Ahad, 9 Oktober 2011

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Galak murid terokai sains angkasa

Posted:

Galak murid terokai sains angkasa

Galak murid terokai sains angkasa

Oleh MOHD. FADZLY MOHD. IZAB
pendidikan@utusan.com.my


PEMENANG Pertandingan NSC 2011 bersama sijil dan hadiah kemenangan masing-masing di Planetarium Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Generasi muda seawal usia sepuluh tahun perlu dipupuk bakat serta minatnya dalam bidang sains dan teknologi bagi melahirkan modal insan yang inovatif dan berpengetahuan.

Bagi merealisasikan hasrat itu, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menganjurkan pertandingan National Space Challange (NSC) 2011 yang disertai oleh seramai 32 pelajar dari 16 buah sekolah rendah yang mewakili 13 negeri dan tiga wilayah persekutuan seluruh negara.

Ketua Pengarah Angkasa, Dr. Mustafa Din Subari berkata, pertandingan NSC 2011 ini merupakan salah sebuah program yang direka khas bagi memupuk bakat dan minat di kalangan murid sekolah rendah khususnya tahun empat dan tahun lima terhadap bidang astronomi dan sains angkasa.

"Impak penganjurannya adalah untuk menarik minat generasi muda negara ini terhadap sains angkasa, membina kemahiran pelajar dalam penyelidikan saintifik, mempelajari konsep dan teknik berkenaan sains angkasa.

"Ia juga untuk memberi pengalaman mengenai konsep dan proses sains di samping menghargai sains angkasa sebagai kepentingan peribadi serta negara.

"Kreativiti dan inovasi pelajar pada pertandingan ini diuji menerusi skop topik astronomi dan sains angkasa yang berkaitan sistem solar, asteroid, komet, meteorid, buruj dan galaksi serta tokoh-tokoh bidang berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Perasmian Penutupan NSC 2011 - Piala Perdana Menteri di Planetarium Negara, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Majlis turut dihadiri Penolong Pengarah Bahagia Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), Dr. Rosman Md. Ajis serta Pengarah Planetarium, Azreena Ahmad.

Menurut Mustafa lagi, seiring dengan arus perubahan dan permintaan, NSC menganjak ke satu tahap di mana cabaran yang diberikan kepada para peserta adalah realiti sebenar dalam bidang astronomi, sains dan teknologi angkasa.

"Keperluan negara terhadap tenaga kerja mahir berasaskan sains dan teknologi yang mencukupi perlulah kekal relevan bagi menjamin kejayaan negara dalam persaingan di peringkat global.

"Oleh yang demikian, negara menyediakan sumber tenaga atau modal insan supaya menjadi inovasi berasaskan pengetahuan sebagai budaya dan cara hidup mereka," ujar beliau.

Pada peringkat akhir pertandingan kali ke-14 yang diadakan dengan kerjasama Bahagian Kokurikulum dan Kesenian KPM itu, Sekolah Kebangsaan (SK) St. Francis berjaya mengekalkan kejuaraan selama dua tahun berturut-turut untuk membawa pulang hadiah berupa piala pusingan, sebuah teleskop Sky Watcher, pingat emas, DIY Galileoscope dan sijil.

SK St. Francis yang diwakili oleh dua orang murid tahun lima yang juga peserta cabaran sama pada tahun lalu iaitu Mohd. Syahmi Mohd. Shamsul dan Jonathan Aidan Royan bersama guru pengiringnya, Nor Aini Mat Saad.

Tempat kedua dimenangi oleh Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) Jit Sin B, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan tempat ketiga menjadi milik SJK (C) Chung Hwa, Kota Kinabalu, Sabah.

Naib johan membawa pulang sebuah teleskop Orion Starblast, pingat perak, DIY Galileoscope dan sijil. Manakala tempat ketiga pula menerima teleskop Sky Watcher, pingat gangsa, DIY Galileoscope dan sijil.

Dua buah sekolah lagi yang berjaya ke peringkat akhir pertandingan itu ialah SK Petani Jaya, Sungai Petani, Kedah dan SK Puteri, Seremban, Negeri Sembilan.

Kadet Polis semakin diminati

Posted:

Kadet Polis semakin diminati

Kadet Polis semakin diminati

PENUBUHAN Kor Kadet Polis di sekolah-sekolah menengah seluruh negara semakin mendapat tempat di hati pelajar apabila bilangan yang mengikutinya meningkat begitu ketara sejak ia diperkenalkan 41 tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, semenjak ia ditubuhkan pada 2 Mac 1970 di bawah Seksyen 68 Akta Polis, keanggotaan yang pada awalnya hanya berjumlah 1,906 kini telah melonjak kepada 105,994 orang.

"Saya amat berbangga kerana minat pelajar terhadap pasukan polis begitu tinggi sekali gus dapat merealisasikan objektif penubuhannya dalam mendisiplinkan para remaja serta membina sahsiah pelajar selaras Falsafah Pendidikan Negara.

"Jika dahulu, para pelajar hanya dikaitkan dengan kes buli tetapi kini, mereka juga sudah mula terlibat dengan kejadian samun, curi kenderaan, ragut dan rogol.

"Walaupun bilangannya kecil, namun pihak polis tidak mengambil remeh mengenainya. Anggota Kor Kadet Polis boleh berperanan sebagai 'mata dan telinga' kepada pihak berkuasa dengan melaporkan kepada pihak sekolah bagi mengelakkan ia daripada berlaku," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan program penutupan Perkhemahan Kor Kadet Polis Peringkat Kebangsaan Zon Utara 2011 di Kompleks Rakan Muda Daerah Kampar, Perak, baru-baru ini.

Hadir sama Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dzuraidi Ibrahim serta Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Perak, Rozi Puteh Ismail yang mewakili Pengarah Pelajaran Negeri.

Seramai 272 anggota kadet melibatkan 68 anggota bagi setiap kontinjen dari Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang hadir menyertai program tersebut yang berlangsung selama lima hari bermula 2 Oktober lalu.

Sepanjang tempoh itu, enam pertandingan diadakan melibatkan acara kawat kaki, pandu arah, jalan lasak, rentas halangan, menembak pistol Revolver.38 Special termasuk aktiviti kebudayaan merangkumi kategori berpasukan dan individu.

Pada majlis tersebut, Zakaria turut menyampaikan hadiah kepada juara keseluruhan yang dimenangi kontinjen dari negeri Kedah.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, daripada 246 buah sekolah menengah yang ada di negeri ini, 159 daripadanya telah menubuhkan Kor Kadet Polis di sekolah masing-masing.

Justeru, beliau berharap, sejumlah baki 87 buah sekolah lagi bakal mengikuti jejak langkah sama supaya para pelajar dapat memperoleh manfaat daripadanya melalui pemupukan semangat patriotik selain merasai sendiri pengalaman tugas-tugas kepolisan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Perak sedia lakar kejutan

Posted:

Perak sedia lakar kejutan

Perak sedia lakar kejutan

Oleh KAMARUDDIN ISMAIL
sukan@utusan.com.my


PENYERANG Perak, Mohd. Failee Ghazli (kanan) kehilangan rakan gandingan yang sering melakukan hantaran di depan pintu gol, Muhammad Rafiuddin Mohd. Rodin yang tidak dapat beraksi kerana cedera.


IPOH - Ketiadaan tonggak utama tidak akan menjejaskan tumpuan Perak untuk mengejutkan Selangor pada suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam hari ini.

Pengurus Perak, Khairul Azwan Harun berkata, ketiadaan K. Nanthakumar dan Muhammad Rafiuddin Mohd. Rodin tidak merencatkan strategi yang disusun jurulatih Norizan Bakar.

Menurutnya, Perak akan beraksi dengan komitmen yang tinggi dalam usaha mengejutkan Gergasi Merah.

"Kami menyifatkan perlawanan esok seperti perlawanan peringkat kumpulan yang lalu. Kita tetap ada keyakinan tinggi," katanya semalam.

Pemain pertahanan berpengalaman, Nanthakumar yang lebih dikenali sebagai 'kereta kebal Seladang' diketepikan setelah menerima tiga kad kuning manakala Muhammad Rafiuddin mengalami kecederaan.

Nanthakumar sering membantu Khairi Zainuddin pada barisan pertahanan dan menggerakkan serangan dari bahagian tengah setelah ketiadaan Sharulnizam Mustafa sejak lima perlawanan lalu.

Penyerang utama, Mohd. Failee Ghazli yang telah menyumbat empat gol dalam enam perlawanan lalu, pasti terasa kehilangan Muhammad Rafiuddin yang sering melakukan hantaran cantik bagi mencipta jaringan.

Khairul Azwan memberitahu, Norizan tidak melakukan sebarang perubahan dalam percaturan strategi Perak dan akan mengekalkan rentak permainan seperti perlawanan lalu.

Beliau meminta para pemain memberi komitmen yang tinggi untuk menjadi senjata utama menghalang kemaraan pihak lawan.

"Tanpa komitmen yang tinggi daripada para pemain, sesebuah pasukan tidak akan mencatat kejayaan walaupun mempunyai pelbagai strategi," tambahnya.

Selangor mahu lebur rekod Perak

Posted:

Selangor mahu lebur rekod Perak

Selangor mahu lebur rekod Perak

KUALA LUMPUR - Selangor melaungkan keyakinan untuk mencemarkan rekod tanpa kalah juara Kumpulan A, Perak, apabila kedua-dua pasukan bertemu pada saingan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, hari ini.

Jurulatih Selangor, P. Maniam mahu anak-anak buahnya muncul sebagai pemenang pada perlawanan pertama di gelanggang sendiri sebelum berkunjung ke Stadium Perak, Ipoh.

"Bermain di tempat sendiri mungkin ada peminat harapkan kami dapat meraih kemenangan dengan jumlah yang selesa.

"Namun bagi saya, apa yang penting kami dapat meraih kemenangan tidak kira berapa pun keputusannya, 1-0 pun sudah cukup baik memandangkan Perak bukan calang-calang pasukan.

"Layak ke peringkat kalah mati, ia satu peringkat yang berbeza dan semua pemain perlu berhati-hati, tidak kira apabila bertahan atau menyerang, mereka perlu berikan seratus peratus setiap masa, " katanya ketika dihubungi, semalam.

Maniam menegaskan, Perak adalah sebuah pasukan yang mampu bertahan dengan baik dan Selangor pasti berdepan masalah untuk merobohkan kubu skuad Seladang.

"Jika Perak lebih banyak bermain bertahan, saya mungkin akan menyerapkan permainan pantas ketika menyerang.

"Selain itu, saya juga akan memberi tumpuan ketika situasi bola mati bagi memburu gol," katanya.

Selangor yang mara selaku Naib Juara Kumpulan D, bangkit pada dua perlawanan terakhir dengan mengalahkan PDRM dan Kuala Lumpur, setelah sebelum itu tampak sukar ke suku akhir apabila sekadar mengutip empat mata dalam empat perlawanan dan peletakan jawatan K. Devan sebagai jurulatih.

Nada optimis Maniam untuk pertemuan hari ini ditambah dengan kembalinya pemain utama seperti Mohd. Nasriq Baharom dan Hardi Jaafar serta kemantapan prestasi yang ditunjukkan oleh Azidan Sarudin dan Safiq Rahim.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


DAP serlah sikap sebenar

Posted:

DAP serlah sikap sebenar

DAP serlah sikap sebenar

Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Beberapa pihak terus mempersoalkan keputusan DAP menarik balik penggantungan selama enam bulan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan kerana mengeluarkan kenyataan biadab di laman sosial Facebook berhubung Jalur Gemilang.

Rata-rata mereka berpendapat, keputusan itu menyerlahkan sikap sebenar DAP yang double standard selain menganggapnya sebagai tindakan terdesak parti itu untuk menyelamatkan kedudukan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, tindakan DAP itu dilihat tidak lebih untuk mengelakkan Guan Eng daripada dikenakan tindakan kerana kenyataannya memburuk-burukkan Johor.

"Tindakan ini menyerlahkan sikap DAP yang mengamalkan politik putar-belit dan double standard terutama terhadap pemimpin daripada kaum lain. Parti ini juga sudah menjadi seperti parti anak-beranak. Apa akan jadi jika ia memerintah negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan DAP semalam yang mengetepikan hukuman gantung selama enam bulan terhadap Manoharan sebaliknya, sekadar memberi amaran keras terhadap beliau ekoran kenyataannya mengenai Jalur Gemilang.

Pengerusi DAP, Karpal Singh pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) berkata, parti itu juga tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Guan Eng ekoran kenyataannya mengenai Johor kerana dibuat atas kapasitinya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan berkata, keputusan itu tidak bermakna Guan Eng boleh mengelak daripada dikenakan tindakan seperti yang dikenakan terhadap Manoharan.

"Ia adalah perkara yang berbeza (Manoharan dan Guan Eng). Guan Eng tetap perlu diambil tindakan kerana kenyataannya itu. Jangan cuba memperbodohkan orang India dengan keputusan menarik semula penggantungan terhadap Manoharan itu," katanya.

Beliau berkata, keputusan DAP melepaskan Manoharan adalah satu tindakan terdesak untuk menyelamatkan Guan Eng.

"Keputusan terhadap Manoharan itu tidak ikhlas. Ia dibuat hanya selepas saya mempersoalkan penggantungan itu di Dewan Rakyat. Mengapa pula tiada tindakan terhadap Guan Eng?" katanya.

Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng berkata, keputusan DAP itu memang sudah boleh dijangka.

"Saya tidak hairan langsung dengan keputusan itu. Mereka boleh membuat keputusan sesuka hati demi kepentingan sesuatu pihak. Mereka boleh hukum atau tidak mahu hukum mana-mana pemimpin atau ahli yang melakukan kesalahan sesuka hati mereka," katanya.

Menurutnya, tindakan itu menyerlahkan lagi sikap cauvinis DAP yang kononnya mahu menjaga kepentingan semua kaum tetapi sebenarnya ia mementingkan hak satu kaum sahaja.

Dalam pada itu, bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, rakyat seharusnya menilai sendiri tindakan double standard DAP itu yang mahu menyelamatkan keadaan dan kedudukan pemimpin yang penting sahaja.

Katanya, sudah terbukti DAP merupakan parti rasis dan ia bertambah teruk lagi kini apabila pemimpin-pemimpinnya sering mengeluarkan kenyataan yang memburukkan negara.

"Memang jelas banyak tindakan DAP menyebabkan parti itu tidak boleh diterima rakyat," katanya.

'DAP tetap tidak terima hudud'

Posted:

'DAP tetap tidak terima hudud'

'DAP tetap tidak terima hudud'

IPOH 9 Oktober - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberi lampu hijau kepada kepimpinan DAP negeri untuk membuat keputusan sama ada meletakkan calon Melayu untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Ditanya kemungkinan DAP mengambil langkah tersebut bagi mencerahkan peluang parti itu memegang jawatan Menteri Besar, Guan Eng berkata, keputusan mengenai pemilihan calon akan diuruskan kepimpinan DAP negeri.

Bagaimanapun, katanya, buat masa ini belum ada cadangan untuk menggantikan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai calon Menteri Besar jika pakatan pembangkang kembali menguasai Perak.

"Kita biarkan perkara ini diuruskan oleh DAP Perak tetapi mereka tidak ada menyuarakan hasrat untuk mendapatkan orang baru, jadi calon Menteri Besar kekal Datuk Seri Nizar.

"Berkenaan dengan pertukaran kerusi melibatkan parti-parti dalam pembangkang, rundingan masih lagi dijalankan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Negeri Perak Ke-16 di sini hari ini.

Hadir sama Penasihat DAP, Lim Kit Siang serta Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Setiausahanya, Nga Kor Ming.

Koo Ham sebelum ini dilaporkan berkata bahawa DAP berhasrat meletakkan lebih ramai calon Melayu bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Sementara itu, Guan Eng mengulangi pendirian tegas bahawa kepimpinan tertinggi DAP akan meninggalkan pakatan pembangkang sekiranya Pas meneruskan hasrat melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Menurutnya, pendirian tersebut tidak akan berubah memandangkan pelaksanaan hukum berkenaan tidak menepati manifesto bersama pakatan pembangkang dan Buku Jingga.

Sambil mengakui isu itu boleh menjejaskan pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang jika tidak ditangani secara berkesan, Guan Eng menegaskan, ketetapan itu dibuat memandangkan DAP seolah-olah dilihat tidak menjalankan tugas mereka.

"Pendirian DAP ialah kita tidak boleh menerima hudud tetapi boleh berkongsi dengan Pas dalam isu lain," tegasnya.

Menjawab pertanyaan mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Gasing, Edward Lee yang mengancam akan keluar parti jika tidak dicalonkan dalam pilihan raya akan datang, Guan Eng berkata, pihaknya akan menyiasat dahulu kebenaran kenyataan tersebut.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pahang iktiraf qari, qariah

Posted:

Pahang iktiraf qari, qariah

Pahang iktiraf qari, qariah

Oleh M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
nahar.latib@utusan.com.my


Adnan Yaakob menyampaikan sijil kepada salah seorang penceramah selepas menutup Program Tahsin al-Quran dan Haflah Perdana Bersama Johan Qari dan Qariah Kebangsaan dan Antarabangsa di Kuantan, semalam.


KUANTAN 9 Okt. - Kerajaan negeri akan mengumpulkan semua bekas johan kategori qari dan qariah dari negeri ini bagi merakamkan kembali bacaan mereka untuk diedarkan kepada orang ramai.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, usaha itu akan dilaksanakan bersama Persatuan Tarannum Pahang (PTP), manakala kerajaan negeri dan Yayasan Pahang akan menanggung kos yang diperlukan untuk projek berkenaan.

"Selepas direkodkan, cakera padat (CD) rakaman bacaan tersebut akan diedarkan dan hasil jualannya disumbangkan kepada qari dan qariah terlibat," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutup Program Tahsin al-Quran dan Haflah Perdana Bersama Johan Qari dan Qariah Kebangsaan serta Antarabangsa di Dewan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz; Penasihat 1 PTP, Datuk Ahmad Faizul Ghazali dan Pengerusi PTP, Mohd. Khalil Mohd Zari.

Pada majlis itu, Adnan turut melancarkan Buletin Al-Maqamat yang memuatkan program serta maklumat berkaitan PTP selain cara bacaan al-Quran yang betul.

Tambah Adnan, usaha yang akan dilakukan itu cukup relevan dalam usaha memastikan bacaan al-Quran oleh mereka yang diakui hebat di dalam bidang itu diperturunkan kepada generasi masa depan.

"Bukan senang kita dapat mendengar bacaan al-Quran daripada qari dan qariah yang berjaya di peringkat antarabangsa seperti mereka.

"Malah, saya sendiri begitu meminati bacaan al-Quran daripada qari dan qariah seperti Rogayah Sulong, Faridah Mat Saman dan Allahyarham Datuk Ismail Hashim," katanya.

Sementara itu, kata beliau, usaha yang dijalankan oleh PTP melalui program seperti ini sangat baik bagi memantapkan kemahiran membaca al-Quran dalam kalangan generasi muda ketika ini.

Katanya, kerajaan negeri sentiasa menyokong program PTP kerana mahu melihat lebih ramai golongan hafaz al-Quran dilahirkan di negeri ini.

Bajet 2012: Bantu atasi beban rakyat

Posted:

Bajet 2012: Bantu atasi beban rakyat

Bajet 2012: Bantu atasi beban rakyat

KUANTAN 9 Okt. - Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin dianggap yang terbaik kerana ia meliputi segenap lapisan masyarakat di samping membuktikan kesungguhan kerajaan dalam mengatasi beberapa isu yang membelenggu rakyat selama ini.

Rata-rata penduduk yang ditemui di sini memuji langkah kerajaan Pusat tersebut yang tidak mengabaikan rakyat sama ada di luar bandar mahupun di bandar.

Seorang peniaga, Mohd. Rokman Mustafa, 35, berkata, bajet tersebut menunjukkan Barisan Nasional merupakan kerajaan yang mementingkan kesejahteraan seluruh rakyat.

"Pemansuhan yuran persekolahan juga merupakan yang terbaik kerana dapat mengurangkan beban kewangan ibu bapa setiap kali menjelang pembukaan sesi persekolahan," katanya di sini, semalam.

Sementara itu, seorang penjawat awam, Khairu Aidilnishah Rizan Jalil, 34, berkata, dia bersyukur kerana kerajaan mengumumkan untuk memberi bonus kepada penjawat awam.

"Ini memberi kelegaan kepada saya kerana dapat menampung keperluan keluarga pada awal tahun nanti.

"Pemberian bonus itu merupakan satu berita yang paling menggembirakan bagi kami kakitangan awam," katanya.

Seorang pesara kerajaan, Husin Awang Bidin, 56, berkata, langkah kerajaan memberi kenaikan pencen tahunan sebanyak dua peratus menunjukkan kerajaan amat prihatin dengan nasib pesara kerajaan.

"Kebanyakan pesara merupakan warga emas, jadi mereka tidak lagi mampu untuk bekerja.

"Oleh itu, kenaikan dua peratus pencen itu secara tidak langsung dapat mengurangkan beban sara hidup kami ketika ini," katanya.

Pekerja swasta, Siti Zuraini Mohd. Ariff, 25, pula berkata, bajet kali ini juga menunjukkan bahawa kerajaan amat memahami keperluan generasi muda.

"Terima kasih kerana kerajaan memberi peruntukan yang banyak untuk pembangunan belia yang merangkumi aktiviti dan kemahiran," kata Siti Zuraini.

Paling menarik, tambahnya, kerajaan juga tidak meminggirkan kakitangan swasta dalam bajet itu.

14 UMNO Bahagian terima van Skuad Sayang

Posted:

14 UMNO Bahagian terima van Skuad Sayang

14 UMNO Bahagian terima van Skuad Sayang

KUANTAN 9 Okt. - Sebanyak 14 buah van Skuad Sayang yang bernilai kira-kira RM90,000 sebuah diagihkan kepada semua bahagian UMNO di negeri ini semalam.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, van terbabit dikhususkan untuk kegunaan Wanita UMNO Bahagian bagi menjalankan aktiviti kebajikan mereka.

"Ia juga merupakan pengiktirafan UMNO negeri terhadap aktiviti kebajikan yang dilakukan oleh pergerakan tersebut.

"Namun, van tersebut boleh dikongsi bersama dengan sayap pergerakan lain untuk tujuan kebaikan parti," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Van Skuad Sayang kepada UMNO Bahagian seluruh Pahang di kediaman rasmi Menteri Besar di sini semalam.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Sains, Teknologi dan Inovasi negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin dan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak.

Katanya, sehubungan itu, van tersebut diharap dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi menjalankan aktiviti kebajikan untuk faedah semua rakyat.

"Kita harap ia akan memudahkan tugas Skuad Sayang untuk terus mendekati dan membantu rakyat yang memerlukan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Singapura digesa mansuh ISA

Posted:

Singapura digesa mansuh ISA

Singapura digesa mansuh ISA


TANG FONG HAR, Francis Seow


SINGAPURA 9 Okt. — Dua bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkata Singapura patut memansuhkan undang-undang itu, sepertimana langkah Malaysia yang bercadang memansuhkan ISA di negara itu.

Francis Seow dan Tang Fong Har berkata demikian menerusi telepersidangan pada Sabtu pada forum awam mengenai ISA anjuran Parti Demokratik Singapura dan dihadiri kira-kira 150 orang, menurut laporan stesen televisyen tempatan Channel NewsAsia.

Ini merupakan kali pertama penentang kerajaan yang kini dalam buangan berkomunikasi dengan penduduk Singapura secara terbuka.

Seow, 83, yang kini tinggal di Amerika Syarikat, telah ditahan pada 1988 selepas dituduh menerima dana daripada Amerika Syarikat untuk menjadi pembangkang yang lebih efektif di Parlimen.

Tang, yang dituduh menjadi anggota dalam konspirasi Marxist dan ditahan pada 1987, berkata undang-undang itu patut dimansuhkan tetapi bukan digantikan dengan yang lebih teruk.

Tang dan Seow mahu kembali ke Singapura. Dipercayai Seow masih warganegara Singapura mankala Tang telah melepaskan kewarganegaraannya pada 2003.

Malaysia telah mengumumkan ISA, undang-undang penahanan pencegahan, akan dimansuhkan pada Mac tahun depan selepas dua undang-undang baru bagi menggantikannya digubal. – BERNAMA

Bencana banjir paksa PM Thai tangguh lawatan

Posted:

Bencana banjir paksa PM Thai tangguh lawatan

Bencana banjir paksa PM Thai tangguh lawatan


SEEKOR gajah turut digunakan bagi membantu penduduk memindahkan barangan mereka di kawasan yang dilanda banjir di Ayutthaya, kelmarin. - REUTERS


BANGKOK 9 Okt. - Banjir terburuk yang melanda Thailand dalam tempoh beberapa dekad memaksa Perdana Menteri Yingluck Shinawatra menangguhkan lawatannya ke Malaysia dan Singapura.

Jurucakap kerajaan, Titima Chaisaeng berkata, Yingluck dijadual melawat Kuala Lumpur dan Singapura pada Selasa dan Rabu ini sebagai sebahagian daripada lawatan pengenalan di rantau ini selepas menjadi Perdana Menteri Ogos lalu.

Beliau bagaimanapun berkata, lawatan itu terpaksa ditangguhkan ekoran banjir buruk yang melanda negara ini.

Yingluck pada minggu lalu menyifatkan banjir yang menyebabkan lebih 250 orang terbunuh itu sebagai 'krisis serius' dan memberi amaran ibu negara Bangkok turut tidak akan terkecuali.

Menurut kerajaan, lebih dua bulan hujan lebat melanda wilayah di seluruh utara dan tengah Thailand sehingga menyebabkan kediaman rosak serta berjuta-juta orang terjejas, terutamanya petani.

Usaha besar kini sedang dijalankan untuk menghalang air banjir sampai ke Bangkok, kawasan yang didiami oleh 12 juta orang.

Ibu kota purba Thailand, Ayutthaya, kira-kira 80 kilometer ke utara Bangkok turut terjejas teruk akibat bencana banjir ini sejak beberapa hari lalu.

Menteri Sains dan Teknologi, Plodparsob Suraswadi berkata, pihak berkuasa sedang memindahkan lebih 200 pesakit dari hospital Ayutthaya.

"Rancangan kini difokuskan kepada pemindahan berbanding daripada operasi menangani banjir," kata Plodparsob. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Maya temui cinta baru di Paris

Posted:

Maya temui cinta baru di Paris

Maya temui cinta baru di Paris

Rencana dan gambar
NOOR JOHA AHMAD


Maya Karin mengabadikan kenangan di bandar deauville, paris, perancis.


SEPANJANG empat hari di Paris, Maya Karin nampak ceria. Senyuman pada wajah sentiasa terukir, maklumlah dapat berkunjung ke `kota cinta', Paris.

Kunjungan ke Paris bukanlah pertama dan asing baginya, tapi kunjungan kali ini lebih bermakna bagi Maya.

Maya yang menjadi bintang tamu dalam rancangan Travelog AirAsia bersama Edd Radze sempat ditemubual mengenai kisah lalu yang sedikit sebanyak masih tersimpan di kotak fikirannya.

Kata Maya, semua gosip yang pernah dilempar dan dihadapinya biarlah berlalu. Walaupun tidak boleh dilenyapkan seratus peratus begitu sahaja, Maya percaya apa yang dialaminya adalah salah satu dugaan hidupnya.

"Kalau boleh saya tak mahu bercerita tentang masa lalu saya, kisah perkahwinan yang tinggal kenangan, gosip liar yang mengata saya sebagai perampas kekasih orang, bercinta secara senyap dengan VIP dan sebagainya.

"Perit sungguh semua itu, tidak semudah a,b dan c untuk melupakannya, tapi orang semua tidak tahu perasaan yang saya alami," kata Maya yang ditemubual sewaktu mengikuti rombongan Travelog AirAsia ke Paris, Perancis, baru-baru ini.

Maka tidak hairanlah jika Maya Karin membawa diri sejak kebelakangan ini ke Amerika Selatan dan menghabiskan percutian ke pulau-pulau peranginan lain.

Menurut Maya, lama jugalah dia makan angin ke luar negara sebelum ke Paris gara-gara nak lari dari segala gosip panas.

"Ternyata ia berhasil, walaupun kenangan pahit masih berbekas di hati.

"Saya tidak mahu lagi menyebut nama-nama individu tertentu, takut nanti semuanya akan berulang lagi.

"Biarkan mereka gembira sekarang kerana dengan redanya gosip-gosip itu setidak-tidaknya diri dan nama mereka tidak disebut-sebut media lagi. Kasihan mereka kerana turut terlibat."

Biarpun bergelar janda sekarang, dugaan yang dihadapinya semakin mencabar. Dalam waktu terdekat Maya masih belum memikirkan untuk mencari pengganti.

Tidak menafikan dia tetap inginkan sebuah kehidupan sempurna, berumahtangga dan mempunyai anak, tetapi bukan dalam waktu terdekat.

"Saya tidak pernah serik untuk berkahwin lagi. Saya biarkan ia berlalu dan serahkan kepada takdir dan akan terima siapa sahaja jodoh saya.

"Saya pun tak pernah mengatakan serik untuk berkahwin dengan orang bukan Melayu, dan kalau itu jodoh saya, nak buat macam mana,'' sambungnya lagi.

Mengambil kira hasratnya ingin cahaya mata, berlaku satu insiden di Paris. Kisah berlaku di istana lama, Chateau Versailles, Maya terpandang sepasang suami isteri yang menyorong kereta sorong dan di dalamnya ada seorang bayi berusia setahun.

Dengan tiba-tiba Maya berkata; "Saya harap satu hari nanti saya akan jadi seperti mereka, bahagia dan mempunyai anak."

Nampaknya Maya menyimpan hasrat untuk berumahtangga buat kali kedua dan berhasrat untuk mempunyai anak. Dalam mencari dan menyimpan hasrat murni itu, kota Paris telah menunaikan hajatnya itu.

Ternyata kunjungannya ke Paris kali ini telah membuahkan hasil. Seperti sedia maklum lelaki Peranchis diidentitikan sebagai lelaki paling romantik.

Ternyata kenyataan itu benar dan di kota Paris itulah seorang lelaki Peranchis telah berjaya menambat hati Maya.

Tanpa diduga, Maya telah bertemu dan berkenalan dengan seorang pemuda Peranchis beragama Islam.

Perkenalan singkat itu mungkin telah membuatkan Maya Karin jatuh cinta atau pun tertambat dengan renungan pertama lelaki Peranchis itu.

Orangnya kacak dan berdarah Algeria. Apakah pemuda itu bakal membuka hati Maya Karin buat kali kedua sekali gus menyemai cinta dan diakhiri dengan ikatan perkahwinan?

Paris yang dikatakan sebagai `kota cinta' berjaya membuktikan keajaibannya itu kepada Maya Karin.

Bagaimanapun Maya Karin tidak mahu menghuraikan kisah itu dengan lanjut kerana ia masih baru dan terlalu awal untuk diceritakan.

Biarpun hanya Allah yang mengetahuinya, diharapkan hubungan Maya dengan si dia dapat menceriakan hidupnya di masa depan.

Bukan pengganti Anuar Zain

Posted:

Bukan pengganti Anuar Zain

Bukan pengganti Anuar Zain

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar ZAINI HUSIN


STEPHEN Rahman-Hughes tidak kisah untuk menggantikan Anuar Zain dalam membawakan lagu Sedetik Lebih.


RIAK wajah Stephen Rahman-Hughes berubah serta-merta saat diajukan tentang kebenaran di sebalik spekulasi yang mengatakan dia bakal menggantikan Anuar Zain untuk menyanyikan lagu Sedetik Lebih pada pertandingan separuh akhir Anugerah Juara Lagu Ke-26 yang akan berlangsung awal Disember ini.

Malah, Stephen Rahman atau lebih mesra disapa Stephen ini berasa pelik dengan berita baru yang cukup mengejutkan itu.

"Secara jujurnya, saya sendiri tidak tahu bagaimana cerita ini boleh timbul kerana saya langsung tidak tahu-menahu tentangnya. Tiada siapa pun termasuk KRU yang datang kepada saya untuk menceritakan perihal ini.

"Seandainya benar saya ditawarkan untuk menggantikan Anuar dalam pertandingan itu nanti, tidak ada alasan untuk saya menolaknya," kata Stephen tanpa selindung sewaktu ditemui usai majlis pra dengar album Melayu sulungnya yang berjudul Stephen Rahman-Hughes di Solaris Dutamas, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hadir sama penerbit album tersebut, Kevin Chin dan Pengarah Urusan Sony Music Entertainment, Adrian Lim.

Khabar angin tentang Stephen akan menggantikan tempat Anuar mula bertiup kencang sejak kebelakangan ini apabila lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu dilihat sebagai salah sebuah lagu yang berpotensi untuk layak ke peringkat separuh akhir pertandingan lagu yang diminati ramai itu.

Daripada sumber yang memberitahu, Hits difahamkan spekulasi itu mula menjadi bahan bualan selepas Anuar dikatakan enggan menyertai sebarang pertandingan nyanyian bersandarkan tiket lagu tema filem Hikayat Merong Mahawangsa itu.

Kata Stephen lagi, seandainya dia diberi peluang untuk berbuat demikian, dia pasti akan melakukan yang terbaik sementelah lagu Sedetik Lebih begitu indah dan dekat di hatinya.

"Saya sendiri pernah menyanyikan lagu itu dalam versi Inggeris yang berjudul The Memories Remains. Jadi, saya pasti tiada ada masalah untuk membawakan versi Melayunya," ujar Stephen penuh optimis.

Dalam pertemuan itu, tiada apa yang lebih mengujakan dan menggembirakan jejaka kacak ini apabila membicarakan tentang album Melayu sulungnya itu.

Sebagai seorang penghibur, Stephen sentiasa mencari ruang dan peluang baru untuk mencabar dirinya dalam mengembangkan sayap seninya.

Dan, dia sendiri sudah membuktikan kemampuannya kepada masyarakat tempatan apabila dengan beraninya menyahut cabaran membawakan watak Hang Tuah dalam pementasan mega, Puteri Gunung Ledang the Musical selama tiga musim.

Memang tidak dinafikan, Stephen memiliki pesona yang cukup mengagumkan dan berbekalkan dengan bakat luar biasanya itu, tiada apa yang mustahil mampu dilakukan oleh jejaka kacukan Inggeris-Melayu itu.

Atas alasan itu jugalah, dengan pantas Stephen berupaya dapat mengumpul peminatnya di negara ini yang sering mendambakan sesuatu yang baru daripadanya.

"Sokongan padu peminat yang tidak pernah lelah menyokong selama saya menembusi pasaran Malaysia membuatkan saya harus melakukan sesuatu untuk mereka.

"Sesungguhnya saya berharap album Melayu sulung saya ini akan dapat memberikan kepuasan kepada mereka sebagaimana saya merasainya apabila dapat melihat album ini berjaya disiapkan," jelas Stephen yang mengambil masa hampir dua tahun untuk menyiapkan album Melayu sulungnya itu.

Cetusan idea untuk menghasilkan album Melayu sulungnya itu datangnya daripada Kevin yang bertanggungjawab menerbitkan album 3 Suara gabungan Ning Baizura, Jaclyn Victor dan Shila Amzah.

Album yang bergenre pop Melayu itu menyaksikan Stephen bekerjasama dengan komposer terkenal seperti Azlan Abu Hassan, Irwan Simanjuntak, Audi Mok, Andre Dinuth serta Kevin sendiri.

Menyambung bicara, akui suami kepada Anjali Mehra Hughes ini lagi, proses merakamkan album Melayunya itu bukanlah sesuatu yang mudah.

Ini kerana dia perlu menghayati dan memahami setiap perkataan serta maksudnya dalam mendapatkan hasil yang terbaik.

Walaupun dia sedar bahasa Melayunya kurang fasih, namun, itu bukan satu masalah besar buatnya kerana pengalaman sebelum ini banyak membantunya.

"Memang sukar apabila ada dua perkataan yang mempunyai maksud hampir serupa tetapi saya perlu tahu makna untuk setiap satunya agar ia kena dengan cerita lagu itu

"Disebabkan itu, proses rakaman album ini mengambil masa yang lama selain perlu membahagikan waktu dalam kesibukan saya untuk menghabiskan rakaman," ujarnya yang turut menampilkan Jacyln Victor dalam lagu Hati Berbisik.

Ditanya mengapakah genre pop Melayu menjadi pilihannya, Stephen menjelaskan dia mahu lagu-lagunya menepati pasaran muzik semasa yang boleh diterima dengan baik oleh semua lapisan masyarakat.

Katanya lagi, dia juga perlu tahu kemampuannya dalam membawakan setiap lagu dan dia sama sekali tidak akan melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukannya hanya semata-mata mahu memuaskan hati orang lain.

Album edaran Sony Music Entertainment itu memuatkan lapan buah lagu termasuk Sejuta Rasa, Di Ribaan Cinta, Bertemu Di Syurga, Bawalah Aku, Cinta Masih Ada, Expressi serta Ku Lepas dan akan berada di pasaran pada 6 Disember ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Transformasi besar Felda

Posted:

Transformasi besar Felda

Transformasi besar Felda

DALAM pembentangan Bajet 2012, Jumaat lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia sebelum pertengahan 2012 dalam usaha mengumpul dana untuk menjadi syarikat konglomerat global.

Walau apa pun, hak dan faedah peneroka akan terus dipelihara melalui pemilikan majoriti saham dalam FGVH oleh Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Menurut Najib, setiap peneroka juga akan menerima 'durian runtuh' yang mana jumlahnya akan diumumkan nanti, sebelum penyenaraian dilakukan.

Dalam wawancara dengan wartawan Utusan Malaysia, NIZAM YATIM pada malam pembentangan Bajet 2012, Pengerusi Felda, TAN SRI MOHD. ISA ABDUL SAMAD menjelaskan segala transformasi besar yang dilakukan itu bertujuan mewujudkan budaya lebih cemerlang di Felda serta melonjakkan lagi kekayaan peneroka pada masa depan.

UTUSAN: Apakah komen Tan Sri terhadap penyenaraian FGVH seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri?

MOHD. ISA: Sebenarnya, kalau dilihat prestasi KPF yang dimiliki peneroka, ia telah meraih keuntungan sebanyak RM300 juta daripada penyenaraian MSM Malaysia Holdings Bhd. (MSM) di Bursa Malaysia pada pertengahan tahun ini. Jadi tidaklah hairan, para peneroka mahukan Felda mengulangi kejayaan ini lagi dan pengumuman Perdana Menteri tentang penyenaraian FGVH ini adalah bertepatan pada waktunya.

Ini bakal mendatangkan lagi keuntungan kepada para peneroka yang akan juga menjadi 'rakan perniagaan' Felda selepas penyenaraian ini.

Felda yang telah bangun seiring dengan kejayaan negara, kini bakal melonjakkan lagi pertumbuhannya pada 50 tahun kedua di mana Felda bukan sahaja pengusaha ladang yang terbesar di dunia tetapi juga akan menjadi pelaku glokal dalam perniagaan berasaskan perladangan.

Penyenaraian ini hanya melibatkan aset atau tanah milik Felda. Tanah peneroka tidak terlibat dan akan kekal milik peneroka.

Malah generasi baru akan menerima limpahan ekonomi dengan timbulnya peluang pekerjaan dan perniagaan yang bakal dijalankan di ladang hasil daripada penyenaraian ini.

Boleh Tan Sri jelaskan apakah yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri bahawa peneroka Felda akan menerima 'durian runtuh'?

Dari segi durian runtuh ini, insya-Allah ia akan berlaku. Cuma dari segi angkanya, itu akan diumumkan Perdana Menteri bila sampai waktunya. Kepada para peneroka, saya minta mereka bersabar menanti pengumuman berkenaan.

Boleh Tan Sri jelaskan bagaimana bentuk transformasi besar yang dimahukan Perdana Menteri?

Datuk Seri Najib mahu warga Felda berfikir di luar kotak, berpandangan jauh untuk membawa kemodenan dalam struktur Felda secara keseluruhan yang mana manfaatnya akan dinikmati oleh mereka serta generasi akan datang.

Pertumbuhan 50 tahun kedua ini jauh bezanya daripada 50 tahun pertama di mana generasi pertama hanya memerlukan tulang empat kerat yang menyaksikan transformasi pertama Felda yang bukan saja telah membangkit kedudukan sosioekonomi malah turut merubah landskap geografi negara.

Transformasi yang sedang dan akan dilalui oleh generasi kedua Felda pula bakal merubahkan landskap landasan pendapatan - yang bukan hanya dijana daripada perladangan tetapi juga daripada hasil sampingan yang berkaitan dengan ladang seperti aktiviti pertengahan dan hiliran.

Jadi di sini, generasi baru perlu melengkapkan diri dengan kemahiran dan teknologi di samping anjakan minda yang akan menentukan hala tuju 50 tahun kedua Felda seiring dengan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara berpendapatan tinggi yang turut meliputi penduduk di luar bandar.

Bagaimana pula kedudukan KPF dalam transformasi ini?

Buat masa sekarang, tiada pemisah di antara aktiviti komersil dan aktiviti sosioekonomi. Dengan adanya transformasi, peranan yang dimainkan oleh setiap entiti Felda telah disusun semula supaya cabang komersil dan cabang sosioekonomi akan lebih fokus dan khusus. Ini untuk kepentingan peneroka juga.

Cabang komersil Kumpulan Felda adalah FGVH sementara cabang sosioekonominya adalah Lembaga Felda. Dalam penstrukturan semula ini, KPF yang merupakan sayap pelaburan Kumpulan Felda telah dikenal pasti sebagai aktiviti komersil.

Transformasi ini akan membolehkan setiap entiti Kumpulan Felda memberi tumpuan khusus dalam aktiviti masing-masing, sama ada aktiviti komersilnya yang melibatkan pengurusan ladang termasuklah pelaburan di dalam dan luar negara ataupun aktiviti sosialnya seperti kebajikan warga peneroka, perumahan, pendidikan dan sebagainya.

Transformasi ini memerlukan peranan setiap entiti di bawah Kumpulan Felda diperkemaskan.

Apakah pelan transformasi untuk tempoh 10 tahun bagi menjadikan Felda Economic Powerhouse sebelum tahun 2020?

Kumpulan Felda bakal muncul sebagai organisasi perniagaan multinasional berasaskan agribisnes yang bersepadu dan dinamik dengan aktiviti huluan dan hiliran yang mapan yang akan memanfaatkan bukan sahaja warga peneroka malah masyarakat Malaysia dan negara.

Ini akan melibatkan penyusunan dan penstrukturan semula peranan, model perniagaan dan pegangan ekuiti dalam Kumpulan Felda yang bakal memberi manfaat yang lebih kepada warga peneroka.

Dengan populasi warga Felda yang makin meningkat, Felda sebagai Economic Powerhouse akan semakin relevan untuk menampung pertumbuhan ini.

Transformasi ini akan menggalakkan peningkatan pengeluaran dari aset perladangan serta menambah baik nilai Felda.

Generasi baru tidak perlu hanya menjadi golongan peneroka di rancangan tanah sendiri, mereka perlu keluar meneroka sumber dan sektor perniagaan dan perladangan baru di luar negara.

Ada pihak berpendapat tanggungjawab sosial korporat (CSR) Felda kepada peneroka terlampau banyak sehingga tidak masuk akal seperti menyediakan perumahan untuk generasi kedua?

Felda tidak lagi menerima bantuan daripada kerajaan dan tanggungjawab korporat yang diberikan Felda adalah hasil daripada usaha peneroka sendiri. Ini sama seperti Sime Darby atau Petronas yang menyediakan kemudahan kepada warga mereka.

Pemegang saham utama Felda ialah para peneroka jadi tidak hairanlah jika tanggungjawab korporat dipulangkan semula kepada pembangunan sosioekonomi peneroka serta generasi akan datang.

Setakat mana kejayaan pendidikan bagi menjana perubahan minda dan idea kepada generasi baru Felda termasuk menjadikan mereka usahawan berjaya?

Pembangunan modal insan amat penting dan anak-anak Felda diberikan peluang yang cukup luas untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi.

Ramai anak Felda yang telah berjaya dan kini mencurahkan bakti semula di tanah rancangan. Anak-anak peneroka ini bukan hanya bergantung hasil pendapatan dari perladangan sahaja tetapi turut mempelbagaikan aktiviti berkaitan perladangan yang dapat menambahkan pendapatan ataupun menggunakan teknologi terkini untuk mendapatkan pengeluaran yang efisien.

Ada juga anak peneroka walaupun berkelulusan ijazah tetapi kembali mengusahakan ladang kerana mereka dapat melihat potensi yang boleh diraih daripada hasil tanah.

Pendidikan mampu menjana perubahan minda serta idea dan dengan adanya Internet, banyak yang boleh dipelajari. Kejayaan kini menunjukkan, generasi baru Felda yang berjaya dalam pengajian tinggi adalah seramai 76,483 orang.

Mereka terdiri daripada 28,737 yang memperoleh pendidikan di peringkat ijazah dan seramai 1,567 di kalangan mereka memperoleh ijazah di peringkat kedoktoran (PhD). Seramai 47,688 generasi baru pula memperoleh pendidikan di peringkat diploma.

Tan Sri, ada pihak yang berpendapat anak-anak syarikat Felda perlu kekal dengan keadaan sedia ada?

Transformasi Felda yang akan melibatkan penyusunan dan penstrukturan semula peranan akan menyerlahkan potensi sebenar anak-anak syarikat ini yang manfaatnya bakal dinikmati para peneroka dari segi pekerjaan dan ekonomi.

Penyenaraian MSM adalah sebahagian daripada program transformasi Felda dan kejayaannya di Bursa Malaysia telah melihat ramai sama ada peneroka ataupun masyarakat Malaysia yang mahu Felda mengulangi kejayaan ini.

Keuntungan yang bakal diperolehi daripada transformasi ini merupakan pemangkin kepada pertumbuhan Felda.

Setiap warga Felda perlu melakukan transformasi ini untuk kelestarian Felda dalam 50 tahun kedua. Jika Felda kekal seperti sedia ada, ini bermakna Felda mengekang potensi pertumbuhan syarikatnya dan secara tidak langsung juga mengekangkan pendapatan dan pertumbuhan generasi baru.

Patutkah Felda memberi tumpuan untuk menjawab segala tohmahan yang dibuat parti pembangkang?

Ini berlaku kerana kejayaan peneroka Felda sebenarnya dicemburui oleh pihak lain. Selalunya kalau sesuatu rancangan yang berjaya, memanglah ada yang tak puas hati.

Bagi saya walaupun apa sahaja tohmahan, warga Felda sendiri tahu menilai antara emas dan kaca.

Bagaimanakah langkah transformasi Felda ini seiring dengan penglibatan kerajaan dalam perniagaan (GRIB) sektor swasta?

Penglibatan kerajaan dalam perniagaan sektor swasta ini adalah bertujuan untuk mencari peluang bagi menambah baik kecairan pasaran modal dan mengelakkan keadaan anti persaingan ataupun monopoli dalam sektor swasta.

Ini adalah penting untuk memastikan ekonomi Malaysia yang dipacu oleh sektor swasta adalah lebih kompetitif dan berdaya maju. Berdasarkan rasional ini, badan kerajaan yang kini menjalankan dwifungsi iaitu sebagai badan kawal selia dan juga perniagaan perlu dipisahkan.

Lebih 50 tahun lalu Felda ditubuhkan sebagai satu badan sosial kini telah menjadi satu entiti perniagaan yang berjaya.

Jadi, transformasi Felda yang memisahkan peranan antara komersil dan sosial bakal menyaksikan Felda memainkan peranan penting dalam menjayakan GRIB yang juga akan mempertingkat daya saing Kumpulan Felda.

Memakmurkan luar bandar

Posted:

Memakmurkan luar bandar

Memakmurkan luar bandar

Oleh ROHAMI SHAFIE
PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Kolej Perniagaan (COB), Universiti Utara Malaysia.

Fokus ketiga Bajet 2012 tertumpu pada program transformasi luar bandar yang mana ia selari dengan Dasar Transformasi Nasional (DTN). Pastinya yang akan menerima manfaatnya ialah masyarakat luar bandar.

Ketika negara bergerak menuju ke arah negara maju dalam tempoh tidak sampai 9 tahun akan datang, masyarakat luar bandar tidak boleh sesekali dipinggirkan. Masih ramai penduduk Malaysia dikategorikan sebagai masyarakat luar bandar.

Lihatlah di negeri-negeri seperti Kedah, Perlis, Perak, Johor, Kelantan, Terengganu, Pahang, hatta Sarawak dan Sabah terdapat ramai rakyat Malaysia yang boleh dikategorikan sebagai masyarakat luar bandar. Mereka ini perlu dibantu secara berterusan sehingga mereka boleh berdikari.

Mungkin ada yang berpendapat ia seolah-olah memberi tongkat kepada mereka. Pandangan sebegini tidak mengambil kira betapa masyarakat luar bandar masih jauh ketinggalan berbanding penduduk bandar.

Mereka masih daif dari segi menikmati kemudahan yang terbaik. Meminggirkan mereka akan menyebabkan jurang kemudahan di antara penduduk bandar dan luar bandar akan semakin besar dan seterusnya meningkatkan lagi jurang pendapatan di antara golongan kaya dan golongan miskin tegar.

Peluang pekerjaan yang lebih meluas perlu disediakan kepada mereka bagi meningkatkan pendapatan isi rumah masyarakat luar bandar. Umum mengetahui apabila disebut sahaja masyarakat luar bandar, apa yang terlintas di fikiran bagi setiap daripada kita ialah sektor pertanian.

Maka, melalui Bajet 2012, kerajaan akan melaksanakan Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 dan mewujudkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) yang berfungsi sebagai pusat integrasi perkhidmatan bagi sektor pertanian.

Bahkan RTC juga bertindak untuk sektor-sektor yang penting seperti perbankan dan insurans, khidmat nasihat perniagaaan, latihan dan kemahiran dan klinik serta ruang niaga.

Di samping itu, Program Lonjakan Mega Luar Bandar seluas 6,500 hektar di 11 kawasan Projek Agropolitan seluruh negara yang merangkumi tanaman komoditi, penanaman kontan dan ternakan ikan sangkar dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM110 juta akan dilaksanakan.

Program tanaman getah serta kelapa sawit juga bakal dilaksanakan untuk 20,000 pekebun kecil.

Sebanyak RM5 bilion akan disediakan untuk memperkukuhkan pembangunan infrastruktur asas luar bandar merangkumi Program Jalan Luar Bandar dan Projek Perhubungan Desa untuk 1.76 juta penduduk bandar (RM1.8 bilion), RM2.1 bilion bagi memperluaskan liputan bekalan air bersih yang melibatkan 200,000 rumah serta RM1.1 bilion untuk menyalurkan tenaga elektrik khususnya di Sabah dan Sarawak.

Penyediaan bekalan air bersih di Sarawak juga melibatkan projek retikulasi dan kaedah tadahan hujan yang memberi faedah hampir 100 penduduk. Projek bekalan air bersih juga diperluaskan untuk kawasan-kawasan Felda di Pahang, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang melibatkan peruntukan sebanyak RM400 juta.

Pengangkutan awam luar bandar juga menjadi salah satu agenda utama dalam menjayakan transformasi luar bandar. Sebanyak RM28 juta sebagai pinjaman diperuntukkan bagi pengusaha bas berhenti-henti, bas mini dan bas sekolah bagi meningkatkan kualiti pengangkutan awam di luar bandar.

Selain itu, Bajet 2012 tetap memberi perhatian pada masyarakat Orang Asli. Mereka bakal menerima habuan sebanyak RM90 juta dalam bentuk kemudahan asas yang lebih baik serta program penjanaan pendapatan.

Selain kemudahan asas yang lebih baik, sektor pendidikan dan perumahan juga diberi keutamaan. Sebagai contoh, bagi tahun 2012, pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan disediakan secara percuma, manakala bantuan persekolahan sebanyak RM100 untuk pelajar Tahun 1 sehingga Tingkatan 5 serta baucar buku sebanyak RM200 untuk pelajar universiti akan meringankan beban ibu bapa yang dikategorikan sebagai masyarakat luar bandar.

Langkah ini membantu anak-anak mereka bagi mendapatkan pendidikan terbaik dan memperoleh kerjaya yang bagus seterusnya membantu mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

Inilah dikatakan sebagai tongkat yang tidak boleh sesekali dihapuskan untuk membantu masyarakat luar bandar agar berjaya di kemudian hari.

Kemudahan-kemudahan pendidikan yang lebih baik secara percuma perlu juga seiring dengan suasana pembelajaran yang kondusif di rumah bagi membolehkan para pelajar luar bandar menelaah pelajaran dengan lebih baik.

Justeru, Bajet 2012 akan meneruskan Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara melibatkan 15,000 unit rumah dan Program Perumahan Mesra Rakyat oleh Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) yang mana sebanyak RM20,000 ditanggung oleh kerajaan.

Sebahagian besar projek-projek perumahan ini bakal dinikmati oleh masyarakat luar bandar yang berpendapatan rendah.

Segala perancangan yang disediakan untuk masyarakat luar bandar dalam Bajet 2012 bertujuan untuk membantu memakmurkan mereka seiring dengan perkembangan ekonomi negara.

Sungguh pun begitu, usaha-usaha kerajaan tidak akan berjaya jika tiadanya anjakan paradigma di kalangan masyarakat luar bandar bahawa dalam dunia serba moden yang menitikberatkan daya saing dan ilmu pengetahuan, mereka juga tidak boleh sesekali mengharapkan tongkat buat selama-lamanya. Mereka juga perlu berubah dengan pantas seiring dengan peredaran semasa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Tablet jadi tumpuan

Posted:

Tablet jadi tumpuan

Tablet jadi tumpuan

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my


Zalman Aefendy Zainal Abidin (dua dari kiri) bersama Ketua Operasi Advance Data Celcom Axiata Berhad, Afizulazha Abdullah (tengah) dan Ketua Bahagian Mobile Phone Samsung Malaysia Electronic Sdn. Bhd., Lee Jui Siang menunjukkan Galaxy Tab 10.1 di Majlis Pelancaran Samsung Galaxy Tab 10.1 di ibu negara baru-baru ini.


SEJAK syarikat teknologi Apple Inc. memperkenalkan komputer tabletnya, iPad pada tahun lepas, produk seumpama itu terus mendapat tempat di hati penggemar gajet dunia.

Popularitinya yang semakin meningkat adalah disebabkan ia mempunyai reka bentuk serta binaan cukup ringkas selain menawarkan aplikasi canggih dan menyeluruh.

Seringkas nama tablet, peranti berkenaan mempunyai saiz yang kompak, ringan, nipis, mudah di bawa dan digunakan di mana-mana sahaja.

Tahun 2011 menyaksikan banyak syarikat teknologi dunia berlumba-lumba menghasilkan produk tablet mereka dengan tawaran pelbagai spesifikasi menarik dan sofistikated.

Tujuannya adalah untuk memberi lebih pilihan dan menarik perhatian pengguna memiliki produk mobiliti berkenaan.

Malah, sambutan luar biasa yang diterima produk tablet ketika ini dikatakan bakal mengatasi pasaran komputer netbook menjelang tahun 2012.

Berikut disenaraikan beberapa model komputer tablet yang baru diperkenalkan di pasaran negara.

Sambutan 130 tahun kecemerlangan OKI

Posted:

Sambutan 130 tahun kecemerlangan OKI

Sambutan 130 tahun kecemerlangan OKI

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN


PENCETAK OKI yang mempunyai spesifikasi memudahkan pengguna.


SEBUAH syarikat pengeluar produk teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) termasuk pencetak LED, OKI menyambut ulang tahunnya ke 130 sejak diasaskan di Tokyo, Jepun pada 1881.

Semasa sidang akhbar yang diadakan di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini, OKI Data, sebuah subsidiari kepada OKI Electric Industry pakar pencetak bagi pernigaan mengumumkan ulang tahun ke 130 jenama OKI dan melancarkan pencetak mono digital LED B800 siri A3 ke pasaran negara ini.

Ini merupakan permulaan kepada pencetak akan datang iaitu A4 mono MFP.

Diasaskan oleh Kibataro Oki pada tahun 1881, OKI membangunkan telefon domestik pertama Jepun dinamakan Microsound tidak lama selepas pelancarannya.

Antara produk yang mendapat pengiktirafan dalam sejarah Jepun adalah telefon automatik pertama Jepun dan komputer transistor pertama buatan Jepun yang menggunakan memori OKITAC-5090.

Sepanjang tempoh berkenaan, OKI menjadi pengasas bagi beberapa produk yang mendapat permintaan dunia seperti pencetak LED pertama dunia pada tahun 1981, mesin teler automatik (ATM) pada 1982, sistem Voice over Internet Protocol (VoIP) pertama di Jepun pada 1996 dan pelayan telefoni IP serasi Microsoft.NET bagi industri.

Dalam berkongsi kejayaan OKI, Timbalan Presiden OKI Data Corporation mendedahkan kejayaan OKI terletak kepada 'semangat keusahawan' yang subur dan diwarisi dalam sejarah syarikat.

"Kami melihat diri sebagai syarikat yang menyokong pembangunan infrastruktur sosial sama ada di Jepun atau luar negara.

"Dengan melihat pelanggan sebagai teras kejayaan, OKI sentiasa memastikan dan berusaha memenuhi keperluan pasaran dalam membangunkan produk bagi memuaskan hati pelanggan serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat bermaklumat," katanya.

Perniagaan OKI seluruh sedunia merentasi bidang Penyelesaian dan Perkhidmatan, Sistem Telekom, Sistem Infrastruktur Sosial, Sistem Mekatronik dan Pencetak.

Pada majlis yang sama, OKI memperkenalkan pencetak A3 mono LED, B820n dan B840n.

Pencetak mono siri B800 datang dengan kelajuan, kepelbagaian dan menggunakan peralatan bagi kertas A4 selain menawarkan kemudahan mencetak A3 apabila diperlukan.

Pengurus Besar Jabatan Pengurusan Produk, Kumpulan Pencetak Bisnes, Kumpulan OKI Data, Hirotomo Nonaka berkata, B840 direka khusus bagi memenuhi keperluan mencetak menggunakan kertas A3 bagi industri kecil dan sederhana (IKS), bisnes besar, pasaran vertikal termasuk syarikat pembinaan.

Siri B800 merupakan alternatif terbaik bagi mereka yang mencari pencetak yang pantas, kos rendah, mudah digunakan ditambah dengan penggunaan kertas cetak A3.

B840dn juga didatangkan dengan kaedah 'bayar per cetak' (dinamakan ES8140) di bawah 'Jumlah Urus Cetak', program Perkhidmatan Pengurusan Cetakan OKI (MPS) yang membantu organisasi mengurangkan cetakan dengan menyingkirkan bahan buangan melalui penyelesaian cetakan intuitif.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Berjaya tanpa bantuan

Posted:

Berjaya tanpa bantuan

Berjaya tanpa bantuan

Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN
Gambar DJOHAN SHAHRIN SHAH


Mistinah Sanduan menggunakan modal sendiri bagi membangunkan perniagaannya tanpa pinjaman daripada mana-mana pihak.


BAK kata orang di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalannya. Begitulah juga dengan Mistinah Sanduan, 57, yang mengusahakan pelbagai jenis biskut dan kerepek di rumahnya.

Segalanya bermula pada 1990 dengan berbekal wang RM250, Mistinah membeli barangan seperti ketuhar, kuali serta bahan-bahan mentah untuk membuat biskut menjelang musim perayaan.

"Daripada jumlah wang itulah segalanya berkembang menjadi seperti sekarang," katanya semasa ditemui di premisnya di Kimpalan Kreatif Peket 100 Simpang Lima, Sungai Besar, Selangor.

Mistinah yang telah lebih 20 tahun mengusahakan pelbagai produk industri asas tani seperti kerepek pisang tanduk, abu dan awak, kerepek bawang dan lima jenis biskut iaitu mama carrie, semperit, almond london, tart nanas dan biskut aiskrim dengan jenama Miscookies sempena nama Mistinah.

Beliau banyak dibantu oleh anaknya Khairul Azman Abdullah, 30, yang bertindak mengurus, merancang dan mencari bahan mentah bagi pembuatan kuih-muih dan kerepek terutama semasa musim perayaan.

Biarpun telah lebih 20 tahun mengusahakan produk industri asas tani, Mistinah masih menggunakan modal sendiri selain bantuan daripada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dan Jabatan Pertanian.

"Selama ini kami tidak pernah mendapat apa-apa bantuan atau pinjaman daripada mana-mana pihak.

"Segalanya kami beli sendiri daripada keuntungan yang didapati," katanya yang membeli sendiri ketuhar, mesin mengadun tepung, mesin menghiris pisang dan pelbagai jenis mesin bagi memudahkan tugasnya.

Bagaimanapun menjelang musim perayaan, Mistinah sedikit mengeluh kerana memerlukan modal yang banyak dan peralatan bagi menyediakan pelbagai produk untuk dipasarkan.

Buat masa ini produknya hanya dihantar ke Pasar Jawa Klang dan Pasar Borong Meru.

Ditanya mengenai sambutan yang diterima, Mistinah berkata, pelanggan memberikan maklum balas yang cukup memberangsangkan.

"Malah ada kalanya pengeluaran kerepek pisang yang boleh mencecah sehingga 300 kilogram sehari tidak dapat menampung permintaan yang semakin meningkat.

"Buat masa ini kami menghantar produk dua kali seminggu ke Pasar Jawa Klang dan Pasar Borong Meru selain ke kedai-kedai runcit berhampiran," katanya.

Justeru menjalang musim perayaan, Mistinah menggaji 20 orang pekerja berbanding hanya lapan orang semasa hari biasa.

Ditanya mengenai harapan masa depan, Mistinah menjawab, beliau sentiasa berharap bisnes yang akan diwarisi anak-anaknya terus berkembang.

"Saya berharap satu hari nanti jenama Miscookies akan dikenali ramai bukan hanya di Klang tetapi juga di tempat lain," katanya.

Pembaca yang berminat dengan produk Miscookies boleh menghubungi 012-6835355 atau 03-32242332.

Industri kerepek terus berkembang

Posted:

Industri kerepek terus berkembang

Industri kerepek terus berkembang

PEMBUATAN kerepek dan kudapan tradisional kini pesat berkembang dengan nilai jualan mencapai lebih RM150 juta sepanjang tahun lepas.

Sebut sahaja apa jenis kerepek sama ada ubi kayu, pisang, keledek, bawang, ubi pedas, ubi masin, pisang atau rempeyek, jarang lagi yang tidak dapat membayangkannya.

Malah ketika menonton televisyen atau bersembang minum petang bersama keluarga pun kerepek menjadi antara hidangan ringan.

Kalau suatu ketika dahulu produk kampung ini kelihatan comot tetapi kini sudah menyamai standard kudapan antarabangsa daripada segi kepelbagaian rasa, kesetaraan bentuk, saiz dan pembungkusannya.

Menurut data Pertumbuhan Industri Snek Malaysia daripada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), kerepek adalah penyumbang jualan terbesar dalam pertumbuhan industri itu dengan sasaran jualan sebanyak RM102.1 juta.

Pengerusi FAMA, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin berkata, peningkatan keseluruhan jualan bagi industri kudapan Malaysia kini berada pada tahap yang amat memberangsangkan dan keadaan ini disebabkan faktor permintaan yang tinggi di pasaran.

"Permintaan yang tinggi bagi kerepek telah menyebabkan ramai pengusaha menghadapi kekurangan bahan mentah seperti ubi kayu, ubi dan pisang.

"Bagi menampung kekurangan bahan mentah untuk pemprosesan kerepek, FAMA mewujudkan sistem ladang kontrak di mana peserta digalakkan bercucuk tanam dan hasilnya nanti akan dibeli oleh FAMA," katanya.

Selain kerepek, snek buah-buahan juga dijangka meningkat jualannya iaitu sebanyak RM46.7 juta berbanding RM44.5 juta tahun lepas. Angka ini belum termasuk kudapan lain seperti muruku dan kekacang.

Beliau berkata, menerusi promosi FAMA banyak produk tempatan yang berjaya dipasarkan di peringkat antarabangsa dengan menggunakan perakuan jenama 1Malaysia Best.

Katanya, kerepek tempatan seperti kerepek ubi kayu dan pisang bukan sahaja mempunyai peminatnya tersendiri dalam kalangan warga tempatan, bahkan turut diminati di luar negara.

"Setakat ini bagi kerepek, kita dah eksport ke Brunei Darussalam dan Asia Barat. Kita juga cuba untuk memasarkan produk tempatan ini ke negara lain, tetapi kita menghadapi kekurangan bahan mentah.

"Insya-Allah kita akan cuba tingkatkan pengeluaran bahan mentah itu, supaya banyak lagi negara yang boleh kita masuki pasarannya. Sekarang ini kerepek kita yang pelbagai jenis perasa sudah pun setanding dan mengambil tempat cip kentang keluaran luar negara," katanya.

Sementara itu, Abdulah Sani Adam, 67, dari Kampung Sungai Lang, Banting, satu daerah yang terkenal dengan produk kerepeknya, berkata kerepek kini diusahakan bukan lagi di rumah tetapi di kilang milik pengusahanya.

"Kini sebab dah terkenal, pakcik tengok bila nak dekat musim raya saja, mesti ramai datang ke Banting nak beli kerepek," katanya,

Industri snek ini dalam caranya tersendiri membantu menggerakkan ekonomi luar bandar dan meningkatkan pendapatan penduduk, yang tidak kurang banyaknya berusaha secara berkelompok di bawah projek Satu Industri Satu Kampung.

Sementara itu, Mohd Afiq Mohd Zain, 25, yang bekerja di kedai kerepek di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini berkata, sambutan meningkat masyarakat terhadap kerepek menyebabkan tuan kedainya memutuskan untuk terus berniaga di situ untuk tahun keempat.

"Saya di sini berniaga dah empat tahun iaitu ketika musim perayaan. Harga jualan kita masih lagi sama iaitu pada RM8, RM10 dan RM15 mengikut jenis kerepek. Jualan kita tak pernah tak habis. Setiap tahun kita berniaga, memang habis kerepek kita," katanya.

- BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved