Sabtu, 8 Oktober 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Bubar Parlimen bila-bila masa

Posted:

Bubar Parlimen bila-bila masa

Bubar Parlimen bila-bila masa

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


Ahmad Zahid Hamidi (tiga dari kanan) bersama Mustapa Mohamed (empat dari kanan), Ahmad Maslan (dua dari kanan) dan Awang Adek (kanan) serta para pemimpin dan anggota Barisan Nasional melaungkan 'Gelombang Merah' pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Kelantan di Kota Bharu semalam. - MINGGUAN/ROSNI MASRI


KOTA BHARU 8 Okt. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memaklumkan tarikh akhir pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013 sekiranya tiada pilihan raya umum diadakan sebelum itu.

Timbalan Setiausaha SPR, Datuk Noordin Che Ngah berkata, Parlimen akan dibubarkan secara automatik pada tarikh tersebut kerana mandat rakyat kepada kerajaan masa kini untuk memerintah telah berakhir.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak boleh membubarkan Parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum pada bila-bila masa sahaja. Bagaimanapun sekiranya sehingga 24 April 2013 Parlimen masih tidak dibubarkan, maka secara automatiknya parlimen terbubar pada tarikh itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Perdana Peringkat Negeri Kelantan di Terminal Agribisnes Negara (Teman) di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan.

Majlis penerangan tersebut dihadiri lebih 6,000 orang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensi kerajaan, kakitangan awam dan rakyat Kelantan.

Noordin berkata, selepas tarikh tersebut, SPR akan segera memainkan peranan untuk menetapkan tarikh pilihan raya umum yang perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.

Mengulas mengenai penggunaan dakwat kekal, beliau berkata, SPR masih mengkaji kebaikan dan keburukan penggunaan bahan itu termasuk menunggu keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"SPR masih mengkaji cadangan itu, kalau Majlis Fatwa kata ia telus air dan tiada unsur haram yang memudaratkan seperti memedihkan mata atau menyebabkan batuk, maka dakwat itu boleh digunakan.

"Bagaimanapun, sekiranya kajian mengatakan ia haram sehingga tidak telus air untuk berwuduk, maka kita akan mengambil keputusan untuk tidak melaksanakannya," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, SPR tidak mempunyai kuasa untuk memindahkan pengundi dari satu kawasan Parlimen ke Parlimen lain seperti yang didakwa pihak pembangkang.

Tegasnya, SPR tidak mempunyai kuasa dalam undang-undang negara untuk melakukannya melainkan atas permohonan pengundi itu sendiri.

UMNO mahu menang, bangunkan Kelantan

Posted:

UMNO mahu menang, bangunkan Kelantan

UMNO mahu menang, bangunkan Kelantan

KOTA BHARU 8 Okt. - UMNO berazam merampas Kelantan daripada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang bagi membawa lebih banyak pembangunan demi kesejahteraan rakyat negeri ini yang terbukti dahagakan kemajuan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun mengakui usaha itu sukar, namun tidak mustahil dicapai dengan usaha gigih yang dijalankan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan rakan-rakannya dari dalam dan luar Kelantan termasuk komponen Barisan Nasional (BN).

Malah katanya, usaha untuk merampas Kelantan bagi membawa kemakmuran kepada rakyat, diperkuatkan lagi dengan keyakinan pelbagai pihak terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang baru membentangkan Bajet 2012 dengan memberi kesejahteraan kepada rakyat di semua peringkat.

"Kami berazam dalam PRU akan datang untuk menterbalikkan keputusan Pilihan Raya 2004, ini azam kami, kalau pilihan raya 2004 kita mendapat 22 kerusi, mereka dapat 23 kerusi, kita berazam dan berusaha di bawah kepimpinan Mustapa dan rakan-rakan yang lain di Kelantan ini sekurang-kurangnya kita dapat 23 dan mereka dapat 22," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, bagi mencapai hasrat tersebut, UMNO akan memantapkan jentera parti dalam menjalankan kempen penerangan dan gerak saraf secara lebih intensif bagi menyedarkan rakyat Kelantan mengenai banyak kepincangan serta kelemahan kerajaan Pas Kelantan selepas mentadbir lebih 20 tahun.

"Saya yakin kalau ini dapat dilakukan dengan tersusun dan teratur, banyak isu dan perkara yang menjadi kelemahan kepada kerajaan negeri dan kepimpinan parti yang memerintah negeri Kelantan, tetapi setakat ini kita belum cukup berjaya untuk mengeksploitasi dan menjelaskan kepada orang ramai.

"Orang ramai maklum perkara ini, tetapi kalau penjelasan dapat dibuat maka kelemahan-kelemahan mereka selama lebih 20 tahun ini akan terdedah dengan sendirinya dan kita harap gelombang kali ini adalah gelombang merah yang benar-benar dapat menukarkan minda, sikap dan kuasa rakyat di Kelantan," katanya.

Beliau pada masa sama mengingatkan ahli dan pemimpin UMNO negeri supaya mengetepikan masalah dalaman yang berlaku bagi memastikan matlamat merampas kembali pentadbiran kerajaan negeri daripada Pas tercapai.

Terdahulu dalam ucapan beliau, Ahmad Zahid berkata, sekiranya UMNO mengambil alih Kelantan, parti itu pasti akan membuat perubahan bagi memastikan rakyat Kelantan dapat menikmati kemajuan dan pembangunan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Hertz denda pemandu Islam

Posted:

Hertz denda pemandu Islam

Hertz denda pemandu Islam

SEATTLE 8 Okt. - Seramai 34 pemandu beragama Islam yang bekerja untuk sebuah syarikat kereta sewa, Hertz Global Holding Inc. mendakwa mereka digantung kerja kerana mengerjakan solat ketika waktu kerja.

Mereka bersama kesatuan buruh mengadakan demonstrasi di luar kaunter Hertz di Lapangan Terbang Antarabangsa Seattle-Tacoma di sini baru-baru ini,

''Ia merupakan satu tindakan yang melanggar hak pekerja dan bersifat diskriminasi terhadap agama kepercayaan mereka,'' kata Setiausaha/Bendahari kesatuan itu, Teamsters Local 117, Tracey A. Thompson dalam satu kenyataan.

Hertz berkata, pekerja berkenaan digantung kerja pada minggu lepas kerana melanggar peruntukan perjanjian bersama di bawah Suruhanjaya Peluang Hak Sama Rata Pekerjaan yang dicapai dua tahun lalu.

''Mereka melanggar waktu rehat yang diperuntukkan selain rehat yang diambil melewati waktu solat.

''Beberapa kakitangan beragama Islam lain tidak digantung kerja kerana mereka tidak melanggar peraturan. Ia bukan kerana solat atau agama,'' ujar jurucakap syarikat kereta sewa itu, Rich Broome.

Broome berkata, kakitangan perlu mencatatkan waktu rehat selama 10 minit yang telah diperuntukkan.

''Pengurus telah bertemu dengan pekerja terbabit dan mempamerkan arahan tersebut sebelum tindakan gantung kerja diambil,'' ujarnya.

Bagaimanapun, kesatuan buruh itu berkata, pihak pengurusan Hertz dalam perjanjian tahun lepas bersetuju tidak akan mengarahkan pekerja mencatatkan waktu rehat apabila mereka pergi mengerjakan solat. - AGENSI

Wanita panjat tembok istana 21 meter elak bayar RM12

Posted:

Wanita panjat tembok istana 21 meter elak bayar RM12

Wanita panjat tembok istana 21 meter elak bayar RM12


MA Jei memanjat dengan cekap tembok setinggi 21 meter Istana Zhonghau di Nanjing, China, semata-mata mahu mengelak membayar caj masuk. - AGENSI


NANJING 8 Okt. - Aksi seorang wanita, Ma Jei memanjat dinding tembok sebuah istana di timur China setinggi 21 meter bagi mengelak untuk membayar yuran masuk sebanyak 24.79 yuan (RM12.27) mengejutkan pelancong.

Jei yang memanjat tanpa bantuan tali atau peralatan keselamatan memberitahu, dia membesar di Nanjing, wilayah Jiangsu dan memanjat Istana Zhonghau itu sejak kecil dan tidak pernah membayar yuran masuk.

Bagaimanapun, beberapa pelancong yang cuba meniru aksi wanita tersebut mengakibatkan dua orang daripada mereka, jatuh dan patah kaki manakala tiga orang lagi perlu diselamatkan oleh polis.

''Cara dia memanjat tembok itu seperti seekor kambing gurun dan nampak mudah. Bagaimanapun, apabila orang lain mencubanya, ia tidak semudah itu,'' kata seorang pelancong. - Agensi

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Penduduk dua kampung mohon ganti jambatan gantung

Posted:

Penduduk dua kampung mohon ganti jambatan gantung

Penduduk dua kampung mohon ganti jambatan gantung


Arifin Singah menunjukkan tali pengikat jambatan gantung kerap terputus yang menghubungkan Kampung Mambang Berulang dan Sungai Dingin, Mentakab, Pahang, baru-baru ini. - MINGGUAN/MUSAZLILA MUSTAPAR


TEMERLOH 8 Okt. - Seramai 500 penduduk Kampung Mambang Berulang dan Sungai Dingin, dekat sini berhadapan risiko kemalangan berikutan jambatan gantung yang digunakan bagi menghubungkan kampung berkenaan dengan bandar Mentakab kerap mengalami kerosakan.

Seorang penduduk, Arifin Singah, 75, berkata, jambatan gantung yang berusia separuh abad itu sudah tidak lagi sesuai kerana faktor pertambahan penduduk dan kenderaan.

"Negara kita telah merdeka 54 tahun dan jambatan sepanjang 200 meter itu tidak lagi sesuai digunakan zaman sekarang. Tambahan pula, jambatan itu sudah uzur dan mengalami banyak kerosakan.

"Setiap tahun jambatan itu dibaiki dengan kos yang tinggi. Apa salah kiranya kos itu digunakan untuk membina sebuah jambatan konkrit yang lebih selamat dan mampu dilalui oleh kereta," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Marto Marjo, 52, pula berkata, jambatan itu hanya boleh dilalui oleh motosikal manakala kereta pula perlu diletakkan di seberang jika ingin ke bandar Mentakab yang terletak kira-kira empat kilometer.

Katanya, penduduk juga bimbang kereta yang ditinggalkan di seberang dicuri atau dihempap pokok seperti kejadian ribut yang berlaku beberapa bulan lalu.

"Jika jambatan ini diganti dengan jambatan konkrit, ia memudahkan penduduk membawa kereta selain boleh disimpan di pekarangan rumah masing-masing. Kami tidak mahu jambatan yang besar tetapi cukuplah sekadar boleh dilalui sebuah kereta," katanya.

Bukhari Sinin, 56, pula berkata, tali pengikat jambatan itu sendiri sudah tidak kukuh dan kerap terputus menyebabkan mereka berasa tidak selamat menggunakan jambatan itu.

"Penduduk sudah mohon supaya jambatan konkrit dibina. Namun masih belum ada tindakan. Cuma kerja-kerja membaiki jambatan itu dilaksanakan.

''Sampai bila kami perlu mempertaruhkan nyawa terutama murid-murid yang cukup berisiko terjatuh ke dalam sungai ketika menggunakan jambatan itu ke sekolah," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mentakab, Datuk Chuah Boon Seong berkata, beliau memahami masalah yang dihadapi penduduk di dua buah kampung itu.

"Kita akan berusaha mendapatkan jambatan konkrit bagi kegunaan penduduk di sini dan saya akan berbincang dengan pihak-pihak berkenaan untuk mengetahui kos pembinaan jambatan baharu itu nanti.

"Kita harap penduduk di sini bersabar untuk sedikit masa lagi kerana saya perlu berbincang secara lebih terperinci dengan pihak berkaitan," katanya.

Bajet 2012 berorientasi rakyat - MB

Posted:

Bajet 2012 berorientasi rakyat - MB

Bajet 2012 berorientasi rakyat - MB

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

KUANTAN 8 Okt. - Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bukan untuk pilihan raya tetapi merupakan bajet yang berorientasikan kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, jika ia merupakan bajet pilihan raya, ini bermakna setiap kali Perdana Menteri mengumumkan bajet maka akan ada pilihan raya.

''Itu tak betul. Apa yang terkandung dalam Bajet 2012 telah lama dikaji oleh Perdana Menteri, bukannya baru diambil.

''Lagipun, kita bukan tahu bila nak pilihan raya. Sekarang penggal kerajaan baru tiga tahun enam bulan," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Van Skuad Sayang kepada UMNO Bahagian seluruh Pahang di kediaman rasmi Menteri Besar di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak.

Sementara itu, kata Adnan, Bajet 2012 merupakan sesuatu yang hebat, bundar dan menyeluruh kerana semua lapisan masyarakat dapat manfaatnya.

"Keseluruhannya, tiada sesiapa yang diabaikan daripada pembentangan bajet kali ini. Semua pihak mendapat faedah dan tidak ada yang tertinggal.

"Sebut sahaja pelajar sekolah, belia, Orang Asli, masyarakat Sabah dan Sarawak semuanya ada, maknanya semua pihak mendapat faedahnya," kata Adnan yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Kerajaan sentiasa bantu Orang Asli

Posted:

Kerajaan sentiasa bantu Orang Asli

Kerajaan sentiasa bantu Orang Asli

CAMERON HIGHLANDS 8 Okt. - Usaha kerajaan membangunkan masyarakat Orang Asli dalam setiap bidang menjadikan Malaysia antara negara yang terbaik dalam menguruskan masyarakat minoriti itu.

Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk SK Devamany berkata, masyarakat Orang Asli sememangnya sentiasa mendapat perhatian Kerajaan Persekutuan yang mengeluarkan peruntukan besar untuk pelbagai projek kemudahan asas termasuk pendidikan.

Contohnya, kata beliau, kerajaan terus menghulurkan bantuan kepada Orang Asli yang miskin di Hulu Jelai dan Cameron Highlands agar hidup mereka lebih selesa menerusi peluang dalam sektor pertanian, pekerjaan dan pendidikan.

"Peningkatan pendapatan isi rumah dan perubahan taraf hidup yang dinikmati oleh Orang Asli adalah hasil daripada impak pembangunan dan pengurusan hal ehwal masyarakat minoriti yang merupakan antara terbaik di dunia.

"Buktinya, penempatan Orang Asli di Hulu Jelai dan Cameron Highlands dilengkapi dengan sekolah rendah, bekalan elektrik, air bersih, klinik kesihatan dan perhubungan jalan raya," katanya di Hulu Jelai, dekat sini baru-baru ini.

Menurutnya, projek perumahan tersusun seperti yang dibangunkan di Parlimen Cameron Highlands banyak memberi keselesaan kepada masyarakat Orang Asli.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Tahniah Nabil tapi...

Posted:

Tahniah Nabil tapi...

Tahniah Nabil tapi...

PERTAMA sekali Joyah nak ucap tahniah pada pelawak yang tinggi lampai seorang ni. Amboi, tengok lagak dan gaya Nabil sahaja, Joyah dah tahu yang dia kini cukup bahagia melayari kehidupan berumah tangga.

Tak kisahlah apa orang nak cakap pasal dia, dengan siapa dia berkahwin sekalipun tidak menjadi isu besar pada Joyah. Yang penting Nabil bahagia menyulam hari-hari mendatang dengan keharmonian rumah tangga.

Punyalah ramai orang yang datang ke majlis Nabil sampai ada yang bercerita pada Joyah kehadiran tetamu di I-City Shah Alam minggu lalu cukup mengujakan.

Dalam pada itu ramai yang bising-bising apabila mengenangkan pengacara perkahwinan Nabil pada malam itu. Kata mereka gandingan Amyza Aznan, Didie Alias dan Jep Sepah memang 'gila-gila' tetapi over.

Ramai yang tak suka cara mereka mengendalikan majlis tersebut memandangkan banyak sangat perkataan 'kotor' yang keluar daripada mulut pengacara malam tu.

Joyah fikir sebagai pengacara mereka patut tahu siapa khalayak mereka sebab ada juga kanak-kanak yang hadir. Tak sesuailah guna bahasa macam tu. Jadi, cuba perbaiki di masa akan datang demi untuk kebaikan. Jangan kecil hati dengan teguran Joyah yer.

Akhirnya ‘menjerat’ leher sendiri.....

Posted:

Akhirnya 'menjerat' leher sendiri.....

Akhirnya 'menjerat' leher sendiri.....

Katarsis Kualong

SEPERTI yang saya duga, pandangan beberapa artis mengenai hukum hudud dalam sebuah akhbar awal minggu lalu menerima kritikan pedas.

Wartawan akhbar berkenaan bertanya kepada artis mengenai hukum hudud yang kini menjadi isu berbangkit di negara ini. Lalu beberapa artis tanpa 'segan-silu' atau berfikir panjang telah memberikan pelbagai pandangan.

Kebanyakkan pendangan menyatakan bahawa hukum hudud itu tidak wajar dilaksanakan di Malaysia buat masa ini. Ada juga yang memberi pendapat seolah-

olah undang-undang hudud tidak sesuai pada zaman moden dan inilah yang mendorong kepada kritikan masyarakat peminat terhadap artis-artis ini.

Tanya mereka, bagaimana seorang artis yang kurang arif dalam hal-hal berkaitan agama, boleh memberi komen dengan sebegitu mudah? Apakah mereka sedar apa yang mereka katakan itu?

Perlu diingat, itu adalah pendapat peminat mereka setelah melihat pandangan yang diberikan si artis, bukan saya yang kata. Dan setelah membaca pandangan mereka, tidak dinafikan artis-artis ini sendiri tidak begitu arif tentang apa yang disoal oleh wartawan berkenaan.

Bukan saya hendak katakan golongan artis tidak layak bercakap soal agama. Tetapi kalau hendak memberi pandangan sekalipun biarlah dalam hal-hal yang kita menjadi ahli. Agak- agaklah sikit, janganlah main redah saja, buruk padahnya.

Maka, bila kita menjawab sesuatu yang kita kurang arif, kurang tahu atau langsung tak tahu, ia adalah ibarat kita 'menjerat leher' sendiri.

Natijahnya, banyak yang marah, terutamanya kepada pelakon Enot yang memberi kenyataan yang luar dugaan sama sekali. Sampaikan Enot sendiri mengaku, dia jatuh dan terduduk gara-

gara dikritik hebat selepas memberi kenyataan di akhbar tersebut. Ini belum lagi nama ibubapanya juga dipersalahkan, gara-gara sikap kurang arif Enot itu.

Bukan Enot seorang sebenarnya, tetapi pandangan artis lain baik muda dan tua yang ditulis memang boleh mengundang ' bahaya' kepada diri mereka sendiri.

Sebab itu, jalan paling selamat kalau kita tak tahu, atau kurang arif ialah 'tiada komen'.

Kalau dalam bab lain, boleh pula artis kita beri jawapan 'no comment' kenapa dalam hal agama dan tambahan sensitif seperti ini sibuk pula hendak menunjuk pandai?

Ada juga yang kata, apa salahnya untuk si artis berkenaan memberi komen? Bukankah ini negara demokrasi, sesiapa saja boleh memberi sebarang komen, selagi ia tidak mencemar undang-undang.

Itu juga ada benarnya. Bagaimanapun dalam hal berkaitan dengan isu sensitif seperti ini, lebih baik diam daripada bercakap. Pergilah bertanya kepada pihak yang lebih layak kerana ini isu berkaitan dengan hukum hakam agama.

Beritahu saja si wartawan, "Maaf, saya tak berani hendak komen sebab saya kurang arif. "

Semudah itu dan wartawan akan faham. Bagaimanapun dalam soal ini, wartawan pun perlu juga ada sensitiviti. Janganlah semberono bertanya isu-isu yang tak ada kaitan dengan si artis.

Bertanya artis akan hal-hal yang sepatutnya ditanya kepada ahli agama, apalah sangat jawapan yang kita boleh dapat?

Jadi, wartawan perlulah selalu buat pertimbangan kendiri, ada yang boleh dan ada yang tidak boleh. Jangan mudah hendak 'scoop' atau terkehadapan dalam pemberitaan, sampaikan kita melupakan hal-hal yang menyentuh sensitiviti orang lain. Perlulah sentiasa peka dan berfikir jauh ke depan sebelum menulis.

Ingatan ini juga saya tujukan buat diri sendiri dalam meneruskan kerjaya sebagai orang media.

Kerana sesungguhnya, bercakap tentang hal yang tidak kita arif bukan sahaja menunjukkan 'kekurangan' diri, tetapi juga memberi banyak impak lain yang tidak kita sedari.

Saya sama pendapat dengan pelakon Wardina Saffiyyah. Dalam blognya, Wardina ada menulis begini :

"Nak minta para artis jangan komen kepada perkara yang kita TIADA ilmu seperti hukum hudud. Para wartawan juga tidak seharusnya menyoal."

Dalam banyak keadaan, saya selalu bersetuju dengan pendapat 'senyum tak perlu kata apa-apa' dan 'diam itu lebih baik.' Jumpa lagi!

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Imbangi kebajikan, ekonomi

Posted:

Imbangi kebajikan, ekonomi

Imbangi kebajikan, ekonomi

BELANJAWAN 2012 jelas menampakkan kesungguhan kerajaan untuk mengimbangi kebajikan rakyat dan kelestarian ekonomi negara. Walaupun ramai yang mengharapkan atau pun masih ada yang menganggap belanjawan tersebut adalah belanjawan pilihanraya, tanggapan itu sama sekali meleset.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan satu belanjawan yang jelas mengimbangi keperluan untuk membantu meringankan beban kehidupan masyarakat dalam menangani masalah kenaikan kos kehidupan samada di bandar mahupun di desa.

Dalam masa yang sama pihak kerajaan masih berjaya mengurangkan defisit belanjawan daripada 5.4 peratus KDNK pada tahun 2011 kepada 4.7 peratus KDNK bagi tahun 2012. Pengurangan defisit belanjawan mencerminkan kejituan hasrat kerajaan untuk menyediakan belanjawan yang berhemah.

Walaupun ramai pihak mungkin mengatakan bahawa Belanjawan 2012 ada unsur-unsur populis, namun begitu apa yang jelas adalah pihak kerajaan telah mengekalkan disiplin fiskal bagi mengurangkan defisit belanjawan dari masa ke semasa. Ini jelas mencerminkan kebijaksanaan pihak kerajaan mengimbang keperluan semasa dan masa depan ekonomi negara.

Belanjawan kali ini memberikan tumpuan kepada lima tunjang utama iaitu:

n Meligat pelaburan; mengungguli modal insan, mencerna kreativiti dan mencetus

n Inovasi, program transformasi luar bandar dan memperkejap perkhidmatan

n Awam dan meredakan inflasi dan mengimarah kehidupan rakyat. Kalau dibandingkan dengan Belanjawan 2011, jelas sekali Belanjawan 2012 adalah menyambung usaha yang telah dimulakan pada tahun 2011. Perbezaan yang ketara bagi Belanjawan 2012 adalah penekanan khusus kepada transformasi luar bandar.

Program transformasi luar bandar adalah satu inisiatif yang penting bagi mengoptimumkan potensi luar bandar sebagai penjana pertumbuhan ekonomi baru. Sehingga kini kebanyakan aktiviti ekonomi berpusat di Lembah Klang ataupun di Pulau Pinang dan Johor. Melalui program RTC, beberapa pusat transformasi luar bandar yang bertindak sebagai pusat integrasi logistik, pemprosesan dan pengedaran hasil pertanian dan berbagai aktiviti sokongan seperti perbankan dan insurans, latihan dan kemahiran, klinik dan ruang niaga, akan dibuka.

Untuk menggalakkan usahawan untuk berniaga di luar bandar, dana sejumlah RM100 juta akan disalurkan kepada golongan professional yang ingin menawarkan perkhidmatan guaman, perakaunan dan klinik di pekan pekan kecil seluruh negara. Peruntukan ini dapat membantu pembentukan RTC di seluruh negara. Tanpa kehadiran perkhidmatan professional di RTC, peniaga, penternak dan usahawan tani masih lagi perlu melanggan perkhidmatan tersebut di Bandar yang berdekatan.

Disamping meneruskan agenda kerajaan untuk membangunkan infrastruktur asas di luar bandar seperti menyediakan jalan, bekalan air dan elektrik, apa yang menarik bagi Belanjawan 2012 adalah usaha untuk membawa perkhidmatan perbankan ke luar bandar. Ianya akan dibangunkan oleh sebuah syarikat GLC - BSN, di mana agen akan dilantik di kawasan luar bandar untuk menyediakan perkhidmatannya.

Turut menerima perhatian adalah pengusaha bas di luar bandar. Bagi membantu pengusaha bas berhenti henti, bas mini dan bas sekolah boleh memohon pinjaman mudah dengan kadar faedah empat peratus untuk membeli atau membaikpulih bas.

Penekanan

Perkhidmatan Awam turut diberikan penekanan didalam Belanjawan 2012, di mana Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam [SSPA] akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia [SSM] di mana struktur gaji penjawat awam akan diperbaiki.

Pihak kerajaan juga turut bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi memberi peluang mereka yang masih berkemampuan untuk memberikan sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka.

Penjawat awam juga disediakan kemudahan untuk meningkatkan kelulusan akademik melalui program bantuan yuran pengajian. Belanjawan 2012 menyediakan bantuan yuran pengajian sebanyak RM200 juta bagi penjawat awam untuk mengikuti program latihan di peringkat sarjana muda, sarjana dan kedoktoran falsafah.

Dalam usaha kerajaan menangani kesan inflasi yang melanda negara, berbagai langkah telah diambil termasuklah pemberian subsidi untuk berbagai barangan harian. Disamping itu pihak kerajaan telah mengadakan berbagai program untuk membantu pengusaha pertanian dengan skim pembiayaan Dana Pertanian Komersial kepada projek pertanian berinovasi.

Bagi golongan sederhana terutamanya di sekitar Lembah Kelang, keperluan mendapatkan rumah pada harga yang berpatutan amatlah sukar ditangani.

Untuk tujuan tersebut, pihak kerajaan telah menubuhkan Perumahan Rakyat 1Malaysia [PR1MA]. Kerajaan juga telah bersetuju untuk menaikkan had maksimum harga rumah yang layak untuk mengikuti Skim Rumah Pertamaku daripada RM200,000 kepada RM 400,000. Kedua-dua inisiatif ini jelas menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan untuk membantu golongan sederhana untuk memiliki rumah pada harga yang berpatutan dan pada kadar kos kewangan yang tidak membebankan.

Keprihatinan pihak kerajaan untuk meringgankan beban perbelanjaan harian di kalangan masyarakat berpendapatan rendah dapat dilihat melalui usaha memberi bantuan sebanyak RM500 kepada isi rumah [household] yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan. Bantuan ini bakal memberi manfaat kepada lebih dari pada separuh daripada bilangan isi rumah di Malaysia.

Disamping itu, bantuan sebanyak RM100 turut disalurkan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dan menengah di seluruh negara.

Bagi pelajar di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta, matrikulasi dan tingkatan enam pula, mereka layak untuk menerima baucar buku bernilai RM200.

Berbagai andaian telah dibuat tentang Belanjawan 2012 ini. Ada yang ingin melihat cukai pendapatan dikurangkan bagi korporat dan persendirian malahan ada yang ingin melihat cukai bagi sesetengah barangan seperti rokok dan arak dinaikkan bagi mengurangkan beban kewangan negara. Sudah tentu pihak kerajaan mempunyai sebab musabab mengapa isu isu tersebut tidak disentuh didalam Belanjawan 2012.

Progresif

Pihak kerajaan kebelakangan ini telah mengambil langkah yang lebih progresif dalam mengurus keadaan ekonomi dan tidak segan untuk mengambil langkah yang berani untuk menangani keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan juga pasaran harga komoditi utama dunia.

Oleh itu sebarang kenaikan harga barangan atau cukai keatas barangan tersebut tidak lagi perlu disertakan didalam pembentangan belanjawan negara.

Telahan saya adalah pihak kerajaan ingin menentukan supaya Belanjawan 2012 dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat dan di mana jua mereka berada. Banyak golongan yang tidak diberikan perhatian didalam peruntukan kerajaan telah mula mendapat pembelaan. Sebagai contoh, golongan belia yang merupakan generasi muda yang bakal mewarisi perjuangan ke arah negara maju telah diberikan peruntukan sebanyak RM320 juta bagi menjalankan berbagai aktiviti termasuk latihan kemahiran, program kepimpinan dan keusahawanan di peringkat daerah dan negeri.

Rintihan para pemandu teksi juga telah diambil kira oleh pihak kerajaan bagi Belanjawan 2012 kerana pemilik teksi bajet persendirian akan dikecualikan 100 peratus duti eksais dan jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan, pemansuhan cukai jalan dan pemberian subsidi kadar faedah dua peratus ke atas pinjaman pembelian teksi baru buatan tempatan.

Begitu juga dengan nasib para nelayan, yang kebanyakan memiliki rumah yang daif dan kurang selesa. Tabung Khas Perumahan Nelayan dengan peruntukkan RM300 juta akan membantu untuk membaik pulih rumah mereka dan dilengkapi dengan infrastruktur asas.

Belanjawan 2012 menitikberatkan taburan nikmat kekayaan negara kepada semua pihak memandangkan keadaan ekonomi semasa yang mencabar bagi kebanyakan keluarga di bandar dan luar bandar. Pemansuhan bayaran sekolah rendah menengah yang bakal melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM150 juta juga menjurus kepada memberikan bantuan secara terus kepada semua isi rumah di serata pelosok negara.

Belanjawan 2012 adalah bertepatan dengan tema yang dipilih yakni, Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara amatlah jelas perhatian yang diberikan supaya pembelaan diberikan kepada semua lapisan masyarakat samada di bandar mahupun desa, di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak, Orang Asli mahupun bekas wirawan dan wirawati negara, golongan belia mahupun golongan warga emas, pengusaha teksi mahupun nelayan, polis, tentera mahupun guru. Semuanya akan menerima sumbangan dari belanjawan.

Oleh itu adalah menjadi tanggung jawab mereka yang menerima manfaat dari Belanjawan 2012 yang merangkumi semua rakyat Malaysia untuk bersama sama membantu kerajaan melaksanakan berbagai program di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional menuju destinasi - negara maju pada tahun 2020.

IZHAM YUSOFFialah Pengarah Urusan Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

BISIK-BISIK MINGGUAN

Posted:

BISIK-BISIK MINGGUAN

BISIK-BISIK MINGGUAN

Najib dan bajet

AWANG tertarik dengan penampilan Perdana Menteri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat kelmarin. Beliau kelihatan bertenaga tetapi relaks dan bersahaja gayanya.

Seperti biasa, air mukanya tenang dan ceria dengan senyuman biarpun ketika disanggah dengan sorakan barisan ahli Parlimen pembangkang.

Membaca bahasa badannya, Najib menyampaikan bajet tersebut dengan fikiran yang bebas dan tenteram seolah-olah menikmati sebuah sajak atau karya yang indah.

Ternyata beliau menjiwai pembentangan bajet itu yang boleh diikuti oleh rakyat Malaysia menerusi siaran langsung televisyen, radio dan online.

Sebagai warga negara, Awang terkesan dengan penampilannya itu. Dalam sejarah kepimpinan dunia, aura pemimpin memberi pengaruh besar kepada pembinaan sebuah negara bangsa.

Lalu apabila bajet itu selesai dibentangkan, Awang menyertai rakyat Malaysia lebih terkesan dan bersyukur. Ketika bajet kebanyakan negara tidak membawa banyak berita gembira buat rakyat, Malaysia pula berbeza. Menerusi hujung jari, kita boleh melakukan carian menerusi Internet untuk membuat perbandingan dengan bajet negara-negara lain terutama negara membangun.

Najib ternyata komited dengan janji-janjinya untuk menangani tekanan kos kehidupan. Pelbagai lapisan rakyat tentunya lega, hampir semua kelompok masyarakat mendapat perhatian dan pembelaan. Daripada pelajar di sekolah rendah, nelayan, pemandu teksi, kakitangan awam hinggalah kepada usahawan dan ekspatriat mendapat imbuhan serta insentif.

Kenaikan gaji 1.2 juta kakitangan awam antara RM80 dan RM320, tambahan bonus setengah bulan gaji, RM500 untuk pesara dan skim baru guru adalah antara hadiah istimewa buat sektor awam.

Sekali lagi kerajaan membuktikan ia adalah majikan yang prihatin, yang Awang harap dibalas dengan produktiviti dan perkhidmatan yang lebih tinggi.

Terdapat imbuhan yang diberi, tidak pernah berlaku dalam sejarah. Paling menarik ialah sumbangan RM500 untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, pendidikan sekolah rendah dan menengah percuma serta bantuan RM100 untuk murid tahun satu hingga pelajar tingkatan lima. Awang turut tersentuh dengan imbuhan RM3,000 kepada setiap bekas anggota, duda dan balu polis khas serta polis tambahan zaman darurat.

Ketika ada pemimpin pembangkang menghina jasa pasukan keselamatan, Najib memberikan isyarat jelas bahawa kerajaan mengenang budi para pejuang. Begitu juga dengan program khas 175,000 bekas tentera yang tidak layak menerima pencen.

Tradisi membela rakyat juga terserlah dalam bajet kali ini dengan pelbagai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah dan pelbagai lagi yang cukup panjang untuk disenaraikan.

Walaupun Bajet 2012 jauh lebih pemurah berbanding bajet sebelum ini tetapi ia cukup realistik selain banyak menyaksikan rangsangan untuk pertumbuhan ekonomi.

Bajet tersebut masih dalam lingkungan menyakinkan jika dibandingkan dengan bajet bayangan pembangkang, yang disifatkan oleh ramai pakar dan pemerhati ekonomi sebagai tidak berasas. Aneh, ada bajet bayangan tetapi tiada kabinet bayangan.

Maka tidak menghairankan jika pakatan pembangkang tersentak dengan Bajet 2012. Satu lagi tamparan kepada mereka. Dalam pemimpin pakatan pembangkang cuba menafikan kebaikan bajet itu, Awang yakin ahli-ahli dan para penyokong parti mereka dalam diam mempunyai reaksi berbeza kerana akan turut mendapat nikmat.

Setakat ini, Bajet 2012 menerima gelombang respons positif. Malah ramai yang menyifatkan Bajet 2012 sebagai terbaik, menyeluruh dan prihatin. Ia membawa semangat dan harapan baru kepada rakyat.

Namun ada segelintir yang melihat bajet kali ini kurang memberi penekanan kepada golongan berpendapatan menengah, yang kerajaan pasti mempunyai jawapan kepada persoalan itu.

Cabaran kerajaan selepas ini ialah untuk melonjakkan transformasi yang bajet tersebut akan menjadi satu lagi pemacu. Ketidaktentuan dan ramalan suram ekonomi dunia pada tahun depan, memerlukan persiapan dan daya tahan terbaik Malaysia. Awang yakin Najib ada cara - sebagaimana yang telah dibuktikan setakat ini.

Wayang DAP

Seperti yang dijangkakan, DAP akhirnya mengetepikan hukuman gantung enam bulan yang dikenakan terhadap ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC), keputusan itu diambil selepas beliau mengemukakan rayuan. Manoharan hanya diberikan amaran.

Awang musykil kerana tidak sampai dua minggu keputusan menggantung Manoharan diambil, ia diringankan dengan alasan beliau telah meminta maaf. Setidak-tidaknya biarlah penggantungan itu dilaksanakan sebulan dua terlebih dahulu.

Dari awal lagi, ramai yang boleh baca tindakan yang diambil ke atas Manoharan sebelum ini hanya main wayang. Ia sekadar mahu memperlihatkan di mata rakyat bahawa parti itu tidak berkompromi kepada pemimpinnya yang menghina negara sendiri. Sedangkan hakikatnya - tidak.

Dengan perkembangan terbaru ini, DAP telah memberikan isyarat yang salah dan mengelirukan kepada rakyat.

Ia memberi gambaran DAP tidak sensitif kepada soal-soal kenegaraan. Seolah-olah Manoharan menjadi agen provokasi DAP untuk melihat sejauh mana 'pencerobohan' boleh dilakukan ke atas bendera kita pula.

Parti rasis?

Salah satu faktor mengapa hukuman gantung ke atas Manoharan ditarik balik, adalah bagi menyelamatkan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng daripada tindakan disiplin.

Dengan membenarkan penggantungan ke atas Manoharan berjalan, ia akan mengundang tekanan daripada banyak pihak termasuk dalaman untuk melihat Guan Eng juga dikenakan tindakan.

Atas kertas, kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang memburuk-burukkan Johor jauh lebih serius berbanding Manoharan.

Beberapa pihak melihat tindakan Guan Eng sebagai cubaan mensabotaj ekonomi Johor selain menjejaskan imej negara. Tidak lama dulu, menteri kanan Singapura, Lee Kuan Yew pernah mengeluarkan kenyataan yang sama tetapi kemudian bertindak memohon maaf.

Perbuatan Guan Eng mengejutkan rakyat Malaysia terutama penduduk Johor. Ramai yang terguris termasuk Sultan Johor dan pihak polis yang telah bertungkus lumus sehingga berjaya mengurangkan kadar jenayah di negeri itu.

Walaupun Guan Eng telah memohon maaf tetapi caranya tidak budiman dengan menyalahkan pihak media.

Persoalannya apakah DAP berani mengambil tindakan ke atas Guan Eng. Beliau adalah Setiausaha Agung dan Ketua Menteri Pulau Pinang selain faktor nepotisme - menjadi anak pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang.

Ada yang melihat faktor orang Cina begitu dominan dalam DAP akan turut mempengaruhi keadaan. DAP mendabik dada ia adalah parti diwakili semua kaum tetapi realitinya kaum lain terpinggir. Bukan setakat agenda dan hala tuju, jawatan utama dalam DAP sejak dahulu lagi dikuasai oleh satu kaum. Pemimpin-pemimpin kaum India tidak mendapat tempat sewajarnya meskipun peranan mereka cukup signifikan.

Dalam isu Manoharan, para pemimpin kanan DAP sudah boleh menghidu bahawa tindakan ke atas beliau semata-mata, akan mencetuskan rasa tidak puas hati lebih menebal daripada ahli dan penyokong kaum India.

Melainkan, jika Guan Eng juga dikenakan tindakan sebagaimana Manoharan. Begitu pantas beliau dihukum. Tetapi setakat hari ini, tiada bayang-bayang tindakan ke atas Guan Eng. Malah semalam, DAP membuat keputusan untuk tidak mengenakan sebarang tindakan ke atas Guan Eng. Awang geleng kepala. Manoharan dibebaskan hanya untuk menyelamatkan beliau rupa-rupanya. Ia merupakan percaturan yang memalukan. Parti itu sebenarnya terlepas kesempatan untuk membuktikan bahawa ia tidak rasis dan pilih kasih.

Guan Eng sekali lagi terlindung dan semua ini sudah boleh dijangka dengan mudah. Selain menjadi anak Kit Siang dan menyandang jawatan utama, kulitnya lebih cerah daripada Manoharan. Itu sahaja.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Syafi anugerah terindah buat mama

Posted:

Syafi anugerah terindah buat mama

Syafi anugerah terindah buat mama

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
bintu.rahman@utusan.com.my
Foto RASHID MAHFOF


Syafi ceria dan tidak malu untuk beraksi di depan kamera.


DUA jam mengikuti aktiviti si comel ini bersama ibunya di Yayasan Down Sindrom Kiwanis yang terletak di Kelana Jaya, terasa seakan tidak ada yang berbeza tentang dirinya.

Usianya sudah mencecah tiga tahun. Ahmad Syafi Ahmad Yusri sama seperti kanak-kanak lain. Dia lasak dan aktif. Berkali-kali dia memanjat gelongsor dan turun, sambil menjerit-jerit kepada saya yang rancak berbual dengan ibunya supaya melihatnya. Jika tidak menoleh, dia akan terus menjerit.

Di dalam kelas bersama rakan-rakan, Syafi tidak leka. Segala arahan guru diikuti. Kala diminta beraksi di depan lensa kamera, anak kecil ini tidak ada masalah. Ke sana sini dia menggayakan aksi bersahaja.

Seiring dengan nama yang dipilih, Syafi kata ibunya, Sakinah Ramli, membawa erti yang menyembuhkan. Bagi wanita tabah ini, dengan nama yang diberi dia berharap ia ibarat doa kepada kanak-kanak comel itu supaya mampu menjalani hidup seperti insan normal yang lain.

Sakinah sama sekali tidak menganggap kehadiran Syafi sebagai bebanan apatah lagi menyesali takdir bahawa anak ketiganya itu mengalami down sindrom.

"Kami mengetahui dia mengalami masalah hanya selepas dilahirkan. Itu pun pada mulanya doktor seakan merahsiakan perkara itu dari pengetahuan saya," katanya.

Bagi Sakinah, bohonglah kalau dia tidak sedih. Pada peringkat awal, siang dan malam dia menangis, namun bukan disengajakan kerana kadangkala air mata jatuh tanpa dipaksa.

Sehinggakan ada saudara terdekat yang risau dengan kesihatan wanita itu kerana bimbang dia mengalami kemurungan ketika tempoh berpantang. Namun wanita ini pandai menyembunyikan keadaannya di depan orang yang datang melawat. Dia berpura-pura seperti tidak ada, masalah namun dalam hati hanya Tuhan yang tahu.

Dua bulan selepas kelahiran Syafi, Sakinah menghadiri satu seminar mengenai down sindrom dan di situ dia memberanikan diri meluahkan apa yang terbuku di hati.

"Bayangkan saya menangis sepuas hati sambil meluahkan perasaan di depan orang ramai ketika itu. Hinggakan selepas seminar itu, sama menerima panggilan daripada beberapa persatuan down sindrom yang prihatin dengan keadaan saya," katanya.

Normal

Bermula dari situ, Sakinah tidak lagi menoleh belakang. Dia mencari maklumat sebanyak mungkin mengenai down sindrom. Dia turut mencuba rawatan alternatif bagi membolehkan Syafi menjalani hidup sama seperti kanak-kanak normal lain.

Pada usia beberapa bulan, Sakinah membawa Syafi mendapatkan rawatan refleksologi dan urutan orang buta. Bagi Sakinah peluang itu antara yang tidak akan dilupakannya.

"Melalui Syafi saya diketemukan dengan insan yang kita tidak jangka. Insan cacat penglihatan ini sebenarnya sangat sensitif. Mereka seakan boleh membaca isi hati kita. Dari situ saya berkongsi perasaan dengan mereka. Alhamdulillah, ia banyak membantu memberi motivasi kepada saya," katanya.

Walaupun Syafi disahkan mengalami sindrom down, namun Sakinah bersyukur kerana si comel itu tidak mengalami lain-lain masalah kesihatan.

"Syafi sihat dari segi fizikal malah tumbesarannya juga sama seperti kanak-kanak normal. Dia juga sudah memahami arahan dan mula bertutur menggunakan bahasa isyarat seperti yang dipelajari di Kiwanis," katanya.

Pujian patut diberi kepada Sakinah kerana dia sanggup melepaskan kariernya buat sementara demi memberi rawatan dan pendidikan terbaik buat Syafi.

Kini, tiga kali seminggu dia menemani Syafi di Kiwanis. Jika ada urusan lain, dia tidak bimbang meninggalkan Syafi kerana guru di sana sangat berpengalaman dan yakin mampu menjaga anak itu.

Sakinah turut mempelajari bahasa isyarat bagi memudahkan dia berkomunikasi dengan anak bongsunya itu.

"Bukan sahaja saya dan bapanya, malah abangnya, Ahmad Khairunnas, yang berusia lapan tahun, dan kakaknya, Nur Husnina (6 tahun) juga diajar supaya dapat membantu perkembangan sosial Syafi," katanya.

Wanita berkelulusan luar negara itu juga melayan Syafi seperti anak-anaknya yang lain. Dia sama sekali tidak menyisihkan Syafi atau berasa malu membawa anak istimewa itu di khalayak. Bagi Sakinah, kanak-kanak down sindrom merupakan golongan yang sentiasa mahukan kasih-sayang dan perhatian dari orang sekeliling mereka. Terutama orang yang terdekat, mereka patut memberi sokongan tidak berbelah bagi dalam membantu tumbesaran kanak-kanak seperti Syafi.

Apa yang Sakinah mahukan dari anak bongsunya itu bukan setakat mampu berdikari malah berjaya di dalam hidupnya dan membanggakan semua orang.

"Saya tidak sesekali rasa terbeban menjaga Syafi. Ini adalah anugerah Allah yang paling indah buat saya. Mereka ini golongan ahli syurga. Dialah tiket mama untuk ke syurga," katanya.

Sakinah turut menyarankan kepada mereka yang mempunyai anak seperti Syafi agar tidak menyisihkan diri.

"Di luar sana, ramai yang senasib dengan kita. Jangan sesekali memencil diri. Bergaul dengan ramai orang kerana dari situ kita akan memperoleh pelbagai maklumat dan kemudahan seperti apa yang terdapat Kiwanis ini.

Punca lesu seks

Posted:

Punca lesu seks

Punca lesu seks

Soalan:
UNTUK makluman pihak tuan, saya berusia sekitar 52 tahun dan menghidap diabetes sejak 17 tahun yang lalu. Selepas pemeriksaan baru-baru ini, saya juga disahkan mempunyai masalah kolesterol yang tinggi.

Kini saya sedang mengambil ubat untuk menangani masalah - masalah tersebut. Adakah keadaan-keadaan ini menyumbang kepada kelesuan dan dalam masa yang sama menjejaskan prestasi hubungan intim saya? Adakah keletihan dan kualiti hubungan intim boleh diperbaiki dengan makanan tambahan?'

n R, Selangor.

Saudara R,

JAWAPAN

Terima kasih di atas soalan yang ditanya. Sebagaimana yang kita sedia maklum, diabetes menjadikan seseorang itu berisiko tinggi untuk mendapat masalah jantung atau penyakit kardiovaskular lain. Apabila seseorang mengidap diabetes, peluang untuk mendapat masalah lain seperti darah tinggi (hipertensi) dan paras kolestrol tinggi dalam darah (hiperkolesterolaemia) juga tinggi. Ini tidak termasuk komplikasi-komplikasi diabetes itu sendiri. Di usia 50-an, rawatan yang agresif perlu diberikan agar tahap gula, tekanan darah dan kolesterol dalam darah adalah dalam tahap yang terkawal. Ini bagi memastikan saudara tidak mendapat penyakit kardiovaskular dan komplikasi diabetes dalam jangkamasa yang singkat. Dengan kata lain, ubat-ubatan adalah diperlukan selain dari mengawal dengan cara menjalani kehidupan yang sihat. Berkenaan dengan ubat bagi menurunkan paras kolesterol, kebiasaan ubat yang diberikan dipanggil kumpulan statin sama ada atorvastatin, pravastatin, lovastatin, simvastatin dan sebagainya.

Ia cukup berkesan dalam menurunkan paras kolesterol dalam darah dan kesannya terhadap penurunan kadar penyakit kardiovaskular juga telah terbukti. Walaubagaimanapun, ia tidak dapat lari dari memberi kesan negatif terhadap sesetengah pesakit termasuklah seperti yang dialami oleh saudara. Masalah disfungsi ereksi, kurang nafsu, keletihan adalah antara masalah-masalah yang kerap dilaporkan.

Ia juga boleh memberi kesan seperti kekejangan otot, sakit otot-otot dan sebagainya. Jadi, eloklah saudara berjumpa dan berbincang dengan doktor saudara berkenaan masalah saudara. Doktor biasanya akan meneliti kesan-kesan yang dihadapi saudara sebelum membuat keputusan untuk memberhentikan ubat dan/atau menukar ubat yang saudara ambil mengambil kira faktor-faktor risiko seperti yang saya sebutkan di atas.

Kesan diabetes

Untuk makluman saudara, masalah disfungsi ereksi memang kerap berlaku di kalangan pengidap diabetes. Ini kerana kesan diabetes terhadap saraf-saraf dan saluran darah yang mengalir ke zakar. Walaubagaimanapun, sekarang banyak ubat-ubat yang telah terbukti memberi kesan positif terhadap masalah ini. Saudara cuma perlu berjumpa doktor dan menceritakan masalah saudara. Jika tidak ada kontraindikasi, doktor akan mempreskripsikan ubat-ubatan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah saudara. Jika masih tidak pulih, saudara boleh membuat temujanji dengan pakar kesihatan lelaki atau pakar urologi untuk rawatan lanjut. Saya tidak menggalakkan saudara untuk mengambil makanan tambahan sekiranya saudara mengamalkan pemakanan sihat sesuai dengan masalah kesihatan saudara. Jika saudara ingin mencuba apa-apa makanan tambahan, eloklah berbincang dengan doktor bagi memastikan ia selamat dan sesuai untuk dimakan. Selamat berjaya

Buat pemeriksaan terperinci

Soalan

SAYA berumur 25 tahun mempunyai beberapa kemusykilan berkaitan kesihatan prostat saya. Saya tidak pasti adakah saya sihat atau sebaliknya. Antara masalah - masalah saya itu adalah seperti sukar kencing, kencing tersekat-sekat dan kerap kencing malam. Kadangkala semasa membuang air kecil, saya terasa sakit dan terpaksa mengambil masa yang lama untuk membuang air kecil.

Selain itu, paha hingga kaki ada ketikanya mengalami kejang atau seperti sakit urat. Pinggang saya juga terasa sakit termasuklah kadangkala sakit semasa berjalan. Saya juga mengalami sakit leher, bahu dan seluruh pergelangan sendi.

Saya pernah membaca berkaitan masalah kanser prostat dan daripada apa yang saya fahami, tanda-tanda awalnya adalah seperti yang saya alami. Apakah langkah- langkah yang saya perlu ambil dan di manakah saya boleh mendapat rawatan?

n Jejaka stres, Johor.

JAWAPAN

Saudara jejaka stres,

Saya berharap saudara telah pun berjumpa dengan pengamal perubatan berkenaan masalah saudara dan saya doakan keadaan saudara telah pun pulih. Ini kerana simptom-simptom yang saudara maklumkan besar kemungkinan bukan disebabkan oleh kanser prostat tetapi disebabkan oleh masalah-masalah yang akut contohnya jangkitan kuman dalam air kencing atau pundi kencing dan mungkin juga disebabkan batu karang walaupun di usia 25 tahun ia agak jarang berlaku. Begitu juga kanser prostat yang juga jarang berlaku di usia saudara sekarang. Saya telah menjelaskan berkenaan kanser prostat di dalam siri-siri yang lalu. Nasihat saya, buat pemeriksaan terperinci dengan doktor termasuk pemeriksaan air kencing, darah dan mungkin ultra bunyi jika perlu. Untuk makluman saudara, jangkitan kuman dalam air kencing atau punding kencing juga tidak kerap berlaku di kalangan lelaki berbanding wanita. Jika ia berlaku di kalangan lelaki, doktor perlu mencari punca masalah tersebut. Saudara boleh mendapatkan rawatan di klinik-klinik kesihatan yang berdekatan. Jika ia berlarutan, saudara mungkin perlu membuat temujanji dengan pakar urologi di hospital-hospital kerajaan mahupun swasta.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


10,000 penduduk SS7 bantah

Posted:

10,000 penduduk SS7 bantah

10,000 penduduk SS7 bantah

Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
zaid.adnan@utusan.com.my

PETALING JAYA 8 Okt. - Kira-kira 10,000 penduduk SS7 Kelana Jaya membantah cadangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membangunkan Kompleks Sukan PKNS di sini kepada 7 blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kawasan SS7 Kelana Jaya, Datuk Zul Mukhshar Md. Shaari berkata, pembinaan projek itu dengan jelas akan memburukkan lagi masalah kesesakan lalu lintas sedia ada bukan sahaja di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) malah di kawasan kediaman mereka.

Katanya, pembangunan Kompleks Sukan PKNS itu juga akan mengakibatkan peningkatan kadar jenayah selain menjejaskan kualiti kehidupan penduduk di situ.

"Justeru, kita memohon kepada kerajaan Selangor untuk campur tangan dan memberi pertimbangan kepada bantahan penduduk di kawasan ini kerana ia merupakan projek kerajaan negeri.

"Seharusnya, projek PKNS ini dibuat untuk kemajuan rakyat dan tidak mengutamakan keuntungan semata-mata sehingga mengakibatkan kita kehilangan kawasan hijau dan tempat bersukan," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan 100 wakil penduduk bagi membantah cadangan pembangunan semula Kompleks Sukan PKNS di sini.

Zul Mukhshar dalam pada itu berkata, penduduk SS7 Kelana Jaya juga kesal dengan tindakan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kerana tidak memberikan notis maklum balas mengenai projek pembangunan itu kepada semua penduduk yang tinggal berhampiran dengan Kompleks Sukan PKNS.

Selain itu katanya, MBPJ juga perlu mempertimbangkan bantahan penduduk kerana tiada pembangunan boleh dilakukan di atas tanah yang berstatus Kompleks Sukan PKNS kerana ia tidak boleh dijual atau pindah milik melainkan dengan kebenaran pihak berkuasa tempatan.

"Setiap penduduk di sini mempunyai hak untuk memberi maklum balas terhadap cadangan pembangunan projek berkenaan.

"Dikhuatiri, Kompleks Sukan PKNS yang telah lama menjadi pusat pembangunan bola sepak, kriket dan ragbi akan hilang sekali gus memberi kesan kepada kemunculan bakat-bakat baru sukan khasnya di kalangan generasi muda di negeri Selangor," katanya.

Kekurangan diri tingkatkan motivasi Ahmad Salihin

Posted:

Kekurangan diri tingkatkan motivasi Ahmad Salihin

Kekurangan diri tingkatkan motivasi Ahmad Salihin


PENERIMA peringkat ijazah sarjana muda (dari kiri) Ahmad Salihin Abdullah (Pencapaian Khas), Siti Fatimah Abu Hussin (Anugerah Pelajaran Diraja), Najwa Rosli (Anugerah Pelajaran Diraja) dan Meor Alif Meor Azalan (Hadiah Presiden) berbual mesra selepas menerima anugerah masing-masing pada Majlis Konvokesyen UIAM ke-27, di Pusat Kebudayaan UIA, Kuala Lumpur, semalam. - MINGGUAN/ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN


KUALA LUMPUR 8 Okt. - Walaupun dibayangi perasaan tidak sempurna seperti orang lain, namun ia telah membuatkan graduan orang kurang upaya (OKU), Ahmad Salihin Abdullah, 25, sentiasa mempunyai motivasi tinggi sejak kecil.

Maka tidak hairanlah, beliau yang cacat di kedua-dua belah kakinya telah diumumkan sebagai penerima anugerah Pencapaian Khas Abdullah Ibnu Umm Maktum pada majlis Konvokesyen UIAM Ke-27 di Gombak, hari ini.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Farmasi yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan itu telah mendapat purata nilai gred keseluruhan (CGPA) 3.44 dalam pengajiannya.

"Disebabkan saya rasa lain daripada orang lain, jadi saya perlu buat lebih. Malah dalam keadaan sebegini kita tidak tahu masa depan kita.

"Sebab itulah saya belajar bersungguh-sungguh. Sokongan keluarga dan rakan-rakan yang membuatkan saya tidak merasai apa-apa halangan ketika belajar," katanya ketika ditemui selepas majlis tersebut hari ini.

Menurut anak ketujuh daripada lapan adik-beradik itu, rahsia kejayaannya ialah memberi tumpuan penuh ketika di dalam kelas.

"Jika beri tumpuan dalam kelas, apabila mengulangkaji, pelajaran itu mudah diingati," ujarnya yang kini berkhidmat sebagai pegawai farmasi di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

Sementara itu, graduan jurusan perubatan, Siti Fatimah Abu Hussain, 25, pula diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja dan Hadiah Pelajar Terbaik Keseluruhan.

"Mula-mulanya saya hanya berharap menjadi pelajar terbaik keseluruhan sahaja, tapi tidak sangka pula turut diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja.

"Maka kedua-dua anugerah ini adalah hadiah istimewa kepada Allahyarham bapa saya yang meninggal dunia dua tahun lalu," katanya yang bercita-cita untuk membantu dalam misi kemanusiaan apabila menjadi doktor kelak.

Bagi penerima anugerah pelajar terbaik jurusan undang-undang, Najwa Rosli, 23, berkata, disiplin diri dan pembahagian masa adalah faktor utama yang membawa kepada kejayaannya.

"Apa saja perkara yang kita lakukan, ia perlu seimbang terutamanya antara bidang akademik dan kokurikulum," ujarnya yang berasal dari Johor.

Pemenang Hadiah Presiden, Meor Alif Meor Azalan, 23, pula berkata, setiap pelajar yang ingin berjaya, mereka perlu mempunyai kepercayaan kepada kebolehan diri sendiri.

"Jika tidak ada perasaan sebegitu mungkin susah untuk mencapai kejayaan yang diharapkan," katanya yang kini menyambung pelajaran di peringkat sarjana muda di London School of Economic and Political Sciences, London.

HKL akan menjadi lebih selesa

Posted:

HKL akan menjadi lebih selesa

HKL akan menjadi lebih selesa

SHAH ALAM 8 Okt. - Peruntukan sebanyak RM300 juta untuk membaik pulih serta menaik taraf Hospital Kuala Lumpur (HKL) menjadi sebuah hospital premier menerusi Bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam akan membolehkan rakyat mendapatkan perkhidmatan kesihatan dengan lebih selesa.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pembangunan semula HKL membabitkan penambahan kelengkapan dan pengubahsuaian ruang untuk pesakit termasuk mengatasi kekurangan tempat letak kenderaan yang semakin meruncing.

"Kita mahu jadikan HKL sebagai hospital premier dengan menjadikan hospital tersebut selesa sesuai dengan tarafnya yang terletak di ibu negara dan antara hospital yang menjadi tumpuan rakyat.

"Buat masa ini ruang untuk pesakit luar dan pesakit lain adalah bercampur dan perkara itu akan dapat diatasi melalui peruntukan yang diperoleh secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Promosi Pemakanan Sihat di Pasar Raya di Pasar Raya Besar Giant di sini hari ini.

Tiong Lai berkata, peruntukan sebanyak RM16.82 bilion iaitu peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding apa yang diterima oleh kementeriannya menerusi Bajet 2011 menunjukkan kerajaan sentiasa memastikan rakyat dapat menikmati kesihatan lebih baik selain menerima rawatan pemeriksaan, perubatan dan nasihat doktor dengan lebih cepat.

Dalam pada itu beliau memberitahu, kementerian turut menubuhkan unit pemakanan khusus bagi memerangi penyakit tidak berjangkit (NCD) yang semakin meningkat di negara ini seperti obesiti, jantung, diabetes, barah dan darah tinggi.

"Ini adalah dasar baru kementerian dan khusus untuk mengatasi masalah ini kerana peningkatan kes NCD semakin ketara di seluruh dunia termasuk Malaysia dengan jangkaan ia akan meningkat mendadak dalam tempoh 10 tahun.

"Kajian menunjukkan kira-kira 1.7 juta penduduk dewasa Malaysia adalah mengalami obesiti dengan menduduki tempat keenam di kalangan negara Asia dan perkara ini bukan perkembangan yang sihat untuk negara kita," katanya.

Beliau menyatakan, kerajaan membelanjakan kira-kira RM1.3 bilion untuk ubat-ubatan bagi merawat NCD dengan purata peningkatan kos sebanyak 12 peratus setahun.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Bernas musnahkan palet

Posted:

Bernas musnahkan palet

Bernas musnahkan palet

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 7 Okt. - Padi Beras Nasional (Bernas) akan mengambil dua pendekatan untuk mengawal pembiakan kutu beras yang kini didakwa menyerang kawasan perumahan penduduk di Jalan Gangsa, Pasir Gudang dekat sini.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), On Jabbar @ Jaffar berkata, sebagai langkah segera, Bernas akan memusnahkan semua palet di gudang tersebut yang dikatakan menjadi punca utama kutu beras itu membiak.

"Langkah ini akan dilakukan dalam masa terdekat tetapi berperingkat-peringkat kerana perlu mengalihkan beras yang semuanya berjumlah 32,000 metrik tan," katanya mengulas rungutan penduduk yang mendakwa rimas dan tidak selesa dengan kehadiran banyak kutu beras di kawasan perumahan berkenaan.

Selain itu, Bernas juga akan memasang jaring dan melakukan proses asapan untuk membunuh kutu-kutu beras itu dalam dua atau tiga kali seminggu.

"Jika jumlah kutu beras itu terlalu banyak, ia akan dimatikan dengan pelepasan gas. Langkah kedua ini akan mengambil masa tiga bulan," katanya selepas melawat gudang beras Bernas berkenaan di sini semalam.

Turut hadir Penolong Pengurus Besar Bernas (Bahagian Jualan dan Pengedaran), Ramsuri Abdul Rahim dan wakil-wakil Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pertanian.

On Jabbar berkata, punca kutu-kutu beras 'menyerang' kawasan setempat berikutan kerja-kerja pembesaran gudang beras itu yang dilakukan selama tiga bulan sejak Mei lalu.

Katanya, semasa kerja tersebut dilakukan, dinding gudang dibuka dan keadaan itu menyebabkan kutu beras berterbangan dibawa angin ke kawasan berhampiran.

Beliau mengakui MPPG menerima lebih 10 aduan daripada penduduk mengenai masalah tersebut dan pihaknya memberi tempoh tiga bulan kepada Bernas untuk mengawal serangga itu daripada terus membiak.

Perjumpaan bekas pelajar SMK Masai meriah

Posted:

Perjumpaan bekas pelajar SMK Masai meriah

Perjumpaan bekas pelajar SMK Masai meriah


Sebahagian bekas pelajar SMK Masai yang hadir pada majlis perjumpaan semula di Hotel TS, Taman Rinting, Masai, Johor Bahru, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 7 Okt. - Lebih 96 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Masai dekat sini mengadakan majlis perjumpaan semula di Hotel TS, Taman Rinting baru-baru ini.

Mereka yang hadir bersama keluarga masing-masing terdiri daripada bekas pelajar dari sesi 1981 hingga 1985.

Pertemuan yang diilhamkan kira-kira dua bulan lalu itu berjaya direalisasikan hasil kerjasama rakan-rakan yang bertungkus-lumus mencari bekas pelajar terbabit menerusi pelbagai media termasuk laman sosial, Facebook.

Penganjur majlis, Zairani Aziz berkata, program itu bertujuan merapatkan kembali hubungan silaturahim di kalangan bekas pelajar sekolah tersebut.

"Kita mengambil kesempatan mengadakan program ini pada hujung bulan Syawal kerana ramai bekas pelajar pulang bercuti ke kampung masing-masing," katanya.

Walaupun terpisah selepas meninggalkan alam persekolahan lebih 26 tahun lalu, nyata majlis itu berlangsung meriah dengan masing-masing menceritakan kembali kenangan manis ketika bergelar pelajar.

Kumpulan bekas pelajar terbabit merancang mengadakan pertemuan yang lebih besar dan mengumpulkan lebih ramai rakan mereka pada masa akan datang.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved