Selasa, 18 Februari 2014

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tiada keistimewaan buat TMJ - Taufek

Posted: 18 Feb 2014 11:52 AM PST

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Idris tidak akan mendapat layanan istimewa daripada Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) jika beliau antara individu yang akan dipanggil bagi memberi keterangan berhubung insiden di dalam terowong ke bilik persalinan semasa perlawanan Johor Darul Tazim dengan T-Team di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Johor Bahru awal bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak berkata, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail perlu hadir sendiri ke Wisma FAM untuk memberi keterangan jika beliau menerima surat pertuduhan berhubung insiden itu, yang dijangka dikeluarkan oleh badan induk bola sepak negara itu dalam masa terdekat.

Seolah-olah memberi bayangan sepenuhnya bahawa TMJ akan mendapat surat pertuduhan berkenaan, Taufek menegaskan semua pihak perlu mengikut prosedur yang ditetapkan tanpa mengambil kira latar belakang sesiapa, seperti mana dalam kes terdahulu apabila beliau didakwa di bawah Artikel 88 kerana menghina FAM pada 9 Mac tahun lalu.

Perlawanan antara Johor Darul Tazim dengan T-Team dalam pusingan kedua Piala FA di Larkin pada 1 Februari lalu terpaksa ditangguhkan selepas pasukan pelawat enggan meneruskan aksi babak kedua, serta mendakwa pemainnya, Evaldo Goncalves dan jurulatih kecergasan pasukan, Stefano Impagliazzo dikasari oleh pemimpin tinggi JDT di dalam terowong ketika menuju ke bilik persalinan pemain semasa rehat.

JDT telah diberikan kemenangan percuma 3-0 oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM namun kes yang melibatkan pemain dan jurulatih yang berasal dari Brazil itu masih menunggu siasatan.

Goncalves dan jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo telah membuat laporan polis, mendakwa mereka dikasari oleh pegawai tinggi PBNJ. Mereka turut mendapatkan pemeriksaan doktor.

Sekiranya surat pertuduhan itu dikeluarkan terhadap TMJ, saya boleh beri jaminan tiada sebarang keistimewaan akan diberikan kepadanya dalam soal siasatan, beliau juga perlu mengikut saluran undang-undang yang kita tetapkan.

Seperti mana amalan, jika beliau mengaku bersalah, beliau kena mengisi Borang A dan sebarang hukuman terhadap beliau akan diputuskan dalam mesyuarat tanpa kehadiran beliau.

Namun, jika beliau mengaku tidak bersalah dengan mengisi Borang B, perbicaraan akan dilakukan dan semua pihak termasuk pengurusan T-Team serta doktor yang merawat tahap kecederaan Goncalves dan Impaglazzio malahan TMJ sendiri kena hadir ke Wisma FAM," kata Taufek ketika dihubungi semalam.

Kata-kata Taufek itu sekali gus menafikan sebarang spekulasi yang mengatakan FAM terpaksa pergi menghadap TMJ sekiranya perbicaraan ke atas Presiden PBNJ perlu dilakukan bagi membantu siasatan terhadap kes berkenaan.

Sebelum ini, TMJ pernah digantung selama enam bulan dan didenda RM18,000 atas dua pertuduhan di bawah Artikel 88 Statut FAM kerana mengkritik mutu pengadilan yang disifatkan begitu lemah.

Dalam masa sama, Taufek mengesahkan laporan Gara-Gara Tulisan Doktor oleh Mingguan Malaysia pada 16 Februari lalu adalah benar dan mengakui tulisan doktor yang memeriksa kecederaan Goncalves dan Impagliazzo menjadi punca surat pertuduhan lambat dikeluarkan.

Kelantan berpeluh sebelum mara

Posted: 18 Feb 2014 11:52 AM PST

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Pemain Kelantan, Mohd Shawky Aly (jersi 17) bersaing dengan pemain PKNS, Karlo Primorac (jersi 10) untuk merebut bola di udara dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA di Selayang malam tadi.

SELAYANG - Kelantan berada pada landasan terbaik untuk memenangi Piala FA buat kali ketiga berturut-turut apabila berjaya membenam PKNS dengan agregat 6-5 selepas mencatat keputusan seri 3-3 dalam perlawanan suku akhir kedua di Stadium Selayang malam tadi.

Lawan juara 2012 dan 2013 itu pada separuh akhir nanti adalah pasukan dari Liga Perdana, Felda United yang mengejutkan Sarawak dalam satu lagi perlawanan.

Hadir di Selayang berbekalkan kemenangan 3-2 di Kota Bharu, Kelantan sempat resah apabila The Red Ants hanya memerlukan dua minit sahaja untuk mendapatkan gol pertama melalui Patrick Ronaldinho yang bijak memanfaatkan hantaran Mohd. Nazmi Faiz Mansor.

Namun, kelebihan yang dimiliki oleh PKNS tidak bertahan lama apabila Ahmad Fakri Saarani menyamakan kedudukan pada minit ke-19 setelah menanduk masuk bola sepakan bebas ketua pasukan, Mohd. Badhri Mohd. Radzi sekali gus kembali meletakkan Kelantan di hadapan secara agregat 4-3.

Kesilapan Mohd. Fauzan Dzulkifli yang menghantar bola ke dalam kawasan penalti sendiri diambil kesempatan oleh Badhri yang membuka ruang kepada Ahmad Shakir Ali untuk mendapatkan gol kedua melalui rembatan leret pada minit ke-26.

Anak-anak buah Wan Jamak Wan Hassan tidak cepat mengalah dan tindakan Obinna Nwaneri menjatuhkan Ronaldinho di dalam kotak penalti membuka ruang kepada PKNS mendapatkan gol penyamaan.

Ronaldinho mudah menewaskan Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-43 bagi menjadikan kedudukan terikat 2-2 sebelum rehat.

Situasi permainan bertambah menarik apabila bersambung di babak kedua dengan PKNS berjaya memimpin perlawanan sekali lagi menerusi tandukan kencang Hamka Hamsah pada minit ke-71 setelah dia menyambut sepakan bebas Fauzan.

Kegembiraan tuan rumah bagaimanapun hanya bertahan dua minit apabila Mohamad Ghaddar yang menerima hantaran silang Shakir memadamkan kelebihan yang dimiliki PKNS setelah melepaskan rembatan yang menewaskan Remezey Che Ros di gawang gol untuk menyamakan kedudukan 3-3.

Jaringan itu ternyata membunuh api perjuangan PKNS yang memerlukan dua gol untuk mara ke suku akhir dan pada baki 17 minit permainan, bola hanya berlegar di tengah padang tanpa sebarang gerakan mampu dihasilkan oleh kedua-dua pasukan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Kenderaan penguat kuasa PPDNKK dirempuh suspek seludup minyak

Posted: 18 Feb 2014 10:11 PM PST

PASIR PUTEH 19 Feb. - Sepasukan pegawai penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan nyaris maut selepas kenderaan yang mereka naik dirempuh kereta yang terbabit dalam penyeludupan minyak petrol.

Dalam kejadian pukul 9 malam tadi, pihak PPDNKK mengesan dua buah kereta yang dipercayai terbabit dalam penyeludupan minyak di sebuah stesen minyak di Kampung Jerus dekat sini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Ab. Ghani Harun berkata, kedua-dua suspek kemudian bertindak melarikan diri dengan kereta terbabit, tetapi sebuah kereta merempuh kenderaan yang dinaiki anggota PPDNKK ketika cuba meloloskan diri.

"Sebelum kejadian, kedua-dua suspek lelaki itu sedang mengisi minyak di dalam tong di stesen terbabit, dan apabila menyedari kehadiran anggota kami, suspek bertindak melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini. - BERNAMA

Polis tumpas sindiket curi data kad ATM

Posted: 18 Feb 2014 10:08 PM PST

SHAH ALAM 19 Feb. - Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor berjaya mematahkan sindiket mencuri data pengguna kad mesin pengeluaran wang automatik antarabangsa dengan tertangkapnya dua suspek warga Sri Lanka dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Taman Cempaka, Ampang, malam tadi. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


SMK Presint 14 (1) langgan 800 Tutor Utusan Malaysia

Posted: 18 Feb 2014 11:52 AM PST

SEBAHAGIAN pelajar SMK Presint 14 (1) Putrajaya menunjukkan akhbar sisipan Tutor Utusan Malaysia dalam majlis taklimat di sekolah berkenaan, semalam. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI

PUTRAJAYA 18 Feb. - Kandungan akhbar pendidikan Utusan Malaysia, Tutor yang padat dengan soalan latih tubi berkualiti menarik minat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 14 (1) Putrajaya melanggan 800 naskhah edisi enam akhbar itu.

Penolong Kanan Pentadbiran/Akademik sekolah, Mohd. Zaini Harun berkata, pihaknya meyakini Tutor mampu melonjakkan pencapaian akademik murid sekolah itu terutama membantu mencapai keputusan cemerlang dalam Pentaksiran Pusat Menengah Rendah (PPMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Menurutnya, Tutor akan diagihkan kepada murid PPMR dan SPM untuk digunakan sebagai rujukan pembelajaran dalam bilik darjah selain dijadikan alat bantu mengajar buat guru.

"Setiap tahun, pihak sekolah sudah merangka beberapa strategi bagi melonjakkan pencapaian murid dan antara usaha itu termasuk menggunakan Tutor dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP).

"Kita berkeyakinan Tutor mampu merealisasikan hasrat sekolah melonjakkan pencapaian murid dalam akademik dengan mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan PPMR dan SPM nanti," katanya dalam majlis penyerahan tajaan Tutor di sekolah itu, dekat sini hari ini.

Utusan Malaysia menerbitkan Tutor SPM, Tutor PPMR dan Tutor UPSR pada setiap hari Isnin, Tutor English (Selasa) dan Tutor Junior (Rabu). Setiap akhbar dijual secara eksklusif di sekolah pada harga 50 sen senaskhah.

Mohd. Zaini memberitahu, harga Tutor yang berpatutan amat berbaloi dan mampu dibeli oleh semua murid sekolah itu yang berjumlah 700 orang dan 80 tenaga pengajarnya.

"Murid yang tidak mampu akan dibantu melalui PIBG sekolah dan unit kebajikan kerana apa yang pasti, kita mahu semua murid dapat menggunakan sepenuhnya kelebihan penggunaan Tutor itu dan akhirnya membantu meningkatkan pembelajaran," katanya.

Untuk melanggan dan sebarang pertanyaan, hubungi Pegawai Eksekutif Pemasaran Utusan Melayu (M) Berhad, Samsol Kamal Mohd. Saad di talian 016-2204299.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Penarik kereta mengaku tidak bersalah bunuh pengasas Ambank

Posted: 18 Feb 2014 07:05 PM PST

KUALA LUMPUR 19 Feb - Penarik kereta, Koong Swee Kwan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan membunuh Pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysia (Ambank), Hussain Ahmad Najadi dan cubaan membunuh isteri mangsa, Cheong Mei Kuan.

Selepas merekodkan pengakuan tersebut, mahkamah menetapkan perbicaraan selama dua minggu bermula 9 Jun ini. - UTUSAN ONLINE

Utusan Malaysia amal pemberitaan yang adil - Mohd. Asron

Posted: 18 Feb 2014 11:52 AM PST

PULAU PINANG 18 Feb. - Utusan Malaysia mengamalkan pemberitaan yang adil dengan menghubungi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu sebelum mengeluarkan berita mengenai ucapannya di Padang Menora, Tasek Gelugor berkaitan isu serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Johor.

Wartawan Eksekutif, Mohd. Asron Mustapha berkata, Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu bagaimanapun enggan menjawab sebarang soalan dengan alasan belum bersedia untuk memberi kenyataan kepada akhbar itu.

Malah menurut Mohd. Asron, beliau juga membuat salinan penuh ucapan yang disampaikan Mat Sabu yang menjulang Mat Indera sebagai pejuang negara sedangkan Mat Indera ialah seorang ahli Parti Komunis Malaya (PKM) bagi mengelakkan sebarang kekeliruan dan kesilapan.

Tambahnya, beliau juga membuat penyelidikan melalui internet berkaitan sejarah serangan Bukit Kepong sebelum menulis berita berkaitan ucapan itu.

"Berdasarkan maklumat yang diperoleh, ucapan Mat Sabu itu bercanggah dengan sejarah dan menimbulkan kontroversi kerana kisah serangan di Balai Polis Bukit Kepong amat dekat di hati masyarakat terutama keluarga mereka yang terlibat.

"Saya juga tiada niat jahat atau menokok tambah berita dengan niat untuk mensensasikan berita yang dibuat kerana apa yang dilaporkan ialah selari dengan apa yang dituturkan oleh Mat Sabu,'' katanya.

Beliau menjawab soalan peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun dalam perbicaraan kes saman fitnah Mat Sabu terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu (M) Bhd. di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Mat Sabu memfailkan saman tersebut pada 21 Disember 2011 kerana mendakwa pihak defendan menyiarkan artikel berunsur fitnah terhadapnya berhubung serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mat Sabu mendakwa pihak defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel pada 27 Ogos 2011 dan dua bahan terbitan pada keesokannya yang berunsur fitnah.

Dalam keterangannya, Mohd. Asron berkata, beliau bagaimanapun tidak menghubungi semula Mat Sabu selepas artikel itu diterbitkan namun menulis berita berdasarkan laporan portal HarakahDaily yang menyebut Mat Sabu tidak ingat sama ada pernah mengeluarkan kenyataan kontroversi itu atau tidak.

Sementara itu, peguam Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Mat Sabu juga dilihat cuba mengasak Mohd. Asron dengan mendakwa saksi tersebut tidak mendapatkan sumber yang sahih berkaitan isu serangan di Bukit Kepong.

Malah, Mohamed Hanipa juga beberapa kali mengaitkan UMNO dalam penyiaran berita tersebut menyebabkan Mohd. Hafarizam bangkit membantah namun pertikaman lidah antara kedua-dua mereka dileraikan oleh Hakim Datuk Seri Zakaria Sam (kini Hakim Mahkamah Rayuan).

Mohamed Hanipa juga mempersoalkan laporan Utusan Malaysia mengenai kenyataan bekas Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman yang melabelkan Mat Indera sebagai pengganas sedangkan artikel berkaitan individu itu terkandung di dalam buku Pengukir Nama Johor.

Dalam pada itu, ketika mahkamah ditangguhkan, Mat Sabu bertindak di luar batas apabila 'menyerang' Mohd. Asron dengan kata-kata kesat serta menuduh Utusan Malaysia berniat jahat terhadapnya.

Insiden itu juga menyebabkan berlaku perang mulut antara Mohd. Asron dan Mat Sabu sehingga berlarutan ke luar mahkamah.

Hakim Zakaria menetapkan 19 Mac ini untuk pengurusan kes.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Candy Crush hasrat senaraikan saham di NYSE

Posted: 18 Feb 2014 11:51 AM PST

LONDON 19 Feb. - Pereka permainan atas talian terkenal, Candy Crush menyatakan semalam bahawa pihaknya sedang cuba untuk menyenaraikan saham-sahamnya di New York Stock Exchange.

Pereka permainan tersebut, syarikat King.com berkata, pihaknya telah bertanya kepada badan kawal selia Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (AS) untuk penyenaraian berkenaan.

Syarikat itu berhasrat untuk menyenaraikan saham biasanya di New York Stock Exchange di bawah simbol KING. Jumlah saham yang akan ditawarkan dan julat harga bagi tawaran itu belum lagi ditentukan," kata firma itu dalam satu kenyataan. - AFP

Rusuhan berdarah di Bangkok

Posted: 18 Feb 2014 11:52 AM PST

anggota polis Thailand berlindung selepas berlaku letupan semasa pertempuran dengan penunjuk perasaan antikerajaan dekat bangunan Rumah Kerajaan di Bangkok, semalam. - REUTERS

BANGKOK 18 Feb. - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh ketika pasukan keselamatan Thailand bertempur dengan penunjuk perasaan antikerajaan untuk merampas kembali bangunan kerajaan yang dikepung penunjuk perasaan, di sini hari ini.

Berpuluh-puluh orang turut cedera termasuk empat anggota polis dalam pertempuran itu, selain sejumlah penunjuk perasaan ditahan pihak berkuasa,

Sebaik-baik pasukan keselamatan yang dilengkapi cota dan kelengkapan perlindungan diri menggempur bangunan itu, bunyi tembakan dan letupan turut kedengaran di sebuah kawasan bersejarah di bandar ini yang terletak berdekatan kawasan pelancongan.

Pegawai polis, Leftenan Jeneral Prawut Thavornsiri berkata, seorang anggota polis dan tiga penunjuk perasaan disahkan terbunuh dalam pertempuran itu.

Sumber pusat perubatan melaporkan, seramai 64 orang cedera dalam pertempuran itu selepas penunjuk perasaan enggan mematuhi arahan polis agar meninggalkan kawasan pejabat Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra dalam tempoh sejam.

Sehari sebelum itu, penunjuk perasaan membina kubu pertahanan di hadapan pintu pagar bangunan berkenaan menggunakan guni pasir yang diisi simen.

Ketua Majlis Keselamatan Negara, Paradorn Pattanatabut berkata, kira-kira 100 penunjuk perasaan ditahan di beberapa lokasi berbeza di kompleks Kementerian Sumber Tenaga atas kesalahan melanggar perintah berkurung.

Ini merupakan kali pertama pihak berkuasa Thailand menangkap ramai penunjuk perasaan sejak bantahan antikerajaan yang diadakan secara besar-besaran tiga bulan lalu bagi mendesa Yingluck dan kepimpinannya berundur.

Kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan mahu Yingluck menyerahkan kuasa kepada kerajaan sementara yang dipilih oleh rakyat bagi mengatasi masalah rasuah dan penyalahgunaan wang rakyat sebelum pilihan raya diadakan. - AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Erra Fazira setuju anak tunggal dijaga bekas suami

Posted: 18 Feb 2014 06:58 AM PST

SHAH ALAM 18 Feb. - Pelakon Erra Fazira, 40, memberitahu bahawa dia bersetuju untuk melepaskan hak penjagaan anak tunggalnya kepada bekas suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 39, kerana percaya itu adalah jalan yang terbaik.

Namun demikian, dia mengakui agak sensitif apabila diajukan soalan mengenai anak tunggalnya, Engku Aleesya yang kini berusia 5 tahun.

"Janganlah tanya soalan ini, masih sensitif. Tapi apa yang berlaku adalah yang terbaik untuk dia," katanya sewaktu ditemui di studio rakaman program Primadona di sini hari ini.

Erra dan Engku Emran sah bercerai apabila Engku Emran melafazkan cerai talak satu terhadap Erra di hadapan Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain kira-kira 12.50 tengah hari ini.

Semalam, pelakon filem Sembilu itu telah memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. - UTUSAN ONLINE

Adi urus agensi umrah

Posted: 17 Feb 2014 10:36 PM PST

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDIN
Gambar FAUZI BAHARUDIN

TAHUN 2014 dimulai dengan pencapaian yang cukup cemerlang. Baharu sahaja menubuhkan sebuah agensi mengelola urusan umrah, Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 33, memberitahu semua yang berlaku itu langsung tidak dirancang.

Hadid Travel & Tours yang menyediakan pakej mengerjakan umrah, dilihat percaturan terbaharu aktor kacak itu.

Mengakui bukan mudah untuk menceburi satu bidang asing, bagi Adi semua yang berlaku dalam hidupnya juga adalah satu permulaan.

Tidak pernah melupakan apa yang dilalui sepanjang tahun 2013, Adi kini mempunyai misi yang lebih besar untuk masyarakat menilai siapa sebenarnya dia.

Kehidupan saya normal, dan lebih baik. Apa yang saya percaya setiap ujian yang diturunkan akan disertakan hikmah.

Jika tahun lepas saya lebih kepada lakonan. Tahun ini pula saya beri peluang buat perniagaan," katanya ringkas.

Menjelaskan kewujudan Hadid Travel & Tours, menurut Adi dia turut tidak sangka akan meneraju syarikat berkenaan.

Walaupun masih baharu, Adi menjelaskan dia sedaya upaya menyediakan khidmat terbaik buat mereka yang memilih agensi miliknya itu untuk ke Tanah Suci.

Bila kita ceburi bidang baharu, semua perkara kita perlu belajar. Bila wujudkan Hadid Travel & Tours saya tahu bidang ini tidak ada kena mengena dengan dunia lakonan yang sudah saya lalui selama 13 tahun.

Kumpulan pertama yang diuruskan saya akan berlepas ke Tanah Suci Mekah pada 13 Mac ini. Saya juga akan ke sana tetapi bukanlah sebagai ustaz pengiring, tetapi sekadar menguruskan segala urusan sahaja. Kami akan sediakan ustaz yang lebih arif untuk membantu mereka," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran teater Di Bawah Lindungan Kaabah di Istana Budaya baru-baru ini.

Adi menafikan menggunakan namanya untuk melariskan syarikatnya itu.

Menurut Adi, pemergiannya ke sana lebih kepada menyelesaikan urusan berkaitan jemaah yang akan berada di bawah Hadid Travel & Tours.

Mengakui teruja, Adi juga tidak menolak untuk berada di sana hampir setiap bulan selepas ini.

Dengan wujudnya Hadid Travel & Tours, saya mungkin akan berada di Mekah setiap bulan.

Bulan Mac ini saya akan ke sana lagi, tetapi bukan untuk menyertai mereka. Saya akan uruskan perkara yang berkaitan logistik, tempat tinggal dan lain-lain. Tetapi kalau ada permintaan yang mahu saya ikut serta, saya tidak akan menolak," katanya tulus.

Selama 13 tahun dalam dunia lakonan, Adi tidak berselindung untuk menjelaskan ada sesuatu yang membuatkan dia berani untuk menubuhkan Hadid Travel & Tours. Percaya Mekah sebagai pusat tumpuan umat Islam, ada kelebihan yang menguatkan pendiriannya.

Memang saya tiada niat pada mulanya untuk meneruskan Hadid Travel & Tours. Tetapi ada sesuatu yang membuat saya berani mewujudkan Hadid Travel & Tours, berseorangan. Ke mana juga kita pergi, kiblatnya hanya satu," katanya yang turut menjelaskan maksud Hadid ialah besi dalam bahasa Arab.

Bakal melancarkan syarikatnya itu tidak lama lagi, Adi berharap kewujudan Hadid Travel & Tours dapat memberi manfaat kepada masyarakat.

Melalui syarikat ini, saya menjadi pengantara buat jemaah untuk memudahkan urusan mereka ke sana, ini saya anggap sebagai ibadah," katanya.

Dunia lakonan?

Melihat kepada condongan pilihan kerjayanya kini, ada yang musykil tentang niat sebenar pelakon kacak ini. Ada yang mula bertanya benarkah ini sebagai tanda permulaan buat Adi untuk meninggalkan dunia lakonan.

Saya tidak akan tinggalkan dunia lakonan, soalnya semua masih sama.

Saya anggap ini permulaan baharu dan saya tidak perlu tinggalkan apa-apa. Sebelum ini juga saya akan fokus untuk semua kerja yang saya lakukan, sama juga untuk perniagaan ini," katanya.

Tidak dinafikan dia antara pelakon lelaki dambaan peminat wanita. Lakonan romantik yang dipamerkan sentiasa menjadi.

Bagaimanapun memiliki sebuah syarikat yang menguruskan soal umrah ke Tanah Suci tentunya ini berkaitan dengan nilai yang Adi miliki. Ditanya sama ada ini akan menyekat penerimaan watak yang akan diterima, Adi dengan jelas menyatakan pendiriannya.

Saya tidak rasa dunia lakonan di Malaysia ini terlalu teruk. Setiap watak juga datang dengan batas. Jadi saya tidak risau soal itu.

Saya tidak akan meletakkan apa-apa sekatan untuk tawaran lakonan saya," katanya.

Tidak cukup dengan itu, Adi juga bakal menguruskan peniagaan logistik serta menjadi pemborong untuk barangan bilik air buatan China. Menjelaskan keadaan diri yang semakin sibuk kini, Adi yakin dunia perniagaan akan mendapat layanan yang sama seperti dunia lakonan.

Walaupun suatu hari nanti kedua-dua bidang ini menjanjikan tahap pemulangan yang tinggi, saya kekal dengan pilihan untuk meneruskannya kedua-duanya.

Kedua-dua bidang ini juga ibadah, jadi tiada sebab untuk saya meninggalkan mana-mana bidang untuk beri lebih tumpuan," katanya yakin.

Tidak menolak untuk menjawab soalan mengenai skandal yang pernah mengaitkan dirinya, Adi dengan tenang menjelaskan dia tidak ada kena mengena dengan perkara itu lagi.

Walaupun diasak kembali dengan tuntutan bekas suami wanita tersebut, Adi dengan jelas memberitahu di pihaknya tiada apa lagi yang berbangkit.

Di pihak saya, kami tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan perkara tersebut dan kami percaya dengan siasatan polis untuk kes ini di tutup.

Jadi saya tidak perlu tahu apa yang mahu dilakukan pihak mereka," katanya.

Kulit semakin cerah

Sedang sibuk dengan penggambaran filem Kanang Anak Langkau, menurut Adi dia kini banyak menghabiskan masanya di dalam hutan di Trong, Perak. Melihat kepada penampilannya kini, ada sesuatu yang berbeza mengenai Adi.

Tidak dinafikan kulitnya kini semakin cerah, ada kejutan baharu yang akan di tampilkan Adi kelak.

Itulah sepatutnya gelap sebab sibuk dengan penggambaran, mungkin sebab pengambilan satu produk ini. Saya akan lancarkan kolagen yang saya guna tidak lama lagi, Sudah dilancarkan di Indonesia produk ini akan dibawa ke Malaysia tidak lama lagi.

Berkenaan produk Fareena pula, saya masih menjadi rakan niaga mereka, jadi tidak timbul sebarang isu untuk ini. Mungkin ada yang berfikiran negatif, soalnya kami masih baik," katanya.

Menjelaskan filem pertama arahannya Suami Aku Ustaz yang kini masih dalam proses pos produksi. Adi juga tidak menolak kemungkinan besar akan ditayangkan pada tahun ini. Tidak gentar untuk menghadapi kesuraman dunia perfileman Melayu kini, ada formula untuk soalan itu.

Kalau tiada apa, kemungkinan filem itu akan ditayangkan tahun ini. Buat saya nak risau akan keadaan sekarang ini. Saya percaya kepada rezeki.

Setakat ini pihak penerbit juga tidak ada masalah, cuma waktu tayangan itu yang masih belum dapat dijangka bila, memandangkan masih banyak filem yang menunggu untuk ditayangkan," katanya.

Selain itu Adi juga akan kembali ke pentas teater untuk pementasan teater Di Bawah Lindungan Kaabah yang juga karya Hamka. Jelas teruja dengan peranan tersebut, Adi turut menyatakan pendiriannya mengenai karya ini.

Saya memang beri komitmen kepada setiap kerja saya, sehingga kini saya akan selesaikan kerja saya satu persatu. Untuk pementasan teater ini saya akan pastikan untuk memberi komitmen yang terbaik.

Saya memang teruja untuk melakonkan semua babak memandangkan saya antara pembaca karya Hamka," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Sumpah dari sudut keterangan syariah

Posted: 18 Feb 2014 11:52 AM PST

Penolong Jurulatih T-Team, Azlan Johar (dua dari kiri) melafazkan sumpah berkata benar di hadapan al-Quran berhubung insiden dalam terowong di Stadium Larkin, Johor, pada 1 Februari lalu. Turut menyaksikan, Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said dan pemain T-Team, Khairan Ezuan Razali (kiri). - BERNAMA

KEBELAKANGAN ini timbul amalan di kalangan sesetengah pihak, bila wujud pertikaian tentang kebenaran atau kesahihan sesuatu fakta, ada yang cenderung mengadakan upacara sumpah depan al-Quran. Matlamat pihak ini ialah meyakinkan orang awam bahawa dialah yang berkata benar mengenai fakta yang dipertikai itu. Untuk membuktikan dia berkata benar, dia berani melafazkan sumpah depan al-Quran, menjunjung atau mencium al-Quran.

Sumpah ini disebut sebagai `sumpah laknat - yang bermakna sekiranya dia berdusta dalam sumpahnya itu, dia tahu Allah akan melaknatnya dan menurunkan bala ke atas dirinya.

Mengikut kenyataan yang dimuat naik dalam satu blog yang saya lawati tidak lama dulu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan melafazkan `sumpah laknat pada 9 April 2012 di kawasan multazam depan Kaabah, Mekah. Ini sumpah laknatnya yang kedua selepas dia melafazkannya kali pertama pada 7 Julai 2008.

Orang awam di negara kita sedia maklum bahawa satu kes jenayah melibatkan Saiful masih lagi berjalan di Mahkamah Rayuan, Putrajaya. Oleh itu, kita perlu berhati-hati memperkatakan isu ini, memandangkan kes ini masih lagi subjudice.

Sebelum itu, pada 29 April 2011, Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada melafazkan sumpah laknat bagi menyokong dakwaannya bahawa seorang lelaki yang beraksi dalam satu video seks (yang sebelum itu telah diedarkan olehnya kepada sekumpulan wartawan) ialah seorang tokoh politik terkemuka di negara ini. Upacara melafazkan sumpah laknat itu dilakukan di Masjid Amru Al-As Sentul. Eskay memegang al-Quran sewaktu melafazkan sumpah laknatnya itu.

Sumpah laknat Saiful dan Eskay ini dilakukan di luar mahkamah, bukan sebahagian daripada prosiding yang berjalan di mahkamah. Dalam kes Saiful, dia ialah pengadu (complainant) dan saksi pasukan pendakwaan dalam satu kes jenayah yang pada masa itu (dan masa kini) masih lagi berjalan di mahkamah sivil. Walaupun dia menjadi saksi penting dalam kes jenayah itu, sumpah laknatnya itu tidak dilafazkan dalam mahkamah dan dengan itu tidak menjadi sebahagian keterangan yang diambil kira oleh hakim bicara.

Dalam kes Eskay, tidak ada apa-apa kes yang difailkan oleh sesiapa terhadapnya di mahkamah - sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah. Dia juga tidak memfailkan apa-apa kes terhadap mana-mana pihak. Disebabkan sumpah laknatnya itu dibuat di luar mahkamah, ia juga tidak ada nilai kehakiman langsung. Apa yang Eskay mampu lakukan ialah cuba meyakinkan orang awam bahawa apa yang dikatakan olehnya (bersama dua orang rakan lain) selama ini adalah benar dan bukan dusta.

Yamin (sumpah syarie)

Istilah syarak bagi sumpah adalah yamin, dan untuk menjawab persoalan bilakah mahkamah akan atau boleh meminta seorang itu bersumpah syarie, ada beberapa prinsip asas undang-undang keterangan Islam yang perlu kita fahami terlebih dahulu.

Pertama, mesti ada kes telah difailkan di mahkamah. Jika kes mal, kes itu difailkan oleh plaintif (pihak yang menuntut) terhadap defendan (orang yang kena tuntut). Jika kes jenayah, pertuduhan telah difailkan oleh pendakwa raya (kes di mahkamah sivil) atau Ketua Pendakwa Syarie (kes di mahkamah syariah). Mengikut istilah perundangan Islam, plaintif atau pendakwa raya dipanggil `mudda`ii, manakala defendan atau tertuduh dipanggil muddaa alaih.

Kedua, dalam setiap kes yang difailkan di mahkamah, beban bukti adalah pada plaintif atau pendakwa raya dan plaintif atau pendakwa raya dikehendaki menunaikan beban ini dengan mengemukakan keterangan di mahkamah menerusi saksi, dokumen dan sebagainya. Dalam kes mal, beban bukti adalah sehingga ke tahap atas imbangan kebarangkalian manakala dalam kes jenayah, beban bukti yang dipikul oleh pasukan pendakwa adalah sehingga melampaui keraguan yang munasabah.

Prinsip sama terdapat dalam perundangan Islam. Mengikut Seksyen 72 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Kedah 1989, Beban memberi keterangan (Al-Baiyyinah) terletak atas pihak yang mendakwa (al-Muddaii) dan sumpah atas yang ingkar (al-Muddaa alaih)."

Peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa plaintif atau pendawa raya (atau Ketua Pendakwa Syarie) memikul beban mengemukakan keterangan di mahkamah untuk pertimbangan hakim bicara. Lazimnya bila mahkamah dapati keterangan yang dikemukakan oleh plaintif atau pendakwa itu masih belum kukuh, mahkamah akan meminta defendan, di bawah Seksyen 72 ini, menolak atau menafikan tuntutan itu dengan sumpah.

Dengan bahasa mudah, sumpah (yamin) adalah perisai untuk pihak yang kena tuntut atau kena tuduh bagi tujuan menolak dan menafikan suatu tuntutan atau pertuduhan itu. Dan ia hendaklah dilafazkan oleh pihak tersebut di hadapan mahkamah semasa prosiding berjalan.

Dengan lain perkataan, sumpah (yamin) tidak dilafazkan di luar mahkamah dan ia hanya boleh dilafazkan oleh defendan atau orang yang dituduh bagi tujuan menolak dakwaan atau tuntutan plaintif atau pendakwa. Yamin bukan untuk saksi.

Arahan Amalan

Mengikut Arahan Amalan No. 2 Tahun 2006 (Amalan Sumpah Mahkamah Syariah) yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pada 12 April 2006, ada dinyatakan dalam peraturan 4 bahawa Sumpah tidak boleh dilaksanakan kecuali dengan kebenaran atau atas perintah hakim."

Ini bermakna bahawa sumpah (yamin) hanya boleh dibuat dalam mahkamah dan di bawah pengawasan dan kawalan hakim bicara yang mengendalikan sesuatu kes itu.

Mengikut peraturan 5 pula, ada beberapa syarat penting yang mesti dipatuhi sebelum seorang itu dibenarkan bersumpah, iaitu antara lain - (i) Orang yang bersumpah hendaklah kil baligh dan sukarela; (ii) Al-Muddaa alaih tidak mengakui hak al-Muddaii; (iii) Pihak yang bertikai meminta hakim arahkan pihak satu lagi bersumpah; (iv) Orang yang bersumpah hendaklah bersumpah bagi dirinya sendiri.

Mengikut peraturan 7 pula, setiap sumpah hendaklah dilakukan dengan cara berikut;

(a) Berdasarkan kehendak dan niat pihak yang menuntut sumpah atau hakim yang mengarahkan sumpah

(b) Dibuat berdasarkan setiap isu atau perkara yang dipertikaikan

(c) Pihak yang menuntut pihak lain bersumpah hendaklah memastikan pihaknya tidak mempunyai keterangan lain

(d) Hakim hendaklah memberi peringatan dan amaran berhubung dengan implikasi sumpah yang dilaksanakan mengikut Hukum Syarak.

Peraturan 7 juga menekankan bahawa lafaz sumpah hendaklah dimulakan dengan Wallahi, Wabillahi,Wa Tallahi atau sifat-sifat Allah dan dibuat di dalam bentuk yang tegas dan jelas berhubung sesuatu tuntutan atau penafian. Selain itu, satu deraf sumpah hendaklah disediakan oleh hakim sebelum sumpah dilafazkan oleh pihak berkenaan.

Mengikut peraturan 8 pula, ada dinyatakan bahawa muddaa alaih (defendan atau orang kena tuduh) perlu bersumpah dengan kebenaran hakim apabila - (a) muddaaii gagal mengemukakan keterangan yang mencukupi; (b) muddaa alaih menafikan tuntutan muddaaii; dan (c) muddaaii menuntut muddaa alaih bersumpah atas penafiannya.

Lafaz Sumpah Syarie

Arahan Amalan JKSM tersebut juga ada memberi contoh lafaz sumpah syarie muddaa alaih, jika dibenarkan atau diperintahkan oleh hakim bicara. Lafaz Sumpah Syarie Al-Muddaa Alaih adalah seperti berikut:

Wallahi, Wabillahi, Watallahi, demi Allah aku (Nama Al-Muddaa Alaih) bersumpah dengan nama Allah bahawasanya aku menafikan tuntutan Al-Muddai (nama Al-Muddai) berhubung dengan..........Dan jika aku berdusta pada sumpah aku, nescaya dimurkai Allah dan laknat-Nya di atas aku dunia dan akhirat.

Bertarikh pada haribulan "

Sumpah pemain bola Terengganu

Terbaru, ekoran suatu insiden yang berlaku dalam terowong di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin Johor Bahru pada 1 Februari lalu, seorang penolong jurulatih dan seorang pemain bola pasukan T-Team Terengganu telah bersumpah dengan Quran bagi meyakinkan orang ramai tentang apa yang mereka katakan berlaku dalam insiden tersebut.

Mengikut Azlan dan Khairan (yang melafazkan sumpah tersebut), pada masa itu mereka dalam keadaan sedar dan waras melihat Rodrigues yang memakai jersi nombor 16 ditumbuk di bahagian muka oleh pegawai PBNJ pada pukul 9.40 malam.

Upacara sumpah itu dilakukan di Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu disaksikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri (yang juga Pengurus T-Team) Rozi Mamat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid.

Ahmad berkata, dia setuju mengadakan majlis itu bagi maksud membuktikan apa yang sebenarnya berlaku dalam insiden di terowong Larkin itu. Katanya lagi dia sudah pun merujuk perkara itu kepada Mufti Terengganu terlebih dahulu dan hanya meminta mereka yang melihat kejadian itu sahaja mengangkat sumpah.

Melihat kepada urutan fakta, pihak yang membuat dakwaan (allegation) adalah pasukan bola Terengganu. Justeru, mereka adalah mudda`ii, kerana merekalah yang mendakwa pegawai Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) menumbuk pemain pasukan mereka dalam terowong itu. Sewajarnya mereka memfailkan kes di mahkamah atau di mana-mana badan tatatertib sukan bola dan sebagainya bagi mendapatkan keputusan dan perintah yang muktamad. Untuk itu merekalah yang memikul beban mengemukakan bukti, misalnya saksi-saksi dan sebagainya.

Sebagai mudda`ii, sumpah bukan hak mereka - jika kita ingin ikuti prinsip undang-undang Islam, sebagaimana yang terkandung dalam Enakmen Keterangan Syariah negeri yang diringkaskan di atas.

Tabung Pendidikan Alumni UiTM

Posted: 18 Feb 2014 11:52 AM PST

Oleh Zaini Hassan

UiTM atau Universiti Teknologi Mara ialah sebuah universiti yang cukup berjaya dalam menghasilkan siswazah yang berketerampilan, versatil dan hands-on.

Rata-rata para siswazahnya boleh membuat kerja pada hari pertama mereka mendaftar sebagai pekerja.

Ini bukan omongan, tapi realiti. Ada jugalah yang gagal. Tetapi 70 peratus daripada para siswazahnya berjaya mendapat kerja sebaik sahaja habis belajar. Kadar kebolehpekerjaan (employability) siswazah UiTM cukup tinggi jika diambil kira dengan nisbah populasi yang dihasilkan setiap tahun. Setiap tahun ia menghasilkan kira-kira 30,000 lulusan dalam pelbagai bidang.

Setakat ini terdapat lebih 530,000 siswazahnya melata di dalam dan luar negara. Dalam jumlah itu ada yang dihasilkan oleh Pusat Latihan RIDA semasa penubuhannya dari 1956-1965, Kolej Mara (1965-1967) dan ITM (1967-1999) sebelum dinaik taraf sebagai universiti dan UiTM sendiri.

Angka 500,000 itu dikenali sebagai alumni atau bekas pelajar di alma mater itu.

Jumlah itu cukup besar. Ia cukup kuat sebagai sebuah badan alumni. Jika ditukar menjadi badan siasah, ia adalah kuasa kedua terbesar selepas UMNO.

Walaupun selepas menerima diploma dan masing-masing ada yang melanjutkan pelajar ke peringkat ijazah di institusi dalam dan luar negara, semangat RIDA/ITM/UiTM mereka cukup teguh di sanubari masing-masing.

Semangat lagu Warisan Anak Kecil Main Api yang dinyanyikan semasa minggu orientasi melekat utuh di jiwa mereka sampai bila-bila.

Gelaran budak Engine, budak Law, budak Masscomm, budak Hotcat, budak A.D, budak Business dan lain-lain terlekat di dahi mereka, walaupun masing-masing kini sudah bercucu-cicit!

Itulah jiwa UiTM. UiTM Tetap di Hatiku, cogankata Naib Canselornya sekarang, Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, yang juga budak Engine (Kejuruteraan).

Baru-baru ini Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM) mengadakan program kebajikan membantu mangsa banjir di Kuantan yang turut disertai oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Dalam ucapannya, Idris dengan bangga berkata, "Saya juga alumni UiTM. Walaupun saya belajar sekerat jalan semasa mengikuti kursus Eksekutif MBA program Ohio di ITM pada 1984 dulu, tapi semangat saya untuk menjadi alumninya cukup kuat."

Beliau berjaya menyuntik semangat baru di sanubari kami semua. Gerakkan semangat wakaf di kalangan alumni. Gerakkan semangat memberi balik (spirit of giving back) di jiwa mereka.

"Kita kutip RM1 bilion daripada para alumni," cabarnya.

"RM1 bilion?" saya selaku Presiden Persatuan Alumni UiTM Malaysia tercengang. Saya tanya lagi "Seribu juta ringgit?"

"Ya RM1 bilion. Apa susah sangat," katanya.

Ilmu Hisab mudah beliau begini: Alumni UiTM ada 500,000. Setiap seorang menginfak, menderma, bersedekah, berwakaf sebanyak RM2,000. Dalam setahun alumni boleh mengumpul dana endowmen atau dana wakaf berjumlah satu ribu juta ringgit. Atau 500,000 alumni x RM2,000 = RM1 bilion.

"Sebagai permulaan saya sendiri akan mengumpulkan daripada adik-beradik saya alumni UiTM. Setiap seorang akan menginfak RM2,000.

"Saya sendiri akan memberi RM10,000. Susahkah itu?" tanya Idris.

Saya kata tidak. "Kita akan gerakkan."

Dalam tempoh beberapa hari ini sahaja, hasil semangat wakafer di jiwa Idris beliau telah menggerakkan kempen melalui kumpulan Whatsapp dan SMS. Hasilnya lebih RM50,000 berjaya dikutip dan akujanji akan menderma.

Semangat wakafer Idris bukanlah asing. Sebelum menyertai Kabinet, beliau telah menggerakkan apa yang dikenali sebagai gagasan Wakaf Korporat melalui platform Yayasan Iqra.

Saya sendiri juga terbabit dalam gerakan itu. Kami menggelar diri kami sebagai wakafer, atau penggerak wakaf.

Dana RM1 bilion ini akan dikenali sebagai Tabung Pendidikan Alumni UiTM.

Di universiti terkemuka Harvard misalnya, dana seperti ini bukan asing lagi. Ia digerakkan oleh para alumninya sehingga berjaya mengumpul dana endowmen berjumlah lebih AS$20 bilion.

Dana wakaf ini digunakan untuk memberi biasiswa, menyalur bantuan kebajikan, penambahbaikan kurikulum fakulti, menaja penyelidikan dan pembangunan (R&D), mendapatkan pakar dalam pembelajaran, membiayai operasi universiti dan sebagainya.

Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi bumiputera terbesar di negara ini, mengapa tidak kita mulakan budaya "memberi balik" ini?

"Jika Harvard berjaya kutip RM100 bilion dana endowmen, kita kutip dahulu RM1 bilion pertama, insya-Allah.

"Adakah kita hanya selama-lamanya akan menjadi bangsa penerima tongkat semata-mata?" kata Idris penuh semangat, semasa berhenti rehat untuk satu lagi program UiTM di Kuantan baru-baru ini.

Setakat ini semua begitu teruja dengan cadangan itu. Persatuan Alumni UiTM Malaysia akan menyelaras penubuhan sebuah panel penasihat yang dianggotai oleh pakar-pakar dan kapten-kapten industri kalangan alumni sendiri untuk mengawal selia dana ini mengikut konsep wakaf, secara telus.

Sebagai wakafer, Idris kelihatan puas. Puas untuk melihat budaya memberi balik ini berjaya memartabatkan ummah secara keseluruhan. Ternyata pandangannya merentas masa.

Beliau banyak belajar daripada budaya masyarakat Turki yang `memberi balik kepada ummah melalui wakaf dan infak. Daripada situ mereka membiayai pembinaan sekolah, madrasah, institusi kebajikan ke seluruh dunia sejak zaman Khalifah Uthmaniah lagi.

"Kita mulakan di UiTM dahulu kerana ia adalah institusi yang unik," katanya.

Benar, ia juga boleh menjadi contoh sejauhmana kita semua sebagai ummah alumni UiTM benar-benar faham mengenai erti memberi balik - menginfak, bersedekah, menderma kepada institusi keramat Melayu/Bumiputera ini.

Siapalah Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman (PNB) tanpa ITM?

Siapalah Datuk Kamaruddin Maranun (AirAsia), siapalah Datuk Seri Shazzalli Ramly (Celcom), siapalah Datuk Aminar Rashid (Perodua), siapalah Tan Sri Mohd. Khamil Jamil (DRB-Hicom), siapalah Datuk Seri Zukri Samat (Bank Islam), siapalah Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin (Boustead Holdings)? Siapalah Datuk Seri Panglima Musa Aman (Ketua Menteri Sabah) tanpa ITM?

Siapalah Datuk Richard Malanjum (Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak), siapalah Datuk Zaid Ibrahim (ahli politik/peguam), siapalah Datuk Seri Ir. Zin Mohamed (bekas menteri), Datuk Seri Azalina Othman Abas (bekas menteri) dan banyak lagi.

Tanpa institusi keramat ini, siapalah "budak-budak" itu hari ini?

Penulis juga ialah Presiden Alumni UiTM Malaysia

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Hotel The Pure by Ri-Yaz dibina di Sungai Petani

Posted: 18 Feb 2014 11:52 AM PST

Oleh OPAT RATTANACHOT
ekonomi@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 18 Feb. - Syarikat pemaju hartanah tempatan, Dynamic Capital Sdn. Bhd. (Dynamic Capital) dan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) akan melabur sebanyak RM50 juta bagi membangunkan projek hotel empat bintang di Taman Sejati Indah di bandar ini.

Projek yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi akan dikendalikan oleh Kumpulan Ri-Yaz Hotels dan Resorts Sdn. Bhd. (Ri-Yaz) dengan jenama Hotel The Pure by Ri-Yaz Sungai Petani.

Pengerusi Eksekutif Dynamic Capital, Datuk Mahadi Abdul Shukor berkata, projek tersebut akan dibina di kawasan seluas 0.607 hektar berdekatan Plaza Tol Sungai Petani Selatan, di Taman Sejati Indah, di sini.

Katanya, apabila siap kelak, hotel itu bakal dilengkapi dengan 119 bilik penginapan, sebuah dewan utama, bilik seminar, restoran, kolam renang dan sky cafe.

"Kami memilih Sungai Petani untuk membina hotel kerana bandar itu yang paling pesat membangun di kawasan utara buat masa ini.

"Selain itu, lokasi Sungai Petani juga strategik bagi tumpuan pembangunan hotel kerana terletak di tengah-tengah antara Pulau Pinang dan Alor Setar serta didokong oleh pertumbuhan sektor industri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pecah tanah pembinaan hotel itu yang disempurnakan oleh Setiausaha MPSPK, Rohaizad Rashid.

Yang turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Ri-Yaz, Datuk Shaheen Shah Mohd. Sidek dan Pengarah Tourism Malaysia Kedah, Roslan Othman.

Mahadi berkata, projek tersebut dibiayai oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad dan dijalankan di bawah Tabung Pelancongan, Kementerian Pelancongan.

"Pembinaan hotel ini juga merupakan satu persediaan bagi menyambut pelancong dari dalam dan luar negara ke kawasan Sungai Petani yang makin rancak membangun sekarang. Malah bakal menjadi mercu tanda baharu bandar Sungai Petani yang dalam perancangan untuk dinaik taraf sebagai bandar raya pada tahun 2015," katanya.

Selain Sungai Petani kata beliau, pihaknya turut mempunyai perancangan untuk membina dua hotel di Langkawi dan Pulau Pinang dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, Shaheen Shah berkata, Ri-Yaz merupakan syarikat pengurusan hotel profesional yang beroperasi di dalam dan luar negara.

"Pemilihan Ri-Yaz sebagai syarikat pengurusan hotel ini diharap dapat memenuhi kepuasan pelanggan dan menarik lebih ramai pelancong ke Sungai Petani. Pada masa sama, penduduk tempatan turut meraih manfaat dari segi pertumbuhan ekonomi dan peluang pekerjaan kelak," jelasnya.

Letih simptom hati berlemak

Posted: 17 Feb 2014 10:36 PM PST

Masyarakat hari ini dilihat tidak memberi penekanan mengenai kesihatan hati. Mereka tidak sedar sekiranya fungsi hati terjejas, boleh menyebabkan kerosakan ketara kepada badan kita.

Penyakit hati ialah istilah luas yang meliputi semua masalah yang mungkin menyebabkan hati gagal melaksanakan fungsi yang sepatutnya dan salah satu daripada masalah tersebut ialah penyakit hati berlemak.

Menurut Pakar Gastroenterologi, Hepatologi, dan Perubatan, Hospital Pakar KPJ Klang, Dr. Anil K. Radhakrishnan, penyakit hati berlemak adalah keadaan di mana lemak berkumpul dalam sel hati dan lama- kelamaan akan memberi masalah kepada hati.

Tambah beliau, penyakit ini akan menyebabkan hati membengkak dan permukaannya akan menjadi kuning.

Penyakit hati berlemak ini sekiranya dibiarkan tanpa rawatan berisiko tinggi untuk menyebabkan barah hati.

Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa penyakit ini berbahaya dan boleh membawa maut," ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Ulas Dr. Anil lagi, penyakit hati berlemak ini tidak mempunyai simptom-simptom yang khusus dan penyakit ini lazimnya menyerang mereka yang agak berumur.

Selain itu, mereka yang mempunyai penyakit kencing manis, obesiti, kolesterol tinggi serta pengambilan alkohol merupakan mereka yang terdedah kepada penyakit hati berlemak ini.

Secara amnya, Dr. Anil memberitahu pesakit hanya mengalami keletihan, lesu, kehilangan berat badan pada awalnya dan sekiranya menjadi kronik, pesakit mungkin akan mengalami penyakit kuning (jaundice), bengkak perut (ascites), muntah darah, kekeliruan, dan saluran darah dalam asofagus membengkak (varices).

Katanya lagi, kebanyakan pesakit tidak menyedarinya malah pemeriksaan biasa tidak mampu mengesan kehadiran lemak pada hati.

Diagnosis dan rawatan ujian ultra bunyi dan diikuti biopsi pada hati dapat mengesan kehadiran lemak bagaimanapun penyakit ini seperti juga penyakit-penyakit lain mempunyai pelbagai peringkat sebelum menjadi lebih kronik.

Jelas Dr. Anil, pada awalnya penyakit hati berlemak ini akan melalui peringkat pertama iaitu hati berlemak dan sekiranya tidak dikawal atau dirawat akan meningkat kepada peringkat seterusnya iaitu steato hepatitis di mana situasi ini hati telah membengkak.

Seterusnya penyakit ini akan menular menjadi fibrosis dan peringkat terakhir ialah sirosis di mana fungsi hati akan terjejas dan pada peringkat ini ia akan terus kekal begini dan susah untuk pulih seperti sedia kala.

Apabila pesakit tidak mengawal atau pun mendapatkan rawatan untuk penyakit ini, dan sekiranya telah sampai ke peringkat sirosis, ini bermakna parut kekal pada hati di mana sel hati normal digantikan oleh tisu parut yang tidak dapat melakukan sebarang fungsi hati.

Jadi sekiranya sudah sampai ke peringkat ini, salah satu cara untuk mengubatinya ialah dengan pembedahan pemindahan hati.

Walaupun penyakit hati berlemak ini pada awalnya bukanlah satu penyakit kronik tetapi keadaan ini perlu dirawat dan ia bergantung kepada puncanya seperti sekiranya pesakit seorang individu yang banyak mengambil minuman keras, dia perlu mengurangkan pengambilan berkenaan.

Begitu juga sekiranya pesakit tersebut seorang yang obesiti, dia perlu mengawal pemakanan dan berat badannya sama dengan pesakit yang menghidap penyakit kencing manis, dan akhir sekali sudah pasti kita perlu menjalani cara hidup yang sihat serta mengamalkan pemakanan yang teratur," tuturnya lagi.

Berbicara pula mengenai statistik pesakit itu di negara Malaysia, Dr. Anil menjelaskan setakat ini statistik yang dilakukan tidak banyak tetapi apa yang dapat dilihat daripada senario semasa, penyakit ini banyak dihidapi oleh kaum lelaki dan wanita yang telah putus haid tetapi bagaimanapun ia juga boleh menyerang golongan muda malah tidak ketinggalan kanak-kanak.

Jadi secara amnya, masyarakat di luar sana adalah dinasihatkan agar mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan melakukan senaman serta tidak merokok dan mengambil minuman yang beralkohol.

Pada masa yang sama juga, masyarakat turut disarankan agar bijak mengambil atau mengamalkan pemakanan sihat di mana kurangkan gula, lebihkan protein, lebihkan buah, sayur-sayuran, dan kawal pengambilan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi putih, roti putih, mi, dan bijirin. - Mariatul Qatiah Zakaria

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Letak komitmen untuk perpaduan

Posted: 17 Feb 2014 10:41 AM PST

Oleh: Zulhisham Isahak
utusan.johor@gmail.com

MOHAMED Khaled Nordin (tengah) menerima cenderamata daripada Ng Kok Hwa pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Persatuan Cina Daerah Muar di Sekolah Tinggi Chong Hwa, Muar, Johor, malam kelmarin. Turut hadir Wee Ka Siong (kanan).

MUAR 17 Feb. - Masyarakat Cina diminta berfikir secara mendalam dan tidak mudah terpengaruh dengan kumpulan tertentu sehingga tidak mahu meletakkan wakil dalam kerajaan sedangkan langkah tersebut hanya merugikan kaum itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua kaum di negeri ini tidak harus mementingkan diri sendiri, sebaliknya harus bekerjasama bagi memastikan perpaduan dan kelangsungan pembangunan dapat diteruskan kerana pembentukan negeri atau negara ini adalah berasaskan keharmonian kaum.

"Jika ini kita benarkan berlaku, matlamat untuk menjadi negara maju tidak akan berjaya. Kemajuan negara boleh tergugat jika tindakan pihak tertentu menghakis semangat kompromi yang menjadi teras perpaduan antara kaum di negara ini dibiarkan berlaku.

"Pihak tertentu kini sedikit demi sedikit mempengaruhi supaya rakyat tidak lagi sedia berkorban, berkompromi dan mementingkan perjuangan sesuatu kelompok sahaja," katanya pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Persatuan Cina Daerah Muar di Sekolah Tinggi Chong Hwa, di sini malam semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dan Pengerusi Gabungan Persatuan Cina Daerah Muar, Datuk Ng Kok Hwa.

Menteri Besar berkata, semua kaum perlu mempertahankan perpaduan sedia ada dan perlu sanggup berkorban, tidak hanya mementingkan kelompok mereka serta sedia bekerjasama dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi.

Menurutnya, orang Melayu harus bertolak ansur dan masyarakat Cina yang sudah maju dalam bidang ekonomi perlu terima dan membantu mereka supaya maju bersama.

"Dalam soal mencapai perpaduan juga jangan bergantung kepada kerajaan sahaja. Tanpa sokongan rakyat, maka kita tidak akan capai perpaduan dan pada masa sama (perpaduan) tidak boleh disumbang oleh satu kaum tapi semua kaum yang terdapat di negara ini.

"Tidak boleh kaum Melayu sahaja (sumbang perpaduan) tetapi kaum Cina, India dan lain-lain kaum perlu bangun bersama-sama dan letakkan komitmen untuk perpaduan," katanya.

Justeru, kaum Cina perlu bersama pemerintah sedia ada dengan cara meletakkan wakil mereka dalam kerajaan agar dapat menangani sebarang masalah yang dihadapi mereka, sekali gus mengelak daripada terpinggir.

RM400,000 kos bina, naik taraf lima padang bola di Muar

Posted: 17 Feb 2014 10:41 AM PST

RAZALI Ibrahim (tengah) meninjau keadaan padang bola sepak di Muar, Johor, baru-baru ini. - utusan/Ishak Rahmad

MUAR 17 Feb. - Tiga padang bola akan dibina di daerah ini, manakala dua lagi yang sedia ada akan dinaik taraf pada tahun ini dengan melibatkan kos lebih RM400,000.

Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim berkata, projek itu membabitkan lima zon yang bertujuan menyedia kemudahan serta meningkatkan lagi kualiti sukan bola sepak di daerah ini.

"Tiga padang baharu akan dibina dengan setiap satu dianggarkan kira-kira RM120,000 iaitu di Parit Bulat dalam Zon Sri Menanti, Parit Amat Laut (Zon Parit Bakar), Bukit Mor (Zon Parit Jawa). Tapaknya sudah pun dikenal pasti.

"Cuma di Bukit Mor untuk Zon Parit Jawa, kita sedang menunggu kelulusan tanah daripada pihak Jabatan Kerja Raya," katanya selepas melawat padang bola sepak di Parit Amat Laut, di sini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, dua padang sedia ada turut dinaik taraf iaitu di Stadium Sultan Ibrahim (Zon Bandar) dan sebuah lagi di Sungai Balang Bentung (Zon Sungai Balang).

Menurutnya, semua padang bola berkenaan berkeluasan 1.2 hektar dan dilengkapi pagar di kawasan sekelilingnya selain mempunyai kemudahan asas seperti pejabat pengurusan, tandas, bilik persalinan serta gerai.

"Ketika ini kita tidak mempunyai padang bola yang sempurna. Diharap padang baharu itu nanti bukan sahaja dimanfaat untuk aktiviti bermain bola sepak, malah sukan lain," katanya.

Mengenai lawatannya di khemah sementara yang didiami keluarga Roslan Ibrahim, 40, selepas rumah mereka di Parit Nombor Tiga, Sungai Balang, dekat sini terbakar awal bulan ini, beliau berkata, bantuan sewajarnya akan diberikan.

Beliau berkata, mangsa akan mendapat kediaman baharu melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) dan sebelum ini beberapa bantuan sudah diberikan bagi meringankan bebannya bersama isteri, Aminah Muhamad, 35, dan lima anak mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Penduduk terharu dibantu Yayasan Felda

Posted: 17 Feb 2014 10:41 AM PST

M. MURUGAYA (dua dari kiri) menunjukkan keadaan rumahnya kepada Tea Kieu Chai (dua dari kanan) ketika melawat keluarga penerima bantuan Kasih Felda dekat Jempol, baru-baru ini. - GAMBAR/SAJIDA ASARULAH KHAN

JEMPOL 17 Feb. - Penerima bantuan Kasih Felda melahirkan rasa gembira serta terima kasih di atas keprihatinan Yayasan Felda yang sanggup membantu mereka membaiki rumah demi menikmati kehidupan lebih selesa walaupun bukan dalam kalangan warga Felda.

Menurut penerima bantuan, M. Murugaya, 80, dari Jalan Gemas dekat Rompin, dia terharu apabila pihak Felda sanggup membantu membaiki rumahnya walaupun terletak berhampiran tanah Felda.

"Sudah hampir 30 tahun saya menetap di sini dan keadaan rumah ini semakin usang dimakan anai-anai. Saya sudah tidak bekerja akibat masalah kesihatan dan hanya bergantung hidup dengan wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan.

"Bimbang mengenai keadaan rumah yang semakin teruk, saya menemui Pengerusi Jawatankuasa dan Kemajuan Kampung Tanah Panjis, Tea Kieu Chai dan memaklumkan mengenai masalah ini.

''Beliau segera memanjangkan masalah ini kepada Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan memaklumkan kepada saya rumah ini akan dibaiki dalam jangka masa dua minggu," katanya di sini baru-baru ini.

Sementara itu, R. Anjalai, 36, berkata, sebagai ibu tunggal dia tidak mampu membaiki rumahnya walaupun berkerja.

"Tugas saya membaja di ladang, pendapatan saya amat kecil dan hanya mampu untuk menghantar empat anak saya ke sekolah. Walaupun hidup dalam keadaan susah saya amat mementingkan pelajaran anak-anak.

"Namun saya amat terharu apabila pihak Felda akan menggantikan papan di rumah ini dalam jangka masa terdekat. Tidak sabar rasanya mahu lihat rumah ini cantik. Saya berterima kasih atas keprihatinan Felda membantu masyarakat luar," tambahnya lagi.

Bagi Ah Ling Cheng, 67, dari Kampung Tanah Panjis pula, dia amat terkejut apabila mengetahui pihak Felda akan membantu membaiki rumahnya.

"Saya baru tahu bahawa Felda turut membantu masyarakat luar dan pastinya saya amat berbangga dengan agensi berkenaan.

"Lebih 10 tahun saya terpaksa menadah air hujan dengan baldi kerana bumbung banyak yang bocor. Lega ada pihak yang prihatin dan mahu membantu saya sekeluarga," katanya lagi.

Bekalan air Melaka belum capai tahap kritikal - Zaidi

Posted: 17 Feb 2014 10:41 AM PST

MELAKA 17 Feb. - Bekalan air di negeri ini belum mencapai tahap kritikal dan berada di paras selamat dengan 70 peratus berbanding 73 peratus empat hari lalu.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam, Pengangkutan dan Pemulihan Projek, Zaidi Atan (gambar) berkata, keadaan air di negeri ini hanya akan berada di paras kritikal sekiranya hujan tidak turun sehingga hujung Mac ini.

"Dijangkakan jumlah air berada di paras kritikal iaitu di bawah paras 50 peratus jika hujan tidak turun dalam tempoh sehingga penghujung Mac ini.

"Kita harapkan hujan akan turun sebelum tempoh itu bagaimanapun, kita telah bersedia dengan pelbagai pelan kesinambungan lain iaitu penggunaan air dari kolam tadahan Ayer Keroh yang masih belum digunakan sementara dua lagi kolam tadahan iaitu di Kesang 1 dan kesang 2 telah digunakan.

"Kita juga melaksanakan pengepaman air daripada Sungai Muar ke Melaka yang dahulunya kita guna dua pam tetapi kini guna empat pam dengan peningkatan perbelanjaan daripada RM800,000 kepada RM1.6 juta sebulan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran alat kawalan lampu isyarat MATC 4000 dan sistem pemantauan pintar lampu isyarat MITS 4000 di Sungai Putat, Batu Berendam di sini hari ini.

Dalam pada itu, kata Zaidi, sebuah empangan bernilai RM1.1 bilion berkeluasan 300 hektar dijangka dibina di negeri tidak lama lagi.

Katanya, empangan yang kini sedang dalam peringkat kajian itu akan dibina Sungai Jernih di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau di bawah peruntukan kerajaan Pusat.

Zaidi berkata, dua pihak iaitu Bahagian Kawal Selia Air dan Perbadanan Air Melaka diberi tanggungjawab untuk melaksanakan kajian kemungkinan empangan itu dijangka siap dua bulan lagi.

"Jika empangan itu berjaya dilaksanakan, Melaka akan mempunyai tiga empangan besar dan tiga kolam tadahan serta empat pam yang membantu menampung air kepada seluruh negeri ini,'' katanya.

Taiace perluas teknologi hijau

Posted: 17 Feb 2014 10:41 AM PST

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Dr. Abu Bakar Mohamad Diah (kiri sekali) mendengar penerangan daripada Isa Ismail berhubung kabinet telekomunikasi berkonsepkan teknologi hijau semasa melakukan lawatan ke Taiace Engineering di Arab Malaysian Industrial Park, Nilai, Negeri Sembilan, baru-baru ini. - utusan/ASWAD YAHYA

SEREMBAN 17 Feb. - Banyak negara khususnya berstatus maju semakin komited terhadap pelaksanaan teknologi hijau dalam pembangunan, sekali gus mengaplikasikan produk, peralatan serta sistem yang dihasilkan ke arah memulihara alam sekitar.

Usaha itu bertujuan untuk mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia di mana meliputi pelbagai aspek kehidupan yang kian menjejaskan kitaran alam semulajadi.

Malah negara kita juga tidak ketinggalan dalam menyahut pelaksanaan teknologi hijau melalui penubuhan Sektor Teknologi Hijau, hasil rombakan Kabinet pada 9 April 2009.

Penubuhan Sektor Teknologi Hijau adalah memastikan pembangunan negara yang mapan di samping memulihara alam sekitar bagi generasi akan datang.

Di negara ini, bidang utama yang banyak menggunakan teknologi hijau adalah seperti pentadbiran kerajaan, pengendalian kenderaan, pengurusan kuasa, telekomunikasi, pendidikan serta industri berkaitan aktiviti harian manusia.

Justeru, dalam usaha merealisasikan hasrat tersebut, sebuah syarikat bumiputera, Taiace Engineering Sdn. Bhd. (Taiace) turut tidak ketinggalan untuk membangunkan sistem teknologi penyelesaian penjimatan tenaga elektrik bagi kegunaan dalam bidang telekomunikasi, pengkomputeran termasuk pengunaan barangan elektrik.

Menurut Pengerusi Eksekutif Taiace, Isa Ismail, inisiatif tersebut telah dimajukan serta dibangunkan di bawah penjenamaan GreenTe Solutions yang menyasarkan penjimatan tenaga maksimum pada bangunan pejabat dan industri.

''Pada awalnya syarikat kejuruteraan ini mengkhususkan kepada penghasilan dan pembuatan perkakas dan komponen logam kepada industri.

''Bagaimanapun bagi menyahut seruan kerajaan syarikat ini mula membangunkan sistem penyelesaian khusus penjimatan elektrik bagi kegunaan industri telekomunikasi," katanya ketika ditemui di kilang Taiace dekat Nilai, di sini baru-baru ini.

Jelas Isa, Taiace kini menawarkan khidmat serta produk penambahbaikan tenaga, peningkatan kualiti kuasa, pengagihan tenaga dan kawalan kuasa secara jarak jauh berteraskan konsep penjimatan.

''Setakat ini kita turut terlibat membangunkan produk ruang simpanan menara telekomunikasi (cabin tower) serta ruang pelayan (server) bagi industri.

''Malah produk kami turut digunakan serta dieksport ke 12 negara seperti Australia, Amerika Syarikat, Kanada, Korea, Indonesia, Maldives, India, Emeriah Arab Bersatu (UAE), Jerman, Singapura, New Zealand dan Myanmar," ujarnya.

Menceritakan pengalaman ketika beralih kepada pembangunan teknologi hijau, Isa memberitahu, syarikatnya mula membangunkan produk teknologi hijau selepas menerima geran sebanyak RM3 juta daripada Malaysia Technology Development Corporation Sdn. Bhd. (MTDC) pada 2009.

''Sepanjang tempoh itu kami telah dianugerahkan sijil inovasi daripada SME Corp serta syarikat inovasi terbaik daripada Anugerah Perniagaan Star," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved