Rabu, 2 April 2014

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Perodua perkenal model EEV tahun ini

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

Oleh FAUZI JAAFAR
ekonomi@utusan.com.my

Bahagian pemasangan kenderaan Perodua di kilangnya di Sungai Choh, Rawang, semalam.

RAWANG 2 April - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) akan memperkenal model kompak baharu berasaskan kenderaan cekap tenaga (EEV) pada pertengahan tahun ini yang dikeluarkan di kilang baharu Perodua Global Manufacturing.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, model tersebut di bawah kategori penjimatan bahan api dan pihaknya menghantar permohonan kepada kerajaan untuk mendapatkan insentif kenderaan EEV seperti diumumkan dalam Dasar Automotif Negara (DAN) 2014.

Beliau berkata, model tersebut merupakan model baharu sepenuhnya yang bercirikan keunikan Malaysia dengan ruang yang luas, reka bentuk yang cantik dan menarik.

Model ini lebih menjimatkan berbanding model-model yang kita telah keluarkan, kompak tetapi luas,'' kata beliau kepada media yang menyertai Lawatan Suai Kenal Perodua di sini hari ini.

Dalam lawatan itu, media diberi taklimat tentang transformasi struktur Perodua sebelum mengunjungi kilang pengeluaran model-model Viva, Myvi dan Alza.

Utusan difahamkan model terbaharu kali ini berdasarkan kepada model Daihatsu Ayla.

Aminar berkata, dalam usaha tranformasi tersebut, Perodua mahu menjadi lebih cekap dari segi pengeluaran kenderaan, kecekapan kos, peningkatan bilangan kakitangan yang boleh melakukan lebih daripada satu tugasan.

Turut mendapat perhatian syarikat pengeluar kereta nasional itu ialah meletakkan kakitangannya di vendor bagi menjadikan vendor lebih cekap dan berkesan.

Bercakap mengenai transformasi, sebahagian daripadanya ialah kos. Apa yang penting ialah QCD iaitu Kos, Kualiti dan Penghantaran. Ini merangkumi kakitangan sama ada pengeluaran sehinggalah kepada pengurusan dan juga kilang kita.

Kita memang ada penjimatan yang disasarkan, tetapi ia adalah satu proses yang berterusan. Kos yang kita jimatkan sudah tentu kita turunkan kepada pengguna melalui model-model yang kita keluarkan,'' tambah beliau.

UMW Toyota Motor tawar Alphard, Previa

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

KUALA LUMPUR 2 April - UMW Toyota Motor Sdn. Bhd (UMW Toyota Motor) kini menawarkan penjualan kereta Toyota pelbagai guna (MPV) Alphard dan Toyota Previa di pasaran Malaysia.

Harga jualan atas jalan Toyota Previa 2.4GL adalah pada RM258,000 manakala Toyota Alphard 2.4G (RM338,000) dan 3.5G (RM398,000 sebuah).

UMW Toyota Motor dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini menyatakan, kedua-dua kenderaan pelbagai guna itu amat popular di Malaysia, tetapi hanya boleh didapati menerusi pengimport persendirian.

UMW Toyota Motor kini adalah merupakan pengedar sah Alphard dan Previa, yang berbeza dengan pengimport lain. Kami mendapat sumber kenderaan secara langsung dari kilang Toyota di Jepun yang memberi jaminan kualiti terunggul untuk para pelanggan.

"Pengimport kenderaan lain mendapat Alphard dan Previa menerusi pihak lain yang membeli kereta terpakai dari pengedar-pengedar di Jepun,'' katanya, sekali gus mengesahkan laporan Utusan Malaysia pada 24 Mac lalu.

UMW Toyota Motor akan menjual kenderaan Alphard dan Previa dengan waranti selama tiga tahun atau 100,000 kilometer pertama (yang mana dahulu). Waranti tersebut akan melindungi kecacatan pengeluaran dan isu-isu berkaitan teknikal.

Jelas kenyataan tersebut, syarikat turut memberi jaminan bahawa pihaknya mempunyai bantuan teknikal berkelayakan dan mempunyai alat ganti yang tulen di lebih 72 pusat penyelenggaraan di seluruh negara.

Pada waktu ini, UMW Toyota Motor sedang menawarkan pakej pengenalan untuk perkhidmatan selama tiga tahun, cukai jalan percuma untuk tahun pertama dan insurans percuma untuk 300 pelanggan pertama.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Pelancong China, pekerja resort diculik

Posted: 02 Apr 2014 06:57 PM PDT

KOTA KINABALU 3 April - Seorang pelancong wanita warga China dan pekerja sebuah resort di Pulau Singamata, Semporna, dipercayai diculik sekumpulan lelaki malam tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 10.30 malam itu disahkan Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek ketika dihubungi di sini pagi ini. - UTUSAN ONLINE

11 cedera kebakaran di Dataran Shell Gua Musang

Posted: 02 Apr 2014 06:19 PM PDT

GUA MUSANG 3 April - Sebanyak 11 orang cedera termasuk tiga kritikal dalam kebakaran besar di Dataran Shell di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.10 malam itu turut memusnahkan dua kenderaan pelbagai guna (MPV), sebuah kereta dan dua motosikal. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


6 sekolah di Kedah, Perlis jayakan Karnival Sekolah BSN 2014

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

ALOR SETAR 2 April - Bank Simpanan Nasional (BSN) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan enam sekolah di negeri ini dan Perlis untuk menjalankan program Karnival Sekolah BSN 2014 bagi meningkatkan dana sekolah.

Menurut Pengarah BSN Kedah/Perlis, Abdul Rani Saad, BSN turut menaja RM10,000 setiap sekolah terbabit bagi menjayakan penganjuran karnival itu yang antaranya membabitkan aktiviti pertandingan bakat dan mewarna.

Katanya, penganjuran program merupakan inisiatif BSN dalam membantu pihak sekolah meningkatkan dana sekolah melalui jualan amal dan aktiviti yang dijalankan.

Enam sekolah ini merupakan daripada 78 sekolah yang dipilih BSN dari seluruh negara bagi menjayakan program Karnival Sekolah BSN 2014.

BSN akan menaja RM5,000 untuk pihak sekolah melaksanakan karnival tersebut dan RM5,000 lagi sebagai hadiah wang tunai pertan-

dingan yang diadakan. Hadiah ini akan dimasukkan ke dalam akaun BSN pemenang," katanya selepas majlis menandatangai MoU tersebut di sini hari ini.

Dalam majlis MoU tersebut, Abdul Rani mewakili BSN sementara enam sekolah terbabit iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sin Min (A), SJKC Sin Kwang, SJKC Pekan Lama, SJK Tamil Saraswathy dan Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang di Sungai Petani serta SJKC Khoon Aik Kangar Perlis diwakili guru besar masing-masing.

Yang turut hadir Timbakan Pe-

ngarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Rosli Ismail dan Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Ne-

geri Perlis, Nazrin Nuriman.

Tambah Abdul Rani, karnival tersebut akan bermula bulan ini sehingga 30 November dan setiap sekolah mendapat kelulusan penuh daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Brunei mula laksanakan hukum hudud

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

Sultan Hassanal Bolkiah

BANDAR SERI BEGAWAN 2 April - Brunei muncul negara Asia Timur pertama melaksanakan hukum hudud bermula semalam, yang menyaksikan semua rakyatnya termasuk masyarakat bulan Islam turut tertakluk di bawah undang-undang tersebut.

Pemerintahnya, Sultan Hassanal Bolkiah menyelia sendiri peralihan itu yang antaranya memperuntukkan hukuman berasaskan undang-undang Islam terhadap pelbagai kesalahan seperti mencuri, merogol, berzina, meliwat, minum minuman keras dan terlibat dalam kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Brunei sebelum ini telah pun melaksanakan undang-undang syariah, namun hanya terhad kepada masalah melibatkan perkahwinan, wasiat dan keluarga Islam.

Bermula semalam, perundangan Islam itu diperluaskan lagi melibatkan hukuman seperti direjam sampai mati kerana kesalahan berzina dan sebatan sekiranya melakukan pengguguran bayi.

Badan bebas, Global Voices Online yang beribu pejabat di Amsterdam, Belanda sebelum ini melaporkan, Sultan Hassanal Bolkiah pernah memberi amaran bahawa individu yang menentang pelaksanaan hukum hudud boleh didakwa.

Akhbar berbahasa Inggeris India, Deccan Chronicle pula melaporkan, keputusan Brunei untuk melaksanakan hukuman hudud dan memperkenalkan semula hukuman mati, menerima banyak kritikan daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan hak asasi manusia yang menyifatkannya bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.

Selain itu, perkara tersebut turut menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat bukan Islam Brunei, yang turut tertakluk dalam beberapa ketetapan kod berkenaan.

Penasihat Undang-Undang Antarabangsa Asia Tenggara, Suruhanjaya Undang-Undang Antarabangsa (ICJ) Emerlynne Gil dalam sepucuk suratnya kepada Sultan Hassanal Bolkiah berkata, jika peraturan baharu itu dilaksanakan, pencabulan hak asasi manusia yang serius bakal berlaku.

"Brunei tidak mengamalkan hukuman mati sebelum ini dan keputusan melaksanakannya begitu mengejutkan," ujar Gil.

Gempa bumi, tsunami landa Chile

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

Beberapa buah bot nelayan rosak selepas dipukul tsunami setinggi dua meter berikutan gempa bumi yang menggegar Riquelme, di Iquique, utara Chile, semalam. - AFP

SANTIAGO 2 April - Satu gempa bumi sekuat 8.2 pada skala Ritcher melanda pantai utara Chile semalam, mencetuskan tsunami setinggi dua meter dan menyebabkan sekurang-kurangnya enam orang terkorban.

Menurut agensi berita, NBC News, seramai 900,000 penduduk melarikan diri ke kawasan tanah tinggi disebabkan gempa bumi itu.

Kejadian yang berlaku pada pukul 8.46 malam waktu tempatan (7.46 pagi waktu Malaysia) itu turut menyebabkan amaran tsunami dikeluarkan di beberapa negara termasuk Ecuador dan Peru.

Indonesia yang pernah terjejas teruk akibat tsunami Aceh pada 2004, turut menasihati rakyatnya supaya menjauhi kawasan pantai.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Alam Nasional Indonesia, Sutopo Purwo Nugroho menyatakan, negara itu terdedah kepada tsunami setinggi 1.6 meter menjelang pagi esok.

Di Chile, Presiden, Michelle Bachelet mengumumkan kawasan dilanda gempa bumi itu sebagai zon bencana.

Pusat gempa terletak pada kedalaman 10 kilometer sejauh 83 kilometer dari Iquique di kawasan pantai Chile, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Pengarah agensi bantuan bencana Pejabat Kecemasan Kebangsaan Kementerian Dalam Negeri (ONEMI), Ricardo Toro berkata, gempa bumi itu menyebabkan menara kawalan di lapangan terbang Iquique terjejas, rumah-rumah rosak selain bekalan elektrik terputus di sebahagian besar bandar Arica.

Di bahagian utara bandar Iquique yang merupakan kawasan terdekat dengan pusat gempa bumi itu, kira-kira 300 banduan lolos daripada sebuah penjara wanita ketika keadaan kelam-kabut.

Pusat Amaran Pasifik Tsunami yang berpangkalan di Hawaii, Amerika Syarikat mengeluarkan amaran tsunami selama enam jam kepada penduduk yang mendiami kawasan pantai Amerika Selatan dan Amerika Tengah sepanjang 4,800 kilometer. - AFP/AGENSI

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pelancongan tidak terjejas

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

Oleh SALEHUDIN MAT RASAD
utusanpahang@utusan.com.my

Mohd. Sharkar Shamsuddin menunjukkan tanda bagus ketika menaiki bas Star Mall dekat Temerloh, baru-baru ini. - UTUSAN/SALEHUDIN MAT RASAD

TEMERLOH 2 April - Kerajaan negeri optimis tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airline (MAS) MH370 tidak akan menjejaskan sektor pelancongan negara secara drastik walaupun ada pihak di China bercadang memboikot produk negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Mohd. Sharkar Shamsuddin berkata, malah aliran pelancong ke Pahang ini sejak tragedi kehilangan pesawat MH370 juga tidak terjejas kerana tiada laporan tempahan bilik hotel dibatalkan oleh pelancong antarabangsa.

Katanya, lagi pun masyarakat dunia memahami perkara ini adalah sesuatu yang di luar jangka dengan kerajaan telah berusaha sedaya upaya bagi merungkai persoalan di sebalik tragedi tersebut.

Kehilangan pesawat MAS MH370 adalah satu takdir yang harus diterima tanpa terlalu emosional dengan banyak pihak turut bersimpati tanpa menyalahkan mana-mana pihak.

Apa yang lebih utama kita perlu terus berdoa untuk kesejahteraan penumpang dan krew pesawat semoga operasi mencari dan menyelamat berjaya menjumpai lokasi pesawat," katanya kepada pemberita selepas melancarkan bas Star Mall di pekarangan pusat beli-belah Star Mall Mentakab dekat sini kelmarin.

Mengenai tindakan segelintir rakyat China berhubung isu ini, Mohd. Sharkar yakin majoriti daripada mereka masih rasional dan tidak akan secara mudah diheret emosi sehingga memboikot membeli produk negara atau mengelak daripada melancong ke negara ini.

Majoriti rakyat China sangat memahami akan situasi dan usaha keras pemimpin negara menangani tragedi itu.

Apatah lagi hubungan erat sejak beratus tahun yang lalu itu tidak wajar dikeruhkan disebabkan tragedi kehilangan MH370 yang masih menjadi misteri dalam kalangan pakar dari seluruh dunia.

Rakyat China dianggap saudara rakyat Malaysia berasaskan kepada hubungan sejarah yang diasaskan oleh pemimpin terdahulu seperti yang diterokai Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein," katanya.

Tambah beliau, kerajaan Malaysia telah menggunakan segala kepakaran dengan sokongan padu negara-negara sahabat seperti China, Amerika Syarikat, Australia, Singapura, Perancis dan lain-lain untuk mencari pesawat yang hilang.

Menurutnya, rakyat China mahupun segelintir rakyat tempatan tidak sepatutnya menyalahkan kerajaan Malaysia kerana gagal mengesan pesawat yang hilang sehingga ke saat ini.

Perlu diingat bahawa usaha mencari dan mengesan pesawat MH370 itu membabitkan teknologi tinggi negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia, Perancis dan lain-lain tetapi masih belum menjumpainya," katanya.

Program berkaitan sejarah, perlembagaan akan diperluas

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

KUANTAN 2 April - Kerajaan negeri merancang untuk memperluaskan program yang berhubung kait dengan sejarah dan perlembagaan meningkatkan kefahaman rakyat terhadap jati diri mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, langkah itu perlu berikutan pemahaman masyarakat terutama generasi muda terhadap perkara tersebut semakin berkurangan.

Kata beliau, perkara ini diburukkan lagi dengan dengan cubaan pihak-pihak tertentu yang berkepentingan politik untuk memesongkan fakta sejarah bagi menyokong agenda mereka sendiri.

Menerusi penganjuran program seperti ceramah sejarah, orang ramai boleh berdiskusi mengenai fakta-fakta sejarah dengan mereka yang pakar.

Ini dapat memberi maklumat dan fakta yang tepat kepada khalayak awam mengenai sejarah pembinaan negara dan peranan mereka untuk memelihara negara menerusi asas yang ditetapkan Perlembagaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program Ceramah Sejarah: Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Pahang dan Perlembagaan Malaysia di Dewan Utama Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) di sini semalam.

Program tersebut dihadiri hampir 600 peserta dalam kalangan pelajar sekolah, ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat setempat.

Syed Ibrahim berkata, program ceramah tersebut dianjurkan buat pertama kali dengan kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) Cawangan Pahang dan KIPSAS wajar diteruskan ke daerah-daerah lain dalam negeri ini.

Kami berharap warga luar bandar dan orang luar pun dapat menerima manfaat daripada penganjuran program seperti ini," katanya.

Antara tokoh yang membentangkan kertas kerja pada program tersebut termasuk Presiden PSM Cawangan Pahang, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Status kes Hanez Suraya 8 April

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

Hanez Suraya

KUALA LUMPUR 2 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 8 April ini untuk menentukan terma dan syarat penyelesaian secara baik kes saman fitnah yang difailkan oleh pelakon Hanez Suraya terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd.

Fairus Mohd. Lazim.

Peguam Harjit Singh yang mewakili Hanez Suraya ketika ditemui media memaklumkan, tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Zainal L. Saleh ketika prosiding mediasi kes itu berjalan di dalam kamar beliau.

Menurut Harjit, Mohd. Fairus, 29, mengakui berlakunya fitnah seperti yang didakwa Hanez Suraya, 29.

Pada tarikh akan datang, kedua-dua pihak akan memperincikan terma dan syarat serta jumlah tuntutan ganti rugi yang dituntut oleh anak guam saya, kata beliau.

Hanez Suraya selaku pihak plaintif yang turut hadir menyatakan, ini kali pertama dia bertemu dengan Mohd. Fairus yang dinamakan sebagai pihak defendan di mahkamah dan berharap kerjasama terus diberikan oleh defendan sehingga kes selesai.

Mohd. Fairuz turut hadir bersama peguamnya, K. Rajasegaran.

Pada 10 Mac lalu, Hanez Suraya memfailkan saman terhadap defendan atas dakwaan memfitnah dan memalukannya di laman sosial Twitter dan Instagram, tahun lalu.

Menurut pernyataan tuntutan, Hanez Suraya mendakwa, Mohd. Fairus telah memfitnah dan mengaibkannya dalam laman sosial Instagram menerusi akaun DashaSultan dan Twitter menerusi akaun Dasha-Sultan antara 30 September dan 15 Oktober tahun lalu.

Hanez Suraya mendakwa, tindakan defendan adalah berbaur hasutan dengan niat untuk menjatuhkan reputasinya selain berunsur fitnah.

Menurutnya, defendan didakwa menunjukkan plaintif seolah-olah pelakon yang sombong, kedekut, mata duitan, lupa diri, bermuka-muka, berlagak serta tidak matang malah sindiran oleh defendan membawa maksud plaintif tidak berbakat dan gila glamor.

Mohd. Fairus juga didakwa telah memburuk-burukkan pelakon itu kepada rakan-rakan lain, rakan artis dan sering menghubungi wartawan untuk menceritakan perihal dirinya.

Ekoran itu, plaintif mendakwa, reputasinya terjejas dan tersinggung teruk serta sering mengalami kemurungan.

Artis itu mendakwa bagaimanapun pada 17 Oktober 2013, defendan ada berjumpa dengannya dan menyatakan hasrat untuk memohon maaf.

Permohonan maaf itu turut dimuat naik Mohd. Fairus di akaun Twitter dan Instagram miliknya, dan dengan itu pelakon tersebut berpendapat perkara itu telah selesai.

Hanez Suraya mendakwa, pun begitu pada 19 Oktober dan 22 Oktober tahun lalu, Mohd. Fairus telah retweet daripada akaun berasingan dengan niat untuk memalukannya.

Hanez Suraya kemudian mendakwa telah menghantar surat tuntutan kepada Mohd. Fairus menerusi peguamnya tetapi bekas pembantu peribadinya itu enggan menandatangani salinan surat itu sebagai bukti penerimaan.

Antara lain kandungan surat itu adalah mengarahkan Mohd. Fairus untuk membuat permohonan maaf kepadanya secara terbuka dalam masa 48 jam dari tarikh penerimaan surat tersebut, namun bekas pembantu peribadinya itu telah memuat naik tweets selepas menerima surat itu.

Sehubungan itu, pelakon tersebut menuntut ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos, faedah dan perintah injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menyebarkan fitnah terhadapnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Bukan niat mencari cinta

Posted: 01 Apr 2014 11:49 PM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR

NINA tidak menyorokkan kisah cintanya daripada pihak pengurusan MIG Talent.

Tidak sampai setahun dia berada dalam dunia seni, kalau mahu diikutkan juga tiada lagi filemnya yang mampu membuatkan peminat mengingati siapa Nina Iskandar. Berusia 23 tahun dan berasal dari negara Brunei, Nina akui langkahnya masih jauh.

Walaupun masih ada yang meragui kemampuan dirinya, Nina percaya ini bukan waktu yang sesuai untuk meratapi apa yang dilontarkan mereka yang mahu dikenalinya sebagai pengkritik itu.

Baru-baru ini ketika pelancaran filem terbaharu lakonannya Lu, Gua, Bro, Nina dengan yakin memberitahu dia kini dalam fasa mengenali seseorang. Tidak menolak sudah mempunyai perancangan untuk bernikah, bagi Nina buat masa ini penyatuan itu lebih kepada proses pertunangan dahulu. Keterbukaannya bercakap soal ini seperti membuka ruang buat peminat kembali menyoal niat sebenar pelakon cantik ini untuk bergelar pelakon.

Ada yang berpendapat, tujuan Nina semakin jelas hanya untuk menjadikan kerjaya lakonannya yang masih mentah ini sebagai medan mendapatkan seseorang yang mampu menjaganya.

Benarkah itu tujuan sebenar pelakon ini mendampingi dunia lakonan. Mendapatkan jawapan daripada Nina, dengan ikhlas memberitahu tujuan sebenar kenapa dia sanggup meninggalkan negara tercinta dan bertapak di Malaysia.

Meninggalkan negara saya dan berada di negara ini demi karier adalah impian saya, itu merupakan pengorbanan yang cukup berat.

Tidak dinafikan tujuan sebenar saya ke sini adalah untuk bergelar seorang pelakon, dan memang tiada niat lain pun pada mulanya," katanya jujur.

Mengakui kejujurannya berbicara soal cinta kerana mahu perjalanan kariernya tampak telus. Bagi Nina dia tidak melihat ini sebagai sesuatu yang merugikan. Mengakui Ahmad Heikal, 30, sebagai teman paling rapat dengan dirinya kini, Nina percaya jika jodoh mereka panjang, tentunya gerbang perkahwinan bakal ditempuh tidak lama lagi.

Kenapa perlu saya takut untuk mengakui yang saya akan bertunang pada Ogos hadapan. Saya hanya mahukan karier yang telus di antara saya dan peminat.

Kami berkenalan sejak penghujung tahun lepas, jujurnya buat masa ini karier masih lagi menjadi fokus utama saya. Tidak ada sebab untuk saya meninggalkan dunia lakonan selagi belum mencapai apa yang saya idamkan selama ini," katanya yakin.

Tidak menolak akan ada yang menganggap kemunculan dia ke dalam dunia hiburan ini hanya sebagai landasan untuk mencari kehidupan yang lebih baik. Bagi Nina itu terpulang kepada mereka yang berfikiran begitu. Katanya lagi, dia tidak pernah bermimpi akan bertemu kekasih hatinya di negara ini memandangkan impian utamanya hanya mahu bergelar pelakon.

Saya tidak boleh tutup mulut orang, saya tahu akan ada orang berfikiran begitu. Saya tidak ambil kesempatan melalui karier yang saya bina ini.

Memang sudah menjadi niat saya untuk terus berlakon, dan membuktikan sesuatu buat peminat di negara ini," katanya.

Mengakui dalam membuat keputusan ini dia memastikan pihak pengurusannya diberitahu dahulu. Sebetulnya menurut Nina, David merupakan antara mereka yang menjadi sebab mengapa dia mahu bersikap jujur.

Memang saya beritahu David dahulu, bukan meminta izin tetapi lebih kepada mendapatkan nasihat dalam soal ini. Sebagai orang baharu dalam industri, jujurnya saya perlu tahu pandangan orang yang berpengalaman seperti dia.

Pada mulanya dia hanya mahu memastikan siapa lelaki tersebut, dan selebihnya dia mahu saya tahu di pihaknya akan memastikan karier saya terus berada di landasan yang betul," katanya.

Pernah dikaitkan menjalinkan hubungan cinta dengan Adib Khalid, 24, yang juga anak tiri kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza, menurut Nina perkara tersebut tidak pernah berlaku. Malah menurutnya lagi ketika gosip ini sedang hangat diperkatakan dia memang sudah menjalinkan hubungan dengan kekasihnya ini.

Saya tidak tahu apa perasaan dia tentang soal ini memandangkan kami tidak pernah rapat. Jujurnya, saya juga tidak tahu bagaimana kisah kononnya kami bercinta boleh muncul.

Kekasih saya memang tidak begitu terkesan soal ini memandangkan saya dan dia mempunyai komunikasi yang baik antara satu sama lain," katanya.

Pemergian Kate O’Mara dirindui

Posted: 01 Apr 2014 11:49 PM PDT

DIKENALI sebagai pelakon yang komited ketika di lokasi.

PEMERGIAN pelakon legenda, Kate OMara pada 30 Mac lalu pastinya akan dirindui oleh semua pihak.

Nama O'Mara sentiasa menjadi sebutan tatkala dia membintangi drama bersiri hebat Hollywood berjudul Dynasty sekitar 1981 hingga 1989.

Dalam usia 74 tahun, dia pergi meninggalkan semua peminatnya sehingga ada yang merindui saat dia beraksi di hadapan kamera.

Oh Tuhan. Kate sudah tiada lagi bersama kami. Ini adalah satu berita yang sangat menyedihkan.

Dia (Kate) seorang yang komited dan berbakat sebagai seorang pelakon. Kate juga mempunyai tenaga ketika berlakon teater, filem mahupun drama.

Kami pasti akan merindui anda terutama orang yang mengenali dan pernah bekerja dengan kamu," kata jurucakapnya Phil Belfield menerusi Twitter miliknya.

Menurut laporan digitalspy.com, pelakon yang pernah membintangi drama Doctor Who itu meninggal dunia akibat sakit tua di sebuah hospital di Sussex, Selatan England.

O'Mara pernah berkahwin sebanyak tiga kali, meninggalkan seorang adik yang juga seorang pelakon, Belinda Carroll.

Sementara itu, anaknya Dickon meninggal pada 2012 lalu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Mengambil iktibar politik Turki

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

Oleh Khairudin Mohd Zain

KEMENANGAN besar Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) di dalam pilihan raya tempatan baru-baru ini mendapat perhatian yang luar biasa oleh media antarabangsa. Sementara banyak artikel media antarabangsa memuji kemampuan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan memenangi pilihan raya walaupun berhadapan pelbagai skandal dan tuduhan, ada juga media antarabangsa yang tidak senang duduk dengan keadaan itu.

Ada media antarabangsa yang menganggap kemenangan AKP dan Erdogan sebagai permulaan kepada zaman pemimpin autoritarian di Turki. Erdogan digambarkan sebagai seorang pemimpin yang terlalu tegas, malahan juga dianggap sebagai seorang yang antidemokrasi.

Banyak analisis yang dikeluarkan oleh media antarabangsa mengenai keputusan pilihan raya tempatan tersebut. Ada yang positif dan banyak juga yang negatif. Yang pasti, kemenangan AKP adalah sesuatu yang tidak terlalu dijangka. Ketika AKP dan Erdogan secara peribadi berhadapan pelbagai tuduhan dan skandal, mungkin mengecewakan mereka yang mengharapkan keputusan sebaliknya.

Tindakan Erdogan untuk menutup akses kepada Twitter dan kemudiannya YouTube dilihat sebagai tindakan keras dan menafikan sama sekali hak untuk rakyat mendapat informasi dan sebagainya. Kata nista media dan pejuang hak asasi manusia antarabangsa diberikan layanan dingin oleh Erdogan.

Malahan, dalam menjawab gembar-gembur bahawa masyarakat antarabangsa mengutuknya di atas tindakan tersebut - Erdogan dikatakan memberikan jawapan yang bila diterjemahkan membawa makna: ....Mereka (masyarakat internasional) akan melihat kekuatan Republik Turki. Ini tidak ada kaitannya dengan kebebasan. Kebebasan tidak menyerang privasi seseorang," tegasnya.

Menafikan akses demokrasi total orang muda di dalam Twitter dan Youtube adalah satu tindakan yang seakan-akan tidak kena dengan akal. Memberi marah kepada orang muda yang menjadi suara penentu dalam pilihan raya seakan-akannya akan mempercepat kematian politik AKP dan Erdogan.

Ironinya, dalam keadaan itupun, AKP di bawah kepimpinan Erdogan mendapat peratusan undi sokongan yang cukup besar dan padu. Orang muda dan pengundi Turki sempat difahamkan dengan alasan tindakan itu diambil.

Bukanlah niat artikel ini untuk mengatakan tindakan Erdogan itu betul dan tepat. Pandangan dan persepsi itu boleh diserahkan kepada diri kita masing-masing. Dan yang lebih penting, kita tidak punya apa-apa kepentingan untuk perkembangan politik di Turki. Rakyat di sana sudah bersuara dan seharusnyalah kita hormat kepada suara yang sedemikian jelas dan lantang.

Jika melihat kepada deria politik semasa di mana-mana peringkat sekalipun, tindakan Erdogan ini adalah suatu tindakan kamikaze dan politik berani mati. Tidak ramai rasanya pemimpin dunia yang sanggup mengambil tindakan yang sedemikian ekstrem. Berani kepada sesetengah pihak - namun mungkin sedikit melampau kepada pihak yang lain.

Menurut seorang teman yang kebetulan berada di sana untuk berkuliah, karisma dan ketokohan Erdogan itu sudah menjadi terlalu besar untuk diruntuhkan. Bukan soal orang muda terlalu sayang kepada AKP - tetapi parti yang sepatutnya bersaing dengan AKP tidak membawa bersamanya idea dan resipi politik baru.

Walaupun bukan dengan pemerhatian yang terlalu akademik, rakan tersebut membayangkan bagaimana parti utama yang menjadi lawan AKP - gagal menjiwai semangat orang muda. Komitmen untuk memberi kuota sebanyak 10 % kepada calon CHP bawah 30 tahun agak lewat dijual kepada pengundi.

Lebih separuh populasi di Turki berumur bawah 30 tahun; dan hampir separuh pengundi di bawah umur 40 tahun. CHP (parti lawan utama) AKP hanya mempunyai enam daripada 134 wakil rakyat di bawah umur 40 tahun; dan hanya dua daripada 17 'Majlis Tertinggi' CHP berumur bawah 50 tahun!

Ini tidak bermakna AKP membariskan calon orang muda yang lebih ramai. Kalau mengikut peratusan - hanya 4 % calon AKP yang berumur bawah 30 tahun. Mungkin, pengundi melihat kepada kemampuan dan kewibawaan parti secara keseluruhan dan bukan sangat berkenaan umur seseorang calon.

Apa yang nyata, AKP sebenarnya sudahpun memberikan cerita yang tepat kepada pengundi. Visi dan matlamat 2023 yang sering dijadikan asas kepada perjuangan AKP nampaknya cukup berkesan kepada pengundi. Keresahan pengundi muda berkenaan prinsip demokrasi dan keterbukaan disadur dengan 'gempita nasionalisme dan cinta negara' yang laku dan berbaloi.

Mungkin ada iktibar di sebalik apa yang berlaku di Turki ini kepada mereka yang mempunyai kepentingan politik di Malaysia ini. Walaupun apa sahaja yang dilemparkan kepada AKP sebagai sebuah parti politik - pemimpin dan parti itu kelihatannya sangat wibawa dan diterima rakyat.

Kepimpinan yang tegas dan berani, adakalanya sangat dihargai oleh pengundi. Cerita dan naratif prapilihan raya yang konsisten, tepat, mudah dan berkesan adalah antara resipi yang mesti diberikan perhatian oleh mana-mana parti politik sekalipun.

AKP kelihatannya agak bijak mencari resipi mendekati pengundi, baik di bandar mahupun di luar bandar. Sementara kekuatan AKP dikatakan lebih utuh di luar bandar, usaha menyusun pembangunan dan infra urbanisasi tidak pernah diketepikan.

Ketika mana suasana ekonomi yang agak menduga, kadar pengangguran yang agak tinggi (di kawasan bandar hampir mencecah 26%); kemenangan yang diperoleh Erdogan dan AKP adalah sesuatu yang memerlukan kajian politik yang lebih teliti dan ikhlas.

Di atas kertas, tanpa merujuk kehebatan ketamadunan dan sejarah Turki yang panjang, juga tanpa penganalisaan soal konflik kumpulan Islamis dan sekular; kemenangan AKP wajar dikaji dan diperhalusi oleh mereka yang mempunyai minat yang mendalam.

Dalam pada kita cukup berhati-hati, mengeluarkan perbelanjaan yang luar biasa besar di dalam usaha kononnya mendominasi media sosial, pemimpin seperti Erdogan menutup segala akses dengan wajah selamba. Dengan tindakan begitupun, 45 % undi rakyat masih diberikan kepada AKP.

Iktibar ataupun sempadan politik paling besar di sebalik kemenangan AKP adalah koordinasi naratif pemimpin dan transformasi yang ingin dibawa oleh parti mestilah seiring. AKP sejak awal tahun 2000 melakukan banyak perubahan yang sangat diterima oleh majoriti rakyat.

Sifir politik dan strategi Erdogan ini mungkin tidak boleh diaplikasi di semua negara. Apa yang ingin artikel ini sampaikan, adakalanya ketegasan seorang pemimpin itu turut menentu wibawa dan kebolehpercayaan pengundi. Itu sahaja.

PENULIS ialah penganalisis sosiopolitik.

Penilaian PT3 bersifat menyeluruh

Posted: 02 Apr 2014 11:58 AM PDT

Oleh Alimuddin Mohd. Dom

RAMAI yang menarik nafas lega apabila Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan penambahbaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) baru-baru ini.

Menurut beliau pentaksiran itu mampu mengurangkan beban guru sehingga 80%. Apa yang menggusarkan guru selama ini telah terjawab apabila mereka boleh merekodkan data prestasi pelajar mengikut kaedah dan kesesuaian masa mereka sendiri. Guru tidak perlu lagi merekodkan data penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat secara dalam talian.

Penambahbaikan PBS dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi menggantikan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dilaksanakan bermula 1 April.

Bagi memastikan pelaksanaan yang lebih lancar maka semua guru mata pelajaran di sekolah menengah akan diberikan kursus dan latihan mengenainya. Penambahbaikan PBS ini dilakukan menerusi kajian pihak kementerian, input daripada warga pendidik dan kesatuan-kesatuan guru.

Sesungguhnya tiga isu besar yang membelenggu guru dalam pelaksanaan PBS telah dapat diatasi.

Pertama, penggunaan Dokumen Standard Prestasi (DSP) yang menyebabkan guru terikat dengan bilangan penyataan deskriptor dan evidens yang banyak akan dikurangkan.

Kedua, pengurusan fail yang rencam meliputi Fail Perkembangan Murid (FPM) dan Rekod Transit dilakukan mengikut kesesuaian masa guru manakala ketiga Sistem Pengurusan PBS (SPPBS) secara atas talian yang sukar diakses dan memakan masa lama tidak lagi diperlukan. Guru boleh menyimpan rekod pelajar mengikut kaedah masing-masing.

Mungkin ada yang bertanya apakah yang membezakan PT3 dengan PMR yang diamalkan sebelum ini. PT3 dilaksanakan berasaskan sekolah sementara PMR adalah peperiksaan berpusat serentak di semua sekolah di seluruh negara. PMR dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Peperiksaan. Bahagian itu turut menyediakan semua soalan, jadual peperiksaan, pelantikan pemeriksa, penetapan standard jawapan, jumlah skor markah dan mengumumkan keputusan peperiksaan di akhir tahun.

Walaupun PT3 dikendalikan sepenuhnya oleh pihak sekolah tetapi masih juga memerlukan pelajar menjawab soalan secara bertulis. Misalnya bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris pelajar bukan sahaja menduduki ujian bertulis tetapi juga dikehendaki menduduki ujian lisan.

Sementara itu, bagi mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Agama Islam, Kemahiran Hidup, Bahasa Arab, Cina, Tamil, Iban dan Kadazandusun akan ditaksir melalui ujian bertulis. Bagi subjek Sejarah dan Geografi pula pentaksiran dilakukan melalui kerja kursus, penyediaan projek, kerja lapangan dan kajian kes.

Ada yang bertanya bagaimana pula kriteria untuk memasuki Tingkatan 4 di sekolah tertentu pada tahun hadapan? Seperti diumumkan oleh Menteri Pendidikan, pelajar boleh menggunakan keputusan PT3 untuk memohon memasuki Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional.

Menariknya PT3 tidak hanya menilai pelajar dari segi kognitif atau aspek akademik semata-mata tetapi turut menyediakan ujian psikomatrik. Ujian ini adalah untuk mengenal pasti kecenderungan, minat dan bidang kebolehan pelajar. Pada masa sama ujian ini dapat menjelaskan keupayaan pelajar dalam bidang sains dan minat terhadap penyelidikan.

Sesungguhnya PT3 merupakan suatu pentaksiran yang bersifat holistik. Ini disebabkan ia turut memberikan pemberatan terhadap pencapaian dalam bidang kokurikulum. Keupayaan pelajar dalam bidang sukan, permainan, olahraga, persatuan, kelab dan pasukan beruniform akan dinilai dan diberikan markah. Dalam masa sama penilaian ini akan dapat mengenal pasti lebih awal bakat dan kebolehan pelajar dari aspek kepimpinan, keupayaan fizikal dan keunggulan sahsiah.

Bagi memastikan pengurusan PT3 ditadbirkan dengan berkesan Lembaga Peperiksaan akan sentiasa memantau dan menilai pelaksanaannya. Bahagian itu akan menyediakan garis panduan dari segi standard jawapan dan menyelaraskan skor markah. Oleh itu semua pihak tidak perlu bimbang atau sangsi dari segi kesahihan dan kebolehpercayaan pentaksiran itu kerana akan sentiasa diawasi dan dinilai oleh Lembaga Peperiksaan dari semasa ke semasa.

Selain itu keputusan PMR kebiasaannya diumumkan pada akhir tahun kini keputusan PT3 mungkin boleh diumumkan lebih awal oleh pihak sekolah.

Sesungguhnya pelaksanaan PBS melalui PT3 akan dapat mengurangkan kritikan sesetengah pihak yang mengatakan sistem pendidikan kita terlalu berorientasikan peperiksaan. Sudah tentu penekanan terhadap keputusan peperiksaan cemerlang semata-mata akan menyebabkan hala tuju pendidikan tidak menepati matlamat sebenarnya.

Matlamat pendidikan seharusnya seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan modal insan yang berketerampilan. Pada masa sama dapat mengembangkan bakat mereka sama ada dalam bidang jasmani, emosi, rohani atau intelek. Akhirnya sistem pendidikan dapat menyediakan warga negara yang akan berbakti dan memberi sumbangan bererti kepada agama, bangsa dan pembangunan negara.

Ironinya terlalu memberi penekanan berlebihan terhadap peperiksaan menyebabkan aktiviti kokurikulum terabai. Terbukti bahawa aktiviti kokurikulum dapat membentuk dan membina keupayaan pelajar dalam berbagai bidang. Ia akan dapat mengembangkan bakat kepimpinan, membina sahsiah yang unggul dan keperibadian yang mantap.

Oleh itu dalam menghasilkan sistem pendidikan yang berkesan maka pelajar-pelajar perlu digalakkan terlibat secara aktif dalam bidang sukan, permainan, olahraga, persatuan, kelab dan pasukan seragam. Di samping itu aktiviti dalam dan luar bilik darjah seperti lakonan, teater, perbahasan, syarahan, koir, bermain alat muzik, nyanyian, tarian, kuiz, forum, teka silang kata, treasure hunt dan sebagainya hendaklah dijadikan amalan biasa di sekolah.

Dalam usaha menjadikan pembelajaran lebih menarik maka sekolah perlu juga merancang aktiviti luar seperti melawat muzium, tempat bersejarah, kesedaran tentang pemuliharaan alam sekitar, membersihkan rumah ibadat, lawatan ke rumah orang tua atau rumah kebajikan. Termasuklah aktiviti rekreasi seperti mendaki gunung, menerokai kawasan hutan atau bersantai di pantai atau kawasan air terjun.

Hakikatnya, aktiviti ini sukar untuk dilaksanakan sekiranya guru-guru sentiasa dihambat untuk mengejar sukatan pelajaran dan persediaan mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan.

Mungkin atas kesedaran tersebut maka Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah kepada pelajar Tingkatan 1 yang bermula tahun 2011. PBS dan PT3 memberi ruang dan peluang kepada pihak sekolah menilai sendiri pelajar mereka. Justeru pentaksiran baharu ini adalah suatu penilaian yang lebih bersifat holistik.

PENULIS ialah Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UniSZA.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Nafsu seks dikunci

Posted: 01 Apr 2014 11:49 PM PDT

TERKEDU penulis mendengar pengakuan yang diceritakan oleh seorang kenalan yang dipertemukan menerusi laman sosial. Aina (bukan nama sebenar), 37, mahu berkongsi kisah hidupnya selepas menjanda. Kata Aina, walaupun tragedi rumah tangganya telah beberapa tahun berlalu, namun dia sukar melupakannya apatah lagi setelah dirinya baru-baru ini dilamar oleh seorang lelaki di tempat kerjanya.

Serik atau fobia, entahlah saya pun tidak tahu untuk menterjemahkan rasa hati ini. Pengalaman buruk rumah tangga yang lalu membuatkan saya fobia untuk berkahwin sekali lagi," kata Aina membuka bicara pada pertemuan yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Kata Aina, pergolakan rumah tangganya bermula dari tahun 2009 iaitu selepas kira-kira lima tahun mereka berumah tangga pada tahun 2004.

Pada mulanya saya ingatkan suatu yang normal bagi pasangan suami isteri yang semakin kurang mesra selepas mendapat anak kecil. Boleh dikatakan hampir lima tahun selepas kelahiran anak bongsu saya tidak pernah bersama dengan suami.

Setiap kali ingin melakukannya, nafsu suami bagai disekat dan tidak bermaya. Sebagai isteri yang normal sudah tentu saya rasa ada yang tidak kena dan tidak gembira dengan keadaan tersebut," akui Aina.

Pada mulanya Aina menyangkakan dirinya yang menjadi punca suaminya tidak bernafsu. Dia mengambil inisiatif melakukan pelbagai perawatan kulit dan wajah termasuk menghadiri pusat perlangsingan badan semata-mata untuk memikat suami.

Ketika itu saya yakin masalah ini berpunca daripada silap saya sendiri yang kurang menjaga penampilan diri semenjak terlalu sibuk dengan kerjaya dan anak-anak," cerita Aina lagi.

Nasib baik seorang amah yang diperoleh dari seberang banyak membantu kehidupan Aina dan suami menjadi lebih terurus. Tapi Aina sendiri masih hairan kerana suaminya tetap dingin di ranjang.

Saya beri dia masa lagi, mungkin stres kerana kerja, walaupun sabar menunggu saya tidak kisah kerana seks bukanlah keutamaan dalam rumah tangga, bagi saya ia umpama penyeri rumah tangga sahaja," ujar Aina lagi.

Jeling pembantu

Tapi hendak dikatakan tiada bernafsu, Aina perasan suaminya pernah menjeling ke arah pembantu rumahnya sewaktu amah itu sibuk di dapur.

Memang suami tidak perasan saya sedang memerhatikannya, meluat juga saya, tapi saya cuba buat tidak tahu

sahaja hinggalah saya mengesyaki pembantu rumah mengenakan ilmu hitam merosakkan rumah tangga saya.

Ini bukan tuduhan melulu kerana saya ada beberapa petunjuk dan bukti berasas. Mulanya saya sangka suami menghadapi masalah lemah tenaga batin.

Hasil perbincangan dengan suami, kami berjumpa doktor untuk mendapatkan kepastian. Namun, pemeriksaan mengesahkan saya tidak mengalami sebarang masalah seksual," cerita Aina lagi.

Berikutan itu Aina dan suami berbincang masalah tersebut dengan anggota keluarga dan ada yang mencadangkan mencuba perubatan secara Islam kerana mungkin ada orang menggunakan cara halus untuk merosakkan rumah tangga mereka.

Selepas berubat di pusat rawatan Islam, kami terkejut apabila ustaz memberitahu saya mungkin terkena sihir dilakukan orang yang pernah duduk serumah dengan kami.

Selepas dimaklumkan begitu, saya terus teringat ketika berada dalam berpantang kira-kira lima tahun lalu, saya pernah mengambil seorang pembantu rumah untuk menguruskan rumah," imbasnya.

Selepas itu Aina terus mendesak suaminya untuk mengetahui apa yang terjadi di luar pengetahuannya selepas amah berkenaan menamatkan kontraknya.

Ternyata Aina amat terkejut apabila mendengar pengakuan suaminya yang sepanjang tempoh amah berusia 30-an itu bekerja, mereka pernah terlanjur selepas tidak tahan dengan godaannya.

Rupa-rupanya mereka berzina pada setiap kali Aina keluar berurut ke rumah bidan. Ketika itu Aina langsung tidak mengesyaki perlakuan amah dan suaminya kerana mereka melayan Aina dengan begitu baik sekali.

Suami menyatakan walaupun telah terlanjur dia langsung tiada niat untuk berkahwin dengannya. Suami mengaku amat menyesal dan bertaubat kerana berzina dengan amah kami selepas tidak tahan dengan godaannya.

Suami saya mengakui sebenarnya bukan dia tidak bernafsu terhadap saya tapi setiap kali ingin bersama, dia merasakan seolah-olah saya seorang lelaki yang menyebabkan dia tiada rangsangan," ujar Aina.

Dek kerana terlalu perit mendengar pengakuan suami, Aina akhirnya menuntut cerai fasakh, dia juga tidak sanggup menderita batin dengan perubahan sikap suaminya.

Saya lebih rela hidup dengan anak tanpa suami. Walaupun nampak susah tapi saya pasrah dari hati terus disakiti," jelas Aina menutup bicara.

Fana Couture Butik Sehenti

Posted: 01 Apr 2014 11:49 PM PDT

WALAUPUN baru memulakan bisnes butik tudung kira-kira setahun lalu namun pasangan suami isteri, Mohd. Faizal Mat Nayan dan Azyliana Azam, kedua-duanya berusia 31 tahun telah mempunyai perancangan demi memajukan perniagaan mereka pada masa hadapan.

Menurut akauntan di sebuah institusi kewangan di ibu negara ini, dia bersama Azyliana ingin menjadikan butik mereka yang dinamakan sebagai Fana Couture ini sebagai sebuah butik sehenti yang mempunyai pelbagai produk fesyen pakaian serta sebuah studio.

Saya mahu mempelawa pengusaha butik-butik lain untuk meletakkan produk mereka seperti pakaian di butik saya ini. Mungkin mereka masih baharu dan tidak tahu bagaimana hendak menjual produk, justeru saya memberikan sepenuh sokongan dan ingin berkongsi ilmu bersama mereka.

Di butik ini juga akan saya buat ruang studio di mana saya dapat memberikan panduan bagaimana mereka boleh membuat laman sesawang sendiri, mengambil gambar produk dan memuat naik ke dalam laman sesawang mereka itu," kata Mohd. Faizal yang ditemui di butiknya yang terletak di Bukit Idaman, Selayang, Selangor, baru-baru ini.

Tambah bapa kepada seorang anak lelaki, Furqqan Hullaif Putra, tiga tahun, pada bulan April nanti, dia bersama Azyliana yang juga bekas seorang akauntan akan menganjurkan sebuah bengkel kecantikan di mana dia akan menjemput pakar dalam bidang kecantikan yang akan berkongsi maklumat mengenai solekan, cara gaya tudung dan sebagainya.

Dia yang turut berminat dalam bidang fesyen menambah, butik Fana Couture ini kelak akan menjadi bengkel konsultasi kepada sesiapa yang berminat bagi memulakan bisnes dalam talian, bagaimana hendak memasarkan produk dan tip memborong barang-barang dari luar negara.

Katanya, semasa hendak memulakan bisnes awalnya secara dalam talian dahulu, dia bersama isteri terbang ke luar negara secara back packers bagi mencari fabrik yang sesuai dan cantik bagi dijadikan tudung untuk dijual.

Dua tahun saya berniaga tudung yang sehingga kini menjadi keutamaan Fana Couture secara dalam talian. Memang tak menang tangan sehingga Azyliana terpaksa berhenti kerja dan memberi sepenuh tumpuan kepada bisnes.

Waktu itu pengikut kami sudah pun berjumlah 35,000 orang dan akhirnya kami mengambil keputusan membuka sebuah butik dengan modal sendiri," ujar Mohd. Faizal yang mementingkan fabrik dan keselesaan bagi produk tudungnya.

Dia berkata, pelanggannya lebih mementingkan kualiti sebelum membuat pembelian kerana ini mungkin berdasarkan daripada pengalaman mereka sendiri yang tidak berpuas hati apabila membeli tudung secara dalam talian.

Pun demikian, mereka yang pernah memakai tudungnya pasti akan membuat pembelian kedua dan seterusnya.

Menurutnya yang mempunyai pelanggan daripada golongan wanita berkerjaya berusia di antara 23 hingga 50 tahun, pada permulaan bisnes, dia membuat sebanyak 300 helai tudung yang dinamakan Medina dan ternyata Medina dapat dijual dalam masa yang singkat.

Tambahnya yang banyak membuat kajian dengan membaca majalah fesyen antarabangsa, jika tahun-tahun lalu orang lebih menyukai corak paisley namun kini beliau menjangka corak seperti bunga-bunga, abstrak dengan warna pastel akan menjadi pilihan ramai.

Pelanggan saya selain dari Malaysia juga dari Brunei, Perancis, Hong Kong dan Singapura. Setiap hari saya akan muat naik gambar tudung-tudung terbaharu. Jika telah habis rekaan yang terdapat di dalam laman sesawang, saya tidak akan ulang lagi tetapi akan buat yang lebih terbaharu.

Trend semasa, orang lebih suka memakai selendang dan saya akan hasilkan selendang segera yang mudah pakai.

Selain itu, saya juga membuat tudung separuh bulat, tudung sarung ekspres, tudung labuh saiz L dengan lapik dagu yang sesuai dipakai semasa menunaikan umrah dan haji dan tudung midi yang betul-betul berada paras bahu tanpa perlu dipin.

Sempena sambutan hari raya dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi, saya akan mengeluarkan koleksi yang lebih terkini yang saya pasti akan mendapat sambutan hangat.

Bisnes tudung di Malaysia ini memang ada potensi untuk berjaya kerana kebanyakan wanita kini bertudung dan mereka sentiasa mahukan yang terbaharu di pasaran, iaitu cantik, berkualiti dan selesa dipakai," kata Mohd. Faizal yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan daripada Universiti Malaya ini.

Kepada anda yang ingin melihat lebih banyak tudung terbaharu daripada Fana Couture, boleh melayari www.fanacouture.com. - MERAN ABU BAKAR

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Siap sedia hadapi bencana alam

Posted: 01 Apr 2014 11:40 AM PDT

Oleh ABDUL RAZAK IDRIS
kota@utusangroup.com.my

SKUAD Pantas ditubuhkan oleh MBSA bagi membantu mangsa yang terlibat dalam kejadian bencana alam. - Utusan/Saharuddin Abdullah

SHAH ALAM 1 April - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mewujudkan Skuad Pasukan Tindakan Segera (Pantas) bagi membantu penduduk yang berdepan bencana alam seperti banjir, kebakaran dan tanah runtuh.

Pasukan yang dahulunya dikenali sebagai Unit Bencana Alam pada 2006 ditukar namanya kepada Emergency Response Team sebelum dijenama semula menjadi Skuad Pantas, 16 November lalu.

Penolong Pegawai Penguat Kuasa Skuad Pantas, Harris Osman, berkata, skuad itu mempunyai Persijilan Pertubuhan Standard Antarabangsa (ISO) daripada Sirim Berhad bagi modul menyelamatkan mangsa banjir dari peringkat pertama di tempat kejadian sehingga ke pusat pemindahan banjir.

"Kita mempunyai seramai 32 anggota yang akan bertugas jika melibatkan operasi besar-besaran seperti banjir tidak kira di sekitar bandar raya ini atau di seluruh negara bagi menyediakan bantuan kemanusiaan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Harris menjelaskan, antara kawasan bencana banjir dianggap titik panas yang menjadi tumpuan operasi Skuad Pantas ialah di sekitar Padang Jawa dan kawasan Sungai Rasau.

Beliau memberitahu, selain banjir, pasukan berkenaan turut membantu operasi menebang pokok setiap kali ribut melanda bandar raya ini pada musim tengkujuh.

"Kita juga pernah membantu operasi menyelamat mangsa banjir di Johor pada 2007, Kedah (2010) dan Pahang hujung tahun lepas," katanya.

Sementara itu, Pembantu Penguat Kuasa Skuad Pantas, Mohd. Zaini Mohd. Noor, memberitahu, pihaknya meletakkan masa 25 minit untuk sampai ke tempat yang mengalami bencana alam jika melibatkan kawasan sekitar bandar raya ini.

Mohd. Zaini menjelaskan, bagi kes banjir, pasukan itu akan bergerak ke kawasan operasi dengan peralatan menyelamat seperti lori, kenderaan pacuan empat roda, bot dan jet ski.

"Pada hari biasa, seramai enam hingga 10 anggota bertugas setiap syif. Setiap anggota tidak kira lelaki atau wanita sememangnya terlatih untuk mengendali bot enjin sangkut dan menebang pokok menggunakan mesin gergaji.

"Bagi melicinkan perjalanan operasi dan perancangan kerja, kami juga menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia dari segi maklumat mengenai keadaan cuaca semasa.

"Ini bagi memastikan operasi skuad ini sentiasa berada dalam keadaan siap siaga jika berlaku bencana," jelasnya.

MPSJ sasar 30 PBT terbaik dunia

Posted: 01 Apr 2014 11:40 AM PDT

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Mohamad Roslan Sakiman (kanan) beramah mesra dengan para penerima anugerah sambil diperhatikan oleh Asmawi Kasbi (dua dari kanan) pada majlis Anugerah Kecemerlangan MPSJ di Subang Jaya, Selangor semalam. - Utusan/izham Jaafar

SUBANG JAYA 1 April - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) meletakkan sasaran untuk berada di dalam kelompok 30 pihak berkuasa tempatan (PBT) terbaik di dunia menjelang tahun 2030.

Yang Dipertuanya, Datuk Asmawi Kasbi berkata, sasaran itu bukan mustahil untuk dicapai memandangkan MPSJ kini berada di kedudukan ketiga di negara ini.

"Kita sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sasaran tersebut.

"Ini termasuk dengan meningkatkan prestasi, inovasi dan sistem penyampaian MPSJ kepada masyarakat di Subang Jaya bagi mencapai kedudukan tersebut," katanya pada Majlis Anugerah Kecemerlangan MPSJ di sini, hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, MPSJ perlu mengamalkan sikap tegas tetapi berhemah dalam mengendalikan isu-isu masyarakat kerana ia merupakan salah sebuah PBT yang terletak di kawasan bandar dengan kepadatan penduduk yang tinggi.

Katanya, MPSJ juga telah mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk menampung kos penyelenggaraan dan pembaikan pelbagai kemudahan antaranya yang berkaitan dengan sampah dan lain-lain lagi.

Jelasnya, MPSJ juga perlu bersedia kerana ada segelintir penduduk sering menyalahkan PBT berkenaan.

"Umpamanya, infrastruktur di kawasan MPSJ semakin berkembang pesat dan yang terkini adalah pembinaan projek penyambungan jajaran transit aliran ringan dari Lembah Subang ke Kelana Business Centre.

"Pelbagai masalah timbul ekoran kerja-kerja pembinaan itu seperti banjir kilat, kren jatuh di jalan raya termasuk bantahan daripada Sekolah Rendah Kebangsaan (Tamil) Castlefield, Puchong.

"Saya faham pihak MPSJ tersepit dengan isu-isu sebegini. Ramai penduduk kini yang lebih arif berkenaan Akta Kerajaan Tempatan, Akta Bangunan dan Parit dan pelbagai jenis akta lagi," katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Pembangunan), Datuk Mohamad Roslan Sakiman.

Pada majlis itu, seramai 118 kakitangan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MPSJ manakala 11 pesara serta 25 bekas Ahli Majlis bagi sesi 2012/2013 turut diraikan.

Pangsapuri Sri Penara juara keseluruhan Anugerah KPI Kebersihan Kuala Lumpur

Posted: 01 Apr 2014 11:40 AM PDT

Adnan Md. Ikhsan (enam dari kiri) dan Mohd. Amin Nordin Abdul Aziz (tujuh dari kiri) bergambar bersama wakil-wakil pemenang Anugerah KPI Kebersihan Kuala Lumpur 2013 di Keramat Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini. - Utusan/Wahidin Salim

KUALA LUMPUR 1 April - Pangsapuri Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras dipilih sebagai juara keseluruhan Anugerah Penilaian Prestasi Utama (KPI) Kebersihan Kuala Lumpur 2013 anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan baru-baru ini.

Pangsapuri tersebut turut memenangi kategori Anugerah Terbaik Perumahan Swasta dan Anugerah KPI selepas memenuhi tiga kriteria utama iaitu bersih, indah dan sejahtera.

Sementara itu, Perumahan Awam Seri Perak, Sentul memenangi Anugerah Perumahan Awam Terbaik, Menara Seri Jati, Keramat Wangsa meraih Anugerah Khas Bersih, Taman LTAT, Bukit Jati mendapat Anugerah Khas Indah manakala Perumahan Awam Seri Perlis II, Datuk Keramat memenangi Anugerah Khas Sejahtera.

Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan pada majlis di Keramat Mall di sini.

Yang turut hadir Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Mhd. Amin Nordin Abdul Aziz.

Adnan berkata, pertandingan itu merupakan salah satu usaha kementerian tersebut untuk meningkatkan kecintaan warga kota dalam menceriakan kawasan perumahan dan kediaman masing-masing.

"Berbanding tahun 2012, hanya 69 persatuan penduduk menyertai pertandingan ini dan pada tahun 2013 meningkat kepada 84 persatuan penduduk yang melibatkan seramai 258,447 orang penduduk," katanya.

Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM3.3 juta atau RM10,000 kepada 330 buah persatuan penduduk perumahan di sekitar Wilayah Persekutuan sebagai geran tahunan bagi menggerakkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Akademi sasar 5,000 penuntut

Posted: 01 Apr 2014 11:40 AM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

MOHAMED Khaled Nordin (belakang, tengah) menyaksikan Ketua Pegawai Eksekutif YPJ, Hamsan Saringat (dua dari kiri) bertukar dokumen dengan Abu Hasan Ismail dalam majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara Prestariang Technology dan YPJ Holding di Pejabat Menteri Besar Johor di Nusajaya, Johor, baru-baru ini.

NUSAJAYA 1 April - Akademi Petroleum Malaysia (Akademi) yang akan ditubuhkan di sini bagi menawarkan kursus vokasional dalam bidang minyak dan gas menyasarkan untuk melatih 5,000 penuntut dalam tempoh tiga tahun.

Akademi tersebut yang ditubuhkan hasil usahasama syarikat Prestariang Technology Sdn. Bhd. (PTSB) dan Yayasan Pelajaran Johor Holdings (YPJH) itu akan membuat pengambilan kumpulan penuntut pertama seramai 1,000 bermula pertengahan Mei ini.

Kedua-dua syarikat tersebut baru-baru ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi menubuhkan Akademi yang disaksikan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Ketua Pegawai Eksekutif Prestariang Bhd., Dr. Abu Hasan Ismail berkata, jumlah penuntut akan ditambah pada setiap pengambilan sekali gus mampu menyediakan tenaga pekerja mahir terutama dalam bidang minyak dan gas.

"PTSB dan YPJH akan menggabungkan kemahiran, usaha dan sumber untuk membina dan menawarkan modul yang sesuai serta relevan untuk pelbagai latihan vokasional dan teknikal bagi sektor minyak dan gas di negara ini.

"Pendidikan dan latihan teknikal ditawarkan Akademi akan ditanda aras pada pensijilan yang diiktiraf di peringkat global, sekali gus diharap dapat dimanfaatkan mereka yang berminat," katanya.

Beliau berkata, pada permulaan Akademi menawarkan kursus seperti jurukimpal, perancah, pemasang paip, juruteknik elektrik dan instrumentasi, pengecat, pelukis pelan dan pengurus penyelenggaraan kepada golongan belia berusia antara 17 hingga 25 tahun.

"Lulusan Akademi kelak diharap dapat mengisi keperluan permintaan tenaga kerja terlatih di seluruh negara terutamanya di Pengerang yang kini dalam proses menjadi hab minyak dan gas negara," katanya.

Jalinan kerjasama NMIT, SSU

Posted: 01 Apr 2014 11:40 AM PDT

MALEK Pourzanjani (dua dari kanan) bertukar dokumen dengan Mike Wilkinson sambil diperhatikan oleh Pengarah Urusan Netherlands Maritime Institute of Technology, Kapten Razali Yaacob (kanan) dan Dekan Fakulti Maritim dan Teknologi Southampton Solent University, Prof. John Chudley di Johor Bahru, baru-baru ini.

JOHOR BAHRU 1 April - Sebagai persediaan untuk menjadi peneraju dalam sektor pendidikan maritim di negara ini, Netherlands Maritime Institute of Technology (NMIT) menjalinkan kerjasama dengan Southampton Solent University (SSU) baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Eksekutif NMIT, Prof. Malek Pourzanjani berkata, menerusi kerjasama itu, pemegang diploma NMIT berpeluang untuk terus melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah maritim di SSU yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, kerjasama tersebut turut meliputi pertukaran penuntut, program pengembangan akademik serta usahasama dalam bidang penyelidikan dan perundangan.

"Kerjasama ini merupakan yang pertama seumpamanya dalam industri maritim Malaysia melibatkan dua institusi pengajian swasta dan mampu memberikan penuntut tempatan peningkatan yang diperlukan untuk lebih berdaya saing.

"Sebagai penglibatan kami di peringkat global, NMIT sentiasa mencari peluang untuk bekerjasama dengan institusi maritim yang ternama dan bertaraf dunia," katanya selepas majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) di sini baru-baru ini.

Malek menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak NMIT manakala SSU diwakili Timbalan Naib Canselor, Prof. Mike Wilkinson.

NMIT merupakan sebuah institusi pengajian tinggi swasta hasil usahasama Malaysia dan Belanda yang memulakan operasi di bandar raya ini pada Mei 2011.

Kini institusi tersebut menawarkan pengajian di peringkat diploma dalam bidang Pengurusan Pengangkutan Maritim, Pengurusan Pelabuhan dan Pengurusan Perkapalan.

Malek berkata, selain pembukaan kampus baharu di Educity Nusajaya tidak lama lagi, terdapat tiga kursus baharu diperkenalkan mulai September ini iaitu Kesihatan Maritim, Keselamatan dan Persekitaran serta Undang-Undang Maritim dan Logistik.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved