Rabu, 4 Disember 2013

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Dua beranak mangsa terbaharu korban banjir di Pahang

Posted: 04 Dec 2013 09:50 AM PST

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF

KUANTAN 5 Dis. - Dua beranak menjadi mangsa terbaharu korban banjir di Pahang apabila bot gentian dinaiki terbalik dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam tadi di Kampung Sungai Isap di sini.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, mangsa lemas iaitu Jamal Ali, 40, dan anaknya berusia belasan tahun dan masih belum diketahui identiti dipercayai sedang memindahkan barangan di kampung itu. - UTUSAN ONLINE

Culik warga Taiwan: Jangan buat spekulasi

Posted: 04 Dec 2013 10:54 AM PST

MELAKA 4 Dis. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengulangi permintaannya agar semua pihak khususnya pengguna media sosial agar tidak membuat spekulasi berhubung kes penculikan wanita warga Taiwan di Pulau Pom-Pom, Semporna, Sabah pada 15 November lalu.

Menurut beliau, sebarang spekulasi hanya akan mengancam keselamatan nyawa wanita tersebut yang kini berada dalam jagaan penculik.

"Apa yang dapat saya katakan setakat ini ialah wanita itu berada dalam keadaan selamat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) amat mementingkan keselamatan wanita itu.

''Setakat ini, PDRM dan pihak polis Filipina termasuk keluarga mangsa sedang menjalankan apa juga tindakan yang patut untuk menyelamatkan mangsa.

"Biarlah kami menjalankan tugas dan kita sama-sama berdoa agar mangsa dapat diselamatkan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Pegawai Awam PDRM bersama Ketua Polis Negara di Hotel Mahkota, di sini hari ini.

Dalam kejadian pada 15 November lalu, seorang pelancong lelaki warga Taiwan, Lin Min Hsu, 57, ditembak mati manakala rakan wanitanya, juga warga Taiwan, An Wei Chang, 58, diculik kumpulan terbabit.

Semasa kejadian mereka berada di sebuah calet yang terletak di atas air di pulau tersebut sebelum didatangi sekumpulan lelaki bersenjata.

Ditanya mengenai penculik terbabit meminta wang tebusan sebanyak RM11 juta, Khalid berkata, polis tidak tahu menahu mengenai perkara tersebut.

Sementara itu, mengulas kes kematian tiga beradik di Alor Semela, Jalan Datuk Kumbar, Alor Setar, Kedah, Sabtu lalu Khalid berkata, setakat ini siasatan awal polis tidak menunjukkan kesemua mangsa mati dibunuh.

Malah, katanya, laporan hasil bedah siasat ke atas ketiga-tiga beradik itu mendapati punca kematian mereka disebabkan lemas.

"Bagaimanapun, ada beberapa perkara yang polis berpendapat wujud keraguan walaupun punca kematian mereka disebabkan lemas," katanya.

Beliau memberitahu, polis masih mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pendidikan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pendidikan


Kertas Matematik, Matematik Tambahan SPM 2013 tidak bocor

Posted: 04 Dec 2013 10:54 AM PST

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Polis mengesahkan tiada berlaku sebarang kebocoran soalan peperiksaan Matematik dan Matematik Tambahan, Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2013 seperti yang didakwa baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, polis telah menyiasat kes itu di bawah Seksyen 8(1)(e) Akta Rahsia Rasmi 1972 dan seramai 56 saksi telah dipanggil memberi keterangan.

Beliau berkata, polis menerima laporan kes tersebut selepas satu seminar peperiksaan yang dianjurkan di sebuah masjid di Setiawangsa.

Katanya, dalam seminar itu soalan-soalan ramalan telah dibincangkan bagi membantu pelajar menghadapi SPM 2013.

"Bagaimanapun, ada pihak salah faham dan menganggap perbincangan soalan ramalan sebagai soalan bocor dan lanjutan daripada itu, satu laporan polis diterima," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Beliau berkata, mereka yang hadir dalam seminar tersebut antara yang telah dipanggil sebagai saksi untuk direkodkan keterangan.

Sehubungan itu, menurut Mohmad kes itu dianggap selesai kerana siasatan menyeluruh dijalankan mengesahkan tidak wujud sebarang elemen yang boleh dikaitkan dengan kebocoran soalan peperiksaan.

Pada 22 November lalu, beberapa individu membuat laporan polis berhubung dakwaan sesetengah pihak bahawa kertas peperiksaan Matematik dan Matematik Tambahan dibocorkan di dalam beberapa seminar khas yang dianjurkan menjelang hari-hari terakhir peperiksaan berlangsung.

Kementerian Pendidikan sebelum ini turut memaklumkan akan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat dakwaan kebocoran kertas peperiksaan tersebut selepas media turut melaporkan penglibatan seorang guru tuisyen yang didakwa bertanggungjawab ke atas perkara itu.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Harimau Muda dapat tonik

Posted: 04 Dec 2013 10:54 AM PST

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my

MOHD. Rozaimi Abd. Rahman meledak gol kedua Harimau Muda ketika menentang Ryukyu FC di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, malam tadi. Malaysia menang 3-1. - UTUSAN/Aizzul A.Majid

PETALING JAYA - Kemenangan ke atas FC Ryukyu tiba tepat pada masanya, pada ketika skuad Harimau Muda mencari tonik terbaik untuk meningkatkan keyakinan sebelum memulakan kempen memburu kejuaraan hatrik Sukan SEA di Myanmar, minggu depan.

Biarpun sekadar aksi persahabatan, kemenangan 3-1 ke atas kelab Jepun itu di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya melonjakkan semangat anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee untuk mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada Temasya Laos 2009 dan Indonesia 2011.

Malah, kemenangan itu juga meningkatkan motivasi Kim Swee sendiri, yang sebelum ini resah kerana dihimpit masalah kecederaan tonggak utama. Wan Zack Haikal Wan Nor, Fandi Othman dan Gary Steven Robbat antara pemain yang disahkan terlepas peluang beraksi di Myanmar .

Sejurus tamat perlawanan, Kim Swee berkata, beliau sudah mendapat gambaran jelas dan yakin dengan senarai 20 pemain yang akan dibawa untuk menggalas tugas berat di Myanmar.

"Ada beberapa pemain yang telah membuktikan bahawa mereka boleh bermain dalam dua posisi dan inilah perkara yang saya mahukan.

"Saya dapat lihat pada separuh masa kedua corak permainan menjadi lebih baik terutama selepas memasukkan Mohd. Rozaimi (Rahman) dan K. Reuben.

"Secara keseluruhannya masih ada beberapa aspek lagi yang perlu diperkemaskan oleh pasukan sebelum ke Myanmar nanti," kata Kim Swee.

Pada perlawanan tersebut Harimau Muda A bermula dengan baik apabila berupaya melakukan beberapa percubaan bagi mendapatkan jaringan.

Bagaimanapun, kelekaan melakukan serangan dengan membiarkan jentera pertahanan tanpa pengawasan menyebabkan Harimau Muda A dihukum apabila FC Ryukyu berjaya mendapatkan gol awal pada minit ke-13 hasil jaringan Takahashi Shunta.

Gol pertama pasukan lawan seakan memberikan tekanan kepada skuad Kim Swee hingga menyebabkan jentera serangan gugup ketika meraih peluang terhidang pada minit ke-35 dan minit ke-36.

Bermula babak kedua menyaksikan Harimau Muda A kembali bangkit bagi menyamakan kedudukan 1-1 hasil tandukan penyerang, A. Thamil Arasu minit ke-47.

Keyakinan dalam skuad kebangsaan mula terserlah apabila berupaya mendapatkan jaringan kedua pada minit ke-50 hasil rembatan Mohd. Rozaimi Abd. Rahman sebelum menambah gol ketiga ketika masa kecederaan.

Pada separuh masa kedua juga menyaksikan jentera pertahanan Harimau Muda A berfungsi dengan baik berbanding babak pertama.

Kempen Malaysia untuk memburu kejuaraan hatrik Sukan SEA bermula dengan menentang Brunei dalam aksi pembukaan Kumpulan A pada 10 Disember.

Selepas berehat dua hari, mereka akan menentang Laos pada 13 Disember, diikuti Singapura (15 Disember) dan Vietnam dalam saingan terakhir kumpulan pada 17 Disember.

Seandainya berjaya melangkah ke separuh akhir, mereka perlu turun ke padang pada 19 Disember, diikuti perlawanan akhir pada 21 Disember.

Chinlone sumbang pingat pertama

Posted: 04 Dec 2013 10:54 AM PST

Daripada MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

SKUAD Chinlone lelaki dan wanita negara meraikan kejayaan meraih pingat gangsa pada Sukan SEA di Stadium Tertutup Wunna Theikdi, Nay Pyi Taw, Myanmar semalam. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

NAYPYITAW - Kontinjen chinlone memastikan Malaysia tidak menunggu terlalu lama untuk meraih pingat sulung pada Sukan SEA Myanmar ke-27 apabila mengaut dua pingat gangsa dalam acara darjah kesukaran Tahap Ketiga lelaki dan wanita di Stadium Tertutup Wunna Theikdi pada hari pertama, semalam.

Walaupun sekadar meraih di tempat keempat secara keseluruhan melalui pungutan 246 mata dan sekadar mengatasi Singapura, skuad negara tetap diberikan pingat gangsa secara bersama dengan Laos yang menduduki tangga ketiga selepas meraih 344 mata.

Begitu juga pasukan wanita biarpun berada di tempat terakhir di kalangan empat pasukan, mereka tetap menerima pingat gangsa bersama dengan Kemboja yang berada di tangga ketiga.

Myanmar seperti dijangka menyapu bersih kedua-dua pingat emas dalam acara lelaki dan wanita apabila mudah mengetepikan cabaran Thailand dalam perlawanan akhir sekali gus menjadi negara pertama memenangi pingat emas Sukan SEA kali ke-27.

Pasukan chinlone lelaki Myanmar mudah meratah Thailand dengan memungut 660 mata sementara Thailand sekadar mendapat 404 mata manakala dalam acara wanita, Myanmar mendapat 534 mata dan Thailand, 375 mata.

Kejayaan meraih dua pingat gangsa itu tetap memuaskan hati jurulatih, Nurudin Pawi, memandangkan tempoh persiapan yang singkat berbanding negara-negara pencabar lain serta penggunaan atlet sepak takraw bagi membawa nama negara dalam acara chinlone.

Secara keseluruhan, kita hanya sempat berlatih dua minggu bersama jurulatih dari Myanmar dan secara keseluruhan sebanyak dua bulan, itu pun terganggu dengan kejohanan ISTAF Super Series dan Terbuka Korea, selepas itu barulah mereka boleh berkumpul bersama.

Namun pada hari ini, persembahan pasukan lelaki terutamanya begitu baik kerana pada kebiasaannya mereka hanya membuat catatan 40 hingga 50 mata bagi satu set tetapi kali ini mereka mampu melakukan pungutan sehingga 70 ke 80 mata.

Kita akan cuba memastikan pemburuan pingat akan berterusan pada acara Tahap 2 yang berlangsung esok (hari ini) dan kemudian pada acara Tahap 1, saya mensasarkan pingat perak, " katanya ketika ditemui oleh pemberita, semalam.

Bagi pemain negara, Mohd. Azlan Alias, dia cukup berbesar hati kerana dapat menjadi penyumbang pingat pertama negara di Sukan SEA.

Memang sasaran kami mahu mendapatkan gangsa dan ia berjaya selepas kami mengatasi Singapura.

Berbanding lawan yang mempunyai persiapan jauh lebih rapi, saya fikir apa yang kami pamerkan hari ini begitu baik dan pingat gangsa ini benar-benar buatkan saya puas," katanya.

Keseluruhan pemain chinlone diambil daripada pasukan Elit B Sepak Takraw yang tidak terpilih membawa cabaran negara ke Sukan SEA Myanmar.

Chinlone akan menawarkan dua

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


18,19 Disember bicara sama Felda terhadap Anak, Mustafa Ali

Posted: 04 Dec 2013 07:17 PM PST

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 18 dan 19 Disember perbicaraan kes saman Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali serta lima lagi berhubung dakwaan wujudnya urus niaga antara agensi itu dengan Israel.

Tarikh itu ditetapkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong ketika pengurusan kes di kamar beliau hari ini. - UTUSAN

Kes Felda saman Presiden Anak dibicara 18 dan 19 Dis.

Posted: 04 Dec 2013 06:00 PM PST

Oleh NORAZLITA MOHD. SIES

KUALA LUMPUR 5 Dis. - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 18 dan 19 Disember ini untuk perbicaraan kes saman Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) terhadap Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali serta lima lagi berhubung dakwaan wujudnya urus niaga antara agensi itu dengan Israel.

Tarikh itu ditetapkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman, Lee Heng Cheong ketika pengurusan kes di kamar beliau hari ini. - UTUSAN ONLINE

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Penduduk jangan percaya khabar angin

Posted: 04 Dec 2013 10:54 AM PST

Oleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
fairuz.yusof@utusan.com.my

Perumahan Rancangan Rumah Murah (RRM) Batu Tiga Setengah di Kuantan, Pahang ditenggelemai banjir, semalam. - UTUSAN/AHMAD ZAKKI JILAN

KUANTAN 4 Dis. - Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan khabar angin yang disebarkan melalui laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS), kononnya air dari Pintu Air Kobat di sini akan dilepaskan sehingga boleh menyebabkan banjir yang lebih buruk.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pintu air itu yang selama ini dianggap oleh orang ramai sebagai 'empangan' berfungsi menghalang air masin daripada masuk ke rumah pam Kobat.

"Pintu air itu sentiasa dibuka dan jika paras air sungai naik akan melimpah secara perlahan melepasi pintu tersebut.

"Macam mana boleh timbul dakwaan air empangan akan dilepaskan, ini semua tidak betul," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya, apa yang pasti, banjir kali ini disebabkan hujan luar biasa yang berterusan dan kenaikan para air sukar dijangka di sesetengah kawasan.

Mengenai Terminal Sentral di Indera Mahkota yang lumpuh akibat ditenggelami air berikutan kejadian itu, beliau tidak menolak masalah tersebut disebabkan proses pembangunan di kawasan sekitar yang rancak berjalan.

"Adakalanya proses dan kerja-kerja pembinaan dijalankan pemaju tidak mengambil kira faktor sekeliling yang boleh mengundang masalah di kawasan lain.

"Kita akan minta pihak berkaitan mengkaji punca Terminal Sentral boleh ditenggelami air sama ada berlaku kelemahan dalam pelan binaan atau faktor luaran yang tidak dijangka," katanya.

5 laluan di Jerantut ditutup

Posted: 04 Dec 2013 10:54 AM PST

Penduduk menggunakan perkhidmatan bot tambang untuk membawa motosikal apabila laluan Jerantut-Padang Piol di Kanmpung Paya Garuk ditutup kepada semua jenis kenderaan ekoran banjir di Jerantut, semalam. - UTUSAN/M. RIZAL

JERANTUT 4 Dis. - Sebanyak lima buah laluan di sekitar daerah ini ditutup kepada semua lalu lintas ekoran banjir yang melanda sejak semalam.

Laluan yang terlibat ialah Jerantut ke Kuala Tembeling, Jerantut ke Padang Piol, Jerantut ke Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, Pulau Tawar ke Kampung Bukit Nikmat dan Jerantut ke Felda Kota Gelanggi 5 dan 6.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jerantut Feri, Sabri Kamaludin berkata, paras air Sungai Jerantut di Kampung Paya Garuk, di sini mula meningkat sejak malam tadi.

"Penduduk di beberapa buah kampung termasuk Felda Padang Piol, Felda Sungai Retang dan Kuala Tahan terputus hubungan kerana paras air Sungai Jerantut melebihi satu meter.

"Hujan sejak beberapa hari lalu menyebabkan air Sungai Pahang dan Tembeling semakin naik mengakibatkan paras air di sungai-sungai kecil melimpah dan jalan terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut beliau, penduduk hanya boleh berhubung menggunakan sampan yang disediakan oleh segelintir penduduk dengan bayaran tertentu.

Beliau berkata, terdapat lima keluarga di Kampung Paya Garuk kini dalam proses untuk dipindahkan kerana paras air semakin meningkat.

Penghulu Mukim Pedah, Mohd. Zahar Wahid berkata, semua penduduk yang berada di kawasan banjir dinasihatkan berpindah ke pusat pemindahan sementara bagi memudahkan urusan bantuan disalurkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah.

"Kita menetapkan Sekolah Kebangsaan Pedah sebagai pangkalan hadapan dan beroperasi sebagai tempat menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir," ujarnya.

Mohd. Zahar memberitahu, pemilik rumah yang dinaiki air hendaklah segera berpindah apabila menerima arahan bagi mengelak perkara yang tidak diingini.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Felda Kota Gelanggi 1, Abdul Rahman Ghani berkata, sembilan daripada 12 keluarga yang dipindahkan di tanah rancangan berkenaan sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Banjir: Keselamatan keluarga perlu diutamakan

Posted: 04 Dec 2013 10:54 AM PST

Shahaniza Shamsuddin (kanan) menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir ketika melawat pusat penempatan banjir di Kampung Luit, Maran, Pahang, semalam.

MARAN 4 Dis. - Ketua isi rumah di daerah ini diingatkan supaya mengutamakan keselamatan keluarga, khususnya kanak-kanak pada musim banjir yang melanda sejak tiga hari lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, musim banjir bukan waktunya untuk berpesta tetapi menguruskan keluarga mengatasi masalah supaya dapat diselesaikan dengan berkesan.

"Ibu bapa yang menjadi ketua isi rumah perlu bertegas dalam hal ini supaya fenomena banjir setahun sekali itu tidak menjadi kenangan pahit kepada mereka sepanjang hayat.

"Apabila banjir berlaku, pihak kerajaan dengan sokongan agensi lain berusaha menjaga kebajikan mangsa banjir dari segi pusat penempatan, makanan dan kesihatan penduduk,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau pusat pemindahan di Kampung Baharu Jara dan Kampung Luit di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan menyediakan pelbagai bantuan kepada mangsa banjir seperti penyediaan pusat pemindahan dan bahan makanan iaitu telur, beras, gula, sardin serta lain-lain.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Keputusan perlawanan Liga Perdana Inggeris

Posted: 04 Dec 2013 06:13 PM PST

Broken Link!

The content you are looking for is not available. You might had clicked on a broken link from another website or the content itself might have been removed.

You may want to consider our archive on

If you think there is an error, please click here to report and let us know.

12,000 dipindahkan, bom Perang Dunia Kedua dilupus

Posted: 04 Dec 2013 10:52 AM PST

ORANIENBURG, Jerman 5 Dis. - Kira-kira 12,000 penduduk dipindahkan buat sementara wantu daripada kediaman dan tempat kerja masing-masing ketika pasukan pakar pemusnah senjata melupuskan sebutir bom Perang Dunia Kedua, di sini semalam.

Perkhidmatan kereta api di bandar-bandar berhampiran turut ditangguh dan dibatalkan bagi melancarkan kerja-kerja pelupusan bom tersebut.

Datuk Bandar Oranienburg, Hans-Joachim Laesicke berkata, proses pelupusan berjalan lancar dan orang ramai boleh pulang ke kediaman dan tempat kerja mereka tidak lama lagi.

"Bom seberat 250 kilogram itu ditemukan di satu kawasan berhampiran sebuah kondominium," katanya. - dpa

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Lagu Maya Karin berkumandang di radio Switzerland

Posted: 04 Dec 2013 12:07 AM PST

Oleh KHADIJAH IBRAHIM

MAYA KARIN

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Lagu Bintang Syurga, dendangan penyanyi dan pelakon

Maya Karin, 34, berkumandang di corong radio di Switzerland, semalam.

Menurut Pegawai Promosi dan Pemasaran Warner Music Malaysia hari ini,

Maya mendendangkan lagu ciptaan Omar K dan Audi Mok sewaktu diundang

sebagai tetamu untuk program di Radio Television Suisse.

"Program yang disiarkan di Radio Television Suisse itu dikendalikan oleh

penyanyi terkenal di sana, Bastian Barker. Selain ditemu bual, Maya juga

berpadu suara dengan Barker untuk beberapa lagu termasuk Bintang Syurga.

"Selain itu, Maya turut mengadakan mini persembahan di Radio Television

Suisse yang disaksikan oleh kira-kira 200 penonton," jelas Anne.

Tambah Anne, lagu berentak pop dance dendangan Maya Karin itu mendapat sambutan baik daripada penonton kerana mereka menyukai alunan suara gemersik penyanyi itu. - UTUSAN ONLINE

Tidak serik kahwin lagi

Posted: 03 Dec 2013 11:11 PM PST

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my

Bersama dua pelakon utama filem Hantu Tok Mudim, Soffi Jikan (kiri) Izzue Islam sewaktu pratonton filem tersebut baru-baru ini

BAGI Adrea Abdullah berlakon dalam drama televisyen, telemovie dan filem kini bukan setakat kerana minat serta bakat seni yang dimilikinya semata-mata. Sebaliknya, lebih daripada itu ia adalah suatu kerjaya, apatah lagi bagi membesarkan anak tunggalnya, Afiq, 8.

Menurut pelakon berusia 36 tahun ini, selepas rumah tangga yang dibinanya gagal dua tahun lalu dia semakin terasa akan tanggungjawab tersebut. Pelakon filem Hantu Tok Mudim ini pada masa sama turut mengakui belum berasa serik untuk berkahwin lagi pada masa depan.

"Pada mulanya saya berasa serik juga untuk berkahwin lagi. Malah, saya juga pernah berasa fobia apabila bercakap tentang kahwin tetapi sekarang ini perasaan itu tiada lagi. Saya sudah bersedia untuk berkahwin lagi kalau jodoh saya masih ada lagi.

"Saya juga tidak salahkan perkahwinan saya yang lepas. Biasalah kalau dulu masa bercinta berjumpa seminggu sekali, jadi kita tidak nampak 'belang' pasangan masing-masing. Selepas tinggal serumah barulah kita nampak semua itu. Bagi saya itu semua adalah pengalaman berharga.

"Sekarang ini, saya rasa lebih matang dan boleh menilai apa-apa yang berada di depan mata saya. Saya menjadi lebih berhati-hati dalam soal memilih pasangan hidup yang boleh membimbing saya dan anak saya ke jalan yang diredai Allah," katanya kepada Hits baru-baru ini.

Dia yang membintangi filem Hantu Tok Mudim yang mula ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara mulai 21 November lalu tidak menyalahkan takdir yang menimpa hidupnya itu. Adrea sebaliknya kini semakin matang dalam memilih pasangan hidupnya kelak.

Sambil tidak menyembunyikan perasaannya itu, dia mengakui kini sedang berkawan rapat dengan seseorang yang amat sesuai untuk dijadikan suami serta bapa kepada anaknya. Namun, katanya apa juga yang berlaku dia tetap akan menyerahkan soal jodohnya itu di tangan Allah.

"Calon suami itu memang sudah ada. Orangnya berumur 46 tahun dan bukan daripada golongan artis. Dia bekerja sebagai seorang perunding dalam sebuah syarikat. Kebetulan dia pula duda dan mempunyai anak. Kami telah berkawan sejak enam tahun yang lepas.

"Cuma sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja kami semakin rapat dan mula mengenali hati budi masing-masing. Kami juga mempunyai perancangan untuk berkahwin dan insya-Allah kalau ada jodoh nanti kahwinlah," ujarnya sambil tersenyum meluahkan perasaannya itu.

Anak keempat daripada tujuh beradik ini berharap jodohnya kali ini adalah yang terakhir dan akan berpanjangan hingga ke akhir hayatnya. Adrea juga seolah-olah mahu menutup segala pengalaman pahitnya dalam tiga perkahwinannya yang telah gagal sebelum itu.

Sibuk berlakon, mengacara

Status janda dan ibu tunggal menyebabkan Adrea lebih banyak memberi tumpuan kepada anak dan kerjayanya sebagai pelakon. Ternyata status itu tidak melemahkan semangatnya untuk terus mengembangkan lagi bakatnya dalam bidang seni lakonan tempatan.

Ramai yang mungkin kurang perasan bahawa pelakon tinggi lampai ini sebenarnya telah mula menjadi pelakon sejak 10 tahun lalu. Filem tentang dunia remaja berjudul SH3 yang dilakonkannya bersama-sama kumpulan Ruffedge adalah filem pertama lakonannya lapan tahun lepas.

Bagaimanapun sejak menjadi pelakon sedekad lalu, Adrea tidak dapat menyembunyikan rasa terkilannya kerana dua filem lakonannya bertajuk Siti Suka Ramli Sarip dan CE1 masih belum ditayangkan di pawagam sehinggalah ke hari ini walau telah tamat penggambarannya.

"Filem CE1 adalah arahan Aziz M. Osman manakala Siti Suka Ramli Sarip pula diarahkan oleh Imran Ismail. Saya kurang pasti mengapa dua filem yang cukup bagus itu tidak dapat ditayangkan di pawagam. Filem itu sudah habis penggambarannya beberapa tahun yang lepas.

"Malah, sebagai pelakon saya juga telah mendapat bayaran berlakon filem itu. Sebagai pelakon saya amat mengambil berat jalan cerita dan kualiti dalam sesebuah filem. Saya anggap suatu kerugian apabila dua filem itu 'senyap' begitu sahaja," tuturnya dalam nada hampa.

Jelas Adrea, selain berlakon menerusi drama dan di layar perak, dia aktif menjadi pengacara dalam banyak rancangan televisyen sejak kebelakangan ini. Antaranya sebagai pengacara rancangan Varia Rasa Bersama Sunquick dan Selera Etnik yang disiarkan melalui saluran TV1 di RTM.

Katanya, pembabitannya sebagai pengacara rancangan-rancangan televisyen dapat mempelbagaikan kerjayanya dalam bidang seni. Selain itu, ia juga seolah-olah dapat memberi pendapatan tambahan apabila tiada tawaran berlakon drama atau filem buat pelakon jelita ini.

"Bagi saya berlakon dan mengacara adalah dua bidang yang berbeza. Malah, saya tidak nafikan berlakon drama atau filem lebih penat berbanding mengacara. Saya pula selalu melakonkan watak-watak berat dalam drama yang memerlukan saya banyak menangis dan penuh emosi.

"Apatah lagi, penggambaran sesebuah drama bersiri dalam 13 episod biasanya 30 hingga 40 hari. Saya kadang-kala terbawa-bawa emosi itu sehingga ke luar set penggambaran. Untuk menghilangkan perasaan dan penghayatan itu saya terpaksa gunakan pelbagai cara.

"Saya antaranya akan bercuti sekejap selepas habis penggambaran bagi menghilangkan penghayatan itu. Ini kerana, kalau saya berlakon sehingga menangis dan mengeluarkan air mata yang asli. Saya tidak gunakan Eyo Mo (ubat mata) untuk tujuan tersebut," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Jaminan UMNO ibarat balas budi

Posted: 04 Dec 2013 10:54 AM PST

Oleh ZULKIFLEE BAKAR
pengarang@utusan.com.my

UMNO membuka tirai perhimpunan agungnya dengan satu jaminan akan terus membela nasib dan masa depan orang Melayu dan bumiputera.

Jaminan yang dilafazkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu ketika merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri boleh dianggap satu balasan terhadap kesetiaan golongan itu yang terus bersama UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Sememangnya itulah balasan paling wajar yang harus diberikan kepada golongan tersebut kerana atas sokongan merekalah UMNO terus menjadi tonggak kekuatan BN dan BN pula terus memerintah negara ini.

Dalam mempertegaskan jaminan ini, UMNO tidak harus bimbang dan khuatir terhadap golongan tertentu yang mungkin berasa mereka dipinggirkan.

Tetapi persoalannya, siapakah yang meminggirkan siapa? Selama ini UMNO dan BN cuba memberi keadilan dan membela semua kaum. Tiada sesiapa pun yang dikecualikan.

Kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO melaksanakan pelbagai program, dasar dan tindakan atas matlamat memberikan kesejahteraan kepada rakyat secara keseluruhannya.

Malangnya, apabila PRU-13 berlangsung, ada sebahagian besar daripada mereka lebih mempercayai pakatan pembangkang dan begitu yakin masa untuk menukar kerajaan sudah tiba.

Bagaimanapun orang Melayu dan bumiputera masih kekal bersama BN, mereka tidak terpengaruh dengan agenda merebut kekuasaan yang diuar-uarkan oleh pakatan pembangkang.

Biar pun pakatan itu turut disertai oleh Pas yang kononnya memperjuangkan Islam, namun orang Melayu tidak mahu terpedaya dengan mainan politik parti tersebut.

Ia memandangkan biar pun dianggap salah satu parti yang menguatkan pakatan pembangkang namun Pas tidak memiliki kekuatan dalam kata sebenar. Pas sehingga ke hari ini tidak pernah secara terbuka menyatakan akan terus membela nasib dan masa depan orang Melayu.

Malah satu ketika pemimpin mereka berkata, tidak bangga menjadi orang Melayu dan mereka dilihat begitu bimbang untuk mengetengahkan soal perjuangan orang Melayu demi menjaga hubungan dengan PKR dan DAP.

Tetapi UMNO tidak perlu mempunyai keadaan sedemikian kerana memahami kekuatan yang ada kepada parti itu. Ia bukanlah bermaksud UMNO meminggirkan kaum lain, sebaliknya yakin kekuatan UMNO dan kekukuhan membela nasib orang Melayu serta bumiputera akan mampu membawa limpahan kesejahteraan kepada kaum-kaum lain.

Penegasan dan jaminan yang diberikan oleh UMNO melalui Muhyiddin sudah jelas membuktikan bahawa dalam apa keadaan sekali pun, UMNO tidak pernah berganjak setapak pun dalam membela orang Melayu dan menjaga kesucian Islam.

Ia selaras dengan ketegasan Muhyiddin yang menyatakan, ''UMNO akan terus mendukung tugas besar ini selagi UMNO wujud dan mendapat sokongan rakyat.

''Justeru, kepada mereka yang meragui ketegasan UMNO mempertahankan agenda bumiputera, katakan kepada mereka UMNO bukan parti picisan yang mudah tenggelam dalam arus perubahan.''

Sememangnya, kenyataan ini tepat sekali jika rentetan perjuangan UMNO dalam BN dikaji sejak dahulu. UMNO telah membuktikan dalam keadaan apa sekali pun, parti itu tidak pernah mempertaruhkan dasar perjuangan semata-matanya untuk mengekalkan kuasa.

UMNO juga jauh sekali menggunakan pendekatan populariti bagi meraih undi, sebaliknya UMNO melalui kerjasama dan kesepakatan dalam BN sentiasa mengutamakan pendekatan berhemah dengan memastikan apa yang dijanji atau akan dilaksanakan adalah berdasarkan realiti.

Ini berbeza dengan Pas dan PKR yang turut disertai oleh pemimpin dan ahli-ahli Melayu, dasar mereka boleh diubah, matlamat mereka boleh berubah dan perjuangan mereka sering tidak tentu arah.

Berikutan keadaan itu, orang Melayu dan bumiputera seharusnya berasa lega dengan jaminan yang diberikan oleh UMNO kerana mereka kini mengetahui bahawa parti keramat orang Melayu tidak pernah hanyut dalam usaha mengekalkan kuasanya.

Apa yang lebih penting, UMNO juga semakin menyerlahkan perjuangan parti itu bukan sahaja dalam soal kepentingan orang Melayu tetapi juga mempertahankan kesucian Islam khususnya dalam soal akidah Islam.

Perkara itu terbukti apabila Muhyiddin menegaskan bahawa UMNO tidak akan berkompromi dengan sebarang cubaan yang mengancam akidah umat Islam di negara ini.

''UMNO sebagai benteng kepada agama Islam mengambil pendirian tegas menolak sekeras-kerasnya segala tuntutan yang bertentangan dengan hukum Islam, apatah lagi di sebalik kesedaran wujud cubaan tersusun merungkai institusi dan asas-asas Islam.

'' UMNO juga tidak akan sesekali tunduk kepada tuntutan yang bercanggah dengan Perlembagaan seperti menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, menghina Islam, institusi raja, bahasa Melayu dan sebagainya,'' tegas Muhyiddin.

Sekali lagi, ia membuktikan keberanian UMNO untuk menyatakan sesuatu yang benar biar pun, parti itu tidak pernah melaung-laungkan soal perjuangan Islam apatah lagi menguar-uarkan slogan berkaitan Islam berderet-deret.

Namun jika dikaji telatah Pas, sekali lagi kita ingin bertanya apakah mereka secara lantang bercakap atau memberi jaminan seperti mana yang dilakukan oleh UMNO.

Apa yang sering kita saksikan, parti itu biar pun mempunyai Dewan Ulama dan Majlis Syura namun tiada penegasan yang dibuat dalam soal ini. Ia bukan salah alim ulama dalam parti itu tetapi disebabkan oleh pengaruh politik PKR dan DAP yang meresap dalam kalangan sesetengah pemimpin Pas.

Atas keadaan itu jugalah Pas dilihat teragak-agak dalam membantah tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) baru-baru ini ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) supaya Malaysia mengiktiraf hak-hak individu untuk murtad dan mengamalkan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Pas bukannya tidak tahu bahawa apa yang dilakukan oleh kumpulan tersebut adalah salah, tetapi Pas tidak seperti UMNO. Jika UMNO berani menyatakan yang benar itu benar yang batil itu batil, tetapi Pas membuat apa juga tindakan berdasarkan perhitungan politik.

Justeru adalah diharapkan jaminan UMNO yang diberikan oleh Muhyiddin mengenai soal orang Melayu dan Islam ini akan memberi pemahaman kepada golongan itu untuk terus bersama-sama parti keramat tersebut.

Kini apa yang lebih penting ialah bagaimana hendak menguruskan supaya mesej yang disampaikan oleh UMNO melalui Timbalan Perdana Menteri itu sampai ke peringkat akar umbi.

Oleh itu, adalah wajar sebaik-baik sahaja perhimpunan agung ini selesai, seluruh jentera UMNO perlu bergerak agresif untuk bertemu dan memberi penerangan kepada rakyat khususnya kepada orang Melayu dan bumiputera.

Berilah penjelasan dan penegasan kepada mereka bahawa UMNO sentiasa bersama mereka, akan membela nasib mereka, akan memperjuangkan masa depan mereka, mempertahankan akidah Islam mereka dan memartabatkan agama Islam.

Semoga jaminan yang diberikan oleh UMNO dalam soal membela nasib orang Melayu dan bumiputera akan juga memberi isyarat bahawa parti itu tahu budi siapa yang perlu dibalas dan siapa pula yang perlu diajar bagaimana hendak membalas budi.

Tegas pertahankan Ahli Sunnah

Posted: 04 Dec 2013 10:54 AM PST

Oleh NIZAM YATIM
nizam.yatim@utusan.com.my

BARU-BARU ini umat Islam dikejutkan dengan tuntutan melampau Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang secara terbuka melobi negara-negara asing supaya mendesak kerajaan Malaysia mematuhi prinsip hak asasi tanpa batas.

Antara tuntutan Comango itu adalah supaya kerajaan mengiktiraf hak individu termasuk orang Islam untuk menukar agama atau murtad dan juga memberi kebebasan kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) untuk mengamalkan tabiat songsang mereka.

Gabungan NGO terbabit turut mendesak dimansuhkan undang-undang yang menjadikan hubungan seks luar tabii seperti liwat sebagai satu kesalahan jenayah serta dihapuskan hak keistimewaan orang Melayu dan undang-undang syariah serta menuntut kebebasan penyebaran fahaman Syiah.

Mereka juga mendesak supaya enakmen-enakmen mengenai kesalahan jenayah syariah seperti khalwat, meminum arak, berjudi dan mengamalkan ajaran sesat dipinda atau dimansuhkan atas alasan mengganggu hak peribadi orang Islam.

Keberanian Comango tersebut adalah berpunca kerana mereka turut mendapat sokongan daripada beberapa NGO Islam yang berfahaman sekular dan liberalisme yang menggunakan nama Islam sebagai topeng sahaja.

NGO Islam yang bersekongkol dengan Comango ini cuba menyisihkan kehidupan beragama kepada satu amalan bersifat peribadi dan ia jelas sekali bercanggah dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadikan Islam sebagai satu cara hidup yang perlu dilaksanakan secara menyeluruh dalam semua aspek kehidupan.

Berikutan wujudnya ancaman daripada Comango ini, UMNO yang menjadi parti tonggak kepada Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara sudah pasti perlu melakukan bagi menghalang tuntutan yang bersifat cukup melampau itu.

Sehubungan itu, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika merasmikan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Selasa mencadangkan supaya dimasukkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan satu jaminan bahawa aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah pegangan umat Islam di Malaysia.

Dalam erti kata lain, pegangan Ahli Sunnah yang berasaskan kepada al-Quran, hadis dan perkara yang dibawa oleh para sahabat, yang dilaksanakan di negara ini, tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa pun.

Nama Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dipopularkan oleh Abu Hasan Al-Asy'ari dan Abu Mansur Al-Maturidi setelah berlaku perpecahan dalam kalangan umat Islam ekoran kewafatan Rasulullah SAW terbukti telah berjaya membawa keamanan dan keharmonian di negara ini dan ia seharusnya terus dipertahankan.

Keharmonian penduduk berbilang kaum dan agama di negara ini dapat dikekalkan kerana Ahli Sunnah Wal Jamaah mempunyai pegangan yang bersifat sederhana dan tidak mencela serta mengkafirkan orang yang tidak sealiran dengan mereka seperti Syiah.

Dalam ucapannya, Muhyiddin menegaskan, pindaan Perlembagaan itu adalah selaras dengan prinsip UMNO yang tidak akan berkompromi dengan sebarang cubaan untuk mengancam akidah umat Islam.

"Kita tahu bahawa sekarang ini terdapat satu bentuk cubaan yang tersusun untuk merungkai institusi dan asas-asas Islam di negara kita. Kerana itu, UMNO sebagai benteng Islam mengambil pendirian tegas menolak sekeras-kerasnya segala tuntutan yang bertentangan dengan hukum Islam.

"UMNO tidak akan sekali-kali menghalalkan sebarang perbuatan dosa besar kononnya atas dasar menghormati hak peribadi. Yang haram di sisi Islam tetaplah haram. Tidak ada sesiapa yang boleh mengubah hukum Allah atas apa jua alasan sekalipun.

"Kerana itu, UMNO mengalu-alukan pertubuhan-pertubuhan Melayu dan Islam yang lain untuk berganding bahu bersama-sama kita mempertahankan akhlak, moral dan akidah umat Islam," katanya.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad yang mengulas cadangan Muhyiddin itu berkata, perkara itu adalah selaras dengan pandangan banyak NGO Islam di negara ini yang mahukan penegasan bahawa aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah pegangan umat Islam Malaysia dimasukkan dalam Perlembagaan tertinggi negara.

"Bagi saya ucapan Timbalan Presiden UMNO yang bertajuk 'Menyambung Risalah Perjuangan Suci' adalah yang paling terbaik berbanding ucapan perasmian perhimpunan ketiga-tiga sayap sebelum ini.

"Setelah lebih 60 tahun UMNO ditubuhkan, saya melihat wujud kesungguhan di pihak kepimpinan parti berkenaan untuk memartabatkan Islam secara lebih serius dan praktikal, bukan setakat retorik semata-mata.

"Ucapan ini telah membuka satu dimensi baharu dalam usaha memartabatkan Islam yang sangat dialu-alukan oleh semua NGO Islam termasuk Muafakat," ujarnya.

Menurut beliau, langkah seterusnya yang perlu dibuat adalah untuk mengemukakan usul secara formal di Parlimen bagi membolehkan Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan persetujuan dua pertiga wakil rakyat.

"Kita mendesak semua ahli Parlimen pembangkang yang beragama Islam supaya turut sama menyatakan sokongan terhadap pindaan ini bagi memastikan Malaysia terus aman.

"Kita juga berpendapat ahli Parlimen bukan Islam perlu sama menyatakan sokongan mereka kerana pindaan ini tidak menjejaskan kebebasan beragama di negara ini sebaliknya lebih bersifat mempertahankan formula keamanan negara yang telah terbukti berjaya," katanya.

Menurut Ismail Mina, langkah meminda Perlembagaan Persekutuan yang kemudiannya disusuli dengan tindakan penguatkuasaan yang tegas mampu menyekat ajaran mungkar dan batil yang cuba dikembangkan oleh pihak tertentu di negara ini.

"Ia bulan sahaja akan menyekat puak-puak liberal seperti Comango malah juga dapat mengelak berkembang subur fahaman-fahaman Syiah, Murjiah dan Mujassimah.

"Saya yakin langkah terbaharu ini akan turut menyekat kemunculan kumpulan ajaran sesat seperti Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana di Kelantan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Bambang kongsi ilmu penjagaan rambut

Posted: 03 Dec 2013 11:11 PM PST

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar RASHID MAHFOF

BAMBANG memberi nasihat yang bernas bagi golongan Adam menjaga keadaan rambut mereka.

MENDAPAT ilmu dan berkongsi pengalaman dengan pendandan rambut terkemuka merupakan satu peluang yang tidak harus dilepaskan. Apatah lagi, perkongsian dibuat dalam suasana santai, konsep amali (hands-on) dan penerangan yang sangat jelas oleh pakar pendandan rambut terkemuka, Bambang Suteto.

Bertempat di Hairkunst, The Curve, Bambang berkongsi ilmu penjagaan rambut lelaki yang sering diabaikan golongan ini hingga mengakibatkan masalah lain seperti kebotakan, masalah rambut berminyak, kulit kepala berkelemumur dan macam-macam lagi.

Antara yang dikongsi Bambang ialah betapa seorang lelaki patut mengetahui jenis kulit kepalanya sama ada jenis berminyak, biasa atau kering supaya tahu jenis syampu yang boleh digunakan.

"Bila ada ilmu maka anda tidak akan mudah terpengaruh dengan iklan mahupun dipengaruhi pendandan rambut anda untuk membeli produk keluaran mereka.

"Untuk mencuci rambut juga bergantung pada jenis rambut, jika kulit kepala jenis berminyak maka seeloknya cuci rambut dua kali sehari, jika normal sekali sehari dan jika kering jarakkan cucian rambut tiga hari sekali," ujar Bambang yang telah mendapat latihan secara profesional, intensif dan menimba pengalaman yang tidak ternilai di Eropah di dalam bidang dandanan rambut seperti di Mannheim, Jerman; London, United Kingdom; dan Vienna, Austria selama lima tahun berturut-turut.

Masalah kebotakan yang melanda ramai lelaki juga merupakan isu yang dibincangkan dan bagi Bambang jika botak akibat genetik, memang tidak dapat dielakkan namun bagi yang botak akibat salah penjagaan kulit kepala maka seharusnya bertindak sekarang.

"Rambut gugur kerana rambut mengeluarkan sebumnya sendiri, cuaca menyebabkan kulit kepala makin berminyak. Cara betul mencuci rambut ialah dengan mengurut kulit kepala menggunakan jari sebab mahu menyingkir sebum berlebihan. Sebum berlebihan ini jika tidak dicuci bersih maka akan masuk dalam folikel dan mula menyumbatkan folikel rambut sekali gus mengakibatkan botak," kata Bambang yang juga merupakan pemilik salun Hairkunst yang telah diasaskan sejak 2007.

Pengguna produk

Umum mengetahui lelaki memang menggunakan produk rambut lebih dari- pada wanita namun ramai lelaki yang tidak membersihkan rambut mereka daripada produk tersebut sebelum tidur.

"Jadi mereka akan tidur dengan rambut yang berminyak dan akhirnya menjadi seorang yang kurang berambut kerana kesalahan mereka sendiri. Kalau kita buat tinjauan rambang pada wanita, daripada 10 lapan akan mengakui memiliki alat pengering rambut, tapi kalau lelaki daripada 10 mungkin seorang sahaja yang mempunyai alat tersebut.

"Mengapa mengeringkan rambut itu amat penting kerana apabila rambut dalam keadaan basah adalah pada tahap paling lemah, jika tidak dikeringkan dan terus tidur atau menutup rambut maka 90 peratus akan mengakibatkan rambut gugur," ujar beliau yang merupakan satu-satunya pendandan rambut bumiputera yang terpilih menjadi duta produk kecantikan rambut antarabangsa yang terkenal iaitu Schwarzkopf selama tiga tahun berturut-turut.

Bambang turut mendemonstrasikan cara penggunaan alat pengering rambut yang betul kepada para media dan kemudian mendemonstrasikan cara penggayaan rambut mudah dengan Elite Edgy EFX by Dashing produk penggayaan rambut berdasarkan tanah liat.

Bambang turut berhasrat membangunkan sebuah akademi dandanan rambut beliau sendiri khususnya untuk golongan bumiputera agar golongan ini tidak terpinggir dalam membina perniagaan salun dandanan rambut yang lebih didominasikan oleh kaum lain.

Cinta dua dimensi

Posted: 03 Dec 2013 11:11 PM PST

SUGUL dan resah itulah dua perkataan yang paling sesuai untuk penulis gambarkan kepada Zeyha (bukan nama sebenar) di awal pertemuan kami.

Mungkin terlalu hebat bebanan yang ditanggung Zeyha hingga sukar bagi gadis ini meluahkan konflik yang berlaku dalam dirinya. Belum mula bercerita Zeyha sudah menitiskan air mata.

Cerita Zeyha bermula dengan perkenalan rakan sepejabat yang dikenali sebagai Ziman. Walaupun berlainan deskripsi tugas, namun mereka telah dipertemukan dalam satu tugasan yang menuntut kedua-duanya supaya bekerjasama di dalam satu tempoh waktu yang agak panjang.

Demi untuk menyiapkan tugasan tersebut, mereka banyak meluangkan masa bersama sehinggakan masing-masing lupa akan kehidupan normal mereka.

Kesibukan itu telah menyebabkan mereka mula mengabaikan pasangan masing-masing.

Sebenarnya, kedua-dua mereka telah pun bertunang dan hanya menunggu sahaja tarikh perkahwinan mereka iaitu dijangka pada hujung 2014.

"Sementara itu perhubungan saya dan Ziman semakin intim akibat masa yang diluangkan bersama lebih panjang dari pasangan masing-masing.

"Sedikit demi sedikit hal-hal peribadi dikongsi bersama dan masing-masing mula meluahkan rasa ketidakpuasan hati terhadap pasangan masing-masing yang sebelum ini memang kebetulan bermasalah.

"Kemanisan alam pertunangan saya juga sudah semakin tawar dan kini kami mula memendam rasa antara satu sama lain.

"Banyak pula peribadi Ziman yang menarik perhatian saya apatah lagi banyak persamaan antara kami dari segi pemilihan makanan, hobi dan lain-lain lagi," ujar Zeyha panjang lebar.

Tambah Zeyha lagi, cintanya mula beralih arah kepada Ziman akibat sikap tunangnya yang suka mengambil sambil lewa terhadap persiapan majlis perkahwinan mereka, manakala Ziman pula beralih arah akibat dari sikap degil tunangnya yang terlalu sibuk dengan aktiviti sosialnya.

Zeyha mula jatuh hati pada Ziman yang terlalu mengambil berat akan dirinya dan komited terhadap sesuatu.

Ziman turut membuat pengakuan pada Zeyha bahawa dia turut meminati Zeyha berdasarkan perlakuan gadis tersebut yang lemah lembut, tidak suka bersosial dan tidak materialistik.

Akhirnya, kedua-duanya telah mengambil keputusan drastik dengan memutuskan tali pertunangan masing-masing.

Zeyha telah membawa Ziman berjumpa dengan ibu bapanya di kampung dan meminta agar disegerakan perkahwinan dengan lelaki itu. Walaupun pada mulanya mendapat tentangan yang hebat daripada keluarga, namun Zeyha tetap dengan pendiriannya. Segala barang-barang hantaran telah dibeli oleh Zeyha dalam waktu yang singkat.

Namun, dengan tidak semena-mena Ziman berpatah semula ke bekas tunangnya.

"Saya amat terkejut mengapa Ziman boleh berubah keputusan di saat kami mahu membina rumah tangga bersama. Pada saya tiada apa yang salahnya jika saya mahu bersegera dengan urusan rumah tangga kerana tidak mahu terjebak dengan dosa dan maksiat akibat hubungan yang belum dihalalkan sedangkan kami berdua kerap menghabiskan masa bersama di pejabat.

"Lebih menyedihkan Ziman bersikap langsung tidak pedulikan saya malah menuduh saya perempuan psiko pula tanpa sebab yang konkrit.

"Saya cuba memujuk Ziman namun Ziman langsung tidak peduli seperti dia tidak pernah melafazkan apa-apa janji kepada saya. Dalam pada itu, tunang Ziman pernah bertemu saya dan mengugut saya akan menyesal kerana cuba merampas tunangnya.

"Hakikatnya keadaan kami bukan merampas atau memutuskan pertunangan masing-masing dengan sengaja tapi semuanya telah dipersetujui bersama," imbas Zeyha penuh emosi.

Zeyha kini berhadapan dengan dilema apabila ibu bapanya sering bertanya bila pihak lelaki mahu masuk meminang. Dalam pada itu Zeyha berasa amat tertekan kerana setiap hari dia perlu bersemuka dengan Ziman di pejabat.

"Memang amat menyedihkan saya apabila Ziman meminta kepada bos kami agar tukarkannya ke tugasan di daerah luar.

"Saya tahu itu memang bagus untuk hubungan yang tidak kesampaian ini namun yang merungsingkan saya mengapa dengan sekelip mata dia boleh berubah hati dan perangai terhadap saya. Saya memang rasa dia tidak sama langsung dengan Ziman yang saya pernah rapat satu ketika dulu," jelas Zeyha.

Zeyha kini sedang memujuk hati sendiri dan pada masa yang sama cuba memenuhi masanya dengan rakan-rakan perempuan.

Zeyha kini serik dengan alam pertunangan dan hanya menunggu insan yang benar-benar ikhlas untuk menyunting dirinya.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tindakan ke atas kontraktor

Posted: 04 Dec 2013 10:54 AM PST

Oleh MOHD. ZULFADLI SHARIFUDIN
kota@utusangroup.com.my

SEORANG pekerja kontraktor membersihkan bahagian sengkuap di PPR Sri Pantai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur selepas diarahkan oleh DBKL baru-baru ini. - IHSAN DBKL

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor pembersihan yang gagal menunjukkan prestasi baik dalam melaksanakan kerja-kerja di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti DBKL, Wan Mohammad Ghazali Nor berkata, satu jawatankuasa penilaian prestasi kontraktor pembersihan telah ditubuhkan bagi menilai prestasi mereka setiap bulan.

"Bagi kontraktor yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh DBKL, mereka akan dikenakan denda iaitu pemotongan bayaran daripada nilai kontrak. Jika keadaan bertambah buruk maka tindakan lebih tegas akan diambil ke atas mereka.

"DBKL juga melaksanakan pemantauan rapi terhadap kerja-kerja pembersihan oleh kontraktor supaya mengikut spesifikasi kontrak yang ditetapkan khususnya di kawasan PPR.

"Kami juga telah berkerjasama dan berbincang dengan pihak Alam Flora Sdn. Bhd., supaya kontraktor mereka mematuhi dan mengutip sampah mengikut jadual," katanya ketika hadir ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan Utusan Malaysia pada 27 November lalu berhubung keadaan PPR Sri Pantai di Pantai Dalam yang kotor kerana sikap tidak bertanggungjawab segelintir penduduknya yang membuang sampah merata-rata.

Menurut Ghazali, kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembersihan di PPR berkenaan telah diberi amaran dan notis juga telah dikeluarkan kepada penghuni yang dikenal pasti membuang sampah merata-rata.

"Jika berulang DBKL tidak teragak-agak untuk membatalkan penyewaan mereka. Persatuan penduduk juga perlu memainkan peranan sebagai mata dan telinga kami dengan aduan," tegasnya.

Beliau berkata, hasil siasatan yang dijalankan oleh pihaknya selama dua hari pada hujung bulan lalu di PPR Sri Pantai amat mengecewakan kerana kawasannya sangat kotor.

"Oleh itu, skuad khas pembersihan DBKL telah mengambil langkah dengan mengarahkan pihak kontraktor menjalankan kerja-kerja pembersihan dengan segera pada 28 November lalu.

"Selain itu, aktiviti gotong-royong di PPR Sri Pantai akan diadakan pada Sabtu ini dan saya berharap jumlah penyertaan daripada orang awam akan meningkat. Kami akan mengadakan aktiviti ini secara berterusan termasuk di PPR lain," ujarnya.

21 peniaga pajak gadai haram ditahan

Posted: 04 Dec 2013 10:54 AM PST

KUALA LUMPUR 4 Dis. - Polis menahan 21 individu dalam operasi khas ke atas 18 premis pajak gadai emas di sekitar ibu negara yang menjalankan perniagaan tanpa lesen.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, operasi tersebut yang melibatkan 22 pegawai dan 88 anggota dari pelbagai cawangan polis kontinjen itu memberi penekanan untuk membanteras perniagaan pajak gadai emas yang dilaporkan dijalankan secara haram.

"Sebanyak 22 premis telah diperiksa dalam operasi itu dan daripada jumlah itu sebanyak 18 dikesan menjalankan perniagaan tanpa lesen. Polis juga menangkap 17 lelaki dan empat wanita berusia antara 20-an hingga 50-an," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau berkata, polis turut merampas barang kemas seperti rantai leher, gelang tangan, cincin dan subang yang nilainya masih belum dapat dipastikan.

"Selain itu, turut dirampas ialah dokumen-dokumen perniagaan seperti buku rekod, buku resit dan invois," katanya.

Kesemua tangkapan disiasat di bawah Seksyen 7(2) Akta Pemegang Pajak Gadai 1972 dan Seksyen 6 Akta Peniaga Barangan Terpakai 1946 kerana menjalankan perniagaan pajak gadai tanpa lesen yang sah.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak kurang RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Acara menarik Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2013

Posted: 04 Dec 2013 10:54 AM PST

Alinah Ahmad mengibarkan bendera MBPJ dalam majlis pelepasan Konvoi Kereta Mini bagi mempromosi Festival Antarabangsa Petaling Jaya di Ibu Pejabat MBPJ, Petaling Jaya, Selangor, semalam.

PETALING JAYA 4 Dis. - Orang ramai khususnya warga Selangor dan Kuala Lumpur dijemput untuk memeriahkan sambutan Festival Antarabangsa Petaling Jaya 2013 selama dua hari bermula 21 Disember ini.

Ini merupakan kali pertama Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menganjurkan festival seumpama itu dan sebanyak 30 acara menarik akan diadakan sepanjang berlangsungnya acara tersebut yang bertemakan Gaya Hidup Lestari. Kehidupan Hijau.

Festival itu dijadualkan turut disertai oleh pelbagai pihak termasuk yang dibawa khas dari luar negara.

Datuk Bandar, Datin Paduka Alinah Ahmad berkata, orang ramai berpeluang untuk menyaksi dan menyertai pelbagai acara menarik yang disediakan bagi mempromosikan dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai amalan gaya hidup yang lebih sihat dan mesra alam.

"Dari slot pameran sahaja, iaitu untuk segmen Eko Mobiliti kami akan mempamerkan pelbagai jenis kenderaan teknologi eko seperti hibrid, solar dan elektrik, termasuk dari Universiti Tenaga Nasional (Uniten) yang akan mempamerkan kereta ranjer yang menggunakan teknologi dari Jepun dan Jerman dan bas solar dari Universiti Sains Malaysia (USM).

"Di samping itu pameran pelbagai jenis basikal dari pelbagai negara sama ada bersifat klasik dan futuristik termasuk rekaan dari MBPJ sendiri iaitu basikal Ambike (basikal teksi) yang membolehkan lapan orang menaiki dan mengayuh basikal tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas gimik prapelancaran festival itu di ibu pejabat di MBPJ di sini, hari ini.

Alinah berkata, malam perasmian festival akan dimeriahkan dengan perarakan besar yang melibatkan penyertaan pelbagai pihak yang diikuti dengan persembahan artis Ikon Hijau, Zainal Abidin.

"Kami ada acara tayangan filem (Eco Knight), demonstrasi makanan sihat, persembahan line dance, taici, lukisan grafiti, klinik hijau, muzik jalanan, persembahan akrobatik basikal BMX, senamrobik hijau, fun ride, dam aji gergasi dan pemeriksaan kesihatan," katanya.

Selain itu, menurut beliau, acara lain ialah pelbagai jenis pertandingan termasuk perlumbaan basikal bukit Getaway PJ 2013, bike hunt, bola jaring, futsal, memanjat dinding, papan selaju, aksi lagak ngeri basikal BMX dan mewarna.

Sehubungan itu beliau berharap ibu bapa membawa anak-anak mereka ke festival itu sebagai aktiviti cuti persekolahan yang sangat berfaedah untuk seisi keluarga.

"Paling menarik juga, penduduk Petaling yang membayar cukai taksiran mereka pada festival ini diadakan akan diberikan rebat sebanyak RM100," katanya.

Festival itu juga, katanya, akan menyediakan gerai jualan pelbagai jenis produk landskap, eko bazar, basikal dan aksesori, peralatan dan pakaian sukan, makanan dan minuman.

Maklumat lanjut dan borang pendaftaran penyertaan boleh diperoleh dari laman web www.mbpj.gov.my atau menghubungi talian 03-7956 3544.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Feminin

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Berkongsi rezeki dengan keluarga

Posted: 03 Dec 2013 11:11 PM PST

Gambar NOOR AZLINA JAAFAR">

WALAUPUN jawatannya yang dahulu sudah boleh dikatakan berada di puncak dan pendapatan yang diperoleh sudah cukup lumayan namun seperti ada suatu kekosongan di dalam jiwanya.

Tempoh 10 tahun bekerja makan gaji sebagai pengurus pentadbiran di MK Land, pensyarah sambilan di The One Academy (Sunway) dan Penolong Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri Johor, sudah cukup baginya untuk mengumpul modal pengalaman sebelum melakukan sesuatu yang menjadi minat hatinya.

Malah beliau masih boleh pergi jauh lagi dan meningkat ke peringkat yang lebih tinggi kerana semasa memegang jawatan sebagai pengurus pentadbiran, beliau merupakan pengurus termuda kerana ketika itu usia baru mencecah 25 tahun.

Pun demikian, bidang perniagaan masih menjadi kecintaan hatinya kerana dirinya telah dipupuk dan dibiasakan berniaga sejak berusia masih mentah. Ibunya membesarkan mereka lima beradik hasil daripada berniaga kuih dan kini mereka sekeluarga mampu hidup senang walaupun kejerihan semasa kecil masih diingati sehingga ke hari ini.

"Saya masih ingat setiap malam ibu akan membuat sebanyak 15 jenis kuih dan hanya dapat tidur pada pukul dua pagi. Pukul lima pagi ibu kena bangun. Kami adik-beradik turut dikejutkan untuk menolong dan membuat apa yang perlu sebelum ke sekolah. Awal pagi, ayah pun mula menjual kuih-muih tersebut," kata Azura Shafawi, pemilik empat buah butik pakaian Ummi Riaz semasa ditemui di Utusan Malaysia baru-baru ini.

Tambah Azura, dua buah butik beliau terletak di Johor Bahru, sebuah di Shah Alam dan sebuah lagi baru dibuka bulan ini di Kuala Selangor. Beliau juga mempunyai seramai 16 orang stokis di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Brunei.

Berasal dari Johor Bahru, menurut anak kedua daripada lima beradik ini, beliau memulakan perniagaan fesyennya pada tahun 2008 dan seterusnya mengeluarkan jenama pakaian muslimah Ummi Riaz pada tahun 2010.

Setelah berjaya memegang jawatan sebagai pengurus, ibunya menggalakkan beliau untuk meletakkan jawatan dan menumpukan perhatian kepada bidang perniagaan. Ibunya yakin berniaga akan lebih memberikan rezeki yang luas kepada beliau. Yakin dengan kata-kata dan doa ibu, lantas pada tahun 2012, Azura berhenti kerja.

Berminat dalam bidang jahitan

Berminat menjahit sejak kecil, kata Azura, selain mengeluarkan pakaian yang telah siap, beliau turut menerima tempahan menjahit pakaian secara pukal untuk beberapa butik muslimah seluruh negara dan tempahan pakaian daripada beberapa jenama pereka terkenal tanah air. Kesemua tempahan tersebut disiapkan di kilang beliau yang terletak di Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Memiliki Ijazah Sarjana Pengurusan dan Perancangan Pelancongan dan Ijazah Perancang Bandar kedua-duanya daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), kata Azura, beliau memberanikan diri membuka cawangan di Shah Alam dan Kuala Selangor memandangkan di sini pasarannya lebih meluas, sambutan yang baik dan lebih ramai golongan muslimah yang suka bergaya dengan fesyen-fesyen terkini.

"Tahun pertama berniaga memang tidak menguntungkan. Modal dah keluar namun keuntungan masih belum nampak. Namun saya memegang konsep istiqamah, sabar dan terus berniaga kerana saya faham berniaga ini menguji kesabaran."

Tahun berikutnya saya melihat ada perubahan. Pelanggan mula memberikan maklum balas yang baik. Mereka seronok dan gembira memakai keluaran Ummi Riaz dan saya juga gembira melihat mereka seronok. Malah mereka mahukan saya menghasilkan lebih banyak rekaan pakaian muslimah yang moden, bergaya dan sesuai dengan semua bentuk badan.

"Dalam rekaan-rekaan saya, saya amat mementingkan keselesaan. Contohnya kurung Pahang saya. Ada pelanggan yang membeli sehingga 15 pasang kerana kata mereka, selesa dan bagi yang berbadan gempal, nampak kurus. Selain pelanggan Melayu, saya juga mempunyai pelanggan Cina yang gemar memakai baju kurung Pahang saya,'' ujar Azura yang mengaku beliau bahagia dengan bisnesnya sekarang kerana dapat membahagiakan orang lain.

Menggunakan slogan ringkas, trendy dan eksklusif, Azura berkata, beliau mahu menjadi trendsetter dalam bidang bisnes pakaian yang dilakukannya ini. Memilih fabrik lycra berkualiti yang diimport untuk koleksi beliau, Azura menghasilkan koleksi terhad. Setiap keluaran hanya terdapat 30 corak dan katanya akan habis dibeli pelanggan dalam masa satu hari sahaja.

Berniaga dapat bantu ramai orang

Menurut Azura, melalui perniagaan beliau dapat berkongsi minat dengan pelanggan melalui koleksi pakaiannya serta berkongsi rezeki dengan adik-beradik dan pekerjanya.

Bidang perniagaan kata Azura, dapat membantu ramai orang dan memberikan gaji kepada mereka. Berniaga juga memberikan kepuasan dan jika bekerja lebih akan dapat lebih. Pun begitu, beliau sentiasa menjaga keberkatan supaya mendapat rezeki yang halal dan dimurahkan rezeki. Semangat ibu, ayah dan sokongan suami sentiasa disemat di hati.

Kakak dan adik lelakinya bekerja dengan beliau menguruskan bidang teknikal di butik. Dengan itu, setiap hasil usaha dan pendapatan yang diperoleh dapat dinikmati juga oleh mereka. Stokis beliau juga terdiri daripada kawan-kawan rapat.

Pencapaian Azura dapat dilihat apabila beliau sering muncul dalam program-program televisyen seperti Safiyya, Hijab Stylista di TV9, Assalamualaikum dan Manjada Wajada di TV Al-Hijrah, Nona di TV3 dan Ramadan di Astro Oasis.

Beliau juga sering dijemput oleh pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB), Mara dan Tekun untuk memberikan ceramah kepada usahawan-usahawan baru dalam bidang perniagaan, berkongsi pengalaman, membuka minda dan cara memulakan perniagaan atas talian.

Merancang memfrancais perniagaan seperti satu daerah utama satu butik.

Mempunyai hobi melukis gambar pemandangan.

Mendapat tawaran memasarkan koleksi pakaian Ummi Riaz ke China.

Ibu bapanya merupakan penjual tauhu bakar terawal di Johor Bahru.

Terima tempahan menjahit pakaian untuk pereka terkenal di Malaysia.

Tiga atau empat hari seminggu akan berada di Kuala Lumpur dan tinggal di rumah yang dibeli di Shah Alam.

Sembilan tahun mendirikan rumah tangga dan masih belum dikurniakan cahaya mata, Azura reda dengan ketentuan Illahi. Bagi Azura, beliau sentiasa bersikap positif dan yakin Allah lebih mengetahui mengapa beliau masih belum dikurniakan anak.

"Saya sentiasa bersikap positif dan selalu ingat bahawa Allah mengaturkan sesuatu kerana ada alasan tertentu. Saya tidak bersedih dan mengetahui setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya. Allah akan beri pada masa yang tepat dan apabila kita sudah bersedia.

"Walaupun saya masih belum mempunyai anak tetapi saya sentiasa mengisi diri dengan ilmu mengenai keibu bapaan dan berkongsi dengan kawan-kawan atau mereka yang membaca di dalam laman sosial Facebook saya.

"Ada juga yang kata saya tak tahu tentang penjagaan dan didikan anak-anak kerana tidak memiliki anak. Itu tak betul kerana saya dah mula dan kena belajar dari sekarang," katanya.

Pada pendapat Azura, ibu bapa harus rapat dengan anak-anak dan menganggap anak-anak seperti kawan sejak anak-anak berumur tujuh tahun lagi supaya apabila mereka membesar mereka tahu mereka boleh berkongsi apa sahaja dengan ibu bapa.

"Selain itu, kebiasaannya ibu bapa sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak dan memenuhi kehendak anak. Jangan terlalu memanjakan anak-anak dan jangan pula terlalu mengongkong," kata Azura yang bersyukur kerana suami tidak pernah mendesak tentang anak.

Pameran jam tangan mewah

Posted: 03 Dec 2013 11:11 PM PST

Oleh Siti Aishah Yusoff
Gambar Mohd. Farizwan Hasbullah

Bergaya dengan jam tangan mewah dan perhiasan yang cantik pasti memberikan kelainan kepada penampilan seseorang.

Bagi menampilkan keunikan dan kelainan dalam bergaya, satu pameran A Journey Through Time VII telah dilancarkan baru-baru ini buat peminat-peminat barangan mewah tersebut.

Pelbagai jenis jenama jam tangan mahal dan barangan perhiasan terkemuka dan terkenal di sekitar Asia dibawakan khas dengan rekaan yang menarik dan unik.

Pameran ini yang memasuki tujuh tahun merupakan inisiatif kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dalam usaha mempromosi barangan ini kepada masyarakat luar.

Pelawat yang berkunjung ke Starhill Gallery berpeluang meneroka dan melihat sendiri keunikan, produk terbaru dengan gaya mewah yang pasti memukau mata.

Selain pameran jam tangan eksklusif dan barangan kemas mewah diadakan selama seminggu, pelbagai aktiviti menarik dan santai turut diadakan seperti fesyen berkawad, hidangan menarik dan persembahan oleh pemenang trio Opera Pop New Zealand Tre-Belle, Got Talent Australia 2009.

Antara jenama barangan perhiasan mewah yang dipamerkan adalah Damiani, Garrard, Glubelin, Ceres, Mouawad dan banyak lagi yang pasti memberikan kelainan dan perasaan memukau.

Damiani yang didatangkan dari Itali membawa koleksi rantai leher terbaharunya iaitu Sophea Loren. Rantai leher seberat 81.02 karat didatangkan dengan gabungan white gold with diamond yang pasti memukau tatkala memakainya.

Damiani adalah jenama barangan mewah yang diasaskan pada tahun 1942 oleh Enricco Grassi Damiani in Valenza, Itali.

Damiani juga merupakan kedai barangan perhiasan mewah yang pertama kali memasuki pasaran Malaysia.

The Royal Diamond pula adalah koleksi terbaru bagi jenama ceres yang diterbangkan khas daripada house of Goenka iaitu satu tempat yang hanya menghasilkan batuan permata yang terpilih dan baik. Koleksi inspirasi Goenka's adalah gambaran keghairahan yang penuh dengan nilai kesenian yang memikat dan cantik. Setiap potongan dan rekaannya yang memukau yang mengandungi emas 18 karat dan dikelilingi dengan 1,073 batuan permata putih.

Garrard pula adalah koleksi barangan kemas yang tertua di London iaitu Garrard & com pada 1735. Koleksi terbaru kali ini, Garrard menampilkan rantai leher Emerald and Diamond yang didatangkan dengan emerald dan batuan permata putih bersama-sama dengan loket yang boleh ditanggalkan jika tidak ingin memakainya. Garrard adalah antara jenama tertua di London yang membuka butik jualannya di luar United Kingdom.

Koleksi terbaru l'imcomprable daripada Mouawad didatangkan dengan 637 karat permata, yang telah diiktiraf dari Genuine World Record sebagai rantai leher termahal dunia yang berharga $55 juta US.

Sementara itu, pelbagai koleksi jam tangan mewah juga turut mendapat sambutan hangat daripada peminat-peminat yang mementingkan gaya dan penampilan yang menarik.

Koleksi jam tangan mewah yang terlibat dalam pameran kali ini seperti Bedat & Co., Cecil Purnell, Hautlencer, Hermes, Hublot, Maitress du temp, Muarica Lacroix, Romain Jerome dan Speake-Marin yang direka dengan teknologi tinggi dan gaya mewah.

Bedat &Co. merupakan koleksi jam tangan mewah dihasilkan khusus untuk golongan feminin bergaya dan santai. Jam ini didatangkan istimewa dengan 18 karat emas putih paladium digabungkan dengan 50 baguette potongan permata.

Koleksi jam tangan Lady lacroix dari cecil purnell adalah jam tangan mewah yang didatangkan dari Geneva, switzerland dengan warna emas ros pada permukaannya dan gabungan biru enemal pada bahagian tali.

Masterpiece MP-05 Laferrari adalah koleksi terbaru dari Hublot iaitu jam tangan mewah dari switzerland yang direka oleh Carlo Crocco pada tahun 1980.

Chapter OneTransparence dari Maitres du Temps dari Switzerland yang diasaskan pada tahun 2005 oleh Steven Holtzman.

Jenama ini dilancarkan di Geneva pada tahun 2008 iaitu chapter one yang direka oleh Christophe Claret, Roger Dubuis and Peter Speake-Mari.

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved