Jumaat, 26 Julai 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Tengku Mahaleel jadi pilihan?

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Oleh Norzie Mohd. Khasbi
norzie.khasbi@utusan.com.my

Tengku Mahaleel Tengku Ariff

KUALA LUMPUR - Mesyuarat pemilihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini dijangka tidak akan menyaksikan pertandingan dengan jawatan Presiden kemungkinan besar diserahkan kepada salah seorang daripada tiga calonnya; Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

BAM akan cuba mendapatkan persetujuan sebulat suara daripada exconya yang akan bermesyuarat terlebih dahulu, dua jam sebelum Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) diadakan untuk melantik Presiden tanpa perlu melalui pertandingan, tradisi yang diamalkan selama ini.

Selain Tengku Mahaleel, Timbalan Presiden, Datuk Dr. Mohamed Al-Amin Abd. Majid dan Bendahari, Datuk Lim Teong Kiat juga berada dalam senarai calon yang akan dibincangkan oleh exco.

Malah, nama Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA), Datuk Mohamad Norza Zakaria juga pada awalnya berada dalam senarai tersebut, tetapi kerana beliau masih muda dan orang baharu, jadi sebahagian besar exco menganggap sebaiknya Norza hanya diberi peluang (jika berminat) pada penggal berikutnya.

Kebanyakan ahli majlis lebih cenderung ke arah Al-Amin, orang yang dianggap paling layak berdasarkan pengalaman luasnya dalam badminton negara.

Al-Amin juga pernah menjadi Setiausaha BAM, sekali gus dianggap orang paling berpengaruh selepas ketiadaan Datuk Seri Nadzmi Mohd. Salleh, yang berundur untuk memberi tumpuan kepada tugasan baharu sebagai Presiden Konfederasi Badminton Asia (BAC).

Bagaimanapun, Al-Amin dipercayai tidak mendapat 'restu' begitu juga dengan Teong Kiat, sekali gus meninggalkan Tengku Mahaleel, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings sebagai calon pilihan.

Apa yang menarik untuk diikuti hari ini, apakah ahli gabungan bersedia mengetepikannya dengan tetap memilih calon kegemaran mereka atau akur dan bersetuju menerima Tengku Mahaleel sebagai bos baharu mereka.

Walau siapa pun yang bakal menjadi pilihan untuk menggantikan Nadzmi, yang penting orang itu mestilah mampu memenuhi komitmen tinggi dan cukup berwibawa untuk membantu BAM mengembalikan zaman kegemilangan badminton negara.

Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei menjadi kebanggaan BAM di bawah kepemimpinan Nadzmi sejak 13 tahun lalu.

Memandangkan Chong Wei sudahpun menghadiahkan dua pingat perak Sukan Olimpik - Beijing 2008 dan London 2012, maka Presiden BAM selepas ini akan menggalas harapan lebih tinggi, iaitu mencari juara Olimpik pertama.

Malah, di bawah kepimpinan baharu nanti, badan badminton kebangsaan itu juga berdepan cabaran berat untuk mencari pemain yang mampu mengisi kekosongan Chong Wei, yang hampir menuju penghujung kariernya pada usia 31 tahun.

Mengembalikan Piala Thomas, yang kali terakhir dimenangi Malaysia di bawah kepimpinan Tan Sri Elyas Omar pada 1992 juga antara agenda utama yang perlu difikirkan oleh Presiden baharu, selain menentukan masa depan beregu utama, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong yang sebelum ini diberi peluang sehingga Kejohanan Dunia bulan depan oleh kepimpinan lama.

"Ketika menerajui BAM, antara cabaran besar yang saya hadapi adalah mencari satu lagi bakat seperti Lee Chong Wei. Saya harap, kepimpinan baharu nanti dapat mencari pendekatan baharu untuk melahirkan lebih ramai pemain berkualiti sepertinya. Kita juga memerlukan jurulatih yang berkaliber.

"Sepanjang 13 tahun menjadi Presiden BAM, saya belum nampak ada pemain lain yang memiliki karakter seperti Chong Wei. Dia mempunyai komitmen yang amat tinggi dan sangat fokus orangnya, tetapi malang sekali, dia selalu tidak bernasib baik dalam kejohanan besar," kata Nadzmi baru-baru ini.

Tengku Mahaleel, 66, yang merupakan Naib Presiden BAM dan Presiden Persatuan Badminton Kelantan sebelum ini enggan melibatkan diri dengan badan badminton kebangsaan itu, namun beliau bertukar pendirian pada saat akhir dengan bersetuju menawarkan diri jika ada pencalonan.

Menurut perlembagaan BAM, pencalonan semua jawatan yang dipertandingkan akan dilakukan pada hari AGM.

Presiden boleh dilantik dalam kalangan orang luar badan badminton itu, tetapi cadangan dan sokongan mesti datang daripada ahli gabungan.

Sementara itu, jawatan Timbalan Presiden juga dijangka menyaksikan satu kekosongan apabila Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah sebelum ini menyatakan keengganan untuk mengekalkan jawatannya.

Minta maaf Malaysia - Pandelela

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Pandelela Rinong menduduki tempat keenam acara 10 meter platform Kejohanan Terjun Dunia di Barcelona, Sepanyol, kelmarin. - AFP

KUALA LUMPUR - Hasrat Pandelela Rinong Pamg untuk menghadiahkan satu lagi pingat buat negara pada Kejohanan Dunia FINA 2013 di Barcelona, Sepanyol tidak kesampaian apabila dia sekadar menduduki tempat keenam dalam acara 10 meter platform, kelmarin.

Kekecewaan jelas terpancar di wajah penerjun kelahiran Sarawak itu apabila hanya mencatat mata 334.5, jauh ketinggalan dengan pemenang pingat emas Si Yajie dari China yang mengumpul 392.15 mata, diikuti pemenang pingat perak, Chen Ruolin 388.70.

Gangsa dalam acara tersebut diraih penerjun dari Ukraine, Luliia Prokopchuk yang meraih 358.40 mata.

Menurut Pandelela, dia berasa sangat kecewa dengan aksi kelmarin selepas gagal mengulangi pencapaiannya di Sukan Olimpik 2012 London, di mana ketika itu dia berjaya menghadiahkan pingat gangsa buat negara.

"Saya ada membuat kesilapan pada terjunan keempat, saya mahu minta maaf buat rakyat Malaysia," kata Pandelela yang sebelum ini berjaya meraih gangsa bersama Leong Mun Yee dalam acara 10 meter platform seirama.

Mengimbas kembali aksinya kelmarin, pada terjunan pertama Pandelela bermula dengan sederhana apabila hanya memungut 70.50 untuk menduduki tempat kelima, namun dia kembali bangkit di terjunan kedua dengan catatan 76.85 melonjak ke tangga ketiga.

Semuanya menjadi semakin sukar buat pelajar Universiti Malaya itu apabila pada terjunan ketiga dia dikenakan penalti selepas mencatat mata 54.50, namun masih mengekalkan kedudukan ketiga, terjunan keempat dia melakukan kesilapan dengan hanya mencatat mata 56.00 terus jatuh ke kedudukan keenam.

Terjunan terakhir dia mencatat 76.80 tetapi kekal di tempat keenam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Wanita disyaki ada hubungan sulit mati ditikam suami

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Than Dar

BATU GAJAH 26 Julai - Akibat mengesyaki isteri mempunyai hubungan sulit, seorang wanita ditikam sehingga mati oleh seorang lelaki dipercayai suaminya di bilik sewa mereka di sebuah rumah kedai dua tingkat di Jalan Pasar di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11.20 malam itu, mangsa, Than Dar, 25, seorang warga Indonesia yang bekerja sebagai pembantu kedai ditemui penyewa lain dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah serta mulutnya berbuih.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, polis yang menjalankan siasatan di lokasi kejadian, menemukan sebilah pisau pemotong sayur di bawah tubuh mangsa selain kesan tikaman di bahagian belakang badannya.

"Polis menangkap empat individu termasuk suaminya yang kesemuanya merupakan warga Myanmar dan berdaftar dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR).

"Kesemuanya yang berumur antara 20 hingga 30 tahun itu ditangkap di sekitar Batu Gajah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Shaharon Anuar berkata, polis percaya motif kejadian adalah disebabkan cemburu berikutan suami mangsa mempercayai isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Beliau berkata, mangsa tinggal bersama suami dan adik iparnya di dalam rumah kedai berkenaan manakala sebuah lagi bilik di sebelahnya dihuni dua lagi lelaki warga Myanmar.

"Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian disebabkan kesan tikaman di bahagian belakang yang menembusi paru-paru kanan mangsa.

"Kesemua suspek direman selama tujuh hari dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Sementara itu, jiran mangsa yang tinggal di tingkat atas rumah kedai berkenaan, G. Moganathas, 16, mendakwa, sewaktu kejadian, dia mendengar bunyi bising lalu mengetuk pintu rumah mangsa.

"Saya tidak boleh tidur malam kerana bunyi bising seperti bertengkar. Namun, suaminya kata tiada apa-apa. Selepas itu, saya kembali semula dan mendapati suaminya sudah melarikan diri bersama anak lelaki mereka berusia satu setengah tahun.

"Saya lihat mangsa mati terlentang, lalu menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan," katanya.

Pengemis Pakistan kutip RM3,000 sebulan

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Dua penguat kuasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan bertindak menahan seorang pengemis wanita warga Pakistan dalam operasi di lampu isyarat dekat Taman AST, Seremban, semalam.

SEREMBAN 26 Julai - Dengan wajah sedih dan tangan dihulur bersama tisu kepada pemandu kereta yang berhenti di lampu isyarat dekat Taman AST, dua wanita pengemis warga Pakistan boleh meraih sehingga RM3,000 sebulan.

Lebih mengejutkan ketika serbuan dilakukan oleh pegawai Imigresen di lokasi tersebut semalam, dua wanita berkenaan sudah pun memiliki tiket penerbangan pulang ke negara asal bersama beberapa keping wang RM1 dan RM5 dengan nilai RM300 hasil kutipan separuh hari mengemis di Jalan Sungai Ujong dekat Taman AST itu.

Kegiatan yang dilakukan warga Pakistan menggunakan Pas Lawatan Sosial selama sebulan ke negara ini dipercayai perbuatan satu sindiket yang menjalankan aktiviti itu sejak beberapa bulan lalu.

Pengarah Jabatan Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman memberitahu, penahanan kedua-duanya dibuat selepas orang ramai membuat aduan berhubung kegiatan itu yang boleh membahayakan keselamatan pemandu, terutama ketika menghampiri kenderaan di laluan sibuk.

"Ketika ditahan, dua wanita itu cuba melarikan diri. Hasil pemeriksaan lanjut terhadap dua wanita berusia 50-an, kami menemukan dua telefon bimbit, stok tisu muka selain longgokan wang di dalam empat buah beg yang dianggarkan berjumlah RM300," katanya di sini hari ini.

Jelas Faizal Fazri, siasatan lanjut turut mendapati mereka mempunyai salinan tiket penerbangan untuk pulang ke negara asal yang sepatutnya hari ini.

"Mereka mempunyai Pas Lawatan Sosial selama sebulan tetapi menyalahgunakan untuk tujuan mengemis," tegasnya.

Malah beliau percaya bahawa wujudnya sindiket terancang yang modus operandinya menggunakan wanita warga Pakistan yang berlainan identiti untuk tujuan mengaburi pihak berkuasa.

"Mereka ini kita lihat sebagai pengemis profesional dan boleh memperoleh pendapatan lebih RM3,000 sebulan hasil kutipan daripada orang ramai.

"Wang berkenaan akan digunakan untuk menyara kehidupan mereka beserta tambang pulang ke negara selepas tugasan selesai," katanya.

Tambah Faizal Fazri lagi, kesemua wanita berkenaan telah dibawa ke Jabatan Imigresen negeri di Wisma Negeri, dekat sini untuk siasatan lanjut sebelum tindakan susulan diambil.

"Kes ini disiasat di bawah Peraturan 39 (b) akta yang sama kerana melanggar syarat pas yang telah ditetapkan," jelas beliau.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Polis Pahang diberi ingatan

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my

KUANTAN 26 Julai - Polis diingatkan supaya memberikan perhatian secara menyeluruh terhadap semua kegiatan jenayah yang berlaku dengan tidak hanya tertumpu kepada kes-kes berprofil tinggi seperti bunuh sahaja.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, nasihat tersebut dinyatakan dalam mesyuarat keselamatan yang dipengerusikan baru-baru ini.

"Dalam mesyuarat itu, saya telah nasihatkan polis umpamanya jika ada orang melaporkan kes seperti kecurian kereta, ada polis menegur orang itu seperti mengapa tidak kunci kereta dan ini tidak sepatutnya berlaku.

"Sepatutnya sebagai pasukan keselamatan, kita perlu ambil apa jua kes jenayah yang berlaku dan tidak hanya memberikan tumpuan kepada kes-kes berprofil tinggi sahaja. Ini penting demi keadilan semua pihak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Pusat Data - Kepentingan Pengurusan dan Keselamatan Untuk Sektor Awam di sini baru-baru ini.

Muhammad Safian juga mengingatkan pihak polis supaya tidak terlalu menekankan kepada soal indeks seperti berlaku penurunan indeks jenayah di negeri ini.

"Saya sebenarnya tidak berminat bercerita soal indeks ini, kita duduk bercakap indeks turun tetapi jenayah berlaku juga. Apa yang orang hendak lihat bukan indeks tetapi penyelesaian," katanya.

Sementara itu, beliau melahirkan rasa kesal dengan kejadian pecah masuk ke atas rumah negeri di Taman Gelora di sini baru-baru ini.

"Ini kali kedua rumah negeri ini dipecah masuk dan daripada laporan, pencuri masuk melalui atap,'' katanya.

Pantau tanah secara menyeluruh elak diceroboh

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

KUANTAN 26 Julai - Pemantauan secara menyeluruh perlu dilakukan bagi menghalang mereka yang tidak bertanggungjawab daripada terus menceroboh dan meneroka tanah haram di seluruh negeri ini.

Yang Dipertua Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) negeri, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manap berkata, menceroboh dan mengusahakan tanah sewenang-wenangnya adalah satu kesalahan besar dan boleh menjejaskan perancangan pembangunan kerajaan.

"Dalam aspek ini, pemantauan perlu dilakukan bukan sahaja di kawasan seperti di kawasan tanah lembap atau Ramsar di Tasik Bera malah perlu melibatkan kawasan perlombongan seperti bijih dan pertanian.

"Kegiatan ini begitu licik, jika di kawasan Ramsar seluas 400 hektar itu pun mereka boleh menceroboh maka tidak mustahil berlaku di kawasan-kawasan lain di seluruh negeri ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan kawasan tanah lembap yang terdapat di sekeliling Tasik Bera diancam kepupusan selepas diceroboh secara sewenang-wenang nya untuk menjalankan aktiviti pertanian seperti ladang kelapa sawit tanpa sebarang kawalan dan penguatkuasaan.

Kelmarin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail berkata, kerajaan negeri akan mempertahankan kawasan yang diisytiharkan di peringkat antarabangsa sebagai kawasan tanah lembap pada 1994 itu serta tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada pihak yang terlibat.

Abd. Wahid berkata, kerajaan negeri perlu bertindak tegas bagi menangani kegiatan pencerobohan dan penerokaan tanah secara haram yang kini semakin berleluasa.

"Perkasa menyokong pendirian kerajaan negeri untuk tidak berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak tidak bertanggungjawab yang menceroboh kawasan Ramsar di Tasik Bera.

"Cuma apa yang kita harapkan bukan hanya pencerobohan di kawasan ini sahaja yang perlu diberi perhatian, malah kawasan-kawasan lain seperti perlombongan dan pertanian juga perlu diberikan perhatian khusus oleh kerajaan negeri," katanya.

Beliau berharap kerajaan negeri akan memperhebatkan penguatkuasaan bagi memastikan kegiatan pencerobohan dan penerokaan tanah dapat dibendung manakala pihak yang hanya mahu mengaut keuntungan dibawa ke muka pengadilan.

30 orang kurang upaya terima bantuan Aidilfitri sumbangan MPK

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Zulkifli Yaacob (kiri) sempat beramah mesra dengan ahli Bakbiis yang menerima sumbangan MPK di Pusat Transformasi Bandar di Kuantan, Pahang, kelmarin.

KUANTAN 26 Julai - Seramai 30 penerima orang kurang upaya (OKU) daripada Badan Kebajikan Bagi Insan Istimewa (Bakbiis) menerima sumbangan bantuan Aidilfitri disampaikan oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK).

Sumbangan menerusi program Kami Prihatin MPK itu disampaikan oleh Yang Dipertuanya, Datuk Zulkifli Yaacob dalam satu majlis di bilik mesyuarat Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pahang di sini semalam.

Yang turut hadir, Ahli Majlis MPK, Datuk Dr. Abd. Wahid Abd. Manap.

Pada majlis berkenaan, MPK turut menyampaikan sumbangan tujuh kerusi roda dan dua tongkat kepada ahli Bakbiis yang memerlukan.

Zulkifli berkata, majlis pemberian sumbangan itu adalah kesinambungan daripada program Ziarah Ramadan anjuran Bahagian Pembasmian Kemiskinan, Jabatan Perancangan Pembangunan MPK.

Pada program berkenaan katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu mengedar sumbangan keperluan harian iaitu bakul makanan untuk berbuka puasa kepada 200 orang isi rumah miskin di daerah ini.

"Pada tahun ini, pihak MPK memilih kampung-kampung di sekitar kawasan Gambang, Paya Bungor dan Sungai Lembing," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan berkenaan.

Menurutnya, perbelanjaan untuk bantuan kepada 30 penerima daripada Bakbiis itu disumbangkan oleh badan-badan korporat, syarikat swasta dan individu yang prihatin dengan nasib mereka yang memerlukan.

"Majlis ini diadakan sebagai tanggungjawab sosial MPK tanpa meminggirkan kebajikan mana-mana golongan di kawasan pentadbiran dan operasi MPK," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Wanita kesal telefon pintar tidak tahan lama

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Oleh UMAVATHI RAMAYAH

TELEFON bimbit dengan pelbagai ciri terkini dan canggih semakin menjadi keperluan masyarakat terutama dalam kalangan muda-mudi masa kini.

Apatah lagi, perkembangan teknologi menyaksikan produk peranti telefon pintar dan tablet versi baharu akan tampil di pasaran dalam tempoh beberapa bulan sahaja.

Kesemuanya itu dilakukan oleh syarikat-syarikat pengeluar telefon bimbit untuk memenuhi permintaan gaya hidup pengguna yang semakin berdaya maju.

Dengan permintaan yang kerap mencetuskan fenomena, tidak hairanlah ramai pengguna berlumba-

lumba dan berusaha untuk memiliki telefon bimbit terkini.

Namun bagi Azinar Jamaluddin, perasaan teruja memiliki telefon pintar berjenama iPhone5 keluaran Apple Inc. yang dibelinya secara ansuran dari sebuah pasar raya di ibu negara hanya bertahan selama enam bulan.

Ketika membelinya, pasar raya itu menjanjikan jaminan satu tahun dengan Apple Inc. dan jaminan tahun kedua akan disambung oleh pasar raya itu sendiri.

Apabila telefon bimbit pintar yang diuar-uarkan aplikasinya itu gagal berfungsi, pasar raya tersebut meminta Azinar pergi ke Apple Inc di Berjaya Times Square dan syarikat telekomunikasi yang dilangganinya untuk urusan kerosakan.

Apabila kedua-dua syarikat itu gagal membantu, pasar raya itu pula meminta RM1,000 untuk membaiki telefon bimbit pintar tersebut.

Berang dengan keadaan itu, wanita berusia 30-an itu memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di ibu negara baru-baru ini.

Selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak, Presiden TTPM, Badius Zaman Ahmad mengarahkan pasar raya itu membiayai serta membaiki kerosakan telefon bimbit tersebut dalam tempoh 14 hari.

Pasangan kontroversi bebas selepas bayar ikat jamin

Posted: 25 Jul 2013 08:56 PM PDT

ALVIN Tan dan Vivian Lee dengan tangan bergari diiringi anggota polis menuju ke kaunter pembayaran wang ikat jamin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/MOHD NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 26 Julai - Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini dibebaskan daripada tahanan setelah menyelesaikan urusan ikat jamin pembebasan mereka di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini.

Pasangan itu yang dibawa ke kompleks berkenaan pukul 10 pagi dilihat meninggalkan kompleks itu kira-kira pukul 10.27 pagi. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Pembangkang Pakistan ancam boikot pilihan raya Presiden

Posted: 26 Jul 2013 12:12 PM PDT

ISLAMABAD 27 Julai - Parti pembangkang utama Pakistan semalam mengumumkan akan memboikot pilihan raya Presiden negara ini sebagai membantah langkah mahkamah membenarkan pengundian diadakan lebih awal.

"Kami tidak mempunyai alternatif lain selain memboikot pilihan raya ini, kata Senator Raza Rabbani, calon Presiden dari parti Parti Rakyat Pakistan (PPP).

Mahkamah Agung Pakistan pada Rabu lalu memutuskan bahawa pilihan raya akan diadakan pada 30 Julai dan bukannya pada 6 Ogos selepas parti pemerintah mengemukakan aduan tarikh asal itu bertembung dengan penghujung Ramadan.

Menurut mahkamah, kebanyakan ahli Parlimen yang akan memilih pengganti kepada Presiden Asif Ali Zardari kini berada di Mekah bagi menunaikan umrah. - AFP

Abe cadang rundingan dengan China selesai hubungan dua hala

Posted: 26 Jul 2013 12:11 PM PDT

SINGAPURA 27 Julai - Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe semalam mencadangkan supaya diadakan rundingan peringkat tertinggi dengan melibatkan sama ada pemimpin-pemimpin China mahupun menteri luarnya.

Abe semasa dalam rangka lawatan ke Singapura berkata, rundingan itu perlu diadakan dalam masa terdekat tanpa sebarang prasyarat.

Katanya, hubungan antara dua negara berjiran itu adalah `saling menguntungkan dan perlu dikembalikan seperti sedia kala.

Hubungan antara dua negara kuasa besar Asia itu agak tegang sejak kebelakangan ini berikutan tuntutan bertindih kedua negara tersebut ke atas sebuah kepulauan di Laut China Timur. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Rani kahwin tahun depan

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

MUMBAI - Aktres jelita Bollywood, Rani Mukherjee bakal melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya, Aditya Chopra pada Januari tahun depan. Menurut sumber, tarikh rasmi telah ditetapkan, namun media hanya dimaklumkan bahawa majlis perkahwinan bakal diadakan tahun depan.

Pasangan itu sepatutnya melangsungkan perkahwinan tahun lalu, namun terpaksa ditangguhkan ekoran kematian bapa Chopra, iaitu pengarah

filem terkenal, Yash Chopra.

Mukherjee dan Chopra telah memilih tarikh perkahwinan

yang sesuai berdasarkan

tilikan keagamaan.

Pasangan ini akan

berkahwin mengikut adat istiadat masyarakat Punjabi," jelas sumber itu.

Kisah percintaan dan khabar angin perkahwinan pasangan itu sering menjadi tumpuan media.

Mukherjee dan Chopra turut berdepan dengan khabar angin bahawa mereka sudah berkahwin secara rahsia, namun pasangan itu menafikannya.

Bagaimanapun, keadaan kembali normal apabila kedua-dua keluarga pasangan itu membuat kenyataan pada tahun lalu bahawa mereka belum berkahwin. - AGENSI

Selena tertekan dengan Bieber

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

LOS ANGELES - Penyanyi dan juga aktres, Selena Gomez mengakui dia berasa tertekan sepanjang menjalin hubungan cinta dengan penyanyi pop, Justin Bieber.

Hal ini kerana Gomez berasa bosan dengan sikap liar dan keanak-anakkan yang ditunjukkan oleh Bieber.

Saya pasti anda dapat melihat reaksi muka saya yang tertekan pada kebanyakan gambar kami.

Saya menjalin hubungan dengan Bieber pada usia yang muda iaitu 18 tahun dan kami berdepan dengan pelbagai situasi yang rumit," katanya.

Bintang berusia 20 tahun itu juga mendedahkan dia tidak membenci peminat Bieber yang sering mengugutnya.

Saya faham perasaan anda menggilai seorang penyanyi dan saya anggap itu sebagai perkara biasa.

Saya juga pernah mempunyai penyanyi idola ketika kecil dan sanggup membuat apa sahaja untuk mengetahui tentang kehidupan mereka," ujarnya.

Bintang itu juga menolak dakwaan bahawa dia akan kembali bersama Bieber biarpun pelbagai khabar angin mengatakan mereka sering berjumpa selepas berpisah.- AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Kuala Besut: Pas patut cermin diri!

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Oleh Zulkifli Jalil

Seorang penyokong Pas memakai penutup hidung yang tertera Pas for All yang berlatar belakangkan poster calon dan bendera Barisan Nasional pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil N01 Kuala Besut, Terengganu, di Sekolah Kebangsaan Nail, pada 24 Julai lalu. - Utusan/Irwan Majid

IMPIAN pakatan pembangkang untuk menguasai Kuala Besut memang menggunung tinggi. Kata ketuanya, Anwar Ibrahim beberapa hari lepas, sejarah politik Terengganu akan berubah sekiranya calon Pas menang.

Katanya, kalau kerusi itu beralih arah, baharulah kerajaan Pusat terpinga-pinga, seterusnya akan pasti memberikan sepenuh perhatian kepada rakyat Terengganu.

Hasrat menggunung itu diperkuatkan lagi dengan kenyataan Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar bahawa Kuala Besut boleh mencipta rekod dunia jika berlaku perubahan yang memihak pembangkang.

Keinginan mencanak Pas untuk menakluki DUN Kuala Besut membawa kepada beberapa perbuatan provokasi, antaranya sehingga penyokong mereka sanggup mengedar risalah tertera rayuan Realisasikan semangat Melayu Bersatu, UMNO & Pas, inilah masanya 16:16." Walaupun di bawah helaian risalah itu terpampang logo empat pertubuhan, Perkasa, MBM, GPMS dan Pekida kononnya sebagai penaja gerak saraf itu, namun semua maklum itu adalah muslihat kader-kader pembangkang.

Apa akan terjadi seandainya BN kalah di Kuala Besut kelmarin? Walaupun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengatakan pihaknya tidak akan menuntut atau berebut jawatan Menteri Besar, namun sebaliknya cakap-cakap dalam kalangan penyokong mereka memang terang lagi bersuluh mahukan jawatan itu. Antaranya, dengan posisi 16:16, maka kemungkinan akan melibatkan juga campur tangan Sultan Terengganu.

Kata mereka, walaupun DUN tetap kekal dikuasai BN kerana parti kerajaan ada satu undi lagi iaitu Speaker lantikan BN, namun mereka tetap masih boleh mencabarnya. Jika Pas menang di Kuala Besut dan kemudian membuat usul undi tidak percaya kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, maka apa yang akan berlaku ketika itu?

Barangkalilah, sejarah Sidang DUN Perak di bawah pokok seperti yang berlaku pada 3 Mac 2009 boleh berulang kerana pembangkang boleh melakukan tindakan-tindakan yang di luar jangkaan.

Pembangkang boleh melakukan tindakan di luar dugaan untuk menarik perhatian rakyat. Walaupun perkara-perkara seumpama itu sepatutnya tidak perlu dilakukan tetapi tidak mustahil dilakukan oleh pembangkang.

Contoh terbaharu, demonstrasi Blackout 505 - itu juga salah satu cara mereka untuk mengalih perhatian rakyat dan membentuk kebencian rakyat kepada kerajaan.

Namun, malam 24 Julai lalu, kenyataannya di Kuala Besut memihak kepada BN. Ini apabila calon BN,

Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman meraih majoriti 2,592 undi, lebih tinggi berbanding 2,343 pada Mei lalu. Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memperoleh 8,288 manakala lawannya dari Pas, Endot @ Azlan Yusof mendapat 5,696 undi.

Sejumlah 79.78 peratus atau 14,108 orang daripada 17,683 pengundi di kawasan DUN Kuala Besut menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya kecil kawasan itu.

Dan mahu tak mahu Pas mesti terima hakikatnya bahawa parti itu tidak boleh pandang mudah kepada kekuatan UMNO.

Kalaupun dihidu dari peringkat awal lagi, kekalahan Pas di Kuala Besut memang telah dijangkakan. Perkara ini terang-terangan yang mana semua pihak percaya jangkaan ini.

Jentera Pas sendiri seakan-akan tidak bermaya.

Tidak seperti beberapa siri pilihan raya kecil yang berlangsung sebelum ini yang jelas menampakkan kesungguhan jentera dan petugas parti itu bersemuka dengan jentera dari BN, elemen ini tidak pula berlaku di Kuala Besut.

Kain rentang dan bendera Pas tidak banyak kelihatan berbanding suasana yang bertambah biru didominasi BN. Kumpulan ulama dan jentera muslimah seperti membawa haluan sendiri.

Dikatakan calon pilihan Naib Presiden Pas, Husam Musa itu sendiri berdepan sabotaj parti.

Ramai di Kuala Besut sudah mengagak perkara ini apatah lagi kelibat Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut juga langsung tidak kelihatan membantu jentera parti.

Dipercayai ini ada kaitan dengan rasa tidak puas hati mereka dengan tindakan kepimpinan Pas Pusat yang menolak mentah-mentah calon yang dikemukakan oleh Pas negeri dan kawasan.

Kerana itulah dikatakan Pas Pusat terpaksa membawa Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berusia 82 tahun turun padang membantu jentera meskipun beliau sendiri dalam keadaan cukup uzur.

Sepanduk-sepanduk serta poster yang dinaikkan oleh Pas untuk memburukkan UMNO dan BN hanya menjatuhkan imej Pas di mata penduduk Kuala Besut. Taktik menjanjikan pengundi berusia 21 tahun ke atas dengan petrol untuk motosikal secara percuma di saat-saat akhir juga telah memalit persepsi tidak baik penyokong Pas sendiri terhadap parti itu. Malah, kelibat pelajar-pelajar universiti terutama dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, juga tidak banyak membantu.

Pas bergerak bersendirian tanpa DAP yang akur dengan pengundi Cina di Kuala Besut - cuma berjumlah 148 orang manakala India cuma empat orang.

Namun ini sepatutnya tidak menggugat kewibawaan Pas yang memang cekap mempraktiskan syurga neraka, pahala dosa untuk kepentingan mereka.

Pas wajar akui hakikat mereka gagal dalam pilihan raya kecil pertama selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.

Tidak perlu bicara pasal undi popular, yang nyata Pas sewajarnya akur pakatan parti itu dengan DAP dan PKR banyak memalitkan imej tidak elok untuk mereka.

Dengan PRU-13 menyaksikan beberapa pemimpin Pas tewas termasuklah Mohamad Sabu, Salahuddin Ayub, Haron Din selain Mahfuz, yang tidak kalah tetapi kehilangan Kedah selain Nik Abdul Aziz sendiri yang kian terpinggir, Pas kena mencongak masa depan parti sendiri.

Kemenangan UMNO di Kuala Besut memastikan kestabilan politik negeri terjamin.

Memanjatkan syukur! Sidang DUN di bawah pokok tidak berulang di negeri itu.

Ambil tahu bahaya penyebaran ajaran Syiah di Malaysia

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Oleh Azman Anuar

PENYEBARAN ajaran sesat Syiah bukan isu baharu. Kita sudah mendengar kesesatan ajaran itu pada tahun 1990-an lagi.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 pun telah memutuskan ajaran Islam yang lain daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam.

Sebab itu beberapa kali, Majlis Fatwa Kebangsaan mengingatkan sebarang bentuk penyebaran Syiah atau ajaran agama lain daripada ajaran Islam mengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah di negara ini adalah dilarang.

Baru-baru ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengisytiharkan sebuah pertubuhan bernama Pertubuhan Syiah Malaysia sebagai haram berkuat kuasa serta-merta mengikut Seksyen 5 (1), Akta Pertubuhan 1966 kerana mencetuskan keresahan dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Syabas diucapkan kepada kepimpinan KDN yang baru ini. Pihak berkuasa agama negeri khasnya, kenalah bertindak tegas terhadap penganut fahaman Syiah ini. Kita kena bendung pengembangan Syiah di negara ini sebelum terlewat.

Kesan buruk ajaran ini dapat kita lihat pada konflik yang wujud antara puak Syiah dan Sunni di Iraq, Pakistan dan beberapa negara Arab. Mereka saling bermusuhan dan berbunuhan. Apakah kita harus membiarkan gejala ini meresap masuk dan mempengaruhi umat Melayu dan Islam di Malaysia?

Kita sedar, sejak fatwa penyelewengan itu dikeluarkan, belum nampak satu tindakan tegas dan berani diambil terhadap individu yang dilihat cuba menyebarkan dakyah ajaran Syiah itu.

Hakikatnya, memang bukan mudah untuk pihak berkuasa dan jabatan agama mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas sebarang aktiviti penyebaran fahaman itu. Punca halangan itu ialah terdapat beberapa negeri belum mewartakan enakmen berhubung isu Syiah berkenaan.

Sebab itu gesaan supaya setiap negeri yang belum mewartakan fatwa menyekat penyebaran syiah tersebut perlu dilaksanakan segera. Ia bertujuan bagi membolehkan penguatkuasaan dapat dilaksana secara menyeluruh.

Kita kena faham kenapa Syiah tidak boleh disebar di Malaysia. Syiah bukan ajaran Islam, jadi statusnya sama seperti agama-agama lain di negara ini. Oleh itu pengikut Syiah boleh mengamalkan ajaran mereka tetapi dilarang sama sekali mengembangkan atau menyebarkan fahaman tersebut kepada umat Islam yang majoritinya mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Pengaruh ajaran sesat Syiah dilaporkan semakin berkembang di negara ini berdasarkan bilangan ahli pertubuhan tersebut.

Hal ini menjadi lebih membimbangkan apabila ada dakwaan beberapa tokoh politik tertentu terlibat sebagai penganut dan pihak yang bertanggungjawab dalam menyebarkan fahaman Syiah itu di negara ini.

Hasil carian maklumat dalam Internet, didapati gerakan Syiah di Malaysia dibiayai secara langsung oleh kerajaan dan ahli perniagaan Iran. Menerusi gerakan ini, fahaman Syiah disebarkan dengan meluas tanpa sebarang tindakan berkesan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Akhirnya muncul beberapa tokoh profesional Syiah dalam kalangan pemimpin berpengaruh, pensyarah, ahli profesional, pakar perubatan, golongan guru termasuk guru agama sekolah.

Pada hari ini, gerakan menyebarkan fahaman Syiah ini bergerak secara terang-terangan berikutan pertambahan 'ahli' mereka.

Cari dan bacalah maklumat mengenai penyebaran fahaman Syiah di Malaysia supaya kita memahami gerakan mereka.

Kini mereka sebar melalui Internet. Sebelum ini gerakan Syiah menyebarkan fahaman melalui beberapa cara. Pertama melalui lawatan pemimpin negara Iran ke Malaysia yang disusuli dengan kempen dan penerangan fahaman Syiah serta lawatan rakyat Malaysia ke Republik Islam Iran itu.

Kedua melalui pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar di Iran dengan diberi biasiswa dan kemudahan asas yang secukupnya atau melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.

Ketiga, dengan memberi hadiah berupa buku fahaman Syiah kepada perpustakaan-perpustakaan umum seperti perpustakaan universiti, masjid dan kedai buku yang terkenal.

Banyak maklumat tentang penyelewengan dan bahaya ajaran Syiah perlu kita ketahui.

Langkah Kementerian Dalam Negeri memantau dan sedia mengambil tindakan undang-undang ke atas beberapa pemimpin kanan sebuah parti politik kerana bertanggungjawab menyebarkan fahaman Syiah di negara ini sangat dialu-alukan.

Apa yang patut kita lakukan sebagai rakyat dan umat Islam berfahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah?

Ikutlah nasihat Tun Dr. Mahathir Mohamad, sebagai ibu bapa dan guru agama elok mereka menyemai dengan mendalam pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kalangan anak-anak sejak kecil bagi membolehkannya dijadikan pegangan kukuh ketika dewasa kelak.

Kata negarawan itu, kegagalan berbuat demikian, dikhuatiri akan menyebabkan mereka mudah dipengaruhi ajaran lain seperti Syiah atau ajaran sesat yang akan memecah belahkan masyarakat Islam.

Sejak beberapa tahun lalu pelbagai ancaman menimpa umat Islam di Malaysia, namun ada pihak buat tidak tahu apabila perpecahan kecil akhirnya mengancam kedudukan agama dan bangsa mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Jejaka 'sombong' pelengkap hidup Norshahida

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

AHMAD Sani pernah mengadakan candle light dinner secara mengejut dalam usaha memikat hati wanita impiannya, Norshahida Azmi ketika mereka mengikuti pengajian di Institut Pendidikan Guru Sultan Abdul Halim Sungai Petani, Kedah.

SIFAT pemalu apabila berhadapan dengan wanita yang ada pada diri Pengerusi Kumpulan Al-Araby, Ahmad Sani Araby, 29, membuatkan dia pernah dianggap sombong oleh Norshahida Azmi,29.

Tanggapan itu muncul apabila setiap kali mereka berselisih menuju ke kelas ketika sama-sama menuntut di Institut Pendidikan Guru (IPG) Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah pada 2000, Ahmad Sani hanya tunduk tanpa memandang wajah wanita yang kini menjadi isterinya.

Menurutnya, biarpun ketika di kampus dia bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti kokurikulum serta mengenali hampir semua penuntut di IPG, namun sifat pemalu yang menebal dalam dirinya membuatkannya tidak mampu untuk mengangkat wajah melihat pelajar wanita yang berselisih dengannya.

Itulah sebabnya saya sering tunduk ketika berjalan. Walaupun saya sering berselisih dengan Norshahida yang sebenarnya adalah wanita yang saya minati, namun saya tetap tidak mahu memandangnya.

Malah saya juga tidak pernah perasan Norshahida berbaris di sebelah kelas saya sebelum memulakan kuliah pada setiap pagi," katanya ketika ditemui S2 di Restoran Araby di Seberang Jaya, Pulau Pinang baru-baru ini.

Ahmad Sani, berkata, perkenalannya dengan Norshahida cukup unik kerana dia terpikat melihat seorang gadis yang cukup ayu berbaju pengakap melintasi keretanya. Namun perasaan teruja untuk mengenali gadis itu hanya tersimpan di dalam hati.

Tambahnya, dia kemudiannya meminta bantuan rakan-rakan untuk mengenali Norshahida lebih mendalam.

Saya minta bantuan rakan-rakan tetapi alangkah kecewanya saya apabila saya dimaklumkan bahawa gadis itu (Norshahida) telah memiliki teman istimewa," ujarnya.

Namun dia tidak putus asa dan terus cuba mendekati Norshahida. Ahmad Sani bernasib baik kerana tindakan seorang pensyarah yang sering memberi peluang kepada mereka yang aktif dalam nasyid dan koir membuat persembahan bersama dalam majlis-majlis keramaian di IPG berjaya merapatkan silaturahim mereka.

Selepas enam bulan, barulah saya dapat mengenali hati budinya. Sungguhpun begitu, kami tidak pernah keluar berdua-duaan, malah hanya berhubung melalui perantaraan rakan-rakan.

Satu lagi cara kami berhubung adalah dengan menyelitkan surat di dalam novel yang akan dihantar oleh rakan-rakan sehingga suatu hari, saya merancang untuk membuat kejutan sempena hari jadinya.

Saya rancang untuk buat candle light dinner di kantin kampus dan ingin membuat kejutan kepada Norshahida dengan dibantu rakan-rakan," ceritanya yang turut menjadi imam di kampus IPG pada masa itu.

Menceritakan lagi, katanya, rakan-rakannya menjadi penyelamat majlis berkenaan kerana mereka sanggup bertindak sebagai pengawal sekiranya diserbu oleh pihak pengurusan IPG.

Norshahida yang sesekali menyampuk berkata, dia terharu apabila menerima kejutan daripada Ahmad Sani kerana selama ini, dia tidak menyangka jejaka itulah yang sering berselisih dengannya setiap hari.

Saya sebenarnya tidak percaya yang dia adalah Ahmad Sani yang sering menghantar surat kepada saya. Ini kerana saya tengok dia sombong dan tak pernah memandang saya yang sering tersenyum kepadanya setiap kali berselisih.

Lagipun, saya merasa rendah diri sebab Sani mengambil jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL), manakala saya hanya mengambil jurusan Prasekolah," ujarnya.

Benarlah apa yang dikata. Kalau sudah jodoh tidak ke mana. Jika itulah jodoh yang sampai maka Norshahida menerimanya dengan reda.

Justeru, selepas hampir empat tahun menjalin hubungan, pasangan tersebut kemudiannya mengikat tali pertunangan pada 2006 sebelum diijabkabulkan pada 2 Oktober 2008.

Namun pasangan itu menunggu hampir empat tahun sebelum dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Allesanda Az-Zahra yang kini berusia setahun lima bulan.

Ditanya bagaimana dia membahagikan masa antara keluarga, perniagaan dan aktiviti dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pengarah Strategik Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) itu berkata, setiap kali masa terluang akan diisi sepenuhnya bersama keluarga.

Sekarang saya terpaksa berikan lebih masa kepada peniagaan, sebab saya jaga lapan anak syarikat di bawah Kumpulan Al-Araby, antaranya dalam bidang restoran, percetakan, pasar raya, perladangan dan penternakan yang sedang berkembang.

Pada masa sama, saya juga tidak lupakan aktiviti kemanusiaan termasuk ke Gaza, Syria, Mesir dan Myanmar, selain terbaru dilantik sebagai Pengarah Misi Kemanusiaan Mapim di Acheh, Indonesia," ujarnya.

Jelas Ahmad Sani, apa yang dilakukan dalam Mapim itu adalah hasrat yang harus ditunaikan kerana dia berazam selepas memiliki cahaya mata, isterinya harus memberikan masa selama tujuh tahun kepadanya untuk melakukan misi kemanusiaan serta menumpukan kepada perniagaan.

Selepas tujuh tahun, saya akan memperlahankan aktiviti luar dan tumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga," ujarnya mengakhiri pertemuan.

Air mata Ramadan seorang isteri yang menjeruk rasa

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

SECARA kebetulan atau memang takdir yang menentukan perkenalan saya dengan wanita ini yang membahasakan dirinya sebagai Balqis (bukan nama sebenar).

Semuanya bermula di Facebook. Namun hubungan itu berterusan dan Balqis sering meluahkan masalahnya kepada saya setiap kali ada masa terluang.

Banyak perkara yang kami kongsi bersama, tentang rumah tangga, kerjaya, masa depan dan anak-anak termasuk juga kisahnya yang digantung tidak bertali selama hampir 15 tahun.

Mengenalinya, Balqis seorang wanita yang hebat, tabah dan penyabar. Hinggalah kesabarannya itu telah tidak dapat dibendung lagi sehingga Balqis akhirnya mengalah pada keadaan kerana tidak lagi larat menanggung masalah rumah tangganya.

Saya meminta izin Balqis untuk berkongsi ceritanya dengan pembaca. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Ini cerita Balqis.

"Salam Ramadan untuk pembaca semua. Saya pernah berjanji untuk menulis kisah hidup saya di ruangan ini kepada Puan Normala. Alhamdulillah, kini baru hajat saya tertunai. Maaflah sebab saya terpaksa berdepan dengan kelangsungan hidup yang amat menyulitkan.

"Nama saya Balqis, berusia lewat 40-an, berkahwin 22 tahun yang lalu dengan seorang lelaki yang bernama Izat (bukan nama sebenar).

"Kami dikurniakan tiga orang anak yang baik-baik tingkah lakunya. Anak sulung masih menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan yang kedua serta ketiga di sekolah menengah.

"Selama usia perkahwinan kami, Izat memang tidak ambil kisah, nafkah, sara hidup, tempat tinggal dan lain-lain tidak diberikan. Semuanya saya yang tanggung.

"Saya mempunyai pekerjaan tetap. Tetapi saya juga buat kerja sambilan di sebuah kedai membantu kawan. Pada hujung minggu dan ada kelapangan saya buat kuih muih untuk jualan walaupun tidak pada musim raya.

"Semuanya saya lakukan untuk menambah pendapatan kami sekeluarga. Saya perlu kerja keras untuk menyara tiga orang anak saya kerana tidak mahu anak-anak tidak mendapat pembelaan. Saya mahu mereka hidup seperti anak-anak lain yang ada ayah dan ibu.

"Suami nampak bagaimana saya bekerja setiap hari. Ke sana sini saya mencari duit tetapi dia buat tak tahu sahaja. Dia dengan dunianya dan sedikit pun tidak rasa bersalah.

"Tapi saya tidak mahu berkeras dengan suami kerana bimbang dia akan mengapa-apakan saya dan anak-anak. Faham-faham sahajalah orang yang mengambil dadah, bagaimana sikap mereka kalau bekalan tidak ada.

"Pada masa yang sama, saya bagi tahu anak-anak buruk macam mana perangai ayah mereka, sebagai anak mereka perlu hormat, kasih dan menjaganya apabila mereka telah berjaya kelak.

"Tentu ramai yang tanya kenapa saya boleh bertahan lama? Sebabnya, saya tidak mahu ada kepincangan dalam kehidupan yang membabitkan masa depan anak-anak. Saya pendam segala perasaan, suka duka sepanjang berkongsi hidup dengan Izat.

"Saya tidak pernah putus berdoa agar dia berubah. Malah air mata saya sudah kering untuk menangisi masalah rumah tangga saya.

"Dari sehari ke sehari perangai Izat dan hidup kami tetap sama. Nafkah zahir batin saya entah di mana, sakit demam saya dan anak-anak kami sendiri yang uruskan. Walaupun suami bekerja, duit gajinya entah ke mana dihabiskan.

"Apabila saya tanya kena marah, tak tanya langsung tak merasa duitnya. Kadang-kadang saya juga mengalami kesempitan tetapi mujur wang simpanan hasil menjual kuih muih dan buat kerja sambilan menjadi penyelamat.

"Wang itulah yang membantu persekolahan anak-anak, bayar tuisyen, mengaji dan duit bas. Alhamdulillah kami belum pernah kelaparan.

"Pada hari raya pula, saya tidak pernah meminta pakaian sedondon seperti orang sekarang, anak-anak tidak merungut jika saya beli pakaian yang murah sebab mereka tahu bagaimana susahnya saya mencari duit dan perangai ayah mereka. Malah langsir dan keperluan lain untuk hari raya tidak pernah berganti.

"Sehingga kini, saya merasakan mereka memahami masalah yang saya hadapi dengan ayah mereka dan kenapa saya ingin berpisah dengan ayah mereka.

"Saya tidak berniat untuk mengaibkan sesiapa tetapi ingin berkongsi kisah saya agar ia menjadi teladan kepada pasangan suami isteri yang lain betapa tanggungjawab sebagai ketua keluarga itu sangat penting bagi seorang lelaki yang bergelar suami.

"Untuk makluman, suami saya seorang yang tidak pernah solat, tidak puasa, main nombor ekor dan mencari rezeki yang meragukan. Dia juga mempunyai hubungan dengan ramai wanita dan seorang penagih.

"Seingat saya sudah 20 tahun dia menagih. Dalam tempoh itu sekali pun saya tidak pernah melihat dia menunaikan solat tarawih.

"Saya bukan mahu dia jadi manusia yang sangat sempurna, memadai seadanya. Seorang lelaki yang boleh dijadikan ketua keluarga, suami dan bapa yang penyayang. Ketika catatan ini disiarkan, kita sudah 18 hari berpuasa tetapi suami saya rasanya hanya berpuasa pada hari pertama sahaja.

"Bukan nak tuduh tetapi kalau terjumpa puntung rokok di tandas pada pukul 9 pagi, siapa lagi yang punya? Sebab hanya dia seorang sahaja lelaki dalam rumah kami.

"Kak, saya sudah puas bersabar, berdoa agar dia berubah, sehingga kini Allah masih belum kabulkan, malah keajaiban yang saya tunggu-tunggu juga belum diizinkan oleh Allah.

"Hujung tahun lalu saya menjalani pembedahan. Ketika luka masih merah, saya mencuri-curi mengesan pelbagai mesej masuk ke telefon suami. Macam-macam sehinggakan saya tidak sanggup membacanya lagi.

"Dalam kesakitan hati menjadi tawar dan terus merentap kesabaran yang selama ini saya pertahankan. Saya ajak anak-anak berbincang dan meminta pandangan mereka.

"Setelah saya terangkan kenapa saya harus berpisah dengan ayah mereka, kesemuanya setuju kerana mereka amat berharap saya akan bahagia selepas ini dan dapat menjalani hidup seperti orang lain, tanpa derita dan memendam rasa dengan perbuatan suami.

"Namun begitu, bukan mudah untuk saya buat keputusan. Ini kali kedua saya naik mahkamah dan saya berharap kali ini semuanya akan selesai. Saya tidak peduli lagi apa yang akan berlaku. Saya mahu bebas. Bebas dalam erti kata sebenar untuk terus hidup. Anak-anak adalah segala-galanya bagi saya. Merekalah dunia dan kehidupan saya. Cukuplah saya digantung tidak bertali selama 15 tahun.

"Sebagai isteri saya juga kecewa dengan apa yang kami lalui. Kenapa kami tidak boleh bahagia seperti pasangan suami isteri lain? Kenapa saya ditemukan jodoh dengan lelaki seperti Izat?

"Sebagai manusia dan isteri, saya reda dengan takdir Allah. Saya terima dengan ikhlas ujian Allah untuk saya. Saya tidak pernah kesal dengan apa yang berlaku.

"Tetapi saya sedih. Jika takdirnya perpisahan ini terjadi, saya ralat kerana tidak sekali pun saya mencium tangan suami selepas solat kerana dia tidak pernah mengimamkan saya dan anak-anak sepanjang kami hidup bersama.

"Pada Ramadan yang mulia ini, ketika orang lain menghitung hari untuk menyambut hari raya, saya membilang hari untuk ke Mahkamah Syariah menyelesaikan masalah saya demi masa depan saya dan anak-anak.

"Aidilfitri tahun ini tidak bermakna buat saya dan anak-anak. Apa pun keputusan kes saya, kami anak-beranak tidak akan menyambut hari raya, memadai dengan persiapan ala kadar.

"Kepada Allah saya pasrah. Mohon dimudahkan segala urusan kes saya dan diberi kehidupan baharu yang lebih membahagiakan saya dan anak-anak selepas ini," Balqis menamatkan ceritanya dengan sebak dan air mata yang berlinangan.

Sepanjang perbualan, saya banyak mendiamkan diri. Sebak di dada tidak dapat saya kawal dan saya biarkan Balqis bercerita kerana tidak mahu mengganggu fokusnya.

Esakan, tangisan bertali arus namun apalah daya saya untuk membantu. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat telinga mendengar, berat lagi bahu yang memikul.

Bertemankan pengalaman dan naluri seorang wanita tentunya saya amat memahami masalah yang Balqis hadapi. Saya minta dia bersabar, jangan putus berdoa dan mohon kepada Allah agar memberi petunjuk yang terbaik kepadanya dalam menangani masalah ini.

Pada saat kedukaan ini, anak-anak mungkin teman terbaik Balqis dan mereka juga adalah kekuatan hidupnya pada masa depan.

Menamatkan catatan, pesanan ikhlas saya, "Jika sudah tidak tertanggung akan rasa gundah itu, dekatkan dirimu kepada Allah kerana hanya Dia yang mampu memberi ketenangan dan kegembiraan dalam erti kata sebenar."

Salam

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Naik terlalu tinggi - Lam Thye

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusangroup.com.my

MULAI 1 Ogos depan, DBKL akan mengenakan kadar caj baharu, termasuk caj tunda dan penahanan terhadap kenderaan yang diletak di tempat tidak dibenarkan.

KUALA LUMPUR 25 Julai - Kadar kenaikan caj pengapitan, pengalihan dan penahanan terhadap kenderaan yang ditunda oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana melakukan kesalahan lalu lintas terlalu tinggi dan wajar dikaji semula.

Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berpendapat, kadar baharu tersebut akan membebankan golongan yang berpendapatan rendah memandangkan salah satu caj tersebut naik hampir 90 peratus.

"Caj yang dikenakan sekarang pun lebih RM200 dan saya melihat caj penahanan kenderaan di depot DBKL terlalu tinggi, malah caj-caj lain juga menunjukkan peningkatan.

"Memang benar DBKL harus bertindak tegas dalam tindakan terhadap kenderaan yang menghalang lalu lintas tetapi kajian semula perlu dilakukan sebelum melaksanakannya 1 Ogos ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kadar caj baharu yang dikenakan terhadap kereta adalah RM50 bagi pengapitan, RM100 bagi pengalihan dan RM100 lagi untuk penahanan selama sehari.

Bagi motosikal termasuk roda tiga, ketiga-tiga caj tersebut adalah RM20 (pengapitan), RM30 (pengalihan) dan RM50 (penahanan), manakala bagi bas dan lori yang berat tanpa muatan tidak lebih daripada 3,000 kilogram dikenakan RM100 (pengapitan), RM300 (pengalihan) dan RM200 (penahanan).

Sementara itu, lori tangki, treler dan jenis kenderaan lain yang berat tanpa muatan lebih daripada 3,000 kilogram dikenakan caj pengapitan sebanyak RM150, pengalihan sebanyak RM400 dan penahanan RM300.

Tambah Lam Thye, langkah menambah bilangan petak meletak kenderaan juga kurang bersesuaian untuk dilaksanakan kerana perkara itu akan menggalakkan limpahan kenderaan masuk ke ibu kota.

"Kita sedia maklum kesesakan yang melanda ibu negara terutama pada waktu puncak, jadi langkah itu mungkin kurang tepat.

"Sebaliknya, saya menyarankan orang ramai menggunakan sebaik mungkin pengangkutan awam untuk mengelak masalah-masalah tersebut," ujarnya.

Orang ramai tak setuju caj tunda dinaikkan

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

KUALA LUMPUR 25 Julai - Kenaikan bayaran denda ke atas kenderaan yang ditunda oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berkuat kuasa awal bulan depan mendapat reaksi kurang senang daripada orang ramai.

Warga kota yang ditemui Utusan Malaysia hari ini menyifatkan tindakan tersebut terlalu drastik dan tidak setimpal dengan kemudahan yang disediakan.

Aman Shah, 61, berkata, DBKL perlu menyediakan petak letak kenderaan yang mencukupi di sekitar ibu kota bagi mengelak pengguna menghalang lalu lintas atau kenderaan lain.

"Bagi saya kenaikan tersebut tidak wajar kerana prasarana yang disediakan tidak mencapai standard terutamanya ruang meletak kenderaan. Menaikkan caj bukan cara yang betul untuk mendidik pengguna," kata peniaga itu.

DBKL menerusi kenyataan akhbarnya kelmarin memaklumkan akan menguatkuasakan mulai 1 Ogos ini caj baharu terhadap tindakan pengapitan kereta menjadi RM50, caj pengalihan RM100 dan caj penahanan sebanyak RM100 sehari, berbanding RM5 sebelum ini.

Caj penguatkuasaan ke atas kenderaan lain termasuk motosikal roda tiga turut dinaikkan.

Caj baharu tersebut diperkenalkan bagi menyedarkan orang ramai agar lebih berdisiplin apabila meletakkan kenderaan serta tidak menghalang laluan.

Sementara itu, seorang lagi warga kota, Onnie Osman, 32, berkata, masalah kekurangan petak letak kereta bertambah teruk menjelang musim perayaan apabila banyak petak digunakan untuk mendirikan khemah perniagaan.

"Masa itu memang orang ramai terpaksa meletakkan kenderaan di mana sahaja kerana untuk mendapatkan petak letak kereta agak sukar," ujarnya.

Pemandu teksi, Ahmad Riduan, 45, pula berkata, DBKL perlu mengkaji semula cadangan tersebut kerana ia akan membebankan orang ramai berikutan kadar kenaikan yang terlalu tinggi.

"Mengenakan caj yang tinggi sememangnya dapat membantu penguatkuasaan kerana orang ramai tidak berani melakukan kesalahan, tetapi dalam situasi kecemasan orang akan letak (kenderaan) di mana sahaja tanpa memikirkan kesannya.

"Banyak cara lain yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan kesalahan lalu lintas di ibu kota antaranya menempatkan penguat kuasa dan menyediakan kemudahan lain dengan mencukupi," katanya.

8 pekerja asing ditahan dalam Ops Jaja

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
kota@utusangroup.com.my

PEGAWAI dan anggota penguat kuasa imigresen bertanya sesuatu kepada tiga warga asing yang ditahan semasa Ops Jaja di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur malam tadi.

KUALA LUMPUR 25 Julai - Sebanyak lapan warga asing ditahan ketika Ops Jaja yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Imigresen Kuala Lumpur di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Chow Kit malam tadi.

Kesemua warga asing itu ditahan kerana berniaga atau menjadi pekerja di sekitar bazar Ramadan sempena Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Bahagian Penguat Kuasa Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, Ops Jaja itu dilakukan sepanjang bulan Ramadan kerana pihaknya menerima aduan daripada orang ramai terhadap kebanjiran pekerja warga asing di situ.

Katanya, walaupun peniaga di situ telah diberi amaran agar tidak menggunakan pekerja asing yang tidak mempunyai dokumen yang sah namun kebanyakan mereka masih berdegil.

"Keadaan itu memaksa kami melakukan serbuan hampir setiap malam kerana aduan yang diterima daripada orang ramai meningkat.

"Ketika ditahan kebanyakan daripada warga asing ini memberi pelbagai alasan, termasuk tidak mengaku bekerja di situ, menyamar sebagai pelanggan malah ada yang mengaku sebagai warga tempatan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Dalam serbuan itu, imigresen telah memeriksa hampir 80 buah khemah bazar serta 100 warga asing.

Mereka yang ditahan adalah tiga warga Indonesia, dua Bangladesh serta tiga Pakistan berusia antara 29 hingga 43 tahun.

Tambah James Musa, dalam Ops Jaja kali ini, kesemua penguat kuasa telah memakai uniform celoreng penguat kuasa yang baharu dan berada di satu lokasi statik bagi memantau keadaan.

"Kami menjalankan rondaan dan pemeriksaan mengejut di sepanjang Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Chow Kit. Penggunaan uniform baharu ini dianggap sebagai mekanisme pencegahan terbaik pihak imigresen," katanya.

Menurut beliau, kesemua yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 15(1)(C) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) atas kesalahan memiliki pas atau permit tamat tempoh atau tinggal lebih dari masa yang ditetapkan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Manfaatkan kemuliaan Ramadan

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

Oleh Haniza Hassan
editor.johor@utusan.com.my

Pengurus Besar Hotel Renaissance Johor Bahru, Marc Cosyns melayan tetamu dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Kota Tinggi pada majlis berbuka puasa di The Renaissance Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 25 Julai - Ramadan bukan sekadar bulan untuk berpuasa, menahan lapar dan dahaga pada waktu siang, tetapi di sebaliknya tersembunyi 1001 hikmah.

Masakan tidak, bulan mulia yang hadir setahun sekali itu membuka ruang kepada umat Islam di seluruh dunia untuk melakukan amal kebajikan dengan memperbanyakkan ibadah dan sedekah serta amal jariah.

Malah, dalam bulan penuh keberkatan ini nasib golongan yang kurang berkemampuan seperti ibu tunggal, anak yatim dan warga emas tidak pernah diabaikan.

Golongan berkenaan biasanya menjadi tetamu istimewa pada majlis-majlis berbuka puasa selain menerima sumbangan berupa barangan keperluan Aidilfitri termasuk duit raya.

Selain itu, antara yang sering dikaitkan dengan bulan Ramadan adalah bubur lambuk. Sepanjang bulan ini, bubur lambuk bagaikan pesta apabila pelbagai pihak tampil memberikan secara percuma sebagai amalan sedekah.

Inilah yang dikatakan rahmat Ramadan. Maka Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan! yang bererti 'Selamat datang Ramadan! sering meniti di bibir umat Islam tatkala menyambut bulan penuh keberkatan ini setiap tahun.

Bagi anak-anak Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Princess Elizabeth di sini, kedatangan Ramadan disambut dengan penuh kesyukuran dan rasa bahagia apatah lagi sekali lagi diberi keizinan untuk menjalani ibadah puasa bersama rakan-rakan biarpun diri masing-masing terselit kekurangan.

Kegembiraan jelas terpancar pada wajah comel masing-masing apabila diajak berbicara perihal pengalaman berbuka puasa di hotel-hotel di bandar raya ini dan mendapat duit raya awal sebelum tibanya hari raya.

Bagi Mohd. Nazrul Naim Aswad Siah Abdullah, 12, setiap tahun dia diberi peluang untuk berbuka puasa di hotel sekurang-sekurangnya sekali sepanjang tempoh berpuasa.

"Seronok setiap kali Ramadan datang. Saya dan rakan-rakan sering kali diundang dan diraikan dalam majlis buka puasa oleh pihak-pihak tertentu.

"Saya suka semua makanan di hotel yang saya pergi. Makanan sedap dan banyak pilihan. Kadang-kadang sampai tak tahu nak pilih yang mana," katanya yang mampu melihat pada kadar penglihatan tertentu.

Mohd. Irfan Imanullah, 11, yang sudah lima tahun belajar di sekolah berkenaan pula berkata, dirai dan diberikan sumbangan duit raya merupakan kenangan indah ketika tibanya bulan Ramadan.

Dalam reaksi malu-malu, dia memberitahu bahawa duit raya yang dikumpul itu disimpan dan digunakan untuk masa depan jika ingin membeli sesuatu bagi kegunaan hariannya.

Namun, apabila ditanya jumlah yang sudah dikumpul, dia hanya tersenyum menampak barisan gigi putihnya sebelum tunduk malu menyembunyikan wajah.

Sementara itu seorang lagi rakan mereka, Mohd. Rifaa Hamzi, 10, berkata, berjauhan daripada keluarga tidak sedikit pun menjejaskan ibadah puasanya kerana dia bersama rakan yang lain sering diundang menghadiri majlis berbuka puasa baik di hotel mahupun majlis-majlis persendirian.

"Dalam riuh rendah itu, hilanglah sedikit rasa rindu pada kampung tambahan pula apabila ada orang meraikan kita, jamu makanan yang sedap-sedap dan dapat duit raya. Memang gembira dan bersyukur," katanya.

Ada yang tidak ikut syarak - JAIJ

Posted: 25 Jul 2013 12:06 PM PDT

Oleh AZIZI MAJID
editor.johor@utusan.com.my

RAMLY Jusoh (tengah) memeriksa keadaan ayam yang disembelih untuk memastikan ia benar-benar disembelih mengikut syarak di sebuah pusat penyembelihan ayam di Jalan Tampoi, Johor Bahru, kelmarin.

JOHOR BAHRU 25 Julai - Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) menasihatkan peruncit dan pembeli supaya mendapatkan bekalan ayam daripada pusat penyembelihan yang disahkan halal dan mengikut hukum syarak.

Penolong Pengarah Operasinya, Ramly Jusoh berkata, tindakan itu bagi menggelakkan keraguan kerana terdapat pusat penyembelihan yang tidak menepati hukum syarak.

"Kita terima aduan daripada orang ramai terdapat beberapa pusat sembelihan di Johor Bahru ini yang penyembelihannya tidak menepati syarat, antaranya tiada jurusembelih bertauliah, premis kotor dan menggunakan pekerja asing serta orang bukan Islam.

"Justeru, kita nasihatkan pusat penyembelihan agar menghantar pekerja mereka menghadiri kursus bagi mendapat tauliah sembelihan yang sah," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Lebih 30 anggota dari Jabatan Imigresen negeri, polis, JAIJ, Jabatan Kesihatan, Jabatan Veterinar dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) terlibat dalam operasi di empat lokasi berasingan selama kira-kira empat jam bermula pukul 11 malam itu.

Ramly berkata, negeri ini mempunyai 248 jurusembelih diiktiraf yang bekerja di 16 premis dan 11 pusat penyembelihan yang disahkan halal.

Sementara itu, Pegawai Penguat Kuasa Imigresen negeri, Muhammad Acil berkata, sebanyak 50 lelaki warganegara Indonesia yang bekerja di sebuah pusat penyembelihan ayam di Jalan Cenderai 28, Taman Kota Puteri, Masai turut ditahan dalam operasi berkenaan.

Beliau berkata, kesemua mereka berusia antara 18 hingga 44 tahun itu yang didapati tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan menyalahgunakan pas lawatan sosial dihantar ke depoh tahanan Imigresen untuk siasatan lanjut.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved