Jumaat, 3 Jun 2011

Utusan Online - Politik


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Politik


Hadi kecam UMNO habis-habisan

Posted:

Hadi kecam UMNO habis-habisan

Hadi kecam UMNO habis-habisan


ABDUL Hadi Awang bersama timbalannya, Nasharudin Mat Isa berbincang sesuatu pada perasmian Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Markas Utama Pas, Taman Melewar, Gombak, semalam.


KUALA LUMPUR 3 Jun - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadikan peluang menyampaikan ucapan dasarnya pada Muktamar Tahunan Pas Ke-57 untuk menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) dan UMNO habis-habisan.

Dalam ucapan lebih sejam itu, Abdul Hadi menuduh BN mengamalkan pemerintahan zalim dan mendakwa UMNO menjadi punca kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh rakyat negara ini.

Turut menjadi mangsa kecaman beliau ialah golongan ulama yang menyebelahi UMNO dengan menganggap mereka tidak mampu menterjemah kefahaman Islam dengan ilmu dalam memahami politik semasa akibat dilahirkan melalui sistem pendidikan Islam yang lemah.

Abdul Hadi yang menyampaikan ucapan bertemakan 'Membangun Negara Berkebajikan' mendakwa, Pas bertanggungjawab untuk membersihkan bidang politik dari perilaku dan gejala politik jijik, fitnah dan perkauman sempit yang diamalkan oleh UMNO dan BN.

"Pas mesti mengambil peranan dan amalan politik, 'Matlamat Menghalalkan Cara' seolah-olah adalah bebas dari ketentuan dan bimbingan syariah Allah SWT," katanya.

Mengenai kerjasama Pas dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang ramai melihat Pas hanya menjadi 'kuda tunggangan', Abdul Hadi mempertahankan kerjasama tersebut dengan menganggap ia sebahagian daripada fekah politik Islam.

Menurut Abdul Hadi, konsep kerjasama itu wajib dipelajari oleh pimpinan Pas dan diperkenalkan kepada masyarakat.

Ini kata beliau bagi membolehkan mereka memahami perbezaan kerjasama Pas dalam Pakatan Rakyat, dengan kerjasama wala' antara UMNO dan BN yang dituduh beliau mengorbankan prinsip dan menghilangkan jati diri Islam daripada bangsa Melayu yang beragama Islam, seterusnya menghanyutkan Islam yang sebenar.

Mengulas mengenai konsep negara berkebajikan, Presiden Pas itu yang sama sekali tidak menyebut mengenai penubuhan negara Islam berkata, parti tersebut wajib menghapuskan budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang didakwa beliau menjadi amalan kerajaan UMNO dan BN.

Abdul Hadi juga menuduh UMNO dan BN melemah dan mematikan sifat menggalakkan wujudnya masyarakat berkebajikan dengan sifat persaudaraan kemanusiaan dan kejiranan untuk melakukan kerja kebajikan sehingga mendahulu kerajaan untuk mendapat pahala.

"UMNO dan BN telah mematikan sifat tersebut (seperti) amalan wakaf bagi mendirikan masjid, sekolah rakyat, rumah kebajikan dan sebagainya, semata-mata bagi melaksanakan peluang rasuah politik terhadap rakyat," dakwanya.

Beliau seterusnya menyerang UMNO dengan menuduh parti itu 'dibarahi' penyakit warisan penjajah yang memisahkan amanah memerintah daripada perhitungan agama.

"Akibatnya amanah yang besar ini dijadikan peluang kebendaan bagi menyuburkan perbuatan rasuah dan khianat," katanya.

Selain itu, isu video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, langsung tidak disentuh oleh Abdul Hadi walaupun ramai yang menanti pendirian sebenar parti itu.

Sebaliknya, Abdul Hadi mendakwa, UMNO dan BN telah mencemarkan kemurnian politik melalui tindakan politik wang, fitnah, sikap perkauman sempit dan pembohongan.

Beliau juga mendakwa, orang Melayu sebagai teras politik dalam negara ini semakin hari semakin lemah jati diri kerana lemah kefahaman Islamnya.

"Di masa yang sama UMNO sekadar mengekalkan kuasa mereka dan bukannya memartabatkan Melayu dengan Islam kerana Melayu UMNO tetap menyokong BN walaupun di kawasan Pas bertanding menentang calon MCA dan MIC," katanya.

Abdul Hadi juga mengkritik pengurusan ekonomi negara yang dianggap tidak mengambil kerangka dan asas pemikiran seperti dianjurkan Islam, sebaliknya mendakwa ia diurus tadbir hanya untuk kepentingan kelompok tertentu yang ada hubungan dengan elit politik kerajaaan BN.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Anwar terpaksa elak hadiri Muktamar Pas

Posted:

Anwar terpaksa elak hadiri Muktamar Pas

Anwar terpaksa elak hadiri Muktamar Pas


REAKSI sebahagian perwakilan yang hadir pada perasmian Muktamar Tahunan Pas ke-57 di Markas Utama Pas, Taman Melewar, Gombak, semalam.


KUALA LUMPUR 3 Jun - Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat terpaksa mengelak menghadiri Muktamar Pas untuk membantu calon-calon yang pro kepada beliau menang pada pemilihan parti kali ini.

Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), SD Johari Md. Yassin berkata, ini kerana Anwar sangat menyedari kelibatnya akan menimbulkan rasa kurang senang perwakilan yang tidak menyokong kumpulan Anwarinas.

"Anwar sedar bahawa beliau hari ini menjadi liabiliti dan faktor yang bakal menyumbang kepada kekalahan calon-calon yang dilihat pro kepada beliau.

"Beliau juga sedar wujudnya arus yang kuat dalam Pas yang berasakan Anwar telah memalitkan kesan negatif berikutan skandal seksnya sekali gus membina persepsi umum bahawa Pas bersetuju dengan perbuatan terkutuknya itu," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ketiadaan Anwar sepanjang Muktamar Pas yang sedang berlangsung ketika ini kerana kononnya mempunyai urusan di luar negara.

SD Johari menambah, apa yang dilakukan Anwar itu adalah sesuatu yang luar biasa kerana beliau kebiasaannya akan turut sibuk setiap kali berlangsungnya Muktamar Pas lebih-lebih lagi sekiranya ada pemilihan.

Ini kerana kata beliau, Anwar awal-awal lagi akan mengatur dan menyusun calon-calon yang pro beliau untuk memenangi jawatan dalam parti seterusnya mengukuhkan sokongan Pas terhadap beliau.

Sementara itu, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamizun Khairuddin berkata, Anwar terpaksa mengelak Muktamar Pas kali ini kerana mengetahui bahawa beliau akan diserang oleh perwakilan Pas berhubung isu skandal video seksnya.

Apatah lagi kata beliau, isu itu juga telah dipersetujui untuk diperbahaskan oleh perwakilan sekali gus meletakkan Anwar dan ahli Pas yang condong kepada beliau dalam kedudukan yang panas.

"Persoalannya sejauh mana perwakilan Pas berani mengutuk sikap pemimpin mereka yang bersekongkol dengan perbuatan maksiat yang dilakukan Anwar.

"Atau mungkin perwakilan Pas hanya menjadi 'pak angguk' kepada sesetengah pemimpin mereka yang sangat cenderung dengan fahaman Anwarisme," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved