Rabu, 22 Mei 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Menyerlahkan peranan orang muda

Posted: 22 May 2013 11:25 AM PDT

FESTIVAL Belia Putrajaya (FBP) yang berlangsung di Putrajaya bermula hari ini boleh saja disifatkan tugas besar pertama KHAIRY JAMALUDDIN sebagai Menteri Belia dan Sukan baharu yang dilantik oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Menyifatkan FBP sebagai platform untuk menyerlahkan peranan golongan belia dalam arus pembangunan negara, Khairy percaya orang muda akan menyokong setiap usaha kerajaan jika mereka diberi ruang untuk berbuat demikian.

Bercakap kepada wartawan Utusan Malaysia, NAZMIL NASIRUDDIN dan jurugambar WAHIDA ZAINAL, Khairy yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mahu menangkis persepsi segelintir pihak bahawa FBP hanyalah sebuah pesta tanpa pengisian yang dapat dimanfaatkan golongan muda.

Sebenarnya festival ini adalah seimbang, bunyi saja macam pesta tetapi bila kita lihat secara terperinci kita akan nampak sentuhan lebih menyeluruh merangkumi pelbagai kandungan aktiviti termasuklah unsur kesukanan, pembangunan kerohanian, dan juga hiburan, katanya.

UTUSAN: Tahniah Yang Berhormat di atas pelantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan yang baharu. Apakah cabaran yang akan digalas YB dalam masa terdekat ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13?

KHAIRY JAMALUDDIN: Terima kasih. Cabaran saya kini adalah untuk menumpukan perhatian kepada Festival Belia Putrajaya (FBP) 2013 yang bakal menghimpunkan jutaan golongan belia ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan ini. Cabaran ini memang besar sebab jatuh atas riba saya dalam keadaan festival tersebut sudah hampir sempurna dan keadaan hampir lengkap.

Saya pun dari segi perancangan tidak sempat buat apa-apa, cuma saya dapat membantu bersama dengan pihak sekretariat FBP memastikan bahawa apa yang dirancang berjalan lancar. Ini bukan bermakna saya lepas tangan dari segi perancangan, sebagai menteri memang saya bertanggungjawab. Sebagai menteri baharu, saya hendak pastikan apa dirancang berjalan lancar dan tiada kecacatan untuk menepati cita rasa orang muda.

Penganjuran FBP 2013 ini merupakan idea yang diilhamkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan terdahulu, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek. Apa harapan dan kelainan cuba dibawa pada perhimpunan kali ini?

FBP 2013 merupakan kesinambungan penganjuran program himpunan golongan muda sejak 2010 lagi dengan konsep untuk mempromosikan Putrajaya sebagai bandar mesra belia.

Penganjuran kali ini pula lebih kepada tema untuk memberi aspirasi kepada golongan tersebut membina ruang memajukan diri melalui program tahunan pihak kementerian itu. Festival belia ini menjadi showcase kepada usaha kerajaan untuk memberi peluang dan ruang kepada belia memperbaiki diri mereka. Penganjuran festival ini mahu menunjukkan Putrajaya yang menjadi Pusat Kerajaan Persekutuan ini menjadi bandar mesra belia dan begitu sinonim dengan golongan belia.

Selain itu, penganjurannya dapat menonjolkan tenaga terpendam belia mengendalikan sebuah program yang menghimpunkan pelbagai acara dalam 40 segmen antaranya kerohanian, ilmu sukan malah hiburan. Kita boleh lihat sendiri bagaimana belia dapat membentuk aspirasi, idealisme dan gerakan tersendiri untuk membangunkan negara di masa hadapan.

Boleh YB berikan perubahan yang dilakukan pada penganjuran kali ini untuk golongan belia sempena penganjuran FBP ?

Antara perubahan pembaharuan kita bawa adalah dengan menekankan kepada program kerajaan yang boleh bantu belia dari segi keusahawanan, pendidikan dan juga kemahiran melalui agensi-agensi kerajaan. Ini kerana golongan muda tidak tahu apa jenis bantuan dan program yang disediakan kerajaan seperti pinjaman pembiayaan, peluang latihan dan sebagainya.

Apabila ditempatkan dalam satu tempat seperti dalam melalui pameran FBP proses penerangan tersebut menjadi lebih mudah untuk membantu belia. Selain itu, kita juga adakan pameran pelancongan kepada golongan belia dalam festival tersebut seperti Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair).

Terdapat sesetengah pihak memandang negatif terhadap penganjuran festival belia ini, apa nasihat dan pandangan YB dalam hal tersebut ?

Sebenarnya festival ini adalah seimbang, bunyi saja macam pesta tetapi bila kita lihat secara terperinci kita akan nampak sentuhan lebih menyeluruh merangkumi pelbagai kandungan aktiviti termasuklah unsur kesukanan, pembangunan kerohanian, dan juga hiburan.

Daripada tanggapan masyarakat umum bukanlah hanya konsert dan trek perlumbaan sahaja, tetapi ada juga forum perdana, karnival buku, persembahan penulis muda baca puisi dan baca syair. Pihak sekretariat festival akan pastikan pada tahun ini ada komponen ilmu kerohanian di samping ada hiburan agar kandungan program seimbang. Ini membolehkan mereka yang datang ke sini bukan hanya dapat hiburan tetapi dapat ilmu dan pengisian. Kita juga faham mungkin selama ini festival ini dilihat begitu banyak hiburan.

Bagaimana perkara tersebut boleh berlaku, boleh YB jelaskan untuk makluman orang ramai ?

Ini berlaku kerana kebanyakan liputan dan publisiti hanya tertumpu kepada sesuatu acara semata-mata biarpun terdapat pelbagai aktiviti lain disusun pihak penganjur. Penganjuran festival itu dilakukan secara sihat dan tidak langsung membawa unsur hedonisme untuk disajikan kepada golongan belia. Kita akan kawal dan pastikan nilai kemasyarakatan, agama, dan budaya kita dapat dipelihara.

Yang menjadi tukang komentar ini pula ada yang tidak datang langsung ke festival ini. Macam kritikan tahun lepaslah, saya minta mereka datang sendiri dan tengok macam mana kita buat, kadangkala, yang bagi kritikan dia sendiri tidak datang dan lihat pendekatan kita. Kita sudah buat postmortem tahun lepas, dan sudah lihat kebaikan dan kelemahan. Saya rasa tahun ini dapat dibaiki dengan baik sekali.

Bagaimana persediaan daripada pihak kementerian untuk menangkis tohmahan dan persepsi negatif yang bakal disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap penganjuran FBP ini nanti ?

Kita sudah bersedia untuk itu. Untuk menangkisnya, cara terbaik kita gunakan saluran media sosial, kita punya promosi Facebook, Twitter, Instagram dan melalui laman web. Pendekatan sebegini dilihat kita amat berkesan sekali. Kita hendak memberitahu bahawa inilah keadaan sebenar berlaku di Putrajaya tentang persiapan festival dan sewaktunya, kalau ada cerita keluar kita boleh tunjuk dengan gambar dan video bahawa inilah keadaan sebenar. Kita tangkis cerita dan tanggapan berkenaan. Kita telah minta sekretariat proaktif dalam hal ini.

Kalau ada apa yang berlaku kita jawab dengan cepat, macam tahun lepas ada insiden di trek pertunjukan drift, kita akan tingkatkan lagi persiapan keselamatan bukan hanya di lokasi itu sahaja tetapi di keseluruhan lokasi penganjuran. Kita sudah ada pasukan khas melalui kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) untuk pastikan keselamatan peserta adalah keutamaan pada tahun ini, saya yakin mari kita berdoa tidak ada apa-apa insiden kali ini.

Berapa jumlah pertubuhan belia yang terlibat dengan penganjuran festival kali ini?

Semua yang terlibat adalah di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM). Semua di bawah MBM ada sebanyak 40 pertubuhan, MBM merupakan rakan strategik untuk penganjuran kali ini.

Menyentuh mengenai soal pertubuhan belia, terdapat pertubuhan yang tidak aktif apa tindakan pihak kementerian untuk mengatasinya ?

Saya akan lihat perkara ini kerana semua pertubuhan ini di bawah Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY). Pada masa sama, saya sudah sebut beberapa kali sejak pegang jawatan di kementerian ini bahawa saya akan bekerjasama, keutamaannya kita bagi pada badan berdaftar dan juga badan belum berdaftar, sebab kita tidak boleh begitu rigid dan formal sangat dalam pendekatan kita. Dahulu saya ada buat dana Belia 1Malaysia dan kemudiannya diambil alih 1Malaysia for Youth (1M4U).

Kita bagi geran dan pembiayaan kepada pertubuhan berdaftar dan tidak juga berdaftar serta individu. Pendekatan mesti cerminkan perubahan walau keutamaan kita bagi pada pertubuhan yang berdaftar ini, tetapi kita juga kena terima hakikat bahawa bukan semua belia mahu terlibat dalam badan berdaftar.

Kenapa masalah ini boleh berlaku dan adakah pertubuhan berkenaan perlu terus dihentikan daripada beroperasi ?

Ada sesetengah disebabkan oleh masalah dalaman, masalah perpecahan dalaman dan sebagainya. Mungkin ada disebabkan tiada minat, tiada ahli atau pun kurang ahli dan kita akan lihat kepada pertubuhan tersebut tapi saya akan rujuk kepada MBM nanti. Berapa jumlahnya kita tidak dapat pastikan lagi.

Saya akan bincang dengan mereka, kita tidak boleh ambil pendekatan yang terlalu keras terhadap mereka. Saya akan bincang dengan ROY apa tindakan dari segi undang-undang pula sebab kita tidak mahu ada persatuan yang hidup segan mati tidak mahu ini terus minta pembiayaan daripada kementerian tapi akhirnya tiada hasil.

Pihak kementerian selepas ini perlu lihat apa hasil yang diperoleh selepas sesuatu pembiayaan itu diberikan jadi selepas ini mestilah menitik beratkan kepada kerberhasilan dan kita akan ukur prestasi pertubuhan bersandarkan kepada keberhasilan mereka.

Golongan muda dilihat lebih cenderung menyokong pihak pembangkang berbanding kerajaan. Apa pendapat YB dalam isu ini?

Di kawasan luar bandar dan pinggiran bandar kita masih dapat banyak sokongan, saya masih lagi sedang buat analisis mendalam tentang itu. Kita belum boleh buat rumusan ini tetapi saya dapati masalah hanya berlaku di sebahagian kerusi kawasan bandar. Itu pun saya nampak masih lagi ada peluang. walaupun kita nampak hayunan sokongan kepada pembangkang di kawasan bandar agak ketara tetapi saya nampak kita boleh bina kekuatan BN di kawasan luar bandar dan pinggiran bandar dan juga kita mesti lebih aktif untuk bentuk minda orang muda di bandar. Sebab orang muda di bandar tidak bersandar kepada soal pembanguan semata-mata mereka lebih kepada isu idealisme dan pengisian.

Tadi, YB ada menyentuh isu golongan muda di kawasan bandar dan tidak dipertikaikan soal hak kesamarataan turut diperjuangkan oleh golongan tersebut, bagaimana kita dapat menghadapi masalah ini ?

Dalam hal ini, kita perlu mendidik dan beri penjelasan bahawa adakah perjuangan kesamarataan ini relevan pada hari ini. Sebab masih ada ramai orang miskin di kawasan luar bandar perlu kita bantu. Kalau semuanya segala sama rata maka mereka yang duduk di luar bandar yang miskin di pinggiran, di pedalaman, mereka tidak akan dapat peluang yang sama. Kalau segala-galanya berdasarkan kepada kesamarataan yang tidak langsung ada bantuan tiada usaha khusus untuk bantu golongan tertentu yang mungkin terpinggir hari ini.

Saya rasa kita nanti kita wujudkan negara dan masyarakat tidak adil daripada apa yang ada pada hari ini. Jadi kita mendekati mereka, jadi saya nampak pembangkang dapat hasut mereka supaya mereka lihat ini adalah sebenarnya perjuangan yang betul. Pada masa sama kita kena peka dengan permintaan orang muda yang mereka tuntut kesamarataan dan persepsi lain seperti ada pemimpin yang dilihat sebagai korup, rasuah, salah guna kuasa. Kita perlu tangani dan kena tunjukkan bahawa kerajaan ini mempunyai pemimpin yang berintegriti dan amanah.

Rasis hanyalah persepsi keadaan semasa

Posted: 22 May 2013 11:25 AM PDT

Oleh Azmi Hassan

TIDAK mungkin ada negara, organisasi atau pun individu akan berdiam diri apabila dilabelkan oleh orang lain sebagai rasis, anti-sematik, tidak toleran agama atau pun memiliki sikap xenophobia kerana kesemuanya itu adalah tanggapan keji dan berlawanan dengan naluri manusia yang mulia.

Akhbar Utusan Malaysia umpamanya telah dituduh sebagai rasis kerana menyiarkan banyak berita yang dianggap terlampau sensitif dan menyinggung perasaan untuk dibicarakan secara umum dan terbuka.

Begitu juga dengan Presiden Mesir Mohammed Morsi telah dituduh mempunyai sikap anti-sematik kerana mengaminkan doa kepada kehancuran dan kemusnahan bangsa Yahudi di satu majlis rasmi pada Oktober lepas. Presiden Iran Mahmud Ahmadinejad juga menerima tuduhan serupa beberapa tahun lepas kerana mengidamkan kehancuran Israel.

Segelintir masyarakat Australia pula dituduh mempunyai sikap xenophobia yang begitu ekstrem ekoran peristiwa hitam yang dilalui oleh Jeremy Fernadez yang berasal dari Malaysia pada Februari lepas di Sydney. Xenophobia ditakrifkan sebagai sikap dan perasaan benci terhadap sesuatu yang asing terutama sekali yang bersangkut paut dengan cara hidup, pertuturan dan asal usul seseorang.

Jeremy yang dilahirkan di Malaysia telah berhijrah ke Australia 22 tahun lepas tetapi apa yang dialami bersama-sama dengan anaknya yang baharu berumur dua tahun ketika dalam bas di Sydney mempamerkan sikap rasis yang paling ekstrem yang belum pernah dilalui olehnya.

Begitu juga peristiwa yang melanda Sri Lanka dan Myanmar pada ketika ini mempunyai banyak persamaan di antara satu sama lain iaitu rasis dan tiada sikap tolak ansur terutama sekali yang membabitkan anutan agama yang berbeza. Ditambah pula apabila wujud perbezaan tahap ekonomi di antara dua kumpulan bertelagah, maka suasana sebegini adalah begitu rapuh sekali.

Bodu Bala Sena iaitu kumpulan yang didalangi oleh sami Buddha Sri Lanka telah melancarkan gerakan boikot terhadap premis perniagaan pemilik Islam dengan harapan dapat melumpuhkan jaringan perniagaan penduduk Islam di negara tersebut yang lebih kukuh berbanding dengan perniagaan penduduk tempatan lain.

Begitu juga dengan nasib malang yang menimpa masyarakat Rohingya di Myanmar adalah campuran dari dua faktor iaitu masalah perbezaan fahaman agama dan tahap ekonomi. Kekacauan terbaharu bermula ekoran perselisihan faham mengenai urusan jual beli di antara pelanggan tempatan beragama Buddha dan peniaga Rohingya yang beragama Islam pada Mac lepas.

Sami Buddha adalah dalang utama kekacauan di Myanmar kerana mereka menggunakan sentimen perkauman dengan menuduh jaringan perniagaan Rohingya bukan sahaja mahu meraih keuntungan ekonomi tetapi juga bercita-cita menguasai sistem politik negara itu.

Berbalik kepada kemusykilan sama ada akhbar Utusan Malaysia bersifat rasis atau pun tidak terutama sekali dengan tajuk seperti Apa Lagi Cina Mahu? Ia perlu dinilai pada suasana pada ketika itu tidak sampai 48 jam selepas keputusan pilihan raya diketahui sepenuhnya.

Apabila hampir 90 peratus pengundi Cina mengundi parti pembangkang maka pertanyaan Utusan Malaysia dianggap sah dan tidak menyinggung perasaan kaum Cina kerana kerajaan Barisan Nasional selama lebih lima dekad menerajui kerajaan telah berlaku adil kepada semua pihak terutama sekali yang melibatkan faktor ekonomi atau pun kebebasan beragama.

Menarik jika dikaitkan dengan kajian yang telah dilaksanakan oleh World Value Survey mengenai toleransi perkauman yang telah menilai sikap sosial penduduk di 80 buah negara selama lebih tiga dekad lamanya.

Hong Kong didapati adalah negara paling rasis kerana 71.8 peratus penduduk pulau tersebut memberi pendapat bahawa mereka tidak mahu berjiran dengan penduduk dari bangsa lain. Persepsi ini agak mengejutkan kerana dari kajian mengenai kepelbagaian etnik oleh Harvard Institute of Economic Research mendapati Hong Kong adalah sebuah negara yang dihuni oleh majoriti 95 peratus dari kumpulan etnik yang serupa iaitu Cina.

Tetapi jika diteliti bentuk soalan yang digunakan dalam tinjauan World Value Survey mengenai kesanggupan berjiran dengan kumpulan bangsa lain maka soalan tersebut dianggap tidak adil untuk menentukan tahap rasis sebuah negara. Ini adalah kerana ungkapan berjiran untuk penduduk Kowloon, Hong Kong yang mempunyai kepadatan penduduk melebihi 43,000 orang satu kilometer persegi berbeza dengan persepsi penduduk Kuala Lumpur umpamanya yang kepadatan penduduknya hanyalah 7,000 orang/km persegi.

Tetapi perlu diungkitkan juga ketika tinjauan tersebut dilakukan terdapat keresahan penduduk China Hong Kong yang didatangi dengan begitu ramai oleh penduduk China dari tanah besar terutama sekali selepas Hong Kong dikembalikan oleh British pada 1997. Kedua-dua kelompok bangsa ini walaupun dari etnik yang serupa tetapi mempunyai gaya hidup dan budaya yang begitu berbeza di antara satu sama lain.

Hakikatnya adalah persepsi sikap rasis individu, organisasi atau sebuah negara perlu dinilai mengikut keadaan semasa dan tidak boleh dibuat kesimpulan secara mendadak mengikut tafsiran dan kepentingan masing-masing.

Malaysia sebagai sebuah negara majmuk yang mempunyai penduduk berbagai bangsa, kaum dan etnik adalah begitu sensitif dengan ungkapan rasis, tiada toleransi agama, anti-sematik atau pun xenophobia sekalipun. Jika Hong Kong yang mempunyai penduduk dari golongan yang sama boleh terpalit dengan ungkapan rasis kerana kesilapan bentuk soalan tinjauan, maka sudah pasti Malaysia yang begitu unik komposisi penduduknya sentiasa terdedah kepada ancaman label yang tidak adil yang mampu mengugat keselamatan negara.

PENULIS ialah Geostrategis Institut Geospatial dan Sekolah Perdana UTM

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Guna produk solekan halal

Posted: 22 May 2013 12:20 AM PDT

Tulang belakang Afidah Khamis Make Ups & Stuff (dari kiri) Azura Ismail, Ismalilie Fitri Abdullah, Afidah Khamis , Safinah Mustafa Zainal dan Norhafizah Norham.

MENYEDARI tanggungjawab sesama Muslim dalam menjaga kesucian termasuk dalam penggunaan alat solek, jurusolek pengantin, Afidah Khamis dari Afidah Khamis Make Ups and Stuff mengambil langkah menggunakan produk solekan yang halal dan suci dalam setiap solekannya.

Produk tersebut turut mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Berdasarkan pengalaman saya menjadi jurusolek, kebanyakan pengantin menghadapi kesukaran untuk menunaikan solat terutama ketika majlis sedang dilangsungkan.

"Mereka perlu menanggalkan solekan jika mahu bersolat. Keadaan ini menimbulkan sedikit kegusaran di hati kerana solekan tersebut perlu dibiarkan sehingga majlis selesai.

"Jika ingin bersolat sekalipun mereka perlu melakukannya ketika waktu sudah lewat dan adakalanya solat tersebut terpaksa ditinggalkan semata-mata untuk melayan tetamu yang hadir dan ditakuti solat akan mencacatkan solekan tersebut," kata Afidah.

Katanya, sekurang-kurangnya solekan akan bertahan dalam tempoh sehari semasa majlis dilangsungkan sehingga majlis selesai.

"Menggunakan jenis solekan yang halal dan suci, akan membantu pengantin menunaikan tanggung jawab mereka sebagai Muslim walaupun semasa majlis sedang dilangsungkan.

"Selain menjimatkan masa dan tenaga untuk menyolek, pengantin mempunyai pilihan untuk terus menunaikan solat dengan segera walaupun solekan tidak ditanggalkan pada wajah mereka.

"Contohnya, jika majlis akad nikah dilakukan pada waktu siang, pengantin boleh terus melakukan solat sunat selepas selesai akad nikah," katanya.

Seri pengantin

Menurut Afidah, menggalas tugas sebagai penaja solekan bagi Peraduan Gerbang Cinta Mega-Utusan Malaysia dari musim pertama hingga ke keempat adalah tugas besar untuk beliau dan ahli pasukannya bagi memastikan pengantin kelihatan berseri-seri pada hari persandingan.

"Pemilihan solekan bergantung kepada rekaan baju dan konsep majlis supaya selari dengan karakter sebenar si mempelai.

"Faktor ini penting untuk mempersembahkan tata rias yang menonjolkan personaliti dan kecantikan semulajadi pengantin, katanya yang sentiasa hadir ditemani rakan-rakan dalam pasukannya," katanya.

Selain beliau, untuk musim keempat ini, pasukannya turut dianggotai beberapa jurusolek berpengalaman seperti Norhafizah Norham, Azura Ismail, Ismalilie Fitri Abdullah dan Safinah Mustafa Zainal.

Menurut Afidah, setiap pasangan pengantin mempunyai karakter tersendiri dan berbeza-beza antara satu sama lain.

"Begitupun aspek solekan itu penting, tetapi usaha beliau untuk menaikkan seri pengantin juga bergantung kepada diri pengantin itu sendiri supaya sentiasa tenang dan tidak terlalu gemuruh.

"Selain solekan tertumpu kepada pengantin perempuan, sedikit sentuhan pada pengantin lelaki juga perlu dilakukan supaya keduanya sama cantik dan sama padan di atas pelamin.

"Walaupun terdapat sebahagian pengantin lelaki tidak mahu disolek, tetapi sebaiknya penggunaan bedak asas yang nipis di wajah akan membuatkan kulit kelihatan sihat dan bermaya," kata Afidah.

Ujarnya lagi, untuk Gerbang Cinta musim keempat ini, beliau akan melakukan kelainan kepada pengantin yang bertudung.

"Pada musim ini kita mendapat tudung yang ditaja dari butik Eja Sulahril. Tudung yang akan digunakan kali ini mengikut konsep menutup aurat yang dituntut oleh syariat.

"Selain nampak anggun dan bergaya pada hari bahagia, mereka juga turut mendapat pahala jika syariat diutamakan.

"Sedikit penambahan aksesori dan kelainan rekaan akan dilakukan untuk memberi suntikan dan sentuhan berbeza untuk setiap pemenang," kata Afidah.

Ujar Ibu kepada empat orang anak itu, selain kewujudan Afidah Khamis Make Ups and Stuff sebagai platform untuk wanita belajar teknik solekan, ia juga bertujuan membantu jurusolek baru yang ingin menimba pengalaman di bawah syarikat miliknya.

"Saya amat menggalakkan ramai lagi wanita -wanita di luar sana menceburi bidang solekan.

"Konsep solekan kami sederhana dan lebih kepada menghormati majlis.

"Namun, solekan yang agak berat juga bergantung kepada individu berkenaan serta mengikut kepada kesesuaian majlis tersebut," kata Afidah. - SITI AISHAH YUSOFF

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Terowong jadi 'tasik'

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusan.com.my

PAPAN tanda ini telah lama dipasang tetapi sehingga kini kerja menaik taraf sistem saliran berhampiran Stesen Komuter UKM di Bangi, Selangor termasuk terowong ini masih belum dilaksanakan. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHAR

BANGI 21 Mei - Biarpun hujan tidak sampai 10 minit, keadaan di dalam terowong Stesen Komuter (KTM Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berdekatan Kampung Sungai Tangkas, di sini akan berubah seperti kolam air.

Malah, air yang mengalir deras di dalam terowong itu turut membawa lumpur yang didakwa berpunca daripada projek pembangunan perumahan di kawasan berdekatan yang sedang dilaksanakan.

Terowong tersebut adalah laluan utama yang menghubungkan penduduk dari taman-taman perumahan berdekatan dan Kampung Sungai Tangkas untuk ke Jalan Reko.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati, kerja-kerja mencuci longkang yang dipenuhi lumpur di kawasan itu baharu sahaja dilaksanakan selepas banjir kilat berlaku minggu lalu.

Difahamkan, masalah banjir kilat di kawasan itu sering berlaku sejak lebih 10 tahun lalu tetapi sehingga kini tiada kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut.

Selain itu, longkang-longkang kecil yang tidak lagi dapat menampung aliran air dari kawasan tinggi juga dipenuhi sampah-sarap sehingga memburukkan lagi keadaan.

Utusan Malaysia turut diperlihatkan rakaman video oleh seorang pemandu teksi yang enggan dikenali di Stesen Komuter UKM itu mengenai banjir yang berlaku baru-baru ini.

Rakaman tersebut menunjukkan kawasan terowong sehingga ke tempat meletak kenderaan stesen tersebut bagaikan sebuah tasik apabila dipenuhi air dan menghalang lalu lintas sama sekali.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Persatuan Pemandu Teksi Stesen KTM UKM, J. Pithavadian berkata, sistem perparitan tersebut perlu dinaik taraf segera untuk mengelak kejadian banjir kilat berulang.

Ujarnya, selama sembilan tahun mengambil dan menurunkan penumpang di situ, dia mendapati air akan bertakung dengan pantas dan hanya akan surut selepas setengah jam hujan berhenti.

"Kalau air naik, laluan pejalan kaki stesen komuter ini juga akan dipenuhi air, malah kami terpaksa mengubah teksi ke kawasan lebih tinggi untuk mengambil penumpang yang baharu sampai," katanya.

Seorang lagi pemandu teksi, A. Vijian, 53, berkata, di jalan tersebut juga sering berlaku kesesakan pada waktu pagi dan keadaan akan bertambah buruk sekiranya banjir kilat berlaku.

"Memang ada laluan alternatif untuk keluar dari kampung ini, tetapi penduduk lebih banyak menggunakan terowong ini kerana jalan tersebut lebih jauh," katanya.

Mahu KL selesa, bersih didiami

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusan.com.my

Tengku Adnan Tengku Mansor memeriksa perbarisan kehormat unit perbarisan DBKL sempena majlis Sambutan Menteri Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR 21 Mei - Kementerian Wilayah Persekutuan komited dalam menangani pelbagai masalah yang terdapat di ibu kota bagi menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar yang selesa dan bersih untuk didiami oleh semua lapisan masyarakat.

Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, kementeriannya melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), akan mencari kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah yang berlaku terutamanya isu kesesakan jalan raya dan banjir kilat.

"Kita sedia maklum bahawa masalah kesesakan berlaku hampir setiap hari disebabkan pembangunan yang pesat, sebagai contoh projek pembangunan Mass Rapid Transit (MRT), oleh itu satu pendekatan yang baharu perlu dilaksanakan bagi menangani perkara ini.

"Saya juga akan turun padang bersama penguat kuasa DBKL untuk mengenal pasti punca sebenar berlakunya banjir kilat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri taklimat bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi DBKL di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Adnan Md. Ikhsan, Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusop dan Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan dan Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Mhd Amin Nordin Abd. Aziz.

Dalam perkembangan sama, Tengku Adnan berkata, kementeriannya juga telah meminta DBKL untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk membina rumah mampu milik bagi golongan muda.

"Selain itu kami juga akan menyediakan rumah khusus bagi pekerja-pekerja sektor perkhidmatan bagi memudahkan mereka untuk pergi dan pulang ke tempat kerja dengan selamat.

"Ia juga bagi memudahkan pekerja yang tinggal jauh untuk berulang-alik ke tempat kerja," ujarnya.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya menggantikan Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

Penduduk terasa 'kehilangan' Nong Chik

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin bersalaman dengan orang ramai dalam Majlis Malam Penghargaan Kepada Jentera PRU-13 BN Bahagian Lembah Pantai di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 21 Mei - Sokongan tidak berbelah bahagi anggota jentera dan penyokong terhadap Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin tetap akan diteruskan walaupun beliau tewas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas.

Walaupun bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar itu gagal menawan kerusi Parlimen Lembah Pantai daripada Nurul Izzah Anwar yang mewakili Parti Keadilan Rakyat, hal itu sama sekali tidak menjejaskan sokongan penyokongnya yang tahu benar mengenai komitmen beliau selama ini.

Kekalahan itu disifatkan sebagai kalah bermaruah berikutan usaha yang dilaksanakan Raja Nong Chik untuk keselesaan warga Lembah Pantai dalam tempoh empat tahun sebelum ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa kawasan sekitar Lembah Pantai mendapati rata-rata peniaga dan penduduk menerima kekalahan Raja Nong Chik dengan rasa kecewa tetapi reda.

Bagaimanapun, mereka lega apabila Raja Nong Chik memberi jaminan akan terus fokus untuk berkhidmat kepada para penduduk di kawasan itu.

Peniaga makanan, Suriyati Abdul Khalid, 38, masih berasa kecewa kerana kemenangan tidak berpihak kepada Raja Nong Chik.

"Saya memang yakin beliau akan menang tetapi jangkaan saya meleset. Bagaimanapun, beliau kalah dengan bermaruah berikutan pelbagai usaha telah dilaksanakan demi keselesaan kami," katanya ketika ditemui.

Suaminya, Khusairi Yahya, 47, menyifatkan kemenangan Nurul Izzah tidak memberi apa-apa makna berikutan tiada perubahan yang beliau lakukan sejak empat tahun sebelum ini.

"Saya tidak nampak Nurul Izzah membawa apa-apa perubahan di kawasan ini, yang beliau tahu hanya protes sahaja. Saya harap selepas ini beliau dapat menunaikan janji-janjinya," jelasnya.

Tukang jahit, Maria Md. Salim, 57, mengakui berasa sedih dan berharap Raja Nong Chik diberi peluang sekali lagi bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

"Beliau memang selalu turun padang membela nasib penduduk dan peniaga tidak kira kaum dan agama. Apa sahaja masalah penduduk, beliau akan selesaikan dengan segera," ujarnya.

Sementara itu, walau pun tewas Raja Nong Chik mengadakan majlis penghargaan kepada anggota jentera Barisan Nasional Lembah Pantai malam tadi.

Beliau berkata, walaupun gagal menang, beliau akan terus memperjuangkan kebajikan masyarakat di kawasan itu.

"Saya kalah dengan bermaruah kerana tidak menggunakan cara yang kotor untuk menang.

"Kita lihat apa yang dia (Nurul Izzah) buat untuk bantu rakyat selepas ini. Walaupun jarang turun padang melihat keadaan masyarakat di sini, namun beliau tetap menang kerana pandai berkata-kata dan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan," katanya semasa berucap dalam majlis tersebut.

Dalam majlis itu, Raja Nong Chik turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada jentera BN kawasan itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Reka cipta UTHM terus diiktiraf

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Oleh Haniza Hassan
utusan@utusanjohor.com.my

Barisan para penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia yang berjaya meraih pingat masing-masing dalam ITEX 2013 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 21 Mei - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya membawa pulang 16 pingat emas, lapan perak dan satu gangsa dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi yang diadakan sempena Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa Ke-24 (ITEX 2013) di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pegawai Perhubungan Awam universiti berkenaan, Shafry Salim berkata, UTHM meraih 16 pingat emas melalui hasil penyelidikan oleh Prof. Dr. Mohd. Zarar Mohd. Jenu, Dr. Muhammad Yusof Ismail, Dr. Soon Chin Fhong, Ahmad Alabqari Ma'Radzi dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE).

Beliau berkata, kemenangan tersebut turut disumbang Prof. Madya Dr. Yusri Yusoff, Prof. Madya Dr. Badrul Omar, Prof. Madya Dr. Mustaffa Ibrahim, Prof. Madya Dr. Zawati Harun, Dr. Hassan Zuhdi Abdullah, Mohd. Zaini Yunos daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan.

"Prof. Madya Dr. Lee Yee Loon, Dr. Norzila Othman dan Mohd. Ezree Abdullah dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar dan Suriati Suparjoh dari Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat turut menyumbang kepada kemenangan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, lebih 1,000 produk hasil penyelidikan dan inovasi menyertai pertandingan itu yang turut melibatkan peserta daripada institusi pengajian tinggi, syarikat korporat, agensi kerajaan, persatuan inovasi dan individu.

Pertandingan tersebut juga mendapat penyertaan dari pelbagai negara seperti Iran, Korea, Poland, Rusia, Taiwan, Vietnam, Arab Saudi, Filipina, China dan Hong Kong.

Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi itu diadili panel hakim mewakili pihak industri dan pelbagai agensi yang membuat penilaian dalam beberapa aspek.

Antaranya, keaslian idea, pembaharuan dan inovasi yang dilakukan, sumbangan kepada masyarakat serta potensi untuk dikomersialkan.

Terdapat 25 kategori dipertandingkan antaranya pertanian, fabrikasi, bioteknologi, bahan kimia, peralatan pendidikan, elektrik dan elektronik, tenaga boleh diperbaharui dan alam sekitar, peralatan isi rumah, multimedia dan teknologi maklumat serta mesin dan peralatan.

Selain itu, pameran tersebut turut menjadi medium membantu penyelidik mewujudkan kerjasama dan hubungan dengan pihak industri bagi membantu mereka mengkomersial hasil penyelidikan dan inovasi yang dihasilkan.

UTM berjaya cipta yogurt guna santan kelapa

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Dr. Harisun Yaakob (tiga dari kanan) bersama ahli kumpulannya yang menghasilkan produk tenusu berasaskan santan kelapa diberi nama Cogurt dalam sidang akhbar di UTM, Skudai, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 21 Mei - Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus mengorak langkah dalam bidang inovasi selepas berjaya mencipta yogurt berasaskan santan kelapa sekali gus menambah pilihan kepada pengguna bagi produk tenusu.

Produk diberi nama Cogurt itu menggunakan 99 peratus santan kelapa manakala bakinya adalah kultur pemula yang mempunyai khasiat sama seperti susu ibu.

Ketua Penyelidik Cogurt, Dr. Harisun Yaakob berkata, Cogurt yang dihasilkan selama tiga tahun menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) berterusan adalah alternatif terbaik kepada penggemar yogurt yang alah kepada produk tenusu.

Katanya, Cogurt yang dibangunkan menggunakan kaedah Matematik Response Surface Methadologi (RSM) itu memberi kesan baik kepada kesihatan pengamalnya ekoran terdapat asid lemak berantai sederhana di dalamnya dan mampu meningkatkan metabolisme tubuh serta membantu mengurangkan berat badan.

"Pemilihan kelapa dibuat berdasarkan khasiat pemakanan yang tinggi dan ada kajian membuktikan santan kelapa mempunyai antivirus yang sangat bagus dan khasiatnya sama seperti susu ibu.

"Jadi, produk Cogurt ini akan menjadi alternatif kepada penggemar produk tenusu selain membantu mengoptimumkan penggunaan bahan tempatan," katanya di Pusat Pembangunan Bioproduk, di sini hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Lembut tidak bererti lemah

Posted: 22 May 2013 12:20 AM PDT

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD NOOR

Farah amalkan minum air suam untuk kekal sihat.

ORANGNYA lemah lembut, tinggi lampai dan pandai bergaya. Tetapi siapa sangka dengan perwatakan sedemikian anak gadis ini merupakan pemegang tali pinggang hitam tahap tiga dalam sukan taekwando.

Jika dilihat daripada susuk tubuhnya serta perwatakannya sukar untuk menelah gadis kelahiran Ipoh, Perak, ini begitu aktif dalam seni mempertahankan diri pada zaman persekolahannya.

Mula menceburi sukan taekwando sejak berada di tahun satu (tujuh tahun), pemilik nama Farah Ashyikin Mahmud atau lebih selesa disapa sebagai Farah, tidak hanya sekadar mendalami ilmu mempertahankan diri, tetapi bersungguh-sungguh menjadikan sukan tersebut sebahagian daripada dirinya.

Ini terbukti apabila Farah layak mewakili negeri dan negara dalam sukan tersebut.

Menurut Farah, penglibatannya dalam sukan tersebut pada asalnya hanya sekadar untuk bekalan diro. Tetapi akhirnya tanpa diduga dia berjaya menjadikan sukan tersebut sebati dalam dirinya.

"Saya sememangnya seorang individu yang menyukai sukan lasak dan memilih taekwando untuk keperluan diri sendiri.

"Akhirnya tanpa diduga, minat yang mendalam menjadikan saya semakin mahir dalam sukan ini dan akhirnya mampu mewakili negeri seterusnya negara.

"Begitupun saya mengakui sukan ini 'sedikit' kasar tetapi mengajar kita menjadi lebih berdisiplin, lebih tumpuan dan menjadikan minda kita cergas," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Walaupun telah tiga tahun meninggalkan sukan tersebut, jelas anak kedua daripada enam beradik itu, dia sedikit pun tidak pernah lupa setiap pergerakan yang dipelajarinya kerana segala ilmu yang dipelajarinya itu dijadikan 'bekalan' ketika waktu kecemasan.

Menyokong sepenuhnya gadis-gadis dan wanita-wanita mempelajari ilmu seni mempertahankan diri, menurut Farah, tidak rugi malah memberi manfaat kepada diri.

Tidak pernah terfikir untuk menjadikan sukan tersebut sebagai satu kerjaya walaupun pernah mewakili negara, bagi Farah sudah tiba masanya dia 'menggantung' tali pinggang hitamnya.

Katanya, cukuplah ilmu yang diperoleh selama ini untuk memperkasakan diri dan secara tidak langsung menyangkal pendapat sesetengah pihak bahawa ini bukan sukan atau aktiviti sesuai untuk gadis atau wanita.

"Saya sememangnya aktif dalam sukan ini sehinggalah tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Selepas itu saya masih lagi aktif dengan menjadi penolong jurulatih selama enam bulan.

"Yang pasti, sukan ini bukan sahaja menjadikan saya seorang individu yang penuh dengan keyakinan diri malah secara tidak langsung membolehkan saya berbakti kepada negara apabila terpilih mewakili Malaysia pada pertandingan peringkat antarabangsa semasa tingkatan empat.

"Ternyata taekwando satu sukan yang wajar dipelajari semua anak gadis mahupun remaja serta wanita kerana dapat membantu apabila kita berada dalam kesusahan," tuturnya.

Begitupun siapa sangka daripada seorang gadis lasak ketika zaman persekolahannya dahulu, Farah rupa-rupa menyimpan cita-cita ingin menjadi seorang model terkenal.

Menjadikan beberapa model terkenal tanah air dan juga luar negara sebagai idolanya untuk terus melangkah maju dalam bidang peragaan, Farah mengakui bukan mudah untuk menempatkan diri dalam kalangan mereka yang profesional.

Walaupun kini menjadikan model sebagai kerjaya sepenuh masanya, Farah menyifatkan banyak lagi perkara yang perlu dipelajarinya berkaitan dengan bidang peragaan.

Bercerita lanjut mengenai penglibatannya di dalam bidang peragaan, Farah memberitahu bahawa sebaik sahaja tamat SPM dia tidak melengahkan masa untuk berjinak-jinak dalam bidang peragaan.

Tanpa disangka-sangka permulaan hanya sebagai model separuh masa seterusnya terpilih ke peringkat akhir Miss Talented Tesco pada tahun 2011, Miss Runway Tesco (2011), dan Miss Penang Kebaya (2012), akhirnya Farah berjaya menjadikan bidang peragaan sebagai kerjaya sepenuh masanya hari ini.

Hari ini, selain menjadi model peragaan di pentas, Farah juga laris menjadi model memperaga fesyen untuk majalah-majalah.

Bukan itu sahaja, malah dengan ketinggian 168 sentimeter yang dimilikinya itu turut melayakkannya menjadi gadis litar Petronas Cup Prix sejak tahun 2011 hingga kini.

Malah, dalam usaha menempatkan dirinya dalam kalangan model-model tempatan hari ini, Farah tidak ketinggalan mencuba nasib dalam pelbagai peraduan yang dianjurkan.

Nasib menyebelahi apabila dia memenangi tempat ketiga dalam pencarian model pewarna rambut Shurah dan menjuarai pencarian Ratu Eskayvie kategori pesona.

Hasil daripada kemenangan tersebut, Farah telah dilantik menjadi duta kedua-dua produk tersebut di mana untuk Shurah, mukanya terpampang pada kotak pewarna rambut tersebut manakala untuk produk Eskayvie, dia telah mengikat kontrak selama dua tahun.

Sememangnya ingin terus berjaya di dalam bidang diceburi, Farah kini dilihat melebarkan sayapnya dengan menceburi bidang lakonan.

"Selain bidang peragaan, saya juga meminati bidang lakonan dan untuk itu saya banyak ditawarkan untuk watak tambahan.

"Saya juga pernah ditawarkan untuk berlakon dalam satu program sketsa komedi untuk televisyen Jepun.

"Yang pasti, kini saya mengikuti kelas-kelas lakonan dalam usaha memantapkan lagi lakonan saya," tambahnya.

Dalam pada itu, pasti ramai tertanya-tanya tidakkah Farah berminat untuk melanjutkan pelajaran memandangkan dia memilih untuk bekerja sebaik sahaja tamat SPM.

Jelas Farah, sudah pasti seperti mana orang lain, dia tidak ketinggalan menanam cita-cita untuk melanjutkan pelajaran setinggi mungkin.

Bagi Farah, dia memberi tempoh dua tahun lagi untuk dirinya dalam mempersiapkan diri melanjutkan dalam bidang akauntan.

Apabila berbicara pula mengenai kecantikan yang dimilikinya hari ini, Farah menjelaskan bahawa dia banyak melakukan senaman di samping pergi ke gim mengikuti kelas kesihatan.

Selain itu, Farah juga mengamalkan minum air masak dengan banyak dan menafikan mengambil suntikan untuk kekal kelihatan cantik.

"Diakui apabila menjebakkan diri dalam bidang peragaan, perkara pertama yang mesti dititikberatkan ialah kecantikan serta berat badan.

"Untuk itu, saya tidak mengamalkan apa jua produk untuk kurus mahupun suntikan untuk kekal cantik.

"Saya hanya mengamalkan senaman sebagai rutin harian yang wajib dilakukan dan tidak ketinggalan meminum air masak dalam kuantiti yang banyak setiap hari," kata Farah.

Kasut bentuk penampilan wanita

Posted: 22 May 2013 12:20 AM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar NASIRUDDIN YAZID

Kasut bertumit tinggi menjadi pilihan wanita yang bergaya.

KASUT bukan sekadar alas kaki tetapi mampu membentuk penampilan. Postur tubuh seseorang juga bergantung kepada kasut yang dipakai.

Walaupun terletak di kaki, kasut mampu menarik perhatian orang. Pakaian yang cantik dan elegan sahaja belum mencukupi jika tidak digayakan bersama kasut yang cantik dan menarik.

Kasut pula terdiri daripada bermacam sama ada bertumit rendah, tinggi, leper, baji (wedges ), bertali, bersarung dan sebagainya.

Dalam kalangan wanita mahupun lelaki terdapat mereka yang begitu fanatik kasut sehingga akan membeli sepasang kasut pada setiap bulan.

Malah ramai juga yang memiliki berpuluh-puluh pasang kasut yang disimpan dalam almari atau bilik khas untuk pakaian dan kasut.

Setiap kasut yang dibeli mempunyai fungsinya yang tersendiri. Umpamanya kasut untuk pergi bekerja, kasut untuk berjalan-jalan, kasut untuk bercuti, kasut untuk ke majlis perkahwinan, kasut untuk ke majlis malam dan banyak lagi.

Pun demikian, kasut bertumit tinggi menjadi pilihan kebanyakan wanita bukan sahaja untuk bergaya ke pejabat tetapi juga untuk ke majlis.

Kebiasaannya untuk gaya formal, wanita akan memilih kasut yang bertumit di antara empat hingga lima inci.

Kasut bertumit tinggi memang menyerlahkan penampilan dan gaya postur yang menarik apabila berdiri dan berjalan. Langkah yang dihayun tampak seksi dan menarik perhatian orang apatah lagi dengan fesyen yang menampilkan keanggunan.

Ada pakaian yang nampak lebih cantik jika dipadankan bersama kasut bertumit tinggi seperti dres labuh, jubah, baju kurung, suit atau skirt.

Cuba anda berkasut leper atau bertumit rendah apabila menggayakan pakaian seperti di atas. Pasti langkah anda tampak tidak bergaya dan pakaian yang dipakai tidak nampak cantik.

Kasut bertumit tinggi untuk ke majlis pula biasanya lebih glamor dengan perincian seperti labuci, manik dan batu berkilat.

Koleksi kasut Arca seperti yang anda dapat lihat ini memang nampak unik dan menarik dengan perincian yang berbeza pada setiap pasang kasut.

Bertumit tinggi halus runcing empat dan lima inci, terdapat juga kasut bertumit lebar dan baji. Sama ada bersarung atau bertali, sesuaikan dengan acara dan pakaian anda.

Sesuai dipakai untuk ke majlis makan malam, perkahwinan, dipakai oleh pengantin ketika bersanding atau model semasa di pentas, setiap pasang kasut dijual pada harga di antara RM299 hingga RM359.

Terdapat saiz empat, lima dan enam namun jika anda mengkehendaki saiz lain, anda boleh membuat tempahan terlebih dahulu dengan menghubungi atau melalui Facebook Arca Butik.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


SAR, sekolah pondok diperkasa

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

Oleh SAFINA RAMLI
utusan@utusankedah.com.my

ALOR SETAR 21 Mei - Kerajaan Pusat dan kerajaan negeri Kedah akan bekerjasama dalam usaha memperkasa sekolah agama rakyat (SAR) serta sekolah pondok di negeri ini menerusi penambahbaikan infrastruktur, kebajikan dan skim perkhidmatan guru.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, kerajaan komited meningkatkan sistem pembelajaran di sekolah tersebut supaya setanding dengan sekolah kerajaan.

"Kerajaan menggesa lembaga pengurusan sekolah berkenaan mendaftar dengan Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) bagi membolehkan pelbagai bantuan serta kemudahan disalurkan kepada mereka.

"Kerajaan bersungguh-sungguh memperkasa dan meningkatkan taraf SAR dan sekolah pondok menerusi transformasi yang terancang demi manfaat semua pihak," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir di Wisma Darul Aman, di sini semalam.

Menurutnya, bagi merealisasikan transformasi itu lembaga pengurusan perlu mendaftar sekolah mereka sebagai SABK dengan segera.

Katanya, status SABK bukan bermakna kerajaan mengambil alih sekolah sebaliknya pengurusan dan ahli jemaah masih kekal serta sekolah masih beroperasi seperti biasa termasuk menggunakan mata pelajaran sedia ada.

"Dalam hal ini masih berlaku kekeliruan dalam kalangan lembaga jemaah sekolah yang beranggapan sekolah mereka diserahkan kepada kerajaan.

"Jika mereka mendaftar sekolah dalam sistem SABK, kerajaan akan menyalurkan peruntukan untuk bangunan sekolah, kebajikan pelajar dan gaji guru yang diselaraskan sama seperti skim perkhidmatan guru di SABK," ujarnya.

Tambah Jamil Khir, terdapat SAR tidak berminat mendaftar dengan SABK atas alasan tidak mahu menggunakan mata pelajaran kebangsaan sebaliknya mahu kekal dengan mata pelajaran sedia ada.

Sementara itu, Mukhriz berkata, sekolah pondok ketika ini menghadapi masalah kemudahan yang daif dan kerajaan menyalurkan bantuan bagi mempertingkat infrastruktur tersebut demi keselesaan guru dan pelajar.

"Menerusi bantuan kerajaan masalah itu dapat diatasi dan pelajar dapat menuntut ilmu dengan selesa," katanya.

Perkhidmatan bomba perlu baik untuk tarik pelabur - Raja Perlis

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

KANGAR 21 Mei - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail (gambar) bertitah perkhidmatan bomba yang baik perlu diwujudkan kerana amat penting dalam usaha membangunkan sesebuah kawasan terutama bagi menarik minat pelabur dari negara asing.

Titah baginda, ini kerana pelabur asing amat menitikberatkan aspek keselamatan sebelum berminat untuk melabur.

"Kebanyakan pelabur asing yang datang dari negara-negara maju mengharapkan tahap perlindungan keselamatan yang terjamin, maka penekanan terhadap keselamatan kebakaran dan pencegahan kebakaran menjadi aspek yang perlu diutamakan," titah baginda ketika merasmikan Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perlis di sini hari ini.

Bangunan JBPM Perlis tersebut yang dibina dengan kos RM10 juta siap dibina pada 14 Mac 2010 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Ogos 2011.

Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Azlan Man, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Timbalannya, Datuk Halimah Mohd. Saddique dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim.

Baginda bertitah, ibu pejabat baharu di lokasi yang strategik iaitu kira-kira empat kilometer dari bandar Kangar dapat memberi perkhidmatan bomba yang lebih efisien kepada masyarakat di negeri ini.

"Tambahan pula perkhidmatan kebombaan merupakan keperluan asas kepada masyarakat khususnya bagi kawasan-kawasan yang mempunyai bilangan penduduk yang tinggi, kawasan perindustrian serta pusat komersial yang pesat membangun," titah baginda.

Dalam masa sama, baginda berharap anggota Bomba akan terus meningkatkan kecekapan dan kemahiran supaya dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik dan efisien pada masa hadapan.

Selain itu, titah baginda, anggota bomba juga perlu mendekati masyarakat supaya mesej-mesej keselamatan mudah dihayati dan difahami.

Titah baginda, antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk mendekati masyarakat adalah seperti gotong-royong, program bomba bersama masyarakat, pameran dan pendidikan, kempen kesedaran keselamatan, kebakaran dan sebagainya.

Lapor kepada Cake jika harga barang naik

Posted: 21 May 2013 10:54 AM PDT

ALOR SETAR 21 Mei - Para pengguna dinasihatkan agar segera membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Negeri Kedah (Cake) jika terdapat sebarang kenaikan harga barangan kawalan di negeri ini.

Presiden Cake, Datuk Yusuff Ismail berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima aduan mengenai kenaikan harga barang-barang kawalan di negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) berlangsung.

Katanya, khabar angin mengenai akan berlaku kenaikan harga barang selepas PRU-13 seperti digembar-gemburkan parti pembangkang ternyata tidak benar dan pengguna tidak perlu panik dengan berita yang tidak sahih seperti itu.

"Saya ada dengar khabar angin mengatakan harga barang akan naik selepas PRU-13 namun sehingga kini harga roti, gula, minyak dan lain-lain lagi kekal seperti biasa.

"Pengguna kena bijak dan jangan mudah terpedaya dengan khabar-khabar angin yang tidak berasas begini kerana ia hanya boleh mencetuskan pembelian panik di kalangan pengguna.

"Jika ada barang naik, pengguna patut buat aduan kepada kami dengan segera kerana kita akan terus berhubung dengan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi mengesan punca kenaikan harga barang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini terdapat desas-desus di dalam laman sosial mengenai kenaikan harga barangan seperti roti, beras dan lain-lain lagi selepas PRU-13.

Desas-desus itu disanggah oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek yang memberitahu bahawa ia hanyalah khabar angin yang disebarkan oleh pihak pembangkang semata-mata mahu memburukkan kerajaan yang dipilih rakyat.

Beliau juga menggesa orang ramai agar tidak mempercayai khabar angin tersebut dan pada masa sama akan bertindak terhadap peniaga yang menaikkan harga barang.

Menurut Yusuff, pihak-pihak yang mencetuskan khabar angin tersebut perlu diberi amaran agar perkara tersebut tidak lagi berulang pada masa hadapan.

"Harga barang adalah satu perkara yang sensitif dan tidak wajar dipermainkan kerana ia boleh memberi gambaran yang tidak elok kepada kerajaan.

"Pihak kami harap kerajaan akan lebih tegas dan memantau perkara ini dan jangan benarkan harga barang-barang dinaikkan sesuka hati oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab," jelasnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved