Sabtu, 12 Oktober 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Oleh ZAZALI JAMIAN dan DHIYA

Utusan Online - Sukan Tempatan

Posted:

Utusan Online - Sukan TempatanIkuti berita penuh untuk ruangan Sukan Tempatan menerusi laman web http://www.utusan.com.myhttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan Utusan Online - Sukan Tempatanhttp://www.utusan.com.my/utusan/themes2012/logo.pnghttp://www.utusan.com.my/utusan/Sukan Problem Parsing :
Error #: -1072896760
Description: An invalid character was found in text content.
In file: file:///E:/utusan/html/today/Utusan_Malaysia.Sukan.xml
Source line: su_03.1.jpg500401su_03.small.jpg90100
Zulfahmi Khairuddin serius mendengar penerangan daripada krew pasukan ketika beraksi pada sesi kelayakan Moto3 di Sepang, semalam. - MINGGUAN/NASIRRUDDIN YAZID
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Wanita ditembak depan balai

Posted: 12 Oct 2013 11:48 AM PDT

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

Nurul Atikah yang cedera ditembak menunggu di Balai Polis Binjai, Kota Bharu, kelmarin sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian. - UTUSAN/IRWAN MAJID

KOTA BHARU 12 Okt. - Seorang suri rumah berusia 22 tahun cedera di muka dan tangan selepas terkena tembakan yang dilepaskan sekumpulan empat penjenayah di persimpangan lampu isyarat Binjau di sini semalam.

Kejadian berlaku di simpang empat berhadapan Balai Polis Binjau kira-kira pukul 6.40 petang ketika mangsa, Nurul Atikah Sidek memandu kereta berseorangan dari Bachok menghala ke Kubang Kerian.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dua buah motosikal dinaiki empat lelaki menghampiri kereta Proton Persona dipandu mangsa dan seorang daripada pembonceng kemudian melepaskan tembakan ke arah kereta mangsa sebelum melarikan diri ke arah Bachok.

"Ketika kejadian mangsa memandu kereta itu yang menggunakan cermin gelap seorang diri.

"Polis menemukan lima kesan tembakan pada kereta mangsa iaitu masing-masing dua di cermin kanan dan hadapan pemandu serta satu di pintu.

"Satu objek dipercayai kelongsong peluru ditemui pada pintu sebelah pemandu," katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut Mazlan, akibat tembakan itu mangsa mengalami kecederaan ringan luka di hidung serta luka di lengan sebelah kanan dipercayai terkena serpihan cermin kereta.

Beliau memberitahu, mangsa dibawa ke balai selepas kejadian tersebut sebelum dirujuk ke Unit Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Mazlan berkata, polis tidak menolak kemungkinan suspek dalam kes ini telah tersalah sasaran kerana mangsa memberitahu dia tidak pernah mempunyai masalah dengan mana-mana pihak atau individu.

Katanya, kes ini disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Op Cantas Khas tetap diteruskan

Posted: 12 Oct 2013 11:48 AM PDT

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

BAGAN DATOH 12 Okt. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan pihaknya tidak akan menghentikan Op Cantas Khas yang dilaksanakan bagi mengesan anggota kongsi gelap atau gangsterisme sebaik tamat pemilihan jawatan dalam UMNO, 19 Oktober ini seperti didakwa beberapa pihak.

Sebaliknya, jelas Ahmad Zahid, operasi tersebut akan dilakukan secara berterusan sehingga soal keselamatan rakyat secara keseluruhan berjaya diatasi.

Malah, beliau berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sendiri memberi jaminan bahawa mereka tetap akan meneruskan Op Cantas Khas ini selagi tahap pencapaiannya belum memuaskan hati pihak-pihak terlibat.

''Desas-desus itu tidak benar. Bukannya berakhir pada 19 Oktober atau bulan ini tetapi akan berterusan selagi masalah rakyat tidak selesai.

''Kita mahu menentukan mereka (rakyat) selamat pergi ke mana-mana, tiada kongsi gelap mengganggu mereka, malah samseng jalanan juga tidak bermaharajalela. Inilah tahap yang kita mahu lakukan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Puteri dan Pemuda Bahagian Bagan Datoh di Wisma UMNO bahagian itu di sini hari ini.

Polis telah melaksanakan Op Cantas bermula 17 Ogos dan seterusnya menyiarkan senarai 49 kumpulan kongsi gelap yang diwartakan haram, pada 30 Ogos.

Jelas Ahmad Zahid, dalam mencapai matlamat tersebut, PDRM juga telah menubuhkan pasukan Op Cantas Khas untuk wanita bagi menangani permasalahan jenayah yang dilakukan terhadap golongan berkenaan.

''Sekarang ini untuk wanita sudah ada dua pasukan. Melaluinya kita harap rakyat secara keseluruhannya akan lebih yakin terhadap soal keselamatan mereka," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


India siap sedia hadapi Phailin

Posted: 12 Oct 2013 11:48 AM PDT

Ombak memecah benteng di pelabuhan perikanan di daerah Visakhapatnam di negeri Andhra Pradesh di selatan India, semalam. Taufan Phailin diramal melanda pantai timur India menyebabkan hampir 600,000 penduduk terpaksa dipindahkan. Imej satelit menunjukkan taufan itu sedang menghampiri India. - REUTERS

NEW DELHI 12 Okt. - India bersiap sedia menghadapi taufan gergasi Phailin dengan mengeluarkan amaran merah kemungkinan angin kencang dan hujan lebat melanda kawasan perairan timur India, malam ini.

Pihak berkuasa telah memindahkan hampir 600,000 orang penduduk di Orissa, ketika imej satelit menunjukkan Taufan Phailin kini berada kira-kira 300 kilometer di luar perairan pantai timur negara ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi India, Lakshman Singh Rathore berkata, Phailin diramal membawa angin dengan kelajuan sekurang-kurangnya 220 kilometer sejam dan berpotensi menyebabkan kerosakan besar.

Katanya, taufan itu dijangka menjejaskan kira-kira 12 juta penduduk di kawasan terbabit.

Tropical Storm Risk (TSR) yang beribu pejabat di London, meletakkan Phailin sebagai ribut kategori lima, iaitu kategori terkuat.

Perkhidmatan cuaca Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) pula berkata, kelajuan angin di laut mencecah 314 kilometer sejam dan beberapa badan kaji cuaca turut menyamakan saiz taufan itu dengan Taufan Katrina yang melanda AS pada 2005.

Sementara itu, sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh selepas Taufan Nari melanda Luzon, Filipina dan menyebabkan beberapa perkampungan serta kawasan tanaman padi ditenggelami air, hari ini.

Bekalan tenaga elektrik turut terputus di wilayah Aurora dan lima wilayah berhampiran ekoran tiang elektrik tumbang dan stesen-stesen janakuasa ditutup bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Nari yang membawa angin selaju 150 kilometer sejam mula melanda wilayah Aurora, semalam dan lebih 2,500 orang penduduk telah dipindahkan sebelum taufan itu melanda. - AP/REUTERS

Mencari Keredaan

Posted: 12 Oct 2013 11:48 AM PDT

Dua jemaah haji berdoa di atas Bukit Thur di tanah suci Mekah, Arab Saudi, kelmarin. - REUTERS

Selain Masjidilharam, Bukit Thur di Mekah turut menjadi destinasi tumpuan bagi umat Islam yang sedang menunaikan haji musim ini untuk memanjatkan doa kepada Allah SWT.

Bukit Thur menyaksikan permulaan penghijrahan Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah ketika awal kedatangan Islam.

Di bukit itu terdapat gua tempat persembunyian Nabi Muhammad ketika diburu oleh kaum Quraish yang bertekad untuk membunuhnya, sebelum baginda memulakan penghijrahannya ke Madinah.

Ibadah haji bakal tiba ke kemuncaknya pada minggu depan apabila sambutan Hari Raya Aidiladha ditetapkan pada Selasa ini bersamaan 11 Zulhijah 1434.

Ibadah haji merupakan Rukun Islam kelima dan umat Islam yang berkemampuan diwajibkan menunaikannya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


BISIK-BISIK AWANG SELAMAT

Posted: 12 Oct 2013 11:48 AM PDT

Ancaman besar

ASAKAN mahu menjadikan Malaysia negara sekular dan menghakis kedudukan Islam, semakin membimbangkan.

Terbaharu, Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (COMANGO) menerusi proses semakan berkala sejagat (UPR) ke atas Malaysia, menuntut banyak perkara untuk dirungkai.

Proses tersebut yang memasuki pusingan kedua di Majlis Hak Asasi Manusia, Geneva pada 24 Oktober ini, akan menjadi medan untuk menekan kita.

Antaranya Malaysia didesak menandatangani beberapa perkara kritikal. Ia merangkumi soal kebebasan beragama terutama memudahkan murtad; menerima pakai acuan Barat dalam soal hak sama rata kaum dan agama; serta mengiktiraf amalan seks songsang, gejala liwat dan kahwin sejenis.

Awang sangat terganggu kerana tuntutan COMANGO merupakan ancaman terbesar kepada kedaulatan kita. Terima kasih kepada Gabungan NGO Islam kerana membangkitkan isu tersebut menjelang sesi UPR minggu depan.

Semoga delegasi NGO Islam yang menyertai sesi itu akan mempertahankan habis-habisan kepentingan Islam negara ini.

Dalam pada itu, ada pihak dan NGO tertentu di tanah air ini turut berperanan menghasut COMANGO. Mereka memberikan persepsi yang salah dan hujah-hujah serong yang bercanggah dengan perlembagaan, realiti budaya dan sejarah masyarakat Malaysia.

Ternyata kita ada musuh dalam negara yang menangguk di air keruh atas kelemahan umat Islam akibat berpecah atas ideologi politik.

Golongan tersebut ternyata agresif dan licik menarik campur tangan asing untuk menjadikan Malaysia sekular. Awang berharap pihak berkuasa dapat bertindak segera termasuk mendedahkan identiti para pengkhianat ini.

Jangan tunggu nasi menjadi bubur.

Manis hina Melayu

KENYATAAN Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang menggelar Pendaftar Pertubuhan (ROS) sebagai anjing UMNO nampaknya terus menjadi bualan.

Akar umbi orang Melayu termasuk Pas turut membantah beliau. Antaranya ahli Pas Cawangan Taman Selasih, Kulim, Wan Johari Wan Omar.

Beliau menganggap serangan pemimpin kanan DAP terutama Tony Pua adalah disebabkan majoriti kakitangan ROS adalah orang Melayu dan Islam.

Peringatan Wan Johari: Jangan aibkan orang Melayu dan Islam sebagai anjing.

Mesejnya, kata-kata jijik dan sangat rasis Tony Pua mendedahkan dia dinilai semahu-mahunya oleh orang Melayu. Terserah kepada orang Melayu untuk mentafsir dengan melihat sama ada yang tersurat mahupun tersirat.

Awang terdorong untuk bersetuju dengan Wan Johari.

Pihak ROS hanya menjalankan tugas selepas menerima aduan segelintir ahli DAP berhubung isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tetapi aneh digelar anjing.

Persoalannya apakah dia akan menganjingkan organisasi yang majoritinya orang Cina, yang pasti ramai akan menjawab - tidak.

Agaknya lebih manis, cukup nikmat dan puas dapat menganjingkan organisasi Melayu dan orang Islam. Pada Awang, ia bukan lagi sekadar soal kerendahan akhlak tetapi gejala ekstrem anti kaum yang sangat tebal.

Provokasi dan penghinaan terhadap Melayu bukan perkara baharu dalam kalangan pemimpin parti itu. Kaduk sudah naik junjung.

Awang teringatkan peristiwa 13 Mei 1969 yang kita semua tahu berpunca daripada provokasi dahsyat terhadap orang Melayu.

Apakah Tony Pua mahu menyuburkan gejala itu?

Tahniah UMNO

AWANG mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya dalam pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO sama ada di peringkat Exco pusat mahupun di bahagian-bahagian.

Shahrizat Abdul Jalil dan Khairy Jamaluddin seperti yang dijangka terus diberi mandat mengetuai sayap Wanita dan Pemuda.

Begitu juga dengan Mas Ermieyati Samsudin yang kini merupakan peneraju baharu Puteri UMNO.

Kepada yang tewas, usah kecewa kerana ia lumrah dalam pertandingan. Hormatilah pilihan para perwakilan atas semangat demokrasi demi kepentingan parti.

Melangkahlah ke hadapan. Tumpuan selepas ini, barisan exco pusat dan para penyandang ketiga-tiga sayap di bahagian perlu lebih komited dan ikhlas menjayakan agenda parti.

Cabarannya ialah bagaimana barisan baharu ini dapat melonjakkan lagi keyakinan masyarakat Melayu kepada UMNO dan BN terutama menjelang pilihan raya umum akan datang.

Apa pun, pemilihan semalam mencatat sejarah dengan menyaksikan UMNO muncul sebagai parti yang lebih demokratik, inklusif dan berorientasikan akar umbi.

Walaupun berlaku sedikit sebanyak ketidaklancaran dalam proses pemilihan di beberapa bahagian, ia boleh difahami kerana inilah pertama kali sistem pengundian serentak dijalankan.

Apatah lagi ia melibatkan jumlah perwakilan yang besar iaitu 220,000 orang merangkumi Wanita, Pemuda dan Puteri di seluruh negara.

Pembaharuan politik termasuk ke atas sistem pemilihan UMNO, seperti dijanjikan Perdana Menteri Mohd. Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO, kini menjadi kenyataan.

Sudah tentu ia terus dicemburui oleh kawan dan lawan. DAP dan PKR yang masih terikat amalan sistem pemilihan lapuk, perlu belajar daripada UMNO. Tahniah UMNO. Parti politik itu sekali lagi merintis di hadapan.

Sedarkan GLC!

MAKIN ramai yang melahirkan keresahan terhadap sikap sebahagian pemimpin syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Mereka bukan sahaja dipersoalkan kerana lesu dalam agenda bumiputera malah ada yang bertindak umpama pagar makan padi.

Sebab itu Awang lega dengan langkah kerajaan menetapkan KPI kepada GLC. Ini termasuk dalam pelaksanaan pemerkasaan ekonomi bumiputera seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Najib Tun Razak baru-baru ini.

Bagaimanapun ada yang melihat ia tidak memadai. Pemilihan calon bagi menduduki jawatan tertinggi GLC perlu diperketatkan supaya tidak berlaku salah pilih sehingga ada yang dalam diam menolak kerajaan.

Seorang teman Awang pula mencadangkan para pemimpin GLC diwajibkan menghadiri induksi Biro Tata Negara (BTN) supaya setidak-tidaknya kukuh jati diri.

Suatu ketika dahulu, program seperti itu pernah dilaksanakan yang turut melibatkan pimpinan GLC. Apa salahnya jika program yang baik diperkenalkan semula. Awang sokong.

Umpama diari

PENGGUNAAN telefon bimbit yang banyak manfaatnya turut membawa cabaran kepada ramai pengguna.

Salah satu ialah berkaitan kata laluan (password atau passcode), wajarkah ia dikongsi dengan orang tersayang.

Seorang sahabat terganggu kerana isteri beliau mahu mengetahui kata laluan telefon bimbitnya. Alasan yang diberikan - tiada rahsia antara suami dan isteri. Awang tersenyum kerana belum menghadapi situasi seperti itu di rumah.

Sememangnya ada suami atau isteri yang tidak kisah kata laluan diketahui bersama tetapi ramai sebenarnya yang tidak selesa.

Ada yang bertegas mahu ia kekal rahsia terutama golongan suami. Menurut si sahabat tadi, dia ada hujah buat isterinya. Telefon bimbit umpama diari maka tidak manis untuk mengetahui kandungan diari orang lain. Begitu juga telefon.

Ada asasnya. Ada perkara-perkara dalam kehidupan ini, yang lebih baik jika kita tidak tahu. Lebih tenang jiwa. Ini termasuk kata laluan telefon pasangan kita. Nasihat Awang, usah fikir-fikirkan sangat hal itu. Tukarlah jika ada kegundahan atau keraguan, dengan perbanyakkan senyuman. Kebahagiaan rumah tangga bukan hanya ditentukan oleh kata laluan.

Golongan jahanam

AWANG ucapkan tahniah kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kejayaan menumpaskan 10 penjenayah berbahaya dalam tempoh tiga hari pada minggu ini.

Walaupun menerima kritikan dan tohmahan daripada pihak tertentu kononnya polis menembak sesuka hati, usah hiraukan.

Di kebanyakan negara, menembak mati penjenayah adalah urusan keselamatan yang tidak diperdebatkan apatah lagi dipolitikkan.

Anehnya di Malaysia, penjenayah mahu dijadikan wira dan polis dimusuhi. Jika polis ditembak mati, mereka tidak simpati. Haiwan rasanya lebih prihatin.

Awang juga tertarik dengan ketegasan Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi berhubung isu tersebut. Biarpun ditekan, beliau tidak berganjak.

Jangan layan golongan jahanam itu.

Jangan pertikai dasar UMNO

Posted: 12 Oct 2013 11:48 AM PDT

MUKADIMAH

DATUK SERI DR.AHMAD ZAHID HAMIDI dianggap calon paling popular untuk terus menyandang jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti 19 Oktober ini.

Ketegasan beliau mengemudi Kementerian Dalam Negeri dikatakan memungkinkan populariti itu dikecapi, namun bukan itu yang diburu oleh Ahli Parlimen Bagan Datoh ini.

Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia, ZULKIFLEE BAKAR dan HUSSAINI AMRAN di kediamannya di Kajang, kelmarin, Menteri Dalam Negeri tersebut memberi pandangan berhubung pelbagai isu berkaitan kementerian itu dan pemilihan UMNO kali ini.

MINGGUAN: Datuk Seri dikatakan meninggalkan calon-calon lain yang bertanding merebut jawatan Naib Presiden UMNO jauh di belakang. Adakah persepsi ini satu bebanan kepada Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Adalah tidak adil untuk saya menilai populariti yang dianggap oleh kebanyakan perwakilan sebagai sesuatu yang boleh memberi sokongan sepenuhnya kepada saya. Tetapi kalau itu dapat diterjemahkan dalam bentuk sokongan, saya lebih daripada sukacita menerimanya. Dalam hal ini, ia bukan menjadi bebanan kepada saya kerana mungkin apa yang dilakukan sewaktu saya menyandang jawatan Naib Presiden selama satu penggal ini dan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah banyak dinilai oleh para perwakilan dan apa yang saya lakukan tidak ada kena mengena dengan pemilihan ini. Sebaliknya, ia merupakan tugas yang saya terjemahkan pelaksanaannya dengan kerjasama dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kesemua jabatan serta agensi di bawah KDN. Penilaian masih terserah kepada orang ramai khususnya para perwakilan untuk melihat daripada apa yang telah dan sedang saya lakukan.

Ketika Datuk Seri di Jabatan Perdana Menteri, timbul isu kalimah Allah. Semasa di Kementerian Pertahanan timbul Ops Daulat manakala di KDN pula Ops Cantas. Ketiga-tiga perkara itu telah melonjakkan populariti Datuk Seri. Adakah ia berlaku secara kebetulan atau sebaliknya?

AHMAD ZAHID: Mungkin ia bertunjangkan kepada keseriusan saya melaksanakan tugas di mana sahaja kementerian saya diberikan kepercayaan. Kalau ia merupakan satu kebetulan mungkin itu dianggap isu-isu bermusim. Sedangkan isu kalimah Allah sebelum itu adalah isu semasa yang saya tangani sewaktu menjawab persoalan ini yang dibangkitkan pihak pembangkang khususnya Pas di Dewan Rakyat. Ketika Ops Daulat, sebagai Menteri Pertahanan saya merasakan bahawa perundingan selama tiga minggu yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia dan pengganas Sulu terlalu lama sehingga memakan korban sebanyak 10 orang. Lapan orang pegawai dan anggota polis serta dua orang anggota tentera.

Apa yang saya lakukan adalah dengan mengambil tindakan drastik bagi menyelamatkan negara kita khususnya bumi Sabah yang boleh diceroboh sewenang-wenangnya oleh pihak luar dan kita masih berunding ketika itu. Keadaan ini tentu mencabar kredibiliti dan kewibawaan pasukan keselamatan kita. Saya tidak boleh menangguhkan sebarang tindakan setelah mendapat restu daripada Perdana Menteri apabila saya menyampaikan hasrat daripada Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu. Tindakan yang kita lakukan adalah ada wajar bagi sebuah negara yang diceroboh oleh pihak luar. Walaupun ia seolah-olah dianggap sebagai isu politik, ini adalah soal maruah negara dan saya bertanggungjawab untuk mempertahankannya.

Akibat ketegasan Datuk Seri di KDN, ada pihak melihat secara tidak langsung menyebabkan Hishammuddin dipandang negatif?

AHMAD ZAHID: Tidak adil untuk membandingkan antara saya dan Hishammuddin. Saya mempunyai persamaan yang banyak dengan beliau dalam bidang tugas. Namun, apa yang saya lakukan digariskan dalam undang-undang, akta atau enakmen. Terdapat 42 kuasa yang diberikan kepada Menteri Dalam Negeri dan ada perkara-perkara yang boleh dilaksanakan.

Namun, saya membahagikan tugas ini kepada tiga. Dalam soal dasar, saya yang menentukan setelah berunding dan mendapat nasihat daripada ketua-ketua jabatan. Dari segi pentadbiran, saya serahkan kepada Ketua Setiausaha kementerian. Tetapi dari segi operasi, saya serahkan kepada Ketua Polis Negara dan semua ketua pengarah jabatan serta agensi di bawah KDN. Penyelarasan dan tindakan susulan saya lakukan supaya kesemuanya terselaras sebagai satu tindakan yang sepadu di bawah KDN. Bukan caca-marba kerana seolah-olah ada semacam pemecahan kuasa yang dibuat oleh agensi dan jabatan masing-masing.

Sejak Datuk Seri mengambil alih KDN, serangan pembangkang terhadap kementerian itu meningkat. Komen Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Saya berterima kasih kepada liputan oleh portal berita, akhbar dan media sosial yang didalangi oleh pembangkang. Sebelum ini saya tidak dapat liputan. Tentunya ini melonjakkan populariti saya kerana yang saya pentingkan ialah rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Bukan sebilangan kecil yang menjadi perosak kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Jika ada pihak yang berkenaan itu mempertahankan hak asasi manusia mereka yang melakukan jenayah, tentu hak asasi keseluruhan rakyat Malaysia harus dipertahankan termasuk pegawai dan anggota polis yang tertembak atau terbunuh ketika operasi dilakukan. Bagaimana pula hak asasi manusia mangsa-mangsa tembakan, rompakan atau pembunuhan yang dilakukan oleh penjenayah itu? Mengapa tiada pembelaan? Daripada pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pemimpin pembangkang yang mempertahankan hak asasi manusia penjenayah, saya tidak fikir mereka propenjenayah. Jika mereka tidak propenjenayah, mereka mesti pro pada majoriti rakyat keseluruhannya. Jadi, ketegasan saya kerana menjaga kepentingan majoriti rakyat, bukan kepentingan penjenayah.

Ramai yang bercakap soal meremajakan UMNO. Datuk Seri berusia 60 tahun. Adakah faktor umur ini relevan atau tidak untuk menempuh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)?

AHMAD ZAHID: Saya mengambil contoh terbaik ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Walaupun beliau ketika mengambil alih kepimpinan melepasi umur 50-an dan ketika hampir tamat perkhidmatan, beliau telah berumur 70 tahun tetapi peremajaan UMNO itu terus dilakukan oleh beliau.

Ertinya, bukan faktor umur menjadi penanda aras pada peremajaan. Yang penting idea baharu, pendekatan yang relevan dan mengenalpasti kumpulan sasaran. Peremajaan UMNO ini bergantung kepada agenda, pengisian program dan bagaimana idea daripada sayap-sayap terutamanya Pemuda dan Puteri dapat dijadikan sebagai elemen di dalam program-program yang dijalankan oleh UMNO. Biarpun Presiden melepasi waktu, melebihi umur setengah abad. Di dalam hal ini, saya sering berinteraksi dengan kumpulan generasi muda dalam UMNO dan idea saya laksanakan biarpun usia setengah abad ini mungkin dianggap sesetengah pihak agak tidak relevan. Tetapi pemikiran saya masih tetap relevan terutama dalam usaha untuk meremajakan UMNO.

Berhubung dengan tiga serangkai, ada yang berpandangan status quo ini perlu dikekalkan. Ada juga yang berpandangan, ia tidak menunjukkan UMNO itu dinamik. Pandangan yang mana sepatutnya diberi perhatian?

AHMAD ZAHID: Ia adalah pandangan subjektif dan kedua-dua pandangan ini harus dianalisis melalui beberapa pendekatan terutamanya apabila Presiden dan Timbalan Presiden perlukan ketiga-tiga Naib Presiden yang mempunyai chemistry (keserasian) yang baik bagi bukan sahaja membantu dalam bentuk idea tetapi melunaskan pertanggungjawaban apabila kerja-kerja parti mahu disampaikan di peringkat akar umbi atau bahagian. Melaksanakan tugas-tugas pilihan raya kecil atau umum dan juga melakukan beberapa agenda untuk diterjemahkan terutama peremajaan UMNO dan agenda-agenda yang harus diperturunkan ke bawah. Dalam hal ini, bagi saya, hak sebenar untuk menentukan sama ada pilihan pertama atau pilihan kedua ialah para perwakilan keseluruhannya. Saya sentiasa berlapang dada dan berfikiran terbuka untuk menerima sebarang keputusan yang akan ditentukan para perwakilan.

Adakah Datuk Seri merasakan gandingan sedia ada ini sudah cukup baik berbanding sebelum ini?

AHMAD ZAHID: Pengalaman sepenggal lalu membuktikan ia telah cukup baik tetapi saya tidak dapat menilai diri sendiri. Tidak adil untuk saya menilai kawan-kawan saya yang lain tetapi tentunya perwakilan melihat dari sudut pandang yang berbeza. Setakat ini, tentunya saya berpuas hati dengan sumbangan yang telah kami berikan bukan sahaja kepada parti tetapi kepada kepimpinan atasan khususnya Presiden dan Timbalan Presiden parti.

Ada suara-suara nakal mengatakan tiga Naib Presiden sekarang bimbang dengan `ancaman Datuk Mukhriz Tun Mahathir untuk pemilihan akan datang seandainya beliau dibawa masuk sekarang. Pandangan Datuk Seri?

AHMAD ZAHID: Tidak harus ada kebimbangan jika ada mereka yang di bawah umur 50-an mahu menawarkan diri. Sekali lagi, tentunya perwakilan akan menilai melalui sudut pandangan berbeza. Namun, apa yang diperlukan oleh UMNO keseluruhannya ialah kemantapan kepimpinan di peringkat atasan supaya tidak timbul sebarang permasalahan kini atau akan datang kepada pengukuhan landasan di dalam kepimpinan parti.

Dalam PRU-13, UMNO dikatakan mendapat pengajaran cukup bermakna apabila dikatakan tidak memperjuangkan nasib orang Melayu dan agama Islam sehingga menyebabkan NGO mengambil alih. Ke manakah hala tuju UMNO selepas pemilihan ini?

AHMAD ZAHID: Harga yang telah dibayar terlalu mahal. Biarpun UMNO meraih tambahan kerusi, prestasi Barisan Nasional (BN) keseluruhannya cukup membimbangkan. Apa yang perlu kita lihat ialah kerajaan yang terbentuk di Putrajaya adalah atas sokongan orang Melayu. Kita tidak boleh menolak agenda untuk memperkasakan penguasaan orang Melayu dalam banyak sektor khususnya ekonomi harus dilakukan dengan tidak berhasrat mengambil peluang atau pegangan ekonomi kaum lain. Tetapi yang penting, sebagai sebuah negara majmuk, UMNO tidak pernah meminggirkan mana-mana kepentingan selain orang Melayu.

Ini harus difahami tetapi kita lihat pendekatan pembangkang telah berjaya meracuni pemikiran lebih 50 peratus rakyat. Mereka menanam budaya kebencian yang cukup mendalam terhadap kerajaan. UMNO belum cukup berjaya untuk menangani persepsi ini. Justeru, pengurusan persepsi hendaklah dilakukan dengan drastik oleh kepimpinan UMNO. Jika persepi ini tidak dapat diubah, maka kekhuatiran saya dalam PRU-14 ini, kita bukan sahaja menghadapi masalah yang sama tetapi mungkin akan menghadapi masalah yang lebih parah.

Sejauh manakah UMNO boleh bertahan sebab di dalam BN sendiri, sebagai contoh apabila Perdana Menteri melancarkan program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera baru-baru ini, parti-parti komponen menganggap perkara itu sebagai diskriminasi dan tidak adil kepada kaum lain?

AHMAD ZAHID: Tidak timbul soal berlakunya ketidakadilan kepada kaum lain. Yang ditekankan oleh Perdana Menteri bukan soal kesamarataan. Mustahil untuk mendapatkan kesamarataan. Tetapi beliau mahu memberi keadilan untuk orang Melayu yang masih jauh ketinggalan walaupun kita telah merdeka lebih 56 tahun. Jangan lupa bahawa bumiputera di Sabah dan Sarawak juga harus diambil kira. Keberadaan mereka dalam lingkungan bumiputera yang melebihi 60 peratus tentu harus diberi keutamaan. Jika kumpulan majoriti dipinggirkan, kesan yang paling dalam adalah terdapat kegelisahan sosial dalam kalangan majoriti rakyat. Walaupun kerajaan mempunyai pendekatan mesra perniagaan atau mahu memberi keselesaan kepada komuniti perniagaan, namun kita jangan melupakan bahawa `hutang negara kepada orang Melayu dan bumiputera masih belum terbayar sepenuhnya. Ini harus dilakukan oleh kerajaan yang didukung oleh orang Melayu.

Mengapa wujud suara seperti itu dalam BN sendiri? Adakah mereka begitu terdesak untuk mendapatkan sokongan?

AHMAD ZAHID: Parti-parti di dalam BN berasaskan kaum. Tentu mereka mahukan pendekatan heroistik kepada kumpulan yang mereka wakili. Jadi, di dalam perkara ini mereka harus tahu apa yang dilakukan oleh UMNO biarpun memperjuangkan soal Melayu dan bumiputera, kita tidak pernah meminggirkan kaum-kaum lain. Ini harus terus difahami oleh kepimpinan utama parti-parti komponen BN. Kita tahu bahawa pihak pembangkang memerhatikan gelagat untuk meraih dividen politik. Dalam hal ini, parti-parti komponen BN hendaklah sedar bahawa kesatuan pemikiran harus dilakukan dan UMNO sebagai sebuah parti politik bukan sekadar sebuah parti tetapi sebuah institusi sosial orang Melayu dan mereka harus menghormati prinsip ini.

Bagaimana kita hendak menonjolkan semula UMNO sebagai tonggak perjuangan Melayu?

AHMAD ZAHID: Saya melihat UMNO telah menyesuaikan diri dengan situasi semasa. Saya secara peribadi merasakan tidak adil jika kita memperkatakan soal perjuangan hak Melayu sebagai rasis atau perkauman. Kalau kita mahu memperjuangkan soal bahasa, kita dianggap berada dalam kepompong yang sempit. Jika kita memperkatakan tentang hak istimewa orang Melayu, seolah-olah kita telah ketinggalan zaman dan tidak relevan dengan situasi semasa.

Saya dianggap sebagai ultra Melayu kerana pandangan saya masih kukuh sebagaimana ketika saya memegang jawatan Ketua Penerangan Pemuda UMNO pada 1988. Bagi saya, orang-orang bukan Melayu jangan khuatir dengan UMNO. Kita tidak pernah mengambil hak mereka. Yang kita dambakan ialah memperkukuhkan hak Melayu dan bagi saya, UMNO keseluruhannya harus berfikiran begitu. Kepimpinan UMNO di semua peringkat harus berfikiran begitu dan jangan ada tanggapan mengizinkan orang lain berada di garisan hadapan untuk memperjuangkan nasib orang Melayu.

Terdapat kawasan-kawasan Parlimen yang menyaksikan orang Melayu berpecah kepada UMNO, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). Namun, perpecahan kaum lain tidak sebegitu teruk. UMNO memerlukan sokongan orang Melayu. Tidakkah pendirian sebegini membawa kesan dalam PRU-14?

AHMAD ZAHID: Saya ingin memperjelaskan bahawa hak bangsa lain tidak akan diusik dan kita tidak pernah mengambil pun secebis peluang daripada mereka. Jika mereka mengatakan bahawa kaum lain harus berada di dalam perkhidmatan awam, kita mahu bertanya, dalam sektor swasta, berapa ramai orang Melayu yang diletakkan di pengurusan atasan? Berapa ramai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam organisasi syarikat-syarikat yang tersenarai? Berapa ramai kakitangan pengurusan yang diletakkan? Kalau mereka mahu keadilan dalam sektor awam, mereka juga harus terbuka untuk mengambil orang Melayu dalam sektor swasta. Ramai orang Melayu yang profesional dan ramai yang boleh serta mampu menjadi pengurus terbaik. Terbukti dalam GLC yang ada.

Tetapi apabila jawatan-jawatan yang diiklankan diutamakan yang mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Mandarin, ertinya siapa? Ertinya, mereka tidak mahu orang Melayu dan bumiputera. Adakah itu satu keadilan? Saya tidak mempertikaikan itu hak keluarga mereka atau hak peribadi mereka. Tetapi kalau mereka mahu kerajaan liberal, mereka juga harus liberal. Mengapa apa yang dilakukan oleh UMNO dalam menentukan dasar dan BN melaksanakannya dipertikaikan? Mereka tidak terbuka sebagaimana mereka mahu UMNO itu terbuka.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Galaxy Note3 dan Gear

Posted: 12 Oct 2013 05:15 AM PDT

PENYELARASAN di antara Galaxy Note 3 dan Gear memberikan satu lembaran baru dunia komunikasi.

IDAK mahu lagi menoleh ke belakang, jenama telefon pintar nombor satu dunia Samsung terus melancarkan produk baharu untuk tatapan pengguna seluruh dunia.

Baru-baru ini, sequel bagi model telefon pintar Note dilancarkan dengan nama Galaxy Note 3 yang memberikan sedikit penambahbaikan yang pastinya lebih menarik dan menghiburkan pengguna.

Paparan lebih besar dimuatkan pada telefon ini berbanding model sebelum ini dengan 5.7 Super AMOLED Plus yang ternyata memberi gambaran resolusi penuh (Full HD) yang jelas dan mengagumkan.

Ia turut didatangkan dengan sistem operasi terbaharu Android iaitu JellyBean 4.3 dan disokong pula dengan kelajuan 2.3 Ghz Quad Core yang pastinya tidak menghampakan pengguna.

Fungsi utama pembuatan telefon ini adalah menggabungkan ciri tablet dan telefon pintar dalam sebuah gajet ternyata berhasil dengan sistem yang dimuatkan.

Bukan sahaja memudahkan kerja-kerja seharian, bahkan juga ciri-ciri interaktif yang disediakan membolehkan pengguna menggunakan telefon ini ke tahap optimum sesuai dengan fungsinya.

Bagi pengguna Note, sudah pasti fungsi Stylus Pen menjadi idaman mereka. Pada model kali ini, pen tersebut boleh melakukan tugas lebih daripada menulis.

Aplikasi Air Command dengan menggunakan Stylus Pen membolehkan pengguna pergi ke menu-menu utama dengan hanya menghalakan mata pen ke arah skrin Note 3.

Fungsi membaca tulisan, memotong gambar, menghantar mesej dan segalanya boleh dilakukan menerusi telefon pintar hibrid ini dengan mudah dan pantas.

Selain itu, Samsung turut memberikan penambahbaikan pada kameranya dengan 13 megapiksel yang semestinya memberikan rakaman gambar mengagumkan.

Panggilan video kamera di hadapan turut ditingkatkan dengan kamera 2 megapiksel bagi paparan lebih jelas dan memuaskan.

Bagi peminat Samsung Galaxy Note, model kali ini dikatakan mampu memberi nilai kepada wang yang dilaburkan dengan pelbagai fungsi menarik.

Model pertama jam tangan pintar

Dalam pada itu, selari dengan pelancaran Note 3, Samsung turut memperkenalkan model pertama jam tangan pintar yang diberi nama Samsung Galaxy Gear.

Jam tangan ini boleh diselaraskan bersama Note 3 untuk membuat dan menjawab panggilan telefon, selain fungsi lain yang tidak kurang menarik.

Rekaannya yang eksklusif dan nampak mewah memberikan satu cita rasa sepadan kepada pengguna yang ingin tampak elegan dengan memakai jam berkenaan.

Fungsi aplikasi simpanan gambar turut disertakan selain S Voice untuk memberi arahan kepada jam pintar tersebut.

Walaupun fungsinya dianggap menarik dan rekaan yang bergaya, harga yang ditawarkan tidak sepadan dengan fungsi yang tidak seberapa itu.

Tetapi jika fungsinya ditambahkan lagi serta boleh disambungkan dengan model-model lain telefon Samsung, ia agak berbaloi untuk peminat telefon dan gajet keluaran Samsung.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Rosyam Nor syukur dapat gelaran Datuk

Posted: 12 Oct 2013 01:45 AM PDT

KUALA LUMPUR 12 Okt. - Pelakon dan penerbit popular, Rosyam Nor menjelaskan, dia masih individu yang dikenali ramai sebelum ini walaupun bakal menerima anugerah Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM).

Rosyam yang bakal bergelar Datuk melalui majlis istiadat yang akan berlangsung esok berkata, dia amat gembira dan bersyukur dengan anugerah tersebut.

"Pastinya saya gembira dan bersyukur tetapi percayalah anugerah ini tidak akan mengubah diri saya.

"Saya anggap ini sebagai pengiktirafan kepada saya dan seluruh warga seni khususnya kepada pelakon," katanya.

Rosyam berkata demikian dalam majlis pelancaran butik khas buat penggemar motosikal berkuasa besar S4M Motorsports di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Tinggalkan badminton

Posted: 11 Oct 2013 10:46 AM PDT

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar MOHD. FARIZWAN HASBULLAH

SEBAIK sahaja melihat cara permainan Nomad, beberapa rakan media yang menunggu giliran untuk bermain, terus mengangkat bendera putih tanda tidak sanggup untuk berbalas pukulan bulu tangkis dengannya.

Itu baharu melihat Nomad membuat sesi memanaskan badan bersama empat orang adiknya, belum lagi melihat penyanyi yang popular dengan lagu Tetap Menantimu itu bermain. Untuk mengelak malu, rakan-rakan media lebih senang bermain badminton sesama sendiri.

Jangan tak tahu, Nomad atau nama sebenarnya Nur Mohd. Alieff Ayub, 25, sebelum berkecimpung dalam bidang seni adalah seorang pemain badminton yang sering mewakili sekolah dalam pertandingan.

Saya mula pegang raket waktu usia enam tahun sebab ikut abah yang sering menjalani latihan badminton dengan pasukan polis Terengganu. Saya mula menyertai pertandingan ketika usia sembilan tahun.

Pernahlah jadi wakil sekolah sampai peringkat Majlis Sukan Sekolah Terengganu. Saya tidak ada jurulatih khas, selain abah (Ayub Salim, 53).

Saya serius dalam sukan badminton sehingga usia 18 tahun sebelum mengambil keputusan untuk beralih arah, ketika saya belajar di Kolej Islam Antarabangsa, Gombak," ceritanya sewaktu ditemui di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bercerita lanjut tentang badminton, Nomad yang pernah mengikuti klinik badminton yang dibimbing oleh Datuk Misbun Sidek berkata, dia dan adik- beradiknya tidak dapat dipisahkan daripada sukan badminton.

Adik-adik saya semuanya aktif badminton, wakil sekolah dan negara. Saya sendiri kalau masih serius, mungkin juga akan jadi seperti mereka.

Sekarang ini walaupun tidak menjadikan badminton keutamaan tetapi sukan itu tidak dapat dipisahkan daripada saya.

Setiap malam Isnin, Rabu dan Jumaat, kami adik-beradik dan rakan-rakan akan bermain badminton di Petaling Jaya. Begitu juga kalau ada pertandingan, saya akan pastikan berpeluang untuk menyertainya," katanya.

Anak sulung daripada enam beradik itu berkata, adiknya, Nur Mohd. Azriyn, 20, adalah pemain badminton kebangsaan, sementara Nur Mohd. Haqiem, 22, Nur Mohd. Haikal, 15,dan Nur Mohd. Harris, 7, masing-masing mewakili syarikat dan sekolah, termasuklah seorang lagi adiknya, Nur Mohd. Aqasyah, 11. Nomad berkata, di satu sudut rumahnya penuh dengan medal kemenangan mereka adik-beradik.

Mama (Noor Hashikin Hassan, 46), menyediakan satu sudut untuk meletakkan medal kemenangan kami di rumah. Tiap kali melihat medal-medal itu, kami akan menyindir antara satu sama lain, sebab masing-masing akan berlagak dengan kemenangan yang diraih.

Antara saya dengan adik-adik tidak ada batasan, sebab itulah mereka tak takut dengan saya, melainkan Harris. Hubungan kami seperti kawan dan sebab itulah kalau semua ada di rumah, mama pening kepala. Bising tak payah nak cakaplah, sebab kami semua suka usik Harris bagi dia menangis," ceritanya.

Kata penyanyi kelahiran Besut, Terengganu itu, hidupnya sejak dulu hanyalah belajar dan bermain badminton, kini ditambah pula bidang seni.

Saya mula minat seni sejak di kolej dan sering menyertai pelbagai pertandingan program realiti. Namun, saya tidak berjaya di peringkat awal, selain rancangan Keynote, saya dapat menjadi peserta.

Sewaktu saya beritahu abah yang saya nak ceburi seni, abah tak mengizinkan, sebab dia tak nampak bidang seni mempunyai masa depan. Malah kegagalan saya mendapat tempat dalam uji bakat program realiti juga pernah membuatkan saya berundur. Namun, alhamdulillah sekarang ini pilihan saya mendapat restu keluarga," ujarnya.

Biarpun namanya semakin melonjak dalam bidang seni suara, namun kata Nomad, sukan badminton tetap tidak dapat dipisahkan daripadanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Tidak boleh tukar status tanah

Posted: 11 Oct 2013 10:46 AM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

ISMAIL Mohamed (kanan) menyerahkan bantuan pertanian kepada seorang penerima dalam majlis perasmian Pelaksanaan Kaedah Padi SRI Lot Sawah Kesang Tasek, Ledang, Johor, kelmarin.

LEDANG 11 Okt. - Kerajaan negeri tidak akan meluluskan permohonan menukar status tanah daripada tanaman padi kepada tanaman kelapa sawit bagi memastikan kawasan sawah sedia ada terus diusahakan, selain mahu lebih banyak kawasan baharu dibuka untuk tujuan itu.

Pengerusi JawatankuasaPertanian dan Asas Tani negeri, Ismail Mohamad berkata, pihaknya juga mahu mereka yang sudah atau baru sahaja menukar status tersebut supaya kembali kepada tanaman padi untuk menambah pengeluaran hasil beras negeri.

"Saya sudah berbincang dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tentang perkara ini iaitu tidak menukar status tanah tanaman padi kepada kelapa sawit dan beliau bersetuju.

"Kita tidak bersetuju status tanah ditukar kerana mahu kawal dan jadikan sawah sedia ada sebagai taman kekal pengeluaran makanan untuk Johor, jadi simpanan sumber makanan," katanya dalam sidang akbar selepas merasmikan Petak Percubaan Pengurusan Sistem Intensifikasi Padi (SRI) Tanaman Padi MRQ 74 dan Majlis Penerangan Pembangunan Pertanian Muar/Ledang di Kesang Tasek di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Pengarah Pertanian negeri, Mustapha Omar dan Pegawai Pertanian Daerah Ledang, Abdullah Rashidi.

Sebelum ini, beberapa kawasan sawah di negeri ini ditukar statusnya terutama di Sungai Balang, Muar yang kini tinggal hanya 63 hektar untuk tanaman padi berbanding suatu ketika dahulu menjadi antara penyumbang terbesar beras di negeri ini.

Ketika ini terdapat kira-kira 1,531 hektar kawasan sawah padi di sembilan kawasan di negeri ini, antaranya Mersing, Muar, Kluang dan Batu Pahat dan selebihnya di daerah ini iaitu di Kesang Tasik, Kesang Gate, Pulau Penarik, Teluk Rimba dan Sawah Ring.

Ismail berkata, pihaknya mempunyai perancangan jangka masa panjang untuk meningkatkan produktiviti beras di negeri ini dan salah satunya dengan memperkenalkan jenis baharu padi MRQ 74 dengan kaedah penanaman SRI.

Mengenai kaedah menanam benih padi MRQ 74 yang ketika ini ditanam secara manual, beliau berkata, masalah itu akan diatasi dengan penggunaan teknologi pembenihan yang akan dapat melakukan kerja-kerja menanam secara cepat dan dalam jumlah banyak.

Katanya, tidak seperti benih padi biasanya terus ditabur di kawasan sawah, MRQ 74 perlu disemai terlebih dahulu sebelum dipindahkan dalam usia pokoknya yang masih muda dengan jarak ditanam lebih 25 sentimeter antara satu sama lain.

Jangan ragu-ragu daftar anak OKU dengan JKM - Norshida

Posted: 11 Oct 2013 10:46 AM PDT

SEGAMAT 11 Okt. - Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak-anak yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU) di daerah ini digesa jangan ragu-ragu untuk mendaftar mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap, Norshida Ibrahim berkata, ibu bapa berkenaan tidak perlu malu, sebaliknya memastikan anak istimewa yang dianugerahkan Tuhan itu mendapat pembelaan sewajarnya.

"Kerajaan telah menyediakan peruntukan dan pelbagai kemudahan serta memberi tumpuan khusus terhadap pembangunan anak OKU, selain menyediakan tenaga terlatih dan berpengalaman di JKM untuk membantu anak-anak istimewa ini.

"Ibu bapa perlu memanfaatkan agensi asuhan seperti Pusat Dalam Komuniti (PDK) dan kelas pendidikan khas di kawasan masing-masing supaya anak tersebut mendapat pendidikan sewajarnya, khususnya untuk mempelajari cara-cara hidup berdikari," katanya semasa merasmikan Program Jom Daftar OKU dan Taska Daerah Segamat di JKM Segamat di sini hari ini.

Yang turut hadir Pegawai JKM daerah, Ansharey Matarsad dan 32 penerima kad OKU di seluruh daerah ini.

Menurutnya, berdasarkan rekod bilangan OKU yang dikeluarkan Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) dari Julai hingga Disember 2012, terdapat 80 peratus OKU yang berpotensi untuk bekerja dalam pelbagai sektor, manakala 20 peratus OKU sahaja yang tidak boleh bekerja.

Keadaan itu menunjukkan satu perkembangan positif bagi golongan tersebut kerana mereka masih mempunyai peluang untuk meneruskan kehidupan seperti golongan biasa tanpa dikecualikan dari segi keupayaan tertentu, selain jenis pekerjaan yang mereka pilih.

"Kewujudan dan pertambahan taska di daerah ini dilihat sebagai satu keperluan untuk menyediakan kemudahan bagi kanak-kanak dari segi jagaan dan pendidikan, sejajar dengan seruan kerajaan untuk mewujudkan taman asuhan kanak-kanak di kementerian atau jabatan masing-masing bagi menggalakkan lebih ramai wanita bekerja bagi meningkatkan pendapatan keluarga serta membantu pembangunan ekonomi negara.

"Penjaga dan ibu bapa juga tidak perlu bimbang kerana menerusi Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308), setiap taska perlu memberi khidmat asuhan yang sempurna untuk meningkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


UPP rampas 384 kilogram daun ketum

Posted: 11 Oct 2013 10:46 AM PDT

Oleh SHOLINA OSMAN
utusanperlis@utusan.com.my

ZAKARIA Abdul Rahman menunjukkan guni-guni yang digunakan untuk menyeludup daun ketum ke negara jiran yang berjaya dipatahkan oleh pihak UPP di kawasan berhampiran sempadan Thailand di Chuping, Perlis, semalam.

PADANG BESAR 11 Okt. - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Chuping menggagalkan cubaan menyeludup 384 kilogram daun ketum bernilai hampir RM30,000 dalam dua tangkapan berasingan berhampiran sempadan Malaysia-Thailand pada kelmarin dan hari ini.

Komander UPP Perlis, Deputi Supritendan, Zakaria Abdul Rahman berkata, dalam kejayaan pukul 8 pagi ini, seorang suspek berusia 32 tahun ditahan di kawasan ladang tebu di Chuping ketika pasukannya yang sedang menjalankan Op Kawalan terserempak dengan lelaki itu yang sedang memandu kereta dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap kereta itu, menemukan lapan guni putih berisi daun ketum di tempat duduk hadapan, belakang dan but kereta.

"Turut ditahan seorang penunggang motosikal berusia 19 tahun yang dipercayai bertindak sebagai penunjuk jalan untuk menyeludup daun ketum itu ke sempadan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau memberitahu, suspek ketiga pula ditahan ketika menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di hadapan Kilang Gula Chuping, dekat sini pada pukul 7.30 pagi kelmarin.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati lelaki berusia 34 tahun itu didapati membawa dua guni putih dipercayai mengandungi 60 kilogram daun ketum yang diletakkan di hadapan dan belakang motosikal tersebut.

Zakaria berkata, ketiga-tiga suspek itu akan disiasat di bawah Seksyen 30 Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

Selain itu, katanya, pasukan UPP Chuping menahan 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Myanmar yang berusia antara tujuh hingga 41 tahun kira-kira pukul 10 malam kelmarin.

"PATI terdiri daripada enam lelaki dewasa, enam wanita dan enam kanak-kanak itu ditahan oleh pasukan yang sedang melakukan Ops Kawalan di kawasan kebun sayur, Kampung Hutan Buluh, dekat sini ketika sedang berjalan dalam keadaan letih dan lesu," katanya.

Zakaria berkata, dipercayai kedatangan PATI itu ke negara ini untuk mencari ahli keluarga dan juga peluang pekerjaan.

Beliau berkata, kesemua PATI itu ditahan dan dibawa ke UPP Chuping dan akan disiasat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan boleh dihukum denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Penduduk di 10 kawasan risiko denggi digesa berjaga-jaga

Posted: 11 Oct 2013 10:46 AM PDT

KANGAR 11 Okt. - Jabatan Kesihatan Negeri menasihatkan penduduk di 10 kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi sebagai tempat pembiakan nyamuk aedes dan penularan demam denggi mengambil langkah berjaga-jaga.

Menurut jabatan tersebut, perkara itu perlu dipandang serius kerana jumlah kawasan pembiakan nyamuk aedes telah meningkat secara mendadak pada minggu ke-40 (29 September hingga 5 Oktober) lalu berbanding pada minggu-39 (22 hingga 28 September) hanya empat kawasan terlibat.

"Pada minggu ke-40 ini pula melibatkan sembilan kawasan baharu dan satu masih di kawasan yang sama sejak minggu ke-39," kata jabatan berkenaan dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata, sembilan lokasi baharu yang dikenal pasti berisiko tinggi bagi pembiakan nyamuk aedes tersebut termasuklah Taman Mutiara di Mukim Seriab, Taman Peladang Jaya di Mukim Kuala Perlis, Taman Pelangi di Mukim Sanglang dan Taman Sena Indah di Mukim Sena.

Jelas kenyataan itu, kawasan lain ialah Kampung Jawi Seratus di Mukim Sanglang, Felda Mata Ayer dan Rancangan Perumahan Awam (RPA) Padang Besar di Titi Tinggi, Kampung Sungai Serai di Mukim Chuping dan Kampung Guar Ipoh di Mukim Arau.

Katanya, Pekan Simpang Empat di Mukim Sanglang pula kekal sebagai lokasi indeks pembiakan nyamuk Aedes sejak minggu ke-39 (dari 22 September hingga 28 September lalu) dan minggu ke-40 (dari 29 September hingga 5 Oktober).

"Kejadian demam denggi di negeri ini juga meningkat kepada empat kes pada minggu ke-40 (29 September hingga 5 Oktober lalu) berbanding pada minggu 39 sebelumnya dari 22 September hingga 28 September hanya satu kes sahaja," jelas beliau.

Katanya, tiada kes demam denggi berdarah dilaporkan setakat ini.

Beliau berkata, secara keseluruhannya sebanyak 178 kes denggi yang terkumpul sehingga ke minggu ke-40 pada tahun ini.

''Terdapat peningkatan sebanyak 39 kes (28.06 peratus) berbanding dalam tempoh yang sama pada tahun lalu di mana hanya melibatkan 139 kes sahaja," katanya.

Beliau berkata, sekalipun Jabatan Kesihatan sentiasa mengambil langkah kawalan tetapi ia tetap memerlukan kerjasama penduduk setempat untuk menjaga tempat tinggal masing-masing supaya bebas daripada pembiakan aedes.

15 usahawan sertai kursus selenggara mesin jahit

Posted: 11 Oct 2013 10:46 AM PDT

PARA peserta Kursus Selenggara Mesin Jahit Industri Zon Utara bergambar kenangan selepas selesai kursus berkenaan di Harvard Suasana Hotel di Bedong, Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.

SUNGAI PETANI 11 Okt. - Seramai 15 usahawan muda di negeri ini dipilih menyertai Kursus Selenggara Mesin Jahit Industri Peringkat Zon Utara selama lima hari di Harvard Suasana Hotel (HSH) Bedong dekat sini baru-baru ini.

Kursus anjuran Pusat GiatMara Kedah dengan kerjasama syarikat swasta, Ibarat Harta Sdn. Bhd. dari Johor Baharu itu menampilkan Marlina Abdul Manan dan Fazril Jamain sebagai penceramah.

Penyelaras kursus itu, Kamal Jasni Kasim berkata, peserta diajar cara-cara mengendalikan mesin jahit dengan cara berhemah agar wujud ketahanan bagi menghasilkan produk jahitan berkualiti untuk pasaran tempatan.

Pada majlis itu seorang peserta, Mohd. Saiful Mat Isa, 32, dari Guar Cempedak dipilih sebagai peserta terbaik bahagian lelaki.

"Banyak ilmu tambahan saya perolehi semasa mengikuti program ini dan ceramah disampaikan boleh dijadi panduan untuk meningkatkan lagi kerjaya begini," katanya.

Pernah mengikuti latihan di Pusat GiatMara Jerai dalam bidang binaan pada 1999 hingga 2000, katanya, segala ilmu diperolehi tersebut akan cuba dipraktikkan dalam kerjaya yang diceburinya.

Sementara itu, Noor Faidzah Idris, 24, dari Taman Aman Jaya, Sungai Petani pula dipilih sebagai peserta terbaik bahagian wanita di kursus itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


PRK Sungai Limau: Jangan cetus provokasi - KPN

Posted: 12 Oct 2013 01:23 AM PDT

Oleh SAFINA RAMLI

JERAI 12 Okt. - Polis memberi amaran kepada semua penyokong parti politik agar tidak menimbulkan sebarang provokasi sepanjang tempoh penamaan calon, berkempen dan hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau pada 4 November depan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya bagaimanapun yakin semua pengundi di DUN itu merupakan pengundi matang dan tidak memerlukan sebarang provokasi politik.

"Pengundi di DUN N20 Sungai Limau ini adalah masyarakat yang sangat ringkas kerana kebanyakan mereka daripada golongan pesawah," katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat daripada Polis Kedah mengenai persiapan menghadapi PRK DUN Sungai Limau di Ibu Pejabat Polis Daerah di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Tiada hotspot di DUN Sungai Limau - KPN

Posted: 12 Oct 2013 12:46 AM PDT

YAN 12 Okt. - Tidak ada kawasan dikategorikan 'panas' dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau menjelang pilihan raya kecil kawasan itu.

Namun kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, polis tetap bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, terutama dengan kehadiran orang luar yang boleh menimbulkan kekecohan.

"Minta penyokong-penyokong dari luar... kalau tidak tahu budaya di Sungai Limau, janganlah cuba mengganggu-gugat pengundi di Sungai Limau. Biarlah pengundi Sungai Limau membuat pilihan mereka sendiri.

"Jika ada penyokong nak datang, orang luar kena jaga kelakuan supaya tidak mengganggu keselamatan Sungai Limau yang sentiasa tenang dan aman," katanya kepada pemberita ketika melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Yan, di sini hari ini.

Menurut Khalid, polis bagaimanapun akan memberi tumpuan di kawasan yang dirasakan berlaku pengundian sengit antara parti-parti bertanding.

"Kita dah siap sedia. Masyarakat di DUN Sungai Limau ini adalah masyarakat yang santai dan merupakan pengundi yang matang... tak perlu provokasi luar," katanya.

Khalid berkata, lawatan beliau ke IPD Yan hari ini bagi melihat persediaan Polis Kedah dan IPD Yan untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Sungai Limau itu yang dijadualkan pada 4 November depan.

"Daripada taklimat yang baru saya terima, saya berpuas hati dengan persiapan yang dibuat. Tinjauan hari ini melibatkan persiapan keselamatan dari hari penamaan calon pada 23 Oktober ini sehinggalah hari mengundi, dan selepas hari mengundi. Insya-Allah, pengundi N20 Sungai Limau tidak perlu bimbang, risau.

"Keluarlah mengundi dan keselamatan mereka dijamin," katanya.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak dalam kawasan Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandang Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah pada 26 September lepas. - BERNAMA

67 jemaah haji Malaysia masih di wad hospital

Posted: 11 Oct 2013 09:41 PM PDT

MEKAH 12 Okt. - Sebanyak 67 jemaah haji Malaysia masih dirawat di wad pusat rawatan Tabung Haji (TH) dan hospital kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata daripada jumlah itu, 63 di wad pusat rawatan TH di Aziziah, Syisyah dan pusat rawatan di maktab masing-masing manakala empat lagi di hospital kerajaan.

"Jumlah ini adalah kecil berbanding tahun-tahun lepas dan kita akan membantu membawa jemaah yang sakit dengan ambulans untuk berwukuf di Arafah pada hari Isnin ini jika mereka masih belum keluar dari wad," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Katanya setakat ini kesemua mereka dilapor dalam keadaan stabil dan tiada yang mengalami masalah kronik.

Beliau berkata sejak pusat rawatan TH beroperasi lebih sebulan lepas, sebanyak 328 jemaah haji telah menerima rawatan dan kebanyakan kes berkaitan penyakit darah tinggi, jantung, radang paru-paru, patah tulang dan juga kencing manis.

Jamil Khir berkata setakat ini sembilan daripada 22,320 jemaah haji Malaysia telah meninggal dunia. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Budayakan teknologi hijau - Mohd. Khalil

Posted: 11 Oct 2013 10:46 AM PDT

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

Mohd. Khalil Yaakob menyematkan pingat Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Naim Abu Bakar pada Istiadat Penganugerahan Pingat Kebesaran Negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka, semalam.

MELAKA 11 Okt. - Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob yakin usaha kerajaan negeri untuk membudayakan teknologi hijau akan dapat dilaksanakan oleh seluruh rakyat di negeri ini.

Menurutnya, seluruh masyarakat termasuk pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memberikan kerjasama kepada usaha untuk membudayakan teknologi hijau dengan mengindahkan kelestarian alam sekitar.

Berucap sempena sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-75 di Seri Negeri, beliau berkata, usaha yang sedang dilaksanakan untuk menjadikan Melaka sebagai negeri bandar teknologi hijau bakal memberi faedah kepada seluruh rakyat.

"Kita sepatutnya merasa bangga ke atas usaha kerajaan negeri itu. Diharap setiap rakyat dapat menghayati objektif setiap program teknologi hijau yang dibuat untuk faedah mereka.

"Justeru, semua pihak perlu memberi sokongan ke arah membudayakan teknologi hijau di negeri ini, sesuai dengan status warisannya," katanya sebelum istiadat penganugerahan darjah, bintang dan pingat kebesaran negeri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini.

Seramai 22 individu pada sesi pertama menerima darjah kebesaran masing-masing, diketuai Ketua Menteri, Datuk Idris Haron yang dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Seri.

Antara kenamaan yang menerima darjah kebesaran ialah Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang dianugerahkan Darjah Cemerlang Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk Wira.

Pada sesi kedua esok pula, seramai 447 individu akan menerima darjah, bintang dan pingat kebesaran di Seri Negeri.

Dalam pada itu Mohd. Khalil berkata, kerajaan negeri perlu mempertahankan kedudukan Melaka sebagai negeri warisan termasyhur di dunia.

Justeru katanya, pihak Perbadanan Muzium Negeri Melaka (Perzim) dan Majlis Bandaraya Melaka (MBMB) perlu bekerjasama dengan Pusat Bandar Warisan dan Seni Bina Asia yang dipelopori University of Singapore (NUS) serta Universiti Malaya.

"Melalui kerjasama ini, Melaka akan mendapat pembiayaan kewangan dan kepakaran dari seluruh dunia dalam membuat kajian pemuliharaan bangunan lama di sekitar Banda Hilir," katanya.

Dalam ucapan itu juga, Mohd. Khalil mendoakan agar semua dasar-dasar yang diperkenalkan kerajaan negeri di bawah teraju Idris dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Martabatkan bahasa kebangsaan tanggungjawab semua pihak

Posted: 11 Oct 2013 10:46 AM PDT

MOHAMAD Razi Kail (tengah) membaca buku bersama para jemputan yang menghadiri Program Kembara Bahasa 2013 di Juaseh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, semalam.

KUALA PILAH 11 Okt. - Usaha memartabatkan bahasa kebangsaan adalah tanggungjawab semua pihak dan bukannya meletakkan peranan itu kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) semata-mata.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, Datuk Mohamad Razi Kail berkata, semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama wajar turut serta memartabatkan bahasa kebangsaan dengan menggunakan ejaan yang betul, menyokong usaha DBP menghasilkan pelbagai karya dan menyertai kursus anjuran badan itu.

Beliau berkata, DBP telah berusaha melalui pelbagai program seperti menganjurkan Kembara Bahasa 2013 melibatkan pergerakan kenderaan berkonvoi dari seluruh negara menuju ke Kangar, Perlis, sambil menjalankan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, kebudayaan dan kemasyarakatan apabila mereka singgah di sesuatu tempat.

"Pihak DBP telah memberi dua kotak berisi buku terbitan mereka khusus kepada Sekolah Kebangsaan Tapak untuk digunakan oleh pelajar agar sebagai bacaan seharian dan rujukan mereka,"katanya.

Jelasnya, ia contoh baik usaha DBP yang tidak lupa tanggungjawab mereka dalam membantu sekolah kecil di luar bandar menyediakan kemudahan bahan bacaan di samping usaha seorang bekas pelajar sekolah ini, Bahasa Othman, 62, yang memberikan buku karyanya kepada pihak sekolah untuk digunakan oleh pelajar.

Mohamad Razi berkata demikian dalam ucapan pada program melepaskan sembilan buah kenderaan konvoi Kembara Bahasa di Sekolah Kebangsaan Tapak, di sini dan turut merasmikan Galeri Buku Bahasa di sekolah berkenaan, semalam.

Konvoi Kembara Bahasa yang diadakan setiap tahun itu bertema Jelajah Negara, Semarakkan Bahasa yang melibatkan seramai 40 peserta bergerak dari Kangar, Perlis, kelmarin dan menjelajah seluruh negeri di samping mengadakan pelbagai aktiviti di lebih 50 destinasi persinggahan sebelum dijangka tiba semula di Kangar, esok.

Kerajaan negeri cadang tubuh Universiti Za'aba

Posted: 11 Oct 2013 10:46 AM PDT

MAT Ali Hassan menurunkan tandatangan sebagai simbolik perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat negeri sambil diperhatikan oleh Shamsulkahar Mohd. Deli (kanan) di Dewan Za'aba, Jempol, Negeri Sembilan, semalam.

JEMPOL 11 Okt. - Kerajaan negeri sentiasa memikirkan pelbagai cara untuk meningkatkan taraf pendidikan dan bersedia untuk membina lebih banyak pusat pengajian tinggi di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Kesihatan negeri, Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli berkata, pihaknya telah memikirkan pelbagai cara untuk menambah baik sistem pendidikan termasuk bercadang membuka sebuah universiti di daerah ini.

"Daerah Jempol terkenal dengan tokoh bahasa iaitu Pendeta Za'aba. Malah, sumbangan Za'aba juga menyebabkan kerajaan bukan sahaja membuat Teratak Za'aba tetapi baru sahaja membina sebuah dewan yang turut diberi nama Dewan Za'aba.

"Kini saya memikirkan adalah baik sekiranya kita dapat membuka sebuah universiti (mengambil sempena nama Za'aba) di daerah ini sebagai satu penghargaan terhadap tokoh pejuang bahasa tersebut," katanya dalam majlis perasmian Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat negeri di Dewan Za'aba, di sini semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan dan Pegawai Daerah Jempol, Wan Razali Wan Awang.

Shamsulkahar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serting memberitahu, pihaknya sedar usaha membuka sebuah pusat pengajian tinggi bukan mudah, namun tetap bertekad untuk merealisasikannya sama ada sebuah universiti induk atau cawangan sahaja.

"Ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu menjadikan Negeri Sembilan sebagai lembah ilmu. Kita juga yakin kewujudan pusat pengajian tinggi tersebut mampu merancakkan perkembangan pendidikan di daerah ini.

"Za'aba bukan sahaja menjadi tokoh pendidik tetapi tokoh perjuang kemerdekaan. Oleh itu, kita akan usahakan agar sebuah universiti dibina di daerah ini, sekali gus dapat menghargai sumbangan beliau," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved