameran dan sebagainya. - Mariatul Qatiah Zakaria

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Polis berkas tujuh penyamun

Posted: 28 Aug 2013 11:34 AM PDT

Oleh IFQDAR RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my

Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff menunjukkan sebahagian senjata yang dirampas daripada penjenayah dipercayai terbabit dalam kes samun dan pecah rumah sekitar Johor pada sidang akhbar di IPK Johor, di Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 28 Ogos - Polis percaya berjaya menyelesaikan 19 kes samun dan pecah rumah selepas memberkas tujuh lelaki dalam dua kejadian berasingan di sekitar bandar raya ini minggu lalu.

Dalam serbuan pertama pada 20 Ogos lalu, pihak polis menahan empat lelaki berusia antara 28 hingga 31 tahun kerana disyaki terlibat dengan kegiatan pecah rumah.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kesemua suspek ditahan di sebuah rumah di Jalan Pertanian 52, Taman Universiti, Skudai, di sini pukul 1.45 pagi.

"Polis merampas 11 bilah parang, empat buah komputer riba, empat kamera, 26 telefon bimbit pelbagai jenama dan dokumen peribadi milik orang lain.

"Tiga daripada suspek juga mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan ujian air kencing menunjukkan kesemua suspek positif dadah," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, polis percaya telah menyelesaikan sembilan kes pecah rumah di sekitar bandar raya ini dengan tertangkapnya keempat-empat suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kedua pukul 9.30 malam, beliau berkata, tiga lelaki berusia antara 25 hingga 32 tahun diberkas selepas polis memeriksa sebuah kereta yang mencurigakan di Jalan Abdul Rahman Andak di sini pada 21 Ogos lalu.

Katanya, ekoran penahanan tersebut, polis turut merampas sebuah kereta yang dilaporkan disamun di Setia Indah, di sini serta empat bilah parang, satu tukul besi dan pelbagai jenis spanar.

"Semakan mendapati dua daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau dan berada dalam senarai individu dikehendaki polis.

"Kita percaya dengan tertumpasnya kumpulan ini, polis berjaya menyelesaikan 10 kes samun di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis (IPD) Johor Bahru Selatan," katanya sambil memberitahu kes itu disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dapatkan nasihat bomba pasang paip LPG

Posted: 28 Aug 2013 11:34 AM PDT

JOHOR BAHRU 28 Ogos - Orang ramai yang ingin melakukan pemasangan paip gas petroleum cecair (LPG) di premis peniagaan atau kediaman disaran mendapatkan nasihat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengelakkan sebarang kemalangan pada masa akan datang.

Pengarahnya, Datuk Ab. Ghani Daud berkata, berdasarkan pemerhatian, kebanyakan premis perniagaan khususnya kedai makan melakukan pemasangan paip gas tersebut tanpa merujuk kepada pihaknya, malah ada antaranya tidak mematuhi piawaian keselamatan.

"Pemilik premis dinasihatkan untuk mendapatkan khidmat nasihat bomba, khususnya dari segi laluan paip gas bagi mengelakkan berlakunya kecelakaan akibat kebocoran gas.

"Kita akan memberi nasihat yang sewajarnya seperti laluan paip itu tidak boleh diletakkan di kawasan letak kereta atau di tempat tertutup," katanya selepas merasmikan Seminar Keselamatan Sistem Bekalan Gas dan Akta Bekalan Gas di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri di sini hari ini.

Seminar sehari bermula pukul 8 pagi itu disertai 50 pegawai dan anggota bomba yang terlibat secara langsung dengan pemeriksaan bangunan serta pemasangan paip gas.

Ab. Ghani berkata, seminar itu bertujuan memberikan pendedahan kepada setiap pegawai dan anggota berkaitan isu-isu semasa melibatkan penggunaan gas.

Beliau berkata, program berkenaan diadakan susulan beberapa kejadian kebakaran dan letupan yang berlaku akibat kebocoran gas LPG di beberapa negeri seperti di Selangor, Melaka dan negeri ini.

"Susulan kebakaran dan letupan yang berlaku di beberapa pusat beli-belah seperti di Subang Jaya dan Melaka akibat kebocoran gas, kami mengambil inisiatif mengadakan seminar ini dengan menjemput pakar dalam bidang berkaitan untuk memberikan penerangan terperinci," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved