Ahad, 2 Oktober 2011

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Misi pertahan kejuaraan dunia

Posted:

Misi pertahan kejuaraan dunia

Misi pertahan kejuaraan dunia

Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB
pendidikan@utusan.com.my


Dr. Zahri Aziz (dua dari kanan) bersama pemenang salah satu kategori pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2011 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


SEBANYAK 10 pasukan sekolah yang dipilih sebagai pemenang dalam pelbagai kategori pada pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan (NRC) 2011 baru-baru ini akan mewakili negara ke pertandingan World Robot Olympiad (WRO) yang bakal diadakan di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pada November depan.

Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Operasi Pendidikan), Dr. Zahri Aziz berkata, beliau yakin bahawa pasukan-pasukan yang membentuk kontinjen negara ke Abu Dhabi November nanti akan pulang dengan kejayaan yang membanggakan.

"Ini dapat dibuktikan dengan kejayaan pasukan negara menjadi Juara Dunia selama dua tahun berturut-turut iaitu pada pertandingan WRO 2009 di Pohang, Korea Selatan dan WRO 2010 di Manila, Filipina.

"Saya percaya bahawa sejarah kejayaan cemerlang akan dicipta oleh pasukan negara pada pertandingan peringkat dunia tahun ini," katanya pada majlis penutupan dan penyampaian hadiah bagi pemenang pertandingan Robotik Peringkat Kebangsaan 2011 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pertandingan anjuran Sasbadi Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Pusat Sains Negara itu merangkumi lapan kategori termasuklah Kategori Biasa dan Kategori Terbuka yang masing-masing terbahagi kepada peringkat sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas serta kategori Gen II Robot Soccer dan Anugerah NI Lab VIEW.

Wakil-wakil negara yang dipilih terdiri daripada empat sekolah menengah dan empat sekolah rendah yang mendapat tempat pertama dalam lapan kategori tersebut serta dua tambahan pasukan sekolah rendah yang mendapat tempat kedua.

Sekolah-sekolah menengah yang terpilih ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seafield, Selangor; Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Chung Ling, Johor; SMK Bintulu, Sarawak; SMJK Jit Sin, Pulau Pinang; SMK Methodist Tanjung Malim, Perak dan Permata Pintar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Manakala sekolah rendah pula terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Port Dickson, Negeri Sembilan; Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tampoi, Johor; SJKC Khai Mun Pagi, Pahang dan SJKC Jalan Davidson, Kuala Lumpur.

Menurut Zahri lagi, sebagai persiapan menghadapi cabaran sengit dalam era globalisasi masa kini dan akan datang, usaha untuk menguasai bidang ilmu pengetahuan khususnya sains dan teknologi serta teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) harus dilipatgandakan.

"Program robotik dan latihan intensif secara hands-on setiap hari dilihat mampu memberikan pelajar pengetahuan dan pengalaman yang sangat berguna dan meningkatkan semangat juang mereka.

"Pemikiran inovatif, kritis dan kreatif yang anak-anak perolehi akan membentuk mereka menjadi modal insan yang mampu mengatasi pelbagai cabaran pada masa hadapan," ujar beliau.

Sementara itu, Pengarah Urusan Sasbadi Sdn. Bhd., Law King Hui berkata, jumlah penyertaan yang besar oleh pasukan sekolah menengah dan sekolah rendah dari kawasan bandar mahupun dari luar bandar sejak kebelakangan ini jelas membuktikan bahawa bidang robotik semakin popular.

"Prestasi cemerlang ini memberi harapan untuk kita membentuk pasukan negara yang setanding dengan pasukan-pasukan tahun lalu yang telah meraih pingat emas, pingat perak, anugerah khas serta anugerah kecemerlangan yang melayakkan Malaysia menjadi Juara Keseluruhan pada WRO 2009 dan WRO 2010," harap beliau.

Pertandingan peringkat kebangsaan itu melibatkan sebanyak 39 pasukan sekolah rendah dan 86 pasukan sekolah menengah bersaing mewakili 13 zon dari seluruh negara.

Kesemua pasukan yang terpilih merupakan johan dan naib johan peringkat zon masing-masing dan mereka bertanding dalam dua kategori yang terbahagi kepada enam acara.

Malaysia menyerlah dalam

Posted:

Malaysia menyerlah dalam <i><b>F1 in Schools antarabangsa</b></i>

Malaysia menyerlah dalam F1 in Schools antarabangsa


PEMENANG meraikan kejayaan masing-masing pada pertandingan F1 in Schools Dunia Peringkat Akhir 2011 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


DUA buah sekolah menengah dari negara kita berjaya mencipta nama di persada antarabangsa apabila diumumkan juara kategori pada pertandingan Formula One (F1) in Schools Dunia Peringkat Akhir 2011 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Sains (SMS) Hulu Selangor, Selangor masing-masing menjuarai kategori Team Identity Award dan Team Portfolio Award pada pertandingan kali ketujuh itu.

Pada pertandingan tersebut, kategori utama iaitu Juara Dunia F1 in Schools dimenangi oleh Brooks High School dari Tasmania, Australia yang menewaskan 22 pasukan lain dari 16 negara dari seluruh dunia termasuk Malaysia.

Kemenangan itu melayakkan Brooks High School membawa pulang Trofi Juara Dunia Bernie Ecclestone dalam pertandingan yang menguji kemahiran para pelajar mereka bentuk, membangun dan menghasilkan kereta F1 untuk masa depan.

Menggunakan perisian Solid Edge ST3 dari Siemens, F1 in Schools Dunia Peringkat Akhir ini memerlukan pelajar menggunakan kreativiti dan kemahiran kejuruteraan untuk menjana kereta lumba yang rumit dengan rekaan inovatif yang kemudiannya akan dipersembahkan kepada panel hakim pakar.

Tempat kedua bagi kategori utama itu dimenangi oleh Grootmoor Gymnasium, Hamburg, Jerman manakala tempat ketiga menjadi milik South East High School, Florida yang berkongsi tempat dengan James Madison Middle School, Virginia, Amerika Syarikat.

F1 in Schools merupakan satu-satunya cabaran multi disiplin global untuk pelajar-pelajar sekolah berumur antara sembilan hingga 19 tahun.

Berpusat di London, United Kingdom dan disokong oleh Institut Kejuruteraan dan Teknologi, dana pertandingan ini dikumpulkan melalui penajaan dan pelaburan dalam mentadbir, membangun dan memperluaskan cabaran.

Pertandingan ini memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk menggunakan teknologi maklumat (IT) bagi mempelajari ilmu fizik, aerodinamik, reka bentuk, pembuatan, penjenamaan, grafik, tajaan, pemasaran, kepimpinan, kerja berpasukan, kemahiran media dan strategi kewangan dan mengaplikasikannya dalam satu cara menarik, praktikal dan imaginatif.

Ia juga memberi cabaran kepada para pelajar untuk menggunakan perisian mereka bentuk, membina dan menguji kelajuan miniatur kereta F1 yang dibuat daripada kayu balsa dengan kuasa udara mampat silinder tunggal.

Semua pasukan yang terlibat menerima satu kit permulaan yang mempunyai semua bahan asas termasuklah sat u blok kayu balsa untuk mencipta miniatur kereta lumba F1 itu.

Pelajar harus menyediakan pelan perniagaan, peruntukan dan mencari penaja melalui kerjasama dengan komuniti perniagaan.

Kereta F1 tersebut kemudiannya akan disertakan dengan perisian Computer Aided Manufacture (CAM) sebelum diuji dalam terowong angin dan asap. Kemudian kereta F1 itu diuji dalam perlumbaan bagi menghabiskan jarak laluan lurus sejauh 20 meter.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Sapura hambat KLHC

Posted:

Sapura hambat KLHC

Sapura hambat KLHC

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my


Pemain Sapura, Jiwa Mohan (tengah) diasak dua pemain lawan dalam saingan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN


KUALA LUMPUR - Kemenangan 5-2 ke atas Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam membolehkan Sapura melonjak ke tangga kedua Liga Hoki Malaysia (LHM dan berkongsi mata dengan pendahulu liga, Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC).

Hanya kelebihan enam jaringan memisahkan KLHC dan Sapura selepas kedua-duanya memungut 15 mata daripada lima perlawanan.

Dalam perlawanan semalam, Sapura terlebih dahulu membuka jaringan melalui gol padang Muhammad Marhan Mohd. Jali pada minit ke-12.

Tiga minit kemudian, Mohd. Noor Khairul Azraain Adnan memberikan jaringan kedua melalui pukulan sudut penalti.

Sebaik sahaja babak kedua bermula, Sapura tidak menunggu lama untuk mendapatkan gol ketiga pada minit ke-37 melalui pukulan kencang Azreen Rizal Nasir, manakala M.Jiwa (ke-39) dan bekas pemain kebangsaan S. Kuhan (ke-52) menjadikan kedudukan 5-0.

Skuad UiTM sekadar memperoleh dua jaringan melalui Sheraz Ali Rafaqat Ali minit ke-62 dan Ahmad Amirul Alias pada minit ke-67.

Sementara itu, impian Nur Insafi yang berada di tangga kelima untuk memintas kedudukan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) di tempat keempat liga tidak kesampaian apabila terikat 3-3.

Keputusan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan itu berkongsi tujuh mata dengan perbezaan jaringan.

Keputusan lain menyaksikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mudah menjinakkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan keputusan 5-0 manakala Yayasan Negeri Sembilan (YNS) menang tipis 2-1 ke atas Maybank semalam.

Olimpik jadi sasaran terbaru

Posted:

Olimpik jadi sasaran terbaru

Olimpik jadi sasaran terbaru

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Peningkatan hebat yang dipamer beregu muda negara, Vivian Hoo-Woon Khe Wei tiba di kemuncaknya semalam, apabila merangkul kejuaraan pertama selepas lima bulan digandingkan pada Kejohanan Badminton Grand Prix Emas Terbuka Indonesia di Kalimantan Timur.

Semalam, Vivian-Khe Wei mempamer pertahanan mantap dan permainan bijak ketika menewaskan pasangan pilihan dari China yang juga juara Terbuka Jepun, Yixin Bao-Zhong Qianxin 19-21, 21-19, 21-18 dalam pertarungan sengit satu jam, 15 minit.

Selepas berterusan menunjukkan aksi konsisten - merangkul satu gelaran, melangkah dalam dua separuh akhir dan satu suku akhir daripada lima kejohanan yang disertai tahun ini, pasangan wanita negara itu mula melancarkan misi mencari tiket Sukan Olimpik 2012.

Biarpun sedar ia tidak mudah, apatah lagi dengan hanya menghuni ranking ke-60 dunia ketika ini, namun Khe Wei-Vivian percaya slot ke London boleh diraih andai terus bermain konsisten dan berjaya menambah koleksi kejuaraan.

"Saya terhutang budi kepada semua jurulatih yang membantu saya dan Vivian menjadi satu kombinasi mantap, bermula dari Pang Cheh Chang, Rexy Mainaky dan Chong Kien Ling.

"Saya tidak sangka gelaran akan diraih dalam tempoh lima bulan pertama kami digandingkan tetapi saya dapat rasakan ia akan tiba kerana menunjukkan prestasi yang baik sepanjang bersama.

"Ramai yang kata kami mempunyai potensi besar untuk mempertahankan emas yang dimenangi senior kami, (Wong) Pei Tty-(Chin) Eei Hui pada Sukan SEA nanti. Saya tidak mahu menetapkan sasaran untuk satu kejohanan, sebaliknya mahu beraksi konsisten selama beberapa bulan ini dan mencari tiket Olimpik 2012,'' kata Khe Wei ketika dihubungi di Kalimantan Timur, semalam.

Selepas membuktikan kemampuan dalam empat kejohanan berstatus Grand Prix Emas, Vivian-Khe Wei kini bakal berdepan ujian sebenar apabila bertanding pada kejohanan Siri Super Premier dan Siri Super di Terbuka Denmark (18-23 Oktober) serta Terbuka Perancis di Paris, 25-30 Oktober ini.

Kedua-dua kejohanan itu bakal menampilkan lawan yang sukar dan mencabar, terutama pasangan utama dari China, Jepun dan Korea.

Bagaimanapun, Vivian-Khe Wei menegaskan, mereka cukup teruja untuk menguji sejauh mana keupayaan.

Menurut Khe Wei, 22, dia dan Vivian menunjukkan pertahanan mantap dan mampu bermain dengan sabar ketika berdepan serangan hebat, Yixin Bao-Zhong Qianxin, pilihan kelapan kejohanan. Ia adalah taktik sama yang digunakan ketika mengejutkan satu lagi pasangan China, yang juga pilihan keenam, Cheng Shu-Pan Pan 21-15, 18-21, 21-18 di suku akhir.

Justeru, Vivian-Khe Wei yang turut melangkah ke separuh akhir Terbuka Thailand dan Taiwan, selain suku akhir Terbuka Vietnam, percaya permainan tersebut mampu menjadi kunci utama mereka untuk berdepan lawan yang bermain pantas.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


BN terus dukung prinsip permuafakatan

Posted:

BN terus dukung prinsip permuafakatan

BN terus dukung prinsip permuafakatan


Sebahagian daripada para perwakilan memberi tepukan gemuruh kepada ucapan perasmian oleh Najib Tun Razak pada Perhimpunan Agung MCA Ke-58 di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


KUALA LUMPUR 2 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan terus mendukung prinsip permuafakatan politik antara kaum demi memastikan negara berupaya memelihara keadilan sosial di semua peringkat masyarakat.

Justeru Perdana Menteri menegaskan, kesemua parti BN harus bersedia melakukan perubahan dalam pelbagai aspek selari dengan peredaran masa supaya ia merangkumi keperluan setiap lapisan rakyat seterusnya kekal relevan.

Di samping itu katanya, parti-parti komponen BN juga harus bersedia mengakui segala kesilapan yang dilakukan dan segera membetulkannya

"Apabila anda takut untuk berubah mengikut masa, anda semua menjadi tidak relevan sebagai sebuah parti politik," katanya ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan MCA Ke-58 di sini hari ini.

Najib merangkap Pengerusi BN dan Presiden UMNO menambah, perubahan yang dimaksudkan termasuk kesediaan menggugurkan calon masing-masing di kerusi tradisi demi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Oleh itu katanya, kesemua parti komponen diwajibkan menyokong penuh calon yang terpilih nanti sungguhpun individu itu bertanding di kerusi yang secara tradisinya ditandingi oleh parti komponen BN lain.

"Jangan pula kata 'dia bukan calon kita, dia parti lain'. Kita tidak boleh ada (pemikiran) sebegini kalau kita mahu pertahankan Putrajaya," ujarnya.

Justeru beliau menegaskan, kesediaan dan keharmonian di antara parti BN harus dimulakan dengan perpaduan dalam MCA dahulu untuk muncul sebagai sebuah parti terbesar yang mendukung aspirasi masyarakat Cina.

"Saya telah menyatakan dan ingin tegaskan sekali lagi, saya ingin melihat MCA yang padu dan kuat. Apa gunanya kepada BN kalau MCA berpecah belah, ada pasukan A, ada pasukan B dan kemudian ada pasukan C," katanya.

Perlu nyatakan pendirian - TPM

Posted:

Perlu nyatakan pendirian - TPM

Perlu nyatakan pendirian - TPM

Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
zaid.adnan@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Setiap parti dalam pakatan pembangkang perlu menyatakan pendirian rasmi masing-masing berhubung pelaksanaan hukum hudud yang terus dibangkitkan Pas.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penjelasan itu penting kepada umat Islam dan bukan Islam yang ingin tahu pendirian sebenar parti-parti terlibat walaupun Majlis Pimpinan Pakatan (MPP) pembangkang Rabu lalu memutuskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan.

Katanya, kegagalan parti-parti dalam pakatan pembangkang menjelaskan pendirian masing-masing berhubung isu hudud menunjukkan mereka mempunyai niat untuk menipu rakyat.

"Rakyat diletak dalam keadaan yang boleh dikatakan tidak menentu dan mereka mungkin dikelirukan berhubung tindakan pembangkang yang berdolak-dalik dalam isu hudud ini.

"Justeru kita mahu satu pendirian rasmi dan penjelasan daripada pakatan pembangkang dalam isu hudud. Adakah ia akan dibuat di Kelantan atau seluruh negara atau ia hanya untuk orang Islam? Sekiranya ia dilaksanakan, apakah mereka akan menyokong tindakan itu atau sebaliknya," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Bersama Program dan Permainan untuk Ketua-Ketua Sektor Awam Malaysia dan Singapura 2011 di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tiong Hiang bahawa beliau ada menerima tawaran oleh pihak yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya keluar daripada DAP dan menjadi wakil rakyat Bebas akan disiasat.

Ditanya sama ada beliau sedar akan dakwaan Tiong Hiang itu, Muhyiddin berkata, beliau tidak mengetahui akan laporan berkenaan.

"Dalam politik, kadang-kadang kita jumpa rakan-rakan kita termasuk pembangkang di Parlimen. Kita bergurau dengan mereka dan mereka akan memberi reaksi secara spontan. Saya tidak tahu setakat mana seriusnya tuduhan wakil rakyat itu. Kita akan siasat," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin mengingatkan rakyat khasnya ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) supaya tidak mudah melenting dan buruk sangka akan tujuan perjumpaan pihak-pihak tertentu yang berkemungkinan atas dasar untuk kebaikan bersama.

"Kalau ada perkara tertentu yang rahsia, siapa yang boleh tahu. Kalau mereka bincang hal-hal tertentu, apakah hak kita untuk menuntut supaya mereka beritahu topik perbincangannya," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


10 ditahan dalam Ops Dadu

Posted:

10 ditahan dalam Ops Dadu

10 ditahan dalam Ops Dadu

Oleh ZAMZURINA AHMADutusanktn@gmail.com

KUANTAN 2 Okt. - Polis menahan seramai 10 individu serta merampas wang tunai berjumlah RM40,000 dalam operasi 'Ops Dadu' yang diadakan di sekitar bandar ini semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supritendan Mohd. Haris Daud berkata, operasi yang bermula pukul 5.30 petang itu membuat pemeriksaan di lapan buah premis di sekitar bandar ini.

Hasil pemeriksaan, katanya, polis berjaya menangkap empat wanita dan enam lelaki berusia 40 hingga 60 tahun yang didapati menjalankan kegiatan judi ekor haram.

"Kesemua mereka dipercayai ejen nombor ekor haram yang beroperasi di rumah-rumah persendirian," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek dipercayai menjual nombor ekor haram melalui dalam talian, mesin faks, telefon bimbit dan komputer dan kesemua barangan itu turut dirampas.

Tambahnya, operasi melibatkan lapan orang pegawai dan 26 anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Katanya, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Sementara itu, beliau berkata, bermula dari Januari hingga kini, sebanyak 163 serbuan melibatkan Ops Mesin Perjudian di seluruh negeri dijalankan.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 732 kaki judi dan pengusaha mesin perjudian telah ditangkap manakala 1,749 komputer dirampas.

Kehadiran ribuan rakyat bukti negara aman

Posted:

Kehadiran ribuan rakyat bukti negara aman

Kehadiran ribuan rakyat bukti negara aman

RAUB 2 Okt. - Kehadiran ribuan rakyat pelbagai kaum pada majlis hari terbuka yang dianjurkan seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina dan Deepavali membuktikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman dan keselamatan terkawal.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, keamanan yang dinikmati membolehkan rakyat hidup tanpa sebarang tekanan atau perasaan ketakutan.

Justeru katanya, keamanan yang wujud itu tidak boleh dinilai dengan wang tetapi memerlukan pengorbanan semua pihak.

''Pergolakan yang berlaku di negara-negara seperti Somalia, Libya, Iran dan beberapa negara benua Afrika bukan sahaja mengakibatkan rakyatnya menderita malah kerajaan serta negara terbabit boleh hancur sama sekali.

''Oleh itu, menjadi kewajipan kita setiap rakyat tanpa mengenal bangsa, agama atau fahaman politik mengekalkan keamanan, perpaduan serta keharmonian yang sedia ada," kata Shahiruddin.

Beliau berucap di hadapan 5,000 penduduk Dong yang hadir pada majlis mesra rakyat dan jamuan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong di Dataran Dong malam semalam.

Turut hadir ialah Menteri Pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen yang juga Ahli Parlimen Raub; ADUN Batu Talam, Datuk Abdul Aziz Mat Kiram dan Pegawai Daerah Raub, Datuk Ismail Mohd Ali.

Menurut Shahiruddin, keamanan yang ada pada hari ini merupakan aset paling berharga dalam membentuk sebuah negara maju dan berdaulat.

Malah jelas beliau, kesepakatan, keharmonian dan keamanan yang terdapat di negara ini menjadi contoh kepada banyak negara lain walaupun mereka lebih dahulu maju dan merdeka.

''Beberapa negara luar telah menghantar pegawai mereka ke negara kita untuk mempelajari ramuan dan kaedah kerajaan melaksanakan ekonomi dan keamanan untuk diadaptasikan dalam kepimpinan mereka," kata Shahiruddin.

Agro pelancongan Kuala Serau mampu mengubah pendapatan penduduk

Posted:

Agro pelancongan Kuala Serau mampu mengubah pendapatan penduduk

Agro pelancongan Kuala Serau mampu mengubah pendapatan penduduk


MOHD. Hashim Abdullah (empat dari kanan) dan Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kiri) melepaskan benih ikan kelah, baung dan lampam di Sungai Kuala Serau Hulu Jelai, Kuala Lipis baru-baru ini.


KUALA LIPIS 2 Okt. - Projek Perikanan Rekreasi yang berasaskan agropelancongan Kuala Serau, Hulu Jelai, dekat sini menjadi projek perintis yang mampu mengubah pendapatan penduduk luar bandar dalam bidang ekonomi.

Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd. Hashim Abdullah berkata, projek berkenaan mampu menjana usahawan ternakan di kalangan penduduk tempatan berasaskan sektor perikanan dan pelancongan.

"Aliran Sungai Kuala Serau dan Sungai Jelai di sini sesuai dengan habitat akuakultur dan keindahan alam sekitar Hulu Jelai yang boleh meningkatkan pendapatan mereka.

"Begitu juga kemudahan jalan raya, pusat pemasaran Sungai Koyan dan projek inap desa Kuala Medang serta Tanjong Gahai yang turut merancakkan sektor berkenaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jabatan Perikanan Bersama Komuniti dan Perasmian Jeti Komuniti Pengurusan Ekosistem Perikanan (KPEP) di Kampung Kuala Serau dekat ini kelmarin.

Hadir sama Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengarah Perikanan Negeri Pahang, Datuk Mohamad Mat Saman.

Pada majlis itu, Mohd. Hashim melepaskan sebanyak 8,500 benih ikan kelah, baung dan lampan di sungai tersebut untuk tujuan pemuliharaan jangka panjang.

Menurut beliau, projek perikanan di kampung itu merupakan serampang dua mata iaitu mereka bukan sahaja menjadi nelayan sungai tetapi menjadi tumpuan pelancong yang mahu menikmati keindahan alam sekitar dan sungai.

"Pelawat juga diperkenal projek sistem tagal bagi membolehkan mereka bersiar di Sungai Kuala Serau sambil memberi makanan, mandi dan bermain dengan ikan air tawar di sungai berkenaan," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, penduduk kawasan Jelai perlu peka dan bijak mencari peluang menambah pendapatan menerusi projek tersebut di sungai berkenaan.

"Projek perikanan di sungai itu mampu memberi sumber pendapatan kepada penduduk dan program pemuliharaan oleh kerajaan untuk menjamin spesies akuakultur tidak pupus," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Mahmoud Abbas lawat Colombia

Posted:

Mahmoud Abbas lawat Colombia

Mahmoud Abbas lawat Colombia

BOGOTA 2 Okt. - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas akan melawat Colombia yang merupakan negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 11 Oktober ini bagi membincangkan isu permohonan Palestin untuk menjadi anggota badan dunia itu.

Rancangan lawatan itu diumumkan oleh Presiden Colombia, Juan Manuel Santos menerusi satu kenyataan, semalam.

"Pemimpin Palestin (Abbas) merancang melawat Colombia pada 11 Oktober ini dan kedatangannya dialu-alukan," katanya.

Santos bagaimanapun menegaskan bahawa lawatan pemimpin Palestin itu ke Colombia tidak akan mempengaruhi negara ini untuk menyokong permohonan Palestin untuk mendapatkan pengiktirafan daripada PBB.

Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa Colombia berpendirian penubuhan negara Palestin hanya boleh diiktiraf menerusi rundingan damai dengan Israel.

"Colombia sentiasa menyokong Palestin untuk diiktiraf sebagai sebuah negara merdeka dan dalam pada masa yang sama turut berharap penubuhan negara Palestin akan dicapai menerusi perjanjian antara kedua-dua pihak (Palestin dan Israel)," ujar Santos.

Dalam pada itu, Menteri Luar Palestin, Riyad al-Maliki pada Khamis lalu berkata, sebanyak lapan negara anggota Majlis Keselamatan PBB berjanji untuk menyokong permohonan Palestin itu dan memerlukan hanya satu undi sahaja lagi sebelum permohonan itu dibawa ke Perhimpunan Agung.

Sementara itu, Britain, Perancis, Jerman, Bosnia dan Portugal masih belum memberi keputusan untuk mengundi atau sebaliknya, manakala Amerika Syarikat (AS) menegaskan untuk mengguna kuasa veto bagi menghalang permohonan Palestin itu.

Colombia menjadi sekutu AS apabila negara kuasa veto itu menyumbangkan dana berjumlah AS$6 bilion (RM18 bilion) sebagai menyokong Bogota bagi membendung kegiatan penyeludupan dadah dan kumpulan pemberontak. - AFP

Demonstrasi anti-Wall Street masuk minggu kedua

Posted:

Demonstrasi anti-Wall Street masuk minggu kedua

Demonstrasi anti-Wall Street masuk minggu kedua

NEW YORK 2 Okt. - Kira-kira 500 orang ditahan kerana mengganggu lalu lintas ketika mengadakan demonstrasi membantah terhadap penggunaan kekerasan dan layanan tidak adil kepada golongan minoriti termasuk penganut Islam yang dikenali sebagai anti-Wall Street, di sini semalam.

Penahanan itu berlaku apabila sekumpulan penunjuk perasaan berpecah daripada kumpulan utama pergerakan Occupy Wall Street yang mengadakan demonstrasi itu termasuk membantah rampasan kediaman dan pengangguran yang tinggi, yang masuk minggu kedua, dan bergerak menuju ke arah Brooklyn.

''Lebih 500 orang ditangkap di Jambatan Brooklyn petang ini (semalam) selepas polis memberikan amaran tidak membenarkan sesiapa memasuki laluan pejalan kaki.

''Ada sebahagian penunjuk perasaan mematuhi amaran dan tidak ditahan, manakala sebahagian lagi bertindak memasuki laluan kereta dan mereka ini telah ditangkap,'' kata jurucakap polis.

Jambatan Brooklyn yang terpaksa ditutup selama sejam ekoran kejadian itu, dibuka semula pada pukul 8.05 malam (8.05 pagi waktu Malaysia).

Demonstrasi itu bermula pada kira-kira pukul 3.30 petang (3.30 pagi waktu Malaysia) dari Zuccotti Park, Manhattan yang dijadikan pusat kem oleh penunjuk perasaan.

Pada minggu lalu, polis menahan kira-kira 80 anggota Occupy Wall Street berdekatan Union Square ketika penunjuk perasaan menghalang lalu lintas. - Reuters

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Mudahnya memohon maaf selepas terlanjur kata, perbuatan

Posted:

Mudahnya memohon maaf selepas terlanjur kata, perbuatan

Mudahnya memohon maaf selepas terlanjur kata, perbuatan

Hassan Mohd. Noor

SABTU lalu, penulis bercadang ke Johor Bahru (JB) untuk menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Ahli Dewan Undangan Negeri Puteri Wangsa, Abdul Halim Suleiman.

Bagaimanapun hasrat itu dibatalkan. Bukan tidak yakin dengan keselamatan di Johor tetapi disebabkan jiran, Mohd Puzi Razali mengadakan majlis kesyukuran, bacaan yasin dan tahlil di rumahnya. Kata orang jiran didahulukan.

Apapun selamat pengantin baru kepada Nurshafena dan pasangannya Muhamad Hairul Rizal Jasi. Sahabat di JB pula bertanya kenapa tidak datang? Secara berseloroh penulis menjawab: ''Bimbang orang Johor marah kerana orang Penang banyak sangat buat hal, mula-mula isu Bukit Kepong kemudian soal keselamatan di JB''. Sahabat itu pula menjawab: ''Yang Bukit Kepong tu memang orang kampung saudara tapi yang isu keselamatan tu bukannya berasal dari Penang,''

Penulis pernah bertugas di Johor dan Pulau Pinang. Jika di Pulau Pinang pernah 'berkhidmat' di bawah dua ketua menteri - Dr. Lim Chong Eu dan Dr. Koh Tsu Koon, di Johor juga melibatkan dua menteri besar iaitu Muhyiddin Yassin dan Abdul Ghani Othman. Ketika itu di Johor yang menjadi `syurga' membeli-belah warga Singapura, Sungai Segget yang terletak di tengah bandar raya JB kurang enak baunya.

Mungkin kurang sikit aromanya berbanding Sungai Pinang di Pulau Pinang. Tetapi ketika ini Sungai Segget sudah 'hilang' dan menjadi laluan pejalan kaki dan tempat peniaga mencari rezeki. Keadaan sudah berubah. Tidak pasti pula apa jadi dengan Sungai Pinang ketika ini. Adakah sudah berubah atau pi mai pi mai tang tu? Dan ketika sedang berehat selepas menghadiri majlis di rumah Puzi, penulis didatangi seorang remaja lelaki. Walaupun dia bukan Islam tetapi pendekatannya memang mesra. Sambil menunjukkan risalah bergambar memohon bantuan untuk sebuah persatuan kebajikan, penulis bertanya dari mana? Jawabnya Penang. Pada ketika itu terlintas di fikiran mengenai permohonan maaf Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadap Sultan Johor berhubung kenyataannya yang dikatakan memburukkan Johor. Bagaimana agaknya jika remaja itu berdepan dengan orang Johor? Mujurlah penulis dari Penang. Maka tidak timbul soal itu. Penulis cuma bertanya kenapa terlalu jauh kutip derma? Sudah habiskah dia 'pusing' Penang? Jawabnya ringkas: ''Dekat saja (Penang-KL), empat jam perjalanan!''. Melihat gambar-gambar yang ditunjukkan, penulis tidak keberatan menderma. Dia juga meyakinkan penulis, jiran-jiran lain sudah menderma.

'Ringan mulut' penulis nak bertanya isu Johor dan Pulau Pinang tetapi membatalkannya. Mungkin dia tidak tahu apa-apa. Tetapi penulis percaya jika dia tahu isu itu dan ditanyakan padanya, tentunya dia juga akan kecewa. Bak kata orang seekor kerbau membawa lumpur, habis semua terpalit. Satu persatu cerita `kurang enak' dibawa oleh orang Penang termasuklah Anwar Ibrahim dan Mat Sabu.

Sekarang orang Melaka yang melompat ke Penang pula buat hal. Memohon maaf memang mudah. ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan yang menimbulkan isu 'tukar' Jalur Gemilang juga minta maaf. Malahan dikenakan tindakan disiplin oleh DAP. Guan Eng juga minta maaf tetapi nasibnya tentu lebih baik berbanding Manoharan. Tetapi adakah selepas memohon maaf, cerita itu akan dilupakan bagai disimpan di dalam peti yang diselak (dikunci) rapat? Atau adakah ia akan terus diselak (dibongkar) secara berterusan? Sebenarnya memohon maaf memang mudah. Apa susahnya 'tumbuk' orang selepas itu dengan 'muka tebal' memohon maaf, tidak kiralah ikhlas atau tidak. Lebih-lebih lagi sifat orang Melayu yang pemaaf! Malahan di kalangan Melayu, ada yang sanggup seperti lembu dicucuk hidung, sanggup menang sorak kampung tergadai.

Hari ini ramai yang tidak dapat mengawal keceluparan dengan membangkitkan pelbagai isu atau kenyataan yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum. Bercakap ikut sedap mulut dan kenyataan mereka tersiar di media cetak, elektronik, Internet dan sebagainya. Bagi mereka, mengeluarkan kenyataan menandakan matlamat sudah tercapai.

Apa yang terbuku di hati dan ingin diucapkan sudah 'dilontar'. Biarlah seribu kecaman, kutukan atau ribuan laporan polis dibuat, tetapi yang penting,'batu' sudah dilontar, 'tumbukan' atau 'tikaman' sudah dilepaskan. Sama ada mengenai sasaran atau tidak, itu soal kedua. Mereka puas kerana melepaskan segala-galanya sama ada berbentuk kritikan, fitnah/tohmahan, maki hamun atau penghinaan.

Walaupun perkara remeh dibangkitkan tetapi apabila ia menyentuh perasaan orang lain maka ia menjadi isu besar. Cakap sejengkal dibawa sehasta. Selak balik pelbagai isu - agama, bahasa, budaya, kaum yang dilontarkan sebelum ini yang mengundang pelbagai kenyataan balas yang kadangkala mencemaskan. Bak kata orang luka di tangan dapat diubat, luka di hati siapa tahu. Luka di tangan kerana pisau, luka di hati kerana kata. Memang mudah menarik balik kenyataan dan memohon maaf tetapi luka sudah hilang, parutnya tinggal juga.

Seperti diselak sebelum ini, cakap jangan sebarang cakap. Kata orang Melayu, terlanjur kata, padah akibatnya. Tetapi resam manusia, ketika ghairah bercakap, mereka cepat lupa diri, tidak ingat apa yang diucap. Ada juga seperti lontar batu sembunyi tangan atau lidah bercabang. Tetapi orang yang mendengar tidak mudah lupa pada apa yang kita ucapkan. Maka untuk menjaga hati semua - Melayu, Cina, India dan sebagainya tidaklah semudah kita bercakap atau berceramah.

SEKADAR RINTIHAN

MINGGU lalu, Selak menerima e-mel seorang bapa yang mendakwa masih banyak sekolah kebangsaan 'daif' dan memerlukan perhatian. Selak tidak pasti sejauh mana kebenaran dakwaan itu. Kementerian Pelajaran tentulah lebih arif. Jika tidak betul, lupakan. Jika betul bantulah. Jika tidak pasti, turunlah ke sekolah mencari kepastian.

Sekolah di Lembah Klang itu mempunyai makmal komputer tersergam indah tetapi isinya 0. Pihaknya pernah meminta sumbangan melalui korporat atau kerajaan tetapi tidak dilayan. Jemput hadir ke majlis anjuran sekolah pun tidak ada yang sudi. Beliau mahu melengkapkan makmal komputer itu supaya murid-murid tidak ketinggalan dalam IT. Beliau sekadar ingin menumpang keprihatinan kerajaan BN!

Hayati teguran Dr. Mahathir

Posted:

Hayati teguran Dr. Mahathir

Hayati teguran Dr. Mahathir

Ku Seman Ku Hussain

KECUALI kelmarin, belum ada pemimpin besar yang ambil kisah tentang racun yang disebarkan oleh sebahagian besar filem hantu di negara ini.

Kepentingan masyarakat yakni penonton yang terdiri daripada orang Melayu tidak menjadi keutamaan kerana banyak yang menganggap filem hantu telah "memajukan" industri filem negara ini. Bingungnya.

Kalau di luar negara genre filem seram antara karya yang dikagumi, nilai estetika dan pemikirannya tinggi. Tetapi di negara ini filem hantu disekutukan dengan filem-filem buruk dan pemikiran sebahagian besar pembuatnya yang dangkal.

Tetapi kerana filem beracun ini tidak ada nilai politik untuk dipertaruhkan, maka tidak ada yang menegur supaya pembuatan filem ini dinaikkan taraf menjadi karya yang dihormati. Sebaliknya yang menegur adalah kalangan alim ulama. Tetapi sikap bebal sesetengah pembuat filem hantu membuatkan ulama pula menerima kejian.

Mujurlah kelmarin bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan penuh tanggungjawab menyelar bahawa filem hantu yang begitu banyak diterbitkan telah meracun pemikiran masyarakat.

Filem ini menyekat perkembangan pemikiran masyarakat, mereka kembali takut kepada hantu lebih daripada mereka takut kepada Tuhan. Dr. Mahathir telah menongkah arus ketika pemimpin lain diam dari bersuara kerana dibimbangi menjejaskan kedudukan saham politik. Perihal filem beracun bukan agenda utama kerana sesetengah menganggap menyokong kegemaran masyarakat lebih penting.

Dr. Mahathir mempunyai asas yang kuat untuk menongkah arus menganggap filem hantu meracun pemikiran masyarakat. Ini kerana semasa era Dr. Mahathir, filem-filem begini tidak ada, laras penapisan filem juga lebih ketat. Tidak ada filem atau drama hantu seperti sekarang disiarkan di televisyen.

Ini tindakan tidak popular tetapi Dr. Mahathir dan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Mohamed Rahmat tetap melaksanakan larangan itu. Maka, orang Melayu perlulah merenung dan menghayati teguran Dr. Mahathir dan segera memulaukan filem-filem hantu yang bertaraf sampah sarap itu.

Kita tidak perlu mengharapkan pembuat filem hantu berubah. Mereka ini jenis oportunis, apa sahaja jenis filem yang digilai ramai mereka akan mengikutnya.

Sekiranya esok ada filem bertemakan dakwah Islam mencatatkan kutipan pecah panggung, pasti mereka juga akan membuat filem jenis yang sama. Kerana itu kita agak kecewa kerana keracunan yang merosakkan pemikiran masyarakat tidak menjadi agenda utama sesetengah pemimpin.

Sekali lagi mujur Dr. Mahathir sanggup ambil tahu tentang kepentingan masyarakat dan menegurnya. Padahal Dr. Mahathir boleh saja duduk diam. Tetapi kerana tidak sanggup melihat masyarakat diperbodohkan sedemikian rupa memaksa beliau bersuara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Multimedia 3D pada telefon pintar

Posted:

Multimedia 3D pada telefon pintar

Multimedia 3D pada telefon pintar

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar ASWAD YAHYA


PENGGUNA kini boleh merakam foto dan video mereka secara tiga dimensi (3D) menggunakan telefon pintar terbaru HTC EVO 3D.


SEIRING cogan katanya, pintar dalam senyap (quietly brilliant), HTC sering menjadi peneraju dalam mengintegrasi pelbagai teknologi moden pada telefon bimbit pintar keluarannya.

Terbaru, syarikat itu memperkenalkan inovasi fungsi multimedia tiga dimensi (3D) pada model produk telekomunikasi terbaru mereka, HTC EVO 3D.

Menurut Pengurus Negara HTC Malaysia, SK Wong, penampilan ciri terbaru itu bakal menawarkan pengguna pengalaman multimedia ke satu peringkat lebih baik.

"Model ini merupakan telefon pintar pertama keluaran HTC yang menyokong format 3D pada aplikasi permainan video, rakaman video serta foto.

"Menerusi model ini, kita mengharapkan HTC terus kekal menjadi peneraju dalam industri produk telekomunikasi di Malaysia,'' katanya pada pelancaran model itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.

HTC EVO 3D dipacu oleh sistem operasi Android 2.3 Gingerbread dengan pemproses berkembar 1.2 GHz Qualcomm Snapdragon.

Kameranya pula terbina bersama sokongan resolusi lima megapiksel dan lampu flash LED berkembar berserta pemfokusan automatik.

Kelebihan tersebut bukan sahaja membolehkannya merakam foto berkualiti tinggi tetapi juga imej dan video berformat 3D.

Bagi tujuan itu, fungsi kamera telefon pintar berkenaan tersedia bersama pilihan mod rakaman foto dua dimensi (2D) dan juga 3D.

Apa yang menarik lagi, pengguna tidak perlu mengenakan sebarang kaca mata khas untuk menikmati kesan 3D berkenaan.

Ini kerana, mereka dapat melihat kesan tersebut secara terus daripada skrin QHD bersaiz 4.3 inci.

Untuk membolehkan pengguna menonton paparan secara lebih jelas dan besar pula, pengguna boleh menyambungkan peranti telefon itu terus kepada televisyen menerusi sambungan kabel HDMI.

Spesifikasi lainnya, ia dilengkapi aplikasi HTC Sense 3.0 untuk kemudahan mengakses kandungan telefon hanya dengan satu sentuhan, pelayaran web generasi baru serta kelancaran perjalanan banyak operasi walaupun dijalankan secara serentak.

HTC EVO 3D kini boleh diperolehi daripada pengedar-pengedar HTC yang sah dengan tawaran harga RM2,199.

Nikon kini di KLCC

Posted:

Nikon kini di KLCC

Nikon kini di KLCC

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

INGIN melebarkan sayap perniagaannya, pengeluar kamera terkenal Nikon kini membuka cawangan terbaru mereka di pusat membeli belah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Ia berikutan maklum balas yang menggalakkan diterima daripada pengunjung serta peminat yang mengunjungi cawangan kedai Nikon pertama di negara ini iaitu di pusat membeli belah Alamanda, Putrajaya sebelum ini.

Menurut Pengurus Besar, bahagian Pemasaran Produk Pengguna, Nikon (Malaysia) Sdn. Bhd., David Ng Choon Yiak, pembukaan cawangan baru di KLCC mampu menarik minat pembeli yang terdiri daripada rakyat tempatan mahu pun pelancong.

"Ia berikutan pusat membeli belah Suria KLCC ini merupakan tumpuan orang ramai serta pelancong asing yang utama.

"Sebelum ini produk Nikon diedarkan oleh peruncit peralatan kamera, kini Nikon ingin lebih mendekati pembeli serta peminat setia kami melalui cara ini." ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian pembukaan cawangan kedai Nikon baru di Lot C, Tingkat 3, Suria KLCC baru-baru ini.

KLCC yang terletak dalam kawasan yang dikenali sebagai Segitiga Emas di tengah-tengah Kuala Lumpur sememangnya menjadi tumpuan ramai sama ada pengunjung tempatan mahupun pelancong luar setiap hari.

Selain menjual kamera dari jenis DSLR (Digital Single Lense Reflexs), kompak mahupun aksesori gajet berkenaan, Nikon turut menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat, klinik fotografi serta bengkel.

Untuk tujuan tersebut, kedai baru itu turut dilengkapi bilik seminar sebagai bilik latihan serta penerangan khusus kepada pelanggan serta peminat setia Nikon.

Malah, Nikon turut menyediakan galeri foto didalam suasana serta hiasan khas yang dihasilkan oleh Nikon bagi membawa pengunjung lebih mendekati serta mendalami seni fotografi.

Reka bentuk kedai yang baru dibuka tersebut turut menawarkan hampir ke semua jenis kamera DSLR Nikon untuk dicuba oleh pengunjung sehingga mereka berpuas hati sebelum membelinya.

Pengunjung boleh mencuba mana-mana kamera yang disediakan dan menilai sendiri hasil imej serta kualiti yang dihasilkan oleh kamera dari Nikon.

Pelbagai aksesori kamera seperti beg, tripod, lensa serta pelbagai lagi barangan turut dijual.

Di samping kejayaan Nikon membuka pusat perkhidmatan terbesarnya di pusat membeli belah di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur serta Alamanda, pembukaan cawangan di KLCC merupakan satu tanda aras bagi Nikon untuk melebarkan sayap perniagaannya ke seluruh Malaysia.

Jelas David, terbaru, Nikon juga akan membuka cawangan baru di Kota Kinabalu, Sabah dalam masa yang terdekat ini.

Selain menawarkan peralatan kamera serta optik, Nikon turut menyediakan Perkhidmatan Profesional Nikon (NPS) untuk jurugambar dari seluruh dunia.

Untuk mengetahui aktiviti serta perkembangan terbaru NPS, peminat boleh melayari laman web di alamat http://nps.nikon.com.my.

Bagi yang berminat, anda boleh menyertai Kelab Nikon melalui Tweeter Nikon di http://twitter.com/NikonMalaysia.

Atau anda boleh klik butang 'Like' di laman Facebook Nikon di www.facebook.com/NikonMY/ dan pengunjung turut berpeluang memenangi cenderahati Nikon seperti beg, tali kamera, t-shirt, kaca mata serta majalah Nikon versi United Kingdom.

Untuk maklumat lanjut berkenaan Kelab Nikon, layari laman web www.nikonclub.com.my.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Warna-warni Pesta Nukenan Bario

Posted:

Warna-warni Pesta Nukenan Bario

Warna-warni Pesta Nukenan Bario

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my


MAKANAN tradisional masyarakat Kelabit berasaskan tumbuhan dan haiwan hutan.


BERPELUANG menjejakkan kaki ke perkampungan Bario yang terletak di daerah Utara Timur Sarawak merupakan pengalaman yang sangat unik.

Manakan tidak, kawasannya yang dikelilingi pergunungan dan berbukit-bukau dengan catatan suhu serendah 12 darjah Celsius memberi persekitaran cukup dingin dan nyaman.

Sambil menikmati kemanisan nanas Bario, pengunjung pasti akan terpesona melayan keindahan alam semulajadinya.

Bario mempunyai sebanyak 14 buah kampung dengan jumlah penduduk lebih kurang 2,000 orang yang majoritinya terdiri daripada suku etnik Kelabit.

Kunjungan rombongan media ke sana menerusi program Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bertujuan membuat liputan beberapa projek komuniti di bawah kendalian organisasi itu.

Ia juga adalah bersempena sambutan festival makanan dan kebudayaan masyarakat Kelabit Bario dikenali sebagai Pesta Nukenen 2011.

Nukenen membawa maksud makanan dalam bahasa Kelabit dan pesta berkenaan merupakan perayaan tahunan yang mula dianjurkan sejak tahun 2005.

Bermula 21 hingga 23 Julai lalu, pesta yang cukup meriah dengan pelbagai jenis makanan eksotik itu telah dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang juga anak jati Bario, Datuk Seri Idris Jala.

Menurut beliau, penganjuran acara yang masuk tahun ke enam itu menyasarkan matlamat mempromosi makanan masyarakat Kelabit kepada orang luar.

''Menerusi festival ini, kita mahu pengunjung serta pelancong mengenali dan menghargai makanan tradisional di sini.

''Kesemua makanan yang dipamer ini disediakan daripada hasil hutan seperti tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan.

''Sememangnya masyarakat Kelabit di Bario ini berpegang kepada adat menghargai tetamu melalui makanan.

''Mereka biasanya akan menyambut tetamu dengan hidangan makanan kerana ia dianggap sebagai perkongsian kehidupan dan juga kasih sayang,'' katanya ketika ditemui selepas merasmikan pesta berkenaan di Bario baru-baru ini.

Melihat kepada produk makanan yang dijual di lebih 20 gerai di tapak pesta itu, ia sememangnya unik dan jarang ditemui.

Kebanyakannya dihasilkan daripada pelbagai spesies sayur-sayuran dan buah-buahan hutan selain disajikan di dalam daun dan juga buluh.

Tidak cukup dengan itu, haiwan seperti ikan, daging rusa, kijang dan musang turut disediakan dalam aneka resipi.

Menurut salah seorang penduduk kampung, Debora Alau Ayu, 31, festival itu dilihat mampu membantu masyarakat setempat meningkatkan pendapatan di samping memperkenalkan makanan tradisi orang Kelabit.

''Gerai saya menjual ikan pekasam dan aneka sayur-sayuran seperti daun ubi, asparagus, umbut nenas dan umbut rebung.

''Ia disediakan secara gorengan dan direbus bersama garam. Rasanya sangat sedap dan pasti membuka selera,'' jelasnya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Rebita Lupong, 44, memberitahu, gerainya menjual nasi pulut, sayur kulat batang, bubur daun timun, bubur ikan dan tomato goreng.

''Di samping itu, saya turut menyediakan hidangan Laba Bada atau daging musang rebus yang biasanya di makan bersama nasi.

''Untuk pencuci mulut, para pengunjung disediakan giru dan gurau senaan yang diperbuat daripada ubi,'' katanya.

Bagi Diana Falong, 47, pula, dia telah tiga kali menyertai Pesta Nukenan dan sangat teruja untuk mempamerkan masakannya kepada para pelancong.

''Saya menyediakan masakan nasi bersama lauk siput tekuyong dan sayur-sayuran seperti tengayen, lanau dan juga busah kludoh atau bunga kantan.

''Ikan gesar iaitu daging ikan yang dilecek juga mempunyai rasa yang sangat sedap dan mendapat permintaan tinggi,'' katanya.

Sesuatu yang unik mengenai Pesta Nukenan, para pengunjung boleh mencuba sendiri masakan-masakan yang dihidangkan sebelum membelinya dengan harga yang sangat murah.

Selain pengunjung tempatan, pesta tersebut turut dihadiri para pelancong dari luar negara seperti England, Denmark dan Australia.

Bukan sekadar makanan, pesta berkenaan turut menjual pelbagai produk keluaran Bario seperti beras Bario, garam Bario dan produk kraftangan.

Produk kraf yang dijual pula adalah merangkumi topi, gelang tangan, gelang kaki, rantai leher, bakul anyaman dan juga sumpit.

Semua kelebihan yang terdapat di sana menyempurnakan lagi Bario sebagai destinasi pelancongan dan istirehat unik.

Apa yang diharapkan, menerusi penganjuran program festival seperti itu, ia dapat memberitahu dunia bahawa Bario bukan sekadar kawasan tanah tinggi biasa sekali gus menarik lebih ramai pelawat berkunjung ke sana.

Tanam timun cara mudah

Posted:

Tanam timun cara mudah

Tanam timun cara mudah

TIMUN (Cucumis sativus) merupakan sayuran yang sangat popular di Malaysia. Ia termasuk dari sayuran jenis buah dan dipercayai berasal dari timur India. Buah timun yang masih muda dimakan mentah, ia juga dimasak atau dibuat acar atau jeruk.

Timun mengandungi mineral besi, fosforus, kalsium, magnesium, vitamin A,B1,B2,niasin,vitamin C .

Pokok timun adalah herba semusim yang tumbuh menjalar dan memanjat serta mempunyai sulur paut yang kuat dan tidak bercabang.

Ia adalah jenis monoecious yang berbunga dua jantina.

Terdapat pelbagai jenis timun tetapi yang biasa ditanam ialah jenis tempatan iaitu berwarna hijau, jenis putih besar dan timun gherkin.

Dari segi khasiat ubatan, timun dimakan sebagai ubat melawaskan buang air kecil, menyejukkan badan, merawat batu karang dalam hempedu dan sakit kerongkong, membaiki tekanan dan perjalanan darah.

Ia boleh mengubati masalah kulit seperti terbakar atau melecur dan untuk melicinkan kulit dan awet muda.

Persediaan tanah

Timun akan mengeluarkan hasil yang tinggi jika ditanam di tanah yang gembur berpasir dan mempunyai saliran yang baik.

Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam antara 20 dan 30 sentimeter (sm) untuk memudahkan pertumbuhan akar.

Batas disediakan menggunakan jentera atau secara manual mengikut saiz yang disyorkan, biasanya lebar batas antara satu dan 1.2 meter, tinggi batas 23 sm dan panjang batas mengikut kesesuaian tempat. Jarak antara batas ialah 0.6 meter.

Batas di tambak dengan bahan ystem tahi ayam atau kompos antara satu dan tiga kg/meter persegi, bahan ini hendaklah digaulkan ke dalam tanah satu minggu sebelum menanam bagi membekalkan zat makanan kepada pokok.

Penanaman

Jarak tanaman yang disyorkan ialah antara 50 dan 60 sm antara pokok dan 60 sm antara barisan.

Biji benih boleh ditanam terus ke batas atau disemai dulu ditapak semaian sebelum di ubah ke ladang.

Jika ditanam terus, gali lubang sedalam 2.5 sm dan letak dua atau tiga biji benih dengan menjarakkan dua sm antara satu sama lain, benih dikambus menggunakan tanah halus.

Selepas seminggu anak benih yang bercambah, ia perlu dijarangkan dengan mencabut anak benih yang kurang segar, tidak sihat ,tinggalkan satu pokok sahaja setiap lubang penanaman bagi mengelakkan persaingan dari segi makanan, ruang, cahaya dan air.

Tanah dikeliling anak benih dipadatkan supaya pokok lebih kuat dan akar tidak terdedah

Sungkupan

Amalan meletak sungkupan pada batas penanaman amat digalakkan. Ia dapat mengurangkan pertumbuhan rumpai, mengekalkan kelembapan batas, mengurangkan hakisan.

Terdapat banyak bahan yang boleh dijadikan sungkupan antaranya rumput kering, jerami padi kering atau sistem agrosheet.

Penyediaan junjung

Timun memerlukan junjung atau penyokong untuk membolehkan pokok memanjat dan memudahkan proses penuaian.

Sistem ystem boleh digunakan iaitu dengan memacakkan kayu berukuran 5 sm x 5 sm x 6.5 meter panjang setiap jarak tiga meter, kemudian regangkan dawai kasar antara puncak kayu beluti dan sambungkan tiang kayu yang bertentangan antara kedua hujung batas, gunakan paku untuk memasang dawai. Tali sistem diguna bagi membantu anak pokok memanjat bila telah berumur dua minggu

Pengairan

Pokok timun memerlukan air yang banyak untuk kelembapan yang cukup untuk pertumbuhan yang lebih subur, Penyiraman dibuat dua kali sehari di peringkat awal penanaman dan dikurangkan sekali sehari bila pokok besar dan sistem memungut hasil.

Pengairan dibuat secara manual atau menggunakan sistem pengairan.

Pengawalan rumpai

Pengawalan rumpai adalah penting untuk menjamin hasil yang tinggi, kawasan tanaman perlu sentiasa bersih bagi mengelakkan persaingan dalam mendapatkan zat makanan, air, cahaya dan ruang.

Rumpai juga menjadi perumah bagi perosak dan penyakit tanaman. Kerja merumpai perlu dilakukan setiap minggu

Pembajaan

Baja yang disyorkan ialah 70 kg N:140 kg P2O5:200 kg K2O setiap hektar, tetapi ia bergantung pada keadaan tanah disesuatu kawasan.

Penggunaan baja NPK Hijau 15:15:15 untuk pembajaan pertama boleh di gunakan dengan kadar 30gm/pokok dan ditabur keliling dengan jarak 15-20 sm dari rumpun pokok serta dikambus

Pembajaan ulangan kedua dan ketiga boleh menggunakan NPK biru 12:12:7 dengan kadar 40-50 gm/pokok diselangkan setiap dua minggu

Pemangkasan

Pemangkasan tidak perlu dilakukan kecuali bila terdapat terlalu banyak daun atau dikenali sebagai mabuk daun.

Kawalan perosak dan penyakit

Serangga perosak yang biasa menyerang timun ialah afid . kumbang daun dan lalat buah, serangan biasanya pada daun, bunga dan buah muda. Jika serangan teruk menyebabkan daun rosak dan 'berkerekot' dan buah berubah bentuk, menjadi terbantut dan busuk.

Daun dan buah yang diserang perlu dimusnahkan, kebersihan kawasan dijaga dan sembur racun perosak yang sesuai jika perlu.

Penyakit yang biasa menyerang ialah kulapok berdebu, ia menyebabkan tompok misilia putih dan berdebu pada permukaan daun, daun bertukar kekuningan,perang ,kering dan berkedut.

Pokok yang diserang kurang berbuah dan kecil saiznya

Serangan kulapok downy ialah pada daun,terdapat bintik berbentuk bersiku siku ,berwarna hijau pucat kekuningan di atas daun, lapisan bawah diselaputi spora dan akhirnya menjadi perang dan mati, buah akan terbantut, pastikan daun yang diserang dimusnahkan.

Jika serangan teruk sembur dengan racun kulat yang sesuai.

Pungutan hasil

Pokok timun akan mula berbunga selepas tiga atau empat minggu ditanam.

Hasil dituai selepas 10 hari selepas pendebungaan berlaku atau lima dan enam minggu selepas ditanam. Timun dikutip sebelum ia cukup tua apabila mencapai panjang antara antara 15 dan 20 sm.

Buah muda mempunyai kulit kasar, warna hijau tua dan berkilat. Peringkat kematangan yang sesuai untuk pasaran ialah

nWarna buah hijau gelap kepada hijau cerah dan berkilat

nTiada duri pada buah

nBenang sari dihujung buah telah tanggal

nBentuk timun lurus dan sekata,warna ¾ bahagian keseluruhan permukaan berwarna hijau sederhana gelap, tekstur buah rapuh dan bebas dari penyakit, rosak dan kekotoran.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Tuah Cinta Muka Buku

Posted:

Tuah Cinta Muka Buku

Tuah Cinta Muka Buku

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASAN


NAJWA Latif nama baru dalam persada muzik tanah air yang semakin menyinar sejak kebelakangan ini.


SEMUANYA bermula secara suka-suka pada pertengahan tahun ini. Najwa Latif, remaja yang boleh bermain gitar dan mempunyai suara lemak merdu ini telah memuatkan lagu nyanyiannya berjudul Baby dalam laman Youtube.

Bagaimanapun, remaja berusia 16 tahun ini tidak menduga lagu popular penyanyi Justin Bieber yang dipersembahkannya di Youtube kira-kira tiga bulan lalu itu, telah mempopularkan namanya.

Lagu itu ditonton lebih 100,000 pengunjung di laman Youtube. Tidak cukup dengan itu, dia kemudiannya memuatkan lagu ciptaannya, Cinta Muka Buku dan tidak sampai dua bulan ia telah dilayari lebih 2 juta orang.

Justeru, pelajar berusia 16 tahun ini, kini semakin popular. Namanya bukan sahaja menjadi sebutan di seluruh dunia, tetapi juga semakin mekar dalam persada seni suara tanah air. Biarpun tanpa sebarang album dia sudah dikenali ramai.

Menurut Najwa atau nama penuhnya Imratul Najwa Abdul Latif, dia memang tidak menduga akan popular dalam sekelip mata.

Semua itu, katanya, gara-gara penangan Youtube yang telah menjulang bakat dan popularitinya itu.

Menjadi perhatian

"Saya sendiri tidak menduga lagu-lagu nyanyian saya di Youtube akan ditonton ramai pelayar Internet. Pada mulanya, ayah dan kakak saya (Iqhwatul Syafika) hanya memuatkan lagu itu secara suka-suka sahaja.

"Tujuannya supaya saya dapat memperbaiki cara nyanyian dan petikan gitar saya dalam lagu yang dimuatkan dalam Youtube itu. Tetapi saya tidak menyangka pula persembahan itu menjadi tumpuan ramai," ujarnya kepada Hits.

Najwa yang ditemui selepas mengadakan Konsert Kami Prihatin di Universiti Malaya, Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, persembahannya di Youtube itu bukan sahaja menjadi perhatian para peminat tetapi juga media massa.

Jelas pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor ini, ekoran publisiti itu semakin banyak pihak yang tertarik untuk mengenali dirinya secara lebih dekat lagi.

"Selepas lagu-lagu nyanyian saya disiarkan ramai blogger yang membuat ulasan. Antaranya Cik Epal yang membuat komen tentang lagu nyanyian saya yang berjudul Cinta Muka Buku di laman blognya baru-baru ini.

"Ia secara tidak langsung membantu mempopularkan lagi nama saya sehingga berjaya menjadi artis rakaman NAR Records," jelas anak ketiga daripada empat beradik ini yang menandatangani perjanjian baru-baru ini.

Jamal cari kebahagiaan

Posted:

Jamal cari kebahagiaan

Jamal cari kebahagiaan

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar IHSAN PWTC

MENGAKUI dirinya pernah menempuhi zaman kegelapan angkara dadah durjana, sekaligus membinasakan diri serta memporak-perandakan mahligai perkahwinan yang dibina sebanyak dua kali, Jamal Abdillah, 53, kini hanya mahukan kebahagiaan bersama anak-anaknya.

Dikurniakan dua orang anak hasil perkahwinan terdahulu, Osama Yamani,9, dan Ahmad Zaki Yamani,5, Jamal atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah ingin menjalani kehidupan dengan lebih tenang di samping mereka.

Ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur baru-baru ini, Jamal memberitahu, kerja kerasnya sepanjang 32 tahun berkecimpung dalam bidang seni adalah demi anak-anaknya.

"Dengan kudrat yang ada, saya sedaya upaya memberi dan menyediakan masa depan yang terbaik buat anak-anak saya.

"Mereka adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Sebab itulah, saya terus merebut peluang untuk membuat persembahan walau sekecil mana pun majlis yang dianjurkan asalkan bayarannya memadai.

"Alhamdulillah, rezeki saya semakin murah dan tidak pernah putus sampai hari ini walaupun sebelum ini saya pernah dikecam dengan sejarah lampau saya yang kelam," katanya penuh insaf.

Jamal juga menambah, rahsia dia mampu bertahan sehingga hari ini adalah disebabkan sokongan peminat dan media yang tidak putus-putus mendoakan serta menjadi tulang belakang terhadap kariernya sebagai anak seni.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved