Jumaat, 3 Jun 2011

Utusan Online - Politik

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Hadi kecam UMNO habis-habisan

Posted:

Hadi kecam UMNO habis-habisan

Hadi kecam UMNO habis-habisan


ABDUL Hadi Awang bersama timbalannya, Nasharudin Mat Isa berbincang sesuatu pada perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Markas Utama Pas, Taman Melewar, Gombak, semalam.


KUALA LUMPUR 3 Jun - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadikan peluang menyampaikan ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 untuk menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO habis-habisan.

Dalam ucapan lebih sejam itu, Abdul Hadi menuduh BN mengamalkan pemerintahan zalim dan mendakwa UMNO menjadi punca kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat negara ini.

Turut menjadi mangsa kecaman beliau ialah golongan ulama yang menyebelahi UMNO dengan menganggap mereka tidak mampu menterjemah kefahaman Islam dengan ilmu dalam memahami politik semasa akibat dilahirkan melalui sistem pendidikan Islam yang lemah.

Abdul Hadi yang menyampaikan ucapan bertemakan 'Membangun Negara Berkebajikan' mendakwa, Pas bertanggungjawab untuk membersihkan bidang politik dari perilaku dan gejala politik jijik, fitnah dan perkauman sempit yang diamalkan oleh UMNO dan BN.

"Pas mesti mengambil peranan dan amalan politik, 'Matlamat Menghalalkan Cara' seolah-olah adalah bebas dari ketentuan dan bimbingan syariah Allah SWT," katanya.

Mengenai kerjasama Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang ramai melihat Pas hanya menjadi 'kuda tunggangan', Abdul Hadi mempertahankan kerjasama tersebut dengan menganggap ia sebahagian daripada fekah politik Islam.

Menurut Abdul Hadi, konsep kerjasama itu wajib dipelajari oleh pimpinan Pas dan diperkenalkan kepada masyarakat.

Ini kata beliau bagi membolehkan mereka memahami perbezaan kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat, dengan kerjasama wala' antara UMNO dan BN yang dituduh beliau mengorbankan prinsip dan menghilangkan jati diri Islam daripada bangsa Melayu yang beragama Islam, seterusnya menghanyutkan Islam yang sebenar.

Mengulas mengenai konsep negara berkebajikan, Presiden Pas itu yang sama sekali tidak menyebut mengenai penubuhan negara Islam berkata, parti tersebut wajib menghapuskan budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang didakwa beliau menjadi amalan kerajaan UMNO dan BN.

Abdul Hadi juga menuduh UMNO dan BN melemah dan mematikan sifat menggalakkan wujudnya masyarakat berkebajikan dengan sifat persaudaraan kemanusiaan dan kejiranan untuk melakukan kerja kebajikan sehingga mendahulu kerajaan untuk mendapat pahala.

"UMNO dan BN telah mematikan sifat tersebut (seperti) amalan wakaf bagi mendirikan masjid, sekolah rakyat, rumah kebajikan dan sebagainya, semata-mata bagi melaksanakan peluang rasuah politik terhadap rakyat," dakwanya.

Beliau seterusnya menyerang UMNO dengan menuduh parti itu 'dibarahi' penyakit warisan penjajah yang memisahkan amanah memerintah daripada perhitungan agama.

"Akibatnya amanah yang besar ini dijadikan peluang kebendaan bagi menyuburkan perbuatan rasuah dan khianat," katanya.

Selain itu, isu video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, langsung tidak disentuh oleh Abdul Hadi walaupun ramai yang menanti pendirian sebenar parti itu.

Sebaliknya, Abdul Hadi mendakwa, UMNO dan BN telah mencemarkan kemurnian politik melalui tindakan politik wang, fitnah, sikap perkauman sempit dan pembohongan.

Beliau juga mendakwa, orang Melayu sebagai teras politik dalam negara ini semakin hari semakin lemah jati diri kerana lemah kefahaman Islamnya.

"Di masa yang sama UMNO sekadar mengekalkan kuasa mereka dan bukannya memartabatkan Melayu dengan Islam kerana Melayu UMNO tetap menyokong BN walaupun di kawasan Pas bertanding menentang calon MCA dan MIC," katanya.

Abdul Hadi juga mengkritik pengurusan ekonomi negara yang dianggap tidak mengambil kerangka dan asas pemikiran seperti dianjurkan Islam, sebaliknya mendakwa ia diurus tadbir hanya untuk kepentingan kelompok tertentu yang ada hubungan dengan elit politik kerajaaan BN.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anwar terpaksa elak hadiri Muktamar Pas

Posted:

Anwar terpaksa elak hadiri Muktamar Pas

Anwar terpaksa elak hadiri Muktamar Pas


REAKSI sebahagian perwakilan yang hadir pada perasmian Muktamar Tahunan Pas ke-57 di Markas Utama Pas, Taman Melewar, Gombak, semalam.


KUALA LUMPUR 3 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat terpaksa mengelak menghadiri Muktamar Pas untuk membantu calon-calon yang pro kepada beliau menang pada pemilihan parti kali ini.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, ini kerana Anwar sangat menyedari kelibatnya akan menimbulkan rasa kurang senang perwakilan yang tidak menyokong kumpulan Anwarinas.

"Anwar sedar bahawa beliau hari ini menjadi liabiliti dan faktor yang bakal menyumbang kepada kekalahan calon-calon yang dilihat pro kepada beliau.

"Beliau juga sedar wujudnya arus yang kuat dalam Pas yang berasakan Anwar telah memalitkan kesan negatif berikutan skandal seksnya sekali gus membina persepsi umum bahawa Pas bersetuju dengan perbuatan terkutuknya itu," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ketiadaan Anwar sepanjang Muktamar Pas yang sedang berlangsung ketika ini kerana kononnya mempunyai urusan di luar negara.

SD Johari menambah, apa yang dilakukan Anwar itu adalah sesuatu yang luar biasa kerana beliau kebiasaannya akan turut sibuk setiap kali berlangsungnya Muktamar Pas lebih-lebih lagi sekiranya ada pemilihan.

Ini kerana kata beliau, Anwar awal-awal lagi akan mengatur dan menyusun calon-calon yang pro beliau untuk memenangi jawatan dalam parti seterusnya mengukuhkan sokongan Pas terhadap beliau.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Khairuddin berkata, Anwar terpaksa mengelak Muktamar Pas kali ini kerana mengetahui bahawa beliau akan diserang oleh perwakilan Pas berhubung isu skandal video seksnya.

Apatah lagi kata beliau, isu itu juga telah dipersetujui untuk diperbahaskan oleh perwakilan sekali gus meletakkan Anwar dan ahli Pas yang condong kepada beliau dalam kedudukan yang panas.

"Persoalannya sejauh mana perwakilan Pas berani mengutuk sikap pemimpin mereka yang bersekongkol dengan perbuatan maksiat yang dilakukan Anwar.

"Atau mungkin perwakilan Pas hanya menjadi 'pak angguk' kepada sesetengah pemimpin mereka yang sangat cenderung dengan fahaman Anwarisme," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Sukan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Johor curi tumpuan hari kedua

Posted:

Johor curi tumpuan hari kedua

Johor curi tumpuan hari kedua


Quartet Terengganu memenangi pingat emas dalam acara kanu K4 pada Sukan Malaysia XIV Kuala Lumpur di Kompleks Sukan Air Presint 6 Putrajaya, semalam. Johor kini mendahului dari segi pungutan pingat dengan empat emas pada hari kedua.


KUALA LUMPUR - Kontinjen Johor mencuri tumpuan hari kedua Sukan Malaysia apabila bukan saja menyambar emas sulung Temasya XIV, malah muncul pendahulu pungutan pingat keseluruhan dengan meraih empat daripada 10 emas pertama yang ditawarkan, semalam.

Gandingan Siti Nur Syafiqah Husin dan Nurul Ain Atiqah Rosli mendapat penghormatan menjadi penerima emas pertama temasya selepas memenangi acara kata berpasangan wanita, manakala kanu menyumbangkan dua emas buat Johor dan lawan pedang menghadiahkan satu.

Aksi mantap Siti Nur Syafiqah dan Nurul Ain Atiqah membantu mereka mengetepikan pasangan Selangor, Low Er Zhen-Low Er Yie dengan 795 mata berbalas 784.

Gangsa dikongsi bersama Nor Safrina Rahman-Nor Hidayu Muliar (Terengganu) dan Vicki Lai-Low Penny dari Wilayah Persekutuan.

Dua pingat emas yang dipungut Johor dalam sukan kanu pula disumbangkan Ahmad Shafie Abdul Jabar (K1 1,000m) dan Ahmad Shafie-Muhammad Fadhlie Othman (K2 1,000m), manakala Natasha Ezzra Abu Bakar yang beraksi tanpa jurulatih, masih mampu mempamer aksi hebat untuk memenangi acara lawan pedang foil individu wanita.

Penyandang juara keseluruhan, Terengganu memberi tentangan hebat dalam kedudukan pungutan pingat apabila mengekori dengan tiga emas, yang mana kesemua emas disumbangkan oleh sukan kanu. Negeri itu merangkul separuh daripada enam emas yang ditawarkan di Kompleks Sukan Air, Precint 6, Putrajaya.

Pendayung wanita menyumbangkan ketiga-tiga emas Terengganu, diketuai Siti Rajiah Ali dalam kelas K1 1,000m, Nurul Farahim Wahab-Noraishah Yahya (K2 1,000m) dan kuartet K4 1,000 yang dibarisi Siti Rajiah, Noraishah, Nurul Farahim serta Norazlina Tajuddin.

Wilayah Persekutuan, Selangor dan Pulau Pinang juga berjaya memahat nama sebagai pemenang emas dengan masing-masing meraih sebutir pingat.

Emas tunggal Wilayah Persekutuan disumbangkan oleh kuartet Adam Aris, Khirulniza Salleh, Faiz Zulhelmi Fadillah dan Mohd. Asrullah Kamar dalam acara kanu K4 1,000m lelaki selepas mengetepikan Terengganu ke tangga kedua dan Perlis untuk pingat gangsa.

Jaguh lawan pedang kebangsaan, Joshua Koh pula membuktikan keunggulannya dengan mempertahankan kejuaraan epee individu lelaki buat kali keempat berturut-turut untuk meraih emas pertama Selangor.

Atlet berusia 20 tahun itu, yang beraksi dengan sokongan padu keluarga di Gimnasium 2, Majlis Sukan Negara (MSN) sepanjang saingan semalam, menumpaskan rakan sepasukan dalam skuad negara, Mohamad Roslan dari Terengganu 15-8 pada saingan akhir.

Sementara itu, kombinasi Chua Jen Keat-Lim Zheng Jie memperagakan aksi menawan dalam kata berpasangan lelaki untuk menghadiahkan emas pertama Pulau Pinang dengan mengutip 804 mata - 46 mata mengatasi pencabar terdekat, Muhammad Firdaus Asyraff-Mohammad Helmy dari Perak.

Hari ini, 29 lagi pingat emas ditawarkan, sembilan daripadanya di gelanggang silamban yang berlangsung di Gimnasium 2, MSN.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rasuah: Tunjuk bukti, bukan cakap

Posted:

Rasuah: Tunjuk bukti, bukan cakap

Rasuah: Tunjuk bukti, bukan cakap

KUALA TERENGGANU - Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) masih belum menerima sebarang laporan berhubung pasukan Piala Presiden T-Team tahun lalu yang dikatakan terjebak dengan gejala rasuah.

Presidennya, Che Mat Jusoh berkata, pihaknya berharap dakwaan yang dibuat dikemukakan dengan bukti yang kukuh agar mereka yang terlibat dalam rangkaian bookie ini dapat dibawa ke muka pengadilan.

Katanya, pihaknya hanya mengetahui melalui laporan media beberapa hari lalu dan mempersoalkan mengapa hanya kini dibangkitkan tana sebarang laporan kepada pihak persatuan dan juga pihak berkuasa.

Tegasnya, walaupun PBSNT dilihat menaungi kegiatan bola sepak negeri tetapi pasukan T-Team diletakkan di bawah pengurusan pihak berkuasa tempatan.

''Hal ini tidak memaklumkan hal ini kepada kita. Jadi bagaimana kita nak ambil tindakan?

"Jika mereka (termasuk bekas pengurus T-Team) maklumkan kepada kita lebih awal berhubung perkara ini (gejala rasuah) dan bagi bukti kukuh, pasti perkara ini sudah selesai," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Che Mat mengulas pengakuan seorang jurulatih mengenai wujudnya gejala itu dan pengakuan beberapa pemain mereka menerima suapan bagi mengatur keputusan perlawanan seperti dilapor sebuah akhbar, kelmarin.

Tambah Che Mat, mereka sepatutnya melaporkan kepada PBSNT terlebih dahulu sekiranya mempunyai sebarang maklumat berkaitan gejala rasuah sebelum ia sampai ke pihak lain.

Sementara itu pihak pengurusan T-Team musim lalu dilaporkan sudah menghubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan akan memberikan keterangan dalam masa terdekat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Pahang

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Puteri UMNO sertai perkhemahan

Posted:

Puteri UMNO sertai perkhemahan

Puteri UMNO sertai perkhemahan

JERANTUT 3 Jun - Seramai 80 ahli Puteri UMNO Bahagian Jerantut menyertai program Pencarian Harta Karun dan Perkhemahan Tepi Sungai di Pusat Kokurikulum Pejabat Pelajaran Jerantut di Kampung Pedah, di sini, kelmarin.

Ketua Puterinya, Hartini Abdul Rahman berkata, perkhemahan tiga hari itu bertujuan meningkatkan pengetahuan dan mengukuhkan jati diri sayap parti UMNO itu dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

''Antara aktiviti dilakukan adalah beriadah, motivasi, latihan dalam kumpulan, keagamaan dan kemasyarakatan untuk memantapkan mental, fizikal, psikologi serta pengetahuan ahli Puteri," katanya kepada pemberita di Kampung Pedah di sini, kelmarin.

Katanya, program itu juga mengeratkan hubungan ahli dengan kepimpinan UMNO bahagian itu selain dijadikan platform menambah jumlah keahlian dan pengundi baru di kawasan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dua maut kenderaan 4WD terbabas

Posted:

Dua maut kenderaan 4WD terbabas

Dua maut kenderaan 4WD terbabas

KUANTAN 3 Jun - Dua lelaki terbunuh apabila kenderaan pacuan empat roda (4WD) dinaiki mereka membawa muatan kepingan kayu terbabas di Kilometer 42, Jalan Pekan-Nenasi berhampiran Balai Bomba dan Penyelamat Nenasi semalam.

Mangsa, Heng Cheow Mua, 26, maut di tempat kejadian manakala rakannya, Cheah Ching Ang, 40, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pekan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Pahang, Supritendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim berkata, kejadian berlaku pukul 6.20 pagi apabila Toyota Hilux yang dinaiki mereka terbabas ke laluan bertentangan sebelum merempuh tembok di tepi jalan.

"Berikutan rempuhan itu, kenderaan berkenaan terputus dua menyebabkan pemandunya maut di tempat kejadian. Rakannya yang cedera parah di kepala, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Pekan," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Luar Negara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Presiden Yemen cedera diserang

Posted:

Presiden Yemen cedera diserang

Presiden Yemen cedera diserang


Ali Abdullah Saleh


SANAA , Yemen 3 Jun — Presiden Yemen cedera ringan manakala, empat pegawai lain cedera apabila pemberontak menyerang Istana Presiden dengan roket, hari ini, kata seorang pegawai.

Ini merupakan kali pertama kumpulan pemberontak menyerang Istana Presiden Ali Abdullah Saleh selepas tercetus pertempuran sengit hampir dua minggu antara pemberontak dengan tentera kerajaan di ibu negara ini.

Menurut pegawai itu, roket itu mengenai istana Presiden ketika para pegawai sedang menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid di dalam kawasan istana.

Katanya, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Speaker Parliamen dan pengawal keselamatan Presiden turut cedera dalam serangan itu.

Saleh mengalami cedera ringan, manakala timbalan perdana menteri dan pengawal keselamatan Presiden cedera parah. – Agensi

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Adik Thaksin bakal PM Thailand

Posted:

Adik Thaksin bakal PM Thailand

Adik Thaksin bakal PM Thailand


Yingluck (dua dari kiri) bergambar bersama-sama wanita Islam Thai ketika mengadakan kempen di sebuah masjid di Bangkok, semalam. - AFP


BANGKOK 3 Jun - Ketua Parti Pheu Thai, Yongyuth Wichaidit hari ini mengesahkan Yingluck Shinawatra, adik bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra bakal menjawat jawatan Perdana Menteri jika parti mereka menang pada pilihan raya umum negara ini kelak.

Yingluck kini berada di kedudukan pertama dalam senarai untuk Parti Pheu Thai untuk menjawat jawatan itu jika part itu menang, manakala Yongyuth pula di kedudukan kedua.

Namun, Yongyuth berkata, beliau tidak tidak akan menerima jawatan itu jika partinya menang.

Ketika temu bual eksklusif bersama The Nation hari ini, Yongyuth yang merupakan seorang daripada pembantu paling dipercayai Thaksin, menafikan akan menjadi satu lagi calon Perdana Menteri jika Yingluck tidak boleh menjawat jawatan itu.

"Jika kami membiarkan orang lain selain Yingluck menjadi Perdana Menteri, ia sama seperti menipu rakyat," katanya merujuk kepada kempen parti yang mempromosikan ahli perniagaan kaya itu untuk jawatan tertinggi negara ini.

"Saya 100 peratus yakin bahawa jika Parti Pheu Thai menang pada pilihan raya 3 Julai ini, Yingluck akan menjadi Perdana Menteri," tegasnya. - AGENSI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Mahkamah

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Polis mohon inkues kematian Sarbani

Posted:

Polis mohon inkues kematian Sarbani

Polis mohon inkues kematian Sarbani

KUALA LUMPUR 3 Jun - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret di sini untuk mengadakan inkues berhubung kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed (gambar).

Pegawai Penjaga Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur R. Munusamy berkata, tarikh inkues dan koroner yang akan mendengar prosiding tersebut akan ditentukan pada Isnin ini.

Bersama permohonan tersebut, menurut beliau, pihak polis turut melampirkan laporan kematian mengejut (SDR) dalam kejadian tersebut.

Ahmad Sarbani, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane di sini pada 6 April lalu.

Dia meninggal dunia disebabkan kecederaan parah akibat jatuh dari tempat tinggi.

Ahmad Sarbani dilaporkan pergi ke pejabat itu untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah yang membabitkan 62 pegawai Kastam.

Semalam Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dilaporkan bersetuju dengan cadangan PDRM supaya satu inkues diadakan berhubung kematian Ahmad Sarbani.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada tiket pulang, Saraswathi dapat ganti rugi

Posted:

Tiada tiket pulang, Saraswathi dapat ganti rugi

Tiada tiket pulang, Saraswathi dapat ganti rugi

Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR
pengarang@utusan.com.my

SAAT percutian memang sesuatu yang menyeronokkan. Inilah masanya untuk seseorang lari seketika daripada kesibukan kota metropolitan demi ketenteraman jiwa dan fikiran.

Apatah lagi percutian dinikmati bersama seisi keluarga. Pasti ia akan diingati sebagai memori sepanjang hayat. Namun lain pula kisahnya terhadap seorang wanita yang mengalami pengalaman pahit semasa melancong ke luar negara.

B. Saraswathi, 55, pada mulanya begitu teruja dan gembira sewaktu membeli enam tiket penerbangan tambang murah untuknya sekeluarga pergi dan balik ke Trichy, India. Tiket perjalanan berharga RM3,600 itu dibeli melalui seorang ejen pelancongan di Jalan Masjid India di ibu negara pada awal Januari lalu.

Atas dasar kepercayaan,

ibu kepada lima

orang anak itu menyerahkan bulat-bulat kepada ejen tersebut berhubung urusan pembelian tiket berkenaan.

Pada 3 Mac lalu, masa percutian pun tiba. Saraswathi seisi keluarga menaiki penerbangan menuju destinasi impian. Bagaimanapun, dia dimaklumkan bahawa pakej penerbangan pergi tidak disertakan dengan set makan dan minum.

Saraswathi tidak kisah sangat, asalkan keluarganya dapat menikmati saat-saat keriangan percutian bersama.

Selepas seminggu, waktu percutian pun berakhir. Ketika wanita itu membuat pemeriksaan di kaunter pelepasan, tiba-tiba dia melihat namanya beserta lima ahli keluarganya tidak tertera di dalam sistem komputer syarikat penerbangan berkaitan.

Kencang jantung Saraswathi tidak terhingga. Namun nasib baik, salah seorang pegawai penerbangan tambang murah itu telah menolong mereka untuk mencari ruang kosong dalam kapal terbang tetapi dia terpaksa mengeluarkan wangnya untuk membeli semula enam tiket penerbangan.

Biarpun ralat, dia akur untuk mengeluarkan duit sebanyak RM4,656 lagi bagi tujuan tersebut.

Setibanya di Malaysia, Saraswathi tidak berlengah lagi untuk memfailkan tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) bagi menuntut haknya sebagai pengguna.

Akhirnya, nasib menyebelahi Saraswathi setelah Presiden TTPM, Reihana Abd. Razak memerintahkan syarikat ejen pelancongan tersebut membayar semula wang yang dikeluarkan untuk membeli tiket pulang ke ibu negara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rencana

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Populariti 'hantui' sayap Pas

Posted:

Populariti 'hantui' sayap Pas

Populariti 'hantui' sayap Pas

Zulkiflee Bakar


Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasruddin Hassan (tengah), Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat baru, Nik Abduh Nik Aziz (empat dari kanan) dan Naib Ketua Pemuda Pas Pusat baru, Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakob (empat dari kiri) bersama AJK Pemuda Pas Pusat baru setelah diumumkan menang dalam pemililihan jawatan sayap tersebut di Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia di Dewan MBSA Shah Alam, kelmarin. UTUSAN/ SAIFUL BAHARI ASHARI


NAMA Khairy Jamaluddin secara tiba-tiba bergema di Auditorium MBSA, Shah Alam, kelmarin ketika berlangsungnya Muktamar Tahunan Pemuda Pas Pusat Ke-52.

Kali pertama ia disebut apabila seorang perwakilan dari Perak yang naik ke pentas untuk membahaskan ucap utama Ketua Pemuda meminta namanya tidak disensasikan kerana namanya Khairie Jamaludin sama dengan Khairy, Ketua Pemuda UMNO.

Kali kedua pula, Pengerusi Tetap muktamar Misbahul Munir Masduki 'mendedahkan' pertanyaan Khairy kepada Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan ketika mereka bertemu dalam satu wacana sehari sebelum muktamar.

Antara lain secara berseloroh Khairy bertanya kepada Nasruddin apa doa yang beliau pakai sehingga menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda.

Sebenarnya apa yang berlaku adalah berkaitan dengan populariti kerana itulah yang diperlukan oleh Pemuda Pas yang pada muktamar kali ini menjadikan 'Memimpin Kebangkitan Anak Muda' sebagai temanya.

Sebab itulah beberapa perwakilan yang membahaskan ucap utama berkenaan secara terbuka menegur kepimpinan Pemuda supaya jangan terlalu ghairah untuk ke Putrajaya sedangkan anak-anak muda yang diharapkan memberikan sokongan kepada mereka tidak pun mengenali barisan kepimpinan Pemuda Pas.

''Kita mahu anak muda menyebut, kami mahu Nasruddin Hassan sebagai pemimpin kami, itu yang kita mahukan, kita mahu ketua kita popular," kata seorang perwakilan.

Sememangnya anak muda menjadi sasaran utama Pemuda Pas tetapi berdasarkan kepada perbahasan oleh para perwakilan jelaslah terlalu banyak yang perlu dilakukan oleh Nasruddin bagi tujuan berkenaan.

Ucap utama beliau yang lebih banyak menumpukan perhatian kepada usaha mengkritik pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) ternyata tidaklah begitu mengghairahkan perwakilan atau ahli Pemuda Pas untuk menyokongnya. Malahan Nasruddin yang dalam ucapan menyebut sebanyak enam kali 'BN perlu ditumbangkan' turut ditegur oleh perwakilan yang bertanya apa yang akan dilakukan oleh Pemuda bagi menarik sokongan golongan muda.

''Janganlah kita membuat program yang hanya dihadiri oleh orang-orang kita sahaja sedangkan anak-anak muda di luar lingkungan kita tidak mempedulikannya," kata seorang perwakilan.

Mesej yang hendak disampaikan oleh perwakilan secara tersiratnya ialah Nasruddin tidak perlu 'syok sendiri' mengkritik dan memburuk-burukkan BN tetapi dalam masa yang sama tidak memberikan alternatif bagaimana cita-cita memimpin kebangkitan anak muda hendak dicapai.

Jelaslah majoriti perwakilan tidak berkongsi keghairahan Nasruddin yang seolah-olah tidak nampak apa-apa selain hendak menguasai Putrajaya. Apa yang mereka mahukan Pemuda Pas menyusun strategi dan memperbaiki kelemahan terlebih dahulu sebelum memikirkan soal menawan pusat pentadbiran negara itu.

Ia termasuklah memastikan Pas tidak mengorbankan segala-galanya semata-mata untuk merebut kuasa terutamanya dalam soal bekerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Ada perwakilan yang mahukan supaya Pemuda Pas memastikan parti itu dominan dalam pakatan pembangkang dan bukannya menjadi 'kuda tunggangan'.

Walaupun istilah itu dianggap oleh sesetengah perwakilan adalah mainan media namun mereka secara tersirat mengakui hakikat itulah yang ramai orang perkatakan.

Tindakan Nasruddin yang dilihat ibarat kalau Pas memerintah maka aman damailah Malaysia sebenarnya boleh memerangkap parti itu memandangkan beliau hanya bijak mengkritik tetapi tidak melihat bagaimana parti itu sendiri pun banyak masalah.

Sebab itulah seorang perwakilan meminta supaya Pemuda Pas jangan terlalu ghairah dengan matlamat ke Putrajaya kerana perjuangan Pas bukan sekadar meraih kuasa politik tetapi juga satu gerakan Islam yang bertanggungjawab mengajak manusia ke arah kebaikan.

''Saya bersetuju seperti mana kata Ketua Pemuda kita perlu mendekati golongan muda tetapi janganlah sampai kita mengikut sahaja apa kehendak mereka sedangkan sepatutnya kita memimpin mereka ke jalan Allah SWT," kata seorang lagi perwakilan.

Soal populariti juga turut menjadi tumpuan Dewan Muslimat Pas yang kali ini menuntut seorang wakil muslimat diberikan peluang bertanding di setiap kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Menurut Ketuanya, Nuridah Salleh yeng kemudiannya tewas kepada Siti Zalilah bagi perebutan jawatan tersebut, sebelum ini tuntutan berkenaan tidak dapat dilaksanakan kerana Dewan itu menghadapi masalah untuk mencari calon boleh menang.

''Tidak guna kita meletakkan calon tetapi akhirnya kalah," katanya.

Malahan Dewan Muslimat juga mahukan 'populariti' Pas sebagai parti memperjuangkan Islam ditingkatkan. Ia memandangkan ketika ini ramai pengundi Melayu lebih memihak kepada BN.

"Mana mungkin pengundi yang tidak langsung mengenali dan memahami perjuangan Pas dapat semua dirayu dan diyakinkan dalam hanya lapan ke 10 hari berkempen?

"Kalaulah setakat beramai-ramai memenuhi markas-markas dan bilik-bilik gerakan Pas tetapi tidak pergi menemui para pengundi, hanya berbekalkan poster dan kibaran bendera, janganlah diimpikan kemenangan akan datang bergolek," kata Nuridah.

Bagi Dewan Ulama pula, muktamar tahun ini menampakkan sedikit ketegasan oleh dewan tersebut yang secara terbuka mahukan 'populariti' kepimpinan ulama dikekalkan dalam parti tersebut.

Malahan Ketuanya, Datuk Dr. Harun Taib turut mengingatkan Pas supaya tidak menggadaikan prinsip perjuangan Islam semata-mata kerana bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Dari satu sudut penegasan berkenaan berkaitan dengan 'populariti' kerana kepimpinan ulama dan perjuangan Islam sememangnya amat berkaitan dengan golongan tersebut. Dan 'populariti' juga menjadi taruhan kepada mereka yang bertanding merebut jawatan dalam Pas.

Ia terbukti apabila Nik Abduh yang merupakan anak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menang kerusi Timbalan Ketua Pemuda Pas kerana populariti bapanya.

Itu juga yang berlaku kepada Khalil yang memenangi kerusi Ahli Jawatankuasa Pas pusat, walaupun beliau mendakwa ia bukan disebabkan pengaruh bapanya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang merupakan Presiden Pas tetapi orang tahu siapa beliau.

Jelaslah 'populariti' amat penting kepada Pas termasuklah sayap-sayapnya dalam usaha mereka mencapai cita-cita menumbangkan BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti. Tetapi mereka juga harus ingat bahawa 'populariti' juga boleh memusnahkan impian mereka, contohnya pejuangan Islam yang pernah dipopularkan oleh Pas.

Ketika ini jelas bahawa perjuangan berkenaan yang suatu ketika dulu membantu parti tersebut meraih populariti semakin ditinggalkan.

Jika keadaan itu berterusan, Pas akan ditolak oleh rakyat khususnya umat Islam kerana tidak konsisten dalam perjuangan semata-mata mahu meraih populariti merebut kuasa bersama PKR dan DAP.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tarif baru elektrik bukan alasan naik harga barang

Posted:

Tarif baru elektrik bukan alasan naik harga barang

Tarif baru elektrik bukan alasan naik harga barang

TARIF elektrik telah dinaikkan sebanyak 7.1 peratus mulai 1 Jun yang lalu. Menurut pengumuman yang dikeluarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) 75 peratus pengguna tidak akan terlibat dengan kenaikan ini. Hanya pengguna isi rumah yang tinggi penggunaannya dan pengguna industri yang akan membayar lebih.

Maknanya majoriti rakyat tidak akan merasa kesan daripada kenaikan tarif tersebut. Sambil kita bercakap tentang mereka yang mengikat perut memastikan bil bulanan mereka tidak melebihi RM20 sebulan, kita dapati memang terdapat banyak pembaziran elektrik yang berlaku.

Kita ambil contoh saja di hotel-hotel di sekitar bandar raya, kita masuk saja ke dalam mana-mana hotel kebanyakannya memang meletakkan suhu hawa dingin mereka begitu rendah, seolah-olah kita mengalami 'musim sejuk dalam negara tropika'.

Sesiapa yang menghadiri seminar atau ceramah di hotel-hotel tersebut sepanjang hari akan merasakan keadaan yang begitu sejuk.

Kita dapati pembaziran kuasa elektrik ini berlaku di merata tempat termasuk lampu-lampu jalan yang terpasang waktu siang, kononnya dilakukan load shedding.

Dalam pengumumannya semasa mengumumkan kenaikan tarif elektrik tersebut, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh mengatakan tidak ada sebab kenapa pengilang patut menaikkan harga barang pengeluaran mereka melebihi paras yang wajar kerana tenaga mungkin hanya sebahagian kecil daripada keseluruhan kos pengeluaran.

Itu adalah harapan kita semua. Malangnya peniaga akan mencari apa jua alasan yang membolehkan mereka menaikkan harga barang-barang.

Walaupun kerajaan bersetuju untuk tidak menaikkan harga minyak buat sementara ini kecuali kalau harga setong minyak dunia naik antara AS$110-AS$120 rakyat keseluruhannya perlu menerima hakikat bahawa menunggu masa saja untuk harga minyak ini dinaikkan.

Cuma jumlah yang bakal dinaikkan saja yang kerajaan akan berhati-hati kerana kenaikan yang terlalu besar akan menimbulkan keresahan kepada rakyat.

Ada pendapat yang mengatakan kenaikan sebanyak AS$0.06 (RM0.18) akan menambahkan kadar inflasi kita sebanyak 0.5 peratus. Harga sekarang ialah AS$0.63 sen.

Inflasi juga perlu dikawal kerana ia menyebabkan nilai mata wang kita merosot sekiranya terlalu tinggi.

Ada juga pendapat yang mengatakan disebabkan subsidi dalam pelbagai barangan yang diberikan, kita tidak menunjukkan harga sebenar sesuatu barang itu.

Oleh itu kita akan terus dibuai oleh persepsi yang harga barang yang telah diberikan subsidi itulah harga sebenar dan sekiranya subsidi ditarik maka ramai yang akan mengatakan tidak wajar.

Sebenarnya sebarang pembatalan subsidi perlu diseimbangkan dengan beberapa perkara yang lain seperti pembaziran dalam kewangan kerajaan yang setiap tahun menjadi teguran oleh Ketua Audit Negara dan kenaikan faktor produktiviti keseluruhannya yang pada masa ini begitu rendah.

Saya bersembang dengan seorang yang membesar semasa belanja ke sekolahnya dulu hanya lima sen yang mampu dia membeli sarapan nasi lemak dan siling satu sen boleh memberikan dia air batu gosok bersirap (ais kepal).

Tapi rakyat perlu ingat nilai mata wang berubah jadi membandingkan 30 atau 40 tahun dulu dengan sekarang tidak wajar.

Banyak bencana yang kita lihat berlaku masa kini tidak kerap berlaku dulu yang menyebabkan hasil pertanian misalnya tergugat sehingga menyebabkan harga barangan berkaitan melambung naik seperti yang berlaku tidak lama dulu dengan bahan asas, bawang.

Bencana terbaru yang kita diberitahu ialah bakteria E-coli di Eropah menyebabkan banyak kematian dan membuatkan Rusia mengharamkan pengimportan sayur-sayuran daripada negara-negara Kesatuan Eropah.

Gempa bumi di Jepun pada 11 Mac yang lalu menyebabkan banyak negara tidak mengimport barang makanan dari Jepun kerana takut akan kesan radioaktif daripada kesan kebocoran loji nuklear mereka.

Ketidaktentuan harga minyak ada kaitan dengan beberapa perkara seperti apa yang berlaku di negara-negara Asia Barat yang sedang dilanda angin perubahan dan ini menjejaskan sedikit sebanyak pengeluaran.

Keadaan ekonomi negara seperti Amerika Syarikat yang masih bergelut dengan pemulihan juga mempengaruhi harga minyak. Ada yang menjangkakan penggunaan akan berkurangan, harga minyak akan turun, kemudian ada pula pendapat mengatakan ada tanda-tanda pemulihan, jadi harga minyak naik.

Seperkara lagi yang perlu kita fahami ialah minyak diperdagangkan sebagai suatu komoditi di pasaran hadapan dan ia tentu sekali jadi bahan spekulasi pelbagai pihak macam juga mata wang dan lain-lain komoditi.

Perubahan harga itu berlaku setiap minit. Unsur spekulasi itu adalah sesuatu yang kita tidak boleh lari dalam dunia kewangan hari ini.

Hanya pakar-pakar yang tinggi ilmu mereka saja yang mampu memberi jaminan boleh menurunkan harga minyak di negara kita.

Lagi pun bukan payah bagi seseorang memberi jaminan yang dia boleh menurunkan harga minyak kalau berkuasa.

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Hiburan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Skuasy sukan pilihan Shahril

Posted:

Skuasy sukan pilihan Shahril

Skuasy sukan pilihan Shahril


SHAHRIL sering menghabiskan masa bersama kawan-kawannya dengan bermain skuasy.


Bermula dengan bola sepak, badminton dan sebagainya, satu persatu sukan yang diceburinya sebelum ini ditinggalkan dek kerana kesibukannya mentelaah di menara gading.

Kini, setelah berjaya menyandang jawatan sebagai pembaca berita di saluran televisyen milik kerajaan, RTM itu, Shahril mencuba pula untuk bermain skuasy, permainan yang menobatkan Datuk Nicole David selaku pemain nombor satu dunia itu.

Kata Shahril, dia mula berjinak-jinak dengan sukan skuasy tidak sampai sebulan yang lalu. Semuanya gara-gara ingin mencuba.

"Saya bukanlah seorang pemain sukan yang bagus. Tetapi hasrat saya mahu mencuba pelbagai jenis sukan itu memang mendalam.

"Sekurang-kurangnya, saya tahu selok-belok dan peraturan yang terdapat dalam sesuatu sukan.

"Setelah hampir sebulan bermain skuasy, saya mula jatuh cinta dengan sukan ini kerana ia menguji ketangkasan tangan dan kaki pada tahap yang lebih tinggi berbanding sukan lain," katanya kepada S3 ketika ditemui di Gelanggang Skuasy, Kompleks Sukan Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur,

Menurut anak kelahiran Kuala Krai, Kelantan itu, selain menguji fizikal, skuasy memerlukan pemainnya mempunyai fikiran yang tajam bagi menentukan hala tuju bola yang dipukul.

Tambahnya, strategi bermain skuasy dalam menentukan arah bola sangat penting untuk menewaskan pihak lawan.

"Sukan ini amat meletihkan sekiranya bermain secara individu, sebab itulah saya sering bermain secara regu untuk mengelakkan keletihan melampau.

"Kalau ada kawan-kawan yang tidak sibuk, saya akan ajak mereka main bersama sekurang-kurangnya dua jam," tutur Shahril yang merupakan peserta program realiti Penyampai Ikon yang disiarkan di TV1 tidak lama dahulu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BEAST mengganas!

Posted:

BEAST mengganas!

BEAST mengganas!

Dalam program Music Bank terbitan KBS World yang juga dapat ditonton oleh peminat Malaysia di saluran Astro 391 minggu lalu, dua lagu daripada album sulung rasmi kumpulan itu berjaya mencuri tempat dalam carta.

On Rainy Days menjuarai takhta manakala Fiction di tangga kelapan.

Bagi yang sudah menonton video muzik Fiction, pasti terpesona dengan koreografi khususnya gaya tari 'kaki sotong' yang mengiringi lagu tersebut.

Memandangkan ini album pertama mereka, banyak kelainan ditawarkan kepada peminat termasuk lagu 'Freeze' yang digubah oleh anggotanya sendiri iaitu penyanyi rap Yong Junhyung. Selain itu ada juga lagu 'Lightless' versi 'unplugged' yang dimuatkan sebagai hadiah istimewa untuk peminat mereka.

Dan bagi peminat mereka di Malaysia, satu lagi hadiah istimewa menanti kerana kumpulan itu sudah pun bersetuju untuk mengadakan BEAST Showcase Live in Malaysia 2011 di Sunway Lagoon pada 8.30 malam, 1 Julai depan.

Walaupun baru sahaja mengadakan konsert bersama 4Minute dan G.Na di Kuala Lumpur pada 13 Januari lalu, kesediaan mereka datang sekali lagi dalam jangkamasa yang singkat seolah-olah menunjukkan ada keserasian dengan para peminat mereka yang digelar BEAUTY di Malaysia!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


DNA & Kyra sama penting

Posted:

DNA & Kyra sama penting

DNA & Kyra sama penting

ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF


TERATUR... Dynas memastikan pakaian di butiknya tersusun rapi.


Menggunakan pengalamannya sebagai ibu muda, Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas, 28, dilihat begitu gigih mengetengahkan budaya sihat demi kesihatan si ibu dan bayinya.

Dynaz yang begitu mementingkan penyusuan susu ibu itu tekad membuka sebuah perniagaan untuk memberi kesedaran khususnya kepada ibu-ibu muda agar menyusukan bayi mereka dengan susu badan.

Pada tanggal 25 Mei lalu, ia menjadi detik penuh makna buat Dynas apabila butik yang terletak di The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya itu dibuka secara rasmi dalam sebuah majlis sederhana tetapi meriah.

Menurut Dynas, pengalaman menyusukan Kyra memberikannya idea untuk menjalankan bisnes tersebut.

"Ibu muda seperti saya seharusnya tidak memandang remeh hal penyusuan susu badan ini demi kesihatan bayi.

"Justeru, sama ada Kyra mahupun DNA, kedua-duanya amat penting buat diri saya, selain kerjaya sebagai anak seni," tegas Dynas mengenai pendiriannya.

Mengulas mengenai objektif utama menubuhkan DNA, pelakon filem Impak Maksima itu memberitahu, kesedaran penyusuan susu badan perlu ditingkatkan dan berharap usahanya itu menyumbang ke arah tersebut.

"Pada masa yang sama, saya pasti ramai ibu muda yang ingin kembali bergaya dengan fesyen pakaian terkini dan menarik.

"Sebab itulah, DNA menawarkan rekaan pakaian khas untuk menyusukan bayi pada bila-bila masa dan di mana jua," kata Dynas kepada S3.

Tambah Dynas, jenama pakaian ciptaannya itu adalah trendy dan mengikut cita rasa aliran fesyen semasa.

Bermula dengan harga RM50 hingga RM500, pelbagai jenis rekaan pakaian dijual di butik DNA termasuklah pakaian formal, kasual, jubah dan juga baju kurung.

"Kesemua jenis pakaian itu diubahsuai untuk memudahkan para ibu menyusukan bayi mereka.

"Jadi, tidak ada alasan lagi tidak mahu menyusukan bayi kerana butik DNA menyelesaikan semua masalah," kata Dynas mempromosikan produknya.

Dalam perkembangan lain, di samping program kendaliannya, Si Kecilku Chak sedang bersiaran di TV3 pada setiap hari Selasa pukul 10.02 pagi, Dynas juga bakal muncul dengan sebuah drama berunsur seram komedi, You, Saka Pergi Jauh-Jauh! yang bakal disiarkan menerusi slot Seram di saluran yang sama.

Lantaran fokusnya terhadap Kyra yang masih lagi menyusu badan, Dynas tidak mahu terburu-buru untuk menerima tawaran lakonan yang melibatkan penggambaran di luar Kuala Lumpur.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Detik cemas AIA ditawan

Posted:

Detik cemas AIA ditawan

Detik cemas AIA ditawan


DI SINILAH kejadian 53 orang awam dijadikan tebusan oleh sekumpulan anggota Tentera Merah Jepun pada 4 Ogos 1975.


PAGI 4 Ogos 1975 menjadi saksi kepada sebuah peristiwa hitam negara apabila bangunan AIA (American International Assurance) yang menempatkan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat dan Sweden ditawan sekumpulan pengganas.

Menggelarkan diri mereka sebagai Japanese Red Army (Tentera Merah Jepun), kumpulan pengganas seramai 10 anggota itu menawan 53 orang awam.

Mereka bukan hanya dilengkapi dengan senjata api dan bom tangan, tetapi juga bahan letupan yang boleh menyebabkan kemusnahan dahsyat.

Peristiwa pagi itu secara tidak langsung memperlihatkan kerapuhan sistem keselamatan negara. Soalnya, bagaimana kumpulan pengganas yang agak terkenal dapat melepasi sempadan negara dengan mudah.

Pandangan seluruh dunia ketika itu tertumpu di Kuala Lumpur untuk melihat bagaimana drama tebusan tersebut dapat diselesaikan tanpa sebarang pertumpahan darah.

Kesemua tuntutan pengganas disediakan termasuklah membebaskan rakan mereka yang ditahan di Jepun serta sebuah pesawat yang akan membawa mereka keluar dari Malaysia ke Libya.

Walaupun telah 36 tahun berlalu, namun, pengalaman yang dilalui mereka yang terlibat menarik untuk dikongsi bersama.

Ini kerana ia adalah kali pertama kejadian sedemikian berlaku di negara ini yang melibatkan pengganas dan keselamatan negara.

Ia seharusnya menjadi iktibar kepada semua pihak terutama generasi muda hari ini agar sentiasa menjaga keamanan dan menghalang negara daripada diceroboh oleh orang luar.

Wartawan S2, MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR serta jurugambar, ABDUL NAZIR MOHAMED dan AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN menyingkap kembali peristiwa itu.

Ikuti laporan penuh dalam S2 Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Penduduk tidak dipindahkan

Posted:

Penduduk tidak dipindahkan

Penduduk tidak dipindahkan

Oleh THOMAS CHONG
kota@utusangroup.com.my


Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (kanan) menyatakan sesuatu kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail mengenai pelan cadangan pembangunan semula perumahan awam Cheras selepas sidang akhbar mengenai projek itu di Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar di Putrajaya, semalam. - utusan/Zaki Amiruddin


PUTRAJAYA 3 Jun - Penduduk pangsapuri dan flat kos rendah Sri Johor, Sri Pulau Pinang, Sri Melaka dan di Taman Ikan Emas di Cheras boleh menarik nafas lega apabila kerajaan memberi jaminan yang mereka tidak akan dipindahkan sewaktu pembangunan semula kawasan itu dilaksanakan.

Sebaliknya, di bawah rancangan pembangunan itu, semua pemilik rumah sedia ada bakal menerima sebuah rumah baru manakala penyewa pula ditawarkan pilihan untuk membeli rumah atau terus menyewa di kawasan sama.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, seramai 858 pemilik rumah di kawasan tersebut akan diberi sebuah rumah seluas 800 kaki persegi atau 900 kaki persegi berdasarkan keluasan rumah asal mereka.

"Seramai 243 pemilik rumah satu bilik akan mendapat rumah baru seluas 800 kali persegi manakala 615 pemilik rumah dua bilik pula ditawarkan rumah baru seluas 900 kaki persegi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Cadangan pembangunan semula di Cheras bertujuan memperbaharui perumahan awam yang telah usang dan menggantikannya dengan reka bentuk, kemudahan awam dan landskap yang baru dan mampan.

Pembangunan perumahan awam itu juga bertujuan menyediakan imej yang menarik serta menawarkan kualiti kediaman yang lebih baik daripada rumah pangsa Lembaga Pembangunan Perumahan di Singapura.

Raja Nong Chik turut mengumumkan khabar baik untuk 4,810 penyewa di kawasan tersebut di mana mereka akan ditawarkan sebuah rumah baru seluas 720 kaki persegi.

"Penyewa terbabit boleh membeli rumah baru ini pada harga RM42,000 atau memilih untuk terus menyewa mengikut kadar sewa semasa, iaitu RM124 pada masa ini," katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa semua penduduk tidak kira pemilik atau penyewa tidak perlu dipindahkan apabila projek pembangunan itu dimulakan pada Julai ini.

"Tapak pembangunan ini adalah luas dan keadaan itu membolehkan pembangunan fasa pertama dijalankan tanpa mengganggu rumah-rumah sedia ada. Ini bermakna pihak pemaju hanya akan merobohkan rumah yang lama selepas rumah baru dibangunkan," katanya.

Beliau berkata, fasa pembangunan pertama selama tiga tahun akan memberi tumpuan kepada pembangunan rumah baru untuk penduduk sedia ada, selain memajukan projek perumahan eksekutif untuk pembeli rumah pertama.

"Lebih kurang 300 unit rumah untuk eksekutif muda akan dibangunkan di kawasan yang sama, ia akan dijual dengan harga tidak melebihi RM300,000," katanya.

Selepas fasa pertama disiapkan, pihak pemaju iaitu SP Setia Bhd. akan memulakan fasa berikutnya melibatkan pembangunan kawasan komersial dan perumahan.

Projek keseluruhan melibatkan 52.8 hektar itu dijangka akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat selama 15 tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Penduduk tidak dipindahkan

Posted:

Penduduk tidak dipindahkan

Penduduk tidak dipindahkan

Oleh THOMAS CHONG
kota@utusangroup.com.my

PUTRAJAYA 3 Jun - Penduduk pangsapuri dan flat kos rendah Sri Johor, Sri Pulau Pinang, Sri Melaka dan di Taman Ikan Emas di Cheras boleh menarik nafas lega apabila kerajaan memberi jaminan yang mereka tidak akan dipindahkan sewaktu pembangunan semula kawasan itu dilaksanakan.

Sebaliknya, di bawah rancangan pembangunan itu, semua pemilik rumah sedia ada bakal menerima sebuah rumah baru manakala penyewa pula ditawarkan pilihan untuk membeli rumah atau terus menyewa di kawasan sama.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, seramai 858 pemilik rumah di kawasan tersebut akan diberi sebuah rumah seluas 800 kaki persegi atau 900 kaki persegi berdasarkan keluasan rumah asal mereka.

"Seramai 243 pemilik rumah satu bilik akan mendapat rumah baru seluas 800 kali persegi manakala 615 pemilik rumah dua bilik pula ditawarkan rumah baru seluas 900 kaki persegi," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Cadangan pembangunan semula di Cheras bertujuan memperbaharui perumahan awam yang telah usang dan menggantikannya dengan reka bentuk, kemudahan awam dan landskap yang baru dan mampan.

Pembangunan perumahan awam itu juga bertujuan menyediakan imej yang menarik serta menawarkan kualiti kediaman yang lebih baik daripada rumah pangsa Lembaga Pembangunan Perumahan di Singapura.

Raja Nong Chik turut mengumumkan khabar baik untuk 4,810 penyewa di kawasan tersebut di mana mereka akan ditawarkan sebuah rumah baru seluas 720 kaki persegi.

"Penyewa terbabit boleh membeli rumah baru ini pada harga RM42,000 atau memilih untuk terus menyewa mengikut kadar sewa semasa, iaitu RM124 pada masa ini," katanya.

Beliau turut memberi jaminan bahawa semua penduduk tidak kira pemilik atau penyewa tidak perlu dipindahkan apabila projek pembangunan itu dimulakan pada Julai ini.

"Tapak pembangunan ini adalah luas dan keadaan itu membolehkan pembangunan fasa pertama dijalankan tanpa mengganggu rumah-rumah sedia ada. Ini bermakna pihak pemaju hanya akan merobohkan rumah yang lama selepas rumah baru dibangunkan," katanya.

Beliau berkata, fasa pembangunan pertama selama tiga tahun akan memberi tumpuan kepada pembangunan rumah baru untuk penduduk sedia ada, selain memajukan projek perumahan eksekutif untuk pembeli rumah pertama.

"Lebih kurang 300 unit rumah untuk eksekutif muda akan dibangunkan di kawasan yang sama, ia akan dijual dengan harga tidak melebihi RM300,000," katanya.

Selepas fasa pertama disiapkan, pihak pemaju iaitu SP Setia Bhd. akan memulakan fasa berikutnya melibatkan pembangunan kawasan komersial dan perumahan.

Projek keseluruhan melibatkan 52.8 hektar itu dijangka akan dibangunkan secara berperingkat-peringkat selama 15 tahun.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

30 murid SK Bukit Lanjan dapat sarapan percuma

Posted:

30 murid SK Bukit Lanjan dapat sarapan percuma

30 murid SK Bukit Lanjan dapat sarapan percuma


HONG Mei Keng (duduk, tengah) dan Ow Peng Li (duduk, kiri) bersama murid Sekolah Kebangsaan Bukit Lanjan, Petaling Jaya yang terpilih menerima sarapan pagi selepas majlis penyerahan bungkusan sarapan di sekolah berkenaan baru-baru ini.


PETALING JAYA 3 Jun – Seramai 30 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lanjan menerima sarapan percuma melalui program Breakfast A Child bagi meningkatkan tumpuan mereka di dalam kelas.

Program anjuran Kelab Kiwanis Bukit Bandaraya (KCBB) dengan tajaan KPMG itu menyasarkan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan RM1,000 ke bawah.

Presiden KCBB, Hong Mei Keng berkata, melalui program itu, kanak-kanak terpilih boleh menikmati sarapan berkhasiat setiap hari sepanjang tahun ini.

Menurutnya, ramai kanak-kanak di negara ini pergi ke sekolah dengan tidak bersarapan sedangkan pengambilannya amat penting kepada golongan itu.

"Keadaan ini disebabkan pelbagai faktor termasuk kemiskinan," katanya pada majlis penyerahan bungkusan sarapan kepada pelajar terlibat di sini baru-baru ini.

Terdahulu, Mei Keng menerima cek tajaan bernilai RM56,000 yang disampaikan oleh Rakan Pengurusan KPMG, Ow Peng Li. Turut hadir, Guru Besar SK Bukit Lanjan, Normah Baharum serta kakitangan KPMG.

Kira-kira 160 murid menerima manfaat daripada program itu sepanjang tahun ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved