Ahad, 2 Oktober 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Jenayah: Pulau Pinang, Johor berbeza

Posted:

Jenayah: Pulau Pinang, Johor berbeza

Jenayah: Pulau Pinang, Johor berbeza

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my

PULAU PINANG 1 Okt. - Membandingkan tahap keselamatan di antara Pulau Pinang dan Johor dianggap tidak adil berikutan kedua-dua negeri mempunyai bentuk geografi dan jumlah penduduk yang amat berbeza.

Malah, Johor mungkin boleh dianggap lebih berjaya daripada Pulau Pinang dalam menurunkan kadar jenayah jika dilihat perbezaan berkenaan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob (gambar) berkata, adalah tidak wajar kedua- dua negeri dibandingkan kerana Pulau Pinang hanya mempunyai lima daerah sedangkan Johor kira-kira 20 daerah.

"Sebagai ketua polis negeri, untuk saya sampai sampai ke lokasi paling jauh mungkin mengambil masa setengah jam.

"Berbanding rakan sejawatan saya di Johor, untuk sampai ke lokasi paling jauh seperti Mersing dan Muar mungkin memerlukan tempoh dua jam.

"Daripada segi geografi berbeza, jumlah penduduk pun berbeza. Justeru, tidak boleh kedua-dua negeri dibanding-bandingkan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini, semalam.

Guan Eng dikatakan memburuk-burukkan Johor dalam satu pertemuan dengan media asing di Singapura baru-baru ini dengan menganggap negeri berkenaan tidak selamat berbanding Pulau Pinang.

Dari segi statistik pula, jelas Ayub, Pulau Pinang berjaya menurunkan indeks jenayah sebanyak 27 peratus tahun lalu manakala Johor 21 peratus.

"Berdasarkan angka ini, tiada beza kerana kadar jenayah di Johor mungkin lima ke enam kali ganda daripada Pulau Pinang.

"Justeru, cabaran di Johor jauh lebih besar daripada kita tetapi mereka mampu menurunkan kadar jenayah ke tahap memuaskan," ujarnya.

15,000 serbu Karnival Kerjaya Pemuda BN

Posted:

15,000 serbu Karnival Kerjaya Pemuda BN

15,000 serbu Karnival Kerjaya Pemuda BN


Zambry Abdul Kadir bersama Abd. Khairul Azwan Harun (kiri) dan Razali Ibrahim menunjukkan isyarat bagus ketika merasmikan laman web www.jobsperak.com di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh, Ipoh, semalam. - MINGGUAN/MOHD NAJIB MOHD. NOR


IPOH 1 Okt. - Lebih 15,000 pengunjung termasuk graduan institusi pengajian tinggi dan lepasan sekolah menyerbu Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN) 2011 yang diadakan di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di sini, hari ini.

Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Azwan Harun berkata, jumlah tersebut melebihi jangkaan pihaknya yang menyasarkan 15,000 pengunjung bagi dua hari penganjuran karnival berkenaan.

Jumlah itu katanya, diperolehi melalui pendaftaran pengunjung dan angka tersebut dijangka terus meningkat menjelang hari terakhir karnival itu esok.

"Melalui karnival ini, kita menawarkan lebih 8,000 peluang pekerjaan daripada 115 agensi yang membabitkan sektor swasta dan awam.

"Kita dapati kebanyakan pengunjung yang hadir hari ini bukan sahaja di kalangan penganggur dan lepasan intitusi pengajian tinggi, malah ada yang sudah mempunyai pekerjaan tetapi mahu mencari pekerjaan lebih baik," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada karnival yang dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi negeri, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid dan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, Datuk R. Ganesan.

Khairul Azwan berkata, sambutan menggalakkan itu menjadi petanda bahawa rakyat terutama golongan muda di negeri ini sentiasa menantikan peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.

Tambahnya, kejayaan tersebut juga membuktikan bahawa kerajaan negeri sentiasa prihatin dan berusaha membantu rakyat bagi mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka.

"Setakat tengah hari ini sahaja kita telah mengumpul hampir 12,000 permohonan pekerjaan dengan separuh daripadanya adalah rakyat negeri Perak. Kesemua permohonan yang diterima ini akan diserahkan kepada agensi yang mengambil bahagian," katanya.

Pengorbanan ibu sumber inspirasi

Posted:

Pengorbanan ibu sumber inspirasi

Pengorbanan ibu sumber inspirasi

KUBANG PASU 1 Okt. - Pengorbanan seorang wanita yang terpaksa berhenti sekolah semasa kecil akibat desakan hidup menjadi pendorong kepada anaknya untuk cemerlang dalam pelajaran sehingga dianugerahkan pingat Emas Canselor pada Majlis Konvokesyen ke-24 Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok di sini, hari ini.

Penerima anugerah berkenaan, Nor Munirah Rasmuni, 23, memberitahu, ibunya, Maharom Sani, 63, tidak berpeluang untuk belajar kerana kesusahan hidup semasa kecil yang terpaksa mengorbankan diri mencari rezeki bagi menyara keluarga.

Graduan Sarjana Muda Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa itu berkata, ibunya itu terpaksa berhenti sekolah ketika di tahun satu selepas kematian datuknya, Sani Fakir dan pengorbanan berkenaan menjadi sumber inspirasinya untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga cemerlang.

"Saya dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Ibu sering bercerita mengenai kesusahan dan ketiadaan peluang belajar berbanding sekarang yang disediakan banyak peluang pendidikan.

"Semua itu menjadi inspirasi bagi saya untuk belajar bersungguh-sungguh" katanya ketika ditemui selepas majlis konvokesyen berkenaan yang disempurnakan oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved