Rabu, 19 Oktober 2011

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kumpulan maut

Posted:

Kumpulan maut

Kumpulan maut

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR – Dalam kumpulan maut. Itulah hasil undian acara bola sepak Sukan SEA semalam apabila Malaysia sama kumpulan dengan tuan rumah, Indonesia, Singapura, Thailand dan Kemboja dalam Kumpulan A.

Daripada empat negara tersebut, hanya Kemboja lawan yang mungkin tidak memberikan banyak masalah kepada skuad negara untuk mempertahankan pingat emas.

Sebaliknya, Singapura, Thailand dan Indonesia pasti menghadirkan saingan sengit kepada anak-anak buah Ong Kim Swee dalam mencari tempat dua tempat teratas dalam saingan kumpulan.

Walaupun berada dalam 'kumpulan maut', Datuk Hamidin Mohd. Amin yang merupakan pengurus pasukan bola sepak Sukan SEA berpendapat keputusan undian semalam boleh dilihat kepada aspek positif.

"Keputusan undian ini sebenarnya boleh membuatkan para pemain lebih bersedia sekali ganda daripada biasa dan lebih fokus bagi mempertahankan pingat emas yang kita menangi pada Sukan SEA, di Laos dua tahun lalu

"Berada sekumpulan dengan Indonesia juga tidak memberikan kebimbangan kepada saya walaupun kita sedia maklum dengan situasi politik sekarang. Dalam masa sama sudah tentu para penyokong mereka mahu kekalahan semasa Piala AFF dapat ditebus.

"Biarpun saya jangka perlawanan akan berlangsung penuh ketegangan, para pemain Malaysia sentiasa bersedia menghadapi segala kemungkinan, " katanya ketika dihubungi, semalam.

Singapura akan menjadi lawan sulung anak-anak buah Ong Kim Swee pada 9 November sebelum diikuti Thailand, dua hari kemudian.

Malaysia akan berdepan Kemboja pada perlawanan ketiga pada 15 November sebelum bertemu tuan rumah, Indonesia pada 17 November, yang dijangka mahu membalas dendam atas kekalahan di perlawanan akhir Piala AFF tahun lalu.

Menyentuh saingan yang akan ditemui Malaysia, Hamidin berkata, beliau sempat berbincang dengan Kim Swee dan pengendali skuad Olimpik itu mengakui, Singapura dan Thailand bukanlah dua pasukan yang asing.

"Kim Swee pernah melihat aksi skuad Bawah 23 Singapura dan Thailand, lantas dia memberitahu saya bahawa dia mempunyai idea tersendiri untuk berdepan kedua-dua pasukan itu nanti, " katanya.

Jika Malaysia berjaya mara ke saingan separuh akhir, skuad Kim Swee akan beraksi pada 21 November dan perlawanan akhir serta penentuan tempat ketiga, dua hari kemudian.

Full content generated by Get Full RSS.

Harimau Muda bukan berjiwa kecil

Posted:

Harimau Muda bukan berjiwa kecil

Harimau Muda bukan berjiwa kecil

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Skuad bawah 23 negara hanya akan dianggap berjiwa kecil sekiranya berasa nasib mereka bakal lebih baik sekiranya tidak diundi lebih awal untuk bertemu dengan lawan tertentu seperti Thailand, Indonesia dan Singapura apabila mempertahankan pingat emas bola sepak pada Sukan SEA Indonesia, bulan depan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, sebagai juara bertahan, anak buah Ong Kim Swee sepatutnya sudah cukup bersedia untuk menghadapi siapa sahaja pada temasya dari 11 hingga 22 November ini, walaupun dalam masa yang sama, turut bersaing dalam pusingan akhir Kelayakan Olimpik 2012.

Mengulas mengenai undian Kumpulan A Sukan SEA, semalam, yang turut menemukan kita dengan Kemboja, kata beliau: "Bukan satu masalah untuk kita selaku juara bertahan dalam menerima sesiapa sahaja lawan.

"Sesiapa yang cuba mengelak jumpa pasukan tertentu, cuma layak dianggap berjiwa kecil.

"Yang membezakan setiap pasukan ialah kecergasan, kemahiran dan strategi pada hari perlawanan. Saya rasa tiada apa yang kurang dengan persediaan pasukan kita sekarang," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.

Razali percaya Kim Swee mempunyai perancangan terbaik dan keutamaan tertentu dalam menangani pertembungan jadual perlawanan Sukan SEA dengan Kelayakan Olimpik khususnya apabila menentang Syria dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan, bulan depan.

Mesyuarat jawatankuasa memutuskan sasaran layak ke Piala Dunia Bawah 17 pada 2019 buat kumpulan pemain berusia bawah sembilan tahun dari sekarang yang dibentuk dan dicungkil daripada program pembangunan seperti MyKid Soccer, Juara Antara Juara dan Liga Kementerian Pelajaran.

"Semua program ini dibiayai dengan peruntukan RM10 juta tahun lalu bagi Tabung Pembangunan Bola Sepak Negara yang melibatkan 112 jurulatih dan 1,680 pemain dari 14 negeri, selain mendapat kerjasama Majlis Sukan Negara (MSN), Kementerian Pelajaran dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

"Program lain di bawah tabung ini, turut menjalin kerjasama menempatkan pemain Harimau Muda A, Haziq Zikri Elias menjalani pengajian ijazah Pengurusan Perniagaan Sukan dengan Kolej Sukan Hartbury, United Kingdom (kira-kira 45 minit ke Cardiff City) sementara lima lagi mengambil pengurusan bola sepak di universiti tempatan Cyberjaya," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


5 beranak hilang tempat tinggal

Posted:

5 beranak hilang tempat tinggal

5 beranak hilang tempat tinggal

Oleh TOREK SULONG
pengarang@utusan.com.my


Roshamila Mamat (dukung anak) dan tiga anaknya, Norharis Idayu Faizal, Mohd Hafizul Hisyam dan Nur Fatihah bersama Halimah Ismail melihat sisa kebakaran rumah mereka di Kampung Gong Ara, Pasir Puteh, semalam.


PASIR PUTEH 19 Okt. - Lima beranak yang dikategorikan daripada keluarga termiskin hilang tempat tinggal apabila rumah pusaka pemberian nenek mereka hangus dalam kebakaran di Kampung Gong Ara, dekat sini, malam tadi.

Kebakaran berlaku pukul 9 malam ketika Faizal Yusof, 31, bersama isterinya, Roshamila Mamat, 23, serta tiga anak berada di rumah ibu mereka, Halimah Ismail, 44, kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian.

Roshamila berkata, dia dimaklumkan kejadian itu oleh adiknya, Zairul Fatahan Mamat, 19, tetapi hanya tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa kerana terkejut.

Katanya, kesemua pakaian anak-anak iaitu Norharis Idayu Faizal, 6; Mohd. Hafizul Hisyam, 3; dan Nur Fatihah, 1, musnah dalam kebakaran.

"Selalunya pada pukul 7 petang kami akan berada di rumah emak dan kembali ke rumah pada pukul 10.30 malam setiap hari untuk tidur terutama apabila ada penduduk meminta suami saya melakukan kerja-kerja kampung pada waktu malam.

"Kami sekeluarga tinggal sehelai sepinggang termasuk kehilangan dokumen penting seperti kad pengenalan dan surat beranak ahli keluarga.

"Tiada barangan berharga yang hangus kerana kami keluarga miskin dan mengharapkan pendapatan harian suami bekerja sendiri," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini.

Pegawai Penjaga Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Kaharudin Yahya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.37 malam dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian bersama sebuah jentera dan empat anggota untuk memadamkan kebakaran.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan dan kerugian yang dialami dianggarkan berjumlah RM20,000," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Remaja berteduh bawah pokok disambar petir

Posted:

Remaja berteduh bawah pokok disambar petir

Remaja berteduh bawah pokok disambar petir

PENDANG 19 Okt. - Seorang remaja maut akibat disambar petir ketika berteduh di bawah pokok kelapa di Kampung Alor Kumbang, Bukit Jenun di sini, semalam.

Kejadian pukul 6 petang itu berlaku ketika mangsa, Mohd. Hilmi Omar, 17, melihat bapa saudaranya, Awang Daud, 58, membajak sawah kira-kira 300 meter dari rumahnya.

Awang berkata, sebelum itu, mangsa keluar dari rumahnya pukul 4 petang untuk membantunya di sawah dan kemudian pulang semula ke rumah kerana hujan lebat.

"Setengah jam kemudian kami keluar semula ke sawah kerana hujan sudah berhenti. Ketika itu, arwah berdiri di bawah pokok kelapa manakala saya pergi membajak sawah.

"Ketika kejadian, hujan renyai-renyai dan pada masa saya membajak sawah saya sempat menoleh ke arah Mohd. Hilmi dan melihat dia masih berdiri di bawah pokok kelapa itu.

"Selang beberapa minit kemudian kedengaran bunyi petir dan apabila saya menoleh ke arahnya, saya dapati arwah jatuh tertiarap dalam sawah," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Tambah Awang, dia bergegas ke tempat kejadian dan mendapati anak saudaranya masih bernafas dalam pangkuannya.

"Saya kemudian memangku mangsa dan mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah, tetapi mangsa sudah meninggal dunia akibat melecur teruk di bahagian pinggang," katanya.

Beliau kemudian memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa mangsa, Omar Daud, 46, dan Sarimah Osman, 38, serta penduduk kampung.

Omar berkata, mayat anaknya dihantar ke Hospital Yan dan hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan melecur di perut manakala baju yang dipakainya terbakar.

"Arwah anak sulung daripada empat beradik itu rajin bekerja mencari wang saku selain membantu menyara keluarga. Kami reda walaupun kehilangan seorang anak yang baik," katanya.

Jenazah Mohd. Hilmi dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid An-Nur Bukit Jenun di sini, semalam.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Jeff Ooi mahu permit Utusan digantung

Posted:

Jeff Ooi mahu permit Utusan digantung

Jeff Ooi mahu permit Utusan digantung

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my


Insiden kontroversi Gambar ini dirakam pada satu majlis ikrar di Pulau Pinang pada Mei 2011. Majlis itu yang melibatkan pemimpin parti pembangkang telah mencetuskan kontroversi.


KUALA LUMPUR 19 Okt. – Cabaran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak disahut, sebaliknya wakil rakyat DAP, Jeff Ooi menuntut permit Utusan Malaysia digantung kononnya kerana menerbit berita palsu berhubung rancangan menjadikan Kristian agama rasmi.

Menurut Ooi, Utusan perlu dikenakan tindakan kerana membuat laporan tidak berasas yang cuma mencetuskan keadaan tegang antara agama di Malaysia.

"Saya minta Menteri Dalam Negeri menggantung lesen percetakan Utusan Malaysia," katanya di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Hishammuddin mencabar Ooi menyaman Utusan Malysia jika ahli Parlimen DAP itu yakin pendedahan akhbar tersebut mengenai agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara ini dalam satu majlis tertutup pada Mei lalu adalah salah.

Cabaran itu dibuat sebagai menjawab dakwaan Ooi yang dipetik daripada akhbar The Sun dan disiarkan dalam portal Malaysiakini bahawa beliau mengesahkan tidak ada bukti kukuh bagi menyokong dakwaan kumpulan Kristian mahu menjadikan agama itu sebagai agama rasmi.

Namun semalam, bekas ahli DAP, Mohamed Razali Abdul Rahman yang berada dalam majlis itu sekali lagi meminta mana-mana pihak supaya tidak mempertikaikan kredibiliti pihak berkuasa menyiasat isu tersebut.

Ooi sebelum ini menafikan dakwaan terlibat dalam satu majlis pertemuan paderi yang kemudiannya melafaz ikrar untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan, sekali gus melantik Perdana Menteri dalam kalangan penganut agama itu.

Majlis tersebut dan ikrar menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan terlebih dahulu didedahkan oleh bigdogdotcom menerusi entri bertajuk Making Chris tianity the official religion? dan blog Marah ku di http://marahku.blogspot.com.

Full content generated by Get Full RSS.

Guan Eng tak layak jadi pemimpin di Malaysia

Posted:

Guan Eng tak layak jadi pemimpin di Malaysia

Guan Eng tak layak jadi pemimpin di Malaysia

JOHOR BAHRU 19 Okt. - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng tidak layak menjadi pemimpin di negara yang mengamalkan sistem pemerintahan raja berperlembagaan ekoran tindakannya memburukkan Malaysia khususnya Johor baru-baru ini.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Se-Malaysia (Pekida) negeri, Shukor Abdul Rahman berkata, Guan Eng sepatutnya sedar bahawa selaku pemimpin kanan DAP, beliau tidak seharusnya bertindak seolah-olah parti yang dipimpinnya mewakili satu kaum sahaja.

''DAP bukan sahaja diwakili oleh kaum Cina, malah disertai kaum India, Melayu dan kaum-kaum lain.

"Dia kena lebih liberal dan perlu menghormati kaum-kaum lain terutamanya institusi raja.

''Soal beliau hendak atau tidak menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk memohon ampun dan minta maaf kepada seluruh rakyat Johor, itu hak beliau.

''Tetapi beliau harus ingat telah melukai hati sebahagian rakyat negara ini, khususnya orang Melayu," katanya mengulas kenyataan Guan Eng yang didakwa memburukkan negeri Johor dalam satu temuramah dengan media asing di Singapura baru-baru ini.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Kabinet baru Susilo tiada kesan

Posted:

Kabinet baru Susilo tiada kesan

Kabinet baru Susilo tiada kesan

JAKARTA 19 Okt. - Penganalisis politik di Indonesia hari ini menganggap rombakan Kabinet yang dilakukan oleh Presiden Susilo Bambang Yudhoyono semalam tidak akan membawa kesan besar terhadap meningkatkan pengurusan ekonomi atau pelaburan.

"Pada umumnya rombakan tidak akan membawa kesan besar terhadap pelaburan.

"Penggal kerajaan hanya tinggal tiga tahun lagi, dan kemasukan menteri-menteri baru tidak semestinya meningkatkan kecekapan," kata pakar ekonomi Standard Chartered, Fauzi Ichsan.

Kecaman lebih keras disuarakan oleh penganalisis politik terkemuka, Arbi Sanit yang membidas rombakan itu sebagai bersifat luaran semata-mata.

"Beliau pengecut dan terlalu takut untuk menimbulkan kemarahan parti-parti politik dengan memecat menteri-menteri yang tidak menunjukkan prestasi memuaskan.

"Menteri-menteri baru semuanya tidak berprofil tinggi, sedangkan terdapat tokoh-tokoh lebih baik di luar sana tetapi beliau memilih mereka kerana mereka boleh berkompromi untuk memenuhi kepentingan beliau," kata Arbi.

Sokongan terhadap Susilo merosot kepada 42.6 peratus pada bulan ini, paras terendah dalam tempoh tujuh tahun, berbanding 60.7 peratus pada waktu sama tahun lepas, menurut Institut Tinjauan Indonesia.

Pengkritik Susilo berkata, beliau tidak lagi mampu mengawal ahli Parlimen yang gagal menggubal dasar berkesan pada penggal ini, dan beliau juga sering tunduk kepada parti-parti komponen yang mempunyai agenda bertentangan.

Presiden juga dikecam kerana dianggap tidak lagi tegas dalam memerangi rasuah pada penggal keduanya, kerana dikekang oleh skandal melibatkan anggota partinya termasuk Naib Presiden, Boediono.

Namun Susilo dalam ucapannya semasa majlis angkat sumpah menteri-menteri barunya hari ini berikrar untuk meneruskan kempen membanteras rasuah.

"Walau apa pun yang berlaku, pembanterasan rasuah harus menjadi agenda utama kita.

"Tidak adil jika kita bekerja siang malam untuk memperbaiki kebajikan rakyat tetapi wang kerajaan dicuri oleh segelintir orang tidak bertanggungjawab," kata Susilo. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.

Yingluck gesa puak politik bekerjasama hadapi bencana banjir

Posted:

Yingluck gesa puak politik bekerjasama hadapi bencana banjir

Yingluck gesa puak politik bekerjasama hadapi bencana banjir

BANGKOK 19 Okt. - Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra hari ini menggesa puak-puak politik yang berbalah supaya bekerjasama untuk menghadapi banjir terburuk di negara ini dalam tempoh puluhan tahun.

Sementara itu, penduduk di beberapa bahagian Bangkok diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga untuk menghadapi kemungkinan ditenggelami air.

"Hari ini saya akan berterus-terang kepada anda, saya sudah mengambil segala langkah untuk mengatasi krisis ini tetapi saya tidak mampu menyelesaikannya sendirian.

"Saya memerlukan kerjasama semua pihak, kerana itu marilah kita mengetepikan perbezaan fahaman politik dan bekerjasama untuk memulihkan semangat rakyat," kata Yingluck dengan air mata berlinangan, kepada wartawan.

Pihak berkuasa di kawasan rendah di ibu negara ini bertungkus-lumus mengukuhkan benteng pasir dalam usaha untuk melindungi penduduk seramai 12 juta orang daripada banjir yang telah meragut lebih 300 nyawa di seluruh negara ini.

Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra daripada parti pembangkang, Parti Demokrat, hari ini memberi amaran, tujuh daerah di utara dan timur Bangkok menghadapi risiko ditenggelami air disebabkan tambak pecah.

Beliau menasihatkan penduduk di kawasan terlibat supaya mencabut palam perkakas elektrik, memindahkan harta benda ke kawasan lebih tinggi dan meneliti pelan perpindahan penduduk ibu negara, kerana mereka ada tempoh 24 jam untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan dilanda banjir.

Amaran terbaru itu bercanggah sama sekali dengan kenyataan awal kerajaan pusat yang menggambarkan ancaman banjir terhadap Bangkok sudah reda.

Hujan lebat musim monsun sejak tiga bulan lalu menyebabkan banjir buruk yang menenggelami kawasan perumahan, pertanian dan perindustrian selain menjejaskan kehidupan berjuta-juta penduduk, kebanyakannya di utara dan tengah Thailand serta memaksa puluhan ribu mencari perlindungan di pusat penempatan sementara. - AFP

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Mengubah persepsi Orang Asli

Posted:

Mengubah persepsi Orang Asli

Mengubah persepsi Orang Asli

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my


Pelajar Orang Asli berikrar untuk berjaya dalam pelajaran program Pembangunan Sahsiah Pelajar Orang Asli di Kuala Lipis, baru-baru ini.


KUALA LIPIS 19 Okt. - Usaha meningkatkan pencapaian pendidikan anak-anak masyarakat Orang Asli menjadi cabaran bagi setiap warga pendidik kerana ia memerlukan pendekatan berbeza di samping tahap kesabaran tinggi.

Namun, semua itu tidak menjadi halangan bagi warga pendidik dan sukarelawan yang berkhidmat dalam program Empower untuk meningkatkan pencapaian pelajar Orang Asli dalam pendidikan dan juga kemahiran.

Program Empower adalah sebahagian daripada projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) untuk melahirkan modal insan di kalangan penduduk miskin dan meningkatkan pencapaian pelajar luar bandar.

Sejak dilancarkan di daerah Bentong dua tahun lalu, pelajar yang dipilih mengikuti program ini lulus cemerlang dengan pencapaian 30 peratus dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kejayaan itu mendorong ECER meluaskan program tersebut di kalangan pelajar Orang Asli di daerah Lipis menerusi Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia (PKSM).

Pengurus Projek Empower, K. Suraindran memberitahu, pengurusan ECER tidak mahu masyarakat Orang Asli di Pahang ketinggalan dan mereka juga perlu diberikan peluang dan peranan untuk sama-sama melibatkan diri dalam ECER.

''Bagi peringkat permulaan, penglibatan masyarakat Orang Asli bermula dengan program motivasi di kalangan 300 pelajar di daerah Lipis baru-baru ini," kata K. Suraindran kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Kata beliau, kesemua mereka merupakan pelajar tingkatan dua dan tingkatan empat dari sekolah menengah yang dipilih menyertai program Pembangunan Sahsiah Pelajar Orang Asli dengan bertemakan ''Saya Juga Dikasihi dan Dibimbingi'.

Menerusi program yang dijalankan selama sehari itu, pelajar Orang Asli didedahkan dengan program motivasi dan pelbagai modul bagi membentuk jati diri agar mereka tidak berasa rendah diri sebaliknya boleh berjaya sama seperti rakan-rakan mereka lain.

Menurut beliau, modul pendidikan pelajar Orang Asli tidak sama dengan teknik pembelajaran di kalangan pelajar Melayu, India dan Cina yang dipilih menyertai kelas tuisyen dan juga program motivasi yang diadakan sebelum ini.

''Program Empower telah menggunakan pendekatan yang berbeza sebelum ini dan hasil motivasi tersebut kami mendapati ia secara tidak langsung berjaya mengubah minda dan persepsi pelajar Orang Asli terhadap kepentingan pelajaran dan kemahiran.

''Mereka menjadi lebih bersemangat dan tidak takut untuk menghadapi cabaran serta ingin berjaya sama seperti pelajar lain," kata Suraindran.

Tambahnya, walaupun tahap pendidikan pelajar Orang Asli jauh lebih rendah daripada pelajar biasa tetapi mereka boleh dibimbing dan didedahkan dengan teknik pembelajaran yang sesuai dengan keupayaan minda mereka.

Pelajar Orang Asli, kata beliau, juga boleh mencapai kejayaan dalam akademik dan kemahiran jika diberikan motivasi yang berterusan, harapan dan sokongan moral.

Beliau yakin menerusi pendekatan dan bimbingan itu kehidupan masyarakat Orang Asli boleh berubah dan menjadi lebih baik seperti rakyat negara ini yang lain.

''Kami menggunakan pendekatan atau formula 'kasih sayang' dan hasilnya ia dapat menanam semangat dan minat mereka untuk belajar.

''Program ini juga berjaya mengubah sikap mereka daripada diselubungi perasaan malu dan rendah diri kepada perasaan ingin berubah dan bercita-cita untuk berjaya dalam pelajaran," kata beliau.

Sementara itu, beberapa pelajar Orang Asli yang dipilih menyertai program tersebut melahirkan rasa gembira kerana mereka turut diberikan motivasi dan pendedahan agar lebih bersemangat untuk berjaya.

Salah seorang pelajar, Nage Yok Mud, 13, dari Kampung Sindrok berkata, program itu berjaya menyuntik semangat baru dalam usahanya mencapai kejayaan menerusi pendidikan.

Nage, anak ke-11 daripada 13 adik-beradik, yang bercita-cita untuk menjadi guru memberitahu, masyarakat Orang Asli juga boleh berjaya jika mereka mendapat bimbingan dan pendedahan yang betul.

''Sebelum ini, saya dan kawan-kawan tidak pernah mendapat pendedahan seperti ini yang mampu memberikan semangat kepada kami agar menjadi insan yang berjaya seperti orang lain.

''Saya percaya anak Orang Asli mempunyai peluang yang sama untuk mencapai kejayaan jika diberikan motivasi seperti program Empower," kata Nage.

Rakannya, Hamizan Shafie, 14, memberitahu, dia berasa cukup seronok dapat menyertai pelbagai aktiviti dan kuiz yang disediakan menerusi program tersebut.

''Program ini memberikan semangat dan pendedahan agar kami juga boleh berjaya dengan syarat perlu belajar bersungguh-sungguh kerana peluang untuk berjaya ada pada semua orang.

''Selama ini yang menjadikan halangan untuk kami berjaya kerana kurang mendapat bimbingan dan pendedahan yang betul," kata Hamizan.

Bagi Akira Inas Sembunyi, 13, program Saya Juga Dikasihi dan Dibimbingi perlu diteruskan pada masa akan datang dengan melibatkan lebih ramai pelajar Orang Asli dari daerah lain.

''Saya rasa bertuah kerana didedahkan dengan program ini yang mampu memberikan satu semangat baru agar kami berani berjuang untuk mencapai kejayaan menerusi pendidikan dan kemahiran.

''Sebelum ini, kami berasa malu dan tidak ada motivasi langsung tetapi setelah melalui program pembangunan sahsiah dan bimbingan kerjaya, perasaan malu dan takut sudah tidak ada lagi dalam jiwa kami," kata Akira Inas yang bercita-cita untuk menjadi pegawai polis.

Seorang lagi pelajar Orang Asli, Ami Yok Am, 14, berkata, kesemua program tersebut menuntut anak-anak Orang Asli menjadi lebih berani membawa perubahan agar kehidupan mereka menjadi lebih baik pada masa depan.

''Program pembangunan personaliti dan kerjaya diri memberikan kami pendedahan supaya mampu menguruskan diri secara sistematik dan berdikari," kata Ami dari Kampung Regang.

Full content generated by Get Full RSS.

Perluaskan program Empower - Wan Rosdy

Posted:

Perluaskan program Empower - Wan Rosdy

Perluaskan program Empower - Wan Rosdy

KUALA LIPIS 19 Okt. - Projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) diminta memperluaskan program Empower di kalangan masyarakat dewasa Orang Asli.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ini berikutan kejayaan program tersebut mengubah minda dan sikap pelajar Orang Asli.

''Saya tidak pernah melihat mereka begitu bersemangat untuk berjaya berbanding sebelum ini yang mana mereka kurang menunjukkan minat dalam pelajaran.

''Saya harap ECER dapat meneruskan program ini di kalangan masyarakat dewasa Orang Asli supaya dapat mempelajari pelbagai ilmu kemahiran yang boleh memberikan mereka pelau

peluang untuk menambah pendapatan bagi membaiki kehidupan harian mereka," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program tersebut baru-baru ini.

Menurut beliau, penduduk tempatan merupakan aset yang penting untuk menjayakan ECER dan bagi mencapai matlamat berkenaan, mereka perlu diberikan kemahiran dan pendidikan.

''Penduduk yang terlibat dalam program modal insan menerusi program Empower dapat menyesuaikan diri dan sama-sama terbabit dalam pembangunan yang dibawa oleh ECER.

''Selain pendidikan, masyarakat Orang Asli juga perlu diberikan peluang menghadiri kelas kemahiran dan latihan seperti pengurusan kedai, solekan, masakan, jahitan, pendawaian dan

lain-lain," kata beliau.

Katanya, program yang dilaksanakan di Bentong sebelum ini membuahkan hasil yang begitu memberangsangkan apabila berjaya meningkatkan pendapatan isi rumah penduduk dan meningkatkan prestasi akademik pelajar.

''Untuk itu, kerajaan negeri memperuntukkan RM2.4 juta bagi membangunkan modal insan menerusi projek Empower fasa dua bertujuan membantu golongan tersebut meningkatkan taraf hidup mereka melalui modul pendidikan, keusahawanan dan latihan kemahiran," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kes samun selesai dalam 3 jam

Posted:

Kes samun selesai dalam 3 jam

Kes samun selesai dalam 3 jam

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
utusanktn@gmail.com

KUANTAN 19 Okt. - Kecekapan polis berjaya menyelesaikan satu kes samun dalam tempoh tiga jam dengan penahanan tiga lelaki yang menyamar sebagai 'polis' dan menyamun dua pekerja asing di Terminal Darul Makmur di sini, awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Supritendan Nordin Mustapa berkata, dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa merupakan pekerja Bangladesh yang baru tiba di terminal itu untuk mencari pekerjaan.

Menurutnya, pekerja asing terbabit didatangi oleh tiga lelaki terbabit yang menyamar sebagai polis lalu menahan dan membawa mereka menaiki sebuah kereta.

"Semasa dalam perjalanan, suspek mengacukan pisau kepada mangsa supaya menyerahkan wang tunai dan dua beg berisi pakaian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa kemudian ditinggalkan di satu tempat di bandar ini lalu membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Tambah beliau, berdasarkan laporan itu polis melancarkan operasi dan berjaya menahan ketiga-tiga suspek berusia 22 hingga 29 tahun di bandar ini pada pukul 6 pagi.

Jelasnya, suspek terbabit menyamun wang tunai sebanyak RM250 serta dua beg pakaian dan pemeriksaan turut menemui dua bilah pisau yang digunakan mereka untuk mengugut mangsa.

Dalam kejadian berasingan, seorang peniaga 43 tahun kerugian RM500 apabila disamun oleh tiga lelaki di Jalan Wong Ah Jang di sini pukul 11 malam semalam.

Nordin berkata, ketika kejadian, suspek sedang bercakap melalui telefon bimbit sebelum salah seorang suspek menendang dan menyamun mangsa sebelum melarikan diri.

"Mangsa yang mengalami kecederaan ringan menerima rawatan di sebuah klinik sebelum membuat laporan polis," katanya.

Katanya, polis memburu ketiga-tiga suspek terbabit yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Katanya, kedua-dua kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Harapan rundingan Hamas-Israel

Posted:

Harapan rundingan Hamas-Israel

Harapan rundingan Hamas-Israel

PENULIS ialah GeoStrategis Institut GeoSpatial UTM dan ahli bersekutu Majlis Profesor Negara.

GEOPOLITIK kemelut Palestin-Israel jarang sekali memberi habuan kepada kedua-dua belah pihak yang bertelagah apabila satu keputusan dilaksanakan kerana lumrahnya hanya satu pihak yang meraih keuntungan.

Pertukaran tahanan askar Israel Gilad Shalit yang ditahan oleh Hamas lebih dari lima tahun lalu dengan 1,027 tahanan Palestin yang dipenjarakan oleh rejim Zionis mahu tidak mahu secara rambang dianggap berat sebelah kerana kadar jumlah pertukaran yang tidak seimbang.

Memang benar Hamas hanya mempunyai seorang tahanan askar Israel manakala rejim Zionis pula memiliki lebih dari 6,000 tahanan pejuang Palestin. Tetapi perlu ditekankan perjanjian pertukaran tahanan dengan kadar 1:1027 tidak disertai dengan syarat sampingan kecuali 200 tahanan yang dibebaskan tidak dibenarkan pulang ke Genting Gaza atau Tebing Barat.

Berasaskan jumlah tahanan maka sudah pasti Hamas adalah pihak yang paling beruntung berbanding dengan rejim Israel.

Begitu juga di antara Hamas dan Fatah walaupun kedua-duanya adalah seteru Israel dan memperjuangkan matlamat negara Palestin yang merdeka, tetapi hanya satu pihak yang meraih keuntungan.

Apabila Presiden Mahmoud Abbas mengemukakan permohonan Palestin sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada September lepas, beliau telah disanjung oleh sebahagian besar masyarakat antarabangsa.

Fatah yang menjadi tunjak kerajaan Abbas di Tebing Barat meraih manfaat dari peristiwa tersebut sementara Hamas pula dicela kerana menentang strategi kemerdekaan melalui pentas PBB.

Tetapi hari ini Hamas pula disanjung oleh rakyat Palestin kerana berjaya memeterai perjanjian berat sebelah dengan Israel sementara Fatah sedaya-upaya cuba menggambarkan mereka juga ada memainkan peranan dalam rundingan pertukaran tahanan.

Jika Hamas yang meraih habuan sementara Israel pula dinilai sebagai bertolak ansur dengan pihak yang dianggap sebagai pengganas dan Fatah pula bagaikan diketepikan dalam perjanjian tersebut, analisis yang lebih menarik adalah apakah perkembangan terbaru ini akan memberi kesan kepada proses rundingan damai yang telah lama terbantut.

Harapan strategi Abbas menggunakan PBB untuk memaksa proses rundingan bergerak semula nampak gayanya tidak menjadi kerana begitu sukar Palestin memperolehi sokongan minimum sembilan ahli Majlis Keselamatan.

Israel pula menjadi bertambah angkuh menjadikannya bertambah rancak membina penempatan haram Yahudi yang baru di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur.

Ramai yang begitu sinis dengan andaian bahawa Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu sudah mula mahu bertolak ansur dan sanggup berunding dengan Hamas yang dilabel sebagai pengganas. Sebenarnya rejim Zionis agak buntu dalam hal pembebasan Shalit kerana berbagai usaha telah diterokai tetapi tidak berjaya kerana tidak mempunyai sumber perisikan yang mencukupi membuatkan kaedah menyelamatkan Shalit melalui strategi ketenteraan sukar dilaksanakan.

Tidak dapat dinafikan bahawa Netanyahu telah bertolak ansur dalam perjanjian pertukaran Shalit tetapi permintaan Hamas untuk membebaskan Marwan Barghouti dan Ahmad Saadat yang dianggap pemimpin penting pergerakan tersebut telah di tolak oleh Israel.

Begitu juga dengan syarat 200 tahanan tidak dibenarkan pulang ke Palestin adalah manifestasi kepada hubungan rapuh di antara Hamas dan Israel. Malah pada 1985 Israel pernah membebaskan 1,150 tahanan Palestin sebagai pertukaran dengan tiga askar Israel dan peristiwa itu tidak pernah mengubah senario konflik Asia Barat.

Tetapi pengajaran paling penting pertukaran tahanan terbaru ini adalah tanda kesyukuran bukan sahaja dirasai oleh rakyat Palestin tetapi juga rakyat Israel. Jika diambil iktibar sejarah pergolakan Ireland Utara dan bagaimana perdamaian dicapai oleh dua pihak yang tidak boleh bersemuka, semuanya bermula dari pembebasan ahli militan Republikan dari tahanan penjara Maze berdekatan Belfast pada tahun 1998.

Perjanjian Good Friday dan seterusnya pembebasan tahanan penjara Maze menggambarkan sifat tolak ansur di antara pihak Katholik dan Protestan yang bermusuhan dan seterusnya mengendurkan ketegangan.

Seperti mana tahanan ahli Republikan yang dibebaskan itu telah terlibat dalam aktiviti yang mengakibatkan korban nyawa dan kemusnahan harta benda serupa dengan tahanan rakyat Palestin, tetapi proses pembebasan tahanan di Ireland Utara telah digunakan sebagai pemangkin untuk mendapat kekuatan politik oleh pihak yang mahu menamatkan konflik.

Begitu juga dengan apa yang sedang berlaku di Asia Barat, pertukaran tahanan ini boleh digunakan sebagai batu loncatan untuk memulakan proses rundingan damai. Apa yang penting adalah Israel telah menunjukkan sikap tolak ansur dan mahu membuka pintu rundingan dengan Hamas. Sikap tolak ansur adalah penting kerana selama ini Israel tidak mahu berganjak terutama sekali mengenai masalah persempadanan dan pembinaan penempatan haram Yahudi.

Begitu juga dengan rundingan damai yang menyisihkan Hamas tidak akan memberi makna kerana Abbas yang disokong oleh Fatah hanya berkuasa di sebahagian Tebing Barat.

Perantara rundingan yang adil oleh Mesir dan Jerman juga penting kerana Hamas dan Israel telah memberi kepercayaan penuh untuk berunding bagi pihak mereka. Begitu juga dengan Hamas yang memperjuangkan penghapusan Israel juga mampu bertolak ansur kerana beberapa permintaan mereka telah ditolak.

Sebagaimana ibu bapa Shalit bergembira dengan pembebasan anak mereka begitu juga tahanan Palestin turut mempunyai ibu bapa yang menyambut kepulangan anak mereka.

Makmurnya Palestin bermakna Israel juga akan menikmati suasana serupa. Cuma pihak yang bertelagah perlu bertolak ansur dan perantara pula perlu mempunyai pegangan yang tidak berat sebelah.

Full content generated by Get Full RSS.

Bahasa etnik perlu pembelaan

Posted:

Bahasa etnik perlu pembelaan

Bahasa etnik perlu pembelaan

Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my

BAHASA adalah petunjuk bangsa, umpama sinonimnya gula dengan rasa manisnya, garam dengan masinnya.

Pepatah Melayu, 'Bahasa Jiwa Bangsa' mempunyai kebenarannya kerana tanpa bahasa sesuatu bangsa itu langsung tidak bermakna atau lebih tepat lagi bakal pupus di dunia ini.

Tragedi itulah yang terjadi kepada Bahasa Sanskrit dan Latin yang sedikit waktu dahulu merupakan bahasa lingua franca dunia, tetapi kini hanya tinggal sejarah, kekal pun hanya sekadar tatapan bahan pameran di muzium bahasa atau digunakan sebagai bahasa untuk terma-terma tertentu seperti nama-nama saintifik yang khusus bagi tumbuhan dan perundangan sahaja.

Menurut seorang pakar bahasa, Michael Krauss, dunia pada masa ini mempunyai lebih 6,000 jenis bahasa dalam pelbagai dialek dan selepas abad ke-21, lebih separuh daripadanya akan pupus termasuklah secara khususnya bahasa minoriti etnik di Sabah, antaranya Iranun.

Beliau dalam kajiannya menyebut bahawa sepertiga daripada jumlah bahasa itu terdapat di Asia. Sebanyak 50 peratus jumlah itu disifatkannya sebagai 'moribund' atau nazak iaitu bahasa yang tidak diajar dan dipelajari oleh kanak-kanak yang dilahirkan dalam masyarakat itu.

Sementara itu, 40 peratus lagi berada dalam keadaan 'endangered' iaitu bahasa yang jika tidak dibantu mungkin tidak akan diamalkan atau dituturkan oleh generasi mendatang dan ini bermakna cuma 10 peratus daripada jumlah bahasa dunia boleh disifatkan sebagai 'selamat'.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang juga Penaung Persatuan Bahasa dan Kebudayaan Iranun Sabah (BKI) mempunyai pandangan sinikal apabila mendedahkan bahawa bahasa Iranun, Kota Belud, Sabah akan mati dan lenyap selepas daripada generasinya, sekiranya tiada usaha gigih dilakukan termasuk daripada pihak kerajaan sendiri.

Malah beliau mengakui bahawa anak-anaknya tidak pandai bertutur dalam bahasa etniknya iaitu bahasa Iranun, katanya pada majlis perasmian bangunan Taska Bahasa Iranun BKI di Kampung Payas-Payas, Kota Belud, Sabah baru-baru ini.

Bukan mengungkit tetapi sekadar luahan mengenai hak dan nasib etnik bumiputera yang seakan terlepas pandang oleh kerajaan, Pandikar berkata, kerajaan sanggup mengeluarkan peruntukan lebih RM1 bilion setahun untuk perkembangan sekolah jenis kebangsaan terutama Cina, tetapi apabila pendokong bahasa etnik memohon permohonan, ia seperti diragui dan dipersoalkan.

Sedangkan, katanya, kumpulan bumiputera etnik di negara ini tanpa kompromi pada setiap masa akur dan taat kepada negara, langsung tanpa sebarang perasaan berbelah bahagi apabila menerima bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, perpaduan dan integrasi.

"Apabila diajukan kepada Pejabat Pelajaran Daerah untuk sedikit peruntukan bantuan taska, alasan yang diberikan ialah kita tidak mampu dan tiada tenaga kerja mahir.

"Jawapan penyelesaiannya amat mudah, kerana masih terdapat di kalangan komuniti etnik ini yang masih fasih berbahasa etnik sendiri, maka tempatkan mereka dalam kawasan masing-masing barulah kosnya tidak meningkat.

"Negara Papua New Guinea mempunyai lebih 200 dialek tetapi kerajaan mereka memberikan bantuan supaya bahasa masing-masing dipelihara dan diajar kepada golongan kanak-kanak.

"Memanglah bunga rasmi Malaysia adalah Bunga Raya, tetapi ia akan kelihatan amat janggal dan langsung tidak cantik apabila dibiarkan sendiri tanpa ada pokok-pokok hiasan dan bunga lain di sekelilingnya, fungsinya untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Begitulah kaitannya antara bahasa kebangsaan dan bahasa etnik," katanya.

Terkadang apabila diperhatikan dasar kerajaan seperti tiada kesinambungan. Contohnya Kementerian Pelancongan amat mementingkan 'penjualan' produk budaya etnik dengan memaparkan gambar rakyat berpakaian tradisional etnik pelbagai kaum di negara ini di papan-papan iklan.

Tetapi pada masa sama, dasar menjaga bahasa etnik yang menjadi jiwa kepada bangsanya agak kabur. Perlu diingat jika dibiarkan berlarutan, kebudayaan etnik ini akan lenyap selari dengan pupusnya bahasa mereka, sekali gus hilanglah 'aset' produk pelancongan negara.

Menyentuh mengenai bahasa Iranun, ia digunakan oleh kira-kira 20,000 orang Iranun yang tinggal di 26 perkampungan di Kota Belud; tiga perkampungan di Lahad Datu iaitu di Kampung Barigas, Bakolod dan Kampung Nala dan satu kampung di Daerah Kudat iaitu Kampung Indarason.

Penubuhan BKI merupakan inisiatif kumpulan itu bagi menghalang kepupusan bahasa ibunda mereka, dengan Pandikar bertindak sebagai penasihatnya dan didokong oleh tokoh-tokoh masyarakat dalam komuniti berkenaan di seluruh Sabah.

Langkah awal yang dibuat BKI untuk memulihara bahasanya adalah dengan mengambil inisiatif sendiri membentuk sistem ejaan dan penulisan 'orthography' bahasa Iranun pada 1998 dengan bantuan secara percuma daripada Profesor Howard P. Mc Kaughan dan pegawai-pegawai Summer Institutes of Linguistic (SIL) Sabah iaitu Jim dan Karla Smith.

Tiga siri bengkel diadakan sejak 1999, untuk memperkenalkan dan melatih peserta dalam penggunaan sistem ejaan bahasa Iranun untuk menulis buku-buku dalam bahasa itu. Bengkel-bengkel susulan telah diadakan yang bertujuan menggalak dan merangsang peserta untuk menulis cerita-cerita rakyat, buku kanak-kanak, kamus bergambar dan adat istiadat Iranun.

Kesemua tulisan itu telah dicetak sebagai bahan bacaan dan rujukan untuk masyarakat Iranun. Kesemua kerja yang dihasilkan oleh komputer dibuat oleh pelatih dilatih oleh Jim dan Karla.

Sehingga kini, projek bahasa Iranun menghasilkan lebih 80 buah buku kecil termasuk buku kanak-kanak dan kalendar. Untuk masa depan, BKI akan mendirikan pusat latihan dan perpustakaan di setiap zon yang dikenalpasti untuk menempatkan semua buku Iranun dan lain-lain bahan bacaan termasuk bahasa lain.

Objektif utama projek ini untuk mengadakan kelas-kelas pra sekolah dengan menggunakan bahasa Iranun sebagai bahasa pengantar selain menyediakan sebanyak mungkin bahan bacaan dan rujukan untuk diserahkan kepada Kementerian Pelajaran bagi ditimbangkan untuk Bahasa Iranun diajar di sekolah-sekolah sebagai POL (People own language) dan akhirnya sebagai mata pelajaran.

Walaubagaimanapun cantik dan elok perancangannya, ia masih berkait rapat dengan faktor kewangan bagi melancarkan segala usaha murni itu.

Oleh itu, usaha kumpulan etnik minoriti ini selain memerlukan bantuan kewangan daripada kerajaan, mereka juga amat mengharapkan sokongan, dorongan dan kepakaran daripada pihak lain seperti pertubuhan bukan kerajaan, korporat dan institusi pengajian tinggi.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Pencarian Lah, Adam

Posted:

Pencarian Lah, Adam

Pencarian Lah, Adam

Oleh HASNURUL MOHAMED
Gambar Amin Farij Hassan


LAH Ahmad dengan gaya menyanyi dengan gaya tersendiri dalam program i-Popular di Studio Filem Negara, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.


PENGHIJRAHAN yang berlaku ke atas artis tanah air bukan sahaja melibatkan artis wanita yang tampil dengan imej bertudung.

Malah di kalangan artis lelaki juga, mula sedar dan membuat anjakan pada penampilan dan cara hidup yang lebih mengikut hukum syarak.

Justeru, bagi dua artis lelaki popular, Abdullah Ahmad dan Adam VIP, mereka turut membuat penghijrahan dalam kehidupan masing-masing.

Ini kerana, kedua-duanya merasakan, dunia hiburan yang menjadi sandaran rezeki buat mereka bagaikan tidak bermakna apabila hati dan jiwa terasa kosong.

Kata Abdullah atau lebih dikenali sebagai Lah, ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupannya walaupun namanya kekal popular di persada seni tanah air.

Perasaan yang agak serupa turut menghantui Adam yang tercari-cari sesuatu untuk mengisi ruang dalam jiwanya.

Dalam pencarian untuk menjadi insan yang lebih sempurna, baik Lah mahu pun Adam, segala perubahan dalaman yang berlaku ke atas diri mereka tidak mematikan langkah untuk bergelar artis.

Pengertian hidup Lah Ahmad

Di awal pembabitannya bersama kumpulan Voices of Euphonious atau VE yang ditubuhkan pada tahun 2003, Lah di ulit dengan populariti dan dikelilingi peminat.

Pun begitu, bagi diri anak jati Kuala Lumpur ini, ada sesuatu yang tidak kena dengan kehidupannya.

Lah sendiri keliru apakah kekosongan yang dirasai itu satu sindrom yang melanda mereka yang mencapai kehidupan dalam usia yang semakin meningkat.

"Di awal penglibtan saya dalam dunia seni bersama VE, saya lihat industri hiburan menjadi punca rezeki dan itulah yang saya lakukan sebelum ini.

"Kini saya hanya memikirkan bagaimana mencari duit untuk membayar segala bil bagi kelangsungan hidup.

"Ketaksuban saya dalam mencari wang berubah kerana cinta saya dalam bidang muzik dan nyanyian hari ini, lebih bermakna.

"Jiwa saya juga terisi dan tenang lebih-lebih lagi selepas saya bertemu dan mendalami agama dengan Ustaz Habib Ali Zainal Abidin," kata Lah membuka bicara.

Kemerduan qasidah

Selepas empat tahun bersama VE dan muncul dengan tiga album iaitu Extreme Pleasure, Extreme Pleasure Extra dan For You, tahun 2007 menyaksikan VE berpecah dan masing-masing membawa haluan sendiri.

Dalam tempoh 'bertenang' kata Lah, dia cuba mencari punca untuk meneruskan kariernya dalam bidang seni.

"Ketika mengikuti kelas agama bersama Ameer Ruffedge dan Zaf, buat pertama kali saya mendengar qasidah dan hati ini terus jatuh cinta kerana kemerduannya.

"Dari situ, saya mendengar satu melodi yang terlalu indah kerana liriknya memuji kebesaran Allah SWTdan Rasullullah.

"Muzik 'baru' yang singgah di telinga saya telah 'melanggar' semua terma-terma muzik yang menjadi pegangan saya selama bergelar artis.

"Dalam qasidah ada jazz, R & B dan ia membuatkan saya menitiskan air mata kerana irama seindah itu tidak pernah dipandang.

"Perlahan-lahan, saya menulis lirik yang ada kena mengena dengan Ketuhanan dan dari situ, saya mencari keredaan Allah SWT," ujarnya sambil menghela nafas panjang.

Menurut Lah, apabila hatinya lebih dekat dengan Allah SWT hidupnya menjadi lebih tenang.

Bahkan, kata Lah, solat lima waktu tidak lagi diabaikan sebaliknya, jika lewat mengerjakannya, hatinya akan rasa tidak tentu arah.

"Kalau dulu, dalam keadaan kelam- kabut, saya perlu menampilkan wajah tenang kerana perlu berhadapan dengan peminat atau pun diwawancara wartawan.

"Tetapi kini semuanya telah berubah...menjadi lebih tenang," katanya yang akan mencari keredaan Allah untuk meneruskan kerjaya dalam bidang muzik.

Perubahan Adam

PEMILIK nama Mohd. Aizam Mat Saman atau lebih dikenali sebagai Adam VIP mengakui dirinya banyak mengalami perubahan sejak bergelar artis.

Biarpun Adam pernah dihimpit dengan pelbagai kontroversi antaranya didakwa mempunyai hubungan istimewa dengan Yusry Abd. Halim (Yusry KRU), namun anak kelahiran Negeri Bawah Bayu ini agak bijak menangani situasi panas pada ketika itu.

Adam ketawa apabila dikatakan, dia seorang yang agak nakal kerana sering bertukar teman wanita.

Sedangkan pada hakikatnya, Adam menjelaskan, apabila tiada keserasian dalam sesuatu perhubungan, lebih baik meletakkan noktah kepada hubungan berkenaan.

Kata Adam, segala apa yang menimpa dirinya suatu ketika dahulu, dijadikan iktibar untuk memperbaiki diri.

Sebab itulah, dalam diam-diam pada April lalu Adam mengerjakan umrah melalui pakej perubatan bersama rakan pelakon, Ashraf Muslim.

Selepas menunaikan umrah, ramai yang melihat perbezaan perwatakan Adam hari ini. Apa komen Adam?

"Memang hari ini saya lebih fokus kepada kerjaya kerana saya menyimpan cita-cita untuk menjadi pengarah filem.

"Jika Allah berikan rezeki, tahun depan, insya-Allah, saya akan mengarah filem," katanya.

Walaupun pada mulanya Adam enggan bercerita tentang pemergiannya ke tanah suci Mekah, tetapi setelah dipujuk akhirnya ia mengalah dan berkata;

"Saya berasa begitu tenang selepas Tuhan memberi rezeki untuk mengerjakan umrah, baru-baru ini.

"Maaf, saya tidak mahu mengulas panjang tentang perjalanan saya itu kerana tidak mahu peminat salah anggap tentang perubahan saya.

"Lagi pun, kalau orang pandang kita sudah warak, orang akan mempersoalkan apabila melihat kita masih terlompat-lompat di atas pentas.

"Cuma apa yang boleh saya katakan, segala apa yang saya lakukan, saya tidak akan lupa tanggung jawab dan landasan agama.

"Ini kerana segala rezeki yang saya dapat adalah pemberian Allah dan soal saya mengalami perubahan dalaman atau tidak, wallahuala."

Menurut Adam, sebagai manusia biasa, dia percaya bahawa setiap manusia akan melalui perubahan dalam kehidupan.

"Sebenarnya perubahan dalam jiwa saya sudah lama berlaku iaitu sebelum saya mengerjakan umrah.

"Perubahan tidak boleh terjadi dalam tempoh sehari kerana saya harus tahu kemampuan diri.

"Sebab itulah saya tidak menghebohkan tentang pemergian saya ke Mekah untuk menunaikan umrah kerana bagi saya biarlah perubahan itu datangnya dari hati dan jiwa saya," kata Adam.

Full content generated by Get Full RSS.

PSB teruskan nadi dunia bangsawan

Posted:

PSB teruskan nadi dunia bangsawan

PSB teruskan nadi dunia bangsawan

Oleh HASNURUL MOHAMED
Gambar WAN NAQIUDDIN WAN YAACOB dan FAIRUZ IZYANA AYUB


SATU babak dari bangsawan Puteri Selindungan Bulan telah dipentaskan di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


DALAM usia 72 tahun, Morad Ibrahim atau Pak Morad berusaha gigih untuk menghidupkan pementasan bangsawan untuk tontonan generasi muda hari ini yang lebih cenderung memilih teater moden.

Tekad untuk mementaskan bangsawan Puteri Selindungan Bulan (PSB) di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur selama tiga hari mulai 14 Oktober, telah mendapat respon daripada para peminat bangsawan.

Puteri Selindungan Bulan yang dibawakan oleh kumpulan Bangsawan Seri Kedah pimpinan beliau dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) adalah sempena bulan Bahasa Kebangsaan.

Menurut Pak Morad, bukan mudah untuk terus menghidupkan bangsawan kerana era kegemilangannya telah lama berakhir.

"Pada zaman dahulu bangsawan menjadi hiburan untuk orang Melayu dan bukan Melayu.

"Tetapi kini, bangsawan hanya menjadi tontontan orang Melayu dengan jumlah penontonnya yang amat terhad.

"Bagi saya, kalau kita mahu pementasan bangsawan terus hidup, kita perlukan sokongan pelbagai pihak," katanya ketika ditemui selepas malam akhir pementasan PSB, di Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Pak Morad, walaupun bangsawan kini dipinggirkan namun tidak terlintas di hatinya untuk menandingi teater urban kerana apa yang penting baginya bangsawan akan terus hidup.

"Sejak umur saya 10 tahun, saya sudah didedahkan dengan pementasan bangsawan termasuk menjadi budak pentas (stage boy), penarik tirai, tukang sapu pentas dan pegang tombak sebelum belajar berlakon dan menulis skrip.

"Kalau diimbas kembali, tidak boleh tidak, dunia bangsawan mesti dikaitkan dengan Allahyarham Mak Enon yang diberi jolokan sebagai Seri Panggung Bangsawan pada zaman dahulu.

"Kegilaan penonton dan peminat bangsawan terhadap Mak Enon pada ketika itu adalah kerana dia cantik, boleh berlakon, menyanyi, bersilat dan menari.

"Itu adalah kriteria yang perlu ada dalam diri seseorang pelakon bangsawan yang mana, agak sukar untuk dicari hari ini.

"Selain Mak Enon, pelakon bangsawan lain yang turut diminati ketika zaman kegemilangannya ialah Allahyarham Mak Minah Yem, Mak Minah Elias serta Zaharah Agos.

"Mereka ini adalah antara insan yang pernah menggegarkan pentas bangsawan, namun kini semuanya hanya tinggal kenangan," kata Pak Morad yang bertindak sebagai pengarah dan penulis skrip PSB.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Wanita Arab pertama terima Hadiah Noble

Posted:

Wanita Arab pertama terima Hadiah Noble

Wanita Arab pertama terima Hadiah Noble


Tawakkul Karman bersama tiga anaknya yang turut berbangga dengan kejayaan ibu mereka.


DI kalangan rakyat Yemen, beliau digelar wanita besi dan ibu revolusi. Seorang wanita biasa yang berjuang menuntut perubahan dalam masyarakat yang konservatif dan masih dibelenggu dengan semangat berpuak-puak, pemenang Hadiah Nobel Keamanan, Tawakkul Karman merupakan antara wajah penting dalam kebangkitan rakyat menentang rejim kuku besi Presiden Ali Abdullah Saleh.

Tawakkul, 32, telah lama menjadi aktivis hak asasi manusia. Tetapi kemuncak segala-galanya bermula apabila beliau ditahan pada Januari lalu.

Penahanan wanita itu telah mencetuskan tunjuk perasan yang disertai beratus ribu rakyat yang menuntut pengunduran Ali dan pembentukan negara demokrasi.

Ketika barisan nama pemenang Hadiah Noble diumumkan baru-baru ini, Tawakkul berada di tempat di mana setiap hari beliau berada sejak lapan bulan lalu iaitu dalam khemah kumpulan antikerajaan di Dataran Perubahan, terletak di bulatan di tengah-tengah kota Sanaa yang menjadi simbol kepada kebangkitan revolusi Yemen.

"Hadiah tersebut bukan untuk saya tetapi untuk seluruh rakyat Yemen kerana perjuangan, bangkit menentang (Ali) dan konco-konconya.

"Sebagai pemimpin yang zalim dan diktator mereka memang marah dengan penganugerahan ini kerana ia dianggap tidak adil," kata Tawakkul ketika ditemui di khemahnya ketika sedang sibuk menerima ucapan tahniah daripada aktivis lain.

Wanita itu - yang berkongsi anugerah tersebut dengan Presiden Liberia, Ellen Sirleaf Johnson dan aktivis keamanan Liberiat Leymah Gbowee - merupakan wanita Arab pertama memenangi Hadiah Nobel Keamanan.

Dengan anugerah itu bermakna jawatan kuasa Noble secara tidak langsung memberi penghormatan kepada gelombang kebangkitan yang melanda Asia Barat ketika ini yang bermula dengan usaha menjatuhkan pemimpin Tunisia, Mesir dan Libya.

Di Yemen, berjuta-juta orang telah keluar membuat bantahan di ibu negara, Sanaa dan bandar-bandar sekitar negara tersebut sejak akhir Januari lalu. Begitupun Ali masih enggan meletak jawatan.

Tawakkul dan aktivis-aktivis muda yang lain telah mengetuai kebangkitan, iaitu satu pergerakan yang agak unik di negara yang dianggap masih mundur di penghujung selatan Semenanjung Arab itu, di mana sebahagian besar rakyatnya amat konservatif dan pemilikan senjata berleluasa dengan hampir setiap rumah mempunyai pistol atau senapang sendiri.

Seperti majoriti wanita Yemen, Tawakkul suatu ketika dulu mengenakan Niqab, pakaian tradisonal berbentuk jubah menyelubungi seluruh tubuh dan yang kelihatan hanyalah sepasang mata.

Bagaimanapun tahun lalu beliau berubah kepada gaya yang lebih sederhana dengan hanya mengenakan tudung yang menutup rambut. Beliau memberitahu mahu bertentang muka dengan para rakan aktivisnya yang lain.

Beliau juga merupakan ahli Parti Islah, iaitu parti pembangkang Yemen. Tetapi pembabitannya dalam bantahan antikerajaan telah mencetuskan kritikan hebat daripada golongan konservatif parti itu. Sebahagiannya telah mengecam beliau dalam khutbah-khutbah di masjid,

Rejim Ali pula berusaha untuk melemahkan beliau dengan menyebarkan gambar Tawakkul berada dalam khemah kumpulan tunjuk perasaan bersama rakan-rakan lelaki.

Sebahagian gambar itu telah diubahsuai seolah-olah beliau berdua-duaan dengan lelaki.

Hakikatnya, golongan wanita merupakan antara kumpulan terbesar yang terbabit dalam bantahan antikerajaan. Kumpulan antikerajaan itu juga mendapat sokongan daripada kumpulan puak-puak negara itu.

Mereka juga berjaya meneruskan bantahan secara aman walaupun persekitaran di sekeliling mereka huru hara apabila pasukan keselamatan beberapa kali melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan dan beberapa bandar telah bertukar menjadi medan perang. Ia membabitkan pertempuran antara unit tentera dan kumpulan yang menentang Ali.

"Ali dan konco-konconya tidak akan mengheret Yemen ke dalam kancah peperangan kerana kami tidak akan melawan.

"Kami memilih keamanan dan kami tidak akan menggunakan keganasan dalam revolusi ini. Sebenarnya kami boleh tamatkan revolusi ini dalam beberapa hari saja bukan berbulan-bulan seperti sekarang kerana kami tidak mengangkat senjata. Kami hanya memilih keamanan.

"Jangan bimbang tentang Yemen, Yemen bermula dengan aman dan revolusi ini juga akan berakhir dengan aman dan kita akan memulakan sebuah negara demokrasi dengan aman," katanya.

Sementara itu ketika Tawakkul menerima ucapan tahniah yang tidak putus-putus, suaminya, Mohammed al-Nahmi setia duduk di sisinya dalam khemah tersebut.

"Beliau memang layak menerima hadiah ini. Sebelum beliau menjadi isteri saya, beliau adalah rakan dan teman dalam kesusahan," kata Mohammed.

Ibu kepada tiga anak itu, berasal dari bandar di wilayah Taiz di selatan Yemen. Bandar yang dikenali kerana memiliki sebilangan besar golongan kelas pertengahan dan para intelektual universiti yang sekian lama menjadi penentang dasar kerajaan Ali.

Bapanya, Abdul Salam Karman, suatu ketika dahulu merupakan menteri hal ehwal undang-undang di bawah pemerintahan Ali tetapi telah meletak jawatan kerana membantah amalan rasuah dalam kerajaan.

Tawakkul telah menganjurkan bantahan dan tunjuk perasaan seawal tahun 2007 lagi. Ketika itu antara aktivitinya adalah mengadakan perjumpaan di luar pejabat kerajaan di Sanaa yang digelar Dataran Kebebasan.

Beliau berkempen untuk mendapatkan hak-hak yang lebih besar kepada golongan wanita dan menamatkan pencabulan ke atas wartawan.

Bersama tujuh wartawan wanita lain, beliau menubuhkan Wartawan Wanita Tanpa Rantai (WJWC), sebuah organisasi yang memperjuangkan kebebasan akhbar.

Ketika rusuhan pertama kali meletus di Tunisia pada Disember 2010 iaitu selepas seorang penjual buah-buahan, Mohamed Bouazizi, membakar diri kerana kemiskinan, Tawakkul mengetuai bantahan di Yemen untuk menyokong rakyat Tunisia.

Beliau menghantar mesej-mesej melalui telefon bimbit menggesa rakyat menyertainya.

Bantahan kecil-kecilan membabitkan tidak lebih 200 orang itu disuraikan dengan tembakan meriam air dan belantan.

Ekoran itu pada 23 Januari pihak berkuasa menahan Tawakkul. Langkah tersebut bertujuan memberi amaran tetapi telah memakan diri apabila telah mencetuskan gelombang tunjuk perasaan golongan wanita di jalan-jalan raya di Sanaa dan beberapa bandar lain, sesuatu yang sukar dilihat di Yemen sebelum ini.

Tawakkul dibebaskan keesokan harinya dan menjelang petang beliau mengetuai satu lagi bantahan.

Semangat wanita itu disemarakkan lagi dengan bantahan di Mesir yang berjaya menumbangkan Presiden Hosni Mubarak.

Sehari selepas Hosni berundur pada Februari lalu, penunjuk perasaan di Yemen bersama-sama dengan Tawakkul dan rakan-rakannya berjaya menawan persimpangan utama di tengah-tengah Sanaan yang kemudian dikenali sebagai Dataran Perubahan.

Sejak 17 Februari lalu, kem penunjuk perasaan terus berada di dataran tersebut walaupun pasukan keselamatan berulang kali melepaskan tembakan. Antara yang terus kekal berada disitu ialah Tawakkul Karman.

Full content generated by Get Full RSS.

Guru memupuk kreativiti si kecil

Posted:

Guru memupuk kreativiti si kecil

Guru memupuk kreativiti si kecil

Oleh SHOLINA OSMAN
Gambar IRWAN MAJID


Guru memainkan perangan penting dalam memupuk kreativiti kanak-kanak.


SETIAP kanak-kanak sebenarnya berpotensi menjadi seorang yang kreatif. Bagaimanapun ia turut bergantung kepada pembimbing mereka terutama guru untuk mencungkil daya kreativiti tersebut.

''Sebaiknya usaha ini kena dilakukan oleh guru ketika kanak-kanak berada di peringkat prasekolah lagi,'' kata Pensyarah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Puan Sri Prof. Dr. Rohaty Mohd Majzub.

Beliau memberitahu dua perkara yang perlu diutamakan dalam usaha untuk merangsangkan kreativiti kanak-kanak.

Pertama, ia harus dimulakan pada peringkat prasekolah kerana itu merupakan masa yang cukup sesuai bagi menggalakkan pembangunan kanak-kanak.

Katanya, di situlah letaknya cabaran kepada guru mahupun pengasuh dan ibu bapa untuk menggalakkan kanak-kanak ini melalui pengalaman yang membantu mengembangkan daya kreativiti.

''Keduanya, kumpulan pemikir juga perlu merancang untuk membangunkan modal insan menjelangnya Wawasan 2020 dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) bermula peringkat prasekolah lagi,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucaptama pada Bengkel dan Seminar Pendidikan Awal Kanak-Kanak.

Bengkel sehari itu dianjurkan Fakulti Pendidikan Sains Sosial, Universiti Tun Abdul Razak (UTAR) Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dr. Rohaty berkata, biasanya guru akan tertekan dengan bebanan kurikulum akademik sehingga tidak mempunyai masa untuk membangunkan kreativiti kanak-kanak.

''Tambahan pula tekanan daripada ibu bapa sendiri yang mengharapkan anak-anak mereka lulus cemerlang dalam bidang akademik,'' katanya.

Selain itu, katanya, guru-guru juga menghadapi tekanan masa bagi menyelesaikan tugas-tugas pentadbiran.

Bagaimanapun kata Dr. Rohaty, masih terdapat pelbagai cara untuk guru-guru menggalakkan kreativiti di kalangan kanak-kanak.

''Sediakan satu persekitaran kelas yang membolehkan yang anak-anak muda ini meneroka dan bermain melalui aktiviti kurikulum,'' katanya.

Selain itu katanya, guru-guru perlu bersedia supaya dapat menyesuaikan diri untuk menerima idea yang akan diberikan oleh kanak-kanak.

Guru-guru juga tidak boleh memaksa kanak-kanak untuk menerima idea yang diberikan oleh mereka.

Jelasnya, suasana itu akan dapat merangsang kanak-kanak melaksanakan idea itu dengan lebih seronok tanpa halangan.

"Guru hanya perlu memberikan bimbingan dan jangan cuba untuk menyekat idea itu supaya kanak-kanak ini merasa lebih bebas tanpa rasa tertekan.

''Guru juga tidak boleh terlalu bergantung kepada sukatan pelajaran, bahan bacaan bercetak dan latihan semata-mata,'' katanya.

Katanya, guru sepatutnya menunjukkan yang dia juga seorang aktif berfikir dan bersemangat mahu mempelajari sesuatu yang baru.

''Guru juga perlu memberikan lebih masa untuk membolehkan kanak-kanak ini meneruskan projek yang sedang dilakukan sekalipun telah melebihi jadual,'' katanya.

Selain itu katanya, guru juga tidak perlu terikut dengan sukatan pelajaran, bahan bacaan dan latihan kerana ini tidak akan memberi peluang untuk kanak-kanak itu merasai sendiri pengalaman termasuk menggunakan tangannya.

''Guru perlu mengenal pasti perbezaan individu dalam pembelajaran dengan mengambil kira jenis pelajar dan kebolehan mereka,'' tambahnya.

Jelasnya, apa yang penting guru-guru prasekolah sepatutnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menggunakan sepenuhnya ruang bilik darjah bagi menerap dan memupuk kreativiti mereka.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved