Selasa, 27 Ogos 2013

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Proton yakin atasi sasaran awal jualan Suprima S

Posted: 27 Aug 2013 11:00 AM PDT

Sharifah Sheikhun Syed Abu Bakar (kanan) bersama Farah Azwar Muhd Sahit bergambar dengan Proton Suprima S baru-baru ini.

NUSAJAYA 27 Ogos - Proton Holdings Bhd yakin tempahan bagi model terbaharunya, Suprima S, akan melebihi sasaran awal sebanyak 750 unit bagi bulan pertama.

Ketua Pegawai Operasi (Komersial), Hisham Othman berkata, sambutan untuk model hatchback itu begitu menggalakkan dan syarikat menerima ratusan tempahan walaupun baru seminggu diperkenalkan di pasaran.

Dari apa yang kami perhatikan, pelanggan-pelanggan kami tertarik dengan reka bentuk luar model ini, styling, pilihan warna dan profil hatchbacknya.

Apabila dipandu uji, mereka mendapati model ini juga bagus dari segi prestasinya," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.

Hisham menjangka model hatchback berkenaan dapat menyumbang kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan jualan bulanan Proton, berdasarkan minat yang semakin meningkat terhadap model jenis ini.

Segmen hatchback di Malaysia merupakan salah satu pasaran khusus. Pengguna tempatan lebih gemar memiliki model-model sedan berbanding hatchback ini," katanya.

Beliau berkata, model hatchback seperti Suprima S lebih digemari pengguna berkeluarga kecil.

Bagaimanapun, Hisham melihat pasaran hatchback meningkat setiap tahun dan menjadi semakin popular dalam kalangan pengguna kereta di Malaysia. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


5 maut, 3 cedera Avanza langgar lori di Ledang

Posted: 27 Aug 2013 08:50 PM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK

LEDANG 28 Ogos - Lima maut, satu kritikal dan dua lagi cedera selepas terlibat dalam satu kemalangan melibatkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza dengan lori di Bukit Kangkar, dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, MPV berkenaan yang dinaiki lapan penumpang termasuk pemandu itu dipercayai terbabas dan melanggar sebuah lori yang diletak di tepi jalan.

Kesemua mangsa yang terlibat dihantar ke Hospital Tangkak, di sini dan juga ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di Muar. - UTUSAN ONLINE

Pemilik kedai cedera ditembak dalam cubaan samun

Posted: 27 Aug 2013 08:46 PM PDT

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN

KUANTAN 28 Ogos - Seorang pemilik kedai barangan elektrik cedera ditembak oleh salah seorang daripada empat lelaki yang cuba menyamunnya di hadapan Hotel Crystal City, Jalan Air Putih di sini pukul 4.20 pagi tadi. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Oleh ISWAN SHAFIQ MAT ISA, AZIZI MAJID, DHIYA

Utusan Online - Sukan Tempatan

Posted:

Utusan Online - Sukan TempatanIkuti berita penuh untuk ruangan Sukan Tempatan menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan Utusan Online - Sukan Tempatanhttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan Problem Parsing :
Error #: -1072896760
Description: An invalid character was found in text content.
In file: file:///E:/utusan/html/today/Utusan_Malaysia.Sukan.xml
Source line: su_02.1.jpg500349su_02.small.jpg90100
Pemain Selangor, Francis Forkey Doe (kanan) dihalang pemain Sime Darby, Yosri Derma Raju pada perlawanan Piala Malaysia di Stadium Perbandaran Selayang, malam tadi. Sime Darby menang 3-0. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Banjir di China ragut 85 nyawa

Posted: 27 Aug 2013 10:52 AM PDT

BEIJING 28 Ogos - Lebih 80 penduduk terbunuh dan berpuluh-puluh ribu lagi dipindahkan dalam kejadian banjir paling buruk yang pernah melanda timur laut China sepanjang tempoh 10 tahun, semalam.

Agensi berita Xinhua melaporkan, seramai 85 orang disahkan terbunuh dalam bencana banjir di wilayah Jilin, Liaoning dan Heilongjiang, manakala 105 lagi masih hilang.

Banjir berkenaan turut memaksa kira-kira 239,000 penduduk dipindahkan ke tempat selamat. - AFP

Serangan senjata kimia: Liga Arah salahkan Syria, misi penyiasat PBB ditangguh

Posted: 27 Aug 2013 10:51 AM PDT

KAHERAH 28 Ogos - Liga Arab semalam menyalahkan kerajaan Syria atas serangan senjata kimia pada minggu lalu yang mengorbankan 1,300 nyawa dan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan segera.

Keputusan tersebut dicapai meski pun mendapat bantahan dari Algeria dan Iraq, selepas satu mesyuarat tergempar diadakan oleh negara-negara yang menganggotai Liga Arab.

Dalam perkembangan lain, pasukan penyiasat PBB yang dikerah untuk menyiasat kejadian serangan itu terpaksa menangguhkan misi ekoran isu keselamatan selepas insiden serangan terhadap konvoi berkenaan.

Pasukan penyiasat tersebut dijangka memulakan tugas selewat-lewatnya hari ini. - DPA/REUTERS

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Berdepan hukuman gantung

Posted: 27 Aug 2013 11:00 AM PDT

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

CHE Rosli Che Daud ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Tumpat, semalam. - UTUSAN/ROSNI MASRI

TUMPAT 27 Ogos - Insiden letupan bom yang meragut nyawa seorang kerani sekolah berkesudahan dengan seorang anggota tentera berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh mangsa pada hari keempat sambutan Aidilfitri.

Che Rosli Che Daud, 29, dari Batalion 21 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Pengkalan Chepa, Kota Bharu kini berdepan hukuman di tali gantung setelah didakwa membunuh Mohd. Yusrizal Mat Zain, 32.

Kejadian didakwa berlaku di hadapan sebuah rumah di Lot 127, Blok N, Perumahan JPN Kok Seraya, Chabang Empat di sini antara pukul 10 pagi dan 11 pagi, 11 Ogos lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Hamizah Ghazali mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Che Rosli.

Majistret Ahmad Adha Amir Yasser Amri menetapkan sebutan kes pada 1 Oktober ini bagi membolehkan pihak pendakwaan menyerahkan dokumen berkaitan kepada peguam Datuk Sukri Mohamed yang mewakili tertuduh.

Terdahulu, lelaki itu tiba di mahkamah kira-kira pukul 10 pagi dengan menaiki kereta polis jenis Proton Waja dan kawalan keselamatan diperketatkan dengan kehadiran sekumpulan anggota polis di pekarangan mahkamah.

Bagaimanapun, tertuduh yang memakai pakaian lokap berwarna jingga kelihatan tenang dan sentiasa tersenyum ketika gambarnya dirakamkan oleh pihak media.

Yang turut kelihatan ialah beberapa ahli keluarga anggota tentera terbabit.

Dalam kejadian 11 Ogos lalu, kerani terbabit maut dengan kedua-dua tangannya putus setelah mengambil satu bungkusan mengandungi bahan letupan yang ditinggalkan di atas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di halaman rumah mentuanya.

Mohd. Yusrizal yang bertugas di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Krai meninggal dunia di tempat kejadian.

Motif pembunuhan dipercayai akibat cemburu dan dendam kerana isteri suspek dipercayai mempunyai hubungan dengan salah seorang keluarga mangsa yang juga anggota pasukan keselamatan.

Sementara itu, di Mahkamah Majistret Kota Bharu, suspek kedua yang merupakan jiran mentua mangsa dan suspek ketiga iaitu seorang lagi anggota tentera yang direman sebelum ini masing-masing dibebaskan tanpa syarat.

Perintah tersebut dikeluarkan oleh Majistret Nik Habri Muhamad.

Suspek kedua yang merupakan buruh bersama rakannya itu yang berpangkat koperal sepatutnya direman sehingga 31 Ogos ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, jiran mentua mangsa itu akan dijadikan saksi untuk menguatkan kes ini.

"Saya menasihatkan orang ramai supaya jangan buat yang bukan-bukan kerana pihak polis akan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang melanggar jenayah. Siasatan kes ini telah selesai dan tunggu perbicaraan nanti," katanya.

Kes Altantuya: Pendakwaan teliti penghakiman Mahkamah Rayuan

Posted: 27 Aug 2013 11:00 AM PDT

PUTRAJAYA 27 Ogos - Jabatan Peguam Negara sedang meneliti penghakiman penuh Mahkamah Rayuan berhubung pembebasan Cif Inspektor Azilah Hadri, 37, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 42, bagi membolehkan pihak pendakwaan memfailkan petisyen rayuan dalam tempoh terdekat.

Timbalan Peguam Cara Negara II, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu, penghakiman bertulis setebal 47 muka surat berkaitan rayuan kedua-duanya dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, diterimanya semalam.

Beliau yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes itu memaklumkan, jabatan tersebut mempunyai tempoh 10 hari selepas menerima rekod rayuan daripada Mahkamah Rayuan untuk memfailkan petisyen di Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan merupakan peringkat terakhir selepas Mahkamah Rayuan bagi mengemukakan rayuan kes jenayah dan sivil yang dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

"Pihak pendakwaan akan memfailkan petisyen rayuan dalam tempoh terdekat. Namun, kami belum lagi menerima rekod rayuan daripada Mahkamah Rayuan.

"Buat masa ini, saya tidak dapat memberi ulasan lanjut mengenai kes itu kerana ia kini di peringkat pemfailan petisyen dan dikhuatiri akan menimbulkan subjudis (kacau ganggu kes yang belum diselesaikan) terhadap rayuan kelak," ujarnya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini.

Tun Abdul Majid ditanya persiapan pemfailan petisyen rayuan selepas Mahkamah Rayuan semalam mengeluarkan penghakiman penuh pembebasan kedua-dua bekas pegawai dan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu.

Ahad lalu, Mingguan Malaysia melaporkan bahawa Tun Abdul Majid mengesahkan bahawa notis rayuan terhadap keputusan tersebut telah difailkan pada Jumaat lalu iaitu hari yang sama keputusan pembebasan itu diumumkan.

Kebiasaannya, pihak yang memfailkan rayuan akan menunggu alasan penghakiman dan rekod rayuan daripada mahkamah dan apabila dokumen itu diterima, petisyen rayuan perlu difailkan dalam tempoh 10 hari selepas penerimaan.

Mahkamah Persekutuan kemudian menetapkan tarikh rayuan atau menetapkan pengurusan kes terlebih dahulu bagi menyelesaikan isu-isu berbangkit dan memastikan kedua-dua pihak telah bersedia untuk prosiding rayuan.

Jumaat lalu, panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membebaskan perayu-perayu daripada sabitan dan hukuman mati kerana membunuh Altantuya.

Dalam penghakiman penuh yang dikeluarkan semalam, Hakim Tengku Maimun menyatakan, rayuan Azilah dan Sirul Azhar dibenarkan selepas mahkamah berpuas hati bahawa penglibatan kedua-duanya tidak dibuktikan dengan memuaskan.

Antara alasan yang digariskan dalam penghakiman itu menyentuh isu pembelaan alibi, kegagalan memanggil saksi penting bagi merungkai kes pembunuhan model berkenaan, ketepatan diari polis dan rekod panggilan syarikat telekomunikasi serta pemilikan bahan letupan C4 yang dikaitkan dengan kematian mangsa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


TM Pahang rugi RM2.8 juta

Posted: 27 Aug 2013 11:00 AM PDT

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN
utusanktn@gmail.com

MD. Rasidin Kadak (tiga dari kanan) bergambar bersama penerima sumbangan dalam Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri TM Pahang di Kuantan, baru-baru ini.

KUANTAN 27 Ogos - Telekom Malaysia Berhad (TM) Pahang mencatatkan kerugian berjumlah RM2.8 juta ringgit tahun ini akibat kecurian kabel yang berlaku di seluruh negeri ini.

Pengurus Besar TM negeri, Md. Rasidin Kadak berkata, dari Januari hingga Julai lalu, sebanyak 669 kes kecurian dilaporkan berlaku yang menyaksikan peningkatan 200 peratus iaitu 288 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, kerugian itu dicatatkan selepas mengira kos pemasangan dan penggantian kabel yang dicuri di negeri ini.

"Pihak kami telah mengadakan kerjasama dengan polis, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) bagi membendung masalah kecurian tu dan setakat ini berjaya membuat lapan tangkapan membabitkan 13 individu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri TM di sini baru-baru ini.

Dalam majlis itu beliau menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim, fakir miskin, warga emas dan ibu tunggal yang tinggal di daerah ini.

Md. Rasidin berkata, selain itu pihaknya juga mengambil beberapa inisiatif bagi mengekang kes kecurian dengan memasang alat pengesan dan pemasangan kabel bawah tanah.

Beliau memberitahu, Kuantan dan Temerloh mencatatkan bilangan kes kecurian tertinggi berbanding daerah lain dan secara keseluruhan Pahang merupakan antara lima negeri tertinggi berhubung kes tersebut.

Dalam pada itu, pihaknya memperuntukkan sebanyak RM80,000 bagi melaksanakan tanggungjawab sosial dengan RM50,000 diserahkan kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) dan selebihnya diberikan kepada golongan asnaf.

"Tahun ini, TM Pahang menyampaikan sumbangan berjumlah RM200,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Orang Kaya Haji Ali, Lipis dan berharap dapat membantu meningkatkan tahap pendidikan mereka di situ," ujarnya.

Tanggungjawab bersama jaga kebersihan Pulau Tioman

Posted: 27 Aug 2013 11:00 AM PDT

Peserta program Merdeka Dive 2013 bergotong-royong membersihkan kawasan sekitar sempena Kempen Pembasmian Tikus di Kampung Air Terjun Asah, Pulau Tioman, baru-baru ini.

PULAU TIOMAN 27 Ogos - Penduduk Pulau Tioman dan pelancong perlu mempunyai tanggungjawab bersama menjaga kebersihan pulau tersebut bagi mengelak daripada masalah penularan penyakit kencing tikus atau leptospirosis.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman, Datuk Johari Hussain berkata, penduduk tempatan dan pelancong yang bercuti ke pulau itu dinasihatkan tidak membuang sampah di merata tempat terutama sia makanan yang boleh mengundang kehadiran tikus.

Menurutnya, penyakit itu boleh mengundang bahaya sehingga membawa maut kerana wabak tersebut merebak melalui aliran darah.

''Kebersihan di Pulau Tioman seperti di kawasan pantai dan air terjun bukan sahaja penting memastikan keselamatan kesihatan penduduk dan pelancong, tetapi memastikan imej pulau ini sebagai antara 10 pulau tercantik dapat dipelihara.

''Jika berlaku kematian akibat penyakit tersebut secara tidak langsung boleh menjejaskan industri pelancongan dan akhirnya merugikan penduduk yang bergantung kehidupan harian daripada sektor itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Pembasmian Tikus di Kampung Air Terjun Asah di sini baru-baru ini.

Kempen tersebut disertai beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pelancongan negeri, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pulau Tioman, para penyelam yang menyerai program Merdeka Dive dan penduduk kampung.

Beliau berkata, walaupun belum ada kematian yang dicatatkan tentang penyakit itu, tetapi para penduduk diminta sentiasa mengekalkan kebersihan demi kebaikan bersama.

''Tahun ini tiada kematian dilaporkan berlaku, namun pada tahun lalu terdapat satu kematian dicatatkan akibat terkena jangkitan tersebut di Rompin," katanya.

Guna langkah bersepadu tangani gores dan menang

Posted: 27 Aug 2013 11:00 AM PDT

KUANTAN 27 Ogos - Satu langkah bersepadu akan digunakan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang dalam mengambil tindakan terhadap penganjur gores dan menang di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Shahiruddin Ab. Moin berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Imigresen Pahang dan Polis Diraja Malaysia (PDRM.

Menurut beliau, langkah demikian diambil berikutan sikap penganjur yang berani memeras ugut masyarakat dalam mengaut keuntungan walaupun tiada tawaran hadiah lumayan disediakan.

Lebih mengejutkan katanya, pihak terbabit menggunakan khidmat tenaga pekerja asing sebagai tarikan terbaharu dalam memujuk mangsa supaya menyertai peraduan tersebut.

"Kerajaan negeri memandang berat terhadap tindakan yang dilakukan penganjur terbabit. Berdasarkan aduan diterima, ada mangsa diperangkap, diugut dan dikurung untuk menjelaskan bayaran tertentu sebelum mereka dibebaskan.

"Lebih malang rata-rata mangsa membabitkan golongan peneroka dan pesara termasuk dari negeri jiran Kemaman, Terengganu apabila berkunjung ke bandar Kuantan," katanya dalam sidang akhbar di pejabat PPDNKK negeri di sini baru-baru ini.

Tambahnya, ada di kalangan mangsa sanggup membayar antara RM3,000 hingga RM20,000 apabila dijanjikan hadiah lumayan termasuk pakej percutian ke London dan sebuah kereta mewah.

Menurutnya, modus operandi yang digunakan adalah memujuk mangsa sehingga mereka menjelaskan jumlah bayaran tertentu bagi meraih hadiah lumayan.

"Masyarakat perlu faham bahawa tidak mungkin pihak tertentu sanggup memberikan hadiah lumayan sedangkan bayarannya dalam jumlah kecil.

"Oleh itu, jika masyarakat didatangi pihak yang cuba menawarkan hadiah lumayan dan berasa tertipu, mereka perlu melaporkannya kepada PPDNKK bagi memudahkan pihak kami menjalankan siasatan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Metallica tunai janji

Posted: 26 Aug 2013 11:13 PM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar RASHID MAHFOF

SEBAHAGIAN daripada hampir 30,000 penonton yang menyaksikan konsert Metallica di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur baru-baru ini.

TEMPOH 31 tahun cukup panjang dalam usia penubuhan kumpulan Metallica. Dalam tempoh itu, mereka telah menghasilkan 15 buah album penuh termasuklah EP dan terlibat dalam ribuan konsert di seluruh dunia. Malaysia juga tidak terkecuali mempunyai ramai peminat tegar kumpulan dalam genre muzik thrash metal tersebut.

Sayangnya, selama lebih tiga dekad ditubuhkan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), kumpulan yang dianggotai oleh James Hetfield, 50, selaku vokalis, gitaris, Lars Ulrich, 50, (dram), Kirk Hammet, 51, (gitaris) dan Robert Trujilo, 49, (bassis) itu tidak pernah mengadakan konsert di negara ini sehinggalah pada 21 Ogos lalu di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur (KL).

Bukan setakat para peminat, malah Metallica juga sebenarnya teruja mahu mengadakan konsert di negara ini. James Hetfield misalnya, pernah menyuarakan sendiri hasratnya itu sebelum menjayakan konsert Metallica di O2 Arena Stadium, London, United Kingdom pada penghujung Mac 2009.

Penulis yang ketika itu membuat liputan Konsert Metallica World Death Magnetic Tour 2009 yang disiarkan menerusi ruangan ini pada 6 April empat tahun lalu turut terkejut apabila diberitahu bahawa penyanyi kumpulan yang ditubuhkan pada 1981 itu sudah lama menyimpan hasrat tersebut.

Sebagai rekod, kali pertama dan terakhir Metallica singgah ke Asia Tenggara ialah pada 1991 dengan mengadakan konsert di Singapura dan Jakarta, Indonesia.

"Tunggulah sahaja kemunculan kami untuk konsert bergerak seterusnya di Asia pada tahun depan. Siapa tahu, mungkin kami juga akan singgah di Malaysia," ujar James Hetfield yang turut menjemput kumpulan Machine Head dan The Swords sebagai artis undangan mereka di London pada 2009.

Ternyata Metallica mengotakan janji mereka yang mana konsert pertama kumpulan itu di Kuala Lumpur pada minggu lepas menjadi suatu kenangan yang terindah buat hampir 30,000 peminat tempatan yang menyaksikan persembahan mereka.

Sememangnya peluang yang sudah lama dinanti-nantikan itu tidak mahu dilepaskan begitu sahaja oleh para peminat apabila tiket-tiket berharga dari RM198 hingga RM650 laris dijual macam pisang goreng panas. Malah, ada peminat yang membanjiri Stadium Merdeka seawal pukul 12 tengah hari lagi.

Ternyata kehadiran Metallica di negara ini memberi impak yang bukan kepalang. Sebabnya, sepanjang 10 tahun ini, konsert itu merupakan konsert yang paling menarik ramai penonton selepas konsert Linkin Park di tempat sama pada 2003 yang ditonton 25,000 penonton.

Malah, Linkin Park yang turut mengadakan konsert terbaru mereka di Stadium Nasional, Bukit Jalil, KL pada 19 Ogos lalu hanya setakat menarik sekitar 20,000 penonton sahaja.

Meskipun sudah dua tahun tidak muncul dengan album baru tetapi Metallica belum ketandusan lagu untuk dipersembahkan. Lagu-lagu lama mereka terutama daripada album Kill 'Em All (1983), Ride The Lightning (1984), Master of Puppets (1986), And Justice For All (1988) dan Black (1991) masih berhantu dan tidak jemu-jemu untuk dinikmati.

Malah, Metallica sendiri seakan-akan belum bosan mempersembahkan lagu-lagu yang hampir sama selama lebih 20 tahun dalam konsert-konsert mereka. Selain itu, James Hetfield juga bukanlah seorang vokalis yang syok sendiri.

Sebaliknya, dia sentiasa mementingkan kepuasan para peminatnya dengan bertanyakan lagu-lagu apakah yang para peminatnya mahukan. Pendekatan itu boleh dikatakan dilakukannya di mana-mana juga konsert Metallica diadakan.

Buktinya penulis masih teringat ayat-ayat James Hetfield empat tahun lalu adalah hampir diungkapkan seperti di Stadium Merdeka tempoh hari. "Anda mahu lagi? Mahu dengar lagu apa. Saya tidak tahu apa anda mahu," Itu adalah antara ayat-ayat spontannya pada konsert itu.

Main lagu lama

Pada konsert itu, Metallica memulakan persembahan mereka pada pukul 8.30 malam dan berakhir 10.50 malam. Hampir 80 peratus lagu-lagu yang dibawakan terdiri daripada lagu-lagu lama yang dipetik daripada lima album terawal kumpulan tersebut.

Stadium Merdeka bergema dengan jeritan para penonton apabila riff gitar dengan irama lagu pertama mereka berjudul Hits The Light diperdengarkan sebagai lagu pembuka tirai konsert itu.

Lagu yang dipetik daripada album sulung Metallica bertajuk Kill 'Em All itu seolah-olah menyebabkan para peminat histeria yang mana mereka menyanyikan sama bait-bait lirik lagu itu sehingga menenggelamkan suara James Hetfield yang agak lantang itu.

Dia yang menyambut ulang tahun ke-50 kelahirannya pada 3 Ogos lalu seperti tidak dimamah usia. Sebaliknya, suara bapa kepada tiga anak iaitu Cali, Castor dan Marcella ini tetap bertenaga dalam menerawangkan rentak muzik lagu-lagu Metallica yang berat serta bingit bunyinya.

Selama lebih dua jam beraksi, Metallica telah membawakan 19 buah lagu. Mereka hanya membawakan dua buah lagu yang dipetik daripada album Death Magnetic berjudul Fuel dan Cyanide. Sedangkan selebihnya adalah lagu-lagu lama Metallica yang belum pudar dek ditelan trend dan zaman.

Antara lagu yang diperdengarkan berjudul Master of Puppets, Harvester of Sorrow, Fade To Black, Ride The Lightning, Welcome Home (Sanitarium), Sad But True, For Whom The Bell Toll, Blackened serta Nothing Else Matters.

Turut dibawakan adalah sebuah lagu instrumental bertajuk Orion yang didedikasikan buat bekas bassis dan anggota asal Metallica, mendiang Cliff Burton yang meninggal dunia pada 1986.

Lagu yang agak sayu iramanya hasil kekuatan kombinasi bass dan gitar itu mampu menerobos minda para pendengar. Apatah lagi, lagu itu juga jarang-jarang dipersembahkan dalam mana-mana konsert mereka selama ini.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sewaktu Metallica mengadakan konsert mereka di Denmark pada tahun tersebut dalam siri konsert jelajah mereka di serata dunia selepas kemunculan album Master of Puppets yang dirakamkan di Copenhagen, Denmark pada 1986.

Sebagai pemuzik Metallica sentiasa memahami kehendak para peminat mereka, apatah lagi buat para peminat di negara ini yang belum pernah menyaksikan persembahan mereka.

Justeru, James Hetfield sekali lagi secara berulang-ulang kali bertanyakan soalan-soalan yang sama termasuklah di Stadium Merdeka tempoh hari.

"Apa lagi lagu yang anda mahu? Saya tidak tahu apa yang anda mahu. Apatah lagi, anda telah menunggu sejak 31 tahun lalu untuk konsert ini. Apa pun kami anggap konsert ini masih belum terlambat untuk anda," katanya penuh makna.

Suasana itu menyebabkan ramai peminat memekik-mekik dengan menyebut beberapa tajuk lagu. Metallica meneruskan persembahan dengan membawakan lagu Enter Sandman.

Stadium Merdeka paling kuat bergema dengan jeritan para peminat apabila lagu itu didendangkan yang mana mereka menyanyikan lagu itu bersama-sama James Hetfield sehingga ia menenggelamkan terus suaranya.

Selepas menamatkan persembahan dengan 16 buah lagu lampu pentas dipadamkan dan Metallica pun beredar. Keadaan itu tidak membuatkan para penonton angkat kaki, sebaliknya terus menjerit, "we want more (kami mahu lagi," sebanyak beberapa kali.

Tidak sampai lima minit keempat-empat anggota Metallica muncul semula di pentas. Mereka kemudiannya menyambung persembahan dengan lagu Creeping Death, Battery dan akhir sekali Seek and Destroy.

James Hetfield yang kelihatan terdiam sejenak selepas konsert itu seakan-akan tidak mahu berganjak dari pentas. Dia seperti kelu dan amat terharu dengan sambutan para peminat kumpulannya.

Malah, dia dan Kirk Hammett kemudiannya membawa bendera Malaysia dan mengibarkannya di atas pentas sebagai tanda ucapan terima kasihnya atas sambutan tersebut.

Kembali selepas 10 tahun

Posted: 26 Aug 2013 11:13 PM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my

JOE Hann pemain turntable dalam Linkin Park banyak mencetuskan bunyi-bunyi pelik dalam muzik kumpulan popular itu.

TERDAPAT dua perbezaan antara kedatangan kumpulan Linkin Park ke negara ini pada konsert mereka yang pertama pada 2003 dan yang kedua baru-baru ini.

Ketika itu konsert kumpulan berasal dari Amerika Syarikat itu diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang mempunyai kapasiti hampir 39,000 penonton di mana penulis merupakan salah seorang wakil media massa yang membuat liputan konsert tersebut.

Biarpun stadium itu tidak sebesar mana tetapi hampir 25,000 penonton membanjiri Stadium Merdeka yang mana ia antara konsert yang mencatat bilangan penonton paling ramai pada tahun tersebut.

Sementara itu, konsert terbaru Linkin Park iaitu Living Things World Tour Live In Malaysia 2013 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur baru-baru ini tidak segah sedekad lalu.

Meskipun Stadium Nasional mampu menampung sehingga 80,000 penonton tetapi kehadiran peminat yang menyaksikan konsert kumpulan itu sekitar 20,000 sahaja.

Tidak dinafikan nama Linkin Park memang semakin membesar tetapi kepesatan industri muzik juga menyebabkan berlakunya banyak persaingan yang mempengaruhi faktor itu.

Namun, semua itu tidak menghalang kumpulan yang dianggotai enam anggota itu untuk memberikan persembahan yang terbaik bagi memuaskan hati para peminat mereka.

Perkara itu dapat dilihat berdasarkan energi yang dilepaskan oleh penyanyi utama mereka, Chester Bennington yang bermandikan peluh dalam menyanyikan lagu-lagu yang penuh dengan jeritan dan tekanan vokal dalam nada yang tinggi.

Mike Shinoda turut memperlihatkan kepelbagaian bakatnya bukan setakat menyanyikan bahagian rap dalam lagu-lagu Linkin Park tetapi dia juga sekali-sekala dilihat bermain instrumen seperti keyboards, gitar dan bass bagi menambahkan lagi variasi bunyi dalam lagu-lagu kumpulan tersebut.

Kebanyakan lagu bernada tinggi dan agak berat iringan muziknya yang diadun hasil kombinasi muzik rap, metal dan hardcore menambahkan lagi variasi serta cabaran dalam membawakan lagu-lagu dalam genre tersebut.

Apatah lagi, kemunculan Linkin Park yang ditunjangi oleh seorang lagi penyanyinya iaitu Mike Shinoda tepat pada masanya kerana mereka baru sahaja muncul dengan album terbaru yang berjudul Living Things.

Pada konsert anjuran The Wonderland itu, mereka menyampaikan sebanyak 22 buah lagu pada konsert hampir 90 minit tanpa henti. Sayangnya, pada konsert itu Linkin Park cuma sekadar membawakan empat buah lagu daripada 12 lagu daripada album Living Things.

Empat lagu itu berjudul Tinfoil, Victimized, Castle of Glass dan Lost In The Echo. Sedangkan banyak lagu menarik dan popular daripada album itu seperti Powerless dan Roads Untraveled yang tidak dipersembahkan pada malam itu.

Sebaliknya, Linkin Park tetap mengadunkan lagu-lagu yang dipetik daripada album-album lama mereka. Contohnya menerusi lagu Somewhere I Belong dan Faint yang dipetik daripada album tahun 2003 mereka berjudul Meteora iaitu sama ketika pada konsert pertama mereka 10 tahun lalu.

Konsert yang mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia itu tidak ketinggalan menyelitkan lagu-lagu hits yang dipetik daripada album-album lama mereka.

Antaranya lagu berjudul What I've Done, Breaking The Habit, Bleed It Up, Given Up dan Numb. Lagu-lagu itu dipetik daripada album seperti Meteora, Minutes To Midnight dan A Thousand Suns. Mungkin ada peminat yang baru mengenali kumpulan ini kurang mengenali lagu-lagu itu.

Tetapi disebabkan lagu-lagu yang dipersembahkan itu mempunyai daya tarikan tersendiri terutamanya daripada segi bunyi dan riff gitar serta kesan-kesan bunyi khas yang dihasilkan oleh pemain turntable mereka, Joe Hann menyebabkan ia mudah untuk dihayati oleh para penonton.

Semua elemen itu secara tidak langsung sudah seperti menjadi penanda aras dalam usaha untuk memudahkan para peminat mengenali gaya serta signature muzik Linkin Park yang masih dikekalkan sehinggalah ke hari ini.

Misalnya menerusi lagu seperti New Divide, Points of Authority, Waiting For The End, The Catalyst, In The End dan Lies Greed Misery. Bukan setakat itu sahaja, malah suara Chester Bennington kerap kali tenggelam apabila para peminat menyanyikan bersama-sama lagu-lagu popular mereka seperti lagu Shadow of the Day.

Walau apapun frekuensi dan tahap kehadiran para penonton pada konsert itu, kesemua anggota Linkin Park telah sedaya upaya memberikan persembahan yang terbaik dalam suasana hujan yang renyai-renyai pada malam itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kenapa kes jenayah Israel ditangguhkan?

Posted: 27 Aug 2013 11:00 AM PDT

PROF. SALLEH BUANG ialah penganalisis undang-undang.

SELEPAS Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara daripada jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat, beliau telah meneruskan khidmat baktinya di arena antarabangsa dengan menubuhkan dua Yayasan - pertama, Perdana Global Peace Foundation, PGPF (Yayasan Keamanan Global Perdana) dan kedua, Kuala Lumpur Foundation to Criminalise War, KLFCW (Yayasan Menjenayahkan Perang Kuala Lumpur).

Yayasan yang pertama (PGPF) sering mengadakan beberapa persidangan, forum, wacana, dialog serta pameran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bagi mencari penyelesaian konflik dan peperangan yang melanda dunia masa kini dan mewujudkan serta dan mengekalkan keamanan sejagat.

Contoh terkini usaha sukar yang amat mencabar ini adalah "International Conference on Global Peace Efforts" (Persidangan antarabangsa mengenai Usaha Keamanan Sejagat) yang diadakan di Putra World Trade Centre (PWTC) pada hari Ahad 25 Ogos 2013 yang lalu.

Yayasan yang kedua (KLFCW) mengambil beberapa langkah berani lebih jauh lagi dari situ. Yayasan ini telah menubuhkan dua organ dalaman yang berasingan, iaitu pertama Kuala Lumpur War Crimes Commission, KLWCC (Suruhanjaya Jenayah Perang Kuala Lumpur) dan kedua Kuala Lumpur War Crimes Tribunal, KLWCT (Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur).

Suruhanjaya berperanan sebagai satu badan penyiasat yang menerima aduan dari pelbagai pihak yang pernah menjadi mangsa jenayah perang dan selanjutnya mengumpulkan keterangan lengkap yang boleh dijadikan asas pertuduhan terhadap pihak tertentu (individu atau negara) yang melakukan jenayah perang tersebut. Apabila maklumat dan keterangan ini sudah dapat dikumpulkan dan dikira memadai untuk dijadikan asas pertuduhan, Ketua Pendakwa suruhanjaya ini akan memfailkan pertuduhan jenayah perang di Pejabat Pendaftar Tribunal.

Sehingga awal tahun 2013 lalu, Tribunal telah bersidang sebanyak tiga kali.

Kali pertama, pada 31 Oktober 2009, Tribunal mendengar permohonan Suruhanjya bagi mendapatkan Advisory Opinion sama ada (a) Tribunal ada bidang kuasa mendengar kes-kes jenayah perang, dan (b) sama ada seorang Ketua Kerajaan atau Ketua Negara boleh mengecualikan dirinya dari melaksanakan obligasi di bawah triti dan konvensyen antarabangsa.

Tribunal memberi pendapatnya bahawa ia ada kuasa mendengar kes-kes jenayah perang di bawah Artikel 7(1) Piagamnya, manakala mengenai isu kedua, Tribunal menyatakan Ketua Kerajaan dan Ketua Negara mestilah melaksanakan segala kewajipannya di bawah konvensyen dan triti antarabangsa. Dengan bahasa mudah, Ketua Kerajaan dan Ketua Negara tidak menikmati imuniti atau kekebalan sekiranya mereka melakukan jenayah perang dan sebagainya.

Kali kedua, pada 19-22 November 2011, Tribunal mendengar kes jenayah perang melibatkan George W Bush dan Anthony L. Blair. Kedua-dua mereka dituduh melakukan jenayah perang bila melancarkan peperangan secara tidak sah terhadap Iraq.

Prosiding empat hari berakhir dengan sabitan, dan seterusnya nama mereka dimasukan dalam Daftar Penjenayah Perang. Rekod prosiding dan penghakiman Tribunal ini kemudian dikirim oleh Pendaftar Tribunal kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kepada beberapa ketua kerajaan asing untuk maklumat dan tindakan mereka seterusnya.

Tribunal, yang hanya mempunyai status People's Tribunal atau Tribunal of Conscience, tidak ada kuasa menangkap atau memenjarakan kedua-dua tertuduh yang telah disabitkan kesalahan mereka.

Kali ketiga, pada 7-11 Mei 2012, Tribunal mendengar pertuduhan baru (iaitu jenayah penyiksaan dan jenayah perang) melibatkan George Bush, Donald Rumsfeld, Dick Cheney, Albert Gonzales, David Addington, William Hanynes, Jay Byebee dan John Yoo (yang merupakan orang kanan dan penasihat Bush).

Dalam prosiding selama empat hari ini, pasukan pendakwa telah memanggil beberapa saksi, antaranya Moazzam Begg (seorang bekas tahanan Guantanamo Bay), Ali Sh. Abbas dan Abbas Abid (kedua-duanya mangsa penyiksaan di penjara Abu Ghraib). Prosiding berakhir dengan sabitan kesemua tertuduh, dan nama mereka turut disenaraikan sebagai Penjenayah Perang. Salinan penghakiman Tribunal dikirimkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan kepada ketua kerajaan asing.

Terbaru, pada 21-24 Ogos 2013, Tribunal bersiap sedia mendengar dua pertuduhan yang telah difailkan oleh Ketua Pendakwa Suruhanjaya pada akhir Mei lalu. Kali ini, pihak tertuduh adalah Jeneral Amos Yaron dan Israel. Mereka dituduh melakukan pembunuhan warga Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila, di Jenin dan Nablus, dan Operasi Cast Lead 1 di Gaza pada Disember 2008, dan Cast Lead 2 di Gaza pada November 2012.

Menyedari betapa penting dan rumitnya kes yang perlu didengar kali ini, Tribunal telah membariskan satu Panel Hakim terdiri dari 7 orang, iaitu lima hakim yang telah biasa bersidang dalam sessinya yang terdahulu (iaitu Tan Sri Lamin selaku Presiden, Datuk Tunku Sofiah Jewa, Prof Emeritus Shad Saleem Faruqi, Alfred L. Webre, dan Prof. Salleh Buang) dan dua Hakim yang baru dilantik, iaitu Michael Hourigan (warga Australia) dan Eric David (warga Belgium). Kesemua tujuh Hakim yang dilantik ini mempunyai kepakaran dalam bidang undang-undang antarabangsa, khususnya mengenai jenayah perang.

Malangnya, mulai awal pagi hari pertama (21 Ogos), pasukan pendakwaan telah mempamirkan hasratnya untuk tidak meneruskan prosiding. Setelah permohonan mereka untuk menggugurkan Hakim Eric David atas alasan hakim baru ini mungkin bias (berat sebelah) ditolak sebulat suara oleh panel hakim disebabkan tidak ada alasan kukuh, pasukan pendakwa cuba berkali-kali selepas itu untuk menggugurkan hakim berkenaan. Mengikut prosedur biasa dan tatatertib peguam, apabila satu keputusan telah dibuat oleh Hakim, peguam hendaklah akur dengan keputusan itu dan tidak terus mempertikainya lagi.

Prof. Boyle (yang turut menganggotai pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Prof. Gurdial Singh) secara salah dan melanggar peraturan serta tatatertib mahkamah kemudian telah melemparkan tuduhan liar di mahkamah terbuka, tanpa apa-apa bukti langsung, bahawa Eric David adalah ejen Mossad.

Perbuatan Boyle ini telah ditegur oleh Tan Sri Lamin tapi dia terus berdegil dengan dakwaan liarnya. Pertikaman lidah berlaku seketika antara Boyle dengan Hakim Webre, sehingga prosiding ditangguhkan oleh Tan Sri Lamin untuk meredakan keadaan.

Bila prosiding bersambung, Prof Gurdial menyatakan dia akur dengan perintah dan keputusan Panel Hakim yang menolak permohonan menggugurkan Eric David, namun dia tidak mahu meneruskan prosiding ini kerana saksi-saksi yang telah dipanggil hadir dari Palestin enggan tampil memberi keterangan mereka. Keengganan mereka ini, mengikut Gurdial, adalah disebabkan mereka "tidak yakin dengan keselamatan mereka" jika mereka dipaksa memberi keterangan di Tribunal ini di hadapan Hakim Eric David.

Anehnya, sementara saksi-saksi tersebut merasa "rasa tidak yakin tentang keselamatan saksi-saksi" sekiranya mereka tampil memberi keterangan, mereka memohon dibenarkan hadir dalam dewan bagi membuat "satu kenyataan terbuka" kepada Panel Hakim.

Walaupun permintaan mereka ini adalah luar biasa dan nyata menyalahi prosedur Tribunal (juga menyalahi amalan biasa di mahkamah kita), namun Tan Sri Lamin bersedia memberi kelonggaran dalam perkara ini dan membenarkan wakil saksi membuat kenyataannya.

Pada satu ketika, sewaktu Prof. Gurdial (mewakili pasukan pendakwaan, tanpa kehadiran Boyle) dan Amicus Curiae (barisan peguam yang mewakili dua tertuduh) hadir dalam Kamar Hakim, pasukan pendakwaan ditanya apakah mereka bersedia meneruskan pendakwaan berasaskan keterangan dokumen yang telah banyak dikumpulkan sebelum ini?

Dalam prosiding Tribunal yang pertama dan kedua dulu, banyak kali pasukan pendakwaan telah menggunakan keterangan dokumen dalam kes mereka. Namun begitu, pada kali ini Gurdial menyatakan dia tidak ingin meneruskan prosiding ini walaupun dengan keterangan dokumen.

Dalam bahasa mudah, pasukan pendakwaan dan barisan saksi-saksinya memberi kata dua (ultimatum) kepada Panel Hakim - "Gugurkan Hakim Eric David ataupun kita akan boikot prosiding ini".

Setelah mengambil kira semua perkara, Panel Hakim membuat keputusan adalah tidak wajar sama sekali ia tunduk kepada ugutan dan desakan Ketua Pendakwa serta saksi-saksinya. Dengan berat hati, Panel Hakim sebulat suara memutuskan prosiding jenayah terhadap Jeneral Amos Yaron dan negara Israel ditangguhkan sine die (tanpa tarikh).

Mengikut rekod rasmi Tribunal, pertuduhan terhadap dua tertuduh masih kekal, tidak ditarik balik oleh Ketua Pendakwa. Hanya prosiding yang terpaksa ditangguhkan. Andainya satu hari nanti, KLFCW mampu mendapatkan khidmat satu pasukan pendakwaan yang baru, prosiding jenayah terhadap Amos Yaron dan negara Israel masih lagi boleh diteruskan.

Itulah yang kita harapkan.

Nama pejuang kemerdekaan diabadikan di tempat sewajarnya

Posted: 27 Aug 2013 11:00 AM PDT

OLEH ABDUL RAZAK IDRIS

HANG TUAH, Mahsuri, Cik Siti Wan Kembang, Datuk Maharajalela, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbung, Mat Salleh, Rosli Dhobi dan lain-lain lagi nama tokoh sejarah yang disebut semasa belajar subjek Sejarah sering bermain di fikiran dan dihafal sebagai wadah untuk berjaya dalam peperiksaan seperti Sijil Rendah Pelajaran (SRP, kini PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Selepas tamat belajar nama-nama tersebut terus dilupakan seolah-olah ia wujud hanya untuk menjadi input peperiksaan bukan untuk kita mengingati jasa dan sumbangan mereka hingga kita mampu tersenyum sambil memandu kereta Proton Suprima S.

Semakin jauh kita memandu semakin jauh kita meninggalkan perkara-perkara yang berlaku di belakang. Namun kita perlu ingat tanpa sejarah kita tidak akan mampu memecut laju ke depan. Tokoh-tokoh sejarah yang dinyatakan adalah pemangkin kepada keberadaan dan kejayaan kita hari ini.

Jangan sesekali kita melihat Hang Tuah tidak relevan dengan kemajuan kita hari ini, hingga ada yang menganggap wira negara yang menjadi pahlawan di Melaka pada kurun ke-15 adalah legenda semata-mata.

Namun kata-kata keramat "Tak Melayu Hilang di Dunia" yang disebut oleh pahlawan tersohor itu menjadi azimat kepada perjuangan parti keramat orang Melayu, parti UMNO untuk menjadi tonggak pentadbiran negara dari selepas merdeka 31 Ogos 1957 hingga ke detik kini.

Walaupun Melaka telah tidak mengamalkan sistem beraja namun nama pahlawan Melayu itu diabadikan di beberapa pusat beli-belah dan jalan di Melaka Bandar Bersejarah. Begitu juga tokoh- tokoh lain seperti Mat Kilau yang diabadikan namanya di sekolah rendah dan menengah di Pahang.

Namun dalam kita menghargai perjuangan tokoh-tokoh bangsa dari zaman Melaka hingga selepas era Belanda dan British jangan kita lupakan nama-nama wira negara yang meninggal dunia kerana berjuang demi menjaga kedaulatan negara pada zaman Jepun dan darurat dari 1948 hingga 1960 serta era 1970-an dan hujung 1980-an.

Nama seperti Leftenan Adnan Saidi, Sarjan Jamil Shah dan Pegawai Waran II Kanang Anak Langkau begitu dekat dengan kepahlawanan perang era moden. Nama-nama ini perlu diabadi di kem-kem tentera dan tidak sekadar menjadi watak dalam pentas hidup dan dalam filem semata-mata.

Ini bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam diri anak-anak kita yang terlampau 'laju' dengan capaian internet hingga mereka lupa bagaimana teknologi tersebut bermula di negara ini.

Tanpa adanya pahlawan yang sanggup bergadai nyawa dan darah untuk membasmi elemen negatif seperti anasir-anasir subversif komunis dan tali barut asing maka kita tidak dapat melakukan apa sahaja kegiatan ekonomi di bumi bertuah ini.

Hari ini di Kuala Lumpur dan Putrajaya, kita tidak dapat melihat suatu bangunan yang mempunyai nama pahlawan dan pemimpin negara yang telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang pesat membangun.

Alangkah baik jika Menara Berkembar Petronas dinamakan Menara Berkembar Tun Mahathir, Muzium Negara dinamakan Muzium Hang Tuah, Pasar Seni dinamakan Pasar Seni Tun Seri Lanang dan Putra World Trade Centre (PWTC) dinamakan Menara Datuk Onn Jaafar.

Bagaimana rakyat pada masa depan dapat menghargai pemimpin kerajaan yang ada jika kita gagal menghargai penyumbang kepada kejayaan dan kemajuan negara kita.

Dalam dunia serba pantas hari ini, manusia sudah menjadi manusia hybrid iaitu bermutasi menjadi separuh elektronik separuh orang. Ini disebabkan manusia sudah menjadi hamba gajet hingga tanpa ada telefon tangan mahupun telefon pintar dibawa ke tempat kerja, hidup dirasakan tidak sah.

Sekurang-kurangnya apabila rakyat negara ini melihat aplikasi telefon pintar seperti Google Maps mereka akan melihat nama bangunan yang tertera nama tokoh sejarah dan ini akan menyebabkan mereka terfikir, apakah sejarah di sebalik nama tersebut.

Terutama dalam kalangan pelancong itu sendiri. Mesti mereka tertanya-tanya mengapa nama Hang Tuah diabadikan di muzium misalnya.

Justeru, masih belum terlambat untuk kita mengabadikan nama-nama tokoh bersejarah di negara ini. Kerana di negara Barat ia penting sebagai menghargai jasa pemimpin dan sumbangan mereka.

Mungkin bagi negeri Selangor pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) boleh mencadangkan nama Stadium Shah Alam menjadi Stadium Mokhtar Dahari sebagai simbol pemain yang hebat dan tangkas menggempur benteng lawan dan dijelmakan dalam diri mereka.

Dalam keadaan prestasi pemain dan bola sepak negara hari ini cadangan tersebut amat relevan. Tepuk dada tanya selera, insya-Allah jika Kerajaan Pusat, kerajaan negeri dan majlis kerajaan tempatan menghargai tokoh sejarah, insya-Allah rakyat lebih menghargai kemerdekaan dan pengisiannya.

Walau ada pujangga berkata, apa ada pada nama, jawapannya mudah sahaja tanpa nama siapalah kita. Tanpa tokoh sejarah yang sanggup berkorban untuk kejayaan bidang politik, ekonomi, sukan dan keselamatan tiadalah negara bernama Malaysia.

Sesungguhnya tema "Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku" menggambarkan pengorbanan tokoh-tokoh yang sudah lama meninggalkan kita dengan legasi keamanan yang begitu berharga.

Walau nama hilang di mata, namun di hati dihilangkan jangan. Merdeka! Merdeka! Merdeka. Al-Fatihah untuk Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Tokoh yang begitu sinonim dengan kemerdekaan negara.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Isteri, ketahui hak anda

Posted: 26 Aug 2013 11:13 PM PDT

Oleh ROSMAH DAIN

BARU-baru ini, masyarakat menyaksikan sendiri bagaimana seorang suami bertindak memukul dan menyepak isterinya di hadapan anak-anaknya yang dirakamkan di dalam lif di sebuah hospital.

Individu berkenaan sudah pun menerima tindakan dan telah memohon kemaafan. Cuma sekadar ingin berkongsi, apakah respons lelaki ini sebagai suami sekiranya dia diberi kesempatan untuk menyaksikan semula rakaman berkenaan?

Berperasaan terujakah dia? Atau rasa bersalah, malu, rasa tidak bertanggungjawab atau mungkin terasa besar diri melihat perilakunya terhadap isteri sebegitu? Atau beranggapan 'suka hati akulah nak buat apa, dia kan bini aku?

Apapun anggapan suami berkenaan mahupun masyarakat berikutan kejadian tersebut, menurut Dr. Maiza Tusimin, kejadian berkenaan adalah satu perkara malang yang berlaku terhadap seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu kepada anak-anaknya.

Kata Dr. Maiza yang merupakan Penyelaras Jawatankuasa Projek Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Obstetriks dan Ginekologi Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor, keganasan terhadap wanita seperti itu sebenarnya hanya segelintir dilaporkan kepada pihak berkuasa.

"Kebetulan kejadian berkenaan adalah perkara yang boleh kita tonton. Tetapi sebenarnya banyak lagi keganasan rumah tangga yang menyaksikan si isteri hanya bertindak mendiamkan diri kerana takut kehilangan kasih sayang suami dan anak, diugut, diberi amaran, risau masa depan anak-anak dan sebagainya.

"Saya yang selalu memeriksa kecederaan wanita yang pelik-pelik apabila mereka datang kepada saya. Selalunya apabila ditanya bagaimana mereka mendapat kecederaan berkenaan, pelbagai penafian diberikan oleh isteri. Tetapi sebagai doktor, saya tahu kecederaan pada tubuh pastinya berlaku akibat dikasari," jelasnya.

Dr. Maiza yang merupakan Pakar dan Pensyarah Kanan Obstektriks dan Ginekologi fakulti yang sama, menyatakan, golongan wanita atau isteri hanya akan memberitahu kejadian yang sebenar apabila mereka menerima kecederaan yang serius sehingga berlakunya pendarahan yang teruk atau terlalu terdesak.

Kata beliau, isteri selalu menjadi tempat suami melepaskan kemarahan akibat terlalu stres.

Perlakuan itu tambahnya disumbangkan pula oleh sikap suami berkenaan yang mungkin dahulu dibesarkan dalam persekitaran rumah tangga yang terumbang-ambing serta tidak pandai mengawal kemarahan menyebabkan si suami melepaskan tekanan kepada isteri di rumah.

"Sebagai ketua keluarga dia merasakan apa yang dilakukan dalam rumah tangganya itu adalah betul.

"Mungkin pada masa itu kemarahan yang memuncak menjadikan suami tidak dapat mengawal perasaan. Namun apabila sudah sejuk, dia akan rasa sedikit kesal dan memujuk kembali isterinya.

"Isteri pula memang mudah dipujuk dan bersetuju untuk kembali kepada suami. Sedangkan pihak isteri seharusnya tahu perkataan 'maaf' itu bukanlah satu keputusan muktamad yang menunjukkan suami benar-benar menyesal dengan perbuatannya. Sedangkan yang menanggung kesan di tubuh adalah isteri," jelas Dr. Maiza.

Menurut Dr. Maiza, perkataan yang sering kali dilafazkan oleh suami (mungkin sudah jarang sekarang) iaitu 'aku ketua keluarga, aku tahu apa yang aku lakukan, kau tahu apa?' sudah tidak relevan lagi untuk dituturkan dalam rumah tangga.

Mungkin suatu waktu dahulu aras pendidikan wanita agak terkebawah, namun dengan kemudahan pendidikan sekarang memastikan golongan wanita hari ini semakin berpendidikan dan mempunyai pendapatan sendiri.

"Kita amat memahami tugas seorang suami yang merupakan ketua keluarga, namun dalam kebanyakan hal persefahaman dan rundingan antara suami dan isteri itu perlu bagi membina rumah tangga yang bahagia dan sempurna," katanya.

Juga jelasnya, bagaimana generasi terdahulu yang mencarikan pasangan untuk anak-anak mereka yang beralasan untuk menyenangkan kehidupan anak apabila mereka berumah tangga nanti- "Kahwinlah, nanti senang kamu ada yang jaga makan minum dan pakai kamu."

Konsep ini menurutnya adalah salah kerana tujuan mencari isteri adalah sebagai pasangan hidup untuk berkongsi semasa senang dan susah. Bukannya beristeri bertujuan untuk dijadikan tempat sebagai 'penyelesai' masalah.

"Dalam keadaan sekarang yang mana isteri sudah pun bekerja dan menyumbang kepada ekonomi keluarga, justeru sudah tentu kefahaman dan saling bekerjasama dalam keluarga itu adalah perlu untuk memastikan isteri juga mempunyai masa untuk diri mereka," kata Dr. Maiza.

Dalam pada itu beliau meminta agar sekiranya ada lelaki atau suami yang sukar untuk mengawal kemarahan agar mendapatkan bantuan pakar.

Beliau juga menasihati isteri yang berterusan dikasari suami supaya perlu mengetahui mereka.

Ada hak dalam kehidupan untuk membuat tindakan atau lari daripada persekitaran dan kongkongan yang menyakitkan itu.

Usah biarkan perkataan 'aku reda' dan 'pasrah' membelenggu dalam kehidupan dan hanya berserah dan rela untuk dikasari dalam rumah tangga.

Anda perlu tahu hak-hak anda sebagai isteri dan wanita.

Sebagai wanita juga anda perlu menyayangi diri anda sendiri bagi memastikan masa depan yang selamat untuk anak-anak dan ahli keluarga anda.

"Cuba fikirkan apa yang akan terjadi terhadap anak-anak sekiranya sesuatu berlaku terhadap anda, siapa yang akan selamatkan mereka kalau bukan anda sebagai ibunya," tegas Dr. Maiza.

Spa untuk santai

Posted: 26 Aug 2013 11:13 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR
Gambar FAUZI BAHARUDIN
Spa TOUCHLAB CONCEPT SPA, D1-G3-1, SOLARIS DUTAMAS 1, KUALA LUMPUR (03-28586824, 016-6770881)

Sebelum urutan kaki dilakukan, kaki pelanggan dibersihkan terlebih dahulu.

INGIN lari ke satu tempat yang paling mendamaikan dan menenangkan jiwa? Spalah tempatnya. Di luar, dengan suasana yang hiruk-pikuk, panas menyengat, deruan enjin kereta dan asap kereta yang memedihkan hidung, pastinya ramai ingin 'menyembunyikan' diri dan berada dalam suasana yang amat santai.

Atas sebab itulah semakin banyak spa yang dibuka bagi memberi peluang kepada orang ramai bersantai sambil menikmati rawatan kesihatan dan kecantikan yang disediakan.

Satu daripadanya ialah Touchlab Concept Spa (Touchlab) yang baru dibuka penghujung bulan Mei lalu.

Spa ini agak berbeza kerana ia dibuka berpandukan garis panduan yang diberikan oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK).

Di antara garis panduan yang diikuti ialah ahli terapi yang memiliki sijil yang diiktiraf oleh KPK dan Kementerian Sumber Manusia.

Touchlab, milik bersama Ivan Khoo dan Terry Tan, memilih konsep hiasan dalaman moden berbanding spa-spa lain yang lazimnya memilih konsep Thai atau Bali.

Begitu juga dengan rawatan yang disediakan kerana bagi mereka, apa yang penting ialah rawatan bukan semata-mata untuk relak sebaliknya mesti bersifat terapeutik.

Menurut Ivan, spa ini menyediakan beberapa jenis urutan seperti Melayu, Thai dan tradisional Indonesia yang semuanya dilakukan tukang urut berpengalaman.

"Setiap bulan mesti ada tukang urut dan terapi yang berbeza. Kami memang sentiasa berusaha mencari terapi dan tukang urut terbaru supaya pelanggan dapat merasakan urutan yang berbeza-beza. Tukang urut tradisional Melayu di sini memiliki sijil daripada Akademi Urutan Melayu.

"Urutan yang dilakukan dengan cara yang betul di tempat yang betul akan banyak membantu pelanggan yang menghadapi sesuatu masalah anggota badan.

"Selain urutan, terdapat juga rawatan-rawatan lain seperti terapi acupressure, minyak aroma terapi, pelangsingan sauna, rawatan wajah, urutan untuk kanak-kanak dan rawatan selepas bersalin.

"Ramai yang tidak tahu bahawa mengikut garis panduan kementerian, rawatan wajah yang disediakan di spa-spa tidak boleh menggunakan alatan seperti besi pencungkil jerawat dan sebagainya. Yang dibenarkan hanyalah rawatan asas seperti membersihkan muka dan melembapkan.

"Kami banyak mendapat nasihat daripada Malaysia Association of Wellness Spa atau Mawspa,'' ujar Ivan.

Tambahnya lagi, di spa Touchlab turut menjual lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis berbakat.

Memasuki ruang ke bilik-bilik rawatan, pelanggan dapat melihat deretan lukisan menarik yang dijual pada harga yang berpatutan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tak tahan diselubungi asap

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusangroup.com.my

asap dari sampah yang terbakar bukan sahaja memedihkan mata tetapi berbau busuk dan mengganggu kehidupan penduduk Taman Amal Suria sejak lebih setahun lalu.

KAJANG 26 Ogos - Sejak lebih setahun lalu udara yang masuk ke paru-paru penduduk Taman Ramal Suria di Sungai Ramal Dalam bercampur dengan asap busuk yang menyesakkan.

Asap itu datangnya dari pembakaran sampah secara terbuka di sebuah kawasan lapang yang dijadikan tempat membuang sampah oleh pihak tidak bertanggungjawab, dan tiada pihak yang sepatutnya mempunyai kuasa untuk menghentikannya mengambil tindakan.

Ini membuatkan kira-kira 500 penduduk yang mendiami taman perumahan itu sejak 2004 hilang sabar dan semakin berang.

Tinjauan Utusan Malaysia di lokasi itu baru-baru ini mendapati, pelbagai jenis sampah dibakar di situ dan kawasan tersebut seperti kawah gunung berapi yang akan meletup ekoran asap yang keluar dari dalam tanah.

Malah, sejak aktiviti haram itu bermula lebih setahun lalu, penduduk turut menerima kunjungan tetamu tidak diundang iaitu lalat setiap kali menyediakan makanan di rumah.

penduduk menunjukkan kepulan asap yang keluar dari longgokan sampah yang terbakar di kawasan lapang berdekatan Taman Ramal Suria di Kajang, Selangor baru-baru ini. - utusan/Mohd. Farizwan Hasbullah

Difahamkan, bukan sekali aduan diajukan kepada pihak berkuasa tetapi semuanya ibarat mencurah air ke daun keladi apabila laporan yang dilakukan masih gagal diambil tindakan sepatutnya oleh pihak berkaitan.

Biarpun Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) telah memasang papan amaran dilarang membuang sampah di pintu masuk tapak tersebut, aktiviti itu masih bebas berlaku hingga ke hari ini.

Penduduk mendakwa, kebakaran yang sering berlaku juga memaksa pihak bomba berkejaran ke kawasan itu untuk memadam api bagi mengelak kejadian lebih buruk daripada berlaku.

Tambah mereka, aduan bukan sahaja dikemukakan kepada MPKj, malah pernah dipanjangkan sehingga ke Pejabat Tanah dan Galian Hulu Langat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pengairan dan Saliran dan pihak-pihak berkaitan.

Lebih mengecewakan, masalah tersebut bukan sahaja berlaku di tanah bersebelahan Lebuhraya SILK tetapi sebidang lagi tanah lapang di Jalan Anggerik turut berdepan masalah sama.

Selain mencemarkan pemandangan, longgokan sampah yang membukit di hadapan rumah penduduk itu turut menjadi tempat pembiakan nyamuk.

JKJR cadang kompaun dinaik

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusangroup.com.my

SEORANG pekerja DBKL membersihkan tumpahan konkrit yang telah keras di persimpangan Jalan Lima off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur untuk diturap semula semalam. - utusan/AHMAD AMZAR ANAQI JAMZIT

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Wilayah Persekutuan mencadangkan agar nilai kompaun yang dikenakan terhadap pengusaha simen konkrit dan pemandu lori yang menyebabkan tumpahan konkrit di jalan-jalan di ibu negara dinaikkan.

Pengarahnya, Muhammad Heeza Hassan berkata, langkah ini bukan sahaja bertujuan memastikan jalan-jalan sekitar ibu negara tidak terus dicemari tumpahan simen konkrit tetapi juga bagi menanamkan sikap prihatin kepada pengguna jalan raya.

Menurutnya, bagi memastikan keberkesanan kompaun itu, tindakan susulan oleh penguat kuasa pihak berkuasa tempatan juga perlu dilaksanakan bagi memastikan masalah itu tidak berulang.

Tindakan mengenakan kompaun tidak hanya kepada pengusaha, bahkan kepada pemandu lori simen agar mereka lebih berhati-hati apabila membawa konkrit terutama ketika memasuki pusat bandar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masalah tumpahan simen yang dilihat semakin teruk sejak kebelakangan ini sehingga menjejaskan permukaan jalan raya di ibu negara.

Masalah itu telah beberapa kali dilaporkan oleh Utusan Malaysia sepanjang tahun ini, termasuk semalam, namun belum ada tindakan penguatkuasaan yang benar-benar boleh mendisiplinkan pihak terlibat dilaksanakan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebagai pihak berkuasa tempatan di ibu negara dilihat masih gagal mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya kerana masalah didapati terus berulang dan semakin banyak wang yang dibelanjakan oleh mereka untuk memperbaiki jalan-jalan yang rosak itu.

Tambah Muhammad Heeza, pihaknya turut mencadangkan agar operasi lori simen ini dihadkan kepada waktu atau laluan tertentu sahaja.

Mengulas lanjut beliau berkata, kualiti jalan raya di negara ini terutama di Kuala Lumpur antara yang terbaik tetapi masalah itu pasti merosakkan reputasi ibu negara yang ditetapkan untuk mencapai taraf dunia beberapa tahun lagi.

Sekiranya jalan penyelesaian tidak ditemui sudah pasti masalah ini akan berterusan sehingga mencemarkan imej bandar raya," katanya.

Bekalan air kepada 367,852 pengguna terjejas

Posted: 26 Aug 2013 12:00 PM PDT

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Rumah Pam Wangsa Maju buat ke sekian kalinya terpaksa menghentikan operasi hari ini sehingga membuatkan bekalan air ke 91,963 akaun pengguna atau kira-kira 367,852 isi rumah di Kuala Lumpur dan Gombak terjejas hari ini.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, rumah pam itu terpaksa menghentikan operasinya kali ini setelah mengalami masalah pada sistem bekalan elektrik utama.

Menurut beliau, sebanyak 44 kawasan, 15 di Kuala Lumpur dan 29 di wilayah Gombak mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual termasuk tekanan air rendah akibat operasi rumah pam itu dihentikan hari ini walaupun kesemua pam beroperasi dalam keadaan baik.

Ekoran daripada itu, kolam-kolam simpanan air utama Syabas di beberapa kawasan yang terlibat mengalami penurunan paras air yang kritikal dan menjejaskan bekalan air kepada pengguna," katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, masalah itu dikesan berlaku sekitar pukul 4 petang semalam.

Pada masa ini Syabas dan kontraktor yang dilantik sedang mengambil tindakan segera untuk membaikinya bagi membolehkan pam tersebut dapat beroperasi seperti biasa. Bagaimanapun tempoh pembaikan masih belum dapat dipastikan (pada masa kenyataan ini dikeluarkan)," katanya.

Beliau menjelaskan Syabas telah mengaktifkan pelan kecemasan bermula pukul 8 pagi semalam untuk memastikan penduduk di kawasan terlibat mendapat bekalan air.

Katanya, Syabas telah mengambil tindakan segera dengan menggerakkan 42 buah lori tangki dan menghantar 525 tangki statik bagi membantu membekalkan air ke kawasan-kawasan yang terlibat.

Katanya, pihak Syabas sedang memantau keadaan ini secara berterusan selain memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai dari semasa ke semasa.

Pengguna boleh melayari laman web www.syabas.com.my untuk maklumat lanjut.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved