Ahad, 27 Oktober 2013

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


'Ibu segala trak' yang terbaik

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

Oleh MOHD. HASRIQ AMIRUDDIN
bisnes@utusan.com.my

kerangka Nissan Navara yang kukuh menjadikan kenderaan ini kelihatan begitu tegap dan gagah.

NISSAN NAVARA bukanlah satu nama asing dalam kalangan peminat trak pikap terutamanya bagi mereka yang gemarkan keselesaan dalam pemanduan kenderaan pacuan empat roda (4x4) untuk tugasan atau aktiviti lasak.

Malah sejak diperkenalkan pada 2008, jentera yang mendapat jolokan 'ibu segala trak' itu dianggap terbaik dalam kelasnya kerana mengutamakan ciri keselesaan dari segi ruang, penampilan yang dominan dan prestasi yang dinamik.

Jadi tidak hairanlah Nissan Navara menjadi satu daripada model Nissan yang paling laris di Malaysia selain menerima banyak anugerah di peringkat tempatan serta antarabangsa kerana mesra pemanduan dalam kalangan professional dan pengguna lain.

Kini syarikat pengeluar 'ibu segala trak' itu memperkenalkan dua varian yang dinaik taraf ke atas model 4WD A/T LE (Auto) dan 4WD M/T SE (Manual) sebagai langkah Nissan memastikan jenteranya seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini.

Antara proses menaiktaraf tersebut melibatkan bahagian luar Nissan Navara yang diperkemas dengan reka bentuk bampar depan baharu yang lebih mantap dan kukuh, manakala penambahbaikan turut melibatkan rim aloi yang didatangkan dengan pelbagai rekaan jejari yang baharu bersama kemasan dua tona.

Nissan Navara baharu ini juga dilengkapi lampu utama xenon atau lampu kabus yang mematuhi garis panduan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi memastikan pandang pemandu menjadi lebih jelas pada waktu malam.

Bagi menyerlahkan lagi ciri kelasakan dan lambang kemewahan, varian baharu berkenaan dipasang gril krom dengan panel horizontal bersama logo Nissan di bahagian depan trak.

Satu lagi ciri yang dinaik taraf adalah aspek keselamatannya dengan kerangka Nissan Navara yang kukuh dibina menggunakan dua lapisan besi regangan tinggi dan binaan Zon Badan Nissan.

Manakala ciri keselamatan asas lain seperti Edaran Kuasa Brek Elektronik (EBD), Sistem Brek Anti Kunci (ABS) dan dua beg udara.

Dari segi elektronik dan teknologi, pemain audio dinaik taraf dengan sistem infotainmen navigasi dan skrin sentuh bersaiz enam inci yang mempunyai pelbagai fungsi seperti pemain DVD, iPod, USB, Bluetooth dan berfungsi sebagai paparan kamera undur.

Nissan Navara masih mengekalkan penggunaan enjin diesel YD25DDTi suntikan terus dengan dilengkapi sistem suntikan bahan api yang membuatkan penggunaan minyak secara efisien.

Model itu juga menghasilkan kuasa terjahan (tork) paling tinggi untuk kapasitinya dan enjin berkenaan dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan bagi model transmisi automatik dan enam kelajuan bagi transmisi manual.

Beberapa aspek ruangan dalam Nissan Navara masih dikekalkan terutamanya ruang tempat duduk depan belakang yang luas bagi memastikan keselesaan pemandu atau penumpang ketika memandu.

WSA kini pembekal OEM bertaraf antarabangsa

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

volkswagen menaruh kepercayaan yang tinggi kepada WSA untuk menjadi pembekal komponen tulen kepada mereka. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Syarikat pembekal komponen automotif, Kumpulan WSA (WSA) merupakan antara syarikat tempatan yang berjaya menjadi pembekal komponen tulen (OEM) kepada gergasi automotif dunia antaranya Volkswagen (VW), Toyota, Honda dan termasuk Perodua serta Proton.

WSA telah dilantik menjadi pembekal OEM kepada syarikat pengeluar kereta ketiga terbesar di dunia iaitu VW yang merupakan satu pencapaian dan pengiktirafan terbesar, sekali gus menunjukkan syarikat tempatan mampu bersaing secara kompetitif di pasaran antarabangsa.

Komponen automotif utama yang dibekalkan oleh WSA kepada VW adalah alas kepala dan permaidani lantai.

Menurut Pengarah Urusan WSA, Datuk Dr. Wan Mohamed, pelantikan tersebut merupakan titik penting penyertaan WSA dalam menerokai pasaran komponen automotif antarabangsa selepas berjaya menjadi pembekal kepada Proton, Perodua, Toyota dan Honda.

"WSA telah memberi penekanan yang amat khusus kepada penghasilan komponen automotif yang berkualiti tinggi serta bebas daripada kecacatan dan kerosakan," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini baru-baru ini.

WSA kini beroperasi di bangunan pejabat dan kilang yang baharu di atas tanah seluas 3.5 ekar di Kawasan Perindustrian Rawang Perdana, Rawang, Selangor.

Syarikat berkenaan merupakan antara syarikat yang menerima pembiayaan Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF), dalam usaha membantu meningkatkan daya saing vendor-vendor komponen dan peralatan automotif tempatan.

MIDF menawarkan Skim Pinjaman Mudah bagi Automasi dan Modenisasi (SLSAM) bagi pembelian aset tetap seperti bangunan kilang, mesin, peralatan, acuan dan keperluan modal kerja dengan kadar faedah pada empat peratus untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan lima peratus untuk bukan PKS.

MIDF telah memainkan peranan penting kepada kemajuan WSA kerana telah memberi sokongan sejak 10 tahun lalu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Bekas banduan bunuh isteri serah diri - Polis

Posted: 27 Oct 2013 08:35 PM PDT

KUALA LUMPUR 28 Okt. - Seorang lelaki yang baru dibebaskan dari penjara 12 Oktober lalu, menyerah diri kepada polis selepas menikam isteri yang kemudian mati, dalam kejadian di Ladang Bukit Darah Kundang, Sungai Buloh dekat sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, suspek berusia 35 tahun itu menyerah diri di Balai Alam Jaya tidak lama selepas kejadian.

"Dalam kejadian 9 malam itu, suspek pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

"Suspek menggunakan pisau sepanjang 32 sentimeter untuk menikam isteri yang berusia 36 tahun beberapa kali di bahagian belakang, bagaimanapun mangsa sempat melarikan diri ke rumah jiran dalam keadaan berlumuran darah dan meminta bantuan sebelum mati beberapa minit kemudian," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya, siasatan awal juga mendapati pasangan itu sering bergaduh.

Polis sedang meneliti rekod jenayah suspek dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 506 kanun yang sama. - BERNAMA

Peluru sesat: Anggota polis ditahan kerja

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

IPOH 27 Okt. - Seorang anggota polis yang melepaskan tembakan secara tidak sengaja sehingga mencederakan seorang kanak-kanak berusia 10 tahun di Kampung Belanja Kiri, Parit pada 14 Oktober lalu ditahan kerja sehingga kes itu selesai.

Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman telah mengeluarkan surat arahan tersebut pada Jumaat lalu dan surat itu dijangka sampai esok untuk diserahkan kepada anggota terbabit.

"Polis Bukit Aman telah mengeluarkan surat arahan untuk ditahan kerja pada Jumaat lalu dan saya percaya surat itu akan tiba esok (Isnin).

"Surat itu akan dihantar kepada anggota terbabit serentak dengan tindakan tahan kerja. Saya percaya isu ini akan diselesaikan minggu depan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara 2013 di Kelab Golf Diraja Perak hari ini.

Dalam kejadian pada 14 Oktober lalu iaitu sehari sebelum Hari Raya Aidiladha, Mohd. Amar Mohd. Azizi, 10, cedera parah pada leher akibat terkena peluru sesat yang dilepaskan secara tidak sengaja oleh seorang anggota polis ketika mengosongkan senjata di tangga rumah mentuanya di Kampung Belanja Kiri, Parit.

Murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Iskandar Shah, Parit itu selamat menjalani pembedahan berisiko tinggi mengeluarkan sebutir peluru dari kerongkong di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini pada 20 Oktober lalu dan dia dibenarkan pulang ke rumahnya Khamis lalu.

Acryl Sani juga berkata, polis sedang meneliti beberapa aspek untuk mengambil tindakan disiplin ke atas anggota berpangkat Sarjan berusia 50-an itu yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

Antaranya kata beliau, kesalahan membawa senjata api semasa bercuti dengan tidak menyerahkan kepada stor senjata serta tidak mematuhi peraturan semasa mengosongkan senjata.

"Saya beri jaminan kita akan kendalikan siasatan disiplin ini secara telus dan sekiranya perlu, kita akan rujuk kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tetapi kebiasaannya tindakan disiplin diambil oleh kontinjen negeri," katanya sambil memberitahu anggota polis terbabit tidak mempunyai rekod disiplin sebelum ini.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memaklumkan, polis telah melengkapkan dan menyerahkan kertas siasatan kes tersebut ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya kelmarin.

"Polis juga telah mengesyorkan beberapa pertuduhan yang kita fikir bersesuaian dengan insiden yang berlaku. Antaranya Seksyen 37 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 338 Kanun Keseksaan dan beberapa seksyen lain," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Seminar HOTS Utusan tepati PPPM

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

Dr. Ismail (kiri) berbincang dengan pakar pendidik dan pembentang kertas kerja dalam satu persidangan antarabangsa di Paris, Perancis baru-baru ini.

Sistem pendidikan di Malaysia melalui aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-3025 (PPPM) memerlukan mereka mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) atau Higher Order Thinking Skills (HOTS) yang amat bersesuaian dengan keperluan pembelajaran Abad ke-21.

Kemahiran berfikir aras tinggi memerlukan murid mengguna minda secara meluas untuk menghadapi cabaran-cabaran baru.

Ledakan teknologi maklumat telah mengubah landskap pendidikan di peringkat global apabila guru bukan lagi pendeta di atas pentas untuk menjadi rujukan murid tetapi hanya menjadi fasilitator di sisi murid.

Maklumat dapat dicapai oleh murid melalui pelbagai corak pembelajaran yang berlaku dalam talian atau dengan kata lain proses pembelajaran berlaku lebih awal daripada proses pengajaran.

Dalam hal ini murid harus mampu menggunakan daya pemikiran mereka untuk menganalisis maklumat yang mereka terima.

Penggunaan minda secara meluas berlaku apabila seseorang itu perlu mentafsir, menganalisis atau memanipulasi maklumat untuk menjawab soalan atau menyelesaikan masalah yang dikemukakan (Onosko dan Newmann, 1994).

Perluasan maklumat yang sedia ada dalam minda adalah bertujuan menghasilkan sesuatu yang baru atau asli. Masalah-masalah yang mempunyai pelbagai kemungkinan penyelesaian merupakan nadi kepada Pemikiran Aras Tinggi (Zevin, 1995).

Di Malaysia konsep Pemikiran Aras Tinggi ini sudahpun dilaksanakan dan soalan-soalan yang bercirikan HOTS diselitkan dalam peperiksaan.

Walau bagaimanapun pelbagai strategi harus dibentuk untuk meningkatkan lagi pemahaman konsep ini.

Oleh itu satu reka bentuk strategi yang mampu memudahkan guru dan murid melaksanakannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran diperlukan.

Dalam konteks ini Pakar Motivasi dan Pensyarah Cemerlang Gred Khas C, Dr. Ismail Zain dalam penyelidikannya telah berjaya menghasilkan reka bentuk strategi untuk dijadikan panduan kepada guru dan murid bagaimana memupuk kemahiran aras tinggi di kalangan mereka.

Malah, lebih membanggakan reka bentuk strategi itu diterima untuk pembentangan dalam beberapa siri persidangan akademik di peringkat antarabangsa seperti di Itali dan di Paris, Perancis anjuran International Journal of Arts and Science (IJAS) yang berpusat di Amerika Syarikat.

Reka bentuk strategi ini juga dimuatkan dalam Jurnal antarabangsa iaitu dalam The Macrotheme Review: A multidisciplinary journal of global macro trends. Dalam siri keluaran khas The Macrotheme Review 2(2), Spring 2013 Special Issue On Education And Training.

Menyedari kepentingan Kemahiran Berfikiran Aras Tinggi di kalangan murid dan pencapaian yang ditunjukkan oleh Dr. Ismail di peringkat antarabangsa, justeru Unit Pendidikan Utusan Malaysia menjemput beliau menyebarluas ilmu dalam Siri Program Motivasi dan HOTS pada cuti sekolah nanti.

Pengisian program selama tiga hari ini, antaranya termasuklah sesi pengenalan HOTS berdasarkan pengalaman Dr. Ismail berinteraksi dengan pakar pendidik di peringkat antarabangsa dan strategi menjawab soalan HOTS dalam beberapa subjek oleh guru pakar.

Impak seminar ini nanti akan membolehkan murid memahami dan mengaplikasikan HOTS dengan lebih mudah dan mampu menjawab soalan-soalan yang bercirikan HOTS dengan lebih yakin serta tepat.

Untuk mendaftar, sila muat turun borang daripada www.facebook.com/adaponline.

Sebarang pertanyaan, boleh diajukan kepada Fauzi Hamdan di talian 019-5716282.

Ilustrasi kartun sebagai set induksi PdP

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

Kartunis Khazim menyampaikan ceramah tentang teknik penghasilan kartun dan peluang kerjaya yang berkaitan pelukis dalam Program Profesional Chat di MRSM Serting, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

ILUSTRASI kartun walaupun bersifat santai dan lawak namun boleh digunakan sebagai set induksi yang efektif bagi memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah.

Guru Bahasa Melayu MRSM Serting, Zuhana Kamaludin berkata, ilustrasi kartun merupakan salah satu set induksi yang boleh digunakan oleh guru untuk menarik minat dan perhatian murid terutama dalam pengenalan topik baharu.

"Malah melalui karektor dan dialog yang dipaparkan secara tidak langsung dapat menjana idea di samping meningkatkan pengetahuan murid dalam mengetahui isu-isu semasa walaupun disampaikan secara kecindan (unsur humor)," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang Program Professional Chat bersama kartunis Utusan Malaysia, Khazim Sulaiman sempena Mara Intensive Gifted And Talented Youth Programme (MIGTY) di MRSM Serting, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Program yang disertai 150 murid tingkatan tiga maktab itu bertujuan memberi pendedahan kepada mereka tentang kerjaya sebagai kartunis.

Sementara itu, seorang peserta, Sherilyn Benson memberitahu, program tersebut telah mencapai objektifnya dan dia mendapat pengetahuan tentang peluang kerjaya berkaitan kemahiran melukis.

Rakannya, Mohamad Amirul Idham Mohd. Ikhram berpendapat, program itu berjaya memberi pendedahan tentang teknik mencurahkan idea dalam penghasilan sesebuah karya khususnya kartun.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Bukan prestasi Tok Gajah

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
fairuz.yusof@utusan.com.my

Dollah Salleh (tiga, kanan) gembira bersama pemain apabila layak ke final Piala Malaysia ketika perlawanan separuh akhir kedua Sarawak menentang Pahang di Stadium Negeri Sarawak, di sini, semalam.

KUANTAN - Jurulatih Pahang, Dollah Salleh mengakui bahawa anak-anak buahnya tidak menunjukkan prestasi sebenar menentang Sarawak di Stadium Negeri, Kuching kelmarin.

Katanya, mereka cukup berhati-hati bagi memastikan gawang Tok Gajah tidak dibolosi memandangkan skuad Bujang Senang mempunyai rekod baik di gelanggang sendiri.

Jelas Dollah, walaupun tersentak dengan jaringan pembukaan Bobby Gonzalez, ia sebenarnya mengerah semangat pemain-pemain Tok Gajah untuk bangkit mencari gol penyamaan.

Katanya, kemasukan Mohd. Fauzi Roslan selepas penyerang utama, Mantias Conti mengalami kecederaan mengubah corak permainan apabila menjaringkan penyamaan yang menguatkan semula kiraan agregat pada minit ke-73.

"Pemain-pemain tidak menunjukkan prestasi sebenar kerana mereka tahu bahawa Sarawak tidak pernah kalah di gelanggang sendiri. Namun, saya tidak peduli semua itu kerana kami mahu memasuki perlawanan akhir," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi, semalam.

Jelasnya, semua pemain nyata gembira kerana kemarau impian 16 tahun untuk ke perlawanan akhir menjadi kenyataan dan misi sekarang adalah membawa pulang Piala Malaysia ke Pahang pada 3 November ini.

Mengenai masalah kecederaan pemain, beliau memberitahu, kesemua pemainnya berada dalam keadaan baik kecuali Conti yang mengalami kecederaan buku lali.

"Conti telah dibawa ke hospital di sini dan telah menjalani pemeriksaan perubatan serta imbasan. Setakat ini doktor memberitahu beliau tidak mengalami kecederaan serius dan boleh bermain seperti biasa," ujarnya.

Dollah berkata, kesemua pemain kini diberi cuti rehat sebelum meneruskan latihan seperti biasa esok.

Irfan, Fadhli janji yang terbaik untuk Johor DT

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Tunku Ismail (tengah) bersama Muhd. Fadhli (kiri) dan Mohd. Irfan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU - Dua pemain baharu Johor Darul Takzim musim depan, Mohd. Irfan Fazail dan Muhd. Fadhli Shas berjanji memberikan terbaik dalam usaha memastikan kemenangan untuk pasukan.

Mohd Irfan yang merupakan pemain tengah nyata teruja untuk menyertai Johor Darul Takzim, malah tidak sabar untuk menimba pengalaman dan bermain dengan pemain berpengalaman dan dikenali di peringkat antarabangsa, Pablo Aimar.

"Ia merupakan satu cabaran untuk menguji dan menaikkan prestasi untuk diri sendiri," katanya.

Bagi pemain pertahanan, Muhd. Fadhli Shas pula, dia percaya sudah tiba masa untuk dirinya yang sebelum ini anggota skuad bawah Bawah 23 tahun negara pulang menabur bakti kepada negeri sendiri.

"Saya percaya Johor Darul Takzim pasukan yang perlu diberi perhatian dan saya bangga menjadi sebahagian daripadanya," ujarnya.

Kedua-dua mereka masing-masing berusia 22 tahun mengikat kontrak selama dua tahun bersama Johor Darul Takzim dengan tawaran tambahan dua tahun lagi sekiranya mereka mahu terus memberikan perkhidmatan, namun jumlah bayaran diterima tidak didedahkan.

Mereka diperkenalkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam.

Tunku Mahkota Johor berkata, beliau gembira dan berbangga kerana kedua-dua pemain itu kembali menabur bakti kepada negeri ini sekali gus berharap mereka dapat menggunakan segala pengalaman untuk memantapkan lagi pasukan.

Tunku Ismail turut mengesahkan hanya sembilan pemain Johor DT yang beraksi pada musim ini dikekalkan untuk musim depan selain turut mengesahkan penyertaan tonggak Lions XII, Hariss Harun.

Tambahnya, PBNJ masih menjalankan perbincangan dengan beberapa pemain termasuk Safee Sali dan Mohd. Zaquan Adha Abdul Razak untuk menentukan hala tuju mereka musim depan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


18 orang awam maut terkena letupan bom

Posted: 27 Oct 2013 12:51 PM PDT

GHAZNI, Afghanistan 28 Okt. - Seramai 18 orang terkorban termasuk wanita, apabila sebutir bom meletup dalam perjalanan ke majlis perkahwinan di bandar Afghanistan, di sini semalam.

Menurut Gabenor Ghazni, Mosa Khan Akbarzada, kejadian itu berlaku pada pukul 4.30 petang apabila bom tersebut ditanam oleh musuh ketat Afghanistan di daerah Andar.

Sehingga kini, seramai 14 orang wanita, tiga lelaki dan seorang bayi yang terkorban dalam tragedi ini," ujar Mosa. - AFP

16 wanita didenda kerana terlibat kempen

Posted: 27 Oct 2013 12:49 PM PDT

RIYADH 28 Okt. - Seramai 16 orang wanita di negara ini dikenakan denda kerana mengambil bahagian dalam kempen serta melanggar peraturan tradisonal negara ini yang mengharamkan wanita memandu.

Hanya beberapa wanita yang berani memandu kenderaan di bandar raya ini semalam sebagai tindak balas terhadap kempen yang dianjurkan di talian yang bertajuk pilihan wanita memandu.

Polis menahan enam wanita yang memandu di bandar raya ini dan mengeluarkan senda sebanyak 300 riyal (RM249)," kata jurucakap polis, Kolenal Fawaz al-Miman. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bomba siap sedia hadapi banjir

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

KUANTAN 27 Okt. - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri bersiap sedia sepenuhnya bagi menghadapi musim tengkujuh yang boleh menyebabkan banjir di antara Oktober hingga Januari setiap tahun.

Timbalan Pengarahnya, Nazili Mahmood berkata, berdasarkan arahan dari ibu pejabat, pihaknya telah menghantar surat kepada semua balai bomba di Pahang bagi membuat satu pelan perancangan dan analisis risiko bagi mengatasi fenomena itu.

"Pasukan bomba dengan kekuatan 995 orang sentiasa bersedia bagi tugas-tugas menyelamat terutama dalam aspek logistik, keanggotaan dan persekitaran.

"Semua jentera dan bot yang akan digunakan telah diselenggara dengan baik bagi melancarkan operasi," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Menurut Nazili, orang ramai juga diminta sentiasa peka dengan keadaan persekitaran dan mengikuti segala arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa sekiranya berlaku banjir.

"Kesulitan yang sering dialami pasukan penyelamat setiap kali berlakunya bencana alam tersebut ialah penghuni enggan berpindah seperti diarahkan.

"Mereka hanya akan berpindah apabila berada dalam situasi yang kritikal dan ini menyukarkan tugas-tugas menyelamat terutama pada waktu malam," jelasnya.

Tambahnya, penduduk turut disaran menyimpan dokumen penting dan barang berharga di tempat yang selamat bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

"Dalam pada itu, mereka perlu menitikberatkan aspek keselamatan terutama mengawasi anak-anak daripada bermain air atau berkunjung ke kawasan yang tidak selamat.

"Elakkan mengunjungi jeram atau sungai untuk beriadah di musim tengkujuh kerana dikhuatiri pusaran kepala air yang berlaku boleh menyebabkan mangsa lemas," jelasnya.

Sasar kemalangan sifar di tempat kerja

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

Ismail Abd. Muttalib memakaikan topi keledar kepada seorang penunggang motosikal ketika Karnival Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Sektor Pertanian di Maran, Pahang, kelmarin. - UTUSAN/Salehudin Mat Rasad

MARAN 27 Okt. - Kementerian Sumber Manusia melancarkan tema Utamakan Keselamatan Setiap Masa bagi mencapai matlamat kemalangan sifar di tempat kerja serta meningkatkan tindakan pencegahan kemalangan di kawasan itu.

Timbalan Menterinya, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, langkah itu dibuat dengan mengenal pasti, memahami dan menangani segala potensi yang mendatangkan risiko kemalangan berkaitan pekerjaan.

Tegasnya, usaha mencapai matlamat tersebut memerlukan penglibatan serta komitmen tinggi pelbagai pihak termasuk kerajaan, majikan, pekerja dan orang ramai.

"Setiap pihak terbabit perlu berperanan secara berterusan, komprehensif dan bersepadu dalam meningkatkan kesedaran tentang keperluan mewujudkan tempat kerja selamat serta sihat.

"Langkah itu dibuat kerana jumlah kemalangan yang dilaporkan kepada Perkeso (Pertubuhan Keselamatan Sosial) adalah sebanyak 61,552 kes pada 2012. Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.69 peratus berbanding 2011 iaitu sebanyak 59,897 kes," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Karnival Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Pertanian di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini semalam.

Ismail berkata, usaha yang dijalankan kerajaan bersama dengan majikan dan pekerja akan diteruskan bagi mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.

"Usaha perlu dipertingkatkan bagi mengurangkan kadar kemalangan setanding negara maju dengan memastikan penurunan kadar kemalangan sebanyak 30 peratus menjelang 2015," katanya.

Pengedar dadah warga Myanmar ditahan

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

Yahaya Othman (kanan) bersama Mohd. Hamdi Baharuddin (tengah) menunjukkan dadah jenis heroin yang dirampas daripada seorang nelayan warga Myanmar dalam sidang akhbar di Pekan, Pahang, semalam. - BERNAMA

PEKAN 27 Okt. - Seorang pengedar dadah warga Myanmar diberkas polis bersama dadah jenis heroin bernilai RM10,000 ketika berurus niaga bahan itu di ladang sawit Kampung Serun, Nenasi di sini Khamis lalu.

Suspek yang berusia 32 tahun diberkas sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan kira-kira pukul 4.50 petang.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Yahaya Othman berkata, ketika diperiksa suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditahan. Polis menemui 20 peket plastik lutsinar dalam sebuah beg mengandungi dadah jenis heroin seberat 207 gram.

"Suspek tidak memiliki dokumen sah untuk masuk negara ini. Polis turut merampas sekeping kad pengenalan diri Myanmar," katanya dalam sidang akhbar di IPD Pekan, hari ini.

Menurut beliau, suspek dipercayai bekerja sebagai nelayan di Endau, Johor dan masuk secara haram ke negara ini melalui bahagian utara Semenanjung.

"Siasatan juga mendapati lelaki itu baru lagi mengedar dadah di kawasan ini dan menyasarkan kumpulan nelayan," katanya.

Tambah beliau, pihaknya sedang memburu beberapa lagi rakan suspek yang dipercayai mempunyai rangkaian pengedaran dadah di daerah ini.

"Ini merupakan tangkapan terbesar di daerah ini yang membabitkan warga asing yang menjadi pengedar dadah," katanya.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 31 Oktober ini dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Bekas Ketua Hakim Syariah didakwa hina Maidam, Sultan Terengganu

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

KUALA TERENGGANU 27 Okt. - Bekas Ketua Hakim Syariah Kuala Terengganu dihadapkan ke Mahkamah Syariah di sini atas dua pertuduhan kerana menghina dan mempertikaikan pihak berkuasa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan arahan Sultan Terengganu berhubung penstrukturan semula majlis itu pada Oktober tahun lalu.

Tertuduh, Datuk Ismail Yahya, 57, didakwa melakukan perkara itu pada 29 Oktober 2012, bagaimanapun beliau mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syariah Kamalruazmi Ismail oleh Ketua Pendakwa Raya, Mustafar Hamzah.

Bagi pertuduhan pertama, Ismail didakwa bertindak secara bertulis menghina Maidam melalui suatu surat yang dihantar kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Terengganu di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Terengganu.

Dalam surat tersebut, kata-kata yang ditulis seperti; "Oleh yang demikian jelas kelihatan bahawa usaha Maidam untuk mengambil alih dan meletakkan pentadbiran Mahkamah Syariah Terengganu di bawah kawalannya adalah merupakan satu usaha ke arah melakukan perbuatan maksiat. Adalah menjadi tanggungjawab ke atas sesiapa yang bertanggungjawab supaya tidak memberi sokongan ke atas usaha sedemikian itu".

Bagi pertuduhan kedua di lokasi dan tarikh yang sama, tertuduh juga didapati bertindak secara bertulis melalui suatu surat yang ditujukan kepada SUK mempertikaikan arahan Sultan Terengganu sebagai Ketua Agama Islam yang telah mengampuni perkenan pelaksanaan penstrukturan baru Institusi Pentadbiran pejabat Maidam sebagaimana yang telah dinyatakan dalam minit mesyuarat Maidam kali ke-5 pada 21 Oktober lalu.

Antara kata persoalannya; "Adakah cadangan yang hendak dilaksanakan Maidam itu bermaksud mahu mencampuradukkan kuasa kehakiman ke dalam kuasa pentadbiran? Seterusnya timbul pula persoalan apakah hukumnya mengikut Hukum Syarak mencampuradukkan kuasa kehakiman ke dalam kuasa pentadbiran?".

Selain itu, tertuduh turut menyoal; "Adakah tindakan Maidam yang sedang berusaha dan bersungguh-sungguh mahu meletakkan pentadbiran Mahkamah Syariah Terengganu di bawah kawalannya itu, bererti tidak mahu mengikuti Hukum Syarak dan peruntukan undang-undang yang tersedia dalam negara kita baik pada peringkat negara mahupun peringkat negeri?".

Sehubungan itu, Ismail dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 10 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang boleh membawa hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagaimanapun mahkamah kemudian membenarkan Ismail yang tidak ditemani peguamnya diikat jamin sebanyak RM800 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 26 Februari depan untuk tarikh perbicaraan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Pakej Projek Usahawan Lebah bantu generasi muda jadi usahawan

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

ISMAIL Sabri Yaakob melihat rumah lebah dan madu selepas majlis pelancaran Pakej Projek Usahawan Lebah di Dewan Majlis Daerah Bera, Padang Luas, Bera, Pahang, semalam. Turut kelihatan Baharom Jani (dua dari kanan). - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

BERA 27 Okt. - Pakej Projek Usahawan Lebah mampu menarik minat generasi muda menjadi usahawan dalam bidang ternakan itu yang menawarkan pendapatan kira-kira RM5,000 sebulan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, melalui pakej itu generasi muda yang berminat akan diberi latihan jangka pendek dan sederhana di pusat latihan tertentu termasuk di Pusat Apiari Nasional di Batu Pahat, Johor.

Menurut beliau, pihaknya akan menyediakan khidmat nasihat berhubung penyediaan keperluan penternakan seperti tanah, rumah lebah dan persekitaran sesuai ke arah melahirkan usahawan bidang itu yang berjaya.

"Selain bimbingan dan pemantauan berterusan oleh agensi di bawah kementerian, kemudahan pembiayaan melalui Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dan Agrobank juga disediakan bagi mereka yang berminat.

"Bermula hari ini, Pahang menjadi lokasi projek perintis dan kita akan ke seluruh negara bagi memberi penerangan mengenai pakej ini," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan pakej itu di Dewan Majlis Daerah Bera, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Dr. Baharom Jani.

Ismail Sabri berkata, nilai import madu mentah negara tahun ini dijangka mencecah RM50 juta iaitu meningkat daripada RM26.7 juta pada 2008 dan RM40.8 juta (2011).

Nilai itu, tambah beliau, hanya membabitkan madu mentah dan tidak termasuk keperluan madu untuk produk hiliran yang dijangka melibatkan jumlah lebih besar.

Menurutnya, melalui pakej itu juga pihaknya menyasarkan menambah bilangan usahawan lebah yang kini sebanyak 730 orang.

"Menjelang akhir tahun ini, kita menyasarkan sebanyak 25 lagi usahawan lebah dapat dilahirkan di seluruh negara dengan setiap Parlimen di Pahang melahirkan sekurang-kurangnya lima usahawan lebah di setiap daerah," katanya.

Beliau berkata, usaha itu juga dapat mengurangkan import sumber tersebut selain mencapai hasrat menjadikan Malaysia pengeluar utama madu lebah di rantau Asia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Fizo-Mawar nikah dua minggu lagi

Posted: 27 Oct 2013 12:38 AM PDT

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Kurang dua minggu dari sekarang pelakon Fizo Omar, 28, bakal bergelar suami kepada model pakaian muslimah, Mawar Abdul Karim, 23.

Menurut Fizo, buat masa ini keluarga kedua-dua belah pihak sedang sibuk membuat persiapan untuk hari pentingnya itu.

"Memang saya sangat sibuk membuat persiapan untuk hari perkahwinan yang bakal berlangsung sekitar dua minggu lagi. Saya harap semua pihak mendoakan agar semua persiapan ini akan berjalan dengan lancar," katanya yang akan mengadakan sidang akhbar pengumuman tarikh pernikahannya di The Curve, Damansara esok.

Fizo memberitahu majlis pernikahannya bakal menjadi satu majlis yang cukup istimewa, meriah dan dipenuhi dengan kehadiran mereka yang terapat dalam kehidupannya.

"Bagaimanapun kami tetap akan mementingkan kesederhanaan sebagai teras kepada segala persiapan," kata pemilik rangkaian francais Hot Burger ini. - UTUSAN ONLINE

Hal cinta bukan main-main

Posted: 27 Oct 2013 05:43 AM PDT

Oleh SYED MUSSADDAD SYED MAHDI
mussaddad.mahdi@utusan.com.my

ADA kalanya dia keliru dengan hari-hari yang dilalui. Dia risau apabila sesetengah pihak begitu berminat mengambil tahu kisah peribadinya terutama soal hati dan perasaan yang sepatutnya disimpan rapi untuk diri sendiri.

Sedang melalui fasa percintaan bersama aktor Pekin Ibrahim, dia tahu banyak mata yang memerhati.

Cuma yang membuatkan Uqasha Senrose pelik tatkala melihat orang terlalu obses ingin tahu mengenai perkembangan cintanya itu.

Lebih senang bersikap jujur, Uqasha berkongsi rasa bersama Pancaindera mengenai kisah panas tentang status terkini dirinya yang dikatakan sudah putus kasih dengan buah hatinya itu.

Tidak kisah berkongsi cerita tentang apa yang sedang dilalui, Uqasha mengakui kontroversi tersebut hanya salah faham antara dirinya dan Pekin.

Saya masih kekasihnya. Dan tak berhajat nak pulangkan cincin tanda yang diberikan oleh Pekin," tegas Uqasha menyangah perihal gosip panas yang melanda hubungannya dengan Pekin sepanjang minggu ini apabila dikatakan curang yang mengaitkan nama Sharnaaz Ahmad sebagai orang ketiga.

Namun dalam kejujuran itu, ada rasa kurang enak yang melanda dirinya.

Saya selalu rasa serba salah. Bila orang bertanya tentang hal cinta, saya akan bercakap jujur apa yang kami lalui. Tapi bila terlalu banyak disogokkan dengan kisah cinta saya risau.

Saya tak mahu dikatakan menjaja kisah cinta berbanding hal kerjaya," jelas Uqasha.

Sedar dirinya masih baru sebagai anak seni, masih banyak yang perlu dipelajarinya. Paling tidak apa sahaja yang cerita buruk yang berlaku selama ini dijadikan sempadan dan pedoman untuk melalui hari-hari mendatang.

Fokusnya kini bukan sahaja pada kisah-kisah cinta. Dia memasang niat mahu mengejar cita-cita sebagai pelakon berbakat besar yang pada akhirnya akan diangkat ke tempat tertinggi.

Jika anda tanya apa yang saya mahu sudah tentu saya mahukan kejayaan dalam mengharungi hidup sebagai anak seni. Saya hanya mahu jujur pada diri," tegas gadis yang berusia 20 tahun ini.

Kejujuran

Sudah termaktub dalam perjanjian ketika bersetuju bernaung sebagai artis residen Metrowealth International Group (MIG) untuk tidak bercinta sesama sendiri, Uqasha sedar risiko yang diambil apabila jatuh cinta dengan Pekin yang sebumbung dengannya ketika itu.

Malah pengakuan jujur tentang cintanya kepada Pekin telah menimbulkan perselisihan pendapat antara mereka dengan Ketua Pegawai Eksekutif MIG, David Teo seperti yang dilaporkan sebelum ini.

David ketika itu menempelak mereka kerana buta dalam bercinta.

Rentetan daripada perang dingin antara Pekin dan David juga menyebabkan pelakon filem Bunohan itu mengambil keputusan untuk membawa haluan sendiri.

Untungnya kisah Uqasha tidak terlalu besar dan berjaya diselesaikan dengan baik. Tidak menyangka apa yang berlaku pada Aeril Zafrel dan Wawa Zainal lebih dahsyat daripada kisahnya, dia bersimpati pada pasangan berkenaan.

Tegas pelakon filem Paku Pontianak itu, tiada apa yang mampu dilakukannya memandangkan hanya mereka berdua sahaja yang tahu perit dan pedih menghadapi situasi berkenaan.

Saya simpati pada kisah mereka tapi dalam masa yang sama gembira kerana mereka sudahpun ada cahaya mata sendiri. Untuk bercakap lebih pasal mereka mungkin tidak meskipun ada yang menganggap kisah antara kami lebih kurang sama.

Sebagai artis MIG saya masih menghormati permintaan syarikat yang melarang percintaan sesama artis residen. Saya faham apa yang David Teo mahukan selepas melalui perkara berkenaan sebelum ini.

Dia tak mahu kisah cinta dan kontroversi menjadi cerita utama yang akan dijaja. Kalau boleh dia mahu kami fokus pada kerjaya dan tidak langsung terheret dalam kancah percintaan mungkin melalaikan.

Tapi hati manusia tak mungkin boleh tunduk bila sudah terpaut pada orang yang betul. Bila kisah cinta saya dan Pekin diketahui ramai, saya berjaya menyelesaikannya dengan baik.

Apa yang saya lakukan hanya berbincang elok-elok dengan dia. Dia faham soal hati memang tak boleh dibuang begitu sahaja," cerita Uqasha.

Bagi kakak kepada pelakon Nelydia Senrose ini, dia menjadikan perkara tersebut sebagai pengajaran besar dalam hidupnya. Kejujuran menjadi perkara utama yang dipegang olehnya tanpa menyorokkan apa-apa.

Jika sekali kita menipu, akhirnya penipuan itu akan jadi berkali-kali. Percayalah," tegasnya.

Cinta Pekin

Saat terkenang akan kisah cintanya bersama Pekin dia sendiri tidak menyangka fasa cinta yang mereka lalu begitu cepat yang tak pernah dibayangkan selama ini.

Menganggap lelaki berkenaan cukup matang menghadapi dirinya yang masih muda, perjalanan cinta mereka berjalan baik meskipun baru sahaja bermula tak sampai setahun.

Memang kalau nak ikutkan kami kenal tak lama mana pun. Bila sudah kenal, Pekin terus ambil keputusan untuk berjumpa dengan keluarga saya. Ini perkara serius dah bukan main-main.

Kalau dia nak seronok-seronok tak mungkin dia terus jumpa ibu saya untuk menyampaikan hasratnya. Tak semua lelaki seperti dia dan tak ada sebab untuk saya menolaknya," cerita Uqasha lagi.

Pekin bukan

omong kosong

Rentetan daripada pertemuan pertama bersama ibu pelakon berkenaan yang akhirnya membawa kepada majlis merisik yang diadakan pada 6 Julai yang lalu.

Tidak menganggap apa yang berlaku terlalu pantas, pelakon drama Plan B ini menganggap semua ini merupakan satu perjalanan hidup yang akan dilalui oleh semua orang.

Hal cinta ini bukan hal main-main. Kalau sudah ada orang yang betul-betul baik kenapa saya harus tolak.

Sejak dulu lagi saya dah beritahu ibu yang saya nak berkahwin pada usia yang muda. Kalau jodoh saya dah sampai bila-bila dari sekarang pun tak ada masalah.

Kalau lambat pun tak mengapa. Saya tak kisah sangat dengan hal tersebut. Apa-apa pun semuanya saya serahkan pada Allah," jelasnya.

Meskipun majlis merisik sudah diadakan, Uqasha dan Pekin masih belum memikirkan tarikh sesuai namun merancang untuk berumahtangga tahun hadapan.

Ini fasa untuk saya mengenali sesama sendiri dengan lebih rapat lagi dan dalam masa yang sama masa untuk mengumpul duit sebelum ke jenjang pelamin," katanya.

Masih belajar

Belum mencecah usia setahun bergelumang dalam bidang lakonan, tidak dinafikan Uqasha sudah diberi peranan besar dalam beberapa buah filem dan juga drama.

Tidak mendabik dada dengan apa yang telah dikecapi selama ini, dia bersyukur kerana berpeluang bergandingan dengan nama-nama besar yang lain dalam setiap produk karyanya.

Saya masih baru dan masih banyak perkara yang perlu dipelajari. Kalau nak ikutkan masih banyak ilmu lakonan yang saya kena cari untuk menempatkan diri sebagai pelakon berbakat.

Sebab itu bila berada di lokasi saya lebih gemar bercampur dengan rakan-rakan artis yang lebih senior. Saya hormat kerana pengalaman mereka tidak ternilai dan sangat berguna," tambahnya lagi.

Bagi Uqasha sebagai orang baru dia juga tak mahu dikatakan sebagai pelakon yang hanya menjual cerita peribadi tetapi tidak boleh berlakon.

Bukan sekali dua dia mendengar rungutan orang lama terhadap pelakon baru yang dituduh sebagai berlagak diva dan sombong di lokasi penggambaran.

Setakat ini saya belum lagi pernah dikata sebegitu. Saya masih hormat pada mereka yang lebih senior dah kru-kru di lokasi. Mereka semua orang penting yang harus dihormati.

Jika pelakon lain saya tak tahu. Cukuplah saya menjaga tingkah laku sendiri," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


GST: Mengurus reaksi rakyat

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

Rohaimi Shafie
PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia

ORANG ramai menonton televisyen siaran secara lansung pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah kedai menjual peralatan elektrik di Taman Chai Leng, Butterworth Pulau Pinang, Jumaat lalu. - UTUSAN/ Sazali Che Din.

Apakah reaksi rakyat Malaysia sebaik-baik sahaja pembentangan Bajet 2014 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak? Saya difahamkan, sebaik-baik sahaja pembentangan Bajet 2014, terdapat rakyat kita yang pergi membeli gula dengan jumlah yang banyak. Ini kerana keesokan harinya, harga gula meningkat ekoran kerajaan menghapuskan subsidi gula.

Reaksi sebegini bukanlah sesuatu yang baru yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia. Kita sering melihat kenderaan berpusu-pusu beratur di stesen minyak sebaik-baik sahaja kerajaan mengumumkan rasionalisasi subsidi petrol.

Rakyat Malaysia sanggup beratur menunggu sebegitu lama hanya kerana ingin membeli minyak dengan harga yang lebih murah. Ini reaksi yang ditunjukkan oleh rakyat kita.

Bagaimana pula dengan reaksi rakyat Malaysia apabila kerajaan mengumumkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015? Saya menjangkakan pelbagai reaksi akan ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.

Antara jangkaan saya ialah GST pastinya akan dijadikan isu politik seperti mana yang berlaku di negara-negara lain. Sejak sekian lama, GST ditangguhkan kerana terdapat desakan politik yang boleh memberi persepsi negatif kepada rakyat.

GST bukanlah satu jenis cukai yang baharu. Pada masa ini pun, negara kita melaksanakan cukai jualan dan perkhidmatan. Namun terdapat beberapa kelemahan seperti yang diumumkan oleh Najib, misalnya kesan cukai berganda ke atas pengguna, isu perpindahan harga dan ketiadaan pelepasan cukai ke atas barang yang dieksport.

Malahan, GST mampu mengurangkan risiko pengurangan hasil kerajaan ekoran kelemahan sistem pencukaian yang sedia ada. Ini kerana setiap daripada kita memerlukan barangan dan perkhidmatan saban hari. Dengan melaksanakan GST, hasil kerajaan akan dapat diperluaskan.

Persoalan yang memberi reaksi negatif kepada rakyat ialah, adakah ia bakal membebankan orang awam? Inilah persoalan utama yang perlu diperjelaskan oleh pihak-pihak berkenaan kepada rakyat dalam tempoh 17 bulan ini.

Saya yakin pihak kerajaan sudah bersedia untuk memberi penerangan sepenuhnya kepada rakyat menggunakan pelbagai medium komunikasi terutamanya kesannya ke atas beban rakyat.

Persoalan utama ini pada asasnya telah dijawab oleh beberapa pakar pencukaian dengan menggunakan pendekatan pengiraan. Dalam sistem pencukaian GST, pihak peniaga yang membeli barangan bertujuan untuk menjual kepada pengguna akhir layak menuntut input tax credit.

Bagaimanapun, terdapat kes penipuan di negara lain dalam tuntutan input tax credit dalam kalangan peniaga. Ini merupakan antara cabaran pihak penguat kuasa bagi mengenal pasti pihak yang benar-benar layak menuntut input tax credit.

Selain itu, meskipun harga yang dijual kepada pengguna akhir berkemungkinan lebih murah tetapi tidak mustahil penjual menjual dengan harga yang sama sebagaimana harga sebelum GST dilaksanakan.

Maka, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2010 menjadi mekanisme penting dalam mendakwa pihak yang mengaut keuntungan secara berlebihan.

Sudah tentu, rakyat mengharapkan pihak berkenaan yang menguatkuasakan akta ini akan lebih aktif dan agresif bagi memastikan harga barangan dan perkhidmatan pada tahap yang sepatutnya.

Najib juga telah mengumumkan bahawa terdapat barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan GST. Barangan asas dikecualikan GST. Ini sesuatu yang cukup menarik kerana dibimbangi dalam tempoh tiga hingga empat bulan sebelum GST dilaksanakan, pengguna akan berpusu-pusu membeli barangan dalam jumlah yang banyak kononnya bagi mengelak GST sebagaimana yang berlaku apabila kerajaan merasionalisasikan subsidi minyak dan gula.

Akibatnya, tiga hingga empat bulan selepas pelaksanaan GST, perbelanjaan pengguna berkurangan dan ini tidak baik untuk ekonomi negara. Oleh itu, kerajaan perlu melipat gandakan penerangan kepada rakyat berkenaan dengan harga barangan dan perkhidmatan sebelum dan selepas pelaksanaan GST.

Jika boleh dalam tempoh 17 bulan ini, setiap hari rakyat dihidangkan maklumat mengenai GST kerana masih ramai rakyat Malaysia yang kurang faham mengenai GST. Sebagai contoh, adakah seseorang pembeli itu dikenakan GST sekiranya dia membeli sebidang tanah daripada orang kampung?

Begitu juga, rakyat ingin mengetahui siapakah yang layak memohon lesen GST? Ini kerana dibimbangi ada yang mengambil kesempatan mengenakan GST ke atas pengguna akhir.

Dengan pelaksanaan GST, kadar cukai pendapatan individu diturunkan di antara satu hingga tiga peratus. Pengurangan ini akan meningkatkan lebihan wang rakyat. Ini sedikit sebanyak boleh memberi kelegaan kepada rakyat apabila GST dilaksanakan.

Meskipun GST disifatkan sebagai sistem pencukaian yang lebih adil dan saksama berbanding sistem pencukaian semasa yang diguna pakai oleh Malaysia, namun tempoh 17 bulan bermula sekarang sehinggalah 1 April 2015 adalah tempoh yang cukup kritikal bagi kerajaan untuk menerangkan kepada rakyat secara telus dan terperinci berkenaan dengan sistem pencukaian GST.

Malahan, tempoh 17 bulan ini juga cukup penting buat ahli-ahli perniagaan bersedia untuk bersama-sama dengan kerajaan melaksanakan GST. Dengan kerjasama dan persediaan yang rapi serta pemahaman yang jelas dalam kalangan rakyat, peniaga dan kerajaan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO), reaksi negatif akan dapat diuruskan dengan baik.

Seterusnya, apabila dilaksanakan kelak, ia bakal memberi manfaat jangka panjang kepada rakyat dan negara.

Tertarik dengan Keesaan Allah

Posted: 27 Oct 2013 11:08 AM PDT

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

IRENA Handono (tengah) dan Insan L.S. Mokoginta (kanan) ketika memberikan ceramah pada satu seminar di Melaka, baru-baru ini.

APAKAH rahsia kekuatan yang terdapat pada agama Islam sehingga ia menjadi tarikan kepada penganut agama lain?

Bagi kita yang dilahirkan sebagai Muslim dan Muslimah mungkin tidak menyedarinya, tetapi pada hakikatnya ketegasan Islam untuk mempertahankan keesaan Allah adalah sebab utama penganut agama lain memilih agama ini.

Rahsia kekuatan Islam itu diketahui setelah menghadiri satu seminar di Melaka baru-baru ini yang antara penceramah yang turut ditampilkan ialah dua individu berketurunan Tionghoa Indonesia yang telah mendapat hidayah untuk memeluk Islam.

Mereka ialah bekas biarawati, Irena Handono dan seorang pendakwah, Insan L.S. Mokoginta yang pada asalnya beragama Kristian Katolik.

Irena yang nama asalnya Han Hoo Lie dilahirkan pada 1954 di Surabaya, Jawa Timur.

Pada 1983, beliau memutuskan untuk beralih memeluk Islam dengan mengucap dua kalimah syahadat di Masjid Al-Falah, Surabaya.

Menceritakan kisah pengislamannya, Irena yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik itu berkata, semuanya berlaku setelah beliau memutuskan untuk mempelajari Islam daripada sumber asalnya iaitu al-Quran.

Katanya, keputusannya itu dibuat setelah tidak berpuas hati dengan dakyah sesetengah pihak yang mahu Islam dinilai daripada amalan dan budi pekerti penganut agama itu.

"Ketika masih bukan Islam, saya diminta melihat negara-negara yang mempunyai banyak umat agama berkenaan. Saat itu dikatakan di negara saya, Indonesia orang yang miskin, bodoh, mempunyai sifat pengotor dan tinggal di pinggir-pinggir sungai adalah orang Islam.

"Cara pengenalan terhadap Islam sebegini ternyata tidak hanya pada zaman saya masih muda sahaja iaitu pada 1980-an tetapi terus berlanjutan sampai ke hari ini.

"Ia bertambah kencang lagi setelah peristiwa 911 atau 11 September 2001 apabila orang Islam diberikan label baharu iaitu sebagai pengganas," katanya.

Beliau berkata, dirinya tidak dapat menerima logik yang diberikan itu kerana jika digunakan hujah yang sama, ramai juga bukan Islam yang melakukan perbuatan yang keji termasuk menganggotai kumpulan mafia di Itali.

Katanya, adalah tidak wajar untuk menilai kebenaran sesuatu agama berdasarkan perlakuan penganutnya, sebaliknya ia hanya boleh diukur menerusi sumber utama ajaran agama itu sendiri dan bagi Islam adalah al-Quran.

"Saya pada mulanya telah meminjam senaskhah al-Quran yang ditulis dalam bahasa Arab sepenuhnya.

"Malangnya, pertama kali saya membuka kitab suci al-Quran, saat itu saya bingung kerana tidak tahu kitab itu mana yang depan, mana yang belakang, mana yang atas dan mana yang bawah. Bingung saya tidak mengerti.

"Ketika saya membuka dan saya melihat hurufnya, lebih bingung lagi, hurufnya itu kata orang Betawi seperti cendol, panjang-panjang dan bulat-bulat. Semakin saya tidak mengerti," jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, halangan itu tidak menghentikan sifat ingin tahu beliau yang akhirnya berjaya mendapat al-Quran terjemahan dalam bahasa Indonesia.

"Yang mula-mula dibaca saya adalah di bahagian belakang al-Quran iaitu surah-surah yang pendek-pendek dan kebetulan yang pertama dibaca saya adalah Surah al-Ikhlas.

"Kenapa saya membaca surah ini terlebih dahulu, inilah ketentuan Allah dan saat itu saya hanya mampu membaca terjemahan," ujarnya.

Katanya, terjemahan itu membawa maksud: "Katakanlah: Dia-lah Allah Yang Maha Esa. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia."

"Ketika membaca surah itu, maka reaksi saya menyatakan ini yang benar bahawa Allah itu Maha Esa, tempat bergantung semua makhluk dan tidak beranak dan diperanakkan. Dia tidak perlu berkongsi dan tidak ada awalnya.

"Saya bersyukur kerana akhirnya mendapat hidayah kerana berani bertanya berbanding sesetengah pihak yang tidak berani mempersoalkan ajaran agama yang dianuti sejak lahir semata-mata kerana takut dituduh telah melakukan dosa.

"Setelah membaca Surah al-Ikhlas, saya benar-benar yakin Islam adalah agama Allah dan alhamdulillah dengan susah payah, akhirnya ketika berusia 29 tahun pada 1983 iaitu sehari sebelum bulan suci Ramadan, saya mengucapkan dua kalimah syahadat," katanya.

Dalam pada itu, Irena berkata, umat Islam hendaklah bertegas untuk memastikan kalimah Allah tidak digunakan oleh penganut agama lain kerana ia bertentangan dengan maksud perkataan Allah dalam Islam yang merujuk kepada Allah Yang Maha Esa, Yang Satu dan Yang Tunggal.

Beliau berkata, di Indonesia penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain sukar dihapuskan kerana amalan itu telah dibuat sejak zaman penjajahan Belanda.

"Keadaan di Malaysia masih lagi boleh dikawal. Apa yang kami alami di negara kami, jangan sampai terjadi pula di Malaysia.

"Penganut agama lain mahu dibenarkan menggunakan kalimah Allah kerana berpegang kepada prinsip semua agama adalah sama. Kalau semua agama sama, saya tidak akan tinggalkan agama saya dahulu," ujarnya.

Sementara itu, Insan yang nama asalnya Wenseslaus Cong Mokoginta berkata, beliau tertarik dengan kandungan al-Quran yang tidak pernah berubah sejak diwahyukan kepada Nabi Muhammad.

Katanya, al-Quran juga tidak bercampur aduk antara firman Allah dan sabda Nabi Muhammad kerana Islam mempunyai kaedah tersendiri bagi mengasingkannya.

"Firman Allah terkandung dalam al-Quran, manakala perbuatan atau kelakuan Nabi Muhammad yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabatnya dikategorikan sebagai hadis manakala sejarah tentang Rasulullah dinamakan sebagai Sirah Nabawiah.

"Apabila saya mengkaji kitab-kitab agama lain, kandungannya bercampur aduk. Ada firman Tuhan, ada sabda daripada Nabi, ada daripada penulis kitab itu sendiri dan ada daripada orang yang dikenal, mahupun tidak dikenal.

"Sementara kandungannya pula ada perintah dan larangan Allah, daripada Nabi-Nya, ada ajaran daripada penulis kitab tersebut, ada cerita-cerita tentang sejarah dan khurafat.

"Apabila telah bercampur semua antara hak dan batil, maka ia tidak boleh lagi dianggap sebagai firman Allah keseluruhannya. Dalam Islam apabila bercampur kedua-duanya, maka kesimpulannya semua adalah batil," ujarnya yang berasal dari Kotamobagu, Manado di provinsi Sulawesi Utara, Indonesia.

"Dalam kitab agama lain, Nabi-nabi digambarkan dengan kelakuan yang amat buruk. Nabi Daud dikatakan telah menghamilkan isteri orang bawahannya sehingga melahirkan anak dan baginda kemudiannya membunuh suami wanita tersebut," katanya.

Tambah beliau, sebab lain beliau tertarik dengan Islam kerana al-Quran menggambarkan para Nabi dengan akhlak yang mulia dan itulah sifat yang sepatutnya dimiliki semua utusan Allah.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Nokia Lumia 625

Posted: 27 Oct 2013 05:43 AM PDT

Kamera bersepadu Nokia Camera Smart, menawarkan ciri-ciri berguna seperti mengeluarkan objek yang tidak diingini daripada gambar.

WALAUPUN nama Nokia tidak sehebat Samsung kini tetapi, Nokia terus berusaha memenuhi keperluan pelanggan dengan melancarkan Nokia Lumia 625, telefon pintar 4G bagi memberikan pengalaman baru.

Lumia 625 memberikan hiburan dengan kelajuan tinggi kepada pelanggan dengan skrin yang luas 4.7 inci dengan skrin LCD super- sensitif skrin serta akses kepada Internet 4G.

Dibina bagi anugerah reka bentuk Lumia Nokia, model Lumia Nokia 625 termasuk lima jenis warna terang ditambah dengan Live Tile yang menyerlahkan peribadi yang dibawa oleh Windows Phone 8 .

Lumia Nokia 625 juga menyediakan banyak inovasi yang ditemui dalam Nokia Lumia 1020 sebelum ini.

Ini termasuk pelbagai aplikasi seperti kamera bersepadu Nokia Camera Smart, menawarkan ciri-ciri berguna seperti mengeluarkan objek yang tidak diingini daripada gambar dan Nokia Cinemagraph yang mengubah gambar menjadi kenangan indah dengan menambah pergerakan.

" Dengan skrin telefon pintar terbesar kami setakat ini, Lumia Nokia 625 adalah contoh terbaik bagaimana Nokia menyampaikan inovasi kepada telefon pintar setanding dengan harganya pengalaman di setiap titik harga," kata Naib Presiden Eksekutif Nokia Smart Devices, Jo Harlow.

Dijana versi terbaru Windows Phone 8 termasuk Nokia Lumia Amber yang dikemaskini, Lumia Nokia 625 menawarkan pengalaman mewah dan mudah untuk telefon pintar pada harga yang kompetitif.

Live Tile kini berada di skrin utama dan People Hub menjadikannya mudah untuk terus berhubung dengan rakan-rakan dan keluarga.

Telefon Windows 8 juga termasuk Xbox Live , Microsoft Office, dan 7GB penyimpanan SkyDrive dalam talian untuk membuat hidup lebih mudah.

Dengan akses kepada lebih 165,000 aplikasi termasuk YouTube, Temple Run dan WhatsApp, Lumia Nokia 625 menawarkan keseronokan mudah alih yang lebih cepat, serta lebih selamat melayari dengan Internet Explorer 10 - menjadikan ia sesuai untuk menonton video, permainan dan kandungan lain.

Lumia Nokia 625 juga menawarkan kad sokongan memori SD yang membolehkan penyimpanan tambahan sehingga 64GB.

Nokia Music menyediakan aliran yang tidak terhad campuran bebas iklan tanpa pendaftaran atau langganan, ditambah dengan keupayaan untuk memuat turun campuran dengan Nokia Lumia 625.

Nokia juga telah bekerjasama dengan Coloud untuk mewujudkan headphone BOOM yang menggabungkan kehebatan audio dengan nilai yang baik dan mikrofon bersepadu dan butang untuk panggilan suara dan kawalan muzik.

Dengan skrin besar dan sambungan super cepat, Lumia Nokia 625 menawarkan peta terkemuka dan pengalaman lokasi dari HERE, menyediakan peta percuma, navigasi turn-by-turn dan panduan pengangkutan awam.

Lumia Nokia 625 boleh didapati dalam pelbagai warna termasuk oren, kuning, hijau muda, putih dan hitam.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved