Isnin, 9 September 2013

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Malaysia ke pentas akhir

Posted: 09 Sep 2013 11:44 AM PDT

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

Mohd. Irfan (dua dari kiri) diserbu rakan sepasukan selepas menjaringkan gol penyamaan Malaysia menentang Myanmar dalam aksi Pestabola Merdeka di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam tadi. Malaysia menang 2-1. - UTUSAN/Mahathir Ali

KUANTAN - Slot perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013 sudah ditempah Malaysia tanpa menunggu sebarang keputusan perlawanan menentang Thailand, esok selepas Myanmar menjadi mangsa kedua Harimau Muda dengan kemenangan 2-1 di Stadium Darul Makmur, semalam.

Walaupun ketinggalan pada babak pertama perlawanan melalui jaringan Nay Lin Tun pada minit ke-37, anak-anak buah Ong Kim Swee mempamerkan kekuatan mental yang tersendiri untuk bangkit mendapatkan dua jaringan dan menyekat hajat Myanmar untuk memalukan barisan negara di kandang sendiri.

Ketua pasukan, Mohd. Irfan Fazail menyamakan kedudukan pada minit ke-64 sebelum pemain yang sedang beraksi dengan kelab Jepun, Wan Zack Haikal Wan Nor memastikan kemenangan menjadi milik Malaysia pada minit ke-78 di hadapan 3,000 penyokong setia negara yang memenuhi stadium.

Bertambah manis, kemenangan ini sekali gus meleraikan dendam tersirat pada pusingan kelayakan Piala AFC Bawah 22 tahun yang menyaksikan Malaysia kalah 1-2 di Yangon pada 3 Julai tahun lalu

Wan Zack Haikal melepaskan dua peluang terbaik untuk meletakkan Malaysia di hadapan lebih awal apabila melepaskan dua peluang terbuka pada minit ke-23 dan 36 namun sayangnya dihampakan oleh kecekapan penjaga gol, Pyaye Phyo Aung di samping lambat melepaskan rembatan penyudah.

Ketika pemain Harimau Muda leka menyerang, tanpa diduga Myanmar mendiamkan seluruh Stadium Darul Makmur pada minit ke-37 apabila bola daripada sepakan penjuru hadir berjaya dihidu Lin Tun yang menanduk masuk menewaskan penjaga gol, Mohd. Izham Tarmizi dan Zubir Azmi berada di sebelah kiri gawang Malaysia pada minit ke-37.

Gol itu bagaikan sedikit meruntun keghairahan para pemain negara yang jelas menguasai sebahagian kira-kira 60 peratus permainan dan ternyata beraksi lebih tersusun berbanding pasukan lawan.

Semangat juang Malaysia kembali bernyala pada separuh masa kedua dan selepas melakukan asakan bertubi-tubi ke arah pintu gol Myanmar, gol penyamaan yang dicari akhirnya menjelma pada minit ke-64.

Daripada sepakan percuma yang diambil oleh Wan Zack Haikal, Junior menyambut bola tersebut dengan melakukan tandukan dan Irfan mudah menolak masuk ke dalam pintu gol yang terbuka.

Empat belas minit kemudian, Wan Zack tidak lagi melepaskan peluang untuk menjaringkan gol apabila memanfaatkan sepakan percuma pada jarak 25 meter melalui rembatan menarik yang gagal dijangkau Phyo Aung.

Bertambah mengecewakan buat Myanmar, mereka turut kehilangan pemain utama mereka, Kyi Lin, pada masa kecederaan yang mendapat kad merah kerana melawan keputusan pengadil perlawanan, Abdul Malik Abdul Bashir.

Kemenangan itu cukup melegakan Kim Swee sambil menyifatkan bukan sesuatu yang mudah berdepan lawan seperti Myanmar yang banyak memberikan masalah dan pantas melakukan serangan.

"'Perlawanan yang cukup sukar dan tidak mudah kerana Myanmar berikan banyak masalah terutama mereka bersungguh-sungguh bertahan mempertahankan jaringan yang diperoleh mereka pada babak pertama.

"Jika ditanyakan saya pemain terbaik pada hari ini, orang itu adalah Fadhli Shas yang mengemudi barisan pertahanan dengan baik dan Zubir Azmi yang berjaya mengawal Kyi Lin," katanya.

Sementara itu, Wan Zack Haikal gembira akhirnya menemui sentuhan jaringan dan membantu kepada kemenangan berharga Malaysia.

Singapura tersingkir

Posted: 09 Sep 2013 11:44 AM PDT

KUANTAN - Perjuangan Singapura dalam Pestabola Merdeka berakhir selepas kecundang buat kali kedua berturut-turut, kali ini di tangan Thailand dengan keputusan 0-1 di Stadium Darul Makmur, semalam.

Bukan sekadar tewas, Singapura juga kehilangan jurulatih, V. Sundramoorthy pada baki 11 minit terakhir perlawanan apabila dia diarahkan meninggalkan bangku simpanan ekoran kerap membantah keputusan pengadil perlawanan.

Gol tunggal skuad Gajah Putih disumbangkan Pakorn Parmpak pada minit ke-32 melalui percubaan menarik dari bahagian sebelah kiri dan menerjah jaring walaupun dia berada di sudut sukar.

Kemenangan itu mencerahkan peluang Thailand untuk layak ke perlawanan akhir selepas mengutip empat mata daripada dua perlawanan dan hanya memerlukan keputusan seri ketika bertemu Malaysia dalam perlawanan terakhir kumpulan, esok.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Dua anggota APMM hilang, ditemui selamat

Posted: 09 Sep 2013 11:06 PM PDT

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH

PUTRAJAYA 10 Sept. - Dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang hilang di perairan Tok Bali, Kelantan sejak Sabtu lalu berjaya ditemui dalam keadaan selamat pagi tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, kedua-dua anggota itu ditemui di kawasan perairan antarabangsa bersempadan dengan Thailand dan Vietnam pada pukul 6.58 pagi tadi.

"Mereka ditemui selamat di dalam sebuah bot nelayan Vietnam yang ditahan Maritim Malaysia Sabtu lalu bersama dua tahanan nelayan Vietnam.

"Kapal KM Lingitan kita berjaya menemui mereka dengan bantuan rakan maritim lain dan ketika ditemui mereka masih mengekalkan kedudukan bersenjata serta hanya menunggu bantuan pasukan keselamatan Malaysia kerana bimbang ancaman musuh," katanya dalam sidang akhbar Operasi Carilamat Dua Anggota Maritim Malaysia yang Hilang di Perairan Tok Bali di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Sindiket antarabangsa tumpas, dadah RM50 juta dirampas

Posted: 09 Sep 2013 10:40 PM PDT

Oleh NORAZRIN MARZUKI

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Polis melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah antarabangsa terbesar tahun ini yang didalangi warga tempatan selepas menangkap lima individu dan merampas dadah bernilai RM50 juta di Cheras dan Kajang dekat sini malam tadi.

Dalam dua serbuan berasingan pada pukul 8.45 malam oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, empat lelaki dan seorang wanita ditangkap di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

Pengarah JSJN Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, sebanyak 209.96 kilogram (kg) syabu, 40.47 kg heroin dan 26.85 kg ekstasi dirampas dan turut menyita sembilan buah kenderaan yang dimiliki oleh suspek.

"Kita percaya dadah itu diseludup dari Myanmar dan negara ini telah dijadikan transit sebelum dihantar ke Australia dan beberapa negara jiran yang lain," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pemotoran

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Yamaha perkenal Lagenda 115Z

Posted: 09 Sep 2013 11:44 AM PDT

HishammuDdin Tun Hussein meneliti motosikal Yamaha Lagenda 115Z yang dilancarkannya di Petaling Jaya, semalam. Turut kelihatan CH Ng (kanan).

PETALING JAYA 9 Sept. - Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. ( HLYM) menyasarkan menjual 5, 000 buah motosikal terbaharunya iaitu Lagenda 115Z generasi kelima yang dilancarkan hari ini.

Pengarah Urusannya, CH Ng berkata, Lagenda 115Z menawarkan prestasi 20 peratus lebih baik daripada generasi sebelum ini dan ditambah dengan teknologi suntikan minyak yang telah terbukti keberkesanan penggunaan minyak menerusi model FZ150i.

"Lagenda 115Z adalah gabungan prestasi dan penjimatan serta dalam masa yang sama mematuhi penarafan antarabangsa dari segi pembebasan gas emisi.

"HLYM yakin motosikal baharu ini akan menarik perhatian kerana turut dilengkapi dengan pelbagai aksesori premium yang jarang terdapat dalam kelasnya," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Lagenda 115Z di sini.

Motosikal berkenaan telah dilancarkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Lagenda 115Z ditawarkan dalam tiga varian iaitu varian penghidup tendang berharga RM4,792, penghidup elektrik RM5,168 dan Lagenda 115ZR RM5,410 tidak termasuk insurans.

HLYM ketika ini menguasai 33 peratus pasaran motosikal tempatan bersamaan 120,000 buah setahun.

Ng berkata, bagi mempromosikan pelancaran motosikal baharu ini, HLYM telah melancarkan aplikasi permainan yang dikenali sebagai Tornado Run yang menonjolkan Lagenda 115Z.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Doktor rujuk Muhdalena ke Jabatan Psikiatri - Saksi

Posted: 09 Sep 2013 11:44 AM PDT

Muhdalena Ahmad

PUTRAJAYA 9 Sept. - Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu, Muhdalena Ahmad dirujuk ke Jabatan Psikiatri selepas sepasukan doktor yang merawatnya mengambil kira keadaan wanita itu ketika menjalani rawatan serta perkara yang dilakukannya sewaktu kejadian amuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM), tahun lalu.

Dr. Siti Norhani Rafan, 31, berkata, keputusan bersama itu dicapai oleh sepasukan empat doktor terdiri daripada Ketua Jabatan Ortopedik, Hospital Putrajaya, pakar ortopedik, dan dua pegawai perubatan termasuk dirinya.

Beliau yang kini bertugas di Hospital Serdang memberitahu, Muhdalena dirawat selama 17 hari bermula 10 Julai hingga 27 Julai tahun lalu, berikutan kecederaan yang dialaminya dalam kejadian tersebut.

Beliau menyatakan demikian semasa memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap Muhdalena, 28, yang didakwa melakukan ugutan jenayah dalam kejadian amuk di JPM manakala Khalil Afandi Abdul Hamid, 47, yang mengaku dirinya `Imam Mahadi' terbunuh dalam kejadian berkenaan.

Menurut Siti Norhani, tertuduh dirawat dan diberi antibiotik serta ubat penahan sakit selepas menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru yang tertanam di bahagian kaki kanannya.

Ketika ditanya peguam M. Visvanathan yang mewakili tertuduh berhubung jumlah peluru tertanam, doktor tersebut hanya menyatakan, kecederaan itu disebabkan oleh peluru dan cebisan peluru kecil.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Nadia Mohd. Izhar yang mengendalikan pendakwaan, saksi menyatakan, peluru dan cebisan-cebisan peluru itu tidak berjaya dikeluarkan walaupun selepas tertuduh dibedah.

Siti Norhani menjelaskan, ini kerana peluru dan cebisannya tertanam terlalu dalam dan berhampiran salur darah besar yang akan membahayakan pesakit.

Saksi selanjutnya menyatakan, keadaan Muhdalena sepanjang rawatan adalah stabil, tekanan darahnya normal serta luka di bahagian terkena tembakan kelihatan bersih manakala kakinya mampu digerakkan seperti biasa.

Menurutnya, pada akhir sesi rawatan sebelum dikeluarkan dari Wad Ortopedik, keadaannya stabil manakala luka yang dialami akibat terkena tembakan juga bersih dan kering.

Seorang lagi Timbalan Pendakwa Raya, Kalmizah Salleh memberitahu, pihak pendakwaan bersedia menutup kes selepas dua saksi terakhir termasuk pegawai penyiasat memberi keterangan.

Hakim Mohd. Kamil Nizam kemudian menetapkan perbicaraan disambung pada 2 dan 3 Oktober depan.

Kalmizah turut menyatakan, Jabatan Peguam Negara membuat keputusan menolak surat representasi yang dihantar oleh peguam bela tertuduh dan mengarahkan agar kes itu diteruskan hingga selesai.

Dua pegawai kanan syarikat peruncitan didakwa

Posted: 09 Sep 2013 11:44 AM PDT

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Dua pegawai kanan sebuah syarikat peruncitan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menipu seorang pengurus syarikat pemasaran berjumlah RM150,000 berhubung penjualan premis perniagaan kedai serbanika, lapan bulan lalu.

Pengarah syarikat Kopais Konsortium (M) Sdn. Bhd., Rosinah Ahad, 25, dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mohd. Syawaludin Siran, 38, didakwa bersama-sama menipu Pengurus syarikat Medicoptic Sdn. Bhd., Noorzita Baharudin, 48.

Mereka didakwa memperdaya wanita itu untuk mempercayai mereka boleh menjual kepadanya premis perniagaan kedai serbaneka 24 jam Station Rakyat di No. 56, Plaza Usahawan Crystal Ville, Jalan Danau Niaga 1, Taman Danau Kota, Setapak, di sini.

Perbuatan mereka itu telah mendorong Noorzita menyerahkan deposit berjumlah RM150,000 melalui tiga keping cek ke dalam akaun Maybank syarikat Kopais Konsortium, untuk membeli premis perniagaan berkenaan.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di No. 5, Jalan Wangsa Delima 1A, KLSC 3, Wangsa Maju di sini, kira-kira pukul 11 pagi, 7 Januari lalu.

Pegawai Pendakwa, Asisten Supritendan, Zulkifli Osman mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Beliau mencadangkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM20,000 setiap seorang dengan seorang penjamin.

Sementara itu, Rosinah yang tidak diwakili peguam merayu mahkamah mengurangkan jaminan kepada RM5,000 dengan alasan dia masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Mohd. Syawaludin juga memohon jumlah yang sama kerana menanggung empat anak yang masih kecil.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang dengan seorang penjamin dan menetapkan 11 Oktober ini untuk sebutan semula kes.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Farmasi pandu lalu di Kuantan

Posted: 09 Sep 2013 11:45 AM PDT

Oleh SHAHRINNAHAR LATIB
nahar.latib@utusan.com.my

NOROL Azali Sulaiman (tengah) menyerahkan ubat kepada pesakit dalam majlis perasmian farmasi pandu lalu di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, semalam. Turut sama Dr. Norhizan Ismail (kiri).

KUANTAN 9 Sept. - Penghidap penyakit kronik tidak lagi perlu beratur mengambil ubat di kaunter perubatan apabila sebuah farmasi pandu lalu diwujudkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri, Norol Azali Sulaiman berkata, kemudahan berkenaan merupakan sebahagian daripada inisiatif Kementerian Kesihatan dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri dalam usaha mempelbagai serta mempermudahkan perkhidmatan untuk masyarakat.

"Farmasi itu akan memudahkan lagi urusan orang ramai khususnya pesakit mengambil ubat tanpa perlu beratur di kaunter ubat di hospital ini.

"Premis ini dilihat mampu menjimatkan masa dan kos pesakit terutama yang memerlukan serta diwajibkan mengambil bekalan ubat secara berterusan dan berkala," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kemudahan farmasi pandu lalu pertama di negeri ini di HTAA di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Norhizan Ismail.

Jelas Norol Azali, pesakit hanya perlu mendaftar selain menepati syarat dan kriteria ditetapkan bagi didaftarkan sebelum layak menggunakan kemudahan tersebut.

"Secara tidak langsung akan memudahkan orang ramai menjalankan urusan mengambil ubat secara mudah, pantas dan efisien," ujarnya.

Dalam pada itu, Dr. Norhizan berkata, pesakit dengan preskripsi ulangan akan ditawar menggunakan perkhidmatan ini.

"Sekiranya pesakit bersetuju, mereka akan didaftarkan dan diberi bekalan ubat. Pesakit diminta menelefon talian khas perkhidmatan sebelum hari mengambil ubat.

"Apabila pesakit datang pada hari pungutan, mereka cuma perlu terus ke kaunter farmasi pandu lalu. Mereka hanya perlu serahkan kad pendaftaran dan ubat akan diserahkan," katanya.

Menurut beliau, dengan cara ini pesakit tidak perlu mencari tempat letak kenderaan dan tidak perlu berjalan atau beratur panjang.

"Sejak diperkenalkan Julai lalu, sebanyak 212 pesakit telah mendaftar dan daripada jumlah itu, 140 pesakit mengambil ubat dari kaunter tersebut," katanya.

Nafi pasar raya tempat ular berbisa

Posted: 09 Sep 2013 11:45 AM PDT

TEMERLOH 9 Sept. - Pihak pengurusan sebuah pasar raya di sini menafikan dakwaan di laman sosial kononnya premis tersebut menjadi tempat ular berbisa sehingga mengakibatkan seorang pelanggan maut akibat dipatuk haiwan itu pada 30 Ogos lalu.

Wakil pengurusan pasar raya tersebut, Ruzi Salida Abd. Rahman berkata, berita palsu itu disebarkan melalui laman sosial Facebook dan Twitter sehingga menggemparkan penduduk daerah ini.

Tambahnya, lebih mengejutkan berita tersebut turut menyatakan pasukan Bomba dan Penyelamat Temerloh menangkap 17 ekor ular di pasar raya itu.

"Kejadian itu disedari apabila saya menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada seorang rakan yang memberitahu tentang kejadian seorang pelanggan dipatuk ular di pasar raya ini.

"Saya kemudian menghantar semula kepada majikan saya dan awalnya kami tidak endahkan perkara itu sehinggalah pada Isnin lalu semakin ramai pelanggan datang bertanyakan hal sebenar," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam majlis Hari Raya Aidilfitri di Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh di sini kelmarin.

Menurutnya, beliau menjelaskan dakwaan itu melalui akaun Facebook peribadinya dan turut meletakkan notis di pintu masuk pasar raya tersebut serta beberapa daerah lain di negeri ini.

Katanya, satu laporan polis dibuat Jumaat lalu dan berharap individu yang bertanggungjawab menyebar berita palsu tersebut ditangkap dan didakwa ke mahkamah.

"Kita telah menyimpan beberapa maklumat dan dakwaan beberapa individu di laman sosial terbabit yang menghebahkan perkara berkenaan kepada polis," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Temerloh, Hashnudin Hussain turut menafikan pihaknya menangkap 17 ekor ular berbisa di pasar raya berkenaan.

Berdasarkan rekod dalam buku panggilan di balai itu katanya, tiada sebarang panggilan dibuat oleh orang awam berhubung kejadian itu.

Maranvoice medium kongsi pandangan

Posted: 09 Sep 2013 11:45 AM PDT

MARAN 9 Sept. - Pengguna laman sosial Facebook dalam kalangan anak tempatan dan penduduk daerah ini dipelawa menyertai halaman Maranvoice sebagai medium alternatif menyuarakan pandangan serta aduan.

Ahli Parlimen Maran, Datuk Ismail Abdul Muttalib berkata, Maranvoice yang dibangunkan tahun lalu itu kini disertai lebih 2,000 pelawat dengan memuat naik pelbagai maklumat berkaitan daerah ini.

"Penduduk terutama golongan muda boleh menyuarakan pandangan, cadangan dan permasalahan mereka di halaman ini secara terus.

"Kita ada saluran yang sebenar sekiranya sesuatu aduan mempunyai kaitan dengan agensi tertentu dengan mengisi borang secara manual, namun laman sosial dilihat sebagai medium alternatif," katanya di sini baru-baru ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Afrika Tengah: 60 terbunuh dalam pertempuran

Posted: 09 Sep 2013 10:56 AM PDT

REPUBLIK AFRIKA TENGAH 10 Sept. - Sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dalam tempoh dua hari selepas berlakunya pertempuran di antara tentera presiden baharu Republik Afrika Tengah dengan pengikut setia bekas presiden yang digulingkan, Francois Bozize.

Penyokong Bozize menyusup masuk ke kampung-kampung sekitar Bossangoa, 250 kilometer barat laut Bangui, memusnahkan jambatan dan infrastruktur, selain mahu membalas dendam terhadap penduduk Islam, kata jurucakap Presiden, Guy-Simplice Kodegue. - AFP

Rusia gesa Syria serahkan kawalan gudang senjata kimia

Posted: 09 Sep 2013 10:54 AM PDT

MOSCOW 10 Sept. - Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menggesa rejim Syria supaya menyerahkan kawalan gudang senjata kimia mereka kepada penyeliaan antarabangsa sebagai salah satu cara bagi mengelakkan daripada ancaman tindakan ketenteraan.

Lavrov berkata, pelan itu akan membantu mengelakkan serangan ketenteraan yang sedang dipertimbangkan oleh Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Luar Syria, Walid al-Muallem di Moscow.

Tambah Lavrov, cadangan tersebut telah pun dikemukakan kepada Muallem dan berharap mendapat jawapan yang cepat dan positif dari Syria. - AFP

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Memulihkan industri berasaskan kelapa

Posted: 08 Sep 2013 11:23 PM PDT

Oleh LAUPA JUNUS
laupa.junus@utusan.com.my
Gambar Mohd. Noor Mat Amin

Ahmad Ngalim tertarik melihat sabut kelapa yang merupakan bahan mentah industri hiliran berasaskan tanaman tersebut.

MENJELANG musim perayaan, antara masalah yang sering timbul ialah bekalan kelapa tidak cukup. Ini memaksa kerajaan mengimport kelapa dari negara jiran terutama Indonesia dan Thailand.

Masalah tersebut yang berlarutan membuktikan pengeluaran kelapa tidak dapat memenuhi keperluan tempatan.

Industri penanaman kelapa tempatan berdepan masalah tersebut sejak sekian lama sejak zaman kegemilangan industri tersebut di Bagan Datoh, Perak beberapa dekad lepas.

Persoalannya, kenapa berlaku masalah tersebut sedangkan industri tanaman n permintaan yang berterusan, industri berasaskan kelapa tidak boleh dibiarkan berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan.

Antara sebab kekurangan bekalan ialah kawasan penanaman semakin berkurangan disebabkan beberapa faktor. Antaranya persaingan dengan tanaman komoditi lain yang lebih menguntungkan seperti sawit.

Berdasarkan statisitik, kawasan penanaman kelapa pada 1969 ialah 304,300 hektar (ha) dan meningkat kepada 354,300 ha pada 1979.

Bagaimanapun apabila penanam memilih untuk menebang kelapa dan menggantikannya dengan sawit, kawasan ladang atau estet menurun pada 22,000 ha pada 1967 kepada 17,000 ha 10 tahun kemudian.

Ketika ini, 70 peratus keluasan penanaman adalah di Semenanjung, Sabah (14 peratus) dan Sarawak 16 (peratus) dan berlaku tren penurunan 2.8 peratus setahun.

Berdasarkan statistik industri tersebut yang dinyatakan dalam Dasar Agro Makanan Negara ( 2011-2020) kebanyakan milikan ladang ialah pekebun kecil (98 peratus) melibatkan 80,000 keluarga dengan purata keluasan 1.9 ha.

Berdasarkan statistik tersebut, pengeluaran kelapa dijangka meningkat daripada 530,000 tan pada 2010 kepada 1.2 juta tan metrik pada 2020.

Dalam pada itu, rekod sebelum ini menyatakan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diperuntukkan RM17.9 juta di bawah Projek Pembangunan Tanaman Industri Kelapa sebagai sebahagian rancangan memajukan semula industri kelapa di negara ini.

Itu cerita dahulu. Industri kelapa ketika ini berkedudukan di tangga keempat terpenting daripada segi keluasan kawasan penanam selepas kelapa sawit, getah dan padi.

Industri kelapa ketika ini menyumbang 0.6 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP).

Seorang penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Azmi Man berkata, kajian awal mendapati, kerajaan pernah memperkenalkan Skim Pemulihan dan Penanaman Semula Kelapa pada 1963 dan hasilnya pada 1970 dan 1980 sejumlah 8,554 ha berjaya ditanam semula manakala 35,750 ha dipulihkan.

Pada masa sama, sejumlah 8,387 ha keluasan tanah ditanam melibatkan perladangan integrasi bersama koko. manakala 1,493 ha ditanam bersama kopi.

"Dianggarkan kawasan pokok kelapa tua seluas 3,600 hektar akan ditanam semula dengan jenis Matag yang boleh menghasilkan sehingga 25,000 biji setahun," ujarnya.

Membincangkan secara lanjut mengenai tanaman kelapa di negara ini, Dr. Azmi yang juga Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri MARDI berkata, tanaman ini menghadapi era yang suram jika tidak ada usaha menanganinya.

Hari ini ladang kelapa dianggap tidak lagi menguntungkan di samping kos buruh tinggi berbanding sawit dan harga rendah. Sebab itu tidak ramai yang sanggup mengusahakannya.

''Lazimnya (ladang kelapa) tidak diurus dengan baik, potensi hasil tidak terserlah," kata beliau.

Yang turut hadir ialah Pengurus Stesen MARDI Hilir Perak yang juga Penyelidik Biak baka MARDI, Ahmad Ngalim.

Beliau berkata, pengurusan ladang yang baik harus bermula di peringkat awal melibatkan aspek bahan tanaman, pembajaan, pengawalan rumpai dan perosak.

Stesen MARDI Hilir Perak

Posted: 08 Sep 2013 11:23 PM PDT

Oleh Laupa Junus

Stesen MARDI Hilir Perak beroperasi sebagai Pusat Penyelidikan koko dan kelapa pada 1991 sebelum diserahkan kepada Lembaga Koko Malaysia (LKM) pada 1991 hingga 2006.

Pada 1 Jun 2006 pusat tersebut yang terletak 25 kilometer dari Teluk Intan dikembalikan sebahagiannya kepada MARDI.

Kawasan terbabit sebenarnya berkeluasan 87.82 hektar (464.1 ekar) yang ditanam dengan kelapa, koko, pisang, kelapa sawit dan herba.

Peranan utama stesen tersebut ialah menjalankan penyelidikan dalam bidang biak baka, agronomi, fisilogi, pengawalan musuh dan penyakit serta teknologi lepas tuai tanaman kelapa selain menjalankan aktiviti pemindahan dan pengkomersialan teknologi tanaman kelapa dan industri berkaitan.

Peranan lain termasuk mengadakan program latihan kepada petani dan pengusaha dalam bidang berkaitan tanaman kelapa dan menjalankan penyelidikan huluan tanaman herba serta lain-lain tanaman industri.

Antara aktiviti penyelidikan yang dijalankan di pusat tersebut sejak Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) ialah bidang baikbiak baka untuk mendapatkan varieti baru, bidang pengurusan perosak dan penyakit serta lain-lain aspek agronomi untuk peningkatan hasil kelapa.

Pusat tersebut juga menjalankan penyelidikan untuk mencari penggunaan baru kelapa seperti minyak kelapa dara ( VCO ), minuman isotonik dari air kelapa dan sebagainya. Semua itu sedang dilaksanakan oleh Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan.

Pusat Promosi Teknologi juga akan membangunkan test bed untuk VCO dan ladang contoh (model farm) berasaskan kelapa di stesen berkenaan.

Penyelidikan lain termasuk bidang mekanisasi dalam aspek mengopek kelapa dan pemprosesan sabut serta penyelidikan berkaitan sistem tanaman campur berasaskan kelapa dengan mengintegrasikan tanaman selingan lain (dan juga ternakan) dalam satu sistem yang lengkap juga dicadangkan dalam usaha meningkatkan pendapatan penanam kelapa.

Aktiviti lain termasuk penyelidikan huluan untuk herba terpilih seperti misai kucing, emas cotek, limau purut dan herba, penyelidikan bagi tanaman baru seperti pokok jarak pagar (Jatropha curcas), tanaman stevia, dan juga tanaman nipah juga akan dijalankan selain mempromosikan dan memindahkan teknologi.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Tembus langkah pertama Luna

Posted: 08 Sep 2013 11:23 PM PDT

Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
Gambar NOORADZRENE MOHD NOOR

Cinta keras buat kerjaya, Luna lebih senang begini.

KALAU mahu diikutkan namanya cukup terkenal bukan sahaja di negara asalnya tetapi juga di Malaysia. Gabungan kelebihan yang dimiliki memudahkan kariernya di dalam industri hiburan Indonesia terus di damba sehingga kini. Kalau boleh Hits mahu pembaca lupakan sebentar kontroversi video yang pernah menimpa pelakon cantik ini. Berbekalkan keupayaan yang dimiliki, ada sesuatu yang perlu kita tahu tentang Luna Maya kerana dia bukan sekadar menawarkan kisah peribadi tetapi keupayaan dirinya untuk memberi cinta tanpa kompromi terhadap bidang kerjayanya selama ini.

Mengetahui tentang soal itu, Luna memberitahu dia tidak pernah terfikir untuk meletakkan 'tarikh luput' buat kerjaya lakonannya. Baginya dia akui persediaan untuk beransur kurang itu sudah dimulakan, namun untuk melupakan terus bidang ini, bukan sesuatu yang pernah difikirkan.

"Sekarang ini juga saya lebih kepada kerja belakang tabir, selain sebagai penerbit saya juga menjadi pengarah.

"Jujurnya saya tidak pernah terfikir untuk berhenti terus daripada berlakon, saya pasti kalau sudah minat, perasaan rindu itu pasti akan terbit jika terlalu lama tidak berlakon nanti," katanya yang ditemui di lokasi penggambaran filem terbarunya berjudul Tembus arahan Ahmad Idham, di Hulu Langat, Selangor, baru-baru ini.

Jika mahu dibandingkan industri lakonan di seberang agak berbeza dari Malaysia, bukan sahaja dari segi cara kerja, kepadatan pelakon di sana juga lebih cepat berbanding di sini. Dengan kehadiran ramai muka baru saban tahun, Hits ajukan soalan kepada Luna bagaimana dia mampu memastikan namanya terus berada di kemuncak.

"Saya tidak pernah berasa terancam, bagi saya apa yang diperlukan seorang pelakon adalah bakat serta kesungguhannya.

"Sebagai seorang yang juga berada di belakang tabir saya sentiasa memerlukan pelakon baru, di mana saya mahu bekerja dengan mereka yang mempunyai bakat," katanya.

Mengetahui sikap profesional yang dimiliki dirinya, Luna mengakui dia agak cerewet untuk menerima tawaran. Baginya soal karier bukan sesuatu yang boleh diperjudikan memandangkan ini merupakan cinta pertamanya.

"Sebelum menerima tawaran, saya akan memastikan jalan cerita serta pengarah yang akan saya bekerjasama. Soalnya, sebagai pelakon saya perlu menitikberatkan perkara tersebut bagi memastikan dapat bekerja dalam keadaan aman, " jelasnya.

Tembus Malaysia

Merupakan kali pertama menerima tawaran untuk berlakon di negara ini menurut Luna niat untuk bekerjasama dengan produksi di sini sudah lama dipendamkan, bagaimanapun kekangan informasi yang dibekalkan membuatkan dia teragak-agak untuk menerima.

"Sejak sebulan lalu saya sudah melantik seorang pengurus di sini, Iman Tang. Memandangkan dia lebih arif mengenai industri di sini, ini telah memudahkan kerja saya.

"Mula-mula ditawarkan berlakon di dalam filem Tembus, Tang sudah menjelaskan kepada saya siapa pengarah dan pelakon yang akan saya bekerjasama. Ternyata nama-nama yang disebut seperti Aaron Aziz dan Fazura bukan asing buat saya," katanya.

Tidak menolak perjalanan dunia perfileman di Indonesia agak lembap berbanding Malaysia, bagi Luna itu bukan sebab utama mengapa dia mencuba nasib di sini.

"Di sana untuk melihat sebuah filem itu box office agak susah berbanding di sini, jadi saya simpulkan penonton di Malaysia berbeza dari di sana.

"Bagaimanapun saya tidak berada di sini kerana kecewa dengan dunia perfileman di sana, ia lebih kepada mencuba," katanya.

Bakal memulakan penggambaran filem terbitan serta arahannya sendiri pada hujung tahun ini, menurut Luna kehadirannya di Malaysia juga bagi mencari pelakon di negara ini yang akan turut sama berada di dalam filemnya itu nanti.

"Sebuah filem romantik komedi, tetapi saya belum pasti tajuknya. Saya akan bertindak sebagai penerbit dan pengarah, sama ada saya akan turut berlakon itu belum pasti. Tapi memenatkan jika saya berlakon juga.

"Memandangkan saya sudah mempunyai pengurus di sini urusan mencari seorang pelakon Malaysia akan lebih mudah untuk filem saya nanti, siapa dia belum pasti cumanya saya mahu seorang pelakon wanita," katanya.

Lawak Ke Der 3 tampil wajah baru

Posted: 08 Sep 2013 11:23 PM PDT

Hans Isaac bersama Ketua Pengarah Istana Budaya, Datuk Mohamed Juhari Shaarani (tiga dari kanan) dan barisan pelawak yang terlibat dengan Lawak Ke Der 3.

Program lawak popular yang dipentaskan di Istana Budaya, Lawak Ke Der bakal kembali menggegarkan panggung berprestij negara itu untuk musim ketiga bermula pada 3 hingga 6 Oktober depan.

Dalam usaha untuk menyuntik kelainan serta memberikan idea dan pengisian baru, pihak penerbit bertindak menggunakan kombinasi muka lama dan baru untuk enam pementasan yang akan berlangsung dalam tempoh ditetapkan.

Penerbit dan pengarah pementasan, Hans Isaac berkata, untuk musim terbaru program jenaka ini, dia mahu memastikan penonton yang hadir terhibur dengan jenaka-jenaka baharu dan bukannya jenaka yang digunakan berulang kali.

"Disebabkan itu, saya memilih untuk menggabungkan wajah lama dan wajah baru bagi memberikan kesegaran pengisian jenaka untuk penonton yang bakal hadir nanti.

"Pastinya individu yang pernah terlibat sebelum ini akan hadir kembali memeriahkan pentas Lawak Ke Der tetapi demi untuk membawa konsep baharu, tidak salah rasanya kita menukar pelawak.

"Selain itu, pertukaran ini turut memberi ruang dan peluang kepada individu-individu lain untuk mengetengahkan bakat komedi yang dimiliki mereka," katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di Istana Budaya, baru-baru ini.

Program Lawak Ke Der 3 bakal menyaksikan pelawak Harith Iskander dan Nabil Ahmad dikekalkan selain menampilkan muka baharu di pentas program tersebut iaitu kumpulan Jambu dan juga Douglas Lim.

Tambah Hans dia bersetuju untuk meneruskan program yang sudah berlangsung buat dua musim ini kerana melihat kepada sambutan baik yang diberikan masyarakat kepada penganjuran musim terdahulu.

"Perkara yang baik tidak salah untuk diulangi, lagipun saya berpuas hati apabila dapat melakukan suatu kerja yang banyak membawa kegembiraan kepada masyarakat dan Lawak Ke Der 3 ini adalah salah satu daripadanya.

"Seperti semua sudah maklum saya sudah menarik diri daripada mahu terlibat dengan penerbitan filem Melayu tempatan, jadi fokus saya kini lebih banyak untuk pementasan teater," katanya yang juga sedang giat merancang untuk sebuah lagi projek teater berhubung legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mohd. Mokhtar Dahari.

Sebanyak enam pementasan akan dijalankan dan harga tiket untuk menyaksikannya adalah di antara RM43 hingga RM193 dan tiket boleh didapati dengan melayari laman web www.ticket2u.biz atau hadir terus ke kaunter Istana Budaya.

Berpegang pada janji

Umum sudah tahu tindakan Hans yang meluahkan kekecewaannya dengan industri perfileman tempatan apabila filem Lemak Kampung Santan arah dan lakonnya itu gagal mendapat sambutan seperti dijangka setelah tempoh tayangannya dipendekkan.

Tetapi bagaimana pula dengan rancangan Lawak Ke Der 3 kerana musim kedua dahulu program ini berjaya dibawa masuk ke pawagam dan mendapat sambutan tidak kurang hebatnya.

Jelas Hans, dia akan berpegang kepada kata-katanya beberapa minggu lalu iaitu dia tidak akan melaburkan wangnya sendiri untuk memasuki pasaran di pawagam kerana tidak berpuas hati dengan sistem yang diamalkan oleh industri.

"Saya tidak mahu komen lagi berhubung perkara itu. Tetapi saya akan mengotakan kata-kata saya bahawa selagi industri dan sistem yang digunakan tidak berubah, saya tidak akan melaburkan wang dalam pembikinan sesebuah filem.

"Begitu juga dengan Lawak Ke Der 3 kerana saya telah menjual hak tayangannya kepada pihak ketiga. Apa yang mahu mereka lakukan dengannya nanti terpulang kepada mereka," katanya.

Namun begitu menurut Hans, dia tidak menolak untuk mengarah atau membintangi mana-mana filem yang dirasakan sesuai selagi tidak memerlukannya mengeluarkan wang ringgit sendiri.

"Saya masih kekal sebagai pelakon dan pengarah, cuma sudah serik untuk menanggung kerugian. Untung besar atau kecil bukan keutamaan buat saya tetapi apa yang penting adalah pulangan yang berbaloi," jelasnya yang juga tidak menolak untuk menghasilkan filem untuk pasaran bukan Melayu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Penduduk mahu isu ditangani

Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT

Oleh AZIAN AZIZ
kota@utusangroup.com.my

Sebahagian penduduk sekitar Jalan Teratai, Meru mengangkat sepanduk bagi membantah kebanjiran warga asing di kawasan perumahan mereka di Klang, Selangor, semalam.

KLANG 8 Sept. - Kira-kira 100 penduduk perumahan sekitar Jalan Teratai, Meru di sini hari ini berkumpul bagi meraih perhatian pihak berkuasa dan pemimpin agar membantu menyelesaikan masalah kebanjiran warga asing di kawasan perumahan mereka.

Selain penduduk sekitar Taman Daya Maju, turut serta penduduk Taman Sri Meru dan Taman Daya Meru.

Penduduk mendakwa kebanjiran warga asing disitu benar-benar membimbangkan kehidupan harian mereka terutama dari segi keselamatan dan kebersihan.

Lebih teruk, pekerja asing ini didakwa bebas membuka gerai haram seperti kedai runcit, salon, kedai makan serta menjual minuman keras di sepanjang Jalan Teratai.

Seorang penduduk, K. Mahaeswaran, 44, masalah kebanjiran pekerja asing terutama dari Nepal, Vietnam, Myanmar, Bangladesh dan India di kawasan perumahan mereka bukan perkara baharu dan bilangannya semakin bertambah setiap tahun.

Dia yang menetap hampir 15 tahun di kawasan perumahan di situ berkata, kesemua warga asing itu merupakan pekerja kilang berhampiran yang menyewa di situ.

"Masalah timbul apabila mereka dibenarkan tinggal beramai-ramai sehingga 40 orang dalam sebuah rumah.

"Bukan sahaja soal keselamatan yang kami bimbangkan, tetapi juga kebersihan apabila mereka membuang sampah sarap sesuka hati di kawasan perumahan di sini,"katanya ketika ditemui menyertai perhimpunan aman bagimembantah kehadiran warga asing di kawasan perumahan mereka di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, Shahrin Ahmad Dolbar, 38, pula berkata, dia dan penduduk tempatan lain seolah-olah hilang 'privasi' apabila kawasan perumahan mereka dipenuhi warga asing.

"Apa yang ditegur mereka buat tidak faham.

" Lebih mengecewakan tindakan pilih kasih pihak berkuasa tempatan yang merobohkan gerai peniaga tempatan di tepi Jalan Teratai baru-baru ini, sebaliknya gerai warga asing tidak diusik,"katanya.

Turut meluahkan perasaan sama, Roslin Kambali, 48,.

Dakwanya, kawasan perumahan sepanjang Jalan Teratai di situ seolah-olah menjadi 'taman antarabangsa'.

Ini kerana ada antara rumah yang disewa mereka telah diubah suai menjadi kedai menjual pelbagai jenis barangan.

"Cara hidup mereka yang pengotor dan suka membuang sampah merata-rata termasuk di dalam longkang juga menyebabkan kawasan sekitar Jalan Teratai sering dilanda banjir kilat.

"Kami mahu pihak berkuasa tempatan dan pemimpin tempatan segera mengambil tindakan proaktif untuk menangani permasalahan ini," ujarnya.

Kerajaan negeri didesak selesai isu kebersihan

Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT

Noh Omar (kiri) melihat taburan sampah sarap yang dibuang oleh pekerja warga asing ketika mengadakan sesi lawatan di sekitar Jalan Teratai, Meru, Klang, Selangor, semalam.

KLANG 8 Sept. - Kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Klang (MPK) didesak segera menyelesaikan masalah kebersihan dan keselamatan penduduk di sekitar Jalan Teratai, Meru di sini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, sebagai negeri yang mencanangkan kebajikan rakyat, masalah yang berpunca daripada kebanjiran warga asing itu perlu diatasi segera.

"Saya telah meninjau sendiri sekitar Jalan Teratai hari ini dan memang banyak sampah dan berbau. Bagaimana penduduk di sini hendak hidup sihat jika persekitaran tidak bersih.

"Saya harap pihak berkuasa tempatan akan mengambil tindakan segera terhadap masalah ini dan jangan hanya pandai menaikkan cukai pintu sahaja tetapi perkhidmatan yang diberikan tidak setimpal," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke kawasan perumahan di sekitar Jalan Teratai dan mendengar keluhan penduduk di sini hari ini.

Noh yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS) turut mengumumkan bantuan RM20,000 kepada persatuan penduduk di Jalan Teratai.

Menurutnya, bantuan tersebut akan disalurkan selewat-lewatnya minggu ini bagi membolehkan gotong royong diadakan sementara menunggu tindakan lanjut daripada pihak MPK.

Tambah Noh, pihaknya juga akan menulis surat kepada Jabatan Sumber Manusia agar dapat melakukan siasatan terhadap dakwaan penduduk mengenai rumah teres yang dijadikan asrama dan dihuni sehingga 40 orang pekerja warga asing.

"Saya juga akan meminta bantuan dan menyarankan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar turut melakukan pemeriksaan dalam asrama pekerja warga asing dan bukannya di tepi jalan sahaja.

"Ini kerana saya mendapat aduan yang pihak berkuasa tempatan tidak dibenarkan masuk ke asrama pekerja untuk membuat pemeriksaan," katanya lagi.

Dalam pada itu, Noh turut menegur sikap MPK yang dilihat seperti 'pilih bulu' apabila hanya merobohkan gerai haram yang diusahakan peniaga tempatan tetapi tidak menyentuh gerai haram peniaga warga asing.

"Jika nak roboh, roboh dua-dua. Jangan pilih kasih hingga peniaga tempatan ini rasa mereka dianaktirikan dan menumpang di negeri sendiri sementara orang luar boleh buat sesuka hati," tambahnya.

Kerjasama penduduk dan pemaju mudahkan pembangunan - Raja Nong Chik

Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (kiri) menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak dalam Majlis Mesra Aidilfitri Penduduk Flat empat tingkat Kampung Kerinchi, Lembah Pantai, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Sikap terbuka dan kerjasama antara penduduk dan pemaju amat penting bagi membolehkan kerajaan melaksanakan pelbagai program pembangunan demi kesejahteraan rakyat.

Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, sikap sedemikian perlu kerana ia merupakan satu kekuatan dan benteng yang sukar ditembusi oleh mana-mana pihak.

Menurutnya, nilai berkenaan juga mampu menjadi platform kepada kerajaan merealisasikan pembangunan bagi manfaat bersama.

"Contohnya projek pembangunan semula Flat empat tingkat Kampung Kerinchi.

"Walaupun pada peringkat awal terdapat sedikit masalah dari segi hak milik dan proses pertukaran nama dalam kalangan pemilik sedia ada, kerjasama serta kesefahaman yang wujud antara kedua-dua pihak (penduduk dan pemaju) membolehkan pembangunan semula tapak flat berkenaan dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam Majlis Mesra Aidilfitri Penduduk Flat empat tingkat Kampung Kerinci, di Lembah Pantai, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Suez Domain Sdn. Bhd., Datuk Yasran Hussain dan Abdul Hadi Ahmad.

Dalam perkembangan lain, Raja Nong Chik menyambut baik pencalonannya untuk mempertahankan jawatan dalam Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti Oktober ini.

Katanya, keputusan yang dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor itu amat dihargai.

"UMNO perlu merapatkan barisan dan memberi tumpuan kepada pilihan raya akan datang biarpun tempohnya masih lama.

"Kerjasama parti komponen lain juga perlu khususnya untuk penambahan undi kerana kawasan-kawasan di Wilayah Persekutuan terdapat banyak pembangunan dan pengundi juga bertambah," tambahnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


50 penghuni hilang tempat tinggal

Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadam api dari bahagian atap dalam kebakaran membabitkan sembilan rumah teres dua tingkat di Lorong Serkam 1, Jalan Hassan, Muar, kelmarin.

MUAR 8 Sept. - Kira-kira 50 penduduk hilang tempat tinggal apabila sembilan rumah teres dua tingkat musnah dalam kebakaran di Lorong Serkam 1, Jalan Hassan di sini semalam.

Kebakaran itu berlaku kira-kira pukul 1.50 petang ketika kebanyakan penghuni rumah berkenaan keluar bekerja dan yang tinggal kebanyakannya adalah warga emas.

Bagaimanapun mereka yang tinggal sempat menyelamatkan diri termasuk beberapa barangan perkakas rumah sempat diselamatkan dalam kebakaran dikatakan berpunca dari sebuah rumah di bahagian tengah.

Pegawai Operasi Kanan 2, Balai Bomba dan Penyelamat daerah, Ismail Mahmod berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 2.16 petang dan tiba lima minit kemudian dengan 18 anggota dan tiga buah jentera.

"Api dapat dikawal kira-kira pukul 2.40 petang dan dipadam sepenuhnya pukul 4 petang. Kami mengalami sedikit kesukaran memadam api kerana tekanan air rendah walaupun mempunyai tiga pili bomba di kawasan berdekatan.

"Api cepat merebak kerana rumah-rumah terlibat kebanyakan bahagian atasnya papan dan barangan kitar semula dalam rumah seperti surat khabar lama dan rak kayu mempercepatkan lagi api merebak," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, keadaan diburukkan lagi dengan keadaan angin yang bertiup kencang semasa kejadian dan setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan.

Sementara itu, mangsa, Tan Mui Kiaw, 61, yang menghuni rumah di bahagian tengah berkata, dia sempat melarikan diri apabila terlihat api marak dan mendengar bunyi letupan.

"Saya tidak sempat menyelamatkan apa-apa termasuk dokumen penting, anak perempuan juga tidak dapat berbuat apa-apa apabila sampai ke rumah kerana keadaan api sudah membakar hampir keseluruhan rumah kami," katanya.

Seorang pekerja kedai peralatan kereta di sebelah deretan rumah terbakar itu, Goh Chia Yuen, 21, berkata, dia terdengar bunyi kuat seakan mercun dan tergamam apabila melihat bahagian rumah di salah sebuah rumah tersebut terbakar.

"Saya dan penduduk termasuk orang yang lalu lalang cuba memadam api dengan alat pemadam api dan sumber air yang ada tetapi tidak berjaya kerana api menjulang dengan cepat sehingga membuatkan kami tidak dapat menghampiri kawasan kebakaran," katanya.

Melayu, bumiputera digesa aktif dalam perniagaan

Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT

JOHOR BAHRU 8 Sept. - Orang Melayu dan bumiputera di negeri ini digesa melibatkan diri secara aktif dalam bidang perniagaan dan keusahawanan supaya dapat bersama-sama menikmati pembangunan ekonomi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri sentiasa mengambil pendekatan dengan memberi penekanan pada aspek pengagihan dan penyertaan kaum Melayu dan bumiputera bersama-sama kaum lain.

"Misalnya seperti di Iskandar Malaysia dan Pengerang dengan pembangunan sektor minyak dan gas, kita sudah sediakan rancangan untuk membangunkan peniaga tempatan, begitu juga dengan agensi kerajaan negeri yang membantu memupuk kesedaran menyertai perniagaan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pandan Uptown dan Majlis Sambutan Aidilfitri 2013 anjuran Persatuan Penjaja, Peniaga dan Pengusaha Industri Kecil Melayu Johor Bahru (PPPPIKMJB) di Pandan Uptown, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir ialah Datuk Bandar Johor Bahru, Ismail Karim; Pengerusi JCorp, Datuk Kamaruzzaman Abu Kassim; Naib Pengerusi Eksekutif KPRJ, Datuk Md. Othman Yusof; Penaung Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung), Daeng Abdul Malek Daeng Abdul Rahman; Penasihat Gabung, Datuk Nooh Gadut dan Yang Dipertua PPPPIKMJB, Abdullah Md. Yusof.

Menteri Besar turut menasihatkan golongan usahawan supaya bekerja keras dan memberi tumpuan supaya perniagaan mereka mencapai kejayaan dan mempunyai daya tahan serta daya saing.

"Setiap peluang mesti kita sendiri yang menjaya dan melaksanakannya.

"Saya nasihatkan kepada peniaga yang mendapat tapak dan lesen agar mengelolakan sendiri perniagaan supaya ilmu dan pengalaman berniaga menjadi asas dalam usaha memantapkan dan membesarkan operasi perniagaan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


KTPC terus berkembang maju

Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT

Oleh MOHD. FIRDAUS ISMAIL
utusanpenang@utusan.com.my

Mukhriz Tun Mahathir berbangga dengan kecekalan Naimah Abdul Rashid terpaksa bertongkat untuk naik ke pentas utama bagi menerima Diploma Akuantansi (Perdagangan) di majlis Konvokesyen Ke- 13 Politeknik Seberang Perai di Seberang Perai, Pulau Pinang, kelmarin. - utusan/Ismail Kamadin.

BUKIT MERTAJAM 8 Sept. - Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd. (KTPC), terus menerima suntikan pelaburan yang besar mencecah RM10 bilion berdasarkan persetujuan beberapa syarikat dari luar negara yang mahu melabur di kawasan itu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, beberapa syarikat dari luar negara telah bersetuju untuk membeli tanah-tanah di situ seluas lebih 400 hektar bagi membina kilang masing-masing.

Perkembangan ini merupakan sesuatu yang positif kerana KTPC berterusan menarik minat pelabur dalam bidang teknologi tinggi seperti tenaga solar dan elektrik. Ini sekali gus melonjak imejnya sebagai kawasan pelaburan teknologi tinggi terbaik di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyaksikan upacara menandatangani surat hasrat antara Politeknik Seberang Perai (PSP) dengan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd .(KTPC), dan Tes Consultancy Sdn. Bhd., di sini semalam.

Terdahulu, Mukhriz turut menyempurnakan majlis konvokesyen ke-13 PSP yang menyaksikan seramai 1,481 orang graduan menerima diploma manakala lima lagi menerima sijil masing-masing.

Mengulas lanjut, Mukhriz berkata, ketika ini kerajaan negeri sedang merangka satu makmal transformasi bagi menarik lebih banyak pelaburan dalam negeri (FDI) yang akan melonjakkan lagi pertumbuhan ekonomi Kedah dan satu pengumuman penting mengenai makmal itu akan dibuat dalam masa terdekat.

Mengulas mengenai bidang pelaburan utama di KTPC, Mukhriz berkata, kawasan itu masih memfokuskan bidang-bidang teknologi tinggi seperti semi konduktor, tenaga boleh diperbaharui dan industri peranti farmaseutikal dan perubatan.

Sementara itu, Naib Presiden Bahagian Pembangunan Industri dan Penyelidikan KTPC, Annuar Mohd. Saffar berkata, pelabur dari Jepun, Amerika Syarikat dan Jerman terus menunjukkan minat menjadikan Kulim sebagai lokasi pelaburan mereka.

Dijangkakan lebih 9,000 peluang pekerjaan baharu akan turut ditawarkan. Ketika ini sudah lebih 80 syarikat berada di situ dengan nilai pelaburan mencecah RM30 bilion," katanya.

Koperasi Tunas Muda perlu beri penjelasan

Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT

PULAU PINANG 8 Sept. - Lembaga Pengarah Koperasi Tunas Muda Sungai Ara Bhd. (Tunas Muda), diminta memperjelaskan mengenai semua projek pembangunan yang dijalankan di atas tanah milik koperasi berkenaan termasuk mendedahkan tender-tender projek yang dibuka.

Ketua UMNO Bahagian Bayan Baru, Datuk Abdul Rahim Saibu berkata, perkara itu penting bagi memastikan ketelusan dalam setiap pemberian projek koperasi.

Malah, katanya, penjelasan itu juga perlu bagi memastikan tanah milik koperasi yang diberikan kerajaan tidak disalah guna dalam menjamin survival orang Melayu di negeri ini pada masa hadapan.

Apa yang kita lihat setakat ini hampir kesemua tanah milik koperasi telah dibangunkan dengan projek perumahan mewah dan ini akan memberi kesan kepada masa depan orang Melayu khususnya ahli-ahli koperasi sendiri.

Kita juga dapati tiada ketelusan dalam pemberian tender projek memandangkan pembukaan tender seperti tidak dilakukan dan projek di bawah koperasi seolah-olah dimonopoli pemaju tertentu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri UMNO Bahagian Bayan Baru di sini malam tadi.

Rahim berkata, penubuhan koperasi berkenaan dan pemberian tanah kepada Tunas Muda adalah sebagai deposit untuk orang Melayu di negeri ini.

Kalau semua tanah koperasi habis digadai dan dibangunkan apa lagi yang akan tinggal untuk orang Melayu nanti.

Sudah 30 tahun tanah ini dijaga dengan baik oleh koperasi, tetapi mengapa dalam masa lima tahun kebelakangan ini hampir kesemua tanah berkenaan dibangunkan," katanya.

Selain itu, tegas beliau, koperasi juga perlu memperjelaskan mengenai penjualan tanah tapak masjid di Kampung Perlis di sini yang merupakan sebahagian daripada tanah milik koperasi.

Kita mahu tahu mengapa tanah tapak masjid juga dijual memandangkan perkara itu tidak sepatutnya berlaku," tegasnya.

40 bekas pekerja tuntut pampasan

Posted: 08 Sep 2013 12:00 PM PDT

NIBONG TEBAL 8 Sept. - Seramai 40 pekerja sebuah syarikat pembersihan taman di sini meminta syarikat terbabit membayar pampasan kerana mereka diberhentikan tidak mengikut peraturan.

Mereka mendakwa, syarikat itu tidak memberikan notis dua bulan sebelum pekerja diberhentikan kerja pada 31 Ogos lalu.

Kebanyakan pekerja terbabit bekerja di antara lima tahun hingga 20 tahun dengan syarikat terbabit.

Seorang pekerja T. Ramasamy, 70, berkata, mereka hanya menerima notis pemberhentian kerja daripada syarikat terbabit baru-baru ini.

"Syarikat juga tidak memberikan pampasan kepada pekerja yang diberhentikan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau yang sudah 10 tahun bekerja dengan syarikat terbabit kesal kerana syarikat tidak membayar pampasan yang sepatutnya diterima apabila pekerja diberhentikan.

Sementara itu, Timbalan Persatuan Veteran India Angkatan Tentera Malaysia (ATM) R. Kalidas, 55, berkata, pekerja terbabit diberhentikan kerja setelah Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mengambil alih kerja kontrak daripada syarikat terbabit.

Katanya, tindakan yang dibuat oleh syarikat itu jelas tidak mematuhi undang-undang buruh iaitu memberikan notis dua bulan kepada pekerja.

Sehubungan itu, katanya, masalah pekerja terbabit akan dirujuk kepada MPSP bagi membolehkan wang pembayaran kepada syarikat itu ditangguhkan sehingga masalah pekerja diselesaikan.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved