Jumaat, 22 November 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


FAM jangan lupa Kim Swee

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

Oleh FERZALFIE FAUZI
ferzalfie.fauzi@utusan.com.my

Ong Kim Swee

KUALA LUMPUR - Belum pun reda tentang masa depan jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal, kini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dijangka berdepan satu lagi ujian apabila pengendali Harimau Muda, Datuk Ong Kim Swee dikatakan sudah mula dirisik beberapa negara Asia Tenggara.

Bekas pemain kebangsaan itu mempunyai tempoh kontrak yang sama seperti Rajagobal akan berakhir 31 Disember ini, jika tidak ada apa-apa maklum balas daripada FAM dikhuatiri akan ada negara lain yang menyambar Kim Swee.

Antara negara Asia Tenggara yang menunjukkan minat untuk mendapatkan bekas jurulatih Melaka dan pasukan kebangsaan bawah 19 tahun itu ialah Persatuan Bola Sepak Myanmar (MFF) yang mahu mengembalikan kegemilangan era 60-an dan 70-an yang mana mereka menjadi kuasa besar di rantau ini.

Rajagobal akan mengetahui nasibnya pada Mesyuarat Exco FAM esok, namun sekarang ini Kim Swee juga perlu menyedari adakah badan bola sepak negara itu masih lagi mahu menggunakan khidmatnya ataupun dinaikkan pangkat mengendalikan skuad senior yang kini nyawa-nyawa ikan dalam kelayakan Piala Asia 2015 Australia.

Myanmar dilihat begitu serius untuk mendapatkan sentuhan Kim Swee yang telah membuktikan kehebatannya sebagai jurulatih.

Mereka juga mahu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama kuasa Asia Tenggara lain seperti Malaysia, Thailand, Singapura serta Vietnam.

Jika jurulatih Myanmar sekarang, Park Sung-Hwa menerima bayaran bulanan $AS70,000 (RM224,280), MFF pula dikatakan sanggup meletakkan jumlah gaji yang lebih tinggi buat Kim Swee.

Nama Kim Swee mula meniti di bibir peminat bola sepak tempatan selepas berjaya mengekalkan pingat emas Sukan SEA di Jakarta dua tahun lalu, kejayaan itu membuka mata banyak pihak termasuk Singapura yang dilaporkan turut menunjukkan minat untuk menggunakan khidmatnya.

Menurut bekas pemain legenda kebangsaan, Khalid Ali, tawaran daripada negara luar kepada Kim Swee adalah sesuatu yang positif kerana membolehkannya menimba ilmu di negara orang sebelum pulang semula ke negara asal berbekalkan pengalaman berharga.

"Dia akan memperoleh ilmu yang tinggi dan mewakili Malaysia untuk memberikan yang terbaik demi negara. Ini adalah salah satu penghargaan buat bola sepak negara.

"Sedikit sebanyak negara luar masih lagi menghormati Malaysia dan khidmat jurulatih kita diperlukan oleh negara lain. Saya rasa untuk meraih pengalaman tidak salah beliau berkelana ke tempat orang," katanya

Jelas Khalid, jika Kim Swee berhijrah sudah tentu beliau akan membawa pulang sesuatu ilmu yang berharga, berbeza dengan hanya berada dalam Malaysia sahaja.

Sentuhan emas Kim Swee mula menarik perhatian sebaik sahaja beliau mula membimbing Harimau Muda pada 2009 selepas Rajagobal dinaikkan pangkat mengendalikan skuad senior, pada tahun yang sama itu juga beliau meraih kejuaraan Liga Perdana bersama skuad tersebut.

Tidak boleh salahkan Rajagobal seratus peratus - Rahim

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
hafiz.ahmad@utusan.com.my

RAHIM Abdullah (barisan depan, dua dari kiri) bersama skuad Malaysia menentang Maghribi di Jerman Barat. Skuad inilah yang layak ke Sukan Olimpik Munich 1972.

KUALA LUMPUR - Masalah ketumpulan penyudah dan ketandusan penyerang tempatan gara-gara kebanjiran pemain import Liga Malaysia, jelas terbukti dalam kekalahan 0-1 Malaysia pada Kelayakan Piala Asia 2015 kepada Bahrain dan Qatar, baru-baru ini.

Masalah itu cuba disuarakan Datuk K. Rajagobal selepas kalah persahabatan 1-4 kepada Arab Saudi, Mac lalu itu, namun hampir disalah tafsir Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebagai 'mengecam majikan' sebelum jurulatih negara itu dibebaskan daripada tuduhannya.

Isu limpahan penyerang import sejak bola sepak kita bertukar separuh profesional 1989, turut mendorong peletakan jawatan Rahim Abdullah sebagai jurulatih negara selepas Malaysia dikejutkan Filipina 1-0 dan kempunan sebarang pingat Sukan SEA Manila 1991.

"Kita tidak boleh salahkan jurulatih (Rajagobal) semata-mata (atas kekalahan berturut-turut dalam Kumpulan D kelayakan). Jika itu sahaja 'bahan' (penyerang tempatan) yang dia ada, inilah hasilnya yang kita peroleh.

"Saya pun pernah bentangkan laporan selepas pulang daripada Sukan SEA Manila 1991 tentang bagaimana pasukan negeri dalam liga kita gemar mengambil semua penyerang import sampai tidak mahu mengasuh penyerang tempatan dan mereka langsung tidak berpeluang bermain," kata Rahim, sayap kanan skuad Sukan Olimpik Munich 1972, kepada Utusan Malaysia, semalam.

Beliau mengulas kedudukan Rajagobal sebagai jurulatih selepas Harimau Malaya cuma tinggal 'nyawa-nyawa ikan' untuk ke pusingan akhir Piala Asia di Australia ekoran deretan kekalahan itu yang meletakkan mereka di tempat ketiga Kumpulan D.

Rahim turut pelik dengan corak permainan Safee Sali yang pernah gah bergelar jutawan di kelab Indonesia, Pelita Jaya tetapi disifatkan seperti budak yang baru bermain bola sepak ketika menentang Bahrain dan Qatar.

"Gayanya terdesak dan hanya merempuh untuk merampas bola. Pasukan kita pun tiada pemain tengah yang bijak membuka ruang atau menukar rentak permainan. Safiq Rahim? Kalau dengan harapkan sepakan bebas sahaja (jaringkan gol), tiada gunanya.

"Sepatutnya menentang Qatar (Selasa lalu), kita letakkan lima pemain tengah tetapi pemain kita pun tiada kaliber dan 'perit'. Percaturan taktikal kita silap apabila berdepan pasukan Arab yang mahir dan tinggi.

Norshahrul Idlan Talaha banyak bekerja keras untuk merampas bola dari bawah tetapi sampai bila dia hendak buat semua itu. Lama-lama dia pun pancit (hilang stamina)," katanya.

Tegas Rahim, Mohamad Aidil Zafuan Abd. Radzak juga tidak bersesuaian bermain sebagai bek tengah mahupun benteng terakhir Malaysia dengan rempuhan liar dan terlalu terdesak.

"Sepatutnya Mahalli Jasuli dan Amiridzwan Taj Tajudin berganding di situ. Kita perlukan benteng terakhir yang tenang dalam mengutip bola yang terlepas kepada lawan dalam kotak penalti," kata bekas pemain berjersi nombor 18 ini.

Mengenai kecenderungan FAM untuk mengambil jurulatih import sebagai pengganti Rajagobal malah memiliki reputasi tinggi melatih pasukan Piala Dunia, kata Rahim: "Ambillah Alex Ferguson sekalipun, sudah tidak boleh buat apa untuk lawan Yemen (5 Mac nanti).''

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Dua terbunuh kereta rempuh lori di Kuantan

Posted: 22 Nov 2013 11:16 PM PST

KUANTAN 23 Nov. - Dua lelaki maut apabila kereta yang mereka naiki hilang kawalan dan merempuh sebuah lori yang datang dari arah bertentangan di Batu 12 Jalan Kuantan-Gambang di sini hari ini.

M. Kanayan, 36, mati di tempat kejadian manakala R. Raman, 54, mati sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Supritendan Aziz Ahmad berkata, dalam kejadian pada pukul 7.35 pagi itu kereta Proton Saga yang dipandu Kanayan dikatakan hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

Ketika kejadian, kereta Proton Saga itu datang dari arah Gambang menghala ke Kuantan, katanya ketika dihubungi hari ini. - BERNAMA

Diberkas di KL

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my

VINOD Mohan diberkas oleh polis di Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Hampir empat bulan diburu pihak berkuasa, ketua kumpulan 'Geng 08 Vinod' yang terkenal dengan jenayah samun bersenjata di sekitar Rawang dan Gombak, Selangor, akhirnya tumpas selepas diberkas polis di Jalan Kuantan, Tasik Titiwangsa, pagi ini.

Suspek dikenali sebagai Vinod Mohan, 21, diberkas di sebuah rumah kosong pukul 9.30 pagi, selepas melarikan diri lebih 30 kilometer dengan memandu kereta sejurus terserempak sepasukan polis di kawasan Genting Sempah, Pahang.

Turut bersama suspek yang menaiki kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Wish itu ialah seorang gadis berusia 23 tahun. Semasa melarikan diri, suspek dikatakan turut melepaskan tembakan.

Dalam insiden mengejar itu, kenderaan dipandu suspek telah melanggar seorang orang awam dan terbabas di satu lokasi di Tasik Titiwangsa sebelum lelaki tersebut melarikan diri manakala rakannya ditahan.

Bertindak atas maklumat, polis kemudian memberkasnya di sebuah rumah kosong di kawasan berdekatan dalam keadaan cedera, termasuk di bahagian bahu dan pinggang akibat terkena tembakan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, pada Oktober lalu seramai tujuh ahli kumpulan geng ini ditahan dan dikenakan Perintah Pengawasan di bawah Seksyen 3(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 di Kedah, Negeri Sembilan, Johor, Pulau Pinang dan Perak.

"Kesemua mereka telah melanggar syarat dan kembali ke Gombak untuk meneruskan aktiviti jenayah dan pada 17 November lalu, kami berjaya menahan lima daripada mereka di Batu Batu Caves.

"Bertindak atas perkara itu juga, kami telah menahan suspek bernama Vinod setelah mengejarnya dari Genting Sempah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, ekoran penahanan tersebut, sekurang-kurangnya 30 kes samun di sekitar Lembah Klang berjaya diselesaikan pihak polis.

Ogos lalu, akhbar melaporkan seorang anggota Geng 08 Vinod yang melarikan diri daripada sekatan jalan raya di Jalan Lingkaran Tengah 2 (JLT2) diburu polis dan dipercayai bersembunyi di kawasan hutan Ulu Yam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Uzbekistan bakal bina loji tenaga solar

Posted: 22 Nov 2013 11:09 AM PST

TASHKENT 23 Nov. - Uzbekistan akan menjadi negara Asia Tengah pertama yang bakal membina loji tenaga solar sebagai usaha menghasilkan sumber tenaga mesra alam di negara ini.

Ketua Pembangunan Bank Asia (ADB), Takehiko Nakao semalam berkata, ADB pada awal minggu ini telah meluluskan pinjaman lebih AS$110 juta (RM352 juta) kepada Uzbekistan untuk menjayakan pembinaan tersebut.

"Projek tersebut adalah yang terbesar di Asia Tengah dan berkemungkinan juga terbesar di dunia," katanya.

Loji tersebut akan dibina di sebuah kawasan seluas 400 hektar di wilayah Samarkand. - AFP

Penduduk Pakistan teruskan tunjuk perasaan

Posted: 22 Nov 2013 11:08 AM PST

ISLAMABAD 23 Nov. - Berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di seluruh Pakistan semalam, sebagai bantahan terhadap keganasan puak yang meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa di bandar Rawalpindi, pada minggu lalu.

Media tempatan melaporkan, kira-kira 2,000 penunjuk perasaan berhimpun di Quetta sambil melaungkan slogan anti-Syiah, manakala 4,000 yang lain berkumpul di Peshawar dan 15,000 di Karachi.

Sehubungan itu, beratus-ratus anggota pasukan keselamatan di tempatkan di sekitar kawasan berisiko bagi mengawal keadaan. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


SPNB lulus 3,597 permohonan

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

KUANTAN 22 Nov. - Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) meluluskan sebanyak 3,597 permohonan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) daripada penduduk berpendapatan rendah di negeri itu sehingga 30 September lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, daripada jumlah itu, 353 rumah kini dalam pembinaan dan 2,044 telah siap dibina.

"Cuma 1,200 permohonan yang masih dalam proses menandatangani dokumen perjanjian dan penyediaan inden kerja," katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13 di Wisma Sri Pahang semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Mustapa Long (BN-Padang Tengku) yang ingin tahu statistik terkini permohonan RMR1M yang diluluskan.

Wan Rosdy berkata, melalui rekod SPNB, faktor atau masalah yang berlaku sehingga menyebabkan permohonan RMR1M diluluskan lambat untuk dibina adalah kerana kegagalan pemohon dan tuan tanah menandatangani dokumentasi perjanjian dengan pihak peguam.

"Selain itu, masalah ini juga berkaitan kegagalan permohonan untuk menyediakan laluan jalan masuk, kemudahan asas penyediaan tapak untuk pembinaan," katanya.

Menurut beliau, masalah timbul semasa proses permohonan oleh pemohon dan perkara itu di luar kawalan pihak SPNB.

"Walau bagaimanapun, SPNB akan sentiasa membantu permohonan untuk mencepatkan proses pembinaan RMR1M dengan menambah bilangan panel peguam dan kontraktor yang berkelayakan.

"Di samping itu, dalam masa terdekat SPNB akan memulakan operasi cawangan satelit di 22 kawasan terpilih di seluruh negara yang mana dilihat sebagai satu langkah menambah baik program ini," katanya.

Program asyura platform eratkan perpaduan

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

Abdul Rahman Mohamad (empat dari kanan) bersama pasukan juara, De'Safa sempena Karnival Bubur Asyura di Kampung Relong, Kuala Lipis, baru-baru ini.

KUALA LIPIS 22 Nov. - Masyarakat di kawasan Parlimen ini diminta menjadikan program memasak bubur asyura sebagai platform bagi mengukuhkan nilai pemuafakatan di samping peluang untuk menghayati keistimewaan bulan Muharam.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Abdul Rahman Mohamad berkata, tradisi memasak bubur asyura antara pendekatan terbaik menghimpunkan umat Islam setempat untuk menyuburkan aspek perpaduan dengan melupakan sejenak perbezaan yang ada.

Beliau berkata, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta pengurusan masjid di tempat masing-masing sewajarnya menghidupkan tradisi itu sekali gus memeriahkan sambutan bulan Muharam sebagai titik tolak kepada permulaan yang baharu dalam kehidupan.

"JKKK, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan sewajarnya beramal jariah menyumbangkan kewangan dan bahan bubur asyura termasuk yang pakar menyumbang tenaga bagi menyediakan juadah ini.

"Tradisi memasak bubur asyura beramai-ramai dapat menghidupkan suasana meriah di kampung selain dapat melupakan hal titik bengik akibat perbezaan fahaman politik," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Karnival Bubur Asyura di Kampung Relong, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Ketua Kampung Desa Cemerlang Relong, Ishak Mohamad dan Pemangku Penghulu Mukim Telang, Abdullah Zawawi Kamaludin.

Sempena karnival itu, sebanyak 16 kawah bubur asyura dipertandingkan dan pasukan De'Safa muncul pemenang dengan hadiah wang tunai sebanyak RM100 manakala pasukan Maahad Tahfiz Relong meraih tempat kedua (RM80) dan Cucu Saaid, ketiga (RM70).

Pemimpin belia digesa tingkatkan populariti sepak takraw

Posted: 22 Nov 2013 11:25 AM PST

ISMAIL Mohamed Said (duduk, empat dari kanan) bergambar dengan beberapa pemain dalam Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu Bakat Baharu Tertutup Parlimen Temerloh dan Parlimen Kuala Krau 2013 di Desa Murni, Temerloh, baru-baru ini.

TEMERLOH 22 Nov. - Pemimpin belia di daerah ini digesa mempergiatkan lagi usaha untuk mempopularkan kembali permainan sepak takraw yang kini semakin kurang mendapat perhatian generasi muda.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, langkah itu perlu kerana prestasi sepak takraw negara semakin terkebelakang berbanding negara jiran sedangkan sukan itu berasaskan permainan tradisi orang Melayu.

Beliau berkata, sehubungan itu belia perlu berganding bahu dengan pemimpin masyarakat bagi mengembalikan populariti sukan tersebut sekali gus membolehkan bakat-bakat di kampung dicungkil untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

"Hari ini kita bukan sahaja gagal menyaingi musuh tradisi, Thailand tetapi sering kali tewas kepada pasukan baharu termasuk dari Korea Selatan dan Myanmar.

"Jika kita tidak bermula dari sekarang untuk menggilap bakat-bakat baru, tidak mustahil kejaguhan kita dalam sukan sepak takraw hanya akan berada dalam lipatan sejarah," kata Ismail berucap merasmikan Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu Bakat Baharu Tertutup Parlimen Temerloh dan Parlimen Kuala Krau 2013 di Desa Murni yang disertai 31 pasukan, di sini kelmarin.

Katanya, masyarakat tidak boleh mengharapkan hanya agensi kerajaan menggerakkan usaha mengembalikan kegemilangan permainan ini, sebaliknya kerjasama semua pihak diperlukan untuk menganjurkan lebih banyak pertandingan.

Menurutnya, walaupun usaha tersebut menghadapi cabaran yang cukup sukar, namun golongan muda yang lebih tertumpu kepada sukan lain termasuk permainan komputer perlu diyakinkan tentang kepentingan sepak takraw kepada negara.

"Hari ini sukar untuk melihat golongan muda bermain sepak takraw di setiap kampung pada waktu petang walaupun kemudahan seperti gelanggang telah disediakan oleh kerajaan. Justeru, saya menghargai usaha pihak terlibat yang mampu menganjurkan kejohanan yang berjaya menarik penyertaan menggalakkan," katanya.

Ismail dalam ucapannya turut mengumumkan peruntukan RM120,000 untuk membina gelanggang sepak takraw dan pentas terbuka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pengetua sekolah ke tali gantung, isteri dipenjara

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

Kazem Hamidpoor Abolghasem (dua dari kanan) dan Soraiya Mosafer Mardali (belakang) dikawal oleh anggota polis selepas dijatuhi hukuman di Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 22 Nov. - Seorang pengetua sekolah warga Iran yang datang ke negara ini untuk berbulan madu dengan isterinya, menerima nasib malang hari ini apabila dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini kerana mengedar syabu, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmad Asnawi memutuskan demikian terhadap Kazem Hamidpoor Abolghasem, 33, selepas tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Selain keterangan lelaki itu tidak boleh dipercayai, menurut hakim tersebut, tertuduh gagal membuktikan dia tidak mempunyai hak pemilikan terhadap dadah di dalam bagasi yang dibawanya.

Kazem didakwa mengedar 440.2 gram syabu di Tuntutan Bagasi D, Balai Ketibaan Aras 3, Bangunan Terminal Utama (MTB) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini pada pukul 4 petang, 6 Mac 2011.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Sementara itu, isteri tertuduh, Soraiya Mosafer Mardali, 32, dihukum penjara 14 tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan pindaan memiliki 890 gram syabu pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Pertuduhan itu dipinda oleh mahkamah selepas berpuas hati dengan pembelaan Soraiya yang berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap elemen pengedaran tetapi gagal menimbulkan keraguan dalam elemen pemilikan.

Hakim Ahmadi menyifatkan wanita itu seorang yang bernasib baik kerana terlepas daripada hukuman gantung dan tidak dikenakan sebatan kerana seorang wanita.

"Jika undang-undang membenarkan, saya tidak teragak-agak memberi kamu hukuman sebatan 50 kali," kata beliau.

Soraiya didapati bersalah mengikut Seksyen 12(2) akta sama yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta tersebut yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum seumur hidup serta sebatan sekurang-kurangnya 10 kali.

Terdahulu, peguam Hasshahari Johari Mawi yang mewakili Soraiya memohon hukuman ringan terhadap wanita itu memandangkan tertuduh masih muda dan ingin memulakan kehidupan baharu.

Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin sebaliknya memohon hukuman berat dikenakan terhadap suami isteri tersebut kerana pengedaran dadah oleh warga asing telah memberi akibat buruk kepada masyarakat dan imej negara ini.

Pemandu teksi Iran edar syabu digantung

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

Mikaeil Safari Ali bertindak memarahi jurugambar yang merakam gambarnya selepas dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, semalam. - UTUSAN/ABDUL RAZAK LATIF

SHAH ALAM 22 Nov. - Seorang pemandu teksi warga Iran dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis syabu seberat 752.8 gram, tiga tahun lalu.

Mikaeil Safari Ali, 32, yang mendengar keputusan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi itu, dilihat tergamam dan terduduk di kandang tertuduh.

Terdahulu, Hakim Ahmadi dalam penghakimannya berkata, pembelaan tertuduh telah gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

"Mahkamah berpuas hati tertuduh mempunyai pengetahuan terhadap kandungan beg (berisi dadah) tersebut," kata beliau.

Lelaki itu didakwa mengedar dadah tersebut di Laluan Keluar Kastam, Aras 3, Bangunan Terminal Utama (MTB), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang dekat sini pada pukul 3.30 petang, 15 November 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Aidatul Azura Zainal Abidin manakala tertuduh diwakili peguam bela Mohd. Norazihan Adnan.

Sepanjang perbicaraan, pendakwaan memanggil lapan saksi dan di peringkat pembelaan, hanya tertuduh tampil memberi keterangan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Amyza Aznan keguguran lagi

Posted: 21 Nov 2013 09:29 PM PST

Oleh MOHAMAD ARIFF MOHD YUSOF

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Pelakon Amyza Aznan, 37, hari ini sekali lagi mengalami keguguran.

Kali ini dia keguguran anak keempat ketika kandungannya berusia lapan minggu, dua hari selepas menghadapi keadaan yang sama tahun lepas.

Pada tahun lalu, Amyza keguguran anak ketiga, sewaktu kandungannya berusia tiga minggu.

Kedua-dua berita kegugurannya itu dimuatkan di laman Twitter.

"Sedih sangat...tidak boleh berhenti menangis ni. Terasa seperti masih kedengaran degupan jantungnya," ungkap Amyza di Twitter. - UTUSAN ONLINE

Stereotaip industri tempatan

Posted: 22 Nov 2013 06:33 AM PST

OLEH MOHAMAD ARIFF MOHD YUSOF
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

KOLABORASI Bunkface dan Amy dipersetujui oleh penyanyi legenda itu demi kemajuan industri.

HAYAT perjuangan muzik indie dalam industri hiburan tempatan nampaknya tidak lama. Jika beberapa tahun lalu, artis yang berada pada landasan perjuangan indie begitu melonjak popularitinya, hari ini suara mereka seperti sunyi sepi, jarang sekali kedengaran. Peralihan masa menyaksikan karya-karya muzik sedemikian semakin ditelan zaman, belum pun sampai usia satu dekad popular. Kegilaan terhadap muzik yang dibawa artis indie ini cepat benar berlalu dan ia telah diganti dengan program realiti stesen televisyen yang banyak menghasilkan artis-artis "mee segera".

Memberi reaksi kepada fenomena kepincangan media serta stesen-stesen radio yang lebih cenderung memainkan muzik arus perdana, penyanyi senior Amy Search kembali ke persada industri muzik tempatan bersama kumpulan Bunkface. Mereka berkolaborasi merakamkan lagu baharu berjudul Rentak Lagu Ku.

Amy memberitahu, dia mahu memberi sokongan dan dokongan padu kepada anak-anak muda yang dianggap mempunyai bakat istimewa ini.

Mengakui akan bakat yang ada pada ketiga-tiga anak muda ini serta menyifatkan kehadiran mereka umpama permata yang harus digilap dan dibimbing. Justeru, mereka seharusnya lebih dihargai bukan sahaja peminat, malah pengusaha stesen-stesen radio dan televisyen tempatan.

"Industri muzik seharusnya menghargai bakat-bakat dan menyediakan platform buat artis-artis muda yang bergerak sendiri seperti ini. Walaupun industri tempatan kita kaya dengan pelbagai platform, namun tidak ada gunanya jika mereka hanya memberi laluan kepada artis arus perdana sahaja untuk kekal popular.

"Pada masa yang sama, kita mungkin terlepas pandang bakat yang ada pada artis-artis muda dari landasan indie kerana hanya memberi ruang kepada artis-artis berkonsep balada yang sudah sedia popular, misalnya," katanya, melahirkan rasa kecewa.

Selain itu, Amy turut melahirkan rasa kesalnya apabila melihat cara kumpulan anak-anak muda ini dilayan dalam industri kita. Pihak penganjur persembahan antaranya, dilihat seolah-olah 'menzalimi' artis-artis sebegini dengan cara meletakkan bayaran begitu rendah bagi menggunakan khidmat mereka di pentas persembahan.

"Saya sangat terkejut apabila mengetahui nilai bayaran persembahan untuk kumpulan muzik zaman sekarang adalah hampir sama dengan apa yang kami dapat dalam tahun 1980-an.

"Malah, ada yang memberitahu, bayaran mereka lebih rendah daripada yang pernah diterima Search suatu waktu dahulu.

"Trend meletakkan had bayaran sebegini rendah terhadap kumpulan muzik bukan sahaja dianggap merendahkan nilai sesebuah kumpulan itu sahaja, tetapi juga memberi nilai yang lebih rendah kepada industri itu sendiri secara keseluruhannya," jelas penyanyi Search yang telah menghasilkan lebih 20 album studio yang terjual laris.

Justeru, dengan kudrat yang ada, Amy mahu tampil membantu lalu terhasilah kolaborasi ini.

Dalam kolaborasinya, Amy kekal percaya bahawa masa depan untuk kumpulan muzik sebegini tetap ada. Strategi utama tentunya mereka tidak boleh dengan cepat mengalah dengan keadaan semasa. Perlu juga untuk terus melancarkan 'serangan' menakluk pasaran untuk terus kekal di persada.

Antara nasihat Amy ialah, Bunkface perlu mengetepikan ego dalam penghasilan genre lagu serta mempelbagaikan rentak muzik mereka dalam mencipta kelainan dalam setiap album akan datang.

Selain daripada irama punk rock yang sering dibawa, mereka harus berani dalam mencipta kelainan dalam menghasilkan nada-nada baru termasuk berkonsepkan balada.

"Tak perlu ego kononnya mereka hanya boleh berjuang dengan irama biasa seperti sebelum ini, kita perlu variasi untuk kekal diminati.

"Ini kerana, sebagai peminat, mereka sentiasa menanti pembaharuan baharu oleh setiap artis. Sebab itu, artis perlu kreatif dan sentiasa berfikir secara luas. Walaupun Bunkface sering kali dikenali peminat dengan nada muzik rancak dan moden, mereka harus bijak memperbaharui idea lain terutamanya dalam pembawaan nada balada," kata Amy.

Tambah Amy, Bunkface harus bersikap positif dalam mengembangkan perjalanan muzik mereka terutamanya industri muzik luar seperti Indonesia.

Adalah menjadi impian setiap artis untuk membuat persembahan di pentas luar negara terutama negara luar.

"Namun, mereka harus ingat, sebelum bercita-cita merempuh tembok industri hiburan luar, perkara yang harus diutamakan adalah mencipta nama dan reputasi di kalangan pendengar di Malaysia terlebih dahulu," jelas vokalis kumpulan Search tersebut yang bukan sahaja menjadi sebutan peminat di negara-negara jiran,malah pernah membuat persembahan di negara Eropah.

Nama "Bunkface" berasal dari tajuk sebuah lagu dendangan Sum 41, Crazy Amanda Bunkface.

Bunkface mengeluarkan EP pertama mereka yang berjudul Lesson of the Season yang diisi enam buah lagu berbahasa Inggeris yang mengadunkan general gaya pop-punk/rock alternatif.

Si vokalis, Sam, telah menubuhkan satu projek sampingan bernama The Azenders bersama-sama rakan-rakannya daripada beberapa kumpulan lain.

Bunkface meraih tempat ketiga di Hong Kong Exhibition & Convention Centre baru-baru ini dan kini dalam perancangan menembusi pasaran muzik Indonesia.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Apa sebenarnya Pas mahu?

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

Zulkifli Noordin

Apakah pakatan bersama pembangkang DAP-PKR membawa Pas kepada keredaan Allah?

PAS mengadakan Muktamar Tahunan Ke-59, dengan pemilihan jawatan utama termasuk Timbalan Presiden, Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Pusat semalam, Jumaat 18 Muharram 1435 bersamaan 22 November 2013.

Sekali lagi berlaku pertembungan antara kumpulan pro-agamawan dan pro-Anwarinas. Saya tidak berminat membuat spekulasi mengenai pemilihan semalam, kerana pada saya yang lebih penting ialah hala tuju, dasar dan landasan perjuangan Pas dalam senario politik masa kini sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa.

Setiap ahli akar umbi Pas, khususnya para muktamirin perwakilan tiap kawasan yang hadir dan mengundi dalam pemilihan kali ini harus bertanya dan boleh menjawab soalan-soalan berikut.

Soalan utama yang perlu ditanya dan dijawab ialah; apa sebenarnya yang Pas mahu?

Adakah Pas menyertai politik kepartian dan terlibat dalam pilihan raya umum untuk mendapatkan kuasa bagi melaksanakan syariat Islam dan mencari keredaan Allah? Atau;

Adakah Pas menyertai politik kepartian dan terlibat dalam pilihan raya umum dengan menggunakan Islam demi mendapat kuasa dan bermahkota di Putrajaya?

Dan untuk membantu menjawab soalan tersebut, saya bariskan di bawah beberapa fakta untuk direnung dan dimuhasabahkan oleh para muktamirin.

1. AKIDAH

RASULULLAH SAW diutus untuk memperbetulkan akidah manusia yang sudah terpesong. Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, manusia sudah pun menjadikan Allah sebagai Tuhan. Tetapi ada yang syirik mendakwa Allah ada anak (seperti Yahudi dan Kristian), Allah ada sekutu (seperti Musyrikin), atau terus kufur kepada Allah dengan menyembah matahari (seperti Majusi). Maka diutus Nabi Muhammad SAW dengan ketegasan bahawa Allah itu Satu, Allah tidak bergantung dengan sesiapa, Allah tidak beranak dan tidak diperanakkan, dan tiada sekutu yang setara dengan Allah!

Jadi kalau Pas benar-benar mempunyai hala tuju, dasar dan perjuangan untuk melaksanakan Islam, mengapakah apabila Lim Guan Eng mendesak Kristian dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam bentuk syirik, Pas boleh bersetuju bersama dengan PKR dan DAP pada 08.01.2013 untuk Kristian mengguna pakai kalimah Allah walaupun tidak menepati syariat Islam?

Dan mengapa apabila Majlis Syura memutuskan menolak tuntutan Kristian itu, ia tidak dihormati malah terus dipertikaikan dikalangan ahli Pas pun.

2. UKHWAH

MENGAPA apabila umat Islam bersatu melalui NGO-NGO menentang cubaan Kristian menggunakan kalimah Allah, Pas mengambil sikap tidak mahu bersama? Malah umat Islam berjuang tanpa Pas apabila pihak Perwakilan Vatican menyokong Kristian menggunakan kalimah Allah. Langsung tidak kedengaran suara Pas, apatah lagi melihat kehadiran pimpinan Pas. Yang kedengaran suara-suara sumbang daripada Pas yang menyokong Kristian mengguna kalimah Allah walaupun bertentangan dengan ketetapan Majlis Syura; dan sehingga hari ini suara-suara sumbang ini tidak dikenakan sebarang tindakan langsung!

Malah apabila terbongkar kegiatan mendakyah dan cubaan memurtadkan umat Islam oleh Damansara Utama Methodist Church (DUMC), dan Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Datuk Dr. Hasan Ali mengambil tindakan termasuk mengadakan Himpunan Sejuta Umat di Stadium Shah Alam, bukan sahaja beliau tidak disokong dan dibantu, malah Pas akhirnya memecat beliau tanpa diberi hak membela diri.

Begitu juga nasib yang menimpa tokoh ulama muda dan bekas Timbalan Presiden Pas Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Beliau dipecat daripada Majlis Syura hanya kerana dituduh terlampau mesra UMNO. Malah apabila gambar beliau bersama Datuk Seri Najib Tun Razak semasa bersama ulama Masjidil Haram, mahupun bersama pimpinan Hamas di Gaza terpampang di dada media, beliau menerima cemuhan dan kutukan.

Pas sepatutnya berbangga dengan pemimpin mereka yang mampu membawa ukhwah dan kesatuan umat bukan sekadar peringkat negara, malah ke peringkat antarabangsa khususnya di dunia Islam. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Pas menganggap tindakan Ustaz Nasharudin memperkukuh ukhwah Islamiyah antara pemerintah Malaysia dengan pimpinan dunia Islam termasuk Palestin sebagai satu liabiliti politik, nauzubillah!

3. HUDUD

SEPANJANG saya bersama Pas selama lebih 12 tahun termasuk duduk di kepimpinan, isu hudud selalu menjadi modal politik untuk menyemarakkan semangat ahli dan menyemai benih kebencian kepada UMNO. Kompang hudud sentiasa dipalu terutama menjelang pilihan raya umum (PRU) atau pilihan raya kecil (PRK) dan semasa pemilihan Pas Pusat.

Baru-baru ini Ketua Hakim Syarie Kelantan telah menyatakan bahawa Mahkamah Syariah Kelantan sudah bersedia melaksanakan hudud. Bermakna dari segi kehakiman mereka sudah bersedia. Sepatutnya pengumuman itu disambut dengan takbir gemuruh memecah langit. Tetapi sebaliknya yang berlaku. Pas sendiri menyatakan belum bersedia walaupun sudah diberi amanah memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun. Dan yang paling sedih, Pas menuding jari kepada UMNO seolah-olah UMNO menghalang dan melarang.

Di mana logiknya fitnah dan tohmahan tersebut. Jelas dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa hal ehwal Islam termasuk perundangan syarie adalah di bawah bidang kuasa Sultan dan Kerajaan Negeri. Malah Dewan Undangan Negeri Kelantan sudah pun menggubal Enakmen Jenayah Syariah I & II termasuk hudud. Undang-undang itu telah diluluskan, dan Tuanku Sultan telah pun menandatanganinya. Bermakna Enakmen Jenayah Syariah Kelantan I & II sudah boleh dilaksanakan. Dan sekarang Ketua Hakim Syarie sudah menyatakan Mahkamah Syariah Kelantan sudah bersedia melaksanakannya.

Jadi tidak timbul soal UMNO menghalang atau melarang. Soal sama ada Enakmen Jenayah Syariah Kelantan I & II itu bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan atau tidak, langsung tidak timbul kecuali jika sesiapa yang dituduh di bawah enakmen tersebut nanti mencabarnya di Mahkamah Persekutuan. Kalau Orang Kena Tuduh tersebut tidak mencabarnya, malah reda dan menyerah kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah, tidak timbul langsung soal Perlembagaan. Sama macam undang-undang lain yang diluluskan di Parlimen atau DUN.

Jadi bila Pas mula berdolak-dalik menuding jari kepada orang lain, ia menimbulkan persoalan serius; adakah Pas benar-benar mahu melaksanakan hudud atau ia sekadar menjadi bahan air liur politiking sahaja?

4. NEGARA ISLAM

SEJAK dilahirkan semenjak tahun 1951 gendang Pas ialah mahu menubuhkan Negara Islam. Itulah retorik yang Pas kompangkan untuk membezakan Pas dengan UMNO. Tetapi sejak bersekongkol dengan DAP dan PKR, perjuangan tersebut telah diketepikan. Kemuncaknya dalam Muktamar Tahunan 2011, Presiden Pas sendiri menyebut dengan jelas Negara Islam itu tidak disebut di dalam al-Quran, tetapi Negara Berkebajikan ada!" Dengan hanya senafas ayat, perjuangan Negara Islam hilang ghaibul-ghuyub daripada kamus perjuangan Pas!

Jadi yang Nabi Muhammad SAW buat di Madinah itu apa? Bukan Daulah Islamiyah? Menyatakan Negara Islam tidak ada dalam al-Quran bermakna menafikan kewujudan Negara Islam Madinah!

Dan bertambah mengelirukan apabila Memorandum Persefahaman Pembangkang DAP-PKR-Pas dan Manifesto PRU-13 langsung tidak menyebut tentang penubuhan Negara Islam. Sebaliknya kepimpinan pakatan pembangkang DAP-PKR-Pas berkali-kali menyebut bahawa penubuhan Negara Islam dan pelaksanaan syariat hudud-qisas-takzir tidak termasuk dalam agenda persefahaman mahupun manifesto, dan tidak akan dilaksanakan jika ditakdirkan pembangkang DAP-PKR-Pas memenangi PRU!

5. DOMINAN

KEPIMPINAN Pas ada yang menyebut bahawa konon Pas adalah parti dominan dalam pakatan pembangkang DAP-PKR-Pas. Persoalannya adakah itu benar? Lihat sahaja di Pulau Pinang. Kenyataan terbaru Timbalan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang yang mendesak Pas diberi tempat dalam pentadbiran Kerajaan DAP Pulau Pinang, membuktikan bahawa Pas bukan sahaja tidak dominan, malah tidak dihormati langsung oleh rakan sekongkol.

Kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh bahawa Pas wajar dibatalkan pendaftaran kerana menjadikan Islam sebagai label nama kepartian sekadar membuktikan DAP langsung tidak menghormati dan menghargai sumbangan Pas!

Dan apabila Majlis Syura Pas, badan paling tinggi dan utama dalam Pas membuat ketetapan pada 13.01.2013 bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh Kristian kerana ini soal akidah, fatwa itu langsung tidak dihormati. Pimpinan pembangkang DAP-PKR-Pas memperlekehkan fatwa tersebut dengan kenyataan seperti Majlis Syura hanya sayap sahaja dalam Pas, bahawa ketetapan Majlis Syura bukan wahyu yang wajib diikuti, malah dengan lantang dan tegas kepimpinan pembangkang DAP-PKR-Pas menyatakan akan tetap mengikut resolusi dan persefahaman 08.01.2013 yang membenarkan Kristian menggunakan kalimah Allah walaupun tidak menepati kehendak Islam!

Jadi di mana yang kata Pas itu sebagai dominan? Sebaliknya DAP-PKR mengaut undi simpati orang Melayu yang terpedaya dengan kompang serban dan jubah yang sinonim dengan Pas!

6. AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR

APABILA NGO-NGO propembangkang membawa satu agama baru dikenali sebagai HAM - Hak Asasi Manusia, termasuk di peringkat antarabangsa seperti dilakukan di UPR Geneva baru-baru ini, Pas langsung membisu tidak bersuara.

Tidakkah Pas menyedari perjuangan petualang hak asasi tanpa batas ini bercanggah sama sekali dengan syariat Islam?

Tuntutan supaya Artikel 18 Universal Declaration of Human Rights (UDHR) yang membenarkan murtad, tuntutan Sexual Orientation and Gender Identity (SOGI) yang menghalalkan seks luar tabii dan gejala LGBT serta kahwin sesama jenis jantan-jantan dan betina-betina, tuntutan supaya Seksyen 377A Kanun Kesiksaan berkaitan liwat dihapuskan, tuntutan supaya peruntukkan Enakmen Syariah berkaitan khalwat, zina, arak dimansuhkan, tuntutan kalimah Allah dibenarkan Kristian menggunakannya, dan pelbagai lagi tuntutan yang akan membawa tamadun kemanusiaan ke lembah yang lebih hina daripada haiwan sepatutnya membangkitkan semangat jihad dan perjuangan dalam kalangan ahli Pas!

Kalau subsidi petrol dikurangkan Pas sanggup berdemo tengah panas, kalau konsert K-POP Pas sampai sanggup protes, adakah wajar Pas membisu bila tuntutan luar tabii dan songsang yang bercanggah dengan syariat dibuat oleh NGO-NGO propembangkang? Adakah patut segelintir pimpinan Pas memberikan jawapan, kami hanya bersekutu dengan mereka dalam hal yang ada kepentingan Pas, tetapi dalam hal lain kami hanya membisu!

Di mana perjuangan amar makruf nahi mungkar yang sepatutnya menjadi teras perjuangan mana-mana haraki Islamiyah seperti yang Pas mengaku konon mereka termasuk di dalamnya?

RUMUSAN

SEMUA perkara yang saya sebut di atas akhirnya membawa kita kepada satu persoalan; iaitu ke mana hala tuju, dasar dan landasan perjuangan Pas sebenarnya?

Adakah Pas sudah terlalu taksub mengejar undi dan kerusi sehingga sanggup mengetepikan keseluruhan perjuangan menubuhkan Negara Islam dan melaksanakan hudud-qisas dan takzir? Adakah impian ke Putrajaya itu terlalu penting sehingga Pas sanggup mengetepikan Sunnah Rasulullah SAW, sehingga sanggup bersekongkol dengan kafir harbi yang terang-terang menentang Islam, sehingga Pas sanggup mendoakan kehancuran umat Islam lain semata-mata kerana berbeza siasah dan politik kepartian?

Inilah antara perkara yang perlu menjadi renungan dan muhasabah diri tiap ahli akar umbi dan muktamirin Pas yang bermuktamar hari ini.

Jadikanlah Islam itu matlamat, politik itu alat; bukannya kuasa politik itu sebagai matlamat, sedangkan Islam itu sekadar alat! Bantulah agama Allah dan Allah pasti akan membantu kamu insya-Allah.

Selamat bermuktamar.

Menjaga kerahsiaan maklumat dianggap kolot?

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

Rohimi Shafie

ADAKAH menjaga kerahsiaan maklumat adalah sesuatu yang kolot? Mungkinkah ketelusan itu lebih diutamakan berbanding menjaga kerahsiaan maklumat pada era moden berkiblatkan internet, laman-laman sosial dan blog? Soalan-soalan ini sengaja saya utarakan kerana sejak kebelakangan ini sudah menjadi satu trend dalam kalangan sebahagian rakyat Malaysia yang suka berkongsi apa sahaja maklumat dengan tidak mengambil kira sensitiviti ataupun kerahsiaan maklumat tersebut.

Sebagai contoh, ura-ura mengenai Kerajaan Negeri Johor untuk menukarkan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu pada tahun 2014, adakah wajar maklumat ini dibocorkan sedangkan belum ada lagi keputusan akhir? Perlukah ia dibocorkan kepada umum sedangkan ia adalah sulit? Maka, apabila ia dibocorkan sudah tentu ia akan diperdebatkan. Tidakkah ini akan mengundang polemik? Bukan semua perkara perlu dipolemikkan kerana ia boleh mencetuskan suasana yang kurang selesa dalam kalangan masyarakat walhal keputusan itu belum lagi diluluskan.

Begitu juga, apabila terdapat segelintir pihak yang membocorkan maklumat mahupun video ke laman-laman sosial berkaitan dengan kes jenayah pembunuhan, tidakkah pihak yang membocorkan video berkenaan memahami sensitiviti dan perasaan keluarga mangsa? Adakah kerana terlalu teruja untuk berkongsi maklumat, kita abaikan perasaan orang lain? Setiap manusia ada maruah mereka. Usahlah terlalu beria-ria menjadi orang pertama yang berkongsi maklumat tanpa memikirkan kesannya ke atas orang lain. Menjaga maruah orang lain amatlah dituntut dalam agama Islam. Begitu juga, mengaibkan orang lain amat dilarang oleh agama Islam.

Berkongsi maklumat sulit juga akan mengganggu siasatan pihak berkuasa ke atas kes jenayah. Sebab itulah bukan semua perkara perlu dikongsi terutamanya melibatkan orang lain yang tiada kena mengena dengan maklumat berkenaan. Trend berkongsi maklumat menyebabkan banyak pihak sudah tidak kisah membicarakan hal-hal peribadi dan rumah tangga, baik diri sendiri mahupun orang lain. Tidak menghairankan, ia boleh mencetuskan pergaduhan dan peperangan di ruang siber hanya kerana berkongsi maklumat yang tidak sewajarnya dikongsi.

Sekecil-kecil rahsia juga boleh menyebabkan permusuhan berpanjangan jika ia tidak dijaga dengan baik. Lebih teruk lagi, jika sekiranya apa yang dikongsi itu satu fitnah, maka kesannya bukan kepalang.

Perkongsian maklumat peribadi di laman-laman sosial juga boleh memberi ruang kepada penjenayah membaham mangsanya. Maka, tidak menghairankan terdapat pihak yang ditipu oleh penjenayah-penjenayah siber.

Dalam keadaan lain, saya yakin ada kalangan kita dihubungi oleh pihak-pihak tertentu untuk menjual produk mereka sedangkan kita tidak pernah berhubung dengan pihak berkenaan. Siapakah yang membocorkan maklumat peribadi seseorang itu kepada pihak berkenaan? Tidakkah maklumat itu patut dijaga dengan baik oleh pihak yang diamanahkan kerana ia dikategorikan sebagai peribadi?

Dari sudut perniagaan misalnya, adakah maklumat sulit syarikat wajar dikongsi kepada pihak lain? Sebagai contoh, keputusan-keputusan penting dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah. Sudah tentu, bagi yang berniat jahat, keputusan-keputusan penting tersebut akan dimanipulasikan untuk kepentingan diri sendiri. Antara pihak yang boleh mengakses maklumat sulit syarikat ialah juruaudit luar. Apakah akan terjadi kepada syarikat jika maklumat sulit ini dibocorkan oleh juruaudit luar kepada pesaing syarikat? Sebab itulah juruaudit luar tidak boleh sesekali membocorkan rahsia sulit syarikat kecuali dikehendaki oleh pihak mahkamah.

Bagi seorang pegawai tertinggi kerajaan sekalipun, apa sahaja keputusan yang dibincangkan dalam mesyuarat tidak boleh sewenang-wenang dibocorkan hatta kepada keluarganya sendiri. Pokok pangkalnya pegawai berkenaan bertanggungjawab menjaga kerahsiaan kecualilah maklumat berkenaan diklasifikasikan sebagai umum.

Apabila diklasifikasikan sebagai umum dan selalunya merujuk kepada kepentingan awam barulah istilah ketelusan itu membawa erti kepada masyarakat. Masyarakat menuntut agar ketelusan itu boleh memberi kesan baik kepada mereka. Bukannya ketelusan itu membawa padah kepada mereka.

Sebagai contoh, sekali lagi dari sudut perniagaan, pelabur-pelabur memerlukan maklumat yang tepat dan dipercayai bagi membuat keputusan pelaburan. Justeru, syarikat perlu mendedahkan maklumat yang berguna untuk pelabur dan maklumat itu boleh dikongsi dan tidak pula diklasifikasikan sebagai sulit.

Perkongsian maklumat pelaburan secara telus akan menjadikan pasaran pelaburan kita lebih cekap kerana semua pelabur memperoleh maklumat berkenaan. Pasaran pelaburan menjadi tidak cekap apabila hanya segelintir sahaja pihak memperoleh maklumat penting yang membolehkan pelabur ini mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan.

Umpamanya, apabila terdapat segelintir pelabur mengetahui bahawa sebuah kawasan baru akan dimajukan secara besar-besaran, maka pelabur berkenaan akan mengambil peluang mengaut keuntungan dengan membeli hartanah di kawasan tersebut sebelum menjual kembali apabila harga hartanah tersebut meningkat dengan begitu tinggi sekali.

Inilah yang dikatakan sebagai golongan yang menguasai maklumat demi kepentingan diri sendiri dan akhirnya yang sengsara adalah rakyat bawahan. Sebab itulah dalam aspek ini, ketelusan itu amat dituntut bagi menutup ruang pihak-pihak yang tamak haloba demi kesejahteraan rakyat.

Jadi, bukan semuanya perkara perlu dirahsiakan dan sebaliknya bukan semua perkara perlu dikongsi untuk tatapan semua orang. Ketelusan melawan kerahsiaan, kedua-duanya perlu ada hadnya berpaksikan tanggungjawab dan amanah untuk menjaga atau menguar-uarkan sesuatu maklumat kepada orang awam.

Dalam konteks sekarang, meskipun ketelusan menjadi tuntutan dunia moden, namun demikian, tidaklah bermaksud bahawa menjaga kerahsiaan maklumat adalah sesuatu yang kolot. Ia perlu diseimbangkan demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.

PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan, Pusat Pengajian Perakaunan, Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Perkenalan singkat ke jenjang pelamin

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

Oleh FADZLY IZAB
Gambar GAIE UCHEL

HASIL perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Siti Aisyah (tengah), Mohd. Luqman Hakim (kiri) dan Rayyan Hakim.

ERKENALAN kami singkat, namun saya nampak kesungguhan Norizam untuk menjadikan saya teman hidupnya walaupun pada usia yang sangat muda."

Demikian pengakuan ikhlas Suraina Abd. Rahman, 34, isteri kepada bekas pemain bola sepak Melaka dan skuad Olimpik Kebangsaan, Norizam Ali Hassan, 37.

Bibit-bibit percintaan Norizam dan Suraina bermula sejak di bangku sekolah yang mana ketika itu, dia belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahkota, Umbai.

Ketika itu, Suraina baru menginjak ke usia 16 tahun manakala Norizam pula 19 tahun, namun mereka tidak begitu mengenali antara satu sama lain.

Tidak dinafikan Norizam mempunyai perasaan terhadap Suraina walaupun dia sibuk menjalani latihan skuad bola sepak Melaka.

''Saya tertarik dengannya kerana dia sangat rajin dan sering menolong ibunya berniaga di kedai makan.

"Bermula dari situ, saya bersama beberapa rakan sering singgah di kedai makan milik keluarga Suraina di Kampung Serkam Darat setiap kali selesai menjalani latihan bola sepak di Stadium Kubu (kini Stadium Hang Tuah)," katanya ketika ditemui S2 baru-baru ini.

Sifat rajin yang ada pada Suraina membuatkan Norizam makin terpaut hati dan sudah membayangkan untuk menjadikannya sebagai isteri.

Ditambah pula kemesraan dan layanan baik ibu bapa Suraina, membuatkannya tambah yakin untuk meluahkan perasaannya terhadap gadis yang berjaya memikat hatinya kala itu.

Namun begitu, bukanlah sesuatu yang mudah bagi Norizam untuk mendekati Suraina kerana ketika itu dia masih bersekolah dan sibuk membantu ibu bapanya di kedai makan.

Melihat keadaan itu, Norizam mula mendekati Suraina dengan langkah pertama adalah bertukar-tukar nombor telefon.

Selepas Suraina menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Norizam tidak mengambil masa panjang dan terus melamar gadis manis ini.

Ketika Norizam mendapat tawaran bermain bola sepak dengan skuad Perlis, justeru keluarga kedua-dua belah pihak mencadangkan agar perkahwinan antara mereka dipercepatkan.

Tanggal 21 Februari 1996, Norizam dan Suraina diijabkabulkan menjadi suami isteri yang sah selepas tidak sampai enam bulan mereka mengikat tali pertunangan.

Norizam bersyukur kerana perkahwinannya dipermudahkan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua pihak walaupun ada beberapa pihak tidak bersetuju dengan tindakannya berkahwin di usia muda kerana boleh menjejaskan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.

"Saya ingin membuktikan bahawa perkahwinan pada usia muda tidak semestinya menjejaskan atau menyebabkan saya gagal dalam profesion bola sepak," katanya.

Belia menambah, selepas berkahwin, kehidupannya lebih terurus dan mendapat pelbagai tawaran untuk mewakili beberapa lagi pasukan lain termasuk Kedah, Perak dan Terengganu.

"Malah, ketika mewakili Perak dalam saingan Liga Super pada 2001, saya turut menjadi pemain yang menjaringkan gol terbanyak sepanjang musim dan menerima Anugerah Kasut Emas yang saya simpan sehingga kini," ujarnya.

Bercerita tentang perkenalannya, Suraina memberitahu bahawa dia langsung tidak menyangka Norizam adalah seorang pemain bola sepak mewakili Melaka ketika itu.

"Semasa di awal perkenalan, saya selalu nampak dia memakai pakaian sukan dan kasut bola setiap pagi, namun tidak terfikir apakah kerjanya sehinggalah diberitahu oleh rakan Norizam yang sering bersamanya datang ke kedai makan keluarga saya.

"Selepas mengetahui perkara itu, saya semakin bersemangat untuk mengenalinya. Lebih mengujakan apabila Norizam sering datang ke rumah bertemu ibu bapa dan meminta saya masak untuknya.

"Norizam juga pernah memberitahu, dia mahu mengahwini saya kerana saya pandai masak dan dia seorang yang suka makan," katanya sambil ketawa.

Kata Suraina lagi, walaupun faham dengan kerjaya suaminya yang sentiasa sibuk dengan latihan dan perlawanan sebagai pemain bola sepak, dia boleh menerima kesibukan itu.

Sementara itu bagi Norizam pula, tidak menjadi masalah baginya untuk mendekati keluarga terutama ibu bapa Suraina kerana dia boleh dianggap pelanggan tetap kedai makan keluarga itu.

"Selepas mendekati ibu bapanya dan mesra dengan mereka, barulah saya pikat anaknya pula dan saya bersyukur kerana ibu bapa Suraina tidak menghalang perhubungan kami.

"Saya juga sering membawa Suraina dan keluarganya ke stadium untuk menyaksikan saya bermain bola sepak, sehingga keluarga Suraina menjadi peminat utama sukan tersebut," ujarnya sambil bergurau.

Ditanya mengenai sikap masing-masing Suraina berkata, suaminya itu seorang yang peramah, bertanggungjawab dan pandai mengambil hati ibu bapa.

"Sikapnya yang matang dan begitu mengambil berat tentang saya dan keluarga walaupun pada usia muda menambat hati saya.

"Saya bersyukur kerana kami bahagia menjalani kehidupan rumah tangga sehingga kini," ujarnya.

Menurutnya, sebagai seorang pemain bola sepak, terlalu banyak hadiah yang diberikan oleh suami kepada Suraina seperti jersi, baju dan lain-lain, namun apa yang paling disayangi dan disimpan sehingga kini adalah surat cinta pertama daripadanya.

"Surat cinta pertama itu sangat istimewa kerana Norizam bukanlah seorang yang rajin menulis dan mengirim surat kepada saya," jelasnya.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Siti Aisyah, 16, Mohd. Luqman Hakim, 12, dan paling bongsu, Rayyan Hakim, 4.

Anak keduanya, Mohd. Luqman turut menjejaki bakat bapanya dalam sukan bola sepak apabila dipilih mewakili Melaka dalam sukan tersebut sejak berumur enam tahun.

Norizam berkata, walaupun sudah bersara daripada menjadi pemain bola sepak, minat terhadap bidang itu tidak pernah luntur dan tanggungjawabnya kini berubah daripada seorang pemain menjadi penolong jurulatih Pasukan Bola Sepak Melaka United (MUSA).

Namun begitu, Norizam akan sentiasa mencari masa terluang untuk bersama keluarga walaupun dia sibuk bekerja.

Aktiviti yang paling digemari keluarga bahagia ini adalah melancong, membeli-belah dan beriadah.

Ayah 'pisahkan' kami supaya suami sedar silapnya

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

RAMAI yang selama ini menyangka kepuasan bekerja terletak pada gaji lumayan. Hakikat sebenar adalah sebaliknya. Tidak ada maknanya gaji yang tinggi apabila kita tidak punya masa bersama keluarga, tidak sempat bersosial, tiada masa rehat dan melalui suasana kerja yang tegang.

Gaji lumayan dan kemudahan yang dimiliki hanya memberikan kepuasan jangka pendek. Ya betul! ada kerja ada gaji, tetapi jika terlalu kerap bertukar pekerjaan, adalah sesuatu yang merugikan diri sendiri.

Ada segelintir orang bekerja kerana organisasi tempat dia bekerja mempunyai pekerja yang ramai serta nama yang besar. Hakikatnya, saiz organisasi bukanlah faktor utama dalam mencari keseronokan jika tidak disertakan dengan keikhlasan dan minat.

Bagaimana pula jika anda mengahwini seorang lelaki yang suka bertukar-tukar pekerjaan kerana inginkan kepuasan dan pujian orang keliling sehinggakan akhirnya tidak ada kerja dan terpaksa berbohong dengan isteri?.

Hana (bukan nama sebenar) ada cerita yang ingin dikongsi dengan pembaca berkaitan mukadimah saya minggu ini. Kita ikuti cerita Hana.

"Saya berusia lewat 20-an bekerja sebagai seorang penjawat awam dan mempunyai seorang anak hasil perkahwinan dengan Adi (bukan nama sebenar) yang bercita-cita tinggi dalam hidupnya.

"Kami berkahwin atas dasar cinta sama cinta dan direstui keluarga kedua-dua pihak. Saya akur dengan realiti hidup bahawa setiap perkahwinan akan diduga dalam mencari keberkatan hidup bersuami isteri.

"Ketika masih menuntut di IPTA, emak mengingatkan saya supaya 'sambil menyelam minum air'. Saya faham apa yang emak inginkan, sambil belajar kita kena cari calon teman hidup.

"Ketika di tahun akhir pengajian, saya diperkenalkan oleh rakan sekuliah kepada abangnya yang telah pun bekerja. Saya tidak bertepuk sebelah tangan kerana cinta saya disambut dan mendapat restu keluarga masing-masing.

"Tiga bulan kemudian kami bertunang dan bulan berikutnya kami bernikah. Alangkah bahagianya saya ketika itu, impian menjadi kenyataan.

"Menjadi ratu dan raja sehari adalah kenangan yang paling indah bagi semua pasangan pengantin. Sehingga kini gambar kami ketika bersanding di atas pelamin masih tersusun kemas di atas meja di dalam kamar tidur kami.

"Segalanya adalah kerana cinta dan kasih yang tidak berbelah bahagi kepada Adi, seorang suami yang prihatin dalam semua urusan dan saya sangat bersyukur dan rasa disayangi.

"Setahun kemudian, kami dikurniakan seorang anak lelaki dan kasih kami bertambah erat. Kami tiada masalah dalam urusan penjagaan anak kerana emak mentua saya sanggup menjaga cucunya.

"Rumah kami tidak berapa jauh dari rumah mentua saya, jadi senang untuk kami berulang-alik menghantar anak pada waktu pejabat sahaja. Hujung minggu, kami bergilir-gilir bertandang ke rumah mentua dan emak saya.

"Suatu hari, saya mengambil cuti kecemasan kerana anak kurang sihat dan perlu dibawa ke klinik. Adi memberi alasan banyak kerja dan tidak dapat menemani saya bersama anak ke klinik.

"Saya langsung tidak pernah fikir yang Adi akan berlaku curang terhadap saya. Hinggalah segala-galanya terbongkar pada hari itu setelah saya melihat Adi bersama seorang gadis berpegangan tangan di sebuah kompleks membeli-belah semasa saya membawa anak ke klinik.

"Sedihnya hati bila mata saya melihat suami yang saya sangka pergi bekerja rupa-rupanya mengambil kesempatan menduakan saya. Mereka nampak sangat mesra.

"Saya mengambil kesempatan menggunakan telefon bimbit untuk merakamkan aksi mesra mereka dan terus meninggalkan tempat itu dengan linangan air mata.

"Hancurnya hati ini sukar untuk digambarkan dan sepanjang perjalanan pulang ke rumah, saya tidak berhenti menangis. Mengenangkan si kecil yang tidak sihat, saya kuatkan semangat untuk melawan kesedihan saya.

"Dalam hati, saya tertanya-tanya apa kesalahan saya dan kenapa Adi sanggup berubah kasih kepada perempuan lain yang sebaya dengan saya?

"Usia perkahwinan kami masih muda tetapi Adi telah menunjukkan belangnya yang selama ini disembunyikan daripada saya. Nampak di depan pijak semut tak mati, di belakang? Mengenangkan perangai Adi, saya menjadi kecewa dan sedih yang teramat.

"Terpandang wajah anak, saya menangis sungguh-sungguh tetapi reda akan takdir yang tersurat. Saya masih boleh mengawal emosi kerana tidak mahu mencetuskan perkara yang boleh mengeruhkan lagi suasana.

"Terfikir juga saya, mungkin itu saudara suami yang saya tidak kenal tetapi kenapa perlu sampai pegang tangan dan peluk? Saya tidak putus-putus berdoa semoga tidak terjadi sesuatu perkara yang boleh memisahkan saya dan suami.

"Saya tidak pernah bersuara atau mengadu hal ini kepada keluarga. Sakit hati saya ubati sendiri sambil berdoa agar suami akan berubah dan insaf dengan perbuatannya.

"Saya mohon Allah selamatkan kami sekeluarga dan memberi petunjuk kepada Adi dalam melayari bahtera rumah tangga sebagai suami dan ayah kepada anak kami yang masih kecil.

"Hari-hari yang dilalui seperti tiada sengketa antara kami, masing-masing berlakon, Adi dengan romantisnya sebagai ketua keluarga dan saya juga begitu kerana tidak mahu dia mengesyaki apa-apa terutama isu saya nampak dia bersama perempuan itu tempoh hari.

"Segala yang saya lakukan semata-mata untuk menyelamatkan maruah kami. Saya tidak mahu kami bergaduh dengan isu yang boleh meranapkan kasih sayang kami yang masih mentah dalam alam rumah tangga.

"Perbelanjaan rumah tangga, saya dahulukan sebab alasan suami, gajinya disimpan untuk membeli rumah yang lebih selesa. Baguslah ada cadangan untuk memiliki rumah yang lebih selesa…" sambil tersenyum saya zahirkan pandangan itu kepadanya ketika kami sedang makan malam.

"Dunia ini terlalu kecil untuk kita sembunyikan pergerakan kerana banyak mata yang akan memandang dan dalam sekelip mata segala maklumat akan tersebar. Allah Maha Mengetahui, kebenaran akan terserlah tanpa diminta.

"Diringkaskan cerita, satu hari ayah saya sendiri ternampak menantu kesayangannya itu sedang bersantai dengan kawan-kawannya di sebuah warung pada hal ketika itu, sepatutnya dia ada di tempat kerja.

"Sekarang waktu pejabat, kenapa tidak masuk bekerja? Tiba-tiba ayah saya muncul di hadapan Adi yang kelihatan terkejut dengan kehadiran bapa mentuanya secara tiba-tiba.

"Dia tidak berkata apa-apa kerana terlampau terkejut. Kawan-kawannya semua lari meninggalkan dia terpinga-pinga seorang diri menahan malu disergah ayah saya.

"Tanpa menunggu jawapan, ayah saya terus meninggalkan warung tersebut dan menceritakan kepada emak apa yang dilihatnya. Kita tunggu Hana dan Adi pulang ke rumah dan tanya mereka hal yang sebenar, kata emak yang cuba menenangkan ayah yang ternyata amat marah.

"Pada malam itu, emak dan ayah bertandang ke rumah kami. Saya tidak tahu apa puncanya kedatangan mak dan ayah pada malam itu sehinggalah tercetus soal jawab antara mentua dan menantu.

"Pelbagai alasan diberikan oleh Adi dan saya hanya mendiamkan diri walaupun saya tahu kisah sebenar. Sebagai isteri, saya sedih dan malu dengan perlakuan Adi yang tidak matang dan tidak bijak walaupun telah berkeluarga dan telah menjadi seorang ayah.

"Lebih memalukan saya apabila Adi memberitahu dia sudah tiga bulan berhenti kerja kerana pekerjaan tersebut tidak serasi dengannya. Ini belum lagi cerita perempuan yang dibawa berjalan ke hulu ke hilir yang telah menjadi bualan jiran yang sering ternampak mereka.

"Saya tidak menafikannya kerana bukti tersimpan rapi dalam telefon bimbit yang dirakam tetapi saya tidak mahu timbulkan pada malam itu kerana bimbang kemarahan ayah akan bertambah.

"Saya jadi buntu memikirkan apa yang terjadi dan mungkin ini ujian untuk saya. Saya harus menerimanya dengan penuh kesabaran. Saya masih waras untuk bertindak memilih jalan mudah dengan cara menuntut cerai.

"Atas nasihat ayah, kami 'dipisahkan' untuk sementara waktu sehingga Adi bekerja semula dan mengubah sikapnya yang suka berfoya-foya.

"Muhasabah diri awak dan cari kerja jika mahu mendapatkan kembali isteri dan anak kamu, ayah memberi kata dua kepada Adi dengan nada suara yang tinggi.

"Saya tidak mampu untuk berkata apa-apa kerana saya sendiri pernah melihat perlakuan Adi yang melukakan hati saya. Tiga bulan kami berpisah sementara. Saya dan anak pulang ke rumah mak walaupun timbul kekecohan di antara mentua dan keluarga saya yang masing-masing bertelagah dengan apa yang terjadi.

"Dengan bantuan seorang jiran yang prihatin, suami saya telah mendapat pekerjaan yang gajinya lebih kecil daripada sebelum ini. Syarat untuk bersama keluarga terpaksa dipenuhi walaupun pekerjaannya yang dahulu lebih lumayan daripada sekarang.

"Bumi ini terbentang luas untuk kita mencari rezeki kurniaan Allah jika kita rajin berusaha. Bak kata pepatah jika ringan tulang akan berat perut,"itu kata-kata ayah kepada Adi.

"Hubungan dengan perempuan itu juga sudah putus dan saya sendiri bersama ayah dan mak bersemuka dengan perempuan itu untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga saya. Adi juga telah meminta maaf di atas kecurangannya dan berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatannya itu.

"Segala yang terjadi ada hikmahnya untuk Adi supaya dia insaf dan muhasabah diri. Alhamdulillah Adi telah kembali ke pangkal jalan dan saya gembira dengan perubahan dirinya, menjadi suami dan ayah yang boleh dibanggakan. Terima kasih yang tidak terhingga kepada ayah dan emak yang telah 'mendidik' suami saya dan menyelamatkan rumah tangga kami.

"Tanpa bantuan dan nasihat daripada ayah dan emak, tidak mungkin rumah tangga kami dapat diselamatkan. Mereka adalah kaunselor yang hebat, tempat saya dan suami bergantung hidup dan mendapatkan nasihat.

"Sekali lagi terima kasih ayah mak. Juga kepada mentua yang memahami masalah saya. Terima kasih abang kerana sedar kesilapan dan kembali menjadi suami dan ayah yang bertanggungjawab. Semoga Allah kekalkan hubungan kami hingga ke syurga, itu pinta dan doa saya," Hana menamatkan ceritanya.

Alhamdulillah, itu yang dapat saya suarakan dengan kisah yang dikongsi oleh Hana dengan kita semua. Menarik bukan?

Saya amat kagum dengan sikap kedua-dua orang tua Hana dalam menangani isu rumah tangga anak dan menantu mereka. Inilah contoh mentua yang kita perlu jadikan teladan. Mentua yang faham masalah anak menantu dan berfikiran positif untuk membantu menyatukan semula anak menantu agar terus bahagia.

Syabas juga kepada Hana yang tabah menghadapi dugaan ini dan menerima semula suami dengan penuh kasih sayang. Setiap orang perlu diberi peluang kedua atas setiap kesilapan yang dilakukan. Selebihnya berdoa dan mohon petunjuk Allah.

Saya doakan keluarga Hana akan sentiasa dalam peliharaan Allah dan dirahmati-Nya sepanjang hayat.

Salam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Lorong bas, teksi dicabul

Posted: 21 Nov 2013 11:32 AM PST

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

BEBERAPA buah kenderaan dipandu melalui lorong bas dan teksi di Jalan Ampang, Kuala Lumpur walaupun keadaan jalan tidak begitu sesak. - uTUSAN/Halim Khalid

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Sikap mementingkan diri sendiri oleh segelintir pengguna jalan raya menimbulkan kesusahan kepada pemandu bas dan teksi.

Ini kerana terdapat pemandu kenderaan persendirian yang menggunakan lorong bas dan teksi secara sesuka hati.

Ini tidak adil bagi pengguna lain yang dengan berdisiplinnya tabah menempuh kesesakan jalan raya dengan penuh kesabaran.

Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa jalan di sekitar ibu kota mendapati, segelintir pengguna kenderaan persendirian bukan sahaja memandu di lorong khas itu, bahkan meletakkan kenderaan mereka di situ.

Orang ramai yang diajukan persoalan ini mendakwa segelintir pemandu membuat kesalahan tersebut mulai pukul 11 pagi hingga 2 petang untuk menghantar barang atau singgah di restoran berdekatan.

Ketika tinjauan dibuat, polis trafik tiba ke lokasi untuk mengambil tindakan dan menyuruh pemandu kenderaan keluar dari kawasan berkenaan.

Seorang tukang kasut di bawah pokok di Jalan Ampang, Shamsudin Ahmad Shari, 49, berkata, dia sudah lali dengan keadaan itu.

"Semalam ada kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dan kereta kerana memasuki lorong bas serta teksi di sini. Nasib baik tiada perkara buruk yang berlaku.

"Walaupun kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di sini tetapi tidak dihiraukan. Perbuatan mereka ini mengganggu kelancaran perjalanan bas dan teksi," katanya.

Penghantar surat, Mohd. Hakim Shah Rogan Shah, 22 pula berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menyediakan lebih banyak tempat letak kereta di sini.

"Saya sebagai penghantar surat selalunya mengambil masa sebentar sahaja untuk menjalankan urusan di pejabat berhampiran. Kenapa saya perlu membayar caj parking yang mahal untuk tempoh masa yang singkat? Lepas itu bila parking sekejap sudah disaman," ujarnya.

Pekerja restoran, Muhammad Yusri Yusoff, 28, pula berharap polis trafik memperketatkan kawalan khususnya bagi mengelakkan perkara tersebut terus berulang.

"Mereka ini tidak takut disaman. Saya minta pihak berkuasa menjalankan rondaan selain tindakan penguatkuasaan dengan lebih ketat lagi supaya mereka sedar dan tidak mementingkan diri sendiri," jelasnya.

Selangor perlu utamakan projek kritikal

Posted: 21 Nov 2013 11:32 AM PST

SHAH ALAM 21 Nov. - Kerajaan negeri diingatkan supaya lebih mengutamakan perkara-perkara kritikal yang dihadapi rakyat dalam melaksanakan sebarang projek pembangunan di negeri ini.

Merujuk kepada projek laluan basikal oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Datuk Johan Abd. Aziz (BN-Semenyih) mempersoalkan kewajaran projek itu yang beliau menyifatkan bukan satu keperluan yang mendesak untuk rakyat.

Malah, beliau turut menyatakan keraguan terhadap kos projek tersebut yang dilihat terlalu tinggi yang difahamkan menelan belanja RM5 juta.

Jumlah sebesar itu, katanya, sepatutnya disalurkan untuk tujuan lain yang lebih penting seperti pembaikan jalan raya atau menangani masalah banjir di kawasan pihak berkuasa tempatan itu.

"Apa tujuan sebenar projek itu (laluan basikal di Persiaran Masjid, Seksyen 10 hingga Seksyen 14) dilaksanakan. Sama ada ia untuk tujuan rekreasi atau menggalakkan orang ramai menunggang basikal ke tempat kerja, berapa jarak laluannya.

"Jika untuk rekreasi, Shah Alam telah mempunyai Taman Botani Negara di mana orang ramai boleh berbasikal di kawasan berkenaan dengan persekitaran yang sihat. Jika laluan itu untuk orang ramai naik basikal ke tempat kerja, berapa banyak peratusan yang ada," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Bajet Selangor 2014 ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Pada masa yang sama, Johan turut mempertikaikan kos projek tersebut yang dilihat terlalu tinggi yang mana kerajaan negeri sepatutnya perlu memikirkan projek yang memberi nilai tambah kepada rakyat dan wang negeri.

Dalam pada itu, Johan turut menyelar kerajaan negeri yang disifatkan 'memberi hadiah' kepada rakyat dengan menaikkan kadar letak kenderaan di kawasan pentadbiran MBSA.

Kenaikan melibatkan kadar 40 sen kepada 60 sen sejam itu disifatkan membebankan rakyat, katanya.

"Jadi bagaimana dengan manifesto kerajaan negeri mahu mengurangkan beban rakyat di negeri ini. Keadaan yang sama turut dihadapi penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kota Damansara dan Lembah Subang apabila kerajaan negeri menaikkan sewa daripada RM124 kepada RM250 sebulan," ujarnya.

Warga kota perlu rasional

Posted: 21 Nov 2013 11:32 AM PST

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
kota@utusangroup.com.my

Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan) bersedia untuk mempengerusikan sesi pertemuan dengan 11 Ahli Parlimen di Kuala Lumpur berkaitan isu cukai taksiran baharu, di Menara DBKL 1 di Kuala Lumpur semalam.- UTUSAN/MOHD. NOOR MAT AMIN

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Kadar baharu cukai taksiran yang bakal dilaksanakan pada 1 Januari depan adalah tetap bergantung kepada nilai hartanah semasa.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur berkata, kadar cukai taksiran itu adalah sama seperti sebelum ini iaitu enam peratus bagi kediaman, 10 peratus pangsapuri dan 12 peratus perdagangan tetapi yang meningkat ada nilai hartanah.

"Kenaikan itu kelihatan tinggi tetapi warga kota perlu bersikap rasional kerana cukai taksiran tidak dinaikkan sejak 21 tahun lalu, yang membuatkan kadar baharu itu kelihatan naik berlipat kali ganda.

"Sedangkan cukai taksiran sebenarnya perlu dinaikkan lima tahun sekali, tetapi kerana kerajaan sayang dengan rakyat barulah ia dilaksanakan kini," katanya dalam sidang akhbar selepas pertemuan bersama DBKL dengan semua 11 Ahli Parlimen dalam Kuala Lumpur di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalannya, Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan dan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Adnan Md. Ikhsan.

Jelasnya, kadar baharu cukai taksiran tersebut dilaksanakan bukan bertujuan membebankan rakyat namun adalah bagi membaik pulih serta menambah baik pembangunan dan kemudahan awam yang terdapat di ibu kota.

"Bagi melaksanakan itu semua Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memerlukan dana yang besar dan tidak boleh hanya bergantung kepada Kerajaan Persekutuan.

"Contoh pembangunan yang memerlukan kos tinggi adalah pasar-pasar awam dan borong seperti Pasar Chow Kit, Pudu dan Selayang," katanya.

Menurutnya, pihaknya juga telah meminta wakil-wakil rakyat untuk berjumpa dengan rakyat bagi menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai kenaikan kadar cukai taksiran tersebut.

"Kadar yang dinaikkan ini sebenarnya adalah situasi menang-menang di mana DBKL dan rakyat mendapat manfaat daripada kenaikan tersebut.

"Oleh itu penjelasan daripada wakil-wakil rakyat amat penting bagi memastikan rakyat faham tujuan sebenar kerajaan menaikkan cukai taksiran," ujarnya.

Sementara itu, Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, bagi yang tidak bersetuju mengenai kenaikan cukai tersebut masih boleh menghantar surat bantahan atau rayuan kepada DBKL sebelum 17 Disember ini, dan setakat ini sebanyak 2,500 bantahan telah diterima.

Tambah beliau, sesi pendengaran juga akan dijalankan oleh pejabat-pejabat cawangan sebelum 1 Januari depan.

"Dalam sesi tersebut orang ramai boleh mengemukakan pelbagai pandangan dan soalan kepada wakil rakyat untuk dibawa kepada DBKL.

"Setelah itu barulah kita akan putuskan nilai cukai kadar taksiran yang akan dibuat tahun depan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved