Khamis, 22 September 2011

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


'Jangan buat tuduhan tanpa bukti'

Posted:

'Jangan buat tuduhan tanpa bukti'

'Jangan buat tuduhan tanpa bukti'

JOHOR BAHRU 22 Sept. - Anak Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam dinasihatkan agar tidak membuat tuduhan terhadap pasukan polis tanpa mempunyai bukti.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, tuduhan Ahmad Saiful yang mendakwa polis menjadi dalang dalam cubaan membakar rumah mereka kelmarin tidak boleh diterima akal.

"Saya pun hairan, adakah boleh diterima akal menuduh pihak polis yang menjadi dalang dalam cubaan membakar rumah. Jangan buat tuduhan, jika ada bukti kemukakan atau boleh berjumpa saya," katanya.

Semalam, akhbar melaporkan kediaman Mohamad atau Mat Sabu cuba dibakar individu tidak dikenali selepas disimbah cecair dipercayai minyak tanah.

Bagaimanapun, dalam kejadian pukul 12.40 tengah malam itu, rumah teres dua tingkat itu tidak mengalami kerosakan teruk, sebaliknya hanya sebahagian pintu pagar yang terjejas.

Khalid ditemui selepas merasmikan Seminar Pembentangan Kertas Kerja Bengkel Cadangan Penjenamaan Penstrukturan Semula Pasukan Gerakan Marin (PGM) di sini hari ini.

Mengenai desakan banyak pihak yang mahu tindakan diambil terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah, M. Manoharan yang menulis dalam laman sosial, Facebooknya baru-baru ini untuk menukar Jalur Gemilang jika pembangkang memperoleh kuasa, Khalid menasihatkan ahli politik supaya berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan.

"Ahli politik diminta tidak membuat kenyataan sesuka hati lebih-lebih lagi membabitkan isu sensitif yang boleh menggugat ketenteraman awam.

"Kebanyakan mereka yang suka buat kenyataan ikut sedap mulut semuanya orang terpelajar. Jadi, berhati-hati dan beringatlah apabila bercakap," katanya.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, pihaknya akan mengkaji tindakan yang bersesuaian memandangkan terdapat laporan polis dibuat oleh pelbagai pihak.

Wanita trauma diragut buat laporan di bilik Triaj

Posted:

Wanita trauma diragut buat laporan di bilik Triaj

Wanita trauma diragut buat laporan di bilik Triaj

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Seorang wanita yang trauma selepas menjadi mangsa ragut, antara pengadu yang membuat laporan di bilik Triaj di Balai Polis Sungai Besi, di sini hari ini.

Ketua Polis Balai Sungai Besi, Cif Inspektor R. Chanthran berkata, laporan polis itu dibuat oleh wanita terbabit pukul 10 pagi berhubung satu insiden ragut yang menimpa dirinya.

"Selepas meneliti aduan mangsa, dia dibawa ke bilik Triaj ekoran kes itu dilihat mendatangkan trauma terhadapnya.

"Bagaimanapun saya tidak boleh mendedahkan mengenai perkara itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar melancarkan Perkhidmatan Triaj PDRM di Balai Polis Travers di sini kerana melihat perkhidmatan itu merupakan satu daripada inisiatif yang disenaraikan di bawah projek Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan PDRM.

Beliau berkata, fasa pertama perkhidmatan Triaj telah dilaksanakan mulai tahun lalu dengan lima balai (Damansara, Seksyen 15, Shah Alam; Travers, Petaling dan Sungai Besi) dipilih sebagai perintis projek tersebut iaitu dua di Kontinjen Selangor dan tiga di Kuala Lumpur.

Bilik khas di bahagian pertanyaan balai polis itu adalah untuk kegunaan pengadu yang ingin membuat laporan berkaitan kes-kes sensitif selain menjaga kerahsiaan pengadu dan bagi mengelak berlaku suasana tidak terkawal di kaunter.

Katanya, kemudahan itu diberikan kepada orang ramai yang membuat aduan berkaitan kes-kes sensitif seperti jenayah seksual, keganasan rumahtangga, culik, ragut dan kemalangan jalan raya.

Sementara itu, satu lagi laporan dibuat di Balai Polis Travers petang ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Khalid berkata, seorang pengadu wanita telah datang ke balai polis berkenaan dan dibantu menggunakan bilik Triaj.

Jelasnya, bagaimanapun, beliau tidak boleh mendedahkan masalah atau kes yang dihadapi oleh wanita terbabit kepada pihak media.

"Saya boleh mengesahkan terdapat seorang wanita datang ke Balai Polis Travers untuk membuat laporan yang dipercayai berkaitan kes-kes sensitif.

"Oleh itu, kita telah membawanya ke bilik Triaj bagi mengelak berlaku suasana tidak terkawal jika aduan dibuat di kaunter pertanyaan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kim Swee buatlah sesuatu!

Posted:

Kim Swee buatlah sesuatu!

Kim Swee buatlah sesuatu!

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR – 'Bagai langit dan bumi', mungkin rumusan paling tepat menggambarkan jurang skuad Jepun dan skuad Olimpik Malaysia pada perlawanan kelmarin yang menyaksikan kita kecundang 0-2 kepada pasukan No. 1 Asia itu.

Jika tidak kerana kecekapan kapten pasukan yang juga penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat, mungkin keputusan 0-2 itu bertukar kepada satu angka yang lebih menakutkan buat anak-anak buah Ong Kim Swee.

Itulah hakikatnya. Jika itulah persembahan terbaik yang dipamerkan oleh skuad Bawah 23 tahun negara, lupakan sahaja hasrat mahu mencipta sebarang kejutan ke atas dua lagi lawan yang akan ditemui dalam Kumpulan C, Syria dan Bahrain.

Beberapa jurulatih berpengalaman dan seorang tokoh bola sepak negara beranggapan selain menerima hakikat mutu bola sepak negara yang masih ketinggalan jauh di belakang negara matahari terbit itu, usaha memperbanyakkan perlawanan dengan pasukan kelas satu perlu dipergiatkan jika mahu melihat kita mampu berada dalam kelompok terbaik Asia.

Menurut jurulatih Terengganu, Irfan Bakti, melihatkan aksi anak-anak buah Kim Swee dalam 90 minit, pemain kita terlalu banyak kelonggaran dan kerap memberikan ruang kepada Jepun untuk bergerak.

''Dari segi teknik dan taktikal, skuad negara bukan tandingan Jepun, lihatlah sendiri bagaimana pergerakan pemain kita banyak yang tersekat dan berapa percubaan mereka (Jepun) serta skuad kita lakukan.

''Kita ada pemain yang mempunyai skil tinggi tetapi jelas mereka tidak mempunyai peluang berdepan Jepun yang pantas menutup ruang apabila pemain kita mula bergerak dan mahu membuka ruang," katanya yang dihubungi, semalam.

Justeru, Irfan berkata, usaha berterusan menghantar pemain mendapatkan pendedahan perlu ada dan seperti ke Slovakia.

''Walaupun kalah, saya harap semua pihak semua jangan putus asa, saya nampak penghantaran pemain ke Slovakia ada beri kebaikan walaupun hasil belum menyeluruh," katanya.

Sementara itu, bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Raja Ahmad Raja Zainuddin berkata, Jepun memang merupakan sebuah pasukan berkelas dunia tetapi perkara itu tidak boleh dijadikan alasan.

''Biarpun kalah 0-2, kita jangan berpuas hati kerana mutu permainan jelas masih jauh ketinggalan dengan Jepun.

''Pendedahan bermain dengan pasukan-pasukan yang mempunyai kualiti seperti Jepun harus diperbanyakkan jika mahu menaikkan lagi tahap permainan kita.

''Kita jangan asyik cari pasukan yang kemampuan setara atau lebih lemah daripada kita sahaja dengan alasan mahu meningkatkan ranking seperti mana skuad senior, kalau tidak sampai bila kita tidak akan ke mana-mana," jelasnya.

Sementara jurulatih Pahang, Dollah Salleh, mengakui dia telah nampak sedikit peningkatan persembahan daripada skuad Olimpik tetapi belum mampu menghampiri kekuatan yang ada pada Jepun.

''Pada kecergasan pemain, saya nampak kita setanding dengan Jepun cuma daripada kekuatan fizikal, kita masih ketinggalan.

''Apabila saya menyebut fizikal, ia bukan bermakna terletak semata-mata kepada faktor ketinggian atau saiz badan tetapi menjurus kepada kekuatan ketika bersaing perebutan bola," katanya.

Beraksi buat pertama kali selepas pulih sepenuhnya

Posted:

Beraksi buat pertama kali selepas pulih sepenuhnya

Beraksi buat pertama kali selepas pulih sepenuhnya

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my


Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, Datuk Naim Mohamad (kiri) bersama pengurus pemasaran Air Cab, Tia Wahid (tiga dari kiri) dan Mohd. Azizulhasni Awang yang memegang pas percuma untuk cabutan bertuah menaiki helikopter di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan John Beasley.


KUALA LUMPUR – Pelumba trek negara, Mohd. Azizulhasni Awang mengakui kecederaan ngeri yang dialaminya pada Siri Piala Dunia Klasik di London, Februari lalu mempunyai hikmah tersendiri terutama tentang teknik kayuhannya.

Menurut Azizulhasni, sejak menjalani latihan di atas trek di Melbourne selepas tiga bulan tidak berkayuh akibat kecederaan di betis kirinya, dia mula merasai terdapat perbezaan dari segi imbangan kayuhannya berbanding sebelum ini.

"Saya tidak berasa fobia untuk beraksi di atas trek cuma saya merasakan ada hikmah di sebalik kecederaan ini kerana saya dapat melakukan imbangan kayuhan dengan lebih baik," katanya ketika ditemui media pada sidang akhbar Tabung Amal Berbasikal Leukimia Yayasan Sime Darby.

Jelasnya, sebelum mengalami kecederaan akibat tertusuk kayu serpihan trek, kayuhannya tidak begitu seimbang (pergerakan badan ke kiri dan ke kanan) namun selepas melakukan latihan asas terdapat kelainan dari segi kayuhannya.

"Cuma dari segi prestasi tidak seperti dulu, saya perlu banyak berlatih lagi untuk mempertingkatkan lagi kayuhan saya. Itulah sebabnya saya tidak dibenarkan menyertai Sukan Universiti Dunia di Shenzen bulan lepas.

"Tumpuan saya hanya satu iaitu bersedia untuk turun beraksi dalam kejohanan pertama saya di Siri Piala Dunia Klasik 2011-12 di Astana, Kazakhstan pada November ini. Saya tidak kisah latihan asas yang dikendalikan oleh ketua jurulatih negara, John Beasley agak panjang kerana itulah yang diperlukan saya," kata pelumba kelahiran Dungun itu.

Kata Azizulhasni, dia menggunakan sepenuhnya latihan asas di Melbourne untuk mendapat semula rentak kayuhan terbaik dan hasilnya akan dilihat nanti di Siri Piala Dunia Klasik pertama.

"Saya akui prestasi saya semakin meningkat dari hari ke hari, saya seperti bermula semula dari kosong selepas tidak berkayuh selama tiga bulan tetapi saya masih belum cergas 100 peratus ia mungkin mengambil sedikit masa.

"John (Beasley) telah meletakkan sasaran untuk saya memuncak di Kejohanan Trek Dunia di Melbourne April depan jadi sekarang saya perlu berlatih bersungguh-sungguh dengan beberapa variasi latihan termasuk di gim, kayuhan jauh dan di trek," katanya.

Selain mengesahkan penyertaan di Astana, Azizulhasni juga sudah hampir pasti untuk beraksi di Siri Piala Dunia Klasik 2011-12 di Cali, Colombia (Disember), bagaimanapun dia belum pasti lagi menyertai perlumbaan Siri Piala Dunia Klasik 2011-12 di Beijing (Januari) dan London (Februari).

"Saya perlu melihat dahulu situasi dan keadaan saya bagi menyertai semua Siri Piala Dunia Klasik tetapi apa yang boleh saya katakan ialah saya tidak sabar untuk kembali beraksi selepas berehat panjang.

"Saya juga tidak meletakkan sebarang sasaran di Astana, ini adalah untuk mengukur tahap kemampuan saya," kata Azizulhasni.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Jangan terpengaruh – PM

Posted:

Jangan terpengaruh – PM

Jangan terpengaruh – PM

Oleh HELMI MOHD. FOAD dan
MOHD. AINUDDIN ALIFF SALEHUDEN
pengarang@utusan.com.my

KUALA SELANGOR 22 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, rakyat tidak perlu terpengaruh dengan janji-janji perubahan yang ingin dibawa oleh parti pembangkang sekiranya mereka dapat memenangi pilihan raya.

Sebaliknya, Perdana Menteri menegaskan, kerajaan yang diterajui Barisan Nasional (BN) sejak dahulu lagi telah berani melakukan perubahan dalam negara ini dengan melangkaui zaman.

"Kalau dikaji sejarah, kita tidak lari daripada prinsip yang mendahului zaman dan berani buat perubahan.

"Tidak perlu janji-janji perubahan kerana kita membawa perubahan dan kita laksanakan perubahan. Ini adalah pendekatan terbaik untuk rakyat dan bila kita berani berubah ia akan membuka minda dan membawa harapan baru," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Perhimpunan Pemimpin Bersama Rakyat dan Jamuan Aidilfitri di pekarangan pasar raya Tesco Kuala Selangor di sini malam ini.

Majlis tersebut sempena perasmian Perhimpunan Dwitahunan Kelab Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BNBBC) di negeri ini sejak semalam dan berakhir esok.

Seramai 149 ADUN BN dari seluruh negara menyertai perhimpunan itu dengan masing-masing ditempatkan di 73 pusat daerah mengundi melibatkan 20 kawasan Parlimen di Selangor.

Hadir sama Pengerusi Kelab BNBBC Malaysia, Datuk Mohd. Nadzri Ismail; Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Mohd. Satim Diman yang juga Pengerusi BNBBC Selangor; Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar serta para pemimpin parti komponen BN.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, pembangkang cuba membawa platform perubahan melalui reformasi tetapi semua itu tidak ke mana.

"Banyak janji tidak ditunaikan dan tidak kurang juga pembohongan dan yang paling besar ialah pembohongan 16 September 2008 yang mengatakan pembangkang akan ambil alih pemerintahan negara," katanya.

Dalam pada itu, beliau mahu semua wakil rakyat yang berkampung selama tiga hari di negeri ini agar dapat membantu memberi pandangan apakah perkara yang perlu diberikan perhatian.

"Kalau boleh dapat selesai secara adil dan saksama seperti di Kuala Selangor ada kawasan ladang yang masih tiada bekalan air bersih sebab ladang adalah milik swasta.

"Saya tidak fikir ini wajar dikekalkan, mesti cari jalan dan BN mesti lakukan sesuatu untuk bantu golongan terdesak," katanya.

Terdahulu, Najib mahu semua wakil rakyat BN memberikan satu persepsi baru bahawa mereka berjiwa rakyat dan mempunyai perasaan rendah diri.

"Bukannya mereka itu istimewa tetapi setaraf dengan rakyat dan pendekatan ini akan dapat memenangi hati dan fikiran rakyat.

"Kalau ini sikap pemimpin BN, maka kita akan dapat sokongan lebih bulat apabila sampai masanya," katanya.

Selepas majlis itu, Najib mengadakan dialog tertutup dengan anggota BNBBC di Bangunan UMNO Kuala Selangor dekat sini.

Maximus Ongkili dilantik Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Parlimen

Posted:

Maximus Ongkili dilantik Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Parlimen

Maximus Ongkili dilantik Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Parlimen

PUTRAJAYA 22 Sept. - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) mewakili Barisan Nasional (BN) untuk mengkaji dan menambah baik sistem serta proses pilihan raya negara.

Ketika mengumumkan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Maximus yang merupakan wakil bagi Sabah dan Kadazan akan turut dibantu oleh empat lagi wakil daripada parti komponen BN.

''Mereka ialah Datuk Alexander Nanti Linggi (Kapit) bagi wakil Sarawak dan Iban serta Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad (Kangar) yang mewakili UMNO.

''Tan Sri Dr. Fong Chan Onn (Alor Gajah) untuk wakil MCA manakala P. Kamalanathan (Hulu Selangor) mewakili MIC, pelantikan mereka ini telah dipersetujui Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Bekalan dan Harga kali ke-3 di sini hari ini.

Menurut Muhyiddin, usul-usul akan dibentangkan di Dewan Rakyat untuk dibahaskan awal bulan depan semasa berlangsungnya persidangan Dewan Rakyat bagi sesi akan datang.

Kata beliau, ahli-ahli JTP itu akan diberi tempoh selama enam bulan untuk membincangkan secara khusus cadangan-cadangan penambahbaikan urusan pilihan raya di Parlimen sebelum diserahkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya.

''Keputusan akan diambil mengikut suara terbanyak, saya mahu semua pihak yang bukan sahaja BN tetapi juga anggota pembangkang terlibat menyuarakan pandangan masing-masing.

''Ini kerana pada akhirnya nanti proses penambahbaikan proses urusan pilihan raya dapat dijalankan dengan mengambil kira pandangan semua pihak dan memantapkan lagi sistem demokrasi dalam negara kita," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


AS mahu guna kuasa veto

Posted:

AS mahu guna kuasa veto

AS mahu guna kuasa veto


ANGGOTA tentera rejim Zionis menangkap pemuda Palestin semasa pertempuran di pusat pemeriksaan Qalandiya, Palestin, kelmarin tatkala Barack Obama mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan Presiden Palestin, Mahmud Abbas berhubung permohonan pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara di PBB. - AFP


NEW YORK 22 Sept. - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama menegaskan kepada Presiden Palestin, Mahmud Abbas bahawa AS akan menggunakan kuasa veto untuk menyekat usaha Palestin mendapatkan pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sebuah negara berdaulat.

Malah, Obama menyatakan kepada Abbas bahawa usaha Pihak Berkuasa Palestin (PA) itu tidak akan mewujudkan sebuah negara Palestin.

Kenyataan itu dibuat ketika kedua-dua pemimpin itu mengadakan pertemuan di luar Perhimpunan Agung PBB di New York, semalam, tujuh jam selepas Obama menemui Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Dalam pertemuan dengan Netanyahu, Obama menyatakan sokongan padu kepada Israel, malah ketua rejim Zionis itu dipetik sebagai berkata, pemimpin AS itu layak menerima 'pingat kehormatan' kerana mempertahankan negara Yahudi.

Jurucakap Abbas, Nabil Abu Rdainah berkata, Abbas dan Obama telah menyuarakan pendirian masih-masing tanpa memperolehi sebarang keputusan yang jelas.

Menurutnya, Abbas tetap bertegas akan meneruskan usahanya untuk mendapatkan pengiktirafan PBB sebagai sebuah negara yang berdaulat.

Sebelum itu, Obama memberitahu Perhimpunan Agung PBB bahawa 'tiada jalan mudah' untuk memperolehi keamanan di Asia Barat, walaupun Palestin bertegas untuk meneruskan usaha mereka mendapatkan pengiktirafan badan dunia itu.

Beliau berkata, mewujudkan sebuah negara Palestin tanpa mengenepikan Israel, masih menjadi matlamatnya.

"Namun persoalannya kini bukanlah matlamat itu yang kita mahu, tetapi bagaimana kita mencapainya.

"Saya yakin tidak ada jalan mudah untuk menamatkan konflik yang telah berlarutan selama berdekad ini

"Keamanan tidak akan datang melalui kenyataan dan resolusi PBB, Israel dan Palestin akhirnya yang perlu memeterai perjanjian berhubung pertikaian sempadan, keselamatan, pelarian, dan Baitulmaqdis, bukan kita," katanya beliau kepada Perhimpunan Agung PBB di sini, semalam.

Sementara itu, Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy menggesa PBB memberi Palestin status pemerhati seperti Vatican, sementara menggaris rangka pelan damai dalam tempoh setahun ekoran bimbang tercetusnya bencana diplomatik akibat daripada kegagalan usaha Palestin itu. - REUTERS

AS tuduh Pakistan taja militan di Afghanistan

Posted:

AS tuduh Pakistan taja militan di Afghanistan

AS tuduh Pakistan taja militan di Afghanistan

WASHINGTON 22 Sept. - Pegawai-pegawai Amerika Syarikat (AS) mendakwa memiliki banyak bukti yang mengaitkan agensi perisikan Pakistan menggalakkan rangkaian militan Haqqani untuk menyerang kepentingan mereka di Afghanistan.

Kenyataan itu dibuat ketika jawatankuasa Senat mengundi untuk memberi bantuan kepada Islamabad bagi memerangi militan.

Menurut beberapa perisikan AS, agensi Perisikan Antara Perkhidmatan (ISI) Pakistan telah mengarahkan atau menggesa rangkaian Haqqani untuk melancarkan serangan ke atas kedutaan AS dan ibu pejabat Pakatan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) di Kabul minggu lalu.

Namun, pegawai-pegawai AS memberi amaran maklumat yang menunjukkan agensi perisikan Pakistan menggalakkan kumpulan militan itu tidak disokong dengan sumber lain.

Rangkaian Haqqani adalah satu daripada tiga atau mungkin sekutu pemberontak paling digeruni yang menentang AS dan NATO serta tentera Afghanistan di bawah pergerakan Taliban di negara itu.

Pengerusi Ketua Turus Bersama tentera AS, Laksamana Mike Mullen berkata, beliau telah menggesa ketua tentera Pakistan di Islamabad untuk memutuskan hubungan dengan kumpulan militan itu.

"Kami mahu ISI memutuskan hubungan dengan Haqqani dan tidak terlibat dengan perang proksi yang diperjuangkan pergerakan itu.

"ISI telah menyokong perang proksi ini dalam tempoh yang lama sebagai strategi negara itu dan saya rasa ia perlu dihentikan di masa depan," katanya.

Sementara itu, jawatankuasa Senat semalam meluluskan bantuan sebanyak AS$1 bilion (RM3.2 bilion) untuk menyokong operasi menentang pemberontak oleh tentera Pakistan, tetapi dengan syarat negara itu perlu bekerjasama dengan AS menentang kumpulan militan, termasuk Haqqani. - REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Projek besarkan kampung

Posted:

Projek besarkan kampung

Projek besarkan kampung

Oleh M.RIZAL NOR
utusanktn@gmail.com


LAU Lee mengagihkan duit raya kepada kanak-kanak di Kampung Sungai Par, Jerantut, semalam.


JERANTUT 22 Sept. - Projek membesarkan kampung di daerah ini boleh dijadikan alternatif bagi mengatasi masalah kesukaran membina rumah dan penduduk yang padat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee berkata, projek tersebut dapat membantu mengatasi masalah kepadatan penduduk di kawasan perkampungan yang kecil.

"Setakat ini di Jerantut kita telah jalankan projek tersebut di Kampung Bukit Genting, Bukit Dinding serta Kampung Gintong," katanya pada majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri dan ramah mesra bersama rakyat di Kampung Sungai Par di sini, hari ini.

Menurutnya, melalui projek membesarkan kampung, setiap keluarga akan diberi tanah untuk membina rumah sendiri dan generasi kedua pula akan turut mendapat bahagian sekiranya masih terdapat kekosongan.

"Penduduk di sini meminta kerajaan membina rumah kos rendah di kawasan mereka, namun saya rasa projek membesarkan kampung lebih baik kerana ia akan memberi manfaat kepada semua penduduk.

"Ketua kampung perlu mencari kawasan lapang yang boleh dijadikan penempatan dan saya akan mengemukakan perkara tersebut kepada kerajaan negeri," ujarnya.

Sementara itu, Penghulu kampung berkenaan, Mohd. Nasir Abdullah Sani berkata, semua penduduk bersetuju dengan cadangan membesarkan kampung tersebut.

"Kami akan mencari kawasan lapang berhampiran untuk membina penempatan baru bagi mengatasi kepadatan penduduk dan sekali gus dapat mengatasi penghijrahan penduduk ke kawasan bandar," jelasnya.

Pelajar miskin terima bantuan ECER

Posted:

Pelajar miskin terima bantuan ECER

Pelajar miskin terima bantuan ECER


G. Thinish (dua kiri) bergambar bersama keluarga Fazri Hizam selepas menyampaikan sumbangan beg sekolah, meja, kipas, lampu dan buku kepada keluarga berkenaan di Temerloh, kelmarin.


TEMERLOH 22 Sept. - Dengan bergantung sepenuhnya bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM400 sebulan, kehidupan Fazri Hizam Rawi bersama isteri dan lima anaknya ibarat kais pagi makan pagi.

Malah, ada ketikanya Fazri Hizam, 43, yang menghidap tibi terpaksa mengharapkan bantuan sanak saudara terdekat berikutan keadaan kesihatannya yang semakin buruk sejak setahun lalu sehingga menyukarkannya untuk bekerja.

Semenjak itu, kehidupan mereka sekeluarga bertambah perit dengan segala wang yang ada perlu digunakan bagi tujuan makan dan minum walaupun Fazri Hizam menyedari pelajaran anak-anak juga harus diutamakan.

Bagaimanapun, bapa kepada lima orang anak itu yang sebelum ini melakukan kerja-kerja kampung bernasib baik apabila mendapat perhatian Program Empower Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER).

Menerusi program bagi meningkatkan kemajuan pendidikan anak- anak golongan miskin itu, ECER menyumbangkan meja, kerusi, beg sekolah, lampu membaca, buku dan peralatan tulis.

Selain menyampaikan sumbangan tersebut, 20 peserta program Empower turut bergotong-royong membantu membersihkan persekitaran rumah Fazri Hizam.

Penyelaras Projek Pertubuhan Kemajuan Sosial Malaysia, G. Thinish berkata, kemiskinan keluarga Fazri Hizam dikesan melalui anaknya, Nor Fadila, murid tahun enam yang dipilih menyertai program Empower.

''Selain memberikan kelas tuisyen dan motivasi kepada murid terpilih di bawah program Empower, pihak ECER juga melawat rumah keluarga pelajar terbabit .

''Daripada 48 rumah yang dilawati, kami dapati rumah Nor Fadila sangat daif dan tidak mempunyai kemudahan tempat belajar yang kondusif," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan di rumah Fazri Hizam dekat sini, semalam.

Menurut beliau, Nor Fadila adalah salah seorang daripada 10 murid SK Bandar Mentakab yang berpotensi untuk mendapat 5A dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang berlangsung baru-baru ini.

Tambahnya, walaupun Nor Fadila sudah selesai menduduki UPSR tetapi semua sumbangan itu boleh digunakan adik-beradiknya yang lain agar mereka dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa.

Sementara itu, Fazri Hizam memberitahu, mereka sekeluarga kini hanya bergantung kepada bantuan JKM yang disalurkan kepada anak ketiganya, Siti Nor Aini, 11, yang merupakan anak kurang upaya.

Seramai 64 golongan memerlukan terima bantuan makanan

Posted:

Seramai 64 golongan memerlukan terima bantuan makanan

Seramai 64 golongan memerlukan terima bantuan makanan

JERANTUT 22 Sept. - Seramai 64 orang terdiri daripada ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), warga emas dan fakir miskin dari Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) peringkat tiga dan empat menerima sumbangan makanan daripada UMNO Cawangan Bandar Baru, baru-baru ini.

Sumbangan makanan yang bernilai RM100 hingga RM150 itu disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee.

Lau Lee ketika ditemui berkata, sumbangan itu merupakan amalan yang dituntut oleh semua agama tanpa mengira kaum, kepercayaan, darjat dan tempat tinggal seseorang.

"Adalah menjadi kewajipan semua pihak membantu orang miskin dan dalam kesusahan ketika menghadapi hari perayaan dan persekolahan di samping meringankan perbelanjaan mereka berikutan kenaikan harga barang keperluan harian," katanya di sini.

Beliau meminta syarikat-syarikat swasta membantu golongan yang memerlukan sama ada dari segi kewangan atau barangan keperluan harian secara sepanjang masa dan bukan sahaja pada musim perayaan sahaja.

Katanya, sumbangan itu penting untuk meringankan beban keluarga miskin, ibu tunggal, OKU dan warga emas supaya dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna.

"Pihak-pihak tertentu yang mampu, tanpa mengira kaum dan agama, wajar menterjemahkan nilai kemanusiaan dengan menyalurkan bantuan. Kita menzahirkan nilai keprihatinan ini dengan menyumbang sesuatu yang boleh meringankan beban mereka," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Panggilan misteri malam kejadian

Posted:

[unable to retrieve full-text content]SHAH ALAM 22 Sept. - Seorang penolong eksekutif di Felda Palm Industry memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau menerima panggilan 'misteri' daripada nombor telefon bimbit yang didaftarkan atas nama Noorhisham Mohammad pada pukul 10 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Hoogland, Kong Boon dipanggil sebagai saksi

Posted:

Hoogland, Kong Boon dipanggil sebagai saksi

Hoogland, Kong Boon dipanggil sebagai saksi

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Barisan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memanggil pakar bedah tulang belakang yang membuat pembedahan terhadapnya pada 2004 sebagai saksi dalam perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang itu.

Salah seorang peguam bela tertuduh, Sankara Nair menyatakan, Dr. Thomas Hoogland yang akan hadir pada 6 Oktober ini bakal memberi keterangan berhubung tahap kesihatan dan perubatan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Peguam tersebut berkata demikian selepas selesai prosiding perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini. Kes itu dijadualkan untuk sambung bicara peringkat bela diri dari 3 hingga 7 Oktober ini.

Menurut laporan akhbar sebelum ini, Hoogland ialah doktor pakar yang mengetuai pasukan pakar pembedahan bagi membetulkan tulang belakang Anwar di Klinik Alpha di Munich, Jerman.

Anwar menjalani pembedahan tersebut pada 7 September 2004 selepas dibebaskan dari Penjara Sungai Buloh dekat sini setelah Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman penjara berhubung kes liwat pertamanya.

Selain pakar bedah itu, Nair memaklumkan pihaknya akan turut memanggil Ketua Seksyen DNA Forensik, Jabatan Kimia Malaysia, Lim Kong Boon.

Kong Boon ialah saksi pendakwa ke-21 yang menjalankan ujian asid deoksiribonuleik (DNA) ke atas 13 tompokan darah dan air mani di atas tilam yang diambil dari tempat kejadian, Tivolli Villa dalam perbicaraan kes liwat pertama Anwar yang turut membabitkan adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja.

Sementara itu, pada pemeriksaan semula oleh pihak pembelaan ke atas Dr. Brian McDonald (gambar), saksi tersebut menyatakan, beliau 'tersalah baca' keterangan yang diberikan oleh Ketua Unit Jenayah Berat, Jabatan Kimia Malaysia, Dr. Seah Lay Hong sebelum ini.

Kesilapan tersebut, jelasnya, menyebabkan beliau menyangka bahawa saksi pakar kimia tempatan itu membuat ujian Acid Phosphatase (AP) ke atas semua calitan-calitan putik kapas yang diambil daripada tubuh Mohd. Saiful Bukhari Azlan terutamanya daripada dubur mangsa.

McDonald, 60, turut menyatakan, kenyataan yang diberikan tidak mempunyai hubung kait dengan kejujurannya sebaliknya ia adalah disebabkan 'tersilap baca'.

Menjawab pertanyaan peguam, Ramkarpal Singh berhubung daya tahan sperma di dalam rektum, saksi pembelaan keempat itu berkata, bahan rujukan yang dikemukakan oleh Peguam Negara Cara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden semasa pemeriksaan balas semalam merupakan satu contoh yang disifatkan amat jarang berlaku.

Ujarnya, peratusan untuk menemui DNA di dalam sampel yang berusia antara 65 hingga 113 jam adalah 0.01 peratus.

Beliau menyatakan, kes ini (kes liwat terbaru Anwar) yang mana sampel diambil dari rektum mangsa dan hanya dianalisis selepas 56 jam merupakan rekod paling lama sesuatu bahan bukti menunjukkan hasil DNA yang positif.

Dalam kes tersebut, calitan putik kapas mengandungi sampel sperma itu diperoleh doktor-doktor yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 28 Jun 2008 dan Lay Hong menerima sampel tersebut kira-kira 56 jam kemudian.

Dalam keterangannya pada peringkat pendakwaan, Lay Hong mengesahkan bahawa spermatozoa dalam sampel yang diperoleh dari dubur Mohd. Saiful Bukhari berada dalam keadaan elok.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Solehah mencari pendakwah wanita

Posted:

Solehah mencari pendakwah wanita

Solehah mencari pendakwah wanita

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar NOORADZRENE MOHD NOOR


Barisan 10 peserta Solehah.


JIKA dilihat kepada kecenderungan penerbitan program realiti televisyen pada waktu ini, bilangan program realiti berkisar tentang keagamaan agak kecil jumlahnya berbanding program realiti sedia ada yang banyak menjurus kepada aspek hiburan.

Justeru, kewujudan program realiti berjudul Solehah, terbitan TV AlHijrah yang bakal menemui penonton tidak lama lagi dijangka mampu menjadi program pendidikan Islam tidak formal yang mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita terhadap agama, bangsa dan negara.

Bertujuan untuk melahirkan pendakwah wanita unggul, Solehah tampil selayaknya untuk melahirkan bakal pelapis kepada muslimah yang mampu memimpin dan berdakwah secara lisan mahu pun melalui tulisan.

Pada tanggal 13 September lalu, telah diadakan majlis memperkenalkan para peserta Solehah yang dirasmikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Muktamar, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Khir, walaupun hanya 600 orang sahaja yang menghadiri sesi uji bakat Solehah yang telah diadakan pada 18 dan 19 Jun lalu, namun dia tetap berbangga dengan kehadiran yang dicatatkan.

"Memandangkan sesi tersebut hanya diadakan selama dua hari, angka 600 adalah satu jumlah yang boleh dibanggakan.

"Ini bermaksud, generasi muda sekarang bukan sahaja memandang ke arah program berbentuk hiburan, malah minda mereka lebih terbuka untuk menerima cetusan idea baru yang mampu merubah persepsi sejagat," katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Bukhari Che Muda pula memberitahu, Solehah merupakan sebuah program yang unik kerana kesemua 10 peserta yang dipilih, tidak akan disingkirkan hinggalah pada peringkat akhir ia ditayangkan.

Jelasnya, keunikan format itu memberi peluang kepada setiap peserta Solehah untuk menuntut ilmu sebanyak mungkin secara sama rata.

"Pada peringkat akhir yang akan berlangsung kelak, semua peserta akan bersaing sesama sendiri.

"Tidak seperti program realiti yang lain di mana hanya menampilkan sebilangan peserta terbaik sahaja.

"Di pentas akhir itu nanti, markah keseluruhan dari minggu pertama hinggalah ke minggu terakhir akan dikumpulkan dan akan menjadi sebahagian daripada markah akhir untuk menentukan kemenangan.

"Cuma, peratusan markah peringkat mingguan tidak akan diumumkan awal supaya para peserta sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan yang ada," katanya di sidang akhbar sejurus tamatnya sesi pengenalan 10 peserta Solehah.

Menyentuh soal ganjaran yang bakal diterima oleh pemenang sulung Solehah, Bukhari memberitahu, perkara berkenaan akan diumumkan kelak dalam satu sidang akhbar berasingan.

Tambahnya, hadiah kemenangan tersebut dirahsiakan dahulu bagi mewujudkan elemen kejutan.

"Secara tidak langsung, ia menggalakkan kesemua peserta akhir agar bersaing secara telus tanpa memikirkan sangat habuan yang ditawarkan.

"Sekali gus, objektif dan mesej yang mahu disalurkan menerusi penerbitan Solehah sampai kepada penonton," ujarnya.

Sepanjang program ini berlangsung, mereka akan diadili oleh tiga orang juri iaitu Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail, Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor dan Isfadiah Mohd. Dasuki.

Sementara itu, barisan tenaga pengajar atau disebut musyrifah ialah Ustazah Norsalehah Mohd. Saleh, Ustazah Norhafizah Musa, Ustazah Suriani Sudi dan Haslina Mohd. Ali.

Solehah akan disiarkan sebanyak 13 episod bermula hari ini di TV AlHijrah pada pukul 8.30 malam.

Magis Yuna

Posted:

Magis Yuna

Magis Yuna

Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar SAFIYANA SALIM


Yuna optimis dengan karier seninya.


PERNAH memenangi anugerah Artis Baru Terbaik pada Anugerah Industri Muzik Ke-17 (AIM17) tahun lalu melalui album mininya Yuna, ternyata tugas Yuna untuk menghasilkan album terbarunya bukan mudah.

Bagi anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini, walaupun sudah mencipta 30 buah lagu bagi kemunculan terbarunya nanti, Yuna masih mencari lagu magis yang mampu memikat telinga pendengar.

Kesempatan Hits bertemu Yuna yang pulang ke tanah air baru-baru ini, sedikit sebanyak memberi peluang kepada pelantun lagu Dan Sebenarnya ini bercerita mengenai kegiatan seninya.

Menurut Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, kini, dia terlalu sibuk dengan persiapan album barunya yang dijangka diedarkan pada tahun hadapan.

Selain itu, gadis ini juga turut terlibat dalam penggambaran iklan komersial untuk Canon.

"Buat masa sekarang, saya sibuk membuat persiapan untuk menyiapkan album baru.

"Tidak dinafikan kadang-kadang tidak cukup tidur juga dibuatnya, tapi Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar," ujarnya.

Kesungguhan Yuna dalam memastikan album barunya mendapat tempat di hati peminat dapat dilihat apabila dia hanya meluangkan masa di tanah air sehingga minggu ketiga raya.

"Saya sudah sampai di Malaysia lima hari sebelum Aidilfitri lalu dan sangat bersyukur kerana dapat beraya tanpa sebarang gangguan kerja, " kata Yuna yang telah mengadakan persembahan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 12 dan 13 September lalu.

Yuna yang berlepas ke Amerika Syarikat (AS) Rabu lalu berkata, dia terharu sambutan terhadap persembahannya di DFP.

"Saya terharu dan sangat berterima kasih dengan sokongan peminat. Tiada apa yang lebih berharga daripada menerima sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada peminat," ujar gadis yang turut melayan peminatnya melalui laman sosial Twitter.

Kembara di negara Uncle Sam

Bagi gadis yang sudah mencipta lagunya sendiri seawal 19 tahun, kembara seninya tidak akan terhenti selagi apa yang diingininya tidak tercapai.

Berada di bawah label rakaman Fader Label di AS, Yuna beruntung kerana syarikat rakaman itu sentiasa mengambil berat dan memberi sokongan terhadapnya.

Selain itu, bagi Yuna yang menetap di Downtown, Los Angeles, kehidupannya kini tidak jauh berbeza.

"Sejak menjejakkan kaki di sana, saya cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran dan juga cara hidup di sana.

"Selain itu, tidak dinafikan, Islamophobia memang wujud tetapi tidaklah seteruk yang dilaporkan oleh media Barat.

"Alhamdulillah, setakat ini, perkara tersebut tidak membuatkan saya berhenti daripada imej bertudung," katanya tegas.

Gemar memenuhi aktiviti terluang dengan berbasikal, Yuna juga menganggap ia sebagai pelepas tekanan setelah berada terlalu lama dalam studio rakaman.

"Berada dalam studio terlalu lama juga tidak elok. Jadi, apabila ada kelapangan, saya akan berbasikal bagi mengisi masa tersebut," katanya sambil tersenyum manis sebelum mengakhiri perbualan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Pasca ISA, ancaman baru

Posted:

Pasca ISA, ancaman baru

Pasca ISA, ancaman baru

Oleh REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
DATUK REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia

Sememangnya maklum balas yang saya perolehi daripada kalangan orang muda, amat menyanjungi tindakan dan usaha Perdana Menteri untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam masa yang terdekat ini.

Kalangan rakan saya yang masih muda, profesional dan berpendidikan tinggi menganggap ini sebagai langkah dan keputusan tepat bagi membawa Malaysia ke suatu tahap demokrasi yang lebih positif dan dihormati.

Pandangan positif di kalangan orang muda ini tidak terlalu dikongsi oleh mereka yang lebih berusia. Perbualan dengan beberapa orang pesara polis di kawasan saya di Kepala Batas, memberikan maklumat dan informasi yang lain.

Mereka risau dengan suasana baru ini. Apakah kerajaan mampu menangani segala macam isu panas yang berlaku di sekeliling kita? Apakah langkah dan undang-undang yang bersifat pencegahan akan dimansuhkan sama sekali? Ini semua persoalan yang bermain di minda rakyat.

Sebagai kalangan anggota yang bertugas sewaktu kemuncak pelaksanaan ISA, mereka masih dapat melihat sisi baik kepada undang-undang ini.

Apa pun pandangan dan perspektif kita mengenai ISA - ia mestilah diasaskan kepada pandangan yang objektif dan adil. Soalnya, atas nama kebebasan dan demokrasi total, ISA mungkin sudah mengalami proses 'demonisasi' yang berlebihan oleh kumpulan tertentu.

Yang ternampak jelas, hanyalah dosa dan petaka 'politik' yang kononnya dibawa oleh ISA. Yang sering diketepikan adalah bagaimana ISA sudah menyelamat banyak nyawa dan mengisi matlamat 'pencegahannya' yang paling asas. Hakikat ini, kadang kala gagal dihayati dengan minda yang terbuka dan objektif.

Sesuai dengan matlamat politik kumpulan tertentu, ISA sudah digambarkan secara halus sebagai 'Akta Politik', digunakan sebagai kaedah menangani kritikan yang melampau kepada kerajaan dan sebagainya. Ini hanya satu perspektif yang terlalu 'politikal'.

Bagaimana dengan peranan ISA yang digunakan terhadap mereka yang cuba mencetuskan keganasan dan kekacauan? Apakah ini masih lagi sebuah akta yang draconian; saat nyawa manusia menjadi taruhan?

Tidak ramai orang yang memberikan pujian yang objektif kepada ISA yang berperanan langsung dalam menjaga keselamatan negara. Ini termasuklah penahanan mereka yang terlibat dengan Jemaah Islamiah, Darul Islam Sabah/Daulah Islamiyyah dan Gerakan Militan Selatan Thailand.

Apakah semua langkah penahanan yang bersifat pencegahan seperti ini tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada rakyat? Sudah pasti, di atas semangat dan matlamat penubuhan ISA - ia mencapai maksud apa yang dihasratkan.

Jika tidak, kita akan berdepan dengan dugaan dan ancaman yang bukannya kecil. Ada nyawa yang boleh terkorban, sekiranya unsur-unsur subversif dibenarkan berlegar bebas di kalangan rakyat tanpa sebarang langkah pencegahan awal.

Saya kira, rakyat patut berasa lega dengan komitmen Perdana Menteri bahawa dua undang-undang khusus bagi menangani masalah dan ancaman baru akan diwujudkan bagi menggantikan ISA.

Kalangan pembangkang mengambil pengumuman ini sebagai modal politik. Mansuh satu, namun tambahkan dengan dua akta baru. Kritikan ini dibuat tanpa menilai dahulu apakah yang bakal dikemukakan ke dalam Dewan Rakyat nanti. Mereka seharusnya belajar untuk bersabar dan mendengar dahulu cadangan yang bakal dinyatakan.

Paling asas, Malaysia tidak boleh menolak sama sekali keperluan akta khusus dalam menangani isu-isu keselamatan dan anti-militan. Majoriti rakyat masih mahukan undang-undang yang keras dalam memastikan benih ancaman keganasan ini sama sekali tidak mampu berputik di bumi Malaysia.

Semua ini tidak boleh dikompromi. Kita jangan mengambil mudah, walaupun pada hakikatnya kita berada dalam suasana yang sangat aman dan tenteram. Setakat ini, kebanyakan negara di dunia juga mengambil tindakan sama dalam memastikan isu keselamatan dan ancaman keganasan tidak dikompromi dalam apa keadaan sekalipun.

Kita tidak boleh mengambil mudah bahawa semuanya akan kekal aman di Malaysia, tanpa sebarang gangguan rangkaian kumpulan pengganas antarabangsa. Sikap sedemikian akan hanya menyebabkan kita leka dan sekali gus meletakkan rakyat dalam keadaan yang kurang selamat.

Dalam masa yang sama, kita seharusnya juga mengambil perhatian kepada kumpulan-kumpulan tertentu yang cuba membawa citra songsang dalam menegakkan idealisme yang mengganggu-gugat keselamatan. Ini berlaku di mana-mana.

Malahan, dalam banyak laporan keselamatan di peringkat antarabangsa, kewujudan homegrown radicalism (kumpulan radikal setempat) ini adalah ancaman yang nyata. Semua ini hanya mampu ditangani oleh undang-undang pencegahan yang tegas.

Negara kita tidak boleh sama sekali mengambil mudah dengan benih 'radikalisme setempat' ini. Ia mesti ditangani dengan bertanggungjawab. Ia mesti ditangani dan diperhalusi secara menyeluruh dalam dua undang-undang baru yang bakal dicadangkan nanti.

Kita tidak mahu, pemansuhan ISA dijadikan alasan untuk benih-benih kegiatan subversif menjadi mekar - sedang mereka selama ini kuncup dan gentar dengan ketegasan undang-undang pencegahan yang ada.

Lembaran dan penterjemahan baru kepada undang-undang pencegahan ini adalah sesuatu yang wajar dan perlu. Tidak ada mana-mana pihak yang perlu mempolitikkan perkara ini.

Keselamatan dan maruah persempadanan negara tidak boleh menjadi isu dan permainan politik. Ini suatu isu yang mesti ditangani secara tuntas oleh wakil rakyat, tanpa mengira kiblat politik dan naungan kepartian. Dewan Rakyat akan menjadi saksi kepada suatu pertanggungjawaban besar yang akan diletakkan di atas bahu semua mereka yang bergelar wakil rakyat.

Majoriti rakyat yang waras pastinya mengharapkan penggubalan dua undang-undang baru yang bakal dibentangkan di Dewan Rakyat nanti akan memberi 'ketenangan minda' bahawa keselamatan negara akan terus diangkat sebagai prioriti dan keutamaan kerajaan.

ISA sebagai 'alat politik' inilah yang menjadi momokan pihak tertentu bagi menggambarkan kerajaan sebagai pengamal dasar dan undang-undang draconian selama ini. Kali ini, mereka akan kehilangan modal yang sama.

Draconian atau tidaknya ISA; kejam atau tidaknya ISA - ia telah memberikan jaminan keselamatan kepada rakyat seluruhnya. Ianya memberi jaminan keselamatan kepada keluarga di kampung, mahukan kepada seorang hartawan yang tinggal di perumahan mewah. Dalam soal ini, ISA sudah pun mencapai maksud dan matlamat asalnya.

Jika ditakdirkan ISA menemui ajalnya nanti, ia akan kekal dalam lipatan sejarah sebagai undang-undang preventif yang berkesan dan mampu menjaga kepentingan rakyat. Ancaman dan gugatan keselamatan boleh datang dalam pelbagai bentuk, radikalisme agama, ideologi ekstrem, ketaksuban kepada individu - dan semuanya sudah dan pernah ditangani oleh ISA.

Namun masanya sudah tiba, untuk ISA dimansuhkan dan digantikan dengan undang-undang yang lebih selari dengan citra demokrasi zaman ini.

Mereka yang bersorak gembira, sekali gus menekan bahawa kerajaan meninggalkan sama sekali perundangan yang bersifat 'pencegahan' perlu mencari semula kewarasan pemikiran mereka. Mereka yang bersuara atas landasan 'demokrasi total' dan hak asasi manusia - perlu menilai semula tekanan dan pandangan yang sedemikian sifatnya.

Perubahan yang dianjurkan oleh Perdana Menteri dan kerajaan ini memerlukan sokongan dan dokongan semua rakyat biasa. Jangan kita bersandarkan semua pandangan kepada 'akar politik'; tetapi gagal melihat kepada dedaun keamanan dan buah kesejahteraan yang lebih mampu mengisi kehendak majoriti rakyat.

Bila terkena batang hidung sendiri...

Posted:

Bila terkena batang hidung sendiri...

Bila terkena batang hidung sendiri...

Oleh ZULKIFLI JALIL
pengarang@utusan.com.my

BILA terkena batang hidung sendiri, barulah merasai bahangnya. Acap kali memprovokasi pihak lain tetapi bila membabitkan malu anggota atau pemimpin parti sendiri, tahu pula merayu pihak yang selalu menjadi bahan lekehnya untuk tidak pula mengecam partinya.

Itulah gelagat Setiausaha Kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ketika membela wakil rakyat partinya, ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mendesak supaya ditukar Jalur Gemilang.

Dipetik oleh organ DAP, Roketkini baru-baru ini, Teresa meminta BN khususnya UMNO tidak memainkan isu itu untuk kepentingan politik dengan 'menyerang' Manoharan dan pakatan pembangkang di media arus perdana.

Sepatutnya, ujar Teresa, para pemimpin BN menumpukan lebih perhatian kepada isu yang jauh lebih penting iaitu berkenaan penggubalan dua undang-undang baru yang dikatakan akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Barangkali Teresa tidak mengerti atau pura-pura 'membutakan hati' dengan menganggap isu ditukarkan sahaja Jalur Gemilang yang dihasut oleh Manoharan hanya isu remeh dan akan lenyap begitu sahaja dari ingatan rakyat Malaysia apabila Manoharan memadamkan komen kontroversinya itu di facebook.

Cuba Teresa bayangkan jika hasutan Manoharan ini tidak dibantah keras di media arus perdana sehingga mencetuskan api amarah - mungkin Manoharan akan lebih angkuh lagi mahu mengubah sejarah warisan negara yang lain.

Ironinya, kenyataan-kenyataan berunsur kontroversi daripada para pemimpin DAP bukan benda baru.

Di Sarawak pada kempen pilihan raya negeri itu April lalu, calon DAP, Violet Yong dikatakan menghina kaum Melanau dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam satu ceramahnya di Kuching. Antara lain, dia menyebut, Abdul Taib tidak layak memerintah Sarawak kerana Ketua Menteri itu dari keturunan Melanau yang juga kaum minoriti di negeri itu. Tambahnya lagi, hanya Cina yang layak memerintah Sarawak kerana Cina majoriti di sini.

Sentimen perkauman diambil kesempatan secara licik oleh DAP dengan menguar-uarkan dalam kempen agresifnya mendesak pengunduran segera Abdul Taib tanpa belas kasihan.

Mengundi BN, dakwa DAP, bermakna menyokong Abdul Taib untuk terus berkuasa. Sedangkan kalau direnung-renungkan kepimpinan Penasihat DAP yang juga penyandang kerusi Ipoh Timur, Lim Kit Siang, peguam, Karpal Singh serta Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga memasuki usia senja.

Gelagat menghina kepimpinan kerajaan negeri Sarawak semakin teruk, poster Abdul Taib dipaparkan dengan ayat menghina dan mengundang rasa tidak puas hati penyokong dan ahli BN.

Satu perkataan dalam ayat itu adalah 'asuk' yang bermaksud anjing dalam bahasa Sarawak bersama gambar seekor anjing berhampiran gambar Abdul Taib.

Pemasangan poster itu yang turut diletakkan di beberapa kawasan awam khususnya tumpuan ramai termasuk Padang Merdeka, turut dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kemudian menurunkan bahan kempen berkenaan.

Sepanjang kempen di Miri, DAP memasang pelbagai sepanduk memburukkan kerajaan BN di sepanjang laluan utama yang menjadi tumpuan ramai antaranya kawasan sekitar bulatan Pujut dan sepanjang Jalan Kuala Baram yang sentiasa sesak dengan lalu lintas terutama pada waktu puncak.

Dan apabila Abdul Taib merasmikan gereja di Mukah, pembangkang mendakwa pula Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bukan orang Islam sejati, sedangkan kerajaan negeri mengamalkan ajaran Islam sebenar.

Paling ketara di Sarawak tempoh hari ialah konsep kempen DAP yang 100 peratus menampakan permainan sentimen perkauman. Apabila ada sebilangan orang Melayu bercakap berkenaan nasib bangsa Melayu dan hak-hak orang Melayu, maka akan kedengaranlah perkataan rasis.

Tetapi apabila DAP terang-terangan menggunakan isu perkauman tiada orang yang membangkitkan perkataan rasis.

Berbalik kepada Manoharan, dia barangkali cuba meraih 'publisiti murahan' untuk memastikan namanya berada dalam fikiran rakyat tetapi dalam kaedah yang amat dangkal sekali.

Ternyata, Manoharan tidak belajar dari sejarah. Salah satu kutipan yang paling terkenal mengenai sejarah dan pentingnya kita belajar mengenai sejarah ditulis oleh seorang ahli falsafah Sepanyol, George Santayana. Katanya: "Mereka yang tidak mengenal masa lalunya, dikutuk untuk mengulanginya."

Ahli falsafah Jerman, Georg Wilhelm Friedrich Hegel pula mengemukakan dalam pemikirannya tentang sejarah: "Inilah yang diajarkan oleh sejarah dan pengalaman, bahawa manusia dan pemerintah tidak pernah belajar apa pun dari sejarah atau prin sip-prinsip yang didapati darinya."

Ungkapan ini diulang kembali oleh negarawan Inggeris, Winston Churchill. Kata beliau: "Satu-satunya hal yang kita pelajari dari sejarah adalah bahawa kita tidak benar-benar belajar darinya."

Teresa mungkin cepat bertindak apabila menolak pandangan Manoharan sebagai bukan melambangkan pendirian DAP dan mengingatkan Manoharan supaya lebih berhati-hati bila mengeluarkan sebarang kenyataan.

Namun banyak gelagat DAP selama ini dilihat melukakan hati orang Melayu. Antaranya cuba mahu menghalang perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang dan beberapa lagi.

Dengan pelbagai pihak sedang giat dan teruja membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, 'kempen' secara agresif oleh pihak tertentu dipercayai akan mewarnai situasi pilihan raya umum kelak.

Apatah lagi difahamkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun berdikit-dikit membuat persiapan menggerakkan proses PRU 13. Dikatakan sebilangan tender untuk bekalan alat-alat tulis ke seluruh pejabat SPR negeri yang akan digunakan oleh hampir 200,000 petugas baru sahaja ditutup. Peti-peti undi mana yang pecah dan hilang, telah dikira untuk diganti.

Demikian juga dengan nama para pegawai pengurus (RO) dan timbalannya, senarainya sudah pun ada di tangan suruhanjaya. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pun telah dimaklumkan tentang jumlah kakitangan kerajaan yang akan dilibatkan untuk urusan pilihan raya.

Dalam sibuk memperkatakan isu Manoharan dan kenyataan 'membela' ADUN Kota Alam Shah oleh Teresa itu, di satu sudut lain, sikap acuh tak acuh Pas terhadap sekutunya itu menimbulkan banyak persoalan yang hingga kini belum terungkai.

Dengan Pas yang hanya bertanding sejumlah 67 kerusi Parlimen dari lebih 200 kerusi, sekali pun ia memenangi kesemua 67 kerusi itu, parti itu masih belum mampu untuk menjadi satu "force of simple majority" untuk membolehkannya membentuk kerajaan.

Dan yang lebih pasti, DAP tidak akan membenarkan Pas merampas leading role dalam kerajaan bayangan mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Persandingan Shahiza mencetus kelainan

Posted:

Persandingan Shahiza mencetus kelainan

Persandingan Shahiza mencetus kelainan

Oleh ZUHAYATI YAZID
Gambar MUHAMMAD IQBAL ROSLI


Pasangan mempelai Shahiza Ghazi dan Budi Kurniawan sama anggun sama segak.


Persandingan bertema semakin popular di kalangan pasangan pengantin hari ini bagi menjadikan majlis sekali seumur hidup itu berlangsung dengan penuh gemilang dan bermakna.

Antara tema atau konsep persandingan yang kerap jadi pilihan ialah seperti persandingan dalam taman, ala-Inggeris, ala-kampung dan sebagainya.

Berbeza pula bagi pasangan pengantin baru, Shahiza Ghazi, 25, dan Budi Kurniawan Selamat, 28, yang memilih rimbunan bambu atau buluh sebagai tema utama majlis persandingan mereka.

Tarikh 10 September lalu menyaksikan pasangan ini disatukan dalam upacara pernikahan yang penuh adat-istiadat sebelum disusuli dengan majlis persandingan yang gilang-gemilang berlangsung di sebuah hotel terkenal di Kuala Lumpur.

Menggunakan persalinan berwarna hijau serindit rekaan Artilia Amani, pasangan mempelai ini kelihatan anggun dan segak, cocok dengan gelaran 'raja sehari'.

Rona hijau jadi pilihan untuk persalinan ahli keluarga mempelai. Lebih menarik apabila fabrik yang digunakan dikatakan mengandungi 30 peratus bahan daripada buluh yang ditempah khas dari China dan Australia.

Bukan itu saja cendera hati untuk tetamu berupa tuala muka juga berasaskan fabrik daripada buluh.

Dalam pada itu, dewan persandingan dihias indah dengan pohon-pohon buluh melatari hampir di setiap penjuru dewan dari ruang laluan masuk hingga ke pelamin.

Diserikan lagi dengan kehadiran jambangan-jambangan bunga segar berteraskan rona putih dan hijau membuatkan jemputan yang hadir bagaikan melangkah ke dalam taman bunga yang redup dan menyamankan.

Idea bagi mengangkat pohon buluh sebagai tema utama persandingan datang dari perempuan sendiri yang kemudian dibantu abangnya, Ashran Ghazi, yang bertindak sebagai perunding perkahwinan mereka berdua.

Menurut pengantin perempuan, idea persandingan ala taman buluh tercetus ketika dia tinggal di Australia kerana melanjutkan pelajaran.

"Di sana ada pelbagai jenis pokok buluh. Melihatkan kehijauan dan kedamaian yang ada pada buluh tersebut mendorong saya untuk mengabadikan buluh sebagai saksi kisah percintaan kami,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas anak bongsu kepada pasangan Datuk Ghazi Sheik Ramli dan Datin Shahrizan Md Noor ini lagi, konsep ini juga bagi memberi kelainan.

"Lagipun konsep ini juga merupakan gabungan klasik dan moden serta menampakkan kelainan yang luar biasa,'' ujarnya lagi yang berkenalan dengan suaminya semasa sama-sama menuntut di luar negara.

Menceritakan persiapan perkahwinannya, Shahiza berkata, dia sekeluarga sepakat mencari kelengkapan untuk di gunakan pada majlis persandingan itu.

"Memanglah bukan tugas mudah untuk menyediakan barangan ini, tetapi inilah kelainan yang cuba ditonjolkan,'' ujarnya.

Ceritanya lagi, sebahagian kelengkapan untuk persandingan termasuk pohon-pohon buluh yang dijadikan hiasan dewan turut diimport khas dari China dan Australia.

Sementara itu, suaminya, Budi Kurniawan, menyifatkan impian isterinya untuk bersanding berkonsepkan buluh adalah suatu perkara yang sukar dilaksanakan.

Namun menurutnya, demi impian isteri yang tertanam sejak belajar lagi, dia sanggup melakukan apa sahaja dan akhirnya tercapai walaupun pada mulanya pelbagai dugaan berlaku.

"Alhamdulillah akhirnya hajat kami termakbul dan berpuas hati atas usaha yang dilakukan selama ini," katanya yang menginginkan tiga cahaya mata.

Bagi pasangan mempelai, pasti majlis persandingan ini menjadi detik paling bermakna dalam hidup mereka.

Kuih seri muka lebih harum

Posted:

Kuih seri muka lebih harum

Kuih seri muka lebih harum

Bagi saya membuat kuih-muih tradisional bukanlah mudah kerana banyak teknik dan petua orang-orang lama yang digunakan bagi mengekalkan keaslian kuih.

Namun ia bukanlah alasan untuk kita tidak mempelajari dan membuat kuih tradisional yang dianggap renyah ini.

Kuih-kuih tradisi perlu dipelajari oleh golongan-golongan muda agar ia tidak dilupakan. Sambutan hari raya baru-baru ini saya berkesempatan untuk belajar membuat kuih tradisional kita iaitu kuih seri muka.

Kuih ini agak popular tetapi ramai yang tidak tahu membuatnya. Saya sendiri mengambil inisiatif belajar dari saudara yang saya panggil Acik Ana yang lebih pakar membuat kuih seri muka.

Pada minggu ini saya akan berkongsi pengalaman dan tip-tip Acik Ana dalam membuat kuih ini.

Tip paling penting adalah gunakan bahan-bahan yang asli untuk mendapat rasa kuih seri muka yang lebih sedap dan aroma yang lebih harum, contohnya menggunakan santan asli dan air kisaran daun pandan.

Kuih ini mempunyai dua lapisan penting iaitu lapisan bawahnya yang berwarna putih yang dibuat daripada beras pulut manakala lapisan atas atau kita panggil kepalanya pula berwarna hijau diperbuat daripada perahan air daun pandan, santan dan tepung serta sedikit pewarna hijau.

Untuk lapisan pertama, beras pulut perlulah di kukus sehingga betul-betul kembang supaya mudah untuk memadatkannya.

Setelah beras pulut kembang alihkan ke loyang lain dan segera padatkan sementara ia masih panas. Anda perlu melakukannya di loyang yang lain bagi mengelakkan pulut melekat ketika memotongnya nanti.

Anda perlu betul-betul memadatkan pulut itu supaya adunan lapisan atasnya nanti tidak meresap ke dalam beras pulut. Jadi ini dapat menjadikan kuih seri muka menjadi dua lapisan yang cantik.

Baiklah untuk lapisan atas kuih seri muka, gunakanlah air kisaran daun pandan untuk mendapat bau yang harum serta rasa yang enak. Bagaimanapun anda perlu menambah sedikit warna hijau agar warnanya lebih berseri.

Untuk lapisan atas kuih seri muka ini bahan-bahannya perlu dibancuh dengan sebati dan kemudian ditapis dengan menggunakan penapis yang halus.

Menapis adunan lapisan atas dapat mengelakkan atasnya menjadi putih yang disebabkan oleh bahan-bahan yang dibancuh tadi tidak sebati.

Menurut Acik Ana putih telur itu boleh menyebabkan permukaan tidak rata jika ia tidak ditapis.

Adalah lebih baik menggunakan sukatan yang betul untuk bahagian atasnya kerana jika konsistensinya (kepekatannya) tidak tepat makan lapisan atas mungkin akan menjadi terlalu lembik atau terlalu keras.

Antara teknik yang saya belajar jika kita mahu mengetahui sama ada konsistensi itu sudah cukup atau tidak adalah dengan menggunakan jari.

Celup jari anda dan lihat jika ia sedikit melekat di jari maka kecairan adunan itu sudah mencukupi. Ini teknik dan petua orang dahulu. Teknik mengukus juga amat penting terutamanya bahagian lapisan atas.

Dengan menggunakan resipi saya ini anda perlu mengukus lapisan atasnya selama satu jam. Ketepatan masa ketika mengukus juga penting agar permukaannya tidak terlalu dipenuhi dengan wap air kukusan yang boleh melembikkan lapisan kepala seri muka.

Setelah dikeluarkan daripada pengukus anda perlu mengeluarkan air yang bertakung di atas kuih ini supaya ia mudah kering dan permukaannya tidak rosak dengan air yang bertakung.

Caranya dengan condongkan loyang dan keluarkan air yang bertakung itu. Tip yang terakhir adalah anda perlu menyejukkan kuih ini selepas masak supaya ia mudah dipotong.

Ini penting kerana jika anda memotongnya sebelum sejuk kuih seri muka tidak cantik dan berseri. Bagi menyerikan hidangan keluarga anda apa kata cubalah resipi yang saya kongsikan minggu ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Acik Ana kerana sudi berkongsi resipi ini. Sebelum saya mengakhiri jangan lupa untuk mendaftar bengkel masakan saya pada 25 September iaitu Ahad ini kerana ada tiga lagi resipi baru yang boleh anda pelajari.

Anda boleh mendapat maklumat lanjut bengkel dengan menghubungi Tracy di talian 0361426712 atau 0192357388 dan anda juga boleh menonton video saya membuat kuih ini di blog seperti di atas.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved