Isnin, 4 November 2013

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Mata pelajaran al-Quran di sekolah menengah, IPT

Posted: 04 Nov 2013 10:40 AM PST

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kementerian Pendidikan dicadang memperkenalkan mata pelajaran al-Quran kepada pelajar Islam di peringkat sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) bagi melahirkan golongan celik al-Quran.

Menurut Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Abdul Rauf Hassan, pelaksanaan program Jawi, Quran dan Fardu Ain (JQaf) di semua sekolah rendah kepada murid beragama Islam perlu diperluaskan ke peringkat menengah dan IPT.

"Kebanyakan pelajar sekolah rendah boleh membaca al-Quran tetapi apabila beralih ke peringkat menengah dan IPT, mereka lupa cara membaca al-Quran dengan hukum tajwid yang tepat," katanya.

Beliau mengulas tentang masalah buta huruf al-Quran di negara ini yang membimbangkan kerana masih ramai umat Islam lemah dari segi bacaan tajwid yang betul.

Perkara itu didedahkan Pengarah Pusat Penyelidikan Al-Quran Universiti Malaya (UM), Prof. Datuk Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff dalam Seminar Memperkasakan Pengajian Ilmu Al-Quran di Akademi Pengajian Islam UM semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Rauf berkata, pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu mengambil langkah mewujudkan modul pembelajaran al-Quran yang mudah, cepat dan konsisten sebagai bahan pembelajaran.

"Kegagalan umat Islam di sini untuk menguasai tajwid dan sebutan huruf al-Quran yang betul kerana kebanyakannya menyebut huruf al-Quran dengan sebutan Melayu.

"Sebab itu, selain sekolah dan IPT, kita mesti menggalakkan setiap masjid mengadakan kursus belajar al-Quran dengan menggunakan satu modul atau silibus pengajaran yang betul dan sistematik," ujarnya.

Sementara itu, Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Sheikh Ismail Muhammad berkata, masalah buta huruf al-Quran boleh diatasi jika umat Islam menjadikan al-Quran sebagai penawar kepada penyakit hati.

"Usaha melahirkan golongan yang celik al-Quran penting kerana jika tidak ada usaha ke arah itu, jiwa umat Islam terutamanya golongan remaja kini akan menjadi kosong dan mudah terpengaruh kepada kemungkaran.

"Orang Islam perlu sedar bahawa al-Quran adalah petunjuk kepada orang mukmin dan Allah telah berfirman bahawa ubatilah hati kamu dengan dua benda iaitu al-Quran dan madu," katanya.

Menurutnya, masalah lemah bacaan tajwid bukan sahaja berlaku kepada kanak-kanak, malah remaja dan golongan dewasa.

"Penumpuan kepada pengajian al-Quran kini semakin kurang dan ada sesetengahnya boleh membaca al-Quran ketika kecil tetapi amalan itu tidak terus dihidupkan, akhirnya lupa untuk membacanya apabila meningkat dewasa," ujarnya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Pulang dengan kebanggaan

Posted: 04 Nov 2013 10:40 AM PST

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my

Pemain-pemain Pahang meraikan kejuaraan menjulang Piala Malaysia bersama penyokong setia mereka sebaik saja tiba di Stadium Darul Makmur, Kuantan semalam. Skuad Tok Gajah menamatkan penantian 21 tahun selepas menumpaskan Kelantan 1-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, kelmarin.

KUANTAN - Ribuan penyokong yang datang dari seluruh pelosok negeri sanggup menunggu lebih dua jam untuk menyambut kepulangan wira-wira Tok Gajah yang membawa pulang Piala Malaysia ke Pahang selepas 21 tahun, semalam.

Walaupun tanpa sambutan rasmi, kepulangan pemain yang menaiki bas dinantikan lebih 1,000 peminat yang berkumpul di Stadium Darul Makmur, Kuantan sejak pukul 5 petang lagi.

Mereka langsung tidak berganjak biarpun pengumuman dibuat bahawa sambutan rasmi ketibaan pemain dan Piala Malaysia dibatalkan, malah bas yang membawa pasukan hanya tiba pada jam 7.30 malam.

Kelihatan 50 buah motosikal berkuasa tinggi dan 30 buah kereta turut mengiringi ketibaan pemain yang bertolak dari ibu negara pada pukul 2.30 petang.

Penyerang Tok Gajah, Mohd. Fauzi Rozlan mengakui teruja dengan sambutan peminat.

"Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh peminat Pahang yang sentiasa memberi sokongan padu sehingga Piala Malaysia berjaya menjadi milik Tok Gajah.

"Syukur Alhamdulilah, Pahang berjaya menjuarai Piala Malaysia dan mengulangi sejarah 1992," katanya.

Bagi peminat setia Tok Gajah, Zulkarnain Osman, 31, dari Felda New Zealand, Maran, dia sanggup datang berkonvoi bersama ahli keluarga semata-mata mahu menyambut kepulangan Piala Malaysia.

"Saya sangat berbangga dengan kemenangan ini dan teruja untuk bersama rakyat Pahang menyambut ketibaan piala yang menjadi idaman," katanya.

Rozita Abdullah, 40, dari Tanah Putih Baru, Kuantan tidak berganjak dari pekarangan stadium walaupun dimaklumkan sambutan rasmi ketibaan pasukan dibatalkan.

"Saya yakin mereka tetap akan datang. Akhirnya selepas beberapa jam menanti, Pahang muncul tanpa menghampakan peminat," ujarnya.

Sementara itu, Azrul Affandi Abdul Rahman, 20, dari Sungai Isap, Kuantan berharap kejayaan ini menjadi pemangkin buat Pahang terus menjadi pasukan digeruni.

"Ayuh Tok Gajah! Saya harap Pahang akan lebih matang dan memantapkan corak permainan pada masa akan datang demi mengekalkan kejuaraan," ujarnya.

Terdahulu, pemain Pahang turut menerima sambutan hangat ketika mereka berhenti rehat di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Termerloh.

Walaupun hanya singgah kira-kira 20 minit, namun keterujaan peminat cukup tinggi dengan ramai yang tidak melepaskan peluang bersalaman dan bergambar dengan pemain Pahang.

Antara menjadi tumpuan, penjaring gol tunggal, Matias Conti dan penjaga gol Khairul Azhan Mohd. Khalid.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Mohd. Johari Hussain berkata, kerajaan negeri akan mengadakan majlis khas bagi meraikan para pemain pada 8 November ini di Stadium Darul Makmur.

'Perpisahan yang mengecewakan'

Posted: 04 Nov 2013 10:40 AM PST

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my

Norfarhan Muhammad tidak mampu menyembunyikan kekecewaan selepas Kelantan tewas kepada Pahang, kelmarin.

KOTA BHARU - Pada ketika final Piala Malaysia 2013 menjadi perlawanan terakhir buat beberapa tonggak utama Kelantan yang bakal berhijrah musim depan, ia umpama perpisahan yang cukup mengecewakan selepas gagal mempertahankan kejuaraan.

Biarpun Kelantan sudah menggondol pelbagai kejuaraan dalam tempoh lima tahun terakhir, termasuk muncul juara treble musim lalu dan juara Piala FA tahun ini, namun kekalahan 1-0 kepada Pahang kelmarin kenyataan yang amat pedih untuk diterima The Red Warriors.

Pemain sayap Kelantan, Mohd. Norfarhan Muhammad mengakui, dia cukup terkilan gagal membantu pasukannya mempertahankan kejuaraan.

Norfarhan, yang dikaitkan dengan penghijrahan ke Johor Darul Takzim (Johor DT) bagaimanapun menegaskan, dia dan rakan-rakan telah bermati-matian sepanjang perlawanan.

"Kekecewaan gagal mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia memang amat dirasai, namun apakan daya nasib tidak menyebelahi Kelantan walaupun memiliki beberapa peluang terhidang.

"Saya ingin merakamkan ucapan terim kasih kepada peminat yang tidak putus-putus memberi sokongan padu kepada Red Warriors setiap kali kami beraksi termasuklah pada perlawanan malam tadi (kelmarin)," katanya ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LSTIP), Pengkalan Chepa dekat sini semalam.

Mengulas mengenai masa depannya bersama Red Warriors musim hadapan, pemain yang terkenal dengan gelaran Ben 10 itu mengakui, belum membuat keputusan sama ada mahu kekal bersama Kelantan atau atau sebaliknya, tahun depan.

Katanya, ketika ini dia hanya mahu berehat seketika dan keputusan hanya akan dibuat dalam tempoh antara seminggu hingga dua minggu lagi.

"Saya belum buat keputusan...pagi tadi saya sudah berjumpa dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa. Lagipun kontrak saya bersama Kelantan akan tamat hujung bulan ini," ujarnya.

Selain Norfarhan, beberapa nama besar dalam pasukan Kelantan turut dikaitkan bakal berhijrah ke pasukan Johor DT.

Mereka yang disebut-sebut adalah tonggak pertahanan, Mohd. Daudsu Jamaluddin, Azizi Mat Rose, S. Subramaniam dan Mohd. Shakir Shaari.

Azizi ketika ditemui turut mengakui, belum membuat keputusan mengenai masa depannya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Sindiket palsukan pas lawatan ditumpas, 44 warga India ditahan

Posted: 04 Nov 2013 08:46 PM PST

JOHOR BAHRU 5 Nov. - Jabatan Imigresen negeri ini berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan pas lawatan kerja sementara membabitkan warga India hasil serbuan di sebuah premis dua tingkat di Taman Sri Putri, Skudai di sini awal pagi ini.

Dalam serbuan pukul 4 pagi yang disertai 20 anggota itu, 44 lelaki warga India termasuk seorang dipercayai dalang sindiket berkenaan berjaya ditahan.

Siasatan awal mendapati, suspek memasuki negara ini menggunakan pas lawatan sosial sebelum dihantar kepada pihak yang mahu mengambil mereka sebagai pekerja selepas pas lawatan kerja sementara palsu diperoleh. - UTUSAN ONLINE

5 warga Myanmar diculik rakan senegara berjaya diselamat

Posted: 04 Nov 2013 08:12 PM PST

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR 5 Nov. - Lima warga Mynamar berjaya diselamatkan sekumpulan anggota polis selepas diculik rakan senegara mereka di sebuah kondominium eksklusif di Bukit Tinggi dekat Gombak malam tadi.

Lima warga Mynamar dari etnik Rohingya itu diselamatkan sekitar pukul 11 malam tadi selepas mendapat laporan daripada abang kepada salah seorang mangsa yang diculik di Melaka.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, bertindak atas laporan itu, polis kemudian menyerbu sebuah kondominium di Bukit Tinggi dan menemui lima mangsa yang diikat dengan rantai besi.

"Mangsa diculik dari seluruh negeri dan dibawa ke kondominium ini sebelum keluarga mereka diperas ugut.

"Mereka juga dilayan seperti haiwan dan diberi makan sehari sahaja malah turut dipukul," katanya. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Boko Haram serang kampung 27 penduduk maut

Posted: 04 Nov 2013 11:35 AM PST

MAIDUGURI 5 Nov. - Berpuluh-puluh militan bersenjata Boko Haram yang menunggang motosikal dam menaiki trak pikap menyerang sebuah bandar di timur laut Nigeria, membunuh sebanyak 27 orang dan membakar kira-kira 300 buah rumah.

``Kira-kira 70 penunggang motosikal dan 15 lagi menaiki trak pikap menyerang sebuah kampung Khamis lalu.

``Mereka menembak mati seramai 27 penduduk dan mencederakan 12 yang lain .... Kira-kira 300 buah rumah turut dibakar, kata pegawai kerajaan di Bama, Baba Shehu, semalam. - AFP

Pengintipan: Indonesia kerjasama bentuk resolusi PBB

Posted: 04 Nov 2013 11:35 AM PST

JAKARTA 5 Nov. - Indonesia akan bekerjasama dengan Jerman dan Brazil bagi mendesak satu resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap operasi pengawasan antarabangsa yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (AS).

Menteri Luarnya, Marty Natalegawa selepas melawat ketua polisi luar Kesatuan Eropah, Catherine Ashton berkata, Indonesia juga akan menaja secara bersama resolusi pada Perhimpunan Agung PBB yang akan datang.

Katanya, Indonesia setakat ini telah mendapat `maklum balas umum daripada AS dan Australia berhubung laporan itu namun ketiadaan jaminan aktiviti tersebut tidak berlaku membuatkan negara ini menganggap aktiviti pengintipan adalah berlaku. - DPA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Perkhemahan tingkat kreativiti

Posted: 04 Nov 2013 10:40 AM PST

Oleh M. RIZAL NOR
utusanktn@gmail.com

Aktiviti tali aras rendah agak mencabar peserta Perkhemahan Pendidikan Luar Daerah Jerantut di Kampung Gintong, Jerantut, Pahang, baru-baru ini.

JERANTUT 4 Nov. - Pendidikan luar merupakan satu elemen penting yang menyokong perkembangan minda seseorang pelajar sama ada di peringkat sekolah rendah mahu pun menengah.

Tanggapan segelintir masyarakat aktiviti kokurikulum akan mengganggu prestasi pembelajaran pelajar adalah tidak benar kerana penglibatan mereka dalam aktiviti luar bilik darjah turut diambil kira untuk melanjutkan pelajaran.

Sehubungan itu, satu Perkhemahan Pendidikan Luar Peringkat Daerah ini diadakan di Pusat Kokurikulum Pedah (PKP) dan Kampung Gintong, di sini baru-baru ini.

Perkhemahan selama empat hari itu disertai oleh 120 pelajar sekolah menengah di daerah ini termasuk pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP).

Ketua Unit Pusat Kokurikulum Sultan Haji Ahmad Shah (PKSHAS), Jabatan Pendidikan Pahang, Muhamad Sapiee Meon berkata, program tersebut bertujuan membuka minda para pelajar mengenai dunia luar dan meningkatkan kreativiti mereka selain perkongsian idea dan kerjasama dalam kumpulan.

"Aktiviti luar bilik darjah sebenarnya sangat penting untuk mengelak tekanan emosi para pelajar yang telah memberikan banyak masa untuk belajar di dalam kelas.

"Para peserta sangat seronok kerana mereka dapat melakukan pelbagai aktiviti secara berkumpulan malah ada sesetengah aktiviti yang mereka tidak pernah buat sebelum ini," katanya dalam majlis penutup perkhemahan berkenaan di Kampung Gintong, di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), Jamalruddin Samsudin; Penyelia Kokurikulum PPD, Sharim Mohd. Dahlan dan Ketua Jurulatih (PKP), Abdul Rahman Mohd. Isa.

Muhamad Sapiee berkata, aktiviti yang dijalankan adalah seperti kawad, pandu arah menggunakan kompas, memedap ikan di sawah, ikhtiar hidup, paintball, permainan tradisional dan tali aras rendah.

Menurutnya, aktiviti paintball paling mencabar kerana kebanyakan peserta belum pernah bermain sukan lasak itu.

"Sebelum ini peserta bermain paintball di atas padang namun kali ini ditukar ke kawasan hutan kecil di Kampung Gintong yang lebih mencabar berbanding di atas padang.

"Secara tidak langsung semua pelajar dapat merasai peperangan ala tentera dan kerjasama berpasukan amat penting untuk kejayaan pasukan masing-masing," ujarnya.

Menurutnya, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terutama jurulatih dari PKP, PKSHAS, penduduk kampung dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menjayakan perkhemahan tersebut.

"Program ini adalah aktiviti tahunan pusat kokurikulum dan kita akan membuat penambahbaikan dari semasa ke semasa mengikut kemampuan dan kesesuaian peserta," jelasnya.

Sementara itu, Abdul Rahman memberitahu, perkhemahan tersebut julung-julung kali melibatkan pelajar PPKIBP di daerah ini.

"Kita mahu murid PPKIBP turut merasai pengalaman pendidikan luar ini dan saya lihat mereka sangat seronok ketika melakukan aktiviti berkumpulan malah pergaulan dengan pelajar yang normal juga tidak ada masalah," kata beliau.

Perkhemahan beri impak positif

Posted: 04 Nov 2013 10:40 AM PST

walaupun permainan paintball baharu bagi pelajar tetapi mereka tetap bersemangat menggempur kubu lawan.

JERANTUT 4 Nov. - Perkhemahan Pendidikan Luar Peringkat Daerah Jerantut berjaya membuka minda dan memberi pengalaman baharu kepada pelajar.

Seorang peserta, Wan Muhammad Nurikmal Hakim Muhammad Nazrul Shah, 13, berkata, selain mendapat kenalan baharu, banyak perkara yang dipelajarinya dalam membentuk jati diri yang baik.

"Semangat kerja berpasukan dan keyakinan diri amat diperlukan untuk melakukan semua aktiviti sepanjang perkhemahan ini dan pelaksanaannya telah membuatkan kami berjaya mengharungi semua cabaran dengan baik," kata pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Sungai Retang itu.

Bagi pelajar SMK Lepar Utara, Nur Farida Hanim Hamdan, 14, perkhemahan tersebut bukan sahaja menyeronokkan malah banyak pengetahuan baharu yang diterapkan oleh jurulatih.

"Aktiviti ikhtiar hidup memberi peluang kepada kami merasai kesusahan ibu bapa yang bersusah payah menyediakan makanan kepada kami menggunakan dapur kayu pada suatu ketika dahulu.

"Kami dibekalkan kompas untuk mencari bahan-bahan masakan dan terpaksa menangkap ikan keli sebelum dimasak sendiri sebagai hidangan makan tengah hari dan ini amat menyukarkan," ujarnya.

Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran (PPKIBP), Hazrul Hamzah, 17, dari SMK Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah memberitahu, dia sangat seronok dapat bermain paintball dan menangkap ikan keli di sawah.

"Saya tidak pernah bermain paintball dan kali ini saya dapat bermain sepuas hati. Permainan paintball sangat mencabar berbanding sukan lain," jelasnya.

Sementara itu, pelajar SMK Jengka 24, Izetty Ayuni Jamaluddin, 14, menyifatkan perkhemahan tersebut banyak memberi manfaat dan kesan positif kepada peserta.

"Setiap peserta mempunyai peranan masing-masing dalam kumpulan mereka. Di sini kita dapat mengikiskan sikap pentingkan diri sendiri dan kami perlu bekerjasama sepenuhnya agar semua aktiviti berjalan lancar," katanya.

Latihan hadapi banjir dipertingkat

Posted: 04 Nov 2013 10:40 AM PST

Oleh SYAH HAIRIZAL KAMALUL ARIFIN
utusanpahang@utusan.com.my

Seorang mangsa warga emas yang cedera dipapah oleh dua anggota bomba setelah diselamatkan dari kawasan banjir dalam operasi latihan khas menjelang musim tengkujuh di Esplanade, Tanjung Api, Kuantan, Pahang, baru-baru ini.

KUANTAN 4 Nov. - Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri giat merangka persiapan menghadapi musim tengkujuh yang dijangka bulan depan dan Januari ini termasuk mengadakan latihan insentif melibatkan anggota dari seluruh negeri ini.

Terbaru, bertempat di Esplanade Tanjung Api, di sini kelmarin, sebanyak 100 anggota dari 21 buah balai di negeri ini menyertai latihan operasi menjelang musim tengkujuh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Datuk Abdul Wahab Mat Yassin berkata, latihan kali ketujuh itu juga bagi membuat persediaan dari sudut peralatan supaya segalanya dalam keadaan terbaik apabila musim banjir kelak.

"Latihan ini dapat menguji tahap kesiapsiagaan anggota dan juga bagi menguji peralatan kelengkapan dan jentera-jentera yang diguna pakai ketika menghadapi banjir.

"Latihan ini juga akan dibuat secara berkala dan akan menjelajah ke daerah lain seperti Temerloh, Pekan dan Bera.

"Selain itu, menjelang musim tengkujuh nanti, semua cuti anggota penyelamat akan dibekukan," katanya ketika ditemui pemberita selepas latihan itu di sini.

Menurut Abdul Wahab, dalam latihan kelmarin, pihaknya dapat menguji sistem komunikasi dan juga dapat mengenal pasti keperluan lojistik seperti bot dan lain-lain peralatan.

"Antara yang disiapkan pihak kami ialah kenderaan pacuan empat roda, van, lori tiga tan, bot dan juga jet ski. Bomba juga turut mempersiapkan operasi menyelamat melalui udara," jelasnya.

Tambah beliau, latihan bersama agensi lain akan turut diadakan seperti latihan bersama polis, tentera, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan beberapa lagi agensi yang berkaitan.

Selain itu, katanya, kekuatan anggota sebanyak 995 orang akan turut dibantu pasukan bomba sukarela seramai 1,700 orang dan latihan persiapan bersama ahli pasukan tersebut juga bakal dilakukan.

Dalam pada itu, Abdul Wahab turut mengingatkan penduduk di kawasan berpotensi banjir seperti Rompin, Pekan dan Kuantan bersiap sedia dengan memastikan dokumen-dokumen penting dan barangan berharga diletakkan di tempat yang selamat dan mudah dibawa.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Belajar al-Quran kaedah Al-Jabari

Posted: 04 Nov 2013 10:40 AM PST

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

Sebahagian orang orang ramai yang hadir pada Seminar Memperkasakan Pengajian Ilmu Al-Quran di Dewan Kuliah Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur, kelmarin. - UTUSAN/Hafiz Johari

JIKA seseorang itu telah menjadi usahawan berjaya, beliau selalunya akan berpuas hati dan menikmati sepenuhnya kekayaan yang telah dimilikinya.

Tetapi keadaan sebaliknya yang berlaku terhadap Pengarah Urusan Minyak Mestika Marketing Sdn. Bhd., Jaafar Haron.

Beliau memiliki syarikat pengeluar ubat tradisional dengan jenama 'Mestika' yang telah diasaskan oleh ibunya, Che Mah Che Ali pada 1967.

Che Mah adalah isteri kepada Almarhum Tengku Muhammad Tengku Chik yang lebih dikenali dengan nama Ku Mat Gagah yang merupakan pengamal perubatan tradisional yang disegani di Kelantan satu ketika dahulu.

Jaafar yang berusia dalam lingkungan 70-an sering meluangkan masa untuk mengembara di dalam dan luar negara bagi mengkaji trend pembacaan al-Quran di kalangan umat Islam.

"Saya telah melawat dan bersembahyang di berpuluh-puluh masjid seluruh Malaysia dan saya telah mengadakan temu ramah dengan imam, bilal dan orang tua selepas sembahyang berkaitan dengan pembacaan al-Quran dan penghayatannya.

"Saya melihat al-Quran yang ada di masjid hanya menjadi perhiasan sahaja kerana tiada orang yang membacanya. Kalau ada pun tidak lebih daripada empat hingga lima orang sahaja.

"Keadaan sebaliknya pula yang saya lihat apabila melawat 14 negara untuk membuat kajian ini. Hanya di negara-negara Arab sahaja didapati ramai yang membaca al-Quran sebelum dan selepas sembahyang lima waktu," katanya.

Beliau membuat pendedahan berkenaan ketika membentangkan kertas kerja pada Seminar Memperkasakan Pengajian Ilmu al-Quran di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM) pada Ahad lalu.

Seminar yang dianjurkan secara bersama oleh Institut Pengajian al-Quran (IPaQ) dan Yayasan Semesta Berdaftar (YSB) ditaja oleh Minyak Mestika Marketing.

Menurut Jaafar, daripada kajian itu, beliau mendapati punca utama umat Islam di negara ini tidak membaca al-Quran selepas sembahyang lima waktu kerana ramai tidak pandai membaca kitab suci itu dengan tartil (bertajwid).

"Hendaklah 1,001 jalan dicari supaya umat Islam mempelajari dan membaca al-Quran setiap hari.

"Para ulama perlu berperanan untuk memberi penerangan, tunjuk ajar dan bimbingan yang secukupnya kepada masyarakat mengenai pentingnya mempelajari dan membaca al-Quran setiap hari.

"Contohnya, guru-guru agama di penjara dan Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) hendaklah mencari jalan supaya penjenayah dan pelatih di situ pandai membaca al-Quran dan menghafal sekurang-kurangnya surah lazim," ujarnya.

Dalam pada itu, Pengarah Pusat Penyelidikan al-Quran (CQR) UM, Prof. Datuk Dr. Zulkifli Mohd. Yusoff turut sependapat dengan Jaafar dan menyifatkan masalah buta huruf al-Quran di negara ini agak membimbangkan.

Beliau berkata, kajian untuk tesis sarjana yang dijalankan Saidi Mohd. di Terengganu pada 2006 merumuskan sebanyak 38.1 peratus pelajar tingkatan empat di salah sebuah sekolah menengah di negeri tersebut mempunyai gred sangat lemah dalam tahap bacaan al-Quran.

"Selanjutnya satu lagi kajian bagi tesis sarjana oleh Imran Kamal Basah pada 2010 pula mendapati sebanyak 31.3 peratus jemaah sebuah masjid di Hulu Langat, Selangor lemah dalam bacaan surah al-Fatihah.

"Penemuan ini amat menggusarkan kita lebih-lebih lagi dalam senario ramai remaja kita ketagih menggunakan media sosial seperti FB (Facebook) sedangkan kita sepatutnya fokus kepada FT (firman Tuhan)," katanya ketika menyampaikan ucaptama bertajuk 'Senario Semasa dan Strategi Pengembangan Pengajian Ilmu al-Quran'.

Menurut Zulkifli, pihaknya telah membuat kajian bagi mencari kaedah baharu pengajaran al-Quran berikutan kaedah sedia ada seperti Baghdadiyah, Qiraati, Iqra dan Hattawiyah kurang berjaya sepenuhnya.

"Akhirnya kita telah menemui kaedah Al-Jabari iaitu berlandaskan kepada irama lagu dengan melakukan sedikit perubahan kepada susunan huruf-huruf hijaiyah (huruf alif, ba, ta dan seterusnya).

"Teknik ini membolehkan pelajar menguasai kemahiran membaca dan menulis al-Quran dalam tempoh 30 jam sahaja," katanya.

Tambah beliau, kaedah yang diasaskan oleh Drs. H. Yusuf Sodik dari Bandung, Indonesia pada 1991 itu diajar dalam kelas al-Quran di Masjid Tun Abdul Aziz, Seksyen 14, Petaling Jaya sejak 2011 dan terbukti berkesan.

"Pihak kami bercadang untuk membuat pembentangan mengenai kaedah terbaharu ini kepada Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

"Kita berharap kaedah ini boleh diperluaskan ke tempat-tempat lain pada masa depan dan dimasukkan dalam kurikulum pengajaran Jawi, al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (j-QAF) di sekolah dan Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA)," ujarnya.

Mengulas isu sama, Ketua Guru Kaedah Al-Jabari Malaysia, Sharifah Mohd. Nor berkata, kaedah itu merupakan penyelesaian yang boleh menangani masalah buta huruf al-Quran dalam kalangan pelbagai kumpulan sasaran.

"Mereka termasuk mualaf, Orang Asli yang baru memeluk Islam dan belia serta orang dewasa yang belum menguasai pembacaan al-Quran.

"Turut mendapat manfaat daripada kaedah ini adalah mereka yang tidak pernah dititik berat sebelum ini seperti golongan autistik, pekak dan menghidap Sindrom Down," ujarnya.

Beliau berkata, kaedah itu adalah lebih komprehensif kerana ia bukan sahaja mengajar membaca al-Quran secara bertajwid, malah turut melatih kaedah penulisan gaya khat (kaligrafi).

"Ia juga mudah dan menarik kerana pelajar belajar menggunakan irama lagu dan gerakan anggota badan serta mereka tidak terbeban dengan proses pembelajaran yang panjang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk 'Program Kaedah Al-Jabari: Sebagai Satu Solusi Kepada Masalah Buta Huruf al-Quran' pada seminar tersebut.

Wasatiyyah dan semangat hijrah

Posted: 04 Nov 2013 10:40 AM PST

Oleh Sidek Baba

Kira-kira 3,000 orang yang hadir pada Sambutan Maal Hijrah 1433 di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) Putrajaya pada tahun 2011.

Peristiwa hijrah al-Rasul suatu titik-tolak yang penting dalam sejarah Islam. Ia adalah perintah Allah dan pertimbangan Rasulullah SAW mengatur strategi bijaksana supaya akhirnya Islam diterima di jazirah Arabia.

Peristiwa Rasulullah SAW dicederakan di Taif tidak membawa sikap putus asas Nabi dan tidak pula mendoakan kebinasaan kepada kaum Jahiliyah.

Rasulullah SAW seorang pesuruh yang berjiwa besar kerana peribadinya adalah siddiq, amanah, tabligh, fatanah. Siddiq bermakna baginda membawa risalah kebenaran mengenai akidah tauhid.

Kaum Jahiliyyah adalah kaum yang syirik dan mengembalikan mereka kepada Tuhan Yang Esa adalah suatu amanah. Amanah itu disempurnakan dengan tabligh atau dakwah yang bijaksana. Fatanah atau bijaksana merupakan jalur wasatiyyah yang dimiliki baginda.

Jiwa kehambaan yang tinggi dimiliki Rasulullah SAW menyebabkan baginda akur dengan perintah Allah untuk melakukan hijrah. Hijrah adalah suatu pendekatan strategik mengambil pertimbangan Allah (hablum minallah) dan manfaat manusia (hablum minannas) sebagai jalan perjuangan.

Strategi manusiawi adalah mengaturkan tempat tidur Rasullullah SAW digantikan dengan Saidina Ali, seorang pemuda Islam yang tangkas dan berani dan teman ke Gua Thur diiringi oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq seorang yang cintakan kebenaran.

Pemilihan dua sahabat nabi ini amat strategik kerana melakukan hijrah adalah suatu kerja besar dan memerlukan pengorbanan bersama orang yang dipercayai.

Mengapa persembunyian awal di Gua Thur Selatan Mekah tidak dilokasi utara mengarah ke Madinah adalah suatu pertimbangan strategik. Penglibatan Abdallah dan Asma anak Saidina Abu Bakar pembekal makanan dan rahsia musuh amat membantu.

Tindakan labah-labah membuat sarang di permukaan gua adalah suatu ketentuan dari Allah dan menyebabkan musuh yang memburunya terkeliru. Ia adalah campur tangan dan pertolongan Allah.

Hijrah yang mengambil pertimbangan Allah (ihsan) dan mengambil pertimbangan manusia (insan) adalah asas yang sangat penting dijadikan landasan berfikir strategik.

Jaminan Allah ini jelas terungkap dalam al-Quran, Pihak kafir terus melakukan tipu daya dan Allah akan mengatasi tipu daya mereka".

Rasulullah SAW sewaktu bergerak ke Madinah menggunakan jurupandu seorang yang bukan Islam. Apabila dikejar oleh Surakah bin Malek, kuda Surakah terbenam di pasir dan menyebabkan Rasulullah SAW terlepas daripada ancaman musuh. Sekali lagi ketentuan Allah membantu Hijrah al Rasul yang amat bermakna itu.

Setibanya di Madinah Rasulullah SAW membina masjid. Ia amat penting tidak saja sebagai pusat ibadah tetapi mempertautkan hati-hati Muhajirin dan Ansar akhirnya. Ini adalah strategi wasatiyyah yang amat cemerlang kerana penerimaan golongan Ansar terhadap Rasulullah SAW adalah petanda baik bagi perjuangan Islam itu sendiri.

Di Madinah, Rasulullah SAW membuat perjanjian dengan kelompok Yahudi dan Nasrani. Sahifah Madinah yang dimeterai adalah suatu tahalluf (kerjasama) penting di mana orang Islam menjadi dominan. Apabila kaum Yahudi ingkar Rasulullah SAW mengusir mereka. Mematuhi muafakat adalah prinsip, melakukan khianat dihadapi dengan ketegasan. Itulah sebenarnya prinsip perjuangan Islam.

Apabila Rasulullah SAW sudah cukup bersedia untuk melakukan Futhul Makkah (kembali semula ke Mekah) rombongannya terhenti di Hudaibiyyah. Di Hudaibiyah baginda didatangi oleh kelompok Jahiliyah supaya menangguhkan pemergian baginda pada tahun depan.

Rasulullah SAW seorang yang bijaksana bersetuju dengan permintaan itu walaupun dibantah oleh Saidina Omar. Pertama, kaum jahiliyyah sudah mengiktiraf akan Rasulullah SAW. Melakukan Futhul Makkah tahun berikutnya membolehkan Rasulullah dan rombongannya menjejaki bumi Mekah yang amat bermakna bagi perjuangannya.

Dan ternyata strategi Rasulullah SAW berhasil. Inilah pendekatan wasatiyyah iaitu pendekatan yang berhemah dan berimbang, melakukan pendekatan undur setapak untuk meraih pendekatan maju ke hadapan lima tapak lagi.

Peristiwa Futhul Makkah itu adalah suatu lembaran penting kerana penerimaan masyarakat Mekah terhadap kedatangan Rasulullah SAW memberi kesan positif terhadap perkembangan Islam di Jazirah Arabia.

Banyak yang boleh dipelajari daripada peristiwa Hijrah al-Rasul ini.

Pertama, hijrah kerana Allah akan sentiasa melindungi dan memberi pertolongan. Kedua, strategi manusiawi yang titik-tolaknya kerana Allah (ikhlas) akan membawa barakah yang tinggi. Ketiga memperjuangkan yang haq atau benar menuntut kesabaran yang tinggi ( watawa saubil haq, watawa saubissabr). Inilah jalan wasatiyyah yang akhirnya membawa kepada kemenangan.

Al-Wasatiyyah seperti yang terungkap dalam Surah al Baqarah (143) adalah suatu pendekatan berimbang dengan mengatur strategi bijaksana melalui proses dakwah dan tarbiyyah bagi menyemarakkan ukhuwah atau persaudaraan dan kasih kasih sayang untuk mengatasi penyakit kebencian dan dendam kesumat yang tinggi.

Sifat dendam kesumat dan kebencian adalah penyakit hati. Harus berlaku tazqiah An Nafs supaya diri manusia sentiasa menginsafi bahawa tugas dakwah adalah suatu amanah, pemberi hidayah dan petunjuk adalah milik Allah.

Sikap gopoh (istijal) atau melampau bukan pekerti Rasulullah SAW. Rasulullah SAW seorang yang tenang, cekal dan berani dalam mengatur strategi dakwah. Baginda tidak memiliki sikap suuzzan (buruk sangka) kepada orang lain. Keikhlasan melakukan dakwah, dan bijaksana mendekati madu atau sasaran sentiasa menjadi pedomannya yang menyebabkan asbab itu membolehkan ramai manusia berhijrah menganut akidah tauhid.

Ian sesuai dengan dustur dakwah dalam Surah An Nahli:125, Serulah ke jalan Tuhanmu dengan bijaksana, pekerti teladan yang baik, dan apabila berhujjah gunakan hujjah yang terbaik".

Inilah jalur wasatiyyah dalam mengajak manusia berhijrah. Jalur ini melihat manusia sebagai positif berubah, mendekatinya dengan bijaksana adalah jalan terbaik kerana pada asasnya manusia itu dalam pencarian dan dalam keadaan tidak tahu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Agrobiz

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Agrobiz


Keunikan ladang ikan terbesar

Posted: 03 Nov 2013 10:34 PM PST

Pemandangan dasar laut yang menjadi habitat Karang.

SELAMA ini, aktiviti skuba dan memancing ikan mungkin dijalankan secara berasingan disebabkan beberapa halangan atau peraturan tertentu yang telah ditetapkan pihak berkuasa.

Mereka yang menjalankan aktiviti skuba selalunya tertumpu di kawasan Taman Laut dengan dikelilingi ikan-ikan dan batu karang.

Namun, di kawasan Taman Laut, kegiatan menangkap ikan adalah dilarang sama sekali bagi memulihara khazanah laut yang ada.

Berbeza pula dengan kegiatan memancing, ia dilakukan di kawasan yang dibenarkan untuk berbuat demikian.

Namun, kita mungkin tidak terfikir apabila dua aktiviti berkenaan iaitu skuba dan memancing dapat dilakukan secara serentak di kawasan yang sama. Dengan kata lain, dapat dilakukan di kawasan yang dibenarkan.

Apabila perkara ini dapat dilakukan serentak, bagi para penyelam, mereka dapat melihat suasana yang berbeza kerana berpeluang melakukan aktiviti digemari sambil dikelilingi ikan-ikan komersial.

Bagi para pemancing pula, mereka pasti memperoleh hasil tangkapan yang lebih banyak memandangkan kawasan aktiviti tersebut terkenal sebagai lokasi pembiakan dan tumpuan ikan.

Sehubungan itu, di sekitar perairan Setiu, Terengganu, pihak Dorken Reef Resources yang pakar dalam menyediakan tukun dan unjam di seluruh negara, dengan kerjasama Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Setiu dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu, telah mewujudkan lebih 80 tapak tukun dan unjam di situ.

Antara lain, tujuan asal mewujudkan tapak-tapak tukun dan unjam itu ialah bagi menambah pendapatan golongan nelayan.

Jangan terkejut jika diberitahu bahawa tukun dan unjam di perairan Setiu itu telah diwujudkan sejak 2005 dan kini ia berjaya membiak dan menghasilkan ribuan ikan-ikan komersial.

Berikutan kejayaan itu, satu daripada beberapa tapak tukun dan unjam itu kini dinamakan ladang Ikan.

Ladang ikan ini juga dianggap yang terbesar di seluruh negara berdasarkan keluasannya dianggarkan 5 kilometer persegi.

Gelaran Ladang Ikan dengan tukun dan unjam disediakan oleh Dorken Reef Resources itu juga berdasarkan terdapat ribuan ikan serta spesies hidupan laut lain yang mendiami kawasan berkenaan.

Buat pertama kalinya, Dorken Reef Resources, PNK Setiu dan LKIM Terengganu membuat pendedahan serta menguar-uarkan bahawa kawasan-kawasan tapak tukun dan unjam itu termasuk Ladang Ikan, kini sudah bersedia untuk menerima para tetamu luar termasuk penyelam dan kaki pancing.

Penyelaras Program Menyelam - Memancing di Ladang Ikan dan Unjam di Setiu, Mohd. Yussoff Ariffin memberitahu, selain didiami pelbagai jenis ikan komersial yang berjumlah ratusan ribu itu, kawasan-kawasan tukun dan unjam itu juga sesuai untuk aktiviti menyelam.

"Kawasan Ladang Ikan serta beberapa unjam lain seperti Unjam Jali, Tongkang Tenggelam dan Batu Timur, sesuai untuk aktiviti memancing dan menyelam.

"Malah, para penyelam akan mendapat kelainan apabila menjalankan aktiviti di kawasan ini kerana dapat menyelam bersama ikan-ikan komersial,'' katanya.

Setiap tukun dan unjam itu memiliki keunikan tersendiri.

Unjam Jali didiami oleh ikan-ikan komersial, Batu Timur pula memiliki terumbu karang semula jadi manakala Ladang Ikan itu sendiri didiami ikan-ikan bersaiz besar.

Menurut Mohd. Yussof, di kawasan berkenaan juga terdapat panorama yang menarik seperti kehidupan laut lain dalam bentuk mikro.

"Mulai sekarang, kawasan ini diperkenalkan kepada orang ramai untuk aktiviti menyelam dan memancing,'' katanya.

Malah, ikan-ikan komersial yang terdapat di kawasan ini juga ada yang bernilai tinggi di pasaran.

PNK Setiu bantu nelayan

Posted: 03 Nov 2013 10:34 PM PST

Tengku Anuar Tengku Mat sentiasa memantau projek ekonomi yang dilaksanakan pNK Setiu menerusi program turun padang.

SEBAGAI sebuah kawasan tepi laut, tidak dapat tidak mahu perlu diakui nadi pembangunan masyarakat kampung bergantung kepada usaha nelayan di kawasan Setiu

Terdapat 14 buah kampung yang terletak dalam kawasan pengurusan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Setiu yang ditubuhkan pada 1979.

Bagi semua PNK , matlamat penubuhan persatuan adalah jelas iaitu untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial ahli serta keluarga , begitu juga PNK Setiu yang ahlinya berjumlah kira-kira 800 orang.

Pengurus Besar PNK Setiu, Tengku Anuar Tengku Mat berkata, bagi tujuan tersebut, persatuan tersebut banyak menjalankan projek dalam usaha menambah aktiviti ekonomi bagi meningkatkan taraf hidup nelayan.

Terdapat sekurang-kurangnya tujuh projek ekonomi utama yang telah dan sedang dilaksanakan terutama berkaitan industri akuakultur.

Projek ternak air yang dijalan termasuk menternak ikan keli, puyu dan sepat yang dimulakan pada Disember 2011 dan beroperasi di Kg. Gong Batu.

Selain itu persatuan juga menjalankan penternakan tiram yang dimulakan pada 2009 tetapi tidak dikomersialkan, sebaliknya sebagai pelengkap kepada projek sedia ada.

Projek menternak ketam lembut pula cuba diperkenalkan Oktober 2011 sebagai projek percubaan dengan kerjasama sebuah universiti tempatan di negeri berkenaan.

Ketam diternak di dalam kotak gentian . Setiap set mempunyai 16 ruang dan mampu memuatkan ketam sebanyak 45 ekor setiap ruang dan terdapat empat set kotak ternakan.

''Projek ketam lembut kita jalankan dengan membuat percubaan pembenihan ketam nipah tetapi kurang berjaya disebabkan faktor cuaca yang tidak menentu dan kualiti air yang tidak konsisten,'' ujarnya.

Beliau berkata, PNK Setiu juga mewujudkan projek ternakan ikan dalam sangkar iaitu ternakan siakap dan tilapia dan bermula sejak dua tahun lepas.

Menurut Tengku Anuar, sepanjang beroperasi, pendapatan daripada hasil jualan ikan mencecah RM60,000.

Satu lagi projek yang menarik dan berpotensi yang dilaksanakan oleh PNK Setiu ialah mewujudkan projek agropelancongan di pantai Rhu 10.

Ini termasuk membangunkan Nelayan Resort yang menyediakan kemudahan inap desa merangkumi pakej kursus, penginapan dan sajian makanan

Nelayan Resort mula operasi tahun 2000 dengan kemudahan 12 buah bilik penginapan (dorm dan bilik berhawa dingin), dewan kapasiti 150 orang serta padang rekreasi.

''Kita sedang menyediakan kertas kerja untuk membangunkan resort di atas tanah PNK dan menaiktaraf resort yangg sedia ada dengan menambah tempat riadah seperti pin ball dan kolam renang,'' ujarnya.

Sementara itu menurut Tengku Anuar projek nelayan yang telah dirancang berjalan seperti biasa.

Antara projek lain termasuk jualan minyak diesel, projek projek binaan dan juga Kumpulan Wanita Nelayan (Kunita )

Kunita antara yang aktif menjalankan aktiviti kedai dobi beroperasi di Nelayan Resort.

Pada masa sama PNK Setiu pernah mengadakan projek pemasaran lain termasuk udang dan membekal bahan mentah kepada resort

Beliau berkata, persatuan tersebut juga menawarkan pakej selam skuba untuk selama tiga hari dua malam bagi memperoleh lesen menyelam yang diiktiraf serta Dive D'Unjam iaitu program skuba ditapak unjam di perairan Setiu.

Pakej tersebut menjadikan kawasan di Rhu 10 dan Pulau Redang sebagai lokasi latihan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Megabait

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Tablet lasak Panasonic

Posted: 03 Nov 2013 10:34 PM PST

Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD
megabait@utusan.com.my

MERUPAKAN kesinambungan siri ToughpadTM FZ-A1 (Android) 10 inci dan ToughpadTM FZ-G1 (Windows 8 Pro) 10 inci, kini Panasonic kembali mempertaruhkan Toughpad siri baharu, ToughpadTM JT-B1 dengan paparan skrin seluas tujuh inci.

Tablet Toughpad merupakan gajet yang direka khas misi kritikal dan pekerjaan yang memerlukan pergerakan pantas terutamanya di dalam bidang logistik, utiliti, telekomunikasi, pembinaan, kesihatan dan tidak ketinggalan ketenteraan.

ToughpadTM JT-B1yang dikuasai oleh Android merupakan antara peranti yang dicipta khas untuk keperluan pelbagai operasi.

Menurut Pengarah Kumpulan Toughbook Asia Pasifik, Satoshi Mizobata, sebagai peneraju dalam menghasilkan komputer hampir 20 tahun, Panasonic Toughbook telah membina reputasi yang amat baik bermula daripada penyelesai masalah kepada tenaga pakar dan perkhidmatan bertaraf dunia.

"Hasil daripada reputasi tersebut kami berjaya mempertingkatkan keyakinan pelanggan terhadap kualiti, kebolehan dan juga prestasi produk yang dihasilkan.

"ToughpadTM JT-B1 merupakan tambahan terbaik bagi keluarga besar Panasonic yang mana lebih kompak, ringan, rekaan yang lebih ergonomik, tinggi daya ketahanan, dan memiliki ciri-ciri keselamatan yang terkini," katanya.

ToughpadTM JT-B1 merupakan antara tablet yang memiliki ketahanan setanding dengan komputer riba Toughbook Panasonic yang mana berbeza dengan tablet lain.

Antaranya ToughpadTM JT-B1telah melepasi ujian jatuh dari ketinggian 150 sentimeter (sm) dan menerima 'rating' MIL-STD-810G dan juga senarai IP65 untuk daya rintang terhadap habuk dan air.

Malah, keperluan usahawan masa kini terhadap isu keselamatan komputer yang tidak terdapat di pasaran tablet menjadikan ToughpadTM JT-B1 dilengkapi bersama ciri-ciri keselamatan dalam bentuk perisian dan juga perkakasan.

Selain itu ToughpadTM JT-B1 juga turut dilengkapi ciri-ciri keselamatan tambahan seperti IPsec VPN, perlindungan 'root' dan juga pengurusan peranti.

Kelebihan tersebut adalah untuk memastikan ToughpadTM JT-B1 sesuai untuk digunakan dalam urusan jabatan kerajaan, industri terkawal seperti kewangan dan institusi kesihatan.

ToughpadTM JT-B1turut dilengkapi bersama kelebihan Bluetoot,h pilihan integrasi jalur lebar 3G dan kelebihan NFC (Near Field Communication).

Manakala keupayaan bateri yang mampu bertahan selama lapan jam apabila tablet tersebut digunakan secara berterusan memudahkan penggunanya untuk melaksanakan urusan seharian.

ToughpadTM JT-B1kini boleh ditemui di pengedar sah Panasonic, untuk maklumat lanjut berkenaan tablet tersebut layari laman web www.panasonictoughbook.asia.

ASM wujudkan kajian mega sains

Posted: 03 Nov 2013 10:34 PM PST

DR. Abang Abdullah Abang Ali antara yang terlibat sebagai Ketua Pasukan Petugas Kajian Megasains, mengetuai bidang perumahan -Gambar hiasan.

Akademi Sains Malaysia (ASM) mewujudkan satu kumpulan kajian yang akan melihat masa depan beberapa sektor penting berkaitan sains di negara ini menjelang 2050.

Ketua Pegawai Eksekutif ASM, Dr. Ahmad Ibrahim berkata, fasa pertama kajian mega sains itu diperkenalkan pada 2011 melibatkan bidang tenaga, air, kesihatan, pertanian dan biodiversiti yang mana laporan mengenainya telah pun di serahkan kepada kerajaan.

"Kita meneruskan kajian mega sains untuk lima sektor lagi iaitu perumahan, infrastruktur, alam sekitar, elektrik dan elektronik serta pengangkutan untuk menilai masa depannya sehingga 2050," ujarnya ketika di temui di ibu pejabat Utusan Melayu baru-baru ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad dan Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor dan beberapa pengarang lain.

Menurut Dr. Ahmad, pihaknya menyasarkan sehingga 2050 bagi menilai bagaimana bentuk cabaran, risiko dan sumbangan sains kepada negara sepanjang tempoh tersebut.

Beliau berkata pada peringkat lima sektor terawal awal, pihaknya terpaksa menyediakan dana dalam untuk membiayai kajian tersebut.

Bagaimanapun di bawah presiden baharu Tan Sri Dr. Ahmad Tajudin Ali, ASM berpeluang memberi taklimat mengenai lima sektor berikutnya kepada Kabinet pada tahun lalu, dan hasilnya kerajaan bersetujuan menyalurkan sumbangan RM10 juta untuk tujuan tersebut.

Menurutnya lagi, kajian setiap sektor akan diketuai oleh pakar masing-masing dengan ahli kumpulannya terdiri daripada pelbagai kepakaran.

Beliau memberi contoh, kajian mengenai air menjelang dekad akan datang perlu bagi menilai sejauh mana rakyat Malaysia memanfaatkan sumber semula jadi tersebut.

"Kita dapati 75 peratus penggunaan air ( di negara ini) adalah untuk tujuan pertanian, dan diperoleh secara percuma.

"(Oleh itu) apakah masa depan permintaan dan bekalan air pada masa akan datang,'' ujarnya.

Dalam pada itu beliau memberitahu, ASM akan mengadakan kerjasama rapat dengan media tempatan untuk terus mempromosi bidang sains di negara ini menerusi pelbagai program yang dianjurkan.

Ini termasuk melibatkan lebih ramai felo ASM untuk terlibat berkongsi kepakaran masing-masing seperti program pertukaran idea yang diadakan sebelum ini.

ASM kini mempunyai 240 felo yang merupakan pensyarah, saintis dan penyelidik khususnya dari institusi pengajian tinggi dan bekas penjawat awam yang telah bersara yang terdiri daripada pelbagai kepakaran.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Banjir kilat terus berulang

Posted: 04 Nov 2013 10:40 AM PST

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

Johari Ghani (depan) menunjukkan keadaan Rumah Pam Kampung Baru yang didakwa tidak mampu menampung kapasiti air sehingga menyebabkan banjir kilat berulang di Kampung Baru dan Datuk Keramat, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Kegagalan Rumah Pam Kampung Baru yang berusia hampir 15 tahun berfungsi dengan sempurna didakwa menjadi punca banjir kilat di beberapa kawasan di Kampung Baru di sini berulang.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, keadaan tersebut boleh dielakkan jika kerja-kerja penyelenggaraan rumah pam tersebut dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Menurutnya, permohonan kepada Jabatan Pengurusan Banjir, Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) agar kerja-kerja menggantikan pam tersebut telah ditolak melalui surat pada 19 Jun lalu atas alasan tiada peruntukan.

"Alasan tersebut tidak boleh diterima. Ini kerana pam sedia ada sudah tidak lagi mampu menampung jumlah kapasiti air dan jika tidak diganti masalah banjir kilat di sini terus berulang," katanya dalam sidang akhbar selepas melawat rumah pam tersebut hari ini.

Lawatan tersebut susulan kejadian banjir kilat di beberapa kawasan di Kampung Baru ekoran hujan lebat pada pukul 7 malam semalam.

Antara kawasan yang terlibat adalah Kampung Periuk, Kampung Ujung Pasir, Kampung Paya, Kampung Sungai Baru termasuk Kampung Datuk Keramat dan beberapa jalan utama di ibu negara.

Tambah Johari, sehubungan itu pihak JPS diminta meneliti isu tersebut bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk terjamin.

"Saya minta pihak JPS melihat dan mempertimbangkan semula permohonan sebanyak RM3.5 juta bagi kerja-kerja penggantian pam tersebut.

"Kita memerlukan pam yang baharu dengan kapasiti lebih besar untuk menangani masalah limpahan air di sini.

Dalam masa sama , beliau turut meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memandang serius isu ini walaupun rumah pam tersebut di bawah penyelenggaraan JPS.

"Kita tahu ini diluar bidang kuasa kita, tapi kita perlu menyiasat dan menyelesaikannya untuk jangka masa panjang. Sudah sampai masa kerajaan melihat perkara ini untuk menaik taraf rumah pam tersebut selain pemeriksaan berkala dan saya tidak faham kenapa ia tidak diluluskan," jelasnya.

Terdahulu beliau turut melawat mangsa-mangsa banjir termasuk sebuah tadika yang dimasuki air di sekitar Kampung Baru dan Kampung Datuk Keramat.

Di Kampung Baru, lebih daripada 65 keluarga terlibat, manakala di Kampung Datuk Keramat pula, sebanyak 123 keluarga.

Peruntukan selenggara sistem saliran dan perparitan ditingkatkan - Datuk Bandar

Posted: 04 Nov 2013 10:40 AM PST

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan meningkatkan jumlah peruntukan untuk kerja-kerja menaik taraf penyelenggaraan sistem saliran, perparitan dan jalan bagi pembentangan bajet tahun depan.

Datuk Bandar, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, langkah itu bertujuan memastikan masalah banjir kilat di ibu negara dapat diatasi.

Menurutnya, setiap tahun peruntukan tersebut dimasukkan dalam bajet DBKL dan ia meliputi kerja-kerja penyelenggaraan sistem peparitan dan sungai.

"Kita juga akan melihat semula jalan-jalan utama ibu kota yang sering dinaiki air untuk kerja-kerja pembaikan sistem perparitan dan pembersihan dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan dan Saliran DBKL bersama-sama Alam Flora Sdn. Bhd (Alam Flora)," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kejadian banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di ibu kota semalam.

Antaranya, di Kampung Baru, Keramat dan Taman Melati.

Ahmad Phesal berkata, banjir yang melanda sekitar kawasan Dataran Merdeka telah disenaraikan dalam pelan pembaikan semula oleh pihak DBKL bermula Januari tahun hadapan.

Tambahnya, pihaknya telah melantik kontraktor namun ia kerja-kerja tersebut terpaksa ditangguhkan bagi memberi laluan kepada beberapa program yang dijalankan di situ.

Mengulas mengenai banjir kilat di Kampung Baru, Ahmad Phesal berkata, DBKL dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan bekerjasama bagi projek lencongan di Kampung Pindah untuk membaiki aliran Sungai Bonus ke Sungai Klang berikutan isu tanah mendap yang mengakibatkan banjir di situ.

"Berdasarkan keputusan lalu, pihak JPS difahamkan telah mengambil tindakan atas masalah tersebut. Pagi tadi, saya juga telah melawat mangsa-mangsa banjir Kampung Sungai Pindah," ujarnya.

Dalam pada itu katanya, skuad banjir DBKL sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi segala kemungkinan termasuk banjir kilat ekoran keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.

Minta pihak bertanggungjawab segera atasi masalah

Posted: 04 Nov 2013 10:40 AM PST

Ahmad Sakri Jaafar (kanan), dan Mohd. Azalan Yusoh (kiri) menunjukkan longkang sempit berhampiran Jalan Madrasah didakwa menjadi punca banjir kilat di Taman Melati, Gombak Setia, Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 4 Nov. - Penduduk di Jalan Madrasah, Taman Melati, Gombak Setia di sini meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan segera kerja-kerja menaik taraf sistem perparitan di kawasan itu.

Ia berikutan kawasan tersebut sering dinaiki air selepas berlakunya hujan lebat sekali gus menyebabkan beberapa buah kereta di situ ditenggelami air lewat petang semalam.

Tinjauan Utusan Malaysia ke lokasi terbabit yang terletak berhadapan Dewan Serbaguna Taman Melati dan sebuah surau hari ini mendapati, beberapa tanaman pokok di situ rosak akibat kejadian tersebut.

Penduduk turut mendakwa saiz longkang yang terdapat di situ agak kecil dan tidak dapat menampung kapasiti air hujan yang banyak selain tersumbat.

Seorang penduduk, Ahmad Sakri Jaafar, 57, berkata, mujur kawasan perumahan di situ tidak dimasuki air cuma jalan raya sahaja dinaiki air hingga paras lutut.

"Semalam hanya dua hingga empat buah kereta yang saya nampak ditenggelami air. Difahamkan, ia milik pengguna yang menaiki aliran transit ringan (LRT) di sini.

"Telah beberapa kali aduan dikemukakan namun tiada tindakan yang diambil oleh pihak DBKL," katanya ketika ditemui.

Jirannya, Mohd. Azalan Yusoh, 38, pula berharap pihak DBKL dapat bertindak pantas bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

"Bulan lalu sahaja sebanyak tiga kali kejadian sama berlaku manakala, bulan ini sekali. Saya berharap pihak berkenaan dapat turun padang dan membaik pulih sistem perparitan di sini," katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, beliau akan mengarahkan pihak jabatan berkaitan menjalankan siasatan lanjut di kawasan tersebut.

"Pihak kami akan menjalankan siasatan punca berla kunya banjir di kawasan itu dalam masa terdekat dan juga kawasan-kawasan lain," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


JPJ keluarkan 287 saman

Posted: 03 Nov 2013 10:17 AM PST

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

OPS Bersepadu melibatkan pelbagai agensi di Jalan Muar-Tanjung Gading, Ledang, Johor, baru-baru ini.

LEDANG 3 Nov. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memeriksa 898 kenderaan dan mengeluarkan 287 saman dalam Ops Bersepadu yang dijalankan di empat lokasi utama di sekitar daerah ini dan Muar kelmarin.

Pengarah JPJ Johor, Johari Yusof berkata, motosikal merupakan kenderaan paling tinggi dikenakan saman iaitu 164, diikuti kereta (89), kenderaan berat (18), kenderaan persendirian (10), bas (tiga), kereta sewa (dua) dan teksi (satu).

"Motosikal adalah kenderaan paling banyak diperiksa iaitu 360 buah diikuti kereta (240), kenderaan berat muatan 5,000 kilogram (143), kenderaan persendirian (80), bas (35), teksi (25) dan kereta sewa (15).

"Kesalahan paling tinggi dilakukan ialah berkaitan lesen memandu terutama tamat tempoh iaitu 75 kesalahan membabitkan motosikal, kereta (19), kenderaan berat (12), kenderaan persendirian (empat) dan teksi (satu)," katanya dalam sidang akhbar semasa menghadiri Majlis Makan Malam Penguat kuasa JPJ Negeri di Stesen Penguat kuasa Kesang dekat sini malam kelmarin.

Ops Bersepadu itu turut melibatkan pelbagai agensi termasukpolis trafik, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom), Jabatan Imigresen, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sekatan jalan raya dilakukan di Jalan Muar-Melaka-Tanjung Gading hala ke Melaka; Batu 2, Parit Bunga, Ledang hala ke Muar; Kilometer 4, Parit Bunga, Ledang hala ke Tangkak dan Jalan Pintasan Muar-Bakar Batu hala ke Muar.

Johari berkata, sepanjang operasi tersebut, sebanyak sembilan kenderaan turut disita iaitu enam motosikal dan tiga kereta.

"Kami turut mengesan 373 kesalahan dilakukan oleh pengguna jalan raya iaitu 197 kesalahan membabitkan motosikal, 131 kereta, 16 kenderaan berat dan 29 lagi lain-lain kenderaan," katanya.

Dalam pada itu katanya, polis trafik turut mengeluarkan 64 saman hasil pemeriksaan terhadap 161 kenderaan dan SPAD memeriksa 78 kenderaan dan mengeluarkan 21 saman.

Beliau berkata, AADK yang membuat ujian air kencing terhadap 91 pemandu pula mendapati 12 daripadanya positif dadah, pemeriksaan oleh Jabatan Imigresen pula membawa kepada penahanan lima warga asing dan Puspakom mencatatkan satu kes.

SWM peruntuk 19 jentera baharu

Posted: 03 Nov 2013 10:17 AM PST

JOHOR BAHRU 3 Nov. - SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) memperuntukkan sebanyak 19 unit jentera baharu bagi melancarkan lagi operasi dan kerja-kerja pembersihan di bawah kawasan pentadbiran Majlis Daerah Segamat (MDS) baru-baru ini.

Pengurus Besar Kumpulannya, Adnan Ibrahim memaklumkan, jentera baharu tersebut berupa lapan unit kompaktor, lima unit lori RORO (Roll On Roll Off), dua unit road sweeper dan empat unit jentera pembersihan.

"Pelaburan yang bernilai jutaan ringgit ini merupakan antara perancangan dan usaha SWM ke arah mempertingkatkan lagi perkhidmatan menjelang penswastaan penuh perkhidmatan pada tahun hadapan.

"Pelaburan-pelaburan lain termasuklah pembelian kenderaan pembersihan seperti ultra whack, water jet dan road sweeper," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Adnan, SWM turut menggunakan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) yang dipasang pada semua kenderaan kompaktor baharu bagi memastikan kerja-kerja pengutipan sampah menepati jadual yang ditetapkan.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan, sebanyak 38,000 unit tong sampah beroda akan diserahkan secara berperingkat-peringkat kepada penduduk di bawah kawasan pentadbiran MDS pada tahun hadapan.

Katanya, segala program dan pelaburan yang dijalankan oleh pihaknya itu diharap dapat meningkatkan lagi imej dan kebersihan di negeri ini termasuklah di Segamat pada masa akan datang.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved