Khamis, 21 Julai 2011

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pencuri kekenyangan diberkas

Posted:

Pencuri kekenyangan diberkas

Pencuri kekenyangan diberkas

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


SEORANG pembantu rumah menunjukkan mi segera yang dinikmati oleh pencuri sebelum tertidur akibat kekenyangan di kawasan perumahan Jalan Bayam, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 21 Julai - Tindakan seorang pencuri mabuk menjamu selera dengan mi segera dan minum kopi di rumah yang dicerobohnya membawa padah apabila dia ditangkap polis selepas tertidur di sebuah bilik di rumah itu kerana kekenyangan.

Kejadian pukul 11.30 pagi di kawasan perumahan Jalan Bayam pada Sabtu lalu itu disedari pemilik rumah yang juga pesara guru, Foo Ai Siew, 63, sebaik sahaja pulang daripada menziarahi anaknya di Kampung Wakaf Stan dekat sini.

Ketika ditemui, lelaki berusia 30-an itu turut mengambil sebuah kipas di ruang tamu untuk keselesaan semasa tidur di dalam bilik di tingkat bawah rumah.

Menurut Ai Siew, dia ke rumah anaknya pada malam Khamis lalu kerana mempunyai urusan dan hanya pulang dua hari kemudian.

"Ketika cuba hendak buka pintu rumah, saya hairan apabila mendapati pintu tidak berkunci sedangkan saya menguncinya sebelum meninggalkan rumah tempoh hari.

"Sebaik sahaja membuka pintu, saya terkejut mendapati rumah dalam keadaan berselerak dan semua laci kabinet televisyen terbuka selain alat pemain cakera digital juga hilang," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Dia yang curiga membuat keputusan untuk tidak masuk ke dalam rumah kerana bimbang akan keselamatannya dan segera menelefon anaknya, Wong Hwee Hoon, 35.

"Sejurus sampai, anak saya segera masuk ke dalam rumah dan melihat pencuri itu sedang tidur nyenyak malah turut membawa masuk kipas dari ruang tamu ke dalam bilik untuk lebih selesa.

"Saya meminta bantuan daripada jiran-jiran dan mereka menasihatkan supaya memanggil polis untuk menahan pencuri tersebut. Beberapa minit kemudian polis datang dan menahan lelaki berkenaan," ujarnya.

Tambahnya, dia kerugian hampir RM1,000 selepas kehilangan alat pemain cakera digital, beberapa set pinggan mangkuk dan set minuman kesihatan serta beberapa bungkus mi segera serta minuman tin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan tersebut.

Menurutnya, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan rumah dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Syabu dalam buku

Posted:

Syabu dalam buku

Syabu dalam buku

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my

SEREMBAN 21 Julai - Cubaan seorang lelaki Nigeria menyeludup masuk dadah jenis syabu seberat lapan kilogram yang disorokkan di dalam enam buku tebal melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam semalam, gagal apabila berjaya dipatahkan pihak berkuasa.

Suspek berusia 25 tahun yang berlagak seperti seorang pelajar itu ditahan anggota Cawangan Narkotik Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sejurus tiba di KLIA dari Dubai, pukul 11.53 malam.

Timbalan Pengarah Kastam Cawangan Narkotik, Liah Omar berkata, hasil pemeriksaan mesin pengimbas terhadap bagasi dibawa suspek menunjukkan imej yang mencurigakan.

"Berikutan itu, pemeriksaan lanjut dilakukan dan menemui enam buku tebal yang mencurigakan dalam bagasi tersebut.

"Kita dapati setiap helaian muka suratnya sukar untuk diselak seperti digam. Apabila dikoyakkan, kami dapati bahagian tengah buku-buku itu telah ditebuk dan bahan kristal jernih ditemui di situ.

"Ujian awal menunjukkan bahan itu adalah dadah jenis syabu dengan nilai pasaran dianggarkan RM2 juta," katanya pada sidang akhbar di pejabat Cawangan Narkotik JKDM di Kampung Jijan, Nilai, dekat sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya mendapatkan perintah mahkamah bagi menahan reman suspek selama tujuh hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Liah menambah, suspek yang pernah ke negara ini pada 2008 melakukan perjalanan dari Logos ke Dubai sebelum ditahan di KLIA.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kegiatan penyeludupan dadah boleh menghubungi JKDM di talian bebas tol 1-800-88-8855 atau talian terus pejabat Cawangan Narkotik, 06-7917792/7587.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Anak anggota tentera cemerlang pelajaran

Posted:

Anak anggota tentera cemerlang pelajaran

Anak anggota tentera cemerlang pelajaran

PULAU PINANG 21 Julai - Membesar tanpa kasih sayang seorang bapa sejak lima tahun lalu tidak menghalang Nur Syamimi Amanina Kamdan, 16, untuk berjaya dalam bidang pelajaran.

Arwah bapanya, Sarjan Kamdan Makon yang bertugas di Markas Staf Stesen Taiping, Perak meninggal dunia akibat penyakit paru-paru berdarah.

Dia memperoleh 7A 1B dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.

Kejayaan itu membolehkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim, Sungai Petani, Kedah itu menerima sumbangan sebanyak RM750 daripada Tabung Kebajikan Angkatan Tentera baru-baru ini.

"Alhamdulillah. Sumbangan ini menguatkan lagi semangat saya untuk terus berjaya dalam pelajaran.

"Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk menunaikan cita-cita bergelar doktor pada suatu hari nanti," kata anak sulung daripada dua beradik itu.

Dia ditemui pada majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) peringkat zon utara di sini baru-baru ini.

Nur Syamimi Amanina ditemani ibunya, Pegawai Waran 2 Norliza Ismail yang bertugas di Kor Agama Pangkalan Udara Butterworth.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Panglima Markas 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Noor Daud.

Hadir sama Pengarah Pendidikan ATM, Brigadier Jeneral Datuk Anuar Sabtu.

Turut menerima sumbangan ialah 98 anak warga ATM lain yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Pembangkang cuba ‘bunuh’ kredibiliti kerajaan

Posted:

Pembangkang cuba 'bunuh' kredibiliti kerajaan

Pembangkang cuba 'bunuh' kredibiliti kerajaan

KUALA LUMPUR 21 Julai – Tindakan pembangkang memanipulasi video perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu disifatkan sebagai satu cubaan untuk membunuh kredibiliti kerajaan.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, pembangkang tahu jika mereka berjaya merosakkan kredibiliti polis, maka sekali gus kredibiliti kerajaan juga akan terjejas.

"Malah mereka juga cuba merosakkan nama baik dan reputasi para pemimpin kerajaan melalui fitnah dan pendustaan serta lakonan dan politik jalanan yang semuanya tidak berjaya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan pembangkang yang memburukkan imej polis dengan mengubah video perhimpunan itu yang kononnya memaparkan polis bertindak kejam serta mengamalkan kekerasan melampau ketika kejadian.

Dalam pada itu, Rais turut mengingatkan pihak polis agar lebih tegas dalam menjalankan tuntutan undang-undang.

"Kini pembangkang merancang melalui 'pukulan lipat' terhadap polis namun, mujurlah polis di negara ini paling berhemah. Kalau di negara lain, belasahan sebenar akan mereka terima.

"Kerja polis bukan untuk senyum dan gosok belakang pengacau ketenteraman awam. Siapa yang tidak mengikut undang-undang akan menerima padahnya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pembangkang bankrap idea - Ahmad Maslan

Posted:

Pembangkang bankrap idea - Ahmad Maslan

Pembangkang bankrap idea - Ahmad Maslan

SHAH ALAM 21 Julai - Parti pembangkang dilihat semakin terdesak untuk meraih kuasa pentadbiran di negara ini apabila terus-menerus menyerang institusi kerajaan dengan pelbagai fitnah dan tohmahan semata-mata untuk meraih sokongan rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan pembangkang itu jelas menunjukkan mereka telah 'bankrap idea' dan tidak mempunyai sebarang isu untuk diketengahkan.

Beliau berkata, mereka juga sanggup 'menghalalkan' apa juga bentuk tindakan walaupun melanggar undang-undang seperti menganjurkan perhimpunan haram.

"Inilah taktik mereka sekarang. Mereka menyerang dan memfitnah institusi kerajaan dan sasaran mereka sekarang ialah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) masing-masing dengan tuduhan tidak telus dan zalim.

"Sebelum ini, mereka pernah menyerang institusi kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga Raja-raja Melayu dengan mempertikaikan titah yang dibuat oleh institusi berkenaan.

"Alasan mereka ialah ada campur tangan daripada pihak yang memerintah. Saya ingin tegaskan apa yang dikatakan mereka, tidak semudah itu boleh berlaku," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Pemegang Amanah Yayasan Restu ditemui selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) di antara yayasan itu dengan My Events International bagi melaksanakan penganjuran pameran bertaraf antarabangsa pada tahun depan.

Yayasan Restu diwakili oleh Pengerusinya, Datuk Abdul Latiff Mirasa manakala My Events International diwakili oleh Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan.

Dalam pada itu, Ahmad menegaskan, semua institusi kerajaan mempunyai integriti serta prosedur termasuklah sekatan dan imbangan yang mengambil kira kepentingan negara dan rakyat secara keseluruhan bukannya parti politik.

"Contohnya pada 2004, BN (Barisan Nasional) kalah satu kerusi dengan majoriti dua undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemuning di Kelantan.

''Kalau benar BN berpakat dengan SPR, sudah tentu kita boleh tambah tiga undi supaya BN menang di DUN Kemuning, namun itu tidak berlaku. Ini membuktikan perkara negatif yang mereka fikir tentang SPR tidak berlaku," ujarnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Posted:

[unable to retrieve full-text content]
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


RM4.5j atasi banjir kilat

Posted:

RM4.5j atasi banjir kilat

RM4.5j atasi banjir kilat

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

TEMERLOH 21 Julai - Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM4.5 juta bagi mengatasi banjir kilat yang sering melanda kawasan Parlimen Kuala Krau setiap kali berlaku hujan lebat.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, ia termasuk kerja-kerja melebarkan parit dan longkang di 16 buah tanah rancangan Felda membabitkan peruntukan sebanyak RM2.5 juta.

Katanya, bakinya RM2 juta lagi akan digunakan untuk melaksanakan kerja-kerja sama di kampung tradisional.

''Semua projek tersebut akan dilaksanakan pada tahun ini di bawah seliaan pejabat tanah dan daerah bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada rakyat supaya tidak lagi dibelenggu masalah banjir kilat yang sering berlaku.

''Apabila siap nanti, saya berharap penduduk Parlimen Kuala Krau tidak lagi menghadapi masalah untuk menjalankan kerja-kerja harian apabila kawasan kediaman dan kebun tidak ditenggelami air banjir," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan dan mengunjungi orang kurang upaya (OKU), pesakit kronik, warga emas dan ibu tunggal di tanah rancangan Felda Jenderak Utara di sini semalam.

Katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) prihatin dengan masalah yang dihadapi rakyat dan akan terus membantu rakyat serta menunaikan setiap janji walaupun kadangkala terlewat berikutan masalah teknikal.

Menurut Ismail, kerajaan BN sebenarnya telah melaksanakan kebajikan kepada rakyat sejak 57 tahun lalu berbanding pembangkang yang baru kini berhasrat mahu melaksanakan konsep negara kebajikan.

''Boleh dikatakan sejak bayi di dalam kandungan hingga ke akhir hayat kerajaan melaksanakan tanggungjawab dan kebajikan kepada rakyat.

''Langkah pembangkang untuk melaksanakan negara kebajikan jika berjaya menawan Putrajaya hanya retorik semata-mata untuk memancing undi semasa pilihan raya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Adnan puji penduduk Janda Baik

Posted:

Adnan puji penduduk Janda Baik

Adnan puji penduduk Janda Baik


Adnan Yaakob bersalam dengan penduduk semasa menghadiri Program Khas Pemimpin Mesra Masyarakat di Dewan Orang Ramai Kampung Janda Baik, semalam.


BENTONG 21 Julai - Penduduk Kampung Janda Baik diminta sentiasa menjaga kebersihan dan memelihara alam sekitar memandangkan kawasan itu kini menjadi destinasi pelancongan menarik.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, beliau bangga melihat perkembangan dan pertumbuhan kampung itu yang semakin pesat membangun terutama dalam sektor pelancongan.

Katanya, walaupun tanpa bantuan kerajaan sepenuhnya, penduduk dan pengusaha pelancongan berjaya menjadikan kampung itu sebagai destinasi pelancongan yang dilengkapi dengan kem latihan fizikal, motivasi dan hotel.

''Saya bangga kerana penduduk Janda Baik berjaya menjadikan kawasan ini sebagai destinasi pelancongan tanpa terlalu bergantung kepada kerajaan.

''Janda Baik adalah rumah kedua saya, saya dilahirkan di Kampung Benus dan dibesarkan di sini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Khas Pemimpin Mesra Masyarakat di Dewan Orang Ramai Kampung Janda Baik dekat sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Datuk Dr. Ng Keong Chye.

Pada majlis itu, beliau menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung yang terdiri daripada warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal dan orang miskin.

Adnan berharap, penduduk terus memelihara alam sekitar kerana ia merupakan khazanah dan produk yang berjaya menarik kehadiran ramai pelancong terutama warga Lembah Klang.

Jika kualiti alam sekitar tidak dipelihara dengan baik sehingga menyebabkan kemusnahan flora dan fauna, jelasnya, ia akhirnya merugikan penduduk kerana pelancong tidak akan mengunjungi lagi tempat tersebut.

Tegasnya, penerokaan tanah secara berlebihan perlu dihentikan kerana ia bukan sahaja merosakkan alam semulajadi tetapi menyebabkan hakisan tanah dan cerun sehingga mengancam keselamatan dan nyawa penduduk.

Selain itu tambah beliau, Janda Baik kini mempunyai sebuah kilang mengeluarkan produk berasaskan wayar oleh syarikat Elektriksola (M) Sdn. Bhd. yang secara tidak langsung membuka banyak peluang pekerjaan kepada penduduk.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kami mahu jambatan ganti pontun

Posted:

Kami mahu jambatan ganti pontun

Kami mahu jambatan ganti pontun


Ab. Razib menunjukkan laluan air sepanjang 30 meter yang terpaksa dilalui penoreh getah setiap hari dengan menggunakan pontun untuk menyeberangi Sungai Mentawak, Pulau Tioman.


SERAMAI 15 penoreh getah di Kampung Juara, Pulau Tioman terpaksa bertarung nyawa setiap kali menyeberangi Sungai Mentawak dengan hanya menggunakan sebuah pontun bagi mengutip hasil getah.

Kebanyakan daripada penoreh getah yang rata-ratanya telah berusia terpaksa menyeberangi sungai itu berikutan tidak mempunyai kemudahan jalan perhubungan sejak lebih 20 tahun lalu.

Kebanyakan penoreh hanya bergantung harap kepada hasil getah namun, mereka terpaksa bergadai nyawa setiap kali ke kebun terutama jika air Sungai Mentawak naik mendadak ketika fenomena air pasang.

Penoreh tiada pilihan lain selain terpaksa mempertaruhkan nyawa setiap kali pergi dan pulang dari kebun memandangkan tiada kemudahan jalan perhubungan seperti jambatan atau sebagainya dibina.

Sejak awal pagi, peneroka akan keluar ke kebun dan mereka terpaksa menggunakan pontun atau bot rendah yang terapung itu untuk membawa mereka menyeberangi sungai berkenaan.

Sungai sepanjang 30 meter itu dipercayai dalam dan tidak mustahil ia boleh mengakibatkan kejadian tidak diingini berlaku termasuk risiko terjatuh dan lemas ke dalam sungai.

Pernah seorang penoreh nyaris terjatuh ke dalam sungai, namun tindakan pantas rakan-rakan lain yang ketika itu berada di tempat kejadian sempat memaut tangan mangsa sebelum dia diselamatkan.

Lebih menggusarkan, terdapat penoreh getah di kampung itu adalah kalangan wanita dan ia sudah tentu membahayakan keselamatan dan nyawa mereka ketika melintas sungai berkenaan.

Jika orang lelaki terjatuh mungkin ada dalam kalangan mereka yang pandai berenang, namun, jika penoreh wanita yang jatuh ke sungai ini, ia sudah tentu menyebabkan mereka lemas terutama pada musim air pasang.

Difahamkan, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung, Ab. Razib Ali Awang telah mengemukakan permohonan jambatan itu kepada Lembaga Pembangunan Tioman (TDA).

Bagaimanapun, tiada sebarang petunjuk jambatan baru akan dibina di situ, namun, tetap berharap agar kemudahan atau peruntukan segera diberikan bagi mengatasi masalah yang dihadapi bertahun lamanya.

RABIDI ALIMAT,

Tioman

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Permohonan Utusan batal pembelaan Teresa didengar 17 Ogos

Posted:

Permohonan Utusan batal pembelaan Teresa didengar 17 Ogos

Permohonan Utusan batal pembelaan Teresa didengar 17 Ogos

KUALA LUMPUR 21 Julai - Permohonan Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB) untuk membatalkan pembelaan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok dalam kes saman fitnah syarikat akhbar tersebut terhadapnya, ditangguhkan sehingga 17 Ogos ini oleh Mahkamah Tinggi di sini.

UMMB menyaman Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP itu kerana mendakwa akhbar Utusan Malaysia telah 'memutar-belitkan' pernyataan beliau mengenai makanan yang disajikan kepadanya ketika ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Permohonan yang dijadualkan didengar hari ini ditangguhkan oleh Hakim Datuk John Louis O'hara ketika kes itu disebut di kamar beliau.

Peguam Sangeet Kaur yang mewakili Teresa memberitahu pemberita, hakim itu membenarkan penangguhan setelah peguam Sarah Abishegam memaklumkan bahawa peguam utama, Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mengendalikan kes lain di Mahkamah Rayuan.

Pada 27 Februari 2009, UMMB selaku plaintif telah menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan kepada Teresa atau nama penuhnya Teresa Kok Suh Sim, 47, kerana didakwa mengeluarkan pernyataan berunsur fitnah terhadap plaintif tersebut.

Ia ekoran dakwaan Teresa bahawa Utusan Malaysia telah 'memutar-belitkan' pernyataan-pernyataan beliau mengenai makanan yang disajikan ketika berada dalam tahanan mengikut Seksyen 73(1) ISA setelah disyaki memudaratkan keselamatan negara pada 2008.

Plaintif dalam pernyataan tuntutannya berkata, pernyataan-pernyataan fitnah Teresa itu dibuat pada 22 September 2008 dan ia telah diterbitkan oleh pihak media tempatan serta blog beliau sendiri.

UMMB antara lain menuntut perintah supaya defendan mengeluarkan artikel-artikel, perkataan, petikan atau komen yang berunsur fitnah daripada laman blog dan laman web tersebut selain perintah injunksi, ganti rugi am, khas, tambahan dan punitif.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pekerja kilang mengaku buang bayi

Posted:

Pekerja kilang mengaku buang bayi

Pekerja kilang mengaku buang bayi

KOTA TINGGI 21 Julai – Seorang pekerja kilang berusia 23 tahun mengaku membuang bayi lelaki yang baru dilahirkan di belakang rumahnya di Ladang Teluk Sengat di sini, pada 18 Julai lalu.

Wanita yang mengalami kecacatan di kaki sejak lahir itu turut mengaku bayi tersebut merupakan bayi kedua yang dilahirkannya dan bayi pertama yang dilahirkan sebelum ini hasil hubungan dengan lelaki Indonesia telah diserahkan kepada orang lain.

Wanita terbabit yang ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret Kota Tinggi mengakui bayi tersebut dilahirkan pada pukul 12.30 tengah malam di dalam biliknya.

"Ibu bapa tidak sedar saya mengandung kerana saya akan keluar rumah seawal pukul 5 pagi dan pulang pukul 8 malam untuk bekerja. Tambahan pula saya memakai baju yang besar untuk mengelakkan daripada dikesan oleh mereka," katanya.

Katanya, bayi itu hasil hubungannya dengan seorang lelaki Nepal yang bekerja di kilang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan wanita tersebut direman selama empat hari hingga Ahad ini untuk membantu siasatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Menghitung hari menjelang Oktober

Posted:

Menghitung hari menjelang Oktober

Menghitung hari menjelang Oktober

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ISMAIL KAMADIN


YASMIN Hani kini sedang menghitung hari menjelang hari bahagianya pada bulan Oktober ini.


MENGENALI Yasmin Hani atau lebih mesra disapa Hani ini, dia lebih selesa untuk bercerita tentang dunia seninya berbanding mencanangkan kisah peribadi.

Yang pasti, Hani mempunyai pendiriannya sendiri apabila membicarakan soal peribadi. Tidak mahu orang akan mencebik dan mengata, kata Hani.

Seperti mana lazimnya, kalau bertemu dengan Hani, dia memang tidak kenal erti duduk diam. Ada sahaja cerita yang mahu dikongsi dengan pihak media.

Seperti lazimnya, apabila berpeluang duduk bersembang dengan Hani, pelbagai pertanyaan akan dilontarkan kepada wanita kacukan Melayu-Inggeris ini.

Ada cerita yang diberi lampu hijau oleh Hani untuk ditulis manakala selebihnya, adalah untuk pendengaran telinga sendiri sahaja atau dalam istilah etika kewartawanan, off the record.

Dan, mengenali Hani, dia memang cukup terbuka dalam memberikan jawapannya dan ini termasuklah perkhabaran tentang perkahwinannya bersama buah hati tersayang, Sha'arin Mohammed Razali, 41.

Barangkali hubungan cintanya dengan jejaka kacak berusia 41 tahun itu bukan lagi satu rahsia bagi sesetengah pihak. Dalam erti kata lain, ia adalah rahsia terbuka (open secret).

Selepas lebih setahun menyulam cinta bersama Sha'arin, Hani secara terus-terang memberitahu dia bakal menamatkan zaman bujangnya bersama buah hatinya itu sekitar pertengahan bulan Oktober ini.

"Tetapi, saya mahu meminta maaf kepada semua pihak bahawa majlis perkahwinan saya akan diadakan secara kecil-kecilan sahaja.

"Saya hanya akan menjemput mereka yang rapat dengan saya sahaja bagi meraikan hari bersejarah itu. Majlis saya itu cukup ringkas apabila kami hanya akan bernikah dan bersanding sahaja. Malah, tiada juga majlis pertunangan," katanya tanpa selindung.

Hani ditemui usai majlis pelancaran drama bersiri, Wasiat di Cathay Cineleisure, The Curve, Mutiara Damansara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menyambung bicara, Hani menjelaskan memang dia mahu mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang kecil namun meriah dengan kehadiran mereka yang memainkan peranan penting dalam kehidupannya.

"Saya tidak perlu mengikut trend seperti orang lain. Masing-masing ada hak dan cita rasa untuk mengadakan majlis yang mereka idamkan. Begitu juga dengan diri saya.

"Buat apa kalau mengadakan majlis besar-besaran tetapi hanya akan mengundang kata-kata yang kurang manis serta dilabelkan sebagai mahu menunjuk-nunjuk.

"Saya tidak mahu menjadi seperti itu. Adalah lebih afdal apabila menghadiri mana-mana majlis perkahwinan untuk mendoakan yang terbaik untuk pasangan pengantin. Itulah yang saya mahukan daripada semua orang untuk mendoakan kesejahteraan hidup saya dan bakal suami," kata pemilik nama penuh Yasmin Hani Richardson Ismail Richardson ini penuh jujur.

Dalam usianya yang sudah mencecah 32 tahun itu, kata Hani, dia memang sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu.

Baginya, untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang baik ia tidak akan datang dengan sendirinya melainkan perlu menempuhi alam perkahwinan itu bagi merasai sendiri pengalaman tersebut.

"Bagaimana kita hendak merasai pengalaman itu seandainya kita sendiri tidak melaluinya. Semua ini adalah proses pembelajaran dan kita tidak akan menjadi bagus hanya dalam sehari," ujarnya lagi.

Mengimbas kenangan perkenalan mereka, Hani memberitahu dia memang sudah lama mengenali Sha'arin sewaktu jejaka kacak itu masih lagi bekerja di Astro.

Namun, pada ketika itu, mereka hanya saling bertegur sapa seperti rakan setugas yang lain sehinggalah bibit cinta mula timbul lebih setahun yang lalu.

Selama tempoh mengenali Sha'arin yang juga merupakan abang kepada pengacara dan pelakon Qi Razali itu, Hani menyifatkan buah hatinya itu sebagai seorang yang cukup memahami.

Malah kata Hani, ada sikap dan sifat yang dimilikinya tiada dalam diri Sha'arin dan begitulah juga sebaliknya lalu berjaya mencipta keserasian antara mereka dalam melayari dunia percintaan.

"Sehinggakan ada ahli keluarganya sendiri tidak tahu bahawa dia memiliki sifat-sifat tersembunyi yang mana hanya saya sahaja yang tahun," kata Hani yang merupakan adik kepada bekas pelakon filem Penyair Malam, Yasmin Suraya ini sambil ketawa.

Walaupun sudah berkahwin nanti, Hani memberitahu dia akan meneruskan kariernya dan mendapat sokongan penuh daripada Sha'arin.

Rindu jadi pengacara

ANAK jati Kuala Lumpur ini mula menempa populariti sebagai artis apabila bakatnya mula meraih perhatian menerusi program hiburan, Muzik @ Ria terbitan Astro, beberapa tahun lalu.

Siapa yang dapat lupa tanda pengenalan Hani menerusi program itu, Wacha! sehingga dia sendiri digelar dengan panggilan itu.

"Jujurnya, memang saya cukup merindui dunia pengacaraan. Kalau diberi peluang mengacarakan Muzik@Ria lagi sekali pun, saya tidak kisah untuk melakukannya.

"Namun, dalam masa yang sama, saya mahu menongkah arus dan mencabar diri saya sendiri untuk menjadi pengacara bagi program lain.

"Salah satunya adalah sebuah program bual bicara seperti The Oprah Winfrey Show yang bukan hanya memberi maklumat dan mesej berguna kepada masyarakat tetapi juga beramal menerusi program itu.

"Bukan itu sahaja, saya juga mahu menjadi hos untuk sebuah program berbentuk pelancongan dan rekreasi. Tetapi, saya tidak mahu menjadi hos yang sudah kerap ditonton di televisyen.

"Saya mahu menjadi hos program yang dapat melakukan pelbagai aktiviti dan sukan ekstrem kerana saya percaya bahawa saya mampu melakukannya," kata Hani yang dilahirkan pada 11 Jun 1979 ini yang pernah mengacarakan program realiti, Keynote, tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Terus setia bersama MTV Asia

Posted:

Terus setia bersama MTV Asia

Terus setia bersama MTV Asia

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my


KUMPULAN Pop Shuvit merupakan salah sebuah kumpulan yang akan membuat persembahan pada MTV World Stage Live In Malaysia, Ahad ini.


WALAUPUN sudah 13 tahun menjadi hos untuk MTV Asia, nampaknya Greg Uttsada Panichkul atau lebih dikenali sebagai Utt terus selesa dengan saluran hiburan itu.

Di kala teman-teman seperjuangannya yang lain sudah meninggalkan saluran yang cukup digemari ramai itu, namun, Utt mempunyai alasan sendiri mengapa dia mahu kekal dengan MTV Asia.

Bukan tidak pernah dia mendapat tawaran lumayan daripada stesen lain, tetapi Utt memberitahu MTV Asia memiliki nilai sentimental sendiri untuk ditinggalkan.

"Saya cukup sedar rakan-rakan saya yang lain semuanya sudah hidup berkeluarga dan membawa haluan masing-masing.

"Saya juga tidak menafikan bahawa saya memang merindui kawan-kawan saya itu. Tetapi saya sudah mencintai bidang ini dan memang sukar untuk saya meninggalkannya.

"Selagi saya terdaya melakukannya, saya akan tetap bersama MTV Asia. Bagi saya, saluran ini adalah `universiti' tempat saya menimba pengalaman sebagai seorang pengacara," kata Utt tanpa selindung dalam satu pertemuan di Empire Shopping Gallery, Subang Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Kehadiran Utt untuk sekian kalinya ke negara ini adalah untuk melunaskan tanggungjawabnya pengacara MTV World Stage Live In Malaysia yang akan berlangsung di i-City, Shah Alam, Selangor pada 24 Julai ini.

Sekadar menyingkap sejarahnya sebagai hos MTV Asia sejak tahun 1998, Utt boleh dianggap sebagai 'adik bongsu' kepada beberapa pengacara sebelumnya seperti Sarah Sechan, Mike Kasem, Nadya Hutagalung, Jamie Aditya dan Sonia Couling.

Namun, selepas mereka meninggalkan saluran itu, hanya Utt sahaja pengacara asal yang terus kekal sehingga ke hari ini bersama beberapa orang pengacara baru lain.

"Saya boleh dikatakan agak bertuah kerana saya sudah merasai zaman kegemilangan MTV Asia yang bukan hanya terletak kepada kehebatan pengacaranya sahaja.

"Tetapi juga kepada kandungan dan format program sebelum teknologi baru mengambil alih segala-galanya.

"Dan, sekarang saya melalui fasa baru dalam dunia pengacaraan dan saya berpeluang menyaksikan transformasi itu dalam dunia pengacaraan kini," kata jejaka kacukan Thailand-Amerika Syarikat ini sambil mengukir senyuman.

Walaupun memberitahu dia akan terus kekal bersama MTV Asia selagi termampu, namun, itu bukan bermakna Utt tidak memikirkan masa depannya.

Sejak tiga tahun lalu, dia bersama beberapa orang rakan kongsinya telah menubuhkan syarikat pengurusan acara dan pengurusan artis, Seven95ive Artistes yang merupakan sebuah syarikat yang memiliki reputasi cemerlang di Singapura.

"Semuanya adalah sebagai persediaan apabila mungkin satu hari nanti khidmat saya sudah tidak diperlukan sebagai pengacara MTV Asia (ketawa)," katanya penuh optimis.

Menyentuh sedikit tentang transformasi kandungan MTV Asia ketika ini, ujar Utt, saluran itu tidak lagi menayangkan program berbentuk hiburan semata-mata.

Sebaliknya, mereka turut menayangkan program berbentuk khidmat masyarakat dan ia juga adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial MTV Asia kepada masyarakat.

Minat Pop Shuvit

MENYENTUH tentang MTV World Stage Live In Malaysia pula, Utt mengakui dia cukup teruja untuk mengacarakan konsert yang ditunggu-tunggu itu.

Walaupun pernah menjadi hos untuk acara yang serupa beberapa kali sebelum ini, namun, Utt tetap tidak dapat menyembunyikan perasaan gementarnya.

Untuk tahun ini, Utt memberitahu dia akan cuba yang terbaik untuk menyuntik semangat penonton.

Dalam masa yang sama, anak kelahiran California, Amerika Syarikat ini juga melahirkan keinginan yang meluap-kuap untuk melihat aksi kumpulan rap dan hip hop tempatan, Pop Shuvit di pentas itu.

"Bagi saya, mereka mempunyai tenaga yang sangat luar biasa di atas pentas. Saya pasti mereka akan memberikan persembahan yang hebat pada malam itu nanti.

"Bukan sekadar memuji tetapi saya percaya dengan kehebatan bakat-bakat dari rantau ini yang mampu setanding dengan artis antarabangsa," katanya lagi.

Selain Pop Shuvit, MTV World Stage Live In Malaysia turut menampilkan dua kumpulan muzik dari Amerika Syarikat, 30 Second To Mars dan Neon Trees selain kumpulan kelahiran Korea Selatan, Beast.

Bagi mereka yang mahu berinteraksi dan mengenali Utt dengan lebih lanjut bolehlah melayari akaun Twitter miliknya, @uttsada dan juga di laman sosial Facebook iaitu facebook.com/uttpage.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Keanehan politik Pas

Posted:

Keanehan politik Pas

Keanehan politik Pas

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

SEBENARNYA, kita terutama umat Islam tidak perlu terkejut dengan tindakan Kerajaan Pas Kedah yang mengubah pendirian berhubung larangan ke atas 13 jenis pusat hiburan di negeri itu sempena Ramadan.

Tindakan mengubah pendirian itu hanyalah contoh kecil bagaimana Pas kini sanggup mengorbankan apa sahaja demi kepentingan politik merebut kekuasaan bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Hakikatnya, perubahan keputusan yang dibuat tidak sampai 24 jam itu juga adalah antara beberapa tindakan 'aneh' Pas dalam politik sejak selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

Dalam perbualan penulis dengan beberapa penyokong Pas, mereka yang semakin tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan dan hala tuju parti itu menggariskan beberapa tindakan Pas yang mereka lihat semakin 'aneh'.

Keadaan itu berlaku kerana Pas kini sudah benar-benar beriltizam untuk berkongsi kuasa memerintah negara bersama-sama dengan PKR dan DAP, biar pun terpaksa mengorbankan prinsip perjuangan sendiri.

Berikut penulis paparkan beberapa tindakan dan sikap Pas yang dianggap 'aneh' dan tidak lagi mencerminkan perjuangan dan identiti parti itu sebagai pejuang Islam – satu pendekatan yang suatu ketika dulu membantu Pas sampai ke tahap sekarang.

* Mengubah haluan Perjuangan – jika suatu ketika dulu Pas begitu beria-ia hendak menubuhkan negara Islam tetapi kini ia sudah berubah kepada negara berkebajikan.

Perubahan dasar ini menurut sumber dilakukan kerana kepimpinan Pas percaya perjuangan menegakkan negara Islam akan membantut impian parti itu untuk berkuasa bersama-sama PKR dan DAP.

Apatah lagi Pas memahami bahawa DAP sejak dulu lagi memang menentang keras penubuhan negara Islam dan ia sekali lagi ditegaskan oleh DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh dalam isu pusat hiburan di Kedah baru-baru ini.

Oleh itu bagi menjaga hati dan memastikan perjuangan negara Islam tidak menjadi duri dalam daging bagi hubungan di kalangan pakatan pembangkang maka perubahan dasar perjuangan pun dilakukan kepada negara berkebajikan.

* Semakin terhakisnya kepimpinan ulama – Keputusan pemilihan parti itu baru-baru ini sudah menampakkan dengan jelas bahawa keyakinan sebahagian besar penyokong Pas bahawa golongan ulama boleh membawa parti ke puncak kuasa semakin pudar.

Oleh itu mereka membuat keputusan memberi kemenangan kepada bukan ulama untuk menduduki jawatan-jawatan penting, biar pun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah seorang ulama.

Malahan pemimpin Pas termasuk Abdul Hadi sendiri tanpa berselindung menegaskan kepimpinan yang terpilih adalah barisan pilihan raya.

Ia seolah-olah menggambarkan perasaan putus asa di kalangan sesetengah pemimpin dan ahli Pas untuk menaruh harapan kepada golongan ulama bagi mengarak panji-panji parti itu meraih kemenangan menawan Putrajaya bersama-sama PKR dan DAP.

Ketika ini sudah tidak ada lagi perhitungan apatah lagi perasaan membelek kembali sejarah bagaimana Pas ditubuhkan dan siapakah yang bertanggungjawab meletakkan parti itu pada tahap sekarang.

* Menolak kerjasama dengan UMNO tetapi sedia 'tunduk' kepada DAP. - Sejarah perjalanan politik negara sudah membuktikan bagaimana pemimpin dan ahli Pas menolak sebarang kerjasama dengan UMNO biar pun demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam.

Sebaliknya, Pas bukan sahaja membuka pintu seluas-luasnya untuk menjalin kerjasama politik dengan PKR dan DAP tetapi juga bersedia 'tunduk' dengan kehendak kedua-dua parti berkenaan.

Semua itu berlaku kerana berdasarkan kepada pilihan raya umum 2008, Pas terlalu yakin kedudukan pembangkang kini semakin kukuh dan mampu menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Namun Pas sama sekali tidak mahu memikirkan bagaimana dalam kerjasama itu parti lebih banyak ruginya daripada untung.

Malahan walaupun Pas turut berkongsi kuasa di Selangor dan Pulau Pinang namun Pas tidak ada suara untuk menegakkan perjuangan berlandaskan Islam.

Ia kerana di kedua-dua negeri itu segala-galanya ditentukan oleh DAP manakala Pas hanya mengikut sahaja.

* Bersikap 'double standard' - Walaupun sebagai sebuah parti Islam, Pas sepatutnya menegaskan yang benar itu benar yang salah tetap salah, namun dalam banyak perkara Pas lebih banyak meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya.

Ia jelas apabila Pas turut bermati-matian mempertahankan pemimpin-pemimpin pembangkang yang terlibat dalam masalah moral.

Biar pun bukti semakin jelas dan nyata namun demi kepentingan politik kekuasaan, Pas sanggup bersekongkol dan mengeluarkan pelbagai kenyataan demi mempertahankan golongan berkenaan.

* Membiarkan diri diperalat - Demi kepentingan politik kekuasaan juga, Pas sanggup diperalatkan oleh PKR dan DAP serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sehaluan dengan pembangkang.

Ia terbukti apabila Pas terlibat dalam demonstrasi haram bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

Walaupun hakikatnya selama ini Pas sudah menang banyak kerusi termasuklah memerintah Kelantan sejak 21 tahun lalu, di Terengganu selama sepenggal dan kini di Kedah melalui satu pilihan raya yang telus dan adil, namun Pas tetap mahu bermain politik.

Justeru Pas bersedia berganding bahu dengan Pengerusi pertubuhan haram Bersih, Datuk S.Ambiga yang suatu dulu ditentang oleh parti itu kerana cuba menggugat kesucian agama Islam.

Tetapi Pas bersedia memaafkan Ambiga dengan menurunkan penyokong-penyokongnya ke jalanan. Jumlah penyokong Pas lebih ramai berbanding PKR dan DAP. Kedua-dua parti itu sememangnya bergantung kepada Pas sama ada dalam pilihan raya mahupun demonstrasi.

Demikianlah beberapa perkara berkaitan perjalanan politik Pas yang semakin aneh dari semasa ke semasa dan ia diketengahkan oleh kalangan mereka sendiri.

Sebagai kesimpulan fikir-fikirkanlah apa yang dicoretkan oleh seorang penyokong Pas dalam sebuah blog yang menyokong parti berkenaan.

Antara lain individu tersebut bertanya;

''Kenapa Pas dah lari daripada matlamat dan perjuangan yang asal? Mana matlamat nak membentuk sebuah negara Islam? Apa yang dah berlaku?

''Kenapa semuanya berubah bila bergabung dengan PKR? Adakah Islam digunakan sebagai alasan politik Pas semata-mata? DAP tetap dengan perjuangan mereka, perjuangan yg bertentangan dengan Pas, tetapi kenapa hingga hari ini Pas hanya tutup mata? Adakah ini semata-mata untuk meraih undi daripada kaum lain sehingga sanggup membelakangkan perjuangan asal… apa dah berlaku dalam Pas ni?

Terserahlah kepada pemimpin-pemimpin Pas menjawab persoalan ini, apa yang pasti pendekatan politik parti itu kini semakin merugikan mereka.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Malaysia bukan 'hak milik' individu!

Posted:

Malaysia bukan 'hak milik' individu!

Malaysia bukan 'hak milik' individu!

NOOR SULASTRY YURNI AHMAD
Pensyarah Kanan Sosiologi Politik Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya.

"KAMI akan tawan Putrajaya!", "Malaysia milik rakyat!" dan bermacam-macam lagi laungan serta pekikan yang kedengaran untuk menarik sokongan rakyat berpihak kepada kumpulan-kumpulan tertentu.

Perbincangan pada kali ini bukan sekadar menjurus mempersoalkan hak atau desakan sesetengah pihak yang mahu memiliki tampuk pemerintahan negara tetapi berkongsi penjelasan tentang kedudukan 'pemilikan' negara yang sepatutnya difahami semua pihak.

Malaysia merupakan sebuah aset yang paling berharga dan tidak boleh dimiliki dengan mengenakan bayaran tertentu bagi memastikan Malaysia menjadi milik individu tertentu. Malaysia bukanlah 'barang' yang boleh diperdagangkan tetapi mempunyai nilai khazanah tidak ternilai yang terdiri daripada sekumpulan masyarakat yang bekerja keras dalam membentuk negara Malaysia seperti mana yang dapat dilihat pada hari ini.

Perebutan untuk mendapatkan Malaysia dalam arena politik terutamanya melalui sistem pilihan raya menonjolkan betapa rakusnya parti-parti politik berjuang atas pelbagai ideologi bagi meraih sokongan sehingga memperoleh kemenangan dalam pilihan raya tersebut.

Parti politik yang mendapatkan kemenangan dan membentuk sebuah kerajaan untuk memerintah harus mengambil kira konteks Malaysia dalam ruang lingkup yang lebih luas di mana pemilikan negara ini juga meliputi rakyat yang berlindung di dalam negara tersebut. Masyarakat tidak pernah terkecuali dalam proses ini kerana merekalah komuniti yang bertanggungjawab terhadap kemenangan itu.

Persoalannya, mengapa terdapat parti-parti politik tempatan yang sangat teruja dan rakus untuk menawan Putrajaya dan mahu mengekalkan kedudukan mereka di sana sedangkan pendekatan yang perlu diambil oleh parti politik ini adalah dengan bergerak secara agresif dan progresif dalam menambat hati penyokong dan bukan sahaja membuktikan bahawa mereka juga boleh menjadi pemerintah yang baik sekiranya Putrajaya menjadi milik mereka.

Contoh dan teladan yang baik dan efektif dari segi pengurusan pentadbiran dan politik perlu dibuktikan di setiap peringkat sama ada dalam kerajaan negeri, organisasi parti dan lain-lain.

Sebagai contoh, kerajaan negeri Kedah telah diminta supaya membenarkan premis hiburan untuk beroperasi pada bulan Ramadan adalah antara perkara yang signifikan dalam menjelaskan betapa serius dan tegas keputusan kerajaan negeri untuk menghadapi isu ini serta mengambil kira pandangan masyarakat di Kedah tentang perkara tersebut.

Khabar-khabar angin yang mengatakan bahawa Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal menjelang sedikit sebanyak memberi impak terhadap keterujaan parti-parti politik untuk mengasah strategi yang lebih mantap, memperkasakan jentera parti serta memastikan tampuk pemerintahan politik tempatan bakal membawa perubahan pada masa akan datang. Seringkali kes-kes berkaitan dengan jatuh bangun sesebuah kepimpinan parti itu akan dituding kepada individu-individu tertentu.

Kelemahan sesebuah parti politik itu bukan sekadar memberi kesan kepada struktur parti tetapi turut mengharungi masalah sama adalah ahli parti politik tersebut. Lihat apa yang berlaku kepada kebanyakan negara Timur Tengah seperti Mesir, Syria, Iran dan lain-lain, Afghanistan, Pakistan, Afrika juga menerima impak daripada pemerintahan yang tidak stabil sehingga membawa kepada masalah kepada semua pihak terutamanya rakyat.

Lihat betapa gembiranya rakyat Sudan yang menantikan kemerdekaan negara mereka setelah sekian lama berjuang ke arah pembebasan dan kesejahteraan sejagat. Iktibar yang dapat diambil daripada peristiwa ini menjadikan masyarakat lebih matang, bersemangat kental dan lebih berdikari dalam menghadapi sebarang kemungkinan pada masa depan.

Setidak-tidaknya, Malaysia sudah lama merdeka dan pada hari ini kelihatan seolah-olah kepimpinan politik terumbang-ambing mencari hala tuju dengan desakan bagi memenuhi permintaan di sekelilingnya. Isyarat ini sangat 'bahaya' jika berada dalam keadaan yang tidak dapat diperbaiki sehingga membawa kepada mana-mana parti politik itu kepada era 'kegelapan'.

Inilah yang sangat digeruni dan perlu dijauhkan supaya rakyat tidak lagi tertipu dengan janji-janji manis akibat kegelojohan pihak-pihak tertentu yang terlalu mendambakan kuasa untuk menjadi pemerintah sehingga sanggup menggelapkan mata dengan kuasa rakyat yang diberikan.

Niat perlulah diperbetulkan kerana kemenangan pasti akan berpihak kepada pihak yang menegakkan kebenaran tetapi bukan kepada yang sentiasa memesongkan perkara yang sebenar.

Dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang semakin mencabar dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab dalam memastikan keadilan dan ketelusan dipelihara dalam proses pilihan raya, sudah semestinya kepercayaan daripada semua pihak perlu diberikan kepada suruhanjaya itu. Kerjasama SPR dengan parti politik yang bertanding dalam setiap pilihan raya akan menjanjikan kemenangan, keadilan dan ketelusan yang dituntut oleh semua pihak.

Walaupun BERSIH 2.0 mempertikaikan tentang pilihan raya yang adil, SPR sentiasa bersedia untuk membuka pintu kepada perbincangan. Tidak timbul lagi isu siapa benar dan siapa salah, sikap salah-menyalahkan satu sama lain perlu dihentikan dan tidak lagi dimomokkan dengan cerita dongeng yang sentiasa berusaha merencatkan perjalanan demokrasi negara.

Sekiranya keadilan, ketelusan, perjuangan hak asasi manusia yang dilaungkan atas nama demokrasi sebenar selama ini, memperbetulkan kiblat dan perjalanan masing-masing dan jangan terlalu asyik dibuai dengan kesalahan pihak lain yang tidak membawa kepada sesuatu yang pasti.

Bukan mudah hendak membeli nilai harga setiap pengundi itu kerana mereka tidak lagi boleh dirasuah, dimomokkan dengan mitos, ditipu sehinggalah dibutakan mata sekalipun mereka tetap tidak akan memilih parti yang hala tujunya songsang dan beranggapan bahawa Malaysia hanya milik sesebuah parti politik sahaja.

Malaysia adalah milik bersama yang diperolehi hasil daripada keringat perjuangan semua kaum membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah yang tamak dan akhirnya dinakhodai oleh barisan kepimpinan politik yang diamanahkan oleh rakyat bagi menjamin kesejahteraan bersama.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Umpama pengembaraan rohani bagi pengunjung

Posted:

Umpama pengembaraan rohani bagi pengunjung

Umpama pengembaraan rohani bagi pengunjung

Oleh SITI AINIZA KAMSARI


Antara koleksi menarik naskhah-naskhah al-Quran yang disalin semula dan diterbitkan oleh Yayasan Restu Malaysia.


"RAMAI pengunjung yang tidak semena-mena terduduk dan mengalir air mata saat mereka menghabiskan masa mengunjungi ke pameran ini.

"Mungkin selama ini kita hanya membaca sahaja akan perjalanan hidup Rasulullah tetapi kali ini mereka mula mengerti perjalanan itu apabila berpeluang berada dekat dengan segala bahan sejarah yang pernah dimiliki dan mendapat sentuhan daripada Rasulullah sendiri," kata Pegawai Galeri Taman Kesenian Islam, Yayasan Restu Malaysia, Shah Alam Selangor, Zarina Mahusin.

Tidak dinafikan apabila air mata mula tergenang, sebaik sahaja memasuki ruang pameran yang dimulakan dengan latar suasana di dalam gua di Pameran Pedang Rasulullah SAW & Sahabat r.a dan Replika Kediaman Rasulullah SAW, di Taman Kesenian Islam ini.

Ia seolah-olah gambaran malaikat Jibrail yang sedang mengajar baginda di Gua Hira' untuk membaca ayat pertama yang diturunkan iaitu surah al-Alaq. Ini diikuti segala macam informasi mengenai sejarah al-Quran, usaha penyebaran dan dakwah dari zaman Rasulullah sehingga ke hari ini dan diikuti bacaan-bacaan al-Quran, semua ini ada memberikan impak yang besar di hati!

Pengerusi Yayasan Restu Malaysia, Datuk Abdul Latiff Mirasa berkata, pameran yang julung-julung kali diadakan ini adalah usaha berterusan yayasan yang bukan sahaja bagi memartabatkan al-Quran tetapi membawakan realiti sebenar sejarah kepada umat Islam.

"Al-Quran tetap selama-lamanya adalah satu realiti dan kebenaran sebagai Kalam Allah tetapi kali ini dengan adanya pelbagai realiti yang lainnya, akan membuatkan kita tersentak sedar dan akhirnya kita akan kembali semula kepada al-Quran," katanya.

Idea mengadakan pameran ini yang menelan kos yang sangat tinggi ketika Abdul Latif mengadakan perbincangan dengan perwakilan dari kerajaan Brunei Darussalam.

"Mereka datang ke sini untuk mendapatkan khidmat yayasan bagi menulis semula al-Quran untuk Mushaf Brunei.

"Mereka mahukan orang Melayu Islam untuk menghasilkan mushaf ini dan dalam pada itu mereka juga sedang merancang untuk mengadakan pameran khazanah Islam seperti ini di Brunei.

"Ini memberi saya idea walaupun saya terpaksa bertindak selaku pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan menanggung kos bagi menjayakan pameran ini," katanya.

Konsep atau tema pameran ini benar-benar mengajak para pengunjung agar kembali kepada sejarah perjalanan hidup baginda Nabi Muhammad dengan melihat sendiri pelbagai khazanah yang dipakai, diguna dan dimiliki oleh Rasulullah.

Dimulakan dengan segmen yang berlatarkan gua dengan persembahan menggunakan sistem tiga dimensi termasuk kemunculan ayat-ayat al-Quran di dinding gua.

Sangat sederhana

Diikuti galeri koleksi senjata pedang dan busur panah milik Rasulullah dan para sahabat, koleksi senjata di Alam Melayu Nusantara, koleksi pelbagai jenis al-Quran lama, yang asli dan disalin semula sambil diiringi dengan bantuan audio dan penerangan oleh pegawai galeri. Semua ini merupakan satu pengembaraan bersifat rohani.

Ditambah peluang menjejak kaki di replika rumah atau kediaman Rasulullah dengan kedudukan ruang tamu, ruang solat, kamar puteri baginda, Fatimah Az Zahra dan kamar Rasulullah sendiri.

Semuanya mengembalikan kesedaran kita kepada perjuangan dan pengorbanan Rasulullah terhadap kita selama ini

"Baginda mempamerkan kehidupan yang sangat sederhana walaupun baginda adalah pemimpin yang sangat agung dan mampu mengecap pelbagai nikmat hidup, tetapi yang dipilih oleh baginda hanyalah sebuah kehidupan yang tiada bezanya seperti orang kebiasaan yang lain," kata Abdul Latiff.

Maka menjadi satu permulaan yang sangat baik untuk kita mengunjungi Taman Kesenian Islam yang terletak bersebelahan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor ini sebagai satu cara kita menyambut kehadiran bulan mubarak, bulan Ramadan tidak lama lagi.

Pasti akan tersemat satu semangat dan keazaman yang sangat tinggi bagi menjadikan Ramadan kali ini bulan ibadat yang paling baik dan berkualiti setelah kita berpeluang 'mendekati' sendiri Rasulullah itu di pameran ini!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Sanggup berhabis untuk coklat

Posted:

Sanggup berhabis untuk coklat

Sanggup berhabis untuk coklat

Oleh mariatul qatiah zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my


Siti Zahrah Mat Zain menuang coklat cair dalam acuan mengikut gubahan yang diingini.


INDUSTRI coklat buatan tangan semakin bersemarak dengan kemunculan ramai usahawan kecil yang kebanyakannya adalah golongan suri rumah.

Senario ini berlaku kerana aktiviti ini mampu menjana pendapatan sampingan yang lumayan buat pengusahanya.

Salah seorang pengusaha coklat yang ditemui baru-baru ini tidak menyangkal dakwaan tersebut.

Malah disebabkan permintaan terlalu banyak, dia sanggup menghadapi risiko dengan berhenti kerja dan menumpukan sepenuh perhatian perniagaan coklatnya yang diusahakan secara dalam talian.

Siti Zahrah Mat Zain, 36, pada mulanya hanya menjalankan perniagaan secara sampingan sejak dua tahun lalu.

Perniagaan coklat yang diusahakan bukan sekadar coklat yang dibungkus biasa seperti yang berada di pasaran hari ini. Sebaliknya coklat yang dihasilkan Siti Zahrah mempunyai pelbagai reka bentuk menarik, pelbagai perisa serta dalam adunan warna-warna yang cantik.

Disebabkan itulah coklat buatan Siti Zahrah kerap ditempah tidak kira untuk majlis keraian, hari jadi, hantaran kahwin mahupun majlis-majlis rasmi.

Apa yang menarik, Siti Zahrah atau lebih mesra dengan sapaan Arah tidak mempunyai sebarang pengetahuan d dalam bidang pembuatan coklat.

Oleh kerana minat yang terlalu mendalam serta mempunyai semangat untuk sama-sama memeriahkan lagi dunia perniagaan, akhirnya dengan menghadiri beberapa kursus anjuran Lembaga Koko Negara serta rujukan sendiri, dia berjaya memasarkan produk coklatnya di bawah Arahchocolate & Bakery melalui blognya www.arahchocolate.blogspot.com

"Pembuatan coklat bukanlah satu perkara yang sukar tambahan apabila sudah mempunyai asasnya.

"Daripada situ saya semakin berminat untuk mencuba menghasilkan pelbagai reka bentuk dan mula belajar cara mengadunkan warna bagi menjadikan ia lebih menarik.

"Dan tanpa disangka, apa yang dipasarkan melalui blog mendapat sambutan yang di luar jangkaan. Alhamdulillah, hari ini coklat yang dihasilkan semakin mendapat tempat di kalangan peminat-peminat coklat,'' ujarnya.

Hari ini, jika berpeluang melayari blog Siti Zaharah, anda dapat melihat sendiri pelbagai reka bentuk coklat buatan tangan di mana hasilnya memang cukup menarik dan terdapat juga reka bentuk yang begitu mengagumkan.

Antara reka bentuk coklat yang ditampilkan ialah kotak atau bekas dengan pelbagai bentuk yang dilengkapi penutup, masjid, kumbang (lady bird), strawberi, bentuk hati dan bunga.

Tambah menarik, coklat-coklat tersebut dihasilkan dengan pelbagai warna-warna yang menarik dalam usaha 'menghidupkan' coklat yang dihasilkan.

Hari ini, coklat yang dihasilkan Siti Zaharah bukan sahaja bertambah dari hari ke sehari tetapi ia meliputi tempahan dari seluruh negara.

Menyedari akan sambutan yang di luar jangkaan, dia mengembangkan lagi pembuatan coklatnya dengan mencipta kelainan seperti menghasilkan coklat-coklat yang berinti biskut atau kekacang.

Dalam masa yang sama, Siti Zaharah turut mempelbagaikan reka bentuk coklat yang dihasilkan agar ia kelihatan unik.

Untuk itu, dia sanggup berhabis duit untuk mendapatkan acuan dari luar negara agar pelanggannya tidak jemu.

Siti Zaharah yang juga berkemahiran membuat kek cawan memberitahu, coklat yang dihasilkannya dijual serendah harga RM1 dan ada yang mencapai beratus ringgit bergantung pada reka bentuk dan saiznya.

Selain menerima tempahan untuk pelbagai majlis dan perayaan, Arah turut membuka kelas belajar membuat coklat kepada sesiapa yang berminat.

Bagi mereka yang berminat sama ada untuk menempah coklat ataupun menghadiri kelas membuat coklat, anda boleh layari blognya atau hubunginya di talian 013-3692824.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved