Selasa, 30 Julai 2013

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


UMW tawar promosi penyelengaraan Toyota

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Julai - UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMW Toyota Motor) menawarkan promosi penyelenggaraan kenderaan sempena musim perayaan hingga 30 September ini.

UMW Toyota Motor dalam kenyataannya menyatakan, promosi berkenaan meliputi harga istimewa untuk menukar bateri tulen untuk semua jenis model Toyota.

Selain itu, orang ramai juga ditawarkan diskaun sebanyak 30 peratus untuk beberapa komponen badan terpilih bagi model Avanza, Vios dan Hilux.

Syarikat berkenaan juga menawarkan pelbagai pilihan tayar baharu dengan harga serendah RM159 sebuah serta 50 peratus diskaun untuk perkhidmatan penjajaran dan keseimbangan tayar.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Bukan lagi Fandi

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Azmi Mohamed (kiri) mengendalikan sesi latihan bersama pasukan JDT bagi mengantikan Fandi Ahmad sebagai persiapan menghadapi saingan Piala Malaysia di Stadium UTM Skudai, Johor Bahru, malam tadi. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU - Pasukan dibarisi ramai pemain berstatus bintang, Johor Darul Takzim bakal mengharungi saingan Piala Malaysia yang bermula 20 Ogos ini tanpa kelibat Fandi Ahmad sebagai ketua jurulatih.

Ini kerana, legenda bola sepak Singapura itu dikatakan tidak lagi mengendalikan latihan skuad Harimau Selatan itu, sebaliknya tugas beliau digalas jurulatih Johor, Azmi Mohamed.

Tugas ketua jurulatih pasukan tersebut yang disandangnya dilaporkan diambil alih Azmi berkuat kuasa serta merta kelmarin, namun Fandi kekal bersama Johor Darul Takzim selaku pengurus pasukan.

Difahamkan, Fandi menerima surat yang mengatakan beliau hilang jawatan sebagai sebagai ketua jurulatih sebelum sesi latihan bersama anak buahnya di Stadium Tan Sri Hassan Yunos.

Khabar tersebut nyata memberi tamparan kepada pasukan bimbingan Fandi yang kini sedang giat menjalani latihan untuk mengharungi Piala Malaysia setiap malam sejak lebih seminggu lalu.

Fandi ketika diajukan soalan tentang laporan itu hanya menjawab ringkas kepada Utusan Malaysia - "Saya tidak mahu komen apa-apa. Tenang sahaja."

Berita terbaharu itu hadir beberapa hari selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengumumkan mereka bakal mendapatkan khidmat ketua jurulatih baharu dari Sepanyol musim depan.

Tunku Ismail juga berkata, Fandi pula akan kekal bersama pasukan sebagai penolong jurulatih.

Dalam pada itu, Azmi yang sudah menerima surat untuk memikul tanggungjawab membimbing pasukan Johor Darul Takzim berkata, dia bersedia berdepan cabaran menggalas jawatan tersebut.

"Tugas pertama saya adalah memastikan semua pemain perlu bersatu sebagai sebuah pasukan. Bola sepak adalah sukan yang memerlukan kerjasama serta komitmen setiap orang dalam usaha memburu kejayaan.

"Ini bukan tugas seorang sahaja kerana memerlukan semua ahli dalam pasukan," katanya ketika dihubungi di sini.

Tugas Azmi selaku jurulatih Johor diambil penolongnya, Edres Selamat yang memegang Lesen A untuk melatih mana-mana pasukan dalam kempen Liga Malaysia.

Selongkar masalah hingga ke akar umbi

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR - Memecat jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal, secara drastik bukanlah satu formula paling mujarab yang boleh memulihkan prestasi lesu Harimau Malaya sebaliknya asas paling utama adalah faktor pembangunan akar umbi di peringkat bawahan dalam membekalkan pemain-pemain berkualiti di pentas antarabangsa wajar diberikan perhatian.

Seperti bersetuju dengan saranan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong, penganalisis bola sepak negara dan bekas pemain kebangsaan, Reduan Abdullah, berpandangan walaupun Rajagobal wajar dipersalahkan sebagai watak utama kepada kemerosotan prestasi Harimau Malaya, masih banyak perlu diperhalusi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Jelasnya, perkara yang paling utama adalah sejauh mana pengurusan bakat dijalankan di setiap negeri walaupun kemudahan bola sepak di negara ini semakin bertambah baik jika hendak dibandingkan pada zamannya bergelar pemain.

"Perkara paling utama saya fikirkan mengenai kegagalan pasukan kebangsaan kita bersaing di peringkat tertinggi adalah pengurusan akar umbi yang kurang efisien dan banyak persatuan bola sepak negeri gagal berperanan dalam hal ini.

"Adakah bakat-bakat yang kita cari ini berbakat atau sekadar menggantikan pemain-pemain sedia ada yang menjadikan tahap bola sepak kita hanya sekadar mampu bersaing di peringkat serantau (Asia Tenggara).

"Malahan kemudahan yang kita ada juga semakin baik, namun saya sendiri tidak mengerti mengapa skuad bola sepak kita semakin merosot sedangkan pada zaman saya dahulu, kita mampu mara ke Sukan Olimpik sebanyak dua kali," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Skuad pimpinan Rajagobal yang berkelana di Jepun semenjak 23 Julai lalu akan menamatkan siri perlawanan persahabatan dengan menentang kelab J-League 2, Tokyo Verdy selepas dikritik hebat ekoran aksi longlai tewas 0-5 kepada Shonan Bellmare, Sabtu lalu dan 0-2 kepada Shimizu S-Pulse, 25 Julai, kedua-duanya kelab J-League 1.

Seorang lagi penganalisis bola sepak negara dan blogger sukan terkenal, Rizal Hashim, dia melihat mutu sukan nombor satu Malaysia ini tidak akan ke mana-mana selagi pentadbir bola sepak negara dari peringkat bawahan hingga atas, tiada visi dan misi yang jelas ke mana mereka mahu bawa bola sepak negara.

Bermula di peringkat bangku sekolah hinggalah kebangsaan, tidak terdapat ketulusan dan terserlah banyak kepincangan dalam soal pemilihan pemain yang membawa masalah dalam membina sebuah skuad kebangsaan yang mampu berdaya saing.

"Dari sekolah, daerah, negeri sampailah ke peringkat kebangsaan, terlalu banyak kelemahan dari segi struktur pemilihan pemain seperti tidak jujur, ada unsur pilih bulu seperti memilih pemain daripada kenalan-kenalan dan apabila sudah sampai ke tahap ini, orang-orang yang ingin benar menyumbang akan berasa kecewa dan tidak berminat meneruskan usaha mereka.

"Nasib baik ada Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan beberapa sukan sekolah negeri untuk menutup kepincangan ini tetapi ia masih tidak mencukupi," katanya.

Satu perkara yang paling menarik perhatian apabila Rizal mendedahkan semasa jurulatih berkelas dunia, Claude Le Roy mengemudi pasukan kebangsaan pada tahun 1994, ramai pemain negara tidak tahu perkara asas mengenai taktikal.

"Ada seorang pemain kebangsaan yang berumur 20 tahun yang saya tidak mahu dedahkan namanya terpaksa diajar oleh Le Roy dalam aspek penyusunan posisi.

"Adakah ini satu perkara yang kita boleh terima iaitu pemain kebangsaan kita sendiri tidak tahu perkara-perkara asas seperti ini sedangkan ia sepatutnya diajar semasa mereka di peringkat bawahan lagi.

"Jika kita terus tidak memperbaiki pembangunan akar umbi, selagi itulah bola sepak negara kita akan sekadar terus berpuas hati bersaing di Piala AFF dan Sukan SEA," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Polis kenal pasti suspek tembak pengasas Ambank

Posted: 30 Jul 2013 10:13 PM PDT

Oleh ILAH HAFIZ ABD. AZIZ

KUALA LUMPUR 31 Julai - Polis telah mengenal pasti seorang suspek yang disyaki menembak mati pengasas bank Ambank, Hussain Ahmad Najadi, 75, di Jalan Ceylon di sini kelmarin.

Ketua Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek berkenaan dikenal pasti selepas polis menahan seorang pemandu teksi di sebuah kedai kopi di Seri Petaling.

"Pemandu teksi itu dipercayai menjadi individu yang membawa suspek selepas kejadian tembak itu di depan sebuah tokong di Jalan Ceylon," katanya. - UTUSAN ONLINE

Lima maut selepas pulang beli baju raya

Posted: 30 Jul 2013 07:41 PM PDT

KULAIJAYA 31 Julai - Hajat enam sekawan untuk beraya tidak kesampaian apabila lima daripada mereka maut dalam satu kemalangan di Kilometer 21, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam ke arah Johor Bahru berhampiran Senai, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi tadi, kenderaan yang dinaiki dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok serta tiang lampu di tengah pembahagi jalan.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Supritendan Zulkefly Yahya berkata, mangsa dipercayai baru sahaja pulang daripada membeli-belah persiapan raya di Pandan, di sini, berdasarkan beberapa bungkusan plastik mengandungi pakaian baharu ditemui di lokasi kejadian.

"Mereka yang maut adalah pemandu dan empat penumpang lain, manakala seorang lagi cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Kulaijaya untuk mendapatkan rawatan.

"Kesemua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zulkefly, mangsa yang maut ialah pemandu, Mohd. Fadzli Mohd. Fakri, 20 dan empat penumpang iaitu Hairul Adham Hamidan, 26; Nazierul Khalies Mohd. Ashari, 19 serta Nor'ain Alias, 23; manakala maklumat mengenai seorang lagi mangsa belum diperoleh.

Katanya, mangsaa yang cedera parah ialah Nor Syarifah Hazwani Bardaidi, 21. - UTUSAN

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


10 maut banjir dan tanah runtuh di Ambon

Posted: 30 Jul 2013 11:48 AM PDT

JAKARTA 31 Julai - Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan empat lagi masih hilang ketika bencana banjir dan tanah runtuh melanda bandar Ambon di timur Indonesia, semalam.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan, Sutopo Nugroho berkata, banjir berikutan hujan lebat sejak kelmarin menjejaskan 12 buah kampung di ibu negeri wilayah Maluku.

Tambahnya, lebih daripada 4,300 penduduk telah dipindahkan manakala 28 lagi cedera. - DPA

Ahli politik Syria maut letupan bom kereta

Posted: 30 Jul 2013 11:48 AM PDT

DIYARBAKIR, Turki 31 Julai - Seorang ahli politik terkemuka Kurdish Syria maut, selepas sebutir bom yang diletakkan di dalam keretanya meletup di luar rumahnya berhampiran sempadan Turki, semalam.

Ketika kejadian, Isa Huso, seorang anggota jawatankuasa perhubungan luar di Majlis Tertinggi Kurdish, sebuah kumpulan yang dibentuk bagi menyatukan parti-parti Kurdish Syria baharu sahaja keluar daripada kediamannya di bandar Al Qamishli sebelum bom itu meletup.

Menurut aktivis Kurdish, Massoud Akko, Huso dalam lingkungan 50-an merupakan seorang yang sederhana dan pernah dipenjarakan beberapa kali kerana berkempen untuk hak asasi manusia. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Inspektor didakwa bunuh Dhamanderan

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

KUALA LUMPUR 30 Julai - Seorang lagi pegawai polis yang dikaitkan dengan kematian tahanan dalam lokap, N. Dhamanderan, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh lelaki itu, dua bulan lalu.

Inspektor S. Hare Krishnan, 40, yang berpakaian kemas baju kemeja lengan panjang berwarna kelabu dengan baju panas tanpa lengan warna hitam serta berseluar hitam, menjawab dengan lantang 'faham' setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa kepadanya.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh oleh Majistret Nur A'minahtul Mardiah Md. Nor.

Hare Krishnan didakwa bersama-sama Sarjan Jaffri Jaafar, 44, Koperal Mohd. Nahar Abd. Rahman, 45, dan Koperal Mohd. Haswadi Zamri Shaari, 32, membunuh Dhamanderan, 32, di pejabat Siasatan Khas (D9) tingkat 7, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Jalan Hang Tuah, di sini antara pukul 12.20 tengah hari dan 2.50 petang, 21 Mei lalu.

Pertuduhan terhadap pegawai polis yang beralamat di Sungai Petani, Kedah itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendali oleh Timbalan Pendakwa Raya, S. Nithia manakala tertuduh diwakili peguam-peguam, N. Kalyana Sundram, G. Sri Kumar dan S. Kavita.

Latheefa Koya pula hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga mangsa.

Jaffri, Mohd. Nahar, dan Mohd. Haswadi masing-masing telah didakwa di mahkamah sama 5 Jun lalu.

Dalam prosiding hari ini, Nithia memberitahu, pihaknya masih belum menerima laporan bedah siasat justeru memohon tarikh sebutan yang sama dengan kes tiga anggota polis berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan 2 Ogos ini untuk pendakwa raya mendapatkan laporan tersebut dan izin pendakwaan.

Sementara itu, kekecohan tercetus di luar mahkamah apabila isteri mangsa, Mary Susay yang tidak berpuas hati dengan tertuduh telah menempelak dan berteriak kepada peguam tertuduh.

Wanita itu mempertikaikan kelewatan pendakwaan terhadap tertuduh yang sepatutnya didakwa bersama-sama tiga anggota polis tersebut pada 5 Jun lalu.

"Saya tidak berpuas hati kenapa dia (Hare Krishna) datang selepas dua bulan, kenapa dia tidak serah diri lebih awal," katanya.

Latheefa pula memberitahu pemberita, keluarga mangsa turut mempertikaikan tindakan polis sebelum ini yang memaklumkan tertuduh telah bercuti sedangkan tertuduh telah membuat laporan polis pada 1 Jun lalu.

Sri Kumar pula menegaskan, anak guamnya itu tidak pernah melarikan diri atau bersembunyi seperti yang didakwa oleh pihak media.

"Anak guam saya telah membuat laporan polis pada 1 Jun lalu malah telah melantik peguam untuk berhubung dengan pihak polis," ujarnya.

Berdasarkan laporan akhbar, Hare Krishan yang bertugas di Bahagian Siasatan Khas (D9) IPK Kuala Lumpur telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman semalam.

Pegawai polis itu dikaitkan dengan kematian Dhamanderan dalam lokap Cawangan D9 IPK Kuala Lumpur pada 21 Mei lalu semasa mangsa ditahan reman berhubung kes tembak.

Dia ditahan reman selama 10 hari mulai 12 Mei lalu.

Pegawai polis dapat 'hadiah' hari raya paling berharga

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

PUTRAJAYA 30 Julai - Seorang pegawai polis berpangkat inspektor yang dipecat sembilan tahun lalu, mendapat 'hadiah' hari raya paling berharga apabila Mahkamah Persekutuan hari ini memerintahkan agar dia diterima semula dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Panel lima hakim diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin memutuskan demikian secara sebulat suara selepas menolak permohonan pihak kerajaan untuk mendapat kebenaran merayu dalam kes terhadap Sattar Jaafar.

Beliau yang bersidang bersama-sama Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; Tan Sri Ahmad Maarop, Datin Paduka Zaleha Zahari dan Datuk Zainun Ali turut memerintahkan pemohon membayar kos RM10,000.

Mahkamah berpuas hati bahawa pihak pemohon perlu berlaku adil kepada Sattar, 42, jika ingin mengambil tindakan terhadapnya berhubung pembatalan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepadanya.

Pemohon-pemohon yang terdiri daripada Pengerusi Lembaga Tatatertib Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia dan dua lagi diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan manakala Sattar diwakili peguam G. Subramaniam Nair dan Ebrina Zubir.

Panel tersebut mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Februari lalu yang menolak rayuan kerajaan.

Dengan keputusan itu, segala ganti rugi iaitu tunggakan gaji dan elaun berserta faedah sepanjang tempoh pemberhentian bermula 18 Ogos 2004, akan ditaksir oleh Penolong Kanan Pendaftar.

Mahkamah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Muar, Johor pada 4 April 2011 yang membenarkan permohonan semakan kehakimannya untuk mengetepikan perintah pasukan itu yang memecat Sattar kerana kesalahan khalwat.

Ketika dipecat, Sattar bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat sebagai pegawai penyiasat trafik. Bapa kepada empat anak itu kemudian menyara hidup dengan membuat kerja sambilan.

Rentetan pemecatannya bermula apabila Sattar menerima surat tunjuk sebab pada 5 Mei 2004 berhubung keputusan Mahkamah Syariah Johor Bahru pada 14 Ogos 2003 yang mensabitkannya atas tuduhan khalwat. Dia mengaku bersalah dan didenda RM900 atas kesalahan itu.

Surat tersebut menyatakan dia boleh dikenakan tindakan lain tanpa diberhentikan atau menghadapi penurunan pangkat. Dia menjawab surat tersebut pada 18 Mei 2004.

Bagaimanapun, Sattar menerima surat dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bertarikh 18 Ogos 2004 yang menyatakan bahawa dia digantung tugas kerana kesalahan khalwat.

Selanjutnya, dia menerima sepucuk surat lagi bertarikh 20 Mac 2006 memaklumkan bahawa dia dipecat berdasarkan Peraturan 33(1) dibaca bersama Peraturan 38(g) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tata Tertib) 1993.

Tidak berpuas hati dengan keputusan itu, dia memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 9 Ogos 2007.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Jangan terpengaruh fahaman Syiah

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
utusanktn@gmail.com

TENGKU Abdullah Sultan Ahmad Shah mengingatkan umat Islam terutamanya di Pahang agar tidak terpengaruh dengan fahaman Syiah ketika bertitah selepas menunaikan solat Maghrib di Masjid Kampung Kuala Tembeling, Jerantut, baru-baru ini. - UTUSAN/MAHATHIR ALI

JERANTUT 30 Julai - Umat Islam di negeri ini dinasihat tidak terpengaruh dengan fahaman Syiah kerana ajaran itu banyak mencetuskan perpecahan serta ketidakstabilan politik yang melanda Asia Barat.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, fenomena yang wujud di negara terbabit telah mengakibatkan pertumpahan darah serta menjejaskan kesejahteraan penduduk di sana.

Baginda bertitah, ajaran Islam yang dibawa oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini tidak wajar dicampur dengan pegangan lain kerana boleh mengancam perpaduan serta melemahkan kekuatan penduduk dan keamanan negara.

"Ajaran itu perlu kita tolak sekiranya wujud di negeri ini kerana boleh mengganggu kestabilan politik, perpaduan dan masyarakat Islam di sini.

"Umat Islam yang kukuh dengan ikatan persaudaraan selama ini diminta mengelakkan diri daripada terjebak dengan ajaran tersebut yang akan memberi impak perpecahan sekali gus merosakkan akidah bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah," titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika berucap dalam majlis berbuka puasa bersama pemimpin dan penduduk tempatan serta berkenan menyampaikan sumbangan kepada 150 orang golongan asnaf di Kuala Tembeling, di sini kelmarin.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak dan Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Syed Ab. Mutalib Syed Hassan.

Tengku Abdullah bertitah, umat Islam di negeri ini perlu menguatkan keimanan diri, keluarga dan masyarakat di samping memperbanyakkan ibadah pada bulan Ramadan selari dengan ajaran Islam.

"Ambillah kesempatan dalam bulan Ramadan ini untuk bermuhasabah diri dengan berlandaskan kekuatan iman dan takwa khususnya beribadat pada 10 malam terakhir.

"Kewajipan itu perlu dipergiatkan menerusi program mengimarahkan masjid dan surau yang perlu membabitkan lebih ramai remaja, belia dan semua lapisan usia dalam kalangan umat Islam," katanya.

Wartakan segera pengharaman Syiah - Perkasa

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

KUANTAN 30 Julai - Fatwa mengharamkan fahaman Syiah di negeri ini perlu diwartakan segera bagi memastikan fahaman yang bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam itu tidak menular secara berleluasa.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manap berkata, pihaknya menjunjung kasih kenyataan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bahawa negeri ini akan mewartakan pengharaman ajaran Syiah bagi membendung penularannya.

"Biarpun fahaman ini telah lama disedari, pewartaan itu baharu sahaja diperkenankan dan ini merupakan satu titik tolak terbaik bagi menyekat fahaman tersebut daripada menular di negeri ini.

"Pewartaan itu perlu bagi mengelak umat Islam terjerumus dalam pertelingkahan akidah akibat terpengaruh dengan fahaman ini. Kita tidak mahu perkara ini berlaku di negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Tengku Abdullah bertitah, Pahang akan mewartakan pengharaman ajaran syiah bagi membendung penularannya yang boleh membawa kesan negatif kepada akidah umat Islam di negeri ini.

Baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bertitah, pengharaman ajaran itu sudah lama dilaksanakan, cuma belum diwartakan lagi.

Abd. Wahid berkata, kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu memantau bukan sahaja universiti malah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan-badan agama dan penceramah bebas bagi mengelakkan fahaman Syiah yang bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam menular secara berleluasa.

Beliau berkata, biarpun mereka yang berfahaman Syiah tidak begitu ramai, kerajaan perlu melakukan pemantauan berterusan bagi memastikan penularan fahaman itu di negara ini dapat dibendung.

"Sekarang pun kita sudah dapat lihat di negara ini bagaimana orang Islam sendiri mengkafirkan sesama Islam, menghina nabi dan ini adalah titik permulaan fahaman Syiah mula menular.

"Antara langkah terbaik ialah mewartakan segera fatwa menyekat penyebaran Syiah, jika perkara ini tidak diambil serius fahaman ini pasti akan menular dengan berleluasa," katanya.

MPK buat perubahan laluan

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

KUANTAN 30 Julai - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) melakukan beberapa perubahan baharu melibatkan beberapa jalan utama di bandar ini selepas pemerhatian dan aduan diterima berhubung perubahan aliran trafik sejak seminggu langkah itu dilaksanakan.

Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Kemasyarakatan MPK, Haslinda Hassan berkata, setelah mengambil kira beberapa faktor serta mengatasi kesesakan di jalan utama, MPK melakukan perubahan lalu lintas secara berperingkat membabitkan Jalan Teluk Sisek dan Jalan Gambut.

Dalam tempoh tujuh hari percubaan ini, MPK melalui pusat panggilan telah menerima sebanyak 80 aduan dan cadangan daripada orang ramai bagi menambah baik sistem lalu lintas di bandar ini.

Menerusi perubahan baharu itu, Jalan Teluk Sisek kembali dibuka menjadi dua hala berbanding sehala dalam tempoh percubaan sebelum ini," katanya di sini.

Menurut Haslinda, pihaknya juga meminta orang ramai agar membuat perancangan terlebih dahulu sebelum ke destinasi yang hendak dituju dengan melalui jalan alternatif lain bagi mengelak berlaku kesesakan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


99 pemuzik jalanan Malaysia tuntut pampasan

Posted: 30 Jul 2013 01:43 AM PDT

KUALA LUMPUR 30 Julai - Seramai 99 pemuzik jalanan hari ini tampil mengemukakan tuntutan pampasan terhadap Presiden Malaysian Buskers Club (Mybc), Wady Hamdan selaku pihak penganjur untuk menyertai World Art Games di Zagreb, Croatia pada penghujung Jun lalu.

Bekas setiausaha Mybc, Mahathir Abdul Rahim, 42, selaku wakil pemuzik terlibat berkata, kesemua pemuzik jalanan yang terlibat telah kehilangan mata pencarian selama dua bulan untuk menyertai pertandingan tersebut.

"Wady berjanji memberi elaun RM5,000 seorang atas penyertaan mereka, tapi setelah dua bulan, baru kami tahu telah ditipu.

"Kami menuntut daripada dia selaku pihak penganjur wang pampasan sebanyak RM3,000 untuk setiap pemuzik yang teraniaya," katanya dalam satu majlis sidang akhbar.

Turut menghadiri sidang akhbar tersebut termasuklah pihak daripada Persatuan Karyawan Malaysia. - UTUSAN ONLINE

Arinie 'aku' sudah kembali

Posted: 29 Jul 2013 07:05 PM PDT

Oleh TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
pengaranghiburan@utusan.com.my
Gambar WAHIDIN SALIM

HATTAN dan Arianie kembali disatukan.

TIDAK ramai yang tahu akan cerita ini. Peristiwa yang berlaku dalam hidupnya pada satu malam, kira-kira tujuh tahun lalu menjadikan penyanyi Memburu Rindu terus-terusan dilanda kasmaran kepada wanita bernama Arianie Mohd. Abidin.

"Selepas dua atau tiga tahun bercerai, aku didatangi mimpi. Mimpi yang indah sekali dan berlaku pada satu malam Jumaat. Aku bermimpi dengan disaksikan oleh arwah ayah aku sendiri. Dalam mimpi itu, aku dan Arianie kembali bernikah. Kami kembali menjadi suami isteri dalam mimpi yang sangat mendamaikan jiwa itu," beritahu Hattan kepada Mega dalam perbualan eksklusif kami, selepas empat hari kembali bergelar suami.

Lalu, mimpi itulah yang memberi kekuatan kepada lelaki yang dilahirkan dengan nama Mohd. Shukri Sahabuddin ini. Mimpi itu kejap dan berbekas di jiwa, menaburkan bunga-bunga semangat untuk kembali memburu cinta wanita itu.

Meskipun mereka telah dipisahkan oleh satu talak pada 2005 (Hattan mengaku lafaz cerai dibuat kerana sifat 'baran' sendiri), Arianie masih ada untuknya. Arinie lah isteri yang akan menjaga makan minum pada hari tuanya dan Arianie juga adalah tulang rusuk yang akan kembali kepada dirinya sebagai tuan pemilik.

"Aku pegang pada mimpi itu sebagai petunjuk Allah. Sebab itu, selepas tiga tahun kami bercerai, aku lebih banyak bertaubat, tinggalkan dunia-dunia kelab malam, kehidupan buruk. Satu persatu aku tinggalkan sebab aku tahu, hal-hal itu antara perkara yang buat Arianie tidak suka," katanya.

Kepada penulis sendiri, Hattan pernah katakan bahawa walau dengan apa cara sekalipun, dia yakin wanita itu akan kembali menjadi miliknya, dengan izin Yang Maha Esa.

"Aku dapat rasa, tidak akan ada perempuan lain yang boleh jaga aku, sama macam Arianie jaga aku. Hanya dia yang faham tentang aku," itu yang diucapkan kira-kira empat atau lima tahun lalu. Ketika itu dia telah kehilangan Arianie hampir lima tahun dan selepas perceraian, Hattan mengakui sukar untuk dia meneruskan hidup tanpa wanita itu di sisi.

"Aku memang hendak kahwin dengan dia balik, aku tak boleh kahwin dengan orang lain. Bila aku hilang dia, baru aku tahu dia sangat bernilai pada hidup aku," katanya lagi dalam perjalanan pulang kami selepas terlibat dalam penganjuran Konsert Pancaindera di Johor Bharu ketika itu.

Sebenarnya hasrat Hattan untuk kembali memiliki Arianie tidak pernah padam. Hari pertama dia melafazkan cerai, detik itu juga dia berpaling daripada rasa amarah dan mahu kembali bersatu dengan Arianie.

Lalu, ketika buat kali keduanya menzahirkan lafaz kembali bernikah dengan wanita yang sama, ada air mata yang deras mengalir di pipi lelaki ini.

Semuanya kerana terkenangkan kembali kepada mimpi yang memberikan kekuatan kepada dirinya untuk mendapatkan semula Arianienya yang telah pergi.

"Ketika mahu berjabat tangan dengan tok kadi, aku teringat kepada mimpi malam Jumaat itu, itulah keajaiban, benda tu yang buat aku menangis. Tak tahu nak cakap apa lagi. Ya Allah, ini dia, inilah dia. Aku tak boleh hendak terang kepada semua orang kenapa aku menangis. Aku menjadi sangat insaf. Tuhan itu satu, Dia Maha Agung dan aku sebak sendirian.

"Melalui mimpi itu, aku tahu, aku sangat sayang dan kasih kepada dia. Tiada tempat untuk orang lain di hati ini, selain dia sebenarnya," katanya yang dalam perbualan kami, turut beberapa kali menjadi sebak tidak keruan.

Hattan dan Arianie kembali bergelar suami isteri pada 15 Ramadan 1434 dengan mas kahwin RM300 tanpa sebarang hantaran lain, di Putrajaya, Rabu lalu.

Bukan tidak ada perempuan lain yang singgah di hatinya sebelum ini. Ada. Malah, Hattan pernah bernikah seketika dengan seorang wanita lain tidak lama dahulu tetapi bercerai hanya selepas dua bulan menjadi suami isteri.

Untuk Arianie pula, pernah bertunang, tetapi terputus di tengah jalan, maka hari ini dia kembali kepada Hattan, lelaki yang telah memberikannya seorang zuriat sebelum ini.

"Masa Arianie bertunang, aku cakap sendiri kepada dia, "Kau takkan bernikah dengan dia, kau akan bernikah dengan aku balik." Arianie marah kepada aku ketika itu, tetapi itu adalah keyakinan aku. Aku pun tidak boleh jadi suami kepada perempuan lain sebab dalam otak aku, tak pernah padam nama Arianie. Asyik teringat kepada Arianie, macam mana aku nak bahagia dengan perempuan lain?" demikian ceritanya dengan nada paling berterus terang.

Hikmah tangguh tunai haji

Hari pertama setelah kembali bergelar isteri, melihat Arianie masuk ke rumah kelamin mereka di Putrajaya, hati lelakinya begitu terkesan.

"Dio masuk rumah den, dio susun balik baju-baju den, hati den pun cair," ketawanya dalam bahasa Negeri Sembilan yang lepas bebas.

Perbualan kami berlangsung selepas empat hari Hattan kembali bergelar suami Arianie. Apa yang mahu dikongsi?

"Aku boleh cakap, hidup aku lebih bermakna. Kami jadi macam dulu-dulu semula, macam baru kahwin. Tetapi kali ini lebih romantik dan cinta kami lagi matang. Semalam kami pergi pasar malam Putrajaya, beli samping aku. Boleh pegang-pegang tangan, peluk-peluk pinggang lagi," katanya.

Hattan juga mengaku, dia pernah membuat keputusan untuk membatalkan hasrat menunaikan ibadah haji pada 2012 meskipun sudah membuat banyak persiapan untuk itu.

"Pada tahun 2012, memang sudah daftar, tetapi tiba-tiba aku tidak jadi pergi. Hati aku kuat mengatakan, aku nak tunggu Arianie untuk pergi buat ibadah Haji bersama-sama sebagai suami isteri.

"Insya Allah, kalau semuanya berjalan lancar, aku akan bawa Arianie dan ibu mertua sekali mengerjakan ibadah haji bila rezeki kami sampai nanti," kata bapa kepada Adam Eiman, 15.

Majlis pernikahan ringkas yang turut disertai dengan majlis berbuka puasa itu dihadiri oleh kira-kira 250 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan terdekat serta petugas media.

Selain daripada beberapa rakan artis dan pemain bola sepak yang hadir, majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersama keluarganya. Pasangan itu sah menjadi suami isteri dengan dua kali lafaz pada pukul 6 petang di hadapan Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang, Abdul Halim Mohd. Isa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Nostalgia resipi kakak

Posted: 28 Jul 2013 11:04 PM PDT

Pekerja Sanabil Marketing & Suppliers (M) sibuk menyediakan adunan roti di kilang syarikat di Kompleks Kilang SME Bank Seremban, Negeri Sembilan.

"KEISTIMEWAAN resipi keluarga ini ialah tanpa bahan pengawet, inti disesuaikan mengikut cita rasa pengguna, contoh keju untuk penggemar keju, serunding ayam, daging dan ikan bilis," katanya ketika ditemui di Seremban baru-baru ini.

Bercerita lanjut mengenai usahanya itu, Khairul Effendi berkata, perniagaan roti itu mula diusahakan kakaknya di kampung mereka di Felda Sungai Kelamah bermula 2009.

Perniagaan mereka yang beroperasi kecil kecilan itu bermodalkan RM5,000 dengan pengeluaran 30 keping sehari menggunakan lima kilogram tepung.

Inisiatif dan usaha Khairul Effendi mungkin tidak begitu rumit dan didorong oleh minatnya dalam perniagaan makanan memandangkan beliau berpengalaman dalam bidang tersebut.

Beliau pernah terlibat dalam perniagaan makanan pada 2005 di sebuah syarikat makanan barat sehingga 2007 meskipun mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang guaman.

Namun, memandangkan penghargaan yang tinggi terhadap usaha seorang kakaknya, Khairul Effendi memasang impian untuk mengkomersialkan resipi tradisi itu.

Selepas melihat ada sinar kejayaan, beliau mendapatkan bantuan Jabatan Pertanian Daerah Gemas dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mengembangkan perniagaan tersebut.

Ketika Jakim sebagai contoh memberitahu, jika hendak mendapatkan sijil halal operasi di belakang rumah tidak begitu sesuai, sebab itu beliau mula berfikir untuk membuat pengeluar berskala besar bagi dikomersialkan.

Dengan modal pelaburan sebanyak RM30,000, Khairul Effendy memulakan operasi di premis baru di Kompleks Kilang SME Bank, Seremban bersama seorang rakan kongsinya, Mohd. Johari Yasin.

Dengan visi ingin menjadi pengeluar utama makanan halal dan produk sejuk beku yang berjaya dan ingin menembusi pasaran global serta mencapai syarikat tempatan berstatus antarabangsa, beliau menubuhkan

Syarikat Sanabil Marketing & Suppliers (M) Sdn. Bhd. sebagai penggerak operasi dengan kapasiti pengeluaran 4,000 keping roti bom sehari.

Kawasan itu dipilih sebagai lokasi operasi kilang kerana kedudukannya yang tidak jauh dari ibu negara. Harga yang dikenakan sebagai anak angkat SME Bank juga tidak terlalu membebankan untuk tempoh sembilan tahun .

Mohd Johari Yasin (baju merah) turut membantu kerja kerja mengadun bancuhan tepung di kilang .

Syarikatnya kini mempunyai 20 pekerja dan memiliki pelbagai jenis mesin untuk operasi pengeluaran iaitu mesin membakar, mesin pembancuh, mesin pembungkusan kedap udara.

Penggunaan mesin nyata banyak membantu kerana pengeluaran dapat ditingkatkan berkali ganda daripada 30 keping kepada 4, 000 keping dengan keupayaan 18 keping bagi setiap dua minit.

Jabatan Pertanian pula sering membantu termasuk mesin pembahagi doh atau aduan tepung dan juga menawarkan kursus yang bersesuaian termasuk berkaitan perakaunan dan sumber manusia.

Beliau juga membuat pinjaman daripada Agro Bank sebanyak RM40,000 sebagi modal pusingan perniagaan.

"Saya juga mendaftar dengan semua 13 agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi tujuan promosi," katanya sambil menambah bahawa kos terbahagi kepada pengeluaran dan pemasaran.

Dengan tagline Halal Asli dan Berkualiti, jenama Sri Ani Premium kini sudah dikenali menerusi usaha-usaha promosi dengan menyertai pameran dan karnival di serata tempat.

Antaranya Karnival Rakyat Jom Halal, Karnival Pasar Terbuka Malaysia, Showcase Satu Daerah Satu Industri Zon Tengah Seremban, Program Satu Daerah Satu Industri Peringkat Kebangsaan Karnival Usahawan Desa (KUD) di Putrajaya dan MAHA Peringkat Negeri Sembilan.

Kemampuan Sri Ani Premium menembusi rak tiga pasar raya besar juga menjadi bukti produk tersebut telah diakui dan dipercayai kualitinya dan sedia bersaing dengan produk seumpamanya di pasaran.

Maklumat lanjut mengenai syarikat dan produk boleh layari http://www.srianipremium.com.my.

Kiosk keropok lekor

Posted: 28 Jul 2013 11:04 PM PDT

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

Penggunaan mesin khas untuk menguli tepung keropok lekor menjadikan kerja penghasilan makanan tersebut lebih mudah.

SEBUT sahaja berkenaan produk makanan berasaskan ikan, pastinya ramai akan teringat kepada Terengganu.

Negeri yang sedang pesat membangun itu bukan sahaja terkenal dengan pelbagai produk makanan berasaskan ikan malah turut kaya dengan budayanya.

Keropok lekor umpamanya telah menjadi ikon produk makanan kepada Terengganu di mana makanan tersebut di hasilkan secara besar-besaran untuk dipasarkan ke seluruh negara

Jika dahulu, keropok lekor hanya dinikmati oleh masyarakat Terengganu khususnya di waktu santai tetapi kini, dengan bertambahnya permintaan serta keberkesanan proses pemasaran, produk tersebut boleh dinikmati oleh hampir seluruh rakyat negara ini.

Fenomena tersebut diakui oleh pengusaha produk sejuk beku, Sinku Manufacturing Sdn. Bhd., Zalehah Mohamad.

Katanya, permintaan terhadap produk makanan berasaskan ikan amat tinggi terutamanya keropok lekor.

''Saya memulakan perniagaan ini sejak tahun 2000. Asalnya untuk memasarkan keropok lekor panjang tradisional bagi pasaran di Lembah Klang dan juga Johor Bahru.

''Permintaan yang diterima daripada pengguna amat memberangsangkan," katanya ketika ditemui di pejabatnya dalam program lawatan ke kawasan projek di bawah kelolaan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) di Terengganu baru-baru ini.

Tambahnya, potensi pasaran yang begitu meluas di luar Terengganu telah mendorong Zalehah dan suami menghasilkan keropok lekor sejuk beku.

Produk tersebut bukan sahaja mampu bertahan lama, tetapi mudah di bawa kemana-mana serta kedap udara selain tidak mengubah rasa keropok lekor.

Bagi memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat, Sinku Food Industries Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada 13 Disember 2005 dan diuruskan oleh Zalehah dan suaminya.

Bertindak sebagai pengurus besar, Zalehah telah melabur sejumlah wang untuk memiliki mesin pemprosesan separa automatik bagi menampung permintaan pelanggan.

Malah, beliau juga turut mendirikan sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Cendering yang mampu mengeluarkan satu hingga dua tan keropok lekor sehari.

Jika dahulu, keropok lekor direbus menggunakan dapur kayu api dan diesel namun, atas inisiatif Zalehah, kaedah tersebut telah ditukarkan dengan teknologi yang lebih moden bagi menjaga kebersihan produk makanan yang dihasilkan.

Langkah Zalehah dalam perusahaan keropok lekor bukan sahaja dihargai kerajaan negeri, malah agensi penyelidikan pertanian terkemuka negara, MARDI turut mengenal pasti potensi produk Zalehah dan menawarkan bantuan.

Antara bantuan yang ditawarkan adalah berupa khidmat nasihat serta teknologi terkini daripada MARDI.

Ujar Zalehah, untuk menghasilkan keropok lekor yang berkualiti mereka memerlukan isi ikan yang terbaik.

Namun, ia menjadi cabaran terbaru buat Zalehah kerana untuk mendapatkan isi ikan mereka perlu memproses ikan dan menjadikan kerja-kerja menghasilkan keropok lekor perlahan.

Justeru, Zaleha mengambil keputusan untuk membeli terus isi ikan yang telah diproses daripada peraih.

Isi ikan yang telah diproses tersebut sedikit sebanyak mempercepatkan proses penghasilan keropok lekor dan tekstur serta rasa keropok lekor juga tidak berubah.

Biarpun begitu, keropok lekor yang disimpan agak lama masih menimbulkan masalah antaranya wujud sejenis cecair atau serbuk berwarna putih.

Untuk menyelesaikan masalah tersebut, Zalehah telah mendapatkan khidmat nasihat MARDI dan akhirnya masalah tersebut dapat diatasi.

Sehingga kini, hasil khidmat nasihat serta teknologi MARDI yang diaplikasikan oleh syarikat tersebut mampu menjadikan produk keropok lekor sejuk beku bertahan sehingga enam bulan lamanya.

Kini, Sinku Manufacturing Sdn. Bhd. bersama pengusaha-pengusaha makanan tradisional Terengganu sedang giat berusaha untuk mewujudkan sebuah pusat sehenti bagi menghimpunkan semua produk makanan tradisional.

Katanya, usaha tersebut juga telah mendapat perhatian pihak kerajaan negeri Terengganu dan jika ia berjaya, projek tersebut bakal mengetengahkan produk-produk makanan tradisional Terengganu sehingga ke peringkat global.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Perkasakan semangat kepahlawanan

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

17 buah kereta perisai berantai ACV Adnan tiba ke Felda Sahabat bagi membantu operasi Anggota Tentera memburu pengganas Sulu dalam Ops Daulat, pada Mac lalu.

SAMBUTAN Hari Pahlawan diraikan setiap tahun pada tanggal 31 Julai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sambutan diadakan bergilir-gilir sejak tahun 1968 antara PDRM dan ATM, pada tahun ini PDRM sebagai tuan rumah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam perutusannya sempena sambutan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya kelmarin meminta masyarakat terus menghayati semangat dan perjuangan yang ditunjukkan oleh para pahlawan tanah air.

Berikut adalah antara inti pati perutusan Khalid sempena sambutan Hari Pahlawan:

Hari Pahlawan atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai 'Heroes Day' atau 'Warriors Day'.

Negara-negara lain di seluruh dunia turut menyambutnya walaupun berbeza tarikh dan secara tradisinya istiadat kemuncak diadakan di Tugu Negara.

Mulai 2010, sambutannya berubah di Dataran Merdeka sehinggalah pada kali ini dan sambutan Hari Pahlawan sebenarnya sudah bermula.

Pada 26 Julai lalu, khutbah khas Hari Pahlawan diadakan di Masjid Negara dan pada 30 Julai majlis berbuka puasa, bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat di Masjid Negara dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pembesar-pembesar negara serta kepimpinan dan anggota PDRM dan ATM.

Pada 31 Julai, kemuncak acara iaitu istiadat sambutan di Dataran Merdeka dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, pegawai-pegawai kanan polis dan tentera, diplomat-diplomat dan kedutaan serta orang ramai.

Tujuan sambutan ini bagi mengenang jasa para pejuang dan pahlawan negara yang sanggup melakukan pengorbanan tertinggi demi kedaulatan negara tercinta iaitu pengorbanan jiwa dan raga.

Rakyat perlu menghargai pengorbanan para pahlawan kita yang berada di barisan hadapan dalam usaha memerangi pengganas komunis, anasir-anasir subversif serta musuh-musuh negara,

Perjuangan terbaharu pasukan keselamatan PDRM dan ATM adalah semasa Ops Daulat di Lahad Datu baru-baru ini.

Sambutan ini juga untuk memperlihatkan kepada generasi kini dan akan datang bahawa kita sentiasa mengenang dan menghargai jasa para pahlawan yang telah terkorban dan juga menghargai pengorbanan mereka yang tercedera mengalami kecacatan fizikal yang kekal semasa berjuang di medan juang.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan dalam semangat 1Malaysia, bersatu dan bersama-sama memberi penghargaan yang sewajarnya dalam apa jua bentuk sama ada bantuan atau sokongan, kepada pahlawan-pahlawan negara yang masih ada, atau pun kepada balu-balu, keluarga serta waris-waris yang ditinggalkan mereka.

Sebagai mengiktiraf jasa dan pengorbanan pahlawan negara ini, pelbagai penghargaan dan pingat-pingat kebesaran serta keberanian telah dikurnia serta dianugerah kerajaan kepada para pahlawan, seperti pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) yang merupakan darjah kebesaran tertinggi negara dan pingat keberanian seperti Panglima Gagah Berani (PGB) dan juga pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP).

Sehingga kini jumlah penerima pingat tersebut adalah seperti berikut: SP (7), PGB (15) manakala JPP (30).

Kerajaan juga sentiasa memberikan sokongan dan bantuan yang sewajarnya kepada ahli keluarga para pahlawan, termasuk anak-anak dan isteri mereka.

Dalam erti kata lain, kebajikan para pahlawan negara dan keluarga mereka sentiasa menjadi keutamaan dan perhatian kerajaan kita tidak pernah melupakan mereka.

Bersempena sambutan Hari Pahlawan tahun ini, saya ingin menyeru kepada semua peringkat lapisan rakyat, agar meningkatkan lagi semangat patriotisme iaitu semangat sanggup berkorban demi negara, perlu dipupuk dan disemarakkan sepanjang masa.

Kepada para pahlawan yang masih ada, tetapi telah hilang upaya, serta sanak-saudara, pahlawan-pahlawan yang telah kehilangan tempat bergantung diharap agar mereka dapat menempuh ujian dan dugaan hidup dengan penuh ketabahan, kesabaran dan keyakinan.

Kita sentiasa berdoa, agar Allah SWT memberikan rahmat dan hidayah serta kesejahteraan kepada mereka.

Bagi para pahlawan yang masih berkhidmat, diharap teruskanlah khidmat bakti yang murni ini. Ingatlah bahawa harapan masyarakat kepada para anggota pasukan keselamatan adalah cukup tinggi.

Sebagai perisai dan pedang negara jalankanlah amanah dan tanggungjawab ini secara yang terbaik sesuai dengan semangat sumpah ikrar yang telah kita lafazkan sebelum ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, agar mempertingkatkan lagi semangat kepahlawanan patriotisme, kesetiaan, kecintaan dan sanggup berkorban utk negara.

Marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT semoga negara kita sentiasa dicucuri limpah kurnia dan rahmat-Nya yang berkekalan.

Cegah sebelum jadi negara koboi

Posted: 30 Jul 2013 12:08 PM PDT

Oleh Fauziah Arof

SENJATA API dan pembunuh upahan - jenayah berat yang terancang ini semakin menjadi-jadi dan begitu menonjol sekali di Malaysia ketika ini.

Ini bukan lagi adegan drama atau filem aksi yang selalu kita tengok di panggung wayang mahupun televisyen, ia kini benar-benar berlaku di negara ini yang sebelum ini kes sebegini dianggap sebagai begitu terpencil.

Tetapi sejak beberapa bulan dalam tahun ini sahaja, sudah banyak kes bunuh menggunakan senjata api sama ada mangsanya membabitkan orang kenamaan atau orang biasa dengan menggunakan khidmat pembunuh upahan berlaku. Pembunuh upahan yang berhati kering ini begitu berani menembak sasarannya di tempat terbuka dan di kawasan awam.

Antaranya ialah kes yang membabitkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Bahagian Perkastaman/Cukai Dalam Negeri, Datuk Shaharuddin Ibrahim yang mati ditembak dua lelaki bermotosikal 26 April lalu ketika kenderaannya berhenti di persimpangan lampu isyarat di Putrajaya.

Selepas itu, kita juga dikejutkan dengan kes seorang guru penolong kanan, Hashim Mat Zain mati ditembak dari jarak dekat di dalam keretanya ketika hendak pulang ke rumahnya berhampiran Sekolah Kebangsaan Beris Panchor, Bachok, Kelantan pada 7 Julai lalu. Tidak sampai dua minggu selepas itu seorang lagi guru K. Shanmugam, ditembak mati di dalam kereta di Simpang Empat Keladi, Kulim, Kedah.

Terbaru kelmarin, seorang pengasas sebuah bank, Hussain Ahmad Najadi mati ditembak di Lorong Ceylon, dekat Bukit Bintang di ibu negara. Ia berlaku selepas dua hari kejadian pengerusi sebuah badan bukan kerajaan, MyWatch, R. Sri Sanjeevan ditembak oleh seorang daripada dua lelaki bermotosikal di pekan Bahau, Negeri Sembilan. Dia mengalami cedera parah.

Perkembangan ini sudah tentu amat membimbangkan orang ramai. Ini kerana siapa pun mungkin akan menjadi mangsa selepas ini. Tidak kira orang VIP atau bukan. Justeru ramai yang membuat pelbagai persepsi dan andaian mengenai kes-kes ini.

Mereka tertanya-tanya, kenapa sekarang ini kes menggunakan pembunuh upahan ini banyak berlaku? Tidak dulu? Berapa ramai pembunuh upahan yang amatur atau profesional ada di negara ini? Siapa mereka ini? Rakyat tempatan atau warga asing? Jika dahulu ramai berpendapat pembunuh upahan datang dari negara-negara jiran tetapi kini mungkin pembunuh upahan ialah dalam kalangan rakyat tempatan sendiri.

Dan kita juga menyaksikan dalam tempoh beberapa hari ini polis turut merampas beberapa senjata api yang antaranya membabitkan remaja kita! Budak 15 tahun, belajar dalam Tingkatan 3 pun ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mengedar dan menyewa senjata api kepada pihak yang memerlukannya.

Bagaimanapun kita percaya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah pasti tidak duduk diam dalam menangani kes jenayah berat ini. Kita tidak mahu negara ini menjadi negara koboi, sesiapa pun boleh bawa senjata api dan tembak mati orang sesuka hati.

Menangani kes jenayah berat ini dan membawa pembunuh upahan dan dalang yang sekali ke muka pengadilan adalah amat perlu dan yang paling penting membanterasnya daripada terus berlaku. Ini kerana jenayah ini amat menggerunkan orang ramai, lebih gerun daripada jenayah ragut atau samun. Bukan sahaja rakyat tempatan gerun, kes tembak yang berleluasa ini juga boleh menjejaskan imej negara di mata dunia.

Maka, sudah pasti pemeriksaan di semua pintu masuk negara seharusnya lebih diperketatkan supaya penyeludupan masuk senjata api dapat disekat. Faktor kebanjiran masuk warga asing ke negara ini juga mungkin menyumbang kepada jenayah ini.

Pembunuh upahan juga sering dikaitkan dengan kongsi gelap. Dalam kes-kes sebelum ini pihak polis mengenal pasti pembunuh-pembunuh upahan juga terdiri dalam kalangan ahli kongsi gelap yang mempunyai rekod jenayah lampau. Justeru, sasaran membanteras kongsi gelap juga perlu. Sekiranya kongsi-kongsi gelap terutamanya yang aktif di bandar-bandar besar ini dapat ditawan PDRM, sudah pasti banyak kes-kes jenayah lain dapat diselesaikan dan sekali gus dapat mengurangkan indeks jenayah di negara ini.

Dalam pada itu, undang-undang khas pencegahan jenayah juga perlu segera diwujudkan untuk menggantikan Ordinan Darurat (EO) serta beberapa akta lain yang telah dimansuhkan sebelum ini.

Ini yang pentingnya kerana akta yang ada ketika ini hanya memperuntukkan undang-undang dan hukuman terhadap pesalah jika kejadian jenayah sudah pun berlaku. Sedangkan kita semua menuntut agar PDRM menangani jenayah-jenayah berat ini dengan lebih berkesan lagi. Apa lagi mekanismenya sekarang dari aspek penahanan pencegahan? Tentu para `cerdik pandai yang selama ini sibuk meminta kerajaan untuk memansuhkan itu dan ini, ada jawapannya.

Kesan daripada pemansuhan undang-undang berkenaan, penahanan suspek-suspek bagi kes-kes baharu yang dahulunya disiasat di bawah EO 1969 tidak lagi dapat dijalankan. Malah, suspek-suspek yang sedang ditahan terpaksa dibebaskan walaupun tempoh tahanan masih belum tamat.

Ketika pemansuhan EO 1969 dikuatkuasakan pada 21 Jun 2012, hampir 1,500 orang ditempatkan di empat pusat tahanan di seluruh negara iaitu di Simpang Renggam dan Muar, Johor; Batu Gajah, Perak dan Machang, Kelantan. Selain itu, hampir 2,500 orang yang menjalani hukuman di bawah Akta Kediaman Terhad.

Itu tidak masuk lagi kes-kes membabitkan kira-kira 300 orang yang sedang menunggu untuk ditangkap dan dalam proses mendapatkan perintah penahanan ke atas mereka sebelum dihantar ke pusat-pusat tahanan berkenaan. Kes-kes tersebut akhirnya diklasifikasikan sebagai Tiada Tindakan Lagi (NFA).

Adakah di antara mereka yang bebas ini kembali melakukan jenayah dan terbabit menjadi pembunuh upahan? Ini yang turut menjadi tanda tanya.

Dan semoga akta baharu yang bakal menggantikan EO nanti mempunyai ciri-ciri yang menyamai ordinan tersebut untuk menjamin keselamatan dan keamanan negara ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Bekorban demi anak

Posted: 29 Jul 2013 07:05 PM PDT

Norah Alias menyendukkan anaknya, Umairah Aisyah nasi kerabu lebihan daripada jualan di bazar Ramadan.

PUAS dipujuk baru dia akur. itu pun selepas dikatakan cerita ini sekadar berkongsi teladan dengan wanita senasib.

Apa pun berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Justeru, tidak hairanlah biarpun Syawal bakal menjengah dalam seminggu dua lagi, satu persiapan pun belum dibuat.

"Biasanya seminggu sebelum raya baru mula cari baju anak. Walau sesusah mana, saya akan pastikan setiap seorang anak dapat sepasang baju kurung atau baju Melayu baharu. Kalau ada duit lebih baharu fikir untuk beli yang lain.

"Bukan apa, kasihan pada anak-anak. Mereka dah bersungguh puasa. Malah anak yang umur tujuh tahun sampai hari ini belum tinggal (puasa) lagi," katanya ketika dikunjungi di rumah teres dua tingkat kos rendah di Jalan TKP 26, Taman Kantan Permai, Kajang, Selangor baru-baru ini.

Ketabahan dan kecekalan ibu tunggal itu membesarkan anak-anak sendirian sejak tiga tahun lalu selepas berpisah dengan suami cukup dikagumi.

Malah, demi anak-anak dia segera bangkit dengan membuang segala kedukaan akibat keruntuhan rumah tangga yang telah dibina selama 19 tahun.

Berpendapatan RM800 sebulan hasil berkerja di dapur sebuah restoran, diagih dengan cermat bagi menampung belanja dapur dan keperluan sekolah serta sakit pening anak-anak.

Begitupun, sepanjang bulan Ramadan pendapatan agak berkurangan kerana restoran ditutup. Tetapi dia bernasib baik apabila seorang rakan menawarkan kerja membantu berjualan di bazar Ramadan dengan upah RM30 sehari.

"Dengan upah itulah saya simpan berdikit-dikit untuk belanja keperluan raya anak nanti. Apa yang pasti, sambutan raya sejak tiga tahun lalu dibuat sesederhana mungkin, membeli pada apa yang perlu sahaja.

"Lagi pun raya biasanya kami semua akan balik ke rumah ibu bapa saya di Kulai Jaya, Johor. Di sana dapatlah anak-anak beraya dengan lebih ceria bersama sepupu-sepupu mereka," katanya.

Norah mengakui kehidupan yang dilalui sekarang ini cukup memeritkan. Namun, dia bukan wanita yang cepat mengalah. Malah, jadi lebih kuat demi anak-anak.

"Saya tak boleh rebah. Sebab kalau saya rebah ada sembilan lagi yang akan ikut rebah. Biar saya susah, tapi bukan anak-anak.

"Begitupun saya sentiasa mendidik mereka agar berpijak di bumi nyata. Alhamdulillah setakat ini anak-anak faham keadaan saya. Tidak pernah meminta yang berlebih-lebih yang tidak mampu disediakan ibu mereka," kata Norah sambil memangku anak bongsunya.

Selepas berpisah dengan suami yang berkahwin lain, anak-anak yang dulu hanya dihantar ke sekolah agama rakyat, disekolahkan seperti biasa di sekolah kebangsaan.

Anak yang sulung Muhammad Abu Dzar Mohamad Bazarin, 19, kini sedang mengikuti pengajian tahfiz di Senai, Johor. Yang kedua Muhammad Muaz, 17, bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dan Naura Dzulaikha, 15, menduduki Penilaian Menengah Rendah.

Anak-anak Norah yang lain termasuk Halimatus Saadiah, 13; Umairah Aisyah, 11; Muhammad Amin, 10; Muhammad Syukri, 8; Noor Fatihah, 7, dan yang bungsu, Muhammad Musthofa, 3.

Norah juga menganggap dirinya masih bernasib baik kerana mendapat peruntukan RM500 dari Pusat Zakat Selangor serta sedikit bantuan beras, tepung dan minyak pada setiap bulan.

Wang tersebut diguna dengan cermat bagi melunaskan sewa rumah sebanyak RM380 sebulan. Selebihnya diguna bagi membayar bil api, air dan telefon.

Bekas suami ada juga sesekali menghulur nafkah. Namun Norah tidak berharap sangat pada lelaki itu memandangkan dia sendiri sekadar berniaga kecil-kecilan dan sudah memiliki keluarga sendiri.

Menurut Norah, demi kelangsungan hidup anak-anak, dia tidak kisah mengorbankan tidurnya dengan bangun seawal pukul tiga pagi untuk menyediakan keperluan sekolah anak-anak daripada pakaian mereka hinggalah ke sarapan dan makan tengah hari.

Ini kerana menjelang pukul lima pagi dia sudah mula melangkah keluar rumah menuju ke tempat kerja hingga pukul 1.30 petang.

"Sepeninggalan saya, anak-anak yang lebih tua akan mengejutkan adik-adik mereka. Masing-masing bersiap untuk ke sekolah.

"Anak bongsu akan dijaga oleh anak yang bersekolah sebelah petang sementara menunggu saya balik kerja. Malah anak yang bersekolah rendah pun sudah boleh diharap untuk menjaga adik mereka.

"Namun, pada bulan puasa rutinnya berubah sedikit. Saya akan mula berada di gerai dari pukul empat petang hingga 8 malam.

"Sedih juga kerana tidak dapat berbuka puasa bersama mereka, tetapi saya bekerja pun kerana mereka," katanya yang kadang-kala dengan izin majikannya akan membawa pulang lebihan makanan yang tidak terjual untuk dikongsi bersama anak-anak.

Kerisauan Norah sekarang apabila mereka sekeluarga perlu mengosongkan rumah sewa yang didiami menjelang September ini.

"Tuan rumah telah menjual rumah ini. Tak tahulah di mana kami nak tinggal selepas ini. Puas dicari rumah sewa sekitar sini tapi sewanya semua RM500 ke atas, manalah kami mampu.

"Kalau boleh saya mahu terus tinggal sekitar sini kerana anak-anak baru setahun bertukar sekolah, lagi pun tempat kerja saya tidak sampai 500 meter dari rumah," katanya penuh mengharap.

Bagi yang ingin menghulur bantuan kepada keluarga Norah boleh hubungi 03-92322805. - SITI ZALEHA JORIMAI

Tangani ketidaksuburan

Posted: 29 Jul 2013 07:05 PM PDT

Oleh ZIRWATUL AKMA MOHD. ROZLAN

Dr. Surinder Sigh (kanan) dan Lem Kong Soon pada majlis kempen Kempen Harapan Untuk Anak, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia lebih-lebih lagi dengan kehadiran cahaya mata yang menjadi bukti cinta mereka.

Namun, masalah ketidaksuburan menghalang sesetengah pasangan merealisasikan impian menjadi ibu atau bapa.

Seperti pasangan Shirley Goh, 33, dan David Ng, 43, yang usia perkahwinan mereka kini menjangkau tujuh tahun, pernah mengalami detik begitu sukar.

Ketika itu bayangan untuk dikurniakan cahaya mata nampak samar walaupun selepas lebih dua tahun berkahwin.

Menurut Shirley, pertanyaan orang sekeliling mengenai anak menjadikan dia tertekan.

Pada masa sama turut memberi dorongan untuk dia dan suami mencari punca dan penyelesaian mengenai masalah yang dihadapi.

"Pada 2009 kami berdua telah berfikir semasak-masaknya dan membuat keputusan untuk menjalani rawatan ketidaksuburan.

"Saya berfikiran positif apabila membuat keputusan itu. Sekurang-kurangnya apabila saya mencuba peluang itu ada daripada tidak mencuba langsung," katanya ketika menghadiri pelancaran Kempen Harapan untuk Anak di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Kempen anjuran Persatuan Teknologi Reproduktif Bantuan Malaysia (MSART) dengan sokongan Merck Serono.

Tambah Shirley, individu lain yang turut merangsang dirinya untuk mengambil keputusan itu adalah sepupunya sendiri yang pernah menjalani salah satu rawatan kesuburan iaitu persenyawaan In-Vitro (IVF).

Manakala, David pula berkata, dia tiada sebarang halangan apabila Shirley memberitahu hasratnya untuk menjalani rawatan tersebut.

"Malah saya juga ingin mengetahui masalah yang dihadapi oleh kami berdua," katanya.

Galakan daripada keluarga juga memberikan pasangan itu semangat untuk meneruskan hasrat menjalani rawatan kesuburan.

Shirley dan David telah menjalani rawatan dikenali sebagai Assisted Reproductive Technologies (ART) yang terdiri daripada dua rawatan iaitu IVF dan Suntikan Sperma Intra-Cytoplasmic (ICSI) dalam usaha pertama mereka mendapatkan zuriat.

Setelah 10 minggu menjalani rawatan tersebut, akhirnya pasangan tersebut didatangi khabar yang cukup gembira apabila diberitahu bahawa Shirley mengandung.

Akhirnya pada 2010 pasangan itu dikurniakan puteri sulung. Disusuli dua tahun kemudian cahaya mata kedua yang merupakan pasangan kembar juga hasil daripada rawatan kesuburan iaitu pembekuan telur dan embrio.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved