Jumaat, 29 Julai 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Rumah urut bertambah

Posted:

Rumah urut bertambah

Rumah urut bertambah

Oleh RAZAK OSMAN
utusankedah@utusan.com.my

SUNGAI PETANI 29 Julai – Para penduduk di bandar ini kesal dengan pertambahan mendadak rumah urut dan pusat hiburan sejak tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan masalah sosial semakin melarat.

Menurut mereka, antara kawasan yang menjadi tumpuan adalah di Taman Sejati Indah, Bandar Puteri Jaya, Taman Nilam, Taman Ria, Taman Aman Jaya dan Taman Arked.

Seorang penduduk, Samsudin Abdul Kadir, 61, dari Taman Desa Meranti, berkata, sebelum memerintah negeri ini, Pas begitu lantang menyuarakan isu-isu berkaitan pusat hiburan dan rumah urut.

"Namun lain pula jadinya. Apabila memerintah, mereka tidak memainkan peranan sepatutnya malah seolah-olah merestui kewujudan aktiviti judi, rumah urut dan jualan arak yang semakin berleluasa," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Seorang lagi penduduk, Jalali Karim, 57, dari Taman Semarak berkata, penduduk juga melahirkan rasa kesal kerana kegiatan tersebut makin berleluasa dan tidak dibendung secara bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Pas Kedah.

"Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan sepatutnya mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sebelum meluluskan permohonan lesen pusat hiburan atau rumah urut," katanya.

Bagi Jalali, penambahan pusat hiburan dan rumah urut menyebabkan masalah sosial semakin melarat di negeri ini, khususnya di Sungai Petani.

"Memang kita berasa malu apabila orang mengatakan Sungai Petani kini menjadi 'sarang' perbuatan negatif. Lebih sakit hati bila pihak penguat kuasa tidak mengambil tindakan tegas menangani masalah ini," katanya.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Persatuan Penduduk Padang Temusu, Abdul Aziz Abdullah, 46, mendakwa, pusat hiburan termasuk mesin kuda juga dikesan bertambah dalam taman perumahan tertentu di daerah Kuala Muda.

"Pengunjung nampaknya tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke pusat hiburan seperti itu kerana ia dibenarkan beroperasi secara sah oleh kerajaan negeri," katanya.

Kelmarin, Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan kebimbangan terhadap pertambahan jumlah pusat hiburan di Alor Setar dan Sungai Petani sejak kebelakangan ini.

Beliau juga melahirkan rasa hairan bagaimana keadaan tersebut berlaku sedangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kerajaan Kedah dakwa pusat hiburan beroperasi secara haram

Posted:

Kerajaan Kedah dakwa pusat hiburan beroperasi secara haram

Kerajaan Kedah dakwa pusat hiburan beroperasi secara haram

ALOR SETAR 29 Julai - Kerajaan Pas Kedah hari ini mengakui kewujudan pusat-pusat hiburan dan rumah urut yang semakin bertambah sejak mengambil alih pentadbiran di negeri ini.

Exco kerajaan negeri, Dr. Ismail Salleh bagaimanapun berkata, pusat hiburan itu beroperasi secara haram kerana tiada lesen baru dikeluarkan sejak pembangkang mentadbir Kedah pada 2008.

Katanya, kewujudan pusat hiburan haram berkenaan seperti pusat karaoke sukar dibendung kerana penguatkuasaan yang lemah atas faktor-faktor tertentu.

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Kedah bagaimanapun tidak menjelaskan faktor-faktor tersebut.

"Ada pusat hiburan yang dibuka seperti pusat-pusat karaoke terutama di kampung-kampung, tetapi semuanya tiada lesen. Ia tumbuh secara sendiri.

"Kita memang hendak mengambil tindakan ke atas pusat-pusat hiburan haram ini tetapi ada sebab tertentu tak boleh bergerak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini.

Beliau ditanya mengenai kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir kelmarin yang hairan dengan kewujudan pusat-pusat hiburan yang semakin bertambah di Alor Setar dan Sungai Petani memandangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas yang mendakwa memperjuangkan Islam.

Ismail berkata, kerajaan negeri akan mengambil kesempatan daripada kelulusan Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 1997 yang akan memperincikan peraturan membabitkan operasi pusat hiburan sepanjang Ramadan ini untuk turut bertindak ke atas pusat hiburan haram.

"Kita ambil kesempatan itu untuk menjalankan penguatkuasaan dengan menutup semua pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Kekalkan skuad Harimau Malaya

Posted:

Kekalkan skuad Harimau Malaya

Kekalkan skuad Harimau Malaya

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my


Pemain Malaysia, Amirulhadi Zainal (kanan) berebut bola dengan pemain Singapura, Daniel Bennett pada Kelayakan Piala Dunia di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.


KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mahu pemain skuad negara dikekalkan walaupun gagal meneruskan kemaraan pada Kelayakan Piala Dunia, kelmarin.

Beliau berharap skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal yang puratanya dibarisi pemain berusia 23 dan 24 tahun perlu dikekalkan demi masa depan sukan bola sepak negara.

Tengku Abdullah yang hadir menonton perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin, yang menyaksikan Malaysia seri 1-1 dan tersingkir kepada Singapura dengan agregat 4-6, berkata, Harimau Malaya masih mempunyai masa depan yang cerah.

"Berilah mereka peluang. Gagal kali ini bukan bermakna mereka gagal selamanya, saya yakin skuad ini mampu bangkit, mereka semua masih muda, " katanya.

Harapan Tengku Abdullah disokong dengan hakikat Malaysia kalah kepada lawan yang lebih matang kerana Singapura dibarisi pemain yang berpengalaman, termasuk penyerangnya Aleksandar Duric yang berusia 41 tahun.

Menurutnya, walaupun masih mentah di pentas antarabangsa, pemain negara tetap mencuba yang terbaik kelmarin.

"Pengalaman jelas menjadi penghalang kepada kita berbanding skuad lawan untuk memenangi perlawanan malam ini.

"Para pemain telah berusaha sedaya upaya tetapi akibat penyudah yang kurang baik, kita gagal memenangi perlawanan," kata nya.

Analisis Tengku Abdullah itu berdasarkan aksi beberapa pemain muda pada bahagian pertahanan yang gagal mengekang kemas pergerakan pemain import Singapura seperti Duric, Qiu Li dan Shia Jiayi.

Selain itu, Ismail Faruqi, 23, yang menggantikan Safiq Rahim, jelas terlalu gugup apabila gagal membuka ruang kepada barisan serangan sehingga terpaksa dikeluarkan pada minit ke-70.

Penyerang gantian, Ahmad Fakri Saarani, 22, juga mempamerkan aksi yang cukup mengecewakan dilayangkan kad merah selepas mengutip kad kuning kedua, walaupun dia beraksi dalam tempoh 20 minit permainan.

Safee Sali, 27, pemain paling senior dalam skuad kebangsaan kali ini, menjaringkan gol tunggal skuad negara sebelum jaringan Jiayi pada minit ke-71 memadamkan api perjuangan Harimau Malaya.

Berbanding skuad lawan, Singapura mempunyai ramai pemain berpengalaman yang berusia 30 tahun ke atas seperti Duric, 41, Daniel Bennett, 33, Mustafic Fahrudin, 30 dan Qiu Li, 30 sementara Shahril Ishak selaku kapten berumur 27 tahun dan Juma'at Jantan, 27 tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kekalahan jadi pengajaran - Safee

Posted:

Kekalahan jadi pengajaran - Safee

Kekalahan jadi pengajaran - Safee


Safee Sali


KUALA LUMPUR - Penyerang skuad Harimau Malaya, Safee Sali ternyata kecewa dengan penyingkiran Malaysia pada pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2014 dan menganggap kegagalan tersebut sebagai pengajaran buat semua pemain.

Sukar untuk ditafsirkan erti 'pengajaran' tersebut tetapi mungkin apa yang dikatakan Safee terarah kepada kelemahan pasukan Malaysia yang banyak perlu diperbaiki, walaupun sebelum ini dijulang dengan kejayaan pingat emas Sukan SEA 2009 dan Piala Suzuki AFF.

Menurut penyerang kelab Indonesia, Pelita Jaya itu, mereka sudah memberikan yang terbaik pada perlawanan kelmarin dengan melancarkan serangan ke atas kubu Singapura tetapi hanya berjaya memperoleh satu gol.

"Kita gagal untuk menjaringkan gol selepas itu malah melepaskan gol kepada pihak lawan, barisan pertahanan sedikit leka. Untuk itu saya meminta maaf kepada penyokong kerana gagal membantu Malaysia mara ke pusingan seterusnya ," katanya selepas perlawanan kelmarin.

Jelasnya, Singapura adalah sebuah pasukan yang bagus dan dia bersama rakan-rakan yang lain sudah mencuba sedaya upaya untuk menjinakkan skuad bimbingan Radojko Avramovic namun gagal.

"Kami mencuba sebaik mungkin untuk kembali merapatkan defisit gol bagaimanapun mereka dapat bertahan dengan baik dan saya begitu kecewa kami gagal walaupun saya dapat menjaringkan tiga gol dalam kedua-dua perlawanan.

"Apa pun ini adalah pasukan muda, perjalanan mereka masih jauh lagi, saya harap mereka dapat bangkit semula pada perlawanan atau kejohanan seterusnya selepas ini," kata Safee.

Safee bertindak sebagai ketua pasukan kelmarin, menggantikan Safiq Rahim yang digantung perlawanan akibat menerima kad merah pada perlawanan pertama di Stadium Jalan Besar, Singapura yang menyaksikan Malaysia tewas 3-5.

Kelmarin, di Stadium Nasional Bukit Jalil skuad Harimau Malaya sekadar mencatat keputusan seri 1-1 , menjadikan agregat 4-6 seterusnya gagal untuk ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia walaupun mendapat sokongan 90,000 penyokong.

Bagaimanapun Safee mengakui tahap keyakinannya semakin meninggi selepas menimba ilmu dalam Liga Super Indonesia bersama pasukan Pelita Jaya dan segala pengalaman tersebut digunakan sebaiknya ketika beraksi dengan skuad kebangsaan.

"Saya akan berlatih bersungguh-sungguh untuk terus meningkatkan permainan saya. Saya tidak boleh berpuas hati setakat ini sahaja, banyak perkara lagi yang perlu saya pelajari," kata pemain berusia 27 tahun itu.

Safee memberikan sedikit harapan kepada penyokong Malaysia apabila menjaringkan gol pada minit ke-57 kelmarin.

Namun 13 minit kemudian Shi Jiayi berjaya menyamakan kedudukan seterusnya menutup peluang Malaysia.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Jenayah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


Mayat bayi dalam beg tangan

Posted:

Mayat bayi dalam beg tangan

Mayat bayi dalam beg tangan


Anggota polis forensik mengangkat mayat seorang bayi yang ditemui di Kilometer 282.4, Lebuh Raya Utara-Selatan dari arah Utara berhampiran susur masuk Nilai, semalam.


SEREMBAN 29 Julai - Entah ke mana perginya sifat kemanusiaan segelintir individu yang bertindak kejam membuang bayi tidak berdosa walaupun perbuatan seperti itu sering didedahkan oleh media.

Tetapi itulah yang masih berlaku apabila seorang penunggang motosikal menemui mayat seorang bayi lelaki dalam sebuah beg tangan wanita di Kilometer 282.4, Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara berhampiran susur masuk Nilai dekat sini petang ini.

Penunggang motosikal itu, Azmi Talib, 44, memberitahu, dia menemui beg tangan itu kira-kira pukul 2.30 petang ketika dalam perjalanan dari Muar, Johor menuju ke Kuala Lumpur.

Menurutnya, dia singgah di bawah jejambat berkenaan untuk berehat seketika sebelum ternampak satu beg tangan wanita berwarna hitam berhampiran lokasi kejadian.

"Ingin tahu apa yang ada di dalam beg itu, saya membuka beg tangan tersebut dan nampak satu objek yang dibalut dengan tuala berwarna putih.

"Sebaik sahaja memegang objek itu, saya dapati ia lembik dan terkejut apabila melihat kaki bayi terkeluar dari hujung tuala berkenaan sebelum menghubungi pihak polis," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Yusoff Awang berkata, bayi berkenaan dipercayai berketurunan Melayu dan baru dilahirkan kerana masih terdapat tali pusat.

"Polis turut menemui satu bungkusan plastik mengandungi uri tidak jauh dari lokasi beg tangan itu dijumpai," katanya.

Beliau berkata, kes ini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Bayi baru lahir ditinggalkan kepada sepasang suami isteri

Posted:

Bayi baru lahir ditinggalkan kepada sepasang suami isteri

Bayi baru lahir ditinggalkan kepada sepasang suami isteri

ALOR SETAR 29 Julai - Sepasang suami isteri yang ingin menjamu selera di sebuah kedai makan di Shahab Perdana di sini terkejut apabila seorang gadis meninggalkan bayi lelaki yang dipercayai baru lahir kepada mereka.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 malam tadi, Ahmad Zaidi Muin, dan isterinya, Marina Midon, masing-masing berusia 34 tahun didatangi seorang gadis meminta isterinya memegang sebentar seorang bayi yang berbungkus dengan tuala berwarna coklat dengan alasan untuk ke tandas.

"Ketika itu kami baru tiba dari Kuala Nerang untuk menjamu selera di kedai makan kegemaran kami dan boleh dikatakan tiap minggu kami akan ke sini.

"Saya baru sahaja meletakkan kereta sebelum seorang gadis berusia lingkungan awal 20-an datang meminta kami jaga bayinya untuk ke tandas namun selepas sejam, dia tidak muncul-muncul," katanya di sini, malam tadi.

Menurut Ahmad Zaidi, dia dan isterinya kemudian membawa bayi itu ke rumah abangnya di Pokok Sena sebelum dinasihatkan membuat laporan polis.

"Kami kemudian membawa bayi lelaki ini ke Balai Polis Alor Setar kira-kira pukul 12 malam untuk melaporkan hal ini kerana bimbang kami dituduh menculik bayi tersebut," katanya yang sudah lapan tahun berkahwin dan belum dikurniakan cahaya mata

Tambahnya, tiada sebarang dokumen atau surat ditinggalkan oleh gadis tersebut kepada mereka.

Dia juga percaya bayi ini baru dilahirkan kerana terdapat kesan darah pada muka bayi ini. Ahmad Zaidi dan isteri juga berhasrat untuk mengambil bayi ini sebagai anak angkat mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd. Jan mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kes tersebut dan bayi lelaki itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan lanjut.

"Bayi berkenaan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Jawapan dari mulut saksi sendiri

Posted:

Jawapan dari mulut saksi sendiri

Jawapan dari mulut saksi sendiri

Oleh SUWARNI MOKHTAR
pengarang@utusan.com.my

SHAH ALAM 29 Julai - Jawapan-jawapan yang terkandung dalam 24 muka surat rakaman percakapan saksi pendakwa ke-29, U. Suresh berhubung siasatan kes bunuh jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain, adalah daripada mulut saksi tersebut sendiri.

Saksi itu juga memahami akibat daripada pernyataan yang diberikan kepada pegawai perakam, Asisten Supritendan (ASP) Ong Seng Keong pada 26 Oktober tahun lalu di Penjara Sungai Udang, Melaka.

Selain itu, saksi yang sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun di pusat tahanan itu memberikan kenyataan secara sukarela sebagaimana yang dicatatkan pada muka surat 24 rakaman percakapan tersebut.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh pegawai perakam itu yang juga pegawai penyiasat kanan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff pada bicara dalam perbicaraan (TWT) di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

TWT itu diadakan selepas Hakim Datuk Akhtar Tahir mendapati terdapat 22 percanggahan antara keterangan saksi itu yang juga bekas pekerja Ladang Gadong di mahkamah dengan rakaman percakapan yang telah direkodkan.

Ia juga bagi memastikan kesahihan kandungan rakaman percakapan itu diberikan oleh Suresh yang dipenjara selepas mengaku bersalah atas tuduhan membuang abu mayat Sosilawati, 47; pemandunya, Kamaruddin Shamsuddin, 47; peguam, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32; dan pegawai Bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, 38 di Sungai Panchau dekat sini.

Dalam kes ini, bekas peguam, N. Pathmanabhan, 42; bersama tiga pekerja ladangnya, T. Thilaiyalagan, 20; R. Matan, 21; dan R. Kathavarayan, 31; didakwa membunuh kesemua mangsa di Lot No. 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting dekat sini antara pukul 8.30 malam dan 9.45 malam, 30 Ogos tahun lalu.

Menjelaskan mengenai pengetahuannya mengenai latar belakang kes tersebut, Seng Keong menyatakan, beliau memerlukan maklumat-maklumat mengenai kes pembunuhan itu bagi membantunya mengemukakan soalan-soalan yang perlu ditanya kepada Suresh.

Menurutnya, soalan-soalan itu disediakan sendiri olehnya empat jam sebelum menemu bual Suresh dan dibuat berdasarkan temu bual oleh seorang lagi pegawai ke atas K. Sarawanan.

Soalan-soalan itu juga mengambil kira beberapa dokumen seperti gambar tempat kejadian, rajah kasar Ladang Gadong dan laporan polis pegawai soal siasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Cif Inspektor N. Govindan yang disediakan oleh pegawai penyiasat ASP Ishak Yaakob, katanya.

Bekas mekanik, Sarawanan dipenjara bagi tempoh yang sama selepas mengaku bersalah atas tuduhan membakar mayat kesemua mangsa.

Ketika soal balas, peguam bela, Manjeet Singh Dhillon mempersoalkan jawapan yang diberikan oleh Suresh yang didakwanya sama dengan apa yang dinyatakan kepada Govindan tiga bulan sebelum itu.

''Jawapan Suresh yang bagi. Mana saya tahu, dia cakap macam itu, saya tulis macam itu. Itu (jawapan) yang dia bagi pada saya,'' kata Seng Keong.

Seperti tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, peguam terbabit terus mengasak Seng Keong dan turut mendakwa rakaman percakapan itu disediakan dengan konspirasi atau komplot dengan pegawai penyiasat.

Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Edris Zainuddin membantah dakwaan tersebut dengan menyatakan pengunaan perkataan konspirasi serta komplot merupakan 'ayat yang sangat jahat' dan bantahan tersebut dibenarkan oleh Hakim Akhtar.

Menjawab lebih lanjut, Seng Keong tidak bersetuju dengan cadangan peguam itu bahawa pegawai penyiasat kes ada membantunya membuat soalan-soalan tersebut atau berada di dalam bilik sewaktu temu bual diadakan.

Prosiding TWT itu bersambung Isnin ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mahkamah ketepikan penjara 2 bulan terhadap Ameng

Posted:

Mahkamah ketepikan penjara 2 bulan terhadap Ameng

Mahkamah ketepikan penjara 2 bulan terhadap Ameng

KUALA LUMPUR 29 Julai - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini mengetepikan hukuman penjara dua bulan terhadap vokalis kumpulan Spring, Ameng (gambar) atas tuduhan memasukkan dadah ke dalam badannya selepas mendapati hukuman tersebut merupakan satu kesilapan.

Ini kerana menurut Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah, Mahkamah Majistret di sini yang memutuskan demikian pada 1 November tahun lalu sepatutnya memilih sama ada menjatuhkan hukuman denda tidak lebih RM5,000 ataupun penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.

Namun, ujar beliau, majistret yang mendengar perbicaraan telah terkhilaf dalam mentafsir Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 apabila mengenakan hukuman penjara dua bulan dan denda RM4,000 terhadap Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 43.

Sehubungan itu, rayuan Ameng untuk mengetepikan sabitan atas pertuduhan tersebut, ditolak oleh mahkamah.

''Bagaimanapun hukuman penjara (kamu) diketepikan dan denda dikekalkan,'' kata Hakim Mohamad Zabidin.

Namun begitu ia bukan 'pembebasan mutlak' bagi Ameng yang kini ditahan di Kompleks Penjara Kluang Johor memandangkan dia masih perlu menjalani hukuman penjara lapan tahun dan sebatan 10 kali yang dijatuhkan terhadapnya.

Dia selaku perayu tiba di mahkamah kira-kira pukul 9.30 pagi dengan memakai baju seragam penjara berwarna merah sambil dikawal oleh tiga orang warden bertugas.

Ameng dilihat terus memeluk dan mencium anak lelakinya yang berusia tiga tahun yang hadir bersama isterinya, Sabariah Zakariah, 41.

Ameng yang terkenal dengan lagu Sampai Hati dan Bougenvilla itu didakwa melakukan kesalahan tersebut ketika ditahan di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini pada pukul 3.45 pagi, 2 April 2010.

Selain hukuman penjara dan denda, Majistret Zaki Asyraf Zubir yang mendengar perbicaraan kes itu turut meletakkan Ameng di bawah pengawasan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun, selain penjara empat bulan jika gagal membayar denda.

Pelaksanaan hukuman tersebut bagaimanapun ditangguhkan kerana Ameng ketika itu mahu mengemukakan rayuan.

Tiga bulan selepas itu iaitu pada 1 Februari lalu , Ameng dan isterinya ditahan setelah polis menemui 122 gram ganja dan sejumlah syabu ketika menginap di sebuah hotel bajet di Taman Melaka Raya, Melaka.

Pada 12 April lalu Mahkamah Sesyen Melaka menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun dan sebatan 10 kali setelah Ameng mengaku bersalah atas dua pertuduhan pindaan memiliki dadah dan satu pertuduhan memasukkan syabu ke dalam badannya sementara Sabariah pula dibebaskan.

Ameng diwakili peguam Kamarul Zaman Abdul Rahman manakala pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Faizah Mohd. Salleh.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Aduan rakyat sentiasa diutamakan

Posted:

Aduan rakyat sentiasa diutamakan

Aduan rakyat sentiasa diutamakan

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
pengarang@utusan.com.my


ADNAN Yaakob mendengar aduan penduduk selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua kampung dan wakil-wakil NGO di Jerantut, kelmarin.


JERANTUT 29 Julai - Kerajaan negeri tidak mengabaikan setiap aduan yang disampaikan oleh rakyat bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pihaknya memahami keperluan dan permasalahan yang dihadapi rakyat di luar bandar dan pedalaman khususnya penyediaan kemudahan asas termasuk bantuan pendidikan.

"Sejak mengadakan lawatan ke beberapa daerah di Pahang Barat awal bulan ini, masalah yang sama diadukan kepada saya berkaitan kemudahan asas, memohon hak milik tanah, bekalan air, elektrik dan kebajikan lain.

"Saya bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, wakil rakyat dan pegawai daerah segera menangani masalah itu dalam sesi pertemuan dan amat memahami masalah yang mereka hadapi," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua kampung, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komponen parti BN, di sini semalam.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail; Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Mohamad Roslan Harun; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee dan ADUN PulauTawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail.

Menurut Adnan, kerajaan negeri mahu permasalahan rakyat didengari dengan lebih telus dan tindakan segera diambil dengan kerjasama wakil rakyat dan agensi kerajaan.

Sehubungan itu, katanya, ketua jabatan di peringkat negeri dan daerah tetap berusaha sebaik mungkin untuk menyiapkan segera sesuatu projek mengikut jadual walaupun berhadapan sedikit kelewatan.

"Kemudahan asas iaitu jalan raya di luar bandar dan masalah hak milik tanah yang dikemukakan akan disemak dengan teliti termasuk oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan wakil rakyat BN setempat supaya memuaskan hati dan keselesaan rakyat.

"Sedikit kelewatan bukan bermakna kerajaan negeri 'terlepas pandang' terhadap kebajikan penduduk, tetapi pelaksanaan sesebuah projek mengikut keutamaan di sesebuah tempat termasuk kajian peruntukan berkenaan," ujarnya.

Beliau memberi contoh projek Jalan Jerantut ke Benta yang terbengkalai kerap mendapat aduan penduduk Lipis dan Jerantut, tetapi Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sudah memaklumkan akan mengeluarkan tender menyiapkan projek berkenaan tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Adnan menjelaskan, hasil pembalakan negeri ini digunakan untuk manfaat rakyat dalam bidang pendidikan, keusahawanan, subsidi kebajikan penduduk miskin dan projek kemudahan asas.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

5,000 peneroka terima wang tanam semula

Posted:

5,000 peneroka terima wang tanam semula

5,000 peneroka terima wang tanam semula

BERA 29 Julai - Lebih 500 peneroka Felda Tembangau 1 dan 2, dekat sini akan menerima wang tanam semula antara RM9,000 dan RM13,000 berikutan menukar tanaman mereka daripada getah kepada kelapa sawit.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengurusan Felda sedang menyiapkan penyata terakhir bagi membolehkan bayaran itu dibuat dalam tempoh terdekat dan ia bergantung kepada kadar jualan hasil peneroka kepada agensi tersebut sebelum ini.

''Segala masalah peneroka akan diatasi secara baik dan berhemah walaupun kadangkala berlaku kelewatan berikutan masalah teknikal serta terpaksa meneliti secara rapi bagi mengelakkan pelbagai masalah berbangkit di kemudian hari.

''Peneroka jangan terus menuding jari kepada Felda atau termakan hasutan pihak luar jika menghadapi sesuatu masalah tetapi perlu beri peluang kepada kakitangan agensi itu untuk menyelesaikannya," katanya ketika berucap pada sambutan Hari Peneroka peringkat Wilayah Mempaga di Felda Tembangau 1, di sini kelmarin.

Ismail yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, pengurusan Felda prihatin dengan masalah yang dihadapi peneroka.

Begitupun, katanya, jika peneroka membawa masalah mereka kepada pihak luar, ia hanya akan menyulitkan keadaan terutamanya membabitkan kewangan dan sebagainya.

Beliau berharap, warga peneroka bersyukur kerana dengan menyertai Felda, terbukti mereka berjaya mengubah taraf kehidupan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

113 rumah rosak dilanda ribut

Posted:

113 rumah rosak dilanda ribut

113 rumah rosak dilanda ribut


Keadaan sebuah rumah yang teruk dipukul ribut di Gugusan Felda Lepar Hilir, Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 29 Julai - Sebanyak 113 buah rumah di Gugusan Felda Lepar Hilir dekat sini rosak akibat dilanda ribut dan angin kencang petang semalam.

Kejadian pada pukul 4.15 petang itu melibatkan kerosakan 92 buah rumah di Felda Lepar Hilir 1, Lepar Hilir 4 (11) dan Taman Saujana (10).

Timbalan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Abdul Rahman Inoh berkata, kejadian itu berlaku dalam tempoh tidak sampai lima minit menyebabkan bumbung rumah mereka diterbangkan angin kencang.

"Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diminta menghulurkan bantuan kepada mangsa selain meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) memutuskan bekalan elektrik buat sementara waktu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dibuat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Abdul Rahman menambah, Felda akan turut memberi bantuan segera kepada mangsa ribut bagi meringankan beban mereka.

Dalam pada itu, seorang mangsa, Zakiah Abdul Rahman, 51, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari kampus Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang dekat sini.

"Ketika itu, suami saya seorang diri berada di rumah dan sebaik sahaja sampai, saya terkejut melihat bumbung di bahagian dapur diterbangkan angin," katanya sambil bersyukur suaminya selamat dalam bencana itu.

Seorang lagi mangsa, Saluma Mat Alim, 50, memberitahu, semasa kejadian dia sedang menonton televisyen dan tiba-tiba berlaku angin kencang menyebabkan dia segera menyelamatkan diri bersama anak lelakinya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Mangsa pembunuhan dikebumi

Posted:

Mangsa pembunuhan dikebumi

Mangsa pembunuhan dikebumi


Penduduk Norway memberi penghormatan kepada mangsa yang terbunuh dalam kejadian tembakan rambang dan serang bom dengan membawa bunga dan bendera Norway di hadapan Oslo Cathedral, kelmarin. – REUTER


OSLO 29 Julai - Norway mengadakan upacara pengebumian bagi mangsa pembunuhan beramai-ramai oleh fanatik Kristian, Anders Behring Breivik, hari ini.

Bendera dikibarkan separuh tiang di seluruh Norway hari ini bagi memperingati peristiwa hitam itu yang berlaku seminggu lalu dan mengorbankan sehingga 76 orang.

Turut diadakan ialah upacara memperingati mangsa serangan itu, yang disifatkan sebagai serangan paling buruk di Norway sejak perang Dunia Kedua.

Salah seorang mangsa yang terbunuh, Bano Rashid, 18, akan dikebumikan di gereja Nesodden berdekatan Oslo.

Sementara itu, polis Norway akan menyoal semula Breivik hari ini ekoran penemuan maklumat baru berhubung kejadian tembakan rambang tersebut.

Ini merupakan kali kedua polis menyoal-siasat fanatik Kristian berhaluan kanan itu sejak Sabtu lalu, sehari selepas pembunuhan kejam di pulau Utoeya dan letupan bom di pusat bandar Oslo itu.

Pegawai polis, Paal-Fredrik Hjort Kraby berkata, mereka akan menyoal Breivik berhubung maklumat baru yang diterima beberapa hari lalu.

Namun, apabila penyiasatan semakin mendalam dilakukan, pegawai undang-undang tertinggi di negara itu berkata ia akan mengambil masa untuk meneliti bukti-bukti yang mereka temui.

Ketua Pendakwa Raya Norway, Tor Aksel Buschhe pula berkata, perbicaraan Breivik tidak dapat diadakan sebelum 2012 kerana kertas pendakwaan ke atas Breivik tidak akan siap sehingga hujung tahun ini. – AFP / Reuters

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Lombong arang batu meletup, 18 maut

Posted:

Lombong arang batu meletup, 18 maut

Lombong arang batu meletup, 18 maut

KIEV, Ukraine 29 Julai - Sekurang-kurangnya 18 pelombong maut dan 10 lagi hilang selepas sebuah lombong arang batu meletup di wilayah Lugansk di timur Ukraine, malam tadi.

Menurut Kementerian Kecemasan, pada awal pagi ini, dua lagi pelombong ditemui mengalami kecederaan akibat melecur dan mereka telah dihantar ke hospital untuk rawatan.

"Nasib 10 lagi pelombong yang masih hilang belum diketahui dan ketika kejadian pada pukul 1.57 pagi (waktu tempatan) itu, seramai 28 pelombong sedang bekerja," katanya.

Dalam pada itu, jurucakap kementerian berkenaan cawangan Lugansk mengesahkan angka kematian kepada AFP.

"Seramai tiga pelombong dimasukkan ke hospital, manakala sembilan lagi masih terperangkap di bawah runtuhan dan tidak dapat dipastikan sama ada mereka masih hidup atau sebaliknya," katanya.

Sementara itu, seorang maut dan 11 hilang dalam satu lagi kejadian runtuhan lombong arang batu di bandar Makiyivka di wilayah Donetsk, lapor kementerian berkenaan.

Jelasnya, ketika kejadian, lif setinggi 70 meter yang membawa pelombong naik dan turun tiba-tiba runtuh dan dua daripada 13 pekerja berjaya diselamatkan. - AFP

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Pilih menang atau kalah

Posted:

Pilih menang atau kalah

Pilih menang atau kalah

Oleh ZULKIFLI JALILpengarang@utusan.com.my

PERAK - Negeri yang unik politiknya 'dengan cuma 11 bulan pembangkang berkuasa' berbanding tiga negeri lain iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Selangor yang terlepas daripada tangan Barisan Nasional (BN) pada 2008 sering menarik perhatian para pemerhati.

Negeri itu mencatat 'banyak masa terbuang dek 'ribut politik' yang melanda sejak PRU ke-12. Pasti ingatan kita kembali kepada taufan yang membadai sidang Dewan Undangan Negeri Perak di peringkat awal gara-gara pembangkang yang tidak dapat menerima tiga wakil rakyat mereka - dua PKR dan satu DAP melompat.

Kini di bawah moto baru Perak Aman Jaya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, wakil rakyat DUN Pangkor yang dipertanggungjawabkan mengemudi negeri tersebut, sedar beliau memikul tugas yang sangat berat untuk memastikan negeri itu kekal di tangan BN pada PRU ke-13. Jadual kerja hariannya ketat membuatkan beliau ke hulu dan ke hilir sekitar negeri yang mempunyai 24 kerusi Parlimen dan 59 kerusi DUN itu.

Dengan Perak tidak pernah memasuki kategori 'negeri hitam' BN sebelum 2008, maka tidak hairanlah pertanyaan paling popular ialah mampukah BN menguasai kembali negeri itu setelah 'rasminya' tewas semasa pilihan raya umum itu. Begitupun, masih terdapat pelbagai andaian tentang peluang dan harapan itu. Ada meletakkan angka 50-50.

Pada satu pertemuan dengan Utusan Malaysia di Kuala Lumpur baru-baru ini, beliau telah diajukan persoalan tersebut.

Dalam nada ringkas Dr. Zambry menyebut 'Insya-Allah" dengan fokus jawapannya pada soalan itu ialah pada mindset ahli dan jentera BN itu sendiri. "Tidak harus timbul soal 'half-half' yakni 50-50," katanya.

Bagi beliau, sesiapa sahaja yang hendak masuk gelanggang untuk berperang yang menentukan hidup atau mati wajib ada semangat yakin boleh.

"Saya selalu memberi kaedah berperang iaitu apabila kita berada dalam gelanggang peperangan, apakah setiap orang mahu kalah? Maksudnya tentunya setiap kita yang berada di gelanggang, kita sudah mempersiapkan diri kita untuk berperang. Jadi untuk kata kita agak half-half, iaitu persoalan sama ada boleh menang atau tidak, tidak harus timbul.

"Setiap kali apabila kita berada dalam medan perang maka dengan sendirinya kita perlu mempunyai keyakinan, bahawa kita akan menang dalam perang. Tapi nanti orang kata kita over confident. Ini bukan soal over confident," katanya.

Dalam aspek ini, Dr. Zambry menegaskan, BN Perak kali ini tidak boleh buat silap langsung dalam penentuan calon yang akan diturunkan pada PRU ke-13. Ini perlu mencakupi 100 peratus garis panduan yang ditetapkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu winnable dan likeable candidate.

Bagi Dr. Zambry beliau tidak akan berkompromi dalam soal ini. "I will put my foot down," kata beliau tegas mengulas kemungkinan biasa setiap kali dalam pemilihan calon ada yang merajuk, protes dan sebagainya apabila tidak terpilih.

Dalam konteks ini Dr. Zambry sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri menjelaskan, soal pemilihan calon sudah pasti tidak akan lari daripada pertimbangan hierarki parti dan pandangan akar umbi mengenai seseorang calon.

Bagi beliau, winnable dan likeable candidate tidak dapat lari daripada mendapatkan pandangan parti kerana ia merupakan amalan UMNO sejak dahulu lagi. Tambahan pula rahsia kejayaan UMNO selama ini selain calon disenangi dan mempunyai rekod kerja yang baik, soal jentera yang mantap juga amat penting.

Di sinilah menurutnya, penting bagi pimpinan di peringkat akar umbi mempamerkan akhlak kepimpinan yang baik. Selain khidmat yang baik, prestasi kerja yang cemerlang, tingkah laku serta tutur kata harus dijaga kerana semua elemen ini akan menjelmakan winnable and likeable candidate,

Maka tidak hairanlah apabila persoalan calon ini diajukan kepada beliau, Dr. Zambry jelas dengan amanah yang harus dipikulnya. "Isu pokok di depan mata ialah 'nak menang atau kalah" tegas beliau.

Dalam memastikan tidak berlaku salah langkah kali ini, beliau turut mengakui ada kerusi kawasan tertentu di negeri itu yang mungkin kena swap iaitu dengan menukar calon yang bertanding antara parti-parti komponen BN.

"Sudah tentu. Umpamanya DUN Pasir Panjang. Selama ini kita letak calon MIC walaupun kita semua tahu 70 peratus pengundinya adalah Melayu," katanya sambil menegaskan akan tetap menghormati semangat kuota kerusi antara parti komponen.

Pada masa sama, beliau berharap calon-calon payung terjun tidak lagi didatangkan ke Perak menjelang untuk PRU ke-13 nanti.

"Sudahlah tu... saya yakin Pusat juga telah belajar daripada pengalaman yang lalu. Saya yakin Pusat tidak akan membuat sebarang keputusan yang boleh memberi kesan kepada kawasan-kawasan ini. Saya yakin dan saya harap tidak ada calon payung terjun," katanya.

Untuk rekod, pada PRU ke-12 tempoh hari, kepimpinan BN negeri ketika itu terpaksa berkompromi menerima tiga calon luar (UMNO) bertanding di tiga kawasan Parlimen melibatkan kawasan Larut, Bukit Gantang dan Gerik.

Mengenai cakap-cakap tentang wujudnya 'dendam kesumat' di kalangan para pengundi kaum Cina di negeri itu ekoran kejatuhan kerajaan pembangkang yang dipelopori oleh DAP di negeri itu apabila tiga wakil rakyat mereka melompat, Dr. Zambry ada jawapannya: "Saya tidak fikir itu pandangan keseluruhan masyarakat Cina sekalipun mungkin wujud golongan ekstrem yang merasa begitu.

"Sepertimana yang kita ketahui, masyarakat Cina juga adalah golongan yang agak kritikal... yang konstruktif. Mereka akan melihat dan buat perbandingan dan akhirnya walaupun sentimen-sentimen itu mungkin ada, ia hanyalah cuba dimainkan oleh pihak yang berkepentingan."

Sentimen berkenaan ketara ketika pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang menyaksikan BN kalah teruk di peti undi Kuala Sepetang yang majoritinya pengundi kaum Cina.

Lagi pun, menurut Dr. Zambry, selama 11 bulan pakatan pembangkang mentadbir Perak tempoh hari sudah cukup untuk membuka mata rakyat negeri itu tentang tembelang mereka. Antara kisahnya wakil-wakil pakatan itu dari kalangan kaum India asyik bercakap kononnya mereka memperjuangkan kebajikan kaum India. Itu nak buat, ini nak buat.

Tetapi akhirnya apabila BN mengambil alih kerajaan negeri itu pada awal Februari 2009, banyak tanda tanya mula menerawang.

Dr. Zambry yang diberi amanah menggalas tugas Menteri Besar kemudian mencongak senarai satu persatu apa yang dikatakan sudah dilaksanakan oleh pakatan pembangkang.

"Saya bertanya kepada mereka apa yang mereka buat selama 11 bulan? Tapi mereka tak dapat buat apa pun. Mereka bermegah sepanjang tempoh itu telah mempertingkatkan pendapatan kerajaan sebanyak RM60 ke RM70 juta. Kita tertanya-tanya sama ada ini betul atau tidak?

"Rupa-rupanya setelah kita ambil alih, didapati ini tidak betul kerana pendapatan itu bukan daripada hasil usaha mereka tetapi perancangan kerajaan BN terdahulu sehingga mereka dapat menjana tambahan hasil luar jangka.

"Mereka juga bermegah kononnya sewaktu zaman mereka, hasil balak lebih hebat tetapi apabila diminta tunjukkan bukti pertambahan hasil yang mereka buat semasa sidang DUN, mereka kata tak payah... apa macam ni," kata Dr. Zambry.

Mengakhiri perbualan, Dr. Zambry menegaskan bahawa apa yang akhirnya akan dilihat oleh rakyat Perak ialah kewujudan sebuah kerajaan yang dapat menjaga kebajikan dan keamanan untuk semua kaum.

"Dan dalam konteks negeri Perak, seperti yang kita ketahui ia bukan merupakan sebuah negeri yang mempunyai dominasi satu kaum yang begitu tinggi," katanya.

Hakikatnya di Perak, komposisi kaumnya ialah 57 peratus Melayu manakala Cina 37 peratus. Selebihnya 12 peratus adalah India dan Orang Asli.

Jadi, kata Zambry: "Keseluruhannya apa yang diperlukan rakyat negara ini khususnya di Perak ialah sebuah kerajaan yang benar-benar dapat memerintah memimpin semua kaum."

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Murahkan lagi peralatan tenaga solar

Posted:

Murahkan lagi peralatan tenaga solar

Murahkan lagi peralatan tenaga solar

Oleh Mohd. Hazli Hassan

AKHIRNYA kerajaan yang kini mahu menuju pelaksanaan negara hijau telah membuka lembaran baru dengan memberikan rebat potongan bagi mereka yang membeli peralatan elektrik yang berkosepkan penjimatan atau cekap tenaga.

Rebat ini diberikan agar pengguna yang membeli peralatan sama ada penyaman udara atau peti sejuk dapat menerima diskaun RM100-RM200 jika ia dilabel sebagai peralatan cekap tenaga.

Program yang dilancarkan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) menerusi Program Kemapanan Yang Dicapai Melalui Keefisienan Tenaga (Save) diperkenalkan 7 Julai lalu.

Namun sehingga semalam, kira-kira 6,000 orang sudah menyertai program berkenaan dan dianggap sangat menggalakkan oleh KeTTHA.

Save diwujudkan bertujuan untuk dijadikan amalan oleh rakyat Malaysia dalam menggunakan tenaga secara cekap.

Namun adakah rakyat Malaysia akan berfikiran begitu? Atau mungkin rakyat Malaysia hanya mengejar rebat yang diberikan sahaja?

Namun saya tidak menganggap begitu kepada semua rakyat Malaysia kerana segelintir daripada kita memang menyedari kepentingan dalam menjimatkan penggunaan tenaga.

Kenapa saya berkata begitu? Ini disebabkan pada pengamatan saya, ada di kalangan kita sanggup menghabiskan ribuan ringgit untuk memasang sistem solar di rumah dalam menjimatkan penggunaan tenaga ketika negara masih mengintai apakah penggunaan sistem solar itu dahulu.

Pada saya, sistem solar merupakan antara jalan terbaik dalam menjimatkan tenaga secara total di rumah namun untuk memasangnya masih memerlukan kos yang tinggi sama seperti apa yang dilakukan oleh segelintir mereka yang saya sebutkan tadi.

Lebih memedihkan, walaupun peralatan sistem solar itu semakin mudah didapati dan dipasang, harganya masih mahal walaupun kerajaan pernah mengumumkan pengecualian duti import dan duti eksais untuk peralatan sistem solar fotovolta (solar photovoltaic).

Ada ura-ura kerajaan mahu mewujudkan kilang pemasangan panel solar fotovolta di negara ini dan usaha itu diharap dapat mengurangkan harga yang mahal akibat semua peralatan itu masih perlu diimport.

Bukan apa, bayangkan penggunaan tenaga solar sebagai bekalan tenaga alternatif di rumah mampu mengurangkan kos penggunaan bekalan tenaga tradisional dalam tempoh yang panjang.

Selain itu, ia juga akan mengurangkan jejak karbon anda di mana lebih banyak penggunaan tenaga solar, semakin kuranglah anda akan menggunakan tenaga elektrik tradisional yang dijana oleh bahan fosil, gas atau arang batu yang menyumbang kepada pemanasan global.

Jika diberi peluang, saya akan memilih untuk memasang tenaga solar di rumah. Bagaimana dengan anda?

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Fiza bahagia dengan anak-anak

Posted:

Fiza bahagia dengan anak-anak

Fiza bahagia dengan anak-anak

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
khadijah.ibrahim@utusan.com.my
Gambar MOHD. NAIM AZIZ


Permata hati Fiza, Ferra Aryanna (kiri) dan Feeya Adyrra.


EH... Annissa datang. Fiza apa yang akan terjadi kepada suami awak nanti," itulah antara soalan spontan yang diajukan oleh peminat sewaktu melihat Fiza di The Curve baru-baru ini.

Ternyata lakonan Fiza sebagai Ana seorang isteri yang penyabar, memberi impak besar kepada peminat-peminatnya.

Fiza atau nama sebenarnya Siti Zaidatul Fiza Abd. Halim, 31, berkata, itulah watak protagonis yang berjaya membuat penonton kasihan kepadanya.

Sebelum ini Fiza sering diberi watak antagonis sehingga membuatkan orang beranggapan dia juga jahat seperti peranannya dalam drama bersiri Asmara.

Bagaimanapun kata Fiza, akhir-akhir ini ramai yang mudah simpati dengannya dan tidak hairanlah rezekinya dalam bidang lakonan juga semakin bertambah.

"Alhamdulillah, akhir-akhir ini rezeki saya murah sangat. Ada banyak tawaran berlakon dan ada ketikanya, saya terpaksa tolak kerana jadualnya bertindih.

"Sepanjang saya berlakon Annissa, ada lima job yang terpaksa saya tolak, dua untuk drama episod dan tiga telefilem. Selepas Annissa, saya ada job tapi saya tolak juga kerana tidak larat nak bekerja back to back," jelasnya.

Fiza yang telah bercerai dengan suaminya, Ahmed Farriq Zainul Abidin, 31, pada November 2010, dikurniakan dua cahaya mata, Ferra Aryanna, 3, dan Feeya Adyrra, 2, berkata, matlamat hidupnya sekarang adalah untuk anak-anak.

Menurut Fiza, biarpun dia dan suami mendapat hak penjagaan anak bersama, namun anak-anaknya banyak menghabiskan masa dengan bekas suami dan mertua di Gombak kerana kesibukannya berlakon.

"Fiza tidak kisah anak-anak dijaga suami dan mertua kerana Fiza sendiri sibuk. Ada baiknya mereka dengan bekas suami kerana segala keperluan terjaga.

"Walaupun Fiza tidak bersama kakak dan adik (panggilan untuk kedua-dua orang anaknya), tapi setiap apa yang mereka lakukan Fiza tahu. Fiza tahu pukul berapa mereka tidur, bangun, pergi kelas dan mengaji," katanya terus terang.

Kata Fiza, pembantu rumahnya, Yulianti, 25, sentiasa menjadi mata dan telinganya ketika dia tidak bersama anak-anak.

Baginya, Yulianti bukan sekadar pembantu tapi lebih kepada seorang saudara kerana mereka sudah bersama sejak Fiza melahirkan Feeya Adyrra.

"Kalau nak tahu, bila si adik nak tidur, dia mesti cari Yulianti. Fiza tabiklah dengan dia sebab boleh menjaga kakak dan adik dengan sabar. Budak-budak biasalah, ada ketikanya tidak mahu dengar cakap.

"Setiap kali Fiza shooting, ketiga-tiga mereka akan menetap di Gombak dan bila free, Fiza akan ambil mereka untuk tinggal dengan Fiza di Damansara.

"Waktu itu, kami akan keluar jalan-jalan. Sebab itulah, orang sekitar The Curve sudah kenal kami kerana Fiza akan bawa anak-anak lepak kat sini," ceritanya tersenyum.

S3 dapat melihat kemesraan yang terjalin antara Fiza dan anak-anak bersama dengan jurujual di bahagian permainan. Ketika Aryanna dan Adyrra ingin menunggang binatang mainan, mereka disuruh naik dulu dan bayar kemudian.

Malah, Aryanna dan Adyrra yang comel dan sering menarik perhatian orang ramai itu turut menunjukkan kebolehan mereka membaca doa makan, tidur dan lagu-lagu berunsur keislaman.

"Banyak perkara yang Fiza belajar daripada mereka. Kalau hari ini mereka diajar perkara baru di tadika atau kelas mengaji, pasti Fiza tahu malah secara tidak langsung, Fiza pun dapat belajar.

"Cuba tengok telatah adik macam burung kakak tua. Dia ikut sahaja apa kakaknya buat, tapi ada bagusnya kerana dia dapat belajar banyak perkara," katanya.

Disebabkan keletah anak-anaknya yang sentiasa ceria itulah Fiza tidak dapat berpisah lama dengan mereka dan setiap seorang dibelikan telefon bimbit selain pembantu rumah.

Naluri seorang ibu membuatkan Fiza tidak dapat berpisah lama dengan anak-anaknya. Walaupun tidak dapat bertemu setiap hari kerana tugasan, namun Fiza akan pastikan dia berpeluang mendengar suara mereka.

"Tiap kali mahu bertemu mereka, Fiza pasti teruja kerana ada sahaja cerita baru yang dapat Fiza dengar," katanya terus terang.

Bila ditanya tentang masa depan, Fiza yang pernah dikaitkan dengan Faizal Mohd. Khan, 33, bapa kepada pelakon Erin Malek memberitahu yang dunianya sekarang adalah anak-anak dan kerjaya.

Kata Fiza, dia tidak menolak jika bertemu jodoh lagi tapi untuk memilih siapa atau tarikh pernikahan, bukanlah urusannya.

"Baru sangat Fiza bercerai. Bagilah Fiza kumpul wang untuk masa depan. Kalau ada jodoh, Fiza tidak menolak," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Alvin hilang stres dengan memecut

Posted:

Alvin hilang stres dengan memecut

Alvin hilang stres dengan memecut

Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar ISMAIL KAMADIN


AKSI pecutan Alvin ketika memandu go-kart dengan berkelajuan 60 kilometer sejam.


PECUTAN jentera kecil yang mampu mencecah kelajuan 60 hingga 120 kilometer sejam (km/j), go-kart berjaya menambat hati pendatang baru industri seni suara tanah air, Alvin Anthons sebagai alternatif untuk menghilangkan stres yang dialaminya.

Mula meminati salah satu cabang sukan tersebut sejak beberapa tahun lalu, Alvin yang bernaung di bawah label milik Ajai, Wake The Baby itu mengatakan, dia adalah seorang yang suka memandu kereta dengan laju.

Akan tetapi, pemilik kereta mewah BMW 5 Series itu akur dengan peraturan dan undang-undang jalan raya yang dipraktikkan di Malaysia.

"Disebabkan tidak boleh memandu melebihi had laju di mana-mana jalan raya di negara kita, itulah sebabnya saya memilih untuk memandu go-kart.

"Walaupun kelajuan 60 ke 120 km/j nampak macam perlahan bagi sesebuah kereta biasa, tetapi dalam kategori go-kart, pemandu boleh merasakan kelajuan kenderaan mini itu.

"Tambahan pula, sukan ini dilindungi dengan pelbagai kelengkapan keselamatan. Jadi, rasa gusar jika berlaku kemalangan dapat diminimumkan," kata jejaka berketurunan India itu.

Ditemani dua orang rakannya, Alvin cukup berpuas hati apabila dapat memecut laju ketika memandu go-kart di litar yang bersebelahan dengan Litar Antarabangsa Sepang.

Ujar Alvin, memandu di lokasi tersebut membuatkannya berasa seperti memandu jentera Formula 1 (F1) kerana deruman enjin kenderaan berkenaan boleh didengar dari litar go-kart itu sekiranya ada pemandu yang sedang membuat latihan.

"Bunyi enjin di litar sebelah (litar F1) boleh didengari hingga ke sini. Jadi, suasana memandu go-kart di sini berbeza berbanding litar lain yang terdapat di Lembah Klang.

"Barulah keseronokan dan kepuasan diperoleh pada tahap maksimum," katanya.

Bagaimanapun, Alvin bukanlah seorang yang fanatik terhadap sukan bermotor itu sehinggakan dia sanggup membelanjakan ratusan ribu ringgit untuk membeli jentera go-kart.

"Cukuplah sekadar menyewa go-kart yang disediakan di litar ini. Saya belum terfikir lagi untuk memilikinya sendiri.

"Sukan ini untuk suka-suka atau hobi. Lainlah kalau serius nak jadi pelumba go-kart," terangnya kepada S3.

Sedikit mengenai perkembangan seninya, Alvin yang baru saja tampil dengan single sulung ciptaan Ajai, Berdua, mengharapkan industri muzik memberikan ruang kepadanya untuk melakar nama sebagai penyanyi.

Walaupun dimonopoli oleh kaum Melayu, Alvin yakin akan mendapat tempat dalam kelompok artis tempatan bersandarkan semangat 1Malaysia yang dipupuk di negara ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Dilema remaja lelaki lembut

Posted:

Dilema remaja lelaki lembut

Dilema remaja lelaki lembut

SHAMSUL
Kuala Lumpur

Puan Aniz,
SAYA ada sedikit persoalan yang ingin diajukan. Saya Shamsul berusia pertengahan 20-an. Masalah saya ini telah lama saya pendamkan, bukan maksud saya melawan takdir dengan berlagak feminin walaupun hakikatnya saya dilahirkan normal sama seperti bayi-bayi lelaki yang lain.

Tetapi saya sendiri tidak mengerti, sukar bagi saya menghakis rasa minat dan cenderung tertarik kepada kaum lelaki. Sehinggakan kadang-kadang saya rasa amat berdosa walaupun sekadar minat dan suka-suka masih tidak melampaui sempadan, saya rasa diri saya ini tidak sempurna, kekok dan rendah diri.

Dan, buat pengetahuan Puan saya juga mengalami konflik dalam keluarga yang mana kedua-dua ibu bapa saya telah bercerai, malah semasa mereka bersama sebagai pasangan saya selalu sahaja menjadi mangsa ataupun tempat melepaskan kemarahan baik sudut fizikal mahupun tutur kata.

Tolong saya Puan, bagaimana harus saya mulakan untuk memperbaiki keadaan ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Kesedaran zakat, koleksi rantaian kasih Habib

Posted:

Kesedaran zakat, koleksi rantaian kasih Habib

Kesedaran zakat, koleksi rantaian kasih Habib


RAJA Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah berkenan menyampaikan jambangan bunga kepada Pengasas dan Pengarah Urusan Naza Hotel Management, Nur Nadia SM Nasimuddin (kiri) pada majlis luncheon talk bersama tokoh wanita korporat anjuran PPZ-MAIWP dengan kerjasama Habib Jewels Sdn. Bhd. di Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini. Turut kelihatan Pengarah Urusan Habib Jewels dan Pandora Malaysia, Datin Zarida Noordin (tengah). - BERNAMA


ZAKAT sinonimnya dilabelkan sebagai bantuan kepada orang susah. Malah, dalam bahasa lebih mudah, zakat dimanfaatkan untuk membantu golongan fakir dan miskin.

Tetapi hakikatnya zakat adalah mekanisme ekonomi yang global dan bersifat manusiawi.

Zakat juga salah satu daripada lima rukun Islam dan diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya.

Ia juga bermaksud membersihkan harta dengan mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf-asnaf (penerima) yang berhak menerimanya.

Amalan zakat menjadi satu cara pengurusan ekonomi, kewangan dan sosial di dalam usaha mewujudkan satu perpaduan didalam menyatukan umat Islam pada keseluruhannya.

Melalui zakat, sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang 'senang' akan diagihkan kepada golongan yang kurang berada.

Keadaan tersebut mampu merapatkan jurang ekonomi umat Islam di samping merapatkan silaturrahim sesama ummah.

Membayar zakat adalah sesuatu yang wajib, apabila segala syarat wajib zakat sudah ada pada diri dan harta yang kita miliki, makan menjadi haram jika dengan sengaja meninggalkan kewajipan zakat.

Malah kepentingan membayar zakat juga adalah sesuatu yang perlu diberikan penekanan. Menunaikan amanah zakat bermakna melestarikan amanah Allah manakala mengingkari suruhan bermakna menyanggah hukum Allah.

Menyedari kepentingan tersebut, bertempat di Habib Jewels Ampang, satu program keagamaan luncheon talk telah diadakan bagi memperkenalkan dan memberi penerangan tentang peranan wanita korporat dalam dunia zakat.

Program anjuran Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Habib Jewel Sdn. Bhd. itu turut memberi penekanan tentang cara-cara pembayaran zakat terutamanya zakat perniagaan dan juga zakat harta.

Berangkat merasmikan majlis tersebut ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Pada program yang penuh meriah tersebut, para tetamu turut dipertontonkan dengan acara peragaan koleksi barang kemas terbaru, Rantaian Kasih sempena kempen Hari Raya Habib Jewels.

Selain itu, tetamu juga turut diperdengarkan dengan ceramah dan motivasi yang disampaikan oleh Ustazah Datuk Siti Norbahyah Mahmood yang bertajuk Kilauan Firdausi manakala, Pengarah Urusan Habib Jewels, Datuk Meer Sadiq Habib pula membentangkan kertas kerja yang bertajuk Emas di Malaysia.

Turut hadir memeriahkan program itu ialah tokoh-tokoh wanita korporat Islam.

Sementara itu, Pengarah Urusan, PPZ-MAIWP, Mohd. Rais Alias berkata, melalui program seumpama ini, ia mampu memberi pendedahan secara mendalam berkaitan zakat termasuklah zakat harta dan juga perniagaan.

"Memandangkan kaum Hawa semakin berjaya, maka menjadi kepentingan pihak kita untuk memberi pengetahuan berkaitan dengan zakat supaya mereka mengetahui tentang hak mereka,'' ujarnya ketika ditemui pada majlis tersebut baru-baru ini.

Katanya lagi, ini juga bertujuan supaya wanita Islam tetap terpelihara dan terserlah ciri-ciri profesionalnya dengan mendukung syariat dan akhlak Islam walaupun di mana mereka berada dalam menghadapi cabaran era ini.

Katanya lagi, melalui program tersebut, ia boleh membantu bagaimana kaedah yang tepat dalam proses pembayaran dan juga pengiraan sesuatu zakat tersebut,'' ujarnya lagi.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang ingin mengetahui tentang zakat terutama zakat harta dan perniagaan boleh menghubungi ibu pejabat PPZ di talian 1300-88-5757 atau melayari laman web www.zakat.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved